FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN MAKANAN SIHAT DALAM

Download 11 Mei 2011 ... SIHAT DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI .... Instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan maklumat ada...

0 downloads 429 Views 480KB Size
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN MAKANAN SIHAT DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU

NUR HIDAYAT BINTI MOHD YUNUS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL :

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN MAKANAN SIHAT DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya

NUR HIDAYAT BINTI MOHD YUNUS (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )



SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

_________________________________ (TANDATANGAN PENULIS)

______________________________ (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

NO 301-D, KAMPUNG MAKAM, JLN DATO KRAMAT, 10150 GEORGETOWN, PULAU PINANG. Tarikh: 11 MEI 2011

CATATAN :

* **



PUAN NORNAZIRA BT SUHAIROM

Tarikh: 11 MEI 2011 Potong yang mana tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan

:

………………………………………

Nama Penyelia :

PUAN NORNAZIRA BT SUHAIROM

Tarikh

11 MEI 2011 ……………………………………...

:

FAKTOR- FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN MAKANAN SIHAT DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU

NUR HIDAYAT BINTI MOHD YUNUS

Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugeraan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan

Nama Penyelidik

Tarikh

…………………………………...

:

:

:

NUR HIDAYAT BINTI MOHD YUNUS 11 MEI 2011 .......................................................

iii

DEDIKASI

TERISTIMEWA BUAT.... Ayahanda dan Bonda yang dikasihi Mohd Yunus Bin Yusof dan Norhayati Bte Abd Rahman “Terima kasih di atas segala sokongan, pengorbanan dan nasihat yang diberikan...Sesungguhnya ia telah menjadi pendorong kepada kejayaan anakanda ini”

UNTUK.... Adinda Siti Aisyah Binti Mohd Yunus Muhammad Huhsrin Bin Mohd Yunus Muhammad Nur Falah Bin Mohd Yunus “Di harap kejayaan ini memberi semangat buat kalian” SALAM INGATAN…. Guru-Guru, Pensyarah-Pensyarah yang pernah menabur ilmu kepada ku, terima kasih semuanya. Ilmu kalian telah menjadikan diriku seorang insan yang berjaya. Dunia dan akhirat hendaknya Untuk rakan-rakan seperjuangan…terima kasih atas segalanya. Suka duka saat bersama kalian mematangkan diriku semoga kita berjaya mencapai cita-cita

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan rahmat dan limpah kurniaNya, saya berjaya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penyelidikan ini.

Ucapan ribuan terima kasih saya tujukan buat pensyarah pembimbing iaitu Puan Nornazira Bt Suhairom di atas segala maklumat, bantuan, nasihat, dan kesabaran beliau sepanjang membimbing saya dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan amat berguna dan dihargai. Terima kasih juga buat semua pensyarah Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan serta Jabatan Asas Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia di atas kerjasama mereka dalam membantu melancarkan proses penyelidikan saya. Untuk pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah memberi kebenaran menjalankan projek ini dan Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah memberikan maklumat terima kasih diucapkan.

Tidak dilupakan guru-guru dan para pelajar Sekolah Menengah Teknik Perdagangan dan Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru di atas kerjasama dan kesudian memberikan maklumat-maklumat yang diperlukan. Buat teman-teman seperjuangan yang memberi dorongan, terima kasih diucapkan. Buat pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, jasa baik dan bantuan kalian tidak terbalas oleh saya. Terima kasih semua.

v

ABSTRAK

Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan sihat dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Teknik di Daerah Johor Bahru. Faktor pemilihan makanan yang dikaji merangkumi faktor pengetahuan, faktor kesihatan, faktor emosi, faktor kewangan, faktor pengiklanan dan faktor aktiviti fizikal. Kajian ini melibatkan seramai 242 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Teknik Perdagangan dan Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan maklumat adalah soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS version 15.0 untuk mendapatkan nilai frekuensi dan peratusan. Berdasarkan hasil penyelidikan, didapati kesemua faktor mempengaruhi pelajar pada tahap sederhana dalam melakukan pemilihan makanan sihat di sekolah. Oleh yang demikian, adalah diharapkan penyelidikan ini dapat meningkatkan kesedaran pihak yang berkepentingan seperti ibubapa, pentadbir sekolah, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan untuk membimbing pelajar dalam memilih makanan sihat. Hasil penyelidikan ini juga telah menggariskan beberapa cadangan untuk memperbaiki lagi fokus penyelidikan ini pada masa akan datang.

