BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL PEMBELAJARAN

3 Fiqh Ibadat Peraturan penyucian mengenai hubungan antara manusia dan Allah (SWT) seperti solat, puasa, zakat, jihad dan beberapa bentuk ibadah...

101 downloads 500 Views 1MB Size
BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir bab ini, calon akan dapat:  Memahami konsep Islam, matlamat (maqasid) dan sumber-sumber syariah.  Memahami larangan-larangan dalam muamalat Islam.  Memahami dan menerangkan peraturan-peraturan kontrak muamalat.

A1.1 PENGENALAN Perkataan 'Islam' dalam bahasa Arab bermaksud „penyerahan‟, dan berasal daripada perkataan yang membawa maksud „keamanan‟. Dalam konteks agama, Islam bermakna penyerahan sepenuhnya kepada kehendak Allah (SWT). Islam bukanlah agama sematamata tetapi suatu "deen", yang bermaksud 'cara hidup'. Ia merangkumi dimensi jasmani dan rohani dalam kewujudan manusia. Allah (SWT) telah menegaskan kesempurnaan Islam dalam ayat Al-Quran yang berikut; Maksudnya: "Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan ni’mat Ku kepada kamu dan Aku redhai Islam menjadi agama untuk kamu" (Al-Maidah: 3) 1.1.1 Konsep Islam Pada asasnya, Islam merangkumi aqidah (kepercayaan), syariah (undang-undang) dan akhlak (kod moral/adab). Konsep syariah bukan sahaja mentadbir manusia dalam menjalankan hidupnya bagi merealisasikan kehendak Ilahi, tetapi meliputi semua tingkah laku; spiritual, mental serta fizikal. Oleh itu, prinsip-prinsip syariah bukan saja mengenai undang-undang tetapi meliputi keseluruhan cara hidup yang merangkumi kepercayaan (iman) dan amalan (amal), tingkah laku peribadi, undang-undang dan sosial. Oleh itu, Islam juga dikenali sebagai syariah al-kubra yang merangkumi cara hidup yang telah ditentukan oleh Allah (SWT).

1

Syariah al-kubra boleh dibahagikan seperti berikut: Islam

Aqidah

Fiqh Ibadat

Akhlaq

Shariah

Fiqh Muamalat

Fiqh Munakahat

Fiqh Jinayat

Kewangan Islam

Aqidah

Aqidah ditakrifkan sebagai kepercayaan tanpa sebarang ragu-ragu atau syak terhadap Allah (SWT), para Rasul-Nya dan Para MalaikatNya, Hari Akhirat, Kitab Suci serta dan Qada‟ dan Qadar. Ia merupakan asas utama dalam Islam dan titik permulaan untuk menjadi seorang Muslim yang baik. Ia dapat dilihat dengan aktivitiaktiviti yang dilakukan oleh seseorang Muslim itu sendiri. Nabi Muhammad (saw) menjelaskan bahawa Islam adalah seperti sebuah bangunan di mana asasnya ialah aqidah. Asas aqidah dalam Islam ialah enam rukun iman (rukun al-iman).

Akhlaq

Amalan kebaikan, moral, dan adab dalam teologi dan falsafah Islam. Ia merangkumi hubungan antara manusia dan Allah (SWT), antara manusia dan manusia dan antara manusia dan makhluk lain.

Syariah

Syariah ialah satu set peraturan yang diperolehi daripada al-Quran dan hadith-hadith sahih (sunnah) Nabi Muhammad (saw) dan pendapat ilmiah (ijtihad) berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Syariah mengandungi kategori dan perkara-perkara mengenai undangundang Islam yang dikenali sebagai cabang fiqh (perundangan Islam).

2

Fiqh Ibadat

Peraturan penyucian mengenai hubungan antara manusia dan Allah (SWT) seperti solat, puasa, zakat, jihad dan beberapa bentuk ibadah lain yang termasuk di bawah tajuk ini.

Fiqh Munakahat

Peraturan berkaitan dengan undang-undang kekeluargaan seperti perkahwinan, perceraian, harta pusaka, penjagaan dan perkaraperkara lain yang berkaitan.

Fiqh Jinayat

Ia dikenali sebagai undang-undang jenayah dalam Islam, merangkumi kesalahan besar seperti persetubuhan haram (zina), kecurian (sariqah), pembunuhan, dan lain-lain.

Fiqh Muamalat

Peraturan yang mengawal transaksi perdagangan antara pihak-pihak yang terlibat.

1.1.2 Objektif Syariah (Maqasid al Syariah) Maqasid ialah perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud matlamat atau tujuan. Dalam konteks Islam, ia merujuk kepada objektif yang ditetapkan oleh syarak dalam mensyariatkan hukum. Menurut Imam al-Ghazali “matlamat syariah adalah untuk menggalakkan kesejahteraan seluruh manusia, dengan menjaga iman mereka (deen), diri mereka (nafs), akal mereka (a'qal), keturunan mereka (nasl ) dan harta benda mereka (mal). Apa sahaja yang boleh memastikan perlindungan daripada lima prinsip ini demi kepentingan awam, ia adalah sewajarnya. Terdapat lima maqasid (objektif) seperti berikut: Pemeliharaan

Keterangan / Catatan

Agama

Pemeliharaan dan perlindungan deen (agama) di dalam semua keadaan. Contoh: Mempertahankan agama Islam terutamanya jika ia diserang oleh musuh-musuh Islam.

3

Nyawa

Pemeliharaan dan perlindungan keselamatan nyawa manusia didalam semua keadaan. Contoh: Dalam usaha untuk melindungi nyawa manusia, hukuman yang berat dikenakan ke atas mereka yang membunuh orang.

Keturunan

Pemeliharaan dan perlindungan keturunan dan kehormatan didalam semua keadaan. Contoh: Islam melarang pengikutnya berzina atau berkelakuan tidak bermoral.

Akal

Pemeliharaan dan perlindungan intelek dan minda di dalam semua keadaan. Pemeliharaan akal ialah melindunginya dari perkara-perkara yang boleh merosakkan dan menjejaskan fungsi serta keupayaan berfikir. Contoh: Pengambilan minuman keras atau seumpamanya akan memberi kesan negatif kepada fungsi otak.

Harta

Pemeliharaan dan perlindungan harta didalam semua keadaan. Contoh: Inisiatif dan perancangan pro-aktif dalam melindungi harta benda terhadap musibah atau bencana.

1.1.3 Klasifikasi Manfaat Objektif Syariah Cendiakawan/ulama Islam telah membahagikan keseluruhan masalih - merangkap maqasid kepada tiga kategori kepentingan dalam susunan menurun:

Tahsiniyyat (perhiasan)

Kurang Penting

Contohnya kereta mewah, barang kemas, dan sebagainya Hajiyyat (keperluan)

contohnya pendidikan yang baik, rumah yang selesa, dan sebagainya

Daruriyyat (asas)

Lebih Penting

contohnya makanan, pakaian, perlindungan.

4

1.1.4 Sumber Syariah Secara umum, sumber syariah terbahagi kepada dua, iaitu sumber-sumber yang dipersetujui oleh ulama (adillah muttafaq 'alaih) dan sumber-sumber yang tidak dipersetujui oleh ulama. Sumber-sumber yang dipersetujui oleh ulama adalah sumber yang digunakan untuk mengeluarkan peraturan mengenai sesuatu perkara atau masalah yang berlaku. Sumber-sumber ini diterima oleh ulama tanpa apa-apa perbezaan pendapat di kalangan mereka dari segi turutan atau kebolehgunaan. Terdapat empat sumber undang-undang yang dipersetujui oleh majoriti ulama seperti berikut: Sumber

Keterangan / Catatan

Al-Quran

Al-Quran adalah firman Allah (SWT) yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad (saw) dalam bahasa Arab melalui malaikat Jibril (as). AlQuran adalah sumber rujukan utama dalam syariah. Ia adalah mu'jizat (makna yang mungkin tidak difahami oleh orang) dan tidak berubah dan dipelihara oleh Allah (SWT).

Sunnah

Menurut muhaddithun atau pakar hadith, sunnah merujuk kapada sebarang tingkah laku Nabi Muhammad (saw) termasuk perbuatan beliau, kata-kata beliau, perbuatan beliau yang tidak melarang dan tidak menegah. Ia boleh dibahagikan kepada tiga kategori1: a.

Sunnah Qawliyyah (Sunnah melalui Perkataan) Contoh: apabila Nabi Muhammad (saw) dengan jelas berkata, "Solatlah seperti yang engkau lihat aku bersolat"

b.

Sunnah Fi'liyyah (Sunnah melalui Perbuatan) Jenis sunnah ini terdiri daripada perbuatan dan arahan sebenar Nabi, seperti cara beliau mendirikan solat, berpuasa, menjalankan upacara haji, atau transaksi yang dilaksanakan seperti jual beli dan urus niaga kewangan.

c.

Sunnah Taqririyyah (Sunnah melalui Persetujuan) Sunnah ini terdiri daripada perbuatan dan kata-kata para sahabat di hadapan Nabi atau yang sampai kepada

1

Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 29

5

pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad (saw) boleh disimpulkan daripada berdiam diri menandakan tingkah laku tersebut dibenarkan. Nabi Muhammad (saw) tidak akan berdiam diri kepada perkara-perkara yang dilarang. Ijma '

Ijma’ istilah dalam bahasa Arab yang merujuk kepada persetujuan sebulat suara di kalangan mujtahidun selepas kewafatan Nabi Muhammad (saw).2

Qiyas

Qiyas merujuk kepada penggunaan hukum asal (hukum) yang telah ditetapkan dalam kes yang lebih awal mengenai isu semasa di mana undang-undang adalah senyap. 3

1.1.5 Undang-Undang Mandatori (Hukum Taklifi) Undang-undang mandatori (hukum taklifi) adalah undang-undang yang menghuraikan tentang arahan, larangan dan pilihan untuk melaksanakan atau meninggalkan aktiviti/pekerjaan. Menurut istilah Islam, tindakan seorang Muslim mesti dipandu oleh kelima-lima hukum (al-ahkam al-khamsah) yang diklasifikasikan sebagai berikut:

2

3

Klasifikasi Hukum Wajib (wajib)

Penerangan Istilah wajib bermaksud tindakan yang mesti dilaksanakan oleh sesaorang muslim. Contoh: mendirikan solat dan berpuasa pada bulan Ramadhan. Dari segi teknikal, ia merupakan satu perbuatan yang dituntut oleh Allah (SWT) dengan syarat-syarat yang harus dipatuhi.

Mandub (disyorkan)

Mandub ditakrifkan sebagai tuntutan Allah (SWT) di mana melakukan sesuatu perbuatan mendapat pahala dan tidak salah jika meninggalkannya. Hukum mandub ialah berkaitan membuat sesuatu yang tidak bercanggah akan dapat pahala (thawab) bagi pelakunya, manakala meninggalkanya tidak berdosa seperti memberi sedekah.

Haram (larangan / menyalahi undangundang)

Haram ditakrifkan sebagai peninggalan sesuatu perbuatan yang diperintah oleh Allah (SWT) dengan syarat-syarat yang harus dipatuhi.Contoh perbuatan yang dilarang (haram) ialah penggelapan kekayaan orang lain.

Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam,ms. 39 Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 43

6

A1.2

Makruh (tercela atau ditolak)

Makruh ditakrifkan sebagai peninggalan sesuatu perbuatan yang dituntut oleh Allah (SWT) dari segi syarat-syarat yang tidak terikat.Contoh perbuatan tercela (makruh) ialah hutang yang tidak didokumenkan (tidak direkodkan).

Mubah (dibenarkan)

Mubah atau perbuatan yang dibenarkan ialah Allah (SWT) telah memberi pilihan samaada melakukan atau meninggalkan sesuatu tanpa menyalahi atau memuji sipelaku. Menurut prinsip ini, semua kontrak dan urus niaga adalah dibenarkan, melainkan jika terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya.

ASAS MUAMALAT

1.2.1 Pengenalan Muamalat Istilah "muamalat" (jamak dari muamalah) bermaksud peraturan jual beli manakala dari segi teknikalnya Muamalat merupakan sebarang bentuk peraturan perhubungan dan persetujuan bersama antara manusia untuk menyelesaikan keperluan harian mereka, terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan perdagangan dan perniagaan. Muamalat merupakan hubungan sosial yang terdiri daripada pelbagai aktiviti ekonomi dan bukan ekonomi. Prinsip-prinsip asas yang memainkan peranan dalam membentuk peraturan syariah dalam muamalat ialah: 4

4

Prinsip-prinsip Asas Keharusan sebagai Peraturan Umum

Penerangan Status semua perkara selain daripada ritual adalah dibenarkan sehingga bukti dikemukan bahawa perkara tertentu dilarang.

Kesimpulan Kontrak dengan Persetujuan Bersama

Persetujuan bersama bermakna bahawa kontrak yang dimeterai oleh kedua-dua pihak hendaklah bebas daripada sebarang unsur-unsur paksaan, penipuan, salah nyata atau cara lain yang menyalahi undang-undang.

Pematuhan Kontrak dengan Maqasid al Shariah

Transaksi atau kontrak yang dibuat oleh individu-individu hendaklah selaras dengan maqasid al shariah.

Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 193-199

7

Prinsip Edaran Kekayaan secara Meluas

Kekayaan dan harta harus diedarkan di kalangan orang ramai dan dipindahkan secara aktif dari satu tangan ke satu tangan yang lain dalam bentuk perbelanjaan dan pelaburan.

Prinsip Ketelusan dalam Urus niaga Perdagangan

Semua urus niaga kewangan perlu dijalankan dengan telus supaya semua pihak jelas mengenai semua fakta penting termasuk terma-terma dan syarat-syarat urusan mereka.

Adil dan Saksama dalam Keadilan adalah prinsip umum shariah yang perlu diamalkan Urus Niaga dalam semua transaksi dan kontrak Islam.

1.2.2 Larangan dalam Muamalat Semua aktiviti ekonomi dibenarkan selagi aktiviti-aktiviti tersebut tidak melanggar sebarang prinsip-prinsip syariah. Pendapat ini disepakati dengan sebulat suara oleh kesemua empat mazhab utama (Hanafi, Maliki, Shafii dan Hanbali) bahwa semua bentuk urusan perniagaan yang melanggar sebarang prinsip-prinsip syariah dianggap tidak sah. Prinsip-Prinsip Am 

Tidak dibenarkan membuat kontrak untuk menjual atau membeli produk-produk yang haram seperti alkohol atau bahan-bahan haram yang lain. Nabi Muhammad (saw) telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah melarang penjualan arak, daging haiwan yang mati, babi dan berhala," (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Begitu juga, tidak dibenarkan membuat kontrak bagi mana-mana perjanjian kewangan yang berasaskan riba (bunga atau faedah).

Maksudnya: "Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba" (Al-Baqarah: 275) 

Kontrak yang melibatkan perjudian (maisir) adalah dilarang dalam Islam.

8

Maksudnya: "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar, dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya”. (Al-Baqarah: 219) 

Kontrak yang melibatkan unsur-unsur ketidakpastian yang besar (gharar fahish) juga dilarang dan kontrak boleh dibatalkan.

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu . " (An-Nisaa ': 29) Unsur-Unsur yang Dilarang 1. Riba (Bunga atau Faedah) Al-Jassas mentakrifkan riba sebagai pinjaman yang diberi untuk satu tempoh yang ditetapkan dengan ditetapkan bayaran lebihan keatas principal yang mesti dibayar oleh peminjam. Riba juga ditakrifkan sebagai satu peningkatan yang tidak mempunyai pertimbangan yang sejajar dalam pertukaran harta untuk harta.5 Larangan riba disimpulkan daripada ayat berikut: Maksudnya: Orang-orang yang memakan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyonghayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengkatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama saja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kapadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman riba) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kapada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itu ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah: 275) 5

Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 199

9

Adalah jelas bahawa larangan mengenai riba mempunyai dua dimensi.Yang pertama melarang menambah jumlah hutang/pinjaman yang perlu dibayar yang dikenali sebagai riba duyun, manakala yang kedua, dalam sistem perdagangan “barter”, pertukaran barang ribawi dari jenis dan asas yang sama ditukar dengan kadar/nisbah tukaran berbeza yang dikenali sebagai riba buyu'. Ini boleh diringkaskan seperti berikut:6 Riba

Riba Buyu’

Riba Duyun

Riba Qard

Riba Jahiliyyah

Riba Fadhl

Riba Nasi’ah

a. Riba Duyun Kenaikan yang tidak wajar ke atas wang yang dipinjamkan sama ada dalam bentuk barangan atau wang tunai melebihi jumlah pokok. Jenis Riba Qard

Riba Jahiliyyah

Penerangan Pertambahan (faedah) ke atas jumlah pinjaman pokok yang telah dipersetujui ketika kontrak dibuat. Faedah dikenakan ke atas peminjam bagi pembayaran lewat atau kegagalan untuk membayar balik pinjaman.

b. Riba Buyu’ Dalam urus niaga perdagangan dan pertukaran, berlaku pertukaran yang tidak sama ke atas komoditi ribawi yang jenis dan asas yang sama.

6

Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 33-34

10

Jenis Riba Fadhl Riba Nasi'ah

Penerangan Oleh kerana jumlah/kuantiti yang tidak sama rata Oleh kerana lanjutan masa penghantaran

Nabi Muhammad (saw) bersabda, 'Emas akan dibayar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, dan garam dengan garam – sama jenis untuk sama jenis, seimbang untuk seimbang, pembayaran yang dibuat dengan serta-merta. Jika jenis berbeza, ikut kehendak anda menjualnya dengan syarat pembayaran dibuat dengan serta-merta. (Riwayat Muslim) Dari hadith di atas, emas dan perak mewakili wang. Gandum, barli, tamar dan garam mewakili barang makanan asasi.Barang tersebut dikenali sebagai barang ribawi. Jenis

Emas

Matawang Perak MYR

SGD

Gandum

Makanan Asasi Barli Tamar

Garam

Emas Matawang

Perak MYR SGD Gandum

Makanan Asasi

Barli Tamar Garam Pada masa dan kadar yang sama Pada masa yang sama Tanpa syarat

Peratuan pertukaran barangan berikut digunakan dalam menentukan sama ada transaksi berkenaan riba fadhl atau riba nasi'ah. Peraturan 1: Pertukaran antara bahan ribawi dari jenis yang sama (dan asas yang sama) hendaklah menggunakan kadar yang sama berat, sukatan atau jumlah dan penghantaran dan pembayaran mestilah dibuat pada waktu yang sama.

11



Jika pembayaran dan penghantaran barangan dibuat pada waktu yang sama tetapi kadar berat, sukatan atau jumlah bahan yang ditukar tidak seimbang, maka berlaku riba fadhl.



Jika pembayaran dan penghantaran barangan tidak dibuat pada waktu yang sama tetapi kadar berat, sukatan atau jumlah bahan yang ditukar adalah seimbang, maka berlaku riba nasi’ah.

Peraturan 2: Pembayaran dan penghantaran di antara bahan ribawi dari jenis yang berbeza dan asas yang sama perlu dibuat pada waktu yang sama, walaupun mungkin dengan harga yang berbeza. Keseimbangan kadar berat, sukatan atau jumlah barangan yang ditukar tidak penting. 

Jika bayaran dan penghantaran tidak dibuat pada waktu yang sama, maka berlaku riba nasiah.

2. Gharar (Ketidakpastian) Gharar atau ketidakpastian membuat transaksi tidak sah dalam Islam kerana ia akan menyebabkan berlaku ketidakadilan kapada pihak-pihak yang terlibat.Ini adalah disebabkan kuantiti dan kualiti yang dinyatakan dalam transaksi berkenaan tidak ditetapkan dan tidak diketahui yang boleh menjadikan kontrak tidak sah atau boleh batal. Larangan gharar boleh disimpulkan dari ayat berikut: Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman. janganlah kamu makan (gunakan) hartaharta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan jangan kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. " (An-Nisaa ': 29) Larangan transaksi gharar disahkan dalam hadith berikut: Abu Hurairah ra melaporkan bahawa Nabi Muhammad (saw) melarang transaksi yang ditentukan dengan membaling batu, dan transaksi yang melibatkan sebarang ketidaktentuan. (Riwayat Muslim)

12

Gharar boleh dikategorikan seperti berikut: a. Gharar Kecil (Yasir) Gharar kecil tidak menyebabkan kontrak jualan cacat kerana tidak memberi kesan kepada komponen-komponen utama (rukun atau unsurunsur penting) kontrak dan syarat-syarat yang perlu bagi elemen-elemen penting (contohnya syarat-syarat yang berkaitan dengan aset, harga, bahasa yang digunakan dalam kontrak dan sebagainya) b. Gharar Besar (Fahish) Secara amnya, gharar besar adalah  

ketidakpastian yang terlalu nyata sehingga ia tidak boleh diterima, atau Ia terlalu kabur sehingga sukar dinilai.

Gharar besar menyebabkan kontrak tidak sah. 3. Maisir (Perjudian) Maisir bermakna mendapatkan sesuatu dengan terlalu mudah atau memperolehi keuntungan tanpa berusaha. Islam melarang segala bentuk perniagaan di mana keuntungan kewangan diperolehi daripada mencuba nasib semata-mata atau spekulasi dan bukan dari pekerjaan. Tidak seperti gharar yang boleh diterima pada tahap tertentu, maisir tidak boleh diterima sama sekali. "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan.Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. " (Al-Maidah: 90)

1.2.3

Konsep Kontrak dalam Muamalat "Aqad" dari sudut bahasa bermaksud "ikatan" atau "simpulan". Ia boleh diterjemahkan sebagai "kontrak". Al-Barbati dalam kitabnya "Inayah 'ala Fath al-Qadri" mentakrifkan aqad sebagai: "Hubungan yang sah di sisi undang-undang tercipta melalui gabungan dua pengisytiharan dan wujud kesan perundangan ke atas perkara pokok yang dimaksudkan".

13

Unsur-unsur penting dalam aqad :

Sighah

Ijab

Unsur-unsur penting Sighah

Ma’aqud Alaih

Aqidain

Qabul

Barangan

Harga

Penerangan a. Ijab (tawaran) Dalam Majallah al Ahkam al Adliyyah dalam artikel 101, ijab ditakrifkan sebagai ikrar - untuk membuat penjualan harta dan mengesahkan penjualan tersebut. b.

Qabul (penerimaan)

Dalam Majallah al Ahkam al Adliyyah dalam artikel 102, qabul ditakrifkan sebagai ikrar yang disebut oleh pihak kedua apabila menerima penjualan harta dan dengan itu, perjanjian itu menjadi sempurna. Aqidain (pihak-pihak yang terikat dalam kontrak)

Ia adalah syarat untuk kontrak yang sah bahawa pihak-pihak berkaitan mempunyai keupayaan. Keupayaan adalah kualiti yang menjadikan seseorang layak untuk mendapatkan hak-hak dan menjalankan tugas dan tanggungjawab.

