UBUDIYAH DALAM ORGANISASI: SATU KAJIAN KONSEP

ramai tentang nilai ubudiyah dan pengaruhnya dalam organisasi. Metode kajian adalah berbentuk kualitatif iaitu ... Aplikasi Ubudiyah Dalam Struktur Or...

18 downloads 477 Views 434KB Size
Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah Disunting oleh:Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini. © Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor. ISBN 123-456-7890-98-7 (2015), http://www.ukm.my/skim

UBUDIYAH DALAM ORGANISASI: SATU KAJIAN KONSEP Nor Akrimi Binti Haji Mohd Ali Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor.

ABSTRAK: Ubudiyah merupakan salah satu prinsip yang harus ada dalam pengurusan Islam. Tidak kira apa jenis pengurusan sekali pun, dengan adanya ubudiyah dapat melahirkan insan yang taat dan sentiasa mencari keredaan Allah SWT. Permasalahan ini dikaji kerana melihatkan situasi keruntuhan akhlak dan moral dalam organisasi disebabkan kurangnya nilai ubudiyah. Kajian ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada orang ramai tentang nilai ubudiyah dan pengaruhnya dalam organisasi. Metode kajian adalah berbentuk kualitatif iaitu menggunakan metode kajian perpustakaan.. Hasil kajian mendapati prinsip ubudiyah mempunyai pengaruh yang besar kepada etika dan gerak kerja sesebuah organisasi.

Pendahuluan

Sebuah organisasi yang mantap sering mementingkan sikap, etika dan akhlak dalam kalangan ahlinya. Namun sejauh mana etika dan akhlak itu mengikut syariah yang Allah SWT tetapkan. Pengurusan sekular lebih mementingkan keuntungan berbanding mementingkan kebajikan ahlinya. Shahar Bin Sidek (1990) menganggap pengurusan sekular tidak lengkap kerana tekanan yang keterlaluan terhadap keuntungan kebendaan. Dalam Islam sesuatu pengurusan itu mesti menepati prinsipprinsip yang ditetapkan al-Quran dan alSunnah. Paling penting pengurusan Islam mesti berteraskan nilai ubudiyah iaitu pengabdian diri secara telus kepada Allah SWT. Pengabdian diri yang dimaksudkan adalah menjadi hamba yang taat dengan melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala kemungkaran. Seperti firman Allah SWT dalam surah alNisa’ ayat 59: Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri di antara kalian. Kemudian jika kalian berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kalian benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian.

Yang demikian itu lebih utama (bagi kalian) dan lebih baik akibatnya. (an-Nisa’, 4: 59)

Jika dilihat situasi di Malaysia, boleh dikatakan rata-rata organisasi kurang mempraktikkan nilai ubudiyah dalam pengurusan mereka. Hal ini kerana masih terjadi masalah sosial, pelanggaran tatasusila dan etika dalam sebuah organisasi seperti masalah curi tulang, rasuah, mengumpat, tidak amanah, dan tidak bertanggungjawab terhadap kerja yang diberikan. Pemahaman nilai ubudiyah dalam organisasi sangat penting kerana ia secara tidak langsung mengajar ahli-ahli organisasi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Berdasarkan pemerhatian penulis terhadap masalah di atas, penulis ingin membawa pembaca menilai betapa pentingnya konsep ubudiyah dalam sesebuah organisasi yang bercirikan Islam. Bagi tujuan itu, penulis telah mengemukakan konsep ubudiyah dan aplikasinya dalam organisasi serta kesannya terhadap organisasi yang mengutamakan ubudiyah.

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

mencintai Allah dan para rasul, rasa takut kepada Allah, ikhlas dalam beribadah, redha atas segala ketentuan Allah, tawakal dan memohon keampunan kepada-Nya. Jelas disini, ibadah bukan hanya bermaksud ibadah khusus seperti dalam rukun Islam sahaja, tetapi ia melibat semua perkara dan urusan yang diredhai Allah.

