KEBAJIKAN WARGA EMAS TANGGUNGJAWAB KITA

Download Bahkan, ada juga yang menjadi gelandangan. Pada tahun 2010, kerajaan telah menganggarkan sebanyak 538,000 warga emas termasuk dalam kategor...

0 downloads 503 Views 1MB Size
DIMENSIKOOP www.mkm.edu.my

Dinah Nabilah Moktharuddin Pusat Tadbir Urus dan Perniagaan

Tanggungjawab Kita

Kepelbagaian bangsa, agama dan adat resam di Malaysia merupakan satu hikmah besar kepada semua rakyat. Ini membolehkan rakyat mempelajari dan mengenali keunikan agama masing-masing. Dengan kelebihan ini juga, Malaysia boleh menjadi salah sebuah negara yang bersatu-padu, bertoleransi, masyarakatnya yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, nilai-nilai moral dan etika yang utuh, progresif dan makmur, serta mampu memainkan peranan masing-masing untuk kesejahteraan semua golongan masyarakat. Melalui penerapan sifat jati diri dalam setiap masyarakat tidak kiralah golongan muda mahupun tua, sikap saling membantu dilihat amat sinonim dalam melengkapi antara satu sama lain. Justeru, golongan muda tidak seharusnya mengabaikan kebajikan warga emas ini, malahan penjagaan warga emas haruslah dititikberatkan supaya kehidupan dan kebajikan mereka lebih terjamin. Umumnya, rumah penjagaan warga emas merupakan salah satu inisiatif bagi membela golongan warga emas yang terbiar dan tidak terurus. Namun, peranan rumah kebajikan ini bukan sahaja terhad sebagai rumah perlindungan untuk mereka, tetapi juga sebagai penempatan sementara bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Mengapakah golongan ini diletakkan oleh anak-anak mereka secara sementara? Adakah mereka sudah tidak mampu lagi untuk menjaga ibu bapa masing-masing? Atau adakah mereka tidak mempunyai masa lapang untuk bersama ibu bapa mereka lagi? Ini merupakan persoalan yang sering kali diungkapkan oleh orang ramai apabila sesetorang anak itu menempatkan ibu bapa mereka di rumah penjagaan warga emas. Kajian menunjukkan warga emas yang mengalami sindrom ‘emptynest’ atau perasaan sunyi disebabkan faktor seperti bersendirian atau ditinggalkan anak-anak yang menetap di tempat lain (Sinar Harian, 2011).

Kesannya, mereka akan berasa sedih dan mengalami tekanan atau masalah mental. Bahkan, ada juga yang menjadi gelandangan. Pada tahun 2010, kerajaan telah menganggarkan sebanyak 538,000 warga emas termasuk dalam kategori ini (Sinar Harian, 2011). Justeru, dengan tertubuhnya pusat jagaan warga emas ini, anak-anak dapat menempatkan ibu bapa mereka secara sementara iaitu pada waktu bekerja supaya mereka tidak akan rasa sunyi selain dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti bersenam, membaca buku, dapat berkenalan dengan rakan yang baru dan sebagainya. Kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan di dalam rumah juga dapat dielakkan. Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Dasar Warga Emas Negara (Januari, 2011) telah menggariskan beberapa strategi dan objektif. Salah satu daripada objektifnya ialah menggalakkan penyediaan kemudahankemudahan yang tertentu untuk menjamin penjagaan dan perlindungan warga emas ke arah kesejahteraan hidup mereka. Pelaksanaan perkhidmatan ini tertumpu kepada penjagaan, perlindungan dan pemulihan untuk golongan warga tua, keluarga dan orang papa (Akta Orang Papa 1977) selaras dengan Dasar Warga Tua Negara 1995 dan Pelan Tindakan Warga Tua 1999.

BIL. 45 APRIL 2015

39

DIMENSIKOOP

Kerajaan Malaysia telah melancarkan Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) pada bulan Ogos 2011 di bawah Gagasan 1 Malaysia sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti hidup golongan berpendapatan rendah serta memastikan rakyat termasuk warga emas agar tidak tercicir dalam menikmati faedah pembangunan. Melalui Program KAR1SMA, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM1.4 bilion bagi membantu kumpulan sasar termasuk golongan warga emas. Di antara perkhidmatan yang disediakan melalui program ini ialah bantuan kewangan bulanan, pusat jagaan harian, perkhidmatan kesihatan dan sebagainya.