vi

ABSTRACT

This research was conducted to determine the factors that influence healthy food choices among students in technical secondary schools in Johor Bahru. Food choices factors studied include factors of knowledge on food, medical factors, emotional factors, financial factors, factors of advertising and physical activity factors. This study involved 242 students of Sekolah Menengah Teknik Perdagangan and Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Questionnaire has been used to obtain information needed for the study. The data were analyzed using SPSS version 15.0 to obtain the frequencies and percentages. Based on the findings, all factors affected students in selecting healthy food at moderate level. Therefore, it is hoped that this study will enhance the awareness of the stakeholders such as parents, school administrators, the Ministry of Education and Ministry of Health in guiding student to select healthy food. The findings also outlined several recommendations to further improve the focus of this research in the future.

vii

KANDUNGAN

BAB

TAJUK

JUDUL

i

PENGESAHAN

ii

PENGAKUAN

iii

DEDIKASI

iv

PENGHARGAAN

v

ABSTRAK

vi

ABSTRACT

vii

KANDUNGAN

viii

SENARAI JADUAL

xiv

SENARAI RAJAH

xvii

SENARAI SIMBOL

xviii

SENARAI LAMPIRAN

1

MUKA SURAT

xix

PENDAHULUAN 1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

5

1.3

Penyataan Masalah

8

1.4

Objektif Kajian

9

1.5

Persoalan Kajian

9

viii

1.6

10

1.6.1

Pelajar Sekolah

10

1.6.2

Sekolah

11

1.6.3

Masyarakat

11

1.6.4

Kementerian Pelajaran Malaysia

11

1.7

Skop Kajian

12

1.8

Batasan Kajian

12

1.9

Definisi Istilah

12

1.9.1

Pemakanan

13

1.9.2

Makanan

13

1.9.3

Diet

13

1.9.4

Nutrien

14

1.9.5

Kesihatan

14

1.9.6

Emosi

14

1.9.7

Pengiklanan

15

1.9.8

Fizikal

15

1.10

2

Kepentingan Kajian

Kesimpulan

15

SOROTAN KAJIAN

2.1

Pendahuluan

2.2

Faktor-Faktor Yang. Mempengaruhi Pemilihan Makanan 2.2.1

16

17

Faktor Pengetahuan Pelajar Terhadap Nutrisi-Nutrisi

2.2.2

Dalam Makanan

17

Faktor Kesihatan

21

ix

2.3

3

2.2.3

Faktor Emosi

22

2.2.4

Faktor Kewangan

24

2.2.5

Faktor Pengiklanan

26

2.2.6

Faktor Aktiviti Fizikal

28

Kesimpulan

30

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

31

3.2

Rekabentuk Kajian

31

3.3

Tempat Kajian

32

3.4

Populasi Dan Sampel

32

3.5

Instrumen Kajian

34

3.5.1 Kaedah Analisis Nilai Skor Min

4

36

3.6

Kajian Rintis

37

3.7

Kesahan dan Kebolehpercayaan

38

3.8

Prosedur Kajian

39

3.9

Analisis Data

40

3.10

Kesimpulan

41

ANALISIS DATA

4.1

Pengenalan

42

4.2

Maklum Balas Soal Selidik

43

4.3

Bahagian A : Latar Belakang Responden

44

4.3.1

44

Jantina

x

4.4

4.3.2

Umur

45

4.3.3

Bangsa

45

4.3.4

Lokasi Tempat Tinggal

46

4.3.5

Penempatan

47

4.3.6

Pekerjaan Ibu

47

4.3.7

Pekerjaan Bapa

48

4.3.8

Jumlah Pendapatan Ibu Bapa

49

4.3.9

Jumlah Wang Saku Sekolah

49

4.3.10

Bekal

50

Bahagian B : Persoalan Kajian 4.4.1

51

Adakah Faktor Pengetahuan Mempengaruhi Pelajar Membuat Pemilihan Makanan Sihat Di Sekolah