Metodologi Kajian

Bagi mendapatkan maklumat dan data untuk kajian ini, penulis menggunakan metode kualitatif. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kajian perpustakaan. Maka kajian ini melibatkan sumber rujukan seperti buku, artikel dan jurnal yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih. Bahan-bahan yang diperoleh ini dijadikan sebagai rujukan untuk menambahkan lagi pengetahuan dan kefahaman penulis dari segi teorikal dan konseptual. Antara bukubuku yang digunakan adalah buku dari ulama terkenal Ibnu Taimyyah dengan bukunya al-Ubudiyah. Kemudian penulis juga mengunakan buku dari ulama kontemporari iaitu buku Ibadah Fil Islam karangan Yusuf al-Qardhawi. Oleh kerana konsep ubudiyah ini merupakan sebuah konsep yang melibatkan unsur tasawuf, maka penulis turut merujuk tulisan alQusyairi dalam Risalah Al-Qusyairiyah dan buku tulisan Said Hawwa yang membawa konsep ubudiyah melalui penghayatan nama-nama Allah. Dari pemahaman penulis melalui pembacaan buku-buku diatas beserta tambahan bukubuku lain, penulis menghubungkait konsep ubudiyah ke dalam pengurusan organisasi.

Berbalik kepada ubudiyah, secara literalnya ubudiyah bermaksud perhambaan diri, pemujaan atau penyembahan kepada pencinta iaitu Allah. Istilah ini mempunyai unsur ketaatan dan pasrah diri yang setelusnya terhadap Pencipta (Abdul Mujieb, Ahmad Ismail & Syafi’ah, 2009: 549). Said Hawwa pula menjelaskan ubudiyah adalah makrifat kepada Allah, ibadah kepada-Nya, dan melakukan perbuatan sesuai dengan petunjuk-Nya. Dan ubudiyah merupakan maqam yang tertinggi apabila di dasarkan pada tauhid (Said Hawwa: 1998:316). Penjelasan di atas menerangkan bahawa permulaan ubudiyah adalah mengenal Allah dan mengesakan Allah (tauhid) yang mana akan melahirkan rasa cinta kepada Allah, dan dari rasa cinta itulah lahirnya rasa perhambaan kepada Allah dan diluahkan dengan melakukan ibadah serta kebajikan sesuai dengan petunjuk Allah SWT. Jelas di sini, hakikat ubudiyah dan ibadah tidak dapat dipisahkan. Barang siapa merasakan perhambaan kepada Allah sudah tentu akan melakukan ibadah yang ikhlas kerana Allah SWT, sebagaimana tujuan manusia dijadikan hanyalah untuk beribadah kepada Allah. Seperti firmanNya:

Konsep Ubudiyah

Perbahasan mengenai ubudiyah merupakan satu perbahasan yang berkait rapat dengan ibadah, hal ini kerana keduadua istilah ini membawa maksud perhambaan dan ketundukan kepada Allah SWT. Bagi memahami konsep ubudiyah, perlu difahami dulu apa yang dimaksudkan dengan ibadah. Ibnu Taimiyah (1983: 6) menjelaskan ibadah adalah segala apa yang diredhai dan dicintai Allah SWT merangkumi seluruh ucapan dan perbuatan sama ada yang nampak dan ataupun tidak nampak seperti ibadah solat, puasa, zakat, haji, mengeratkan silaturahim, berbakti kepada ibu bapa dan segala perkara yang diredhai Allah. Hal ini termasuk juga

ُ ‫َو َما خَ لَ ۡق‬ ‫ون‬ َ ‫ٱۡل‬ ِ ‫نس إَِّل لِيَ ۡعبُ ُد‬ ِ ۡ ‫ت ۡٱل ِجن َو‬ ٥٦ Maksudnya: Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia itu kecuali untuk beribadat kepadanya. (az-Dzariat, 51: 56) Dari pengamatan penulis, penjelasan mengenai ubudiyah sebenarnya merupakan perbahasan ilmu tasawuf. Dalam tasawuf, ubudiyah merupakan satu tingkat hati tentang rasa perhambaan 2

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

kepada Allah dengan setelusnya. Tingkat ubudiyah merupakan rasa perhambaan yang lebih tinggi dari ibadah jika disertakan dengan niat yang ikhlas dan tauhid yang sempurna. Dan maqam ubudiyah merupakan maqam yang dimiliki oleh orang khaawash (orang khusus). Manakala maqam ibadah adalah maqam yang dimiliki orang awam. ( al-Qusyairi, 2002: 280).

