EDU 3108 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU
Nordin Tahir JIP, IPG Kampus Ipoh
TAJUK 6 KEPEMIMPINAN GURU
8/12/2011
Nordin Tahir
2
Konsep Asas Kepemimpinan • Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. • Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. • Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. • Kepimpinan membawa erti “keupayaaan memimpin” dan kepemimpinan pula “keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin” (Kamus Dewan, 2002).
8/12/2011
Nordin Tahir
3
Konsep Asas Kepemimpinan • Kepemimpinan adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. • Kepemimpinan sebagai kebolehan utk mempengaruhi ahliahli kumpulan utk mencapai sesuatu matlamat (Robbins, 2003). • Kepemimpinan merupakan keupayaan utk mempengaruhi sistem kepercayaan, tindakan & pegangan nilai ahli-ahli dlm kumpulannya (Leithwood & Janti, 1999).
8/12/2011
Nordin Tahir
4
Konsep Asas Kepemimpinan • Menurut pendapat Konntz dan O’Donnel (1984), “kepimpinan secara amnya adalah semata-mata bermakna pengaruh; satu seni atau proses mempengaruhi orang supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke arah pencapaian matlamat bersama”. • Menurut Fulmer (1988), “kepemimpinan melibatkan keduadua keupayaan atau kekuatan untuk meyakinkan orang lain bekerja keras ke arah sesuatu matlamat , dan kemahiran atau kebolehan untuk membantu mereka mencapainya”. • Kepemimpinan sebagai kebolehan seseorang utk menginspirasikan keyakinan & sokongan dlm kalangan sekumpulan manusia yg diperlukan utk mencapai matlamat organisasi (Kim & Maubourgne, 1992). 8/12/2011
Nordin Tahir
5
Konsep Asas Kepemimpinan • Menurut Hollander dalam bukunya Leadership Dynamic, (1978), “kepimpinan adalah satu proses pengaruhmempengaruhi antara pemimpin dengan pengikut. • Walaupun pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan daripada paksaan. • Proses ini selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utama ialah untuk mencapai matlamat bersama. • Jadi kepimpinan bukan hanya tanggungjawab pemimpin, tetapi memerlukan usaha bekerjasama daripada pengikutpengikutnya”.
8/12/2011
Nordin Tahir
6
Konsep Asas Kepemimpinan • Gordon (1955) memberi definisi seperti berikut: “kepimpinan dapat dilihat sebagai interaksi antara individu dengan kumpulan atau secara khususnya antara individu dengan seluruh ahli yang menganggotai kumpulan. • Setiap yang terlibat dalam proses interaksi ini boleh dianggap memegang watak-watak tertentu yang berbeza antara satu dengan lain. • Asas yang membezakan tadi ialah pengaruh , iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut mematuhi atau akur”.
8/12/2011
Nordin Tahir
7
Konsep Asas Kepemimpinan •
“Leaders mobilize others to get extraordinary things done in organisations. Its about the practices leaders use to transform values into actions, visions into realities, obstacles into innovations, separateness into solidarity, and risks into rewards” (Kouzes & Posner, 2002)
•
“You manage things you lead people” (Grace Murray Hopper – Ret. Admiral US Navy)
8/12/2011
Nordin Tahir
8
Konsep Kepemimpinan • James Gribben (1972), menyatakan “Kepimpinan dapat dijelaskan sebagai satu proses mempengaruhi ke atas kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang mereka untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama.” • Harry S. Truman; “A man who has the ability to get people to do what they don’t want to do.” • Manz and Sims (1991); “…………..the most appropriate leader is one who can lead others to lead themselves”. • Warren G. Bennis; “Leadership is the capacity to translate vision into reality”. • John Maxwell; “Leadership is influence. Leaders must be close enough ahead to relate others, but far enough ahead to motivate them”. 8/12/2011
Nordin Tahir
9
Kepemimpinan Dalam Islam • Hadis Rasulullah saw: “Setiap seorang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin adalah bertanggungjawab terhadap orang-orang yang dipimpinnya” • Konsep kepemimpinan dalam Islam meliputi seluruh bentuk dimensi kepimpinan. • Kepimpinan bermula daripada konsep kepimpinan individu dengan individu, dan kepimpinan individu dengan masyarakat yang akhirnya akan membina masyarakat dan negara. (Lukman Thaib, 1998)
8/12/2011
Nordin Tahir
10
Rumusan Konsep Kepemimpinan i. Kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan sistematik. Kepimpinan juga berkait secara langsung dan tidak langsung dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi. ii. Kepimpinan mempunyai perkaitan rapat dengan kuasa. Setiap ketua perlu memiliki perancangan sendiri yang mantap. iii. Kepimpinan mengandungi tugas-tugas serta fungsi bagi: a. menetapkan matlamat b. menyusun c. mengarah dan menyelaras d. mengawal bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
8/12/2011
Nordin Tahir
11
Rumusan Konsep Kepemimpinan iv. Kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi orang bawahan dan merupakan satu proses yang berterusan. v. Setiap keadaan memerlukan corak atau gelagat kepimpinan yang sesuai untuk sesuatu keadaan. Oleh itu kepimpinan ialah fungsi yang bersifat khusus. vi. Pemimpin seharusnya berkeupayaan untuk memujuk agar dapat mendorong orang bawahan bekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi.
