koleksi buku terbaru di perpustakaan pejabat setiausaha kerajaan

Dihuraikan juga tentang susunan tempat duduk dalam pelbagai majlis, pengacaraan majlis, cara membuat panggilan hormat, bahasa istana dan sebagainya...

31 downloads 559 Views 2MB Size
KOLEKSI BUKU TERBARU DI PERPUSTAKAAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR TINGKAT 2, BANGUNAN ANNEX, 40680 SHAH ALAM. SELANGOR

TAJUK : EVOLUSI PARLIMEN DAN EVOLUSI SPEAKER PARLIMEN MALAYSIA PENGARANG: WAN JUNAIDI & TUANKU JAAFAR NO. KELAS: 328.595 WAN

Parlimen ialah lambang dan tempat bermulanya amalan demokrasi sesebuah negara. Begitu juga di negara kita Malaysia.

Lakaran sejarah dalam buku ini mengisahkan pertukaran Majlis Persekutuan kepada Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1948, dan juga persidangan yang diadakan di Pejabat Jabatan Kerja Raya dan Bangunan Tunku Abdul Rahman sehingga ke bangunan Parlimen yang ada sekarang.

TAJUK : HOW TO GET FROM WHERE YOU ARE TO WHERE YOU WANT TO BE : THE 25 PRINCIPLES OF SUCCESS PENGARANG: JACK CANFIELD NO. KELAS: 158.1 CAN

If you keep on doing what you've always done, you'll keep getting what you've always got. Isn't it time you changed for the better? Jack Canfield's extraordinary insights and powerful life tools will enable you to become the happy, successful person you know you are meant to be - without burning out. Whether you

want greater success and fulfillment at work, financially, in your relationships, with your health, in sports or creativity, Canfield will show you how.  Take control of your life - 100% responsibility, 100% fulfillment  Discover and focus on your core genius - be better at what you do best; be a huge success at what you enjoy most  Set your goals and achieve them - transcend other people's limiting opinions

TAJUK : PILIHAN RAYA UMUM KE-12 : ISU DAN POLA PENGUNDIAN PENGARANG: JOSEPH M. FERNANDO, ZULKANAIN ABDUL RAHMAN, SUFFIAN MANSOR NO. KELAS: 324.609595 PIL

Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 (PRU12) yang diadakan pada 8 Mac 2008 merupakan peristiwa bersejarah (historical watershed) cukup bermakna dan membawa erti tersendiri kepada arena politik Malaysia secara keseluruhannya.

Buku ini memuatkan tulisan sekumpulan 10 orang ahli akademik daripada Jabatan Sejarah, Universiti Malaya. Perbincangan dalam setiap bab dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu latar belakang politik negeri berkenaan sebelum PRU12; persediaan calon, cara berkempen, isu dan parti bertanding; dan analisi keputusan PRU12 di negeri berkenaan. Kepelbagaian sumber dan pendekatan yang digunakan dalam buku ini penting bagi memberikan analisis dan tafsiran yang seimbang serta menyeluruh berkaitan dengan PRU12.

TAJUK : MALAYSIA : ASAS PEMBINAAN NEGARA BANGSA, INSTITUSI PEMERINTAHAN, LAMBANG KEBANGSAAN PENGARANG: CHAMIL WARIYA NO. KELAS: 959.5 CHA

Memuatkan fakta-fakta asas kenegaraan yang berguna sebagai panduan bagi sesiapa yang berminat tentang perjalanan yang telah dilalui oleh Malaysia sejak mencapai kemerdekaan

pada 31 Ogos 1957. Ia meliputi: Maklumat umum yang menjadi paksi pembinaan sebuah negara. Institusi pemerintahan cabang legislatif, eksekutif dan judisiari. Lambang kebangsaan

TAJUK : UNDANG-UNDANG RUMAH PENGINAPAN PENGARANG: NURAISYAH CHUA ABDULLAH NO. KELAS: 344.5950464 NUR

Buku ini membicarakan tentang hak tetamu rumah penginapan dari segi perundangan sekiranya berlaku tuntutan ganti rugi di rumah penginapan. Sebagai tuan rumah tanggungjawab menerima pelanggan tanpa diskriminasi serta aspek keselamatan perlu diberi perhatian sewajarnya bagi mengelak kejadian yang tidak diingini. Selain itu, liabiliti pengusaha

rumah

penginapan

dalam

memberikan

maklumat

yang

salah

tentang

perkhidmatan yang ditawarkan turut dibincangkan di samping kedudukan Islam dalam membentuk dasar, etika dan amalan pengusaha-pengusaha rumah penginapan.

