CORAK PENGAMBILAN MAKANAN DI KALANGAN PELAJAR MELAYU SEKOLAH

Download 1.8. Definisi Terminologi. 9. 1.8.1 Makanan. 9. 1.8.2 Amalan Pemakanan. 10. 1.8. 3 Pemakanan Tak Seimbang. 10. 1.8.4 Corak. 10. 1.8.5 Kadar ...

0 downloads 455 Views 28MB Size
CORAK PENGAMBILAN MAKANAN DI KALANGAN PELAJAR MELAYU SEKOLAH RENDAH ( SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH KEBANGSAAN BENUT, DAERAH PONTIAN, JOHOR)

SITI NUR FATIHAH BINTI MOHAMED RASIDI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CORAK PENGAMBILAN MAKANAN DI KALANGAN PELAJAR MELAYU SEKOLAH RENDAH ( SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH KEBANGSAAN BENUT, DAERAH PONTIAN, JOHOR)

SITI NUR FATIHAH BINTI MOHAMED RASIDI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2003

iii

DEDIKASI Assalamualaikum w.b.t Istimewa buat keluargaku tersayang mi dan baba; Zainun Hussain dan Mohd Rasidi Latiff Adik ~ adikku; Faiz, Farhan, Afiq, Atiq, Fatin, Iffah, Ismat dan Raidah Terima kasih kerana tetap mendukung Semangatku dan mempercayaiku selama ini. Tidak lupa juga buat para ‘pendidik’ Mengajar dan menabur budi kepadaku Sehingga aku sampai ke tahap ini Kukalungkan khas untuk kalian semua Warga kelas 4 SPH 2003/2004 Sahabat ~ sahabatku; Ita, Jame, Ayie, Azda, Zimah, Dilla, Farah, Elly, Ina, Zai dan Yunie Akan ku rindukan nostalgia kita di sini Bila kita boleh berjumpa lagi? Terima kasih buat semua Semoga berjaya dalam menempuhi kehidupan ini Doaku sentiasa mengiringi Moga dirahmati Allah S.W.T hendaknya Sekian, Wassalam. ku akhiri…

iv

PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang Bersyukur ke hadrat Allah S. W. T berkat limpah dan Kurnia NYA dan kepada NYA jugalah saya memohon taufik dan hidayah dalam menempuh liku-liku kehidupan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S. A. W.

Salam penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Penyelia Projek Saya, Dr. Mohamed Sharif Mustaffa di atas segala tunjuk ajar, bimbingan, teguran dan nasihat yang berterusan sehingga laporan projek ini berjaya disiapkan.

Ucapan terima kasih dan bersyukur juga ingin saya ucapkan kepada Bahagian Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia kerana memberi kerjasama dalam menyiapkan projek ini.

Tidak lupa juga, kalungan terima kasih dihulurkan buat para pensyarah, tutor dan tenaga pengajar di Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional di atas segala ilmu dan kemahiran yang dicurahkan selama saya menuntut di sini.

Terima kasih juga di tujukan kepada Jabatan Pendidikan Johor, Pengetua ,guruguru dan para pelajar Sekolah Kebangsaan Benut, Pontian, Johor di atas bantuan dan kerjasama yang dihulurkan.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sekuliah di atas segala dorongan yang diberikan dan kepada semua insan yang mendoakan kejayaan dan kebahagiaan saya.

v

ABSTRAK Pengambilan makanan amat penting dalam kehidupan. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengetahui corak pengambilan makanan pelajar sekolah rendah. Corak pengambilan makanan ini dikaji melalui soal selidik berkenaan dengan corak pemakanan mereka setiap hari berdasarkan 6 jenis sajian iaitu sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dam makan lewat malam. Faktor – faktor terpilih yang mendorong pengambilan makanan turut dikaji. Faktor- faktor tersebut ialah faktor media massa, rakan sebaya, sosioekonomi dan pengetahuan mereka berkenaan dengan pengambilan makanan. Sampel yang terpilih adalah terdiri daripada pelajar- pelajar Melayu darjah enam Sekolah Kebangsaan Benut, Pontian, Johor. Mereka dipilih berdasarkan kawasan luar dari bandar dan matang dari segi menjawab soal – selidik berbanding pelajar-pelajar yang lain. Sekolah mereka juga terpilih dari segi kantin paling bersih dan cantik kawasan Pontian. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah peratusan. Dapatan kajian menunjukkan corak pengambilan makanan pelajar pada tahap sekali sekala dan masih perlu diperbaiki terutama dari segi pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Para pelajar juga tidak digalakkan mengamalkan pengambilan snek dalam pemakanan mereka. Hasil kajian juga mendapati faktor media massa, sosioekonomi dan rakan sebaya, tidak mempengaruhi mereka dalam pengambilan makanan. Ini mungkin disebabkan oleh faktor pengetahuan mereka yang berada pada tahap mempengaruhi berbanding faktor-faktor lain. Dapatan kajian serta cadangan-cadangan kajian akan datang turut juga dibincangkan dalam kajian ini.