4.4.2

51

Adakah Faktor Kesihatan Mempengaruhi Pelajar Membuat Pemilihan Makanan Sihat Di Sekolah

4.4.3

53

Adakah Faktor Emosi Mempengaruhi Pelajar Membuat Pemilihan Makanan Sihat Di Sekolah

4.4.4

56

Adakah Faktor Kewangan Mempengaruhi Pelajar Membuat Pemilihan Makanan Sihat Di Sekolah

58

xi

4.4.5

Adakah Faktor Pengiklanan Mempengaruhi Pelajar Membuat Pemilihan Makanan Sihat Di Sekolah

4.4.6

60

Adakah Faktor Aktiviti Fizikal Mempengaruhi Pelajar Membuat Pemilihan Makanan Sihat Di Sekolah

4.5

5

Analisis Keseluruhan

62 65

RUMUSAN, PERBINCANGAN, DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

67

5.2

Rumusan

67

5.3

Perbincangan

70

5.3.1

Faktor Pengetahuan Terhadap Pemilihan Makanan Sihat Di Sekolah

5.3.2

70

Faktor Kesihatan Terhadap Pemilihan Makanan Sihat Di Sekolah

5.3.3

72

Faktor Emosi Terhadap Pemilihan Makanan Sihat Di Sekolah

5.3.4

Faktor Kewangan Terhadap Pemilihan Makanan Sihat

74

xii

Di Sekolah 5.3.5

76

Faktor Pengiklanan Terhadap Pemilihan Makanan Sihat Di Sekolah

5.3.6

77

Faktor Aktiviti Fizikal Terhadap Pemilihan Makanan Sihat Di Sekolah

79

5.4

Cadangan

81

5.5

Cadangan Kajian Lanjutan

83

5.6

Kesimpulan

84

RUJUKAN

85

LAMPIRAN A

Set Borang Soal Selidik

90

LAMPIRAN B

Pengesahan Soal Selidik

99

LAMPIRAN C

Pengesahan Status Pelajar

LAMPIRAN D

Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Di Sekolah

101

102

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

3.1

Taburan Populasi Dan Peratusan Sampel

33

3.2

Pengiraan Jumlah Sampel

33

3.3

Pemilihan Pelajar Secara Kelompok

34

3.4

Skala Likert

35

3.5

Jadual Penerangan Spesifikasi Soalan

35

3.6

Tafsiran Julat Dan Nilai Min

36

3.7

Instrumen Bahagian B

36

3.8

Nilai Alpha Cronbach

38

3.9

Ringkasan Analisis Data

40

3.10

Pertimbangan Skor Min

41

4.1

Jumlah Salinan Soal Selidik

43

4.2

Taburan Responden Mengikut Jantina

44

4.3

Taburan Responden Mengikut Umur

45

4.4

Taburan Responden Mengikut Bangsa

45

4.5

Taburan Responden Mengikut Lokasi

4.6

Tempat Tinggal

46

Taburan Responden Mengikut Penempatan

47

xiv

4.7

Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu

47

4.8

Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa

48

4.9

Taburan Responden Mengikut Jumlah Pendapatan Ibubapa

4.10

49

Taburan Responden Dengan Jumlah Wang Saku Sekolah (Sehari)

49

4.11

Taburan Responden Mengikut Bekal

50

4.12

Analisis Faktor Pengetahuan Mempengaruhi Pelajar Membuat Pemilihan Makanan Sihat Di Sekolah

4.13

51

Analisis Faktor Kesihatan Mempengaruhi Pelajar Membuat Pemilihan Makanan Sihat Di Sekolah

4.14

54

Analisis Faktor Emosi Mempengaruhi Pelajar Membuat Pemilihan Makanan Sihat Di Sekolah

4.15

56

Analisis Faktor Kewangan Mempengaruhi Pelajar Membuat Pemilihan Makanan Sihat Di Sekolah