14

Ma'aqud Alaih

a

Perkara Pokok

Syarat-syarat yang perlu diambil kira menurut perundangan Islam bagi subjek kontrak:    

b

Perlu wujud pada masa kontrak. Mesti dimiliki secara sah. Mesti memberi manfaat atau hasil yang penting bagi pihak-pihak yang berkontrak. Perlu mempunyai nilai komersial dalam prinsip syariah.

Harga / Balasan Ditakrifkan sebagai nilai yang dijanjikan kepada pihak lain apabila membuat kontrak Syarat-syarat untuk balasan yang sah:    

Wujud (mawjud) Dibenarkan (halal) Sah (sahih) Berharga (mutaqawwim)

15

BAB A2 KONSEP RISIKO

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir bab ini, calon akan dapat:     

Memahami konsep asas risiko. Memahami proses pengurusan risiko. Memahami bagaimana untuk menangani risiko. Memahami risiko dari perspektif Islam. Memahami hubungan antara risiko dengan Takaful.

A2.1 PENGENALAN Istilah "risiko" secara amnya dikaitkan dengan kemungkinan berlakunya kerosakan, kecederaan atau kerugian. Terdapat unsur ketidakpastian daripada peristiwa yang berlaku dan akibat daripada peristiwa tersebut. Menurut Khidmat Nasihat Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan United Kingdom (The Occupational Health and Safety Advisory Services, United Kingdom), risiko ditakrifkan sebagai "gabungan kemungkinan berlakunya peristiwa berbahaya atau pendedahan kepada peristiwa berbahaya dan tahap keterukan kecederaan atau kemudaratan yang boleh berlaku akibat peristiwa atau pendedahan tersebut". (the combination of the likelihood of an occurrence of a hazardous event or exposure(s) and the severity of injury or ill health that can be caused by the event or exposure(s).) Dalam Takaful, perkataan "risiko" merujuk kepada kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa dan tahap keterukan kesan-kesan negatif daripada peristiwa tersebut. Dalam erti kata lain, ia sentiasa melibatkan ketidakpastian yang berpunca daripada kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa, yang mana hasilnya boleh mengakibatkan seseorang berada dalam kedudukan yang lebih buruk berbanding dengan kedudukan beliau sebelum berlakunya peristiwa tersebut.

A2.2

KONSEP RISIKO Memandangkan wujudnya kaitan antara risiko dengan Takaful, tumpuan akan diberikan pada risiko yang melibatkan kemungkinan berlakunya kerugian dari segi kewangan. Kerugian kewangan boleh ditakrifkan sebagai penurunan atau kehilangan nilai disebabkan oleh sesuatu kontingensi.

16

Selain risiko merupakan ketidakpastian yang mungkin menyebabkan kerugian akibat daripada peristiwa yang tidak dijangka, risiko juga merupakan hubungan antara kekerapan dengan keterukan. Kekerapan merujuk kepada berapa kali kerugian berlaku (contohnya 170,670 kemalangan jalan raya setiap tahun) manakala keterukan merujuk kepada saiz kerugian (contohnya kerosakan kenderaan akibat kemalangan jalan raya mencapai RM10 juta pada tahun 2012). Hubungan antara kekerapan dengan keterukan kewangan justeru adalah penting bagi syarikat insurans dan Pengendali Takaful. Secara umumnya, terdapat kekerapan yang tinggi bagi kadar insiden yang rendah dan kekerapan yang rendah bagi kadar insiden yang tinggi. Sebagai contoh, terdapat banyak insiden kecil kebakaran rumah berbanding dengan sangat sedikit kes kebakaran rumah yang musnah sama sekali. 2.2.1 Kategori Risiko Risiko boleh dikelaskan kepada beberapa kategori yang berbeza. Kategori yang paling penting adalah seperti yang berikut: 1.

Risiko Tulen berbanding Risiko Spekulatif Risiko Tulen

Spekulatif

2.

Huraian Kemungkinan yang boleh menyebabkan hanya kerugian (contoh, rumah musnah akibat kebakaran) atau tiada kerugian (contoh rumah tidak musnah akibat kebakaran yang berlaku pada tahun itu). Risiko tulen amnya boleh dilindungi. Kemungkinan yang boleh menyebabkan kerugian, tiada kerugian atau keuntungan (perolehan). Risiko spekulatif amnya tidak boleh dilindungi.

Contoh Kebakaran, kilat, banjir, ribut, kematian awal, kemalangan, kecurian, dan lain-lain

Pelaburan dalam pasaran saham, turun naik mata wang asing, menceburi perniagaan baharu.

Risiko Asas berbanding Risiko Khusus

Risiko Asas

Penerangan Risiko yang akan memberikan kesan kepada semua lapisan masyarakat atau sejumlah besar orang dalam masyarakat. Risiko ini bukan dalam kawalan individu.

Contoh Kerosakan kepada harta benda akibat gempa bumi, peperangan, dan lain-lain

17

Khusus

Risiko yang akan memberi kesan kepada individu sahaja dan dalam kawalan individu.

Kerosakan kepada harta benda akibat kemalangan, kecurian, rompakan.

2.2.2 Jenis Risiko Tulen Risiko tulen boleh dikategorikan kepada tiga (3) jenis yang akan menjejaskan jaminan kewangan, iaitu: 1.

Risiko peribadi Risiko ini ditakrifkan sebagai risiko yang secara langsung memberikan kesan terhadap individu. Risiko peribadi seterusnya boleh dibahagikan kepada empat (4) jenis seperti yang berikut: Bil. Jenis risiko

2.

Huraian

1

Kematian Awal

Kematian ketua isi rumah atau pencari nafkah boleh menyebabkan kesukaran kewangan kepada tanggungan.

2

Pendapatan yang tidak mencukupi semasa Persaraan

3

Kesihatan tidak memuaskan

Kemungkinan pesara hilang pendapatan yang diperoleh mereka jika mereka tidak mempunyai aset kewangan yang mencukupi atau sumber pendapatan persaraan lain. Kemungkinan untuk membayar bil-bil perubatan yang terlalu besar dan kehilangan pendapatan.

4

Pengangguran

Ancaman utama terhadap jaminan kewangan akibat daripada kitaran menurun perniagaan, perubahan teknologi dan ekonomi dan lain-lain

Risiko Harta Benda Risiko harta benda merujuk kepada kemungkinan kerugian disebabkan oleh kerosakan harta benda yang berpunca daripada pelbagai sebab, seperti kebakaran, banjir, gempa bumi dan bencana alam yang lain. Terdapat dua (2) jenis risiko yang berkaitan dengan harta benda:

18

Bil. Jenis risiko

3.

Huraian

1

Kerugian Langsung

Kerugian kewangan akibat kerosakan fizikal, kemusnahan atau kecurian harta. Sebagai contoh, sebuah kilang musnah oleh kebakaran (kerosakan fizikal kilang ialah satu kerugian langsung).

2

Kerugian tidak langsung atau kerugian turutan

Kerugian kewangan akibat tidak langsung daripada berlakunya kerosakan fizikal secara langsung atau kerugian kecurian harta. Sebagai contoh, tambahan kepada kerosakan fizikal kilang, pemilik akan kehilangan pendapatan (kerugian turutan) disebabkan oleh pengurangan dalam pengeluaran sementara kilang itu sedang dibaik pulih.

Risiko Liabiliti. Risiko ini merujuk kepada kecederaan tubuh badan pihak ketiga atau kerosakan harta benda. Dalam kes ini, mahkamah boleh memerintahkan orang yang menyebabkan kemalangan untuk membayar ganti rugi yang besar kepada orang yang mengalami kecederaan. Contoh: Firma perniagaan boleh dipertanggungjawabkan dari segi undang-undang bagi produk yang rosak yang boleh menyebabkan kecederaan atau kerosakan harta benda kepada pengguna yang menggunakan produk ini.

2.2.3 Ciri- Risiko yang Boleh Dilindungi di bawah Takaful Bil. 1

Ciri Nilai kewangan

Huraian Risiko ini mesti melibatkan kerugian yang boleh diukur dari segi kewangan supaya pampasan kewangan boleh dibuat akibat daripada kerugian, contohnya kebakaran rumah, kereta yang dicuri.

2

Pendedahan homogen (sama jenis) Risiko Tulen

Perlu ada sejumlah besar risiko yang serupa, dan homogen (sama jenis) sebelum mana-mana risiko daripada jumlah yang besar tersebut boleh diinsuranskan. Secara umumnya, hanya risiko tulen (kerugian atau pulangan modal) boleh diinsuranskan kerana insurans tidak boleh digunakan untuk membuat keuntungan.

3

19

4

Risiko khusus

5

Kebetulan

6

Kepentingan Boleh Takaful

Risiko-risiko khusus boleh dilindungi jika mereka memenuhi kriteria-kriteria risiko yang lain yang boleh dilindungi di bawah Takaful. Risiko-risiko asas secara umumnya tidak boleh dilindungi, contohnya peperangan, perubahan dalam adat walaupun risiko-risiko tertentu boleh dipertimbangkan bergantung pada lokasi geografi risiko-risiko tersebut. Kekerapan dan keterukan apa-apa risiko mestilah benarbenar di luar kawalan orang yang menginsuranskan. Ditakrifkan sebagai hubungan undang-undang antara orang yang diinsuranskan dengan sesuatu perkara dalam Takaful. Risiko yang hendak diinsuranskan mesti mempunyai beberapa bentuk kerugian kewangan yang diiktiraf oleh undang-undang. Orang yang Diinsuranskan mestilah orang yang akan mengalami beberapa kerugian kewangan jika risiko itu menjadi nyata, contohnya pemilik rumah menginsuranskan rumahnya sendiri.

2.2.4 Sumber Risiko Selain risiko, penting juga untuk memahami faktor-faktor yang boleh menyebabkan atau menyumbang kepada berlakunya kerugian iaitu "Peril "dan" Bahaya ". 1. Peril Peril menyebabkan berlakunya penyimpangan daripada apa yang kita jangkakan. Ia merupakan penyebab langsung kepada kerugian. Kewujudan peril memastikan bahawa kita dikelilingi oleh risiko seperti banjir, kematian, sakit, kecurian, keganasan dan lain-lain dan ini dibincangkan di bawah. a. Peril Semula Jadi: Kategori ini termasuk peril seperti kecederaan dan kerosakan yang disebabkan oleh unsur-unsur alam semula jadi seperti hujan, ais, salji, taufan, hurikan, gunung berapi, ombak besar, angin, gempa bumi, atau banjir. b. Peril Disebabkan Manusia: Terdapat juga peril disebabkan oleh manusia, yang menyebabkan kerugian. Ini merupakan hasil perbuatan masyarakat kita dan tindakan ganas dan tidak berperi kemanusiaan, yang mengakibatkan penyimpangan daripada jangkaan. Terdapat banyak peril seumpama ini, tetapi hanya sebahagian sahaja dibincangkan untuk menggambarkan kepentingan mereka. 20

i. ii. iii.

Kecurian Rusuhan, mogok dan kerosakan dengan niat jahat Kemalangan

c. Peril Ekonomi: Kategori peril yang ketiga atau punca risiko ialah bercirikan ekonomi dan contoh risiko jenis ini ialah kegawatan, inflasi, turun naik pasaran tempatan dan ketidakstabilan firma perindustrian. Kegawatan dalam pasaran menyebabkan tahap pengeluaran yang rendah dan peningkatan dalam pengangguran. Hasil pengeluaran yang rendah menyebabkan keuntungan yang berkurangan atau kerugian bagi tempat-tempat perniagaan manakala pengangguran menyebabkan pendapatan individu terhenti lantas mengakibatkan penderitaan mental dan fizikal. 2.

Bahaya Sementara bencana adalah punca langsung kerugian, bahaya merupakan faktor asas, yang meningkatkan kemungkinan berlakunya kerugian. Terdapat syarat-syarat, yang lebih berbahaya daripada yang lain contohnya, pekerjaan, sebagai juruelektrik adalah pekerjaan yang lebih berbahaya berbanding dengan jurubank kerana juruelektrik lebih mudah terdedah kepada kemalangan.

Bil. Jenis Bahaya 1

Bahaya Fizikal

Huraian Bahaya fizikal ditakrifkan sebagai keadaan fizikal yang meningkatkan kemungkinan kehilangan. Contoh: Kerosakan pendawaian di bangunan yang meningkatkan peluangkebakaran.

2

Bahaya Moral

Bahaya moral ditakrifkan sebagai sikap individu yang meningkatkan kemungkinan kebakaran. Contoh: Membakar barangan yang tidak terjual dengan sengaja yang dilindungi di bawah Takaful.

21

3

Bahaya moral

Bahaya moral ialah suatu sikap kurang prihatin mengenai akibat tindakannya. Satu contoh ini ialah seorang yang cuai memadamkan rokok dan tidak ambil peduli tindakannya melemparkan rokok itu di sekitar yang boleh menyebabkan kebakaran.

A2.3

PENGURUSAN RISIKO Menurut Institut Insurans Bertauliah UK (Chartered Insurance Institute UK), pengurusan risiko boleh ditakrifkan sebagai "pengenalpastian, analisis dan kawalan ekonomi bagi semua risiko yang memberikan kesan kepada aset dan keupayaan pendapatan perusahaan". Sementara itu, Institut Insurans Malaysia (Malaysian Insurance Institute, MII) mentakrifkan pengurusan risiko sebagai " pendekatan sistematik dalam menangani risiko yang mengancam aset dan pendapatan daripada perniagaan atau perusahaan ".

2.3.1 Proses Pengurusan Risiko

1. Mengenal Pasti Risiko Merujuk kepada proses mengenal pasti, menganalisis, mengkaji dan menjangkakan kemungkinan risiko. Objektif mengenal pasti risiko adalah untuk mengenal pasti dan mengkategorikan risiko yang boleh menjejaskan projek dan mendokumentasikan risiko-risiko ini. Hasil daripada mengenal pasti risiko ialah penyenaraian risiko-risiko.

22

2. Menilai Risiko Menilai risiko ialah proses menentukan kesan risiko atau potensi kerugian supaya tindakan sewajarnya dapat diambil, dengan mengambil kira sumber yang ada. Dalam usaha menilai atau menentukan impak risiko, berikut perlu dipertimbangkan: a. Kekerapan Risiko Merujuk kepada bilangan berapa kali peristiwa yang menyebabkan kerugian akan berlaku dalam tempoh masa yang diberikan (kebarangkalian kejadiannya).

b. Keterukan Risiko Merujuk kepada kos atau jumlah kerugian, dari segi nilai wang, yang timbul daripada peristiwa yang menyebabkan kerugian.

3. Membangunkan Pelan Pengurusan Risiko Setelah risiko dinilai sepenuhnya, maka perlu pula untuk membangunkan pelan pengurusan risiko dengan memilih kaedah pengendalian risiko yang bersesuaian. Pemilihan perlu mengambil kira kos dan keberkesanan. Berikut ialah kaedah pengendalian risiko: Kaedah Penghindaran risiko

Pengawalan Risiko

Huraian Ini merupakan teknik yang diusahakan untuk menghapus atau mencegah risiko melalui pemberhentian aktiviti-aktiviti atau perniagaan yang mencetuskan risiko. Contoh: Seorang perokok berhenti merokok untuk mengelak risiko kanser paru-paru. Ini merupakan satu teknik untuk mengurangkan risiko bagi mencapai tahap yang standard dan wajar. Ia melibatkan kaedah yang mengurangkan tahap kerugian yang teruk atau kemungkinan berlakunya kerugian. Contoh: Pemasangan perenjis air untuk memadamkan api bagi mengurangkan tahap kerugian yang teruk.

23

Pengekalan Risiko

Pemindahan risiko

Perkongsian risiko

Ini melibatkan penerimaan risiko jika tahap semasa risiko sudah berada pada tahap yang boleh diterima. Pengekalan risiko ialah satu strategi yang berdaya maju bagi risiko kecil apabila kos menginsuranskan risiko akan lebih besar dari masa ke masa berbanding dengan jumlah kerugian yang dialami. Ini melibatkan pemindahan risiko kepada organisasi atau individu. Apabila risiko dipindahkan, kerugian akan dibayar oleh organisasi atau individu yang mana risiko tersebut dipindahkan. Contoh: Seorang pemilik rumah boleh memindahkan risiko kerugian yang ditanggung apabila rumahnya musnah oleh kebakaran dengan menandatangani kontrak insurans kebakaran. Islam tidak membenarkan penukaran risiko, iaitu jumlah pemindahan akibat kerugian kewangan yang timbul daripada risiko. Ia tidak diiktiraf sebagai adil kepada setiap pihak kerana ia boleh menyebabkan terlebih beban -tuntutan di luar niat asal Pengendali Takaful, atau sebaliknya, yang juga boleh menyebabkan tahap premium yang tidak munasabah dikenakan kepada orang yang diinsuranskan. Sebagai alternatif, individu atau organisasi boleh berkongsi risiko dengan orang lain yang mempunyai ciri risiko yang sama. Amalan ini dikenali sebagai Takaful atau saling melindungi.

4. Melaksana Pelan Pengurusan Risiko Setelah melakukan pemilihan terhadap kaedah yang sesuai, pelan tersebut sedia untuk dilaksanakan. Bagi melaksanakan langkah ini, risiko tersebut perlu diberikan keutamaan dan diselaraskan dengan tindakan-tindakan yang diambil. Salah satu tindakan sudah tentunya adalah untuk menginsuranskan / melindungi risiko. 5. Mengkaji dan memantau Pelan Pengurusan Risiko Aktiviti ini melibatkan kajian secara berkala, pemantauan ke atas proses pelaksanaan serta semakan secara progresif ke atas pelan berdasarkan apa-apa perubahan dalam persekitaran perniagaan dan ekonomi. Kajian secara berkala boleh membantu untuk mengenal pasti apa-apa kekurangan atau pelarasan dan juga memastikan objektif pelan itu dicapai. Kajian perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun.

24

A2.4

KONSEP RISIKO DALAM ISLAM Salah faham dalam kalangan umat Islam terhadap konsep takdir (qada’ dan qadar) adalah perkara biasa. Mereka percaya bahawa masa depan mereka adalah di tangan Allah (SWT) dan manusia tidak perlu mengambil apa-apa tindakan proaktif untuk mengubah keadaan mereka.Ini adalah bertentangan dengan ayat al-Quran berikut: "... Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. " (Ar Ra'd: 11)

Islam menerima pakai pengurusan risiko sebagai salah satu cara untuk memastikan pencapaian sasaran dan objektif ke arah Sa'adah (kebahagiaan) di dunia dan akhirat. Ini boleh dijustifikasikan oleh ayat-ayat Al-Quran dan hadis. Bukti Al-Quran "Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata: “Sesungguhnya aku mimpi melihat: tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketuaketua kaum (yang hadir), terangkanlah kepada ku tentang mimpi ku ini, kalau kamu orang-orang yang pandai menta`birkan mimp. Mereka menjawab: “Yang demikian itu ialah mimpi-mimpi yang bercampur aduk, dan kami bukanlah orang-orang yang mengetahui mimpi-mimpi (yang sedemikian) itu. Dan (pada saat itu) berkatalah orang yang terselamat di antara mereka yang berdua itu, dan yang baharu teringat (akan pesanan Yusuf) sesudah berlalu suatu masa yang lanjut: “Aku akan memberitahu kepada kamu ta`birnya. Oleh itu, hantarkanlah daku pergi (kepada orang yang mengetahui ta`birnya)". (Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah dia): "Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Ta`birkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering (ta`birkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutus ku itu, semoga mereka dapat mengetahui ta`birnya".Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguhsungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun yang bersangatan kemaraunya, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)". (Surah Yusuf: 43-49) Berdasarkan tafsiran ini, Nabi Yusuf (as) telah menasihati Raja Mesir cara untuk menghadapi apa-apa malapetaka. Dalam usaha untuk mempersiapkan diri bagi 25

menghadapi 7 tahun kemarau (seperti yang diramalkan oleh Nabi Yusuf (as), orang-orang Mesir digalakkan untuk menanam tanaman secara aktif dalam tempoh 7 tahun pertama dan menyimpan hasil tersebut. Raja Mesir kemudiannya telah melantik Nabi Yusuf (as) sebagai Menteri Pertanian. Baginda kemudiannya melaksanakan cadangannya sendiri, seperti yang diperkenankan oleh Raja Mesir, dan hasilnya negara itu berupaya mengharungi 7 tahun kemarau. Ini adalah satu contoh yang jelas tentang pengurusan risiko, iaitu risiko kelaparan dan kebuluran dapat dicegah dengan menanam tanaman dan bahan yang boleh dimakan dalam tempoh 7 tahun kemakmuran.

Bukti Hadis Nabi Muhammad (saw) pernah bertanya kepada seorang Badwi yang telah meninggalkan unta beliau dengan membuka ikatannya, "Mengapa kamu tidak mengikat unta anda?" Orang Badwi itu menjawab, "Saya serahkan kepada kehendak Allah. Nabi (saw) berkata, "Ikatlah unta kamu terlebih dahulu kemudian berserahlah kepada Allah (SWT). Perbualan ini menggambarkan bahawa bukan sahaja umat Islam harus menerima takdir mereka tetapi juga menunjukkan bagaimana umat Islam perlu berusaha untuk mengurangkan risiko kerugian dan bencana, iaitu pengurusan risiko.

A2.5

RISIKO DAN TAKAFUL Terdapat banyak salah faham dalam kalangan umat Islam terhadap konsep takdir. Sesetengah orang Islam percaya bahawa masa depan adalah di tangan Allah (SWT), apabila mereka menghadapi mentaliti takdir dengan meletakkan diri mereka dalam doktrin ini, iaitu sama ada seseorang itu kaya atau miskin, gembira atau sedih, semuanya ditakdirkan oleh Allah (SWT). Akibat salah faham yang nyata ini, apa-apa usaha atau strategi pengurusan risiko untuk melindungi aset atau kehidupan telah dianggap sebagai bertentangan dengan takdir dan kehendak Allah (SWT). Dalam perancangan kewangan Islam, Takaful ialah satu cara untuk mengurangkan risiko kerugian kewangan akibat kemalangan dan musibah (Iqtisad Al-Islamy, 2003). Pada hakikatnya, Pelan Takaful ialah alternatif kepada insurans dalam perancangan kewangan konvensional. Dalam pelan Takaful, peserta akan membayar sejumlah wang yang ditentukan sebagai caruman (dikenali sebagai premium) sebahagiannya kepada dana risiko (peserta akaun khas) dengan menggunakan konsep Tabbaru '(derma) dan sebahagiannya kepada pihak lain (dikenali sebagai pengendali Takaful ) dengan persetujuan bersama bahawasanya Pengendali Takaful adalah di bawah tanggungjawab dari segi undang-undang untuk memberikan peruntukan untuk perlindungan kewangan

26

kepada peserta terhadap kerugian yang tidak dijangkakan, sekiranya risiko itu berlaku dalam tempoh yang telah dipersetujui. Dalam Takaful, risiko daripada individu atau organisasi disebarkan atau dikongsi dengan individu atau organisasi lain yang mempunyai corak yang sama secara relatif. Individu atau organisasi yang mengambil bahagian dalam skim ini akan memberikan caruman kepada dana Takaful. Sekiranya sesuatu risiko berlaku, mereka akan menerima pulangan daripada dana Takaful untuk menampung kerugian yang telah dialami mereka.