vi

ABSTRACT Food consuming is a very crucial aspect in living. Concern that, this study had been carried out with the objectives to know the pattern of food consuming in the perspective of the primary school students. The research instrument used was questionnaire that questioned about the pattern of food taking daily based on 6 types of dishes namely breakfast, mowing bread, lunch, tea, dinner and supper. The factors that drove them in food taking were also analyzed. The factors were the mass media, peers, socioeconomic and their knowledge on food taking. The samples were the standard six Malay students from Sekolah Kebangsaan Benut, Pontian, Johor. They were selected because of the setting of the school, which is the rural area, and they are more mature in giving answers. In fact their school owns the cleanest canteen on Pontian areas. Data were analyzed using percentage and findings shown that the students seldom take their food and they have to increase the taking of vegetables and fruits serving. The students were also discouraged on taking snack. From the findings, it is not true that the mass media, peers and socioeconomics are the factors in students food consuming pattern. This is due to the reason that their knowledge is more influence compared to other factors. The findings and recommendation were also discussed in this research.

vii

KANDUNGAN

BAB

BAB 1

PERKARA

MUKA SURAT

JUDUL

i

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xii

SENARAI SINGKATAN

xv

SENARAI LAMPIRAN

xvi

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

3

1.3

Pernyataan Masalah

5

1.4

Objektif Kajian

6

1.4.1

6

Objektif Khusus

1.5

Persoalan Kajian

7

1.6

Kepentingan Kajian

7

viii 1.6.1

Kementerian Pendidikan Dan Kementerian Kesihatan Malaysia

7

1.6.2

Pelajar – pelajar Melayu

8

1.6.3

Ibu Bapa

8

1.6.4

Pihak Sekolah

8

1.7

Batasan Kajian

9

1.8

Definisi Terminologi

9

1.8.1

Makanan

9

1.8.2

Amalan Pemakanan

10

1.8.3

Pemakanan Tak Seimbang

10

1.8.4

Corak

10

1.8.5

Kadar Kematian Toddler

10

1.8.6

Snek

11

BAB II

SOROTAN PENULISAN 2.1

Pendahuluan

12

2.2

Keperluan Makanan

12

2.2.1

Nutrien-nutrien Makanan

14

2.2.1.1 Karbohidrat

15

2.2.1.2 Protein

15

2.2.1.3 Lemak

16

2.2.1.4 Vitamin

17

2.2.1.5 Garam Mineral

18

Corak Pengambilan Makanan

19

2.3.1

Masalah Dalam Corak Pengambilan

24

2.3.2

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi

2.3

Corak Pengambilan Makanan

25

2.3.2.1 Media Massa

26

2.3.2.2 Rakan Sebaya

27

ix

2.4

BAB III

2.3.2.3 Sosioekonomi

28

2.3.2.4 Pengetahuan

29

Penutup

31

METODOLOGI KAJIAN 3.1

Pendahuluan

32

3.2

Reka Bentuk Kajian

32

3.3

Tempat Kajian

33

3.4

Populasi dan Sampel Kajian

33

3.5

Instrumen Kajian

34

3.5.1

35

Kajian Rintis 3.5.1.1 Kebolehpercayaan SoalSelidik 3.5.1.2 Kesahan Soal Selidik

BAB IV

36 36

3.6

Penganalisaan Data

37

3.7

Prosedur Kajian

39

3.8

Penutup

39

ANALISIS DATA 4.1

Pendahuluan

40

4.2

Keputusan dan Analisis Bahagian A

40

4.2.1 Jantina

41

4.2.2

Pekerjaan Ayah

41

4.2.3

Pekerjaan Ibu

42

4.2.4

