HARPER BOTANICALS

Download Pencuci Mentimun (Cucumber Cleanser). Membersihkan semua jenis ... antibakteria Minyak Tea Tree berfungsi bersama-sama dengan tanah liat ...

0 downloads 651 Views 112KB Size
HARPER botanicals

Hanya yang terbaik daripada sains dan alam semula jadi untuk kulit anda. Harper Botanicals adalah barisan eksklusif produk botani penjagaan kulit Lifestyles. Setiap satu diformulasikan untuk melindungi dan memelihara keterampilan kulit anda – organ terbesar dalam badan. Dengan Bb6 – gabungan botani unik yang terdiri daripada Dandelion, Evening Primrose, Dong Quai, Golden Seal, Pegaga dan Akar Manis - Harper Botanicals menggabungkan yang terbaik daripada sains dan alam semula jadi untuk membantu melicinkan, membersihkan dan mempermuda kulit anda. Pilih Barisan Produk Harper Botanicals… Penjagaan Kulit Harian Penyelesaian harian untuk kulit segar dan berseri, mulakan dengan pencuci, penyegar dan pelembap kami yang unik. Penyegar Kulit Kayu Willow (Willow Bark Toner) Dirangka untuk menormalkan pelindung pertahanan semula jadi kulit sambil membantu menyingkirkan bahan pencemaran yang menjejaskan keanggunan. Gabungan seimbang ramuan botani, vitamin dan humektan menjadikan kulit yang paling kering pun tetap berasa segar dan lembut. Pencuci Mentimun (Cucumber Cleanser) Membersihkan semua jenis kotoran permukaan sambil merapikan kulit anda! Losen berkrim ini tidak sekali-kali menyebabkan kulit anda berasa kering atau tegang! Juga boleh digunakan sebagai krim pencukur untuk kedua-dua lelaki dan juga wanita. Pemulihan Malam (Night Recovery) Tiada masa yang lebih baik untuk mempermuda kulit anda selain ketika anda sedang tidur. Dipenuhi dengan ramuan botani yang telah dipilih dengan teliti, vitamin, protein, minyak berharga serta penganjal dan pelembap kulit, kompleks yang tidak berminyak ini penting untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan yang ketara. Penghidratan Siang Hari (Daytime Hydration) Melembapkan kulit dengan lembapan sambil menganjalkan dan menumbuhkan semula kulit di samping melawan radikal bebas pemusnah sel. Pendandan yang bekerja dengan sempurna untuk membantu anda kelihatan lebih muda dan lebih sihat.

HARPER botanicals

Terapi Kulit (Skin Therapy) Mengetengahkan penyental (scrub) untuk pengelupasan kulit anda dan pupur (mask) untuk menghaluskan tekstur kulit serta memperbaik pengoksigenan, semuanya dirangka untuk memberi kelegaan dan khasiat yang sungguh diperlukan oleh kulit anda. Kawalan Minyak Enam Jam (Six Hour Oil Control) Hilangkan kilauan itu! Penyerap minyak yang unik dan pantas bekerja ini melawan lebihan minyak sehingga enam jam. Eratkan genggaman anda wahai para pencinta sukan, hanya dengan mengurut beberapa titis penyerap minyak ini pada tapak tangan anda sebelum permainan bermula. Serum Mata dan Tekak (Eye and Throat Serum) Mengurangkan garis halus dan kedutan muka dengan pantas, hanya dalam masa seminggu. Gabungan revolusioner ramuan botani dan pendandan kulit yang mengikat lembapan ini memejalkan, memperbaik keanjalan dan tekstur, dan menjadikan kawasan tekak dan mata anda licin bak sutera dan kelihatan lebih muda. Pelicin Kulit AHA (AHA Skin Smoother) Garis-garis halus, lebam dan parut dilicinkan tanpa kerengsaan. Dengan menyingkirkan sel-sel kulit yang mati dari kulit, AHA menggalakkan pembentukan kulit yang lebih licin dan kelihatan lebih muda, menjadikan kompleks berprestasi tinggi ini suatu keperluan harian. Penyental Aprikot (Apricot Scrub) Buang tisu kulit yang kasar dan telah mati untuk memperoleh kulit yang lebih lembut, lebih licin dan tampak lebih hebat. Kisaran khas biji aprikot dalam penyental (scrub) yang lembut dan berkrim ini memperbaik tekstur kulit dan warna semula jadinya, menghasilkan kulit muka yang berseri-seri. Pupur Tindakan Masa (Time Action Masque) Ciri "tindakan masa" yang unik menjadikan pupur muka ini amat sesuai untuk semua jenis kulit. Tindakan antibakteria Minyak Tea Tree berfungsi bersama-sama dengan tanah liat penyerap dan ekstrak-ekstrak botani untuk menyingkirkan bendasing yang menjejaskan keanggunan. Kulit anda kekal lembut dan lembap berjam-jam lamanya. Kulit Bermasalah Alami kehebatan minyak tea tree dalam produk-produk yang diformulasikan khas ini, yang telah dirangka untuk membantu keadaan kulit bermasalah.