Warga Emas Menurut World Assembly On Ageing 1982 di Vienna, warga emas ditakrifkan sebagai mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Dari sudut pandangan Bahagian Pasca Perkhidmatan, tua adalah mereka yang berumur melebihi 60 tahun. Namun, di negara yang maju dan membangun, golongan tua adalah mereka yang melebihi umur 65 tahun (disebabkan oleh taraf ekonomi, pendidikan, taraf kesihatan yang lebih tinggi). Dewan Bahasa dan Pustaka pula mentakrifkan warga emas adalah orang-orang yang sudah tua. Justeru, banyak pertubuhan dan agensi seperti Gagasan 1 Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 1 Malaysia Family Care (1MFC) telah bertindak untuk membantu warga emas ini. Koperasi juga boleh mengambil inisiatif untuk menjalankan aktiviti penjagaan warga emas bersama-sama dengan pihak yang berkenaan. Jika dilihat pada Rajah 1 dan Rajah 2, jumlah warga emas yang berumur 50 tahun dan ke atas pada tahun 2000 berjumlah di antara dua hingga tiga milion dan pada tahun 2014, ia telah bertambah di antara lima hingga enam mllion. Berikutan ini, penjagaan warga emas haruslah diambil berat untuk memastikan kebajikan warga emas ini akan sentiasa terjamin.

Di Malaysia, golongan warga emas yang ditakrif sebagai mereka yang berumur 60 tahun ke atas (Optah, 2011) merupakan 5.7 peratus daripada jumlah penduduk pada tahun 1980. Jumlah ini telah meningkat kepada 6.2 peratus atau pun sebanyak 1.5 juta pada tahun 2000 dan dijangka akan mencapai sehingga 10 peratus atau 3.4 juta menjelang tahun 2020. Dengan jumlah penduduk yang semakin meningkat, kerajaan Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif untuk membantu dan melindungi warga emas ini. Menyedari fenomena ini, Dasar Kesihatan Warga Emas Negara digubal untuk memastikan penjagaan kesihatan kepada warga emas yang lebih berkesan di Malaysia. Menerusi pembukaan rumah penjagaan warga emas ini, koperasi bukan sahaja dapat menjana pendapatan daripada hasil penjagaan, tetapi dalam masa yang sama dapat juga membuat kebajikan kepada rakyat Malaysia. Selaras dengan peredaran masa kini, kebanyakan daripada kita lebih banyak menghabiskan masa di tempat kerja disebabkan tuntutan kerja. Ini secara tidak langsung telah menghadkan masa bersama ahli keluarga, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa di rumah. Justeru, dengan menghantar ibu bapa mereka di rumah penjagaan warga emas, anak-anak tidak perlu risau memikirkan tentang keadaan ibu bapa masingmasing. Penjagaan yang rapi dengan bantuan pekerja yang berpengalaman dan berkualiti akan memastikan ibu bapa mereka berada dalam jagaan yang baik. Malah, dengan bantuan daripada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan agensi yang terlibat, koperasi boleh menjadikan penjagaan warga emas sebagai aktiviti untuk perniagaan koperasi.

Lelaki

30 Juta

Wanita

28 Juta 26 Juta 24 Juta 22 Juta

2012

2011

2010

2009

2008

2007

2006

2005

2004

2003

2002

2001

2000

20 Juta

TAHUN Populasi (dalam juta)

Rajah 1 : Perkembangan Populasi di Malaysia

40

BIL. 45 APRIL 2015

Lingkungan Umur

Populasi (dalam juta)