Dalam sesebuah organisasi sudah tentu mempunyai struktur organisasi yang terdiri daripada ketua, ahli-ahlinya sehingga ke pekerja-pekerja bawahan. Kesemua tingkat kumpulan di bawah organisasi ini perlulah mempraktikkan ubudiyah dalam diri masing-masing sebelum dikatakan organisasi itu melaksanakan prinsip ubudiyah. Dan perlaksanaan ubudiyah itu perlulah meliputi segala aspek ibadah sama kepercayaan, percakapan, perbuatan dan sebagainya.

Terdapat juga pandangan ulamaulama tasawuf berkenaan maksud ubudiyah seperti mana yang dimuatkan di dalam risalah al-Qusyairiyah. Antaranya pendapat daripada Abu Hafsh yang mengatakan ubudiyah adalah hiasan hamba. Barang siapa yang meninggalkan ubudiyah tidak akan mendapat perhiasan. Dzun Nun Al-Mishri mengatakan ubudiyah adalah menjadi hamba yang selalu ada dalam segala hal sebagaimana tuhan yang selalu ada dalam segala hal (alQusyairi, 2002: 282).

A. Ketua Organisasi Ketua atau pengurus merupakan orang tertinggi di dalam sesebuah organisasi. Menjadi seorang ketua bermakna beliau memikul tanggungjawab dan amanah yang besar terhadap organisasi sama ada kepada orang bawahannya mahupun kepada kejayaan organisasi. Oleh itu apabila seseorang memikul tanggungjawab sebagai pemimpin maka perlulah dipastikan bahawa segala urusan diri dan organisasinya berpaksikan kepada agama. Ulama bersepakat perkara yang wajib dilakukan oleh hati adalah seperti ikhlas, tawakal, cinta, tabah, taubat kepada Allah, takut kepada Allah dan mengharapkan pertolongan-Nya, keyakinan yang teguh terhadap Allah (al-Qardhawi, 1978: 102). Oleh itu seorang ketua perlulah mempunyai hati yang ikhlas dan sentiasa bertakawal kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu arahan dan pekerjaan. Hati yang ikhlas dalam melakukan suatu perbuatan akan menimbulkan rasa yang tenang dan redha dengan ketentuan Allah walaupun hasil sesuatu perbuatan itu bukan seperti yang dikehendaki. Aziz yusuf (2010) menjelaskan seorang ketua perlulah sentiasa bersyukur dan bersedia menerima hakikat bahawa tidak semua perkara yang diusahakan mencapai hasil sebagaimana yang diharapkan.

Jelas di sini ubudiyah kepada Allah itu adalah melakukan ibadah secara berterusan dan ikhlas kerana Allah Ta’ala. Hakikat seorang hamba (abdun) itu adalah menghambakan diri kepada Allah SWT dalam bentuk penghambaan (ubudiyah) iaitu dengan melaksanakan segala bentuk perbuatan kerana Allah swt (ibadah) iaitu dengan mengesakan Allah dan tidak mensyirikkan atau menyamakan-Nya dengan sesuatu pun serta melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala laranganNya. Oleh itu seseorang yang tunduk mengakui keimanan kepada Allah sahaja tidak cukup jika tidak mengikut segala perintah dan suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah (alQardhawi, 1978: 31). Maka jelaslah ubudiyah adalah menundukkan segala urusan mengikut cara yang disukai dan diredhai Allah sama ada dalam percakapan, kepercayaan dan perbuatan.

Selain itu, seorang ketua juga perlulah mempunyai rasa cinta dan takut kepada Allah. Rasa cinta dan takut kepada

Aplikasi Ubudiyah Dalam Struktur Organisasi

3

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

Allahlah yang dapat menghindari seseorang daripada melakukan sebarang kemungkaran dan mendorong melakukan kebaikan seperti yang diperintahkan-Nya. Al-Qardhawi (1978:106) menjelaskan haram bagi lidah untuk menuturkan perkataan keji dan dusta. Oleh itu seorang ketua perlulah menjaga percakapan denga ahli dibawahnya dan haram mengatakan perkataan yang keji dan dusta kepada ahli dibawahnya.

