TINJAUAN LITERATUR PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM

Download Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas akan dapat membantu ... Ini adalah kerana para pelajar tidak memikirkan cara-cara ...

1 downloads 531 Views 778KB Size
International Academic Research Journal of Social Science 3(1) 2017 Page 208-213

Tinjauan Literatur Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran Matematik Muniroh Hamat1, Hasfazilah Ahmat2, Ch’ng Pei Eng3 and Siti Nurleena Abu Mansor4 1,2,3,4Jabatan

Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang Corresponding email: [email protected]

Article Information

Abstract

Keywords Mind maps, Achievement, Organizing information, Longterm memory

Weak in understanding concepts in mathematics can easily lead students not to understanding and remembering the learning of mathematics easily. Result of the study found that student’s background factors, the teachers and the environment conducive affect the students' achievement in mathematics and statistics. On the other hand, students are more interested in studentcentered learning than teacher-centered. Along with that, the university that has been offering engineering program has also taken seriously emphasis on mathematics and statistics (Suhailah, Norzihani, Hazida, & Dawang, 2003). Many courses involving mathematics and statistics have been created to produce excellent engineering graduates. But the question that arises is the extent to which students demonstrate their excellence in this course. Mathematics and statistics are the subjects and courses that must be mastered by every student for every career branch to apply the theory of mathematics and statistics at either the basic or higher. Therefore, an approach that has introduced mind mapping to help students understand Math concepts. Mind maps were introduced by Buzan (2002) in the 1960s as a method that can help students take notes. Now uses of mind map are increasingly important as the skill of organizing information and describe the concepts and objectives regularly (Subadrah, 2001). The use of mind maps can help students as mind maps, complete with pictures, colors and correlation (associate) will be easier to remember to just only read at a glance. Therefore, it is believed that the information prepared in accordance with the organic structure of the brain is more easily recorded in long-term memory.

Informasi Artikel

Abstrak

Kata Kunci Peta minda, Pencapaian, Menyusun maklumat, Ingatan jangka panjang

Kelemahan dalam memahami konsep-konsep dalam mata pelajaran matematik menyebabkan pelajar tidak dapat memahami dan mengingati pembelajaran matematik dengan mudah. Hasil kajian mendapati faktor latar belakang diri, tenaga pengajar, dan keadaan tempat pengajian yang kondusif mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik dan statistik. Manakala kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar adalah

208

International Academic Research Journal of Social Science 3(1) 2017 Page 208-213 lebih diminati oleh pelajar berbanding dengan pembelajaran berpusatkan guru. Seiring dengan itu, universiti yang telah menawarkan bidang kejuruteraan juga memandang serius dalam penekanan terhadap mata pelajaran matematik dan statistik (Suhailah et. al, 2003). Terdapat banyak kursus yang berkait dengan mata pelajaran matematik dan statistik telah diwujudkan agar dapat melahirkan graduan kejuruteraan yang cemerlang. Namun persoalan yang timbul ialah setakat manakah pelajar ini menunjukkan kecemerlangan mereka dalam mata pelajaran ini. Matematik dan statistik merupakan subjek dan yang wajib dikuasai oleh setiap pelajar kerana setiap cabang kerjaya mengaplikasikan teori matematik dan statistik sama ada di peringkat asas atau tinggi. Justeru itu, satu pendekatan telah di ambil iaitu dengan memperkenalkan penggunaan peta minda dalam membantu pelajar memahami sesuatu konsep matematik. Peta minda telah diperkenalkan oleh Buzan (2002) pada tahun 1960an sebagai satu kaedah yang boleh membantu pelajar mencatat nota. Kini penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran menyusun atur maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur (Subadrah, 2001). Penggunaan peta minda dapat membantu pembelajaran pelajar kerana peta minda yang lengkap dengan gambar, warna dan hubung kait (associate) akan menjadi lebih mudah untuk diingati. Oleh itu, dipercayai maklumat yang disusun mengikut struktur organik otak lebih mudah dirakam dalam ingatan jangka panjang.

