SURAH AL MULK
1
2
3
TERJEMAHAN SURAH AL MULK
Maha Berkat Allah itu! Tuhan yang menguasai dunia dan akhirat, dan memanglah Dia Maha Kuasa di atas tiap-‐tiap sesuatu.(1)
Dialah yang mentaqdirkan adanya “MATI” dan “HIDUP” kamu semua; semata-‐ mata untuk menguji kamu bagi merealisasikan ‘siapakah di antara kamu yang terlebih baik amalan baiknya’. Dialah Maha Kuasa akan membalas amal kamu dan Maha Pengampun kepada yang bertaubat.(2)
Dialah Allah yang telah menciptakan tujuh langit yang berlapis-‐lapisan. Jangan harap engkau dapat melihat sebarang ketidakseimbangan dalam sebarang ciptaan Allah yang Penyayang itu! Untuk buktinya; lihatlah dan telitilah ciptaan-‐ciptaan itu berkali-‐kali, adakah Engkau terjumpa sesuatu yang pecah atau cacat?.(3) Kemudian ulangilah penelitian kamu itu berkali-‐kali, nescaya engkau akan kecewa pada penglihatan engkau itu dan menyebabkan ia hampa dan letih lesu.(4) 4
Sesungguhnya Kami telah hiaskan ‘langit dunia’ dengan pelita-‐pelita (iaitu bintang-‐bintang yang bergemerlapan) dan pada masa yang sama Kami jadikan bintang-‐bintang itu sebagai ‘peluru’ yang merejam para syaitan; dan Kami sediakan untuk mereka azab neraka yang apinya marak menjulang.(5)
Dan untuk orang-‐orang yang kafir terhadap Tuhan mereka disediakan azab neraka Jahannam dan itulah seburuk-‐buruk tempat kembali mereka.(6)
Apabila mereka-‐mereka yang kufur itu dicampak ke dalamnya; mereka akan mendengar suara jeritan neraka itu yang amat dasyat sedang ia terus mengelegak.(7)
Neraka itu hampir-‐hampir meledak pecah kerana ia terlalu marah kepada si kafir itu, setiap kali kumpulan manusia kafir itu dicampak ke dalamnya, maka penjaga neraka itu akan bertanya kepada mereka dengan perkataan: “selama kamu di dunia dulu, ada atau tidak datang kepada kamu Rasul yang pernah memberi peringatan tentang neraka ini?”.(8)
5
Jawab mereka; “ya! Ada, benar ada rasul yang diutuskan untuk memberi peringatan kepada kami. Sayangnya! Kami telah mendustakan mereka, dan kami pernah berkata pada mereka; “Mana ada Allah yang telah menurunkan sesauatu apa pun pada kamu! Kamu semua ini adalah sesat yang sangat nyata!”.(9)
Dan mereka berkata lagi (dengan penuh insaf): “Kalaulah sekiranya kami dulu mendengar serta meneliti peringatan rasul itu ATAU Kami berfikir: sudah tentu kami tidak berada dalam golongan penghuni neraka ini!”.(10)
Lalu mereka mengakui dosa-‐dosa mereka itu; maka alangkah jauhnya Rahmat Allah bagi penghuni-‐penghuni neraka yang marak menjulang ini.(11)
Sesungguhnya, orang-‐orang yang takut pada Allah, Tuhan mereka tanpa melihatNya, maka akan dikurniakan pengampunan dan pahala yang amat besar.(12)
Dan tuturkanlah perkataan-‐perkataan kamu itu sama ada secara perlahan atau secara nyaring (dan ianya sama saja disisi Allah); kerana Allah maha Mengetahui isi hati kamu itu yang dikandungi oleh dada kamu.(13)
6
Tidakkah Allah yang telah mencipta sekalian makhluk itu dapat mengetahui segala-‐galanya? Allah itu Maha Halus urusan tadbir Nya, lagi Maha Tinggi kemahiran Nya.(14)
Dia lah yang telah mencipta bumi bagi kamu untuk mudah kamu gunakan; maka berjalanlah di merata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah (dari pengeluaran bumi itu); dan ingatlah kepada Allah jualah kamu akan dibangkitkan untuk hidup semula.(15)
Bolehkah kamu merasa aman tenteram kepada Tuhan yang pusat pemerintahan Nya di langit itu (jika kamu mengingkari dan dengan kemurkaan Nya) Dia menunggang balikkan bumi ini yang menimbuskan kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta merta melenyapkan kamu di bawahnya?.(16)
Bolehkah kamu merasa aman tenteram kepada Tuhan yang pusat pemerintahannya dilangit (jika kamu mengingkari Nya dan dengan kemurkaan Nya) Dia menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan hebat, maka dengan itu barulah kamu mengetahui bagaimana buruknya amaran kepada yang ingkar kufur itu?.(17) 7
Sesungguhnya, orang-‐orang yang dahulu itu adalah dari mereka-‐mereka yang telah pernah mendustakan Rasul-‐rasul mereka! Lalu mereka dibinasakan. Maka perhatikanlah ‘bagaimana buruknya kesan kemurkaan Aku pada mereka!:(18)
Apakah mereka tidak mahu melihat kepada burung-‐burung yang berterbangan di atas mereka dengan cara mengembang dan menguncupkan kepak-‐kepak sayap mereka! Pastinya yang menahan burung-‐burung itu dari terjatuh ke bumi ialah Allah yang bersifat dengan Penyayang dan Maha Rahmat; sesungguhnya Dia maha Melihat segala sesuatu itu.(19)
Siapakah gerangannya selain dari Allah yang boleh menjadi tentera-‐tentera yang boleh membantu kamu, sewaktu kamu dikenakan azab-‐azab itu? Pasti nya orang-‐orang yang kufur itu sentiasa berada dalam kekeliruan.(20)
Siapakah pula gerangannya (selain dari Allah) yang dapat terus memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezeki kamu? Pastinya, orang-‐orang yang kufur pada Allah itu akan terus bongkak dan menjauhkan diri mereka dari Hidayah Allah!(21) 8
Apakah orang-‐orang yang berjalan dengan menelangkupkan muka mereka kebumi itu lebih layak mendapat hidayah Allah berbanding dengan orang-‐ orang yang berjalan tegak dimatas kaki mereka serta mengikut jalan yang lurus Istiqomah?.(22)
Katakanlah pada mereka, wahai Muhammad! ‘Sesungguhnya Allah lah yang telah mencipta kamu semua dan telah mengadakan pada kamu Pendengaran (telinga) dan Penglihatan (mata) serta hati (untuk kamu mencari dan bersyukur kepada Nya); Malangnya! Amat sedikit sekali kamu bersyukur pada Nya.(23)
Katakanlah lagi pada mereka; “Allah itulah Tuhan yang telah mencipta kamu semua untuk mengembang biak di bumi ini! Pastinya kepada Dialah sahaja, kamu semua akan dikumpul dan dikembalikan”.(24)
dan mereka bertanya (dengan niat mengejek): “Bilakah agaknya akan datang hari kiamat yang dijanjikan kamu itu, jika ianya benar?.(25)
9
Katakanlah pada mereka; “Pengetahuan tentang hari kiamat itu hanya tersimpan di sisi Allah sahaja, dan aku hanyalah sebagai Rasul, tugas aku hanya memberi peringatan dan penjelasan.(26)
Kemudian apabila mereka menyaksikan dan melihat kemunculan hari kiamat itu dari dekat, maka suramlah muka mereka dan lalu dikatakan pada mereka dengan perkataan berikut; “Inilah dia hari yang pernah kamu semua cabar dan minta disegerakan kedatangannya!” Ingat tak?.(27)
(Tanyalah mereka, wahai Muhammad dengan soalan ini; “Apa fikiran kamu, jika Allah membuat keputusan membinasakan aku dan orang-‐orang yang bersama-‐samaku (sebagaimana yang kamu harap-‐harapkan selama ini) Atau Allah memberi RahmatNya pada kami dengan memenangkan kami ke atas kamu semua) maka siapakah yang dapat memberi perlindungan kepada orang-‐orang yang kufur seperti kamu dari azab-‐azab seksaan yang sangat pedih itu?”(28)
10
Katakanlah pada mereka, wahai Muhammad; “Allah yang bersifat Penyayang itulah yang dapat melindungi kami; Dialah yang kami beriman denganNya dan Dialah yang kami menyerah pasrah dan bertawakal manakala kamu semua akan dapat mengetahui siapakah yang sebenarnya yang sedang berada dalam kesesatan yang nyata itu!”(29)
Wahai Muhammad, beritahu mereka; “Apa pendapat kamu jika sekiranya air yang menjadi minuman harian kamu itu dihilang lenyapkan dari muka bumi ini, maka siapakah selain dari Allah yang dapat mendatangkan pada kamu air lain yang sentiasa terpancar mengalir?.(30)
11
SINOPSIS SURAH AL MULK Surah al Mulk ialah surah yang ke 67, diturunkan di Mekah dengan 30 ayat. Surah yang diturunkan di Mekah ini yang bertujuan membina akidah kepercayaan kepada Allah, kepada wahyu Nya, dan kepada Hari Akhirat. Dari kepercayaan dan akidah ini akan tercetuslah hubungan di antara Allah sebagai Pencipta dengan Makhluk ciptaanNya dalam bentuk hubungan hati yang hidup yang mendorong mereka kepada menyembah hanya Allah. Surah al Mulk memberi tujahan di atas kepada hati-‐hati yang cuba menghayatinya; kerana konsep al Mulk bererti Allah sebagai Pencipta Mutlak yang memiliki kekuasaan agong yang mentadbir semua makhluknya termasuk kita. Surah ini memaparkan hubungan di antara makhluk semua dengan Pencipta nya, melibatkan hubungan bumi yang sempit ini bersama penduduknya dengan alam langit yang luas yang mendorong kepada pengertian adanya hari akhirat. Surah yang memperkenalkan alam akhirat kepada manusia dengan memperkenalkan neraka dan syurga, para malaikat dan syaitan yang di kaitkan dengan amalan manusia di bumi ini, sama ada yang beriman atau yang kufur pada Allah. Manusia, yang dicipta dari TIADA kepada ADA; kemudiannya kepada TIADA (mati) dan kepada ADA semula (dibangkitkan di hari akhirat) untuk dihayati oleh kita dan di insafi bahawa kita terlalu kerdil dihadapan kejadian Allah. Allah; Pemilik Agong segala-‐segala ciptaanNya, memiliki kekuasaan agong yang meberi keberkatan kepada yang beriman denganNya, telah mencipta segala-‐galanya termasuk bumi dan langit, dan mentadbirkannya dengan penuh barakah tanpa sedikit kecacatan pun. Kita dicabar untuk mencari kalau ada yang pecah dan cacat. Matlamat dari semuanya ini untuk menguji manusia untuk melihat siapakah yang paling terbaik menghasilkan amal baik di atas muka bumi ini. Malah Allah menjanjikan kepada yang beriman dan tak pernah melihat zat Allah
