KERTAS KERJA

KEJOHANAN BOLASEPAK 8 SEPASUKAN. PIALA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN. 1. AM a. Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bolasepak Piala Yang Mulia Timbalan ...

4 downloads 734 Views 888KB Size
KERTAS KERJA BOLASEPAK 8 SEPASUKAN PIALA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN KALI KE-3, 2013 ANJURAN: JABATAN PENDIDIKAN KOURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

KEJOHANAN BOLASEPAK 8 SEPASUKAN PIALA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN 1. AM a. Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bolasepak Piala Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan, Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam. Kejohanan kali ini diselajurkan dengan sempena sambutan Hari Guru kali ke-23 bagi tahun 2013. 2. PENGANJUR / PENGELOLA b. Pertandigan ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan. 3. TUJUAN DAN MATLAMAT a. Kejohanan ini diadakan adalah bertujuan untuk memenuhi kalendar aktiviti Jabatan bagi merealisasikan impian kerajaan dalam menjayakan program sihat dan cergas khusus untuk warga Kementerian Pendidikan. b. Mengeratkan lagi tali persafahaman / silaturahim dan kerjasama diantara pegawai-pegawai, guruguru dan kakitangan Kementerian Pendidikan. c. Mencungkil bakat-bakat baru serta memilih pemain-pemain untuk diserapkan bagi mewakili Kementerian Pendidikan ke kejohanan antara Kementerian-Kementerian Negara Brunei Darussalam. 4. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN a. Terbuka hanya kepada pegawai-pegawai, guru-guru dan kakitangan Kementerian Pendidikan yang masih dalam perkhidmatan sahaja. Syarat ini tidak termasuk mana-mana yang cuti berpencen, penempatan berkerja (work attachment) dan pelajar-pelajar bagi institusi pengajian tinggi adalah tidak dibenarkan untuk menyertai kejohanan ini. Setiap pasukan diwakili oleh: I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. IX.

Bahagian Rendah akan diwakili oleh sebuah pasukan bagi setiap kawasan daripada Brunei I, IIA, IIB, III, IV, Tutong I, Tutong II, Belait dan Temburong. Bahagian Menengah akan diwakili oleh sebuah pasukan bagi setiap Kluster daripada Kluster I, II, III, IV, V dan VI. Politeknik Brunei Universiti Brunei Darussalam Institut Teknologi Brunei Jabatan Pendidikan Kokurikulum Satu pasukan dari Sekolah-Sekolah Vokasional Satu pasukan dari Maktab-Maktab Teknik Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

1|Page

X. XI. XII. b. I. II. III.

Tidak lebih 2 pasukan gabungan Jabatan-Jabatan dibawah Pendidikan Teras Tidak lebih 2 pasukan gabungan Jabatan-Jabatan dibawah Pengajian Tinggi Pasukan jemputan Senarai nama-nama pemain MESTILAH terdiri daripada :Kategori A – Berumur 35 tahun kebawah Kategori B – Berumur 36 tahun – 45 tahun Kategori C – Berumur 46 tahun keatas

c. Setiap pasukan dikehendaki menyenaraikan sekurang-kurangnya 4 orang pemain dalam kategori A, 3 orang pemain dalam kategori B dan 1 orang pemain dalam kategori C bagi setiap perlawanan. d. Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai dua belas (12) orang pemain. hendaklah menggunakan Borang yang telah disediakan.

Pendaftaran

e. Pemain yang didaftarkan hanya dibenarkan mendaftar untuk satu pasukan sahaja. Sekiranya berlaku sedemekian, penyertaan pasukan berkenaan akan dibatalkan secara automatik. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan. f.

Pasukan dibenarkan membuat permohonan atas sebab-sebab kecederaan serius dengan menyertakan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan kepada Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

5. TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERLAWANAN a. Tempat perlawanan adalah ditentukan oleh pihak penganjur. Padang yang digunakan ialah jenis rumput plastik (artificial turf) yang bersaiz sederhana bertempat di Sekolah Rendah Dato Mahawangsa, Lambak Kanan, Berakas. b. Tarikh dan jadual perlawanan akan diumumkan kemudian tertakluk kepada keramaian penyertaan. c. Setiap perlawanan hendaklah mengikut jadual yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur. d. Masa perlawanan dalam KUMPULAN, SUKU AKHIR dan SEPARUH AKHIR adalah 15 + 15 minit. Waktu rehat di tiadakan kecuali di peringkat SEPARUH AKHIR dimana masa rehat diberikan adalah 3 minit. Masa tambahan TIDAK akan diberikan dalam pusingan ini. e. Bagi perlawanan peringkat AKHIR adalah 20 + 5 + 20 minit. 5 + 5 minit masa tambahan akan diberikan jika keputusan masih lagi terikat seri. f.

Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di padang dua puluh (20) minit sebelum perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan jika

2|Page

pasukan lawan gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan. 6. FORMAT PERTANDINGAN a. Perlawanan ini dijalankan mengikut undang-undang bolasepak 8 orang sepasukan ‘local-rule’ yang biasa dibuat oleh Persatuan Bolasepak tempatan. b. Pihak Penganjur akan menetapkan jumlah pasukan bagi setiap kumpulan tertakluk kepada jumlah penyertaan. c. Perlawanan peringkat awal akan diadakan secara pusing keliling (round-robin) mengikut undian kumpulan masing-masing. Perlawanan di peringkat seterusnya akan dijalankan secara kalah mati. d. Pemberian mata ialah tiga (3) jika menang, satu (1) mata jika seri dan kosong (0) mata jika kalah. e. Jika terdatap dua (2) atau lebih pasukan mempunyai jumlah mata teratas yang sama, kaedah berikut hendaklah dipatuhi bagi menentukan pasukan yang layak ke peringkat seterusnya: I. II. III. IV. V. VI. VII.

Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan bilangan gol yang banyak (Goal Difference). Jika masih seri pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak (Goal Scored). Jika masih seri juga, pasukan yang mempunyai sedikit gol kemasukan (Goal Against). Jika masih seri juga, kedua-dua pasukan akan dilihat mengikut keputusan awal perlawanan masing-masing (Head-to-Head). Jika masih seri juga, tendangan penalti sebanyak tiga (3) kali akan diberikan. Pasukan yang banyak menyempurnakan tendangan penalti akan diumumkan sebagai pemenang, Dan, Jika masih seri sistem, “Sudden Death” akan digunakan bagi tendangan penalti untuk menentukan pemenang. Sepakan dari tendangan penalti, jika diberikan hendaklah dibuat tidak lebih dari satu langkah (1step).

7. PERTUKARAN PEMAIN a. Sebanyak empat (4) pertukaran pemain termasuk penjaga gol dibenarkan pada setiap perlawanan. Pertukaran pemain hendaklah dibuat melalui pembantu pengadil pertama semasa bola tidak di dalam permainan. b. Pertukaran setiap pemain simpanan hanya dilakukan SEKALI sahaja seperti yang digunakan dalam perlawanan 11 orang sepasukan. Mana-mana pemain yang digantikan tidak boleh bermain lagi dalam perlawanan tersebut termasuk pengambilan sepakan dari tandangan penalti. c. Ketua Pasukan hendaklah memakai lilitan lengan (arm bend) yang nyata di lengan kiri jersinya. Sekiranya Ketua Pasukan digantikan, maka lilitan lengan tersebut diberi pula kepada pemain yang mengambil alih sebagai Ketua Pasukan. 3|Page

8. KEMENANGAN PERCUMA a. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan lawannya didapati melakukan kesalahan seperti berikut :I. Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana perlawanan seperti dalam perkara 4. II. Gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa perlawanan sepatutnya dimulakan seperti dinyatakan dalam perkara 5. III. Gagal menyediakan sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain dalam sesuatu perlawanan. IV. Jika permainan dihentikan oleh kerana salah satu pasukan hanya mempunyai lima (5) orang pemain sahaja disebabkan kesalahan tatatertib, maka pasukan lawan yang mempunyai pemain yang mencukupi akan diberikan kemenangan 2-0. V. Tidak mahu meneruskan perlawanan. b. Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan mendapat tiga (3) mata dan kiraan jaringan 2-0. c. Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Jika berlaku juga keadaan sedemikian, pasukan tersebut secara atuomatik terkeluar dari kejohanan ini dan perlawanan sebelumnya dibatalkan. d. Jika sekiranya penarikan diri sesuatu pasukan menjejaskan mana-mana pasukan dalam kumpulan, maka semua keputusan terdahulu yang melibatkan pasukan tersebut dengan sendirinya terbatal. 9. PERATURAN AM a. Kejohanan ini akan menggunakan bola futsal sais 4, beratnya tidak melebihi 370g (13 oz) dan lingkaran maksimum 66cm (26 inci). Bola semasa kejohanan akan disediakan oleh pihak Penganjur. Walau bagaimanapun pasukan yang akan bertanding dikehendaki membawa bola masing-masing bagi tujuan waming-up. b. OFF-SIDE DITIADAKAN dalam kejohanan ini. Sementara out hanya akan dilakukan secara sepakan dan pemain pihak lawan dikehendaki berada 3 meter jauh daripada garisan keluar dan ini termasuk ketika sepakan sudut diberikan. c. Jarigan gol tidak akan diberikan pada mana-mana sepakan masuk (setelah bola keluar ketika dalam permainan) kecuali terkena sentuhan daripada mana-mana pemain. Begitu juga dengan sepakan/lontaran daripada penjaga gol tidak akan diberikan kecuali terkena sentuhan daripada mana-mana pemain. Jaringan gol akan diberikan bagi mana-mana sepakan sudut. d. Setiap pasukan MESTI memakai jersi yang lengkap dengan nombor pemain. Setiap pemain juga DIMESTIKAN memakai shin-guard semasa perlawanan. e. Sebarang kecederaan adalah tanggungjawab pemain itu sendiri. 4|Page

