SIMPOSIUM HAK KANAK-KANAK: MENJANA PEMIKIRAN

Download Simposium Hak Kanak-Kanak: Menjana Pemikiran anjuran Suruhanjaya. Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dengan kerjasama Kementerian. Pelaja...

0 downloads 352 Views 60KB Size
SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA HUMAN RIGHTS COMMISSION OF MALAYSIA

PENGARANG, MEJA BERITA

UNTUK SIARAN SEGERA

KENYATAAN MEDIA

SIMPOSIUM HAK KANAK-KANAK: MENJANA PEMIKIRAN (MEETING OF MINDS ON CHILDREN’S RIGHTS) Simposium Hak Kanak-Kanak: Menjana Pemikiran anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merupakan satu langkah dalam meningkatkan kesedaran

orang

awam

tentang

hak

kanak-kanak

terhadap

pendidikan

sepertimana yang termaktub dalam Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC). Simposium yang diadakan pada 7 dan 8 April 2008 di Hotel Seri Pacific ini akan dirasmikan oleh Pengerusi SUHAKAM, YBhg Tan Sri Abu Talib Othman sementara YBhg Dato’ Alimuddin bin Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia akan menyampaikan ucaptama.

Simposium Hak Kanak-Kanak: Menjana Pemikiran ini adalah bertitik tolak daripada beberapa siri bengkel yang dijalankan SUHAKAM dengan pegawai kanan Jabatan Pelajaran Malaysia di seluruh negara yang telah membincangkan isu seperti hak dan tanggungjawab guru dalam mendisplinkan pelajar serta masalah yang dihadapi mereka dalam menjalankan tugas. Antara isu yang akan diberi penekanan adalah hak guru untuk mendisplinkan kanak-kanak tanpa

mencabuli hak mereka, hak guru dalam memartabatkan profesionalisme guru dan human dignity para guru, di samping hak terhadap pendidikan wajib dan percuma serta hak menikmati kemudahan fasiliti dan masalah integrasi murid kurang upaya (OKU) di sekolah aliran perdana.

Simposium dua hari ini melibatkan dua sesi panel perbincangan, dua sesi bengkel, satu forum terbuka dan rumusan yang secara langsung membincangkan isu-isu tentang dasar pendidikan dan pelaksanaan CRC serta hak dan tanggungjawab murid dan guru di sekolah.

Barisan panel terlibat terdiri daripada Pesuruhjaya

SUHAKAM, wakil dari KPM, pensyarah universiti, wakil dari penasihat undangundang Kementerian Pelajaran, ibu bapa dan murid-murid sekolah. Simposium ini juga bakal dihadiri oleh 150 peserta yang menghimpunkan pegawai-pegawai KPM daripada Bahagian Sekolah, Bahagian Pendidikan Guru, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri, Fakulti-fakulti Pendidikan, Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan Pendidikan khas, ibu bapa, pentadbir sekolah, murid-murid sekolah serta pewakilan pertubuhan antarabangsa seperti UNICEF dan UNHCR.

Justeru, SUHAKAM berharap penganjuran simposium ini akan mengukuhkan pemahaman Konvensyen CRC di samping membantu mencari jalan penyelesaian kepada isu-isu penting yang dibincangkan terutama sekali konflik antara hak kanak-kanak dan juga hak guru. Sekaligus adalah diharapkan agar profesion perguruan dan hak warga pendidik dapat dimartabatkan dari aspek hak asasi manusia di dalam menjalankan tanggungawab mereka melindungi hak kanakkanak di sekolah demi kesejahteraan semua warga sekolah.

… TAMAT…

“HAK ASASI UNTUK SEMUA”

DR CHIAM HENG KENG Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 27 Mac 2008