12
dengan mata kepala mereka, tetapi hanya melihat kejadianNya akan diberi pengampunan dan pahala yang besar. Allah memperkenalkan alam Akhirat; di mana yang bersekongkol dengan syaitan dan kufur pada Allah akan dicampak ke dalam neraka Allah tanpa belas kasihan. Para Malaikat penjaga neraka dari kalangan malaikat akan bertanya dengan soalan yang sinis menempelak si kafir itu atas kekufuran mereka. Yang anehnya Neraka yang kecewa dengan manusia yang kufur itu turut memarahi dan mengaum dengan sekuatnya kerana manusia yang tidak tahu berterima kasih pada Allah itu sanggup kufur padaNya. Allah mengakhiri surah ini dengan memperkenalkan diriNya sebagai Ar Rahman yang mengujudkan air sebagai sumber hidupan di dunia yang tidak boleh disediakan oleh mana-‐mana selain dari Allah. Wajib lah kita bersyukur pada Allah, menerima Allah seadanya, kerana Allah yang kita bertuhankan Nya itu pemilik Kekuasaan Yang Teragong yang pasti punyai kuasa yang sangat luar biasa jika dibandingkan dengan patung sembahan orang yang kufur pada Nya, ﻭوﷲ ﺃأﻋﻠﻡم
13
TAFSIRAN SURAH AL MULK
Mafhum nya: “Maha Berkat Allah itu, Tuhan yang menguasai pemerintahan dunia dan akhirat, dan memanglah Dia Maha Kuasa di atas tiap-‐tiap sesuatu:”.(1) Tafsiran ayat 1: Ibnu Kathir mentafsirkan ayat di atas sebagai: “Allah telah memuji diriNya sendiri yang mulia itu; dan memberitahu kita bahawa Dia menguasai pemerintahan ke atas segala sesuatu itu, iaitu Dia lah yang mentadbir, menguasai, dan menentukan segala-‐gala yang bernama makhluk mengikut apa yang Dia kehendaki Nya tanpa adanya penentu hukum-‐hukum sebelumnya, dan tidak dipersoalkan atas yang telah Dia lakukan kerana keagungan kekuasaan Nya, dengan penuh hikmah dan sempurna keadilan Nya”. Ibnu Kathir ms. 397 Juz 4: Tafsir Ibnu Kathir) Imam Ismail Haqqi Ar Rusawi pula berkata: “Iaitu Keberkatan dan Keagungan Zat Allah berbanding dengan yang lain, dari segi zat Nya, Sifat-‐sifat Nya dan Perbuatan Nya; keberkatan ini menjelaskan keagungan Kekuasaan Nya untuk mencipta, mentadbir dan menguasai secara total atas segala seuatu yang diCipta Nya.” Ini bererti Dia berkuasa menyuruh, mencegah, memberi, menolak, menghidup, memati, memulia, menghina, memfakirkan dan mengkayakan, memberi sakit, dan menyembuh, mendekat dan menjauhkan, membangun dan menghancur, menghubung, membuka dan menutup dan sebagainya dari 14
perkara-‐perkara keagungan dan kesan kekuasaan Ilahi; keagungan kekuasaan Nya yang telah ada sejak azali dan kekal abadi selamanya. “ Tafsir al Bayan ms73: Juz 10) Syed Qutub pula berkata:-‐ “Bererti keberkatan yang melimpah, dan mengagungkan keberkatan ini keseluruhan alam yang merupakan tampuk kerajaan Nya; setelah keberkatan ini diagungkan pada zat Ilahi Allah itu sendiri. Keberkatan dan Maha Suci Allah itu bagi Allah yang memiliki, menguasai, memegang teraju dan mengendalikan semua makhluk ciptaanNya itu. Inilah satu hakikat yang tidak dapat ditolak oleh logik kita. Hasil pengertian ini, seorang hamba Allah akan dapat menentukan hala tuju nya dan mengkhayalkan kesudahannya dengan jelas iaitu “kepada hanya Allah”. Ertinya dia akan terbebas dari bergantung pada bukan Allah; tetapi memperkukuhkan pergantungan pada Allah yang sebenarnya memiliki diri nya dan menguasai alam ini semua tanpa sebarang sekutuNya. Limpah ruah keberkataan pada zat Allah ini, mengalir terus dan membadai Kerajaan Milik Allah ini dalam aspek-‐aspek berikut: a) Penciptaan Mati dan Hidup; dijadikan sebagai ujian untuk amal soleh makhluk Nya. b) Penciptaan Langit-‐langit dan bumi, dihiaskan dengan bintang-‐bintang yang digunakan untuk merejam Syaitan. c) Menyediakan Neraka Jahanam yang mengganas membakar mereka yang kufur, dan memperkenalkan penjaga Neraka Nya dan sifat mereka. d) Menjelaskan Kuasa Allah yang tidak terbatas, yang Mengetahui apa yang tersirat dan yang tersurat melalui ilmu Nya yang meluas. e) Penciptaan bumi dengan matlamat memudahkan pergerakan di atas nya. f) Menimpakan azab yang diturunkan dari langit ke atas yang kufur, atau digoncangkan bumi untuk menginsafkan mereka. g) Penciptaan hujan untuk sumber air kepada makhluk Nya! Bagaimana pula jika air itu disekatkan turunnya? 15
h) Memberi rezeki kepada yang disukai Nya; mengurniakan kekuatan berfikir kepada manusia untuk berfikir. i) Mempastikan perkembangan manusia di atas mukabumi ini dan menghimpunkan mereka di hari kiamat. j) Menjelaskan ehwal hari Akhirat dan azab atas yang kufur. k) Menjadikan air sebagai bahan terpenting untuk kehidupan atas muka bumi ini. Cara persembahan ayat ini, akan membawa kita berfikir diluar kotak kebiasaan kita, tetapi meliputi bidang-‐bidang peguasaan yang diluar fikiran kita yang melibatkan dunia ini, hidup dan mati, hari akhirat dan Allah sebagai Pencipta. Beriman dengan Allah adalah sebesar-‐besar faedah kerana Kita beriman dengan Yang Penuh Barakah, luas dan melimpah ruah barakah tersebut mendominasi dunia ini, hidup ini, mati nanti dan hari akhirat; dan Kuasa pemerintahan Nya yang terlalu agong dan tidak boleh ditandingi. “Mahasuci Allah, Yang memegang tampuk Kerajaan di seluruh alam, dan Dia Maha Berkuasa di atas segala sesuatu”. (Syed Qutub; Fi Zilalil Quraan Juz 6: ms 3629)
Mafhum nya: “Dialah yang mentaqdirkan adanya “mati” dan “hidup” kamu: semata-‐mata untuk menguji kamu bagi merealisasi ‘siapakah di antara kamu yang terlebih baik amalan baiknya. Dialah yang Maha Kuasa membalas amal kamu, dan Maha Pengampun kepada yang bertaubat).(2) Tafsiran ayat 2:
16
Berbalik pada pengertian ayat 1 di atas; iaitu Maha Barakah Allah itu yang melimpah ruah memberkati Ciptaan Kerajaan Makhluk Nya; maka di antara keagungan ciptaan Nya ialah Mencipta Mati dan Hidup untuk makhluk Nya; khususnya pada manusia semua. Ibnu Kathir mentafsir ayat ini dengan katanya: “Allah yang telah mengujudkan makhluk Nya semua dari ‘tiada’ kepada ‘ada”. Sandaran tafsiran beliau berdasarkan firman Allah:
“bagaimana kamu tergamak mengkufuri Allah pada hal sebelum kejadian kamu itu, kamu dalam keadaan ‘mati’ kemudian Dia menghidupkan kamu!” Inilah peringkat pertama di mana semasa ketiadaan kamu itu dianggap sebagai ‘mati’ dan dengan kewujudan kamu melalui tiupan Roh Nya ke dalam kamu’ maka dikenali sebagai peringkat ‘hidup’ kamu dan kemudian bila sampai ajal kamu maka kamu di-‐‘mati’kan semula dan kemudian di Akhirat kamu akan dibangkit dan di ‘hidup’ kan semula. berdasarkan ayat ini:
(28 ﺛﻡم ﻳﯾﻣﻳﯾﺗﻛﻡم ﺛﻡم ﻳﯾﺣﻳﯾﻳﯾﻛﻡم )ﺍاﻟﺑﻘﺭرﺓة ’kemudiannya, setelah itu Dia mematikan kamu (apabila sampai ajal kamu), kemudian Dia menghidupkan kamu pula pada hari Akhirat’ (al baqarah 28) (Ibnu Kathir Juz 6 m.s. 397) Syed Qutub pula mentafsir ayat itu sebagai: “Ayat 2 surah ini menggambarkan pemilikan mutlak Allah ke atas semua ciptaan Nya. Di antara pemilikan tersebut ialah ciptaan Maut dah Hidup kepada manusia; dan MAUT meliputi ‘maut’ sebelum kita dihidupkan, dan selepas kita dihidupkan dan ‘HIDUP ‘ pula meliputi hidup kita pada masa kini dan hidup kita di Akhirat nanti setelah dibangkitkan semula pada hari Kiamat. 17
Ayat ini menjelaskan bahawa perjalanan kita bertititik tolak dari masa ketiadaan kita lagi di alam maut awal lagi, yang kemudian kita diciptakan melalui taqdir Allah, hasil pertemuan ibu dan bapa kita, bermula dari cantuman benih lelaki dan perempuan dalam rahim Ibu kita; dan setelah di tiup ke dalamnya Roh Allah, dan bermulalah penghidupan kita yang bererti perjalanan kita yang akan terus hidup beramal, bertuhankan Allah dsb nya sehingga kita dimatikan setelah sampai ajal kita. Ianya adalah satu perjalanan kita; sebelum kita dihidupkan kembali. Inilah hakikat hidup kita ianya satu perjalanan dan ianya dicipta oleh Allah yang penuh berkat itu.” APAKAH HIKMAH PENCIPTAAN MAUT DAN HIDUP INI PADA KITA? Jawapan telah diberi oleh Allah dalam ayat kedua ini, iaitu:
(untuk diuji kamu bagi menzahirkan siapakah diantara kamu yang terbaik amalannya (di dunia ini). Dalam kata lain di antara hikmahnya ialah: a) Bagi menimbulkan kesedaran dalam minda kita bahawa dalam perjalanan di antara maut dan hidup ini dan kemudian maut semula dan dihidupkan semula terdapat ‘tujuan’ dan matlamatnya yang khusus. b) Bagi menguji manusia mulai dari kejadiannya dan mautnya untuk memperlihatkan rahsia-‐rahsia Allah dalam ilmu Allah, khususnya rahsia-‐ rahsia kelakuan dan tindak tanduk manusia dalam hidup mereka dan kewajaran mereka menerima syurga atau neraka Allah. c) Memfokuskan kepada ‘amalan’; iaitu hidup manusia mestilah di gandingkan dengan amalan untuk meneruskan hidupnya. d) Menanam pengertian dalam diri manusia bahawa manusia harus berwaspada terhadap amalan-‐amalan mereka samada yang kecil atau yang besar dan mementingkan ‘niat’ dari amalan itu. 18
