OPERASI PERNIAGAAN

Download Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad 2005. 45. TINJAUAN ... syarikat bersaiz kecil dan sederhana, usahawan, serta perniagaan kecil yang m...

0 downloads 616 Views 3MB Size
AMMB_BM_AR05-p2-1.qxd

8/27/05

2:44 PM

Tinjauan

Page 45

Operasi Perniagaan

TINJAUAN OPERASI KUMPULAN Kumpulan AmBank sedar bahawa asas pelanggan dan aset operasi perbankan yang bermakna mencerminkan kepercayaan dan nama baiknya untuk sekian lama. Oleh itu, sepanjang tahun, Kumpulan meneruskan usaha memupuk kepercayaan tersebut dengan menyediakan rangkaian perkhidmatan kewangan dan produk berinovatif yang luas sama ada yang konvensional mahupun yang berasaskan Islam sejajar dengan strateginya: •

Untuk mempertingkatkan perkhidmatan perbankan korporat dan pelaburan untuk para pelanggan terbesar Kumpulan. Bahagian Perbankan Pelaburan menawarkan rangkaian perkhidmatan berkualiti tinggi yang sesuai untuk para pelanggan korporat dan institusi, termasuklah perbendaharaan, produk-produk pasaran modal dan penyelesaian kewangan yang distrukturkan.



Untuk menumpu kepada penyediaan perkhidmatan kewangan persendirian kepada pada pelanggan runcitnya. Perbankan runcit merangkumi keseluruhan perhubungan dengan pelanggan persendirian, bukan sekadar penyediaan akaun deposit dan produk-produk pinjaman. Kumpulan menawarkan rangkaian perkhidmatan dan produk sepenuhnya, termasuklah pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan dan gadai janji, simpanan dan pelaburan.



Untuk mempertingkatkan perniagaan perbankan komersilnya. Pasaran ini mempunyai rangkaian perniagaan yang luas, termasuk syarikat-syarikat utama, syarikatsyarikat bersaiz kecil dan sederhana, usahawan, serta perniagaan kecil yang memerlukan perkhidmatan modal kerja dan urus niaga. Kumpulan merancang untuk mengembangkan segmen ini dengan memastikan bahawa para pelanggannya menggunakan kesemua rangkaian produk dan perkhidmatannya dengan mudah.



Untuk mencapai skala operasi perniagaan insurans am dan hayatnya. Perkhidmatan insurans tetap menjadi segmen pertumbuhan yang penting kerana ia melengkapi kemajuan perkhidmatan kewangan persendirian Kumpulan.

‘‘

Kami peneraju pasaran dan bermatlamat untuk kekal sedemikian.

’’

Kumpulan bermatlamat untuk mengambil kesempatan ke atas perhubungan jangka panjangnya dengan para pelanggan serta segala kekuatannya di arena perbankan pelaburan dan perbankan runcit untuk mendorong usaha-usaha pertumbuhannya dalam perbankan komersil dan perniagaan insurans. Dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, industri perbankan telah bersedia untuk mengembangkan perniagaan yang seterusnya akan menjadikan industri perkhidmatan kewangan yang penuh saingan. Peningkatan dalam pengkomoditian produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan perbankan serta pembatalan kawal selia telah menjadikan tahap persaingan lebih intensif lagi. Di sepanjang tahun, Kumpulan telah menangani cabaran ini dengan mengembangkan kelebihan kompetitifnya sebagai jenama AmBank yang kukuh, memperbaiki kecekapan segala prosesnya, menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan tambah nilai, serta memulakan beberapa inisiatif strategik untuk mempertingkatkan lagi sistem-sistem IT dan modal insannya.

Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad 2005

45

AMMB_BM_AR05-p2-1.qxd

8/27/05

2:44 PM

Page 46

PERBANKAN PELABURAN Operasi-operasi perbankan pelaburan Kumpulan, di bawah AmInvestment Group Berhad, mengekalkan bahagian pasaran modal Malaysia dengan beberapa “kemenangan” yang nyata di segi perhubungan baru, mandat terjamin dan urus niaga penting. Perniagaan berasalan dan dagangan tetap berkembang dengan liputan pelanggan yang komprehensif, usaha yang bersungguh dalam menstruktur penyelesaian kewangan, dan kajian tertumpu untuk mempertingkat dan memasarkan segala produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Ini mencerminkan transformasi kami daripada sebuah bank saudagar tradisional kepada sebuah kumpulan perbankan pelaburan bersepadu yang mempunyai kemampuan pembuatan dan pengedaran yang kukuh. Meskipun pada permulaannya proses menjadi sebuah bank pelaburan ini agak perit, ia terbukti berbaloi kerana ini telah mempertingkatkan lagi proses-proses kami dan menekankan komitmen kami terhadap urus tabdir yang kukuh, serta memastikan perkhidmatan terbaik untuk para pelanggan kami. AIGB mencatatkan keuntungan bersih selepas cukai sebanyak RM201 juta dalam TK2005, peningkatan sebanyak 25.7%, bersamaan dengan ROE bersih sebanyak 11.7%.

Pasaran Modal Hutang Tahun 2004 merupakan tahun yang bertenaga bagi pasaran bon Malaysia yang menyaksikan jumlah bon belum bayar dalam pasaran utama meningkat sebanyak 3.2% kepada RM317.4 bilion pada tahun 2004 berbanding RM307.6 bilion di tahun 2003. Usaha kami untuk membantu para pelanggan mencapai pendanaan optimal yang berkos efisien telah menyebabkan pasukan Pasaran Modal Hutang (PMH) mencapai kecemerlangan berterusan, sekali gus membina di atas kejayaannya di tahun 2003. Pada tahun 2004, AmMerchant Bank telah mengaturkan terbitan PDS bernilai RM7.1 bilion, dengan aktiviti pasaran hutang utama berpunca daripada Utiliti (Penjanaan Kuasa dan Air), Harta Tanah, Infrastruktur dan penerbit-penerbit Kerajaan/Supranasional.

Bank yang bernilai RM400.0 juta yang memenangi Anugerah Asia IFR 2004 – anugerah Urus niaga Bon Malaysia Terbaik •

Mengurus Utama Bersama untuk terbitan bon terbesar untuk tahun 2004, terbitan sekuriti hutang Islam Bai’ Bithaman Ajil bernilai RM3,402 juta, untuk Kapar Energy Ventures Sdn Bhd, yang dianugerahkan Anugerah PFI 2004 untuk Urus niaga Bon Terbaik Tahun 2004 (Asia Pasifik)

Pencapaian dan penganugerahan kami termasuklah:

46



Mengekalkan kedudukan di tempat No.1 Rumah Bon Utama dalam beberapa Jadual Liga antarabangsa untuk terbitan Hutang Malaysia, termasuk Bloomberg, Basis Point dan International Financing Review (IFR). • No. 1 di Liga Carta Bloomberg dengan penguasaan bahagian pasaran sebanyak 21.1% • Pengurus Utama Terbaik Rating Agency Malaysia (RAM) – terbitan hutang Islam menurut nilai dan jumlah terbitan • Pengurus Utama Terbaik Malaysian Rating Corporation – Sekuriti Hutang Persendirian konvensional dan Islam • Bookrunner Terbaik IFR – Bon Ringgit Malaysia • Bookrunner Terbaik Basis Point – Bon Ringgit Malaysia



Memenangi beberapa anugerah di Anugerah Liga RAM 2005 termasuk anugerah pengurus untuk terbitan Islam (jumlah persetujuan dan nilai terbitan) dan anugerah pengurus utama terbaik 2004 untuk pasaran sukuk korporat



Memenangi Anugerah ‘Finance Asia Country Awards’ – Rumah Bon Malaysia Terbaik untuk tahun 2004 dan 2005



Memenangi anugerah Rumah Bon Domestik Terbaik (Malaysia) di Anugerah Bank Domestik Terbaik Asiamoney 2005



Mengurus Utama Bersama untuk terbitan Bon-bon Putra, iaitu supranasional pertama di Malaysia, untuk Asian Development

Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad 2005

‘‘

Sekiranya anda ingin berjaya,anda perlu mencari penyelesaian terbaik dalam masa tersingkat.

’’

AMMB_BM_AR05-p2-1.qxd

8/30/05

7:33 PM

Page 47

Kreativiti dan inovasi tetap menjadi kekuatan pasukan Pasaran Modal Hutang kami. Tahun 2004 menyaksikan terbitan penting bernilai RM400.00 juta, 3.94% terbitan Bon-bon Putra oleh Asian Development Bank (“ADB”) yang telah memenangi Anugerah Asia IFR 2004 – Urus niaga Bon Terbaik Malaysia. Urus niaga ADB ini melambangkan terbitan berdominasi-ringgit yang pertama oleh penerbit supranasional dan kejayaan pengedarannya mencerminkan keyakinan institusi-institusi antarabangsa dalam pasaran modal Malaysia sebagai sumber dana-dana yang kompetitif. Terbitan Sekuriti Hutang Islam Bai’ Bithaman Ajil bernilai RM3,402.0 juta oleh Kapar Energy Ventures berhad adalah pembiayaan hutang yang distrukturkan untuk penjana kuasa bebas bukan-berbantuan yang terbesar di Asia untuk tahun 2004. Pada suku pertama tahun 2005, Bank telah menyempurnakan enam urus niaga bernilai RM1.03 bilion yang merangkumi terbitan inovatif seperti bon-bon sekuriti disokong aset auto-pinjaman bernilai RM500.0 juta untuk Cepat Asets Berhad, dan penerbitan bon-bon perbandaran pertama di Malaysia melalui bon-bon Mudharabah PG Municipal Assets Berhad bernilai RM80.0 juta. Memandangkan kadar faedah dijangka tetap rendah bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan kelebihan kecairan sebanyak RM150.0 bilion dalam sistem kewangan Malaysia, kami mengunjurkan bahawa saluran dan permintaan untuk terbitan hutang baru akan tetap kukuh pada tahun 2005.