58

xv

4.16

Analisis Faktor Pengiklanan Mempengaruhi Pelajar Membuat Pemilihan Makanan Sihat Di Sekolah

4.17

61

Analisis Faktor Aktiviti Fizikal Mempengaruhi Pelajar Membuat Pemilihan Makanan Sihat Di Sekolah

4.18

63

Analisis Purata Min Keseluruhan Bagi Faktor Pengetahuan, Faktor Kesihatan, Faktor Emosi, Faktor Kewangan, Faktor Pengiklanan, Dan Faktor Aktiviti Fizikal

65

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

1.1

TAJUK

MUKA SURAT

Episod Keracunan Makanan Mengikut Negeri, Malaysia Tahun 2009-2010 (Oktober).

2.1

7

Faktor- Faktor Yang Mempengaruhi Kesan Makanan Dalam Emosi.

23

xvii

SENARAI SIMBOL

BPPDP

Bahagian Perancangan Dan Penyelidkan Dasar Pendidikan

ERT

-

Ekonomi Rumah Tangga

FAO

-

Food and Agriculture Organization

JPN

Jabatan Pendidikan Negeri

KKM

-

Kementerian Kesihatan Malaysia

RDAs

-

Recommended Dietary Allowances

RNI

-

Recommended Nutritional Intake

SPSS UNESCO

Statistical Packages For The Sosial Scienc -

United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization

WHO

-

World Health Organization

f

-

Kekerapan

%

-

Peratus

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

A

Set Borang Soal Selidik

B

Pengesahan soal selidik

C

Pengesahan Status Pelajar

D

Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Di Sekolah

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Sebuah masyarakat dan generasi yang sihat bermulanya daripada seorang individu yang sihat. Ini sejajar dengan harapan Falsafah Pendidikan Negara untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi fizikal, emosi, rohani, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Adalah menjadi harapan kepada kerajaan Malaysia untuk memperkenalkan

pendidikan kesihatan dan gaya hidup yang sihat bagi melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Justeru itu, kerajaan telah mewujudkan satu Matlamat Dasar Pemakanan Kebangsaan pada tahun 1996. Matlamat tersebut adalah memastikan kesejahteraan penduduk yang sihat dari segi pemakanan untuk membolehkan mereka menyumbang secara berkesan ke arah pembangunan negara selaras dengan Wawasan 2020.

Selain itu, dasar ini telah menggalakkan dan menyokong strategi amalan pemakanan secara sihat kepada semua pihak. Dasar ini juga mengintegrasikan serta menggabungkan usahausaha pihak yang berkepentingan dalam perancangan, pelaksanaan serta penilaian programprogram makanan dan pemakanan yang berkesan dan berkekalan.

Dasar ini telah membentuk tiga objektif iaitu tahap kesejahteraan pemakanan ditingkatkan dan dikekalkan bagi semua penduduk, memastikan kedapatan makanan isi rumah diperolehi oleh semua lapisan masyarakat, dan pemantapan dilakukan dalam hubungan perantaraan dan dalaman sektor yang terlibat dalam pembangunan serta pelaksanaan semua bentuk aktiviti berkaitan pemakanan.

Bagi tujuan mencapai ketiga- tiga objektif tersebut, beberapa strategi telah dibentuk dan digunakan dalam merealisasikan Dasar Pemakanan Kebangsaan ini.

Antara strategi yang

digunakan ialah melaksanakan objektif-objektif, membuat pertimbangan terhadap komponenkomponen pemakanan ke dalam dasar-dasar serta program-program pembangunan kebangsaan, memastikan bahawa semua golongan masyarakat berupaya mendapatkan bekalan makanan yang selamat dan berzat secara berterusan, memastikan bahawa semua penduduk berupaya mendapatkan pengetahuan, pendidikan pemakanan dan sumber, serta peluang untuk membolehkan mereka membuat keputusan berdasarkan fakta mengenai pemilihan makanan yang sihat.

