AWAL MATEMATIK & PEMIKIRAN LOGIK

Download berkaitan Awal Matematik dan Pemikiran Logik iaitu, Pra Nombor, Awal Nombor, Membilang, dan Operasi Tambah, dan Tolak seperti yang disertak...

0 downloads 548 Views 957KB Size
PANDUAN AKTIVITI

AWAL MATEMATIK & PEMIKIRAN LOGIK

PANDUAN AKTIVITI AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK

PERMATA NEGARA

ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK UMUR 0 – 4 TAHUN -1-

Penulis Noraini Idris Fan Siong Peng Muhamad Sidek Said Wan Muhamad Azmi Wan Hassan Ab. Razak Salleh Mahadi Nik Mohamed Samsiah Mustaffa

Dibangunkan oleh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

Cetakan pertama Disember 2012 Hak Cipta © PERMATA NEGARA ISBN Dicetak oleh: Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam manamana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada PERMATA Negara.

Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris 35000 Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan Tel: +605-4505085 Faks: +605-4590169 Laman Web: http://ncdrc.upsi.edu.my

-2-

KANDUNGAN

HALAMAN

Pengenalan

Panduan Aktiviti Awal Matematik dan Pemikiran Logik

Umur 0 – 6 Bulan

8

Umur 6 – 12 Bulan

10

Umur 1 – 2 Tahun

14

Umur 2 – 3 Tahun

27

Umur 3 – 4 Tahun

57

-3-

Pengenalan Buku panduan ini mempunyai 79 aktiviti yang dibina berasaskan empat bidang pembelajaran berkaitan Awal Matematik dan Pemikiran Logik iaitu, Pra Nombor, Awal Nombor, Membilang, dan Operasi Tambah, dan Tolak seperti yang disertakan dalam lampiran. Reka bentuk aktiviti dalam setiap bidang pembelajaran ini disusun dengan mengambil kira tahap perkembangan psikologi kanak-kanak. Aktiviti dibina berpandukan sumber rujukan seperti buku, jurnal dan bacaan dalam internet yang diubahsuai untuk kegunaan pusat asuhan kanak-kanak PERMATA Negara. Aktiviti yang dibina disimulasikan oleh sekumpulan pelajar semester 6, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (Major dalam Pemulihan Matematik). Penambahbaikan dilakukan setelah mendapat bimbingan dan teguran daripada tenaga pakar yang terdiri daripada jurulatih PERMATA Negara, pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, dan pensyarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan besut Terengganu. Panduan aktiviti ini bertujuan membantu pendidik menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara hands-on dan minds-on. Dengan adanya panduan aktiviti ini, pendidik dapat melaksanakan tugas dengan lebih yakin, di samping memanfaatkan aktiviti yang dijalankan dengan optimum. Aktiviti yang terdapat dalam modul ini bukan satu-satunya pilihan bagi pendidik mengajar bidang tertentu, mereka juga boleh mengubah suai aktiviti yang dicadangkan agar lebih banyak aktiviti lain dapat dibangunkan untuk kegunaan di pusat asuhan kanak-kanak masing-masing. Cara Penggunaan Kanak-kanak pada setiap peringkat perkembangan psikologi perlu diberikan pendedahan dengan keempat-empat bidang pembelajaran. Cara penggunaan panduan aktiviti diperjelaskan seperti berikut: Tahap 0-6 Bulan. Terdapat dua fokus awal matematik dan pemikiran logik sahaja untuk dikembangkan pada bayi 0-6 bulan iaitu, corak dalam bidang pra nombor dan awal geometri dalam bidang awal nombor. Kedua-dua aktiviti ini membolehkan bayi menggunakan deria penglihatan, pendengaran, dan sentuhan mereka untuk mempelajari pra nombor dan awal geometri. Pendidik boleh memilih mana-mana aktiviti untuk diajarkan terlebih dahulu berbanding aktiviti lain. Tahap 6-12 Bulan. Terdapat empat fokus awal matematik yang dapat dikembangkan pada bayi 6-12 bulan iaitu, kesedaran ruang dan corak dalam bidang pra nombor dan nombor bulat dan awal geometri dalam bidang awal nombor. Keempat-empat aktiviti ini membolehkan bayi menggunakan deria penglihatan, pendengaran, dan sentuhan mereka untuk mempelajari kesedaran ruang, corak, nombor bulat, dan awal geometri. Pendidik boleh memilih mana-mana aktiviti untuk diajarkan terlebih dahulu berbanding aktiviti lain. Pendidik boleh mengubah suai aktiviti yang dicadangkan bagi kegunaan pusat asuhan kanak-kanak. -4-

Tahap 1-2 Tahun. Terdapat tujuh aktiviti dalam bidang pra nombor, iaitu padanan, pisah dan kumpul, banding, kedudukan, seriasi, kesedaran ruang, dan corak. Bagi bidang awal nombor pula, empat fokus disenaraikan, iaitu nombor bulat, awal pecahan, awal algebra, dan awal geometri. Satu fokus sahaja diberikan penekanan dalam bidang membilang iaitu, boleh menyebut bilangan tetapi tidak tahu membilang sejumlah objek. Bagi bidang operasi tambah dan tolak pula, empat fokus disenaraikan iaitu, fakta asas operasi tambah, pelengkap sepuluh operasi tambah, fakta asas operasi tolak, dan pelengkap sepuluh operasi tolak. Pendidik disaran memulakan pengajaran dan pembelajaran mengikut urutan bidang 1 terlebih dahulu, keduanya bidang 2, ketiga ialah bidang 3, dan keempat ialah bidang 4. Bagi aktiviti yang terdapat dalam bidang yang sama, pendidik boleh memilih aktiviti yang difikirkan sesuai untuk dimulakan di pusat asuhan kanak-kanak sendiri. Tahap 2-3 Tahun. Terdapat tujuh aktiviti dalam bidang pra nombor iaitu, padanan, pisah dan kumpul, banding, kedudukan, seriasi, kesedaran ruang, dan corak. Bidang awal nombor juga menyenaraikan tujuh fokus disenaraikan iaitu, nombor bulat, awal pecahan, awal algebra, dan awal geometri. Dua fokus diberikan penekanan dalam bidang ketiga iaitu, tahu membilang secara lisan tetapi tidak tahu membilang sejumlah objek dan dapat membilang sejumlah objek. Dalam bidang keempat pula, enam fokus aktiviti disenaraikan iaitu, fakta asas operasi tambah, pelengkap sepuluh operasi tambah, pengiraan mental operasi tambah, fakta asas operasi tolak, pelengkap sepuluh operasi tolak, dan pengiraan mental operasi tolak. Pendidik disaran memulakan pengajaran dan pembelajaran mengikut urutan bidang 1 terlebih dahulu, keduanya bidang 2, ketiga ialah bidang 3, dan keempat ialah bidang 4. Bagi aktiviti yang terdapat dalam bidang yang sama, pendidik boleh memilih aktiviti yang difikirkan sesuai untuk dimulakan di pusat asuhan kanak-kanak sendiri. Tahap 3-4 Tahun. Terdapat tujuh aktiviti dalam bidang pra nombor iaitu, padanan, pisah dan kumpul, banding, kedudukan, seriasi, kesedaran ruang, dan corak. Bidang awal nombor juga menyenaraikan tujuh fokus disenaraikan, iaitu nombor bulat, awal pecahan, awal algebra, dan awal geometri. Tiga fokus diberikan penekanan dalam bidang ketiga iaitu, tahu membilang secara lisan tetapi tidak tahu membilang sejumlah objek, dapat membilang sejumlah objek, dan dapat melakukan sedikit penambahan dan penolakan asas. Dalam bidang keempat pula, enam fokus aktiviti disenaraikan iaitu, fakta asas operasi tambah, pelengkap sepuluh operasi tambah, pengiraan mental operasi tambah, fakta asas operasi tolak, pelengkap sepuluh operasi tolak, dan pengiraan mental operasi tolak. Pendidik disaran memulakan pengajaran dan pembelajaran mengikut urutan bidang 1 terlebih dahulu, keduanya bidang 2, ketiga ialah bidang 3, dan keempat ialah bidang 4. Bagi aktiviti yang terdapat dalam bidang yang sama, pendidik boleh memilih aktiviti yang difikirkan sesuai untuk dimulakan di pusat asuhan kanak-kanak masing-masing.

-5-

Penghargaan Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Y.A.Bhg, Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia kerana memberikan kepercayaan kepada kumpulan penyelidik kami untuk menggubal dan menilai bidang Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik. Tanpa kepercayaan dan sokongan yang diberikan, sudah tentu paduan aktiviti ini tidak dapat dibina dengan sempurna. Kumpulan penyelidik juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pentadbir dan staf akademik dan bukan akademik NCDRC Universiti Pendidikan Sultan Idris khususnya Prof. Dr. Sopia bt. Md. Yassin (Pengarah) kerana memberi bantuan dan bertindak sebagai pemudah cara bagi membolehkan penyelidik dari UPSI dan IPG Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu menjalankan kajian dengan sebaik mungkin. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pelajar semester 6 PISMP Program Pemulihan dari IPG Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu kerana menyumbangkan pengetahuan dan tenaga menganalisis sumber bacaan, melontarkan idea membentuk draf bidang Awal Matematik dan Pemikiran Logik, memurnikan, dan menjalankan simulasi aktiviti di pusat asuhan dan didikan kanak-kanak. Akhir sekali, kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA) kerana membenarkan kumpulan penyelidik menjalankan kajian bagi mengenal pasti keperluan dan harapan pendidik, ibu bapa, dan kanak-kanak di Pusat Anak Permata Negara Chiku 1 Gua Musang, Pusat Anak Permata Negara Pasir Mas, Pusat Anak Permata Negara Jeli, dan Pusat Anak Permata Negara Kerteh. Daripada maklumat yang diperoleh membolehkan kumpulan penyelidik menilai semula paduan aktiviti sedia ada dan seterusnya membina bidang dan panduan aktiviti baru Awal Matematik dan Pemikiran Logik bagi memenuhi permintaan mereka yang terlibat secara langsung. Semoga paduan aktiviti yang dibina ini dapat membantu pendidik di Pusat Anak Permata Negara untuk membangunkan potensi awal matematik dan pemikiran logik kanak-kanak di Malaysia dengan jayanya.

-6-

TOPIK: POLA Objektif Pembelajaran: Merangsang penglihatan bayi terhadap warna Tajuk: Mengecam Warna

Umur: 0-6 Bulan Konsep Matematik: Pengecaman. Istilah Matematik: Pola warna. Bahan: Kad warna hitam dan putih. Nilai: Prihatin.

Persediaan Awal: Pendidik menyediakan sekeping kad berwarna hitam dan sekeping kad berwarna putih. Langkah-langkah: 1.

Bayi dibaringkan di atas tilam.

2.

Satu kad berwarna hitam dan putih digantungkan berdekatan dengan bayi (boleh disentuh dan dilihat oleh bayi dengan anggaran jarak 20-23cm).

3.

Pendidik menunjukkan kad warna hitam kepada bayi sambil menyebut warna kad berkenaan berulang kali.