Perbendaharaan Tahun ini menyaksikan permulaan peningkatan kadar faedah global yang dipengaruhi oleh Rizab Persekutuan AS diikuti oleh kadar hasil Perbendaharaan AS yang turun naik. Walaupun ini tidak memberi kesan bermakna ke atas pasaran domestik, terutamanya dengan jaminan berterusan daripada BNM bahawa polisi kewangan akan tetap membantu bagi mengekalkan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi. Namun peserta-peserta pasaran bon terus berhati-hati akibat penurunan jualan yang berlaku pada Jun 2003. BNM juga memperkenalkan Rangka Kerja Kadar Faedah Baru pada bulan April 2004 untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan proses penghantaran polisi kewangannya, kecekapan operasi pasaran-pasaran kewangan, serta penentuan harga oleh institusi-institusi perbankan. Langkah-langkah tambahan untuk mempertingkat kecairan dalam pasaran bon domestik telah diperkenalkan pada bulan Januari 2005. Faktor-faktor seperti – persekitaran kadar faedah domestik yang pada amnya stabil; kecairan lebihan yang berlebihan dalam ekonomi; dan permintaan kukuh untuk sekuriti-sekuriti pendapatan tetap, terutamanya dengan aliran masuk dana yang bermakna memandangkan potensi penyesuaian kepada pertukaran ketetapan kadar USD/RM – menyokong aktiviti-aktiviti dagangan pendapatan tetap kami, yang sekali lagi menjadi penyumbang utama kepada keuntungan Bank.

Bank mematuhi sepenuhnya semua pematuhan berkanun iaitu keperluan-keperluan Rangka Kerja Kecairan dan Rizab Berkanun. Unit Derivatif Perbendaharaan terus membantu mengekalkan kedudukan Bank sebagai peserta aktif dalam pasaran kadar faedah derivatif, terutamanya di kalangan bank-bank tempatan. Kami memberi penekanan terhadap usaha mengenal pasti dan membangunkan produkproduk derivatif baru untuk memenuhi keperluankeperluan para pelanggan. Unit Perbendaharaan Islam mengekalkan usaha untuk mengukuh dan menambah kemampuan dan francaisnya sebagai persediaan untuk menyambut potensi peluang pertumbuhan yang bermakna sejajar dengan wawasan Kerajaan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.

‘‘

Semuanya bergantung kepada idea dan penyelesaian yang inovatif.

’’

AmMerchant telah sekali lagi dilantik sebagai Wakil Penjual Utama sebagai mengiktiraf sumbangan berterusan dan penyertaan aktif kami dalam pasaran bon domestik, dan memenuhi peranan dan tanggungjawab tertentu yang ditetapkan oleh BNM. Kami meneruskan usaha mengukuhkan pendanaan dan kemampuan pengurusan kecairan, walaupun dana mudah didapatkan akibat tahap lebihan kecairan dalam ekonomi yang tinggi. Kami sentiasa menggunakan sumber dan usaha untuk mempelbagaikan pangkalan penyimpan Bank. Di sepanjang tahun,

Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad 2005

47

AMMB_BM_AR05-p2-1.qxd

8/27/05

2:44 PM

Page 48

‘‘

Kami telah memperbaiki bahagian pasaran kami dan semakin terlibat dalam banyak lagi urus niaga yang berprofil tinggi.

’’

Produk dan perkhidmatan kami meliputi: • tawaran awam permulaan di semua papan-papan di Bursa Malaysia dan Bursa Kewangan Labuan; • mendapatkan dana tertentu dan berbeza serta penyelesaian kewangan, termasuk terbitan bon boleh tukar, ekuiti kacukan atau produk-produk berkait-ekuiti; • penggabungan dan pengambil-alihan serta perkhidmatanperkhidmatan yang berkaitan; dan • tinjauan perniagaan yang strategik dan penyelesaian inovatif penstrukturan semula korporat.

Penasihat Korporat dan Pasaran Modal Ekuiti Sebagai salah sebuah pusat kewangan utama negara, Bahagian Kewangan Korporat menyediakan rangkaian perkhidmatan penasihat yang luas untuk para pelanggan institusi dan korporat, serta perantara-perantara kerajaan dan kewangan kami. Perhubungan kami serta pemahaman tentang ekonomi tempatan, industri serta persekitaran telah membantu kami dalam menyediakan nasihat, pelaksanaan dan pengedaran bersepadu yang berterusan untuk para pelanggan korporat kami. Dengan lebih daripada 100 kakitangan profesional serta rangkaian cawangan yang meliputi Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), perniagaan kami disusun mengikut dua bidang utama yang berbeza, iaitu pasaran modal dan penasihatan korporat.

Pendekatan kami yang berasaskan pasukan membolehkan kami mengekalkan tahap kualiti dan integriti yang tinggi dalam membangun dan melaksanakan segala urus niaga untuk para pelanggan kami. Sebagai pemimpin dalam banyak kategori liga, kami masih mengekalkan kedudukan dalam tawaran awam permulaan (IPO) dengan 21 terbitan. Kami juga adalah Pengurus Bersama untuk IPO AirAsia Berhad dan Bursa Malaysia Berhad yang berjaya. Bloomberg telah menamakan kami antara tiga bank utama untuk urus niaga penggabungan dan pengambil-alihan yang telah disempurnakan di Malaysia. Antara pencapaian urus niaga kami adalah pemerolehan Berjaya Times Square Sdn Bhd yang bernilai RM1.4 bilion oleh Matrix International Bhd dan pemerolehan beberapa syarikat bernilai RM1.1 bilion oleh Sime Darby Bhd. AmMerchant Bank telah mengambil kesempatan ke atas prestasi pasaran lazim dan suasana kadar faedah untuk membantu para pelanggan untuk meningkatkan dana di luar negara melalui instrumen-instrumen berkait ekuiti seperti bon-bon boleh tukar. Dengan itu, AmMerchant telah menjadi Penasihat, Penyelaras Global Bersama dan Bookrunner Bersama untuk terbitan bon-bon boleh tukar oleh IOI Corporation Berhad and Arab-Malaysian Corporation Berhad yang bernilai AS$430 juta (RM1.6 bilion). Rekod pencapaian kami ditonjolkan lagi dengan kedudukan No.2 kami dalam carta liga ekuiti dan berkait-ekuiti Dealogic setelah kami mendapatkan dana berjumlah bersamaan RM2.3 bilion daripada 40 urus niaga. Bank telah menerima beberapa penganugerahan daripada masyarakat pelaburan yang telah membuktikan inovasi dan impak kami dalam pasaran modal domestik termasuk: • Menduduki tempat teratas Jadual Liga Bookrunner Ekuiti Dealogic Malaysia untuk tahun 2004; dan • Menduduki tempat teratas Jadual Liga Penaja Jamin Bloomberg untuk setengah tahun pertama 2004 untuk Terbitan Ringgit Malaysia & Berkait Ekuiti dan Terbitan Awam Awal Malaysia. Selanjutnya, dengan kedudukan di pasaran dan jenamanya yang kukuh, Bank menjangka dapat mengekalkan kedudukannya sebagai penyedia utama perkhidmatan kewangan dan penasihatan korporat di sebalik persekitaran yang sukar dan kompetitif dan sentimen pelaburan yang mencabar.

48

Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad 2005

AMMB_BM_AR05-p2-1.qxd

8/30/05

7:33 PM

Page 49

menyeluruh yang menyediakan nasihat dan produk untuk keperluan pelbagai-aset, pelbagaistrategi dan pelbagai-pengurus. Para pelanggan mengharapkan nasihat kami tentang kesesuaian peruntukan dana mereka dalam produk berlainan ketika persekitaran pasaran yang berlainan. Kelonggaran pelaburan dalam aset-aset asing baru-baru ini telah memberikan kami peluangpeluang baru untuk menasihati para pelanggan tentang pelaburan luar pesisir bagi membolehkan mereka meraih faedah daripada pempelbagaian dalam persekitaran pelbagai-mata wang.

Perbankan Luar Pesisir Bank juga juga meneruskan kerjasama rapat dengan para penyelia kawal untuk sentiasa memperbaiki standard dan prosedur industri, memperkenalkan produk-produk baru, serta mempromosi industri pasaran modal Malaysia.

Derivatif Ekuiti Pasukan Derivatif Ekuiti telah mempelbagaikan keupayaan francais Kumpulan dengan mereka penyelesaian-penyelesaian khas bagi kumpulan pelanggan yang berbeza-beza melalui kepakarannya dalam kejuruteraan kewangan dan pengedaran semula risiko. Ini termasuklah sekuriti-sekuriti boleh tukar untuk memenuhi keperluan pendanaan korporat, pertukaran dan pilihan untuk para pengurus dana institusi, dan produk-produk pemangkin-hasil yang distrukturkan untuk para pelabur persendirian. Rangkaian perkhidmatannya meliputi strategi-strategi dagangan dan pengurusan risiko, penyelesaian peningkatan modal berkaitekuiti dan pelaburan-pelaburan yang distrukturkan. Pada TK2005, AIGB telah mengatur bon-bon boleh tukar bernilai AS$430.0 juta dan telah mula membuat pelaburan-pelaburan berkait-ekuiti yang distrukturkan untuk para pelanggan kami. Kami juga bertindak sebagai penasihat untuk pelancaran Dana Bon Asia – Malaysia, iaitu dana pertukaran-dagangan pertama di Malaysia.