Strategi lain ialah mencegah serta mengawal masalah kekurangan zat makanan dan penyakit-penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan, mempertingkatkan penjagaan bagi golongan yang kurang bernasib baik dan berisiko menghadapi kekurangan zat makanan, menggalakkan amalan pemberian makanan yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak, menggalakkan cara pemakanan yang sihat dan gaya hidup yang aktif bagi semua lapisan masyarakat, menyokong usaha-usaha melindungi pengguna dengan memperbaiki kualiti dan keselamatan makanan, memastikan bidang pemakanan dan dietetik diamalkan oleh profesional

yang terlatih, mempertingkatkan keupayaan institusi dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pemakanan dan yang berkaitan dengannya, penilaian dan pemantauan berterusan situasi pemakanan dalam negara, dan seterusnya menggalakkan penyelidikan dan pembangunan yang berterusan di dalam bidang makanan dan pemakanan.

Selain dasar yang diwujudkan, galakan demi galakan daripada kerajaan terus dilihat. Pada tahun 1997, komponen pemakanan telah dijadikan fokus utama untuk Kempen Cara Hidup Sihat dengan bertemakan “Makan Secara Sihat‟. Kempen „Makan Secara Sihat‟ ini dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai usaha untuk mengubah corak pengambilan makanan dan amalan pemakanan rakyat Malaysia supaya menjadi lebih sihat yang akan dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat (Laporan Tahunan dan Aktiviti Tahun 2006). Begitu juga di sekolah, beberapa projek oleh Kementerian Kesihatan dalam memandu pelajarpelajar mengamalkan pemakanan sihat dalam pemilihan makanan yang dilakukan telah dijalankan antaranya ialah “Pilihan Sihatku Mengikut Warna”, “Projek Rintis Kantin Sekolah Sihat”, “Panduan Mengelakkan Keracunan Makanan” dan terdapat banyak lagi projek serta kempen berkaitan makanan dijalankan.

Walaupun dasar ini diwujudkan dan galakan-galakan diteruskan namun, ianya masih lagi dipandang remeh oleh segelintir masyarakat yang enggan mengamalkan cara hidup yang sihat. Kehidupan masyarakat yang semakin moden menyebabkan kurangnya perhatian mereka untuk menyerapkan segala isu-isu tersebut ke dalam diri mereka. Selain itu, disebabkan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap jenis-jenis makanan yang sihat dan tidak sihat ia menyebabkan seseorang itu membuat pemilihan makanan secara tidak terurus dan membawa kepada masalah seperti penyakit-penyakit, kekurangan zat dan lain-lain melanda diri mereka sendiri. Justeru itu, pengetahuan yang baik tentang nutrisi- nutrisi dalam pemakanan perlulah diambil berat oleh semua pihak.

Pengetahuan ini perlu dititikberatkan oleh setiap orang supaya dapat meningkatkan kesedaran diri masing-masing. Seperti yang diketahui, tubuh yang sihat dikaitkan dengan pengambilan makanan yang baik. Terdapat 50 sebab mengapa setiap individu perlu mengurangkan makanan berdaging yang kesemuanya dikaitkan dengan penyakit-penyakit kronik seperti kanser, obesiti, arteroklerosis, divertikulosis, sakit jantung, artritis, diabetis, anemia, ulser, apendiks, kegatalan kulit, lumpuh, kurang daya tahan penyakit, osteoporosis, hipoglisemia, tekanan dan banyak lagi. Rakyat Malaysia didapati mengambil makanan berdaging dalam jumlah yang banyak seperti yang dilaporkan pada tahun 1994 di mana rakyat Malaysia telah menggunakan sebanyak 518,447 tan daging ayam, 69,317 tan daging lembu dan sebanyak 9,509 tan daging kambing (Utusan Konsumer, 2001).

Selain itu, bidang makanan dan pemakanan turut diajarkan kepada pelajar di tingkatan satu, dua, dan tiga dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup bahagian elektif pilihan dua iaitu pilihan Ekonomi Rumah Tangga (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992) manakala tingkatan 4 dan 5 di sekolah-sekolah aliran Ekonomi Rumah Tangga (ERT) yang bertujuan membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan urusan diri dengan berkesan dari segi makanan dan pemakanan bagi membolehkan pelajar menyediakan makanan seimbang, mengamalkan tabiat makan yang baik dan beretika semasa makan serta menjaga kebersihan makanan.

