Interpretasi Lukisan Kanak Kanak Download - PERMATA

Senarai Jadual ii. Senarai Rajah iii. Prakata iv. Penghargaan v. PENGENALAN. 1. Apa Itu lukisan? 1. Apa Itu lukisan kanak-kanak? 1. Tahukah anda perin...

11 downloads 368 Views 1MB Size
Mohd Kamal Mohd Ali Norasmah Mohd Noor Rashidah Elias Rosliza A Aziz

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL KUALA TERENGGANU TERENGGANU DARUL IMAN

Mohd Kamal Mohd Ali Norasmah Mohd Noor Rashidah Elias Rosliza A Aziz

INTERPRETASI LUKISAN KANAK-KANAK Panduan Kepada Pendidik Awal Kanak-kanak

Diterbitkan oleh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara Universiti Pendidikan Sultan Idris

© Mohd Kamal Mohd Ali, Norasmah Mohd Noor, Rashidah Elias & Rosliza A Aziz, 2013

Semua hakcipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau lain-lain tanpa mendapat izin daripada Penerbit

Dicetak oleh: Pejabat Karang Mengarang, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kandungan Senarai Jadual

ii

Senarai Rajah

iii

Prakata

iv

Penghargaan

v

PENGENALAN

1

Apa Itu lukisan?

1

Apa Itu lukisan kanak-kanak?

1

Tahukah anda peringkat lukisan kanak-kanak?

2

Apa itu terapi?

7

Apa itu Terapi Seni Melukis?

7

Kenapa terapi seni penting kepada kanak-kanak? Penerapan unsur terapi seni dalam aktiviti melukis untuk kanakkanak

8 8

Prinsip dalam memahami lukisan

8

PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI MELUKIS UNTUK KANAKKANAK

10

PANDUAN INTERPRETASI LUKISAN KANAK-KANAK

11

Sesi 1 : Lukisan Diri Saya

13

Sesi 2 : Lukisan Keluarga Saya

19

Sesi 3 : Aktiviti Bersama Keluarga

20

Sesi 4 : Cita-cita Saya

27

ELEMEN-ELEMEN DALAM INTERPRETASI LUKISAN KANAK-KANAK

30

PENUTUP

36

BIBLIOGRAFI

37

Lampiran

38

i

Senarai Jadual Tajuk Jadual

Mukasurat

Jadual 1 :

Peringkat Perkembangan Artistik Al-Hurwitz dan Day (2001)

2

Jadual 2 :

Peringkat Perkembangan Artistik Lowenfeld dan Brittain (1987)

4

Jadual 3 :

Peringkat Perkembangan Artistik Luquet (2001)

6

Jadual 4 :

Interpretasi Warna (adaptasi dari Gage, 1999 dan Furth, 1988)

34

ii

Senarai Rajah Tajuk Rajah

Mukasurat

Rajah 1 :

Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak

1

Rajah 2 :

Aktiviti bersama keluarga

11

Rajah 3 :

Keluarga saya

11

iii

Prakata ________________________________________________________________ Lukisan merupakan salah satu medium yang boleh digunakan untuk melihat perlakuan kanak-kanak. Seringkali lukisan kanak-kanak hanya dianggap sebagai satu penghasilan kreatif tanpa melihat makna yang tersirat di sebalik lukisan tersebut. Kanak-kanak sewajarnya diberikan ruang dan peluang dalam meningkatkan keyakinan diri dan pembangunan konsep kendiri yang positif dengan cara yang bersistem. Penghasilan karya kanak-kanak memerlukan satu interpretasi khusus kerana hasilan karya kanak-kanak mempunyai makna yang berbeza daripada perspektif orang dewasa. Seterusnya hasil interpretasi lukisan dapat membantu pendidik awal kanak-kanak dalam merancang dan merangka aktiviti bagi meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak, yang membawa kepada konsep terapi melalui lukisan kanak-kanak. Penghasilan buku Interpretasi Lukisan Kanak-kanak ini bertujuan membantu pendidik awal kanak-kanak khususnya pendidik Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dalam usaha mentafsir lukisan kanak-kanak, seterusnya membantu kanakkanak yang berumur tiga hingga empat tahun meningkatkan konsep kendiri mereka melalui aktiviti melukis. Buku panduan ini juga mengandungi beberapa cadangan aktiviti yang boleh dikendalikan oleh pendidik PAPN untuk membantu meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak. Buku ini mengandungi maklumat berkaitan konsep lukisan kanak-kanak dan terapi seni melukis bagi memberi pemahaman kepada pendidik akan kepentingan menerapkan unsur terapi dalam mengendalikan aktiviti melukis untuk kanak-kanak. Langkah demi langkah yang ditunjukkan dalam mengendalikan aktiviti melukis, panduan interpretasi bersama elemen-elemen yang penting bagi proses interpretasi lukisan beserta contoh-contoh dan gambar-gambar akan memudahkan pemahaman pendidik bagi mengaplikasi unsur terapi dalam aktiviti lukisan kanak-kanak. Di bahagian belakang buku ini juga disertakan kit lukisan kanak-kanak. Sebahagian kertas lukisan dalam kit tersebut disertakan dengan bingkai yang menarik sementara sebahagian lagi dibiarkan kosong untuk memberi pilihan kepada kanak-kanak. Kit lukisan tersebut boleh diperbanyakkan untuk kegunaan kanakkanak melukis berdasarkan pilihan mereka. Kami percaya buku ini mampu menjadi panduan yang berguna bagi pendidik menerapkan unsur terapi seni melukis sebagai satu alternatif untuk meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak, khususnya kanakkanak di Pusat Anak PERMATA Negara Malaysia.

iv

Penghargaan ___________________________________________________________________

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Majlis Penyelarasan Dasar PERMATA Negara yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Jawatankuasa Kerja Dasar PERMATA Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor di atas kepercayaan yang diberikan kepada kami dalam menghasilkan buku ini. Ucapan terima kasih yang khusus ditujukan kepada Yang Berbahagia Datuk Siti Azizah Sheikh Abod, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Projek Rintis PERMATA Negara di atas dana yang diberikan bagi penyelidikan yang berkaitan aplikasi terapi seni melukis untuk kanak-kanak PERMATA Negara, yang membantu penghasilan buku ini. Sekalung penghargaan juga untuk Yang Berbahagia Profesor Dr. Noraini Idris, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Profesor Madya Dr. Sopia Md. Yasin, Pengarah NCDRC yang banyak membimbing kami dalam penghasilan buku ini. Penghargaan juga ditujukan kepada panel penilai dalam membantu membuat penilaian ke atas kandungan buku ini. Tidak lupa ucapan terima kasih atas sokongan daripada pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail Kuala Terengganu, semua pendidik PERMATA, kakitangan NCDRC, para jurulatih utama PERMATA dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan buku ini. Semoga kalian diberkati sepanjang perjalanan hidup ini.

v

PENGENALAN

Apa itu lukisan? Lukisan merupakan satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni. Ia merupakan landasan untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang. Lukisan akan menghasilkan imej atau bentuk. Bentuk dan imej ini mewakili luahan emosi, intelektual dan spiritual kanak-kanak. Oleh itu lukisan dihasilkan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran manusia.

Apa itu lukisan kanak-kanak? Lukisan merupakan luahan jiwa seseorang kanak-kanak sama ada yang boleh melukis ataupun

hanya

di

peringkat

contengan.

Hasil

lukisan

kanak-kanak

biasanya

menggambarkan apa yang berlaku terhadap dirinya atau apa yang diinginkannya.

Rajah 1: Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak

1

Tahukah anda peringkat lukisan kanak-kanak? Terdapat beberapa pandangan tokoh terhadap lukisan kanak-kanak yang berusia 2 hingga 4 tahun. Antaranya ialah:

(a)

Teori Perkembangan Artistik Al Hurwitz dan Day (2001)

Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2 – 4 tahun)

Pada peringkat ini lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak adalah tidak terkawal dan lebih merupakan contengan. Lukisan ini lebih bergantung pada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Walaupun berupa contengan, namun mereka mengenal dan dapat menyebut rupa yang dihasilkan. Inilah yang menjadi kekaguman kepada orang dewasa. Peringkat ini berkembang secara progresif dalam lingkungan umur 2 – 4 tahun seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1 : Peringkat Lukisan Kanak-kanak Dua Hingga Empat Tahun (Al Hurwitz & Day, 2001) Peringkat Lukisan 1. Garisan tidak terkawal

Ciri-ciri Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Contengan begini biasanya tidak menggambarkan imej. Koordinasi tangan kanakkanak pada masa ini juga tidak cekap.

