PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA TINGKATAN 4

KIMIA TINGKATAN 4 MOHD SYAZRIE BIN ROMLI ... BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN LAMAN WEB 4.1 Pendahuluan 42 4.2 Penggunaan Moodle dalam Pembangunan Laman Web 43...

24 downloads 558 Views 756KB Size
PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA TINGKATAN 4

MOHD SYAZRIE BIN ROMLI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA TINGKATAN 4

MOHD SYAZRIE BIN ROMLI

Projek sarjana muda ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

iv

DEDIKASI

Teristimewa buat… Ayahanda dan Bonda tersayang… Romli Bin Hassan dan Zaiton Binti Hussin

Rakan-rakan seperjuangan…

Terima kasih atas semangat, nasihat, dorongan yang anda semua berikan…

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersukur kehadrat Illahi atas limpah dan kurnianya. Segala puji bagi Allah S.W.T serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan taufik dan hidayahnya, saya diberikan kekuatan, kesihatan dan kesempatan untuk menyiapkan projek sarjana muda ini.

Saya merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga khas buat pensyarah pembimbing projek sarjana muda saya iaitu En Megat Aman Zahiri Bin Megat Zakaria di atas bimbingan, tunjuk ajar, perbincangan, pandangan dan masa yang diluangkan sepanjang proses saya melaksanakan projek sarjana muda ini.

Penghargaan dan ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kepada semua pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains di atas semua bimbingan dan kata-kata nasihat di sepanjang pengajian saya di Universiti Teknologi Malaysia.

Penghargaan yang tidak terhingga kepada kedua ibu dan ayah Romli Bin Hassan dan Zaiton Binti Hussin yang sentiasa menyokong saya sepanjang saya melaksanakan projek sarjana muda ini. Kepada rakan-rakan seperjuangan, terima kasih atas bantuan dan motivasi di sepanjang proses perlaksanaan projek ini dengan sempurna. Semoga Allah S.W.T membalas segala jasa baik kalian.

Sekian, Terima Kasih.

vi

ABSTRAK

Pembangunan laman web bagi subjek kimia tingkatan 4 ini adalah bertujuan menggalakkan penggunaan internet sebagai salah satu bahan bantu mengajar di sekolah. Laman web yang di bina ini adalah dalam versi bahasa inggeris kerana bahasa ini telah digunakan di sekolah sebagai bahasa pengantar untuk subjek kimia. Kumpulan sasaran bagi pembangunan laman web ini adalah pelajar-pelajar yang mengambil subjek kimia, guru-guru yang mengajar subjek kimia dan penyelidik-penyelidik dalam bidang pendidikan. Teori pembelajaran yang digunakan dalam pembangunan laman web ini adalah Teori Konstruktivis, di mana elemen pembelajaran secara inkuiri telah diaplikasikan ke dalam laman web ini. Pembangunan laman web ini adalah menggunakan Moodle 1.9.11+ dan XAMPP 1.7 yang mengandungi Apache dan MySQL sebagai platform. Selain itu laman web ini juga disokong oleh perisian lain seperti Adobe Photoshop CS4 dan Macromedia Flash 5. Adalah diharapkan laman web ini dapat membantu pelajar dalam mempelajari tajuk berkaitan garam.

vii

ABSTRACT

The purpose of this website development is to encourage the usage of internet as one of the teaching aids in school. This website has been developed by using English language because of it is a medium for teaching chemistry in school. The target user for this website is the students who learned chemistry, chemistry teacher and educational researcher. The theory of learning that has been applied in this website is a Constructivist Theory of learning, where the element of inquiry has been used in this website. This website was developed by using Moodle version 1.9.11+ and XAMPP 1.7 consists of Apache and MySQL as platform. This website also use others software like Adobe Photoshop CS4 and Macromedia Flash 5. Hopefully, this website will help students to learn the topic of salt.

