MENJALANKAN OPERASI PERNIAGAAN

Download digunakan untuk mengesan rekod pembelian, penerimaan, jualan, inventori dan laporan stok). 5. Customer. • Pernyataan dasar perniagaan yang ...

0 downloads 504 Views 3MB Size
MENJALANKAN OPERASI PERNIAGAAN Menjalankan Operasi Perniagaan Perkhidmatan atau Kedai Runcit

154

Menjalankan Operasi Syarikat Pengeluaran

157

Pengurusan Rantaian Bekalan

161

154

STARTMEUP

Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

MENJALANKAN OPERASI PERNIAGAAN Menguruskan operasi syarikat di peringkat permulaan kelihatan kompleks dengan penggunaan perkataan-perkataan seperti logistik, rantaian bekalan, pembangunan produk dan perolehan. Adalah lebih mudah untuk sentiasa memastikannya operasi dijalankan semudah mungkin. Operasi ialah aktiviti membeli, membina dan menyediakan produk atau perkhidmatan untuk jualan. Antara operasi yang utama ialah penyumberan bahan mentah, penggajian pekerja, memperoleh kemudahan TIPS dan peralatan serta penghantaran produk akhir. Bagi perniagaan perkhidmatan Ciri-ciri ini adalah berbeza bergantung sama ada dan runcit, pelaburan yang tinggi anda seorang pengeluar, peruncit atau pemberi diperuntukan untuk menampung perkhidmatan. Jika anda bermula sebagai kos tenaga kerja manakala bagi perniagaan runcit, anda perlu mengambilkira syarikat pembuatan pula, lebih perkara seperti inventori dan pengedaran, cekap proses pengeluaran manakala sebuah syarikat perisian akan lebih anda, lebih berwibawalah anda fokus kepada keperluan lokasi pejabat dan sebagai pengeluar. kelengkapan komputer.

MENJALANKAN OPERASI PERNIAGAAN PERKHIDMATAN ATAU KEDAI RUNCIT Kebanyakan perniagaan runcit meliputi pembelian barangan atau perkhidmatan daripada pengeluar, pemborong, agen, pengimport atau peruncit yang lain dan menjualnya kepada pengguna akhir.

Ciri-ciri untuk dipertimbangkan: 1. Pengurusan kedai Dua elemen utama adalah reka bentuk dan susun atur kedai. Reka bentuk kedai perlu menitikberatkan atmosfera, imej, hiasan dalaman dan hiasan luaran yang mampu memberikan suasana positif kepada pelanggan. Susun atur kedai pula melibatkan susunan barangan di dalam kedai.

SAL E

STARTMEUP

Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

3

JENIS SUSUN ATUR KEDAI RUNCIT

Pelan Lantai

Sesuai Untuk

Pelan Lantai Grid biasa digunakan di kedai runcit, big box dan convenience stores. Juga dikenali sebagai susun atur lurus.

Peruncit kecil yang membawa inventori yang besar daripada stok barangan seperti buku dan majalah, mainan, makanan istimewa, perkakasan, kad dan hadiah kecil, dapur dan dapur rumah.

Pelan Lantai Gelung memaksimumkan dinding ruang paparan dan mendedahkan pelanggan kepada semua produk bersama laluan yang ditetapkan. Juga dikenali sebagai susun atur pacuan kuda.

Pakaian, aksesori, mainan, perkakas rumah, perkakas dapur, penjagaan diri dan kedai runcit khusus.

Pelan Lantai Aliran Bebas membenarkan kreativiti dan banyak digunakan sebagai tetapan di butik kecil yang khusus dan berkelas tinggi.

Pakaian mewah, aksesori, penjagaan peribadi, jenama khusus dan perniagaan campuran seperti kedai roti dan deli yang juga menjual barang yang siap dibungkus.