Bidang ini lebih menumpukan perhatian kepada kepentingan makanan dan pemakanan serta melatih masyarakat supaya lebih peka terhadap aspek makanan yang seimbang. Mata pelajaran ini menekankan aspek teori dan meliputi peranan makanan, makanan dan budaya, pemilihan makanan, peruntukan diet harian yang disarankan dalam pengiraan nlai tenaga (RDA), makanan dan teknologi serta sanitasi pemakanan. Strategi pengajaran dan pembelajaran berkaitan pemakanan yang diajarkan dalam matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah berdasarkan pengalaman yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan menggunakan pengetahuan dan kemahiran mata pelajaran ini dalam urusan kehidupan harian.

Selain itu, matapelajaran kemahiran hidup ini telah menerapkan pengetahuan dan kemahiran tentang makanan dan pemakanan daripada aspek penyediaan, pengurusan dan teknologi kepada pelajar lanjutan. Melalui pengetahuan pemakanan yang diperoleh diharapkan dapat menyediakan pelajar terhadap asas kesihatan yang baik, kejayaan hidup, keseimbangan psikologi dan pengurusan yang baik seterusnya menyumbang kepada perkembangan minda dan fizikal selain membantu mereka dalam mencapai kecemerlangan akademik di sekolah.

1.2

Latar Belakang Masalah

Pengetahuan yang kurang terhadap pemilihan makanan menyebabkan pelajar sering membuat pilihan yang salah dalam memilih makanan yang dimakan. Hal ini menyebabkan pelajar mudah mendapat penyakit berkaitan makanan. Pelbagai masalah-masalah yang berlaku antaranya ialah masalah kegemukan atau obesiti, keracunan makanan, kurangnya perhatian semasa belajar dan banyak lagi yang berlaku apabila pelajar tidak bersungguh- sungguh dalam membuat pemilihan makanan yang baik.

Isu ini dapat dilihat apabila Malaysia dikategorikan sebagai sebuah negara dengan bilangan terbesar golongan obes di rantau Asia, iaitu 25% daripada penduduknya. Daripada penduduk seramai 26 juta orang, enam juta warga dewasa mempunyai berat badan berlebihan dan dianggap sebagai obes dan tahap obesiti di kalangan warga dewasa meningkat tiga kali ganda dalam tempoh kurang daripada 10 tahun, meningkat daripada 4.4% pada 1996 hingga 12.2% pada 2003 manakala selebihnya adalah golongan kanak-kanak, remaja dan golongan tua (Laporan Akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial Di Malaysia, 2001-2005). Isu ini menunjukkan betapa masyarakat tidak mengambil peduli dalam hal kesihatan diri mereka. Begitu juga pelajar-pelajar ketika di sekolah kurang memikirkan akibat yang serius terhadap pemilihan makanan yang diambil seterusnya mengundang bahaya pada kesihatan diri dan menambahkan risiko berpenyakit pada masa akan datang.

Seperti yang kita ketahui, makanan mempunyai dua ciri iaitu positif (menyihatkan badan dan memulihkan penyakit) atau negatif (menyebabkan penyakit). Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO), didapati bahawa pembunuh utama manusia bukannya aids, malaria, kebuluran, kereta atau merokok, tetapi tabiat pemakanan manusia sendiri (Utusan Malaysia, 2010). Jika diteliti, tabiat pemakanan ini bukan sahaja melibatkan pemilihan makanan itu sendiri sebaliknya turut melibatkan sikap cuai manusia di samping proses-proses penyediaan makanan oleh pengendali makanan yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Sebagai contoh, kes keracunan yang disiarkan di media, terdapat sesetengah pengusaha kantin gagal menyediakan makanan bersih dan berkhasiat kerana terlalu mementingkan keuntungan. Malah, ada sesetengah pekerja di kantin bersikap sambil lewa apabila berhadapan dengan aspek kebersihan dan kesihatan makanan. Pada masa sama, ada juga peniaga mengambil kesempatan menjual makanan dan minuman ringan yang sepatutnya tidak dijual kepada pelajar seperti gula-gula, jeruk, makanan ringan dan makanan dan minuman yang mengandungi alkohol. Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana makanan dan minuman tersebut merupakan makanan yang dilarang penjualannya di kantin sekolah dan melanggar Akta Makanan 1983 dan PeraturanPeraturan Makanan 1985 (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2007). Hal ini boleh menyebabkan lebih banyak kes-kes keracunan seumpama ini berlaku.