e) Kesannya nanti hati-‐hati manusia akan sentiasa berjaga-‐jaga terhadap semua perkara baik yang kecil mahu pun yang besar, termasuk pada yang tersembunyi agar mereka tidak dikategorikan sebagai lalai dan cuai. Imam Ismail Haqqi Ar Rusawi menambah; ‘ Allah menjadikan maut dan hidup ini dan kemudian maut dan hidup semula untuk kita bermuamalat dengan amalan yang akan menguji kita betapa kita dapat mengerjakan amalan yang terbaik dalam hidup kita ini. Ianya akan diberi ganjaran mengikut peringkat amalan yang berlainan berdasarkan kepada peringkat ilmu dan pengetahuan kita yang ada” (Imam Ar Rusawi; Juz 6; ms 76) Ada yang mengatakan bahawa adanya mati dan hidup ini yang diikuti oleh mati dan hidup semula ini untuk menguji siapakah di antara kita yang tinggi akal fikirannya. Yang terbaik sekali ialah mereka yang menjaga diri dari semua perkara yang diharamkan oleh Allah dan terpantas menuju kepada mentaati Allah. Dengan pengertian ini membawa kita kepada MENGENALI Allah dan caranya ialah melihat, berfikir tentang kesempurnaan ciptaan Allah, dan meneliti semua ayat-‐ayat Allah mengenai diri manusia dan yang berada disekeliling nya. (Catitan dari Kitab al Irshad) Di antara amalan-‐amalan terbaik yang boleh disimpulkan ialah: a) Amalan itu hendaklah IKHLAS kerana Allah; Amalan orang munafik dan riak dianggap sebagai amalan yang tidak mempunyai apa-‐apa makna dan pahala. b) Amalan yang penuh IHSAN, iaitu mendahulukan yang terbaik daripada yang buruk c) Amalan yang disertakan dengan IMAN dan taat pada Alllah dan takut kan Allah melalui adanya KEMATIAN dan jadikan amalan itu untuk akhirat kita dan persediaan kepada alam Akirat d) Amalan-‐amalan ikhlas melalui solat, puasa, Haji, zakat. Ulama-‐ulama salaf ra ada yang melakukan solat sehingga 1000 rakaat dalam satu hari satu malam untuk ikhlas pada Alllah. e) Berlumba-‐lumba untuk melakukan amal soleh dan pengampunan dari Allah atas semua keterlanjurannya. 19
(Ismail Haqqi ar Rusawi) Di akhir ayat 2 ini Allah menyatakan bahawa Dia Maha Kuasa (membalas atas kerja jahat kamu) dan Maha Pengampun (bagi orang-‐orang yang bertaubat) atau
Al Qurtubi mentafsir perkataan’ Al Azizu’ dalam ayat ini sebagai: “Maha Berkuasa menuntut bela dan menghukum dengan kerasnya kepada sesiapa yang mengingkari Nya dan ‘Al Gahfuru’ sebagai “Maha Pengampun dosa-‐dosa orang yang bertaubat kepada Nya di atas segala dosa-‐dosa mereka” Ibnu Kathir mentafsirkan perkataan tersebut sebagai: “Maha Kuasa dan Maha Agong dalam membimbing makhluknya, dan pada masa yang sama Dia Maha Pengampun kepada yang bertaubat kepada Nya selepas mereka terjebak melakukan maksiat dan mengingkari perintah Nya” Imam ar Rusawi berkata: “Allah Yang Maha Esa itu maha Perkasa dan tidak akan luput dari Nya catitan amal jahat yang dilakukan oleh makhlukNya, Maha Pengampun kepada sesiapa yang pernah melakukan dosa dengan bertaubat. Keperkasaan Allah itu sebenarnya akan menghancurkan sesiapa saja yang mengingkari Nya dengan sengaja; tetapi Dia menggalakkan pelaku dosa ini bertaubat dan Dia Maha Pengampun iaitu Dia mengampunkan mereka dan pada masa yang sama menutup segala dosa pelakunya yang bertaubat itu dan menerima seadanya apabila mereka menerima Nya dan berikhsan kepada Nya bersesuaian dengan Sabda Rasulullah yang berkata Mafhum nya: “Sesiapa yang datang kepadaku dengan berjalan nescaya aku akan datang kepadanya dengan berlari”. 20
Syed Qutub pula menyatakan bahawa Allah itu Maha Perkasa dan Maha Gagah tetapi Dia Maha Pengampun dan Pemaaf: Apabila hati-‐hati manusia itu sedar yang mereka diuji Allah dalam mati hidup mereka di dunia ini, maka mereka akan berhati-‐hati dan menjaga diri mereka dari terjebak pada maksiat. Jika mereka terjebak juga atas sifat manusia yang lemah dan mereka meneruskan maksiat itu maka Allah Perkasa untuk menghukum mereka, tetapi seandainya mereka terus bangun dan berbalik pada Allah dan mohon pengampunan Nya atas keterlanjurannya itu maka Allah memberi pengampuan Nya kepada mereka. Dengan cara ini mereka berhak merasa tenteram dan penuh yakin untuk melalui perjalanan di antara mati dan hidup ini, dengan ujiannya, kerana berbalik pada Allah dan pengampunan Nya serta Rahmat Nya, baharu lah ia boleh bersenang hati dan berehat. Apabila ini terlaksana maka di sanalah terletak Rahmat Allah yang melimpah ruah, pertolongan dari Allah yang besar, keampunan yang luas dan kemaafan yang banyak. “Dialah Allah, Tuhan yang telah menciptakan ‘mati’ dan ‘hidup’ untuk menguji siapakah di antara kamu yang paling baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa dan Maha Pengampun” (2) Kemudian Allah menjelaskan limpah ruah Berkat Nya dengan membawa minda kepada Keagungan Kuasa Nya dengan mencipta Langit-‐Langit dengan tersempurnanya untuk manusia berfikir:
Mafhum nya:
21
Dialah Allah yang telah menciptakan tujuh langit yang berlapis-‐lapisan. Jangan harap Engkau dapat melihat sebarang ketidakseimbangan dalam sebarang ciptaan Allah yang Penyayang itu;(untuk buktinya!) lihat dan teliti lah ciptaan-‐ ciptaan Nya berkali-‐kali; adakah Engkau dapat terjumpa sesuatu yang pecah/cacat?. (3) Kemudian ulangilah peneiltian kamu itu berkali-‐kali ulangan, nescaya akan kecewa pada penglihatanmu itu dan menyebabkan ia hampa dan letih lesu.(4) Tafsiran ayat 3-‐4: Inilah dia perkara kedua yang diketengahkan oleh Allah untuk menyokong konsep Barakah yang melimpah ruah dari kekuasaan ‘tangan’ Allah atas kerajaan Nya; iaitu Penciptaan Langit sebanyak 7 Lapisan. Niatnya tidak lain untuk kita membuka minda dan menggunakan daya fikir kita untuk berfikir di ‘luar-‐kotak’ pemikiran yang biasa tentang Allah dan kekuasaan Nya dan untuk beriman dengan Nya. Apakah sebenarnya 7 LANGIT YANG BERLAPIS-‐LAPIS ITU? Ibnu Kathir dan Qurtubi mentafsirkan perkataan 7 langit yang berlapis-‐lapis itu sebagai: langit yang berada di atas kita di mana ianya berada atas di antara satu sama satu yang lain dan dipisahkan oleh kawasan yang kosong; Pendapat ini dipetik dari tafsiran oleh Ibnu Abbas ra; dan dipetik dari Hadith Isra’ yang dimuat oleh Imam Ibnu Kathir yang membawa hadith al Bukhari riwayat dari Anas Ibni Malik ra. (Ibnu Kathir Juz 4; ms 397 dan Tafsir Qurtubi Juz 17-‐18 ms.183) Imam Ismail Haqqi ar Rusawi dalam Tafsir Ruhul Bayan menyatakan bahawa Allah telah mencipta dan mengelokkan ciptaan langit ini tanpa bandingan. Sifat 7 langit-‐langit ciptaan Nya itu ialah berada di atas antara satu sama lain dan ianya bersendirian di antara satu sama lain bagi memberi gambaran ianya adalah melibatkan semua alam ini sekaligus iaitu termasuk bumi. 22
Beliau memetik perkatan Al Qasyani ra, menggambarkan kesempurnaan ciptaan yang terbaik alam Keajaan Allah mengenai 7 petala langit ini. Ianya tercipta bersama satu ciptaan teristimewa, terbaik dengan semua sistem dan tingkat-‐tingkatnya yang tersendiri (Tafsir al Bayan ms. 78 Juz 6) Pandangan Syed Qutub pula berpendapat ‘bahawa 7 langit yang dijelaskan oleh ayat di atas tidak boleh di‘pastikan maksudnya’ berdasarkan teori-‐teori ilmu astronomi moden sekarang; kerana semua teori-‐teori itu masih ‘terbuka’ kepada pengesahan dan pembetulan apabila alat-‐alat teropong dan penyiasatan bintang-‐bintang semakin maju. Dalam kata lain, maksud 7 langit di atas tidak harus didasarkan kepada penemuan-‐penemuan sains moden hari ini, kerana kelemahan-‐kelemahan yang ada. CUKUP bagi kita yang membaca ayat di atas mengetahui bahawa di sana terdapat TUJUH langit yang berlapis-‐lapis dengan bererti ianya bertingkat-‐tingkat mengikut jarak-‐jarak jauhnya yang berbeda-‐beda” Bagi memahami ayat di atas, al Quraan menarik perhatian kita kepada PENCIPTAAN Allah; khususnya 7 langit yang berlapis-‐lapis itu secara khusus, tetapi mengambarkan secara umumnya bagi meliputi seluruh makhluknya yang lain untuk menjelaskan KESEMPURNAAN ciptaan Nya”. (Tafsir Fi Zilalil Quraan; Juz 6 ms. 3632 oleh Syed Qutub) Tingkat Kesempurnaan Ciptaan 7 langit Bersama Isi NYA! ? Bagi menjelaskan kesempurnaan ciptaan Allah ini; Allah menegaskan bahawa: “Engkau tidak mendapati dari penglihatanmu dalam sebarang ciptaan Allah yang Maha Penyayang itu sesuatu yang tak seimbang!” Ini bererti di sana tidak ada cacat cela kajadian Allah; di sana tidak ada kekurangan dan tidak ada kacau bilau. Ciptaan Nya itu dibuat oleh Allah yang Rahman, penuh rasa sayang dan perihatin serta ikhlas untuk makhluk Nya. Jika tak percaya maka “ LIHAT LAH SEKALI LAGI CIPTAANKU ITU!” iaitu pandang dan kajilah, selidiklah, gunakanlah semua ilmu ‘astronomi’ kamu, sains kamu, tubuhkan lah NASA atau ilmu ‘outerspace’ kamu dan terokailah 23