2

Peringkat Lukisan

Ciri-ciri

2. Garisan terkawal

Contengan kanak-kanak mula memperlihatkan koordinasi mata dan tangan yang lebih baik. Garisan dihasilkan berulang-ulang. Mula berbentuk mudah seperti bulat, garisan menegak dan melintang.

3. Rupa tidak terkawal

Kanak-kanak mula menyedari hubungan contengan dengan sesuatu objek. Mereka boleh menamakan bahagian pada lukisan walaupun imej tidak jelas.

perahu

4. Rupa terkawal

Lukisan sudah mula menggambarkan perasaan. Imej yang dihasilkan menampakkan imaginasi. Objek mula berbentuk dan menggambarkan apa yang mereka tahu.

3

(b) Teori Perkembangan Artistik Lowenfeld dan Brittain (1988)

Peringkat Contengan (2-4 tahun)

Peringkat contengan ini merupakan peringkat penghasilan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Kanak-kanak berlatih melakukan pergerakan tangan secara bebas dengan melukis garisan menegak, melintang dan bulatan setelah dapat menguasai koordinasi otot tangan. Perkembangan peringkat contengan ini digambarkan seperti dalam Jadual 2 di bawah.

Jadual 2 : Lukisan Pada Peringkat Contengan (Lowenfeld & Brittain, 1988) Peringkat Lukisan

Ciri-ciri

1. Contengan tanpa kawalan atau Contengan garisan bersifat panjang, pendek secara berulang-ulang dan tidak menggambarkan apa-apa contengan tidak menentu imej. Contengan bukan bertujuan untuk menggambar malah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana dapat menggunakan alat dan diberi kebebasan berkarya.

4

Peringkat Lukisan

2. Contengan terkawal atau contengan kawalan garisan

Ciri-ciri

Pada peringkat ini kanak-kanak suka menconteng sehingga memenuhi ruang permukaan lukisan. Garisan yang dihasilkan merupakan garisan berulang dengan pelbagai nilai garisan. Contengan mula berbentuk rupa mudah seperti bulat, garisan menegak dan melintang. Imej terhasil mula menampakkan sesuatu perwakilan kerana kanakkanak mula menyedari hubungan di antara contengan dengan objek sebenar.

3. Contengan bermakna

Kanak-kanak cuba menamakan bahagian pada lukisan atau menceritakan tentang lukisan mereka walaupun imej sebenar tentang cerita atau nama tersebut tidak jelas. Di sini kanak-kanak cuba menggambarkan perasaan mereka. Imej manusia digambarkan dengan rupa asas (bulat bagi muka, garisan panjang bagi anggota tubuh, kaki dan tangan). Pada peringkat ini kanak-kanak suka mencuba dan membuat pernyataan sendiri walaupun imej yang terhasil tidak logik bagi orang dewasa.

5

(c)

Teori Perkembangan Artistik Luquet (2001)

Melibatkan tiga peringkat lukisan awal kanak-kanak iaitu peringkat Fortuitous Realism, Failed Realism dan Intelectual Realism.

Jadual 3 : Peringkat Lukisan Kanak-kanak Berdasarkan Teori Perkembangan Artisitk (Luquet, 2001) Peringkat Lukisan

Ciri-ciri

1. Peringkat Fortuitous Realism

Peringkat ini ialah peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana imej yang cuba dihasilkan pada peringkat contengan telah membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objek sebenar.

2. Peringkat Failed Realism

Imej yang diperoleh secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusi bagi mendapatkan imej sebenar. Lukisan yang hampir sama dihasilkan berulang kali.

6

Peringkat Lukisan

Ciri-ciri

3. Peringkat Intelectual Realism

Pada peringkat ini kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka lihat. Bentuk lukisan masih ringkas namun dilukis dengan agak baik.

Apa itu terapi? Terapi merupakan satu usaha untuk membantu seseorang bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Terdapat pelbagai jenis terapi yang biasa dilakukan seperti terapi muzik, lukisan, pergerakan, permainan, pasir, dan air. American Art Theraphy Association (AATA) dalam Silverstone (1997) mendefinisikan terapi sebagai khidmat profesional yang menggunakan media seni, gambar, proses seni kreatif dan maklum balas klien terhadap hasil seninya sendiri.

Ini merupakan

gambaran terhadap perkembangan individu, keupayaan, personaliti, minat atau konflik dalam dirinya.

Apa itu Terapi Seni Melukis? Terapi seni melukis merupakan satu bentuk terapi yang menggunakan lukisan kanak-kanak bersama-sama maklum balas kanak-kanak sendiri untuk tujuan mencungkil emosi kanak-kanak. Lukisan akan menceritakan seribu makna. Melalui terapi seni melukis kanak-kanak dapat dibantu untuk meluahkan cerita tersirat dalam kehidupan mereka.

7

Kenapa terapi seni melukis penting kepada kanak-kanak? Terapi seni melukis penting untuk kanak-kanak atas sebab-sebab berikut :

(i)

Sebagai alat komunikasi – lukisan merupakan bentuk komunikasi awal sebelum kanak-kanak berupaya untuk bertutur. Ia merupakan cara berkesan untuk berkomunikasi.

(ii)

Cara mencapai kepuasan diri – kanak-kanak boleh meluahkan perasaan dan emosi. Dengan melukis juga kanak-kanak mampu membina kekuatan otot serta koordinasi tangan dan mata mereka. Lukisan juga dapat membantu menajamkan daya fikir kanak-kanak.

(iii) Meningkatkan daya penguasaan kendiri (self esteem) - kanak-kanak dapat memperoleh kepuasan dengan meluahkan apa yang dilihat menerusi lukisan. Dengan melukis mereka dapat meningkatkan daya sensitiviti dan kreativiti.

Penerapan unsur terapi seni dalam aktiviti melukis untuk kanak-kanak Proses terapi sepatutnya dilaksanakan oleh orang yang mempunyai tauliah atau sijil yang diperaku oleh badan profesional.

Mereka ini dipanggil ahli terapi.

Para

pendidik bukanlah ahli terapi seni melukis. Namun demikian, pendidik masih boleh menerapkan unsur terapi dalam aktiviti melukis kanak-kanak untuk membantu mereka meluahkan emosi.

Konsep pelaksanaan terapi merujuk kepada latihan yang berulang-ulang. Dengan menerapkan unsur terapi dalam aktiviti melukis kanak-kanak, pendidik boleh menggalakkan kanak-kanak melukis secara berulang kali mengikut keselesaan mereka dan cuba mencungkil emosi kanak-kanak melalui perbualan tentang lukisan tersebut. Melalui aktiviti susulan yang dicadangkan dalam buku ini atau aktiviti lain 8

yang sesuai, pendidik dapat membantu kanak-kanak meningkatkan konsep kendiri mereka.

Buku ini akan membantu pendidik untuk memahami unsur terapi seni

melukis dan elemen-elemen yang perlu dalam interpretasi lukisan kanak-kanak.

Prinsip dalam memahami lukisan Terdapat tiga prinsip utama dalam proses memahami lukisan yang perlu diambil perhatian oleh pendidik awal kanak-kanak iaitu :

(i)

Prinsip pertama – pendidik sepatutnya tidak hanya menginterpretasi lukisan semata-mata tetapi perlu memberi lebih perhatian kepada perasaan dalaman kanak-kanak.

(ii)

Prinsip kedua – pendidik perlu bertindak sebagai ’pengkaji’ dengan menggunakan pendekatan sistematik dalam memahami lukisan kanak-kanak. Sebagai contoh proses yang perlu dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas kanak-kanak melukis, memberi perhatian terhadap saiz kertas lukisan dan memberi perhatian terhadap warna, bentuk, objek serta item yang tertinggal daripada lukisan tersebut.

(iii)

Prinsip ketiga – pendidik menganalisis maklumat yang diperoleh daripada lukisan dan luahan kanak-kanak, merekod serta mengumpulkan kesemua maklumat tersebut untuk membuat rumusan keseluruhan.

9

PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI MELUKIS UNTUK KANAK-KANAK

Mari kita lihat bagaimana kita boleh mengendalikan aktiviti melukis untuk kanak-kanak dan menerapkan unsur terapi dengan menggunakan buku ini

Pelaksanaan aktiviti melukis terbahagi kepada tiga langkah.