Perbankan Persendirian

Operasi luar pesisir, yang berada di bawah AmInternational (L) Ltd ("AMIL"), terus memberi tumpuan terhadap aktiviti-aktiviti penasihat korporat dan perdagangan. Di sepanjang tahun, AMIL diberi mandat untuk bertindak sebagai Pengatur Utama untuk Kemudahan Kredit Bersindiket Usaha Tegas Sdn Bhd yang bernilai AS$192.0 juta. AMIL juga meneguhkan kedudukannya sebagai penaja penyenaraian utama untuk Bursa Kewangan Antarabangsa Labuan “LFX” dengan menyenaraikan lapan daripada 14 instrumen dengan permodalan sejumlah AS$5.8 bilion. Antara urus niaga pentingnya termasuklah Nota matang 2014, 5.25% yang bernilai AS$500 juta oleh TM Global Incorporated yang dijamin oleh Telekom Malaysia Bhd, serta penyenaraian utama Sijil Amanah matang 2009 bernilai AS$350 juta di bawah prinsip Sukuk Al-Ijara yang diterbitkan oleh Sarawak Corporate Sukuk Inc. Lain-lain pencapaian AS$ termasuklah kejayaan penyenaraian utama Bon Pertukaran terjamin tanpa cagaran kupon kosong matang 2009 bernilai US$345 juta oleh IOI Investment (L) Bhd, iaitu penyenaraian bon pertukaran utama yang pertama di LFX; dan penyenaraian utama Nota Terjamin matang 2015 oleh IOI Ventures (L) Bhd.

Perniagaan perbankan persendirian kami di bawah jenama Perbankan AmPrivate menawarkan perkhidmatan pengurusan kekayaan peribadi yang lebih eksklusif dan khas untuk memenuhi keperluan para pelanggan mewah yang mempunyai kewangan yang sofistikated. Dalam tahun operasinya yang kedua, aset pengurusannya mencapai pertumbuhan yang mengkagumkan sebanyak 70.0% ketika tahun yang mencabar, iaitu RM1.2 bilion pada Mac 2005. Keupayaan kami untuk sentiasa menarik minat pelanggan berpunca daripada model perniagaan kami yang

Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad 2005

49

AMMB_BM_AR05-p2-1.qxd

8/27/05

2:44 PM

Page 50

Satu lagi mercu kejayaan untuk LFX adalah penyenaraian utama Bon Pertukaran Terjamin matang 2010 bernilai AS$120 juta oleh AMCORP Capital (L) Ltd, iaitu bon pertukaran pertama dan satu-satunya yang disenaraikan hanya di LFX. Terdahulunya, terbitan adalah penyenaraian utama atau sekunder di bursa antarabangsa yang lain selain penyenaraiannya di LFX. Terbitan ini dilindungi tiga kali, dan kesediaan pelabur-pelabur antarabangsa untuk meletakkan harga premium untuk suatu terbitan yang hanya disenaraikan di Malaysia jelas menandakan keyakinan dan penerimaan Labuan OIFC oleh para pelabur asing dan pengiktirafan LFX sebagai sebuah bursa antarabangsa.

Pengurusan Dana Perniagaan Pengurusan Dana merangkumi AmInvestment Services Berhad dan AmImvestment Management Sdn Bhd dan menyediakan pengurusan pelaburan, pengurusan unit amanah, dan penyelesaian pelaburan mengikut pesanan untuk para pelanggan runcit dan institusi.

AmIslamic, Dana Pertumbuhan AmIslamic dan Dana Pendapatan AmDividend. Bahagian Pengurusan Dana akan memperkenalkan dana-dana unit amanah baru yang mengkhusus kepada pelaburan dalam beberapa kelas aset luar pesisir untuk melengkapkan dana-dananya yang sedia ada.

Kumpulan mengekalkan kedudukannya sebagai pengurus dana ketiga terbesar dengan sejumlah RM6.9 bilion di bawah pengurusan, iaitu 12.0% daripada bahagian pasaran pada akhir Mac 2005. Jumlah dana di bawah pengurusan meningkat sebanyak RM1.7 bilion disebabkan oleh kekukuhan prestasi dana-dana pendapatan tetap dan rekod jualan dana kasar. Kumpulan juga diletakkan sebagai pengurus dana institusi terbesar dengan dana di bawah pengurusan sebanyak RM3.9 bilion pada Mac 2005.

Selanjutnya, untuk meneruskan tradisi menawarkan produkproduk pelaburan inovatif, AmInvestment Services telah melancarkan dana bon pertukaran-dagangan pertama di Malaysia dan Asia Tenggara.

Pembrokeran Saham

Kumpulan menguruskan 20 unit amanah yang merangkumi 11 dana pendapatan tetap (termasuk dua dana pendapatan tetap Islam) dan sembilan dana ekuiti (termasuk tiga dana ekuiti Islam). Di sepanjang tahun, Kumpulan telah melancarkan enam dana baru iaitu Dana AmConstant Siri I, II and III, Dana Imbangan

Walaupun prospek bagi tahun 2004/2005 pada amnya bersuasana bulis, namun peningkatan kadar pusing ganti yang dijangkakan tidak berlaku pada tahun itu. Sentimen pelabur dimalapkan oleh kekhuatiran tentang harga minyak mentah yang semakin naik; kekhuatiran yang tidak berasas tentang aliran keluar dana akibat kelonggaran tukaran mata wang asing; dan kemungkinan kenaikan kadar faedah domestik akibat kadar faedah yang tinggi di Amerika Syarikat. Berlatar belakangkan faktor-faktor ini, pusing ganti Bursa Malaysia adalah agak malap. Nilai pusing ganti Bursa untuk tahun kewangan yang sedang ditinjau berakhir rendah, iaitu menurun kepada RM434 bilion daripada RM541 pada tahun sebelumnya. AmSecurities, yang mempunyai milikan pasaran sebanyak 5.7%, mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang lebih rendah sebanyak RM31.1 juta pada TK2005 berbanding RM63.0 juta pada TK2004, yang mencerminkan kemerosotan jumlah dagangan. AmSecurities menyediakan pakej-pakej pembiayaan margin saham yang menarik. Dengan 295 remiser, ia kini sedang mempertingkatkan operasi runcitnya dengan memperluaskan pencapaiannya. Cawangan barunya di Damansara Utama dibuka pada bulan Jun 2005 dan perkhidmatan broker sahamnya di bawah model broker saham cawangan kini

‘‘

Kami ingin meningkatkan perniagaan pengurusan aset dan keupayaan kami untuk menawarkan aset alternatif kepada para pelanggan untuk melabur.

50

Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad 2005

’’

AMMB_BM_AR05-p2-1.qxd

8/30/05

7:33 PM

Page 51

peringatan, program-program kongsi-masa, kelabkelab golf dan resort. Pada akhir Mac 2005, aset pelanggan di bawah pengurusan berada pada RM6.5 bilion.

Amanah Harta Tanah AmProperty Trust Management Berhad (Amanah AmProperty) mengurus AmFirst Property Trust (AmFPT atau ‘Amanah’) yang tersenarai di Bursa. Dengan Nilai Aset Bersih sebanyak RM194.9 juta pada 31 Disember 2004, AmFPT adalah syarikat amanah harta tanah yang terbesar di Malaysia. ditawarkan di 28 cawangan AmBank. Jelas terbukti bahawa oleh kerana peruncit tetap memerlukan nasihat, perniagaan e-broking masih sesuai untuk masa akan datang.

Broker Hadapan Jumlah produk-produk Bursa Derivatif yang diniagakan meningkat sebanyak 17.0% daripada 2.2 juta kepada 2.6 juta kontrak pada TK2005 disebabkan oleh peningkatan minat para peserta asing terhadap kontrak masa depan KLCI. Seiringan dengan itu, hasil AmFutures meningkat daripada RM2.8 juta pada TK2004 kepada RM4.2 juta pada TK2005. Fokus kami selama ini terhadap perniagaan institusi telah melonjakkan kami sebagai broker pelaksana utama produk ekuiti derivatif dengan bahagian pasaran tetap berada pada melebihi 25.0% daripada jumlah dagangan. Kami mengunjur bahawa persaingan untuk perniagaan institusi asing akan menjadi lebih intensif dengan kehadiran lima peserta asing dalam produk dan derivatif ekuiti. Walaubagaimanapun, dengan persepaduan fungsi-fungsi jualan dan pemasaran kami, serta pelaksanaan pentas dagangan baru oleh Bursa Securities untuk membolehkan pelabur runcit untuk mendagangkan produk-produk ekuiti derivatif, kami yakin akan kekal kompetitif dan meneguhkan kepimpinan pasaran kami seterusnya.

Perkhidmatan-perkhidmatan Pemegang Amanah AmTrustee Berhad bertindak sebagai pemegang amanah untuk bonbon korporat, dana unit amanah, dana persaraan, taman-taman

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2004, Amanah mencatatkan pendapatan hasil sewa yang lebih tinggi, hasil pelaburan yang lebih tinggi dan perbelanjaan operasi yang lebih rendah. Pembaikan ini, ditambah pula oleh lebihan dalam penilaian semula Pusat Kepimpinan Kumpulan AmBank, telah menghasilkan peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM12.4 juta berbanding RM10.4 juta yang dicatatkan pada TK2004. Justeru, pendapatan Amanah telah bertambah kepada 8.99 seunit daripada 7.51 sen seunit pada tahun 2004. Bangunan AmBank Group mengekalkan sewaan hampir penuh di sepanjang tahun meskipun pasaran harta tanah masih kompetitif di kawasan Segi Tiga Emas Kuala Lumpur. Penyewaan lebih kurang 61,000 kaki persegi daripada ruang bersih yang boleh disewakan telah diperbaharui pada tahun 2004. Kadar penyewaan di Pusat Kepimpinan Kumpulan AmBank berada pada kira-kira 83.0%. Kadar sewa semasa di Bangunan AmBank Group adalah antara RM4.00 dan RM5.00 untuk satu kps sementara purata kadar sewa di Pusat Kepimpinan Kumpulan AmBank adalah kira-kira RM2.00 untuk satu kps. Harta tanah Amanah telah menjana purata hasil bersih sebanyak 7.2% berbanding purata industri sebanyak 6.0% yang membolehkan AmFPT mengumumkan pengedaran kasar sebanyak 7.5 sen seunit pada TK2004. Amanah akan terus mengukuhkan amalanamalan pengurusan harta tanahnya yang intensif yang merangkumi langkah-langkah untuk mengawal kos, dan pada masa yang sama, sentiasa meningkatkan segala perkhidmatan bangunannya untuk memastikan semua harta tanah Amanah terus mampu bersaing.