27

BAB A3 PENGENALAN TAKAFUL

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir bab ini, calon akan dapat:  Memahami konsep asas Takaful.  Memahami aplikasi dan manfaat Takaful.

A3.1

PENGENALAN Industri Takaful Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan yang pesat sejak awal penubuhannya pada tahun 1984. Industri ini telah berkembang daripada industri yang terdiri dari Pengendali Takaful tunggal untuk menjadi industri yang berdaya maju. Hari ini, Takaful merupakan industri yang penting dalam sistem kewangan Islam. Menurut laporan Bank Negara Malaysia yang terkini, industri Takaful mengalami purata kadar pertumbuhan sebanyak 27 peratus daripada segi sumbangan atau caruman bersih antara tahun 2005 hingga 2012.

3.1.1 Definisi Perkataan “Takaful” berasal daripada kata kerja bahasa Arab “kafala” yang bermaksud saling menjamin. Oleh itu, pakatan yang melibatkan sekurang-kurangnya antara dua pihak yang sama-sama bersetuju untuk menjamin satu sama lain sekiranya berlaku kehilangan atau kerugian, sebagai akibat daripada ditimpa bencana mentakrifkan istilah "Takaful". Menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) Takaful bermaksud: "Suatu pengaturan yang berdasarkan saling membantu di mana peserta Takaful bersetuju untuk menyumbang kepada kumpulan wang bersama yang memberi manfaat kewangan bersama yang boleh dibayar kepada peserta Takaful atau waris mereka apabila berlaku keadaan-keadaan yang telah dipersetujui terlebih dahulu".

A3.2

FALSAFAH DAN KONSEP TAKAFUL Pada dasarnya, sistem Takaful adalah berasaskan saling bekerjasama, bertanggungjawab, jaminan, perlindungan dan membantu dalam kalangan para pesertanya. Amalan yang sama boleh dilihat dalam amalan al-aqilah di bawah adat kebiasaan suku bangsa Arab 28

sebelum kedatangan Islam di mana seorang pembunuh dikehendaki membayar wang darah (diyat) sebagai pampasan kepada keluarga si mati. Doktrin ini telah dibenarkan oleh Nabi Muhammad (saw) dan seterusnya dijadikan mandatori semasa Khalifah kedua, Saidina Umar Al Khatab (ra). 1. Asas Kerjasama

Takaful, adalah berasaskan konsep ta'awun bermaksud saling membantu. Para peserta skim Takaful bersetuju untuk membantu antara satu sama lain dalam berbentuk kewangan dalam perkara keperluan yang khusus (sebagaimana yang ditakrifkan dalam kontrak Takaful) dengan menyumbang atau menderma kepada satu kumpulan wang yang umum. Konsep ini adalah berdasarkan perintah Allah (SWT) menerusi ayat yang berikut: "... Bekerjasamalah kamu dalam kebaikan dan ketakwaan, tetapi jangan kamu membantu satu sama lain dalam dosa dan permusuhan" (al-Maidah: 2) Nabi Muhammad (saw) menegaskan dalam hadis yang berikut: "Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi dia membantu orang lain" (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud) 2.

Asas Tanggungjawab Seiring dengan disiplin syariah ke atas Takaful (yang bermaksud berkongsi tanggungjawab dan berkongsi jaminan), para peserta bersetuju untuk memberi pampasan sekiranya berlaku musibah. Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang yang beriman, antara satu sama lain, adalah seperti jasad, apabila salah satu daripada bahagian-bahagian yang ditimpa kesakitan, maka seluruh jasad akan merasainya. (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

3.

Asas Saling Melindungi Para peserta Skim Takaful bersetuju untuk saling bertanggungjawab atau berkongsi tanggungjawab. Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Ahmad)

29

A3.3

APLIKASI DAN MANFAAT-MANFAAT TAKAFUL Pada tahun 1985 Majlis Akademik Liga Islam Sedunia, sesudah membuat pengubahsuaian yang sewajarnya membuat kesimpulan bahawa insurans berbentuk kerjasama adalah diterima dan dianggap sebagai alternatif kepada insurans. Sistem ini yang berada di dalam rangka kerja Islam perlu diasaskan seperti berikut: 1. Takaful Ulama Islam sebulat suara bersetuju bahawa perlindungan yang sesuai dengan kehendak syariah boleh diasaskan atas konsep Islam Takaful. Takaful adalah kata nama yang berasal daripada kata kerja bahasa Arab "kafala" yang bermaksud untuk menjaga keperluan seseorang. Takaful bermaksud saling membantu dalam kalangan kumpulan iaitu setiap ahli kumpulan bersama-sama berusaha untuk membantu mereka yang memerlukan dari dalam kumpulan. Konsep Takaful adalah berdasarkan perpaduan, berkongsi tanggungjawab dan persaudaraan ddalam kalangan ahli. Takaful boleh ditakrifkan sebagai tindakan sekumpulan orang yang berhasrat untuk menjamin antara satu sama lain dari dalam kumpulan terhadap kehilangan atau kerosakan yang mungkin berlaku ke atas sesiapa sahaja antara mereka. Ciri-ciri utama operasi Takaful adalah seperti berikut: o Pengendali bukanlah yang menanggung risiko, para Peserta yang saling melindungi antara satu sama lain. o Pengendali Takaful bertindak sebagai pemegang amanah bagi pihak para Peserta untuk menguruskan operasi perniagaan Takaful. o Semua caruman (premium) yang dibayar oleh peserta akan terkumpul dalam dana Takaful untuk pembayaran manfaat Takaful. o Dana Takaful pada masa yang sama boleh dilaburkan dalam urus niaga yang diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah. 2. Model Takaful a. Mudharabah (Kontrak Perkongsian Keuntungan) Dalam perniagaan Takaful, para peserta adalah sebagai pemberi modal yang menyumbang sejumlah wang pada kumpulan wang Takaful, manakala Pengendali Takaful sebagai usahawan bersetuju untuk menguruskan kumpulan wang tersebut dengan hasrat menjana keuntungan bagi kedua-dua pihak, peserta dan pengendali berkongsi keuntungan pada kadar yang ditentukan.

30

b. Wakalah (Kontrak Agensi) Dalam perniagaan Takaful, peserta melantik Pengendali Takaful sebagai wakil mereka untuk menguruskan perlindungan Takaful dan kumpulan wang Takaful mereka. Sebagai balasan bagi perkhidmatan agensi, Pengendali Takaful dibenarkan untuk mengenakan bayaran di bawah perjanjian tersebut. Fi boleh dibayar daripada caruman peserta Takaful. Ini bererti berdasarkan model di atas, perbelanjaan pengurusan boleh dicajkan kepada kumpulan wang Takaful sebagai caj pendahuluan. 3. Konsep dan Kontrak Takaful a. Tabarru' (Derma) Dalam perniagaan Takaful, peserta bersetuju untuk menyumbang kepada kumpulan wang Takaful berasaskan kontrak tabarru'. Kontrak Tabarru' adalah elemen teras dalam perniagaan Takaful dan bukan sahaja diamalkan di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Tabarru' dengan nyatanya mengislamkan kontrak insurans dengan menghapuskan kebanyakan unsur-unsur yang bercanggah. Ini sebenarnya adalah perbezaan asas antara insurans yang patuh syariah dan insurans konvensional. Dalam kontrak Takaful, Peserta hendaklah bersetuju untuk melepaskan sebagai derma keseluruhan atau sebahagian tertentu caruman yang sekali gus membolehkannya memenuhi tanggungjawab saling membantu dan saling jamin-menjamin. Kelebihan tabarru' dalam Takaful: i. Perlindungan Takaful yang patuh syariah. ii. Kelebihan melakukan amal soleh. A3.4

MANFAAT-MANFAAT TAKAFUL Takaful menawarkan kedua-dua keuntungan kewangan melalui skim perlindungan dan "keuntungan" dari segi kerohanian. Beberapa manfaat adalah seperti berikut: 1. Takaful membolehkan peserta untuk menunaikan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dan keluarga. 2. Takaful juga membolehkan bantuan kewangan bagi yang kurang bernasib baik dan mereka yang memerlukan melalui konsep tabarru' di mana sebahagian daripada sumbangan itu akan diagihkan kepada kumpulan wang berisiko. Derma

31

"Tabarru" juga membolehkan peserta untuk menyucikan diri mereka serta mencapai ketenangan fikiran. 3. Menggalakkan nilai-nilai moral dan etika berurusan dalam semua aktiviti perniagaan dan operasi kerana ianya bebas daripada unsur-unsur yang dilarang seperti riba, gharar dan maysir serta lain-lain unsur yang dilarang dalam urusan kewangan. 4. Memberi perlindungan dan keselamatan untuk keluarga dan kumpulan daripada sebarang musibah.

32

BAB A4 PERBANDINGAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir bab ini, calon akan dapat:   

A4.1

Memahami konsep asas, dasar dan jenis-jenis insurans. Memahami dan menerangkan unsur-unsur yang dilarang dalam amalan insurans. Memahami dan menerangkan perbezaan antara Takaful dan insurans.

PENGENALAN Insurans boleh ditakrifkan sebagai kontrak di mana satu pihak yang dinamakan sebagai penanggung insurans, berjanji sebagai balasan terhadap pertimbangan yang dipersetujui, yang dipanggil premium bagi membayar kepada pihak lain, yang dinamakan pihak diinsuranskan, sejumlah wang, apabila berlakunya keadaan tertentu pada tempoh tertentu. Oleh itu, dalam erti kata yang lain, kontrak insurans adalah kontrak antara dua pihak, penanggung insurans dan pihak diinsuranskan, di mana pihak terdahulu berjanji untuk membayar ganti rugi kepada pihak yang kemudian apabila berlakunya keadaan tertentu sebagai pulangan pada sumbangan atau carumannya. Insurans telah wujud sejak beberapa abad. Sesetengah ahli sejarah menjejaki asal usul insurans dari 215 Masihi /CE, apabila kerajaan Romawi diperlukan oleh pembekal tentera untuk menanggung semua risiko yang timbul akibat daripada serangan musuh, ribut, dan lain-lain bencana alam terhadap bekalan yang dibawa di atas kapal mereka. (Omar Fisher, 2009). Bukti terawal kontrak insurans bermula dari tahun sekitar 2,800 Sebelum Masihi di mana kod perundangan Babylon menunjukkan peraturan mengenai insurans. Pada asasnya konsep insurans telah dibangunkan untuk menangani bahaya yang dihadapi oleh saudagar-saudagar dan pedagang-pedagang di laut. Ini berbeza daripada perlindungan kargo dan barangan yang dibawa oleh kapal-kapal bagi perlindungan terhadap kehilangan nyawa para pelayar dan pegawai. Dalam erti kata lain, terdapat keperluan untuk manusia bersedia terhadap kerugian. Dan insurans moden boleh dijejaki bermula pada abad 1600 Masihi, apabila saudagarsaudagar British dan pemilik kapal mula bertemu di kedai kopi berhampiran Lombard Street di London. Kedai kopi ini dinamakan Lloyd, di mana mereka membuat perjanjian untuk saling berkongsi dalam keuntungan dan kerugian pelayaran di laut (Omar Fisher, 2009). Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa amalan tersebut juga tersebar luas di kalangan orang Cina, Yunani dan Eropah. Kes pertama insurans hayat bermula pada tahun 1583 di 33

England di mana kontrak jangka tertentu dikeluarkan untuk hayat William Gybbon. Satu perkembangan yang penting dalam industri insurans hayat ialah pembangunan jadual kemortalan oleh Edmund Halley dalam tahun 1693. Walau bagaimanapun, kira-kira satu abad kemudiannya barulah tahap ketepatannya telah dicapai dalam meramal kadar kemortalan. Insurans telah diperkenalkan di Malaysia bermula sejak abad ke-18 dan ke-19 di mana firma-firma perdagangan dan rumah-rumah agensi bertindak sebagai ejen bagi syarikatsyarikat insurans dari United Kingdom. Setelah mencapai kemerdekaan, terdapat usaha untuk menubuhkan syarikat insurans tempatan. Awal 1960-an menyaksikan pertumbuhan banyak syarikat-syarikat insurans hayat dan am. Sesetengah syarikat dikendalikan secara kurang sihat dengan garis panduan pengunderaitan yang tidak wajar. Kerajaan kemudiannya campur tangan dan Akta Insurans 1963 telah diperkenalkan. Di bawah Akta tersebut, pengendalian dan pengawasan industri insurans secara am adalah dalam bidang kuasa Ketua Pengarah Insurans di bawah Kementerian Kewangan. Barubaru ini, Kerajaan telah memperkenalkan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 bagi menggantikan akta yang lama.

4.1.1 Definisi Insurans Insurans boleh ditakrifkan sebagai kontrak di mana satu pihak dinamakan penanggung insurans, berjanji sebagai balasan terhadap pertimbangan yang dipersetujui, dipanggil premium bagi membayar kepada pihak lain, yang dinamakan pihak diinsuranskan, sejumlah wang, apabila berlakunya keadaan tertentu sepanjang tempoh tertentu.

4.1.2 Asas Insurans Insurans adalah satu proses di mana kerugian yang dialami oleh beberapa pihak disebar luas kepada dan ditanggung oleh pihak yang ramai. Dalam amalan moden, insurans adalah satu bentuk di mana beban kewangan musibah dipindahkan daripada Penanggung Insurans kepada Pihak yang Diinsuranskan. Konsep di sebalik insurans adalah bahawa sekumpulan orang terdedah kepada risiko yang sama berkumpul bersama-sama dan memberi sumbangan ke arah pembentukan satu kumpulan wang terkumpul. Seandainya ada pihak yang benar-benar mengalami kerugian daripada risiko tersebut, ia dibayar pampasan daripada kumpulan wang terkumpul yang sama. Sumbangan kepada pengumpulan tersebut dilakukan oleh sekumpulan orang yang berkongsi risiko umum dan dikutip oleh syarikat insurans dalam bentuk premium. Kontrak insurans adalah kontrak indemniti/ganti rugi (tidak termasuk Insurans Hayat dan Kemalangan Diri) dan prinsip ini menempatkan Pihak Diinsuranskan pada kedudukan kewangan yang sama seperti mana dia berada sebelum berlakunya musibah. Jumlah pihak diinsuranskan mestilah ditetapkan pada tahap, yang akan memberikan pampasan 34

yang mencukupi pada masa kerugian. Bagi insurans hartanah, susut nilai mestilah diambil kira. Kos insurans bergantung kepada skop perlindungan di mana tambahan perlindungan memerlukan tambahan premium. Secara umumnya, hanya kerugian yang tidak diduga dan tidak dijangka boleh diinsuranskan. Oleh itu, musibah atau kerugian yang dijangka secara amnya tidak boleh insurans (kecuali dalam Insurans Hayat).

4.1.3 Jenis-jenis Insurans Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) memperuntukkan bahawa: 1. Bagi maksud Akta ini, perniagaan insurans hendaklah dibahagikan kepada dua kelas: a. Perniagaan hayat, yang mana tambahan pada semua perniagaan yang insurans berkenaan dengan polisi hayat termasuk sebarang jenis perniagaan insurans yang dijalankan hanya berkaitan dengan perniagaan penanggung insurans hayat, dan b. Perniagaan am, yang bererti semua perniagaan insurans yang bukan perniagaan insurans hayat. 2. Bagi maksud Akta ini, insurans semula liabiliti di bawah polisi dikira sebagai perniagaan insurans dari kelas dan perihalan di mana polisi tersebut akan tergolong jika ianya dikeluarkan oleh penanggung insurans semula.

A4.2

RESOLUSI SYARIAH TERHADAP INSURANS Konsep insurans tidak mendapat persetujuan menyeluruh dari para ulama sama ada dibenarkan (halal) atau dilarang (haram). Oleh kerana insurans sebagaimana yang diamalkan sekarang, tidak wujud semasa zaman Nabi Muhammad (saw) 'ijtihad' digunakan untuk menentukan sama ada insurans dibenarkan atau sebaliknya.

4.2.1 Fatwa mengenai Larangan Insurans 1. Imam Sayyid Muhammad Amin ibn Sayyid Umar (Ibn Abidin) Ibn Abidin, ulama Islam dari Mazhab Hanafi mengeluarkan fatwa pada tahun 1836 bahawa kontrak tukaran yang digunakan dalam insurans konvensional tidak mematuhi kontrak tukaran (muawadhah) seperti yang dikehendaki oleh syariah. 2. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

35

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, pada mesyuarat yang diadakan pada 15 Jun 1972 membincangkan dan memutuskan mengenai isu-isu Insurans Hayat. Keputusan: Insurans Hayat yang disediakan oleh syarikat-syarikat insurans hari ini adalah transaksi perniagaan yang tidak sah kerana ia bercanggah dengan prinsipprinsip perniagaan Islam memandangkan kontrak mengandungi unsur-unsur gharar, maisir dan riba. Oleh yang demikian dari sudut pandangan syariah, insurans adalah haram. 3. Akademi Fiqh OIC Akademi Fiqh Islam, yang terbentuk daripada Pertubuhan Persidangan Islam, bermesyuarat dalam Sesi Kedua di Jeddah, Arab Saudi, dari 10 hingga 16 Rabiulawal 1406 H (bersamaan dengan 22-28 Disember 1985). Dan selepas mengkaji semula pembentangan dari para ulama yang mengambil bahagian dalam sesi berkenaan `Insurans dan insurans semula‟, dan setelah berbincang perkara yang sama, dan selepas memeriksa secara dekat kesemua jenis-jenis dan bentuk-bentuk insurans dan mengkaji secara mendalam prinsip-prinsip asas yang telah mereka asaskan dan matlamat serta objektif, dan meneliti secara mendalam apa yang telah dikeluarkan oleh Akademi Fiqh dan lain-lain institusi dalam perkara ini; Keputusan: Kontrak Insurans Komersil, dengan premium berkala yang tetap, biasanya diamalkan oleh syarikat-syarikat insurans komersial, adalah kontrak yang mengandungi unsur-unsur utama risiko, yang akan membatalkan kontrak dan oleh yang demikian adalah dilarang (haram) mengikut syariah. Kontrak alternatif yang sesuai dengan prinsip-prinsip Islam adalah urusan kontrak insurans koperatif, yang diasaskan atas dasar kebajikan dan kerjasama. Akademi Fekah OIC menjemput negara-negara umat Islam untuk menubuhkan institusi insurans koperatif dan entiti koperatif bagi insurans semula, dalam membebaskan ekonomi Islam daripada eksploitasi dan pelanggaran sistem Allah yang telah disediakan untuk ummah.

36

4.2.2 Unsur-unsur yang dilarang dalam Amalan Insurans Insurans adalah berdasarkan kepada kontrak beli dan jual yang mewujudkan unsur-unsur larangan seperti berikut: 1. Riba Riba Nasi'ah

Pertukaran bahan ribawi antara pihak diinsuranskan (premium) dan syarikat insurans (manfaat-manfaat tuntutan) pada masa yang berbeza.

Riba fadhl

Pertukaran bahan ribawi antara pihak diinsuranskan (premium) dan syarikat insurans (manfaat-manfaat tuntutan) pada kuantiti yang berbeza.

Riba Qard

   

Riba jahiliyyah

Syarikat insurans melabur premium dalam pelaburan yang menghasilkan faedah. Syarikat insurans membayar faedah ke atas produk mereka. Syarikat insurans mengambi kira faedah masa depan apabila mengira premium. Faedah yang dicajkan pada polisi pinjaman

Faedah yang dicajkan pada premium yang dibayar lewat.

2. Gharar 



  

Kedua-dua pihak dalam kontrak insurans tidak mengetahui secara tepat apakah kewajipan dan tanggungjawab mereka antara satu sama lain, baik syarikat insurans mahupun pihak diinsuranskan yang tahu hasil daripada kontrak. Pihak diinsuranskan tidak tahu jumlah pampasan yang dia mungkin terima seandainya berlaku kemalangan atau bahaya sebagaimana juga pihak diinsuranskan tidak tahu akan ada pampasan sebagaimana tidak tahunya hasil daripada kontrak. Penanggung insurans tidak tahu bila bahaya yang akan berlaku. Tidak ada keadilan dalam insurans yang mana pihak diinsuranskan dikehendaki membayar premium tetapi jika peril yang diinsuranskan tidak berlaku, pihak yang diinsuranskan tidak akan menerima apa-apa bayaran. Insurans adalah satu janji untuk membayar pampasan yang kadangkala dipenuhi dan kadangkala tidak. Ketidakpastian dalam hasil pertukaran pada ketika kontrak itu dimeterai, hasil daripada pertukaran itu masih tidak pasti. 37

4. Maisir    

A4.3

Pihak diinsuranskan boleh menerima sejumlah besar wang, tanpa input yang sama. Berkemungkinan membayar premium tanpa mendapat sebarang amaun atau jumlah wang sebagai balasan. Penanggung insurans kerugian jika terlalu banyak tuntutan. Premium yang diperoleh melebihi tuntutan, Penanggung insurans boleh membuat keuntungan yang besar.

PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS Bil. 1

Isu-isu berkaitan Inti pati Niat

2

Isi kandungan

3

Jaminan

4

Kumpulan Wang atau Dana

5

Bayaran sumbangan / premium

6

Unsur Larangan

7

Keuntungan

Takaful

Insurans

Niat adalah untuk mewujudkan kedua-dua perhubungan rohani dan undang-undang Isi kandungan mestilah dibenarkan Syariah

Niat adalah untuk mewujudkan hubungan undang-undang sahaja

Pengendali Takaful hanya Pengurus Kumpulan Wang atau Dana. Peserta saling menjamin antara satu sama lain Kumpulan Wang atau Dana adalah milik Peserta dan diuruskan oleh Pengendali Takaful bagi pertimbangan yang sah terhadap perkhidmatan yang diberikan Sumbangan dianggap sebagai derma (tabarru)

Syarikat yang menyediakan jaminan

Model Islam adalah berdasarkan prinsip-prinsip Islam dan bebas daripada sebarang unsur-unsur haram Keuntungan dikongsi antara Peserta dengan Pengendali

Isi kandungan mestilah dibenarkan oleh Common Law.

