PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST) PETI SURAT 7012, SEKSYEN 19, JALAN PETANI 19/1, 40900 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (KEMAHIRAN)
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
ISI KANDUNGAN Sepatah Kata Senarai Kependekan Tafsiran
i ii iii Muka Surat
Peraturan Latihan Sangkutan Industri
1-7
Borang Contoh Borang Permohonan Latihan Sangkutan Industri (CIAST-SPD-LSI-001) Laporan Lawatan Latihan Sangkutan Industri (CIAST-SPD-LSI-002)
8 – 11
12
Lampiran Lampiran 1 Syarat-syarat Latihan Sangkutan Industri
13
Lampiran 2 Contoh Senarai Tugas Hakiki
14
Lampiran 3 Format Senarai Pengetahuan, Kemahiran Dan Pengalaman Yang Ingin Diperolehi Di Industri
15
Lampiran 4 Laporan Tugasan Latihan Sangkutan Industri
16 - 17
Lampiran 5 Laporan Akhir Latihan Sangkutan Industri
18 - 19
Lampiran 6 Kadar Bayaran Elaun Latihan Industri
20 - 21
Lampiran 7 Contoh Surat Pengesahan Tuntutan Bayaran Berkelayakkan LSI
22
Lampiran 8 Contoh Borang Tuntutan Elaun LSI
23 - 28
Lampiran 9 Senarai Semak Tuntutan Elaun LSI
29
Lampiran A Kadar Elaun Makan / Hotel / Lojing
30
Lampiran B Kadar Elaun Kenderaan
31
Lampiran C Kadar Elaun Makan ( Sehari Sebelum / Selepas Latihan Sangkutan Industri)
32
Lampiran D Carta Alir Latihan Sangkutan Industri
33 - 34
SEPATAH KATA Garis panduan ini disediakan khusus untuk pegawai yang terlibat dengan latihan kemahiran bagi mengikuti Latihan Sangkutan Industri (yang diselaraskan oleh Unit Sangkutan Industri, Program Pembangunan Profesional Kemahiran (SPD). Latihan Sangkutan Industri adalah penting dalam usaha memastikan pegawai yang terlibat dengan latihan kemahiran mengetahui perkembangan dan kehendak industri semasa. Penempatan Latihan Sangkutan Industri adalah perlu dilakukan kepada mereka bagi memberi pengalaman dan pengetahuan supaya dapat diadaptasikan dalam pengajaran di tempat latihan masing-masing. Selain daripada itu, budaya kerja di swasta juga dapat diterapkan di institusi latihan kemahiran awam supaya pengajar yang terlibat dapat menggunakan pengalaman yang berharga tersebut di tempat kerja dalam usaha meningkatkan kualiti tenaga mahir yang dikeluarkan. Dengan adanya panduan ini, semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Latihan Sangkutan Industri akan jelas tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing. Ketua Program Pembangunan Profesional Kemahiran CIAST
i
SENARAI KEPENDEKKAN LSI
Latihan Sangkutan Industri
PDL
Pegawai Dalam Latihan
SPD
Skill Profesional Development
CIAST
Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan
PF
Pegawai Firma
PLI
Pegawai Latihan Industri
PPLI
Pegawai Penyelaras Latihan Industri
ii
TAFSIRAN ’Latihan Sangkutan Industri’ ertinya satu tempoh yang khusus pengajar vokasional bekerja di firma/syarikat perniagaan atau industri, menerima pendedahan persekitaran kerja yang sebenar secara terancang dan diselia oleh pegawai yang dipertanggungjawabkan di industri. ’Pegawai’ ertinya Pegawai Dalam Latihan. ’Pegawai Dalam Latihan’ ertinya pengajar kemahiran/vokasional yang sedang menjalani Latihan Sangkutan Industri mengikut bidang kemahiran masing-masing. ’Bahagian Pengurusan Latihan Industri’ ertinya unit yang bertanggungjawab menguruskan program Latihan Sangkutan Industri. ’Firma’ ertinya syarikat perniagaan atau industri yang terlibat menerima pengajar vokasional menjalani Latihan Sangkutan Industri. ’Pegawai Firma’ ertinya pegawai yang dipertanggungjawabkan oleh syarikat atau industri yang terlibat dalam program Latihan Sangkutan Industri untuk membimbing dan menyelia Pegawai Dalam Latihan. ’Pegawai Latihan Industri’ ertinya personel yang dilantik oleh CIAST untuk melakukan lawatan pemantauan pegawai yang sedang menjalani Latihan Sangkutan Industri. ’Pegawai Penyelaras Latihan Industri’ ertinya pegawai-pegawai yang terlibat melaksanakan program Latihan Sangkutan Industri di bawah tanggungjawab Ketua Program SPD, CIAST.
iii
PERATURAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (INDUSTRIAL ATTACHMENT) DI BAWAH KELOLAAN PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST), JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
1.0
PENGENALAN 1.1
OBJEKTIF LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI a) Mendedahkan pegawai kepada persekitaran kerja sebenar di industri. b) Memupuk semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik antara pegawai dan pekerja industri. c) Menghubungkaitkan dan mengamalkan pengetahuan teori dan praktikal. d) Mengamalkan peraturan keselamatan dalam industri sebenar. e) Membina keyakinan diri untuk diadaptasikan dalam bidang pengajaran terutamanya apabila berdepan dengan peserta kursus dari industri. f) Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan para pelajar & pengajar lain setelah tamat latihan.