Contoh Susun Atur

155

156

STARTMEUP

Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

2. Pengurusan Stok • Membina jaringan pembekal (Operasi satu pembekal utama atau banyak pembekal) dengan mengambilkira penghantaran “tepat pada waktu”. • Mempertimbangkan perjanjian pembekalan jangka masa panjang dengan pengeluar barangan. • Membuat jadual penghantaran bekalan berdasarkan masa dan aliran wang tunai. • Menggunakan sistem berkomputer untuk menerima dan memeriksa stok (perisian pengurusan runcit boleh digunakan untuk mengesan rekod pembelian, penerimaan, jualan, inventori dan laporan stok). • Simpan stok secara sistematik contohnya bilik stor dengan rak, mudah dicapai dan lain-lain. • Mempunyai inventori yang mencukupi berdasarkan trend dan musim. 3. Syarat Pembekalan • Kaedah pembayaran tunai atau kredit • Jika kredit, apakah syaratnya, 30 atau 60 hari? • Syarat penghantaran stok 4. Pembayaran Sistem titik jualan automatik (Kod produk, resit pelanggan, pembayaran tunai dan kredit) 5. Customer • Pernyataan dasar perniagaan yang boleh dilihat termasuk kaedah pembayaran, syarat pemulangan barang dan sebagainya. • Menawarkan insentif yang menggalakkan pelanggan untuk membuat pembelian seterusnya dengan cara berkongsi maklumat perhubungan mereka dengan peniaga. • Mengutamakan suasana mesra dan khidmat pelanggan yang berkualiti. • Memaksimakan waktu operasi perniagaan untuk memenuhi keperluan pelanggan dan mengimbanginya dengan kos tetap seperti sewa dan utiliti.

STARTMEUP

Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

6. Pekerja • Menumpukan perhatian kepada urusan pengambilan pekerja dengan menyediakan maklumat terperinci berkaitan kontrak pekerjaan bagi jawatan-jawatan utama dan juga membuat pelaburan bagi latihan pekerja. • Pengguna sering membentuk tanggapan terhadap sesuatu perniagaan dengan menilai tenaga jualannya. • Mewujudkan jadual kerja yang memaksimumkan produktiviti dan mengurangkan kos tenaga kerja. Lebih ramai pekerja pada waktu puncak. Mempunyai rekod pemohon berkelayakan yang boleh dipanggil apabila diperlukan. • Melatih pekerja berkenaan maklumat produk, kemahiran menyelesaikan masalah, bahasa dan pengurusan pelanggan. 7. Aspek Keselamatan Menyediakan ciri-ciri keselamatan di premis perniagaan supaya pelanggan berasa selamat dan juga untuk menggelakkan kes kecurian.

MENJALANKAN OPERASI SYARIKAT PENGELUARAN Bahagian ini akan membincangkan tentang operasi harian perniagaan: lokasi, peralatan, pekerja, proses dan suasana persekitaran. Antara keperluan utama yang harus dititikberatkan oleh usahawan adalah seperti berikut: • Jumlah jam operasi harian dan tahunan. Masa yang diambil untuk menyiapkan satu unit pengeluaran. • Kilang, keperluan mesin dan peralatan yang diperlukan untuk memulakan proses pengeluaran. • Utiliti dan keperluan lain seperti pengudaraan, saliran dan sebagainya. • Sumber bahan mentah dan syarat yang telah dipersetujui bersama-sama dengan pihak pembekal. • Pengawalan inventori. • Prototaip atau pengujian produk, pengujian harga produk. • Pengawalan kualiti. • Maklumat terperinci langkahlangkah penghasilan produk.

157

158

STARTMEUP

Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

Pengawalan Inventori Pengawalan inventori adalah membuat semakan dan merekod stok dalam satu tempoh untuk memenuhi keperluan perniagaan. Aktiviti ini bermula daripada fasa pengeluaran, pembelian, penghantaran dan pesanan semula. Pengawalan inventori yang baik akan memastikan pengeluaran anda berjalan mengikut jadual, mengelakkan berlaku masalah pada rantaian bekalan, mengawal kos perniagaan kerana nilai stok adalah sebahagian daripada proses perakaunan. Terdapat 5 jenis stok yang utama: a) Produk akhir yang sedia untuk dijual b) Bahan mentah dan komponen untuk kegunaan pengeluaran c) Bahan separa siap dan masih dalam proses pengeluaran d) Stok penimbal atau stok simpanan untuk bahan mentah dan komponen e) Bahan guna habis seperti minyak dan bahan pembungkusan

Berapa banyak stok perlu disimpan dalam suatu tempoh?