Kumpulan Wang adalah milik Syarikat walaupun aset diasingkan dan dikekalkan di antara pemegang saham dengan pemegang polisi Premium yang dibayar mewujudkan suatu kewajipan terhadap penanggung insurans ke atas kontrak jual beli Polisi insurans berkisar unsurunsur Gharar, Riba dan Maisir

Dalam insurans keuntungan adalah mengikut budi bicara Syarikat

38

8

Kontrak

9

Pendekatan Risiko

10

Manfaat

11

Keuntungan / Bonus

12

Pelaburan Kumpulan Wang atau dana

Gabungan kontrak tabarru' (derma) dan agensi atau kontrak perkongsian keuntungan Konsep perkongsian risiko dalam kalangan Peserta Dibayar daripada kumpulan wang atau dana bersama yang ditakrifkan di bawah indemniti/ganti rugi yang ditanggung oleh peserta Menyatakan dari awal lagi bagaimana keuntungan yang akan dikongsi di antara peserta dengan pengendali

Kontrak pertukaran (jual dan beli) antara penanggung insurans dengan pihak diinsuranskan Konsep pemindahan risiko daripada pihak diinsuranskan kepada syarikat insurans Dibayar daripada kumpulan wang atau dana yang dimiliki secara sah oleh syarikat

Boleh menawarkan bonus atau keuntungan secara umum sahaja terutamanya dengan polisi keuntungan penyertaan

Aset kumpulan wang atau Tiada sekatan selain daripada dana takaful dilaburkan dalam alasan-alasan yang disebabkan instrumen yang patuh Syariah oleh peraturan kehematan

39

BAB A5 PRINSIP DAN MODEL PERNIAGAAN TAKAFUL

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir bab ini, calon akan dapat:   

A5.1

Menyenaraikan pelbagai prinsip asas Takaful. Memahami model perniagaan Takaful yang diterima pakai oleh Pengendali Takaful. Menerangkan pelbagai prinsip dan model kepada bakal pelanggan.

PENGENALAN Kontrak Takaful bukan sahaja tertakluk kepada prinsip-prinsip umum undang-undang kontrak, tetapi juga prinsip-prinsip khusus undang-undang yang termaktub dalam kontrak Takaful. Berdasarkan kaedah-kaedah undang-undang yang telah ditetapkan dalam konsep fiqh al-asl fi al-ashya 'al-ibahah (semua perkara adalah dibenarkan melainkan jika ditetapkan sebaliknya), kontrak Takaful menyepadukan prinsip-prinsip normal insurans ke dalam amalan Takaful yang merangkumi konsep keadilan dalam berurusan seperti yang dihuraikan dengan terperinci oleh syariah.

A5.2

PRINSIP-PRINSIP ASAS TAKAFUL

5.2.1 Kepentingan Boleh Takaful (Lindung) Istilah "Kepentingan Boleh Takaful" merujuk kepada manfaat (atau faedah) seseorang yang ada pada sesuatu objek atau orang yang dilindungi. Manfaat ini boleh dirujuk kepada, antara lain, manfaat kewangan. Seseorang yang memiliki kepentingan yang dibolehkan pada suatu benda yang apabila dia mengalami kerugian (kewangan atau sebaliknya) sekiranya benda tersebut dirosakkan atau hilang. Kepentingan Boleh Takaful wujud apabila terdapat hubungan antara peserta dengan sesuatu benda, kebiasaannya timbul daripada beberapa situasi seperti berikut: Hubungan Pemilikan Harta benda

Deskripsi Pemilik harta benda akan rugi daripada segi kewangan jika harta benda mereka rosak atau musnah.

Potensi Liabiliti Undangundang

Kepentingan Boleh Takaful boleh juga wujud apabila terdapat kerugian kewangan yang berlaku daripada liabiliti undang-undang.

40

Hak Perundangan

Kepentingan di atas boleh diwujudkan sekiranya terdapat peruntukan dalam kontrak bahawa satu pihak bertanggungjawab sepenuhnya bagi sebarang kerugian atau kerosakan pada harta benda dan liabiliti pihak ketiga.

Kepentingan Boleh Takaful mestilah wujud pada permulaan dan pada masa berlaku kerugian – sekiranya tidak, perlindungan Takaful adalah tidak sah. Beberapa contoh mereka yang mempunyai Kepentingan Boleh Takaful adalah: 1. Individu yang hayat dan badannya mempunyai Kepentingan Boleh Takaful yang tidak boleh dipersoalkan pada apa jua jumlahnya. 2. Pasangan yang mempunyai Kepentingan Boleh Takaful terhadap hayat dan harta benda sesama mereka. Seseorang itu mempunyai Kepentingan Boleh Takaful terhadap kanak-kanak atau bayi di bawah umur majoriti ketika perlindungan Takaful mula berkuat kuasa, dan juga terhadap sesiapa yang di bawah jagaannya sepenuh masa atau sebahagian daripadanya. 4. Pemiutang mempunyai Kepentingan Boleh Takaful terhadap hayat si penghutang (setakat jumlah hutang) tetapi penghutang tidak mempunyai kepentingan terhadap hayat si pemiutang. 5.2.2 Kewajipan Penuh Percaya Mutlak Kewajipan Penuh Percaya Mutlak boleh ditakrifkan sebagai kewajipan yang positif secara sukarela untuk menzahirkan, dengan tepat dan sepenuhnya semua fakta penting mengenai risiko yang dicadangkan, sama ada diminta atau tidak. Kontrak Takaful, kedua-dua Keluarga dan Am yang dimeterai oleh semua pihak berdasarkan Penuh Percaya Mutlak, bermaksud bahawa kedua-duanya adalah dikehendaki untuk mendedahkan semua fakta yang berkaitan, sama ada diminta atau tidak, yang penting kepada keputusan pihak lain untuk memasukkannya ke dalam kontrak. Kegagalan mendedahkan maklumat penting walaupun tidak diminta, membuatkan pihak yang terkilan berhak untuk menganggap kontrak sebagai tidak sah. Di bawah doktrin Penuh Percaya Mutlak kedua-dua pihak iaitu peserta dan Pengendali Takaful mestilah mendedahkan semua fakta penting sepenuhnya dengan penuh kebenaran. Doktrin Penuh Percaya Mutlak juga memerlukan bahawa tidak ada penyembunyian, salah pernyataan atau berniat menipu fakta-fakta penting. Tanggungjawab Penuh Percaya Mutlak mestilah berterusan sepanjang tempoh Takaful di mana peserta dikehendaki memberitahu dan mendedahkan kepada Pengendali Takaful akan sebarang perubahan yang mungkin meningkatkan risiko dengan ketara. Pengendali Takaful seterusnya akan 41

membuat keputusan sama ada peningkatan risiko tersebut memerlukan peningkatan dalam kadar caruman, perlukan syarat-syarat tambahan, atau dalam kes yang teruk, terpaksa dibatalkan. Sebagai contoh ialah perubahan fungsi/kegunaan sesebuah bangunan daripada sebuah kedai runcit kepada stor penyimpanan bahan bunga api. Dalam kontrak Takaful, bagi penguatkuasaan sijil, pihak-pihak yang terlibat di dalamnya perlu mempunyai niat yang baik. Oleh itu, tiadanya pendedahan tentang fakta-fakta penting, penglibatan dalam perbuatan menipu, salah pernyataan atau pernyataan palsu adalah semua unsur yang boleh membatalkan sijil Takaful. Pelanggaran Penuh Percaya Mutlak berlaku apabila pencadang tahu atau menjangkakan secara munasabah untuk mengetahui sesuatu fakta penting:  

Gagal menzahirkan fakta penting, atau Salah nyata fakta penting.

Apabila peserta gagal menzahirkan suatu fakta penting pelanggaran penuh percaya mutlak dinyatakan sama ada sebagai tidak menzahirkan atau penyembunyian, iaitu penipuan tidak menzahirkan. Sekiranya dia salah nyata sesuatu fakta penting, pelanggaran itu disebut ditakrifkan sebagai salah nyata tanpa niat atau penipuan kerana salah nyata. Sebagai contoh, peserta Takaful Keluarga mempunyai penyakit yang sedia ada tetapi gagal memaklumkannya kepada Pengendali Takaful. Fakta Penting (Material) Fakta penting (material) ditakrifkan sebagai sebarang fakta munasabah yang akan mempengaruhi keputusan pengunderaitan Pengendali Takaful terhadap sijil, seperti akan mempengaruhi keputusan pihak underait sama ada mengeluarkan sijil atau caruman terhadap sijil. Contoh: Jika pencadang memohon sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan dan mengakui bahawa dia tidak mempunyai penyakit yang serius, sedangkan dia adalah pesakit kencing manis. Salahnyataan beliau dianggap material bilamana Pengendali Takaful tidak akan mengeluarkan sijil itu seandainya mengetahui fakta tersebut. Apabila pelanggaran penuh percaya mutlak berlaku, kontrak Takaful terbatal tanpa mengira sama ada pelanggaran itu telah dilakukan secara jujur atau menipu. Menurut Seksyen 141 (4) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013: Sebelum kontrak Takaful selain daripada kontrak Takaful pengguna dimeterai, diubah atau diperbaharui, pencadang hendaklah mendedahkan kepada Pengendali Takaful berlesen sesuatu perkara bahawa:

42

o dia tahu akan relevannya keputusan Pengendali Takaful berlesen sama ada untuk menerima atau tidak risiko tersebut, dan kadar dan terma-terma yang digunakan, atau o seseorang dalam keadaan yang munasabah yang boleh dijangkakan yang dia mengetahui bahawa sesuatu itu adalah relevan. Bagaimanapun, menurut Bahagian 2 Jadual 9 Perenggan 4 akta tersebut, kewajipan pendedahan itu tidak memerlukan pendedahan perkara yang berikut: o mengurangkan risiko kepada Pengendali Takaful berlesen o perkara yang menjadi pengetahuan umum o Pengendali Takaful berlesen tahu atau mengikut kebiasaan perniagaannya patut tahu o berhubung di mana Pengendali Takaful berlesen mengetepikan sebarang keperluan bagi penzahiran 5.2.3 Prinsip Indemniti Indemniti boleh ditakrifkan sebagai satu mekanisme yang digunakan oleh Pengendali Takaful untuk menyediakan pampasan dalam usaha untuk mengembalikan peserta kepada kedudukan kewangan yang sama selepas kerugian sepertimana yang dinikmati sebelum kerugian. Kontrak Takaful menjanjikan kebaikan kepada peserta sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan. Apabila kerugian berlaku, jumlah yang peserta boleh dapat kembali dipanggil 'ukuran ganti rugi‟. Prinsip indemniti memerlukan Pengendali Takaful mengembalikan peserta kepada kedudukan kewangan yang sama seperti yang dia telah dinikmati sebelum kerugian. 5.1.4 Prinsip Subrogasi Prinsip Subrogasi merujuk kepada hak Pengendali Takaful untuk berada di tempat peserta, sesudah pembayaran tuntutan daripada pihak ketiga, sehingga peserta berhak untuk kembali pulih. Hak subrogasi walau bagaimanapun, dilaksanakan oleh Pengendali Takaful sebelum pembayaran kerugian. Prinsip ini adalah turutan daripada Prinsip Indemniti. 5.1.5 Prinsip Sumbangan Prinsip Sumbangan boleh ditakrifkan sebagai hak orang yang dilindungi untuk meminta orang lain yang mempunyai perlindungan yang sama tetapi tidak semestinya bertanggung jawab kepada peserta yang sama untuk berkongsi kos bayaran indemniti. Prinsip Sumbangan adalah satu lagi yang turutan Prinsip Indemniti. Oleh itu, ia hanya terpakai kepada kontrak indemniti sahaja.

43

5.1.6 Sebab Terhampir Prinsip ini ditakrifkan sebagai punca yang terdekat dan terkuat serta aktif yang ditetapkan yang membawa kepada akibat, tanpa gangguan daripada mana-mana tindakan yang bermula dan bergerak secara aktif daripada sumber baharu dan bebas. Kerugian tidak mungkin disebabkan daripada satu kejadian. Ia mungkin sebab-sebab yang serentak atau sebab-sebab berturutan yang mungkin berlaku dalam turutan atau dalam turutan yang terputus. Oleh itu, punca kerugian perlu ada kerana hanya risiko khusus yang dilindungi (tidak termasuk risiko seperti yang dinyatakan dalam sijil Takaful) boleh diberi pampasan. Contoh: Peserta menderita sakit batu karang, dilanggar oleh sebuah kereta dan mati, walaupun bagi penyakit batu karang, dia tidak akan meninggal dunia. Kematiannya bukannya di dalam polisi kemalangan (Louden v British Merchants Ins.Co Ltd [1961]). Apabila berlaku kerugian, tanggungjawab atau beban untuk membuktikan bahawa kerugian yang berlaku adalah daripada peril yang dilindungi terletak pada Peserta. Sebaliknya, tanggungjawab membuktikan bahawa kerugian tersebut dikecualikan daripada perlindungan sebabkan oleh pengecualian tertentu di dalam sijil adalah terletak pada Pengendali Takaful. 5.1.7 Tabarru '(Derma) "Tabarru" (dari segi harfiah bermaksud derma), adalah tanggungjawab bersama dan prinsip jaminan bersama yang jelas menyatakan bahawa wang yang dikutip akan digunakan untuk tujuan membantu "peserta lain yang memerlukan bantuan mengikut terma-terma yang dipersetujui selagi terma-terma itu tidak bercanggah dengan syariah. " Dalam perniagaan Takaful, tabarru '(dermaTakaful) adalah satu kontrak di mana peserta bersetuju mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada carumannya (untuk dana Takaful) bagi menyediakan bantuan kepada peserta lain. Dengan cara ini, dia memenuhi kewajipan bagi jaminan bersama dan saling membantu seandainya peserta lain mengalami kerugian. Konsep ini juga telah menghapuskan unsur gharar daripada kontrak Takaful.

A5.2

PENGURUSAN DANA BERASINGAN DI BAWAH PERNIAGAAN TAKAFUL Pengendali takaful dikehendaki mengekalkan dan mengasingkan tiga jenis dana: 1. 2.

Dana Takaful Am Dana Takaful Keluarga 44

3.

Dana Pemegang Saham

Ciri-ciri penting sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 berhubung dengan Dana Takaful adalah seperti berikut: Seksyen 90: Pengendali Takaful berlesen hendaklah menubuhkan dan menyelenggarakan satu atau lebih dana Takaful bagi mana-mana kelas atau deskripsi urus niaga Takaful sebagaimana yang ditentukan oleh Bank. Seksyen 91: Pengendali Takaful berlesen hendaklah memastikan Dana Takaful yang ditubuhkan dan diselenggarakan di bawah Seksyen 90 disimpan secara berasingan daripada dana pemegang saham.

A5.3

JENIS-JENIS MODEL TAKAFUL Operasi Takaful dalam sektor Tijari (komersial) boleh distrukturkan kepada beberapa model perniagaan seperti yang disenaraikan di bawah:    

Model Wakalah Model Mudharabah Model Mudharabah + model Wakalah juga dikenali sebagai model hibrid Model Wakaf

Walau bagaimanapun, hanya model wakalah dan mudharabah yang diamalkan di Malaysia. 1. Model Wakalah Di bawah model ini, peserta Takaful sebagai prinsipal akan melantik Pengendali Takaful sebagai wakil atau ejen untuk menguruskan penyertaan peserta dalam pelbagai produk Takaful yang disediakan oleh Pengendali Takaful. Sebagai balasan terhadap perkhidmatan agensi, Pengendali Takaful dibenarkan untuk mengenakan bayaran di bawah perjanjian tersebut. Fi boleh dibayar daripada caruman Takaful yang dibayar oleh peserta. Ini bererti berdasarkan model di atas, perbelanjaan pengurusan boleh dicajkan kepada dana Takaful sebagai bayaran pendahuluan.

45

Carta Aliran Takaful Am Model Wakalah

Carta Aliran Takaful Keluarga Model Wakalah

46

5.3.2 Model Mudharabah Di bawah perjanjian ini, peserta Takaful sebagai penyedia modal (sahibul-mal) akan memeterai kontrak perkongsian keuntungan dengan Pengendali Takaful sebagai pengusaha (mudharib). Peserta Takaful berkewajipan membuat sumbangan Takaful (modal) manakala Pengendali Takaful akan menguruskan perniagaan Takaful. Kontrak ini akan menentukan keuntungan perniagaan Takaful dan nisbah untuk dikongsi bersama antara kedua-dua pihak seperti 50:50, 60:40 atau 70:30 antara peserta dengan pengendali. Pada dasarnya, keuntungan dalam Takaful ditakrifkan sebagai pulangan ke atas pelaburan dan lebihan pengunderaitan berkenaan dengan dana Takaful sahaja. Oleh itu, ini tidak termasuk keuntungan yang diperoleh daripada Dana Pemegang Saham. Bagi urus niaga Takaful Keluarga, keuntungan termasuk lebihan kemortalan yang akan diagihkan kepada peserta yang layak seperti yang diisytiharkan oleh penilaian aktuari pada akhir setiap tahun kewangan. Walau bagaimanapun, tidak seperti kontrak mudharabah produk perbankan Islam, perkongsian keuntungan dalam Takaful akan dilaksanakan hanya selepas semua kewajipan Takaful telah diambil kira: faktor terbesar adalah tuntutan. Sekiranya berlaku kerugian atau defisit terhadap dana Takaful, kerugian akan ditanggung sepenuhnya oleh peserta sebagai penyedia modal. Walau apa pun jua, adalah menjadi tanggungjawab Pengendali Takaful untuk melindungi kepentingan peserta dalam usaha memastikan urus niaga tidak akan terjejas dengan teruknya disebabkan kerugian yang mungkin merosakkan kredibiliti dan keyakinan Takaful secara keseluruhannya. Sekiranya berlaku kerugian, adalah baik bagi Pengendali Takaful untuk menjadikan kerugian sebagai "qard” atau pinjaman oleh pemegang saham. Satu ciri penting untuk diperhatikan bahawa di bawah model mudharabah, perbelanjaan pengurusan tidak dikenakan ke atas dana Takaful, sebaliknya ditanggung oleh dana pemegang saham. Hasil daripada dana pemegang saham adalah sebahagian daripada perkongsian untung daripada dana wang Takaful dengan peserta, dan semua pulangan ke atas pelaburan daripada dana Pemegang Saham itu sendiri.

47

Carta Aliran Takaful Am Model Mudharabah

Carta Aliran Takaful Keluarga Model Mudharabah

48

BAB A6 PEMBANGUNAN DAN PENGAWALSELIAAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir bab ini, calon akan dapat:    

Mengenal pasti dan menerangkan keperluan undang-undang dan pengawalseliaan operasi Takaful. Menjelaskan peranan penyeliaan dan pengawalan pihak berkuasa dalam pembangunan industri Takaful. Mengenal pasti badan-badan Perlindungan Pengguna dan fungsinya Mengetahui pelbagai persatuan dalam industri dan tujuan kewujudannya.

PENGENALAN Pembangunan industri Takaful di Malaysia bermula apabila Akta Takaful diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1984. Akta ini (Akta Takaful 1984) memperuntukkan peraturan urus niaga Takaful di Malaysia. A6.1

SEKILAS PANDANG INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA

6.1.1 Perkembangan Industri Takaful di Malaysia 1984-2013 Isu

1984

2013

Pengendali Takaful

Pengendali tunggal komposit dengan modal RM10 juta yang menetapkan asas untuk industri

11 Pengendali Takaful dengan modal minimum masing-masing RM100 juta, yang meningkatkan persaingan

Pelabur / Pemegang saham

Sebuah bank Islam dan majlismajlis agama negeri dan pertubuhan-pertubuhan agama

Produk

Produk terhad yang tertumpu pada Takaful motor, kebakaran dan gadai janji. Produk umum menguasai pasaran sebanyak 63% (dari segi caruman)

Pemegang saham lebih meluas yang terdiri daripada pelabur swasta, kumpulan perbankan, syarikat insurans dan syarikat insurans semula Kepelbagaian produk lebih meluas dengan ciri-ciri yang canggih. Produk keluarga menguasai pasaran sebanyak 71% (dari segi caruman)

49

Pelanggan

Kebanyakannya Muslim

Muslim dan bukan Muslim dengan jangkaan, pilihan dan permintaan yang berbeza.

Saluran Pengedaran

Cawangan dan pegawai pemasaran dan Meja Takaful

Cawangan, pegawai pemasaran, tenaga agensi, bankatakaful, broker, internet dan pakatan strategik

Saluran Pelaburan

Terhad pada deposit Islam dan sekuriti Islam Kerajaan

Lebih meluas dengan instrumen pelaburan patuh syariah yang dikeluarkan oleh Kerajaan dan sektor swasta

6.1.2 Perkembangan Industri Takaful Malaysia - Fasa I hingga III Dalam membangunkan industri Takaful di Malaysia, Bank Negara Malaysia telah menggunakan pendekatan tiga fasa secara beransur-ansur: 

Fasa I (1984-1992)

Fasa I bermula dengan penggubalan undang-undang pengawalseliaan khusus iaitu Akta Takaful 1984 dan Pengendali Takaful yang pertama memulakan perniagaan pada tahun 1985. Akta ini mengawal pengendalian perniagaan Takaful dan memerlukan pendaftaran Pengendali Takaful. Akta ini juga memperuntukkan penubuhan Jawatankuasa Syariah untuk memastikan operasi perniagaan Pengendali Takaful mematuhi prinsip-prinsip Syariah pada sepanjang masa. 

Fasa II (1993-2000) Dalam Fasa II, lebih banyak lesen telah diberikan kepada pengendali dan terdapat kerjasama serantau dalam kalangan Pengendali-pengendali Takaful, termasuk pembentukan Kumpulan Takaful ASEAN pada tahun 1995 dan penubuhan ASEAN Retakaful International (L) Ltd pada tahun 1997. Ini telah memudahkan pengaturan takaful semula dalam kalangan Pengendali Takaful di Malaysia dan di rantau ini, seperti Brunei, Indonesia dan Singapura.



Fasa III (2001-2010) Pelan Induk Sektor Kewangan (PISK) diperkenalkan pada tahun 2001 semasa Fasa III. Objektifnya, antara lain, adalah untuk meningkatkan kapasiti Pengendali Takaful dan memperkuatkan rangka kerja undang-undang, syariah dan pengawalseliaan industri Takaful. 50

Di bawah PISK, Malaysia berhasrat untuk menjadi pusat kewangan Islam antarabangsa, dan pada tempoh ini terdapat kadar peningkatan pembangunan industri Takaful. Persatuan Takaful Malaysia (MTA), persatuan bagi Pengendali Takaful ditubuhkan pada tahun 2002. MTA berhasrat untuk meningkatkan pengawalan kendiri industri melalui keseragaman amalan pasaran dan menggalakkan tahap kerjasama yang lebih tinggi dalam kalangan peserta bagi membangunkan industri.