8/12/2011
Nordin Tahir
12
Rumusan Konsep Kepemimpinan vii. Kepimpinan yang berkesan dapat memberi kepuasan kepada pengikut dan keadaan ini akan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang. • Pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh sehingga objektif organisasi tercapai. • Tekanan dan hukuman hanya dapat meningkatkan produktiviti dalam jangkamasa yang pendek, tetapi dalam jangka masa panjang pekerja akan menimbulkan reaksi negatif dan melahirkan rasa tidak puas hati dan bersikap menentang. • Mengadakan perbincangan dan membuka peluang kepada subordinate untuk mengemukakan idea-idea baru kepada sesuatu perancangan yang dibuat merupakan langkah yang baik bagi pemimpin untuk meningkatkan kepuasan kerja. • Pengikut atau orang bawahan akan lebih terdorong untuk bekerja kuat dan berdedikasi. 8/12/2011
Nordin Tahir
13
Ciri-ciri Kepemimpinan • Kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan sistematik. • Kepimpinan mempunyai pertalian yang rapat dengan kuasa. • Fungsi kepimpinan merangkumi tugas-tugas menetapkan matlamat, menyusun, mengarah serta menyelaras usaha-usaha untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. • Kepimpinan adalah proses mempengaruhi kerana tanpa pengaruh, tidak wujud konsep kepimpinan.
8/12/2011
Nordin Tahir
14
Ciri-ciri Kepemimpinan • Setiap situasi gaya kepimpinan yang tertentu sesuai dengan situasi pada masa itu. • Proses kepimpinan ialah mendorong pengikut ke arah pencapaian matlamat. • Kepimpinan yang berkesan memberi kepuasan kepada pengikut.
8/12/2011
Nordin Tahir
15
Ciri Pemimpin Mengikut Imam Al- Ghazali (1058-1111) • • • • • • • • •
Mempunyai daya intelek tajam Berpengetahuan dan mampu berfungsi Memiliki keberanian Bersifat sayangkan rakyat Jauh pandangan Tegas Mempunyai keazaman tinggi dan benar Berpengetahuan mengenai keadaan negara dan sejarah Dapat memastikan pegawai, ketua dan wakilnya (yang dilantik) menjalankan tugas mereka dengan baik dan berkesan.
8/12/2011
Nordin Tahir
16
Ciri-ciri Pemimpin Berkesan • • • • • • • • • • • •
Kejujuran dan integriti Kecerdasan / kepintaran yang tinggi Kematangan sosial Stabil emosi Matang Perspektif yang luas Konsep kendiri yang positif Motivasi dalaman & dorongan pencapaian Hubungan kemanusiaan Berani mengambil risiko Sabar Keyakinan diri
8/12/2011
Nordin Tahir
17
Perbandingan Antara Pengurus
Pemimpin
1. Mentadbir
1. Membawa inovasi
2. Mengekal „status quo‟
2. Membawa perubahan
3. Memberi fokus kepada sistem & struktur
3. Memberi fokus kepada individu
4. Pandangan jangka pendek
4. Perspektif jangka panjang
5. Menyoal APA & BAGAIMANA
5. Menyoal APA & MENGAPA
6. Mementingkan apa yang perlu
6. Mementingkan apa yang boleh dicapai
7. Menjadi pengikut
7. Berpendirian sendiri
8.”Doing the things right”
8. “Doing the rights things”
8/12/2011
Nordin Tahir
18
Fungsi Kepimpinan • • • • • • •
Membina wawasan (vision) Perancangan (planning) Mendaya usaha (initiate) Mengawal (controlling) Menyokong (supporting) Memberitahu (inform) Memotivasikan orang bawahan (motivate subordinate)
8/12/2011
Nordin Tahir
19
Fungsi Kepimpinan • • • •
Membimbing (guiding) Mengukur dan meneliti (measure and assesment) Menjadi model (role model) Mengupayakan orang bawahan (empowering subordinate)
8/12/2011
Nordin Tahir
20
Tingkahlaku Dan Kemahiran Pemimpin Berkesan • • • • • • • • •
Menetapkan arah dan halatuju Pengetahuan dalam bidang teknikal Bertanya soalan-soalan yang susah dijawab Menjaga standard prestasi tinggi Sentiasa stabil Cepat bangun semula Mendukung dan meyokong Sedia mengakui kesilapan Fleksibiliti
8/12/2011
Nordin Tahir
21
Sifat Pemimpin Mengikut Ibn Khaldun (1332 - 1406) • • • • • • • • • • • •
Suka memaafkan kesalahan Suka melindungi pihak yang lemah Murah hati kepada tetamu Memelihara golongan miskin Sabar dalam kesusahan Jujur dalam kata-kata dan gerak laku Hormati agama, ulama, guru dan orang tua Tidak bersifat sombong Suka mendengar teguran Mempunyai semangat jemaah (berkumpulan) Menghargai dan hormati kawan Menempatkan orang layak pada tempat, perlu dan sesuai serta menjauhi kehidupan mewah
8/12/2011
Nordin Tahir
22
Sifat Pemimpin Yang Dapat Mempengaruhi Orang Bawah • • • • • • • • •
Cerdas Bijaksana Kuat ingatan Fasih Bermotivasi tinggi Berdiplomasi Berfikiran strategik Merendah diri Karismatik
8/12/2011
Nordin Tahir
23
7 Habits Of Highest Effective People ( Stephen Covey ) • • • • • • •
Be proactive Begin with the end in mind Do first thing first Think win-win Seek first to understand, then to be understood Synergize Sharpen the saw