4.

Pendidik menunjukkan kad warna putih kepada bayi sambil menyebut warna kad berkenaan berulang kali.

Penutup 1.

Pendidik memuji respons yang ditunjukkan oleh bayi.

2.

Pendidik merekod tindak balas bayi terhadap kad warna hitam dan putih yang ditunjukkan.

-7-

TOPIK: AWAL GEOMETRI Objektif Pembelajaran: Memegang bentuk 3D Tajuk: Bentuk

Umur: 0 – 6 Bulan Konsep Matematik: Mengenal bentuk Istilah Matematik: Bentuk, silinder Bahan: Botol susu Nilai: Usaha dan bersyukur

Persediaan Awal: Pendidik menyediakan botol susu (kosong) berbentuk silinder untuk ditunjukkan kepada bayi.

Langkah-langkah: 1.

Pendidik membaringkan bayi di atas tilam dan menunjukkan botol susu kepada bayi.

2.

Pendidik memanggil nama bayi dan meminta bayi memegang botol susu.

3.

Pendidik memberi bayi memegang botol susu beberapa kali.

4.

Pendidik memerhatikan tingkah laku bayi semasa memegang botol susu.

Penutup 1.

Pendidik memuji respons yang ditunjukkan oleh bayi.

2.

Pendidik merekod tindak balas bayi semasa memegang botol susu.

-8-

TOPIK: KEPEKAAN Objektif Pembelajaran: Merangsang penglihatan dan sentuhan kanak-kanak terhadap objek warna dipersekitaran.

Umur: 6-12 Bulan Konsep Matematik: Pengecaman Istilah Matematik: Bentuk dan deria Bahan: Objek di persekitaran (bag kacang) Nilai: Prihatin dan Kepekaan

Tajuk : Lihat dan sentuh

Persediaan Awal: Pendidik menyediakan “bag kacang” berwarna merah dan kuning. Langkah-langkah: 1.

Pendidik menunjukkan “bag kacang” berwarna kepada bayi.

2.

Pendidik memberi setiap bayi memegang “bag kacang” tersebut dengan kedua-dua tangan mereka.

3.

Pendidik menyuruh bayi mengenggam-genggam “bag kacang” tersebut berulang kali dengan bantuan pendidik.

4.

Pendidik berinteraksi dengan bayi dengan memberitahu nama dan warna objek yang mereka genggam.

Perhatian: Pendidik perlu peka dengan pergerakkan bayi agar bayi tidak memasukkan bean beg tersebut ke dalam mulut mereka. Penutup 1.

Pendidik memuji respons yang ditunjukkan oleh bayi.

2.

Pendidik merekodkan respons bayi melalui perbualan dua hala dan semasa memegang bag kacang.

-9-

TOPIK: POLA Objektif Pembelajaran: Merangsang penglihatan kanak-kanak terhadap warna terang pada persekitaran. Tajuk : Bola Berwarna

Umur: 6 – 12 Bulan Konsep Matematik: Pengecaman Istilah Matematik: Pola Warna Bahan: Sponge Ball Nilai: Kepekaan danusaha

Persediaan Awal: Pendidik menyediakan bahan mainan berwarna, iaitu sponge ball yang berwarna terang seperti kuning dan hijau di ruang aktiviti. Langkah-langkah: 1.

Pendidik mengumpul bayi di ruang aktiviti.

2.

Pendidik meletakkan beberapa biji “sponge ball” yang mempunyai 2 warna (kuning dan hijau) disekeliling bayi.

3.

Pendidik menunjuk dan menyebutkan warna “sponge ball” yang dipegang berulang kali.

4.

Pendidik meminta seorang demi seorang bayi memilih warna “sponge ball” yang mereka tertarik dan diberikan kepada pendidik kembali.

Penutup Pendidik merekodkan tindakbalas daripada bayi melalui perbualan dua hala (pendidik & bayi).

- 10 -

TOPIK: AWAL GEOMETRI Objektif Pembelajaran: Memegang bentuk 3D kiub. Tajuk: Bentuk

silinder

Umur: 6-12 Bulan dan Konsep Matematik: Mengenal bentuk Istilah Matematik: bentuk, silinder dan kiub Bahan: Botol plastik, sponge blok Nilai: Usaha dan Kepekaan

Persediaan Awal: Pendidik menyediakan 3 biji botol plastik (silinder) dan 3 biji blok sponge (kiub) di atas meja. Langkah-langkah: 1.

Pendidik menunjukkan objek-objek yang berada di atas meja kepada bayi.

2.

Pendidik memberi bayi memegang botol plastik berbentuk silinder dan sambil menyebut nama serta bentuknya kepada bayi.

3.

Pendidik meminta bayi memegang, mengenggam, mengetuk, dan menggolek botol plastik tersebut (2-3 minit).

4.

Pendidik kemudiannya memberi bayi memegang sponge blok berbentuk kiub dan menyebutkan nama serta bentuknya kepada mereka.

5.

Pendidik meminta mereka memegang, mengenggam, melambung sponge blok tersebut. (2-3 minit).

6.

Pendidik membuat pemerhatian semasa bayi memegang objek yang berbentuk silinder dan kiub tersebut.

menggolek,

dan

Penutup 1.

Pendidik membuat kesimpulan bahawa bayi boleh memegang objek yang berbentuk silinder dan kiub dengan baik mengikut tahap berat mainan dan saiznya.

2.

Pendidik memuji respon yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dengan bertepuk tangan bersama-sama.

- 11 -

TOPIK: NOMBOR BULAT Objektif Pembelajaran: Mendengar dan mengira 1-5

Tajuk : Mengira Jari

Umur: 6 – 12 bulan Konsep Matematik: Melihat nombor Istilah Matematik: Satu, Dua, Tiga, Empat, Lima. Bahan: Jari tangan Nilai: Kepekaan dan Rangsangan

Persediaan Awal: Duduk berhampiran beberapa orang bayi supaya mereka dapat mendengar dan melihat pendidik. Langkah-langkah : 1.

Pendidik mengira 1 hingga 5 sambil menunjukkan jarinya kepada bayi.

2.

Pendidik meminta bayi mengikut kiraan 1 hingga 5 bersama-sama pendidik sambil menggerakkan jari bayi.

3.

Pendidik memanggil nama bayi dan mengira dari 1 hingga 5 sambil menggerakkan jarinya,

4.

Pendidik mengajar bayi mengira dengan membilang jari satu persatu dari 1 hingga 5 (1 bayi = 1 minit).

Penutup 1.

Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh bayi.

2.

Pendidik meminta bayi mendengar dan menyanyi bersama-sama pendidik sambil menepuk tangan mengikut irama. Satu jari….. Satu jari…… Satu jari Allah beri Tunjuk atas….. Tunjuk bawah…... Satu jari Allah beri. Dua jari….. Dua jari…… Dua jari Allah beri Tunjuk atas….. Tunjuk bawah…... Dua jari Allah beri. Tiga jari….. Tiga jari…… Tiga jari Allah beri Tunjuk atas….. Tunjuk bawah…... Tiga jari Allah beri. Empat jari….. Empat jari…… Empat jari Allah beri Tunjuk atas….. Tunjuk bawah…... Empat jari Allah beri. Lima jari….. Lima jari…… Lima jari Allah beri Tunjuk atas….. Tunjuk bawah…... Lima jari Allah beri. - 12 -

TOPIK: PADANAN Objektif Pembelajaran: Mengenal pasti pasangan warna yang sama Tajuk : Bola Merah dan Bola Biru

Umur: 1 - 2 Tahun Konsep Matematik: Padankan. Istilah Matematik: Berpasangan, padankan. Bahan: Bola, bakul Nilai: Kerjasama, kepekaan.

Persediaan Awal: Pendidik menyediakan 2 biji bola biru dan 2 biji bola merah. Langkah-langkah: 1.

Kanak-kanak diminta duduk berhampiran pendidik.

2.

Pendidik menunjukkan 2 biji bola biru dan 2 buah biji bakul berwarna biru kepada kanak-kanak.

3.

Pendidik menunjukkan 2 biji bola merah dan 2 buah biji bakul berwarna merah kepada kanak-kanak.

4.

Pendidik meminta kanak-kanak memasukkan bola ke dalam bakul yang sama warna Contoh: bola biru – bakul biru bola merah – bakul merah Tanya soalan berikut : a) Apakah warna bola ini? b) Padankan warna bola ini dengan bakul sama warna. c) Bola ini warna apa?

5.

Pendidik meminta kanak-kanak meletakkan bola ke dalam bakul yang sama warna seorang demi seorang.

Penutup 1.

Pendidik meminta setiap kanak-kanak menyatakan warna bola.

2.

Pendidik memuji kanak-kanak yang telah menjalankan aktiviti tersebut.

- 13 -

TOPIK : ASING DAN KUMPUL

Objektif Pembelajaran : Mengenal warna pada bentuk.

Tajuk: Mengumpul Warna.

Umur: 1-2 tahun Konsep Matematik: Persamaan warna pada bentuk. Istilah Matematik: Pola warna, kumpul. Bahan: Blok berwarna Nilai: Kepekaan, daya usaha.

Persediaan Awal: Pendidik menyediakan blok-blok yang mempunyai 2 warna, iaitu biru dan kuning. Langkah-langkah: 1.

Kanak-kanak diminta duduk berhampiran dengan pendidik.

2.

Pendidik memberi setiap kanak-kanak beberapa blok berwarna biru dan kuning.

3.

Pendidik meminta kanak-kanak memilih dan mengasingkan blok yang sama warna.

4.

Pendidik meminta setiap kanak-kanak memegang blok berwarna dan bersoal jawab dengan mereka. Tanya soalan tersebut : a) Apakah warna blok yang dipegang? b) Manakah blok warna biru? c) Manakah blok warna kuning?

Penutup 1.

Minta salah seorang daripada kanak-kanak menyatakan pelajaran yang telah mereka ikuti pada hari itu.

2.

Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 14 -

TOPIK: BANDING Objektif Pembelajaran: Umur: 1 - 2 Tahun Menyebut ukuran tinggi, rendah, Konsep Matematik: Membanding ukuran. besar dan kecil. Istilah Matematik: Tinggi, rendah, besar dan kecil. Bahan: Gambar Tajuk : Saiz Badan Nilai: Semangat ,kepekaan. Persediaan Awal: Pendidik menampal beberapa keping gambar berlainan ukuran dan saiz. Langkah-langkah: 1.

Pendidik meminta dua orang kanak-kanak berdiri menghadap satu sama lain.

2.

Pendidik menerangkan maksud „tinggi‟ dan „rendah‟ dengan melihat pada ukuran badan mereka.

3.

Pendidik meminta kanak-kanak mengulangi sebutan „tinggi‟ dan „rendah‟ dengan menunjukkan contoh saiz badan kawan mereka.

4.

Pendidik menunjukkan beberapa keping gambar pokok berlainan saiz kepada kanakkanak iaitu: Besar – Kecil

5.