6.1.3 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 Akta ini telah diluluskan oleh Parlimen pada 30 Jun 2013, menggantikan Akta Takaful 1984 dan Akta Perbankan Islam 1983. Akta ini memberi kuasa kepada BNM untuk mengawal dan menyelia institusi kewangan Islam ke arah mencapai kestabilan kewangan dan pematuhan syariah. Akta baru ini dianggap menyeluruh dan ketat berbanding Aktaakta yang digantikan sebelumnya. Akta ini juga menyediakan BNM cara yang diperlukan untuk tindakan campur tangan dan pemulihan. Akta ini memerlukan antara lain, Pengendali Takaful dengan lesen komposit (iaitu kedua-dua perniagaan Takaful Keluarga dan Am) untuk mengasingkan lesen kepada entiti yang berlainan dan setiap entiti mestilah mempunyai modal minimum sebanyak RM100 juta. Pengendali diberi 5 tahun untuk mematuhi peraturan baharu ini. Hukuman penalti dan penjara ke atas mereka yang bersalah melanggar Akta ini dikenakan had yang lebih tinggi. Ini adalah untuk mengelakkan ketidakpatuhan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan memberikan perhatian serius terhadap mereka yang terlibat dalam industri ini.

A6.2 RANGKA KERJA UNDANG-UNDANG INDUSTRI TAKAFUL Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) baru-baru ini digubal menggantikan Akta Takaful 1984 sebagai sumber undang-undang Takaful dan menyediakan peraturan perniagaan Takaful di Malaysia. Seksyen 30 Akta ini memerlukan Jawatankuasa Syariah ditubuhkan oleh pengendali. Undang-undang am yang mentadbir urus Takaful terletak pada prinsip-prinsip umum kontrak di mana perlu ada tawaran (ijab) dan penerimaan (qabul), dan seterurnya pengeluaran nota perlindungan, yang digantikan dengan sijil Takaful apabila dikeluarkan oleh pengendali. Pertimbangan terhadap kontrak adalah caruman/bayaran berkala yang dibuat oleh peserta dan indemniti oleh Pengendali Takaful daripada dana yang di bawah pengurusannya.

51

Akta ini dilengkapi dengan Peraturan Takaful (Peraturan) di mana Bank Negara Malaysia menetapkan butir-butir keperluan mandatori yang terkandung dalam peruntukanperuntukan tertentu pada Akta itu. 6.2.1 Bank Negara Malaysia (BNM) Apabila menyediakan rangka kerja kawalan selia bagi industri Takaful, Bank Negara Malaysia telah memberi pertimbangan yang sewajarnya antara matlamat yang berlainan pihak-pihak berkepentingan seperti berikut:    

Pengawal Selia Pengendali Pengguna Pihak-pihak berkepentingan tempatan dan antarabangsa

Walau bagaimanapun, tujuan utama peraturan adalah untuk memastikan bahawa pengantara / ejen Takaful mendapat maklumat yang mencukupi daripada bakal peserta sebelum memberi nasihat yang sesuai mengenai kesesuaian sesuatu produk Takaful kepada bakal pelanggan.

6.2.2 Objektif Penyeliaan Peranan BNM sebagai penyelia adalah untuk mencapai objektif seperti berikut:     

Memelihara kestabilan Industri Takaful; Memupuk keyakinan orang ramai terhadap Industri Takaful; Menggalakkan piawaian tadbir urus yang kukuh dalam pengurusan Pengendali Takaful; Memastikan pengguna mendapat maklumat secukupnya untuk membuat keputusan; Mengintegrasikan penyeliaan merentasi sempadan dan sektor.

Apabila menjalankan peranan penyeliaan, BNM mengeluarkan pelbagai pekeliling dan garis panduan yang disasarkan untuk meningkatkan piawaian profesionalisme dan kebertanggungjawaban pengantara / ejen Takaful serta melindungi kepentingan peserta. Ini akan memastikan bahawa bakal pelanggan boleh membuat keputusan berdasarkan maklumat yang secukupnya apabila mengambil bahagian dalam mana-mana skim Takaful. (Layari www.bnm.gov.my untuk pelbagai Garis Panduan yang dikeluarkan oleh BNM). Bagi Amalan Pasaran Pihak Berkepentingan dan Perlindungan Pengguna, BNM telah mengenal pasti bidang-bidang berikut yang perlu diberi perhatian : 

Penzahiran kepada pengguna: 52

Memastikan peserta mempunyai akses kepada maklumat yang tepat, tepat pada masanya dan relevan 

Kompetensi Pengantara: Penyeliaan yang lebih besar diperlukan untuk memastikan amalan penjualan yang betul memandangkan ciri manfaat yang tiada jaminan.



Pendidikan Pengguna: Memupuk kesedaran dan kefahaman yang lebih besar tentang risiko dan hak yang berkaitan dengan produk Insurans dan Takaful

hak-

a. Ketersediaan Saluran: Mekanisme penyelesaian pertikaian yang menawarkan penyelesaian segera bagi menyelesaikan pertikaian

A6.4

MAJLIS PENASIHAT SYARIAH DAN JAWATANKUASA SYARIAH Majlis Penasihat Syariah untuk Perbankan Islam dan Takaful telah ditubuhkan oleh BNM pada Mei 1997. Matlamat utamanya adalah untuk melihat kepada keputusan syariah dan mengharmonikan tafsiran Syariah Perbankan Islam dan Takaful di bawah seliaannya.

6.4.1 Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia Untuk rekod, Akta Bank Negara Malaysia 1958 dan Akta Takaful 1984 telah dipinda pada tahun 2003 untuk mengukuhkan lagi peranan Majlis Penasihat Syariah. Pindaan ini memberi pengiktirafan kepada majlis sebagai sebuah badan yang berwibawa yang mempunyai hak ke atas perkara-perkara Syariah yang berkaitan dengan Takaful. Status Majlis telah dinaikkan taraf sebagai badan rujukan oleh mahkamah di Malaysia berhubung isu-isu Syariah yang berkaitan dengan kes-kes Takaful. Untuk memainkan peranannya dengan lebih berkesan lagi MPS beroperasi sebagai sebuah badan bebas yang berintegriti tinggi. Terdapat perbezaan antara MPS dengan badan-badan syariah yang bertindak sebagai penasihat dalam industri Takaful. Badan syariah dalam industri Takaful dikenali sebagai Jawatankuasa Syariah (JS) dan memainkan peranan sebagai pelengkap kepada MPS Bank Negara Malaysia. 6.4.2 Jawatankuasa Syariah (JS) Pengendali Takaful BNM telah mengeluarkan Garis Panduan mengenai Tadbir Urus Jawatankuasa Syariah bagi Institusi Kewangan Islam pada bulan April 2005 bagi mentadbir urus Jawatankuasa Syariah dalam industri Takaful. Objektif garis panduan: 

menetapkan kaedah, peraturan dan prosedur penubuhan Jawatankuasa Syariah 53



menentukan peranan, skop tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Syariah



menentukan hubungan dan pengaturan kerja antara Jawatankuasa Syariah dengan MPS Bank Negara Malaysia

Garis panduan ini memerlukan setiap Pengendali Takaful untuk menubuhkan Jawatankuasa Syariah. Ini juga selaras dengan Seksyen 30 pada IFSA 2013. Garis panduan terperinci mengenai tadbir urus JS adalah seperti berikut: 

Pelantikan Keahlian Lembaga Pengarah atas cadangan Jawatankuasa Pencalonan hendaklah melantik ahli-ahli JS. Pelantikan ahli JS hendaklah mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu dari Bank Negara Malaysia. Pelantikan ahli JS adalah sah selama tempoh 2 tahun yang boleh diperbaharui.



Kelayakan Ahli JS yang dicadangkan mesti sekurang-kurangnya mempunyai sama ada kelayakan atau pengetahuan, kepakaran atau pengalaman dalam bidang:  

Perundangan Islam (usul al-fiqh) Undang-undang urus niaga / komersil Islam (fiqh al-mu'amalat)

Walau bagaimanapun, kelayakan atas kertas bukanlah mandatori selama mana calon mempunyai kepakaran atau pengalaman dalam bidang tersebut. 

Komposisi Komposisi JS hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya lima (5) orang ahli. Tambahan kepada JS, sekurang-kurangnya seorang pegawai sebaik-baiknya hendaklah mereka yang mempunyai pengetahuan dalam Syariah, yang berkhidmat sebagai urusetia kepada JS.



Sekatan ke atas JS Selaras dengan Seksyen 16B (6) Akta Bank Negara Malaysia 1958, Pengendali Takaful tidak dibenarkan melantik mana-mana ahli Majlis Penasihat Syariah untuk berkhidmat dalam JS.

54



Tugas dan Tanggungjawab JS Ahli JS tidak boleh terlibat dalam pengurusan Pengendali Takaful. Pengurusan dan dasar tanggungjawab Lembaga Pengarah. Untuk memastikan kelancaran operasi Takaful, peranan dan tanggungjawab SC adalah seperti berikut:    

A6.5

Menyerahkan laporan tahunan dan pengesahan pematuhan syarikat terhadap syariah dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pemegang Saham. Mengaudit dan menyelia penerimaan pakai operasi kontrak sebenar selaras dengan semangat Fatwa. Menjawab pertanyaan daripada pengendali mengenai isu-isu Takaful yang berkaitan dengan Undang-undang Islam dan keputusan itu hendaklah dengan persetujuan (syura) dan bukannya majoriti. Menyediakan justifikasi dan nasihat berkenaan perkara-perkara yang perlu dirujuk kepada Majlis Penasihat Syariah.

PELINDUNGAN PENGGUNA 1.

Biro Perkhidmatan Pelanggan Pada 1 Julai 1998, BNM menubuhkan Biro Perkhidmatan Pelanggan (BPP) dalam Jabatan Pengawalan Insurans yang berperanan sebagai pusat rujukan bagi semua aduan dan pertanyaan mengenai hal ehwal Takaful dan insurans yang diterima dari orang ramai. Setiap pertanyaan atau aduan disemak untuk memastikan Pengendali Takaful yang terlibat mematuhi undang-undang serta peraturan-peraturan, dan agar pengguna dilayan dengan adil. Setelah semakan selesai, satu laporan bertulis hasil penemuan akan dihantar kepada penanya / pengadu. Aduan yang dibuat terhadap syarikat insurans atau Pengendali Takaful utamanya berkaitan dengan:      

kelewatan dalam menyelesaikan tuntutan pertikaian dalam jumlah tuntutan yang ditawarkan kelewatan dalam menjawab surat-menyurat penolakan liabiliti dengan merujuk syarat sijil hal ehwal agensi pembatalan sijil

55

2. Biro Pengantaraan Kewangan (FMB) Sehubungan dengan itu, Bank Negara menubuhkan Biro Pengantaraan Kewangan (Financial Mediation Bureau, FMB) untuk membantu pengguna dalam menyelesaikan pertikaian dengan penyedia perkhidmatan kewangan. FMB adalah sebuah pertubuhan bukan tujuan keuntungan ditubuhkan sebagai sebuah syarikat berhad berjaminan. Fungsi utama adalah menyediakan saluran penyelesaian pertikaian alternatif yang bebas, mudah, berkesan dan percuma kepada pengadu. Kaedah penyelesaian pertikaian yang digunakan FMB dikenali sebagai perantaraan. Kajian Pengantara dan / atau siasatan kes meliputi kesemua isu, keadaan dan situasi yang di luar peraturan dan amalan industri. Pengantara membincangkan aduan termasuk hasil penemuan dan pemerhatian bersama sama ada satu atau kedua-dua pihak yang terbabit. Sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk penyelesaian secara baik, hal itu dianggap diselesaikan / dipulihkan. Sekiranya kedua-dua pihak tidak dapat mencapai penyelesaian secara baik, maka Pengantara akan membuat keputusan berdasarkan perkara berikut:     

siasatan dan kajian kes amalan industri dan undang-undang yang berkaitan maklum balas daripada penyedia perkhidmatan kewangan maklumat / dokumen yang diberikan oleh pengadu pandangan lain daripada pengantara

Keputusan yang dibuat oleh Pengantara adalah muktamad ke atas syarikat anggota, tetapi tidak pada pengadu. Pengadu mempunyai pilihan sama ada menerima keputusan Pengantara atau meneruskan dengan cara yang lain. Ini merupakan sebahagian daripada Rangka Kerja Perlindungan Pengguna Kebangsaan yang menyediakan perkhidmatan pengantaraan di bawah satu bumbung untuk kemudahan pengguna. FMB mempunyai kakitangan yang berkelayakan, berpengalaman dan berdedikasi untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut. Bidang kuasa FMB adalah seperti berikut: Aduan / Pertikaian

Had pertikaian

Takaful Motor dan Kebakaran

Maksimum. RM200, 000

Kerosakan Ketiga

Harta

Benda

Pihak Maksimum. RM5, 000

56

Lain-lain

Maksimum. RM100, 000

Pengecualian: FMB tidak akan mempertimbangkan aduan, pertikaian atau tuntutan yang berkaitan dengan:       

Penentuan harga umum Dasar-dasar produk Perkhidmatan ahli Keputusan kredit (kelulusan, penolakan dan penjadualan semula pinjaman) Kes-kes penipuan (selain daripada yang hadnya tidak melebihi RM25, 000.00) Kes-kes yang terhalang masa atau melebihi daripada 6 tahun Kes-kes yang telah atau sedang dirujuk ke mahkamah dan / atau untuk penimbangtaraan

3. Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) adalah sebuah badan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2005 di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Akta PIDM). Di bawah Akta PIDM, peranannya adalah untuk mentadbir dan menyediakan insurans deposit bagi melindungi pendeposit terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua deposit berserta juga sistem manfaat Takaful dan insurans bagi melindungi pemilik sijil Takaful dan polisi insurans sekiranya berlaku kegagalan institusi anggota. Sistem Perlindungan Manfaat Takaful & Insurans (TIPS) Sistem Perlindungan Manfaat Takaful & Insurans atau TIPS (Takaful & Insurance Benefits Protection System) adalah sistem yang ditubuhkan oleh Kerajaan untuk melindungi pemilik sijil Takaful dan polisi insurans daripada kehilangan layak Takaful atau manfaat insurans sekiranya anggota penanggung insurans gagal dan tidak dapat membayar manfaat Takaful atau insurans. Pengendali Takaful dan syarikat insurans ialah institusi anggota PIDM yang juga dirujuk sebagai 'anggota penanggung insurans‟. Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans telah dikuatkuasakan pada 31 Disember 2010 dan ditadbir oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

57

Manfaat perlindungan Takaful di bawah TIPS dan had berkaitan ditetapkan dalam Jadual 1 dan 2 di bawah. Jadual 1: Manfaat Perlindungan bagi Takaful Keluarga Manfaat Perlindungan

Had Maksimum (Pelan Individu atau Kumpulan)

Kematian dan manfaat lain yang berkaitan

RM500,000

Hilang upaya kekal

RM500,000

Penyakit kritikal

RM500,000

Nilai matang (tidak termasuk bahagian unit polisi berkaitan pelaburan)

RM500,000

Nilai serahan

RM500,000

Dividen tunai terkumpul

RM100,000

Pendapatan hilang upaya

RM10,000 sebulan

Pendapatan anuiti

RM10,000 sebulan

Perbelanjaan perubatan

100% daripada perbelanjaan

Premium prabayar boleh dipulang balik

100% daripada jumlah prabayar

Jadual 2: Manfaat Perlindungan bagi Takaful Am Manfaat Perlindungan

Had maksimum (Pelan)

Kehilangan atau kerosakan pada harta yang berkaitan dengan:

 harta tak alih yang berada di Malaysia  kenderaan motor yang didaftarkan di Malaysia atau kenderaan berpendaftaran asing yang diinsuranskan untuk pemanduan di Malaysia

 RM500,000 setiap harta

 kapal, pesawat udara atau lain-lain harta alih yang diinsuranskan oleh warganegara atau orang yang 1 berkelayakan Kematian dan manfaat lain yang berkaitan

RM500, 000

Hilang upaya kekal

RM500, 000

Penyakit kritikal

RM500, 000

Pendapatan hilang upaya

RM10, 000 sebulan

Perbelanjaan perubatan

100% daripada perbelanjaan

Berhubung dengan ganti rugi terhadap tuntutan oleh pihak ketiga:

58

 kerugian atau kerosakan pada harta tak alih atau harta alih pihak ketiga yang layak

 kematian dan manfaat lain yang berkaitan

 RM500, 000 setiap harta  RM500, 000  RM500, 000  RM500, 000

 hilang upaya kekal

 RM10, 000 sebulan

 penyakit atau kecederaan badan

 100% daripada

 pendapatan hilang upaya

perbelanjaan

 perbelanjaan perubatan Premium prabayar boleh dipulangkan balik

100% daripada jumlah prabayar

Kelayakan untuk TIPS o Sijil Takaful mestilah dikeluarkan di Malaysia oleh anggota penanggung insurans. o Sijil Takaful mestilah didenominasi dalam Ringgit Malaysia. o Mereka yang layak termasuklah pemastautin, perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, kedutaan, Kerajaan atau mana-mana Kerajaan Negeri, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi masyarakat, perkongsian atau apa-apa badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, di Malaysia Nota: Sebarang tuntutan sijil tertakluk kepada syarat-syarat dan had yang dinyatakan dalam kontrak Takaful mereka. Manfaat kepada Peserta Takaful a. PIDM melindungi peserta daripada kehilangan manfaat Takaful yang layak diterima seandainya anggota penanggung insurans gagal. b. Perlindungan yang disediakan oleh PIDM secara automatik dan tiada permohonan yang diperlukan. c. Tiada caj kepada pemilik sijil Takaful untuk perlindungan tersebut.

A6.6

PERSATUAN-PERSATUAN INDUSTRI Persatuan-persatuan industri merupakan persatuan mandatori dinyatakan secara khusus dalam kedua-dua Akta Takaful dan Insurans. Pengendali Takaful dan Syarikat Insurans hendaklah menyertai atau menyumbang kepada persatuan sebelum mereka boleh memulakan perniagaan. Tujuan utama persatuan industri adalah untuk menyediakan "Peraturan Kendiri" (self-regulation) dalam kalangan peserta industri. Ini juga membolehkan pengantaraan antara pihak berkuasa dengan industri, sekali gus membentuk satu platform umum untuk ditangani oleh pihak berkuasa.

59

1. Persatuan Takaful Malaysia (MTA) Persatuan Takaful Malaysia atau Malaysian Takaful Association (MTA) ditubuhkan pada tahun 2003 dengan objektif untuk menggalakkan penubuhan struktur kukuh Takaful (insurans Islam) di Malaysia melalui kerjasama dan rundingan dengan Ketua Pengarah Takaful.    

Mempromosi dan mewakili kepentingan syarikat-syarikat anggota dan industri Takaful. Memberi nasihat dan bantuan yang sepatutnya kepada syarikat-syarikat anggota sebagaimana yang diperlukan Mengedar maklumat yang mungkin menarik minat syarikat-syarikat anggota, dan mengumpul, menghimpun dan menerbitkan perangkaan dan maklumat lain yang berkaitan dengan Takaful. Bekerjasama dengan persatuan-persatuan lain, baik tempatan mahu pun global untuk kepentingan bersama

2. Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) Persatuan Insurans Hayat Malaysia atau Life Insurance Association of Malaysia (LIAM) telah ditubuhkan pada tahun 1974 sebagai persatuan perdagangan di bawah Akta Pertubuhan 1966. LIAM mempunyai seramai 17 anggota yang terdiri daripada 15 syarikat insurans hayat dan 2 syarikat insurans semula hayat. Objektif LIAM adalah seperti berikut:     

Menggalakkan persefahaman dan penerimaan orang awam terhadap insurans hayat Mengukuhkan amalan pasaran industri insurans hayat melalui peraturan kendiri (self-regulation) Menyokong pihak berkuasa dalam membangunkan satu industri kukuh dan sihat Meningkatkan profesionalisme kakitangan dan ejen melalui latihan dan pendidikan berterusan Menghubungi dan bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan insurans tempatan dan luar negara ke arah mencapai objektif dan manfaat bersama.

3. Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) telah ditubuhkan pada Mei 1979 selaras dengan Seksyen 3 (2) Akta Insurans, 1963. (Peruntukan ini telah digantikan dengan Seksyen 22 Akta Insurans, 1996) 60

PIAM merupakan persatuan berkanun yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia bagi semua syarikat insurans berdaftar yang menjalankan perniagaan insurans am di negara ini.      

Mewujudkan struktur insurans yang kukuh di Malaysia Mengumpul dan mengedarkan maklumat dan perangkaan berkaitan dengan perniagaan insurans am Membuat kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, tarif dan undang-undang kecil melalui perundingan dengan Ketua Pengarah Insurans (KPI) untuk dilaksanakan oleh anggota Mengurus Kumpulan Motor Tidak berinsurans (Unplaced Motor Pool) dan Persatuan Perlindungan Kebakaran Membantu dalam apa jua cara sekali pun yang termampu untuk mengurangkan kerugian dan / atau kemalangan, dan mencegah jenayah Bekerjasama dengan Persatuan Takaful dalam menggalakkan pembangunan industri insurans dan Takaful yang sihat

4. Persatuan Broker Takaful dan Insurans Malaysia (MITBA) Pada 3 Disember 1974, Persatuan Broker Insurans Malaysia atau Insurance Brokers Association of Malaysia (IBAM) ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan. Objektif awal adalah untuk menyediakan cara membincangkan masalah kepentingan bersama anggota dan rundingan dengan persatuan Insurans lain, badan-badan pengawal selia dan pihak berkuasa. Bagi mencerminkan kemasukan Broker Takaful sebagai anggota persatuan, pada 1 Ogos 2006, IBAM dinamakan sebagai Persatuan Broker Insurans dan Takaful (The Malaysian Insurance and Takaful Brokers Association) atau MITBA. Keanggotaan semasa terdiri daripada 38 badan & Takaful di mana 29 komposit dan 5 konvensional. Objektif:   

 

Mempromosi dan menubuhkan perniagaan broker yang kukuh di Malaysia melalui kerjasama dan rundingan dengan KPI Menggalakkan dan mewakili kepentingan anggota Memberi perhatian terhadap acara, pernyataan dan penyiaran pandangan yang melibatkan anggota, menasihati mereka dan mewakili kepentingan mereka melalui pernyataan pandangan bagi pihak mereka sebagaimana yang difikirkan wajar dan perlu. Bekerjasama dengan lain-lain persatuan yang seumpamanya di tempat lain di dunia Bekerja bersama-sama dengan mana-mana badan atau persatuan undangundang atau mana-mana badan serupa yang dilantik untuk pertimbangan,

61

latihan, pindaan atau pengubahan mana-mana undang-undang berkaitan dengan insurans A6.7

Badan Sokongan 1. IBFIM IBFIM ialah sebuah institut milik industri dan yang berkaitan dengan Pihak Pengawal Selia yang mempunyai objektif untuk memenuhi keperluan pihak yang berkepentingan dalam industri kewangan Islam untuk pembangunan tenaga mahir dan perniagaan. Semenjak tahun 2001, IBFIM telah menjalankan program-program latihan serta memperluaskan perniagaan dan khidmat nasihat syariah. Slogan IBFIM "Rakan Perniagaan Kewangan Islam Anda" menyatakan hubungan rapatnya dengan industri dan bidang perkhidmatannya yang pelbagai. Sebagai peneraju pasaran, program pensijilan IBFIM dibangunkan, disesuaikan dan diiktiraf oleh industri. Program-program terdiri daripada empat disiplin: perbankan, Takaful, pasaran modal dan pengurusan kekayaan. Kelayakan Kewangan Islam oleh IBFIM telah disusun dalam Laluan Kemajuan Kerjaya yang inovatif, untuk memberi motivasi kepada kakitangan industri meningkatkan kecekapan mereka untuk mendaki struktur kerjaya korporat.