Langkah pertama: Melibatkan empat sesi melukis oleh kanak-kanak. 1. Diri Saya 2. Keluarga Saya 3. Aktiviti Bersama Keluarga, dan 4. Cita-cita Saya

Pendidik perlu memastikan kanak-kanak telah mempunyai kesediaan untuk melukis di mana kanak-kanak sepatutnya telah mempunyai kemahiran bagi membentuk objek asas sebelum sesi melukis dimulakan. Arahan kepada kanak-kanak perlu diberi secara santai dan tidak memberi tekanan untuk kanak-kanak melukis.

Langkah kedua:Setiap sesi akan disusuli dengan interpretasi lukisan oleh pendidik mengikut panduan interpretasi yang dicadangkan. Semasa menginterpretasi, pendidik hendaklah berbual dan bertanyakan soalan bagi mencungkil cerita di sebalik lukisan 10

tersebut. Sebaik-baiknya pendidik merakamkan perbualan semasa sesi ini berlangsung.

Langkah ketiga:Jika terdapat kanak-kanak yang perlu dibimbing, laksanakan beberapa aktiviti yang dicadangkan bagi meningkatkan emosi dan tahap konsep kendiri kanak-kanak. Pendidik bebas menggunakan kreativiti masing-masing untuk melaksanakan aktiviti susulan berdasarkan keperluan kanak-kanak atau boleh merujuk kepada cadangan aktiviti susulan yang disertakan (rujuk Lampiran).

Contoh Lukisan Kanak-kanak

Rajah 2: Aktiviti bersama keluarga

Rajah 3: Keluarga saya

11

PANDUAN INTERPRETASI LUKISAN KANAK-KANAK

sedia?

Mari kita mulakan aktiviti melukis. Anda sudah bersedia?

Kunci kepada interpretasi lukisan kanak-kanak adalah bertanya dan berbual, jadi jangan tinggalkan kanak-kanak begitu sahaja selepas mereka selesai melukis. Sebagai

pendidik,

kita

harus

menemani

menggalakkan peluahan emosi mereka.

mereka

sambil

bertanya

untuk

Tidak semestinya semua elemen yang

dilukis oleh kanak-kanak adalah sama. Jangan lupa catatkan segala maklum balas kanak-kanak terhadap pertanyaan kita. Alangkah baiknya jika semua perbualan kita bersama kanak-kanak itu dapat dirakamkan!

Teacher, jangan kacau saya!

Kita akan mula bertanya dan berbual dengan kanak-kanak selepas mereka selesai melukis. Ingat, jangan terlalu mengganggu semasa mereka melukis! Jika tiada masalah pemahaman, biarkan mereka melukis sendiri. Kita boleh beredar, membantu kanak-kanak lain yang mungkin bermasalah semasa melukis.

Semasa perbualan, kita sebagai pendidik haruslah menggunakan laras bahasa perbualan dengan kanak-kanak. Jangan gunakan bahasa yang terlalu tinggi atau perkataan yang sukar difahami kanak-kanak. Bila bertanya, sebaik-baiknya gunakan soalan terbuka seperti ”...mengapa?” atau ”...cuba beritahu cikgu mengapa jadi begini?” Jika kita perlu gunakan soalan tertutup (jawapan ”ya/tidak” atau satu jawapan sahaja), tanyakan lagi soalan lanjut yang meminta penerangan mereka seperti ”Kenapa Yaya kata Yaya bersedih tadi?” Galakkan kanak-kanak berbual untuk mendapat maklum balas mereka. Contoh-contoh soalan pendidik dalam setiap 12

sesi melukis ditunjukkan dalam bahagian selepas ini. Namun demikian, bukanlah soalan-soalan tersebut sahaja yang boleh ditanya. Pendidik bebas bertanya soalansoalan lain yang sesuai kepada kanak-kanak. Pendidik adalah orang yang paling mengenali

kanak-kanak! Semasa berbual dengan kanak-kanak tentang lukisan

mereka, pendidik boleh merujuk kepada bahagian ’ELEMEN-ELEMEN DALAM INTERPRETASI LUKISAN KANAK-KANAK’ dalam buku ini untuk membantu pendidik membuat interpretasi.

Sebaik-baiknya pendidik memahami dahulu

kesemua elemen dalam bahagian tersebut sebelum memulakan aktiviti sesi melukis untuk kanak-kanak.

Sesi 1: Lukisan Diri Saya Untuk sesi pertama ini kanak-kanak diminta melukis diri mereka.

Jika

pendidik merasakan kanak-kanak masih belum menguasai konsep elemen pada diri seorang manusia, pendidik boleh membimbing kanak-kanak terlebih dahulu tentang elemen pada wajah dan diri manusia seperti mempunyai rambut, dua mata, hidung, mulut dan telinga pada muka, diikuti dengan elemen badan, tangan dan kaki. Pendidik juga boleh membimbing kanak-kanak tentang rupa wajah masing-masing seperti rambut lurus atau kerinting, mata bulat atau sepet, memakai tudung atau tidak. Seterusnya pendidik boleh membimbing kanak-kanak untuk menggambarkan emosi yang ingin ditunjukkan pada wajah seperti cara melukis senyuman, muka masam atau muka sedang marah. Berikut merupakan contoh-contoh hasil lukisan kanak-kanak dan soalan oleh pendidik bagi Sesi 1. Panduan interpretasi lukisan disertakan untuk membantu para pendidik mencungkil emosi kanak-kanak.

13

Lukisan Diri Saya 1

Contoh Soalan Oleh Pendidik 1. Cantiknya lukisan Ita, yang bulat besar ni apa? 2. Mengapa telinga ini lukis tidak sama? 3. Masa ini, Ita rasa gembira atau sedih? Mengapa? (setelah kanak-kanak menjawab ya/tidak) 4. Cantiknya kalau pakai baju. Mengapa Ita tidak lukis baju?

Panduan Interpretasi Tumpukan pada jawapan kanak-kanak. Cuba hampiri pertanyaan kepada elemen dalam panduan interpretasi. Kemungkinan bulat besar yang dilukis bukan rambut, sebaliknya adalah bebanan fikirannya (elemen ‘unsur terkurung’ yang menunjukkan konflik – rujuk elemen 8). Berkaitan saiz telinga pula, jangan risau jika kanak-kanak tiada alasan terhadap saiz telinga. Kawalan tangan kanak-kanak 3 hingga 4 tahun sememangnya belum sempurna! Sekarang mari kita lihat maklum balas terhadap elemen ’perasaan’ – rujuk elemen 1. Ada kemungkinan jawapan kanak-kanak adalah ”sedih” tetapi tidak mustahil juga mereka akan menjawab ”gembira”! Tugas kita adalah bertanya sedalam yang mungkin mengapa jawapan mereka begitu. Tentang baju pula, kemungkinan jawapan kanak-kanak adalah ”tak tau nak lukis baju”. Namun demikian, tumpuan harus kita berikan jika jawapan kanak-kanak menunjukkan ada sesuatu ’rahsia’ di sebalik tidak berbaju itu.

14

Lukisan Diri Saya 2

Contoh Soalan Oleh Pendidik 1. Umairah buat apa ni? Siapa ada bersama Umairah? 2. Mengapa Umairah lukis bulat pada mama dan abah? 3. Nenek Umairah main sama? Kenapa cikgu lihat nenek macam terbaring? 4. Cikgu lihat Umairah lukis Umairah main dekat dengan mama. Selalu tak Umairah main dengan mama? Selalu tak Umairah main dengan abah? Mengapa? (jika kanak-kanak menjawab selalu bermain dengan salah seorang sahaja).

(nama dilabel oleh pendidik setelah pertanyaan)

5. Semasa bermain, ada tidak siapa-siapa yang sedih? Mengapa?

Panduan Interpretasi Jika ada objek lain yang dilukis selain daripada kanak-kanak tersebut, kita boleh bertanya dan melabelkan objek tersebut. Jangan lupa tanya juga situasi ketika itu sama ada bermain, bersantai atau sedang melakukan aktiviti lain. Sekali lagi kita jumpa elemen ’Unsur terkurung’ (rujuk elemen 8) dan kita harus buka kuncinya – tanya kanak-kanak itu sebabnya! Masukkan diri kita dalam lukisan. Jika ada elemen yang pelik (rujuk elemen 2 dan 7), tanyakan sebab bagi keadaan yang pelik itu. Sebagai contoh, dalam lukisan di atas, suasana bermain sepatutnya gembira dan aktif tetapi nenek Umairah terbaring. Perhatikan juga jarak antara kanak-kanak dengan objek lain dalam lukisan mereka. Adakah mereka dekat atau jauh dengan objek tersebut? Namun demikian kita harus elakkan bertanya soalan bias (berat sebelah) seperti ”Umairah lebih sayang ibu atau lebih sayang ayah?”. Sebaliknya kita boleh tanyakan ”Siapa agaknya yang Umairah paling sayang? Mengapa?”. Kita boleh juga bertanya soalan tentang perasaan kanak-kanak (rujuk elemen 1).