Mengukuhkan Francais Kami Pada tahun 2005, kami memulakan pempelbagaian pangkalan hasil selanjutnya dan mengukuhkan francais kami dengan melancarkan perniagaan Ekuiti Persendirian, perkhidmatan pengurusan REITS, dan pengembangan operasi dagangan sekuriti serantau di Singapura dan Indonesia.

Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad 2005

51

AMMB_BM_AR05-p2-1.qxd

8/30/05

7:30 PM

Page 52

PERBANKAN PERNIAGAAN DAN RUNCIT Berkuatkuasa 1 Jun 2005, segala aktiviti dan operasi perbankan komersil dan runcit Kumpulan dijalankan oleh AmBank (M) Berhad, iaitu bank komersil yang keenam terbesar di Malaysia. Tarikh ini bukan sahaja menandakan penyempurnaan penggabungan sah AmBank dan AmFinance, malah juga penyempurnaan Perasionalan Perniagaan dan penyatuan proses-proses pejabat sokongan dan rangkaian cawangan kepada satu entiti yang sah yang mempunyai infrastruktur operasi dan kemampuan yang dipertingkatkan. Penggabungan ini juga telah membolehkan para pelanggan mencapai rangkaian cawangan yang lebih luas dan penawaran produk yang lebih banyak. Bank disusun menurut dua segmen pelanggan penting iaitu segmen pelanggan Perbankan Perniagaan dan Perbankan Runcit.

Perbankan Perniagaan Perbankan IKS Kami telah menubuhkan lima Pusat Perniagaan Kawasan dan 11 Pusat Perniagaan Komersil untuk kemudahan para pelanggan. Pusat-pusat ini dibina di kawasan-kawasan penting dengan tumpuan diberi kepada Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah. Bahagian Perbankan Perniagaan meneruskan fokus pemasarannya terhadap perniagaan-perniagaan kecil dan sederhana (IKS) dan syarikat-syarikat besar terpilih dan mencatatkan pertumbuhan pinjaman sebanyak 60.0% dalam sektor IKS. Program produk-produk pinjaman diperkenalkan khusus untuk perniagaan IKS untuk membiayai pembelian harta tanah komersil dan perindustrian serta modal kerja untuk keperluan perniagaan mereka. Program-program ini mempunyai syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan menarik dan distrukturkan dalam bentuk kemudahan Islam dan konvensional. Banyak lagi program pinjaman sedang dibangunkan untuk memenuhi keperluankeperluan perniagaan dan putaran tunai segmen-segmen pelanggan IKS tertentu. Kumpulan juga menyertai beberapa pameran perdagangan anjuran Kerajaan dan sedang mempromosi skim-skim pinjaman dana BNM secara aktif, seperti Dana untuk Industri Kecil dan Sederhana, Dana Usahawan Baru, serta Skim-skim Kredit Terjamin Korporasi. Skimskim pinjaman seperti ini bertujuan untuk membantu IKS mendapatkan pembiayaan pinjaman IKS pada kadar faedah yang rendah untuk mengembangkan kemampuan atau sebagai modal kerja tambahan untuk perniagaan mereka. Operasi perikatan strategik dengan GE Commercial Finance Ltd (GE) telah dimulakan. Rujukan perniagaan dalam industri terpilih di mana GE mempunyai kehadiran antarabangsa yang kukuh juga telah bermula.

Pengurusan Tunai Untuk menyokong keperluan-keperluan IKS dengan lebih baik lagi selain pinjaman, perkhidmatan Pengurusan Tunai yang sedang dibangunkan dijangka dapat dilancarkan menjelang Disember 2005. Perkhidmatan Pengurusan Tunai akan membantu IKS untuk memperbaiki kemampuan pengurusan pengutipan,

52

Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad 2005

pembayaran dan kecairan mereka yang akan menyebabkan pengurangan menyeluruh kos operasi dan faedah/penahanan. Penyediaan perkhidmatan sebegini akan mengukuhkan lagi kedudukan Bank sebagai penyedia perkhidmatan perbankan serta menjana satu lagi sumber pendapatan berasaskan yuran. Dari segi aktiviti operasi dan sokongan, Bank sedang dalam proses mengganti perisian pinjaman korporat yang sedia ada. Kemampuan sistem pengurusan pelanggan yang lebih baik akan membolehkan Bank memperbaiki perkhidmatan pelanggan dan menawarkan produk-produk baru. Mengesan prestasi kakitangan juga sedang dipertingkatkan lagi bagi memperbaiki waktu kosong muat dan produktiviti mereka.

Operasi Di segi pengurusan risiko, tumpuan terhadap pembaikan kualiti portfolio masih diteruskan sambil memastikan yang risiko kredit yang diambil diberi pampasan yang secukupnya dengan pulangan yang sesuai. Sistem-sistem mengurus risiko juga sedang dipertingkatkan untuk memudahkan lagi pengukuran risiko dan waktu muat kosong yang lebih cepat dalam penilaian dan pemprosesan kredit. Bank menghargai kakitangannya dan sumbangan mereka terhadap pertumbuhan organisasi. Latihan sentiasa dijalankan untuk mempertingkatkan tahap kemahiran mereka. Programprogram latihan yang teratur dibangunkan bersama pelan haluan kerjaya untuk menyediakan mereka untuk kenaikan pangkat dan mengekalkan lebih ramai tenaga kerja yang berprestasi tinggi. Program-program latihan dalam mempertingkatkan prestasi kakitangan dalam memberi khidmat kepada pelanggan dalaman dan luaran, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kepuasan pelanggan, jumlah perniagaan, produktiviti dan keuntungan Bank.

AMMB_BM_AR05-p2-1.qxd

8/27/05

2:44 PM

Page 53

Perbankan Runcit

Sewa Beli

Sejajar dengan fokus “Mendahulukan Pelanggan”, strategi Bank adalah untuk membina perhubungan jangka panjang dengan para pelanggan dengan memberi perhatian kepada permintaan dan cadangan mereka, memahami keperluan mereka dan menyediakan rangkaian perbankan dan perkhidmatan berkaitan yang luas dan berkesan.

Kumpulan adalah pembiaya terbesar kenderaan bermotor dengan jumlah portfolio pinjaman sebanyak RM16.2 bilion iaitu bersamaan dengan bahagian pasaran hampir 24.0%. Di sepanjang tahun, Kumpulan telah membayar sejumlah RM7.2 bilion pinjaman sewa beli baru iaitu satu peningkatan yang bermakna sebanyak 31.8%.

kewangan

Dalam mengikuti strategi ini, Bank terus mengira semula dan mengembangkan 171 rangkaian cawangannya kepada pusat-pusat jualan dan perkhidmatan, dan melabur untuk terminal layandiri yang lebih mudah – 54 pusat perbankan; 228 ATM; perbankan bergerak dan perbankan internet. Tindak balas pelanggan terhadap perkhidmatan perbankan yang lebih mudah menunjukkan urus niaga melalui saluran-saluran alternatif ini semakin meningkat. Kami juga menggunakan sistem dan proses Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM) untuk menjual produk dan perkhidmatan yang sesuai bagi memenuhi keperluan pelanggan apabila perlu. Perkhidmatan pelan kewangan yang komprehensif yang meliputi keperluan pelaburan, persaraan dan perlindungan aset pelanggan ditawarkan melalui pakar-pakar pengurus kewangan. Di sepanjang tahun, pinjaman runcit mencatatkan pertumbuhan sebanyak 14.0%, naik kepada RM30 bilion pada akhir Mac 2005, dengan simpanan runcit menunjukkan peningkatan sebanyak 10.3% kepada RM18.2 bilion.

Pertumbuhan pembayaran ini disebabkan oleh penjualan kenderaan baru yang kukuh, terutamanya dalam segmen bukan kereta nasional, strategi penentuan harga yang kompetitif, serta perhubungan rapat dengan rakan-rakan perniagaan yang dihargai – panel yang mengandungi seramai 5,000 wakil penjual kereta di seluruh negara yang kerap dikunjungi oleh pengurus-pengurus cawangan untuk memberikan perkhidmatan peribadi. Bank terus mengukuhkan kehadiran pasarannya dalam perniagaan pembiayaan kenderaan penumpang dengan menyusun semula 56 pusat Perniagaan Sewa Beli kami dan menyertai jerayawara, karnival jualan, serta promosi bersama wakil-wakil penjual kenderaan bermotor di seluruh negara secara aktif. Kami juga telah memperkenalkan beberapa produk dan perkhidmatan kompetitif untuk membiayai keperluankeperluan modal kerja wakil-wakil kereta. Di samping syarat-syarat sewa beli yang kompetitif, para pelanggan kami juga meraih faedah daripada perkhidmatan kami yang lain yang dimuatkan dalam satu pakej kewangan – kad kredit, insurans peribadi dan kemudahan overdraf. Kami juga melaksanakan Sistem Skor Kredit sebagai salah satu usaha kami untuk mengurus risiko kredit dengan bijak. Sistem ini menghasilkan peningkatan waktu muat kosong pemerosesan kredit untuk para wakil penjual dan pelanggan kami. Bank sekali lagi mencipta tanda ukur industri dengan pencapaian pentauliahan ISO9001:2000 Bahagian Sewa Belinya oleh Moody International Certification (Malaysia) Sdn Bhd untuk pemerosesan, dokumentasi, pembayaran dan khidmat pelanggan sewa belinya pada Jun 2004. Sejajar dengan fokus “Mengutamakan Pelanggan”, kami adalah Bank pertama yang memulakan pemeriksaan mandatori ke atas semua kereta terpakai yang dibiayai oleh PUSPAKOM, iaitu badan rasmi yang diberi kuasa memeriksa kenderaan, untuk memastikan para pelanggan membeli kenderaan yang layak dan selamat dipandu di jalan raya. Mengambil kesempatan ke atas pangkalan data kami yang luas, kami menyediakan panduan harga untuk bakal pembeli kenderaan dan menerbitkan harga kenderaan terpakai dalam akhbar New Sunday Times sebagai rujukan mereka. Mengambil kira ramalan jualan kenderaan bermotor yang bertenaga pada tahun 2005, oleh Persatuan Otomatif Malaysia, kami akan meneruskan usaha untuk mengukuhkan kedudukan utama kami dalam pasaran dan mengekalkan kedudukan kami sebagai pembiaya kereta utama dalam negara.

Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad 2005

53

AMMB_BM_AR05-p2-1.qxd

8/27/05

2:44 PM

Page 54

Pinjaman Gadai Janji Dengan portfolio gadai janji bernilai kira-kira RM8.2 bilion, Kumpulan AmBank telah meningkatkan bahagian pasaran kepada 6.2%, yang menjadikannya antara lapan peminjam terbesar di negara ini. Di sepanjang tahun, Kumpulan telah meluluskan pinjaman perumahan bernilai kira-kira RM2.3 bilion, peningkatan sebanyak 14.3% berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan kelulusan pinjaman ini berpunca daripada aktiviti pemasaran yang agresif – inisiatif-inisiatif penggabungan produk, perkongsian strategik bersama pemaju-pemaju terbaik dan agenagen hartanah, serta penyertaan aktif dalam pelancaran jualan dan ekspo hartanah utama, seperti MAPEX, anjuran Persatuan Hartanah dan Pemaju Perumahan. Kami juga meneruskan usaha untuk menyesuaikan pinjamanpinjaman gadai janji dan mempertingkatkan ciri-ciri produk Skimskim ‘Home Free’ dan ‘Home Loan’ AmBank untuk memenuhi keperluan pelanggan dan menyaingi produk yang ditawarkan oleh para pesaing. Pelanggan yang layak untuk gadai janji kediaman juga menikmati faedah-faedah tambahan seperti kad kredit, perlindungan insurans dan lain-lain perkhidmatan perbankan. Pakejpakej pembiayaan akhir ditawarkan secara eksklusif untuk projekprojek terpilih yang berdaya maju. Untuk mengekal kemampuan bersaing dan mempertingkatkan tahap perkhidmatan pelanggan, kami telah melaksanakan beberapa inisiatif strategik untuk memperbaiki produktiviti perniagaan. Antara inisiatif-inisiatif tersebut adalah: Cabaran Produktiviti Setengah Tahun; lebih banyak program pemasaran jualan dan latihan yang lebih komprehensif and teratur; program kesedaran pelanggan; serta penyusunan semula proses-proses operasi dalaman untuk mengurangkan kos. Antara inisiatif-inisiatif penting yang dimulakan di sepanjang tahun adalah – sistem skor kredit runcit, melantik khidmat luar untuk proses-proses kemasukan data permohonan pinjaman, dan pelaksanaan pemeriksaan kredit dalam talian dalam sistem Biro Kredit Bank Pusat, CCRIS – yang semuanya membantu mengurangkan lagi waktu muat kosong. Dalam membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri, Kumpulan melanjutkan skim-skim mikro-kreditnya, seperti “Tabung Perumahan Ehsan”. Ia juga menyediakan pembiayaan untuk 12,000 unit hartanah kediaman berharga RM180,000 kebawah bagi tempoh 1 Julai 2003 sehingga 31 Disember 2004. Malah, Kumpulan menjangkaui sasaran ini dengan membiayai sejumlah 12,173 unit rumah.

Pada tahun hadapan, kami akan terus memperbaiki kemampuan produk-produk pinjaman gadai janji kami yang kompetitif dengan menambah saluransaluran jualan langsung dan melaksanakan skimskim kesetiaan yang berkesan.

Kad Kredit dan Kemudahan Kredit Kad-kad kredit AmBank dalam peredaran meningkat sebanyak 61.1% kepada 361,700 unit kad hasil pelaksanaan aktiviti-aktiviti promosi yang agresif di bawah payung “Let’s Duit”, yang menawarkan barangan gaya hidup bernilai tinggi, seperti TV warna, mesin faks 3-dalam-1 dan pemain muzik MP3, dan perikatan jenama. Kad kredit belum terima yang belum dituntut melebihi tanda setengah bilion meningkat kepada RM560 juta pada akhir Mac 2005. Kumpulan juga menawarkan keahlian kad kredit pra-lulus yang dipakej bersama produk-produk pinjaman runcit yang lain seperti pinjaman perumahan dan pembiayaan kenderaan. Inisiatifinisiatif pemasaran yang lain adalah program Pemindahan Baki dan program pembayaran ansuran mudah dan peraduan penggunaan kad ‘DreamCharge’.

‘‘

Runcit itu remeh kerana ia terperinci, namun begitu ia berkait dengan perhubungan peribadi. Ini bermakna kita memerlukan kakitangan bertenaga yang berasa senang hati dengan tugas mereka, yang memahami cara sumbangan mereka dan mahu berbincang dengan para pelanggan tentang keperluan mereka yang sebenarnya.

’’

54

Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad 2005

AMMB_BM_AR05-p2-1.qxd

8/27/05

2:44 PM

Page 55

‘‘

Kesungguhan kami adalah pada perhubungan insan. Dalam perniagaan berasaskan perkhidmatan, insan adalah kunci kejayaan kerana perkhidmatan sebenarnya adalah mengenai membina, mengekalkan dan memupuk sesuatu perhubungan. Deposit Pelanggan

Di samping ‘Redhall Gallery’, iaitu satu program ‘Mall-On-Call’ yang menawarkan katalog membeli-belah untuk ahli-ahli kad, Kumpulan baru-baru ini melaksanakan program kesetiaan dengan RealRewards. Kad kredit Islam pertama di Malaysia -– Kad Kredit-i Al-Taslif – juga mencatatkan pertumbuhan kukuh. Kad unik ini dikeluarkan mengikut prinsip-prinsip Islam Al-Bai-Inah. Ia adalah satu-satunya kad kredit Islam di Malaysia yang membolehkan pemegangnya mengerjakan Umrah melalui plan ansuran 12-bulan Perkhidmatan Pelancongan Tabung Haji. Kad ini juga boleh digunakan untuk membayar zakat di mana-mana cawangan kami menerusi saluran-saluran perbankan internet, serta pusat-pusat pengutipan Negeri masing-masing. Perikatan strategik antara Kumpulan dan MBf Cards (M) Sdn Bhd juga terbukti berjaya dengan jumlah kad-kad kredit belum terima berada pada RM1.39 bilion. Dalam mengagregatkan pembiayaan belum terima AmBank dan MBF Cards, jumlah baki kredit belum terima meningkat sebanyak 26.6% kepada RM1.95 bilion. Pada bulan Disember 2004, kami telah berjaya menghijrahkan semua kad-kad kredit berjalur magnet kepada kad-kad kredit yang mematuhi EMV, dan meraih faedah daripada kejayaan mengurangkan penipuan kad dalam industri. Untuk menyokong pertumbuhan pantas perniagaan kad kredit, kami kini menggunakan sistem Cardpro.

’’

Sejajar dengan pengembangan pinjamannya, jumlah deposit yang digerakkan juga meningkat sebanyak RM2.1 bilion atau pada 4.6% kepada RM46.5 bilion. Simpanan Islam naik mendadak sebanyak RM990.0 juta, iaitu meningkatkan asas simpanan kepada RM3.2 bilion pada 31 Mac 2005. Kumpulan terus menggunakan cawangan untuk menarik simpanan kos rendah dan deposit akaun semasa, sementara cawangan-cawangan juga diperuntukkan sasaran-sasaran deposit yang tinggi. Antara kempen-kempen pemasaran yang telah dilaksanakan adalah pengenalan kotak duit syiling unta yang baru untuk akaun-akaun simpanan kanak-kanak dan promosi produk-produk akaun simpanan bersama rangkaian kedai Popular Bookstores & Grolier International Scholastic. Satu lagi kempen pemasaran yang berjaya adalah kerjasama dengan Kumpulan Genting dalam menawarkan baucer-baucer diskaun untuk tamantaman hiburannya. Sementara itu, kerjasama dengan Kumpulan Sapura membolehkan para pelanggan deposit tetap kami membeli telefon bimbit pada harga diskaun. Berkuatkuasa 1 Jun 2005, kami akan mempromosi kesedaran tentang pertukaran syarikat kewangan kepada bank komersil yang kini menawarkan akaun-akaun semasa. Dalam tempoh 12 bulan selanjutnya, kami bermatlamat untuk menggandakan permintaan deposit yang digunakan daripada RM1.5 bilion pada Mac 2004.

Pada tahun 2005, kami akan memperkenalkan kad platinum dan menawarkan para pemegang kad kami lebih banyak produkproduk gaya hidup dengan memperluaskan rangkaian saudagar kami. Kami juga dalam perjalanan ke arah mencapai sasaran 500,000 kad pada tahun 2006.

Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad 2005

55

AMMB_BM_AR05-p2-1.qxd

8/27/05

2:44 PM

Page 56

PERBANKAN ISLAM Operasi Perbankan Islam Kumpulan mencatatkan pertumbuhan kukuh di sepanjang tahun dengan peningkatan jumlah aset kepada RM9.1 bilion pada akhir Mac 2005 yang meliputi 14.6% daripada jumlah aset Kumpulan. Pengembangan pesat jumlah aset berpunca daripada operasi-operasi pinjaman runcit, sewa beli dan pinjaman perumahan. Kumpulan mengekalkan kedudukannya sebagai salah satu daripada pembiaya utama Sewa-Beli-i dengan nilai belum terima berjumlah RM4.1 bilion pada akhir Mac 2005. Produkproduk lain yang melaporkan pertumbuhan kukuh adalah Pembiayaan Dagangan-i, kad kredit-i AlTaslif dan Pembiayaan Peribadi-i. Aktiviti-aktiviti promosi yang lain meliputi pembukaan kiosk korporat di forum kepimpinan ASEAN; “Forum Perniagaan OIC Ke-2 – Meraih Pengaruh daripada Kemajuan, Perpaduan dan Takdir Dikongsi,” anjuran ASLI; dan “Pameran Halal Antarabangsa Malaysia yang Pertama 2004 (MIHAS) anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Di samping itu, Kumpulan juga telah menerima anugerah ‘Kiosk Terbaik’ untuk dua tahun berturut-turut semasa Ekspo Perbankan Islam dan Takaful Tahunan (IBT EXPO 2004) anjuran Persatuan Institusi–institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM).

Berdasarkan rekod pencapaian dan kadar pertumbuhannya, Kumpulan yakin boleh mencapai sasaran BNM berikutnya dalam tahun 2007, bahawa aset-aset perbankan Islam bertanggungjawab terhadap lebih daripada 15.0% jumlah aset Kumpulan.

Perbankan Pelaburan Di segi aktiviti perbankan pelaburan Islam, untuk tiga tahun berturut-turut, AmMerchant Bank berada di tangga teratas dalam carta liga dengan perasalan bon-bon korporat Islam sebanyak RM4.5 bilion untuk tahun 2004, dan menerima semua anugerah daripada dua agensi pengkadaran tempatan iaitu RAM dan MARC.

Perbankan Runcit Untuk memperbaiki perkhidmatan pelanggan, operasi Akaun-i Pelaburan Afdhal dipertingkat dan dikomputerkan sejak Mei 2004. Dengan kerjasama kempen “Saving is FUN” Kumpulan pada bulan Jun 2004, kami telah melancarkan kotak duit syiling Islam yang baru yang berbentuk kubah emas yang amat digemari pelanggan. Kami juga telah melancarkan kempen kad kredit-i AmBank Al-Taslif, kempen ‘Percuma Sepanjang Hayat’.

Promosi Di sepanjang tahun, kami telah menyertai beberapa aktiviti penerangan untuk meningkatkan kesedaran tentang perbankan dan produk-produk pembiayaan Islam, termasuklah ceramahceramah bertajuk “Kad Al-Taslif – Inovasi dalam Instrumen Pembayaran”; “Arah Aliran Baru dalam Perbankan Islam di Malaysia”; dan “Perbankan Islam di Malaysia: Bertahan menentang Institusi Perbankan Antarabangsa & Konvensional yang lain”.

56

Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad 2005

Kami juga berkongsi pengalaman dalam pelaksanaan perkhidmaan perbankan Islam apabila Kumpulan menjadi tuan rumah kepada delegasi yang terlibat dalam “Lawatan Kajian mengenai Perbankan Islam dari Republik Kyrgys” anjuran Bank Pembangunan Islam (IDB) dengan kerjasama Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri. Di bulan Oktober 2004, Kumpulan juga menerima kunjungan delegasi dari University of St. Gallen, Switzerland. Di peringkat antarabangsa pula, Kumpulan telah menaja “Persidangan Kewangan Islam Antarabangsa Labuan yang Pertama” anjuran Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan” pada Julai 2004.

Produk-produk Baru Kumpulan juga mengambil peluang untuk menyumbang terhadap kesejahteraan masyarakat melalui kad kredit-i Al-Taslif yang menawarkan program ‘pemulangan wang’ khas

AMMB_BM_AR05-p2-1.qxd

8/27/05

2:44 PM

Page 57

‘‘

Kami telah merancang inisiatif-inisiatif strategik kami dengan teliti untuk mempertingkatkan kepentingan produk-produk, membolehkan kemunculan budaya jualan yang kuat, serta memperbaiki perkhidmatan dan operasi semua cawangan dan lain-lain saluran perkhidmatan.

’’

AmBonus. Para pemegang kad menerima poinpoin AmBonus bernilai RM1.00 untuk setiap RM100.00 yang dibelanjakan yang boleh ditebus untuk yuran kad mereka. Jumlah lebihan terkumpul selepas penebusan oleh pelanggan berjumlah RM352,238 telah didermakan kepada organisasi tertentu di seluruh negara di bawah kempen “Share & Care” – iaitu Sumbangan Amal Pemegang Kad Al-Taslif sempena bulan Ramadhan pada bulan November 2004. Kami juga melanjutkan perikatan dengan satu lagi pusat pengutipan zakat, iaitu Pusat Zakat Melaka, untuk melengkapkan perkhidmatan Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan yang sedia ada. Para

pelanggan kami juga boleh membayar zakat melalui perbankan dalam talian, cawangan dan kad kredit-i Al-Taslif. Selain itu, kami telah melaksanakan satu lagi kelebihan eksklusif untuk pemegang kad kredit Al-Taslif iaitu Plan Pembayaran Mudah Pakej Umrah menerusi Tabung Haji Travel and Services Sdn Bhd. Sejajar dengan fokus kami terhadap “Mendahulukan Pelanggan” (Customer F.I.R.S.T) dan strategi penawaran produk yang komprehensif, kami akan memperkenalkan beberapa produk dan perkhidmatan baru seperti Pembiayaan-i Korporat PelbagaiPeringkat, Pembiayaan-i Kadar berbeza untuk membiayai pembelian hartanah yang sudah siap, Pembiayaan-i Kadar FleksiTetap Perumahan dan Cashline-i. Susulan cadangan BNM agar perniagaan perbankan Islam dikendalikan melalui subsidiari lain dan bukannya menerusi model perniagaan “bank di dalam bank” yang sedia ada, AmIslamic Bank dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2006. Kami telah pun mendapatkan kelulusan bersyarat untuk bank Islam tersebut dan kini sedang memuktamadkan butiran operasi, termasuklah penggunaan teknologi yang berkenaan bagi menampung proses-proses perniagaan, meningkatkan pengurusan risiko dan menyediakan kemudahan tanpa garisan supaya mudah digunakan para pelanggan melalui rangkaian saluran penghantaran yang lebih luas. Untuk melengkapkan asas kukuh yang terbina dalam perbankan Islam runcit dan pelaburan untuk AmIslamic Bank, tumpuan usaha kumpulan yang seterusnya adalah untuk memperolehi lesen untuk mengendalikan perniagaan insurans Takaful.

INSURANS Perniagaan insurans kekal sebagai fokus utama strategi pengurusan kekayaan Kumpulan. Pertumbuhan yang bermakna dalam insuransinsurans hayat dan am telah dicapai, yang mendahului pertumbuhan pasaran dan meningkatkan milikan pasaran AmAssurance.

MEM BA YA R

I &N AM KA O P SIK RI

Di segi pendapatan premium tahunan, AmAssurance kini berada di tangga ke-4 dalam industri insurans am dan ke-7 industri insurans hayat. Ia juga mencapai premium kasar keseluruhan sebanyak RM702.0 juta iaitu peningkatan sebanyak 24.0% berbanding tahun sebelumnya. Di sebalik pertumbuhan kukuh ini, keuntungan sebelum cukai adalah rendah pada RM32.2 juta yang mencerminkan pasaran ekuiti sekarang. M N Jumlah aset bertambah sejajar dengan pertumbuhan perniagaan ME EM UTA HAR NE AH NT sebanyak RM1.5 bilion, peningkatan sebanyak 24.0%. GA TA TU

KA

S

SK

RA

N

Perniagaan am mencatatkan premium kasar sebanyak RM390.5 juta, peningkatan melebihi 20.0% untuk tiga tahun berturut-turut. Premium-premium motor menguasai lebih darpada 79.0% jumlah volum yang dijana. Ini meningkatkan lagi bahagian pasaran premium motor AmAssurance kepada U 9.2% pada akhir Mac 2005 dan meletakkannya sebagai penaja jamin insurans R GU MEN bermotor utama. Pertambahan bahagian pasaran ini sebahagiannya berpunca daripada aktiviti-aktiviti jualan silang dan keluaran ikatan bersama akaun-akaun pinjaman sewa beli serta usaha kami untuk membayar tuntutan dengan cepat. AN

GU

G

Insurans Am

KO

MEN

PERNIAGAAN INSURANS KAMI

N

RIS

IK O

Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad 2005

57

AMMB_BM_AR05-p2-1.qxd

‘‘

8/27/05

2:44 PM

Page 58

Kami merancang untuk meluaskan milikan pasaran kami.

’’

Insurans Hayat

Perniagaan insurans hayat juga menunjukkan momentum pertumbuhan dengan peningkatan pendapatan premium sebanyak 22.0% kepada RM312.1 juta. Dana pemegang polisi hayat bertambah sebanyak 28.0% kepada RM811.1 juta. Kami yakin bahawa ia akan melepasi garisan RM1.0 bilion dalam tahun 2006.

Memenuhi Keperluan Pelanggan Bagi menyokong pengembangan jumlah perniagaan yang pesat, AmAssurance telah melabur dalam perisian dan teknologi baru untuk sistem-sistem utama insurans hayat dan amnya yang akan mula beroperasi dalam tahun 2006.

• Service 1st, Our Promise Untuk memberi penekanan terhadap komitment kami terhadap perkhidmatan, AmAssurance telah memperkenalkan slogan baru iaitu “Perkhidmatan Diutamakan, Janji Kami” atau “Service 1st, Our Promise”. Ini terkandung dalam semua brosur dan papan iklan kami di seluruh negara.