alam langit itu, DEMI mencari kepastian. “Tanya Allah kepada manusia yang mencari itu; “Adakah engkau dapat melihat dan mendapati sesuatu kecacatan?(ayat 3) Samada terdapat keretakan, kerosakan atau tidak berfungsi akibat kegagalan sistem?” Jika belum bertemu lagi, “Kemudian ulangilah peninjauan kamu itu berkali-‐ kali” untuk mempasti kalau-‐kalau ada yang dah luput, dah rapuh, yang tidak ditemui dalam penglihatan awal kamu itu. Adakan kajian demi kajian; ciptalah alat teropong yang dapat mencari sesuatu secara pasti tentang kemungkinan-‐kemungkinan terjumpa sesuatu yang cacat! Cabaran Allah ini berakhir dengan kata Nya; ‘NESCAYA PENCARIAN DAN PENGLIHATAN KAMU ITU BALIK PADA KAMU DENGAN PENUH KECEWA, HAMPA DAN LETIH LESU! (4)’ Dalam kata lain Allah mahukan manusia membuat kajian dan penelitian memeriksa apa itu langit, apa yang ada disana, dan jangan sekali-‐kali berputus asa, jika dengan niat mahu melihat kebesaran dan keagongan Allah. Jika mau menambah keyakinan pada yang Maha Esa, mau beriman kepada yang mempunyai Barakah yang melimpah ruah sebagai Tuhan yang Mencipta. Keindahan dalam rekabentuk alam ini juga dianggap oleh Allah sebagai kesempurnaan ciptaan Nya. Keindahan dan kesempurnaan merupakan dua sudut pandangan bagi hakikat yang satu, kerana kesempurnaan mencapai darjah keindahan. Demi jesteru itu, Allah menarik perhatian kita pada keindahan langit dalam ayat berikut:
Mafhum nya: “Sesungguhnya Kami telah hiaskan ‘langit dunia’ dengan pelita-‐pelita (bintang-‐ bintang yang bergemerlapan); dan pada masa yang sama, Kami jadikan 24
(bintang-‐bintang ini) itu sebagai ‘peluru’ yang merejam para syaitan; dan Kami sediakan untuk mereka azab neraka yang apinya marak menjulang.(5)” Tafsiran ayat 5: Terdapat 3 isu dalam ayat ke 5 ini, Isu pertama ialah Keindahan langit dunia dengan bintang-‐bintangnya, Isu ke 2 Bintang-‐bintang itu dijadikan sebagai peluru untuk merejam Syaitan, dan isu ke 3 ialah Syaitan dijanjikan ke dalam neraka Allah. Isu pertama: Langit dunia dihias dengan pelita-‐pelita: Langit dunia ialah ‘langit yang paling dekat dengan bumi dan penduduknya’. Penduduk bumi dapat melihat dan menghayati keunikkan dan kecantikkan langit dengan bintang-‐bintang itu. Keindahan langit dan alam seluruhnya telah menarik minat hati dan jiwa kita untuk memahami alam ini dan sekaligus bertanya siapakah PENCIPTA nya. Isu ke dua, Bintang-‐bintang sebagai ‘peluru’: Merejam para syaitan Kehadiran bintang-‐bintang di langit bukan sahaja untuk hiasan yang menakjubkan kita, tetapi rupa-‐rupanya mempunyai tugasnya yang tersendiri. Iaitu “Kami jadikannya ‘peluru’ yang merejam para Syaitan”. Kita beriman bahawa di sana terdapat satu makhluk yang dinamakan SYAITAN, dan bintang-‐bintang itu dijadikan peluru merejam mereka; kerana sifat mereka yang menjadi perosak kepada manusia, dan kerja mereka mendorong manusia menjadi kufur pada Allah. Melalui ‘tahi-‐tahi’ bintang yang meluncur pantas untuk merejam para syaitan yang derhaka itu maka inilah dia jenis seksaan kepada syaitan di dunia ini. Isu ketiga: Syaitan dijanjikan neraka yang marak menjulang: Oleh kerana peranan Syaitan di muka bumi ini ialah hendak menyesatkan anak Adam dan mendorong mereka ke jalan kufur maka Allah telah menetapkan syaitan-‐syaitan ini ke dalam neraka Nya, yang digambarkan sebagai ‘marak menjulang’. Ini akan berlaku di akhirat kelak. Pengenalan 25
syaitan dalam ayat 5 ini, sekaligus akan mengaitkannya dengan orang yang kufur pada Allah dengan mengikuti jejak Syaitan ni. Siapakah Syaitan itu? Mereka adalah sejenis makhluk yang ghaib terdiri dari mereka-‐mereka yang kufur pada Allah dari kalangan bangsa Jin. Tugas utama mereka ialah “mengeluarkan manusia daripada nur hidayah Allah kepada kegelapan kekufuran pada Allah”. Jumlah syaitan ini banyak dan mereka adalah seteru kepada manusia (Imam Ismail ar rusawi ms 82 Tafsir al Bayan). Jika manusia itu menjadi pengikut Syaitan menerima bisikan dan panduan Syaitan dalam perjalanan hidup mereka di dunia ini, dan menjadi kufur pada Allah, serta menolak ayat-‐ayat Allah, menolak Allah sebagai Rabb mereka, maka manusia-‐manusia ini akan senasib dengan Syaitan itu dari segi balasan Allah pada mereka. Firman Allah:
Mafhum nya: “dan untuk orang-‐orang yang kafir terhadap Tuhan mereka ialah azab neraka Jahannam dan itulah seburuk-‐buruk tempat kembali”.(6) Tafsiran ayat 6: Manusia yang kafir terhadap Tuhannya ialah manusia yang melalui perjalanan di antara ‘hidup’ dan ‘mati’ mereka dan cuba berbuat amalan yang terbaik, tetapi telah memilih syaitan sebagai Pemandu hidup mereka, dan menolak ayat-‐ayat Allah; tidak mau berfikir dan memahami serta mendengar panduan dari para Rasul untuk beriman dengan Allah. Mereka seolah-‐olah bersekongkol dengan Syaitan dalam hidup dunia mereka. Mereka akan senasib dengan syaitan kelak di akhirat nanti.
26
Janji Allah pada kumpulan manusia ini ialah balasan azab Allah dari bakaran Neraka Jahannam, iaitu neraka yang membakar mereka dan akan menyambut mereka kelak dengan kemarahan yang amat bengis, itulah seburuk-‐buruk tempat berpulangnya orang-‐orang kafir ini. Imam ar Rusawi berkata; ayat ini memberi isyarat bahawa azab Allah dan balasan dendamNya keatas orang yang kufur bersekongkol dengan syaitan adalah diluar adat biasa, ia pembakaran dari lubang-‐lubang yang mengeluarkan api yang membakar dari bawah dan menjulang tinggi memakan badan mereka; dan sudah pasti bagi mereka ini, tidak ada harapan untk memboloskan diri dari azab ini. (Tafsirul bayan ms 82) Wah! Allah membuka minda kita untuk melihat satu lagi perkara ghaib yang pasti berlaku di akhirat nanti, Sebuah pandangan telah dilukis oleh Allah pada kita untuk kita berfikir semasak-‐masaknya untuk tidak kufur pada Nya, mau beriman dengan Nya dan patuh pada Syariaat yang di bawanya melalui Rasul Nya. Firman Allah:
Mafhum nya: “Apabila mereka-‐mereka (yang kufur ini) dicampakkan ke dalamnya, mereka akan mendengar suara jeritan neraka itu yang amat dasyat sedang ia terus mengelegak.(7) Neraka itu hampir-‐hampir meledak pecah kerana ia terlalu marah (kepada si kafir tu); setiap kali kumpulan mansuia kafir itu dicampak ke dalamnya, maka penjaga neraka itu akan bertanya kepada mereka dengan perkataan; ‘selama 27
kamu hidup di dunia dulu, ada atau tidak datang kepada kamu Rasul yang pernah memberi peringatan (tentang neraka ni)’?.(8) Jawab mereka: “ya! Benar ada Rasul yang diutuskan untuk memberi peringatan kepada kami. Sayangnya! Kami telah mendustakannya; malah kami pernah berkata padanya: “ mana ada Allah telah menurunkan sesuatu apa pun pada kamu! Dan kamu semua ni sesat yang sangat nyata!”.(9) Tafsiran ayat 7-‐9: Neraka Jahannam ini digambarkan sebagai satu makhluk yang ‘hidup’ dan telah memendamkan kemarahannya kepada orang yang sanggup kufur pada Allah. Dia hairan mengapa manusia sanggup kufur pada Allah, fitrahnya dan rohnya tidak dapat menerima hakikat ini kerana Allah telah menganugerah kan segala-‐galanya pada manusia dan sepatutnya mereka beriman dengan Nya. Kemarahan neraka bermula apabila mereka yang kufur itu dicampakkan ke dalam neraka, maka neraka itu mengaum sehingga terdengar suara kuatnya yang memekik dengan dasyatnya dan bertalu-‐talu, sehingga dikatakan diri neraka itu hampir pecah meledak kerana terlalu marah. Setiap kali proses mencampakkan manusia itu kedalam neraka, maka penjaga neraka itu akan mengejek dengan menyoal mereka dengan pertanyaan yang menghina “Tidakkah pernah didatangkan pada kamu, Rasul yang memberi peringatan (tentang neraka ini)? Para penjaga dan pengawal neraka yang turut bersama neraka itu menyatakan kemarahan mereka pada kumpulan manusia kufur ini, yang sedang menerima azab Allah dalam kesusahan dan penderitaan akan terasa terlalu pahit dengan kecaman dan penghinaan itu. Lantas mereka terpaksa menjawab dengan berkata:
28
“Ya!, ada Rasul yang telah datang memberi amaran pada kami tentang azab ini! Sayangnya kami telah mendustakannya dan kami kata padanya; Mana ada Allah telah menurunkan kepada kamu sesuatu apapun! Kamu semua ni sesat yang nyata.”(9) Menghayati ayat 7-‐9 diatas, kita akan insaf dan mengambil iktibar dari gambaran ini, dan tidak akan bertindak mengingkarkan Rasul, apa lagi menuduh mereka sebagai sesat. Keangkuhan orang-‐orang kafir dan tidak mahu mengakui Allah sebagai Tuhannya, menolak ayat-‐ayat Nya, pasti akan merasa terhina, terazab dan tertekan di Akhirat nanti. Ini adalah satu perkhabaran yang ghaib yang wajib bagi kita mempercayai nya dan menjiwainya agar kita dalam perjalanan ‘hidup-‐mati’ ini, tidak terjerumus kedalam kemungkaran, sesat dan kekufuran. Malah hati kita akan terus merasa gerun dengan jenis seksaan yang telah di sediakan untuk golongan penentang ini.