15

Lukisan Diri Saya 3

Contoh Soalan Oleh Pendidik 1. Pandainya Iffah lukis! Rambut Iffah kan panjang, mengapa Iffah lukis rambut pendek? 2. Mengapa tangan Iffah ada tiga? 3. Cikgu tidak nampaklah kaki Iffah yang satu lagi. Mengapa Iffah tidak lukis kaki yang satu lagi? 4. Iffah seronok atau sedih masa ini? Mengapa? 5. Iffah selalu main dengan siapa? 6. Ada tak sesiapa kawan Iffah atau orang lain yang pernah buat Iffah rasa marah? Mengapa Iffah marah? (jika jawapan ”ya”)

Panduan Interpretasi Lukisan di atas menunjukkan beberapa perkara pelik yang kita perlu beri perhatian atau tanyakan kepada kanak-kanak seperti keadaan rambutnya, bilangan tangan yang dilukis dan bilangan kakinya (rujuk elemen 2 dan 3). Namun demikian, jika kanak-kanak tidak merasa keadaan itu pelik atau tiada maklum balas yang diharapkan, janganlah berasa tertekan! Pemikiran kanak-kanak sememangnya unik. Mungkin keadaan pelik itu hanya disebabkan oleh imaginasi kanak-kanak terhadap cerita yang ditontonnya atau jawapan mereka ”saja je, nak lukis macam tu...”. Mungkin juga kanak-kanak belum bersedia meluahkan emosi mereka. Kita tidak boleh memaksa kanak-kanak untuk bercerita jika mereka tidak mahu. Kuncinya mungkin pada ibu bapa kanak-kanak tersebut! Adalah sangat bermanfaat jika kita juga dapat berbincang dengan ibu bapa kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jika lukisan itu tidak jelas menunjukkan perasaan gembira, tiada halangan untuk kita tanyakan mereka sebabnya. Jika kanak-kanak tidak mahu memberi jawapan pada kali pertama, janganlah paksa mereka dan cuba lagi berbual. Fitrah emosi kanak-kanak adalah riang dan suka bermain. Jika perwatakan biasa kanak-kanak tersebut tidak riang, cuba cari peluang mencungkil lagi emosi mereka dalam ‘Sesi 2: Keluarga Saya’. Ada kemungkinan kita bertemu jawapan tersebut di sana. Kita juga mendapati ada kekosongan ruang dalam lukisan di atas. Cuba tanya soalan yang menjurus kepada kemungkinan rasa kekosongan dalam diri kanak-kanak (rujuk elemen 11). Mungkin ini ada kaitan dengan semua perkara di atas.

16

Lukisan Diri Saya 4

Contoh Soalan Oleh Pendidik 1. Sarah lukis Sarah masa kecil (sekarang) dan masa dah besar. Cantiknya mata Sarah masa dah besar. Mengapa masa kecil Sarah tidak lukis mata macam ini? 2. Sarah suka masa sekarang atau masa Sarah dah besar? Mengapa? 3. Cikgu tidak nampak Sarah lukis kaki. Mengapa tidak lukis? 4. Mengapa telinga Sarah bila dah besar tinggal satu?

Panduan Interpretasi Sarah di dalam lukisan di atas cuba menggambarkan dirinya semasa kecil (sekarang) dan semasa dia sudah dewasa. Lukisan Sarah tidak memperlihatkan objek yang lengkap. Cuba amati lukisan yang dihasilkan oleh Sarah. Mungkin ada sesuatu yang ingin dinyatakan oleh Sarah di dalam lukisannya. Kadangkala terdapat elemen yang ketara dalam lukisan kanak-kanak yang kita boleh tanyakan. Sebagai contohnya dalam lukisan di atas, kanak-kanak membezakan lukisan matanya semasa kecil dan semasa sudah besar. Sekali lagi, kita boleh bertanya perasaan kanak-kanak dalam lukisan dirinya (rujuk elemen 1). Objek yang hilang atau objek yang pelik mungkin disebabkan kurang kemahiran kanakkanak untuk melukis. Namun demikian kita tidak boleh abaikan perkara tersebut (rujuk elemen 2 dan 3). Kita perlukan memastikannya dengan cara bertanya kepada kanak-kanak tentang perkara tersebut.

17

Lukisan Diri Saya 5

Contoh Soalan Oleh Pendidik 1. Aisyah lukis Aisyah sedang main kan? Ini siapa? 2. Mata Aisyah macam jeling pada Ayu (ke arah objek yang dijeling). Mengapa? 3. Aisyah seronok masa ini? Mengapa? 4. Mengapa Aisyah tidak lukis rambut, hidung dan tangan Aisyah? 5. Apa yang Aisyah lukis bulat-bulat ini? Mengapa Aisyah lukis banyak?

Panduan Interpretasi Jika ada objek lain bersama kanak-kanak, kita perlu tanyakan siapa/apa. Terutama jika terdapat objek yang berulang (rujuk elemen 6). Mungkin objek tersebut penting dalam hidupnya. Jika terdapat perlakuan yang ketara dalam lukisan tersebut juga boleh kita tanyakan seperti perlakuan ‘menjeling’ dalam lukisan di atas. Begitu juga perasaan kanak-kanak semasa melukis seperti yang kita tanyakan dalam contoh lukisan-lukisan lain sebelum ini (rujuk elemen 1). Sekali lagi, kita berjumpa objek yang hilang dalam lukisan Aisyah. Walaupun mungkin belum mahir, kita masih boleh bertanya tentang objek yang hilang itu (rujuk elemen 3). Selain daripada itu tanyakan tentang objek berulang dalam lukisan (rujuk elemen 6). Kemungkinan objek itu penting bagi kanak-kanak tersebut.

18

Sesi 2 : Lukisan Keluarga Saya

Berikut merupakan contoh-contoh hasil lukisan kanak-kanak bagi Sesi 2 : Keluarga Saya. Kanak-kanak banyak menghabiskan masa mereka bersama keluarga. Terdapat pelbagai emosi yang dapat digambarkan apabila bersama keluarga mereka. Oleh itu penting untuk menggalakkan kanak-kanak bercerita mengenai keluarga mereka berdasarkan lukisan yang dihasilkan.

Lukisan Keluarga Saya 1

Contoh Soalan Oleh Pendidik 1. Boleh ceritakan pada cikgu, siapa dalam lukisan ini? 2. Kenapa Iwan lukis mama ada banyak kaki ya? Yang lain dua kaki sahaja. 3. Iwan ada baby Aira. Boleh tak cikgu ambil baby Aira? Mengapa? 4. Iwan suka main dengan siapa? Mengapa?

Panduan Interpretasi Untuk tema keluarga, tumpukan soalan berkisar kepada hubungan kanak-kanak dengan keluarganya. Tanyakan kanak-kanak tentang perasaan mereka terhadap kesemua ahli keluarganya. Ini akan menggalakkan kanak-kanak bercerita tentang keluarga mereka. Jika terdapat kanak-kanak yang tidak suka bercerita tentang keluarga mereka, tentu ada sebab tertentu yang menjadikan mereka begitu. Dengan ini pendidik bolehlah menanamkan sikap cinta dan sayangkan keluarga dalam diri kanak-kanak tersebut. Lukisan di atas menggambarkan keluarga Iwan yang terdiri daripada ibu, ayah, adik barunya dan dirinya sendiri. Iwan menggambarkan kegembiraan di dalam lukisannya dan sentiasa bercerita tentang keluarganya terutama ayahnya. Cuba tanyakan kanak-kanak lebih lanjut tentang ahli keluarga lain atau objek lain yang digambarkan di dalam lukisan mereka. Menerusi lukisan mereka kemungkinan terdapat cerita di sebalik kedudukan ahli keluarga dan jarak kanak-kanak dengan ahli keluarganya dalam lukisan tersebut (elemen 10). Tanyakan juga jika terdapat halangan yang berupa objek di dalam lukisan tersebut. Menarikkan jika kita mengerti rahsia lukisan kanak-kanak!