hasad dengki, cemburu, sombong, riak, ujud dan berprasangka buruk terhadap orang lain. Sifat-sifat ini perlulah dijauhi bagi memastikan segala urusan di dalam organisasi itu berjalan dengan baik dan lancar. Ahli organisasi juga perlulah sentiasa menuturkan kata-kata yang baik sesama ahli organisasi kerana menuturkan perkataan yang baik itu menunjukkan ubudiyah kita melalui ucapan.Antara ucapan yang baik adalah ucapan salam apabila bertemu sesama lain. Ahli organisasi perlulah menjauhi larangan Allah dari bercakap perkara-perkara yang mendatangkan dosa seperti mengumpat dan menghina orang lain. Dalam istilah masyarakat hari ini, istilah “bergosip” sering digunakan bagi menggantikan perkataan mengumpat (ghibah) yang mana lebih sinonim dengan golongan hawa. Jadi perbuatan bergosip inilah yang perlu dibuang jauh dari sebuah organisasi kerana bergosip merupakan satu perbuatan yang mendatangkan dosa (al-Qardhawi, 1978: 106).

B. Ahli Organisasi Ahli-ahli dibawah organisasi juga perlulah mempunyai ciri-ciri hati seperti yang dijelaskan diatas. Setiap ahli perlu mempunyai hati yang ikhlas, tawakal, cinta dan keyakinan yang teguh dan patuh kepada Allah. Rasa cinta dan takut kepada Allah akan menjadikan insan mematuhi segala perintah dan menjauhi segala larangan. Said hawwa (1998: 334) menjelaskan rasa cinta kepada Allah dan Rasul termasuk kewajipan Islam yang paling tinggi, Seperti firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 165:

Dari penjelasan-penjelasan di atas, dapat disimpulkan seorang ketua dan ahli organisasi yang ubudiyah kepada Allah akan mempraktik dan melaksanakan perintah Allah dan menghalang dirinya dari melakukan sesuatu perkara yang dilarang Allah. Dan daripada perbuatanperbuatan ini akan melahirkan satu budaya dan akhlak yang baik dalam organisasi.

ِۗ ّ ‫ين َءا َمنُ ٓو ْا أَ َش ُّد ح ُّٗبا‬ َ ‫َوٱل ِذ‬ ِ‫لِّل‬ Maksudnya: dan orang-orang yang beriman itu sangat besar cintanya pada Allah. (al-Baqarah, 2: 165)

Ubudiyah Dalam Akhlak

Sebagai sebuah organisasi yang mengharapkan keredhaan dan rahmat dari Allah, perlulah memupuk akhlak yang baik dalam kalangan ahlinya. Sebagaimana Rasulullah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak, akhlak merupakan perkara penting dalam kehidupan insan di dunia ini. Persoalannya bagaimanakah untuk memupuk akhlak yang baik dalam diri setiap manusia. Disinilah perlunya tazkiyatul nafs iaitu pembersihan jiwa. Jiwa yang bersih dapat menghasilkan akhlak yang baik.

Rasa cinta kepada yang hakiki akan membuahkan rasa cinta kepada sesama mahkluk. Dan dalam konteks organisasi, ahli organisasi yang mencintai Allah akan mengasihi dan berkasih sayang sesama ahli organisasi. Ahli organisasi juga perlulah patuh kepada arahan ketua selagi mana ia tidak melanggar syarak dan perlulah memastikan kepatuhan yang hakiki itu hanya kepada Allah SWT. Seterusnya ahli organisasi perlu menjauhi perasaan yang tidak baik seperti 4

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

Tazkiyatul nafs merupakan salah satu misi para Rasul di atas muka bumi untuk membersihkan hati kita daripada sifat-sifat terkeji dan digantikan dengan sifat-sifat yang terpuji. Seperti Firman Allah dalam surah al-Baqarah:

yang membawa kebaikan sama ada kepada agama, insan dan masyarakat.