62

BAB A7 TAKAFUL SEMULA

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir bab ini, calon akan dapat:  

Memahami definisi dan jenis-jenis Takaful Semula Memahami pentingnya Takaful Semula

A7.1

PENGENALAN TAKAFUL SEMULA Takaful semula (Retakaful) merupakan satu kaedah penghindaran risiko di mana Dana Takaful yang diuruskan oleh Pengendali Takaful mungkin berhadapan dengan sumber kewangan yang terhad, oleh itu untuk melindung nilai terhadap kemungkinan berlaku tidak keupayaan, Pengendali Takaful Semula yang dilantik akan mengambil alih sebahagian besar perlindungan perkongsian risiko daripada peserta. Pengendali Takaful membenarkan para peserta untuk dilindungi atau berkongsi risiko asal yang dilindungi terhadap keadaan yang tidak diingini pada masa akan datang sekiranya risiko yang dilindungi melebihi daripada nilai pengunderaitan biasa atau anggaran tuntutan.

7.1.1 Definisi Takaful semula ditakrifkan sebagai “satu kontrak di mana berdasarkan kepada suatu balasan, seseorang itu bersetuju untuk membayar keseluruhan atau sebahagian pampasan kepada pihak ketiga atas kerugian atau liabiliti risiko yang telah dilindungi di bawah kontrak yang berasingan dan berlainan sebagai pengendali pihak ketiga”. Oleh yang demikian, kontrak takaful semula adalah di mana pengendali memperoleh pihak ketiga bagi melindunginya daripada kerugian atau liabiliti daripada perlindungan asal Takaful. 7.1.2 Pandangan Syariah berkenaan Takaful Semula Sejajar dengan resolusi ulama mengenai keharusan Takaful sebagai satu sistem insurans Islam, Takaful Semula (Retakaful) juga telah diputuskan sebagai telah mematuhi keperluan Syari‟ah, berasaskan penggunaan prinsip-prinsip Takaful yang sama. Resolusi Akademi Fiqh (Resolusi No.9 Disember 1985) OIC berkenaan perkara ini adalah seperti berikut: "... Kontrak insurans komersial yang biasanya digunakan oleh syarikat insurans komersial adalah kontrak yang mengandungi unsur-unsur utama risiko yang dilarang

63

mengikut hukum syariah. Alternatif bagi kedua-dua insurans dan insurans semula haruslah berdasarkan prinsip-prinsip insurans koperasi ... " 7.1.3 Pihak-pihak Takaful Semula Terdapat dua pihak yang terlibat dalam operasi takaful semula: Syarikat Pemberi (Ceding Company)

1.

Syarikat Pemberi yang berhasrat untuk meringankan bebanan peserta terhadap sebahagian risiko yang dilindungi. Pihak ini dinamakan sebagai Pengendali Takaful. Penerima Insurans

2.

Syarikat yang menerima sebahagian risiko, yang dilindungi semula. Pihak ini dikenali sebagai Pengendali Takaful Semula.

A7.2

PRINSIP ASAS TAKAFUL SEMULA Takaful semula merupakan satu pengaturan di mana sebuah syarikat, Pengendali Takaful Semula, bersetuju menanggung ganti rugi Pengendali Takaful, syarikat Pemberi, terhadap semua atau sebahagian daripada risiko utama Takaful yang ditaja jamin oleh syarikat Pemberi di bawah satu atau lebih kontrak Takaful. Takaful semula, bagaimanapun, tidak melepaskan syarikat Pemberi daripada liabiliti terhadap peserta. Dalam hal ini:    

peserta asal tidak ada hak terhadap Pengendali Takaful Semula dalam apa jua keadaan jika Pengendali Takaful Semula menjadi insolven (muflis), syarikat Pemberi masih bertanggungjawab di bawah terma-terma kontrak Jika syarikat Pemberi menjadi insolven (muflis), Pengendali Takaful Semula masih bertanggungjawab di bawah terma-terma kontrak Pengendali Takaful Semula tidak mempunyai hak kontrak terhadap sebarang salah laku peserta asal

Berdasarkan definisi ini, kita boleh ringkaskan elemen-elemen penting dalam takaful semula seperti berikut:  

Takaful semula adalah sejenis Takaful tetapi kontrak yang berlainan dan berasingan daripada Takaful asal dan secara tersendiri membentuk kontrak Takaful Takaful semula boleh melindungi sebahagian daripada risiko, tetapi tidak lebih daripada itu 64

 

A7.3

Kontrak Takaful semula mesti melindungi risiko yang sama seperti perlindungan Takaful asal Kedua-dua sijil Takaful dan Takaful semula hendaklah wujud pada waktu yang sama.

JENIS-JENIS TAKAFUL SEMULA Secara umumnya terdapat dua jenis Takaful Semula yang utama: 1.

Takaful Semula Fakultatif Takaful Semula Fakultatif merupakan satu bentuk Takaful semula di mana kontrak dibuat mengikut kes yang tertentu. Jenis Takaful semula ini dibuat apabila perlindungan Takaful menjadi luar biasa atau besar dan pengendali asal berasa bimbang terhadap pendedahannya. Syarikat pemberi boleh menawarkan risiko, atau mana-mana bahagian daripadanya, kepada mana-mana Pengendali Takaful Semula yang mempunyai pilihan sama ada untuk menerima atau menolak tawaran itu. Jenis Takaful semula ini secara umumnya digunakan hanyalah untuk membolehkan syarikat pemberi menghapuskan perkongsian besar risiko yang mana di luar bidang / skop yang ada pada kemudahan Takaful semula triti dan juga boleh digunakan terhadap bahaya bersifat tambahan.

2.

Takaful Semula Triti Triti merupakan perjanjian tahunan bertulis antara Pengendali Takaful secara langsung dengan Pengendali Takaful Semula, di mana Pengendali Takaful Semula secara automatik menerima mana-mana serahan hak (jumlah diberikan kepada Pengendali Takaful Semula) yang telah termaktub dalam syarat-syarat perjanjian. Triti untuk waktu bertempoh dan tertakluk kepada sekatan sebagaimana jenis risiko atau nilai yang terlibat. Triti menyediakan kemudahan automatik, yang diatur terlebih dahulu dan rundingan biasanya diperlukan semasa memperbaharuinya pada setiap tahun. Kaedah Takaful semula ini biasanya diatur berasaskan 'portfolio' yang melibatkan sekumpulan risiko yang diserahkan untuk Takaful semula, yang melebihi had bendungan pemberian hak. Kebiasaannya diatur setiap tahun, kesemua risiko dalam portfolio yang telah dipersetujui akan diserah dan diterima secara automatik oleh Takaful semula. Akaun yang berkaitan dengan portfolio ini akan disediakan dan diterima oleh pihak-pihak dalam triti pada setiap suku tahun.

65

A7.3

KENAPA TAKAFUL SEMULA PENTING PADA OPERASI TAKAFUL? 1. Peningkatan Kapasiti Pengunderaitan Perkongsian risiko yang membenarkan dana Takaful menerima urus niaga yang melebihi kapasiti pengunderaitannya. Ini membolehkan Pengendali Takaful memenuhi keperluan awam, khususnya Takaful bagi risiko perindustrian yang besar dan mega. 2. Penstabilan Kos Tuntutan Membantu dana Takaful terhadap turun naik kos tuntutan agregat yang timbul akibat kekerapan dan / atau teruknya kerugian, disebabkan kos tuntutan terhadap dana Takaful sehingga had bendungannya sahaja. 3. Fleksibiliti Tanpa Takaful semula, Pengendali Takaful hanya mengambil risiko dalam jumlah dan jenis yang mereka hanya mampu dan daripada sumber mereka sendiri sahaja. Ini akan mengehadkan perkhidmatan yang mereka boleh tawarkan kepada umum dan juga akan menyebabkan kesulitan kepada pelanggan. 4. Pengembangan Takaful semula boleh menyediakan kepakaran tambahan kepada pengendali dalam bidang yang mana pengendali mempunyai pengalaman, kepakaran atau pengetahuan yang terhad. Dengan menyediakan bantuan ini dan menerima sebahagian atau semua risiko, syarikat yang menerima risiko dapat membantu pengendali untuk mengembangkan bilangan barisan produknya yang boleh ditawarkan kepada pelanggan. 5. Pengumpulan Sesebuah pengendali / syarikat tidak dapat menanggung kerugian urus niaga yang ditaja jamin pada bilangan risiko berlainan yang berpunca daripada satu kejadian. Sebagai contoh, kita boleh melindungi sekumpulan orang yang bekerja di banyak syarikat yang berada di sudut dunia yang berbeza, pada setiap masa, menaiki pesawat yang sama. Andainya pesawat tersebut terhempas dan membunuh kesemuanya, tuntutan pasti jauh melebihi kerugian maksimum daripada yang telah ditentukan terlebih dahulu. Takaful semula membantu pengendali untuk mengehadkan kerugian tersebut pada jumlah mampu ditanggung oleh syarikat pemberi yang berkenaan.

66

BAB A8 PENGANTARA TAKAFUL

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir bab ini, calon akan dapat:  

A8.1

Mengenal pasti pelbagai pengantara Takaful yang terlibat dalam pemasaran produk Takaful. Memahami peranan dan tanggungjawab pengantara Takaful.

PENGENALAN Pengantara Takaful ialah seorang profesional yang menjalankan urus niaga Takaful atau mencari pelanggan berpotensi bagi menyertai kontrak takaful bersama pengendali. Pengantara biasanya dibayar komisen (atau fi pembrokeran untuk broker) bagi setiap pelan yang dipromosikan berdasarkan peratusan caruman yang dibuat oleh pelanggan yang juga dikenali sebagai "peserta".

A8.2

JENIS-JENIS PENGANTARA TAKAFUL 

Ejen Takaful Ejen Takaful mewakili Pengendali Takaful dan melaksanakan fungsi-fungsi berikut:    



Mempromosikan produk Takaful bagi pihak Pengendali Takaful Menerangkan ciri-ciri pelan Takaful kepada pelanggan yang berpotensi Menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pembaharuan atau penerusan mana-mana sijil Takaful Ejen Takaful Keluarga mempromosikan produk Takaful Keluarga dan ejen Takaful Am mempromosikan produk Takaful Am

Broker Takaful Broker Takaful dilantik oleh pelanggan dan melaksanakan yang berikut: 

Membantu pelanggan dalam mendapatkan perlindungan Takaful dari Pengendali Takaful

dan

memperbaharui

67





Mencadangkan dan menasihati pelanggan akan pelan perlindungan Takaful yang paling sesuai dan syarat-syarat yang ditawarkan Pengendali Takaful

Penasihat Kewangan Penasihat Kewangan dilantik oleh pelanggan dan melaksanakan yang berikut:   

A8.3

membantu pelanggan mengekalkan baki pendapatan pelaburan yang dikehendaki, keuntungan modal, dan tahap risiko yang boleh diterima dengan menggunakan peruntukkan aset dengan betul menggunakan saham atau stok ekuiti, sukuk, dana bersama, amanah pelaburan hartanah (REIT), opsyen, niaga hadapan, nota, dan produkproduk Takaful bagi memenuhi keperluan pelanggan mereka menerima bayaran komisen bagi pelbagai produk kewangan yang dicadangkan, meskipun perancangan "berasaskan fi" semakin popular di dalam industri perkhidmatan kewangan

KEWAJIPAN EJEN TAKAFUL Kontrak agensi antara prinsipal dan ejen biasanya dibuat secara bertulis. Walau bagaimanapun, kontrak ini mungkin juga secara lisan. Ia mengandungi terma-terma dan syarat-syarat berkaitan dengan tingkah laku ejen dan saraan yang perlu dibayar kepada ejen. Sebahagian daripada tugas-tugas utama ejen Takaful adalah seperti berikut:      

A8.4

Mempromosikan produk dan perkhidmatan Takaful Memberi khidmat nasihat (yang berkaitan dengan produk Takaful) dan sokongan kepada pelanggan Mengemukakan cadangan kepada prinsipal seperti yang dikehendaki Memberi kesedaran umum mengenai produk dan perkhidmatan Takaful Mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan Mengetahui tentang keadaan pasaran untuk membimbing pelanggan mereka dengan sewajarnya

EJEN TAKAFUL DALAM AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2013 (IFSA 2013) IFSA 2013 memberi penekanan yang lebih pada tingkah laku ejen sebagai pengantara Takaful. 68

1. Keperluan Penzahiran Seksyen 140 (Perenggan 10) IFSA 2013 mengehendaki semua ejen yang memasarkan produk-produk Takaful untuk Pengendali Takaful memaklumkan bakal pelanggan bahawa dia merupakan ejen dan bertindak bagi pihak Pengendali Takaful. 2. Ejen Takaful Mewakili Pengendali Takaful Berlesen Seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 26 IFSA 2013 tiada seorang pun boleh memasarkan atau mempromosikan produk Takaful atau berurus niaga sebagai ejen atau broker bagi seseorang atau pengendali selain daripada Pengendali Takaful berlesen. Sesiapa yang didapati bersalah di bawah peruntukan ini, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya. 3. Tidak Patuh IFSA 2013 Seksyen 136 (4) IFSA 2013 menyatakan bahawa jika mana-mana ejen yang didapati tidak mematuhi peruntukan Akta ini dan jika didapati bersalah, boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

A8.5

HAK-HAK EJEN TAKAFUL Ejen itu adalah berhak untuk menerima pembayaran dan bayaran balik. 1. Hak ejen yang paling penting ialah hak untuk menerima pembayaran bagi perkhidmatan beliau, biasanya dalam bentuk komisen atau fi. 2. Ejen juga berhak terhadap bayaran balik wang yang dia telah belanjakan dengan kuasa yang jelas oleh prinsipalnya di dalam had yang dibenarkan. 3. Ejen mempunyai hak melaksanakan tugasnya dengan cara yang difikirkan sesuai. Dia boleh menolak mana-mana cubaan prinsipalnya yang mengawal tindaktanduk dia bekerja.

A8.6

KEWAJIPAN PRINSIPAL Prinsipal mempunyai kewajipan yang berikut terhadap ejennya:

1. Membayar gaji dan perbelanjaan seperti yang dipersetujui, atau, jika tiada persetujuan, seperti kebiasaan, atau, jika gagal, membayar secara munasabah.

69

2. Membayar ganti rugi ejen terhadap apa-apa kesan perbuatan yang dilakukan mengikut undang-undang, di dalam bidang kuasanya, bagi pihak prinsipal.

A8.7

PENAMATAN AGENSI Hubungan prinsipal dan ejen boleh ditamatkan melalui tindakan pihak-pihak yang terlibat atau operasi undang-undang seperti berikut:       

A8.7

Melalui notis pembatalan yang diberikan oleh prinsipal kepada ejen. Melalui notis penolakan yang diberikan kepada prinsipal oleh ejen. Melalui selesainya urus niaga di mana kuasa diberikan hanya untuk urus niaga tersebut sahaja. Melalui tamatnya tempoh yang ditetapkan dalam kontrak agensi. Melalui persetujuan bersama. Secara umumnya, disebabkan oleh kematian, gila atau kebankrapan prinsipal atau ejen. Melalui operasi dari mana-mana undang-undang yang menyebabkan kontrak ejen tidak sah.

CIRI –CIRI EJEN TAKAFUL Ejen Takaful merupakan satu bahagian yang penting dalam industri Takaful. Mereka juga ialah duta kewangan Islam. Oleh yang demikian, adalah sangat penting seorang ejen Takaful memiliki ciri-ciri berikut: 1. Benar (siddiq) Seseorang haruslah bersifat benar pada tutur kata, pemikiran dan tindakan. Sekiranya dia bercakap benar dan melakukan sebaliknya maka dia adalah tidak jujur. Sebagai duta kewangan Islam, ejen Takaful mestilah benar dalam tutur katanya semasa mempromosikan produk-produk Takaful. Saiditina Aisyah (ra) berkata: "Sifat dan ciri-ciri yang paling dibenci oleh Rasulullah Nabi (saw) adalah berbohong. Seorang lelaki akan berdusta di hadapan Rasulullah (saw) dan baginda akan menahannya, sehingga baginda tahu bahawa dia telah bertaubat. " (Riwayat Tirmidzi) 2. Menegakkan Amanah (amanah) Maksud amanah ialah boleh dipercayai, atau, sesuatu atau seseorang yang meninggalkan kepada seseorang bagi melindungi atau menjaganya. Berlawanan 70

dengan amanah ialah khianat atau derhaka. Iaitu, gagal untuk menjaga kepercayaan atau amanah semasa seseorang meninggalkannya seperti diharapkan atau mahukan. Ejen Takaful mestilah amanah seperti jujur, adil dalam berurusan, menghormati kepercayaan, menepati masa, menunaikan janji dan komitmen, dan lain-lain. Allah (SWT) dalam ayat berikut: "Dan orang-orang yang memelihara amanah mereka (pada semua kewajipan yang Allah telah tetapkan, jujur, tanggungjawab moral dan amanah, dan lainlain) dan perjanjian mereka. ..Mereka itulah orang yang akan mewarisi (Yakni) yang akan mewarisi (syurga) Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.” (23:08, 23:10-11)

3. Menyampaikan (tabligh) Ejen Takaful sebagai duta kewangan Islam hendaklah menyampaikan maklumat yang berkaitan kepada prospek mereka dan tidak menyembunyikan apa-apa maklumat daripada mereka. Rasulullah (saw) bersabda: Tidak ada seorang pun yang mengajak (seseorang) ke arah petunjuk, melainkan untuk dia akan ganjaran bagi semua mereka yang mengikutinya - dan ini tidak akan mengurangi sedikit pun ganjaran mereka. (Riwayat Muslim) 

Bijaksana

(fathonah)

Ejen Takaful sebagai duta kewangan Islam memerlukan kecerdasan dan kebijaksanaan. Ejen itu akan dapat menjelaskan kewangan Islam terutama Takaful kepada pasaran. Oleh itu, adalah sangat penting bagi mereka untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang berkaitan kewangan Islam dan Takaful.

71

Pengantara Takaful profesional seperti ejen, broker atau penasihat kewangan mestilah cekap dan mempunyai ciri-ciri berikut:     

Pengetahuan yang baik mengenai produk Takaful Memahami keperluan dan kepentingan pelanggan Memastikan pelanggan memahami produk yang mereka sertai Mendedahkan semua fakta matan mengenai produk Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan perkhidmatan yang tepat pada masanya

72

BAB A9 PENGENALAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir bab ini, calon akan dapat: 

A9.1

Memahami prinsip dan amalan yang diterima terpakai untuk Takaful Perubatan dan Kesihatan.

PENGENALAN Peningkatan dalam bil perubatan sedang mengatasi kadar inflasi umum pada setiap tahun. Ini menimbulkan persoalan sama ada penjagaan kesihatan hanya terpelihara bagi mereka yang mampu. Di Malaysia, kadar inflasi bagi kos perubatan dianggarkan sekitar 15% setiap tahun.7 Dalam kes kemalangan atau penyakit kritikal, kos perubatan menjadi malapetaka kerana jumlah yang sangat besar. Takaful Perubatan dan Kesihatan ialah salah satu cara bagi mereka yang agak mampu untuk membayar kos rawatan secara mengumpulkan sumber kewangan dalam dana Takaful bersama-sama peserta lain.

9.1.1 Definisi Perkara 4 Garis Panduan Perniagaan Takaful Perubatan dan Kesihatan mentakrifkan sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan sebagai sijil Takaful yang menyediakan manfaat secara khusus terhadap risiko yang menyebabkan seseorang menjadi hilang upaya separa atau sepenuhnya akibat daripada penyakit atau keuzuran. Manfaat boleh diperoleh dalam bentuk pembayaran balik perbelanjaan perubatan yang ditanggung oleh peserta sama ada dalam bentuk pembayaran sekali gus jumlah daripada jumlah yang disertai, atau pembayaran elaun atau aliran pendapatan secara tetap untuk tempoh tertentu sekiranya peserta hilang upaya dan / atau dirawat di hospital.

A9.3

KATEGORI TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN  Sijil Indemniti (Ganti rugi) Sijil ini merupakan sejenis pelan perubatan yang membayar balik kepada peserta / pesakit perbelanjaan yang ditanggung. Ini akan meletakkan mereka yang dilindungi pada kedudukan kewangan yang sama seperti sebelum berlakunya perlindungan risiko, tertakluk kepada had maksimum perlindungan. Contoh

7

Source: The Star March 14, 2009

73

indemniti ialah Takaful Penghospitalan dan Pembedahan di mana peserta akan dibayar bagi kos rawatan perubatan dan perkhidmatan yang telah dikenakan.  Sijil Manfaat Sijil manfaat membayar sejumlah wang yang telah ditetapkan sekiranya kejadian yang dilindungi berlaku sepanjang tempoh sijil. Contoh sijil manfaat ialah pelan Faedah Tunai Penghospitalan dan Takaful Penyakit Kritikal.

A9.4

CIRI-CIRI TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN 1. Perlindungan Bukan Penamatan Bersama Tuntutan Pembayaran Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan biasanya menyediakan pembayaran tuntutan hingga had yang dinyatakan dalam sijil Takaful. Had boleh hanya satu atau gabungan yang berikut:

Had Had setiap hilang upaya Had tahunan keseluruhan Had seumur hidup

Keterangan Jumlah maksimum manfaat yang disediakan kepada peserta untuk setiap hilang upaya, iaitu setiap kemasukan ke hospital. Jumlah maksimum manfaat yang sedia ada untuk peserta dalam mana-mana sijil untuk setahun Jumlah maksimum manfaat yang disediakan kepada peserta sepanjang hayatnya.

Pembayaran tuntutan tidak menyebabkan penamatan sijil melainkan sekiranya berlaku tuntutan kematian. 2. Peningkatan Risiko dengan Masa dalam Takaful Perubatan dan Kesihatan Takaful Perubatan dan Kesihatan juga terlibat dalam morbiditi peserta (kebarangkalian hilang upaya yang disebabkan oleh kemalangan atau penyakit). Secara umumnya, risiko jenis ini, meningkat dengan usia.

A9.5

LANGKAH PEMBENDUNGAN KOS Kos penjagaan kesihatan terus meningkat menjadikan Takaful Perubatan dan Kesihatan menjadi kurang menguntungkan. Untuk mengawal kos dan penyelewengan yang timbul daripada tuntutan yang melambung, pelbagai kaedah digunakan oleh Pengendali Takaful, yang meliputi perkara-perkara berikut: 74



Had Dalaman Had dalaman ialah had di dalam had. Sebagai contoh, jika had dalaman pembedahan peserta ialah RM20,000, maka itulah jumlah maksimum yang dia boleh tuntut walau pun had tahunan beliau mungkin lebih tinggi daripada itu.