Penyimpan stok bergantung kepada saiz dan jenis perniagaan. Jenis stok yang perlu disimpan bergantung kepada permintaan pelanggan, tempahan atau perancangan jualan anda. Pengawalan jumlah stok juga bergantung kepada jenis stok yang anda ada kerana ia akan mempengaruhi jualan dan kos penyimpanan.

Kaedah pengawalan stok Ini merupakan kaedah pengawalan stok disusun untuk mewujudkan sistem yang teratur bagi membantu membuat keputusan berkenaan apa, bila dan jumlah stok untuk di pesan. a) Paras stok minima; membuat pesanan apabila stok anda mencecah paras tertentu. b) Kemaskini stok; membuat pesanan untuk memastikan stok berada di paras yang diperlukan. c) Stok mencukupi pada masa dan ketika; hanya membuat pesanan apabila anda memerlukannya dengan kadar segera. d) Kawalan kelompok; hanya membuat pesanan mengikut keperluan kelompok pengeluaran. First In, First Out Inventori atau barang-barang yang paling lama direkodkan akan dikeluarkan untuk dijual terlebih dahulu

Last In, First Out inventory yang paling terbaru akan dijual terlebih dahulu

STARTMEUP

Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

Sistem pengawalan stok secara manual Kaedah yang paling mudah ialah menggunakan Buku Stok, untuk merekod log keluar masuk barang dan catatan untuk membuat pesanan stok baru. Satu lagi sistem konvensional ialah menggunakan Kad Stok yang lebih terperinci dan kompleks di mana setiap kad adalah mewakili maklumat setiap jenis stok yang anda ada.

KAD STOK Tarikh Inventori

Nama Item

Keterangan

Harga Seunit

Kuantiti Stok

Saluran Pembekalan dan Pengedaran Saluran pembekalan dan pengedaran adalah satu rangkaian perniagaan untuk suatu produk atau perkhidmatan disampaikan kepada pengguna akhir. Proses ini termasuk pemborong, peruncit, pengedar dan juga internet. Saluran pengedaran terbahagi kepada dua iaitu secara langsung dan tidak langsung. Saluran secara langsung membolehkan pengguna membeli produk terus daripada pengeluar manakal saluran secara tidak langsung membolehkan pengguna membeli produk sama ada daripada pemborong, peruncit atau melalui kedua-dua pihak.

Keperluan Pesanan Baru

Kuantiti Pesanan Baru

159

160

STARTMEUP

Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

Pihak lain seperti agen, broker, penjual semula, francais, francaisi atau ahli gabungan.dan drop shipping bagi pemasaran internet juga dianggap sebagai perantara tetapi ia akan meningkatkan harga produk atau barang bagi menampung komisen pihak terlibat. Saluran pengedaran yang pendek adalah lebih sesuai dan berkesan kos. Perolehan Perolehan adalah sistem yang merujuk kepada prosedur dan kaedah yang digunakan oleh perniagaan untuk membuat pembelian barangan dan perkhidmatan yang diperlukan. Antara aktiviti dalam perolehan adalah pembiayaan pembelian, rundingan harga, pembelian produk atau barangan, penghantaran dan pengawalan inventori. Semua aktiviti ini dilakukan dengan menggunakan dokumen perolehan seperti berikut: a) Sebutharga atau anggaran harga yang dikeluarkan oleh pengeluar atau SEBUT HARG penjual untuk ditawarkan kepada bakal A pelanggan apabila diminta. b) Pesanan Belian, dokumen untuk pembelian barang daripada pembekal. c) Pesanan Penghantaran, dokumen yang ditunjukkan ketika penghantaran produk atau perkhidmatan dan perlu ditandatangani ketika penerimaan. d) Inbois iaitu dokumen yang menyatakan jumlah yang perlu dibayar. e) Resit iaitu dokumen yang menyatakan jumlah yang telah dibayar oleh pelanggan. Proses perolehan akan tamat apabila anda atau perniagaan anda telah memiliki barangan tersebut. Untuk membuat keuntungan, kos perolehan mestilah lebih rendah daripada jumlah harga yang akan dijual, setelah mengambilkira kos-kos berkaitan dengan pemprosesan dan jualan tersebut.

