8 tahap kitaran hidup manusia (pendekatan psikososial)

• 8 tahap/peringkat dalam kitaran hidup manusia menurut Erik Erikson ... banyak mempengaruhi kualiti perkembangan ini...

80 downloads 549 Views 57KB Size
8 tahap kitaran hidup manusia (pendekatan psikososial) • 8 tahap/peringkat dalam kitaran hidup manusia menurut Erik Erikson (1963). Persekitaran keluarga banyak mempengaruhi kualiti perkembangan ini • Peringkat 1 – Bayi “Percaya vs. Keraguan” – Bayi bergantung sepenuhnya kepada orang lain (ibubapa/orang yg berperanan sebagai ibubapa) utk teruskan hidup – Elemen percaya wujud apabila keperluan asas bayi dipenuhi serta menerima kasihsayang, rangsangan, sentuhan, dakapan – Tanpa ini semua, bayi merasa ragu-ragu & tidak percaya kpd orang dewasa dan terhadap kehidupan secara amnya

• Peringkat 2 – Kanak-kanak bertatih “Autonomi vs. Malu & was-was” – Antara umur 1 – 3 tahun kanak-kanak belajar berjalan, bercakap & berlatih menggunakan tandas – Elemen kawalan diri dan keyakinan dipelajari pada tahap ini – Pencapaian positif dalam mengawal diri dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak terhadap kemampuannya mengawal persekitaran

• Peringkat 3 – Kanak-kanak peringkat awal “Inisiatif vs. rasa bersalah” – Antara umur 3-6 tahun kanak-kanak telah dapat mempertingkatkan keyakinan diri – Kanak-kanak belajar meneroka persekitarannya. Sokongan keluarga dalam bentuk “kebebasan” berserta “garispanduan” membantu kanak-kanak berkembangn dgn sempurna – Jika kekangan yang melampau dari persekitaran wujud, kanakkanak akan membesar dengan perasaan bersalah

• Peringkat 6 – Awal Dewasa “Keintiman vs. Pengasingan” – Remaja pada peringkat ini mula meninggalkan rumah, mula membentuk hubungan mesra dgn orang lain (cinta, perkahwinan dll) – Remaja yg gagal berbuat sewajarnya akan melalui fasa hidup yg penuh terasing

• Peringkat 7 – Dewasa “Generativiti vs. Absorption (Penyerapan kendiri)” – Generativiti = melahir, mendidik, membesarkan anak, produktif & kreatif dlm hidup. Individu dewasa membentuk keluarga sendiri, mencari kepuasan dari hubungan dgn keluarga – Dewasa mempamerkan kreativiti secara optimum, I.e dalam kerjaya. – Dewasa yg gagal “generate” boleh menjadi individu yg pentingkan diri dan tidak dapat melihat faedah dari sebarang perkara yg dilakukan

• Peringkat 8 – Integriti vs. Putus asa” – Integriti dimaksudkan sebagai keutuhan diri individu dilihat dari aspek kejujuran, keikhlasannya dala menjalani kehidupan. Individu pada peringkat ini sudah matang dengan hidup; menaakul segala pencapaian sebelum ini – Individu yang berjaya menaakul kehidupan yang serba positif akan bergembira dan selesa melayari kehidupan hari tua – Individu yang gagal akan kecewa dan merasakan keutuhan dirinya tercabar

• Peringkat 4 – Kanak-kanak sekolah “Industri vs. Rendah diri” – Antara umur 6–11 kanak-kanak meneroka alam persekolahan. – Mereka belajar bahawa aktiviti mereka mempunyai makna & mereka boleh menjadi kreatif. Mereka selalu cuba menonjolkan bakat – Persekitaran keluarga yg positif perlu dalam menggalakkan kanak-kanak merasakan pencapaian mereka. Memperkecilkan atau gagal mengiktiraf kreativiti kanak-kanak boleh menjadikan mereka rendah diri

• Peringkat 5 – Remaja “Identiti vs. kekeliruan peranan” – Peringkat baligh, antara umur 12–18 tahun remaja mengalami fasa pertumbuhan yg bergelora dgn penerokaan serba baru – Remaja mencuba peranan baru dlm menyesuaikan diri di alam transisi berbekalkan matlamat, falsafah kehidupan dan keyakinan diri – Tanpa sokongan mantap keluarga, remaja boleh keliru dan tenggelam punca dlm mencari identiti dirinya

1