i PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI ORIGAMI

kajian ini menilai seni lipatan origami dalam pembangunan kemahiran kerja berpasukan berdasarkan tahap ... Persepsi pelajar KVMT terhadap keberkesanan...

68 downloads 530 Views 671KB Size
i

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI ORIGAMI BERKUMPULAN DALAM PEMBENTUKAN KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN

AIZAM BINTI JUSOH@MAMAT

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal (Reka Bentuk Instruksional Dan Teknologi)

Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JULAI 2014

v

ABSTRAK

Kemahiran kerja berpasukan merupakan kemahiran insaniah yang perlu dikuasai dan diterap dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Justeru para pendidik perlu memilih straregi pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada keberkesanan yang tinggi untuk mencapai hasrat murni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber seperti penggunaan origami sebagai alat pendidikan telah banyak dibuktikan keberkesananannya

malah mampu membentuk kemahiran kerja berpasukan dalam

kalangan pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persepsi pelajar terhadap kemahiran kerja berpasukan melalui aktiviti origami berkumpulan. Secara khususnya kajian ini menilai seni lipatan origami dalam pembangunan kemahiran kerja berpasukan berdasarkan tahap penilaian reaksi dalam Model Kirkpatrik terhadap pelajar-pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah (KVMT). Metodologi kajian ini bersifat kuantitatif dengan reka bentuk eks pos fakto yang menggunakan instrumen soal selidik secara tinjauan awal dan tinjauan akhir. Sampel kajian pula melibatkan 30 orang pelajar dari kursus Mekanikal Pemesinan Industri (MPI) di KVMT. Setelah data soal selidik dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 21, setiap keputusan dapatan ditunjukkan dalam bentuk min, peratus dan ujian-t. Keputusan hasil kajian ini mendapati persepsi pelajar terhadap kefahaman kemahiran kerja berpasukan setelah menjalani aktiviti origami berkumpulan berada pada tahap yang tinggi. Persepsi pelajar KVMT terhadap keberkesanan aktiviti origami berkumpulan berdasarkan tahap penilaian reaksi juga didapati berada pada tahap yang tinggi. Diharapkan aktiviti berkumpulan berlandaskan seni lipatan origami diterima baik ke arah membentuk kemahiran kerja berpasukan dan dapat membantu pihak tertentu terutamanya pihak Kolej Vokasional Melaka Tengah dalam penyelesaian masalah penerapan ‘Employability Skills’.

vi

ABSTRACT

One of the most important skills for student-centred learning is teamwork. Teamwork is a softskill which has to be mastered for effective learning. As educators choosing an effective strategy is of almost importance in the process of Teaching and Learning, as laid down in the National Education Philosophy. The use of origami in Teaching and Learning has proved to be an effective educational tool in developing teamwork skills among students. The aim of this research is to gather students' perception on the varies elements highligted by the Kirkpatrick Evaluation Model about effectiveness of using origami in building teamwork skills within a structured workshop. 30 Industrial Mechanical Students were selected as sampel for the study. The quantitative study was based on ex post facto design using questionnaire in earlier stage and further analyzed with SPSS version 21. The findings were shown in the form of mean, t-test and percentages. The results of the study showed that there is a significant increase in the level of effectiveness of teamwork skills upon using origami. In relation to this, it was also found that the students perception and understanding to be at a high level. It is hoped that this proposed research will be well received, and that it would help KVMT in solving problems and issues relating to 'Employability Skills'. A manual has been prepared for future reference.

vii

KANDUNGAN

BAB 1

TAJUK

i

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

vi

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xii

SENARAI RAJAH

xiii

SENARAI SINGKATAN

xiv

SENARAI LAMPIRAN

xv

PENDAHULUAN

1

1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

3

1.3

Pernyataan Masalah

8

1.4

Tujuan Kajian

9

1.5

Objektif Kajian

9

1.6

Persoalan Kajian

9

1.7

Hipotesis Kajian

10

1.8

Kerangka Konsep Kajian

10

1.9

Kepentingan Kajian

12

1.9.1 Pelajar

12

1.9.2 Pensyarah

12

1.9.3 KVMT

13

1.10

Skop Kajian

13

1.11

Batasan Kajian

14

viii 1.12

Definisi Istilah Dan Pengoperasionalan

15

1.12.1 Persepsi Pelajar

15

1.12.2 Origami

16

1.12.3 Kemahiran Kerja Berpasukan

16

1.12.4 Model Kirkpatrik

17

Rumusan

18

KAJIAN LITERATUR

19

2.1

Pengenalan

19

2.2

Origami

20

1.13 BAB 2

2.2.1 Sejarah Rekaan Dan Binaan Origami 2.2.2 Simbol Lipatan Origami

20 21

2.2.3 Contoh-contoh Lipatan Haiwan Origami

22

2.2.4 Tips Dan Cadangan Dalam Aktiviti Seni Lipatan Origami

23

2.2.5 Fakta-fakta Menarik Tentang Origami

24

2.2.6 Origami Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

2.3

26

2.2.7 Faedah Pendidikan Origami

27

Kerja Berpasukan

30

2.3.1 Definisi Kerja Berpasukan

30

2.3.2 Prinsip Asas Kerja Berpasukan

31

2.3.3 Faedah Kerja Berpasukan

31

2.3.4 Elemen-elemen Utama Dalam Kemahiran Kerja Berpasukan

32

2.3.5

Kemahiran Kerja Berpasukan

33

2.3.6

Ciri-Ciri Kemahiran Kerja Berpasukan

2.3.7

Pembangunan Kemahiran Kerja

34

ix Berpasukan

2.4

2.5 BAB 3

2.3.8 Origami Dan Kerja Berpasukan

41

Model ‘Kirkpatrick Training Evaluation’

42

2.4.1 Tahap 1: Penilaian Reaksi

42

2.4.2 Tahap 2: Penilaian Pembelajaran

43

2.4.3 Tahap 3: Penilaian Tingkahlaku

45

2.4.4 Tahap 4: Penilaian Keberhasilan

48

Rumusan

51

METODOLOGI KAJIAN

50

3.1

Pengenalan

50

3.2

Reka Bentuk Kajian

51

3.3

Pemboleh Ubah Kajian

52

3.4

Kerangka Kerja Operasi

52

3.5

Populasi Dan Sampel Kajian

55

3.6

Lokasi Kajian

56

3.7

Prosedur Pengumpulan Data

56

3.7.1 Jenis Data

57

3.7.2 Prosedur Perlaksanaan Bengkel

58

Instrumen kajian

60

3.8.1 Borang Soal Selidik

60

3.8.2 Prosedur Pentadbiran Soal Selidik

63

Kajian Rintis

63

3.9.1 Kebolehpercayaan Item

64

3.9.2 Pengesahan Pakar

65

Prosedur Menganalisis Data

65

3.10.1 Pentafsiran Skor Min

67

3.10.2 Pentafsiran Ujian-t

67

Rumusan

68

3.8

3.9

3.10

3.11 BAB 4

38

ANALISIS DATA

69

4.1

Pengenalan

69

4.2

Dapatan Kajian

69

x 4.2.1 Persepsi Pelajar KVMT Terhadap Kefahaman Kemahiran Kerja Berpasukan Sebelum Menjalani Aktiviti Origami Berkumpulan

69

4.2.2 Persepsi Pelajar KVMT Terhadap Kefahaman Kemahiran Kerja Berpasukan Selepas Menjalani Aktiviti Origami Berkumpulan

72

4.2.3 Perbezaan Yang Signifikan Tentang Persepsi Pelajar KVMT Terhadap Kefahaman Kemahiran Kerja Berpasukan Sebelum Dan Selepas Menjalani Aktiviti Origami Berkumpulan

74

4.2.4 Persepsi Pelajar KVMT Terhadap Aktiviti Berpasukan Yang Berlandaskan Seni Lipatan Origami Dengan Penggunaan Kirkpatrick Training Evaluation Model

76

4.2.5 Cadangan Pemurnian Bengkel Seni Lipatan Origami Untuk Membantu Dalam Pembentukan Kemahiran

4.3 BAB 5

Kerja Berpasukan

79

Rumusan Dapatan Kajian

80

KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

81

5.1

Pengenalan

81

5.2

Perbincangan Kajian

81

5.2.1 Persepsi Pelajar KVMT Terhadap Kefahaman Kemahiran Kerja

xi Berpasukan Sebelum Menjalani Aktiviti Origami Berkumpulan

81

5.2.2 Persepsi Pelajar KVMT Terhadap Kefahaman Kemahiran Kerja Berpasukan Selepas Menjalani Aktiviti Origami Berkumpulan

82

5.2.3 Perbezaan Yang Signifikan Tentang Persepsi Pelajar KVMT Terhadap Kefahaman Kemahiran Kerja Berpasukan Sebelum Dan Selepas Menjalani Aktiviti Origami Berkumpulan