STARTMEUP

Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

PENGURUSAN RANTAIAN BEKALAN

Rantaian bekalan adalah sistem yang terdiri daripada setiap individu yang terlibat dalam memastikan produk anda sampai ke tangan pelanggan melalui saluran pengedaran. Ini termasuk proses pengumpulan bahan mentah, pembekal, pengeluar atau pengilang, syarikat pengangkutan, gudang borong, bilik simpanan atau stok dan kerani di meja daftar masuk. Ia juga termasuk tugas dan fungsi yang terlibat dalam pemindahan produk tersebut, seperti kawalan kualiti, pemasaran, perolehan, serta sumber.

Pengurusan rantaian bekalan adalah pengurusan produk atau perkhidmatan daripada permulaan hingga kepada pengguna akhir.

susu

KILANG SUSU

susu

TIPS Dari segi operasi pengurusan sebuah syarikat perniagaan baru, anda perlu menghasilkan produk dengan kos aliran tunai yang paling minima. Proses ini melibatkan penyumberan luar bagi sebahagian besar daripada pengeluaran awal dan ini akan memastikan kos anda kekal berubah.

KEDAI SUSU

susu KEDAI SUSU

SUSU

SUSU

161

162

STARTMEUP

Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

“Setiap syarikat, tidak kira betapa kecilnya anda atau jenis industri, anda boleh mendapat manfaat daripada Kawalan Kualiti (QC). Bagaimana anda boleh mula melaksanakan Inisiatif QC di syarikat kecil anda?” Petikan daripada Adam Malden,

ChooseWhat.com Research Analyst and Quality Control (QC) master

Menstandardkan Kawalan Kualiti dengan Proses

Kaedah paling mudah untuk mengendalikan kawalan kualiti adalah dengan menstandardkan semua proses dari awal hingga akhir. Salah satu cara untuk menstandardkan ialah dengan mewujudkan satu dokumen bertulis berkaitan proses kerja dan diedarkan kepada setiap pekerja yang bertanggungjawab terhadap kawalan kualiti berkenaan.

Mewujudkan Lokasi Pemeriksaan

Oleh kerana QC merupakan aktiviti yang berulang, pekerja yang bertanggungjawab terhadap aktiviti ini perlu menyemak dengan seorang pengurus projek sepanjang proses QC. Pengurus ini boleh membantu memperbaiki dan membetulkan kesilapan sewaktu proses tersebut dijalankan untuk meminimumkan masa yang diperlukan bagi proses pencarisilapan di kemudian hari.

Mengekalkan Fleksibiliti

Fleksibiliti adalah kunci utama dalam QC. Bagi usahawan syarikat kecil, proses dan prosedur yang terlibat memerlukan penelitian dan penambahbaikan. Kebolehan untuk menggabungkan maklumbalas daripada pekerja kepada proses QC adalah penting.

STARTMEUP

Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

7

Prinsip Peruntukan Ruang Petikan daripada Retail Business start-up guide, SmallBizBooks.com

1. Mempamerkan semua produk jualan kepada pelanggan

Semakin banyak barang jualan yang dipamerkan, semakin tinggi peratusan pembelian daripada pelanggan. Anda mestilah mereka bentuk kedai untuk menarik perhatian pelanggan supaya mereka melawat semua bahagian atau sekurang-kurangnya melihat apa yang anda tawarkan dan kembalikan semula pada masa akan dating. Anda boleh mencapai objektif ini dengan cara meletakkan tanda-tanda pada tempat yang strategik, nilai tambah, escalator, tangga, bilik persalinan dan barangan tertentu. (Kebanyakan pasaraya besar menyediakan produk popular seperti roti dan susu di bahagian belakang kedai untuk menggalakkan pelanggan melalui keseluruhan kedai).