8/12/2011
Nordin Tahir
24
12 Qualities that make you a leader Sheila Murray Bethel ( Making A Difference) 1. 2. 3. 4. 5. 6.
A Leader has a mission that matters A Leader is a big thinker A leader has high ethics A leader is a change master A leader is sensitive A leader is a risk taker
8/12/2011
Nordin Tahir
25
12 Qualities 7. A leader is a decision maker 8. A leader uses power wisely 9. A leader communicates effectively 10. A leader is a team builder 11. A leader is courageous 12. A leader is commited
8/12/2011
Nordin Tahir
26
Faktor Yang Mempengaruhi Kepimpinan TEMPAT KERJA
DIRI
ORANG ATASAN
KEADAAN KERJA
ORANG BAWAHAN
PELANGGAN
PENGIKUT 8/12/2011
PERSEKI -TARAN
KELUARGA Nordin Tahir
27
Gaya Kepemimpinan • Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif organisasi. • Pada dasarnya gaya/stail kepimpinan dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti yang dijelaskan oleh Blake & Mouton (1964) iaitu: 1. Kepimpinan Autokratik 2. Kepimpinan Berperikemanusiaan (Humanis) 3. Kepimpinan Demokrasi 4. Kepimpinan Laissez-Faire (Kebebasan)
8/12/2011
Nordin Tahir
28
Gaya Kepemimpinan Kepimpinan Autokratik: • Seseorang pemimpin yang autokratik adalah mementingkan pelaksanaan tugas. • Dia memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal. • Pemimpin yang mengamalkan stail ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi.
8/12/2011
Nordin Tahir
29
Gaya Kepemimpinan Kepimpinan Berperikemanusiaan (Humanis):
• Kepimpinan yang berperikemanusiaan menunjukkan minat yang lebih terhadap kakitangannya. • Dia mementingkan suasana kerja yang baik, dipupuk melalui jalinan persahabatan yang mesra di kalangan semua kakitangan. • Konflik cuba dihindarkan dengan menganjurkan permuafakatan.
8/12/2011
Nordin Tahir
30
Gaya Kepemimpinan Kepimpinan Demokrasi: • Stail kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya. • Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.
8/12/2011
Nordin Tahir
31
Gaya Kepemimpinan Kepimpinan Laissez-Faire (Kebebasan):
• Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire, tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. • Beliau biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya. • Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. • Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya.
8/12/2011
Nordin Tahir
32
Jenis-jenis Kepemimpinan Terdapat 4 Jenis Kepemimpinan: 1. 2. 3. 4.
Kepemimpinan Semula Jadi Kepemimpinan Berkarisma Kepemimpinan Birokratik Kepemimpinan Teragih
8/12/2011
Nordin Tahir
33
1. Kepemimpinan Semula Jadi • Dalam sejarah manusia di mana-mana sahaja, akan terbentuk sekumpulan manusia yang pasti akan diketuai oleh seorang yang berpengaruh meskipun tidak pernah dilantik secara formal melainkan atas dasar persetujuan semata-mata. • Seseorang akan dianggap dan dipatuhi arahannya sebagai ketua mungkin disebabkan org yg paling tua, paling berpengalaman, mempunyai kemahiran tertentu serta mempunyai identiti dan interpersonal yang dikagumi dan dihormati.
8/12/2011
Nordin Tahir
34
2. Kepemimpinan Berkarisma • Max Weber (1947) menyatakan seseorang ketua dianggap oleh pengikutnya mempunyai kualiti istimewa dan luar biasa yg mampu memyelesaikan segala masalah serta pengikut memberikan taat setia yg sepenuhnya. • House & Howell (1992) menyatakan terdapat tret-tret personaliti tertentu yg dimiliki oleh pemimpin berkarisma iaitu: 8/12/2011
Keyakinan diri yg tinggi Berani menanggung risiko Berorientasikan pencapaian Berorientasikan kreativiti dan inovasi Bertenaga & stamina diri yg tinggi Menggunakan pengaruh terhadap pengikut Bertimbangrasa, peka & responsif Nordin Tahir
35
3. Kepemimpinan Birokratik • Max Weber (1989) menyatakan Kepemimpinan Birokratik dilantik ke jawatan yg disandang secara rasmi dlm sesebuah organisasi & bertindak menggunakan kuasa yg ada bertujuan memaksimakan kecekapan serta mengurus organisasi menggunakan pendekatan rasional. • Kepemimpinan Birokratik memberi penekanan kpd:
8/12/2011
Organisasi yg berorientasikan matlamat Pembahagian bidang pengkhususan Struktur berhierarki Mementingkan peraturan & tatatertib Mempunyai prosedur kerja yg amat teknikal Perjawatan berdasarkan kelayakan & kecekapan bidang.
Nordin Tahir
36
3. Kepemimpinan Birokratik • Packwood (1989) menyatakan dlm sesebuah organisasi yg besar & kompleks, pentadbiran secara birokrasi adalah suatu ciri yg umum. • Ciri2 kepemimpinan birokratik dlm organisasi sekolah adalah: Guru Besar/Pengetua menduduki hierarki tertinggi dlm struktur organisasi sekolah. Semua guru memiliki kepakaran dlm bidang masing-masing Pematuhan kpd peraturan sekolah & jadual waktu akademik Penolong Kanan/Ketua Bidang/Ketua Panitia bertanggungjawab memastikan segala aktiviti kurikulum & kokurikulum dilaksanakan mengikut garis panduan & sukatan yg tlh ditetapkan.
•
Pemimpin birokratik berorientasikan tugas & memastikan segala prosedur yg diamalkan oleh organisasi dipatuhi oleh setiap ahlinya serta bert/jwb mencapai matlamat organisasi.