Mafhum nya: “Dan mereka berkata lagi: “kalaulah sekiranya kami dulu mendengar peringatan Rasul ATAU kami berfikir, sudah tentu kami tidak berada di dalam golongan penghuni-‐penghuni Neraka yang marak menjulang ini”.(10) “lalu mereka mengakui dosa-‐dosa mereka itu. Maka alangkah jauhnya Rahmat Allah bagi penghuni-‐penghuni neraka yang marak menjulang itu”.(11) 29
Tafsiran ayat 10 – 11: Inilah kemuncak dari perlakuan manusia kufur yang bergerak di antara hidup-‐mati perjalanan mereka di dunia dengan membawa kekufuran pada Allah yang telah mencipta mereka, menyombong memilih dunia dan maksiat sebagi pegangan mereka, serta menyembah syaitan yang menjerumuskan mereka kedalan neraka Allah di Akhirat nanti. Tidak ada perkataan lain dari MENGAKUI KESILAPAN dan DOSA-‐DOSA mereka, apakah yang ada dan apakah yang diharap dengan pengakuan ini? Semuanya sudah terlambat dan kekesalan mereka tidak punyai apa-‐apa faedah lagi. Ibnu Kathir dalam mentafsir dua ayat di atas menyatakan bahawa ”inilah dia keadilan Allah keatas mahkluk Nya. Seseorang itu tidak di azabkan kecuali setelah diberi hujah kepada mereka dan diutuskan Rasul-‐rasul untuk menasihati mereka”. Allah berfirman:
Mafhum nya: “Dan tidak Kami mengazabkan sesiapa pun sebelum Kami mengutuskan kepadanya seorang Rasul untuk menerangkan yang benar dan yang salah”(Al Isra 15)
Firman Allah lagi:
Mafhum nya: “Orang-‐orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasuk-‐pasuk; sehingga mereka sampai ke neraka itu dan dibukakan pintu-‐pintunya dan berkatalah penjaga-‐ 30
penjaganya kepada mereka: “Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-‐rasul dari kalangan kamu sendiri’ yang membaca kepada kamu ayat-‐ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini? Mereka menjawab; “ya’ telah datang!, tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-‐orang yang kafir’ (71; surah Az Zumar)
Begitulah dipulangkan balik kepada mereka segala celaan dan sehingga mereka sedar tidak ada gunanya lagi sebarang kekesalan; lantas mereka berkata; “Kalaulah kami telah mendengar dan memahami (sebagai orang mau mencari kebenaran) maka tentunya kami tidak termasuk dalam kalangan orang menghuni neraka pada hari ini”. (10 al Mulk). Ertinya jika kami mendengar bacaan dari Rasul yang memperdengarkan apa yang telah diturunkan oleh Allah dari kebenaran, mestilah kami tidak mati sebagai orang yang kufur pada Allah dan terpengaruh dengannya. Kami tak faham apa yang sebenarnya hendak disampaikan oleh rasul-‐rasul itu, dan jika kami menggunakan sepenuhnya akal kami pada masa itu mestilah kami mendapat petujuk dan ajaran dari rasul-‐rasul ini”. (Ibnu Kathir ms.398 Juz 4) Al Qutubi dalam tafsirannya (Juz 17/18; Al jame’ Li Ahkamil Quraan) menyatakan ayat 10 diatas dipadankan pada ayat 13 dan 16 dari surah Tuur: Firman Allah:
Mafhum nya: “Pada hari mereka ditolak ke dalam Neraka Jahannam dengan penolakan yang sekasar-‐ kasarnya(13) (Dan dikatakan pada mereka): ‘Inilah api neraka yang dahulu kamu mendustakannya.’(14) ‘maka adakah ini juga sihir? Atau kamu tidak Nampak kenyataan nya sebagaimana kamu tak Nampak dahulu tentang kebenaran itu? 15) ‘Rasalah! Rasalah bakarannya itu sekarang! Kemudian samada kamu bersabar menderita azabnya atau tidak mampu bersabar; tidak ada apa-‐apa fedahnya pada kamu; SESUNGGUHnya Balasan ini dibuat berdasarkan apa yang kamu kerjakan di dunia dahulu (At Tuur:13-‐16)
31
Pada hari balasan itu, mereka yang kufur dikumpulkan dengan tangan mereka berada ditengkok mereka; dan kedua-‐dua kaki mereka terikat di antara satu sama lain dengan keadaan demikian mereka dicampakkan ke dalam api neraka dengan muka mereka tersembam mencecah api itu, apabila mereka hampir sampai ke dalam neraka itu, penjaga Neraka yang terdiri dari para malaikat akan bertanya mereka dengan soalan menghina ini; ‘Inilah dia api neraka yang dahulu kamu pernah mendustakannya!’. Dan ditambah perkataan berikut: Adakah ini sihir juga (sebagaimana yang pernah kamu katakan kepada keterangan Rasul Kami dahulu?) Lihatlah sendiri dengan matakepala kamu azab ini! Atau Kamu sebenarnya tak nampak kenyataannya sebagaimana kamu tak Nampak di dunia dahulu tentang kebenaran Rasul kami itu? Serentak dengan penghinaan kata-‐kata itu, Penjaga Neraka akan menghentak dengan berkata; “Nah! Rasalah sendiri kepanasan neraka ini; samada kamu boleh bersabar menanggung kesengsaraannya atau tidak boleh sabar, ianya sama saja ianya tidak memberi apa-‐apa faedah pada kamu! ‘Semua balasan ini adalah hasil dari apa yang telah kamu kerjakan dahulu di dunia.’ Begitulah tafsiran dari Al Qurtubi berhubung dengan ayat 10 dan 11 dalam surah al Mulk ini. Seterusnya Abi Said al Khudri meriwayatkan dari Rasulullah sebuah Hadith; kata baginda mafhum nya: “semua pelaku jenayah itu terus sesal dan kesal di hari kiamat lantas mereka berkata, ‘kalaulah kami mendengar dan berfikir dengan mendalam maka pada hari ini kami tidak menjadi ahli neraka Sai’ier ini!’. Jawab Allah: “Sesungguhnya mereka telah mengakui dosa dari kekufuran mereka itu; kerana mendustakan keterangan rasul-‐rasul mereka, maka pada hari ini mereka semua dijauhkan dari Rahmatku jauh sejauh-‐jauhnya.” (al Qurtubi ms.187: Juz 17/18) 32
Apa kata Syed Qutub tentang tafsiran 2 ayat di atas? “Secara firtahnya, jiwa manusia telah dimeterikan dengan hakikat iman dengan dalil-‐dalilnya Jiwa manusia yang kufur adalah pilihannya, jiwa yang kufur adalah jiwa yang kosong dari segala sifat-‐sifat yang baik dan dalam perjalanan di antara hidup dan matinya akan terus merosot dan jatuh setiap hari yang dilaluinya dan pada akhir perjalanan itu ia hanya sampai kepada satu pertemuan yang amat buruk, keji dan terhina di dunia ini ianya merupakan jiwa-‐jiwa yang liar, lari dari fitrahnya yang berkelana dan cacat. Mereka akan hanya sampai ke neraka Jahannam yang akan membakar, dan menjilat serta memusnahkan segala-‐galanya di akhirat nanti. Mereka akan dijauhkan dari Rahmat Allah dan tidak punyai harapan untuk mendapat pengampunan dari Allah. Kekallah mereka di dalam neraka Allah.” Orang-‐orang yang MENDENGAR ajaran-‐ajaran yang baik dan BERFIKIR dengan bersunguh-‐sungguhnya tentang dirinya, persekitarannya, dunianya, hidupnya dan seterusnya TUHAN nya, maka dia tidak akan membawa diri nya ke jalan yang penuh malapetaka dan tidak akan mendustakan semua yang dibawa keterangan oleh para rasul; dan pastinya tidak ANGKUH kepada Allah. Sesungguhnya mereka beriman dengan penuh yakin pada Tuhan mereka iaitu Allah. Dalam menguji ‘siapakah diantara kamu yang terbaik amalannya’ maka jawapannya tersirat dalam ayat-‐ayat 12 dan seterusnya:
Mafhum nya: “Sesungguhnya, orang-‐orang yang TAKUT kepada Allah, tuhan mereka, tanpa melihat Nya, maka akan dikurniakan mendapat pengampunan dan pahala yang amat besar.(12) Tafsiran ayat 12:
33
Orang yang terbaik sekali amalan mereka setelah diuji ialah orang-‐orang yang TAKUT pada Allah, walhal mereka tidak melihatNya dengan mata kepala mereka. Mereka ini takut pada Allah yang tidak dapat dilihat dan mereka takut pada Allah sewaktu mereka terlindung dari pandangan manusia takut yang melayakkan mereka mengondol pengampunan dari Allah atas semua dosa-‐dosa mereka dan mendapat pahala yang besar dari sisi Allah. Takut di sini bererti takut kepada azab Allah dan azab hari Kiamat yang menunggu jika mereka melanggar perintah Nya. Takut di sini boleh diertikan sebagai takutkan hari kematiannya, hari dikebumikan, dengan menyakinkan dirinya, walaupun azab tersebut masih belum dilihatnya. Rasa takut pada Allah kerana azab Nya, di hari mati kita, di hari kita di kubur kan dengan memahami semua keterangan yang telah kita fahami dan menjelang kehadiran hari kiamat dengan angkara azab hari mahsyarnya, dan hari penentuan hisab semua amalan kita akan menundukkan hati kecil kita itu kepada Allah di mana tunjangnya ialah ‘Beriman kepada Nya’. Harapan dari hati tersebut ialah pengampunan dari Allah atas semua dosa-‐ dosa kita selama ini dan sekali lagi mengharapkan mendapat pahala yang besar dari Allah di hari akhirat nanti. Hubungan kita dengan Allah melalui hati yang takut kepada Nya, merupakan tunjang kepada keimanan kita pada Allah. Apabila hubungan ini berakar umbi dalam hati kita maka di sinilah dapat kita katakan seseorang itu sebagai mukmin yang sebenarnya dalam hubungannya dengan Allah. Inilah kemenangan yang nyata bagi mereka yang beriman dan takut pada Allah yang melalui perjalanan di antara ‘mati–hidup –mati’ nya yang digambarkan oleh surah ini. Ayat ke 13 pula menjelaskan bahawa Allah sedia mengetahui dan menyaksikan segala-‐gala yang tersembunyi dalam hati-‐hati manusia makhluk Nya dan juga yang jelas ternyata. Kerana Allah sendiri yang mencipta hati tersebut dan pasti mengetahui apa yang dikandungi oleh hati itu. Firman Allah:
34
Mafhum nya: “Dan tuturkan perkataan kamu itu samada secara perlahan atau secara nyaring (ianya sama sahaja disisi Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati kamu yang dikandungi oleh dada kamu.(13) Tidakkah Allah yang telah menciptakan sekalian makhluk itu dapat mengetahui segala-‐galanya? Allah itu Maha Rapi urus tadbir Nya lagi Maha Tinggi Kemahiran Nya.(14) Tafsiran ayat 13-‐14: Dalam kata lain, tafsiran ayat 13-‐14 diatas boleh dijelaskan begini: “Rahsiakanlah semua percakapan kamu sewaktu kamu ber’komunikasi’ atau ucapkanlah dengan lantang dan berterus terang supaya nyata kepada semua orang Yang penting ialah hati yang ikhlas menjadi isu penting kerana Allah maha Mengetahui isi hati tersebut. Takkanlah Allah yang telah mencipta hati yang tersembunyi dalam dada itu tidak dapat mengetahui isi hati tersebut? Allah Maha Teliti dalam melaksanakan tadbir urus Nya dan berilmu serta Maha mengetahui segala-‐segalanya!”. Ayat 13-‐14 di atas bertindak mahu menanamkan hakikat ini ke dalam hati-‐ hati kita untuk menimbulkan kesedaran, kefahaman dan dapat merasai dan mengecap rasa taqwa kita sebagai seorang yang beriman untuk menggalas amanah yang diberi oleh Allah kepada kita iaitu IMAN. Hati yang yakin bahawa Allah dapat meneliti semua rahsia hati kita, atau apa yang kita sembunyikan melalui niat baik atau sebaliknya akan menyebabkan kita berwaspada atas semua tindakan kita. Pasti sekali Allah itu mengetahui apa yang tersembunyi, yang tersirat dan tersurat dihati kerana Dia yang mencipta kita. Ciptaan Allah melalui proses penuh teliti, halus dan terbaik
35
kerana Allah adalah pakar dan berilmu. Dia Pasti mengetahui yang terang dan yang tersembunyi dalam hati kita. Hasilnya akan membentuk iman kita pada Allah walaupun dia Ghaib dari pandangan kita secara kasar. Jadi yang beriman pada Allah, dan tidak pernah melihat Allah itu tetapi berjalan mengikut syariaat Allah dan takut pada Nya, pada Azab Nya, pada penipuan kita maka terbentuklah hati yang beriman dengan ikhlas pada Nya. Hati kita dicipta oleh Allah dan membentuk iman kita kepada Nya. Sekarang Allah menarik perhatian kita kepada ciptaan BUMI tempat kita berpijak ini sebagai kemudahan dan keperluan hidup kita untuk kita lalui dan beriman dengan Allah. Firman Allah:
Mafhum nya: “Dialah yang telah mencipta bumi bagi kamu; untuk mudah digunakan; maka berjalanlah di merata-‐merata ceruk-‐rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah (dari pengeluaran bumi ini); dan ingatlah! Kepada Allah jualah kamu dibangkitkan untuk hidup semula”.(15) Tafsiran ayat 15: Ibnu Kathir mentafsirkan ayat di atas dengan menekankan bahawa “ayat di atas menjelaskan lagi nikmat dari Allah kepada manusia dengan cara mempermudahkan kehidupan manusia di atas mukabumi yang terhampar ini. Kedudukan bumi yang mempermudahkan pergerakan manusia, supaya selesa, walaupun berbukit bukau, tetapi terdapat mata air, sungai-‐sungai yang mempersilakan mereka kepada beberapa munafaat kepada hidup ini dan kepada pengeluaran bahan pertanian untuk kehidupan manusia.”