2. Meletakkan produk yang paling menguntungkan di beberapa pilihan lokasi yang mempunyai tumpuan pelanggan

3. Membendung Kecurian Simpan produk yang kecil dan mahal di ruangan simpanan berkunci. Anda boleh menggunakan cermin cembung untuk bahagian sisi yang tidak boleh dilihat dari jauh untuk mengurangkan titik buta penglihatan anda dan menggunakan video kamera. Melalui ini, pekerja anda akan boleh memerhatikan segala kegiatan di dalam kedai.

Barang yang mempunyai harga tinggi hendaklah diletakkan di kawasan yang mudah dilihat dan dicapai.

4. Bereksperimen untuk terus kekal menarik Sekiranya anda kerap membuat pengubahsuaian terhadap susun atur kedai dan barang-barang jualan, anda hendaklah menggunakan perabot yang boleh mudah alih. Jadi ingatlah ini apabila anda membeli kabinet, rak, lampu dan kelengkapan lain.

5. Meletakkan produk yang berkaitan berdekatan Sebagai contoh, tali leher hendaklah diletakkan berhampiran baju, mesin pencetak berhampiran dengan komputer, pasu bunga berdekatan dengan bunga dan sebagainya.

6. Menyusun bahagian berkaitan secara berdekatan antara satu sama lain.

7. Beri keutamaan kepada produk yang menguntungkan di lokasi terbaik kedai anda Produk yang paling laris hendaklah dieksploitasi bagi meningkatkan jualan di kedai anda.

Bahagian fesyen melengkapi antara satu sama lain. Kosmetik, aksesori dan barang kemas juga adalah di kawasan yang sama. Buku resepi dan peralatan memasak juga akan menarik perhatian pelanggan. Bahagian dan kategori barangan sepatutnya diselaraskan seberapa banyak yang mungkin untuk kemudahan pelanggan.

163

164

STARTMEUP

Kit Panduan Bagi Perniagaan Permulaan

Memenuhi Keperluan Perniagaan Dalam Talian Memenuhi keperluan adalah satu peranan yang penting dalam perniagaan dalam talian. Pelaksaan yang baik akan membezakan anda daripada pesaing-pesaing lain dan menarik pembelian berulang daripada pelanggan. Antara ciri-ciri memenuhi keperluan ialah penerimaan, penyimpanan inventori, perkhidmatan pembungkusan, penghantaran produk serta proses pemulangan produk. Jika jumlah yang diuruskan adalah mudah dikawal, anda boleh membuat penghantaran sendiri menggunakan kurier tempatan atau rakan kongsi penghantaran. Apabila perniagaan anda mula berkembang dan melibatkan jumlah yang lebih besar, anda mungkin memerlukan bantuan tambahan. Anda perlulah merancang untuk memenuhi keperluan perniagaan dalam talian bermula dari awal perniagaan. Anda mungkin mempunyai produk yang hebat, tetapi sekiranya proses penghantaran adalah lemah dan mahal, ini akan menjejaskan perniagaan anda. Terdapat beberapa pilihan bagi usahawan yang mahu memberi fokus kepada operasi perniagaan berbanding urusan logistik. Antaranya ialah memanfaatkan pilihan penghantaran secara terus dari kilang, di mana pengeluar akan menghantar produk terus kepada pelanggan. Kaedah kedua ialah dengan melantik satu pihak lagi untuk menguruskan penghantaran, termasuk urusan pembungkusan, perkhidmatan kurier, pengesanan penghantaran, insurans atau mewujudkan satu aplikasi telefon untuk memudahkan perniagaan atas talian.

TAHUKAH ANDA?

Pos Malaysia Berhad menawarkan perkhidmatan e-keperluan (e-fulfilment) yang menyeluruh dan komprehensif, bermula dari titik jualan sehingga penghantaran produk kepada pelanggan. Ini merangkumi pergudangan, penghantaran jarak jauh, perkhidmatan nilai tambah serta perkhidmatan logistik lain kepada usahawan dalam talian.