f.

Setiap pasukan adalah dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya dua (2) warna jersi yang berbeza. Pasukan tuan rumah (namanya pasukan disebut dahulu) adalah berhak mengekalkan pakaian utamanya.

g. Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan atau perubahan pada jadual, padang perlawanan dan lain-lain yang berkaitan untuk melicinkan perjalanan pertandingan. Sekiranya Pengadil berpendapat bahawa keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan dan perlawanan itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan dihentikan akibat hal-hal luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau dihentikan itu hendaklah dimainkan semula (Keputusan perlawanan semasa terbatal) pada satu tarikh baru yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penganjur Pertandingan. h. Sekiranya Pengadil menghentikan perlawanan kerana tingkahlaku penonton, pegawai atau pemain satu pasukan yang tidak memuaskan, maka Jawatankuasa Penganjur Pertandingan boleh mengambil keputusan-keputusan seperti berikut:I. II. III. i.

Keputusan perlawanan akan dimaklumkan setelah Jawatankuasa bermesyuarat dalam masa 24 jam. Kemenangan diberi kepada pasukan yang lain dengan tiga (3) mata dan jaringan gol 3 – 0 atau jaringan semasa perlawanan dihentikan, jika ianya lebih. (Setelah keputusan mesyuarat dicapai) Penggantungan pasukan untuk beberapa perlawanan atau di pertandingan akan datang. Keputusan Penganjur Kejohanan dan Pengadil Perlawanan adalah muktamad.

KAWALAN KESELAMATAN DAN KELAKUAN PENYERTAAN a. Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini hendaklah bertanggungjawab atas:b. Kelakuan baik para pegawai, pemain dan penyokong. c. Mengambil segala langkah pencegahan untuk menentukan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. d. Sekiranya Jawatankuasa Tatatertib mendapati ada pasukan yang cuai dalam menjalankan tanggungjawab ini, maka Jawatankuasa Tatatertib akan melaporkan dan mengesyorkan jenis tindakan yang boleh diambil oleh Jawatankuasa Penganjur Pertandingan dan di antaranya adalah seperti berikut:e. Amaran f. Tindakan tatatertib g. Penggantungan pasukan h. Penggantungan pemain dan / atau pegawai yang terlibat i. Penggantungan padang perlawanan untuk tempoh tertentu j. Atau lain-lain tindakan yang difikirkan sesuai.

5|Page

10. TINDAKAN TATATERTIB a. Jika seorang pemain telah menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya. b. Jika seorang pemain menerima 2 kad kuning dalam satu perlawanan (non-straight red card) dan seterusnya diberikan satu (1) kad merah dalam suatu perlawanan dan diperintahkan keluar padang, maka pemain tersebut akan digantung 2 perlawanan berikutnya. c. Jika seorang pemain ditunjukkan kad merah (straight red card) dan diperintahkan keluar padang dalam suatu perlawanan, pemain tersebut akan digantung dua (2) perlawanan ATAU mungkin tidak dibenarkan bermain dalam perlawanan seterusnya untuk pertandingan ini. (Tertakluk kepada mesyuarat Jawatankuasa Penganjur Pertandingan) d. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini terhadap mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini dijalankan. e. Sekiranya Pengurus dan Pegawai-Pegawai Pasukan terlibat dalam insiden pergaduhan dengan pegawai-pegawai perlawanan atau pasukan lawan atau Urusetia Pertandingan, pasukanya akan didenda dengan dikeluarkan terus daripada pertandingan. 11. PENGADILAN a. Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang bertauliah dari Persatuan Pengadil Bolasepak Negara Brunei Darussalam. 12. BANTAHAN a. Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal yang dilantik oleh pihak penganjur kejohanan ini. b. Setiap bantahan perlawanan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihadapkan tidak lewat 24 jam selepas tamat perlawanan.