HARPER botanicals

Pengimbang pH Tea Tree (Tea Tree pH Balancer) Langkah penting dalam penjagaan kulit anda agar penampilannya hebat. Selepas mencuci muka dengan Pembersih Muka Tea Tree (Tea Tree Face Wash), gunakan pengimbang pH antibakteria ini untuk dengan pantas membersihkan kulit dan dengan lembut mengecilkan liang-liang besar. Gabungan ramuan botani, vitamin dan asid amino ini membantu melicinkan dan membersihkan kulit bermasalah. Pembersih Muka pH Tea Tree (Tea Tree pH Face Wash) Pembersih yang bebas sabun tetapi kaya buih ini memberi pembersihan tindakan mendalam yang maksimum tanpa kerengsaan yang mungkin pernah anda alami ketika menggunakan pembersih akne lain yang mengandungi bahan kimia yang tajam. Minyak Tea Tree adalah antibakteria semula jadi yang melawan parut sementara ramuan botani lain berserta Bb6 kami yang eksklusif menyegarkan dan melicinkan kulit. Rawatan Kulit Bermasalah Tea Tree (Tea Tree Problem Skin Treatment) Hanya beberapa palitan pada kawasan bermasalah, tiga atau empat kali sehari, akan memulihkan kebanyakan keadaan kulit bermasalah dengan selamat dan berkesan. Diperkuat dengan 20% Minyak Tea Tree, rawatan antibakteria ini bertindak lembut pada semua jenis kulit. Ekzema, lepuh sejuk dan penyakit kaki makan air bergerak balas dengan baik terhadap krim hebat ini yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja daripada segenap lapisan usia. Rawatan Eksklusif Belailah tubuh badan anda dengan produk-produk unik ini yang melicinkan, menyegarkan dan membantu mengurangkan kemunculan garis dan kedutan. Serum Kontur Badan (Body Contour Serum) Mengurangkan lapisan hodoh tisu berlemak yang tidak dapat dikurangkan oleh diet dan senaman semata-mata. Perhatikan ukuran yang mula lenyap sedikit demi sedikit. Gabungan istimewa ramuan botani, vitamin dan asid alfa hidroksi bekerja bersama-sama memberi tubuh badan anda kontur yang lebih baik dengan kulit yang lebih licin. Gel Pudina Nyaman (Cool Mint Gel) Produk unik ini adalah satu lagi produk eksklusif Harper Botanicals. Gel mentol dan pepermin yang dingin lagi nyaman ini dengan serta merta melegakan otot sengal dan kaki yang kepenatan dan sakit. Ia juga berfungsi dengan baik terhadap gigitan serangga dan selaran matahari. Tidak yakin? Cubalah dulu – selepas itu, anda pasti tidak akan ke mana-mana tanpanya.