8/12/2011
Nordin Tahir
37
4. Kepemimpinan Teragih • Kepemimpinan diagihkan dlm suatu jaringan interaktif antara pemimpin dgn semua ahli & dpt menimbulkan semangat kerjasama serta keakraban sesama rakan setugas. • Dianggap sebagai jenis kepemimpinan yg paling sesuai utk organisasi sekolah kerana sebhg besar ahlinya terdiri drp golongan profesional yg mempunyai autoriti dlm bidang kepakaran masing-masing. • Brown, Boyle & Boyle (1989), menyatakan melalui kolaborasi & amalan rakan sekerja, mrk memperoleh manfaat drp sokongan & kepelbagaian kepakaran rakan sekerja. • Perkongsian visi & misi merupakan asas kpd hasil keputusan bersama yg meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas.
8/12/2011
Nordin Tahir
38
Teori Kepemimpinan • Terdapat pelbagai kajian berkaitan dgn teori kepemimpinan. • Persoalan: Apakah faktor utama yang membolehkan seseorang pemimpin berjaya mempengaruhi pengikutnya? – Faktor Personaliti Pemimpin (Teori Trait) – Faktor Tingkahlaku Pemimpin (Teori Tingkahlaku) – Faktor Situasi (Teori Situasi) – Faktor Pilihan/kontinjensi (Teori Kontinjensi) – Faktor Gaya Pemimpin (Teori Kepemimpinan Moral) – Faktor Pengupayaan (Teori Transformasional/transaksional)
8/12/2011
Nordin Tahir
39
Kepentingan Mengkaji Gaya Kepemimpinan • Kesemua teori kepemimpinan bertujuan hubungkait kepemimpinan dengan: - Produktiviti - Kecemerlangan - Motivasi dan - Kepuasan kerja pekerja
8/12/2011
Nordin Tahir
menganalisis
40
1. Teori Trait – Ciri Psikologi • Thomas Carlyle (1795-1881) mengemukakan the ‘Great Man Theory’ yang menganggap pembangunan di dunia adalah hasil pencapaian orang-orang masyhur di dunia. • Gordon Willard Allport (Nov. 11, 1897 – Oct. 9, 1967) pula adalah antara pemikir terawal yang mengutarakan Teori Trait. • Teori ini menyatakan bahawa seorang pemimpin itu memiliki peribadi dan karakter yang berbeza dengan kebanyakan orang. • Sebagai contohnya, seseorang pemimpin itu mempunyai kelebihan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling secepat mungkin, kepekaan sosial, seorang yang bercita-cita tinggi dan besar, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, mempunyai keinginan mendominasi, energetik, yakin dengan dirinya sendiri, kalis daripada tekanan dan sedia memikul tanggungjawab. 8/12/2011
Nordin Tahir
41
1. Teori Trait – Ciri Psikologi • Stogdill (1974) membuat klasifikasi trait yang perlu ada pada seseorang pemimpin seperti berikut: - Keupayaan: (Capacity: intelligence, alertness, verbal facility, originality, judgment) - Pencapaian: (Achievement: scholarship, knowledge, athletic achievement) - Tanggungjawab: (Responsibility: dependability, initiative, persistence, aggressiveness, self-confidence, desire to excel ) - Penglibatan: (Participation: activity, sociability, cooperation, adaptability, humor) - Status: (Status: socioeconomic position, popularity )
8/12/2011
Nordin Tahir
42
1. Teori Trait – Ciri Psikologi • Ciri-ciri Kepemimpinan yang berjaya - Keith Davis (1972): • Kecerdasan – ketangkasan fikiran dan mempunyai persepsi yang luas. • Kematangan sosial – matang dan stabil dari segi emosi dan mempunyai bidang kecenderungan yang luas. • Motivasi dalaman dan dorongan pencapaian, mempunyai kepuasan ganjaran dalaman, bukan ganjaran luar sahaja. • Sikap hubungan manusia – mengenali dan menghargai potensi individu.
8/12/2011
Nordin Tahir
43
1. Teori Trait – Ciri Psikologi • Kelemahan Teori Trait: • Teori trait tidak mengambil kira ciri-ciri kepemimpinan yang berubah-ubah mengikut situasi dan keadaan. • Teori trait terhad pada ciri-ciri individu dan tidak dapat digeneralisasikan. • Pendekatan trait tidak memberi perhatian kepada interaksi antara individu dan kumpulan. • Tidak wujud satu taksonomi psikologi yang jelas dan lengkap untuk ciri-ciri kepemimpinan. Ada kalanya sesuatu ciri itu kabur seperti ‘kind but firm’, ‘forceful but cooperative’ dan sebagainya.
8/12/2011
Nordin Tahir
44
2. Teori Tingkahlaku • Tiga kajian yang meneliti tingkahlaku kepemimpinan: i. Kajian University of Iowa ii. Kajian Ohio State University iii. Kajian University of Michigan • Teori X dan Teori Y oleh Douglas McGregor (1960)
8/12/2011
Nordin Tahir
45
2. Teori Tingkahlaku 1. Dapatan Kajian Universiti Iowa : Pengkaji - Kurt Lewin, Ronald Lippitt dan Robert K. White • Terdapat tiga gaya kepemimpinan iaitu:i. Kepemimpinan Autoritarian Pemimpin bersifat mengarah dan penglibatan surbodinat dalam membuat keputusan adalah minimum. ii. Kepemimpinan demokratik Pemimpin menggalakkan perbincangan dan pembuatan keputusan bersama. iii. Kepemimpinan laissez-faire Pemimpin memberikan kebebasan penuh kepada surbodinat untuk membuat keputusan secara bersendirian.