83

5.2.4 Persepsi Pelajar KVMT Terhadap Aktiviti Berpasukan Yang Berlandaskan Seni Lipatan Origami Dengan Penggunaan Kirkpatrick Training Evaluation Model

86

5.2.5 Cadangan Pemurnian Bengkel Seni Lipatan Origami Untuk Membantu Dalam Pembentukan Kemahiran Kerja Berpasukan

87

5.3

Kesimpulan Perbincangan

88

5.4

Cadangan

88

5.4.1 Cadangan Penambahbaikan

89

5.4.2 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 5.5

Penutup

89 90

RUJUKAN

91

LAMPIRAN

97

xii

SENARAI JADUAL

1.1

Tempoh Masa Remaja

6

2.1

Kunci Simbol Origami

22

2.2

Ciri-ciri KIM Bagi Kemahiran Kerja Berpasukan Yang Digariskan Di IPT

2.3

33

Ciri-ciri KIT Bagi Kemahiran Kerja Berpasukan Yang Digariskan Di IPT

33

3.1

Jadual Perancangan Aktiviti Bengkel Origami

59

3.2

Pembahagian Item Soal Selidik

61

3.3

Skala Ukuran Likert

62

3.4

Interpretasi Skor Bagi Nilai Alpha Cronbach

64

3.5

Kaedah Analisis Data

66

3.6

Taburan Skor Min

67

3.7

Pemilihan Ujian Statistik Berdasarkan Skala Pengukuran Yang Digunakan

4.1

Taburan Kekerapan, Peratus Dan Skor Min Untuk Setiap Item Bagi Tinjauan Awal

4.2

67

70

Taburan Kekerapan, Peratus Dan Skor Min Untuk Setiap Item Bagi Tinjauan Akhir

72

4.3

Keputusan T-Test

75

4.4

Taburan Persepsi Pelajar KVMT Terhadap Aktiviti Origami Berkumpulan Berlandaskan Tahap Penilaian Reaksi

4.5

Cadangan Penambahbaikan Bengkel Origami Berkumpulan

5.1

76

79

Penerapan Nilai Dalam Asas Kerja Berpasukan Semasa Aktiviti Origami

84

xiii

SENARAI RAJAH

1.1

Perbezaan Peratus Markah Pelajar Dalam Peperiksaan Amali Sikap

1.2

Kerangka Konsep Kajian Mengikut Cadangan Daripada Models For HRD Practice

1.3

5

11

Kirkpatrick And Kirkpatrick's 2006 Four Level Model Of Evaluation

18

2.1

Contoh Lipatan Origami Yang Berbentuk Haiwan

23

3.1

Pemboleh Ubah Kajian

52

3.2

Kerangka Operasi Kajian Diadaptasi Daripada

3.3

Esa (2011)

54

Kerangka Pengumpulan Data

57

xiv

SENARAI SINGKATAN

PDP / P&P

-

Pengajaran Dan Pembelajaran

3M

-

Menulis, Membaca, Mengira

PPPM

-

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

PTV

-

Pendidikan Teknik Dan Vokasional

BPTV

-

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional

TPV

-

Transformasi Pendidikan Vokasional

KV

-

Kolej Vokasional

DSK

-

Draf Standard Kompetensi

BPK

-

Bahagian Pembangunan Kurikulum

PMR

-

Peperiksaan Menengah Rendah

KVMT

-

Kolej Vokasional Melaka Tengah

IPTA

-

Institut Pengajian Tinggi Awam

KI

-

Kemahiran Insaniah

3D

-

Tiga Dimensi

IPT

-

Institusi Pengajian Tinggi

KIM

-

Kemahiran Insaniah Mesti

KIT

-

Kemahiran Insaniah Tambahan

OJB

-

On-The-Job

UniKL MFI -

Universti Kuala Lumpur Malaysian France Institute

UTM

-

Universiti Teknologi Malaysia

PS

-

Projek Sarjana

UPM

-

Universiti Putra Malaysia

xv

SENARAI LAMPIRAN

A

Borang Soal Selidik Temubual & Kaedah Pengumpulan Dan Analisis Data

2

B

Skor Pemarkahan Pelajar

4

C

Kajian Oleh National Association Of Colleges And Employers

8

D1

Carta Gantt Projek Sarjana 1

53

D2

Carta Gantt Projek Sarjana 2

53

E

Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian

58

F

Soalan Tugasan

59

G

Borang Soal Selidik

60

H1

Data Kajian Rintis

65

I

Borang Semakan Soal Selidik

65

H2

Data Analisis Tinjauan Awal

70

H3

Data Analisis Tinjauan Akhir

72

H4

Data Analisis T-Test

74

J

Kaedah Analisis Soalan Terbuka

79

K

Buku Panduan Bengkel

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menggariskan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan penentu utama kejayaan masa depan negara. Oleh yang demikian, sistem pendidikan negara mesti berupaya memperkasakan pengajaran dan pembelajaran iaitu meningkatkan keberkesanan PDP di dalam bilik darjah (Hashim, 2010) untuk melahirkan generasi yang seimbang dalam pengetahuan, kemahiran dan kompetensi. Untuk mencapai proses pembangunan modal insan yang berinovatif dan berkemahiran tinggi dalam proses pendidikan, para pendidik perlu menekankan pendekatan berasaskan sumber dan berpusatkan murid. Malah guru-guru perlu memilih straregi PDP yang menjurus kepada keberkesanan yang tinggi untuk mencapai hasrat murni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut hasil kajian daripada Kamsah, Abu dan Razzaly (2008), mereka mendapati masalah yang dihadapi oleh responden telah dikenalpasti iaitu kekurangan pengetahuan dan kemahiran untuk menerap dan menilai KI dalam P&P, kekangan masa (akibat perlu menghabiskan silibus kursus yang dikendalikan) serta kekurangan bahan atau dokumen rujukan yang boleh membantu mereka melaksanakan aktiviti, pihak IPTA harus mempertingkatkan usaha bagi melatih kumpulan pakar yang boleh membimbing rakan sejawat atau merangka program latihan yang lebih berkesan. Justeru penggunaan strategi PDP berasaskan sumber seperti penggunaan origami sebagai alat pendidikan telah banyak dibuktikan keberkesananannya. Contohnya pada Era Meiji di Jepun, metode Froebel telah mula diperkenalkan di Taman Asuhan Kanak-kanak yang menggunakan origami sebagai alat pendidikan. Hal ini sedikit sebanyak membawa kesan yang cukup signifikan bagi perkembangan

2 origami di Jepun. Selain itu, origami juga digunakan untuk kanak-kanak yang mengalami masalah belajar, terutamanya kanak-kanak yang menghadapi kesulitan dalam

berkomunikasi.

Bahkan

origami

ini

turut

direalisasikan

dalam

memperkenalkan bentuk-bentuk dasar dalam pelajaran geometri di beberapa buah sekolah tadika di Amerika (Imania, 2012). Hal ini disokong oleh Wise (2005) dalam Tech Beat yang menyatakan bahawa di Jepun, kanak-kanak belajar origami pada lutut ibu-ibu mereka. Manakala di Barat, kanak-kanak mempelajari origami di sekolah. Bagi Kolej Vokasional Melaka Tengah yang menjadi tempat kajian kes oleh pengkaji telah melaksanakan Semester Pendek Tahun 1 baru-baru ini yang mengikut perancangan programnya bermula 21 Oktober 2013 sehingga 15 November 2013. Namun hasil tinjauan awal yang telah dijalankan oleh pengkaji secara rawak kepada lima orang pensyarah didapati keberkesanan kemahiran kerja berpasukan tidak memuaskan. Dalam tinjauan itu, pengkaji telah menggunakan borang soal selidik yang mempunyai lima kriteria tentang tahap kemahiran kerja berpasukan dan skalanya ialah ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Kemudian pengkaji memindahkan data tersebut ke dalam jadual taburan kekerapan mudah kerana nilai dan jumlah nombornya adalah sedikit. Dapatan kajian menunjukkan nilai peratus kekerapan bagi skala ‘Ya’ adalah rendah sebanyak 6 kekerapan iaitu 24 peratus berbanding nilai peratus kekerapan skala ‘Tidak’ yang berjumlah 19 kekerapan iaitu 76 peratus. Hal ini dapat dirumuskan bahawa tahap keberkesanan kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan pelajar KVMT adalah lemah. Sebagai contoh sila rujuk LAMPIRAN A untuk melihat kaedah pengumpulan dan analisis data yang telah dijalankan. Masalah penguasaan dan penerapan kemahiran kerja berpasukan terus menjadi isu perbualan dan kebimbangan para pensyarah KVMT khususnya pensyarah yang terlibat dalam kursus Teknologi Pembinaan. Sebagaimana yang diketahui dalam kurikulum KV, antara cirinya ialah nisbah komponen akademikvokasional ialah 30:70 (Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional, 2011). Untuk semua kursus yang diajar di KV, modul vokasional akan dibahagikan kepada dua iaitu modul amali dan modul teori. Bagi modul amali untuk kursus Teknologi Pembinaan di KVMT, skema pemarkahan peperiksaan amali telah diagihkan kepada beberapa aspek utama seperti proses kerja 40 peratus, hasil kerja 50 peratus, sikap 5 peratus dan keselamatan 5 peratus. Untuk skema pemarkahan sikap pula, pecahan markahnya dibahagikan

3 kepada lima kriteria iaitu persediaan 10 markah, pengurusan alatan 10 markah, kekemasan 10 markah, kerjasama 10 markah dan ketepatan masa 10 markah. Oleh itu, kajian ini dibuat bagi mencadangkan penggunaan seni lipatan origami untuk pembentukan kemahiran kerja berpasukan melalui Model Kirkpatrik dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah.