PENGENALAN Pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai di dalam kelas adalah amat penting. Ini adalah kerana kaedah yang sesuai dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan penerimaan pembelajaran oleh pelajar. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas akan dapat membantu para pelajar mencapai objektif pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan penguasaan ilmu yang disampaikan. Pelbagai penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan kepada para pelajar. Kaedah pembelajaran secara hafalan yang memerlukan daya ingatan yang kuat tidak dapat membentuk pelajar yang kritis dan kreatif malah kaedah ini tidak sesuai lagi digunakan di zaman yang serba maju ini. Kejayaan di dalam pelajaran adalah bergantung kepada kebolehan, usaha dan cara atau teknik belajar. Tidak dinafikan bahawa sesetengah pelajar itu dapat melakukan sesuatu dengan mudah dalam masa-masa yang tertentu dengan kebolehan dan kemampuan dirinya. Ramai di antara pelajar yang bijak, kecewa terutama dalam subjek-subjek Matematik dan Sains. Ini adalah kerana para pelajar tidak memikirkan cara-cara untuk belajar dengan berkesan. Justeru itu, satu pendekatan telah diambil iaitu memperkenalkan penggunaan peta minda dalam membantu pelajar memahami konsep matematik. Menurut Buzan (2002), manusia akan mudah mengingati sesuatu yang menarik untuk dipandang dan tulisan atau gambar ringkas yang mengandungi maklumat yang boleh disimpan dalam minda manusia. Ini menunjukkan selain memahami apa yang dipelajari, proses untuk mengingat semula juga adalah penting untuk pelajar memanggil kembali maklumat yang telah disimpan tadi. Oleh itu, kaedah pembelajaran secara peta minda yang diperkenalkan oleh Tony Buzan adalah salah satu kaedah pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam bentuk modul. Pandangan beliau dipersetujui kerana melalui peta pemikiran yang dihasilkan, orang ramai dapat memperbaiki daya konsentrasi, pemahaman, dan mengaktifkan fungsi kedua-dua belah otak. Amalan pengajaran menggunakan konsep peta minda penting dalam merealisasikan matlamat kurikulum. Menurut Wahidin, Kamisah dan Subahan (2004), penggunaan peta minda dalam pengajaran mampu membantu pelajar lebih focus, boleh membuat interpretasi dan memahami topic yang dipelajari. Goodnough dan Long (2002) melihat peta minda sebagai pendekatan yang menarik dan memberi motivasi kepada sesuatu pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan. Ini akan meyebabkan pelajar menjadi kreatif dalam menghasilkan peta minda melalui banyak pilihan dalam warna, simbol, kata kunci dan reka bentuk. Galakan dan penghargaan kepada pelajar yang menggunakan peta minda dengan penuh kreativiti dan inovatif wajar dijadikan budaya dalam kalangan pendidik (Mohd Mahzan, Abdul Razak, & Manisah, 2013). Dengan cara ini, para pelajar merasakan mereka mempunyai sumbangan kepada proses pengajaran dan pembelajaran, sekali gus memupuk keberkesanan kendiri para pelajar. Menurut Tee, Jailani, Baharom, Widad dan Yee (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya untuk

209

International Academic Research Journal of Social Science 3(1) 2017 Page 208-213 menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil ini sebagai huraiannya. Peta minda adalah sangat sesuai digunakan untuk membuat nota pada sesebuah topik untuk suatu mata pelajaran berdasarkan prinsip penggunaannya. Selari dengan tujuan peta minda iaitu ia membolehkan pelajar mencatat nota dengan mudah serta mengingat sesuatu dengan mudah di samping menggabungkan serta menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. Maka, peta minda adalah amat sesuai dan tepat bagi tujuan kajian ini agar pelajar dapat membuat, menyimpan dan mengulangkaji nota dengan baik dan berkesan. Rajah 1 menunjukkan contoh peta minda bagi matapelajaran matematik.

Rajah 1. Contoh peta minda

TATACARA MELAKAR PETA MINDA Penggunaan peta minda dan pengurusan grafik membantu pembacaan dan memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Dalam melakar peta minda atau pengurusan grafik, beberapa langkah perlu dilakukan secara sistematik. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut: (1) Memahami isi petikan  Sebelum melakar sesuatu peta minda, bahan bacaan untuk sesuatu topik harus dibaca dan difahami secara keseluruhan terlebih dahulu. (2) Mengenalpasti isi dan huraian yang berkaitan  Menggaris isi-isi serta huraian-huraian yang dianggap ada kaitan dan relevan dengan topik bahan bacaan tersebut. (3) Melakar simbol  Idea utama akan bermula pada satu titik permulaan dan ianya disimbolkan dengan satu bulatan. Dari sinilah idea ini akan berkembang. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk perkembangan idea ini. Pemetaan minda ini lebih sesuai dibuat dalam bentuk pengurusan grafik dan jaringan klasifikasi. Oleh itu penggunaan beberapa simbol berserta dengan warnawarna tertentu dapat digunakan sebagai satu teknik memetakan minda kita ke arah memudahkan pemahaman. (4) Melukis gambar

210

International Academic Research Journal of Social Science 3(1) 2017 Page 208-213 

Penggunaan gambar adalah salah satu media yang cepat dalam memberi rangsangan dan juga memberi pelbagai interpretasi yang boleh mencetuskan pemikiran yang lebih kritis. Rajah 2 menunjukkan hasil peta minda yang dibuat oleh pelajar berdasarkan daripada langkah-langkah yang dinyatakan di atas.