Pendidik menunjukkan 2 keping gambar haiwan dan menerangkan perbezaan saiz yang di antara 2 haiwan tersebut kepada kanak-kanak. Gajah – Saiz Besar

6.

Tinggi – Rendah

Tikus – Saiz Kecil

Pendidik kemudian menunjukkan 2 keping gambar bola yang berbeza saiz dan menerangkan perbezaan saiz bola tersebut. Gambar 1 – Bola saiz kecil

Gambar 2 – Bola saiz besar

Penutu 1.

Pendidik menyanyikan lagu (Bulat Kecil, Bulat Besar) dan meminta kanak-anak untuk membuat pergerakan bersama pendidik. Bulat kecil.....Bulat kecil Bulatlah besar..... Sayang ayah.....Sayang mama Sayang semuanya.....

2.

Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak. - 15 -

TOPIK: KEDUDUKAN Objektif Pembelajaran: Umur: 1-2 tahun. Mengenalpasti arah pergerakan Konsep Matematik: Arah pergerakan dan kedudukan. dan kedudukan. Istilah Matematik: Ke sana dan ke sini, dalam dan luar. Bahan: Gelung rotan Tajuk: Arah dan Kedudukan Nilai: Kerjasama dan mengikut arahan.

Persediaan Awal: Pendidik menyediakan gelung rotan di ruang aktiviti. Pendidik menyatakan tujuan pelajaran hari itu. Langkah-langkah: 1.

Pendidik meminta kanak-kanak duduk dalam separuh bulatan.

2.

Pendidik meletakkan gelung rotan di dua sudut yang berlainan tempat sebagai tanda arah pergerakan kanak-kanak.

3.

Pendidik meminta seorang demi seorang kanak-kanak berlari ke arah gelung rotan yang telah diletakkan di dua sudut yang berbeza (menggunakan arahan ke sana dan ke sini) dengan megikut arahan pendidik..

4.

Kemudian, pendidik meminta kanak-kanak untuk masuk ke dalam gelung rotan yang disediakan dan juga keluar daripada gelung tersebut dengan arahan pendidik (Pendidik membimbing kanak-kanak untuk menyebut dalam dan luar) .

Penutup Pendidik memuji kanak-kanak yang memberikan respons positif semasa menjalankan aktiviti.

- 16 -

TOPIK: SERIASI

Objektif Pembelajaran:  Menyusun objek yang sama bentuk.   Menyusun objek yang sama bentuk dalam satu baris.  Tajuk : Susunkan Blok.

Umur: 1 – 2 Tahun Konsep Matematik: Menyusun bentuk Istilah Matematik: Sama bentuk Bahan: Blok pelbagai bentuk, gambar blok pelbagai bentuk Nilai: Kerjasama, kepekaan

Persediaan Awal: Pendidik menyediakan set blok pelbagai bentuk untuk diberikan kepada kanak-kanak. Pendidik menerangkan tujuan aktiviti dijalankan pada hari ini. Langkah-langkah: 1.

Pendidik meminta kanak-kanak duduk dalam separuh bulatan.

2.

Kanak-kanak dibekalkan dengan blok-blok pelbagai bentuk yang sama warna bagi setiap kanak-kanak.

3.

Pendidik menunjukkan susunan objek yang sama bentuk kepada setiap kanakkanak.

4.

Pendidik meminta kanak-kanak padankan bentuk blok yang sama dengan objek di dalam gambar.

5.

Kemudian pendidik meminta kanak-kanak menyusun blok yang sama bentuk dalam satu barisan panjang dan bersoal jawab dengan mereka. Tanya soalan berikut: a. Adakah bentuk-bentuk ini sama? b. Adakah bentuk disusun mengikut susunan?

6.

Pendidik membuat pemerhatian terhadap setiap kanak-kanak ketika mereka sedang melakukan aktiviti.

Penutup Pendidik membuat rumusan pelajaran pada hari ini. Tanya perasaan mereka bermain permainan blok pada hari berkenaan. Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 17 -

TOPIK: KESEDARAN RUANG Objektif Pembelajaran: Menyentuh dua objek dalam satu masa Tajuk : Mari Bermain

di

Umur: 1 – 2 Tahun persekitaran Konsep Matematik: Perbezaan bentuk dan saiz Istilah Matematik: saiz dan bentuk Bahan: Bola, Lori mainan Nilai: Adil, kerjasama

Persediaan Awal: Pendidik menunjukkan beberapa alat permainan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak menyatakan alat permainan yang mereka lihat. Beritahu kanak-kanak tujuan aktiviti dijalankan pada hari ini. Langkah-langkah: 1.

Pendidik meletakkan beberapa alat permainan di sekililing kanak-kanak.

2.

Alat permainan hendaklah mempunyai bentuk dan saiz yang berbeza agar kanak-kanak dapat merasai kepelbagaian dalam sentuhan. Contohnya bola, lori mainan.

3.

Pendidik memperkenalkan jenis bentuk (bulat, segi empat) kepada kanak-kanak berdasarkan alat permainan yang telah ditunjukkan.

4.

Pendidik mengarahkan kanak-kanak memilih satu alat permainan setiap kanakkanak. Tanya soalan berikut: a. Apakah nama alat permainan yang anda pilih? b. Namakan bentuk permainan itu.

5.

Minta setiap kanak-kanak bertukar alat permainan . Tanya soalan berikut: a. Apakah nama alat permainan yang anda dapat? b. Minta kanak-kanak mencari objek di persekitaran yang mempunyai bentuk serupa dengan objek tadi. c. Adakah objek ini lebih besar berbanding objek tadi? (galakkan kanak-kanak menyebut perkataan lebih besar, lebih kecil)

Penutup Pendidik bertanya perasaan kanak-kanak tentang alat permainan yang disentuh pada hari berkenaan (seronok atau tidak).Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak. - 18 -

TOPIK: POLA Objektif Pembelajaran:  Mengenal pasti corak bunyi dan warna.  Menyatakan corak bunyi dan warna yang dikenalpasti. Tajuk : Kenderaan

Umur: 1 – 2 Tahun Konsep Matematik: Perbezaan bunyi dan warna. Istilah Matematik: Banding beza, corak, pola. Bahan: Video. Nilai: Bersungguh-sungguh, yakin, peka.

Persediaan Awal: Pendidik memasang rakaman video mengenai warna dan bunyi kereta dan motor. Langkah-langkah: 1.

Pendidik meminta kanak-kanak melihat tayangan warna dan bunyi kenderaan yang hendak disampaikan.

2.

Pendidik meminta kanak-kanak membunyikan kenderaan yang disebutkan oleh pendidik. Tanya soalan berikut : a. Bagaimanakah bunyi motor ? b. Bagaimanakah bunyi kereta ?

3.

Pendidik meminta kanak-kanak menyatakan warna kenderaan yang ditunjukkan oleh pendidik. Tanya soalan berikut : a) Warna apa motor itu ? b) Warna apa kereta itu ?

Penutup 1.

Pendidik meminta seorang kanak-kanak ke hadapan dan membuat bunyi semua kenderaan yang di soal.

2.

Pendidik menanyakan kepada kelas tentang warna dan bunyi kenderaan dengan bertujuan untuk menguji kefahaman.

3.

Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 19 -

TOPIK: NOMBOR BULAT Objektif Pembelajaran: Melihat simbol 1 hingga 5 yang ditulis pada jari Tajuk : Patung Jari

Umur: 1 – 2 Tahun Konsep Matematik: Melihat nombor Istilah Matematik: Menaik. Bahan: Pen marker, kad manila, gam, gunting Nilai: Kepekaan pada arahan

Persediaan Awal: Pendidik menyediakan bahan pengajaran dalam keadaan yang mencukupi untuk setiap kanak-kanak. Langkah-langkah: 1.

Pendidik menggunting kad manila yang disediakan mengikut saiz jari kanakkanak dan guru.

2.

Kemudian, kad manila yang digunting kecil tersebut dilekatkan pada jari kanakkanak dan pendidik dengan mewakili nombor 1-5 yang disusun secara berturutan.

3.

Kanak-kanak meniru nombor yang ditutup pada jari pendidik. Contoh: Pendidik menutup jari bernombor 1, kanak-kanak akan turut menutup jari mereka yang bernombor 1.

4.

Kanak-kanak perlu mengikut pendidik menutup nombor menaik secara berurutan (menyebut nombor sambil menyanyi). Dilakukan berulangkali.

Penutup 1.

Minta salah seorang daripada kanak-kanak menyatakan pelajaran yang telah mereka ikuti pada hari itu.

2.

Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 20 -

TOPIK: AWAL ALGEBRA Objektif Pembelajaran:  Mengenal awal algebra   Menyusun gambar dari kecil ke besar   Menyusun gambar dari besar ke kecil Tajuk : Susun Gambar 

Umur: 1- 2 Tahun Konsep Matematik: Istilah Matematik: Menaik, Menurun Bahan: Gambar buah epal Nilai: Berhati-hati, kesabaran

Persediaan Awal: Pendidik melekatkan 5 keping gambar. Gambar pertama 1 biji epal, gambar kedua 2 biji epal dan seterusnya. Beritahu kanak-kanak tujuan aktiviti dijalankan pada hari ini. Langkah-langkah: 1.

Minta kanak-kanak duduk berdekatan dengan gambar-gambar yang dilekatkan di dinding.

2.

Pendidik akan menceritakan kepada kanak-kanak tentang gambar yang ditunjukkan.

3.

Pendidik mengarahkan kanak-kanak mengira bersama-sama dengan pendidik dari nombor 1 hingga 5 (kecil ke besar) dan dari nombor 5 hingga 1 (besar ke kecil) Tanya soalan berikut: a. Gambar mana yang paling sedikit epal? b. Gambar mana yang paling banyak epal?

Penutup Pendidik membuat kesimpulan tentang dua sifat sedikit ke banyak dan banyak ke sedikit

- 21 -

TOPIK: AWAL GEOMETRI Objektif Pembelajaran: Menyentuh objek / permainan 3D Tajuk: Kenderaan

Umur: 1 – 2 Tahun Konsep Matematik: Mengenal objek 3D Istilah Matematik: Besar, kecil Bahan: lori mainan, bas mainan Nilai: Kerjasama, kepekaan, ikut arahan

Persediaan Awal: Pendidik menyediakan lori mainan & bas main. Beritahu kanak-kanak tujuan aktiviti dijalankan pada hari ini. Langkah-langkah: 1.

Pendidik meminta kanak-kanak duduk dalam bulatan.

2.

Kanak-kanak diberi lori mainan dan bas mainan pelbagai saiz .

3.

Pendidik menerangkan jenis mainan yang berada dihadapan kanak-kanak iaitu „Lori mainan dan Bas mainan‟.

4.

Pendidik meminta kanak-kanak memilih dan memegang jenis mainan yang mereka minat. Tanya soalan berikut: a. Apakah permainan yang anda pegang? b. Apakah saiz permainan yang anda pegang (kecil @ besar)? c. Adakah permainan anda pegang lebih besar daripada permainan yang rakan anda pegang?

5.