Jumlah Pendapatan Ibu bapa

42

4.2.5

Bilangan Adik – beradik

43

x

4.3 4.4

BAB V

4.2.6

Media Elektronik

44

4.2.7

Wang Saku

44

Keputusan dan Analisis Bahagian B

45

4.3.1

45

Analisis Persoalan Kajian 1

Keputusan dan Analisis Bahagian C

52

4.4.1

Analisis Persoalan Kajian 2

53

4.4.2

Analisis Persoalan Kajian 3

54

4.4.3

Analisis Persoalan Kajian 4

56

4.4.4

Analisis Persoalan Kajian 5

57

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1

Pendahuluan

59

5.2

Perbincangan

59

5.2.1

Corak Pengambilan Makanan Pelajar

5.2.2

Pengaruh Faktor Media Massa Dalam Pengambilan Makanan

5.2.3

64

Pengaruh Faktor Sosioekonomi Dalam Pengambilan Makanan

5.2.5

63

Pengaruh Faktor Rakan Sebaya Dalam Pengambilan Makanan

5.2.4

59

65

Pengaruh Faktor Pengetahuan Asas Dalam Pengambilan Makanan

66

5.3

Rumusan Dapatan Kajian

67

5.4

Cadangan

68

5.4.1

Pihak Guru

69

5.4.2

Ibu Bapa

69

5.4.3

Pihak Pentadbiran atau PIBG

69

5.4.4

Program-Program Pemakanan

70

xi 5.4.5

Program Kesedaran dan Peningkatan Kualiti

5.5

Kajian Lanjutan

70 70

BIBLIOGRAFI

72

LAMPIRAN

78

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL

TAJUK

3.1

Kategori bagi pengambilan sajian

38

3.2

Kategori bagi pengambilan makanan

38

3.3

Kategori nilai peratus

38

4.1

Bilangan dan peratus responden mengikut jantina

4.2

42

Bilangan dan peratus responden mengikut pendapatan ibu bapa

4.5

41

Bilangan dan peratus responden mengikut pekerjaan ibu

4.4

41

Bilangan dan peratus responden mengikut pekerjaan ayah

4.3

MUKA SURAT

42

Bilangan dan peratus responden mengikut bilangan adik – beradik

43

xiii

4.6

Bilangan dan peratus responden mempunyai media elektronik

4.7

44

Bilangan dan peratus responden mengikut jumlah wang saku sehari ke sekolah

4.8

44

Bilangan dan peratus responden mengikut pengambilan sajian / makanan setiap hari dalam seminggu

4.9

45

Bilangan dan peratus responden mengikut pengambilan makanan: jenis dan kekerapan untuk sarapan pagi

4.10

46

Bilangan dan peratus responden mengikut pengambilan makanan: jenis dan kekerapan untuk minum pagi

4.11

47

Bilangan dan peratus responden mengikut pengambilan makanan: jenis dan kekerapan untuk makan tengah hari

4.12

48

Bilangan dan peratus responden mengikut pengambilan makanan: jenis dan kekerapan untuk minum petang

50

xiv

4.13

Bilangan dan peratus responden mengikut pengambilan makanan: jenis dan kekerapan untuk makan malam

4.14

50

Bilangan dan peratus responden mengikut pengambilan makanan: jenis dan kekerapan untuk makan lewat malam (supper)

4.15

52

Bilangan dan peratus responden mengikut pengaruh media massa dalam corak pengambilan makanan

4.16

53

Bilangan dan peratus responden mengikut pengaruh rakan sebaya dalam corak pengambilan makanan

4.17

54

Bilangan dan peratus responden mengikut pengaruh sosioekonomi dalam corak pengambilan makanan

4.18

56

Bilangan dan peratus responden mengikut pengaruh pengetahuan dalam corak pengambilan makanan

57

xv

SENARAI SINGKATAN / SIMBOL

BIL

-

Bilangan

PTV

-

Pendidikan Teknik dan Vokasional

S.K.