1.2
SYARAT LATIHAN Dalam menentukan pegawai yang layak untuk menjalani Latihan Sangkutan Industri (LSI), syarat-syarat perlu dipenuhi sebelum menjalankan latihan seperti dinyatakan pada Lampiran 1.
1.3
TEMPOH LATIHAN Tempoh Latihan Sangkutan Industri adalah ditetapkan selama tiga (3) bulan.
2.0
TATACARA PERMOHONAN/PENCALONAN 2.1
TANGGUNGJAWAB PEGAWAI 2.1.1
Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan (CIAST-SPD-LSI-001) secara talian (online) terlebih dahulu sebelum dicetak dan dihantar kepada CIAST.
2.1.2
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan masing-masing dengan disertakan bersama-sama: a) Salinan kelayakan akademik atau kelayakkan yang setaraf dengannya (jika ada);
1
b) Salinan kelayakan kemahiran (jika ada); c) Senarai tugas hakiki di institut/jabatan (lihat contoh Lampiran 5). d) Senarai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang ingin diperolehi di firma yang dicadangkan (lihat contoh Lampiran 6).
2.2
3.0
2.1.3
Semua salinan dokumen yang dikemukakan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan yang terdiri daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau setaraf atau lebih tinggi.
2.1.4
Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak melalui Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses untuk tujuan pertimbangan.
TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN/KETUA PERKHIDMATAN 2.2.1
Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan adalah dinasihatkan supaya membuat semakan yang teliti dan memberi sepenuh perhatian kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan untuk memperakukan pegawai-pegawai yang sesuai serta memenuhi syaratsyarat yang ditetapkan.
2.2.2
Hanya pencalonan yang disokong dan diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan sahaja yang perlu dikemukakan kepada Jabatan ini. Perakuan pencalonan mestilah dikemukakan bersama-sama dokumen-dokumen di Para 2.1.2
ETIKA PEGAWAI YANG MENJALANI LATIHAN Pegawai Dalam Latihan (PDL) adalah bertanggungjawab mematuhi undang-undang, peraturan serta arahan yang ditentukan oleh firma berkenaan dan pegawai masih terikat kepada Peraturan Perkhidmatan Awam.
3.1
DISIPLIN Pegawai hendaklah menunjukkan disiplin yang tinggi dan berkelakuan baik semasa dalam latihan. Pegawai terlibat mestilah berusaha untuk menjayakan latihan mereka serta menunjukkan sikap bekerjasama, bersopan santun dan faham memahami dengan pekerja lain di tempat latihan. Nilai etika perkhidmatan awam hendaklah sentiasa diamalkan walaupun berada di dalam sesi latihan di firma.
2
3.2
WAKTU BEKERJA Pegawai hendaklah mematuhi masa kerja yang ditetapkan oleh pihak firma. Kerja lebih masa adalah digalakkan jika diminta oleh firma berkenaan.
3.3
CUTI Cuti dalam tempoh latihan adalah tidak dibenarkan kecuali atas sebab kecemasan. Kelulusan cuti kecemasan hendaklah mendapat kebenaran daripada firma dan dipanjangkan ke Unit Sangkutan Industri, Program Pembangunan Profesional Kemahiran (SPD), CIAST untuk rekod.
3.4
PAKAIAN Pegawai hendaklah mematuhi etika berpakaian yang ditetapkan oleh firma yang berkenaan.
3.5
PERTUKARAN TEMPAT LATIHAN Pegawai hendaklah menjalani latihan di tempat yang telah dipersetujui di peringkat awal sehingga tamat latihan. Pegawai tidak dibenarkan menukar tempat latihan yang ditetapkan kecuali dengan kebenaran daripada Ketua Program SPD CIAST.
3.6
KERAHSIAAN Pegawai hendaklah menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi dari latihan ini hanya untuk tujuan pembelajaran dalam latihan yang dikendalikan di masa akan datang tanpa mendedahkan maklumat sulit yang boleh menjejaskan firma tempat latihan yang berkenaan. Semua bahan yang dibukukan sebagai laporan hendaklah mendapat kebenaran daripada Pegawai Firma (PF).
3.7
LAPORAN TUGASAN Pegawai yang menjalani LSI hendaklah menyediakan laporan tugasan mengikut format yang telah di sediakan oleh Unit Sangkutan Industri, SPD sepertimana Lampiran 2. Buku ini hendaklah disahkan oleh Pegawai Firma dan perlu diserahkan pada bila-bila masa diminta atau semasa lawatan Pegawai Latihan Industri (PLI) ke tempat latihan. Tujuan Laporan Tugasan: a) Menunjukkan kerja / aktiviti dengan ringkas untuk memudahkan pegawai terlibat menyediakan laporan akhir LSI yang lengkap; b) Membantu PLI memantau aktiviti PDL sepanjang tempoh latihan;
3
c) Sebagai rekod dan rujukan pegawai setelah tamat latihan. 3.8
LAPORAN AKHIR Pegawai yang selesai menjalani latihan hendaklah menyediakan laporan akhir untuk melaporkan deskripsi kerja yang telah dilakukan sepanjang tempoh latihan secara keseluruhan. Format laporan boleh didapati dalam Lampiran 3. Laporan Akhir hendaklah diserahkan kepada Pegawai Penyelaras Latihan Industri (PPLI) dalam tempoh empat (4) minggu dari tarikh akhir pengawai menjalani Latihan Sangkutan Industri.