Rajah 2. Hasil peta minda yang dibuat oleh seorang pelajar

HASIL DARI KAJIAN LEPAS Banyak kajian yang telah dijalankan mengakui penggunaan visualisasi amat penting membantu pelajar menguasai konsep dan memahami fenomena persekitaran mereka. Kajian oleh Rusilah, Yusminah, Nur’ Ashiqin, Isamudin dan Siti Arba’iah (2005) dari Kolej Matrikulasi Melaka mendapati keputusan kuiz 1 yang telah dijalankan menunjukkan keputusan yang kurang memberansangkan. Oleh itu, mereka memperkenalkan pengunaan peta minda bagi meningkatkan pemahaman terhadap konsep matematik serta membantu mereka dalam menjawab soalan matematik dalam kuiz dan ujian seterusnya. Keputusan mendapati terdapat peningkatan ketara dalam ujian, kuiz kedua dan peperiksaan akhir. Noor Razifah (2013), dalam kajiannya menunjukkan pencapaian antara kumpulan pelajar yang diajar menggunakan peta minda dan kumpulan yang diajar menggunakan kaedah tradisional. Kajian juga dilakukan untuk mengenalpasti persepsi murid terhadap peta minda. Mereka ingin belajar, suka mengikuti pelajaran sains, suka membuat latihan dan merasakan pelajaran sains amat menyeronokkan, mudah dan realistik. Dapatan menunjukkan kesediaan murid menggunakan peta minda dalam mempelajari mata pelajaran sains dan memberi lebih keyakinan di samping mampu memanipulasi dan menggunakan peta minda dalam mengulangkaji pelajaran yang lain. Menurut Brinkman (2003), beliau mendapati bahawa peta minda adalah satu teknik yang mudah untuk belajar dan pelajar melihatnya sebagai satu perubahan dalam pengajaran matematik. Bagi beberapa guru yang memperkenalkan peta minda dalam pelajaran matematik mereka mendapati bahawa beberapa pelajar mereka mula mengambil inisiatif sendiri untuk membina peta minda di rumah, terutamanya apabila membuat persediaan untuk peperiksaan. Kajian oleh Amiruniza (2012) mendapati maklumbalas murid tentang peta minda menunjukkan 100% suka belajar menggunakan peta minda. Lebih daripada separuh murid-murid menyatakan mereka suka menggunakan peta minda kerana dapat melukis dan mewarna. Sebab-sebab lain yang diberikan mereka ialah buku tidak nampak kosong serta mudah meng ingati apa yang di belajar selain dapat menambah ilmu pengetahuan. Wahidah (2011) melakukan kajian yang menggunakan keberkesanan sesuatu eksperimen di mana ujian pra dan pasca dilakukan ke atas kumpulan rawatan dan kawalan.. Sampel adalah terdiri daripada 30 orang pelajar untuk kumpulan rawatan, dan 30 orang pelajar untuk kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan telah diajar dengan

211

International Academic Research Journal of Social Science 3(1) 2017 Page 208-213 bantuan konsep peta minda dalam pembelajaran berasaskan masalah manakala kumpulan kawalan diajar dengan kaedah PBM sahaja. Rekabentuk faktorial 2x2 yang melibatkan ujian-t pada paras signifikan 0.05. Hasil kajian telah mendapati min pencapaian kumpulan rawatan adalah tinggi iaitu 82.33 dan signifikan secara statistik pada tahap α= 0.05 (ρ = 0.00) berbanding dengan min kumpulan kawalan iaitu 64.93 yang menunjukkan bahawa penggunaan konsep peta minda telah meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam subjek aplikasi.

KEBAIKAN PETA MINDA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK Banyak kajian membincangkan kebaikan dalam penggunan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran, terutamanya dalam mata pelajaran matematik. Antaranya ialah pendekatan ini dapat menggabungkan fungsi otak kiri dengan bahagian otak kanan di samping meningkatkan daya ingatan dalam melahirkan idea yang lebih fleksibel, kreatif dan menarik dan setiap idea mudah dikembangkan. Hasil penyelidikan mendapati, semua idea atau maklumat yang telah di alami adalah dirakamkan dalam ingatan dapat dibuka semula dengan penggunaan peta minda. Selain itu, peta minda amat sesuai digunakan semasa membuat ulangkaji pelajaran atau bahan bacaan disebabkan ianya ringkas dan memberi makna yang nyata dan tersirat (http://gurukreatifmuridaktif.blogspot.my). Kajian juga menunjukkan peta minda dapat melihat keseluruhan bab dengan jelas serta membantu memahami segala fakta yang berkaitan. Ianya juga berupaya membantu pelajar mengulangkaji pelajaran dengan pantas kerana ideanya ringkas, padat dan penuh makna yang nyata dan tersirat.

