SYARAT-SYARAT PENYEWAAN RUMAH KEDAI MAJLIS BANDARAYA SHAH

SEWA - - - - Tawaran penyewaan ini adalah untuk tempoh selama 3 tahun ... perjanjian penyewaan terlebih dahulu sebelum menduduki ruang premis tersebut...

4 downloads 585 Views 238KB Size
LAMPIRAN SYARAT-SYARAT PENYEWAAN RUMAH KEDAI MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

1.

SEWA

- Tawaran penyewaan ini adalah untuk tempoh selama 3 tahun mulai …………..hingga ………….dengan kadar sewa ………………….. (Ringgit Malaysia : ……………..Ringgit Sahaja ) sebulan. - Goods Service Tax (GST) sebanyak 6% iaitu bersamaan dengan RM .................... sebulan perlu dibayar oleh pihak tuan/dituntut oleh Majlis bagi pihak Kerajaan Persekutuan. Bagi maksud kutipan GST no. pendaftaran MBSA ialah 000919900160. - Penyewa dikehendaki membayar tiga (3) bulan cagaran sewa. Cagaran sewa ini tidak boleh di anggap sebagai bayaran sewa bulanan pada bila-bila masa pun. Walau bagaimanapun Majlis berhak tidak memulangkan manamana bahagian atau keseluruhan cagaran tersebut jika pihak Penyewa gagal membayar sewa sebagaimana yang ditetapkan. - Bayaran sewa hendaklah dijelaskan kepada Majlis tidak lewat dari tujuh (7) haribulan tiap-tiap bulan. Caj Lewat sebanyak RM …………… akan dikenakan dan dimasukkan dalam bil sewaan sekiranya pihak Penyewa membayar selepas tarikh tujuh (7) haribulan setiap bulan. Sekiranya Penyewa gagal menjelaskan bayaran tersebut, Majlis berhak menamatkan penyewaan dan seterusnya mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut bayaran tunggakan sewa tersebut. - Bagi mengelakkan tunggakan sewa, pihak Penyewa dikehendaki mengemukakan cek tertunda (post-dated) setiap tahun selama tempoh penyewaan.

2.

BEKALAN ELEKTRIK

- Bayaran untuk bekalan elektrik ditanggung sendiri oleh pihak Penyewa. Penyewa hendaklah berhubung terus dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk urusan mendapatkan kontrak bekalan elektrik atas nama pihak Penyewa. Semua bayaran deposit, bil bulanan atau apa-apa bayaran lain yang berhubung dengannya hendaklah ditanggung sendiri oleh pihak Penyewa. - Pihak Penyewa juga dikehendaki membayar wang cagaran elektrik berjumlah RM1,000.00 kepada Majlis Cagaran ini hanya akan dikembalikan setelah Majlis berpuashati bahawa pihak Penyewa tidak mempunyai tunggakan elektrik.

3.

BEKALAN AIR DAN PEMBENTUNGAN

- Bayaran untuk bekalan air ditanggung sendiri oleh pihak Penyewa. Penyewa hendaklah berhubung terus dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk urusan mendapatkan kontrak bekalan air atas nama pihak Penyewa. Semua bayaran deposit, bil bulanan atau apa-apa bayaran lain yang berhubung dengannya hendaklah ditanggung sendiri oleh pihak Penyewa. - Pihak Penyewa juga dikehendaki membayar wang cagaran air berjumlah RM1,000.00 kepada Majlis. Cagaran ini hanya akan dikembalikan setelah Majlis berpuashati bahawa pihak Penyewa tidak mempunyai tunggakan air. Pihak Penyewa juga dikehendaki membayar caj - pembentungan yang dikenakan oleh IWK ( Indah Water Konsortium ) secara terus kepada pihak IWK. Resit bayaran hendaklah dikemukakan kepada Majlis setiap kali bayaran dibuat.

4.

KEGUNAAN

- Ruang Pejabat ini boleh digunakan untuk menjalankan apaapa perniagaan melainkan perniagaan kedai video, pusatpusat hiburan, kedai perjudian, asrama pekerja dan perniagaan yang boleh mendatangkan bahaya, memudaratkan serta perniagaan-perniagaan yang menyalahi undang-undang dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasa oleh Majlis. - Penyewa tidak dibenarkan menyewakan mana-mana bahagian atau keseluruhan bahagian ruang dari ruang premis ini kepada mana-mana individu/syarikat melainkan dengan mendapatkan kebenaran bertulis daripada Majlis. Pihak Majlis boleh menamatkan penyewaan ini jika pihak Penyewa didapati menyewakan premis ini tanpa kebenaran tersebut. - Penyewa hendaklah tidak melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menimbulkan kacauganggu kepada penyewapenyewa lain dan orang awam. Kacauganggu hendaklah bermaksud seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). - Penyewa hendaklah mendapatkan lesen perniagaan, lesen papan iklan dan lesen-lesen lain yang ditentukan oleh pihak Majlis atau pihak berkuasa yang lain. Pihak Majlis berhak menamatkan penyewaan serta –merta sekiranya didapati perniagaan dijalankan tanpa kebenaran/lesen yang diperlukan. Majlis tidak akan bertanggungjawab di atas kos yang ditanggung oleh penyewa sekiranya penyewaan ditamatkan.