-

Sekolah Kebangsaan

SPSS

-

Statistical Package For Social Science

No

-

Nombor

%

-

Peratus

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

A

Soal Selidik

78

B

Surat Kebenaran EPRD

86

C

Surat Kebenaran JPNJ

87

D

Surat Kebenaran UTM

88

BAB I

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Makanan merupakan satu keperluan yang amat penting dalam hidup kita. Tanpa makanan kemungkinan besar kita akan mati. Namun demikian, untuk memastikan kesihatan badan terjamin, makanan yang baik dan berzat perlu diambil. Kualiti dan kuantiti makanan yang dimakan hendaklah dipertimbangkan.

Makan pula adalah satu perbuatan yang perlu dan baik tetapi kita hendaklah berhati-hati dengan apa yang kita makan. Memakan makanan yang betul dan berkhasiat menolong menjaga tubuh yang sihat dan kuat. Makanan yang tidak berzat boleh menjejaskan kesihatan kita. ( Hasbullah Hussin, 1991).

Menurut Rahimah Abdul Kadir, topik kesihatan ialah isu yang paling popular sejak berkurun zaman. Dari bayi dilahirkan sehingga ia mencecah zaman kanak-kanak dan terus ke peringkat remaja, dewasa, pertengahan umur dan akhirnya usia tua, isu-isu pemakanan, senaman, penyakit, persekitaran hidup dan topik-topik lain yang sering berhubung tidak jemu diselidiki. Dengan kata lain, pengetahuan tentang sihat, kesihatan dan sakit sering mendapat perhatian sepanjang zaman. Sebagai contoh pada tahun 1988, Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) mendakwa terdapat bukti-bukti yang kukuh menunjukkan bahawa tabiat atau amalan makan yang buruk merupakan salah satu faktor

2 yang meningkatkan penyakit-penyakit kronik yang begitu cepat. ( Jabatan Kesihatan , 1998 )

Namun begitu, pada era globalisasi ini para pelajar kita lebih cenderung kepada makanan yang diproses atau makanan keluaran kilang. Makanan yang diproses atau makanan kilang sebenarnya mengandungi banyak bahan kimia tambahan yang mungkin membahayakan kesihatan dalam jangka masa yang panjang. Makanan yang terbaik ialah makanan yang telah dimasak oleh ibu atau pun makanan yang baru diambil daripada ladang atau daripada pokok.

Keperluan pemakanan di kalangan pelajar adalah lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak di peringkat pra- sekolah. Ini adalah disebabkan oleh pertambahan saiz badan dan aktiviti fizikal pada usia enam hingga dua belas tahun adalah amat ketara. Para pelajar yang mendapat cukup zat makanan dan dalam persekitaran yang baik akan berpeluang untuk mencapai tumbesaran yang maksimum. Sebaliknya pelajar yang kurang mendapat kurang zat makanan akan mengalami gangguan pertumbuhan fizikal dan mental, keletihan, kurang penumpuan terhadap pelajaran dan kemerosotan pencapaian dalam pelajaran di sekolah. Malangnya, ramai kanak-kanak tidak mendapat cukup makanan atau pun mereka mendapat makanan yang tidak berzat. Ini menyebabkan mereka mengalami pemakanan yang tidak seimbang dan tidak dapat membesar dengan baik dan sihat. ( Hasbullah Hussin,1991).

Oleh itu kajian ini dilakukan untuk mengkaji apakah corak pengambilan makanan yang diamalkan oleh para pelajar dan ingin meninjau apakah faktor- faktor yang mempengaruhi corak pengambilan makanan mereka.

3 1.2

Latar Belakang Masalah

Dewasa ini, kepentingan pemakanan dalam memastikan kesihatan tidak pernah dinafikan. Namun begitu adakah corak pengambilan makanan yang sihat dan seimbang dipraktikkan dalam kehidupan harian. Generasi sekarang lebih berorientasikan snek, makanan yang telah diproses dan makanan berkaleng. Terutamanya para pelajar dan kanak-kanak yang tidak didedahkan dengan tabiat makanan yang baik.