Rajah 2 : Populasi di Malaysia Pada Tahun 2014

DIMENSIKOOP

Penglibatan Koperasi dalam Bidang Kesihatan Di dalam buku Pentadbiran Koperasi (2010), koperasi merupakan entiti perniagaan yang ditubuhkan oleh sekumpulan manusia dengan menyediakan perkhidmatan dan produk kepada para penggunanya di mana manfaat atau faedah yang diterima oleh koperasi akan dimanfaatkan bersama dengan angota-anggota koperasi. Namun begitu, dalam mengejar keuntungan terhadap penjualan perkhidmatan dan produk yang dikeluarkan oleh pihak koperasi, koperasi masih lagi berpegang kepada prinsipnya yang ke-7 iaitu tanggung jawab serta keprihatinan anggota kepada masyarakat. Bagi mencapai Dasar Koperasi Negara yang telah dirangka oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 16 Julai 2012, Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah mengenal pasti lima bidang ekonomi bernilai tinggi sebagai rujukan kepada Bidang Ekonomi Utama (NKEA) dan salah satunya adalah bidang kesihatan (Suruhanjaya Koperasi Malaysia). Bidang ekonomi dalam bidang kesihatan membuka peluang perniagaan terutamanya kepada koperasi yang bersaiz kecil dan mikro yang sebahagiannya wujud di luar bandar. Bidang kesihatan ini membolehkan koperasi menyediakan perkhidmatan kesihatan melalui ‘community-based health service’ kepada masyarakat setempat. Koperasi boleh mewujudkan pusat perkhidmatan jagaan warga emas, orang kurang upaya, perkhidmatan rawatan dan promosi serta pendidikan kesihatan.

Pusat penjagaan warga emas merupakan satu bidang perniagaan baharu yang boleh diceburi oleh gerakan koperasi. Ia bukan sahaja boleh menempatkan warga emas, bahkan segala hal-hal kebajikan mereka dapat dijaga dengan baik di samping dapat memenuhi masa dengan aktiviti riadah bersama penghuni yang lain. Oleh yang demikian, masyarakat seharusnya sedar akan kepentingan pusat penjagaan warga emas ini terhadap kebajikan mereka.

One Stop Nursing Care Centre One Stop Nursing Care Centre merupakan salah satu contoh rumah jagaan warga emas yang terletak di Kuantan, Pahang. Salah seorang Anggota Lembaga Koperasi Kesihatan Kuantan Pahang Bhd, Puan Surina Mat Noor merupakan salah seorang anggota yang terlibat di dalam perkhidmatan pusat jagaan warga emas ini. Perkhidmatan yang disediakan ialah jagaan harian, mingguan, bulanan dan penghuni tetap. Kebanyakan warga emas yang dihantar di sini oleh ahli keluarga mereka adalah secara harian dan mingguan disebabkan oleh faktor bekerja di luar daerah. One Stop Nursing Care Centre yang pertama telah ditubuhkan pada awal tahun 2012 di Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang dengan modal sebanyak RM19,000. Dengan rumah berkonsepkan semi-D end lot, pusat warga emas ini hanya mempunyai dua buah katil pesakit, bilik air, dapur kering, dapur basah, gazebo, dan tempat beriadah. Sehingga kini, pusat ini telah mempunyai 13 buah katil untuk para penghuninya. Berkonsepkan 1 Malaysia, pusat warga emas ini menerima semua jenis kaum tidak kira sama ada lelaki atau pun perempuan.

Antara kemudahan yang disediakan di One Stop Nursing Care Centre

BIL. 45 APRIL 2015

41

DIMENSIKOOP

Penubuhan pusat jagaan warga emas ini adalah untuk membantu warga emas untuk terus hidup secara proaktif dan memberi keselesaan hidup kepada mereka. Kebajikan dari segi kepelbagaian kemudahan, keselesaan dan penjaminan kesejahteraan dan kebajikan kehidupan warga emas amatlah dititikberatkan oleh One Stop Nursing Care Centre ini. Ia bukanlah tempat anak-anak meninggalkan atau membuang warga emas tesebut. Sebaliknya, ia berfungsi sebagai tempat jagaan dan ahli keluarga haruslah bertanggungjawab dalam menjaga ibu bapa masing-masing walaupun mereka telah ditempatkan di sini. Menurut Puan Surina, bayaran yang dikenakan untuk setiap warga emas adalah sebanyak RM40 sehari, tetapi bayaran akan dikenakan sebanyak RM75 sehari bagi bilik VIP. Caj bayaran ini meliputi semua kos termasuk lima kali makanan dan minuman, khidmat jururawat dan juga fisioterapi. Kakitangan yang bekerja di One Stop Nursing Care Centre kesemuanya bekerja sebagai jururawat. Mereka juga mempunyai kemahiran sebagai fisioterapi dan bertindak sebagai tukang masak sekiranya tukang masak di sana mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan. Sehingga kini, pusat jagaan waga emas ini dapat menjana keuntungan sebanyak RM15,000 sebulan untuk sebuah pusat.