Ubudiyah Dalam Etika Dan Adab Kerja

ْ‫ُوَّل ّمن ُكمۡ يَ ۡتلُوا‬ ّٗ ‫َك َمآ أَ ۡر َس ۡلنَا فِي ُكمۡ َرس‬ ‫ب‬ َ َ‫َعلَ ۡي ُكمۡ َءا َٰيَتِنَا َويُ َز ّكي ُكمۡ َويُ َعلّ ُم ُك ُم ۡٱل ِك َٰت‬ ْ ُ‫َو ۡٱل ِح ۡك َمةَ َويُ َعلّ ُم ُكم ما لَمۡ تَ ُكون‬ ‫ون‬ َ ‫وا ت َۡعلَ ُم‬

Umum mengetahui bahawa etika dan adab dalam pekerjaaan boleh menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Dalam pengurusan Islam, lahirnya etika kerja seperti amanah, adil, itqan dan masuliyah merupakan etika yang lahir dari ubudiyah itu sendiri. Antara etika dan adab pekerjaan yang perlu diutamakan dalam sesebuah organisasi adalah seperti berikut:

Maksudnya: Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul diantara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.

1. Niat Yang Ikhlas Kerana Allah

(al-Baqarah, 2: 151)

Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia tentunya mempunyai suatu niat dan tujuan yang khusus sama ada niat itu untuk tujuan yang baik atau tidak baik. Namun tujuan yang paling utama dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan amal perlulah tujuan yang ikhlas kerana Allah semata-mata. Ikhlas merupakan satu urusan hati yang susah untuk dicapai kerana hati manusia itu mudah tergoda kepada sesuatu yang lain. Said Hawwa (1998: 318) menjelaskan sesuatu yang bersih dan terhindar dari kotoran dinamakan khalish ( yang bersih), manakala pekerjaan membersihkan disebut ikhlas. Maka jelas disini ikhlas adalah perbuatan untuk membersihkan hati dari sebarang niat yang tidak bersandar kepada Allah. Niat yang ikhlas dalam pekerjaan menunjukkan betapa dekatnya hubungan perhambaan seseorang dengan Allah. Begitu juga dalam sesebuah organisasi, ahli-ahli di dalam organisasi melakukan sesuatu niat kerana Allah dan mengharapkan rahmat dan keredhaan Allah supaya suatu pekerjaan itu tidak siasia. Hasil daripada ikhlas akan melahirkan pekerja yang bertanggungjawab dan berkerja dengan penuh kerelaan hati,

Takiyatul nafs dari segi bahasa adalah penyucian dan pertumbuhan. Manakala dari segi istilah ia bermaksud penyucian (tathahur) dari segala penyakit dan kecacatan, merealisasikan (tahaqquq) berbagai maqam padanya, dan menjadikan asma’ dan sifat sebagai akhlaknya (takhalluq) (Said Hawwa, 1998: 2). Ibnu Taimiyyah mengatakan cara paling kuat dalam usaha membersihkan jiwa adalah dengan menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan kemudian barulah membersihkan diri dari perbuatan keji seperti zalim, syirik, dusta dan sebagainya (Ibnu Taimiyyah, 1983: 95). Antara akhlak yang baik yang perlu wujud dalam sebuah organisasi adalah seperti saling hormat-menghormati, menjaga adab pergaulan, saling menasihati, pemaaf, rendah diri, amanah dan sebagainya. Akhlak yang baik menunjukkan peningkatan nilai ubudiyah dalam organisasi tersebut. Hal ini kerana ubudiyah seperti dijelaskan diatas tidak hanya bermaksud melakukan ibadah yang khusus tetapi ia juga meliputi segala akhlak, perbuatan, perbualan dan perkara 5

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

kesungguhan, penelitian serta bersegera untuk mendapatkan keredaan Allah SWT. Ubudiyah Melalui Perlaksanaan Aktiviti/Program

2. Mengutamakan Ibadah Khusus

Al-Qardhawi (1978) menegaskan dalam menjalankan amalan-amalan duniawi, manusia tidak lalai dari menjalankan kewajipan ibadat yang khusus seperti sembahyang, puasa dam sebagainya sesuai dengan firman Allah:

Apabila kita ingin menjadikan sesuatu pekerjaan sebagai ibadah kepada Allah taala, perlulah kita melaksanakan sesuatu pekerjaan yang tidak bertentangan dengan hukum yang Allah tetapkan. Begitu juga organisasi, apabila melaksanakan aktiviti dan kegiatan perlulah aktiviti yang tidak bertentangan dengan syarak. Al-Qardhawi (1978) menjelaskan antara syarat amalan seseorang menjadi ibadah mestilah amalan yang dikerjakan itu di akui Islam, sesuai dengan hukum syariah dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut. Persoalannya bagaimanakah memastikan aktiviti kita bertepatan dengan syarak? Maka ia perlulah di dirujuk kepada sumber-sumber islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah, ijtihad para sahabat dan ulama’ qiyas yang disepakati, dan orang yang lebih ‘alim dalam agama.