Makanan yang diproses selalunya mengandungi bahan aditif yang digunakan untuk mengekalkan warna dan rasa, tahan lama dan mengekalkan tekstur. Bahan aditif lain seperti garam, gula dan lemak selalu digunakan untuk menjadikan rasanya semakin enak.( Mathews, 2001). Ini akan membawa kepada penyakit-penyakit pemakanan jangka pendek dan jangka panjang sekiranya ia tidak dikawal. Menurut Mohd Hamim ( 2000 ), Pada tahun 1988, Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) mendakwa terdapat buktibukti yang kukuh menunjukkan tabiat atau amalan makanan yang buruk merupakan salah satu faktor penting yang meningkatkan penyakit-penyakit kronik begitu cepat. Selaras dengan Hasbullah Hussin ( 1991) dalam bukunya Kanak-kanak Dan Kesihatan menyatakan: ‘ Lebih kurang 15 juta kanak-kanak di negara Dunia Ketiga mati setiap tahun…Separuh daripada kematian yang berlaku disebabkan pemakanan yang tidak seimbang, kekurangan makanan atau kerosakan pada sistem pertahanan ( terhadap penyakit ) akibat makanan yang tidak sempurna. Dalam tahun 1975 dan 1976, terdapat 89 kanak-kanak yang berumur antara satu hingga sepuluh tahun yang dimasukkan ke Wad Kanak-kanak, Hospital Besar Kota Bharu disahkan menghidap penyakit pemakanan yang tidak seimbang. Daripada jumlah ini, 11 orang mati di hospital dan 6 orang mati dalam masa 48 jam selepas dimasukkan ke hospital. Lima daripada kematian ini berlaku dalam masa 24 jam.’ (Hasbullah Hussin, 1991)

Daripada kenyataan ini, didapati bahawa punca-punca penyakit ini ialah kekurangan zat makanan, kejahilan tentang jenis-jenis dan mutu makanan, kepercayaan tentang makanan yang tertentu, tabiat memakan makanan yang tidak seimbang dan faktor emosi. Sebagai contoh, berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui

4 pemerhatian dan wawancara dengan murid-murid sekolah yang dilakukan secara rambang oleh Bahagian Kesihatan Sekolah, Kementerian Kesihatan menyatakan bahawa corak pengambilan makanan murid-murid sekolah menunjukkan mereka mengambil makanan yang tidak berzat kerana tabiat suka memakan makanan snek.

Mengenai faktor kekurangan zat makanan, Safiah Mohd Yusoff (dalam Berita Harian,1992) menyatakan keseluruhan pelajar di negara ini kekurangan zat makanan terutamanya kalsium. Corak pemakanan sangat penting dalam kehidupan murid sekolah kerana ia yang akan menentukan pembekalan zat makanan kepada tubuh mereka. Menurut beliau lagi, bekalan zat makanan untuk pembesaran sangat penting kepada mereka yang berada dalam kumpulan usia tujuh tahun hingga 19 tahun kerana tempoh berkenaan adalah masa pembesaran mereka.

Kesan kekurangan zat makanan telah membawa kepada kadar kematian yang tinggi di kalangan orang melayu. Sebagai contoh bagi seluruh Malaysia Barat,Kadar Kematian‘ Toddler’ (KKT) iaitu 2.30 orang bagi 1000 penduduk dan menurut perbandingan di antara kaum, orang Melayu mempunyai KKT tertinggi ( 2.91) diikuti oleh orang India ( 2.38) dan orang Cina ( 1.18) bagi tahun 1978. KKT Malaysia Barat berbeza mengikut daerah. KKT yang melebihi 5.00 bagi 1000 penduduk biasanya wujud di desa-desa di Kelantan, Terengganu dan Kedah yang majoritinya penduduknya Melayu. ( Hasbullah Hussin,1991)

Menurut kajian yang dilakukan oleh Intan ( 1996 ), mengesyorkan pengetahuan pemakanan dan corak pengambilan makanan yang betul perlu diberi penekanan lebih awal kepada setiap individu iaitu bermula dari peringkat sekolah rendah lagi. Para pelajar dalam usia ini perlu diberi pendedahan kepada perkara di atas bagi mewujudkan generasi yang mempunyai taraf permakanan yang baik dari segi rohani, jasmani dan mental seterusnya bebas daripada risiko penyakit yang merbahaya seperti diabetis, tekanan darah tinggi dan beberapa jenis kanser. Selain itu pendedahan awal ini juga akan dapat memberikan kesedaran awal kepada mereka mengenai kepentingan menjaga

5 kesihatan diri supaya sentiasa berada pada tahap yang optimum. Tetapi persoalannya sejauh mana pengetahuan mengenai pengambilan makanan ini dilaksanakan dan berkesan ke atas pelajar-pelajar luar bandar?. Adakah para pelajar telah menerima pengetahuan secukupnya dan dapat mempraktiskan dalam kehidupan seharian. Isu ini akan dikaji oleh pengkaji dengan membuat penerokaan secara kajian kes di salah sebuah sekolah yang dipilih.