Sistem baru ini akan membolehkan kami memiliki maklumat pemegang polisi kami yang disatukan, sekaligus menyediakan pangkalan data untuk pemasaran yang berasaskan sasaran. Di sepanjang tahun, kami juga telah memulakan produk, promosi dan kempen berikut untuk melengkapkan perkhidmatan-perkhidmatan SMS Alert, Program Perhubungan Pelanggan, AmAuto dan AmEasipay yang dilancarkan dalam tahun 2004. •

Para kakitangan dan agen sentiasa dilatih dan proses-proses mendefinisi-semula untuk membolehkan kakitangan kami memenuhi tanggungjawab mereka. Latihan profesional untuk para agen adalah wajib di mana agen-agen dikehendaki menjalani sejumlah jam latihan minima setahun untuk layak memperbaharui kontrak-kontrak agensi mereka. •

AmGen3 Susulan kejayaan pelancaran produk-produk berkait-pelaburan, AmAssurance telah memperkenalkan AmGen3 iaitu produk hayat tiga-generasi yang menyediakan keperluankeperluan insurans untuk anak-anak para pemegang polisi.

Tinjauan Pampasan Agensi Hayat Untuk menggalakkan lebih tenaga agensi hayat profesional, AmAssurance membuat tinjauan terhadap model pampasan agensinya supaya agen-agen, yang mana aliran pendapatan tetap mereka terjamin, digalakkan untuk menganggap bahawa pengedaran produk-produk insurans sebagai satu kerjaya.



Tele-pemasaran Tele-pemasaran telah menjadi saluran alternatif jualan yang penting dan AmAssurance telah mengambil langkah untuk memulakan beberapa program jualan.



M.O.B.I.L.E. Mengambil kesempatan ke atas warisan AmAssurance sebagai ahli institusi kewangan terunggul, AmAssurance telah melancarkan konsep unik M.O.B.I.L.E. (Malaysian One Stop Banking & Insurance Lifetime Entrepreneur), iaitu Perbankan Setempat & Usahawan Insurans Sepanjang Hayat Malaysia. Ini membolehkan agen-agen menjual beberapa produk kewangan yang terkumpul bagi memenuhi keperluan para pelanggan mereka.

Dengan pengaruh rangkaian cawangan Kumpulan yang luas dan sinergi antara kumpulan yang lebih kuat, yang disokong oleh seramai 7,986 agen, di mana 5,377 antara mereka adalah agen insurans hayat, AmAssurance kini sedang menuju matlamatnya untuk menaja jamin premium kasar melebihi RM1 bilion pada tahun 2006.

58

Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad 2005

AMMB_BM_AR05-p2-1.qxd

8/30/05

7:33 PM

Page 59

SISTEM TEKNOLOGI MAKLUMAT Perbelanjaan modal teknologi maklumat untuk TK2005 didorong oleh keperluan-keperluan perniagaan untuk memenuhi momentum pertumbuhan Kumpulan susulan penggabungan operasi perniagaan bank komersil dan syarikat kewangan untuk menjadi sebuah bank komersil yang mempunyai rangkaian cawangan dan pencapaian pelanggan yang lebih luas. Pelaburan teknologi maklumat Kumpulan bagi TK2005 adalah sebanyak RM74.4 juta berbanding RM48.3 juta di tahun sebelumnya, sementara perbelanjaan operasi teknologi maklumat meningkat sedikit sebanyak 3.4% kepada RM149.0 juta.

Pelaburan Hampir 51.0% daripada perbelanjaan modal tertumpu kepada peningkatan sistem-sistem perniagaan utama, iaitu kemampuan membina perbankan komersil dan runcit Kumpulan, perniagaanperniagaan insurans; penyatuan pengurusan kewangan Kumpulan; peningkatan tahap pusat hubungan pelanggan; memperbaiki perkhidmatan pelanggan dan promosi kemudahan-kemudahan perkhidmatan. Untuk menampung perkhidmatan baru dan pertambahan saluran, kami telah menukar keseluruhan komunikasi suara dan data di serata Kumpulan kepada Lebuhraya Hebat Maklumat Korporat yang mempunyai kelajuan yang lebih tinggi serta perkhidmatan uptime yang lebih baik yang seterusnya akan mempertingkatkan tahap keyakinan pelanggan.

Perbankan Perniagaan telah mempertingkatkan proses-proses pinjaman korporat dan IKS untuk memperbaiki segala kawalan dan kecekapannya. Antaranya adalah peningkatan sistem Kemudahan Perkadaran Kredit Bank yang mempercepat dan mempercekapkan pemerosesan pinjaman. Selain itu, sistem Pemulihan Pinjaman Kumpulan juga telah dilaksanakan bagi mengurangkan waktu muat kosong mendapatkan semula pinjaman. Bank juga sedang melaksanakan Sistem Pengurusan Tunai untuk melengkapkan strategi pempelbagaian pendapatan perniagaannya.

Perbankan Pelaburan

Perbankan Runcit dan Komersil Bank telah memulakan penyatuan infrastruktur sistem-sistem teknologi maklumat untuk perbankan runcit dan perniagaan, mempertingkatkan kemudahan gudang data kumpulannya, dan mempertingkatkan sistem-sistem internet dan mudah alihnya untuk meningkatkan kecekapan operasi. Peningkatan pusat hubungan pelanggan memudahkan mereka menggunakan semua produk dan perkhidmatan kewangan. Pusat hubungan ini mempunyai teknologi sokongan canggih yang dilengkapi dengan pengurusan tenaga kerja, pendail peramal berautomasi, persepaduan pelbagai saluran, pengurusan perhubungan pelanggan, dan pengesan permintaan perkhidmatan berautomasi – semuanya membantu kami dalam memberikan tindak balas yang cepat terhadap keperluan kewangan pelanggan. Dengan kemudahan perbankan yang luas dan teknologi sokongan layan-diri berautomasi ini, para pelanggan boleh mengharapkan perkhidmatan yang lancar dan mudah. Untuk memenuhi permintaan pencapaian perkhidmatan perbankan yang lebih mudah, Perbankan Runcit telah menubuhkan 35 pusat perbankan elektronik dan terminal pendepositan tunai di semua cawangan-cawangan utamanya di seluruh negara, yang menjadikan jumlah bilangan mesin teler automatiknya kepada 54.

Sejajar dengan objektif strategiknya untuk mencapai penguasaan pasaran modal domestik dan kawasan, Bahagian Perbankan Pelaburan Kumpulan telah memulakan beberapa sistem yang dibolehkan teknologi maklumat, sistemsistem automasi di semua aktiviti utama, sekunder dan pasaran berasaskan aset, serta permulaan sistem Kewangan Korporat berasaskan web di cawangan-cawangan. Inisiatif-inisiatif utama termasuklah: pembangunan sistem derivatif ekuiti untuk memudahkan pengautomasian proses-proses perniagaan semasa dan penglaporan untuk mencapai waktu muat kosong yang lebih tinggi dan menambah volum urus niaga; serta peningkatan sistem-sistem Derivatif Perbendaharaan, Perbankan Persendirian dan Pengurusan Portfolio. Di segi dagangan pula, platform Bursa yang baru untuk AmFuture mampu untuk menjalankan dagangan pelbagai pasaran (derivatif dan ekuiti).

Projek-projek teknologi maklumat penting yang lain termasuklah: pertukaran kad-kad konvensional berjalur magnet kepada kad-kad pintar berasaskan cip pematuhan EMV untuk menyokong pertumbuhan perniagaan kad kredit; penubuhan pusat pengutipan runcit berpusat dan sistem-sistem skor kredit untuk memperbaiki kadar pemulihan perniagaan runcit dan pengurusan risiko. Pelaburan di bidang-bidang ini dijangka dapat mempertingkatkan kualiti aset runcit, jualan pengguna, gadai janji dan perkhidmatanperkhidmatan kad.

Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad 2005

59

AMMB_BM_AR05-p2-1.qxd

8/27/05

2:44 PM

Page 60

Insurans

Memandangkan Ke hadapan

Strategi pertumbuhan AmAssurance yang dinamik memerlukan pertukaran sistem-sistem utama bagi insurans hayat dan amnya. Sejajar dengan misi AmAsssurance untuk “Melabur untuk berkembang” (“Invest to grow”), Sistem Insurans Komposit yang baru disasarkan untuk memudahkan pengeluaran pertumbuhan perniagaan sebanyak 30.0% kepada 50.0% setahun. Ia juga telah meningkatkan ibu pejabat dan infrastruktur di rangkaian cawangannya dan melaksanakan sistem penghantaran pesanan korporat di semua cawangan di seluruh negara. Ini adalah untuk memenuhi keperluan perkhidmatan urus niaga yang bertambah dan perlunya kaedah mendapatkan semula maklumat yang cepat, tepat dan cekap untuk membuat keputusan.

Pada tahun-tahun kehadapan ini, keseluruhan pelaburan IT Kumpulan dalam produk-produk perniagaan utama dijangka stabil. Walau bagaimanapun, sejajar dengan kebijaksanaan Kumpulan dalam mengurus risiko, pelaburan IT dalam teknologi keselamatan dalam bidang-bidang pengurusan senang terdedah dan pengesanan gangguan mungkin bertambah bagi menyokong proses-proses dan aplikasi-aplikasi masa nyata perniagaan.