8/12/2011
Nordin Tahir
46
2. Teori Tingkahlaku • Tingkahlaku pemimpin yang berlaku demokratik lebih berkesan dalam usahanya untuk mempengaruhi pengikutnya. • Demokratik-partisipatif - pengikut dijemput bersama menyumbang idea dalam proses membuat keputusan. • Demokratik-konsultatif - pemimpin meminta pendapat pengikut tetapi kemudiannya beliau yang membuat keputusan. • Jika dibandingkan dengan stail autoritarian, stail laissez-faire lebih digemari. • Produktiviti didapati lebih sedikit di bawah pemimpin autoritarian dibandingkan dengan pemimpin demokratik. • Pemimpin laissez-faire memperlihatkan produktiviti yang paling rendah. 8/12/2011
Nordin Tahir
47
2. Teori Tingkahlaku 2. Dapatan Kajian Ohio State University - Pengkaji: Ralph M. Stogdill dan Alvin E. Coons • Menggunakan instrumen soal selidik berjudul Leader Behavior Description Questionaire (LBDQ) untuk mengkaji tingkahlaku kepemimpinan. • Analisis dilakukan dan dua dimensi tingkah laku yang menonjol telah dikenal pasti: (a) Initaiting Struktur (Pengdayautamaan Struktur) (b) Consideration (Pertimbangan) • Pemimpin yang memperlihat pengutamaan struktur tinggi dan timbangrasa tinggi menghasilkan kepuasan dan prestasi tinggi
8/12/2011
Nordin Tahir
48
2. Teori Tingkahlaku
Timbangrasa
Segiempat 2: Pemimpin Segiempat 3: Pemimpin amat mementingkan mementingkan keduahubungan dan kurang dua hubungan bersama mementingkan struktur di pekerja dan struktur di tempat kerja tempat kerja
Segiempat 1: Pemimpin Segiempat 4: Pemimpin kurang memberi kurang memberi perhatian kepada perhatian kepada hubungan bersama hubungan bersama pekerja dan juga kurang pekerja tetapi amat tegas mementingkan struktur di dalam menerapkan tempat kerja struktur di tempat kerja
Pengutamaan Struktur 8/12/2011
Nordin Tahir
49
2. Teori Tingkahlaku 3. Dapatan Kajian University of Michigan - Ketua Pengkaji: Rensis Likert. • Dua gaya tingkah laku kepemimpinan yang dikenal pasti: i. Production-centered leadership (Kepemimpinan berpusatkan hasil/output) ii. Employee-centered leadership (Kepemimpinan berpusatkan pekerja) – Kepemimpinan Production-centered hampir sama dengan pendayautamaan struktur. – Kepemimpinan Employee-centered pula sama dengan yang mengorientasikan timbangrasa.
8/12/2011
Nordin Tahir
50
2. Teori Tingkahlaku • Kajian awal menunjukkan pemimpin yang memperlihat gaya employee-centered lebih berkesan. • Namun kajian-kajian susulan menunjukkan bahawa pemimpin yang berkesan didapati memperlihatkan skor yang tinggi pada kedua-dua dimensi. • Jika dibandingkan dengan dapatan kajian Ohio, Kajian Michigan didapati kurang konsisten. Oleh itu kajian Ohio lebih digemari oleh penyelidik selepas itu.
8/12/2011
Nordin Tahir
51
Teori X & Teori Y • Teori X dan Teori Y ialah teori motivasi manusia yang dicipta dan dibangunkan oleh Douglas McGregor (1960) melalui bukunya The Human Side Enterprise . • Teori ini mengemukakan strategi kepemimpinan efektif dengan menggunakan konsep pengurusan berpenyertaan. • Konsep ini terkenal dengan menggunakan anggapan-anggapan sifat dasar manusia. • Pemimpin yang menyukai teori X cenderung menyukai gaya kepemimpinan melalui kuasa dan sebaliknya, seorang pemimpin yang menyukai teori Y lebih menyukai gaya kepemimpinan demokratik. • Sebagai contoh, karyawan yang memiliki jenis teori X adalah karyawan dengan sifat yang tidak akan bekerja tanpa perintah, sebaliknya karyawan yang memiliki jenis teori Y akan bekerja dengan sendirinya tanpa perintah atau pengawasan dari atasannya. • Jenis Y ini adalah jenis yang sudah menyedari tugas dan tanggungjawab pekerjaannya. 8/12/2011
Nordin Tahir
52
Teori X • Teori ini menyatakan bahawa pada dasarnya manusia adalah makhluk pemalas yang tidak suka bekerja serta senang menghindar dari pekerjaan dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. • Pekerja memiliki cita-cita yang kecil untuk mencapai tujuan syarikat namun menginginkan balas jasa serta jaminan hidup yang tinggi. • Sewaktu bekerja, para pekerja mesti terus diawasi, diancam serta diarahkan agar dapat bekerja sesuai dengan yang diinginkan syarikat.
8/12/2011
Nordin Tahir
53
Teori Y • Teori ini memiliki anggapan bahwa kerja adalah kudrat manusia seperti halnya kegiatan sehari-hari. • Pekerja tidak perlu terlalu diawasi dan diancam secara ketat kerana mereka memiliki pengendalian serta pengarahan diri untuk bekerja sesuai tujuan syarikat. • Pekerja memiliki kemampuan kreatif, imaginasi, kepandaian serta memahami tanggungjawab dan prestasi atas pencapaian tujuan bekerja. • Pekerja juga tidak harus mengerahkan segala potensi diri yang dimiliki dalam bekerja.