Jadual Prosedur Pembedahan Senarai prosedur pembedahan yang dilindungi dalam sijil.



Tempoh Maksimum Pampasan Tempoh maksimum sijil akan melindungi peserta untuk sebarang perkhidmatan/ rawatan. Sebagai contoh, sijil ini merangkumi bilik dan makanan, tempat tinggal untuk maksimum 30 hari kemasukan.



Bayaran Bersama Jumlah perlindungan yang peserta perlu bayar daripada poketnya sendiri sebelum sijil itu membayar bagi kunjungan atau perkhidmatan tertentu. Sebagai contoh, seseorang yang dilindungi boleh membayar 10% bayaran bersama untuk kemasukan. Bayaran bersama mesti dibayar setiap kali perkhidmatan tertentu diperoleh.



Pemotongan Jumlah yang peserta perlu bayar daripada poket sendiri sebelum sijil membayar bahagiannya. Sebagai contoh, peserta mungkin perlu membayar RM1,000 dengan potongan setiap tahun, sebelum mana-mana penjagaan kesihatan mereka dilindungi oleh Pengendali Takaful.



Hospital-Hospital Panel Senarai hospital yang dilindungi oleh sijil.

A9.6

KEMASUKAN HOSPITAL "TANPA TUNAI" Dalam Kemasukan Hospital Tanpa Tunai, apabila peserta Takaful Perubatan dan Kesihatan dimasukkan ke hospital, kemasukan ke hospital panel menerusi pengeluaran surat jaminan dan deposit hospital boleh diketepikan. Apabila keluar dari hospital, peserta tidak perlu menyelesaikan bil hospital. Semua manfaat yang layak akan diselesaikan oleh Pengendali Takaful. Pengendali Takaful diwakili oleh pentadbir pihak ketiga, berurusan dengan pihak hospital dan melangsaikan bil. Pihak yang menuntut hanya perlu membayar caj yang tidak boleh dituntut.

75

Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa urusan "tanpa tunai" kemasukan hospital biasanya ialah bukan kontrak melainkan dinyatakan secara khusus dalam kontrak Takaful. Biasanya, ini adalah hanya perkhidmatan nilai tambah yang disediakan oleh Pengendali Takaful kepada pemilik sijil yang layak. Pentadbir Pihak Ketiga Pentadbir Pihak Ketiga merupakan wakil Pengendali Takaful yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan kedua-dua pembayaran balik tuntutan serta tuntutan tanpa tunai. Pentadbir pihak ketiga perlu meluluskan permohonan pihak yang menuntut bagi perkhidmatan tanpa tunai dan menyediakan perkhidmatan tersebut. Fungsi pentadbir pihak ketiga adalah seperti berikut: Fungsi Perkhidmatan Tanpa Tunai

Pangkalan Data Hari ini, Perkhidmatan Tanpa Tunai merupakan satu fungsi yang penting untuk pentadbir pihak ketiga, yang bermaksud sekiranya peserta dimasukkan ke hospital iaitu hospital yang disenaraikan oleh pengendali Takaful, bil-bil dibayar secara langsung oleh pengendali Takaful dan peserta tidak perlu membuat pembayaran terlebih dahulu.

Pembayaran Tuntutan

Pentadbir pihak ketiga ialah pihak yang berkenaan dengan urusan Tuntutan - lengkap dengan pemberitahuan tuntutan, menasihati pelanggan mengenai hospital rangkaian, meluluskan tuntutan dan pembayaran tanpa tunai, dan akhirnya membayar tuntutan kepada pelanggan.

Mengurus Data

A9.7

Pangkalan Setelah sijil dikeluarkan, semua rekod dipanjangkan kepada pentadbir pihak ketiga dan semua komunikasi peserta selanjutnya adalah dengan pentadbir pihak ketiga dan bukan dengan pengendali Takaful. Menjadi tanggungjawab pentadbir pihak ketiga untuk mengurus pangkalan data peserta dan mengeluarkan kad identiti kepada mereka berserta dengan nombor pengenalan yang unik.

PIAWAIAN MINIMUM PENZAHIRAN PRODUK DAN KETELUSAN DALAM PENJUALAN PELAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN Takaful Perubatan dan Kesihatan merupakan pelan yang rumit, oleh itu adalah sangat penting bagi pengguna untuk mendapat kefahaman yang sewajarnya sebelum mereka membuat keputusan untuk menyertai mana-mana pelan Takaful. Pengendali Takaful berkewajipan menzahirkan maklumat yang mencukupi dan penting kepada bakal peserta dalam membantu mereka untuk mempunyai kefahaman yang lebih baik terhadap pelan dan mengurangkan kemungkinan kes luput disebabkan tidak membayar caruman. 76

Piawaian minimum menetapkan keperluan penzahiran bahawa semua pengunderaitan perniagaan Takaful Perubatan dan Kesihatan perlu dipatuhi Pengendali Takaful. Ini turut menyediakan kepada bakal peserta perspektif bagi maklumat yang perlu didedahkan oleh Pengendali Takaful sebelum mereka membuat komitmen menyertai pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan. Ciri-ciri penting dalam piawaian ini adalah seperti berikut: 

Piawaian ini terpakai kepada semua jenis pelan Perubatan dan Kesihatan Takaful individu termasuk “rider”yang dilampirkan pada pelan keluarga individu.



Bagi pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan berkumpulan, Pengendali Takaful perlu memastikan bahawa penzahiran dibuat kepada pemilik sijil induk.



Piawaian ini hendaklah terpakai pada semua saluran di mana pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan diedarkan.

4. Keperluan Penzahiran Khusus Perkara 8 piawaian tersebut menyatakan bahawa terdapat aspek tertentu ciri-ciri pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan dan sijil Takaful yang memerlukan penjelasan yang berhati-hati. Pengendali Takaful dan pengantara mereka hendaklah menyediakan butir-butir yang mencukupi mengenai ciri-ciri penting pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan kepada bakal peserta. o Maklumat Pengendali Takaful termasuk nama dan alamat. o Penerangan produk yang menjelaskan pelan dan objektif utama dan tujuan. o Maklumat tertentu yang perlu didedahkan mengenai manfaat pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan tertentu termasuk: b. Bentuk dan jumlah manfaat yang dibayar oleh sijil; c. Butir-butir kejadian, keadaan atau kontingensi yang mana manfaat boleh dibayar. d. Pengecualian dan had manfaat, syarat-syarat yang sedia ada, penyakit yang ditetapkan dan tempoh kelayakan e. Caruman f. Penzahiran penting yang lain mengenai pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan adalah seperti berikut: -

77



Peserta akan diberikan "tempoh membuat keputusan/ tempoh tenggang"selama 15 hari daripada tarikh penghantaran sijil untuk mengkaji semula kesesuaian pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan yang baru disertai. Perlu ditekankan bahawa peserta boleh memulangkan sijil dan pemotongan perbelanjaan yang dikenakan untuk pemeriksaan perubatan akan dibuat kepada caruman jika sijil tersebut dikembalikan kepada Pengendali Takaful di dalam tempoh itu; dan



Implikasi kemungkinan berlaku pertukaran daripada satu jenis pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan kepada yang lain atau daripada satu pengendali kepada pengendali yang lain.

5. Senarai semak yang menunjukkan pengesahan bahawa pengantara memberitahu dengan jelas aspek-aspek penting produk kepada pencadang.

78

BAB A10 JENIS-JENIS PELAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir bab ini, calon akan dapat: 

A10.1

Memahami dan menjelaskan jenis-jenis dan skop perlindungan di bawah Takaful Perubatan dan Kesihatan.

JENIS-JENIS PERLINDUNGAN 

Perkhidmatan Hospital dan Fi Profesional Pelan ini meliputi perbelanjaan yang berkaitan dengan kos rawatan penghospitalan. Pelan ini terutamanya bertujuan menampung perbelanjaan bagi mendapatkan pembedahan dan kemasukan hospital. Pilihan perlindungan dan berbagai-bagai kos bergantung pada pelan sijil tertentu. Secara umumnya manfaat yang disediakan oleh Pelan Takaful Hospital dan Pembedahan termasuk yang berikut:            

Bilik dan Tempat Tinggal Hospital Unit Rawatan Rapi Bekalan dan Perkhidmatan Hospital Fi Bius Fi Pakar Bedah Fi Dewan Pembedahan Lawatan Pakar Perubatan Dalam Hospital Ujian Diagnostik Sebelum Penghospitalan Rundingan Pakar Sebelum Penghospitalan Rawatan Selepas Penghospitalan Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Akibat Kemalangan Fi Ambulan

Sesetengah pelan boleh diperluaskan untuk meliputi yang berikut: o o o

Rawatan Kanser Pesakit Luar Dialisis Buah Pinggang Pemindahan Organ

79



Manfaat-Manfaat Penghospitalan Pelan ini menyediakan peserta bersama manfaat tunai harian, seandainya peserta dimasukkan ke hospital disebabkan semua punca, tertakluk terma dan syarat sijil / rider. Pelan ini boleh ditawarkan sebagai sijil tersendiri atau sebagai rider pelan Takaful Keluarga atau Perubatan dan Takaful Kesihatan.



Penyakit Kritikal Pelan ini memberi perlindungan terhadap mana-mana penyakit kritikal yang dinyatakan. Pelan ini turut dikenali sebagai Takaful penyakit kritikal. Apabila sudah didiagnosis dengan mana-mana penyakit kritikal yang dinyatakan, pelan itu akan melindungi peserta bersama manfaat keseluruhannya. 1. Penyakit Alzheimer / Gangguan Degeneratif Organik Otak Tidak boleh Ubah 2. Meningitis Bakteria 3. Tumor Otak Benigna 4. Buta / Hilang Penglihatan Keseluruhan 5. Pembedahan Otak 6. Kanser 7. Anemia Aplastik Kronik 8. Koma 9. Pembedahan Pintas Arteri Koronari 10. Pekak / Hilang Pendengaran Keseluruhan 11. Ensefalitis 12. Kegagalan Buah Pinggang Peringkat Akhir 13. Kegagalan Hati Peringkat Akhir 14. Kegagalan Paru-Paru Peringkat Akhir 15. AIDS Teruk Sepenuhnya 16. Hepatitis Viral Fulminan 17. Serangan Jantung 18. Pembedahan Injap Jantung

19. HIV Disebabkan Pemindahan Darah 20. Kehilangan Kewujudan Bebas 21. Kehilangan Pertuturan 22. Kelecuran Api yang Teruk 23. Trauma yang Teruk 24. Pemindahan Organ / Tulang Sumsum Utama 25. Penyakit Medullari Fibrosis 26. Penyakit Motor Nueron 27. Sklerosis Berbilang 28. Kelemahan Otot 29. Lain-lain Penyakit Arteri Koronari yang serius 30. Lumpuh / Paraplegia 31. Penyakit Parkinson 32. Hipertensi Arteri Pulmonari Utama 33. Kardiomiopati yang teruk 34. Strok 35. Pembedahan Aorta 36. Eritematos Lupus Sistemik dengan Nefritis Lupus

80

A10.2 PELAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN BERKUMPULAN Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan Berkumpulan adalah sama dengan pelan perlindungan perubatan dan kesihatan individu. Biasanya pelan perlindungan ini ditaja oleh majikan untuk pemilik perniagaan, pekerja dan juga tanggungan. Caruman untuk pelan perubatan dan kesihatan berkumpulan dikira berdasarkan yang berikut: o Purata umur kumpulan tersebut o Tahap bahaya pekerjaan seperti tahap risiko yang khusus pada jenis pekerjaan tertentu.

A10.3 PENGECUALIAN AM Takaful Perubatan dan Kesihatan kebiasaannya tidak melindungi yang berikut:      

Penyakit sedia ada pada masa permohonan. Tuntutan untuk penyakit atau kecederaan disebabkan perbuatan haram atau menyalahi undang-undang. Mengandung atau bersalin. Penyakit kelamin, jangkitan atau parasit. Pembunuhan atau serangan fizikal. Pembedahan kosmetik atau plastik.

A10.4 TERMA DAN SYARAT-SYARAT UTAMA Sebahagian terma yang lebih penting adalah: Terma Syarat-syarat yang tersedia

Keterangan Ketidakupayaan yang wujud sebelum tarikh pelan berkuat kuasa, yang mana anda menerima rawatan atau menunjukkan simptom. Jika anda sudah berjumpa doktor perubatan untuk sebarang penyakit atau ketidakselesaan, ini akan dianggap sebagai tanda-tanda ketidakupayaan.

Salah Nyata Umur

Umur merupakan faktor penting dalam Takaful Perubatan dan Kesihatan kerana ini akan memberi kesan pada kadar caruman. Oleh itu, dalam kes salahnyataan umur yang membawa kepada caruman yang terendah, sebarang tuntutan dari sijil tersebut akan dikira secara pro rata, berdasarkan caruman yang sebenar dibayar dengan caruman 81

yang sepatutnya dikenakan. Tempoh Kelayakan Takaful Bersama

Kelayakan manfaat di bawah pelan Takaful hanya akan bermula 30 hari selepas tarikh sijil berkuat kuasa. Satu bentuk perkongsian kos perubatan di dalam pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan yang memerlukan mereka yang dilindungi membayar peratusan tertentu perbelanjaan perubatan selepas ditolak amaun yang telah dibayar, sekiranya bayaran telah dibuat.

82

BAB A11 PENGUNDERAITAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir bab ini, calon akan dapat:  Memahami proses dan prosedur pengunderaitan Takaful Perubatan dan Kesihatan.

A11.1 PENGENALAN PENGUNDERAITAN 11.1.1 Pengenalan Pengunderaitan merupakan satu istilah yang digunakan Pengendali Takaful untuk menerangkan proses menilai risiko, memastikan kos perlindungan adalah setimpal dengan risiko yang dihadapi oleh seseorang. Dalam takrif yang mudah, ia merupakan satu proses pemilihan risiko. Proses pemilihan ini terdiri daripada menilai maklumat dan menentukan sumber-sumber bagaimana individu akan dikelaskan (sama ada risiko standard atau sub-standard). Selepas prosedur pengkelasan disiapkan, kadar sijil dalam bentuk caruman akan dikenakan pada pemohon. Sijil kemudiannya dikeluarkan dan dihantar kepada peserta. 11.1.2 Tujuan Pengunderaitan Pengunderaitan ialah fungsi yang sangat penting dan dilakukan setiap kali permohonan Takaful diperoleh. Tujuannya adalah untuk menentukan sama ada permohonan mewakili risiko yang boleh diterima oleh Pengendali Takaful untuk menentukan sama ada atau tidak Pengendali Takaful boleh mengeluarkan sijil Takaful kepada pemohon.

A11.3 ANTI-PEMILIHAN Anti-pemilihan berlaku apabila banyaknya risiko sub-standard yang diterima untuk perlindungan, menyebabkan kurangnya hasil pengunderaitan yang diharapkan. Biasanya, kadar caruman berdasarkan sampel yang mewakili keseluruhan profil pasaran risiko. Apabila anti-pemilihan berlaku, ini merupakan petunjuk bahawa pengendali kurang mengawal pengunderaitan dengan baik, dan lambat laun ia berakhir dengan portfolio yang berisiko tinggi dan kurang memberangsangkan. Untuk mengelakkan anti-pemilihan, pihak underait perlu berhati-hati menilai semua permohonan dan caj caruman yang sesuai dan sepadan dengan risiko serta mengenakan 83

pengecualian, sekiranya perlu. Dalam usaha untuk berlaku adil kepada semua peserta, cadangan yang dianggap substandard berhak untuk ditolak atau dikenakan kadar caruman yang lebih tinggi berbanding dengan risiko standard. Ini membawa pengagihan risiko yang saksama di kalangan semua peserta dalam skim.

A11.4 KECUKUPAN CARUMAN Pengendali Takaful dikehendaki menjalankan operasi mereka dengan cara yang adil dan saksama terhadap semua peserta. Ini bagi memastikan caruman yang dikenakan adalah berpatutan, mencukupi, adil dan saksama dalam kalangan peserta. Dalam hal ini, pihak underait memainkan peranan penting dalam memastikan hanya risiko yang sesuai sahaja yang dipilih dan kadar yang dikenakan setimpal dengan risiko yang diterima. Ini bermakna lebih tinggi purata risiko boleh menarik caj caruman yang lebih tinggi.

A11.6 PROSES PENGUNDERAITAN 1. Pengumpulan Maklumat Proses pengunderaitan berlaku apabila pemohon (pencadang) mengemukakan permohonan mereka. Untuk menilai risiko seseorang, pihak underait bergantung kepada maklumat daripada pelbagai sumber. Sumber

Keterangan

Borang Cadangan

Borang ini ialah keperluan paling asas untuk menjalankan kontrak Takaful Keluarga antara peserta dengan Pengendali Takaful. Borang ini perlu dipenuhi oleh pencadang dengan mendapatkan bantuan daripada ejen Takaful Keluarga untuk mengisikannya. Tanggungjawab ejen Takaful dalam proses permohonan termasuklah:   

Pernyataan Ejen

Memastikan permohonan yang lengkap diisi Memastikan semua soalan dijawab dengan tepat Memastikan caruman dikendalikan dengan betul

Penyataan ini adalah sebahagian daripada permohonan, dan memerlukan ejen Takaful menyediakan maklumat tertentu mengenai pencadang seperti maklumat mengenai hubungan ejen dengan pencadang, data tentang status kewangan pencadang, tabiat, peribadi umum, lain-lain maklumat yang mungkin berhubung rapat dengan risiko yang ditanggung oleh Pengendali Takaful.

84

Laporan Perubatan

Jika pihak underait memutuskan bahawa cadangan perlukan pengunderaitan perubatan, mereka akan meminta pencadang untuk menjalani pemeriksaan perubatan. Pemeriksaan perubatan termasuklah soalan mengenai sejarah perubatan pencadang, ketinggian, berat, nadi, dan tekanan darah. Keperluan tambahan mungkin diperlukan oleh Pengendali Takaful sebagai tambahan kepada pemeriksaan perubatan meliputi yang berikut: -

Pernyataan Rawatan Doktor

Laporan Perubatan Hospital



 Pemeriksaan oleh doktor  Kerehatan EKG  Ujian tekanan Treadmill  X-ray dada Pernyataan rawatan doktor disediakan oleh doktor yang merawat individu yang mahu menyertai pelan Takaful. Keterangan yang diberikan dalam pernyataan rawatan doktor ialah bukti risiko kemortalan pencadang. Dengan menandatangani dan mengemukakan permohonan, pencadang memberi Pengendali Takaful hak untuk mendapat dan menyemak laporan perubatan; kedua-duanya sebelum dan selepas diterima menjadi seorang ahli pelan perubatan dan kesihatan.

Proses Pemilihan Risiko Semasa proses ini pihak underait memutuskan sama ada untuk menerima atau tidak sesuatu risiko. Ini melibatkan pemerolehan maklumat berfakta daripada pemohon, menilai maklumat tersebut, dan membuat keputusan untuk tindakan. Pihak underait biasanya dibantu dengan senarai risiko yang boleh diterima dan dilarang. Dalam kes Takaful Perubatan dan Kesihatan, pihak underait mempertimbangkan perkara-perkara berikut dalam pemilihan risiko: a. Faktor Kesihatan Lalu dan Semasa Pihak underait akan menyiasat dengan teliti kesihatan lalu dan semasa pemohon, di dalam terma-terma yang terpakai. b. Faktor Kewangan Pihak underait juga akan melihat kepada keadaan kewangan keseluruhan pencadang. Ini adalah untuk menjaga dana daripada risiko tuntutan 85

pendapatan terhadap ketidakupayaan yang sangat tinggi disebabkan kecenderungan sesetengah pemegang sijil untuk membuat keuntungan dari pampasan Takaful dengan melanjutkan tempoh ketidakupayaan (berpurapura sakit). c. Faktor Pekerjaan Pihak underait perlu melihat faktor pekerjaan kerana pekerjaan yang berlainan mempunyai tahap bahaya yang berbeza. Lebih tinggi risiko bermakna kemungkinan lebih tinggi tuntutan perbelanjaan perubatan. Pekerjaan yang berisiko lebih tinggi seperti Kelas 3 (pekerja kilang) biasanya mempunyai nisbah tuntutan yang lebih tinggi berbanding dengan Kelas 1 dan 2 (pekerja pejabat). d. Umur dan Jantina Umur Jantina

Apabila seorang bertambah usianya, dia lebih cenderung untuk mengalami masalah perubatan. Untuk Takaful perubatan dan kesihatan, kadar wanita adalah lebih tinggi disebabkan kadar morbiditi (penyakit) mereka adalah lebih tinggi daripada lelaki.

Beberapa pengelasan sementara biasanya diberikan sebelum keputusan muktamad ke atas pengelasan risiko dicapai. Tujuan menggunakan pengelasan adalah untuk mengasingkan risiko kepada kumpulan-kumpulan yang seragam yang mana kadar boleh diberikan.  



Standard - jika risiko dianggap risiko biasa Berkadar - jika risiko dianggap lebih berisiko tinggi daripada biasa.

Pengunderaitan Perubatan Pengunderaitan perubatan ialah proses menyemak rekod Takaful perubatan dan kesihatan pencadang dan menentukan tahap risiko. Sebagai sebahagian daripada proses pengunderaitan, maklumat kesihatan yang boleh digunakan dalam membuat dua keputusan yang berkaitan:  

Sama ada untuk menawar atau menolak perlindungan, dan Apakah kadar sumbangan yang ditetapkan bagi sijil.