ISI KANDUNGAN

BAB

BAB 1

PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS

i

JUDUL

ii

PENGESAHAN PENYELIA

iii

PENGAKUAN

iv

DEDIKASI

v

PENGHARGAAN

vi

ABSTRAK

vii

ABSTRACT

viii

KANDUNGAN

ix

SENARAI RAJAH

xiii

PENGENALAN 1.1 Pendahuluan

1

1.2 Latar Belakang Masalah

3

1.3 Pernyataan Masalah

4

1.4 0bjektif Pembangunan

5

1.5 Kepentingan Pembangunan

5

1.6 Rasional Pemilihan Pembangunan

8

1.7 Skop Pembangunan

8

1.8 Batasan Pembangunan

9

1.9 Terminologi

10

1.10 Penutup

11

x BAB 2

SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan

12

2.2 Pengenalan Teori Konstruktivis

13

2.3 Pengenalan Pembelajaran Berasaskan Laman Web

14

2.4 Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

16

2.4.1 Bentuk-bentuk Elemen Inkuiri

18

2.4.2 Model Inkuiri

20

2.5 Aplikasi Teori Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

21

2.6 Implikasi Penggunaan Laman Web Dalam Bidang Pendidikan 2.7 Penutup

BAB 3

22 25

METODOLOGI 3.1 Pendahuluan

26

3.2 Model Rekabentuk Pengajaran Dalam Pembangunan Laman Web

27

3.2.1 Fasa Analisis Keperluan

27

3.2.1.1 Analisis Terhadap Kumpulan Sasaran

27

3.2.1.2 Analisis Terhadap Kandungan Pembelajaran

28

3.2.1.3 Analisis Terhadap Strategi Pembelajaran

29

3.2.1.4 Analisis Terhadap Keperluan Teknikal

29

xi 3.2.2 Fasa Rekabentuk Laman Web

32

3.2.2.1 Rekabentuk Informasi

32

3.2.2.2 Rekabentuk Interaksi

33

3.2.3 Fasa Pembangunan Laman Web

37

3.2.4 Fasa Perlaksanaan

40

3.2.5 Fasa Penilaian

40

3.3 Penutup

BAB 4

41

HASIL PEMBANGUNAN LAMAN WEB 4.1 Pendahuluan

42

4.2 Penggunaan Moodle dalam Pembangunan

43

Laman Web 4.3 Paparan Hasil Pembangunan Laman Web 4.3.1 Database Pengguna 4.3.2

44 44

Paparan Tajuk Pembelajaran sebelum Pengguna Mendaftar Masuk

45

4.3.3 Paparan Daftar Masuk

46

4.3.4 Paparan Setelah Mendaftar Masuk

47

4.3.5 Paparan Objektif Pengajaran

47

4.3.6 Paparan Isi Pelajaran

48

4.3.7 Paparan Lain-lain Menu dalam Laman Web

49

4.3.7.1 Paparan Menu sebelah kanan Laman Web

49

4.3.7.2 Paparan Menu sebelah kiri Laman Web

50

4.4 Paparan Isi Pelajaran

51

4.5 Carta Alir Pembelajaran

57

4.6 Penutup

58

xii

BAB 5

PERBINCANGAN, MASALAH DAN CADANGAN 5.1

Pendahuluan

5.2

Perbincangan Hasil Pembangunan Laman Web

5.3

60

Masalah Dalam Proses Pembangunan Laman Web

5.4

59

63

Kelebihan dan Kelemahan Pembangunan Laman Web Menggunakan Moodle 5.4.1

65

Kelebihan Pembangunan Laman Web Menggunakan Moodle

5.4.2

65

Kelemahan Pembangunan Laman Web Menggunakan Moodle

67

5.5

Implikasi Pembangunan Laman Web

68

5.6

Cadangan

70

5.6.1

Cadangan Kepada Penyelidikpenyelidik lain

5.6.2

Cadangan terhadap Pembangunan Sistem

5.7

70

Penutup

71 72

RUJUKAN Rujukan A-Y

73

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

1

Inkuiri Model

20

2

Struktur Akses Informasi

34

3

Struktur Tutorial

39

4

Database Pengguna

45

5

Paparan Tajuk Utama Laman Web

46

6

Paparan Daftar Masuk Pertama

46

7

Paparan Daftar Masuk Kedua

47

8

Paparan setelah Pengguna Mendaftar

47

Masuk 9

Paparan Objektif Pembelajaran

48

10

Paparan Isi Pelajaran

49

11

Paparan Menu Sebelah Kanan Laman

50

Web 12

Paparan Menu Sebelah Kiri Laman Web

51

13

Paparan Definisi Garam

52

14

Paparan Forum

53

15

Paparan Sifat Fizikal Garam

54

16

Paparan Prosedur Aktiviti Makmal 1

54

17

Paparan Prosedur Aktiviti Makmal 2

55

18

Paparan Soalan Aneka Pilihan Jawapan

56

19

Paparan Soalan Jenis Betul/Salah

56

20

Carta Alir Pembelajaran

57

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Bidang pendidikan di Malaysia telah mengalami pelbagai evolusi hasil inovasi manusia. Jika dahulu hanya menggunakan kapur, OHP dan sebagainya, kini elemen-elemen multimedia serta penggunaan komputer dan internet di Malaysia telah berkembang dengan pesatnya. Menurut Weiss (2001) dalam Nor Hazidah (2005), penggunaan internet dan komputer mampu mengubah banyak aspek dalam pendidikan di mana guru-guru akan menjadi golongan penting yang akan membantu pelajar dalam usaha pengajaran secara berbantukan komputer. Ini menunjukkan bahawa penggunaan internet dalam bidang pendidikan amat bertepatan selaras dengan Malaysia yang bakal menuju ke

arah negara maju pada tahun 2020.