6|Page

13. YURAN PENYERTAAN a. Bayaran penyertaan adalah Seratus Lima Puluh Ringgit (B$120.00) setiap satu pasukan. b. Hendaklah dibayar secara tunai bersama-sama borang penyertaan pada 14hb September 2013 dan mesyuarat pengurus-pengurus pasukan akan diadakan pada 21hb September 2013, jam 09.00 pagi hari Sabtu di Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Blok B tingkat satu, Perpindahan Lambak Kanan, Brunei Darussalam. 14. PENGANUGERAHAN KEJOHANAN / HADIAH a. Pihak penganjur akan memberi anugerah seperti berikut di akhir kejohanan ini nanti. I. II. III.

Most Valuable Player (Open Category) Most Valuable Player (Master Category) Top Goal Scorer

b. Selain itu, hadiah penyertaan akan diberikan kepada pasukan-pasukan yang menyertai sebagai sagu hati daripada pihak penganjur. 15. PENUTUP Kejohanan bolasepak 8 sepasukan yang akan dijalankan pada kali in diharap dapat memberikan manfaat kepada semua yang terlibat dalam penganjuran dan memberikan impak yang baik kepada permuafakatan dan pembangunan permainan bolasepak untuk persediaan ke kejohanan antara kementerian-kementerian pada tahun-tahun akan datang. Usaha-usaha dan kerjasama dari semua pihak yang terlibat dalam penganjuran program ini diharap dapat menjadikan program ini antara program terbaik dan sebagai landasan JPKK mengendalikan kejohanan sukan yang lain bagi Kementerian Pendidikan. Akhir kata semoga pertandingan ini mendapat restu dari Allah S.W.T jua dan dipelihara olehNya dari awal hingga ke akhir pertandingan ini.

7|Page

KEJOHANAN BOLASEPAK 8 SEPASUKAN PIALA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN KALI KE – 3, TAHUN 2013 SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU KALI KE-23, 2013 BORANG PENDAFTARAN KEJOHANAN NAMA PASUKAN WARNA JERSI BIL

i.

JAWATAN

1

Pengurus Pasukan

2

Jurulatih Pasukan

3

Pegawai Perubatan

BIL

NAMA PEMAIN

ii. NAMA PEGAWAI

NO. K/P

NO. TEL

KATEGORI

TARIKH LAHIR

(Sila Tandakan)

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Kategori A: 35 Tahun kebawah: Kategori B : 36 – 45 tahun; dan Kategori C: 46 tahun ke atas Nota: Sila sertakan salinan Kad Pengenalan

PERAKUAN Diakui nama-nama di atas adalah pemain-pemain yang akan menyertai Kejohanan Bolasepak 8 Sepasukan Piala Timbalan Menteri Pendidikan Kali Kedua, 2013. Sepanjang pengetahuan saya semua maklumat yang diberikan adalah benar.

………………………………........ Tandatangan Pengurus Pasukan 8|Page

Tarikh:

/

/ 2013

BORANG PERLAWANAN PASUKAN

lawan

WARNA JERSI BIL

JAWATAN

1

Pengurus Pasukan

2

Jurulatih Pasukan

3

Pegawai Perubatan

BIL

NAMA PEMAIN

NAMA PEGAWAI

NO. K/P

KATEGORI

NO. TEL

NO. JERSI

M

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Sila Tandakan:  Main (M);  Simpanan (S);  Tidak Didaftarkan (TD) : Kategori A: 35 Tahun kebawah; Kategori B: 36 – 45 tahun dan Kategori C: 46 tahun keatas

Borang perlawanan ini hendaklah dikembalikan kepada pihak penganjur 10 minit sebelum perlawanan dijalankan. ………………………………........ Tandatangan Pengurus Pasukan

9|Page

Tarikh:

/

/ 2013

S

TD