SUMBER MANUSIA Cabaran Insan Permintaan persekitaran perniagaan yang kian meningkat adalah menyeluruh dan sentiasa mendatangkan tekanan kepada persekitaran pengoperasian dalaman. Pengurusan terus mencabar kemampuannya untuk menjalankan operasi di tahap yang lebih tinggi sebagai gerak balas terhadap ancaman-ancaman kompetitif dan persekitaran yang berubah-ubah. Di segi faktor insan, satu cabaran perniagaan utama dan berterusan adalah mendapat dan mengekalkan kakitangan yang tepat dan sesuai bagi menyokong pertumbuhan organisasi. Menarik kakitangan untuk menyertai Kumpulan hanyalah sebahagian daripada dimensi itu. Isu yang lebih penting adalah untuk mengekalkan tenaga kerja itu dan memperbaiki kemahiran mereka serta menjadikan mereka berdaya saing dan berupaya meningkatkan kredibiliti serta tahap produktiviti sendiri. Menyedari cabaran-cabaran ini, Sumber Manusia bermatlamat untuk menyediakan untuk Kumpulan untuk membolehkannya melaksanakan strategi, mengendalikan operasi dengan cekap dan mempunyai kemahiran untuk mengurus kakitangan kami dan mengurus perubahan. Sejajar dengan ini, beberapa inisiatif penting telah dilaksanakan di sepanjang tahun.

Selaras dengan objektif keseluruhan perniagaan, strategi pelaburan teknologi Kumpulan adalah untuk memastikan Kumpulan berada di kedudukan yang terbaik untuk memberi tindak balas terhadap persaingan yang bertambah, pematuhan peraturan yang lebih ketat, pencerobohan globalisasi, dan kelonggaran pasaran-pasaran kewangan domestik.

Mengurus Prestasi dan Ganjaran Kumpulan telah melancarkan rangka kerja Pengurusan Prestasi yang menekankan pendorongan prestasi dan keputusan menerusi satu rangka kerja yang lebih tersusun yang berpusatkan fokus strategik Kumpulan. Petunjuk-petunjuk atau KPI telah diterjemahkan dan tahap pencapaiannya dikesan dengan sewajarnya. Penekanan dan penilaian juga dibandingkan dengan keupayaan-keupayaan tertentu yang perlu difikirkan oleh setiap individu dalam prestasi mereka. Ganjaran adalah sejajar dengan tahap pencapaian yang telah dikenal pasti dan kami sentiasa meletakkan struktur ganjaran Kumpulan pada tahap yang kompetitif dan sejajar dengan pasaran.

Mempromosikan Persekitaran Pembelajaran Kami meneruskan usaha untuk beralih daripada penyelesaian latihan yang terasing kepada yang memudah dan menguruskan proses-proses perubahan dalam organisasi dan pertumbuhan kerjaya individu. Kami juga sentiasa menilai pendekatan pembelajaran bersepadu dan lain-lain campur tangan untuk memperbaiki prestasi insan dan menangani segala keperluan individu dan organisasi. Latihan bilik darjah dalam Kumpulan memberi penekanan terhadap sokongan teknikal untuk latihan-latihan kemahiran dan pengetahuan. Ini terus ditekankan dalam program-program yang berkaitan sistem, pengetahuan produk dan fungsi-fungsi tertentu serta kemahiran yang memastikan bahawa kakitangan kami mampu menjalankan kerja-kerja mereka dengan berkesan.

‘‘

Bekerjasama untuk mencapai prestasi dan pertumbuhan!

60

Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad 2005

’’

AMMB_BM_AR05-p2-1.qxd

8/27/05

2:44 PM

Page 61

Pembangunan kursus-kursus yang ditawarkan bertujuan untuk memperbaiki kemahiran dan pengetahuan serta membentuk sikap kakitangan. Penekanan terhadap program-program pentauliahan terutamanya untuk peraturan kredit, peraturan yang lain dan keperluan-keperluan dalaman yang lain disokong oleh programprogram dan tuisyen dalaman yang kerap dijalankan. Sejajar dengan pertukaran syarikat kewangan kepada bank komersil, latihan tertumpu kepada usaha mempertingkatkan kemahiran kakitangan AmFinance untuk menyokong pengoperasian bank komersil. Sejumlah kira-kira RM5.5 juta dibelanjakan bagi menyokong program-program latihan dalam Kumpulan.

‘‘

Pertukaran Fungsi Sumber Manusia Fungsi Sumber Manusia juga menjajarkan struktur dan perananperanannya untuk memenuhi permintaan perniagaan serta membentuk penghantarannya untuk memenuhi keperluankeperluan strategik perniagaan; menyediakan penyelesaian dan memusatkan peranan-peranan urus niaga untuk Kumpulan. Sejajar dengan perkara di atas, pelaksanaan sistem HRMS menyokong konsep memindahkan kerja-kerja urus niaga pelbagai entiti di dalam Kumpulan kepada satu Pusat Perkhidmatan Kumpulan. Kami komited terhadap penggunaan teknologi untuk membolehkan Kumpulan melaksanakan satu sistem perkhidmatan layan diri untuk kakitangan.

Para pelanggan adalah nadi perniagaan kami. Kami sentiasa mencari jalan untuk menguatkan perhubungan pelanggan yang sedia ada dan membangunkan yang baru.

Sumber Manusia akan terus menyediakan bekalan tenaga kerja untuk Pusatpusat Kecemerlangan di bidang-bidang tertentu seperti pembangunan dan pertukaran modal insan, prestasi dan ganjaran, pengurusan beban kerja dan pusatpusat pembelajaran untuk menguatkan lagi strategi dan fokus terhadap tenaga kerja.

’’

KESEDARAN TERHADAP ALAM SEKITAR Pembangunan Mampan dan Alam Sekitar Kumpulan AmBank menyedari bahawa alam semulajadi menampung semua yang dilakukan oleh manusia termasuk perniagaan. Usaha-usaha pemeliharaan kami dibuktikan oleh penajaan berterusan unta-unta di Zoo Negara Malaysia, derma kepada Tabung Alam Sedunia (WWF), serta sumbangan terhadap beberapa program kebersihan anjuran pihak-pihak berkuasa tempatan sejak tahun 1980an. Sejajar dengan seruan Kerajaan untuk ‘Mengurang, Mengguna Kembali dan Mengitar Semula’, Kumpulan aktif menggalakkan penggunaan semula sumber-sumber sebanyak yang boleh,

khususnya menerusi program-program yang menggalakkan penggunaan semula kertas dan pengitaran semula kertas terbuang. Salah satu objektif jangka panjang Kumpulan adalah untuk beralih kepada ‘pejabat tanpa kertas’ melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan infrastruktur yang berkesan dalam mengelakkan pembaziran kertas. Di samping itu, peralatan teknologi maklumat yang lapuk dikitar semula untuk mengurangkan kesan buruk terhadap alam sekitar. Kumpulan juga mengguna pakai programprogram yang memperbaiki kecekapan seperti menggunakan peralatan jimat tenaga yang baru dan menggalakkan kakitangannya untuk mengamalkan tabiat menjimatkan tenaga seperti memadamkan lampu-lampu dan kelengkapan yang tidak digunakan. Di segi aktiviti harian kami sebagai sebuah institusi perbankan, kami menggalakkan para pelanggan untuk menggunakan saluran-saluran penghantaran alternatif seperti mesin teler automatik dan perbankan internet untuk mengurangkan penggunaan kertas. Selanjutnya polisi risiko kredit Kumpulan pula distrukturkan untuk memastikan bahawa sektor-sektor yang berkenaan mematuhi peraturan alam sekitar seperti kajian-kajian kesan ke atas alam sekitar.

Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad 2005

61

AMMB_BM_AR05-p2-1.qxd

8/24/05

8:19 PM

Page 62

Pencapaian

Rating Agency Malaysia (Jun 2005) • Pengurus Utama Terbaik 2004 (Pasaran Sukuk Korporat) – Anugerah Merit Khas • No. 1 – Anugerah Pengurus Utama Islam 2004 (Jumlah Urus niaga) • No. 1 – Anugerah Pengurus Utama Islam 2004 (Nilai Terbitan) • No. 3 – Anugerah Pengurus Utama 2004 (Jumlah Terbitan) • No. 3 – Anugerah Pengurus Utama 2004 (Nilai Terbitan)

62

Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad 2005

AMMB_BM_AR05-p2-1.qxd

8/24/05

8:19 PM

Page 63

AmInvestment Group

Anugerah ‘Country Awards 2005’ FinanceAsia • Rumah Bon Terbaik

Asiamoney (2005) • Rumah Bon Domestik Terbaik

Anugerah IFR Asia 2004 (Disember 2004) • Urus niaga Bon Malaysia Terbaik – Pengurus Utama Bersama • Urus niaga Ekuiti Malaysia Terbaik – Bookrunner Bersama

MARC MARC (2004) • Pengurus Utama Terbaik untuk Terbitan Hutang Korporat

Anugerah ‘Country Awards 2004’ FinanceAsia • Tawaran Peringkat Kedua Terbaik Asia – Bookrunner Bersama • Urus niaga Terbaik Malaysia – Bookrunner Bersama

Basis Point (Februari 2005) • Pengurus Utama Terbaik untuk Terbitan Bon Dalam Pesisir 2004

Dealogic (Separuh tahun pertama 2004) • Menduduki tempat teratas di Jadual Liga Bookrunner Ekuiti Dealogic Malaysia

Anugerah Pfi 2004 • Urus niaga Bon Terbaik Tahun 2004 – Pengatur Utama Bersama

Bloomberg (Separuh tahun pertama 2004) • Menduduki tempat teratas di Jadual Liga Penaja Jaminan Bloomberg untuk Terbitan Hutang Ringgit Malaysia 2004, Terbitan Hutang dan Ekuiti Ringgit Malaysia, dan Tawaran Awam Awal (IPO) Malaysia

Majlis Pembalakan Malaysia 2004 • Pengurus Dana Terbaik – Pendapatan Tetap 2004 • Pengurus Dana Terbaik – Ekuiti • Pengurus Dana Terbaik

Laporan Tahunan AMMB Holdings Berhad 2005

63