Potensi Koperasi dalam Perniagaan Pusat Jagaan Warga Emas Menurut Mantan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Mangsor Saad kepada Bernama, teras strategik yang pertama, iaitu merangsang penglibatan koperasi dalam sektor ekonomi yang bernilai tinggi iaitu sektor perkhidmatan khususnya dari segi sektor kewangan merupakan nadi dan sumbangan yang terbesar dalam gerakan koperasi di negara ini meliputi 64 peratus berbanding sektor yang lain. Justeru, bidang-bidang keberhasilan seperti sektor pelancongan, kesihatan, perumahan dan yang lain-lain juga haruslah diberi keutamaan agar dalam masa yang sama dapat meningkatkan sektor ekonomi yang lain. Menurut Countrymeters.info, kadar kenaikan jumlah kepadatan penduduk di Malaysia dari tahun 2000 sehingga Januari 2015 adalah sebanyak 7,223,542 dengan kadar purata sebanyak 1.84 peratus setiap tahun. Daripada jumlah tersebut, ia menunjukkan bahawa kadar kelahiran di Malaysia juga semakin bertambah dan kadar kematian yang tidak terlalu tinggi. Jadual 1 menunjukkan populasi rakyat Malaysia bagi tahun 2000 dengan jumlah kepadatan penduduk

42

BIL. 45 APRIL 2015

sebanyak 23,420,751 orang. Pada tahun 2010, ia telah meningkat kepada 28,275,835 orang penduduk dengan pertambahan sebanyak 17.2 peratus. Ini menunjukkan bahawa apabila bertambahnya kelahiran dan hanya sedikit sahaja pertambahan kematian, pertambahan bagi warga emas akan semakin meningkat bagi kebanyakan mereka yang berumur 50 tahun dan ke atas. Jadual 1 : Perkembangan Populasi di Malaysia Tahun

Populasi

Kadar Perkembangan

2000

23 420 751

2.29 %

2001

23 925 742

2.16 %

2002

24 413 795

2.04 %

2003

24 890 654

1.95 %

2004

25 365 089

1.91 %

2005

25 843 466

1.89 %

2006

26 327 098

1.87 %

2007

26 813 819

1.85 %

2008

27 302 348

1.82 %

2009

27 790 324

1.79 %

2010

28 275 835

1.75 %

2011

28 758 968

1.71 %

2012

29 239 927

1.67 %

2013

29 700 748

1.58 %

2014

30 168 832

1.58 %

2015

30 644 293

1.58 %

Cabaran Pembukaan Rumah Penjagaan Warga Emas Setiap perniagaan pasti akan bermula dengan pelbagai cabaran sebelum berjaya, begitu juga dengan perniagaan rumah penjagaan warga emas. Aspek pengurusan, kewangan, masa dan komitmen yang amat tinggi serta perkara-perkara yang berkaitan dengan perniagaan amat diperlukan dalam menjalankan perniagaan rumah warga emas tidak kiralah sama ada rumah jagaan tersebut kecil, sederhana atau pun besar. 1. Pengurusan Pengurusan dalam sesebuah perniagaan amatlah penting bagi memastikan sesebuah perniagaan itu berjaya. Struktur organisasi yang baik perlulah dititikberatkan oleh para peniaga sebelum perniagaan dimulakan. Pengambilan pekerja perlulah