Minta kanak-kanak mencari satu permainan 3D yang lain jenis dari yang dipegang tadi. Tanya soalan berikut: a. Adakah saiz permainan ini sama dengan saiz yang anda pegang tadi? b. Apakah nama permainan ini?

Penutup 1.

Minta salah seorang daripada kanak-kanak menyatakan pelajaran yang telah mereka ikuti pada hari itu. Tanya perasaan mereka tentang aktiviti “Mari Bermain” yang telah dilakukan pada hari berkenaan.

2.

Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 22 -

TOPIK: MEMBILANG NOMBOR 1-3 Objektif Pembelajaran: Menyebut nombor 1-3. Tajuk: Nyanyian

Umur: 1-2 Tahun Konsep Matematik: Menyebut nombor Istilah Matematik: Bilang, Nombor 1, 2, 3 Bahan: Kad nombor. Nilai : Berhati-hati, patuhi arahan.

Persediaan Awal: Menyediakan kad nombor 1-3 dan lagu „sayang keluarga‟. Langkah-langkah: 1.

Pendidik memastikan kanak-kanak duduk di dalam keadaan yang selesa.

2. Pendidik menyanyikan lagu „Sayang Keluarga‟ bersama kanak-kanak, dan seterusnya membilang1-3 bersama mereka. 3.

Pendidik membilang 1-3 menggunakan jari, dan meminta kanak-kanak mengikut sebutan guru berulang kali.

4.

Pendidik seterusnya membilang 1-3 menggunakan kad nombor. Kanak-kanak diminta mengikut pendidik menyebut nombor berdasarkan kad nombor yang ditunjukkan. Tanya soalan berikut: a. Ini nombor apa? b. Cuba anak-anak bilang 1 hingga 3.

Penutup Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 23 -

TOPIK: OPERASI TAMBAH Objektif Pembelajaran: Mengikut sebutan pendidik yang membilang objek dari 1 hingga 3. Tajuk: Ikan

Umur: 1 – 2 Tahun Konsep Matematik: Penambahan dalam lingkungan 1-3. Istilah Matematik: Tambah, sama dengan Bahan: ‘Ikan Mainan‟ Nilai: Berhati-hati, kreatif, penyayang.

Persediaan Awal: Pendidik menyediakan setiap kanak-kanak dengan 3 ekor „Ikan Mainan‟. Langkah-langkah: 1.

Pendidik mengumpulkan kanak-kanak dan mempastikan mereka berada dalam keadaan selesa.

2.

Pendidik menunjukkan operasi tambah dalam lingkungan 1-3 kepada kanakkanak dengan menggunakan „Ikan Mainan‟.

3.

Pendidik meminta kanak-kanak mengikut sebutan guru membuat operasi tambah dalam lingkungan1-3. Contohnya 1+1=2, 2+1=3.

4.

Pendidik mengulangi operasi tambah seperti di atas, sambil menyebut berulang kali supaya diikuti oleh kanak-kanak.

5.

Semasa membuat penambahan, pendidik menyebut dengan kuat dan jelas supaya mudah didengar dan ikuti oleh kanak-kanak. Tanya soalan berikut: a. Ini apa? b. Ada berapa ekor ikan? c. Mengapa ‘Ikan Mainan’ di tangan anda bertambah?

6.

Pendidik menyanyikan lagu “Tiga Ekor Anak Ikan” bersama kanak-kanak.

Penutup Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 24 -

TOPIK: OPERASI TOLAK Objektif Pembelajaran: Mengikut sebuatan pendidik yang melakukan aktiviti penolakan dalam lingkungan 1 hingga 3.

Tajuk: Ikan Mainan

Umur: 1 – 2 Tahun Konsep Matematik: Pengurangan „Ikan Mainan; atau buang Istilah Matematik: Ambil, kurang dan buang Bahan: „Ikan Mainan‟ Nilai: Berhati-hati, kreatif, mematuhi peraturan,

Persediaan Awal: Pendidik membekalkan setiap kanak-kanak dengan 3 ekor „Ikan Mainan‟. Langkah-langkah: 1.

Pendidik mengumpulkan kanak-kanak dalam kedudukan separuh bulatan.

2.

Pendidik menunjukkan operasi tolak dalam lingkungan 1-3 kepada kanak-kanak dengan menggunakan „Ikan Mainan‟.

3.

Pendidik meminta kanak-kanak mengikut sebutan guru membuat operasi tolak dalam lingkungan1-3. Contohnya 2-1=1, 1-1=0.

4.

Pendidik cuba membuat beberapa operasi tolak menggunakan „Ikan Mainan‟, sambil menyebut dengan kuat dan jelas supaya mudah didengar dan ikuti oleh kanak-kanak.

5.

Pendidik meminta semua kanak-kanak mengikut sebutan guru tadi semua beramai-ramai dan secara individu. Tanya soalan berikut: a. Apakah yang terjadi pada ‘Ikan Mainan’? (galakkan murid menyebut perkataan kurang dan ambil). b. Mengapa ‘Ikan Mainan’ di tangan anda berkurang?

6.

Pendidik menyanyikan lagu “Tiga Ekor Anak Ikan” bersama kanak-kanak.

Penutup Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 25 -

TOPIK: AWAL PECAHAN Objektif Pembelajaran: Membahagi objek kepada setengah

Tajuk: Buah Epal

Umur: 1-2 Tahun Konsep Matematik: Membentuk bahagian. Istilah Matematik: Membahagi, mengasingkan Bahan: Buah epal, pinggan Nilai: Adil, kerjasama.

Persediaan Awal: Pendidik menyediakan sebiji epal dan sebiji pinggan. Langkah-langkah: 1.

Pendidik mempastikan kanak-kanak di dalam keadaan selesa.

2.

Pendidikan memperkenalkan sebiji epal kepada kanak-kanak.

3.

Pendidikan menerangkan epal boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian supaya mudah dibahagi atau dimakan.

4.

Pendidik membahagikan epal kepada 2 bahagian dan menyebut setengah atau separuh. Tanya soalan berikut: a) Ini buah apa? b) Kenapa buah ini jadi dua?

5.

Pendidik meminta kanak-kanak menyebut setengah/ separuh berulang-ulang.

6.

Pendidik makan epal bersama kanak-kanak.

Penutup 1.

Pendidik bertanya kepada kanak-kanak berkisarkan pembelajaran hari ini.

2.

Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 26 -

TOPIK: PADANAN Objektif Pembelajaran: Membuat aktiviti padanan

Tema: Permainan LEGO

Umur: 2-3 Tahun Konsep Matematik: Perbezaan warna Istilah Matematik: Banding, pola warna Bahan: Permainan LEGO Nilai: Tolak-ansur, menghormati dan kerjasama.

Persediaan Awal: Guru menyediakan sebakul blok-blok LEGO yang terdiri daripada pelbagai warna. Langkah-langkah: 1.

Minta kanak-kanak berkumpul dan berada dalam keadaan selesa.

2.

Pendidik memperkenalkan 2 warna iaitu merah dan biru menggunakan LEGO.

3.

Pendidik meminta kanak-kanak mengulangi sebutan warna merah dan biru beberapa kali sambil menunjukan LEGO yang berkenaan.

4. Pendidik meminta kanak-kanak melihat dan mengecam warna blok-blok LEGO (merah dan biru) yang berada di dalam bakul. 5.

Pendidik meminta kanak-kanak mengikut giliran datang ke hadapan dan mengambil 2 blok LEGO setiap seorang dan masukkan blok LEGO itu ke dalam bakul yang telah disediakan mengikut warna.  Blok LEGO merah – bakul merah   Blok LEGO biru – bakul biru  Tanya soalan berikut : a. Apakah warna LEGO ini? b. Manakah LEGO berwarna biru?

Penutup 1. Pendidik bertanyakan apakah perasaan kanak-kanak berkenaan aktiviti hari berkenaan. 2.

Pendidik memuji sikap positif ditunjukkan kanak-kanak semasa aktiviti tadi.

- 27 -

TOPIK: ASING Objektif Pembelajaran: Mengenal pasti saiz (besar dan kecil)

Tajuk: Bola

Umur: 2 – 3 Tahun Konsep Matematik: Perbezaan saiz objek. Istilah Matematik: Banding saiz dan asingkan. Bahan: Bola tenis, bola ping-pong Nilai: Daya usaha dan kepekaan.

Persediaan Awal: Pendidik menyediakan sebakul bola yang bersaiz besar dan kecil (bola tenis dan bola ping pong). Langkah-langkah: 1.

Pendidik memperkenalkan 2 biji bola yang berbeza saiz. Contoh: bola tenis bersaiz besar dan bola ping pong bersaiz kecil

2.

Pendidik menerangkan tentang konsep saiz besar dan kecil menggunakan bola.

3.

Pendidik meminta kanak-kanak mengecam 2 jenis saiz bola yang telah diletakkan di dalam bakul.

4.

Pendidikan meminta kanak-kanak secara bergilir-gilir datang ke hadapan dan mengambil bola di dalam raga. Tanya soalan berikut : a. Apakah jenis bola yang anda pegang? b. Manakah bola yang paling besar/paling kecil?

5.

Dengan bantuan pendidik, kanak-kanak diminta mengasingkan bola mengikut saiz dengan memasukkan bola ke dalam raga yang berlainan.  Bola tenis – bakul 1  Bola ping pong – bakul 2

Penutup Pendidik menanya perasaan mereka berkenaan aktiviti mengasing dan mengumpul bola pada hari berkenaan.

- 28 -

TOPIK: ASING DAN KUMPUL Objektif Pembelajaran: Mengumpul saiz yang sama jenis.

Tajuk: Bola

Umur: 2 – 3 Tahun Konsep Matematik: Perbezaan saiz objek. Istilah Matematik: Banding saiz dan kumpul. Bahan: bola tenis, bola ping-pong Nilai: Daya usaha dan kepekaan.

Persediaan Awal: Pendidik menyediakan sebakul bola yang bersaiz besar dan kecil (bola tenis dan bola ping pong). Langkah-langkah: 1.

Pendidik memperkenalkan 2 biji bola yang berbeza saiz. Contoh: bola tenis bersaiz besar dan bola ping pong bersaiz kecil.

2.

Pendidik menerangkan tentang konsep saiz besar dan kecil menggunakan bola.

3.

Pendidik meminta kanak-kanak mengecam 2 jenis saiz bola yang telah diletakkan di dalam bakul.

4.

Pendidikan meminta 3 orang kanak-kanak secara bergilir-gilir datang ke hadapan dan mengambil bola di dalam raga. Tanya soalan berikut : a. Apakah jenis bola yang anda pegang? b. Manakah bola yang paling besar/paling kecil?

5.

Dengan bantuan pendidik, kanak-kanak diminta mengumpul dan memasukkan manamana bola ke dalam raga mengikut saiz (besar dan kecil).

Penutup Pendidik menanya perasaan mereka berkenaan aktiviti mengasing dan mengumpul bola pada hari berkenaan.