3.9
TUNTUTAN ELAUN 3.9.1 Pegawai yang menjalani latihan layak untuk menuntut elaun yang berkaitan. Kadar tuntutan elaun boleh dirujuk pada Lampiran 4. Tuntutan elaun bulanan yang berkelayakan hendaklah diterima oleh pihak CIAST tidak melebihi tarikh 5hb dari bulan berikutnya. 3.9.2 Tuntutan elaun LSI bulan pertama hendaklah dikemukakan bersama-sama Surat Pengesahan Tuntutan Bayaran Elaun Bulanan LSI (lihat contoh Lampiran 7). 3.9.3 Pembayaran tuntutan elaun adalah berdasarkan prinsip keistimewaaan dan bukan hak pegawai. Elaun-elaun yang berkelayakkan boleh ditarik pada bila-bila masa sekira dikehendaki.
3.10
KEHADIRAN MENJALANI LATIHAN Pegawai yang sedang menjalani LSI adalah dianggap sedang berkursus dan pegawai tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan latihan atas sebab menghadiri sebarang kursus, bengkel, seminar, pertandingan atau apa-apa jua pun aktiviti jabatan sepanjang LSI.
3.11
PENANGGUHAN / PEMBATALAN Pegawai yang sedang menjalani LSI adalah tidak dibenarkan menangguhkan atau membatalkan latihan kecuali dengan kebenaran Ketua Program SPD, CIAST.
3.12
RAWATAN PERUBATAN Prosedur rawatan sebagai kakitangan kerajaan hendaklah digunapakai untuk tujuan ini. Pegawai tidak dibenarkan menggunakan peruntukan firma untuk
4
mendapatkan rawatan di mana-mana pusat perubatan swasta kecuali jika dibenarkan oleh firma berkenaan. 4.0
TANGGUNGJAWAB FIRMA 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7
5.0
Firma bertanggungjawab menempatkan PDL di bahagian/unit yang bersesuaian dengan bidang kemahiran PDL; PF bertanggungjawab merencanakan latihan yang mencukupi dan bersesuaian sepanjang tempoh latihan serta digalakkan berbincang dengan PDL bagi memastikan objektif latihan tercapai; PF hendaklah memastikan bahawa program LSI memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak SPD, CIAST; Firma hendaklah menguruskan hal ehwal pentadbiran PDL seperti kad perakam waktu, peralatan dan pakaian keselamatan dan sebagainya; PF hendaklah membantu serta membimbing PDL dari semasa ke semasa sewaktu PDL melaksanakan latihan; PF bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan laporan tugasan yang disediakan oleh PDL. Firma bertanggungjawab menjaga kebajikan PDL sepanjang tempoh latihan termasuk semasa melaksanakan tugasan luar.
TANGGUNGJAWAB PEGAWAI LATIHAN INDUSTRI SPD, CIAST bertanggungjawab melantik PLI secara rasmi untuk menjalankan lawatan kepada PDL di penempatan LSI. Lawatan ini bertujuan untuk memantau dan melihat perkembangan PDL. 5.1
LAWATAN Sepanjang tempoh latihan, lawatan perlu dibuat sekurang-kurangnya sekali ke firma penempatan LSI. 5.1.1
Prosedur Sebelum Lawatan a) Terima memo arahan lawatan berserta jadual perjalanan; b) Mengesahkan kehadiran lawatan ke firma; c) Semak dokumen lawatan yang berkaitan.
5.1.2
Prosedur Semasa Lawatan a) Berjumpa pihak firma (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) dan menyatakan tujuan lawatan; b) Mengadakan sesi perbincangan bersama PDL dan PF.
5
5.1.3
Prosedur Selepas Lawatan a) Menyediakan Laporan Lawatan LSI (CIAST-SPD-LSI-002) dan mengemukakan kepada PPLI dalam tempoh satu (1) minggu selepas lawatan; b) Mengemukakan tuntutan perjalanan ke Unit Sangkutan Industri, SPD dalam tempoh satu (1) minggu selepas lawatan.
6.0
7.0
TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENYELARAS LATIHAN INDUSTRI 6.1
Mengurus penempatan pegawai yang menjalani LSI;
6.2
Bekerjasama dengan PF dalam perkembangan dan hal ehwal kebajikan PDL sepanjang tempoh menjalani LSI;
6.3
Mengurus dan menyelaras lawatan pemantauan PDL yang terlibat dengan program LSI;
6.4
Mengurus dan menyelaras Laporan LSI yang disediakan oleh PDL;
6.5
Mengurus tuntutan-tuntutan berkaitan yang dikemukakan oleh PDL dan PLI.
PERLINDUNGAN Perlindungan yang disediakan oleh CIAST adalah takaful berkelompok yang bertujuan melindungi pegawai sepanjang tempoh latihan.
8.0
PERSIJILAN Pegawai yang berjaya menamatkan latihan bolehlah dianugerahkan Sijil Kehadiran oleh CIAST selain daripada Sijil Kehadiran yang dikeluarkan oleh Firma (sekiranya ada) hanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan termasuklah melengkapkan sepenuhnya buku laporan tugasan serta laporan akhir. Pegawai juga bolehlah dipertimbangkan untuk memohon Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) secara Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
6
9.0
TARIKH KUATKUASA 9.1
Pemakaian panduan ini berkuatkuasa mulai 01 Jan 2012. Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai panduan ini, sila hubungi Pegawai Penyelaras Latihan Industri : a) Nor A’yana bt Mokhtar Tel. : +603-55438348 E-mel :
[email protected] b) Nor Azua bt Aripin Tel. : +603-55438349 E-mel :
[email protected] c) Hafiz Bin Saad Tel. : +603-55438203 E-mel :
[email protected] d) Hamidatul Zakiah bt Ismail Tel. : +603-55438395 E-mel :
[email protected]
9.2
Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut : Pengarah Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Peti Surat 7012 Jalan Petani 19/1 Seksyen 19 40900 Shah Alam Selangor Darul Ehsan (u.p : Unit Sangkutan Industri-SPD)
7
CIAST-SPD-LSI-001 [Pin. 1/2011]
UNIT LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST) Gambar
PERMOHONAN MENGIKUTI LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI ARAHAN: 1. Lengkapkan borang dengan jelas, sila rujuk panduan kod di mana berkaitan. 2. Perlu diisi dalam satu (1) salinan.