19

Lukisan Keluarga Saya 2

Contoh Soalan Oleh Pendidik 1. Ada lima orang dalam gambar ni. Yang mana satu ayah/ ibu/ adik beradik/ kamu? 2. Yang mana lelaki? Yang mana pula perempuan? 3. Kenapa ada garisan-garisan tajam pada kepala yang tiga ni? 4. Dalam gambar ni, ayah buat apa ya? (tukar pula pertanyaan pada ahli keluarga yang lain). 5. Jika ayah pergi jauh, dua atau tiga hari tak balik rasa macamana? Mengapa rasa begitu? (soalan boleh ditukar kepada ahli keluarga yang lain).

Panduan Interpretasi Intepretasi lukisan di atas bergantung kepada jawapan yang kanak-kanak berikan sepanjang sesi terapi dijalankan. Dalam lukisan di atas, kanak-kanak tersebut berjaya menggambarkan perasaan gembira apabila diminta melukis ahli keluarga. Kita dapat lihat yang kanak-kanak melukis semua ahli keluarga beliau. Ada kemungkinan hubungan kekeluargaan yang rapat dan penuh kasih sayang berlaku dalam keluarga tersebut ( rujuk elemen 1). Oleh itu pendidik atau individu yang bertanyakan soalan harus pandai memainkan emosi kanak-kanak. Tanyakan kepada mereka akan kesemua ahli keluarganya jika kita lihat kanak-kanak begitu bersungguh-sungguh ingin menerangkan tentang ahli keluarganya. Jika ada di antara ahli keluarganya yang tidak dizahirkan, cuba cungkil pertanyaan agar kanakkanak dapat meluahkan apa yang terpendam di dalam jiwanya. Di dalam lukisan di atas, apabila diajukan soalan mengenai saiz, kanak-kanak tersebut dapat membezakan saiz dengan watak lukisan seperti saiz yang besar adalah ayah manakala saiz yang kecil adalah adik (rujuk elemen 5).

20

Lukisan Keluarga Saya 3

Contoh Soalan Oleh Pendidik 1. Banyaknya Mira lukis bulatan. Boleh cikgu tau Mira lukis gambar apa ni? 2. Kenapa ada banyak garisan dalam bulatan? 3. Siapa yang ramai-ramai ni? (setelah kanak-kanak menyebut bulatan yang dilukis tersebut adalah keluarganya) 4. Yang ini siapa pula? (sambil menunjuk satu persatu kepada objek yang dilukis). 5. Kenapa Mira lukis semua orang duduk dekat-dekat? 6. Mira sayang tak pada ayah? (pendidik boleh mengulang pertanyaan yang sama untuk ahli keluarga lain yang disebut ). 7. Bagaimana Mira tau ayah sayang kepada Mira? (pendidik boleh mengulang pertanyaan yang sama untuk ahli keluarga lain yang disebut).

Panduan Intepretasi Jika kanak-kanak melukis objek secara berulang, ada kemungkinan kanak-kanak tersebut cuba menunjukkan sesuatu yang penting dalam hidupnya (rujuk elemen 6). Tanyakan kepada kanak-kanak sebab beliau melukis objek tersebut secara berulang. Mungkin setiap objek yang digambarkan mewakili setiap ahli keluarganya yang dirasakan penting dalam hidupnya. Mungkin juga kanak-kanak ingin menggambarkan sesuatu yang benar-benar disukainya. Sebagai contoh, dalam lukisan keluarga di atas, kanak-kanak melukis objek yang sama secara berulang (bulatan dan garisan panjang di sekeliling bulatan) yang menggambarkan semua ahli keluarganya. Pendidik boleh mengambil peluang ini untuk bertanya dan mendapatkan maklumat berkaitan hubungan kanak-kanak dengan keluarganya. Beri perhatian juga kepada saiz lukisan. Dalam lukisan ini ada dua objek yang jelas lebih besar daripada objek yang lain. Cuba tanya kanak-kanak sebabnya. Ada kemungkinan objek yang besar itu adalah ahli keluarga yang paling disayangi atau sebaliknya (rujuk elemen 5).

21

Sesi 3 :

Lukisan Aktiviti Bersama Keluarga

Berikut merupakan contoh-contoh hasil lukisan kanak-kanak bagi Sesi 3: Aktiviti Bersama Keluarga. Lukisan ‘Aktiviti Bersama Keluarga’ dapat memberi gambaran tentang emosi dan sosial kanak-kanak dengan individu yang berhampiran dengan diri mereka. Dalam mengenal pasti sosioemosi kanak-kanak ini, pendidik boleh bertanyakan beberapa soalan semasa melukis, bertujuan membantu mencungkil emosi kanak-kanak semasa melakukan aktiviti bersama keluarga.

Lukisan Aktiviti Bersama Keluarga 1

Contoh Soalan Pendidik

1. Yang panjang ni gambar apa? 2. Dua bulat-bulat ni gambar apa pula? 3. Tadi Rizuan kata ini gambar ayah sedang cuci kereta. Mana mama dan kakak? Kenapa mama dan kakak tidak bersama ayah? 4. Mengapa Rizuan tidak ada dalam lukisan ni?

Panduan Interpretasi Jika kita perhatikan gambar di atas, beberapa persoalan mungkin akan wujud dalam diri kita. Kita tidak dapat menjangka apa yang ingin dinyatakan oleh kanak-kanak menerusi lukisannya sebelum kita berbual dengan kanak-kanak tersebut. Bentuk apakah yang dilukis oleh kanak-kanak tersebut? Apakah yang ingin dinyatakan oleh kanak-kanak menerusi gambar di atas? Oleh itu, kita perlu berbual dengan mereka! Gambar di atas sebenarnya menggambarkan aktiviti Rizuan dengan keluarganya. Ayah Rizuan sedang mencuci kereta sementara ahli keluarga yang lain berada di dalam rumah (merujuk kepada objek panjang seperti jari). Berdasarkan elemen 12, cuba dapatkan jawapan kanak-kanak berkaitan orang yang membuat kerja dalam lukisan tersebut. Jika kita dapati ada ahli keluarga yang sepatutnya bersama tiada dalam lukisan (seperti Rizuan sendiri, ibu dan kakaknya), cuba tanyakan sebabnya (rujuk elemen 3).

22

Lukisan Aktiviti Bersama Keluarga 2

Contoh Soalan Pendidik

1. Banyaknya rumah dilukis! Kenapa banyak sangat rumah ni? 2. Siapa punya rumah ni? (tanya satu persatu) Kenapa rumah ini tak sama besar? 3. Kenapa kita mesti ada rumah? Boleh tak ceritakan pada cikgu tentang rumah kamu?

Panduan Interpretasi Perhatikan gambar di atas. Aiman melukis beberapa buah rumah dan pelbagai saiz. Apa pula pandangan dewasa terhadap lukisan anak kecil ini. Jika diteliti, terdapat banyak pengulangan kepada bentuk rumah ini. Pengulangan ini mungkin menggambarkan sesuatu yang sangat disukai atau sangat penting kepada kanak-kanak tersebut (rujuk elemen 6). Perhatikan pula elemen 5 iaitu berkaitan saiz lukisan. gambar yang berbeza itu.

Tanyakan tentang saiz

Berdasarkan lukisan di atas, perkara yang diceritakan oleh Aiman adalah beliau selalu bermain-main dengan keluarganya di dalam rumah. Setiap ahli keluarganya mempunyai rumah masing-masing. Aiman juga inginkan rumah yang banyak dan cantik. Bukankah maklumat ini dapat membantu kita membuat interpretasi lukisan Aiman, membantu memahami elemen yang disebutkan dan membantu kita memahami diri Aiman sendiri? Kita juga boleh bertanyakan jarak di antara satu objek ke satu objek. Tentu ada sesuatu yang ingin diceritakan oleh kanak-kanak menerusi lakaran mereka. Rujuk elemen 6 untuk mengetahu pengulangan dalam lukisan mereka dan elemen 10 tentang jarak di antara objek-objek yang dihasilkan.