- 29 -

TOPIK: BANDING Objektif Pembelajaran: Membanding jarak dekat dan jauh

Umur: 2-3 Tahun Konsep Matematik: Banding Jarak Istilah Matematik: Dekat dan Jauh Bahan: Kereta mainan, Lorong jalan Nilai: berhati-hati

Tajuk: Kereta

Persediaan Awal: Guru menyediakan 4 buah kereta bagi memperkenalkan konsep jarak dekat dan jauh kepada kanak-kanak. Langkah-langkah: 1.

Pendidik mengumpulkan kanak-kanak dan mempastikan mereka berada dalam keadaan selesa.

2.

Pendidik meletakkan 4 buah kereta mainan di atas meja dalam jarak yang berbeza. 2 buah kereta diletakkan pada jarak yang dekat, manakala 2 buah kereta lagi diletak pada jarak yang jauh.

3.

Pendidik menerangkan konsep jarak dekat dan jauh menggunakan kereta mainan tadi sambil mengulangi beberapa kali dan meminta kanak-kanak mengikut sebutan guru.

4.

Pendidik memanggil 2 orang kanak-kanak ke hadapan danmengarahkan kanak-kanak itu menolak kereta ke hadapan dan ke belakang. Tanya soalan berikut: a. Apakah yang dapat anda lihat? b. Apa yang terjadi pada kereta A? c. Apa yang terjadi pada kereta B?

5.

Pendidik meminta kanak-kanak mengikut sebutan guru dan memberi jawapan kepada guru melalui aktiviti soal-jawab bersama kanak-kanak.

Penutup Pendidik meminta kanak-kanak merumuskan konsep jauh dan dekat yang telah diajar oleh pendidik sebentar tadi.

- 30 -

TOPIK: KEDUDUKAN Objektif Pembelajaran: Umur: 2-3 Tahun Mengenal pasti kedudukan atas dan Konsep Matematik: Kedudukan atas dan bawah. bawah Istilah Matematik: Atas, bawah Bahan: Tajuk: Pergerakan. Nilai: Kerjasama, mengikut arahan Persediaan Awal: Pendidik mengumpul kanak-kanak dan meminta merek berdiri dalam keadaan bersedia untuk menerima arahan guru. Langkah-langkah: 1.

Pendidik membuat pergerakan asas sambil menyanyikan laku. Anggota Badan. Lirik lagu : Angkatlah tangan kanan Goyang (3x) Jatuhkah tangan kanan Duduk diam-diam Angkatlah tangan kiri Goyang (3x) Jatuhkah tangan kanan Duduk diam-diam

2.

Pendidik menerangkan konsep atas bawah-bawah berdasarkan lagu tadi.

3.

Pendidik meminta kanak-kanak menyanyikan lagu „Anggota badan‟.

4.

Kanak-kanak diminta untuk mengikut pergerakan pendidik. Mengangkat tangan ke atas. Turun tangan ke bawah, gerak ke kiri atau kanan, bongkok ke belakang. Tanya soalan berikut: a. Di mana tangan kita sekarang? b. Kita membongkak ke arah mana? c. Di mana tangan kita berada semasa angkat tangan?

5.

Pendidik memimpin seorang kanak-kanak membuat gerakan tangan atas ke bawah bagi mengukuhkan konsep atas-bawah yang telah diajar tadi.

Penutup Pendidik menyanyikan lagu „Anggota Badan‟ dan meminta kanak-kanak untuk membuat pergerakan bersama pendidik. (Rujuk CD yang dibekalkan).

- 31 -

TOPIK: SERIASI Objektif Pembelajaran: Menyusun 3 bongkah mengikut urutan saiz kecil kepada besar.

Tajuk: Permainan kad bergambar

Umur: 2-3 Tahun Konsep Matematik: Bilangan bongkah, saiz bongkah. Istilah Matematik: Bilangan 1,2,3 dan saiz kecil, sederhana dan besar. Bahan: bongkah pelbagai saiz. Nilai: Logik

Persediaan Awal: Pendidik menyediakan beberapa set bongkah yang terdiri daripada 3 saiz yang berbeza iaitu besar, sederhana dan kecil. Langkah-langkah: 1.

Pendidikan menerangkan konsep saiz dan seriasi kepada kanak-kanak menggunakan 3 bongkah berbeza saiz. (kecil, sederhana dan besar).

2.

Setiap Kanak-kanak dibekalkan dengan 3 bongkah pelbagai pelbagai saiz.

3.

Pendidik membimbing kanak-kanak menyusun bongkah mengikut urutan saiz kecil, sederhana dan besar.

4.

Pendidik membuat aktiviti seriasi bersama kanak-kanak sehingga mahir. Tanya soalan berikut: a. Manakah bongkah yang paling kecil ? b. Manakah bongkah yang sedehana? c. Manakah bongkah yang besar?

Penutup 1.

Minta salah seorang daripada kanak-kanak menyatakan pelajaran yang telah mereka ikuti pada hari itu.

2.

Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 32 -

TOPIK: KESEDARAN RUANG Objektif Pembelajaran: Merasai objek di persekitaran

Tema: Permainan “Teka Benda”

Umur: 2-3 Tahun Konsep Matematik: Perbezaan bentuk, saiz dan tekstur. Istilah Matematik: Saiz, bentuk dan tekstur Bahan: Replika buah-buahan Nilai: Adil, kerjasama

Persediaan awal: Pendidik menyediakan kotak, penutup mata dan replika buah-buahan contohnya pisang, durian. Pendidik memasukkan satu jenis buah-buahan bagi sebuah kotak. Beritahu kanakkanak tujuan aktiviti dijalankan pada hari ini. Langkah-langkah: 1.

Pendidik mengumpulkan kanak-kanak dan mempastikan mereka duduk di dalam keadaan selesa.

2.

Pendidik memegang sebuah kotak dan meminta kanak-kanak meneka buahbuahan apa yang terdapat di dalam kotak.

3.

Kanak-kanak yang mendapat kotak perlu memilih satu kotak yang mengandungi satu replika buah-buahan dan meneka replika tersebut dengan mata yang tertutup. Tanya soalan berikut: a. Buah apa yang anda dapat? b. Apakah bentuk buah yang anda dapat? c. Adakah permukaan buah yang kamu dapat kasar/licin?

4.

Permainan diulangi dengan kanak-kanak memilih kotak yang berbeza dan meneka replika tersebut dengan mata yang tertutup.

Penutup Pendidik dan kanak-kanak sama-sama membincangkan jenis-jenis buah-buahan yang terdapat di dalam kotak-kotak tadi.

- 33 -

TOPIK: POLA Objektif Pembelajaran:  Mengenal pasti pola objek.  Membina pola objek menggunakan blok pelbagai warna. Tema: Bangunan

Umur: 2 – 3 Tahun Konsep Matematik: Perbezaan saiz dan bentuk. Istilah Matematik: pola, bentuk dan saiz. Bahan: LEGO pelbagai warna Nilai: Berhati-hati, kerjasama.

Persediaan Awal: Pendidik menyediakan sekotak LEGO Pelbagai warna. Langkah-langkah: 1.

Pendidik mengumpulkan kanak-kanak dan mempastikan mereka berada dalam keadaan selesa.

2.

Pendidik menunjukan cara membina pola mengunakan LEGO mengikut warna.

3.

Pendidik membimbing membina pola menggunakan LEGO yang dibekalkan.

4.

Pendidik memberi peneguhan tentang konsep warna, bentuk, dan pengulangan bilangan LEGO yang digunakan bagi membentuk pola.

5.

Pendidik membiarkan kanak-kanak membentuk pola sendiri mengikut warna.

6.

Kanak-kanak menceritakan tentang hasil rekaan POLA mereka kepada pendidik dan rakan-rakan. Tanya soalan berikut : a) Apa yang kamu bina ? b) Bagaimana kamu bina ?

Penutup Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 34 -

TOPIK: NOMBOR BULAT Objektif Pembelajaran : Mewakilkan nombor 1 hingga 5 dengan menggunakan objek konkrit Tema : Itik

Umur : 2 – 3 Tahun Konsep Matematik: Mewakilkan nombor. Istilah Matematik: Banyak, sedikit dan tiada. Bahan: Itik mainan dan bekas. Nilai: Adil dan cermat.

Persediaan Awal: Guru menyediakan itik mainan yang cukup dalam bekas. Langkah-langkah: 1.

Pendidik menunjukkan itik plastik yang berada dalam bekas kepada kanak-kanak.

2.

Pendidik menyanyikan Lagu „Anak Itik‟.

3.

Pendidik menunjukkan cara membilang 1-5 menggunakan jari, dan meminta kanakkanak ikut membilang bersama-sama.

4.

Pendidik membilang 1-5 menggunakan anak itik plastik bersama kanak-kanak. Tanya soalan berikut : a. Ada berapa jari adik? b. Ini apa? (sambil menunjukkan seekor itik kepada kanak-kanak) c. Ada berapa ekor itik ditangan cikgu?

Penutup Pendidik menanya perasaan mereka berkenaan aktiviti nombor bulat pada hari

- 35 -

berkenaan.

TOPIK: NOMBOR BULAT Objektif Pembelajaran : Mewakilkan nombor 1 hingga 5 dengan menggunakan kad nombor Tema : Itik

Umur : 2 – 3 Tahun Konsep Matematik: Mewakilkan nombor. Istilah Matematik: Banyak, sedikit dan tiada. Bahan: Anak Itik, kad nombor. Nilai: Adil dan cermat.

Persediaan Awal: Guru menyediakan itik mainan yang cukup dalam bekas, kad nombor 1-5. Langkah-langkah: 1.

Pendidik menunjukkan itik plastik yang berada dalam bekas kepada kanak-kanak.

2.

Pendidik menyanyikan Lagu „Anak Itik‟.

3.

Pendidik membilang 1-5 menggunakan anak itik plastik bersama kanak-kanak. Tanya soalan berikut : a) Ada berapa jari adik? b) Ini apa ? (sambil menunjukkan seekor itik kepada kanak-kanak) c) Ada berapa ekor itik ditangan cikgu?

5.

Pendidik membilang menggunakan kad nombor 1-5.

5.

Pendidik mengulangi cara membilang berpandukan kad nombor dan membimbing kanak-kanak membilang bersama-sama. Tanya soalan berikut : a) Ini nombor apa? (sambil menunjukkan kad nombor 1) b) Ada berapa ekor itik berapa ? (sambil menunjukkan seekor itik kepada kanakkanak) c) Ini nombor berapa?(sambil menunjukkan kad nombor 2)

Penutup Pendidik menanya perasaan mereka berkenaan aktiviti nombor bulat pada hari

- 36 -

berkenaan.

TOPIK: AWAL PECAHAN Objektif Pembelajaran: Membahagi sebuah objek membentuk separuh. Tajuk: Berkongsi piza, lempeng, atau coklat.

Umur: 2-3 Tahun Konsep Matematik: Awal pecahan. Istilah Matematik: Sebuah dan separuh. Bahan: Gambar piza, lempeng, atau coklat Nilai: Adil, bertimbang rasa, hormat.

Persediaan Awal: Pendidik mengedarkan gambar sebuah piza kepada setiap orang kanak-kanak. Langkah-langkah: 1.