1.2

Latar belakang masalah

Dalam Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia pada April 2003 yang lalu, berdasarkan kepada laporan “Employability of Malaysian Graduates” menjelaskan tentang sebabsebab mengapa graduan tempatan tidak berjaya mendapat peluang pekerjaan adalah kerana mereka kurang mahir dan tidak agresif atau dinamik malah kurang bersikap lantang dan berfikiran terbuka. Menurut Mohd Noor & Sahimin (2010), kebanyakan majikan masa kini memerlukan pekerja yang bukan sahaja memiliki kemahiran teknikal tetapi juga memiliki kemahiran generik agar mereka memiliki multiple skills dalam melakukan pelbagai tugasan yang diberi untuk meningkatkan produktiviti syarikat dan berdaya saing. Ini disokong oleh Archer dan Davison dalam kajiannya pada 2008 mendapati bahawa tidak kira saiz syarikat, kemahiran interpersonal contohnya kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan telah dititikberatkan berbanding kemahiran teknikal seperti kelayakan ijazah yang baik atau kemahiran IT. Oleh itu dalam Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 di Universiti Teknologi Malaysia memaklumkan bahawa sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) adalah medium terbaik untuk mengisi kelompangan pelajar dalam kemahiran-kemahiran tambahan seperti kemahiran komunikasi, kemahiran mengurus dan kemahiran ICT. Ini kerana Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) secara umumnya berfungsi untuk mendidik seterusnya melahirkan sumber tenaga kerja yang berkemahiran dan berpengetahuan asas untuk sektor industri (Mohamed Yusof, Esa & Ahmad, 2008). Ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Vokasional diwujudkan, berdasarkan dalam buku Citra Kecemerlangan Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik iaitu: Pendidikan vokasional adalah usaha

berterusan

dan

sistematik yang

bertujuan memberikan pengetahuan dan latihan berkaitan sesuatu bidang

4 pekerjaan supaya dengannya dapat melahirkan pekerja-pekerja mahir yang mampu meningkatka kualiti hidupnya di samping menyumbangkan kepada penyediaan tenaga kerja yang produktif, berdisiplin dan terlatih mengikut keperluan semasa, terutamanya di sektor perdagangan dan perindustrian. (ms. 7) Sumber: BPTV. (2010). Citra Kecemerlangan Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik. BPTV, ms. 7. Justeru pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) pada 6 Januari 2012 oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan inisiatif kerajaan yang amat relevan ke arah memantapkan modal insan yang lebih ampuh untuk negara seterusnya merealisasikan hasrat untuk menjadikan aliran vokasional sebagai pendidikan kelas pertama. Timbalan Perdana Menteri turut menegaskan bahawa tugas yang paling mencabar adalah menghasilkan tenaga kerja yang dapat memenuhi kehendak industri tempatan, iaitu sekurang-kurangnya 3.3 juta orang pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang (Dewan Masyarakat, 2012). Perubahan dalam

Transformasi Pendidikan Vokasional dengan memartabatkan

aliran vokasional menjadi kolej vokasional amat diperlukan untuk menyediakan tenaga kerja terlatih yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan negara untuk memasuki pasaran pekerjaan. Oleh itu, modul dalam struktur kurikulum KV dibahagikan kepada tiga iaitu modul akademik, modul vokasional dan modul kompetensi. Bagi modul vokasional di KV Melaka Tengah, pengkaji telah mendapatkan skor pemarkahan pelajar Tahun Satu Semester Dua seramai 34 orang bagi kursus Teknologi Pembinaan dalam peperiksaan amali semester dua yang telah dijalankan. Sebagai contoh sila rujuk LAMPIRAN B. Hasil analisis data yang dibuat daripada skor pemarkahan kerjasama bagi setiap pelajar dalam peperiksaan amali tersebut menunjukkan bahawa markah kerjasama yang paling tinggi ialah 9 markah seramai 4 orang pelajar sahaja dan markah yang paling rendah ialah 6 markah seramai 5 orang pelajar. Kebanyakan pelajar mendapat markah di antara 7 hingga 8 markah sahaja. Jika berdasarkan kepada susunan urutan kriteria secara menurun pula maka kedudukan markah peperiksaan amali sikap ialah pengurusan alatan dan ketepatan masa berjumlah 21%, persediaan bahan adalah 20%, kerjasama berjumlah 19% dan kekemasan iaitu 18%. Ini menjelaskan bahawa markah kriteria kerjasama berada

5 pada tahap yang keempat daripada lima kriteria dalam amali sikap. Sebagai contoh sila rujuk pada Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Perbezaan Peratus Markah Pelajar Dalam Peperiksaan Amali Sikap Adapun modul kompetensi kompetitif meliputi kompetensi keusahawanan, kompetensi bekerja dan kompetensi insaniah. Unsur-unsur dalam modul ini diterapkan dalam setiap gerak kerja pembelajaran dan latihan mengikut kaedah kompetensi merentas kurikulum iaitu modul ini dijalankan dalam program semester pendek. Dalam program semester pendek ini, pelaksanaan kandungannya adalah berkaitan dengan ‘Employability Skills’ yang mengaplikasikan DUA BELAS elemen dalam kemahiran kebolehan bekerja bukan teknikal (DSK Kolej Vokasional, 2013). Berdasarkan DUA BELAS elemen tersebut, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah memilih empat elemen iaitu keselamatan di tempat kerja, struktur organisasi, bekerja dalam sistem serta budaya kerja dan etika sebagai modul semester pendek bagi pelajar Tahun 1 KV. Dengan mengikuti modul ini, kemahiran tersebut dapat didedahkan kepada pelajar-pelajar KV di peringkat umur 13 tahun ke atas lagi kerana syarat pengambilan pelajarnya adalah terdiri daripada lepasan PMR. Menurut Yahaya dan Latif (2005), merujuk kepada Jadual 1.1 menyatakan bahawa berikut adalah pandangan-pandangan yang digunakan bagi menerangkan tempoh masa remaja.

6 Jadual 1.1: Tempoh Masa Remaja (Yahaya & Latif, 2005) Aspek Biologi Emosi Antara peribadi Sosial Pendidikan Undang-undang Kronologi

Remaja Bermula Baligh Mula berpisah daripada ibu bapa Mula berminat dengan hubungan rakan sebaya Mula belajar peranan kerja dan peranan keluarga Memasuki sekolah menengah Status remaja Lebih kurang 13 tahun ke atas

Remaja Berakhir Sistem pembiakan matang Perolehan identiti diri Berupaya membentuk perapatan dengan rakan sebaya Memperolehi status dan keutamaan orang dewasa Tamat persekolahan Status orang dewasa Lebih kurang 20 tahun ke atas

Berdasarkan Jadual 1.1 ini, dapat dirumuskan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) di peringkat kolej vokasional adalah masa yang sesuai untuk kita menerapkan ‘Employability Skills’ supaya kebolehpasaran pekerjaan bagi lepasan KV berada pada tahap yang tinggi. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Conti dan Kleiner (1997) dalam kajiannya yang bertajuk “How to increase teamwork in organizations” iaitu berdasarkan suasana perniagaan masa kini, kerja berpasukan yang cekap dan berkesan merupakan pendekatan kemahiran yang sangat disyorkan dan implikasinya juga untuk kejayaan sesebuah perniagaan dan organisasi (Tarricone & Luca, 2002). Dalam perkembangan origami pula, seni ini tidak hanya terpaku pada seni melipat kertas sahaja. Akan tetapi ada kalanya teknik pengguntingan kertas di dalam origami mula diperkenalkan iaitu disebut sebagai kirigami dan ciptaan bentuk barunya sudah pasti lebih kreatif dan sesuai dengan zaman terkini. Bentuk-bentuk yang biasa dihasilkan dari kertas ternyata bukan hanya berbentuk sederhana seperti pesawat, katak atau pun kincir angin seperti yang sudah kita kenali. Tetapi sehingga ke hari ini origami yang dihasilkan adalah lebih berbentuk sukar seperti bunga, dinosaur, kotak, serangga, ikan hiu, baju dan sebagainya, malah berbentuk lipatan tiga dimensi (3D) yang dikenali sebagai 'Oritsunagumono' (Hoogendoorn, 2012) dan ‘Mobees’ atau Lebah Harvard Monolitik iaitu serangga robot yang memerlukan lebih daripada 20 lipatan origami untuk mewujudkannya (Bloss, 2012).