8/12/2011
Nordin Tahir
54
3. Teori Situasi • Prof Emeritus Dr James E. Grunig (1997) adalah seorang akademis yang mula-mula membangunkan Teori Situasi (Situational Theory) berpendapat sesuatu kepemimpinan biasanya dipengaruhi oleh situasi di mana faktor-faktor tertentu daripada situasi yang khusus menentukan pemimpin yang sesuai bagi keadaan tersebut. • Paul Hersey (1969) dalam karyanya yang berjudul Situational Leader akhirnya melahirkan sebuah gagasan kemudiannya berkembang menjadi Personal Situational Theory. • Teori ini mengatakan bahawa situasi tidak memadai bagi melahirkan pemimpin. Seseorang pemimpin itu masih memerlukan bantuan dan sokongan bagi muncul dan seterusnya memimpin. 8/12/2011
Nordin Tahir
55
3. Teori Situasi • Teori Situasi (Situational Theory) yg dikemukakan oleh Hersey & Blanchard’s (1977, 1992) mengfokuskan kepada tingkat kematangan orang bawahan. Ia khususnya bagi kematangan: i. Kematangan kerja/tugas – kemahiran & pengetahuan teknikal yang dimiliki. ii. Kematangan psikologi – keyakinan, kebolehan & kesediaan menerima tugas yg diarahkan. • Terdpt empat gaya kepemimpinan iaitu:i. Memberitahu (telling) ii. Menjual (selling) iii. Mengambil bahagian (participating) iv. Menurunkan kuasa (delegating) 8/12/2011
Nordin Tahir
56
4. Teori Kontinjensi • Teori Kontinjensi masih berkait rapat dgn Teori Situasi. • Joan Woodward (1958) melalui Contigency Theory mengatakan bahawa tahap efektif seseorang pemimpin itu berorientasikan tugasannya (task oriented) dan mungkin juga berorientasikan hubungan dengan orang bawahan yang dipimpinnya (relation oriented). • Ianya bergantung kepada tuntutan terhadap situasi, kehendak serta keperluan semasa.
8/12/2011
Nordin Tahir
57
4. Teori Kontinjensi • Fiedler (1967) yg mengemukakan Teori Kontinjensi menyatakan bhw sesuatu gaya kepemimpinan mungkin berkesan bergantung kpd situasi & tertakluk kpd orientasi psikologi pemimpin & tuntutan persekitaran iaitu:i. Saiz organisasi ii. Sumber & cara operasi yg berbeza iii. Pandangan pemimpin terhadap staf & sebaliknya iv. Teknologi & peralatan yg digunakan • Keberkesanan kepemimpinan bergantung kpd kesepadanan dua pembolehubah iaitu gaya kepemimpinan & tahap sokongan persekitaran (spt di atas).
8/12/2011
Nordin Tahir
58
5. Teori Kepemimpinan Moral • Emile Durkheim (1925), mengemukakan, moral dilihat secara teori maupun praktik. • Secara teorinya, moral merupakan sistem intrinsik ketahanan manusia dalam hubungan dengan orang lain. • Ianya termasuk kemampuan memaksa diri untuk berperilaku dan berbuat baik, sehingga pada akhirnya menciptakan situasi yang kondusif bagi terciptanya kesatuan masyarakat. • Secara praktis pula, moral merupakan syarat mutlak terciptanya suatu bangsa yang sihat dan survive serta membangun.
8/12/2011
Nordin Tahir
59
5. Teori Kepemimpinan Moral • Sergiovanni (1974, 1992) mengutarakan bahawa Kepemimpinan Moral (Moral Leadership) adalah berasaskan nilai, prinsip dan etika. • Sergiovanni (1992) mengemukakan, kepemimpinan moral jauh lebih efektif dan efisien dibandingkan dengan kepemimpinan tradisional. • Jika moral telah menjadi keutamaan pemimpin dalam setiap tindakan individu, seseorang itu akan melakukan yang terbaik, sama ada terdpt orang lain yang mengawasinya atau tidak.
8/12/2011
Nordin Tahir
60
6. Teori Transactional/Transformasional • Teori Transaksional (Transactional Theory) yg dikemukakan oleh Burn, (1978) mentakrifkan teori ini sebagai memotivasikan orang bawahan melalui pemberian habuan atas apa yang mereka lakukan. Pemimpin jenis ini peka dan cakna terhadap: i. Keinginan orang bawahan ii. Memberikan habuan atau janji iii. Responsif terhadap kepentingan orang bawahan
8/12/2011
Nordin Tahir
61
6. Teori Transactional/Transformasional • Teori Transformasional (Transformational Theory) yg diketengahkan oleh Burn, (1978) & Bass, (1985) menyatakan teori ini bertujuan memotivasikan orang bawahan bekerja demi mencapai sasaran organisasi dan memuaskan kehendak mereka pada tahap yang lebih tinggi. • Antara lain ianya juga melibatkan: i. Meningkatkan dorongan dan kesedaran bagi mencapai sasaran/target. ii. Mendahulukan kepentingan kelopok. iii. Meningkatkan kehendak orang bawah disebabkan tekanan yang dicipta.