36
Kata Ibnu Kathir; “maka bergerak dan berjalanlah di atas mukabumi ini ikut suka hati manusia itu sendiri, pergilah ke seluruh ceruk rantaunya dengan niat mencair rezeki dan berniaga, kerana semuanya telah tersedia untuk kemudahan manusia. Nikmatilah dengan menjamu diri dari pengeluaran bumi melalui kecekalan berikhtiar manusia yang menjadi sebab kepada rezeki itu dan bertawakkal lah pada Allah dalam pencarian itu. ”Melalui sebuah Hadith; Rasulullah bersabda:” Mafhum nya: “Jika kamu semua bertawakkal pada Allah dengan seikhlas penyerahan diri kamu kepada Nya, maka kamu akan dilimpahkan dengan rezeki sebagaimana seekor burung yang keluar pagi dengan perut kosong dan balik kesarangnya kemudian dengan penuh kekenyangan”. (Ibu Kathir ms398 Juz 4)
Syed Qutub pula mentafsirkan ayat di atas dengan menyatakan manusia selalunya lupa kepada bumi yang dipijaknya itu. Mereka telah biasa mendapat kemudahan mantap dan berjalan di atas mukabumi itu serta menyedut udara, menggunakan tanah dan airnya untuk pengeluaran rezeki kadang-‐kadang mereka lupa yang semua ini dari limpah ruah berkat dari Allah kepada manusia. Jadi al Quraan mengingatkan kita semula untuk merenung kembali atas kemudahan ini agar memantapkan iman kita pada Allah. Kenangkanlah nikmat-‐nikmat Nya itu. (Syed Qutub ; Fi Zilalil Quraan . terjemahan Yusof Zaki ; Juz Tabarak, ms 50). Ayat 15 ini di akhiri dengan perkataan ﻭوﺍاﻟﻳﯾﻪﮫ ﺍاﻟﻧﺷﻭوﺭر ‘(kepada Allah jualah tempat kembalinya kamu sesudah dibangkitkan hidup semula; {maka hargailah nikmat Nya dan takutkanlah kemurkaan Nya jika anda kufur pada Nya})’. Imam Qurtubi menegaskan bahawa maksudnya ialah “tempat berpulangnya kamu di hari akhirat nanti”. Iaitu kepada Nya kamu akan dibangkitkan kembali dan dipulangkan. Oleh itu, sedarlah wujudnya tangan kekuasaan Allah yang memegang tampuk kerajaan seluruh alam ini; dan berimanlah dengan Allah melalui petunjuk ayat-‐ayat di atas ini kerana kepadanya kita akan dibangkitkan 37
kembali dan dipulangkan. Jelaslah jika kita pulang tanpa iman kepada Nya, kepada siapakah untuk kita memohon perlindungan? Kita hanya boleh berlindung pada pemegang tampuk pemerintahan yang Agong ini sahaja.
Mafhum nya: “Bolehkah kamu merasa aman tenteram kepada Tuhan yang pusat pemerintaha Nya dilangit itu; (Jika kamu mengingkari Nya, dan dengan kemurkaan Nya itu) Dia menunggang-‐balikkan bumi yang menimbus kamu; lalu bergegarlah bumi itu degan sertamerta melenyapkan kamu dibawah nya?. (16) bolehkah kamu merasa aman tenteram kepada Tuhan yang pusat pemerintahan Nya dilangit itu; (jika kamu mengingkari Nya, dan dengan kemurkaan Nya itu) Dia menghantarkan pada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu? Maka dengan itu kamu baru mengetahui bagaimana buruknya amaranKu kepada yang ingkar itu.?(17) Tafsiran ayat 16 – 17: Ibnu Kathir mencatitkan tafsiran ayat ini dengan berkata bahawa daripada keperihatinan Allah, Rahmat Nya ke atas makhluk Nya, Dia berkuasa mengazabkan mereka yang kufur dan syirik pada Nya, Tetapi Dia tetap berlembut, memaafkan, dan melambatkan hukuman atas mereka itu. Ayat 45 dari surah Fatir di jadikan hujjah nya: Firman Allah’
38
Mafhum nya: “(Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka di sebabkan amal-‐amal jahat yang telah mereka kerjakan, tentulah Dia akan bertindak membinasakan dunia ini dan segala isinya disebabkan kejahatan golongan yang kufur ingkar dan yang mengerjakan maksiat-‐maksiat itu; akan tetapi Dia tidak bertindak demikian, Dia memberi tempoh kepada mereka hingga ke satu masa tertentu; dan apabila sampai tempoh itu, maka Allah membalas mereka dengan seadil-‐adilnya kerana Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-‐hamba Nya) (45; Fatir)
Apa pun, ayat ini memberi amaran kepada yang terus ingkar dan kufur; yang mereka akan dimusnahkan dengan azab-‐azab dari gegaran di muka bumi yang meranapkan semua perkampungan mereka atau dengan hantaran angin kuat puting beliung, atau turunnya batu ke atas mereka, dan pada masa itu tiada yang boleh melindungi mereka. (Ibnu Kathir ms.399; Juz 4) Al Qurtubi membawa tafsiran dari ibnu Abbas yang berkata: “Adakah kamu akan rasa aman dari azab yang diturunkan oleh Allah dari langit; jika kamu mengingkariNya sebagai Tuhan? Kamu akan ditimbuskan dengan tanah yang bergegar dan menelan kamu sebagaimana berlaku pada Qarun?” Al Qurtubi ms 189: Jilid 17-‐18) Syed Qutub mencatitkan tafsirannya dengan berkata: “Allah mengingatkan manusia yang tentang ada peristiwa-‐peristiwa kemusnahan yang dasyat yang menimpa manusia yang ingkar dan mereka tidak boleh berbuat apa-‐apa terhadapnya. Bumi yang teguh di bawah kaki mereka tiba-‐tiba bergegar, meretak, menelan menausia di atasnya atau bukit-‐bukit yang meledakkan api dan mengeluarkan laharnya yang panas. Atau angin yang tiba-‐tiba menjadi ribut taufan yang kuat memusnahkan semua di bawahnya; dan akhir-‐akhir ini melahirkan ‘batu-‐batu metour’ yang membelasah bumi dan manusia hanya dapat melihat dan tidak boleh berbuat apa-‐apa selain menyaksikan kemusnahan. Amaran ini sangat sesuai 39
untuk mereka berfikir untuk beriman dengan Allah; kerana jika tidak kita akan mengetahui bagaimana dasyatnya akibat amaran itu kepada manusia yang kufur”. Allah membawa contoh yang telah dan pernah berlaku kepada manusia dan peristiwa yang berlaku kepada pendusta-‐pendusta agama Allah di zaman lampau. firman Allah: Mafhum nya: “Sesungguhnya; umat-‐umat yang dahulu dari mereka yang telah mendusta rasul2 lalu mereka dibinasakan; maka perhatikanlah ‘bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu pada mereka’! ”.(18) Tafsiran ayat 18: Ayat ini ditujukan pada kafir Mekah yang terus menerus ingkar kepada Islam dan menolak ayat-‐ayat Allah serta mendustakannya. Sebenarnya sebelum mereka mendustakan ayat-‐ayat Allah ini, sudah terdapat beberapa kaum yang telah dimusnahkan oleh Allah, seperti Kaum Noh as, kaum Aad, Kaum Thamud dan lain-‐lain yang telah menolak serta mendustakan ayat-‐ayat Allah dan Rasul mereka. Kesan-‐kesan kemusnahan tersebut boleh disaksikan hingga kemasa kini. Saksikanlah sendiri kemusnahan tersebut dan bagaiamana buruknya kesan kemurkaan Allah keatas mereka yang kufur itu. Kesan kemurkaan Allah itu dilihat sebagai kemusnahan, dan keruntuhan dengan turunnya azab yang sangat pedih dan menakutkan. Ayat ini tidak terhad pada kaum Mekah saja tetapi bersifat umum kepada siapa jua yang membelakangkan ayat-‐ayat Allah, mendustakan rasul mereka. Ayat-‐ayat 16,17 dan 18 menekankan amaran dan ancaman dari Allah kepada yang mendusta Rasulullah, dan memujuk agar yang mau berfikir itu terus menerus mencari Allah dan beriman dengan Nya. Keperihatinan Allah 40
memujuk manusia terus berfikir dan merenung untuk melihat kuasa Allah diteruskan dengan ayat 19 berikut:
Mafhum nya: “Apakah mereka tidak mau melihat/merenung/berfikir tentang burung-‐burung yang terbang di atas mereka dengan mengembang dan menguncupkan kepak-‐ kepaknya. Pastinya yang menahan burung-‐burung itu dari jatuh kebumi ialah Allah yang maha Rahmat, Sesungguhnya Dia maha Melihat segala sesuatu itu. (19)” Tafsiran ayat 19: Imam Ar Rusawi menyatakan bahawa maksud ‘melihat’ dalam ayat di atas ialah merenung, meneliti dan muhasabah dengan lebih teliti apa yang sedang berterbangan itu adalah ‘buah-‐buah’ iman yang menyinar dalam hati. Tumpuan ialah kepada dua sayap-‐sayap burung di udara sewaktu dia mengepak dengan membuka dan menutup sayapnya, mempastikan dia terus terbang kedepan pastinya dia tidak jatuh ketanah, Fikirkanlah phenomena ini? Apakah yang menahannya dari jatuh kerana tarikan ‘graviti’? Pertama Allah telah mengizinkan berlaku pergerakan sayap tesebut di udara ketika burung itu terbang; Kedua, seolah-‐olah ada tangan yang ‘tak–nampak’ menahan burung itu dari jatuh ketanah; Kedua-‐dua ‘phenomena’ itu adalah dari Rahmat Allah; Rahmat Allah yang meluas meliputi tiap sesuatu, termasuk membenar dan mengizinkan seekor burung boleh terbang dengan bebasnya di udara tanpa takut ianya jatuh. 41
Jika perkara burung ini juga tidak mengubah hati mereka yang syirik pada Allah; dan mereka masih berdegil menolak Rasul, mengingkari Allah sebagai Pencipta Agong, maka Allah mempersoalkan mereka tentang siapakah yang boleh menolong dan melindungi mereka dari malapetaka yang pernah di turunkan atau akan diturunkan selain dari Allah, khususnya dari gegaran bumi yang menelan mereka atau dari ribut kuat yang membawa turun batu untuk memusnah mereka? Firman Allah dalam ayat 20 dan 21:
Mafhum nya: “Siapakah gerangannya; selain dari Allah yang Maha Penyayang itu: yang boleh menjadi tentera membantu kamu? (sewaktu kamu di turunkan azab) Pastinya orang-‐orang kafir itu sentiasa berada dalam kekeliruan.(20) Siapakah pula gerangannya; yang dapat terus memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezeki Nya? Pastinya orang-‐orang kafir terus bongkak dan menjauhkan diri merka dari hidayah.(21) Tafsiran ayat 20-‐21: Imam Qurtubi menyatakan “siapakah gerangan yang dapat membantu orang-‐orang ini yang mengingkari Allah dan Rasul dari azab Allah; sama ada dalam bentuk tentera atau penyokong yang dapat menghalang sebarang azab dari terkena kepadanya JIKA Allah menurunkan azab tersebut ke atas mereka.” Dalam kata lain, susuk bahasa yang digunakan ini memberi erti bahawa TIDAK ada sebarang tentera boleh membantu menghalang dan menghindarkan kamu semua dari azab Allah KECUALI Allah yang bersifat Penganugerah Rahmat sahaja. 42
Jadi selama ini, orang-‐orang kafir yang percaya bahawa tuhan-‐tuhan sembahan mereka itu mempunyai kuasa untuk menjauhkan mereka dari sebarang azab adalah pembohongan semata, dan sesunguhnya mereka tertipu dengan kepercayaan itu. Inilah angkara Syaitan yang membisik pada mereka bahawa tidak ada azab dan tidak ada hisab. (Tafsir Qurtubi Jilid 17/18 ms. 191). Imam ar Rusawi pula berpendapat, “bahawa ayat tersebut di atas lebih menekankan kelalaian manusia merenung pada kejadian-‐kejadian Allah, misalnya dalam contoh burung yang berterbangan dan dari perkara-‐peraka ciptaan Allah yang mempesonakan mata kita yang boleh membawa kepada kepercayaan pada Allah, kuasa Nya, serta beriman dengan Nya. Sepatutnya dengan akal yang ada mereka tahu hanya Allah yang Rahman sahaja yang dapat melepaskan mereka dari azab dan kesusahan-‐kesusahan lain yang di turunkan Nya.” Orang-‐orang yang kufur pada Allah tertipu dengan bantuan syaitan atas dakwaan mereka yang mereka dijaga oleh Tuhan-‐tuhan sembahan mereka. Sebenarnya Tuhan-‐tuhan sembahan mereka tiada kuasa langsung untuk menghalang mereka dari di azab oleh Allah.( Tafsir al Bayan; Juz 10 ms. 93) Soalan rezeki pula, kadang-‐kadang ianya terputus dan kadang mewah. Jika Allah menghentikan rezeki dari Nya kepada orang orang kafir ini, siapakah selain dari Allah dapat memulihkan rezeki tersebut? Jika hal ini juga tidak dapat difikirkan mereka maka mereka sesungguhnya dari orang yang keras hati dan menjauhkan diri dari Hidayah Allah. Dalam kata lain, berfikirlah dan muhasabahlah diri kita kerana dengan berfikir dan menilai Hanya Allah sahaja yang boleh menjaga kita dari sebarang azab dan Allah sahaja yang boleh memberi rezeki pada kita, maka ada baiknya kita beriman dengan Allah. Orang yang kufur itu tidak berkesan pada semua kehebatan yang berada di sekitar mereka; pasti juga tidak mau menuju kepada kebenaran iman, malah mereka memlih yang batil dari yang benar, berterusan dalam kesesatan, dan melampaui batas-‐batas yang ditentukan, sehingga mereka dapat melarikan diri dari hidayah Allah. (ms. 93, Tafsir al Bayan) 43