5.

PENGUBAHSUAIAN

- Pihak Penyewa tidak dibenarkan membuat apa-apa tambahan atau pindaan dalaman ruang premis atau dimanamana bahagian premis tersebut melainkan setelah memohon dan mendapat kebenaran bertulis daripada pihak Majlis serta mematuhi kehendak Undang-Undang Kecil yang dikuatkuasakan oleh Majlis.

6.

KEBERSIHAN

- Pihak Penyewa hendaklah bertanggungjawab menjaga kebersihan premis ini sepanjang masa. Pihak Majlis berkuasa menentukan taraf mutu kebersihan yang dikehendaki dari masa ke semasa menurut undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Majlis.

7.

KEROSAKAN

- Sepanjang tempoh penyewaan ini berkuatkuasa pihak Penyewa adalah bertanggungjawab terhadap apa-apa kerosakkan yang berhubung dengan penggunaan ( “wear and tear” ) premis tersebut dan kerosakkan yang disebabkan oleh kecuaian pekerja atau ejen Penyewa sendiri. Pihak Majlis hanya akan membaiki kerosakkan terhadap struktur premis tersebut sahaja yang difikirkan munasabah.

8.

PEMERIKSAAN OLEH PEGAWAI MAJLIS

- Pihak Majlis, samada melalui pegawai atau mana-mana ejen yang dilantik boleh memasuki dan memeriksa ruang yang disewa oleh pihak Penyewa dari masa ke semasa.

9.

SURAT PERJANJIAN

- Pihak Penyewa dikehendaki menandatangani surat perjanjian penyewaan terlebih dahulu sebelum menduduki ruang premis tersebut. - Segala perbelanjaan untuk menyediakan surat perjanjian hendaklah ditanggung oleh pihak Penyewa.

10. PERBELANJAAN

- Majlis berhak menuntut balik segala perbelanjaan peguam sekiranya tindakan mahkamah diambil ke atas pihak Penyewa kerana melanggar mana-mana syarat di dalam perjanjian ini.

11. NOTIS PENAMATAN

- Jika sekiranya pihak Penyewa gagal menjelaskan sewa maka pihak Majlis boleh menamatkan penyewaan ini dengan memberikan satu (1) bulan notis bertulis kepada pihak Penyewa. - Jika sekiranya pihak Penyewa didapati gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam perjanjian ini maka pihak Majlis boleh menamatkan penyewaan ini dengan memberikan satu (1) bulan notis bertulis kepada pihak tuan.

- Penyewa boleh menamatkan penyewaan ini dengan memberikan tiga (3) bulan notis bertulis kepada Majlis. - Selepas tamat tempoh notis penamatan tersebut pihak Majlis boleh menyampaikan notis bertulis untuk tempoh empat belas (14) hari bagi maksud mengambil milik ( “ take vacant possession” ) premis tersebut. Segala kerosakkan pada premis tersebut semasa pihak Majlis mengambil “ vacant possession”, maka pihak Majlis boleh menuntut gantirugi atau kos yang terlibat bagi membaikpulih kerosakkan yang berlaku daripada pihak Penyewa. - Majlis berhak untuk tidak mengembalikan wang cagaran sewa sekiranya pihak Penyewa menamatkan penyewaan 2 tahun lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan.

12.

PERLINDUNGAN INSURAN

- Pihak Penyewa bertanggungjawab mengambil perlindungan insuran ke atas segala harta Penyewa yang dibawa atau disimpan di ruang premis ini. Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab ke apa-apa kehilangan atau kerosakkan terhadap harta benda Penyewa.

13.

PENJAMIN

- Penyewa perlu menyediakan surat ‘Jaminan Pengarah Syarikat’ seperti dilampirkan. Pihak penyewa perlu mengembalikan borang yang telah lengkap diisi beserta dengan salinan kad pengenalan penjamin.

Jika pihak Penyewa bersetuju dengan tawaran ini dan syarat-syarat yang terkandung di dalamnya, penyewa dikehendaki memberi persetujuan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh surat tawaran dikeluarkan, bersama-sama bayaran seperti berikut :-

i) Cagaran sewa tiga bulan (3) bulan ii) Sewa bulan pertama iii) Cagaran Utiliti Elektrik iv) Cagaran Utiliti Air

-

RM .............. RM .............. RM 1,000.00 RM 1,000.00 -----------------RM ------------------

Bayaran cagaran hendaklah di buat menggunakan cek atas nama MBSA-AKAUN CAGARAN bagi item (i), (ii) & (iii). Manakala bayaran bagi item (iv) hendaklah dibuat atas nama MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM. Sekiranya tiada maklumbalas dari pihak penyewa dalam tempoh tersebut, pihak Majlis beranggapan bahawa pihak penyewa telah bersetuju dengan syaratsyarat yang telah ditawarkan.