8/12/2011
Nordin Tahir
62
Rumusan Teori • Sebagai orang Islam kita sepatutnya terlebih dahulu merujuk kepada sumber Ilahiyat dalam agama kita iaitu al-Quran dan Sunnah. • Persoalan paling penting & utama ialah siapakah calon terbaik bagi dijadikan role model, qudwah hasanah. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud; “Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.” (Surah al-Ahzab, ayat 21)
8/12/2011
Nordin Tahir
63
Rumusan Teori • Nabi Muhammad saw adalah manusia yang terbaik dari segenap sudut khususnya kepemimpinan sebagaimana yang dinukilkan oleh Michael H. Hart dalam bukunya “100 Most Influential Person In The World”. • Beliau meletakkan Nabi Muhammad saw di tempat yang pertama mengalahkan 99 personaliti terkemuka dunia. • Tidak ada manusia yang dikenang dan diperincikan segenap perkara mengenai hidupnya dan baginda mampu membina sebuah tamadun yang gemilang dengan hanya mengambil masa 23 tahun malah mampu menjadi contoh dari sudut emosi, spiritual dan keduniaan dengan begitu berjaya sekali.
8/12/2011
Nordin Tahir
64
• Gaya kepimpinan yang agung sekali ialah seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang diakui oleh seluruh umat sama ada Islam atau bukan Islam. • Baginda Rasulullah adalah seorang yang sangat berpengaruh di antara jutaan orang yang lahir iaitu Muhammad saw pemimpin Islam; sebab bagindalah satu-satunya manusia dalam sejarah yang berjaya gilang-gemilang dalam dua bidang sekali gus, iaitu kehidupan agama dan melaksanakan pengurusan umat di dunia (Newsweek 1978).
8/12/2011
Nordin Tahir
65
8/12/2011
Nordin Tahir
66
Kepemimpinan Sekolah • Bagaimanakah Pengetua / Guru Besar Berperanan Sebagai Pemimpin dan Pengurus di Sekolah? • Pengetua/Guru Besar merupakan ketua organisasi bagi melahirkan staf yang komited dan sebagai seorang pengurus yang dapat membimbing mereka yang patuh kepada peraturan kurikulum. • Justeru, Pengetua/Guru Besar dilihat sebagai pengurus yang sangat penting, sangat berpengaruh, sangat bertanggungjawab, berjiwa pemimpin dan sebagai penghubung utama antara sekolah dengan komuniti.
8/12/2011
Nordin Tahir
67
Kepemimpinan Sekolah
• Apakah Peranan dan Bidang Tugas Pemimpin & Pengurus Kurikulum ? (Pengetua / Guru Besar?) Pemimpin Kurikulum • Menetapkan visi dan misi kurikulum • Menerajui pelaksanaan perubahan dan inovasi kurikulum • Merancang dan menentukan pelaksanaan kurikulum • Menentukan jenis-jenis mata pelajaran elektif • Merancang dan mengurus program pengajaran dan pembelajaran • Memastikan sumber dan bahan pengajaran dan pembelajaran mencukupi • Sebagai pendidik contoh meningkatkan tahap profesionalisme keguruan • Membudayakan ilmu
8/12/2011
Pemantau Kurikulum • Visi dan misi kurikulum sekolah dijayakan • Kursus pengajian dipatuhi • Amalan pengajaran dan pembelajaran dipastikan relevan
Nordin Tahir
Penilai Kurikulum • Mengubah suai program dan aktiviti kurikulum bagi mencapai visi dan misi • Menilai keberkesanan amalan P&P • Merancang, mentadbir dan melaksanakan ujian dan peperiksaan • Menilai pencapaian murid
68
Aspirasi Terhadap Proses Kepimpinan Sekolah
P E M I M P I N 8/12/2011
BERKESAN
Polisi / Dasar
Perkhidmatan
Bangunan
Cemerlang
Infrastruktur
Hasil Gemilang
Sumber Manusia
Matlamat Tercapai
Peruntukan Pelajar
Lain-lain Sokongan
Nordin Tahir
69
Petunjuk Keberkesanan Kepemimpinan Dlm Konteks Sekolah … • • • • • • • • • • • •
Halatuju dlm jangkamasa tertentu jelas tercapai Setiap ahli memainkan peranan dgn berjaya Dayausaha secara bersama (TEAM) Komunikasi (menegak dan mendatar) jelas dan baik Inovasi dan daya kreatif didokong oleh semua Pelanggan teransang mencapai prestasi tertinggi Kelihatan kemas, teratur dan cantik (luar dalam) Pembaziran tenaga dan sumber yang minimum Disiplin terkawal, budaya bangsa dihayati/ diamali Semua kelihatan ceria dan berminat Dihargai masyarakat dikenangi bekas pelajar Program dan aktiviti mendapat sokongan
8/12/2011
Nordin Tahir
70
Syarat Pemimpin Sekolah Yang Berkesan Ilmu Pengetahuan Sikap/ Tabiat Pemimpin Sekolah
Komitmen Gaya Kepimpinan Orientasi
8/12/2011
Nordin Tahir
71
Sifat Pemimpin Sekolah Yang Berkesan
Kepintaran (Intelligence)
Kebolehpercayaan (Trustworthy)
Keikhlasan (Sincerity)
Kemahiran Berkongsi (Sharing)
8/12/2011
Nordin Tahir
72
Keberkesanan Peranan Pemimpin Sekolah
P
LANNING ( Merancang)
O
RGANISING (Mengelola)
L
ISTENING
I
(Mendengar)
NSPIRING (Memberi Galakan/Motivasi)
C
OUNSELING (Menasihat)
E
VALUATING/ ETHIC (Menilai)
8/12/2011
Nordin Tahir
73
Proses Kuasa Pemimpin Sekolah PEMIMPIN
Berasaskan Prinsip
Berasaskan Utiliti
Berasaskan Kekerasan
Hormat
Adil
Takut
Pengaruh Proaktif Berkekalan
Pengaruh Tindakbalas Bermakna
Kawalan Tindakbalas Sementara
8/12/2011
Nordin Tahir
74
Cabaran Kepemimpinan
8/12/2011
Nordin Tahir
75
Tutorial • Siapakah pemimpin yang anda sanjungi? Apakah ciriciri istimewa yang setiap pemimpin miliki? • Adakah kebolehan memimpin itu merupakan bakat semulajadi, atau, setiap orang boleh dilatih untuk menjadi pemimpin? Beri ulasan anda. • Layari internet dan buat rujukan buku-buku berkaitan teori-teori kepemimpinan. Banding-bezakan kelebihan & kekurangan setiap teori dalam konteks kepemimpinan sekolah.