7 Menurut Wise (2005) menyatakan bahawa penyelidikan telah menunjukkan bahawa seni kertas lipatan adalah subjek tambahan yang unik dan berharga untuk kurikulum terutamanya di peringkat sekolah rendah. Origami bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga satu kaedah yang berharga untuk membangunkan kemahiran yang tertentu. Jika anda sedang mencari aktiviti untuk ibu bapa dan kanak-kanak, jika anda sedang mencari cara untuk mengajar pecahan visual dan kinestetik, jika anda mengajar penulisan pengajaran menggunakan arahan, jika anda mahu mengajar geometri, pembelajaran kooperatif, kemahiran berasaskan projek, ruang dan kemahiran kognitif dan berseronok-seronok melakukannya, maka pilihlah origami. Justeru itu origami merupakan salah satu hasil kebudayaan Jepun yang semakin berkembang semenjak akhir-akhir ini. Bukan sahaja di Jepun, malah origami ini mula diminati di negara-negara lain seperti di Amerika, Eropah dan negara Asia. Hal ini dapat dilihat dengan munculnya pelbagai komuniti, workshop dan kompetisi origami. Lindsay (2012) dalam Japan Times menyebut bengkel origami terungkap kegembiraan yang tersembunyi, contohnya dalam peperiksaan kami sering menguasai sistem pendidikan melalui perbengkelan origami kerana keseronokan pembelajaran tetapi merosot dalam pembelajaran hafalan. Begitu juga dalam pendekatan amali Barbara Pearl untuk pembelajaran matematik, di mana setiap kanak-kanak yang terlibat merasa seronok dalam proses pembelajaran dan dapat menemui bagaimana untuk menganggarkan jarak katak melompat, mengukur sudut kapal layar kertas atau pun meneroka corak ikan paus. Semasa kanak-kanak ingin belajar mereka bentuk origami ikan paus, mereka boleh meneroka ciri-ciri paus melalui penyiasatan saintifik, membaca buku mengenai mamalia, mendengar lagu ikan paus, menulis cerita yang kreatif, atau mengetahui bagaimana untuk menyelamatkan paus dengan Greenpeace (Pearl, 2012). Oleh yang demikian, aktiviti seni origami telah dilihat dapat menyumbangkan banyak kebaikan dan kelebihan dalam aktiviti penerapan kemahiran insaniah (KI) malah mampu membentuk kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana, pengkaji mendapati aktiviti seni lipatan origami boleh membangunkan kemahiran kebolehkerjaan khususnya kemahiran kerja berpasukan dalam memenuhi aspek kompetensi pekerjaan yang ingin diceburi. Hal ini telah disokong oleh kajian Mohd Adnan (2009) yang menjelaskan bahawa 90 % pelajar bersetuju tentang wujudnya nilai kerjasama dan bantu-membantu ketika menghasilkan karya origami.

8 Rumusannya ialah peringkat umur pelajar selepas PMR adalah masa yang amat sesuai untuk diterapkan dengan pelbagai kemahiran seperti ‘Employability Skills’, maka pembentukan kemahiran kerja berpasukan ini perlu dihayati dan diamalkan dalam pembelajaran melalui pelbagai kaedah pengajaran sama ada formal dan tidak formal seperti aktiviti origami berkumpulan.

1.3

Pernyataan masalah

Sejarah telah membuktikan bahawa perkembangan origami telah bermula dari cara tradisional hinggalah ke teknologi baru seperti Mobees iaitu serangga robot (Bloss, 2012). Malah aktiviti origami bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga satu kaedah yang berharga untuk membangunkan kemahiran yang tertentu (Wise, 2005). Ini jelas menunjukkan aktiviti origami dapat membentuk kemahiran kerja berpasukan. Kemahiran kerja berpasukan pula adalah salah satu kemahiran yang sangat diperlukan dalam industri khususnya oleh para majikan. Hal ini dapat dilihat dalam hasil kajian yang dilakukan oleh National Association of Colleges and Employers yang mendapati para majikan meletakkan kemahiran kerja berpasukan antara kemahiran yang penting (dengan nilai skala 4.6 daripada 5.0) iaitu pada kedudukan ketiga teratas daripada dua puluh kemahiran atau kualiti yang diperlukan oleh majikan daripada bakal pekerja mereka (National Association of Colleges and Employers, 2005). Sebagai contoh sila rujuk LAMPIRAN C. Namun di negara kita Malaysia, masih terlalu kurang kajian yang dijalankan dalam skop seni lipatan origami ini, apatah lagi untuk dikaitkan dengan ‘Employability Skills’. Atas dasar inilah, penyelidik ingin mencadangkan satu kerangka yang sesuai digunakan untuk membantu meningkatkan kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan pelajar di Kolej Vokasional Melaka Tengah melalui pelbagai aktiviti seni lipatan origami yang telah diutarakan oleh pakar-pakar seni. Tetapi adakah cadangan penggunaan seni lipatan origami untuk membaiki kemahiran kerja berpasukan pelajar di KVMT ini mendapat sambutan yang positif dan disukai oleh pelajar vokasional ini masih tidak diketahui dengan jelas dan memerlukan kajian awalan ini untuk mengenalpasti kemungkinannya.

9 1.4

Tujuan kajian

Kajian ini bertujuan menilai persepsi tentang penggunaan seni lipatan origami untuk pembangunan kemahiran kerja berpasukan berdasarkan penilaian Model Kirkpatrik dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah.

1.5

Objektif kajian

Secara khususnya, kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai objektif seperti berikut: (i)

Menilai persepsi pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah terhadap kefahaman kemahiran kerja berpasukan.

(ii)

Menilai persepsi pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah terhadap aktiviti berpasukan yang berlandaskan seni lipatan origami

dengan

penggunaan Kirkpatrick Training Evaluation Model. (iii)

Mengemukakan satu cadangan bengkel

aktiviti

berpasukan

yang

berlandaskan seni origami kepada pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah.

1.6

Persoalan kajian

Dalam kajian ini, pengkaji telah mengemukakan beberapa persoalan untuk dijawab iaitu: (i)

Apakah persepsi pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah terhadap kefahaman kemahiran kerja berpasukan sebelum menjalani aktiviti origami berkumpulan.

(ii)

Apakah persepsi pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah terhadap kefahaman kemahiran kerja berpasukan selepas menjalani aktiviti origami berkumpulan.

(iii)

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tentang persepsi pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah terhadap kefahaman kemahiran kerja berpasukan sebelum dan selepas menjalani aktiviti origami berkumpulan.

(iv)

Apakah persepsi pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah terhadap aktiviti

10 berpasukan yang berlandaskan seni lipatan

origami dengan penggunaan

Kirkpatrick Training Evaluation Model. (v)

Apakah cadangan pemurnian bengkel seni lipatan origami untuk membantu dalam pembentukan kemahiran kerja berpasukan.

1.7

Hipotesis kajian

Hipotesis Null: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tentang kefahaman pelajar KVMT terhadap kemahiran kerja berpasukan sebelum dan selepas menjalani aktiviti origami berkumpulan.

1.8

Kerangka konsep kajian

Kerangka konsep dalam sesuatu kajian perlu dikemukakan apabila kajian berkenaan mengandungi dua pemboleh ubah atau lebih. Menurut Iskandar (2008) menyatakan bahawa kerangka konseptual yang baik ialah: (i)

Variabel-variabel kajian yang akan dikaji harus jelas.

(ii)

Kerangka konseptual haruslah menjelaskan hubungan antara variabel variabel yang akan dikaji, dan ada teori yang melandasinya.

(iii)

Seterusnya kerangka konsep tersebut perlu dinyatakan dalam bentuk diagram, sehingga masalah kajian yang akan dicari, jawapannya mudah difahami. Iskandar (2008) juga mengemukakan bahawa dalam kajian kuantitatif,

kerangka konsep merupakan suatu kesatuan kerangka pemikiran yang utuh dalam rangka mencari jawapan-jawapan ilmiah terhadap masalah-masalah kajian yang menjelaskan tentang pemboleh ubah, hubungan antara pemboleh ubah secara teori yang berkaitan dengan hasil kajian yang terdahulu yang kebenarannya dapat diuji secara empiris. Pada Rajah 1.2 adalah merupakan satu kerangka konsep kajian yang diadaptasikan oleh penyelidik berlandaskan Models For Human Resource Development (McLagan, 1989).