Sesebuah Negara maju haruslah mempunyai sistem pendidikan yang mantap serta menggunakan elemen-elemen teknologi sebagai salah satu bahan bantu mengajar. Aktiviti-aktiviti pencarian maklumat secara menyeluruh oleh pelajar haruslah diterapkan supaya pelajar-pelajar menjadi individu yang aktif dalam pembelajaran.

2 Pembinaan laman-laman web berasaskan pembelajaran banyak dibangunkan bertujuan sebagai alat bantu mengajar di sekolah. Jadi pembinaan laman-laman web ini mampu membantu guru-guru mahupun pelajar mencari sesuatu maklumat berkaitan pembelajaran serta digunakan sebagai medium penyampaian maklumat yang interaktif hasil penggabungan pelbagai media. Untuk itu, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran telah mengorak langkah memenuhi hasrat pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dan internet melalui pembinaan makmalmakmal komputer di sekolah-sekolah serta menaiktaraf subjek komputer di sekolah. Bukan itu sahaja, sejak diperkenalkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris pada tahun 2003, penggunaan komputer semakin meningkat. Guru-guru sains dan matematik serta bahasa inggeris diwajibkan mengikuti kursus-kursus penggunaan komputer dalam pembelajaran. Justeru itu, penggunaan internet dalam kalangan guru khususnya guru-guru sains, matematik dan bahasa inggeris bukanlah perkara asing lagi.

Pengajaran yang menarik adalah pengajaran yang melibatkan interaksi antara guru dan pelajar. Pengajaran seperti ini adalah melibatkan pelajar dalam berkongsi idea dan pendapat tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan subjek yang di ajar. Pengajaran yang hanya melibatkan guru memberi maklumat sahaja menjadikan bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut bosan serta isi pelajaran tidak dapat disampaikan dengan baik. Menurut Sajap Maswan, guru-guru boleh menggunakan internet-internet ataupun laman-laman web sebagai bahan bantu mengajar ataupun guru-guru boleh membina laman web sendiri untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini akan mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan bukan lagi pengajaran yang berpusatkan guru. Dalam hal ini guru akan menjadi fasilitator untuk membantu pelajar-pelajar memahami sesuatu konsep pengajaran dan pembelajaran.

3 1.2

Latar Belakang Masalah

Pembelajaran adalah satu proses penyampaian maklumat. Penyampaian sesuatu maklumat dalam pelbagai bentuk serta tidak tertumpu kepada satu bentuk atau kaedah pengajaran adalah amat digalakkan bagi mengelakkan pelajar merasa cepat bosan dengan sesuatu pembelajaran terutama pembelajaran subjek yang kompleks seperti subjek kimia yang memerlukan guru-guru kreatif dalam menyampaikan subjek ini. Subjek kimia merupakan salah satu subjek aliran sains selain fizik dan biologi. Merupakan subjek yang melibatkan konsep, pengiraan dan kefahaman sesuatu perkara dengan

mendalam. Menurut

(Garnett et al., 1995;

Nakhlek & Krajkik, 1993) dalam Tan Kheng Theng (2007) pelajar-pelajar mempunyai masalah dari segi Keseimbangan kimia, tindak balas stoikiometri, konsep mol serta pengoksidaan dan penurunan serta acid dan bes. Jika mereka tidak memahami konsep ini maka bagi konsep garam juga mereka akan mempunyai masalah untuk memahaminya. Masalah yang berlaku kepada pelajar pada masa kini adalah untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran dan penggunaannya dalam kehidupan seharian. Kebanyakan guru-guru yang mengajar hanya menumpukan perhatian kepada fakta-fakta kimia tanpa menghubungkan apa yang dipelajari dengan kehidupan sebenar menyebabkan pelajar belajar hanya untuk peperiksaan sematamata sedangkan kimia adalah melibatkan kehidupan kita seharian.

Menurut kurikulum bersepadu kimia tingkatan 4 (2005), penggunaaan teknologi seperti komputer, laman web, simulasi berkomputer dan sebagainya adalah bahan bantu mengajar yang terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains dan terutamnya pengajaran subjek kimia. Kebanyakan guru-guru di sekolah masih lagi menggunakan cara mengajar secara tradisional iaitu dengan menggunakan kapur dan menerangkan sesuatu perkara secara lisan tanpa menerangkan bagaimana sesuatu proses itu berlaku. Menurut Johari, Nor Hasniza dan Mohamad Yusof (2006) pengajaran kimia haruslah pada aras mikroskopik, makroskopik dan simbol sesuatu bahan kimia dan pembinaan bahan bantu mengajar haruslah mempunyai aras-aras ini tetapi ia sukar dihasilkan. Begitu juga dengan pembangunan laman web sebagai bahan bantu mengajar memerlukan masa yang lama untuk dibangunkan serta memerlukan tenaga pakar yang mahir. Perkara ini akan menyebabkan guru-guru

4 sukar membangunkannya dan hanya tertumpu kepada satu kaedah pengajaran iaitu secara konvensional.