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah hendaknya hartaharta kamu dan anak-anak kamu itu melalaikan kamu dari mengingati Allah, barang siapa berbuat demikian (dilalaikan oleh harta dan anakanaknya dari mengingati Allah) maka merekalah sebenarnya orang-orang yang rugi.

(al-Munafiqun, 63: 9)

Antara aktiviti yang boleh dijalankan dalam organisasi bagi menunjukkan ubuidyah kepada Allah adalah menganjurkan tazkirah pada setiap bulan, membaca al-Quran setiap pagi dan sebagainya. Perlaksanaan ini menunjukkan ubudiyah kita kepada Allah. Organisasi boleh mengadakan aktiviti yang mendekat diri kepada Allah seperti pemberian zakat kepada asnaf yang memerlukan, bantuan sedekah dan bantuan kepada anak-anak yatim. Tambahan lagi, organisasi besar seperti syarikat juga boleh memberi inisiatif seperti bantuan menunaikan haji bagi pekerja yang produktif dan ini akan menggalakkan lagi mereka bekerja lebih tekun.

3. Tepati Masa

Menepati masa merupakan suatu yang dituntut dalam Islam. Sebagaimana Firman Allah dalam Surah al-Asr:

ۡ ‫َو ۡٱل َع‬ ٢ ‫ٱۡلن َٰ َس َن لَفِي ُخ ۡس ٍر‬ ِ ۡ ‫ ِإن‬١ ‫ص ِر‬ َٰ ْ ُ ‫وا َو َع ِمل‬ ْ ُ‫ين َءا َمن‬ ‫ت‬ ‫وا‬ َ ‫إَِّل ٱل ِذ‬ ِ ‫ٱلصلِ َٰ َح‬ ۡ ْ ْ ّ ‫اص ۡوا ِبٱل َح‬ ‫ص ۡوا ِبٱلص ۡب ِر‬ َ ‫ق َوتَ َوا‬ َ ‫َوتَ َو‬ ٣ Maksudnya: Demi masa. Sungguh manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

Kesan Ubudiyah Kepada Organisasi

(al-‘Asr,103 : 1-3)

Sebuah organisasi yang mengamalkan prinsip ubudiyah yakni melakukan sesuatu 6

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

kerana ibadah kepada Allah Ta’ala sudah tentu akan memperoleh ganjaran yang besar dari Allah di dunia mahupun di akhirat. Setelah diteliti oleh penulis, ubudiyah mempunyai hubungan yang sangat signifikan dengan kecekapan dan kegemilangan sesebuah organisasi. Antara kesan ubudiyah kepada organisasi adalah:

berjalan seperti di dalam perancangan Allah. Al-Qardhawi (1978) menjelaskan ibadat itu meliputi redha terhadap qadha dan qadar, bertawakal, mengharapkan rahmat dan takut atas azab seksaan-Nya.

Kesimpulan

Pertama: Ubudiyah dapat mengelakkan masalah sosial dan perlanggaran etika kerja dalam organisasi. Pekerja yang taat kepada Allah akan sentiasa menjauhi perkara-perkara yang ditegah dan dibenci oleh Allah seperti curi tulang, tidak amanah mengumpat rakan sekerja dan sebagainya. Ketua dan ahli kepada organisasi sudah tentu akan memastikan ahlinya menerapkan sifat amanah dan tanggung jawab dalam setiap aktiviti yang dilakukan setiap masa. Selain itu, akhlak yang mulia ini akan menjadi contoh dan teladan dalam sesebuah organisasi dan akan mendorong ahli yang lain bersifat mulia.