A.
BUTIR-BUTIR DIRI
*1. Nama Penuh *2.
No KP (Baru)
*3.
No K/P (Lama)
-
*4. Tarikh Lahir
(Hari)
(Bulan)
(Tahun)
*5. Umur *6. Negeri Lahir
(rujuk panduan kod)
*7. Taraf Perkahwinan
*8. Jantina
L - Lelaki
P - Perempuan
*9. Keturunan
*10. Agama
I - Islam
L - Lain-lain
*11. Kecacatan
B.
BUTIR-BUTIR PERKHIDMATAN SEKARANG
*12. Jabatan:
*13. Kementerian:
*14. Alamat Tempat Bertugas:
*15. Telefon
(a) Pej (b) Rumah (c) Bimbit
: : :
*16. No. Faks : *17. Emel : *18. Gred Jawatan:
-
*19. Bidang Kemahiran:
*20. Tarikh Lantikan: (Hari)
(Bulan)
(Tahun)
(Bulan)
(Tahun)
*21. Tarikh Disahkan (Hari)
8
K - Kahwin B - Bujang C - Cerai (rujuk panduan kod) (rujuk panduan kod)
C. KELAYAKAN AKADEMIK *22. Kelayakan: (a) Sijil
Program
Universiti/Kolej
Tahun
Institut Latihan
Tahun
(b) Diploma (c) Ijazah Pertama (d) Ph.D/Sarjana/ Dip.Lepasan Ijazah
D.
KELAYAKAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM/DKM/DLKM)
*23. Kelayakan: (a) Sijil
Kod NOSS
Program NOSS
(b) Diploma
(c) Diploma Lanjutan
E. SYARIKAT YANG DIPOHON UNTUK LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI Cadangan 1 *24. Nama Firma: *25. Alamat Penuh Firma:
*26. *27. *28. *29. 30.
Jenis Produk/Perkhidmatan No. Tel (Pej) No. Faks Emel Laman Sesawang Firma
: : : : :
31. Berdaftar/Tidak berdaftar dengan mana-mana Persatuan Industri(Nyatakan) : (Cth: FMM, CIDB, PKK, dsb) Cadangan 2 *32. Nama Firma: *33. Alamat Penuh Firma:
*34. *35. *36. *37. 38.
Jenis Produk/Perkhidmatan No. Tel (Pej) No. Faks Emel Laman Sesawang Firma
: : : : :
39. Berdaftar/Tidak berdaftar dengan mana-mana Persatuan Industri(Nyatakan) : (Cth: FMM, CIDB, PKK, dsb) * Wajb diisi
9
F. *40.
PENGAKUAN PEMOHON ( Tandakan (/) pada kotak yang disediakan ) (a) Saya mengaku bahawa saya : (i)
telah mengisytiharkan harta;
(ii)
tidak hamil, sihat tubuh badan dan tidak menghidapi penyakit kritikal.
(b) Saya mengaku bahawa semua keterangan di atas adalah benar pada tarikh pendaftaran ini dan saya bertanggungjawab terhadap maklumat berkenaan. Saya faham bahawa pihak CIAST berhak menarik balik permohonan ini sekiranya maklumat yang diberikan adalah tidak benar. Saya juga bersetuju bahawa pihak CIAST berhak menggantikan penempatan firma yang berlainan dari apa yang dipohon. Tarikh: G.
( Tandatangan Pemohon )
PERAKUAN KETUA JABATAN ( *Potong yang tidak berkaitan ) (a) Tindakan Tatatertib: *ADA / TIADA (b) Pegawai *DISOKONG / TIDAK DISOKONG untuk dilepaskan menjalani Latihan Sangkutan Industri yang dipohon. Saya mengesahkan bahawa semua kenyataan yang diberikan oleh adalah lengkap.
Tarikh:
adalah benar dan permohonan beliau
(Tandatangan Ketua Jabatan)
Nama: Jawatan: Cop Rasmi Jabatan:
Notis : Sila sertakan dokumen yang disahkan seperti berikut : 1) 2) 3) 4)
Salinan kelayakan akademik atau kelayakan yang setaraf dengannya (jika ada). Salinan kelayakan kemahiran (jika ada). Senarai tugas hakiki di institut / jabatan. Senarai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang ingin diperolehi di firma yang dicadangkan.
10
PANDUAN KOD A. BUTIR-BUTIR DIRI 6.
Negeri Lahir 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 13 14 15 16
9.
Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Pahang Perak Perlis Pulau Pinang Selangor Terengganu Wilayah Persekutuan Sabah Sarawak Lain-lain W.P. Labuan
Keturunan 01 02 03 04 07 08 09 10 13 14 15 16 17
Melayu Cina India Orang Asli Semenanjung Kadazan/Dusun Murut Bajau, Ilanau Lain-lain Bumiputera Sabah Melanau Iban Bidayuh Lain-lain Bumiputera Sarawak Lain-lain
11. Kecacatan A B C D E F G H I J
Buta Buta Warna Mendengar dengan alat bantuan Pekak Bisu Gagap Cacat Kaki Cacat Tangan Lumpuh Kecacatan Lain
PLPKL/SA/SPD/BPL/2/24(Pin. 1/2011 - LSI)
11
CIAST-SPD-LSI-002
LAPORAN LAWATAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI Tarikh Lawatan Pegawai Latihan Industri Tandakan ( √ Bil
: :
) bagi 'Kriteria' yang telah lengkap dan ( X ) bagi 'Kriteria' yang belum lengkap. Nama *P.D.L
Firma
Tempoh **L.S.I
Pegawai Firma
1. 2. 3. 1. Kriteria 1
P.D.L telah melapor diri di Firma
3
Jadual Tugasan P.D.L
2
Penempatan P.D.L di bahagian/unit yang bersesuaian
4
Laporan Tugasan (Buku Log)
2. Catatan / Ulasan ***P.L.I
Tandatangan P.L.I
:
Tarikh
:
Cop Jabatan
:
*Pegawai Dalam Latihan **Latihan Sangkutan Industri ***Pegawai Latihan Industri
12
1
Kriteria 2 3
4
Lampiran 1 SYARAT – SYARAT LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI : 1.
Pegawai telah bekerja selama tiga (3) tahun ataupun lebih dalam perkhidmatan kerajaan dan telah disahkan jawatan dalam perkhidmatan.
2.
Mematuhi syarat genap tempoh tamat lima (5) tahun mengikuti Latihan Sangkutan Industri sebelumnya.
3.
Bebas daripada pertuduhan dan tindakan tatatertib.
4.
Telah mengistiharkan harta.
5.
Latihan Industri yang diminta hendaklah berkaitan dengan tugasan harian.
6.
Tidak hamil, sihat tubuh badan dan tidak menhidapi penyakit kritikal yang boleh menjejaskan keupayaan pegawai yang akan menjalani Latihan Sangkutan Industri.
7.
Telah mendapat kelulusan dari Ketua Jabatan masing-masing.
13
Lampiran 2 SENARAI TUGAS HAKIKI Jawatan Penyandang Tanggungjawab
: Ketua Bahagian Ekektrik : Ali bin Ahmad : Bertanggungjawab kepada Ketua Jabtan, Timbalan Pengarah dan Pengarah ILP Jitra
1. Menjalankan usaha-usaha berbentuk penyelidikan dan pembangunan latihan vokasional sejajar dengan keperluan industri. 2. Menyelia, menyelaras dan mengawal semua Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan kakitangan lain dalam melaksanakan tugas aktiviti latihan. 3. Menyediakan jadual latihan tahunan, keperluan latihan termasuk pembahagian “work load” semua Pembantu/Penolong Latihan Vokasional. 4. Menguruskan pelaksanaan program latihan dan persediaan ‘software’ latihan. 5. Mengurus, menyelia dan mengawal kegunaan peralatan, bahan-bahan bengkel serta makmal latihan. 6. Mengendalikan kursus-kursus mengikut keperluan-keperluan sukatan dan piawaian latihan serta bertanggungjawab ke atas kualiti dan keberkesanan kursus yang dikendalikan. 7. Menyertai aktiviti-aktiviti pentadbiran/pengurusan institut. 8. Menyempurnakan tugas-tugas lain dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pengarah dan Ketua Jabatan dari semasa ke semasa. Pengesahan Ketua Jabatan ………………………………………… Nama : Cop Jawatan :
14
Lampiran 3 SENARAI PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN PENGALAMAN YANG INGIN DIPEROLEHI DI INDUSTRI Nama Jawatan Bidang
: Ali bin Ahmad : Pegawai Latihan Vokasional : Elektrik
Berikut adalah pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang ingin diperolehi di industri bagi membantu tugas di institut; 1. Pemasangan kabel bawah tanah. 2. Pemasangan Talian Atas Voltan Rendah. 3. Pemasangan Talian Atas Voltan Tinggi. 4. Penyelanggaraan Transformer. 5. Switching. 6. Penyelanggaraan Generator. 7. Penyelanggaraan Enjin Power Station. Pengesahan Ketua Jabatan ………………………………………… Nama : Cop Jawatan :
15
Lampiran 4 LAPORAN TUGASAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI Maklumat Pengajar Vokasional
Sila Lekatkan Gambar
Nama
:
No. Kad Pengenalan
:
Alamat Tempat Bekerja
:
No. Telefon ( Bimbit)
:
No. Telefon ( Pejabat)
:
Tempoh Latihan Industri
:
Mula Latihan
:
Tamat Latihan
: Maklumat Majikan
Nama Syarikat
:
Alamat Syarikat
:
No. Telefon Syarikat
:
No. Faks Syarikat
:
Pegawai Firma
:
No. Telefon Pegawai Firma
:
16
LAPORAN TUGASAN Tarikh
: __________________
Tajuk Kerja / Tugas
: __________________ MAKLUMAT / RAJAH
PERKAKAS , BAHAN , OPERASI DAN LAIN - LAIN
Tandatangan P.D.L
KESELAMATAN
Tandatangan Pegawai Firma
17
Lampiran 5 LAPORAN AKHIR LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI MUKA HADAPAN
1.0
•
Nama dan alamat majikan
•
Nama PDL (beserta gambar ukuran passport)
•
Gred jawatan
•
Kemahiran (bidang)
PENGENALAN Terangkan latarbelakang, operasi, carta organisasi dll yang berkaitan dengan firma.