23

Lukisan Aktiviti Bersama Keluarga 3

Contoh Soalan Pendidik

1. Boleh terangkan siapa di dalam gambar ini? 2. Kesemua orang ni sedang buat apa? Di mana mereka berada? 3. Kenapa gambar ni ada tanda X pada tangannya? (jawapan kanak-kanak ialah ingin jadi superman). Kenapa suka jadi superman? 4. Kalau seronok boleh bermain dengan keluarga, apa Syahmin buat pada ayah/ mak/ kakak/ adik?

Panduan Interpretasi Lukisan di atas jelas menunjukkan aktiviti kanak-kanak dengan keluarganya. Semua ahli keluarga dijelmakan di dalam lukisan. Ini mungkin menunjukkan bahawa kanak-kanak sangat sayangkan keluarganya. Tetapi anda jangan tertipu! Kadang-kadang terdapat juga lukisan kanak-kanak yang berbeza dengan apa yang dilaluinya. Mereka menggambarkan sesuatu yang indah sedangkan mereka tidak pernah mengalaminya. Ini merupakan impiannya dan dijelmakan menerusi daya imaginasinya. Oleh itu pertanyaan demi pertanyaan perlu dilakukan semasa menginterpretasi lukisan kanak-kanak ini. Anda juga harus ingat! Anda harus pandai memainkan kata-kata agar kanak-kanak tidak tahu bahawa kita ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang dirinya. Lukisan di atas merupakan hasil karya Syahmin. Ayah Syahmin selalu membina layang-layang untuk permainan Syahmin dan ahli keluarganya. Syahmin juga telah membuat layang-layang untuk dirinya dan juga adiknya. Syahmin berasa seronok apabila semua ahli keluarganya dapat bermain layang-layang bersama. Perhatikan elemen 6 iaitu penjelasan berkaitan objek yang berulang.

24

Lukisan Aktiviti Bersama Keluarga 4

Contoh Soalan Pendidik

1. Kenapa semua orang berada di dalam kotakkotak ni? 2. Yang bulat-bulat di tangan orang ni apa ya? Kenapa semuanya ada bulat-bulat. 3. Gambar mula-mula ni kenapa besar? Tak ada pun bentuk bulat ditangannya.

Panduan Interpretasi Aktiviti di atas merupakan aktiviti bersama keluarga karya Khairul. Lukisan Khairul tidak menggambarkan emosinya bersama keluarga. Kesemua gambar memperlihatkan elemen terkurung. Jangan panik atau membuat interpretasi sendiri! Tanyakan beberapa soalan bagi mencungkil jawapan berdasarkan lukisan kanakkanak. Elakkan daripada mendesak untuk mendapatkan jawapan, jika kanak-kanak enggan menjawab. Pendidik juga boleh bertanya beberapa soalan lain tetapi masih dalam konteks yang sama. Kanak-kanak adalah jujur dan mereka ikhlas, jadi kita perlu mencungkil emosi mereka. Kanak-kanak juga boleh berasa bosan dan tidak mahu menjawab, atau menjawab sambil lewa jika terlalu didesak. Oleh itu, tanyalah soalan dengan cara yang hikmah dan tidak mendesak agar kanak-kanak selesa bercerita. Menerusi elemen 5 (saiz), 6 (objek berulang), 8 (unsur terkurung), 10 (jarak dengan objek) dan 12 (kerja yang digambarkan dalam lukisan) kita sebagai pendidik boleh melihat bahawa terdapat perkaitan elemenelemen tersebut dalam lukisan ini. Menurut Khairul, gambar di atas menunjukkan emaknya sedang memasak di dapur. Semua ahli keluarga ingin makan dan menuju ke dapur. Mereka membawa pinggan masingmasing. Adakah anda telah menemukan jawapannya sekarang? Namun masih banyak soalan anda boleh utarakan jika ingin mengetahui lebih mendalam tentang emosi kanakkanak ini.

25

Lukisan Aktiviti Bersama Keluarga 5

Contoh Soalan Pendidik

1. Boleh tak Aqeel jelaskan, yang ada bentuk bulat dan garis tegak ni apa ya? 2. Eh, mama dia macam kena kurung saja. Boleh cikgu tahu kenapa? 3. Aqeel kata, ini Papa. Tapi kenapa Aqeel warna hitam pada muka Papa?

Panduan Interpretasi Lihat gambar di atas. Lihat objek yang kecil. Kemudian lihat pula objek yang terkurung (rujuk elemen 8). Tentu anda merasa aneh dan pelik melihat gambar tersebut. Mungkin ada sesuatu peristiwa yang berlaku yang cuba ingin disampaikan oleh pelukisnya. Menarik bukan! Itu cuma pandangan dan tanggapan anda berdasarkan lukisan yang dijelmakan. Mungkin juga kanak-kanak maksudkan lain daripada apa yang anda fikirkan. Tanyakan kanak-kanak beberapa soalan jika anda menjumpai lukisan seperti ini. Untuk mengetahui emosinya tanyakan perasaan kanak-kanak berkaitan gambar yang dilukisnya (rujuk elemen 1). Jangan panik jika anda rasa kanak-kanak tidak menjawab sebagaimana yang anda inginkan. Tanyakan soalan-soalan yang lebih terbuka agar kanakkanak mudah bercerita. Sokong pandangan kanak-kanak semasa bercerita. Motivasi yang diberi oleh pendidik akan membuatkan kanak-kanak semakin suka bercerita dan terus bercerita! Gambar di atas menceritakan tentang Aqeel ke Kota Bharu dengan menaiki kereta ayahnya. Aqeel telah mewarnakan muka bapanya tetapi tidak pada muka ibunya atau dirinya sendiri. Menurut Aqeel ayahnya sedang memarahinya di atas kesilapan yang dilakukannya. Apa emosi Aqeel sebelum dan selepas peristiwa? Jawapannya ada pada perbualan guru dengan Aqeel sendiri!

26

Sesi 4 : Lukisan Cita-cita Saya

Lukisan Cita-cita Saya 1

Contoh Soalan Oleh Pendidik 1. Cantiknya gambar ni. Mimi lukis gambar siapa ni? 2. Mana tangan dia? Kenapa tangan dia Mimi lukis begini? 3. Banyaknya garis-garis tepi Mimi. Apa garis-garis di sekeliling ni? 4. Tak ada mata pun? (jika kanak-kanak menunjukkan objek yang dimaksudkan) Hidung? Mulut? Kaki? 5. Sebenarnya besar nanti nak jadi apa?

Panduan Interpretasi Sebagai pendidik, masukkan diri kita ke dalam suasana lukisan untuk merasai perasaan, dan emosi kanak-kanak. Dengar penjelasan kanak-kanak terhadap lukisan mereka. Tunjukkan kesungguhan kita terhadap cerita yang disampaikan kanak-kanak. Dalam lukisan di atas, Mimi sangat yakin dengan diri beliau untuk menjadi seorang doktor. Walaupun lukisannya tidak membayangkan apa yang dicita-citakannya, fahami naluri kanak-kanak dan galakkan ceritanya menerusi pertanyaan-pertanyaan kita seolah-olah kita juga sangat berminat dengan impiannya (rujuk elemen 7) Apa yang dilukis mungkin nampak pelik pada mata pendidik tetapi tanyakan pada kanak-kanak apa yang ingin disampaikannya (rujuk elemen 2).

27

Lukisan Cita-cita Saya 2

Contoh Soalan Oleh Pendidik 1. Besarnya lukisan kamu. Kenapa lukis besar gambar ni? 2. Ini siapa? Cantiknya! Kenapa bajunya macam ini? 3. Lukisan ini ada mata, ada hidung tapi mulutnya mana ya? 4. Kenapa nak jadi doktor? Tahu tak bagaimana kerja doktor tu?

Panduan Interpretasi Kanak-kanak juga berkemungkinan untuk menghasilkan lukisan yang pelik atau luar biasa seperti dalam lukisan di atas. Namun demikian, pendidik perlu mengemukakan soalan berdasarkan apa yang pelik dalam lukisan tersebut untuk merungkaikan makna lukisan atau cerita yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, tanya pada kanak-kanak kenapa kepalanya berbentuk segitiga? Ada kemungkinan kanak-kanak tersebut ingin menggambarkan beliau memakai tudung seperti ibunya apabila keluar bekerja (rujuk elemen 2). Pendidik boleh bertanya kerjaya apa yang digambarkan oleh lukisan kanak-kanak tersebut. Mungkin lukisan kanak-kanak tidak langsung menggambarkan kerjaya yang mereka impikan. Tidak mengapa, kerana kita perlu ingat kanak-kanak mungkin belum mencapai peringkat lukisan yang mampu menunjukkan objek dengan jelas (rujuk penjelasan berkaitan peringkat lukisan kanak-kanak). Tambahan pula lukisan berkaitan cita-cita agak sukar untuk dilukis oleh kanak-kanak dalam lingkungan umur 3 hingga 4 tahun. Apa yang penting, kanak-kanak dapat meluahkan impian mereka, kerana ini boleh memotivasikan mereka dan meningkatkan konsep kendiri mereka. Bagi merangsang pengetahuan mereka, pendidik boleh membimbing dan menerangkan kepada kanak-kanak dengan lebih lanjut berkaitan perkara-perkara yang dilakukan oleh orang yang memiliki kerjaya impian yang dinyatakan oleh kanak-kanak (rujuk cadangan aktiviti susulan dalam Lampiran 1) .