11

BENGKEL ORIGAMI

Masukkan (Input)

Proses Pembentukan Pendidikan Origami Pembelajaran Kooperatif Kesedaran Multi Budaya

Nilai Utama Dalam Asas Kerja Berpasukan

Kerjasama Bantu Membantu Kerjasama Bantu Membantu Tolak Ansur

Pembangunan Komuniti

Matlamat Sama / Musyawarah Tanggungjawab Bersama

Nilai Terapeutik

Kongsi Idea

Nilai Sosial

Saling Percaya

Penilaian REAKSI(Model Kirkpatrik)

Keluaran (Output)

KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN

Rajah 1.2: Kerangka Konsep Kajian Mengikut Cadangan Daripada Models For HRD Practice (McLagan, 1989)

Menurut Syed Zamri (2011) menjelaskan bahawa pemboleh ubah dibahagikan kepada dua iaitu pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar. Maka dalam kajian ini pemboleh ubah bersandar ialah kemahiran kerja berpasukan kerana ianya dipengaruhi oleh pemboleh ubah tidak bersandar. Manakala pemboleh ubah tidak bersandar pula ialah bengkel aktiviti origami berkumpulan kerana ianya mempengaruhi pemboleh ubah bersandar. Terdapat lapan nilai-nilai utama yang mendasari kemahiran kerja berpasukan yang disarankan oleh Sidal (2004) iaitu kerjasama, bantu membantu, matlamat sama, tanggungjawab bersama, tolak ansur, musyawarah, kongsi idea dan saling percaya. Kelapan-lapan nilai ini

12 dijadikan sebagai asas kajian mengenai kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan pelajar di Kolej Vokasional Melaka Tengah.

1.9

Kepentingan kajian

Hasil kajian ini diharap dapat memberikan manfaat kepada semua pihak dan institusi yang terlibat dalam bidang pendidikan terutama dalam meningkatkan mutu PDP seperti pelajar, guru dan juga pihak KVMT.

1.9.1

Pelajar

Hasil kajian ini penting untuk pelajar dari sudut penyertaan mereka dalam aktivitiaktiviti yang disediakan di samping dapat meningkatkan kemahiran teknikal. Ia juga dapat mengembangkan kemahiran interpersonal iaitu kemahiran berpasukan. Pelajar dapat belajar melalui pengalaman dan berpeluang bekerja dalam satu pasukan. Kemahiran yang dibentuk dalam kalangan pelajar ini diharap akan dapat memupuk semangat berpasukan dan seterusnya membiasakan mereka hidup bermasyarakat.

1.9.2

Pensyarah

Hasil kajian ini akan memberikan implikasi penting kepada pensyarah. Pensyarah akan dapat merancang kaedah pengajaran yang sesuai bagi mendapatkan tahap pengetahuan, kemahiran, kefahaman dan penglibatan pelajar yang maksimum semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PDP). Pensyarah juga diharap dapat merancang aktiviti yang sesuai dan menyusun pengajaran yang lebih berkesan dengan mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar dan dapat menghubungkaitkan dengan konsep-konsep pembelajaran terdahulu kepada kehidupan sebenar dalam alam pekerjaan yang akan diterokai.

13 1.9.3

KVMT

KVMT dapat mengambil tindakan yang sebaiknya bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran (PDP) yang berkesan. Modul pengajaran yang sesuai boleh dibina berdasarkan aras pembelajaran yang dikenalpasti terutama bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar. Latihan-latihan yang berkaitan boleh diberikan kepada para pensyarah untuk meningkatkan lagi kefahaman dan kemahiran dalam memilih kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai dengan topik pembelajaran.

1.10

Skop kajian

Skop kajian adalah bertujuan untuk membentangkan dapatan yang cuba mengkaji aktiviti origami berkumpulan dalam pembentukan kemahiran kerja berpasukan berlandaskan penilaian Model Kirkpatrik. Secara ringkasnya tinjauan ini difokuskan kepada : (i)

Lokasi Penyelidik menilai pembentukan kemahiran kerja berpasukan melalui bengkel aktiviti origami secara berkumpulan yang dijalankan di Kolej Vokasional Melaka Tengah (KVMT).

(ii)

Responden Penyelidik menilai pembentukan kemahiran kerja berpasukan melalui bengkel aktiviti origami berkumpulan terhadap pelajar Tahun 2 Semester 3 seramai 30 orang yang telah terlibat dalam modul kompetensi KV Semester Pendek Tahun 1.

(iii)

Nilai-nilai utama mendasari kerja berpasukan Penyelidik memfokuskan nilai-nilai utama yang mendasari kerja berpasukan iaitu :

(i)

Matlamat sama

(ii)

Kerjasama

(iii)

Tanggungjawab bersama

(iv)

Saling percaya

(v)

Kongsi idea

(vi)

Bantu membantu

14 (vii)

Tolak ansur

(viii) Musyawarah Pemilihan ini adalah berdasarkan kepada sejauhmana kefahaman kemahiran kerja berpasukan dan penilaian terhadap aktiviti origami berkumpulan oleh pelajar tersebut.

1.11

Batasan kajian

Kajian yang dijalankan ini hanya memfokuskan kepada sebuah kolej vokasional sahaja iaitu Kolej Vokasional Melaka Tengah (KVMT). Penyelidik ingin mengenalpasti mengenai pembentukan kemahiran kerja berpasukan pelajar KVMT sepanjang menjalani bengkel aktiviti origami secara berkumpulan. (i)

Masa Memandangkan masa yang diperuntukkan untuk membuat kajian ialah dua semester iaitu bersamaan dengan satu tahun. Tempoh ini sebenarnya tidak mencukupi untuk mengkaji dengan lebih mendalam terhadap pembentukan kemahiran kerja berpasukan pelajar menerusi bengkel aktiviti origami. Ini kerana pengajian penyelidik adalah di luar waktu kerja (part time). Bagi mendapatkan data yang lebih mendalam, masa yang lebih lama diperlukan tambahan aktiviti ini hanya menjalani latihan yang serius pada pertengahan tahun sahaja.

(ii)

Kewangan. Kajian ini dijalankan di KVMT sahaja disebabkan jarak membataskan penyelidik untuk membuat kajian di kolej vokasional yang lain di samping faktor kewangan penyelidik kerana kos perbelanjaan pengajian dan kajian ini adalah dibiayai oleh penyelidik sendiri.

(iii)

Kefahaman responden terhadap soal selidik Kefahaman responden terhadap soal selidik yang diedarkan juga adalah penting. Ini adalah kerana keadaan ini akan mempengaruhi jawapan yang akan diberikan oleh responden. Jika responden faham dengan soalan yang diberikan, maka jawapan yang diberikan adalah jawapan yang sepatutnya. Jika responden tidak faham dengan soalan, keadaan yang sebaliknya akan berlaku.

15 (iv)

Kejujuran responden Ketepatan kajian ini banyak bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan para responden dalam menjawab soal selidik yang diberikan kepada mereka tanpa sebarang prejudis.

1.12

Definisi istilah dan pengoperasionalan

Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan beberapa definisi istilah dan pengoperasionalan yang berkaitan dengan aspek-aspek yang dikaji.

Ini adalah

seperti yang dinyatakan Marican (2005) di mana definisi operasi menghubungkan konsep kepada sesuatu yang boleh diperlihatkan dan dinyatakan dalam bentuk yang boleh diukur dan dimanipulasi.

Tujuan penggunaan definisi istilah dan

pengoperasionalan ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan terhadap beberapa istilah yang terlibat dan diberi pengertian seperti yang dimaksudkan berdasarkan konteks kajian in

1.12.1 Persepsi pelajar

Persepsi adalah pemerhatian, pandangan atau tanggapan seseorang terhadap sesuatu rangsangan yang dirasa, dilihat, didengar dan difahami. Malah

ianya akan

menentukan pendapat individu samada setuju atau tidak tentang sesuatu yang dialami. Menurut Abd. Hamid (2007), konsep persepsi secara ringkasnya dapat dibahagikan kepada dua aliran iaitu empirikal dan rasionalis. Aliran empirikal merujuk kepada cara memahami pembentukan persepsi dengan cara pemerhatian manakala aliran rasionalis merujuk kepada cara pemahaman yang lebih berdasarkan olahan

minda. Adapun proses persepsi, ianya menuntut seseorang untuk

memberikan penilaian terhadap suatu objek sama ada dari segi positif atau negatif, senang atau tidak senang dan sebagainya. Manakala pelajar pula merujuk kepada murid-murid Tahun 2 Semester 3 yang belajar di Kolej Vokasional Melaka Tengah di Melaka. Justeru dalam konteks kajian ini, persepsi pelajar adalah merujuk kepada pendapat dan pandangan pelajar Tahun 2 Semester 3 di KVMT terhadap aktiviti

16 origami secara berkumpulan dalam membentuk kemahiran kerja berpasukan berdasarkan penilaian tahap reaksi dalam Model Kirkpatrik.