2.0
LAPORAN 2.1
Deskripsi Tugas
Rekod segala tugas yang dipertanggungjawabkan dan dibuat sepanjang tempoh latihan. 2.2
Rajah / Lukisan / Gambar
Masukkan mana-mana yang berkaitan. 2.3
Analisa Kos
Analisa kos berkaitan tugas-tugas yang dilaksanakan (jika berkaitan).
3.0
AKTIVITI TAMBAHAN Nyatakan aktiviti, sumbangan dan lain-lain kegiatan anjuran firma yang disertai dalam tempoh latihan (jika berkaitan).
18
4.0
KESIMPULAN 4.1
Nyatakan pengalaman yang boleh digunakan bagi membantu bidang tugas pegawai di jabatan masing-masing.
4.2
Cadangan Nyatakan cadangan-cadangan bagi tujuan penambahbaikan.
5.0
LAMPIRAN Sertakan lampiran sekiranya berkaitan.
19
Lampiran 6 KADAR BAYARAN ELAUN LATIHAN INDUSTRI 1. Latihan Industri jangkamasa pendek (≤ 3 bulan) dalam negeri : 1.1
Luar Kawasan Ibu Pejabat (> 25 km) : 1.1.1
Elaun makan sepanjang tempoh Latihan Industri seperti di Lampiran A jika tidak disediakan.
1.1.2
Elaun Lojing & Hotel sepanjang tempoh Latihan Industri seperti di Lampiran A jika tidak disediakan.
1.1.3
Elaun perjalanan kenderaan dari hotel/loging ke tempat Latihan Industri selama tempoh 6 (enam) hari Latihan Industri seperti di Lampiran B.
1.1.4
Bayaran sewa hotel yang disokong dengan resit mengikut had maksimun kelayakannya atau Elaun loging dan Elaun makan bagi tempoh 2 hari iaitu sehari sebelum dan sehari selepas Latihan Industri seperti di Lampiran C.
1.15
Sekiranya salah satu kemudahan disediakan, maka unsur yang tidak disediakan itu layak dituntut. Sebagai contoh, sekiranya kemudahan penginapan sahaja disediakan, maka pegawai hanya layak menuntut Elaun makan. Sekiranya hanya sebahagian daripada kemudahan makan disediakan, pegawai hanya layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakan tertakluk kepada kadar seperti berikut : a) Sarapan pagi b) Makan tengah hari c) Makan malam
1.2
: 20% daripada elaun makan : 40% daripada elaun makan : 40% daripada elaun makan
Dalam Kawasan Ibu Pejabat (≤ 25 km) : 1.2.1 Bayaran elaun sara hidup RM 15 sehari untuk hari-hari berkursus sahaja. 1.2.2 Elaun perjalanan kenderaan dari tempat penginapan ke tempat Latihan Industri selama tempoh 6 (enam) hari Latihan Industri seperti di Lampiran B.
20
2. Kadar tuntutan elaun Latihan Industri adalah merujuk kepada pekeliling- pekeliling berikut: a)
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003
b)
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2005
c)
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2006
d)
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2010
21
Lampiran 7
(KEPALA SURAT JABATAN) Pengarah, Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Peti Surat 7012, Jalan Petani 19/1, Seksyen 19, 40900 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. (u.p: ) Tuan, PENGESAHAN TUNTUTAN BAYARAN SANGKUTAN INDUSTRI ANJURAN CIAST
ELAUN BULANAN BAGI
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di ………………………………. bertarikh ……………… adalah berkaitan.
atas
MENGIKUTI
dan
surat
LATIHAN
tuan,
bil.
2. Untuk makluman tuan, pihak kami dengan ini mengesahkan bahawa kakitangan kami hanya akan membuat tuntutan berkelayakkan di CIAST dan tidak akan membuat sebarang tuntutan yang sama di jabatan kami. Berikut adalah maklumat pegawai yang berkaitan: Nama
:…………………………………………………………………..
Tarikh latihan :………………………………………………………………….. Firma
:…………………………………………………………………..
Sekian, terima kasih. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ ‘Pekerja Merealisasi Transformasi Negara’ ………………………………............................... Nama
:……………………….............
Jawatan
:……………………...............
Tarikh
:……………………….............
……………………..... Cop Jabatan
22
TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN DALAM NEGERI BAGI BULAN JULAI / 2011 (Bulan) (Tahun) MAKLUMAT PEGAWAI NAMA (HURUF BESAR)
ALI BIN ABU
No. Kad Pengenalan
811111-11-1111
Gred / Kategori / (Kumpulan (*))
J 29 / Sokongan
Pendapatan (RM)
Gaji Pokok Elaun-elaun Elaun Memangku Jumlah
: : : :
RM RM RM RM
Nama Bank
Malayan Banking Berhad
No Akaun Bank
158060020000
Kenderaan
Jenis / Model No. Pendaftaran Kuasa (c.c.) Kelas Tuntutan
: : : :
1882.15
828.22 0 3235.5
PROTON SAGA WWW 111 1300 c.c A/B/C/D (Potong yang mana tidak berkaitan)
Alamat Pejabat
Alamat Semasa Bertugas / Rumah
PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST), PETI SURAT 7012, JALAN PETANI 19 / 1, SEKSYEN 19, 40900 SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN.
NO 11, JALAN PETANI 19/1, SEKSYEN 19, 40300 SHAH ALAM, SELANGOR.