Menurut Perangkaan Sosial Terpilih (2006) dalam tempoh 1999 – 2003, jumlah kes tertinggi dicatatkan oleh Negeri Johor (4,423 kes), Kelantan (4,229 kes) dan Terengganu (3,243 kes). Dalam tempoh yang sama terdapat enam insiden di mana kes yang direkodkan melebihi seribu kes. Dalam hal ini kes keracunan terus berlaku sehingga pada tahun 2008, kes keracunan makanan di sekolah adalah 448 kes diseluruh negara, bertambah daripada tahun 2007 sebanyak 412 kes. Daripada jumlah tersebut 31 peratus berlaku di sekolah rendah dan selebihnya di sekolah menengah (Utusan Malaysia, 2010).

Rajah 1.1: Episod Keracunan Makanan Mengikut Negeri, Malaysia, Tahun 2009 – 2010 (Oktober) Kelantan Selangor Sabah Terengganu Sarawak Johor Kedah Perak Pahang Melaka WPKL N.Sembilan P.Pinang Perlis 0

5

10

15

2010

20

25

30

2009

(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, 2010)

Begitu juga yang berlaku pada tahun 2009 dan 2010 sehingga bulan Oktober di mana beberapa episod keracunan terus berlaku di setiap negeri di seluruh Malaysia. Negeri Johor antaranya mencatatkan jumlah episod keracunan di antara 15 hingga 20 episod yang melibatkan sekolah dan premis-permis makanan.

Justeru itu pelajar-pelajar seharusnya mengamalkan dan perlu cuba untuk membuat pemilihan makanan dengan baik. Tabiat pemilihan makanan sihat seharusnya diterapkan dalam diri pelajar itu sendiri supaya dapat membentuk intelektual yang berminda cerdas dan berfizikal cergas setiap masa.

1.3

Pernyataan Masalah

Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang telah dihuraikan, penyelidik mendapati pelajar seringkali melakukan pemilihan makanan tanpa merujuk piramid makanan. Ini menyebabkan pelbagai penyakit- penyakit yang disebabkan oleh pemilihan makanan yang tidak baik dihidapi oleh segelintir masyarakat terutamanya pelajar sekolah.

Tanggungjawab ibu bapa adalah menyediakan pilihan makanan berkhasiat dalam hidangan makanan utama seperti sarapan, makan tengahari dan makan malam serta makanan ringan seperti minum petang. Ibu bapa juga perlu mengamalkan tabiat pemakanan harian yang sihat supaya anak-anak melihat dan mengikutnya sebagai contoh yang baik.

Kesimpulannya, sekiranya tabiat makanan anak-anak tidak diselaraskan dan dikawal sebaiknya oleh ibu bapa, dikhuatiri mereka mudah menghidap penyakit-penyakit kronik yang boleh mengundang kesan negatif dalam jangka masa pendek mahu pun panjang. Pemilihan makanan yang tepat turut mampu membantu seisi keluarga untuk berjimat-cermat sekali gus memiliki tubuh badan yang sihat (Utusan Malaysia, 2010).

Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor- faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan sihat dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Teknik di Daerah Johor Bahru. Aspek yang akan dikaji ialah faktor pengetahuan, faktor kesihatan, faktor emosi, faktor kewangan, faktor pengiklanan dan faktor aktiviti fizikal yang mempengaruhi pelajar dalam memilih makanan sihat ketika di sekolah.

1.4

Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk;

i.