Dewasa ini telah banyak usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia terutamanya dalam memberi kesedaran berkaitan tabiat pemakanan kepada seluruh rakyat Malaysia. Banyak kajian dan kempen pemakanan sihat telah dijalankan namun permasalahan pemakanan ini masih merupakan satu masalah yang belum dapat diatasi sepenuhnya. Selain daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia juga amat prihatin dalam menangani permasalahan ini. Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah ( RMTS ) yang mula diperkenalkan ke seluruh sekolah rendah di Malaysia pada tahun 1979 dan diikuti Program Susu Sekolah yang mula diperkenalkan pada tahun 1989 adalah antara program yang dijalankan bagi meminimumkan masalah tersebut ( Intan, 1996 ). Walaupun Kementerian Pendidikan telah melaksanakan RMTS dan Program Susu Sekolah, namun persoalan yang timbul sejauh mana ia benar-benar berkesan kepada pengambilan makanan para pelajar sekolah rendah.

Merujuk kepada isu-isu diatas pengkaji ingin meninjau sejauh mana corak pengambilan makanan para pelajar dan apakah faktor-faktor yang mempengaruhi corak pengambilan makanan yang diamalkan oleh mereka.

1.3

Pernyataan Masalah Corak pengambilan makanan yang baik dan betul amat penting bagi membantu

mencegah terjadinya penyakit-penyakit yang kronik kerana pengambilan makanan yang

6 berkualiti dapat menghasilkan perkembangan sepenuhnya , meningkatkan tahap keupayaan mental dan fizikal serta memberi rintangan terhadap penyakit di samping tidak mempercepatkan proses penuaan.( Bahagian Pendidikan Kesihatan , 2001). Makanan yang sihat terdiri daripada pelbagai campuran makanan yang diambil dalam kuantiti yang mencukupi bagi memenuhi keperluan nutrien berdasarkan kepada umur, jantina, aktiviti dan keperluan fisiologi. Oleh kerana pelajar sekolah rendah merupakan kanak-kanak dalam peringkat pembesaran, corak pengambilan makanan mereka setiap hari mestilah memenuhi keperluan zat bagi fizikal dan mental. Selain itu makanan juga penting untuk menjaga dan mencegah mereka daripada penyakit berjangkit Tanpa pemakanan yang seimbang menyebabkan mereka mengalami kemerosotan dalam pelajaran dan tidak dapat membesar dengan baik. Justeru itu kajian ini ingin meninjau corak pengambilan makanan yang diamalkan dan apakah faktor-faktor yang mempengaruhi amalan pengambilan makanan mereka.

1.4

Objektif Kajian

Objektif am kajian ini adalah untuk melihat pengambilan makanan di kalangan para pelajar Melayu darjah enam di sebuah sekolah rendah daerah Pontian, Johor Darul Takzim.

1.4.1

Objektif Khusus

1.4.1.1 Untuk mengenalpasti corak pengambilan makanan di kalangan pelajar. 1.4.1.2 Untuk mennjau faktor media massa dalam mempengaruhi corak pengambilan makanan pelajar. 1.4.1.3 Untuk meninjau faktor rakan sebaya dalam mempengaruhi corak pengambilan makanan pelajar.

7 1.4.1.4 Untuk meninjau faktor sosioekonomi dalam mempengaruhi corak pengambilan makanan pelajar. 1.4.1.5 Untuk meninjau faktor pengetahuan dalam mempengaruhi corak pengambilan makanan pelajar.

1.5

Persoalan Kajian

1.5.1

Apakah corak pengambilan makanan di kalangan pelajar.

1.5.2

Adakah faktor media massa mempengaruhi corak pengambilan makanan pelajar.

1.5.3

Adakah faktor rakan sebaya mempengaruhi corak pengambilan makanan pelajar.

1.5.4

Adakah faktor sosioekonomi mempengaruhi corak pengambilan makanan pelajar.

1.5.5

Adakah faktor pengetahuan mempengaruhi corak pengambilan makanan pelajar.