23
KENYATAAN TUNTUTAN Tarikh
Waktu Bertolak Sampai
Tempat / Tujuan
Jarak (KM)
Tujuan: 1. Menjalani Latihan Sangkutan Industri di Carsem (M) Sdn. Bhd.. Tarikh: 4 Jul 2011 hingga 26 Ogos 2011 Tempat: Carsem (M) Sdn. Bhd. - (M Site) Jalan Lapangan Terbang , P.O. Box 204, 30720 Ipoh, Perak. (Salinan surat dilampirkan) 4/7/2011
5/7/2011
6/7/2011
7/7/2011
5.30 pg
8.30 pg Bertolak dari rumah kediaman di alamat No. 11, Jalan Petani 19/1, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor ke Carsem (M) Sdn. Bhd., Jalan Lapangan Terbang, P.O. Box 204, 30720 Ipoh, Perak dengan menaiki kenderaan sendiri.
205
5.30 ptg 8.30 mlm Bertolak pulang dari Carsem (M) ke rumah kediaman dengan menaiki kenderaan sendiri.
205
8.15 pg Bertolak dari rumah kediaman ke Carsem (M) dengan menaiki kenderaan sendiri.
205
5.30 ptg 8.30 mlm Bertolak pulang dari Carsem (M) ke rumah kediaman dengan menaiki kenderaan sendiri.
205
5.30 pg
8.15 pg Bertolak dari rumah kediaman ke Carsem (M) dengan menaiki kenderaan sendiri.
205
5.30 ptg
5.45 ptg Bertolak pulang dari Carsem (M) ke rumah kediaman dengan menaiki kenderaan sendiri.
205
5.30 pg
8.15 pg Bertolak dari rumah kediaman ke Carsem (M) dengan menaiki kenderaan sendiri.
205
5.30 ptg
5.45 ptg Bertolak pulang dari Carsem (M) ke rumah kediaman dengan menaiki kenderaan sendiri.
5.30 pg
24
205
Jumlah RM
KENYATAAN TUNTUTAN Tarikh
8/7/2011
9/7/2011
Waktu Bertolak Sampai
Tempat / Tujuan
Jarak (KM)
5.30 pg
8.15 pg Bertolak dari alamat lojing ke Carsem (M) dengan menaiki kenderaan sendiri.
205
5.30 ptg
5.45 ptg Bertolak dari Carsem (M) ke alamat lojing dengan menaiki kenderaan sendiri.
205
5.30 pg
8.15 pg Bertolak dari rumah kediaman ke Carsem (M) dengan menaiki kenderaan sendiri.
205
5.30 ptg
5.45 ptg Bertolak pulang dari Carsem (M) ke rumah kediaman dengan menaiki kenderaan sendiri.
205
Nota : Tiada tuntutan lain, selain dari tuntutan bagi bulan JUL 2011 ini sahaja.
25
Jumlah RM
TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN KENDERAAN Kilometer
Jumlah Perjalanan :
Kelas Elaun Tuntutan : Jumlah (RM)
Jumlah kilometer X sen/kilometer 500 km pertama
:
500
km
X
0.50
sen/km
250.00
501 km -1000 km
:
500
km
X
0.45
sen/km
225.00
1001 km - 1700 km
:
700
km
X
0.40
sen/km
280.00
760
km
X
0.35
sen/km
266.00
Jumlah
1021.00
1701 km & seterusnya
TUNTUTAN ELAUN MAKAN / ELAUN HARIAN 28
hari X Elaun Makan sebanyak RM 40/ hari :
1120.00
hari X Elaun Makan sebanyak RM ____/ hari : (Sabah/Sarawak) hari X Elaun Harian sebanyak RM 15.00/ hari :
Jumlah
0.00
1120.00
TUNTUTAN BAYARAN SEWA HOTEL (BSH) / ELAUN LOJING 22
hari X BSH sebanyak RM 35.00/ hari :
[ Resit :
770.00 ]
Bayaran Perkhidmatan dan Cukai Kerajaan:
hari X Elaun Lojing sebanyak RM 45/ hari:
Jumlah
26
770.00
TUNTUTAN TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM Teksi
[Resit:
]:
Bas
[Resit:
]:
Keretapi
[Resit:
]:
Tambang Kapal Terbang
[Resit:
]:
Feri
[Resit:
]:
Lain-lain
[Resit:
]: Jumlah
0.00
TUNTUTAN PELBAGAI Tol
[Resit:
]:
Tempat Letak Kereta
[Resit:
]:
Dobi
[Resit:
]:
Pos
[Resit:
]:
Telefon, Teleks, Faks [Resit:
]:
325.20
Kerugian pertukaran matawang asing (@ 3%) [Bagi Singapura, Selatan Thailand, Kalimantan dan Brunai Darussalam sahaja] Jumlah JUMLAH TUNTUTAN
27
325.20 3236.20
PENGAKUAN Saya mengaku bahawa:(a) perjalanan pada tarikh-tarikh tersebut adalah benar dan telah dibuat atas urusan rasmi; (b) tuntutan ini dibuat mengikut kadar dan syarat seperti yang dinyatakan di bawah peraturanperaturan bagi pegawai bertugas rasmi atau pegawai swasta kumpulan ikhtisas / separa ikhtisas yang dilantik bertugas. (c) perbelanjaan yang bertanda (*) jumlah sebanyak RM 3236.20 telah sebenarnya dilakukan dan dibayar oleh saya; (e) panggilan telefon sebanyak RM_____________ dibuat atas urusan rasmi, dan (f) butir-butir seperti yang dinyatakan di atas adalah benar dan saya bertanggungjawab terhadapnya.