1.12.2 Origami

Origami adalah seni lipatan kertas yang dijadikan sebagai objek hiasan di negara Jepun. Menurut McCarthy (2008), nama origami berasal daripada perkataan Jepun iaitu oru memberi maksud melipat dan kami pula adalah kertas. Kertas yang biasa digunapakai dalam seni lipatan ini adalah kertas yang sesuai dan permukaannya keras. Dengan beberapa lipatan yang dibuat, sekeping kertas persegi boleh bertukar menjadi bermacam-macam bentuk objek yang kreatif dan menarik. Bagi Ali (2008) pula, origami adalah permainan kreativiti psikomotor iaitu permainan yang menjurus kepada pergerakan individu. Kreativiti ini melibatkan pancaindera tangan dan mata di samping akal. Kreativiti ini melibatkan penggunaan deria sentuhan dan juga deria penglihatan secara menyeluruh. Origami dapat dikategorikan kepada beberapa jenis samada dari segi dimensi ataupun berdasarkan kepada jumlah lembar kertas yang digunakan. Bagi origami yang berlandaskan kepada jumlah lembar kertas yang digunakan, ianya dikategorikan kepada standard origami dan unit origami. Standard origami merupakan origami yang hanya dibuat dari satu lembar kertas yang berbentuk bujur sangkar. Dalam pembuatannya, biasanya standard origami tidak memerlukan gunting atau gam, tetapi model hanya dibentuk dari proses lipatan. Adapun unit origami pula merupakan modular origami yang masing-masing modulnya merupakan standard origami. Satu modul origami standard tersebut biasanya dapat dibentuk menjadi berbagai bentuk unit origami (Imania, 2012). Dalam hal ini, pengkaji telah membataskan kajiannya hanya kepada jenis origami yang berlandaskan kepada jumlah lembaran kertas yang digunapakai dalam menjalankan bengkel origami iaitu unit origami.

1.12.3 Kemahiran kerja berpasukan

Kerja berpasukan melibatkan agihan kuasa kepada kumpulan-kumpulan kecil kakitangan supaya mereka dapat menjalankan tugas ataupun projek dengan berkesan.

17 Setiap pasukan mempunyai ketua yang merangka gerak kerja dan mengawasi tindakan ahli-ahli pasukan supaya matlamat organisasi dapat dicapai.

Menurut

Mustafa, Suradin, Ibrahim, Mastor, Mohd Salleh, Madar dan Sulaiman (2008), kemahiran berpasukan merupakan salah satu elemen kemahiran di dalam kemahiran insaniah yang amat perlu diberi perhatian dan dikuasai oleh para pelajar yang akan memasuki alam pekerjaan. Ini disebabkan kemahiran berpasukan merupakan salah satu kemahiran yang amat diperlukan untuk bekerja di dalam sesebuah organisasi khususnya oleh para majikan di Malaysia (Ranjit & Wahab, 2008). Dalam hal ini, pengkaji telah memfokuskan kepada nilai-nilai utama yang mendasari kerja berpasukan iaitu matlamat sama, kerjasama, tanggungjawab bersama, saling percaya, kongsi idea, bantu membantu, tolak ansur dan musyawarah (Sidal, 2004).

1.12.4 Model Kirkpatrik Kajian ini berdasarkan kepada Model ‘Kirkpatrick and Kirkpatrick 2006'. Model ini telah direka untuk menilai program latihan secara umum dan ianya dibincangkan

di

sini kerana model ini dianggap baik dalam kalangan pendidik. Model ini telah wujud untuk beberapa waktu dan boleh digunakan untuk pelbagai program latihan, termasuk bimbingan, kemahiran persembahan dan jualan. Model ini juga telah menjadi popular untuk menilai program pembelajaran berasaskan teknologi, terutamanya kursus dalam perkhidmatan. Model ini dibahagikan kepada empat tahap iaitu tahap reaksi (Reaction) merujuk kepada sikap pelajar dan tahap ini sahaja yang merupakan fokus kajian penyelidik, tahap pembelajaran (Learning) merujuk kepada peranan, pengetahuan yang lebih baik dan peningkatan kemahiran, tahap tingkahlaku (Behavior) merujuk kepada tingkah laku yang baru dalam konteks yang asal dan tahap keberhasilan (Results) merujuk kepada peningkatan kualiti (Ruhe & Zumbo, 2009). Sebagai contoh sila rujuk pada Rajah 1.3.

18

Rajah 1.3: Kirkpatrick And Kirkpatrick’s 2006 Four-Level Model Of Evaluation (Ruhe, V. & Zumbo, B. D., 2009)

1.13

Rumusan

Bab ini menghuraikan dan membincangkan latar belakang masalah, pernyataan masalah, tujuan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, skop kajian, batasan kajian, kerangka konsep kajian, kepentingan kajian dan definisi operasional yang digunakan dalam kajian ini. Bagi kemahiran insaniah pula mempunyai pelbagai jenis namun kemahiran kerja berpasukan yang akan digunakan dalam kajian ini.

19

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Pasaran pekerjaan semasa di Malaysia memerlukan graduan yang berkemahiran untuk menjadi tempat kerja lebih cekap dan pantas. Dengan itu bidang pendidikan telah dikenal pasti sebagai medium terbaik dalam mengisi kekurangan pelajar terhadap kemahiran-kemahiran yang menjadi isu kritikal dewasa ini. Justeru itu, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan menggariskan dasar Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) ialah menyediakan modal insan yang berkemahiran tinggi, kebolehpasaran dan kebolehkerjaan agar sentiasa relevan dalam membantu menyokong pembangunan ekonomi negara dan menyediakan akses dan ekuiti pendidikan kepada semua murid di negara kita (KPM, 2012a). Pada hakikatnya, keperluan kemahiran pada abad ke-21 ini bukan sahaja berkemahiran teknikal tetapi juga memiliki pelbagai kemahiran insaniah seperti kemahiran interpersonal dan intrapersonal. Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (2006), kemahiran interpersonal mengandungi tujuh kemahiran yang perlu diterapkan dalam kalangan mahasiswa IPT iaitu : (i)

Kemahiran Komunikasi

(ii)

Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah

(iii)

Kemahiran berpasukan

(iv)

Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat

(v)

Kemahiran keusahawanan

(vi)

Etika dan moral profesional

(vii)

Kemahiran kepimpinan Kita sering mendengar rungutan daripada guru bahawa amat sukar untuk

mendapatkan pelajar yang berkemahiran dalam bekerja sebagai satu pasukan. Jawapannya adalah umum bahawa pelajar tidak boleh tiba-tiba dijangka akan bekerja

20 dalam satu pasukan, mendengar dan bertindak balas kepada keperluan orang lain, berkongsi idea dan bekerjasama jika mereka tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi dalam aktiviti-aktiviti yang menggalakkan tingkah laku itu. Malah kemahiran ini perlu dibangunkan dari semasa ke semasa supaya amalan ini sentiasa diamalkan dalam kehidupan pelajar. Oleh itu dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan kepada aktiviti origami berkumpulan untuk pembentukan kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan pelajar.

2.2

Origami

Origami merupakan satu teknik lipatan samada dengan menggunakan kain atau pun kertas. Pada awal kemunculannya, kertas tersebut adalah diperbuat daripada hancuran tumbuhan dan kain buruk. Oleh itu contoh-contoh awal origami yang dihasilkan, kebanyakannya berasal daripada negara China seperti bentuk tongkang cina dan kotak. Yang penting, seni origami ini merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus. Bagi origami tradisional, kebanyakan seni lipatannya dilakukan tanpa pemotongan atau menampal. Ini berbeza dengan origami yang kreatif kerana seni ini lebih maju, maka gunting dan juga pisau boleh digunakan untuk membantu membentuk reka bentuk yang lebih rumit dan mencabar. Mungkin kita menganggap origami sebagai sesuatu yang biasa dan tidak terlalu istimewa, akan tetapi jika kita perhatikan seni rekaan dan binaan origami, ianya merupakan satu nilai kesenian yang sangat mudah dihasilkan dan begitu mempesonakan. Di balik kesederhanaannya ternyata terkandung nilai seni yang sangat tinggi.

2.2.1

Sejarah rekaan dan binaan origami

Sejarah origami bermula sejak manusia mulai memperkenalkan kertas. Negara China telah mencipta kertas hampir 2000 tahun yang lalu, dan selama itulah juga origami berkembang. Kertas pertama kali diperkenalkan oleh Ts’ai Lun. Kemudian pada abad ke-enam, seorang biksu Buddha bernama Doncho (Dokyo) yang berasal dari Goguryeo (Semenanjung Korea) memperkenalkan kertas dan tinta Jepun, iaitu pada masa pemerintahan kaisar wanita Suiko. Semenjak itu origami menjadi popular

21 dalam

kalangan orang Jepun sejak turun-temurun sehinggalah ke hari ini

terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi. Banyak seni dan kraf China yang telah diterapkan ke dalam bentuk budaya orang Jepun itu sendiri. Impaknya orang-orang Jepun telah berjaya membangunkan kaedah baru lipatan kertas ke dalam bentuk yang lebih cantik dan imej yang lebih menarik sehingga hasil seni origami tersebut menjadi sangat kreatif dan nampak asli. Pada zaman Heian, origami ini menjadi aspek yang penting dalam perayaan-perayaan di Jepun. Antaranya ialah origami ini telah digunakan sebagai simbol agama untuk menghiasi tempat-tempat suci dan kuil, contohnya dalam upacara perkahwinan adat agama Shinto, mereka menggunakan objek kupu-kupu daripada origami yang dipercayai mempunyai tuah. Lain-lain objek seperti kura-kura dan udang sebagai simbol nasib baik yang digunakan sebagai barang perhiasan (Noshi) yang diikat pada hadiah atau sebagai hiasan perayaan. Oleh itu dalam perkembangan origami ini tidak hanya terpaku pada seni melipat kertas sahaja. Akan tetapi ada kalanya teknik pengguntingan kertas di dalam origami mula diperkenalkan iaitu disebut sebagai kirigami dan ciptaan bentuk barunya sudah pasti lebih kreatif dan sesuai dengan zaman terkini.