Pendidik menyoal kanak-kanak apakah yang mereka nampak.

2.

Pendidik membimbing kanak-kanak menyebut “sebuah piza”.

3.

Pendidik membimbing kanak-kanak untuk membahagikan sebuah piza itu kepada dua bahagian.

Tanya soalan berikut: a. Ada berapa buah piza sebelum anda potong tadi? b. Ada berapa keping piza setelah anda potongnya? 4.

Pendidik membimbing kanak-kanak menyebut “sebuah piza” dan “separuh piza”.

Sekeping

Separuh

Penutup Kanak-kanak diminta melekatkan kepingan gambar separuh piza menjadi sebuah piza dan menyebut “sebuah piza” dan “separuh piza”.

- 37 -

TOPIK: AWAL PECAHAN Objektif Pembelajaran: Membahagi sebelah objek membentuk suku. Tajuk: Berkongsi piza, lempeng, atau coklat.

Umur: 2-3 Tahun Konsep Matematik: Awal pecahan. Istilah Matematik: Sebelah dan suku. Bahan: Gambar piza, lempeng, atau coklat Nilai: Adil, bertimbang rasa, hormat.

Persediaan Awal: Pendidik mengedarkan gambar separuh piza kepada setiap orang kanak-kanak. Langkah-langkah: 1.

Pendidik menyoal kanak-kanak apakah yang mereka nampak.

2.

Pendidik membimbing kanak-kanak menyebut “separuh piza”.

3.

Pendidik membimbing kanak-kanak untuk membahagikan sebuah piza itu kepada dua bahagian.

Tanya soalan berikut: a. Ada berapa banyakkah piza sebelum dipotong? b. Ada berapa banyakkah piza selepas dipotong? 4.

Pendidik membimbing kanak-kanak menyebut “separuh piza” dan “suku piza”.

Penutup Kanak-kanak diminta melekatkan dua kepingan gambar “suku piza” menjadi “separuh piza”.

- 38 -

TOPIK: AWAL ALGEBRA Objektif Pembelajaran: Umur: 2 – 3 Tahun Menyusun objek dari saiz kecil ke saiz Konsep Matematik: Awal Algebra besar dan sebaliknya. Istilah Matematik: Besar dan kecil Bahan: Doh Tajuk: Menyusun bola. Nilai: Kerjasama dan kreatif

Persediaan Awal: Pendidik mengagihkan doh kepada setiap kanak-kanak dan menunjukkan beberapa biji bola pelbagai saiz. Langkah-langkah: 1.

Pendidik meminta semua kanak-kanak duduk di atas lantai sambil menunjukkan bola pelbagai saiz kepada kanak-kanak. Tanya soalan berikut: a. Adakah bola sama besar? b. Bola manakah paling besar? c. Bola manakah paling kecil?

2.

Kanak-kanak dibimbing membentuk bola pelbagai saiz dengan menggunakan doh.

3.

Kanak-kanak dibimbing menyusun bola yang dibentuk daripada doh dari saiz paling kecil sehingga saiz paling besar. (ulangi langkah 4 dengan membimbing kanakkanak menyusun dari saiz paling besar sehingga saiz paling kecil)

Penutup 1.

Pendidik merumuskan pelajaran pada hari itu.

2.

Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 39 -

TOPIK: AWAL GEOMETRI Objektif Pembelajaran: Mengumpul objek 3D yang serupa Tajuk: Mengecam Bentuk

Umur: 2-3 Tahun Konsep Matematik: Awal Geometri Istilah Matematik: Kubus dan Sfera Bahan: Kotak, bola pelbagai saiz, bekas Nilai: Berhati-hati dan bersyukur

Persediaan Awal: Pendidik menyediakan beberapa buah kotak pelbagai saiz dan beberapa biji bola pelbagai saiz di atas meja. Langkah-langkah: 1.

Pendidik memegang sebuah kotak dan menyebut “kotak ini berbentuk kubus”.

2.

Kanak-kanak diminta mengikut pendidik menyebut bentuk kubus.

3.

Pendidik memegang sebuah bola dan menyebut “bola ini berbentuk sfera”.

4.

Kanak-kanak diminta mengikut pendidik menyebut bentuk sfera.

5.

Pendidik memberikan beberapa buah kubus dan beberapa biji bola kepada setiap orang kanak-kanak.

6.

Kanak-kanak diminta mengumpulkan bentuk yang serupa ke dalam bekas masing-masing.

Penutup 1.

Tanya perasaan mereka tentang aktiviti main kotak dan bola yang telah dilakukan pada hari itu.

2.

Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 40 -

TOPIK: AWAL STATISTIK Objektif Pembelajaran: Mengumpul bahan mengikut jenis.

Tajuk: Mengumpul barang mainan

Umur: 2 – 3 Tahun Konsep Matematik: Awal statistik Istilah Matematik: Kumpul, asing Bahan: Lori mainan, patung beruang, LEGO, bakul, gambar lori, gambar beruang, dan gambar LEGO Nilai: Adil, kerjasama.

Persediaan Awal: Pendidik meletakkan lori mainan, patung beruang dan LEGO di berlainan tempat yang tidak terlalu jauh. Beritahu kanak-kanak tujuan aktiviti dijalankan. Langkah-langkah: 1.

Pendidik melekatkan tiga buah bakul masing-masng dengan gambar lori mainan, patung beruang, dan LEGO.

2.

Pendidik menunjukkan sebuah lori mainan, seekor patung beruang, dan satu LEGO kepada kanak-kanak dan dibimbing menyebut nama setiap bahan tersebut.

3.

Pendidik membimbing kanak-kanak mengumpulkan lori mainan, patung beruang dan LEGO.

4.

Kanak-kanak dibimbing memasukkan setiap bahan ke dalam bakul yang sepadan dengan gambar yang dilekatkan pada bakul.

Penutup Pendidik menyoal kanak-kanak tentang jenis-jenis alat-alat permainan yang dikumpulkan dan kebaikan mengumpul bahan tersebut.

- 41 -

TOPIK: AWAL STATISTIK Objektif Pembelajaran: Menyusun bahan mengikut jenis. (Mengemas peralatan dapur mainan seperti pinggan, cawan dan sudu) Tajuk: Mengemas peralatan dapur

Umur: 2-3 Tahun Konsep Matematik: Awal statistik Istilah Matematik: Susun, kumpul, asing, bulatan. Bahan: pinggan, cawan dan sudu, rak pinggan, bekas cawan dan bekas sudu. Nilai: Adil, kerjasama, kekemasan

Persediaan Awal: Pendidik menyediakan peralatan dapur mainan seperti pinggan, cawan, sudu, rak pinggan, bekas cawan dan bekas sudu. Beritahu kanak-kanak tujuan aktiviti dijalankan pada hari ini.

Langkah-langkah: 1.

Pendidik meminta kanak-kanak berada dalam kumpulan kecil (2/3 orang satu kumpulan) dan mengarahkan mereka supaya duduk bersila di dalam bulatan kecil (peralatan dapur mainan berada di tengah bulatan).

2.

Pendidik membekalkan peralatan dapur mainan secara berselerak di atas lantai di tengah-tengah bulatan kecil.

3.

Pendidik menyuruh kanak-kanak menyusun peralatan dapur mainan mengikut jenisnya – pinggan plastik, cawan plastik dan sudu plastik dan letak di tempatnya masing-masing (pinggan – rak pinggan; cawan – bekas cawan; sudu – bekas sudu). Tanya soalan berikut: a. Apa yang dapat dilihat setelah menyusun bahan? b. Apakah berlaku setelah mengemas bahan?

Penutup Pendidik bersoal jawab dengan kanak-kanak tentang jenis-jenis peralatan dapur dan kepentingan bahan-bahan atau peralatan tersebut dikemas dan disusun dengan rapi.

- 42 -

TOPIK: AWAL PENGUKURAN

Objektif Pembelajaran: Menyebut panjang bahan dengan bantuan pendidik Tajuk: Mengukur alat permainan

Umur: 2-3 Tahun Konsep Matematik: Awal pengukuran Istilah Matematik: Lebih panjang, lebih pendek. Bahan: Klip kertas, alat permainan Nilai: Ketepatan mengukur, hormati rakan.

Persediaan Awal: Pendidik menyediakan alat permainan (contoh: satu gerabak keretapi mainan) dan klip kertas. Beritahu kanak-kanak tujuan aktiviti dijalankan pada hari ini iaitu untuk mempelajari pengukuran. Langkah-langkah: 1. 2.

Pendidik menunjukkan cara mengukur satu alat permainan dengan menggunakan klip.dan menyebut 1 klip, 2 klip, 3 klip. Kanak-kanak diminta mengikut pendidik menyebut panjang alat permainan itu.. Tanya soalan berikut: Berapakah bilangan klip bagi panjang alat permainan ini? (pendidik membimbing kanak-kanak menjawab)

3.

Pendidik mengukur alat permainan yang lebih pendek dan menyebut 1 klip, 2 klip dan seterusnya.

4.

Pendidik membimbing kanak-kanak menyatakan panjang alat permainan itu. Tanya solan berikut: a. Manakah alat permainan yang lebih panjang? b. Manakah alat permainan yang lebih pendek?

5.

Pendidik membimbing kanak-kanak menyatakan alat permainan mana yang lebih panjang.

Penutup Pendidik bersoal jawab tentang “lebih panjang” dan “lebih pendek” dengan kanak-kanak.

- 43 -

TOPIK: MEMBILANG NOMBOR Objektif Pembelajaran: Membilang nombor dari 5 hingga 1 Tajuk: Turun Tangga

Umur: 2 - 3 Tahun Konsep Matematik: Nombor menaik Istilah Matematik: Nombor 1, 2, 3, 4, 5 Bahan: Radio kaset/ laptop, anak tangga Nilai: Kerjasama, berhati-hati.

Persediaan Awal: Pendidik menyediakan sebuah tangga yang dilabelkan dari atas ke bawah dengan nombor 5, 4, 3, 2, 1. Langkah-langkah: 1.

Pendidik menyanyi lagu yang membabitkan nombor 5, 4, 3, 2, 1 dengan bantuan muzik yang dimuat turun daripada laman web.

2.

Kanak-kanak diminta menyanyi mengikut lagu tersebut bersama-sama pendidik.

3.

Pendidik membimbing kanak-kanak menyanyi lagu dengan menunjukkan anak tangga yang mempunyai susunan nombor secara menurun, iaitu 5, 4, 3, 2, 1. Tanya soalan berikut: a. Nombor apakah paling tinggi? b. Nombor apakah paling rendah?

Penutup 1. Pendidik memegang tangan salah seorang kanak-kanak menuruni anak tangga sambil menyebut 5, 4, 3, 2, 1. 2.

Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 44 -

TOPIK: MEMBILANG PERSEPTUAL Objektif Pembelajaran: Umur: 2 – 3 Tahun Membilang objek satu demi satu dari 1 Konsep Matematik: Membilang nombor hingga 5. Istilah Matematik: Nombor 1, 2, 3, 4, 5 Bahan: Daun pada pokok bunga Tajuk: Berapakah bilangan daun? Nilai: Mendengar arahan, kesungguhan

Persediaan Awal: Pendidik menunjukkan flash kad yang bertulis nombor 1, 2, 3, 4, 5. Langkah-langkah: 1.

Pendidik membimbing kanak-kanak menyebut nombor 1, 2, 3, 4, 5 yang terdapat pada flash kad.

2.

Kanak-kanak dibawa mendekati sepohon pokok bunga.

3.

Pendidik membilang daun satu per satu sambil membilang 1, 2, 3, 4, 5.

4.

Pendidik membimbing kanak-kanak membilang 1, 2, 3, 4, 5 dengan menyentuh daun satu per satu.

Penutup 1.

Minta salah seorang daripada kanak-kanak membilang 1, 2, 3, 4, 5 dengan menyentuh daun pada pokok bunga.

2.

Tanya kanak-kanak mana yang lebih banyak, “dua” atau “tiga”?

- 45 -

TOPIK: MEMBILANG FIGURATIVE

Objektif Pembelajaran:  Merangsang kanak-kanak membilang  berterusan dari nombor 2 sehingga 5,   Merangsang kanak-kanak membilang berterusan dari nombor 3 sehingga 5. 

Umur: 2-3 Tahun Konsep Matematik: Membilang berterusan Istilah Matematik: Nombor 1, 2, 3, 4, 5 Bahan: Kad berwarna merah Nilai: Mematuhi arahan, berhati-hati.

Tajuk: Bilang Berterusan

Persediaan Awal: Guru menyediakan 5 keping kad berwarna merah di atas meja. Minta kanak-kanak duduk mengelilingi sebuah meja bulat. Langkah-langkah: 1. Pendidik menunjukkan dua sekeping kad berwarna merah kepada kanak-kanak sambil menyebut “dua”. 2. Kanak-kanak diminta mengikut pendidik menyebut “dua”. 3. Pendidik mengambil “sekeping” kad berwarna merah yang lain sambil bertanya “sekarang ada berapa keping kad berwarna merah?” 4. Pendidik membantu kanak-kanak menjawab “tiga” dan kanak-kanak diminta mengikut pendidik menyebut bilangan tersebut. Catatan: Ulangi langkah 1-5 dengan memegang 3 keping kad berwarna merah dan bantu kanak-kanak membilang sehingga 5. Penutup: 1.

Menyoal perasaan kanak-kanak dalam mempelajari aktiviti membilang secara berterusan.

2.

Memuji setiap kanak-kanak yang telah menunjukkan respons yang positif.

- 46 -

TOPIK: FAKTA ASAS Objektif Pembelajaran: Membina makna operasi tambah tidak melebihi 5 menggunakan bahan maujud. Tajuk: Permainan LEGO

Umur: 2 – 3 Tahun Konsep Matematik: Operasi tambah Istilah Matematik: Jumlah, berapa, bilang Bahan: Permainan LEGO, 2 bekas Nilai : Mematuhi arahan dan berhati-hati.

Persediaan Awal: Pendidik menyediakan blok-blok LEGO yang sama bentuk, tetapi berlainan warna. Langkah-langkah: 1.

Minta seorang kanak-kanak ke hadapan dan mengambil 1 blok LEGO biru dalam bekas A dan minta seorang lagi untuk mengambil 1 blok LEGO merah dalam bekas B.

2.

Pendidik membimbing kanak-kanak membilang satu persatu blok-blok LEGO yang telah diambil oleh dua orang kanak-kanak tadi. Tanya soalan berikut: a. Berapa blok LEGO yang diambil mula-mula tadi? b. Berapa blok LEGO yang diambil selepas itu? c. Berapa blok LEGO yang diambil dua orang rakan tadi?

4.

Pendidik mengambil 2 benda berlainan (batu, guli, biskut dan sebagainya) dan meletakkan di sebelah kanan dan kiri tangan beliau sambil menunjuk perlakuan menggabungkan kedua-dua belah tangan sambil berkata “ini satu, jika ada satu lagi jadi berapa?”

5.

Pendidik membimbing kanak-kanak menyatakan “1 + 1 = 2”. (Ulangi langkah 4 dan 5 dengan hasil tambah tidak melebih 5)

Penutup Pendidik menanyakan perasaan kanak-kanak melakukan aktiviti penambahan pada hari berkenaan.

- 47 -

TOPIK: PELENGKAP SEPULUH Objektif Pembelajaran: Mewakilkan operasi tambah dengan bahan maujud.

Tajuk: Mari menambah guli

Umur: 2-3 Tahun Konsep Matematik: Perwakilan operasi tambah dengan bahan maujud Istilah Matematik: Tambah, campur, jumlah, gabung, kosong Bahan: Guli, 3 bekas lutsinar. Nilai: Berhati-hati, cermat, kerjasama

Persediaan Awal: Pendidik menyediakan 3 bekas lutsinar dan meminta kanak-kanak berkumpul pada satu tempat di dalam kumpulan besar. Langkah-langkah: 1.

Pendidik memasukkan 2 biji guli di dalam bekas lutsinar A dan 2 biji guli di dalam bekas lutsinar B.

Bekas A

Bekas B

Tanya soalan berikut: a. Berapa biji guli di dalam bekas A? b. Berapa biji guli di dalam bekas B? 2.

Pendidik menunjuk cara kepada kanak-kanak cara mengira bilangan biji guli dalam bekas lutsinar A dan bekas lutsinar B dengan menyebut “satu”, “dua” diulang kira oleh kanak-kanak.

3.

Pendidik menggabungkan biji-biji guli di dalam bekas lutsinar A dan bekas lutsinar B dan memasukkan ke dalam bekas lutsinar C (bimbing kanak-kanak menyebut perkataan “campur”, “gabung” dan “jumlah”)

Bekas C - 48 -

4.

Pendidik membimbing kanak-kanak mengira jumlah semua biji guli dengan membilang satu-satu “satu”, “dua”, „tiga”, “empat” dengan diulang kira oleh kanak-kanak. Tanya soalan berikut : Ada berapa jumlah biji guli sekarang?

5.

Pendidik meletakkan ketiga-tiga bekas sebelah menyebelah untuk menunjukkan kepada pelajar bekas A dan bekas B telah menjadi “kosong”.

Bekas A

Bekas B

Bekas C

Tanya soalan berikut: a. Apa terjadi kepada bekas A dan bekas B? (galakkan kanak-kanak menyebut “kosong”) b. Ke mana perginya guli dalam bekas A dan bekas B? (galakkan kanak-kanak menyebut “campur” , “jumlah”, “gabung”) Penutup 1.

Pendidik bersoal jawab dengan kanak-kanak benda-benda yang berada di persekitaran mereka yang boleh dicampurkan/ digabungkan/ dijumlahkan.

2.

Pendidik menyanyi lagu bersama-sama kanak-kanak. “satu campur satu jadi dua”...”dua campur dua jadi empat” sambil memasukkan biji-biji guli ke dalam bekas.

- 49 -

TOPIK: PELENGKAP LIMA Objektif Pembelajaran: Menambah dengan hasil tambah tidak melebihi 5.

Tajuk: Mari Mengira Biskut

Umur: 2-3 Tahun Konsep Matematik: Operasi tambah Istilah Matematik: Tambah, campur, hasil, jumlah Bahan: Biskut oren, piring plastik Nilai: Usaha, semangat, teliti

Pe rs edi aa n Aw

al: Sediakan dua buah piring plastik dengan masing-masing mempunyai sekeping dan empat keping biskut oren. Langkah-langkah: 1.

Pendidik menunjukkan sebuah piring plastik yang berisi sekeping biskut oren.

Tanya soalan berikut: Berapakah banyak biskut di sini? (Bimbing kanak-kanak membilang “satu”). 2.

Pendidik menunjukkan sebuah piring plastik lain yang berisi sekeping biskut oren.

Tanya soalan berikut: Berapakah banyak biskut di sini? (Bimbing kanak-kanak membilang “empat”). 3.

Pendidik menggabungkan kedua-dua keping biskut oren, ke dalam piring plastik lain.

Tanya soalan berikut: a. Berapakah banyak biskut di sini?(Bimbing kanak-kanak membilang “lima”). b. Bagaimanakah anda tahu bilangan itu betul? (Bimbing kanak-kanak membilang sehingga “lima” sekali lagi). Penutup Pendidik bercerita tentang pertambahan keluarga kanak-kanak dari abang/kakak sulong (kak/bang long), adik tengah (angah), adik bongsu (usu) sambil mengira 1, 2, 3, 4, dan 5.

- 50 -

TOPIK: PENGIRAAN MENTAL Objektif Pembelajaran: Mencongak penambahan tanpa bantuan alat dengan hasil penambahan tidak melebihi 3.

Umur: 2 – 3 Tahun Konsep Matematik: Penambahan Istilah Matematik: Nombor 1, 2, 3 Bahan: Gambar kancil dan buaya. Nilai: Mendengar arahan, kesungguhan

Tajuk: Kancil dan Buaya

Persediaan Awal: Pendidik melekatkan satu replika sang buaya di atas lantai. Langkah-langkah: 1.

Pendidik membimbing kanak-kanak menyebut nombor 1, 2, 3 pada gambar sang kancil.

2.

Pendidik berikan gambar sang kancil kepada kanak-kanak.

3.

Pendidik menyebut nombor dan kanak-kanak pula dibimbing menaiki belakang replika sang buaya seorang demi seorang mengikut urutan nombor sambil menyebut “1 + 1 = 2; 1 + 2 = 3”. Tanya soalan berikut: a) Berapa orangkah terdapat di atas sang buaya? b) Adakah ia semakin bertambah?

4.

Kemudian, pendidik menyimpan replika-replika tersebut dan meminta kanakkanak duduk di atas lantai.

5.

Pendidik meminta kanak-kanak membayangkan “1 + 1 dan 1 + 2” (bimbing kanak-kanak membayangkan aktiviti kancil dan buaya.

Penutup 1.

Minta salah seorang daripada kanak-kanak menyatakan pelajaran yang telah mereka ikuti pada hari itu. Tanya perasaan mereka bermain permainan sang buaya pada hari berkenaan.

2.

Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 51 -

TOPIK: FAKTA ASAS Objektif Pembelajaran: Membina makna operasi tolak menggunakan bahan maujud.dengan penolakan daripada sejumlah bahan tidak melebihi 5 (contoh: 3 - 2 = 1) Tajuk: Bola Jaring

Umur: 2-3 Tahun Konsep Matematik: Operasi tolak Istilah Matematik: Ambil, buang dan kurang daripada Bahan: bola, bakul Nilai: Mematuhi peraturan, prihatin terhadap rakan

Persediaan Awal: Sediakan sebuah bakul yang berisi 5 biji bola dan sebuah bakul kosong. Beritahu kanakkanak tujuan aktiviti dijalankan pada hari ini. Langkah-langkah: 1.

Kanak-kanak dibimbing membilang kelima-lima biji bola.

2.