DIMENSIKOOP

diperhalusi supaya tidak tersalah mengambil pekerja. Pengurusan dari segi masa juga adalah antara cabaran yang perlu dilalui oleh peniaga kerana kebanyakan peniaga tidak dapat membahagikan masa dengan baik. 2. Kewangan Aspek kewangan merupakan perkara yang amat penting dalam menguruskan perniagaan agar perjalanan perniagaan dapat beroperasi seperti yang dirancang. Jika koperasi mengalami masalah kewangan dalam perniagaan, koperasi boleh membuat pinjaman daripada badan-badan yang terlibat. Sumber kewangan yang besar amat diperlukan sebelum membuka sesebuah perniagaan, terutamanya perniagaan rumah jagaan warga emas. Cabaran kepada koperasi adalah apabila mereka perlu meyakinkan para peminjam untuk memberi jaminan bahawa perniagaan ini akan berjaya. Tabung Modal Pusingan (TMP), pinjaman bank dan juga pinjaman daripada badan yang berkenaan bolehlah digunakan oleh koperasi untuk membuat pinjaman. Memberi pinjaman kepada sesebuah perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditempuhi oleh peniaga. Para penghutang akan menilai dahulu sama ada perniagaan atau pun individu yang terlibat akan memberikan pulangan atau pun tidak. Keyakinan yang tinggi perlu diberikan kepada para penghutang tentang perniagaan penjagaan warga emas ini. Ini kerana, perniagaan penjagaan warga emas ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan perbelanjaan yang tinggi dari segi infrastruktur, peralatan di dalam dan luar rumah, ubat-ubatan, dan sebagainya.

4. Nilai dan Budaya Menurut Armanurah, Habshah, Mohamad Yusop, Mohd Khairuddin, Norita, dan Shuhymee, (2007), budaya yang diamalkan oleh sesebuah negara berbeza dengan negara yang lain. Setiap negara mempunyai nilai, budaya dan adat resam yang berlainan. Begitu juga di Malaysia, amalan menempatkan ibu bapa mereka di rumah penjagaan warga emas amatlah dipandang serong oleh masyarakat kerana mereka menganggap golongan ini adalah golongan yang ingin melepaskan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak. Namun begitu, jika dilihat dari sudut pandangan negara lain, menempatkan ibu bapa atau warga emas di rumah penjagaan warga emas bukan lagi menjadi isu utama kepada mereka. Ini adalah kerana mereka bersikap positif dan dapat memikirkan tentang kebaikan menempatkan golongan warga emas ini di tempat yang sepatutnya. Jika dilihat, sudah menjadi budaya masyarakat Malaysia yang sebolehnya inginkan anak-anak menjaga ibu bapa masing-masing apabila sudah dewasa. Namun, dengan peredaran masa sekarang, ia jauh berbeza dengan kehidupan pada zaman dahulu. Bukan bermaksud menempatkan ibu bapa di rumah penjagaan warga emas untuk melepaskan tanggungjawab, tetapi ia dapat memberikan faedah kepada warga emas itu sendiri seperti melakukan aktiviti yang berfaedah di samping mempunyai rakan untuk mereka bersembang pada waktu lapang. Ini adalah salah satu cabaran yang harus dilalui oleh peniaga dalam meyakinkan masyarakat tentang kepentingan dan kebaikan rumah penjagaan warga emas ini.

3. Penglibatan Anggota Koperasi Penglibatan anggota koperasi di dalam perniagaan penjagaan warga emas ini juga merupakan salah satu cabaran kepada koperasi kerana kebanyakannya masih tidak pasti ke manakah arah perniagaan penjagaan warga emas. Kebanyakannya masih menganggap bahawa rumah penjagaan warga emas ini bukanlah suatu perniagaan yang boleh membawa keuntungan yang tinggi kepada koperasi. Oleh itu, koperasi perlu meyakinkan anggota untuk turut serta membantu dalam menjalankan perniagaan penjagaan warga emas ini. Masa yang terhad, perniagaan yang lain, dan komitmen kepada pekerjaan lain selain koperasi merupakan salah satu sebab anggota tidak dapat atau tidak mahu melibatkan diri dalam perniagaan ini.