2.2.2

Simbol lipatan origami

Kaedah melipat model origami boleh diterangkan menggunakan lukisan dan simbol yang mudah. Kebanyakan buku yang ditulis sejak tahun 1950-an sehingga kini menggunakan sistem yang dimulakan oleh Akira Yoshizawa dari Jepun dan Samuel Randlett dari Amerika Syarikat. Apabila anda sudah biasa dengan kunci simbol ini seperti mana yang ditunjukkan pada Jadual 2.1, anda boleh mempelajari origami daripada mana-mana buku origami walaupun buku itu ditulis dalam bahasa asing!

22 Jadual 2.1: Kunci Simbol Origami (Lafosse, 2012) Simbol Lipatan

Huraian

_________________

Garisan lipatan untuk langkah sebelumnya.

..............................

Lipatan atau sisi yang terlindung di bawah satu lagi lapisan kertas; turut digunakan sebagai sambungan bayangan pada garisan yang telah dibuat. Lipatan gunung.

Lipatan lurah.

Terbalik atau pusingkan kertas ke arah lain. Lipat lisu pada kertas dengan cara lipatan membalik dua garisan lipatan.

Lipat kertas mengikut arah anak panah. Lipat kertas dan kemudian buka semula lipatan.

Lipat kertas ke belakang. Hembuskan udara ke dalam model untuk mengembungkannya.

2.2.3

Contoh-contoh lipatan haiwan origami

Menurut Ansary, Mansor dan John (2007) dalam bukunya yang berjudul “HBA Membentuk dan Membuat Binaan”, origami ini mempunyai pelbagai bentuk iaitu bentuk haiwan, barang permainan, tumbuh-tumbuhan dan perhiasan. Bentuk haiwan ialah bentuk yang paling popular terutama haiwan seperti burung, ikan, rama-rama dan arnab. Manakala bentuk permainan seperti sampan, kereta, bangunan dan perabot kecil (miniature). Bentuk tumbuh-tumbuhan pula ialah terdiri dari bentuk bunga, daun dan pokok pain. Biasanya digunakan untuk kad ucapan. Contoh bunga

23 yang paling digemari ialah bunga dahlia dan tulip. Bentuk perhiasaan pula ialah direka bentuk untuk difungsikan di atas meja, pelengkap meja dan untuk sesuatu perayaan. Oleh itu dalam kajian ini, pengkaji telah memilih enam lipatan origami yang berbentuk haiwan seperti gajah, arnab, monyet, zirafah, singa dan ayam jantan sebagaimana yang ditunjukkan pada Rajah 2.1.

Rajah 2.1: Contoh Lipatan Origami yang berbentuk haiwan (Sato, 1996)

2.2.4

Tips dan cadangan dalam aktiviti seni lipatan origami

Untuk memulakan origami, Cohen (1994) menyatakan bahawa kita memerlukan kertas yang nipis dan cukup lebar untuk memegang lipatan supaya lipatan menjadi kemas serta cukup kuat untuk menampung badan model supaya dapat berdiri tegak. Gunakan kertas yang murah seperti kertas yang hendak dikitar semula. Sebaik sahaja anda mendapat keyakinan, anda mungkin boleh menggunakan kertas berwarna untuk membuat model yang lebih menarik. Kertas Jepun yang nipis dipanggil Washi biasanya berwarna pada satu bahagian dan berwarna putih pada satu bahagian lagi.

24 Kertas yang hendak digunakan sebagai model itu, mestilah berbentuk persegi yang sempurna iaitu kebiasaannya berukuran 8 inci (20 cm) persegi. Kemudian cari permukaan yang keras dan rata untuk melakukan gerakerja lipatan seperti meja atau buku yang kukuh. Arahan dan rajah harus diletakkan di sebelah supaya anda boleh membacanya sekali-sekala. Setelah bersedia untuk memulakan lipatan, berikut adalah beberapa tips dan cadangan yang dapat membantu anda iaitu: (i)

Mulakan dengan yang mudah. Secara asasnya origami yang berbentuk tradisional. Lebih banyak pengalaman anda dalam menyiapkan origami asas, lebih mudah untuk mereka bentuk objek origami yang sukar.

(ii)

Bersabar. Pada mulanya anda mungkin mendapati arahan lipatan origami agak sukar untuk diikuti, tetapi janganlah berputus asa.

(iii)

Buat lipatan dengan tepat. Lipatan yang betul adalah sangat penting, jadi ikutlah arahan dengan berhati-hati dan jangan tersilap langkah. Tandakan pada kertas dengan simbol yang anda sendiri tentukan supaya lipatan akan menjadi lebih mudah untuk dibuat.

(iv)

Buat lipatan dengan bersungguh-sungguh. Dengan menekan sepanjang tepi lipatan akan menghasilkan kedutan yang tajam, dan ini akan menampakkan bentuk objek yang semakin jelas.

(v)

Buat secara kreatif. Contohnya membuat reka bentuk topi dan tulis nama anda di atasnya, atau mencipta reka bentuk yang anda boleh cat atau warna.

2.2.5

Fakta-fakta menarik tentang origami

Origami menukarkan sekeping kertas biasa menjadi bentuk yang menarik. Ianya boleh dihasilkan oleh sesiapa sahaja dengan begitu sabar menggunakan beberapa keping kertas. Berikut adalah fakta-fakta yang menarik tentang perkembangan origami oleh Meinking, M. dan Alexander, C. berdasarkan buku Origami Teknik Mudah dan Origami Teknik Sederhana Sukar yang diterjemahkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (2012) iaitu: (i)

Pelukis atau pencipta Leonardo da Vinci adalah antara pakar melipat kertas yang terkenal dan terawal. Beliau melipat kertas kulit untuk menghasilkan objek terbang bagi

memahami

prinsip

penerbangan.

Ramai

menganggap da Vinci sebagai bapa kepada kapal terbang kertas.

orang

91

RUJUKAN

Abdul Ghafar, M. N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Abdul Ghafar, M. N. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Ali, N. (2008). Keberkesanan Pembelajaran Koperatif (JIGSAW II) Dalam Subtopik Formula Kimia Bagi Tingkatan 4. UPSI: Tesis Sarjana. Ansary, Mansor & John. (2007). HBA Membentuk dan Membuat Binaan. Kuala Lumpur: Open Universitiy Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2013). DSK Kolej Vokasional 2013. Putrajaya: KPM. Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional. (2010). Citra Kecemerlangan BPTV Dan SMT. Putrajaya: BPTV. Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional. (2011). Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional. Putrajaya: KPM. Banks, J. A. (2002). An introduction to Multicultural Education. Boston-London: Allyn and Bacon Press. Bidin, Y. H. (2006). Kerja Berpasukan. Kuala Lumpur: PTS Sdn Bhd. Bloss, R. (2012). Origami comes to the aid of automatically fabricating mini robots. Industrial Robot: An International Journal, 39(6), pp. -. Brophy, J. (2012). Motivating Students To Learn. Second Edition. MA: Allyn and Bacon. Chang, K. K. (2009). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif Terhadap Prestasi Dan Perubahan Sikap Pelajar Tahun Dua Dalam Aktiviti Origami Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual. OUM: Tesis Sarjana Muda. Chua, Y.P. (2006). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan Buku 1,2 Dan 3. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education. Chua, B. S., Bullare, F. & Mutang, J. A. (2014). SPSS: Prinsip dan Analisis Data dalam Sains Tingkah Laku. Sabah: UMS.

92 Cohen, E. G. (1994) Designing Groupwork - Strategies for the Heterogeneous Classroom. Second Edition. Teachers College Press. Conti, B. & Kleiner, B.H. (1997). How to increase teamwork in organizations. Journal Of Training for Quality, 5(1), 26 – 29. Devore, J. & Peck, R. (2005). (Eds.), Statistics-The Exploration And Analysis Of Data. 2nd Ed. Wadsworth, Belmont, pp. 731-802. Esa, A. (2011). UTHM Lecture Series 5/2011: Kokurikulum Membangun Kemahiran Insaniah: Koleksi Penyelidikan. UTHM: Penerbit UTHM. Esa, A., Mohamad, B., Mohd.Salleh, B.