28

Lukisan Cita-cita Saya 3

Contoh Soalan Pendidik 1. Cantiknya lukisan, apa yang kamu lukis? 2. Kenapa lukis satu kaki sahaja? 3. Apa yang bulat-bulat di bahagian badan? 4. Mengapa ada bulatan kecil di atas kepala? 5. Apa cita-cita kamu? (Jika kanak-kanak tidak tahu, ganti soalan dengan “besar nanti nak jadi apa?”)

Panduan Interpretasi

Kanak-kanak juga berkemungkinan menghasilkan lukisan tidak lengkap atau ada objek yang tertinggal seperti dalam lukisan di atas. Namun demikian, pendidik perlu mengemukakan soalan berdasarkan apa yang tidak lengkap dalam lukisan tersebut untuk merungkaikan makna lukisan atau cerita yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, kenapa hanya satu sahaja kaki yang dilukis? Ada kemungkinan kakinya teluka atau sering dipukul oleh bapanya (rujuk elemen 2). Cuba kaitkan lukisan dengan cita-cita kanak-kanak. Adakah kekurangan dan kelebihan di dalam lukisan tersebut mempunyai perkaitan dengan cita-citanya. Menarikkan jika kita mengetahui dunia kanak-kanak yang unik dan penuh misteri ini! (Rujuk elemen 7)

Kita telah selesai membuat interpretasi terhadap lukisan kanakkanak berdasarkan empat sesi yang diberikan. Ingat kuncinya – bertanya dan berbual untuk mencungkil emosi!

29

ELEMEN-ELEMEN DALAM INTERPRETASI LUKISAN KANAK-KANAK

Apa itu elemen? Elemen merupakan lambang, objek atau ikon yang boleh kita tafsirkan di dalam lukisan kanak-kanak. Kanak-kanak boleh melukis apa saja. Setiap lakaran mereka membawa makna yang tersendiri. Oleh itu jangan lupa bertanya kanak-kanak setiap lakaran yang mereka hasilkan. Ingat! Jangan cuba menginterpretasi sendiri karya kanak-kanak tanpa bertanyakan hal yang sebenarnya kepada kanak-kanak. Pemikiran orang dewasa tidak sama dengan apa yang dimaksudkan oleh kanakkanak.

ELEMEN

1.

Perasaan lukisan

yang

ditunjukkan

INTERPRETASI

oleh Lihat dulu gambaran yang ditunjukkan oleh lukisan - sedih, gembira, takut, kecewa, marah. Tanya kanak-kanak semasa melukis.

apa

perasaannya

Cuba tanyakan soalan-soalan yang dapat mencungkil emosi kanak-kanak tersebut seperti ”kenapa?”, ”Bagaimana ini terjadi?”, ”Apa yang kamu rasa?”

2. Apa yang pelik?

Cuba lihat apa yang dilukis oleh kanakkanak berciri pelik atau luar biasa. Menurut Furth (1988), Perkara pelik ini menjurus kepada titik permasalahan yang pelu dirungkai. Namun hati-hati dengan kenyataan ini. Sesuatu yang pelik itu mungkin juga menunjukkan kreativiti, selari dengan daya imaginasi kanak-kanak yang tinggi pada usia begini (Malchiodi, 1998).

30

ELEMEN 3. Apa yang tertinggal/hilang?

INTERPRETASI

Perhatikan apa objek yang tiada dalam lukisan. Objek tersebut mungkin sepatutnya objek yang biasa ada pada seseorang individu tetapi tidak dizahirkan. Tentu ada sesuatu yang menyebabkan kanak-kanak tidak melukis sesuatu bahagian di dalam lukisannya. Sebagai pendidik kita harus bertanya untuk mendapatkan jawapan yang sebenarnya.

4. Apa yang berada di tengah ruang lukisan?

Terdapat kanak-kanak yang tidak menyatakan kehendaknya secara berterus terang. Menerusi lukisan mereka cuba menggambarkan kehendak mereka itu. Objek yang berada di bahagian tengah lukisan mungkin merupakan perkara yang sangat penting atau boleh menjadi punca masalah. Fokuskan pemerhatian terhadap objek yang cuba difokuskan oleh kanak-kanak. Mungkin juga objek ditengan bukan masalah kepada kanak-kanak tetapi merupakan kesukaannya ataupun objek pertama yang dilakarkan dan tidak mempunyai maksud tertentu.

5. Saiz

Keseimbangan bahagian pada objek atau orang dalam lukisan adalah penting (Furth, 1988). Perhatikan gambar di sebelah. Cuba pastikan bahagian mana yang terlebih saiznya atau terkecil saiznya. Saiz tangan yang besar ini mungkin membawa beberapa maksud tertentu. Mugkin kanak-kanak ini terkena sengatan tebuan, tangannya dirotan oleh ayah, atau inginkan tangan yang besar untuk mudah mendapatkan sesuatu. Tanyakan kanak-kanak sebab musabab ia terjadi untuk mendapatkan kepastian dalam menginterpretasi lukisan kanak-kanak.

31

ELEMEN

6. Objek yang berulang

INTERPRETASI

Lihat objek yang dilukis secara berulang. Cuba kira bilangan objek yang berulang tersebut. Ini mungkin mewakili bilangan sesuatu. Mungkin juga kanak-kanak benarbenar inginkan sesuatu atau bosan kepada sesuatu yang digambarkan. Cungkil perkara yang terdapat di dalam pemikiran kanak-kanak dengan soalansoalan yang berkaitan.

7. Masukkan diri anda dalam lukisan Cuba masukkan diri ke dalam suasana tersebut dalam lukisan untuk merasai perasaan kanak-kanak. Rasai apa yang kanak-kanak cuba ceritakan dan memahami watak-watak yang digambarkan. Tanyakan semua watak yang terdapat di dalam lukisan kanak-kanak. Ini akan menggambarkan keseluruhan cerita yang di alami oleh kanak-kanak.

8. Unsur terkurung (encapsulation)

Menggambarkan sempadan, pada objek tertentu untuk memisahkannya dengan objek yang lain. Ini mungkin disebabkan sesuatu yang tidak disukai, sebab ketakutan atau kebencian. Tanyakan kanak-kanak sebab musabab mereka membuat kurungan atau pemisahan ini. Dekat dengan diri kanak-kanak dan berikan kepercayaan jika kanak-kanak takut untuk menceritakan sesuatu.

32

ELEMEN

INTERPRETASI

9. Sambungan (extension)

Sesuatu yang dilukis yang berada dalam tangan seseorang (seperti rotan, kayu, kayu golf atau bat besbol). Ini membayangkan kuasa atau keadaan yang menunjukkan seseorang dapat mengawal keadaan sekitarannya.

10. Jarak dengan objek

Objek yang berada jauh terpisah di belakang objek lain mungkin menunjukkan objek tersebut samar dalam penghidupan pelukis atau konflik yang berlaku antara objek di belakang itu dengan objek-objek yang lain.

11. Kekosongan lawan bahagian yang Lukisan yang memenuhi ruang kertas dipenuhi menggambarkan hidup yang lengkap. Jika banyak ruang kosong, ia mewakili kekosongan hidup atau keadaan dalam diri pelukis yang kekosongan.

12. Kerja yang digambarkan dalam lukisan

Keadaan orang-orang yang membuat kerja dalam lukisan yang digambarkan menunjukkan ikatan pertalian keluarga atau hubungan.

33

13.