Orang-‐orang Quraish Mekah terus menuduh Rasulullah dan sahabat-‐sahabat nya sebagai orang-‐orang sesat dan menyangka mereka dari kalangan orang yang benar; dan Allah mendedahkan siapakah mereka dalam ayat berikut nya:
Mafhum nya:
“ Apakah orang yang berjalan dengan menelangkupkan mukanya ke bumi itu LEBIH layak mendapat hidayat ATAU orang yang berjalan tegak di atas kaki nya serta mengikut jalan yang lurus?”.(22) Tafsiran ayat 22: Syed Qutub menjelaskan bahawa gambaran pertama dalam ayat di atas; iaitu orang yang berjalan dengan cara menelangkupkan mukanya ke bumi, kerana jatuh atau rebah menggambarkan manusia celaka, malang dan sesat dari jalan Allah dan diharamkan dari hidayah Nya. Gambaran begitu lebih mirip kepada orang yang memilih satu jalan lain dari jalan yang benar dan sentiasa rebah, tergelincir, penat dan sesat. Gambaran kedua aitu mereka yang berjalan tegak di atas kedua kakinya dan mengikuti jalan yang lurus menggambarkan manusia yang bahagia, yang bernasib baik, yang mendapat hidayat ke jalan Allah. Ini menggambarkan cirri-‐ciri kehidupan keimanan yang mudah, lurus dan bermatlamat. Di antara kedua-‐dua ini siapakah di antara dua orang ini yang layak mendapat hidayah Allah? Tidak lain ialah yang kedua, yang berjalan mengikut undang-‐undang Allah, di jalan yang dilalui oleh angkatan mukmin yang menjunjung keimanan, kesyukuran dan kesabaran. (ms.75, Terjemahan Tafsir Fi Zilalili Quraan) Ayat 23 pula menyatakan Allah telah meminta Rasulullah memberitau orang-‐ orang yang kufur bahawa mereka sebenarnya telah dicipta oleh Allah dengan 44
ciptaan yang terbaik, dan membekalkan mereka dengan peralatan yang memungkinkan mereka mencari Pencipta mereka itu, sayangnya mereka tidak pernah bersyukur:
Mafhum nya:
“Katakanlah (pada mereka; Wahai Muhammad!) “Allah lah yang telah mencipta kamu semua; dan telah mengadakan kepada kamu Pendengaran dan Penglihatan serta Hati untuk kamu mencari dan bersyukur pada Nya) malangnya amat sedikit kamu bersyukur”.(23) Tafsiran ayat 23: Tujahan ayat ialah kepada orang-‐orang yang kufur di atas. (Ismail ar Rusawi); dengan meminta Rasulullah mencela mereka supaya mereka insaf. Kamu semua sebenarnya telah dicipta oleh Allah, dihidupkan dengan ciptaan yang terbaik dengan rupa paras yang cantik. Disamping ciptaan teragong itu kamu semua dibekalkan dengan alat-‐alat yang membolehkan kamu mendengar ayat-‐ ayat Allah dan beriman dengan Nya: Di antaranya ialah -‐: Telinga a) Sebagai alat pendengaran untuk mendengar ayat-‐ayat Allah; untuk mendengar perkara-‐perkara yang ghaib dari Kitab Allah kerana pendengaran lebih hebat dari penglihatan mata Mata a) Sebagai alat untuk meneliti ayat-‐ayat yang menyaksikan semua urusan yang ditadbirkan Allah dengan meneliti dan mengenal pasti semua yang berada di sekeliling kamu 45
Hati a) Sebagai alat untuk berfikir melalui apa yang didengar dan dilihat b) Sebagai alat untuk mempertingkatkan keimanan pada Allah c) Sebagai ‘instrument’ untuk melengkapkan diri dengan ketaatan pada Allah Untuk ke arah yang disebutkan di atas itu ternyata terlalu sedikit sekali kamu bersyukur pada Nya, atau tidak ada pun syukur kamu pada Allah itu. (Ismail Ar Rusawi ms 95. Juz) Imam Ismail memberi kesimpulan bagaimana kita boleh menggunakan Telinga, Mata dan Hati untuk memperkuatkan iman kita pada Allah: a) Telinga (Pendengaran) 1. Untuk bersyukur 2. Dengar dan belajar dari kalangan orang yang berilmu 3. Meneliti pada semua nasihat-‐nasihat yang didengar 4. Bertaqlid kepada oang yang berilmu dan ahli kebenaran 5. Menolak bid’ah dan hawa nafsu b) Mata (Penglihatan) 1. Melihat dan meneliti kandungan kitab-‐kitab Allah 2. Mengenali ulama dan ahli-‐ahli yang berilmu 3. Melihat manusia lain dengan mata yang penuh rahmat c) Hati ( Akal) 1. Berfikir tentang keagongan Allah 2. Mempunyai rasa takut pada Allah 3. Mengharap bertemu dengan nabi-‐nabi Al Qurtubi pula mentafsirkan ayat di atas sebagai ‘cemohan’ Allah ke atas orang-‐orang yang syirik pada Nya itu kerana buruknya Syirik mereka pada Allah sedangkan meraka mengiktirafkan yang Allah telah mencipta mereka. Pengertian Telinga, Mata dan Hati dalam ayat di atas itu menggambarkan ‘intelligence’ atau kepintaran berfikir manusia itu sendiri. Sayangnya mereka 46
tidak pernah bersyukur dengan anugrah Allah ini yang merupakan nikmat paling baik pernah dikurniakan pada manusia; malah mereka tak pernah bersyukur pada Allah ( Tafsir Al Qurtubi ms. 192 Juz 17/18) Ibnu Kathir pula mentafsirkan ayat di atas sebagai; “Allah yang telah mencipta dan memberi akal dan kebolehan berfikir kepada manusia, sayang nya mereka sedikit sekali bersyukur atas pemberian ini, dan sama sekali tidak pernah menggunakan akal dan kebolehan berfikir itu untuk taat pada Allah, dan mengikut perintah Nya dengan membuat apa yang disuruh dan meninngal apa yang dicegah Nya.” (Ibnu Kathir ms 400; Juz 4). Kesimpulannya: Manusia telah diberi pengurniaan yang besar dengan ‘Telinga’ untuk mendengar, ‘Mata’ untuk melihat dan ‘Hati’ untuk berfikir; adalah untuk memberi mereka satu tugas untuk memikul amanah dari Allah; iaitu beriman dengan Nya; tetapi sayangnya mereka tidak bersyukur walaupun mereka tidak dapat membalas nikmat-‐nikmat itu, insaflah diri ini dari perlakuan itu. Kemudian al Quraan mengingatkan manusia, khusus yang kufur pada Allah, bahawa mereka dicipta dengan ciri-‐ciri tertentu untuk memberi kesempatan hidup di dunia ini untuk diuji dan di hari pembalasan nanti mereka akan di beri balasannya. Firman Allah:
Mafhum nya: “Katakan lagi kepada mereka yang Allah itulah Tuhan yang telah menciptakan kamu semua untuk mengembang biak di bumi ini; dan kepada Nya sahaja lah kamu semua akan dikumpul dan dikembalikan”. (24) Tafsiran ayat 24: Bahawa satu hakikat yang perlu direnungi bahawa semua manusia di bumi ini berkembang dan bertaburan keseluruh ceruk rantau di bumi ini, dengan 47
rupa yang berlainan, dan cakapan yang berbeda adalah ditentukan oleh Allah. Keseluruhan manusia yang berada di bumi ini bukan itu akhirnya, tetapi mereka semuanya akan dikumpul di padang Mahsyar nanti. Ini bererti yang mereka akan menuju kepada satu matlamat iaitu berkumpul di Mahsyar. Sedarlah, mau tak mau kita akan dibangkitkan dan dikumpul di satu perkumpulan di mana segala amal baik dan jahat kita akan dipersoalkan. Orang-‐orang yang kufur masih ragu tentang hari perkumpulan itu. Firman Allah:
Mafhum nya: Dan mereka bertanya: “Bilakah agaknya datangnya hari Kiamat yang di janjikan itu jika kamu benar?.(25) Tafsiran ayat 25: Pertanyaan ini dilontarkan oleh mereka yang ragu tentang adanya hari di bangkit semula; atau ditanya oleh orang yang degil dan angkuh, atau pertanyaan untuk tujuan penghinaan kerana mereka tidak percaya akan adanya hidup selepas mati. Yang penting disini ialah Hari Kiamat itu dipercayai oleh Rasul akan kemunculannya. Seluruh manusia akan dihimpunkan dan segala amalan mereka dalam kehidupan di dunia ini akan diberi balasan. Sayangnya bila akan berlakunya kiamat dan hari perhimpunan itu adalah dalam rahsia Allah. firman Allah:
Mafhum nya:
48
“Katakanlah pada mereka “pengetahuan tentang hari perhimpunan dan kiamat itu hanya tersimpan disisi Allah saja; dan aku HANYA seorang Rasul yang tugasku memberi peringatan dan penjelasan”.26) Tafsiran ayat 26: Ibnu Kathir mentafsirkan ayat ini sebagai’ “Tidak sesiapa pun yang dapat menentukan waktu berlakunya hari Kiamat itu kecuali Allah; Apa pun Allah telah mengarahkan aku supaya memberitau kamu semua bahawa hari tersebut akan tetap berlaku, tanpa syak lagi; maka berwaspadalah kamu semua akan kedatangannya”.(ibnu Kathir ms 400) Allah yang mentaqdirkan segala sesuatu itu tanpa memberitahu kepada yang lain. Kedatangan hari kiamat adalah dalam ilmu Allah, dan ianya bukan salah satu dari tugas Rasulullah untuk memberitahu masanya pada kita. Tugas Rasulallah hanya menyampaikan sahaja dan menyatakan secara yakin akan berlakunya hari kiamat itu. Apakah akan terjadi apabila perkara yang dinafikan akan terjadinya hari kiamat, tiba-‐tiba kiamat muncul? Gambaran bagaimana keadaan ini di jelaskan dalam ayat berikutnya:
Mafhum nya: “ Kemudian apabila mereka menyaksi dan melihat kemunculan Hari Kiamat itu dari dekat maka muramlah muka orang-‐orang kafir itu lalu dikatakan pada mereka dengan perkataan berikut; “Inilah dia Hari yang pernah kamu cabar dan minta disegerakan kedatangan nya, ingat tak?”.(27) 49
Tafsiran ayat 27: Apabila Kiamat berlaku, dan kehadiran kiamat itu disaksikan oleh orang-‐ orang kafir ini, dan mengakui kehampiran datangnya kiamat itu, rupanya apa yang mereka nafikan selama ini telah benar kemunculannya maka mereka terkejut dan tertekan atas kesedaran kejahatan mereka selama ini. Dalam surah Zumar ayat 47, Allah menjelaskan kedudukan ini dengan firman yang bermaksud: “Sudah tentu akan nyata jelas kepada mereka tentang keburukan-‐keburukan perkara yang telah mereka lakukan, dan mereka akan diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-‐ejekkan itu” (Zumar 47) (Ibnu Kathir ms 400)” Dalam kata lain, kita yang beriman dengan Allah harus menambahkan keyakinan kita tentang akan munculnya hari Kiamat itu dan dengan iman kita pada Allah dan pada hari akhirat, perkara ini tidak mengejutkan dan Insyallah, kita akan dijauhkan dari penghinaan di hari akhirat. Orang-‐orang Kafir Mekah pernah mendoakan kebinasaan pada Muhammad dan orang yang beriman lain; Ayat 30 surah Tuur menjelaskan hal ini: Maksudnya “Mereka menuduh Muhammad dengan tuduhan yang bukan-‐bukan bahkan mereka mengatakan Muhammad itu seorang penyair yang ditunggu-‐tunggu saat kebinasaannya” (20 Tur): atau mereka pernah berkata bahawa ‘ semua urusan Muhammad tidak akan sempurna dan kekal, malahan akan binasa dalam masa terdekat!