BIL. 45 APRIL 2015

43

DIMENSIKOOP

Kesimpulan Rumah penjagaan warga emas pada masa kini amatlah tinggi permintaannya dan melibatkan kos yang tinggi. Justeru, perkara sebegini perlu dititikberatkan koperasi sebelum membuka perniagaan rumah penjagaan warga emas. Namun, dengan bantuan daripada pihak kerajaan dan agensi yang berkaitan, ia tidak menjadi penghalang kepada koperasi untuk melibatkan diri di dalam aktiviti ini. Contoh yang boleh dijadikan sebagai panduan adalah One Stop Nursing Care Centre yang pada mulanya hanya menyewa di sebuah rumah end lot, tetapi kini telah mempunyai tiga cawangan di Alor Akar, Kuantan dan Sri Damai, Kuantan. Cawangan Sri Damai, Kuantan yang dibuka pada tahun 2014 dengan bermodalkan sebanyak RM400,000 merupakan bangunan yang terbesar. Permintaan yang tinggi membolehkan bangunan itu dibuka dan boleh menempatkan sehingga 58 pesakit beserta dengan bilik VIP dengan harga RM40 untuk sehari dan RM75 untuk mereka yang menginap di bilik VIP. Koperasi-koperasi juga boleh berganding bahu dengan agensi yang terlibat di dalam aktiviti ini sebagai permulaan

sekiranya mereka tidak yakin untuk membuka rumah penjagaan warga emas. Bantuan dari segi latihan teknikal dalam penjagaan warga emas juga boleh dirujuk di bahagian agensi seperti 1 Malaysia Family Care (1MFC). Bukan hanya dengan mencapai keuntungan di dalam perniagaan ini, tetapi dalam masa yang sama juga dapat melakukan amal jariah kepada mereka yang memerlukan. Contohnya, koperasi JA Hadano iaitu gabungan koperasi pertanian di Hadano, Jepun ada juga mneyediakan JA Day Care Service Center Hadano yang beroperasi dari jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang selain aktiviti pertanian. Dikendalikan dengan hanya tujuh orang kakitangan, pusat ini juga turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan pergi dan balik ke rumah warga emas mengikut waktu yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, pendedahan perniagaan penjagaan warga emas sebagai satu peluang kepada koperasi untuk membantu menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dapat meningkat kepada 10 peratus pada tahun 2020, di samping memberi kesedaran terhadap tanggungjawab dan kebajikan warga emas kepada warga komuniti.

Rujukan Jabatan Kebajikan Masyarakat.(2015).Perkhidmatan warga emas. Dicapai daripada http://www.jkm.gov. my/content.php?pagename=perkhidmatan_warga_emas&lang=bm. Kamus Dewan. (2nd Ed).(1989). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Maktab Kerjasama Malaysia. (2010). Siri Pengurusan Pentadbiran Koperasi.Petaling Jaya: Maktab Koperasi Malaysia. Mashitah Ibrahim. (2011, Oktober 16). Warga emas aset yang bernilai. Sinar Harian. Dicapai daripada http:// www.sinarharian.com.my/kolumnis/dr-mashitah-ibrahim/warga-emas-aset-negara-yang bernilai-1.1653. Opat Rattanachot. (2011, Oktober 1). Mencari potensi warga emas. Utusan Online. Dicapai daripada http:// ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1001&pub=UtusanMalaysia&sec=Rencana&pg= re_01.htm. Sejahterakan Warga Emas, OKU. (2007,nd). Mymetro.Dicapai daripada http://www2.hmetro.com.my/ myMetro/articles/Sejahterakanwargaemas_OKU/Article/article_print. Sharina Abdullah., Jaibit Jaudin., R. Zarinatun Mohd Abdul Kader., Yusman Yacob., Rohalinda Ahad., & Norhazilina Abdul Halim.(2011). JA Hadano: Gabungan Koperasi Pertanian, Kisah Kejayaan Koperasi Dalam dan Luar Negara. (pp.148-163). Dicapai daripada http://www.mkm.edu.my/documents/203936/ b9b45137-35db-40fd-9e0e-1493999ff1a0.

44

BIL. 45 APRIL 2015