Mengenalpasti faktor pengetahuan pelajar yang mempengaruhi pemilihan makanan sihat di sekolah.

ii.

Mengenalpasti faktor kesihatan yang mempengaruhi pemilihan makanan sihat di kalangan pelajar sekolah.

iii.

Mengenalpasti faktor emosi yang boleh mempengaruhi pemilihan makanan sihat di kalangan pelajar sekolah.

iv.

Mengenalpasti faktor kewangan boleh mempengaruhi pemilihan makanan sihat di kalangan pelajar sekolah.

v.

Mengenalpasti faktor pengiklanan boleh mempengaruhi pemilihan makanan sihat di kalangan pelajar sekolah.

vi.

Mengenalpasti faktor aktiviti fizikal boleh mempengaruhi pemilihan makanan sihat di kalangan pelajar sekolah.

1.5

Persoalan Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menjawab beberapa persoalan yang berkaitan dengan amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar sekolah.

i.

Adakah faktor pengetahuan mempengaruhi pelajar membuat pemilihan makanan sihat di sekolah?

ii.

Adakah faktor kesihatan mempengaruhi pelajar untuk membuat pemilihan makanan sihat di sekolah?

iii.

Adakah faktor emosi mempengaruhi pelajar untuk membuat pemilihan makanan sihat di sekolah?

iv.

Adakah faktor kewangan boleh memberikan kesan terhadap pemilihan makanan sihat di kalangan pelajar?

v.

Adakah faktor pengiklanan boleh memberikan kesan terhadap pemilihan makanan sihat di kalangan pelajar?

vi.

Adakah faktor aktiviti fizikal mempengaruhi pemilihan makanan sihat oleh pelajar?

1.6

Kepentingan Kajian

Kajian ini dilaksanakan dengan harapan dapat membantu pihak tertentu bagi menangani masalah dalam mengamalkan pengambilan makanan sihat yang boleh mempengaruhi kehidupan seharian terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah di seluruh Malaysia. Selain itu dapatan kajian ini juga kelak dapat menjawab persoalan-persoalan kajian berkenaan pengaruh faktorfaktor seperti pengetahuan, kesihatan, emosi, kewangan, pengiklanan dan aktiviti fizikal kepada pemilihan makanan sihat dalam kalangan pelajar.

1.6.1

Pelajar Sekolah

Mendapat pengetahuan tentang kepentingan mengamalkan corak pemakanan yang betul serta meningkatkan kesedaran pelajar berhubung amalan pemakanan sihat supaya dapat menjaga kesihatan dengan baik dan sempurna di samping membantu pelajar untuk membuat pemilihan makanan yang sihat dan bersih.

1.6.2

Sekolah

Menggalakkan pelajar-pelajar supaya mengamalkan amalan pemakanan sihat menerusi program-program yang dianjurkan dengan kerjasama di antara sekolah dan pihak kantin sekolah.

1.6.3 Masyarakat

Maklumat ini meningkatkan lagi kefahaman masyarakat tentang kepentingan gaya pemakanan sihat dalam kalangan generasi yang menjadi tunggak negara untuk masa hadapan. Perancangan menu dalam pengambilan makanan diet harian akan dapat meningkatkan mutu dan taraf kehidupan di sesebuah negara. Segala perancangan ini dapat dikawal oleh ibu bapa, guruguru dan lain-lain untuk membentuk sebuah masyarakat yang bebas dari masalah kesihatan.

1.6.4 Kementerian Pelajaran Malaysia

Maklumat dalam kajian ini dapat menerangkan kepada badan-badan kerajaan seperti Kementerian Pelajaran Malaysia tentang kepentingan corak pemilihan pemakanan dalam kalangan pelajar Sekolah. Menjelang menuju ke arah satu negara yang maju, negara kita memerlukan ramai tenaga yang cerdik pandai dan sihat dari segi fizikal dan mental yang di pengaruhi pemakanan sihat dalam kehidupan seharian untuk memastikan hasrat negara tercapai. Ini kerana merekalah yang bakal mencorakkan masa depan negara suatu hari nanti.