Mafhum nya: “Tanyalah mereka, wahai Muhammad dengan soalan ini: “apa fikiran kamu; jika Allah membuat keputusan membinasakan aku dan orang-‐orang yang 50
bersama aku ini (sebagaimana yang kamu semua harap-‐harapkan selama ini) atau Allah memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu semua), maka siapakah yang dapat memberi perlindungan orang-‐orang kafir (seperti kamu itu) dari azab seksaan Allah yang sangat pedih itu?.(28) Tafsiran ayat 28: Ibnu Kathir mentafsir ayat ini dengan kenyataaan berikut: “ Wahai Muhammad, katakanlah kepada orang-‐orang musyrikin yang telah menolak Allah dan rasul Nya dan yang ingkar pada semua nikmat yang mereka nikmati selama ini; supaya melepaskan diri mereka dari belenggu kekufuran mereka itu, sesungguhnya semua mereka itu tidak akan terlepas dari Allah dan azab Nya kecuali mereka bertaubat dan kembali kepada iman dan Islam. Adalah tiada ada gunanya mereka mengharapkan yang orang-‐orang Islam dan Rasul itu binasa sebagaimana cita-‐cita mereka; samada mereka di azab kan atau mereka diberi rahmat kemenangan ianya adalah atas kehendak Allah. Jadi jika semuanya ini terjadi, bagaimana pula dengan nasib mereka yang kufur pada Allah? Adakah mereka semua itu akan terlepas dari Azab Allah yang pedih itu Atau siapakah yang akan melindungi mereka dari Azab ini? (ibnu Kathir ms 400). Dalam kata lain, orang-‐orang kafir tidak mempunyai pelindung untuk membebaskan mereka dari turunnya azab atas mereka sama ada Rasulullah dan sahabatnya dimatikan oleh Allah atau diberi rahmat Nya atas mereka; dan Rasulullah bertanya pada mereka Andai kata ini terjadi, siapakah yang dapat menahan kamu dari azab Allah atas kekufuran kamu itu? Syed Qutub pula mentafsirkannya begini: “Ini adalah satu pertanyaan untuk menyedarkan orang yang kufur pada Allah supaya memikirkan untung nasib diri sendiri. Lebih baik bagi mereka menginsafi diri, daripada bercita-‐cita mengharapkan kebinasaan pada Rasulullah dan pengikutnya. Mereka sebenarnya tidak akan selamat jika Allah terus melimpahkan rahmat Nya atas nabi dan pengikutnya kerana Allah 51
tetap tidak akan mati; kerana Allah lah yang telah menyuburkan mereka di bumi ini dan berkembang biak dan kepada Nya kelak seluruh manusia akan dihimpun dan dikumpul menghadapi Nya di Padang Mahsyar. (Syed Qutub ms. 86; terjemahan tafsir Fi Zilalil Quraan) Jadi! Siapakah yang dapat melindungkan orang-‐orang kafir ini dari Azab yang amat pedih ini? Jawapannya dalam ayat berikut:
Mafhum nya: “Katakanlah pada mereka (wahai Muhammad) Allah yang bersifat RAHMAN itulah yang dapat melindungi; Dialah Yang kami beriman dengan Nya dan Dialah yang kami semua bertawakkal pada Nya; manakala kamu semua akan dapat mengetahui siapakah yang sebenarnya telah berada dalam kesesatan yang nyata itu!.(29) Tafsiran ayat 29: Yang benar-‐benar boleh memberi perlindungan dari kebinasaan kepada Muhammad dan orang-‐orangnya ialah Allah yang bersifat Rahman; iaitu Penganugerah Rahmat kepada semua; dan itulah dia Allah yang menjadi tempat berimannya semua muslimin dan kepada Nya sahaja mereka berserah pasrah bertawakkal. Dengan penyataan ini, maka tergambarlah dalam minda kita semua yang Allah itu sangat hampir kepada yang beriman dan bertawakkal dengan Nya. Dia menjadi pelindung yang berkesan pada mereka yang beriman dengan Nya. Manakala orang yang kufur dan menentang Nya dan rasul Nya adalah jauh dari Allah dan akan mengetahui siapakah sebenarnya yang sesat nyata pada Allah; iaitu merekalah yang sebenarnya akan jauh dari Rahmat Allah, tiada Pelindung dan akan berhadapan dengan azab Allah yang maha pedih. 52
Syed Qutub membuat ‘pernyataan‘ berikut untuk kita benar-‐benar faham maksud ayat yang mafhum nya; “dan kamu akan mengetahui siapakah yang sebenarnya berada dalam kesesatan yang nyata” katanya; “Ungkapan tersebut merupakan satu ancaman yang berbungkus. Ia juga merupakan satu cara dakwah al Quraan bagi mengendurkan kedegilan orang-‐orang kafir untuk terus berada dalam kekufuran. Al Quraan menyeru mereka menyemak kedudukan mereka kerana bimbangkan mereka akan menjadi oang-‐orang yang sesat kerana akibatnya mereka akan mendapat keseksaan yang tersebut dalam ayat berikut ini:
“Siapakah yang dapat melindungkan orang-‐orang kafir dari azab yang amat pedih itu” (Terjemahan FI zilalil Quraan: juz Tabarak ms 87) Akhir ayat bagi surah ini, sekali lagi Allah cuba menarik perhatian kepada orang-‐orang yang masih berdegil untuk ambil perhatian pada satu contoh jika mereka terputus bekalan air, bagaimana mereka hendak meneruskan hidup mereka; Firman Allah:
Mafhum nya: “Wahai Muhammad; beritahu pada mereka “apa pendapat kamu jika sekiranya air yang menjadi minuman harian kamu itu dihilang lenyapkan dari bumi ini, maka siapakah selain dari Allah yang dapat mendatangkan pada kamu air lain yang sentiasa terpancar mengalir?”.(30) Tafsiran ayat 30: 53
Air untuk kegunaan kaum musyrikin Mekah adalah datangnya dari 2 sumber di Mekah; iaitu dari telaga Zamzam dan dari Telaga Maimun Hadrami. Kata kanlah kedua-‐dua telaga itu dilupuskan dari mengeluarkan air lagi, dihilangkan secara total fungsinya, maka dengan kedudukan musyrikin Mekah semua secara yang lemah itu bolehkah diadakan kuasa lain selain dari Allah dapat menyediakan air gantian yang terpancar untuk kegunaan mereka yang kufur itu? Apakah yang akan terjadi Jika Allah, yang teraju kekuasaan Kerajaan Alam ini berada di ‘tangan ‘Nya itu; mengizinkan terjadinya kehilangan sumber air itu pada mereka? Wahai orang-‐orang yang kufur pada Allah; fikir-‐fikirkan lah!. Saya memetik kesimpulan yang dibuat oleh Syed Qutub tentang keseluruhan surah ini untuk kita hayati:’ Katanya; Surah ini membina beberapa aspek pokok dalam asas-‐asas kefahaman Islam. Ia menanamkan dalam hati kita tentang hakikat Kuasa Allah dan Penguasaan Nya yang mutlak dan hakikat ujian dengan mati dan hidup sebagai persediaan untuk perhimpunan di Mahsyar, bagi menerima balasan dari amalan kita. Surah ini sesungguhnya telah memberi kita beberapa hakikat-‐hakikat yang perlu difikirkan, di antaranya: a) b) c) d) e) f)
Hakikat kesempurnaan dan keindahan alam ciptaan Allah Hakikat ilmu Allah yang mutlak yang tahu segala rahsia dan yang sulit Hakikat sumber rezeki Hakikat peliharaan Allah terhadap semua makhluk Hakikat kehadiran Allah bersama tiap-‐tiap makhluk. Hakikat asas kefahaman seorang muslim terhadap Allah, dan alam dan hubungannya dengan Allah selaku Penciptanya
Demikianlah tamatnya surah ini ia merupakan satu surah yang amat besar iaitu lebih besar dari ukurannya, dari ruangannya dan dari bilangan ayat-‐ayat nya. Ia merupakan anak-‐anak panah yang menunjukkan ke-‐arah satu yang jauh dan setiap anak panah itu masing-‐masing membuka sebuah alam yang baru. (Syed Qutub) ﻭوﷲ ﺃأﻋﻠﻡم 54