Seorang kanak-kanak diminta mencampak sebiji daripada bola tersebut ke dalam bakul kosong.

Tanya soalan berikut: a. Apakah yang terjadi kepada bola yang terdapat dalam bakul tadi? (Bimbing kanak-kanak menyebut “kurang daripada” bilangan asal). b. Berapa bijikah berkurangan? (Bimbing kanak-kanak membilang “satu”) 3.

Seorang kanak-kanak yang lain diminta mencampak sebiji lagi daripada bola tersebut ke dalam bakul kosong tadi.

Tanya soalan berikut: a. Apakah yang terjadi kepada bola yang terdapat dalam bakul tadi? (Bimbing kanak-kanak menyebut “kurang daripada” bilangan asal). b. Berapa bijikah berkurangan? (Bimbing kanak-kanak membilang “dua”). - 52 -

Penutup 1.

Tanya perasaan mereka tentang aktiviti main “bola jaring” yang telah dilakukan pada hari berkenaan.

2.

Pendidik memuji kepatuhan kepada arahan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 53 -

TOPIK: KELUARKAN DARIPADA Objektif Pembelajaran: Mewakilkan operasi tolak dengan bahan maujud.

Tajuk: Mengutip Telur Penyu

Umur: 2-3 Tahun Konsep Matematik: Mewakilkan operasi tolak dengan bahan maujud. Istilah Matematik: Tolak, ambil, buang Bahan: 5 biji bola ping pong, pasir, bekas Nilai: kerjasama, kebersihan, menjaga kesihatan

Persediaan Awal: Sembunyikan 5 biji ping pong dalam pasir yang terdapat di tempat permainan pasir. Langkah-langkah: 1.

Bawa kanak-kanak ke tempat permainan pasir.

2.

Kanak-kanak diminta mencari bola ping pong yang disembunyikan dalam pasir.

Tanya soalan berikut: Ada berapa biji bola ping-pongkah dalam pasir itu? (Bimbing kanak-kanak mengira “lima” biji ping pong”. 3.

Kanak-kanak diminta memindahkan bola ping pong ke dalam bekas kosong.

Tanya soalan berikut: a. Apakah berlaku dengan bilangan telur penyu? (Bimbing kanak-kanak menyebut semakin “berkurang”). b. Berapa biji telur penyukah dikeluarkan daripada bekas pasir itu? Penutup Pendidik bersoal jawab dengan kanak-kanak berkaitan benda di persekitaran mereka yang membabitkan pengurangan.

- 54 -

TOPIK: PENGIRAAN MENTAL Objektif Pembelajaran: Mencongak penolakan tanpa bantuan alat dengan hasil penambahan tidak melebihi 3.

Umur: 2-3 Tahun Konsep Matematik: Penolakan Istilah Matematik: Nombor 1, 2, 3 Bahan: Gambar kancil dan buaya. Nilai: Mendengar arahan, kesungguhan

Tajuk: Kancil dan Buaya

Persediaan Awal: Pendidik melekatkan satu replika sang buaya di atas lantai. Langkah-langkah: 1.

Pendidik membimbing kanak-kanak menyebut nombor 1, 2, 3 pada gambar sang kancil.

2.

Pendidik berikan gambar sang kancil kepada kanak-kanak.

3.

Pendidik minta semua kanak-kanak menaiki belakang sang buaya.

4.

Pendidik membimbing kanak-kanak turun dari belakang sang buaya seorang demi seorang mengikut urutan nombor sambil menyebut “2 − 1 = 1; 3 – 2 = 1; 3 − 3 = 0”. Tanya soalan berikut: a) Berapa orangkah terdapat di atas sang buaya? b) Adakah ia semakin berkurangan?

5.

Kemudian, pendidik menyimpan replika sang buaya dan sanag kancil dan meminta kanak-kanak duduk di atas lantai.

6.

Pendidik meminta kanak-kanak membayangkan “2 – 1; 3 – 2; 3 − 3”. (bimbing kanak-kanak membayangkan aktiviti kancil dan buaya.

Penutup 1.

Minta salah seorang daripada kanak-kanak menyatakan pelajaran yang telah mereka ikuti pada hari itu. Tanya perasaan mereka bermain permainan sang buaya pada hari berkenaan.

2.

Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 55 -

TOPIK: PADANAN Objektif Pembelajaran: Memadankan gambar dengan kegunaannya Tajuk: Padankan Gambar

Umur: 3-4 Tahun Konsep Matematik: Padanan Istilah Matematik: Banding, besar dan kecil. Bahan: Beberapa keping gambar Nilai: Tolak-ansur dan kerjasama.

Persediaan Awal: Pendidik menyediakan beberapa kad gambar objek (sudu, garpu, cawan, piring) dan lekatkan di papan putih. Langkah-langkah: 1.

Minta kanak-kanak melihat dan mengecam gambar yang ditampal seperti sudu, garpu, cawan, dan piring. Tanya soalan berikut : Cuba sebut nama gambar ini (Pendidik menunjukkan pada salah satu gambar)

2.

Minta 2 orang kanak-kanak ke hadapan dan memilih dua gambar objek untuk dipadankan dan nyatakan kegunaan objek tersebut (Contohnya: sudu-garpu: Kegunaan makan dan cawan-piring: Kegunaan minum). Tanya soalan berikut: a. Apakah gambar ini? b. Apakah padanan kepada gambar ini? c. Apakah kegunaan objek itu?

3.

Minta kanak-kanak melukis gambar objek serta padanan yang sesuai di atas kertas lukisan yang disediakan.

4.

Minta kanak-kanak tunjukkan hasil kerja mereka kepada rakan-rakan yang lain. Tanya soalan berikut : a. Apakah gambar yang anda lukis? b. Apakah padanan kepada gambar anda? c. Pernahkah anda gunakan?

Penutup 1.

Pendidik menanya perasaan mereka berkenaan aktiviti padanan pada hari berkenaan.

2.

Pendidik menyoal kanak-kanak pasangan objek dan kegunaannya. - 56 -

TOPIK: ASING Objektif Pembelajaran: Mengenal pasti pola.

Tajuk: Puzzle

Umur: 3-4 Tahun Konsep Matematik: Perbezaan pola. Istilah Matematik: Asing jenis dan kumpul. Bahan: Puzzle mudah (10-20 kepingan) yang mempunyai gambar yang menarik. Nilai: Berusaha, bekerjasama dan menghormati rakan.

Persediaan Awal: Pendidik menyediakan silang kata mudah kepada setiap kumpulan. Tunjukkan Puzzle dan nyatakan tujuan pelajaran hari ini. Langkah-langkah: 1.

Pendidik mengarahkan kanak-kanak berada dalam kumpulan kecil. Setiap kumpulan diberikan puzzle mudah yang telah dileraikan.

2.

Pendidik meminta setiap kumpulan melengkapkan kepingan puzzle mengikut bentuk yang ada. Tanya soalan yang berikut: a. Apakah bentuk yang ada? b. Berapakah jenis bentuk yang ada?

3.

Pendidk meminta setiap kumpulan untuk membilang puzzle yang diasingkan dengan meletakkan kepingan puzzle di atas papan yang telah disediakan.

Tanya soalan berikut: Apakah gambar yang ada pada puzzle? Penutup Pendidik menyoal kanak-kanak mengenai pola lain yang terdapat dipersekitaran mereka.

- 57 -

TOPIK: KUMPUL Objektif Pembelajaran: Umur: 3-4 Tahun   Mengenal pasti corak. Konsep Matematik: Perbezaan corak.   Mengumpul corak yang sama Istilah Matematik: Asing jenis dan kumpul.  Bahan: Puzzle mudah (10 – 20 kepingan) yang jenis. mempunyai gambar yang menarik. Nilai: Berusaha, bekerjasama dan menghormati rakan. Tajuk: Puzzle Persediaan Awal: Pendidik menyediakan silang kata mudah kepada setiap kumpulan. Tunjukkan silang kata dan nyatakan tujuan pelajaran hari ini. Langkah-langkah: 1.

Pendidik mengarahkan kanak-kanak berada dalam kumpulan kecil. Setiap kumpulan diberikan puzzle.

2.

Pendidik meminta setiap kumpulan untuk meleraikan mengumpul kepingan puzzle mengikut bentuk yang ada.

dan

Tanya soalan yang berikut: a. Apakah bentuk yang ada? b. Berapakah bentuk yang ada? 3.

Pendidk meminta setiap kumpulan untuk memadankan dan melengkapkan semula puzzle yang dikumpulkan dengan meletakkan kepingan puzzle di atas papan yang telah disediakan. Tanya soalan berikut: Apakah gambar yang ada pada puzzle?

Penutup Pendidik menyoal kanak-kanak mengenai konsep yang telah dipelajari pada hari ini, iaitu sama corak dan berlainan corak

- 58 -

TOPIK: BANDING Objektif Pembelajaran: Membanding berat bahan.

Tajuk: Timbangan

Umur: 3-4 Tahun Konsep Matematik: Membanding ukuran dari segi berat Istilah Matematik: Berat, ringan dan sama berat. Bahan: Batu,Kapas dan Alat Penimbang Nilai: Peka

Persediaan Awal: Pendidik menunjukkan video mengenai timbangan. Langkah-langkah: 1.

Pendidik meminta kanak-kanak berada dalam kumpulan kecil (3 hingga 4 orang).

2.

Kanak-kanak diperlihatkan beberapa barang di atas meja. (Pendidik boleh menggunakan bahan mengikut kesesuaian). Bahan A perlu lebih berat daripada bahan B.

3.

Pendidik memberi arahan kepada kanak-kanak untuk memegang kedua-dua bahan dengan kedua-dua tangan. Tanya soalan berikut: a. Apa yang dapat kamu lihat? b. Apa yang dapat rasa dengan bahan A? c. Apa yang dapat anda rasa dengan bahan B? d. (Bimbing kanak-kanak untuk menyebut berat, ringan atau sama berat apabila memberikan jawapan).

4.

Kanak-kanak diminta untuk meletakkan bahan tersebut ke atas alat penimbang. Kanak-kanak melihat perbezaan berat pada alat penimbang. (Alat penimbang dibina menggunakan pembaris dan objek yang boleh digunakan sebagai pengimbang).

5.

Pendidik menunjukkan gambar batu dan kapas.Pendidik bersoal jawab dengan kanak-kanak mengenai gambar mana yang lebih berat dan gambar mana yang lebih ringan.

Penutup Pendidik memuji sikap positif yang di tunjukkan oleh kanak-kanak.

- 59 -

PDF to Word

Buku Panduan Awal Matematik dan Pemikiran Logik Buku panduan ini mempunyai 79 aktiviti yang dibina berasaskan empat bidang pembelajaran berkaitan Awal Matematik dan Pemikiran Logik iaitu, Pra Nombor, Awal Nombor, Membilang, dan Operasi Tambah, dan Tolak seperti yang disertakan dalam lampiran. Reka bentuk aktiviti dalam setiap bidang pembelajaran ini disusun dengan mengambil kira tahap perkembangan psikologi kanak-kanak.