Penggunaan istilah ubudiyah mungkin agak asing dalam masyarakat hari ini, namun untuk memahami istilah ini tidaklah begitu susah kerana perlaksanaan konsep ubudiyah melibatkan aspek ibadah yang sudah sinonim dengan masyarakat. Sebagai kesimpulan, konsep ubudiyah adalah rasa perhambaan kepada Allah dengan melakukan ibadah kepada-Nya dengan tulus dan ikhlas. Ibadah yang dimaksudkan bukanlah hanya ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat dan sebagaimana yang difahami umum, tetapi ibadah itu meliputi segala aspek ajaran Islam. Skop ibadah mempunyai skop dan daerah yang luas yang meliputi budi bahasa yang baik, akhlak yang baik, dan menerima ketentuan Allah dengan redha. Setiap urusan dalam pengurusannya mestilah diperhambakan atau diabdikan sepenuhnya kepada Allah SWT, bukan kepada selain daripada-Nya. Ubudiyah dalam organisasi merupakan satu prinsip yang utama kerana pemahaman terhadap ubudiyah akan melahirkan prinsip yang lain seperti masuliyyah, itqan, al-adl, alfalah dan sebagainya. Segala perkara mungkar dan keji dapat dijauhi dengan berpandukan kepada ciri-ciri dan matlamat pengurusan Islam yang berteraskan dasardasar pengurusan yang mempunyai nilai ubudiyyah.. Paling penting bekerja kerana ibadah kepada Allah SWT itulah ubudiyah.

Ketiga: Sebuah organisasi akan mencapai kejayaan dengan lebih mudah kerana mempunyai ahli organisasi yang bekerja dengan rajin dan bersungguh-sungguh. Ahli organisasi yang mempunyai rasa pengabdian kepada Allah akan menjadikan setiap amalan sebagai ibadah dan sudah tentu kerja akan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Ahli organisasi lebih bertanggungjawab terhadap kerja yang dilakukan. Atas rasa tanggungjawab itu ahli organisasi akan memperbaiki mutu kerja dan telus dalam melakukan pekerjaan.

Keempat: Wujud suasana positif dan tidak mudah putus asa di dalam sesebuah organisasi yang mengutamakan prinsip ubudiyah. Hal ini kerana ahli-ahli organisasi sedar akan ketentuan Allah. Setiap perkara yang dirancang tidak semestinya akan tercapai seperti yang diingini kerana semua urusan di dunia ini

Rujukan

Al – Quran

7

PROSIDING SEMINAR ANTARABANGSA PENGURUSAN & KEPIMPINAN ISLAM: ISU DAN CABARAN.

Abdul Aziz Yusuf. 2010. Pengurus BertakwaMemakmurkan Syarikat. Sintok:Penerbit Universiti Utara Malaysia

Terj Annur Rafiq Shaleh Tamhid. Jakarta: Rabbani Press.

Abdul Mujieb, Ahmad Ismail & Syafi’ah. 2009. Ensiklopedia Tasawuf Imam Al-Ghazali. Bandung: Mizan Media Utama Al-Qusyairi, Abul Qasim Abdul karim Hawazin. 2002. Risalah Qusyariyah Sumber Kajian Ilmu Tasawuf. Terj Umar Faruq. Jakarta: Pustaka Amani. Al-Qardhawi, Yusuf. 1978. Ibadah Dalam Islam. Terj Hassan Idris. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Amitai Etzioni. 1964. Modern Organizations. New Jersey: Prentice-Hall Auni Haji Ahmad. 2010. Teras Utama Sistem Pengurusan Islam. Pahang:Alam Raya Enterprise. Chester Barnard. 1938. The Function Of The Executive. Cambridge: Harvard University Press. Ibnu Taimiyah. Taqi al-Din Ibn Abd alHalim. 1983. Al Ubudiyah:Hakikat Perhambaan Manusia Kepada Allah. Terj: Mu’ammal Hamidy. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd. Mohd Shahar Bin Sidek. 1990. Pengurusan Organisasi Dari Perspektif Islam. Kertas Kerja Seminar Pengurusan Organisasi Dari Perspektif Islam. t.tp. 11-12 Mac 1990. Muhammad Nubli Abdul Wahab. 2008. Kecermelangan Pengurusan Organisasi Dalam Islam. Siri1.Kuantan: Universiti Malaysia Pahang. Hawwa, Sa’id Bin Muhammad Daib (pnyt). 1998. Mensucikan Jiwa. 8