8/12/2011
Nordin Tahir
76
Tutorial • Kemukakan satu masalah/ konflik dalam organisasi/ bilik darjah anda. Buat analisa dan aplikasikan teori kepemimpinan yang terbaik untuk menyelesaikannya.
8/12/2011
Nordin Tahir
77
Rujukan Abdullah, S. Y., Abdul Rashid, M. & Abdul Ghani, A. (2007), Guru sebagai pemimpin, K. Lumpur: PTS Professional. Ibrahim, Mamat (2001), Pengetua sekolah menangani isu dan cabaran kepemimpinan, K. Lumpur: Kumpulan Budiman. http://yik.itgo.com/text/pengetua.html
8/12/2011
Nordin Tahir
78
Abdullah, S.Y., Abdul Rashid, M. & Abdul Ghani, A. (2007), Guru Sebagai Pemimpin, Kuala Lumpur: PTS Profesional Sdn. Bhd. Asarudin bin Hj. Ashari (1995), Pengurusan Strategik Di peringkat Sekolah, Jurnal Pendidikan Persatuan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia, 34:22-27. Azmi Zakaria, Wan Fatimah Mohamad & Quek Bong Cheang, Indikator Kepimpinan Cemerlang: Satu Analisis Pengurusan, Jurnal Pengurusan Pendidikan IAB. Jld.5 Bil. 1 Disember 1995. Chan Yuen Fook , Pengurusan Strategik Ke Arah Sekolah Berkesan, Khidmat, Mac/Apr. 20-25, 1999. Hussein Mahmood (1993), Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibrahim, Mamat (2001), Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran Kepemimipinan, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Ismail Adnan, Kepimpinan Pengetua / Guru Besar Ke Arah Pelaksanaan Kurikulum Yang Berkesan, Jurnal Kurikulum, Jld. 1 Tahun 1998. Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia (1993), Buku Panduan Profesional Sekolah Menengah , 21. Mohd. Salleh bin Lebar (1996), Kurikulum Pendidikan Malaysia: Perkembangan dan Haluan, Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd. Muhamad Bustaman bin Haji Abdul Manaf (1997), Pengurusan Strategik : Satu Pengenalan kepada Peranan dan Amalan Konsepnya dalam Pengurusan Sekolah, Jurnal Pengurusan Pendidikan 7(1):14 Ramaiah. AL (1999), Kepimpinan Pendidikan : Cabaran Masa Kini, Kuala Lumpur: IBS Buku Sdn. Bhd. 8/12/2011
Nordin Tahir
79
David Potter dan Graham Powell (1992), Managing A Better School , Oxford: Heinemann. Blake R. r. & Mouton, J. S. (1985), The Managerial Grid III: The Key to Leadership Excellence, Houston: Gulf Publishing Co. Burns, J. M. (1978), Leadership, New York: Harper Row. Fiedler, F. E. (1967), New Approachers to Effective Leadership, New York: John Wiley. Grunig, J. E., 1997. A situational theory of publics: Conceptual history, recent challenges and new research. In D. Moss, T. MacManus, & D. Vercic (Eds.), Public relations research: An international perspective. London: International Thomson Business Press. Harris, A. & Lambert, L. (2003), Building Leadership Capacity For School Improvement, Buckingham: Open Univercity Press. Hart, Michael H. The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History, Revised and Updated for the Nineties. New York: Carol Publishing Group/Citadel Press; first published in 1978, reprinted with minor revisions (reflected above) in 1992. Hersey, P., 1985. The situational leader. New York, NY: Warner Books. House, Robert J., 1971. “A path-goal theory of leader effectiveness”. Administrative Science Quarterly 16: 321–339. McGregor, D. (1960), The Human Side of Enterprise, New York: McGraw-Hill. Noel M. Tichy & David O. Ulrich (1984), The Leadership Challenge – A Call For the Transformational Leader, Sloan Management Review, Fall 1984, Vol.26, No.1, Reprinted with permisson.
8/12/2011
Nordin Tahir
80
Siergiovanni, T. J. (1992), Moral Leadership: Getting To The Heart of School Leadership, San Francisco: Jossey-Bass. Stogdill, R. M. (1974), Handbook of Leadership: A Survey of Theory and Research, New York: Free Press. Yulk. G. (1989), “Managerial Leadership: A Review of Theory and Research”, Journal of Management, 15, Hal. 251 – 289.
8/12/2011
Nordin Tahir
81