KESIMPULAN Penggunaan peta minda adalah salah satu kaedah dan cara untuk membantu dalam proses pembelajaran pelajar. Kaedah ini dilihat sebagai satu kaedah yang menggunakan daya imaginasi dalam menulis semula isi-isi yang telah difahami. Selain itu, kaedah ini juga dapat membantu dalam meningkatkan daya ingatan jangka panjang pelajar. Pelajar juga dilihat dapat mengaplikasikan kaedah peta minda ini apabila membuat ulang kaji atau nota pembelajaran mereka sendiri. Selain itu, penggunaan peta minda juga dapat membantu pelajar menyusun kronologi bagi satu-satu isi yang berkaitan antara satu sama lain. Dengan cara ini, kebarangkalian untuk tertinggal isi penting dapat dikurangkan. Tambahan pula, para pelajar juga kurang mahir dalam membuat perkaitan di antara satu topik dengan topik yang lain mahupun antara satu sub topik dengan sub topik yang lain dan juga di antara satu konsep dengan konsep yang lain. Kefahaman membuat perkaitan antara konsep dan topik ini perlu ada memandangkan pengetahuan dalam mata pelajaran matematik ini merupakan satu pengetahuan berbentuk hieraki iaitu kefahaman berbentuk mudah kepada yang berbentuk abstrak. Bagi meningkatkan penggunaan peta minda ini, mungkin tenaga pengajar boleh mengedarkan lembaran kerja atau nota pembelajaran yang menggunakan peta minda untuk diisi dan disemak oleh pelajar. Dengan cara ini, mungkin pelajar lebih mudah memahami konsep penggunaan peta minda itu sendiri. Tenaga pengajar juga boleh memperkenalkan atau memberi pendedahan peta minda ini di awal pengajaran lagi. Selain dari itu, biasakan penggunaan peta minda setelah tamat pengajaran sesuatu sub topik supaya pelajar nampak dengan jelas hubungan setiap tajuk kecil.

RUJUKAN Amiruniza K. (2012). Penggunaan peta minda bagi meningkatkan minat belajar murid terhadap pelajaran kajian tempatan. PISMK – OUM- Institut Perguruan Sarawak, Miri. Buzan, T. (2002). How to mind map: The ultimate thinking tool that will change your life (pp. 6). London: Thorson. Brinkman, A. (2003). Mind mapping as a tool in mathematics education. The Mathematics Teacher, 96(2), 96. Coretan Cikgu Mimi: Kegunaan dan kebaikan peta minda (http://gurukreatifmuridaktif.blogspot.my) Goodnough, K. & Long, R. (2002). Mind mapping: A graphic organizer for the pedagogical toolbox. Science Scope, 25(8), 20-24. Holland, B., Holland, L. & Davies, J. (2004). An Investigation into the concept of mind mapping and the use of mind mapping software to support and improve student academic performance. Learning and Teaching Projects 2004, 89-94.

212

International Academic Research Journal of Social Science 3(1) 2017 Page 208-213 Kontrova, L. (2015). The effect of mind mapping on teaching the engineering mathematics, ICERI 2015 Proceeding, 1897-1902. Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad & Manisah Mohd Ali. (2013). Professional teachers’ strategies for promoting positive behaviour in schools. Asian Social Science 9(12): 205-211. Noor Razifah Z, (2013). Penggunaan peta minda dalam meningkatkan kefahaman murid Tahun 4 bagi menguasai konsep sains : Menyiasat alam bahan. (https://www.scribd.com/doc/168911016). Rusilah Jais, Yusminah Mohd Yusof, Nur’ Ashiqin Najmuddin, Isamudin Rasip & Siti Arba’iah Darus (2005). Penggunaan peta minda di kalangan pelajar perakaunan. Kolej Matrikulasi Melaka. Subadrah. M.N. (2001). Penggunaan peta minda sebagai satu strategi dalam pengajaran kesusasteraan melayu. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan. Fakulti Pendidikan UKM. Suhaila, S., Norzihani, Y., Hazida, D., & Dawang, M. (2003). Masalah pengajaran dan pembelajaran matematik di kalangan pelajar KUTKM: Mengenal pasti punca kelemahan pelajar dalam matematik. Pusat Perkhidmatan Akademik, Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia Melaka. Tee, T. K, Jailani Md Yunos, Baharom Mohamad, Widad Othman & Yee, M. H. (2009). Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Menerusi Peta Minda Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009 (PKPST 2009). m.s. 114-121. Wahidah, A.B. (2011). Keberkesanan konsep peta minda dalam pembelajaran berasaskan masalah. Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik & Vokasional, UTHOM. Wahidin, Kamisah O. & Subahan Mohd. Meerah. 2004. Penggunaan peta konsep dan peta vee dalam meningkatkan sikap pelajar terhadap kimia. Jurnal Pendidikan. 29, 125-144.

213