Bagi menjalankan pengunderaitan perubatan, Pengendali Takaful akan mendapatkan keadaan perubatan yang sedia ada. Pengendali Takaful dibenarkan untuk bertanyakan soalan tentang sejarah perubatan seseorang untuk memutuskan 86

sama ada untuk menawarkan perlindungan atau tidak dan sama ada untuk mengenakan caj tambahan. a. Keadaan Fizikal Semasa Pengendali Takaful memerlukan pemohon untuk mengisi borang permohonan yang memperincikan sejarah penuh perubatan dan keadaan fizikal semasa setiap pemohon. Pernyataan pemohon pada borang permohonan dan keputusan pemeriksaan perubatan (sekiranya berkenaan) sebagai petunjuk pertama keadaan fizikal terkini. b. Sejarah Perubatan Proses penilaian bermula dengan semakan pernyataan pencadang dalam borang cadangan. Jika sejarah perubatan mengandungi data berkaitan tentang sakit atau penyakit, ia membuatkan Pengendali Takaful percaya bahawa pencadang ialah risiko yang meningkat. Kos pelan Takaful akan diselaraskan dengan sewajarnya untuk mengimbangi liabiliti kewangan yang tinggi. Pengendali Takaful mungkin menjalankan siasatan lanjut sekiranya terdapat sejarah perubatan yang disenaraikan dalam borang cadangan. Sebagai contoh, jika pemohon mengakui menerima rawatan bagi tekanan darah tinggi, penyataan doktor yang merawat biasanya diperlukan. Walau bagaimanapun, seandainya pernyataan pada borang permohonan menunjukkan rawatan dan pemulihan sepenuhnya daripada lengan yang patah, mungkin tiada maklumat tambahan diperlukan. Pengendali Takaful menyemak sejarah keadaan terdahulu untuk menentukan:    

Kemungkinan berulang. Sesetengah penyakit mempunyai kecenderungan untuk berulang. Kesan sejarah perubatan pada kesihatan keseluruhan pemohon. Komplikasi yang mungkin berlaku pada masa akan datang. Perkembangan normal pada sebarang kerosakan yang boleh dianggap sebagai petunjuk insiden masa hadapan yang lebih tinggi. Sebagai contoh, obesiti dan tekanan darah tinggi.

c. Sejarah Keluarga Satu bahagian dalam borang cadangan Takaful terdapat beberapa soalan tentang sejarah perubatan ahli keluarga. Hubungan yang jelas dilakukan antara keadaan tertentu pada masa ini yang mengancam hayat dengan perkembangan genetik, dan Pengendali Takaful akan mempertimbangkan

87

isu hubung kait pencadang sebagai pertunjuk risiko daripada peserta itu sendiri. 

Keputusan Pengunderaitan Setelah analisis maklumat yang diberikan lengkap, pihak underait pada asasnya mempunyai tiga pilihan: Jenis-jenis risiko Standard

Keputusan Menerima permohonan Jika pencadang dianggap berisiko sederhana atau biasa, dia akan dikenakan kadar standard tanpa sebarang pengecualian khusus atau pengurangan faedah.

Substandard Diubahsuai

/ Meluluskan permohonan dengan syarat yang dikenakan Jika pencadang mempunyai risiko melebihi kebiasaan, pencadang boleh dikelaskan sebagai risiko yang meningkat. Pihak underait masih boleh menawarkan perlindungan berserta pengubahsuaian seperti: d. Pengecualian Pengesahan pengecualian digunakan oleh Pengendali Takaful sebagai satu cara untuk memberikan perlindungan kepada orang-orang yang sepatutnya perlu ditolak. Dalam beberapa kes seperti tekanan darah tinggi atau tiroid, Pengendali Takaful masih boleh menawarkan perlindungan dengan pengecualian pada penyakit-penyakit tersebut. 

Bebanan (loading) (caruman tambahan) Bebanan (loading) adalah di mana Pengendali Takaful menambah jumlah caruman asas bagi menampung perbelanjaan untuk mendapatkan dan mengekalkan perniagaan.



Manfaat Diubahsuai Pengendali takaful boleh menawarkan manfaat yang diubahsuai kepada pemohon seperti had tahunan yang lebih rendah, ditolak perbelanjaan perubatan yang lebih besar atau kadang-kala bersama-sama 88

dengan caruman tambahan atau pengecualian rider.  Ditolak

Beberapa gabungan daripada pendekatan di atas

Pihak underait boleh menolak permohonan sekiranya insurans yang dicadangkan dinilai sebagai tidak menguntungkan (mungkin disebabkan oleh penyakit yang serius atau terlibat dalam pekerjaan atau hobi yang sangat berbahaya).

A11.7 PEMBAHARUAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN Terdapat empat pilihan Pembaharuan yang berlainan yang boleh diamalkan dalam Takaful perubatan dan kesihatan: Pembaharuan Pilihan Tidak Boleh Dibatalkan dan Boleh Diperbaharui Terjamin

Keterangan Pelan Takaful perubatan dan kesihatan dengan pilihan boleh diperbaharui terjamin menyediakan jumlah terbesar perlindungan kepada pihak yang diinsuranskan. Terdapat dua jaminan yang utama: a. Caruman tidak akan dinaikkan. b. Pengendali takaful tidak akan menolak pembaharuan

perlindungan. Boleh Diperbaharui terjamin

Perbezaan asas antara pilihan pelan perlindungan tidak boleh dibatalkan dan boleh diperbaharui terjamin dengan pelan pilihan perlindungan yang hanya boleh diperbaharui terjamin bergantung kepada hak Pengendali Takaful untuk menukar caruman perlindungan. Walau bagaimanapun, Pengendali Takaful tidak boleh menaikkan caruman peserta disebabkan sejarah tuntutan. Sebaliknya, Pengendali Takaful boleh meningkatkan caruman semua peserta dalam kumpulan usia yang sama.

Boleh Diperbaharui Bersyarat

Jenis ketiga peruntukan pembaharuan dikenali sebagai boleh diperbaharui bersyarat. Peruntukan boleh diperbaharui bersyarat memberikan pemilik sijil hak bersyarat untuk memperbaharui sijil, tetapi Pengendali Takaful berhak untuk menolak untuk memperbaharui sijil peserta dalam kelas tertentu, dan mungkin juga menaikkan kadar.

89

Boleh Diperbaharui Dengan Jenis keempat dan terakhir peruntukan pilihan Pilihan pembaharuan menawarkan hanya sedikit perlindungan kepada peserta dan mempunyai aplikasi yang sedikit dalam perlindungan perubatan dan kesihatan moden. Ia dikenali sebagai perlindungan boleh diperbaharui dengan pilihan. Di bawah peruntukan boleh diperbaharui dengan pilihan, caruman boleh meningkat dan manfaat diubahsuai secara berkelas. Di samping itu, Pengendali Takaful boleh membatalkan sijil individu, tetapi hanya pada tarikh ulang tahun sijil atau pada tarikh tamat tempoh sijil.

A11.8 PEMBAYARAN CARUMAN Pembayaran caruman bergantung kepada jenis-jenis sijil. Sesetengah sijil dikeluarkan atas dasar "tunai-sebelum-perlindungan", manakala sijil yang lain mungkin tertakluk pada tempoh 60 hari waranti caruman. Tempoh tangguh mungkin dibenarkan dalam kes sijil boleh diperbaharui terjamin, sijil boleh dibaharui bersyarat dan sijil tidak boleh dibatalkan untuk menyediakan kemudahan kepada pemilik sijil untuk membuat pembayaran. Walau bagaimanapun, sebarang tuntutan yang berlaku semasa tempoh tangguh adalah tidak boleh dibayar walaupun Pengendali Takaful tidak akan menganggap sijil sebagai luput. Sijil hanya akan dianggap luput jika tiada bayaran caruman dibuat sebelum berakhirnya tempoh tangguh.

A11.9 PENAMATAN SIJIL Apabila berlaku perkara-perkara berikut, secara automatik akan menamatkan Takaful perubatan dan kesihatan.   

Kematian peserta; Tarikh ulang tahun sijil berlaku serta-merta berikutan kelayakan umur maksimum peserta; Jumlah manfaat yang dibayar di bawah sijil melebihi had maksimum yang dinyatakan dalam jadual manfaat.

90

BAB A12 PENTADBIRAN SIJIL TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir bab ini, calon akan dapat: 

Memahami dan menjelaskan jenis, proses dan prosedur pentadbiran sijil untuk Takaful Perubatan dan Kesihatan.

A12.1 TINJAUN KESELURUHAN TENTANG PENTADBIRAN SIJIL TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN Pentadbiran sijil melibatkan pertukaran dan pengeluaran dokumen-dokumen sebagai bukti wujudnya kontrak Takaful yang sah. Dokumen-dokumen tersebut termasuk yang berikut: 1. 2. 3. 4. 5.

Borang Cadangan Sijil Endosmen Notis Pembaharuan Bukti pembayaran caruman Takaful Perubatan dan Kesihatan untuk pelepasan cukai

A12.2 BORANG CADANGAN Borang Cadangan Takaful adalah sebahagian daripada kontrak Takaful. Tujuan borang cadangan adalah untuk membantu Pengendali Takaful mengumpul maklumat yang diperlukan untuk pengunderaitan. Ini akan membolehkan pihak underait menilai cadangan dengan cepat dan tepat dan mengeluarkan sijil perakuan berdasarkan maklumat tersebut. Secara amnya borang cadangan mengandungi perkara-perkara berikut: 1. Pernyataan penzahiran sebagaimana dikehendaki di bawah Seksyen 141 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013: “Anda perlu memberitahu di dalam borang cadangan, sepenuhnya dan sejujurnya semua fakta yang anda tahu atau patut tahu, jika tidak Sijil yang dikeluarkan boleh menjadi tidak sah." 91

2. Soalan asas mengenai pencadang seperti nama, alamat surat-menyurat, alamat risiko, pekerjaan, dan lain-lain 3. Maklumat insurans / Takaful dahulu dan sekarang. 4. Soalan-soalan khusus berkaitan dengan perubatan dan kesihatan seperti sejarah keluarga dan perubatan, tabiat merokok, hobi berbahaya dan soalan-soalan yang berkaitan dengan penyakit AIDS 5. Di bawah Seksyen 13 dalam garis panduan yang sama, borang cadangan hendaklah mengandungi pernyataan, pengisytiharan yang menggabungkan maklumat minimum seperti berikut:    

Aqad (kontrak) yang mengikat peserta Takaful Aqad (kontrak) yang mengikat peserta dan Pengendali Takaful Peruntukan keuntungan pelaburan dan lebihan kepada peserta Peruntukan keuntungan pelaburan, lebihan atau fi kepada Pengendali Takaful

6. Di bawah klausa perisytiharan ini, terdapat bahagian untuk tandatangan pencadang serta tarikh.

A12.3 SIJIL Draf sijil Takaful daripada pengendali Takaful merupakan bukti bertulis kontrak Takaful. Untuk diterima sebagai bukti dalam mahkamah perundangan, sijil hendaklah disetem selaras dengan peruntukan Akta Setem. Sijil ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti yang berikut: 1. Tajuk yang terdiri daripada nama penuh dan alamat berdaftar Pengendali Takaful diletakkan pada bahagian atas muka hadapan. 2. Mukadimah atau Klausa Huraian Klausa ini memperkenalkan atau menghuraikan pihak-pihak dalam kontrak Pengendali Takaful dan peserta. 3. Klausa Operatif Klausa ini menggariskan inti pati kontrak dengan mengkhususkan peril yang dilindungi di bawah sijil dan keadaan yang mana Pengendali Takaful bertanggungjawab untuk membuat bayaran atau yang setara dengannya kepada peserta.

92

4. Pengecualian Pengecualian adalah sekatan ke atas skop perlindungan Takaful. Pengecualian dimasukkan dalam perakuan kerana peril dan kerugian tertentu tidak boleh dilindungi di bawah sijil. 5. Jadual Manfaat Jadual manfaat menyediakan maklumat berikut: o o o o o o o o o o

nama dan alamat peserta caruman nombor sijil tarikh dikeluarkan agensi tarikh lahir peserta tempoh Takaful pekerjaan peserta klausa khusus pengecualian pelbagai jenis dan amaun manfaat

6. Klausa Pengakusaksian atau Tandatangan Klausa ini dipanggil klausa pengakuansaksian kerana ia menyediakan peruntukan untuk Pengendali Takaful membuktikan aku janji. Perakuan itu ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa oleh pengendali Takaful. 7. Syarat-syarat Dalam satu kontrak Takaful syarat-syarat boleh dibuat secara jelas atau tersirat. Pengendali Takaful mencetak syarat-syarat yang jelas pada perakuan dan menguatkuasakan kontrak Takaful. Dalam ketiadaan syarat-syarat yang jelas, kontrak Takaful hanya tertakluk kepada syarat-syarat tersirat. Syarat-syarat tersirat berkaitan dengan yang berikut:    

Kewajipan penuh percaya mutlak Kewujudan kepentingan boleh insurans Kewujudan produk Takaful, dan Pengenalpastian kandungan utama Takaful.

93

A12.4 ENDOSMEN Pengendali Takaful akan mengeluarkan sijil standard yang melindungi peril tertentu yang khusus dan lain-lain pengecualian. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan untuk mengubahsuai terma-terma dan syarat-syarat sijil, Pengendali Takaful biasanya akan melampirkan satu atau lebih memorandum atau sokongan pada sijil. Sokongan menjadi sebahagian daripada sijil dan bukti kontrak. Perubahan yang dibuat boleh dikaitkan dengan mana-mana yang berikut: o o o o o o

perbezaan dalam amaun manfaat perubahan dalam mana-mana tempoh manfaat maksimum pelanjutan perlindungan Takaful bagi melindungi ahli keluarga tambahan perubahan dalam risiko pekerjaan pembatalan Takaful perubahan nama dan alamat

A12.5 NOTIS PEMBAHARUAN Bagi memperbaharui pelan tahunan Takaful Perubatan dan Kesihatan, Pengendali Takaful biasanya mengeluarkan notis pembaharuan satu atau dua bulan lebih awal daripada tarikh tamat tempoh, untuk mengingatkan peserta bahawa sijil tersebut tamat pada tarikh yang tertentu. Notis pembaharuan akan merangkumi semua butir-butir berkaitan sijil tersebut termasuk:      

Nama Peserta Nombor Sijil Sijil tamat tempoh Caruman tahunan Semakan terma-terma sijil (sekiranya ada). Nota memohon peserta untuk menzahirkan sebarang perubahan risiko material sejak bermulanya sijil (atau tarikh terakhir pembaharuan).

A12.6 DOKUMEN PELEPASAN CUKAI UNTUK BAYARAN CARUMAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN Peraturan cukai terkini membenarkan potongan cukai individu bagi pemastautin di Malaysia terhadap pendapatan boleh dicukai seperti yang berikut: 

Potongan daripada pendapatan boleh dicukai sehingga maksimum RM3,000 untuk caruman Takaful pendidikan dan atau perubatan.

94



Potongan daripada pendapatan boleh dicukai sehingga maksimum RM6,000 dibenarkan bagi caruman sijil Takaful Keluarga dan caruman skim persaraan yang diluluskan.

Pelan perlindungan Takaful Perubatan dan Kesihatan hendaklah untuk tempoh 12 bulan atau lebih. Perbelanjaan perlu berkaitan dengan rawatan perubatan yang berpunca daripada penyakit atau kemalangan atau kecacatan. Pelan boleh menjadi sijil tersendiri atau sebagai rider pada Takaful Keluarga. Jika pelan itu adalah rider, hanya caruman rider yang layak untuk potongan. Lembaga Hasil Dalam Negeri memerlukan bukti pembayaran caruman tersebut untuk mendapat kelayakan potongan cukai. Peserta dinasihatkan untuk memfailkan segala dokumen bagi tujuan audit cukai dan pengesahan pada masa hadapan.

95

BAB A13 TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir bab ini, calon akan dapat:  

Memahami dan menjelaskan jenis, proses serta prosedur tuntutan Takaful Perubatan dan Kesihatan. Menerangkan sebab-sebab penolakan tuntutan dan pelbagai saluran penyelesaian yang tersedia.

A13.2 PEMBERITAHUAN NOTIS TUNTUTAN Apabila keadaan yang memungkinkan berlakunya tuntutan, Pengendali Takaful tidak memulakan proses tuntutan dan membayar ganti rugi kepada pemilik sijil melainkan jika dan sehingga pemberitahuan tuntutan itu dibuat. Oleh itu, pemberitahuan notis tuntutan merupakan asas perjanjian Takaful. Dua sebab utama mengapa pemberitahuan tuntutan adalah penting: 1. Pengendali Takaful perlu diberi peluang menyiasat tuntutan itu. 2. Pengendali Takaful perlu membuat peruntukan untuk kos yang bakal dituntut. Sijil takaful memerlukan pemilik sijil memberitahu Pengendali Takaful secara bertulis sebarang tuntutan dalam tempoh yang munasabah, biasanya antara 14 hari hingga 30 hari.

A13.2 BUKTI PENYAKIT / TUNTUTAN Pihak yang membuat tuntutan dikehendaki mengemukakan bukti bertulis kehilangan/kerugian, atau tuntutan di dalam jangka masa seperti mana yang telah ditetapkan dalam peruntukan kehilangan/kerugian. Dalam kes tuntutan manfaat hospital atau perbelanjaan perubatan, bukti kukuh/sahih daripada hospital (bil asal penghospitalan dan borang tuntutan) perlu dikemukakan dalam jangka tempoh yang ditetapkan dari tarikh kerugian. Pembuat tuntutan mesti mendaftar terlebih dahulu tuntutan mereka dengan Pengendali Takaful dalam jangka tempoh yang ditetapkan dan mengemukakan semua dokumen bagi memudahkan proses tuntutan. Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan adalah seperti berikut:

96

    

Bukti pengenalan, Salinan dokumen sijil, Bil-bil asal hospital di mana pihak diinsuranskan dimasukkan, Sijil keluar dari hospital, dan Laporan asal siasatan.

A13.3 BORANG TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN Borang Tuntutan Takaful Perubatan dan Kesihatan dirangka dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi menentukan liabiliti Pengendali Takaful di bawah sijil. Umumnya borang ini terdiri daripada satu pernyataan menuntut dan pernyataan doktor yang merawat. Beberapa soalan yang relatifnya standard seperti:       

Nama Alamat Tarikh lahir Nombor sijil dan nombor kumpulan Takaful Maklumat, mengenai sekiranya pemilik sijil dilindungi di bawah pelan kumpulan melalui majikan Penerangan kecederaan atau penyakit yang menyebabkan kerugian Tarikh rawatan perubatan atau lawatan doktor, dan lain-lain

Pihak yang menuntut juga perlu memberikan kebenaran yang membenarkan mana-mana penyedia perubatan, doktor, atau majikan untuk memberikan rekod atau maklumat berkenaan sejarah perubatan atau status pekerjaan orang yang diinsuranskan.

A13.4 LIPUTAN PEMERIKSAAN Sebaik sahaja Pengendali Takaful menerima notis tuntutan, Jabatan Tuntutan akan meneruskan dengan proses-proses yang berikut: 1. Menentukan sama ada atau tidak tuntutan itu adalah sah dengan memeriksa antara lain sama ada sijil itu berkuat kuasa, caruman telah dibayar, kerugian yang disebabkan oleh peril yang diinsuranskan, dan lain-lain 2. Apabila jabatan tuntutan menyelesaikan pemeriksaan awal dan mendapati tuntutan itu adalah sah, borang tuntutan akan diberikan kepada pihak yang menuntut. Borang dikeluarkan tanpa prejudis, bermaksud bahawa pengeluaran borang tuntutan tidak bermaksud liabiliti dalam sijil telah diterima. 3. Semua tuntutan mestilah didaftarkan dalam daftar tuntutan apabila dimaklumkan kepada Pengendali Takaful. Daftar tuntutan mesti disimpan selama mana mereka masih bertanggungjawab ke atas tuntutan.

97

A13.5 SIASATAN TUNTUTAN Langkah yang selanjutnya dalam proses tuntutan Takaful ialah siasatan untuk menentukan sama ada Pengendali Takaful sebagai penanggung insurans bertanggungjawab terhadap kerugian. Siasatan lanjut bergantung pada kerumitan dan saiz tuntutan. Proses siasatan tuntutan melibatkan yang berikut: 1. Siasatan untuk menentukan sama ada:    

Wujud kerugian. Kerugian yang disebabkan oleh peril yang dilindungi oleh sijil. Kerugian tidak termasuk dalam skop pengecualian sijil. Pihak yang membuat tuntutan ialah pihak yang sah.

2. Semakan dokumentasi tuntutan seperti bentuk tuntutan, bil-bil, dan lain-lain 3. Memohon dokumen tambahan seperti laporan perubatan, pernyataan menghadiri rawatan doktor dan lain-lain (sekiranya perlu). A13.6 PEMBAYARAN TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN Proses tuntutan Takaful berakhir dengan pembayaran. Apabila Pengendali Takaful menyelesaikan siasatan dan membuat keputusan untuk membayar tuntutan, jumlah yang perlu dibayar akan dikira dan pembayaran tuntutan kepada pihak yang menuntut akan dibuat. A13.7 PENOLAKAN LIABILITI OLEH PENGENDALI TAKAFUL Pengendali Takaful boleh menolak liabiliti atas beberapa alasan seperti:  Tiada wujud kerugian seperti yang dilaporkan.  Kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh peril yang tidak dilindungi di bawah sijil.  Kehilangan atau kerosakan dalam skop pengecualian sijil.  Sijil tersebut telah diisytiharkan tidak sah akibat daripada pelanggaran syarat. Apabila tuntutan ditolak, Pengendali Takaful akan memaklumkan kepada pihak yang menuntut dengan mengeluarkan surat kepada pemilik sijil dan memaklumkan keputusan tersebut.

98

A13.8 PERTIKAIAN Sebahagian kecil daripada kebanyakan tuntutan yang diselesaikan setiap tahun oleh Pengendali Takaful biasanya berakhir dengan pertikaian. Pertikaian antara pihak menuntut dengan Pengendali Takaful biasanya melibatkan kes-kes seperti sama ada Pengendali Takaful bertanggungjawab, jumlah kerugian, dan lain-lain Apabila timbul pertikaian, ia boleh diselesaikan melalui saluran berikut: 1. Penyelesaian Secara Rundingan dan Kompromi Kebiasaannya, pihak yang menuntut boleh berjumpa dengan Pengendali Takaful untuk menyelesaikan pertikaian melalui perbincangan. 2. Biro Pengantaraan Kewangan (FMB) Biro Pengantaraan Kewangan atau Financial Mediation Bureau (FMB) ialah sebuah badan bebas yang ditubuhkan untuk membantu menyelesaikan pertikaian antara pelanggan dengan penyedia perkhidmatan kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Fungsinya ialah sebagai pusat yang menyediakan penyelesaian pelbagai aduan pengguna runcit secara percuma, cepat, mudah dan berkesan. 3. Timbang Tara Timbang tara merupakan satu cara yang terbaik dan digunakan secara meluas untuk menamatkan pertikaian. Ia menyediakan pihak yang berkontroversi dengan pilihan selain daripada tindakan undang-undang. Tidak seperti tindakan undangundang/litigasi, timbang tara berlaku di luar mahkamah: kedua-dua pihak memilih pihak ketiga yang tidak berat sebelah, yang dikenali sebagai penimbang tara; bersetuju terlebih dahulu untuk mematuhi keputusan penimbang tara, dan kemudian mengambil bahagian dalam perbicaraan yang mana kedua-dua pihak boleh mengemukakan bukti dan keterangan. Keputusan penimbang tara biasanya muktamad, dan mahkamah jarang menelitinya semula. 4. Tindakan Litigasi Pihak yang menuntut juga boleh membawa Pengendali Takaful ke mahkamah jika mereka tidak berpuas hati hasil perbincangan / rundingan dengan jabatan tuntutan. Walau bagaimanapun, tindakan undang-undang dianggap sebagai pilihan terakhir kerana ia biasanya akan melibatkan kos yang tinggi.

99