& Awang, F. (2008). Penguasaan

Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan Melalui Pembelajaran Koperatif: Tinjauan Di Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) Dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008, 22-23 Oktober 2008, Bangi. Four Corners Virtual Resource Center. Tech Beat. USA, Volume 4 Issue 4. 2005. Fraenkel, J. R., & Wallen, E. W. (2009) How To Design and Evalute Reseach In Education. Boston, MA: McGraw-Hill.. Gerson, R. F. (2004). Mengukur Kepuasan Pelanggan. Johor Bahru: Pelangi Sdn. Bhd. Graham, J. & Caso. (1999). Measuring Engineering Freshman Attitudes And Perceptions. Journal of Education. Hashim, R. Memperkasakan Pengajaran Dan Pembelajaran. Dalam: Azizul Rahman, A. B. & Mohamad Saleeh, R. Strategi Pengajaran Guru Cemerlang. Kuala Lumpur: Majlis Guru Cemerlang Malaysia dan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 102-111; 2010. Harun, H. (2009). Penguasaan Kemahiran Komunikasi Dan Kerja Berpasukan Dalam Kalangan Guru Pelatih Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. UTHM: Tesis Sarjana Muda. Herman, W. (2012). Aliran Vokasional Pendidikan Kelas Pertama. Dewan Masyarakat, Mac 2012. Kuala Lumpur. Imania, K. L. (2012). Analisa Origami Dalam Interaksi Sosial Masyarakat. Jurnal Seni

Rupa & Desain, 49-55.

Iskandar. 2008. Metodologi Penelitian Pendidikan dan Sosial (Kuantitatif dan Kualitatif). Jakarta: Gaung Persada Press.

93 Ismail, R. (2006). 12 Rukun Kerja Berpasukan. Kuala Lumpur: Utusan Publications

& Distributor Sdn Bhd.

Jeannette, G. (2014). Victory Due To Luck And Teamwork. The Online Star, April 2014.

Dicapai

pada

April

20,

2014

dari

http://m.thestar.com.my/story.aspx?hl=Victory+due+to+luck+and+teamwork &sec=news&id={0032F800-0394-4C68-9D41-F7FC0B0B551B} Johari, K. (2004). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Selangor: Pearson Prentice Hall. Kamsah, M. F. & Yusof, A. F. (2007). 55 Petua Kerja Berpasukan. Kuala Lumpur: PTS Sdn Bhd. Kamsah, M. Z. Abu, M. S. & Razzaly, W. (2008). Penerapan Kemahiran Insaniah (KI) Kepada Pelajar Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Di IPTA. Prosiding SKIKS 08. 491-502. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012a). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Putrajaya: KPM. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012b). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: KPM. Kementerian Pelajaran Malaysia (2013). Pendidikan Kerjaya Semester 8 BPTV 2013 Modul Insaniah. Putrajaya: KPM. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2006). Modul pembangunan kemahiran insaniah (soft skills) untuk Instutusi Pengajian Tinggi Malaysia. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Kirkpatrick D. L. (1959). Techniques for evaluating training programs. Journal of American Society of Training Directors, 13(3), 21–26. Kirkpatrick, D. L. (1994). Evaluating Training Programs. San Francisco: BerrettKoehler Publishers. Kolej Vokasional Melaka Tengah. (2013). Laman Web Portal KVMT. Dicapai pada November 20, 2013, dari http://www.kvmt.edu.my/v3/ Konting, M. M. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kumar, R. (2011). Research Methodology: 9 Step-By-Step Guide For Beginners. Singapore: Sage Publications Asia. Kwok, K. T. (2012). The Use Of Midpoint On Likert Scale: The Implications For Educational Research. Hong Kong Teacher's Centre Journel. Vol. 11. 2012. Hong Kong: The University Of Hong Kong.

94 Lafosse, M. G. (2012). Origami - Seni Dan Kraf Kreatif Asia. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia. Levenson, G. (2003). The Educational Benefits Of Origami. Dipetik daripada http://home.earthlink.net/~robertcubie/origami/edu.html pada 6 November 2013 Likert, R. (1932). A Technique for the Measurement of Attitudes. Archives of Psychology, 140, 1–55. Marican, A. (2005). Teknologi Sebagai Pengupaya Dalam Pelaksanaan Sekolah Bestari dan Pengurusan Pembelajaran Bestari. Jurnal Akademik. Jilid 9. Januari 2002. Kota Bharu: Maktab Perguruan Kota Bharu. Masri, S. (2005). Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan: Esei, Proposal, Tesis. Utusan Publications & Distributor Sdn Bhd. Mat, C. (2004). Kursus Kejurulatihan Belia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributor Sdn Bhd. Mat, C. (2006). Kursus Pembinaan Pasukan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributor Sdn Bhd. Mazhi. (2013). Origami Sangat Bermanfaat Untuk Anak. Dicapai pada November 30, 2013 dari http://bloghamil.com/8639/origami-sangat-bermanfaat-untuk anak/showing.html McCarthy, V. Q. (2008). The New Book Of Knowledge. Volume 14. USA: Scholastic Inc. McLagan, J. (1989). Models For Human Resource Development (HRD) Practice. Journal Of Vocational and Technical Educations. Meinking, M. & Alexander, C. (2012). Origami Teknik Mudah. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia. Meinking, M. & Alexander, C. (2012). Origami Teknik Sederhana Sukar. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia. Mohamed Yusof, A., Esa, A. & Ahmad, A. (2008). Kemahiran Interpersonal Di Kalangan

Pelajar Diploma Kejuruteraan Di Politeknik. Persidangan

Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008, 22-23 Oktober 2008, Bangi. Mohd Adnan, A. S. (2009). Meningkatkan Kreativiti Murid Melalui Aktiviti Karya Origami Di Peringkat Kanak-kanak Sekolah Rendah. OUM: Tesis Sarjana Muda.

95 Mohd Noor, N. & Sahimin, S. (2010). Penerapan kemahiran generik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Kolej Yayasan Sabah. Di capai pada Januari 18,

2011

dari

http://eprints.utm.my/10527/1/penerapan_kemahiran_generik_dalam_proses_ pengajaran_dan.pdf Mustafa, M. Z., Suradin, A., Ibrahim, B., Mastor, S., Mohd Salleh, K., Madar, A. R. & Sulaiman, N. (2008). Penguasaan Kemahiran Berpasukan Menerusi Penyertaan Di Dalam Kokurikulum: Satu Tinjauan Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008, 22-23 Oktober 2008, Bangi. National Association Of Colleges and Employers (NACE). Job Outlook 2006 – Student Version. 2005. National Council Of Teachers Of Mathematics. The Japan Times. USA. 2012. Panduan Penulisan Tesis Edisi Keempat. (2011). Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Pearl, B. (2012). Math In Motion: Origami Across The Curriculum. USA: Greenpeace. Ranjit, S. M. & Wahab, A. B. (2008) Your dream job: How to get it and excel. Kuala Lumpur: TQM Consultants Sdn. Bhd. Ruhe, V. & Zumbo, B. D. (2009). Evaluation In Distance Education And ELearning. New York: The Guilford Press. Salleh,

M.

dan

Tasir,

Berkomputer:SPSS

Z.

(2001).

Pengenalan

kepada

Analisis

Data

10.0 for Windows. Kuala Lumpur: Venton Publishing.

Sato, Y. (1996). Animal Origami. USA: Kodansha America Inc. Sekaran, U. (2003). “Research Methods For Business – A skill Building Approach”. New York: John Wiley and Sons, Inc. Sidal, A. (2004). Kerja Berpasukan Dalam Organisasi. Edisi Pertama. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara. Sulaiman, R. Pembinaan Pasukan Kerja Cemerlang (PKC) Dan Impaknya Kepada Pengurusan Sekolah. Jurnal Pendidikan PKPSM. 2010. Mei 2010: 1 – 14. Syed Zamri, S. N. A. (2011). Statistik Untuk Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UM. Talib, O. (2013). Asas Penulisan Tesis Penyelidikan & Statistik. Serdang: UPM.

96 Tarricone, P. & Luca, J. (2002). Employees, Teamwork And Social Interdependence – A Formula For Successful Business?. Journal Of

Team Performance

Management, 8(3/4), 54 – 59. Toshiba Medical Systems. Vision 19-12. Eropah. 2012. Unit Kualiti dan Produktiviti Bahagian Pentadbiran Dan Kejuruteraan RISDA. Buletin Q. Kuala Lumpur. 2009. Yahya, A. & M. Savarimuthu, E. Kepentingan Kefahaman Konsep Dalam Matematik.

Dicapai

pada

November

10,

2013

dari

http://eprints.utm.my/10413/1/1.10_Bab2.pdf. Yahaya, A. & Latif, J. S. (2005). Membentuk Indentiti Remaja. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Yahaya, A., Hashim, S. & Ramli, J. (2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professsional Pub. Sdn. Bhd.