Tarikh : 1 OGOS 2011 (Tandatangan)
PENGESAHAN Adalah disahkan bahawa perjalanan tersebut adalah atas urusan rasmi.
………………………..……....…..………………………… (Tandatangan)
Tarikh:…………………...…
………………………..……....…..………………………… b.p. Ketua Setiausaha / Pegawai Pengawal PENDAHULUAN DIRI (jika ada) Pendahuluan Diri diberi
RM
Tolak Tuntutan sekarang
RM
Baki dituntut / Baki dibayar balik
RM
Catatan : (*) - jika pegawai memilih untuk tidak menerima SSB. (**) - potong mana yang tidak berkenaan.
28
Lampiran 9
SENARAI SEMAK TUNTUTAN ELAUN LSI Bil. 1. 2. 3. 4.
Perkara Borang Tuntutan Asal * Lengkap dan bertandatangan Surat Pengesahan Tuntutan Elaun Bulanan LSI * Dihantar bersama-sama tuntutan bulan pertama sahaja Salinan buku / penyata bank * Nama pemegang akaun dan nombor akaun jelas Butiran kehadiran bulanan * Disahkan oleh Pegawai Firma
5.
Salinan Surat Penempatan LSI
6.
Resit-resit yang berkaitan
29
Status
Lampiran A KADAR ELAUN MAKAN, BAYARAN SEWA HOTEL DAN ELAUN LOGING SEMASA MENJALANKAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI DI DALAM NEGERI Gred
Elaun Makan (RM)
Sewa Hotel (RM)
Elaun Lojing (RM)
SEMENANJUNG MALAYSIA 45 hingga 52 41 hingga 44 27 hingga 40 17 hingga 26 1 hingga 16
60.00 45.00 40.00 40.00 35.00
145.00 130.00 80.00 80.00 65.00
60.00 55.00 35.00 40.00 35.00
SABAH, LABUAN DAN SARAWAK 45 hingga 52 41 hingga 44 27 hingga 40 17 hingga 26 1 hingga 16
80.00 65.00 55.00 55.00 50.00
160.00 140.00 100.00 100.00 80.00
70.00 60.00 50.00 45.00 40.00
30
Lampiran B KADAR ELAUN KENDERAAN 1. Kelas dan sukatan kenderaan bagi menuntut hitungan perjalanan adalah seperti berikut : Kelas A B C D E
Sukatan Selinder Kenderaan (s.s) 1400 s.s ke atas 1000 s.s ke atas Di bawah 1000 s.s Tidak kurang 175 s.s Di bawah 175 s.s
Gaji Tidak kurang dari RM 2,323.41 sebulan Tidak kurang dari RM 2,064.60 sebulan Tidak kurang dari RM 1,611.28 sebulan Kurang dari RM 1,611.28 sebulan Kurang dari RM 1,611.28 sebulan
2. Seseorang pegawai yang menggunakan kenderaan sendiri bagi menjalankan tugas rasmi sama ada di dalam ataupun di luar pejabatnya adalah layak menuntut Elaun perjalanan kenderaan seperti berikut : Jarak perjalanan bertugas rasmi bagi tiap-tiap satu bulan 500 kilometer pertama 501-1000 km 1,001-1,700 km 1,700 km dan seterusnya
Kelas (sen/km) A 70 65 55 50
31
B 60 55 50 45
C 50 45 40 35
D 45 40 35 30
E 40 35 30 25
Lampiran C KADAR ELAUN MAKAN, BAYARAN SEWA HOTEL DAN ELAUN LOGING DALAM TEMPOH DUA HARI ; 1. SEHARI SEBELUM MENJALANI PENEMPATAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI 2. SEHARI SELEPAS MENJALANI PENEMPATAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI 1. Elaun Makan : Semenanjung Malaysia (RM) 60.00 45.00 40.00
Gred 45 hingga 52 41 hingga 44 17 hingga 40
Sabah, Labuan dan Sarawak (RM) 80.00 65.00 55.00
2. Bayaran Sewa Hotel / Lojing : a) Semenanjung Malaysia : Gred 45 hingga 52 41 hingga 44 17 hingga 40
Sewa hotel (Maksimum) (RM) 180.00 160.00 100.00
Elaun Lojing (RM) 60.00 55.00 35.00
Sewa hotel (Maksimum) (RM) 200.00 170.00 120.00
Elaun Lojing (RM) 70.00 60.00 40.00
b) Sabah, Labuan dan Sarawak Gred 45 hingga 52 41 hingga 44 17 hingga 40
32
Lampiran D
CARTA ALIR LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI Mula
Mohon Pencalonan dari Agensi •
Borang
:
CIAST-SPD-LSI-001
Terima Permohonan
Mesyuarat Pra - Latihan Sangkutan Industri
Senarai Pendek Calon
Tidak
Pengesahan Calon
Tamat
Ya Tidak Pengesahan Firma yang Dicadangkan Ya Surat Tawaran kepada Calon
33
Cadangan Firma baru
Penyediaan Takaful Kelompok
PDL mengikuti Latihan Sangkutan Industri. Dokumendokumen yang wajib dipenuhi: • •
Buku Log Laporan Akhir LSI
Lawatan Pemantauan Terhadap PDL: •
Borang : CIAST-SPDLSI-002
Tuntutan PDL dan PLI
Testimoni Industri/Sijil Penghargaan
TAMAT
34