HARPER botanicals

Rawatan Tangan Biji Quince (Quince Seed Hand Treatment) Hanya selepas sekali penggunaan, rasailah kelegaan yang dihasilkan oleh krim yang terbukti ini. Meredakan ketidakselesaan tangan yang sakit, kering, pecah-pecah atau kulit kasar di mana-mana bahagian. Melicinkan dan melembutkan kulit sambil melindunginya daripada kesan cuaca dan bahanbahan kimia tajam yang merosakkan. Penjagaan Rambut Syampu, rawatan dan perapi harian yang ringkas, selamat dan lembut untuk mencergaskan semula rambut anda. Syampu Tea Trea (Tea Tree Shampoo) Bagi mereka yang mengalami masalah kulit kepala yang gatal dan mengelupas, Syampu Tea Tree kami yang tersendiri dan kaya buih ini mampu memberi penyelesaian yang dicari-cari. Minyak Tea Tree dipadukan dengan mentol dan kapur barus untuk membantu menyingkirkan bakteria pembawa masalah dari kulit kepala anda, merangsang peredaran darah di kulit kepala serta melegakan kegatalan yang tidak selesa. Sedikit kemewahan yang tidak lama kemudian akan sentiasa anda perlukan! Perapi Protein Ganda Tiga (Triple Protein Conditioner) Tiga protein bertenaga yang merapi, menstruktur semula dan memperbaiki rambut anda - dengan keputusan yang begitu ketara walaupun hanya selepas sekali penggunaan. Membantu memperbaiki hujung rambut yang pecah dan mengurangkan kesan statik yang menggerbangkan rambut. Membuat rambut tampak lebih lebat, mempunyai juraian yang segar dan cergas serta kilauan yang sihat. Syampu Empat dalam Satu (Four in One Shampoo) Syampu harian dengan imbangan pH ini sesuai untuk semua jenis rambut, tetapi sesuai terutamanya untuk rambut kering, rapuh, diwarnakan atau dikeritingkan. Syampu keluarga ini juga mempunyai perapi, pelebat, perlindungan silikon dan bilasan akhir - kesemuanya dalam satu, tetapi tidak mengandungi bahan yang menyebabkan rambut tidak bermaya. Menjadikan rambut lembut, berkilau, tidak kusut dan mudah diurus. Oleh itu, perapi adalah pilihan, bukan keperluan. Syampu Pembersihan Dalaman (Deep Cleansing Shampoo) Kombinasi tiga pembersih berasaskan kelapa - dan satu pembersih berasaskan jagung bekerja bersamasama untuk menyingkirkan lebihan minyak dan kotoran permukaan dengan berkesan dari rambut anda tanpa menanggalkan minyak semula jadi. Ekstrak-ekstrak botani menghasilkan penyerlah yang menarik perhatian sambil menambah tekstur dan volum yang berkilau. Disyorkan untuk mereka yang memiliki rambut bergris atau berminyak ataupun mereka yang terdedah kepada kotoran dan bahan pencemaran permukaan yang berlebihan.

HARPER botanicals

Penjagaan Badan Berilah layanan istimewa kepada diri anda dengan pembersih dan losen badan yang melegakan otot dan sendi yang sengal. Kabus Pelembap (Moisturizing Mist) Selubungi diri anda dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dengan Moisturizing Mist kami. Hanya semburkan dan lihatlah produk ini menyerap dengan pantas tanpa perlu digosok! Kusut? Dengan sedikit semburan, anda boleh menyikat rambut anda dengan mudah! Pencuci Badan Penghidratan (Hydrating Body Wash) Digemari oleh setiap orang yang mencubanya! Pembersih badan yang kaya buih dan boleh terbiodegradasi ini melembap dan melembutkan kulit sambil membersihkan kulit dengan lembut. Kulit anda berasa hebat – lebih cergas dan bertenaga -- tidak sekali-kali tegang atau kering. Losen Talkum Penenang Kulit (Skin Calming Talcum Lotion) Satu lagi produk ulung Harper Botanicals! Kehalusan bedak yang menyegarkan digabungkan dengan losen! Bukan hanya melembutkan dan melegakan kulit yang merengsa, ia melakukan kesemuanya dengan kemas sekali. Gunakan selepas mandi dan juga sebagai losen selepas bercukur untuk keduadua lelaki dan wanita. Ia juga sangat bagus untuk bayi. Apakah itu Bb6? Dandelion Dengan ketara melicinkan kulit di tempat terdapatnya tisu parut atau tanda regangan. Evening Primrose Membekalkan asid lemak penting yang diperlukan oleh kulit untuk kesihatan amnya. Dong Quai Membantu merangsang peredaran dan meningkatkan aliran darah untuk membantu memberi penampilan yang lebih muda kepada kulit. Golden Seal Mengandungi ramuan yang terbukti mampu melegakan keadaan kulit bermasalah untuk membantu mengurangkan kesan kehadiran akne, psoriasis dan ekzema yang ketara.

HARPER botanicals

Pegaga Berfungsi secara harmoni dengan ekstrak Golden Seal untuk membantu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan kesan kehadiran urat timbul yang ketara. Akar manis Likuoris Ramuan antikeradangan yang kuat dan berguna untuk mengurangkan kemerahan dan tompok –tompok pada kulit. Ia juga bagus untuk kulit sensitif. Apakah yang terkandung dalam Harper? Harper Botanicals dihasilkan di Kanada selaras dengan piawaian GMP (Amalan Pengilangan Baik) untuk ketulenan, keselamatan dan sanitasi. Teknik-teknik pengekstrakan terpiawai yang menjamin kualiti dan kekuatan konsisten bagi setiap ramuan botani yang digunakan dalam produk-produk Harper Botanicals. Ramuan Harper Gel Aloe Vera | Dandelion | Evening Primrose | Golden Seal | Pegaga | Akar Manis Likuoris Bukan semua produk tersedia di setiap negara. Hubungi pejabat Lifestyles setempat anda untuk perincian. Senarai bahan mungkin berbeza-beza mengikut negara; sila lihat label produk untuk penyenaraian penuh.