TAJUK : PENGURUSAN PENYENGGARAAN DAN PENGUBAHSUAIAN BANGUNAN PENGARANG: ANUAR ALIAS, AZLAN SHAH ALI NO. KELAS: 658.202 ANU

Buku ini membincangkan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan implementasi pengurusan penyenggaraan dan pengubahsuaian bangunan yang berkesan dari aspek praktikalnya. Ia amat sesuai dijadikan bahan rujukan bagi pelajar institusi pengajian tinggi yang mengkhusus dalam bidang pengurusan harta tanah dan ukur bangunan khasnya dan dalam bidang alam bina, kejuruteraan dan juga pembinaan secara amnya. Tidak ketinggalan juga ianya sesuai untuk mereka yang sedang menjalankan pengurusan penyenggaraan atau yang melaksanakan projek pengubahsuaian bangunan dan sebagai bacaan umum bagi meningkatkan kefahaman dalam bidang penyenggaraan dan pengubahsuaian bangunan.

TAJUK : ALTERNATIVE WATER MANAGEMENT AND SELF-SUFFICIENT WATER SUPPLIES PENGARANG: MARTIN RYGAARD, HANS-JORGEN ALBRECHTSEN, PHILIP JOHN BINNING NO. KELAS: 363.61 RYG

Provides inspiration for water planners in cities with restrained water resources by highlighting actual technical opportunities and challenges. It represents a unique collection of state-of-the-art water management practices and the opportunities and challenges presented are from real-life case studies. The book is primarily aimed at urban water management professionals working across different technical and management disciplines. These include water supply engineers and environmental planners that can use it for professional reference. It will also be a useful introductory text for under-graduate level courses on water supply.

TAJUK : SISTEM PENGURUSAN KUALITI : PROSES DAN PELAKSANAAN DI MALAYSIA PENGARANG: KADIR ARIFIN NO. KELAS: 658.4013 KAD

ISO menyarankan penggunaan aplikasi Kitaran Shewart dan Deming, iaitu rancang, laksana, semak dan bertindak untuk mencapai penambahbaikan secara berterusan. Peningkatan sistem pengurusan kualiti adalah jaminan kepada organisasi untuk merancang, mengurus, mengeluarkan produk, menyediakan modal insan yang berkualiti di samping dapat memberikan perkhidmatan dan barangan yang memenuhi keperluan pelanggan. Kesedaran organisasi tentang kepentingan peningkatan kualiti dalam penawaran barangan dan perkhidmatan juga suatu langkah bijak melalui peralihan kaedah pengurusan konvensional kepada pengurusan moden masa kini.

TAJUK : AMALAN PROTOKOL DAN ETIKET PENGARANG: MOKHTAR MOHD TOHAR NO. KELAS: 395.09595 MOK

Buku Amalan Protokol dan Etiket ini memuatkan maklumat yang dilengkapi gambar dan ilustrasi penting dan menyeluruh tentang amalan protokol dan etiket di Malaysia. Antara lain, pembaca dihidangkan dengan pengetahuan tentang lambang kebesaran, peralatan diraja, bendera dan anugerah Persekutuan, Negeri Selangor dan juga Wilayah Persekutuan. Dihuraikan juga tentang susunan tempat duduk dalam pelbagai majlis, pengacaraan majlis, cara membuat panggilan hormat, bahasa istana dan sebagainya.

TAJUK : KASIH YANG SUCI PENGARANG: MEEN ZULAIKHA NO. KELAS: F MEE

Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang. Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar…

KOLEKSI BUKU TERBARU DI PERPUSTAKAAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR TINGKAT 2, BANGUNAN ANNEX, 40680 SHAH ALAM. SELANGOR

Sumber: SINAR HARIAN | ISNIN | 14 NOVEMBER 2011