Warna dalam lukisan

Warna juga memainkan peranan yang menunjukkan peluahan perasaan. Perhatikan warna yang dipilih oleh kanak-kanak semasa melukis. Jika objek diwarnakan secara luar biasa seperti matahari hitam, biri-biri merah atau lembu ungu, maka rujukan untuk interpretasi warna perlu diteliti. Beberapa panduan mengenai penggunaan warna adalah seperti berikut:

Jadual 4: Interpretasi Warna (adaptasi dari Gage, 1999 dan Furth, 1988) WARNA

INTERPRETASI

Merah

Tanda yang ketara – menunjukkan bahaya, marah, sakit teruk

Merah jambu

Menggambarkan masalah yang baru saja berlalu, jika di muka, menunjukkan sihat

Ungu

Keperluan untuk mengawal atau keperluan untuk orang lain mengawal atau menyokong

Oren

Menggambarkan situasi suspen, contohnya keadaan antara hidup dan mati, tenaga yang semakin berkurangan atau bantuan daripada situasi yang sangat mencemaskan.

Kuning keemasan

Menunjukkan sesuatu yang berharga, semangat yang membara, tenaga untuk hidup

Kuning pucat

Situasi hidup yang tidak pasti atau tidak selamat

Biru terang

Menggambarkan kesihatan atau tenaga yang baik, kedamaian, ketenangan

Biru pucat

Menggambarkan jarak, penarikan diri

Hijau gelap

Kesihatan tubuh badan, hidup baru, proses penyembuhan

Kuning kehijauan Lemah fizikal atau psikologi pucat

34

WARNA

INTERPRETASI

Cokelat gelap

Kesegaran yang berkaitan alam semulajadi, kesihatan yang baik

Cokelat pucat

Lemah, reput, usaha keras untuk mengatasi tekanan untuk kembali normal/sihat

Hitam

Sesuatu yang tidak diketahui, menunjukkan unsur negatif, murung, tekanan, tidak menghargai diri

Kelabu

Pasif, kekosongan, tiada hubungan dengan realiti

Putih

Jika tiada warna lain, menggambarkan perasaan yang amat lemah.Jika semua warna telah digunakan, menggambarkan hidup yang telah lengkap

Apa jua elemen yang dirujuk, jangan lupa kuncinya, tanya soalan dan berbual dengan kanak-kanak!

35

PENUTUP

Aktiviti melukis yang disusuli interpretasi lukisan kanak-kanak merupakan medium alternatif kepada pendidik untuk mencungkil emosi dan cerita dalam diri atau dunia kanak-kanak.

Bagi menjayakan aktiviti ini, pendidik perlu menggunakan buku

Interpretasi Lukisan Kanak-kanak ini secara maksima dan bersabar terhadap penghasilan tingkah laku baru terutama dalam meningkatkan konsep kendiri kanakkanak. Konsep kendiri tidak dapat ditingkatkan dalam masa sehari! Pendidik perlu memberi fokus terhadap beberapa aktiviti susulan berdasarkan kepada interpretasi setiap sesi melukis yang dijalankan. Tumpuan perlu diberikan terutama terhadap konsep kendiri kanak-kanak yang perlu ditingkatkan, sama ada kelebihan yang ada dalam dirinya, hubungannya dengan keluarga, rakan atau cita-citanya.

Penggunaan maksima buku panduan ini diharapkan akan dapat membantu pendidik melaksanakan asas terapi seni melukis bagi meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak. Kepentingan peningkatan konsep kendiri pada peringkat awal kanakkanak akan membantu mereka melonjakkan kecemerlangan diri dan seterusnya lebih

yakin

dalam

menghadapi

dunia

yang

penuh

dengan

cabaran

ini.

Perkembangan yang positif dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani ini akan membantu kanak-kanak membesar ke tahap yang lebih optimum sehinggalah ke peringkat dewasa. Kecemerlangan kanak-kanak pada hari ini akan membuahkan hasil sebagai pemimpin dan penyumbang ke arah kecemerlangan negara Malaysia pada masa hadapan. Kanak-kanak adalah permata negara!

36

BIBLIOGRAFI Day, M. & Al Hurwitz, (2001). Children and Their Art:Methods for the Elementary School. Texas:Harcourt College Furth, G.M. & Kubler-Ross, E. (1988). The Secret World of Drawings:Healing through Art. Boston: Sigo Press. Gage, J. (1999). Color and meaning: Art, science and symbolism. Berkeley and Los Angeles, CA: University of California Press. Lowenfeld, V. & Brittain, W. (1988). Creative and mental growth. New York: MacMillan Publishing Company. Luquet, G.H. (2001). Children’s Drawing. London:Alan Costal Silverstone, L. (1997). Art Therapy. The Person-Centred Way. London:Jessica Kingsley Publishers Ltd.

37

Lampiran

CADANGAN AKTIVITI SUSULAN

SESI 1

:

DIRI SAYA

1.

Menyanyi menyanyi ’miming’ menyanyi tanpa muzik menyanyi dengan gerakan

2.

Bercerita tentang diri sendiri nama makanan kegemaran permainan kawan baik

3.

Bercakap menggunakan pembesar suara.

4.

Merakam suara dan diperdengarkan semula.

5.

Menari.

6.

Bergaya di hadapan cermin.

7.

Bergaya dan berfoto.

38

SESI 2

:

KELUARGA SAYA

1.

Bersalam dengan ibu dan ayah sebelum ke pusat asuhan.

2.

Bersalam dengan ibu dan ayah sebelum tidur.

3.

Bergambar bersama keluarga.

4.

Bercerita kepada ibu dan ayah serta ahli keluarga yang lain.

5.

Membuat album keluarga.

6.

Membuat dan memberi kad-kad ucapan kepada ahli keluarga.

7.

Memberi hadiah kepada ahli keluarga sempena sambutan hari tertentu seperti Hari Lahir, Hari Ibu dan Hari Bapa.

39

SESI 3

:

AKTIVITI BERSAMA KELUARGA

Aktiviti Di Luar Rumah 1.

Berkelah.

2.

Menyiram bunga.

3.

Mencuci kereta.

4.

Berkhemah.

5.

Makan di restoran.

6.

Bermain di taman permainan.

7.

Membeli belah.

8.

Bermain bersama keluarga (contoh : badminton, police and thief, galah panjang, main sorok-sorok).

Aktiviti Di Dalam Rumah 9.

Menyiang ikan bersama ibu.

10.

Membuat kolaj kertas bersama ibu dan ayah.

11.

Menghasilkan origami bersama ibu dan ayah.

12.

Mencuci pinggan mangkuk.

13.

Menolong ibu memasak.

14.

Makan bersama keluarga.

15.

Beribadat bersama keluarga.

16.

Membuat album gambar keluarga.

17.

Membuat buku skrap.

18.

Bermain bersama keluarga (contoh : congkak, batu seremban, dam, ‘Sahibba’, ‘Scrabble’, ‘Saidina’)

40

SESI 4

:

CITA-CITA SAYA

1.

Main peranan / simulasi watak kerjaya dengan prop.

2.

Lawatan ke tempat-tempat berkaitan kerjaya berkenaan.

3.

Menonton video.

4.

Melihat gambar kerjaya.

5.

Pertunjukan pakaian beragam.

41

BUKU INTERPRETASI LUKISAN KANAK-KANAK

Buku

Interpretasi Lukisan Kanak-kanak merupakan panduan

kepada para pendidik awal kanak-kanak bagi mengendalikan sesi melukis untuk kanak-kanak sambil menerapkan unsur terapi yang membolehkan kanak-kanak meluahkan emosi mereka. Buku ini mengandungi empat bahagian utama iaitu maklumat berkaitan lukisan kanak-kanak, panduan pelaksanaan aktiviti melukis untuk kanak-kanak, panduan interpretasi lukisan kanak-kanak dan elemen-elemen dalam interpretasi lukisan kanak-kanak. Bimbingan kepada pendidik diberikan dalam bentuk langkah demi langkah dengan bahasa yang santai dan mudah difahami. Buku ini sangat sesuai digunakan oleh pendidik bagi mengetahui cara memanipulasi hasil lukisan kanak-kanak dan menerapkan unsur-unsur terapi untuk mencungkil emosi mereka. Cadangan tindakan susulan yang diberikan dalam buku ini sangat berguna bagi meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak. Selain daripada pendidik, buku ini sangat sesuai untuk ibu bapa bagi mengetahui cara membimbing luahan emosi kanak-kanak di rumah dengan cara yang serupa. Buku ini juga dicadangkan kepada semua pelajar yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang awal kanak-kanak bagi memperkayakan ilmu dalam bidang ini.