Pengajaran topik kimia dengan menggunakan laman web amat bertepatan kerana ia akan membantu guru-guru dan pelajar-pelajar untuk memahami beberapa konsep pengajaran dan pembelajaran kimia yang sukar seperti yang melibatkan stoikiometri kimia, persamaan kimia dan sebagainya yang merupakan asas kepada sesuatu kimia. Bagi mengatasi masalah ini juga, teori konstruktivisme akan disepadukan dalam pembangunan laman web ini. Menurut Johari, Nor Hasniza dan Mohamad Yusof (2006) lagi pembelajaran secara konstrutivis menekankan dua aktiviti yang berkait iaitu yang melibatkan tingkahlaku pelajar serta yang melibatkan aktiviti mental secara aktif. Ini akan membantu pelajar memahami dengan lebih mendalam tentang sesuatu perkara melalui pengalaman mereka sendiri.

1.3

Pernyataan Masalah

Penguasaan konsep garam adalah amat penting oleh pelajar supaya pelajar dapat menganalisis sesuatu garam. Menurut Hanafi(2004) dalam Tan Kheng Theng(2007) sesuatu konsep pengajaran adalah tidak bermakna dan menjadi hafalan jika sesuatu konsep itu tidak difahami. Ini jelas menunjukkan bahawa sesuatu pengajaran itu perlu dikuasai bukannya dihafal. Jika ia difahami maka pelajar akan mudah untuk mempelajari sesuatu topic terutamanya topik garam pada aras yang lebih tinggi, tetapi jika pelajar mengamalkan konsep hafalan, sukar untuk mereka menjawab pelbagai soalan yang ditanyakan sama ada oleh guru mahupun dalam peperiksaan.

Walaupun pelajar dapat menguasai sesuatu konsep kimia, tetapi tidak semua dapat mengekalkan konsep tersebut pada aras soalan yang berbeza Tan Kheng Theng(2007). Keadaan ini menimbulkan beberapa persoalan dalam usaha mengatasi masalah ini secara pembangunan laman web iaitu : adakah rekabentuk laman web boleh membantu pelajar memahami konsep garam dan seterusnya digunakan untuk

5 menjawab soalan dalam pelbagai aras yang berbeza. Sejauh manakah pembangunan laman web ini mampu membentuk pelajar menjadi pelajar yang aktif untuk mencari maklumat berkaitan garam dan seterusnya mengaplikasikan konsep garam dalam kehidupan seharian. Justeru itu satu pembangunan laman web berasaskan pembelajaran harus dibangunkan bertujuan membantu pelajar-pelajar untuk menguasai konsep pembelajaran garam dan seterusnya mampu mengaplikasikan konsep tersebut dalam pelbagai situasi.

1.4

Objektif Pembangunan

Secara khususnya pembangunan laman web ini adalah untuk:

i. Merekabentuk satu laman web yang lengkap berkaitan tajuk garam bagi subjek kimia tingkatan 4 menggabungkan elemen-elemen multimedia serta interaktif untuk menarik perhatian pelajar.

ii. Membangunkan sebuah laman web yang mudah digunakan oleh guruguru dan pelajar-pelajar mengikut silibus kimia tingkatan 4, kurikulum bersepadu sekolah menengah (KBSM).

1.5

Kepentingan Pembangunan

Setiap pembangunan laman web mempunyai tujuan serta kepentingan yang tersendiri. Bagi pembinaan laman web untuk topik garam bagi subjek kimia tingkatan 4, ia mempunyai kepentingan-kepentingan kepada individu-individu mahupun kepada organisasi termasuklah kepada guru-guru yang mengajar subjek kimia, pelajar yang mempelajari subjek kimia, penyelidik-peyelidik lain, pihak

6 kementerian pelajaran, golongan-golongan lain yang bertujuan untuk menerbitkan bahan-bahan rujukan berasaskan subjek kimia. Tujuan pembangunan laman web ini kepada golongan guru-guru di sekolah adalah untuk membantu mempermudahkan proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru di sekolah. Mengikut satu kajian yang dijalankan ke atas guru-guru di sekolah menengah di seluruh Pulau Pinang mendapati bahawa, penggunaan komputer dan internet di dalam beberapa subjek untuk

proses pengajaran dan

pembelajaran mencatatkan keputusan bahawa, subjek sains mempunyai peratusan tinggi iaitu sebanyak 68% berbanding subjek sejarah iaitu sebanyak 47%. Peratusan ini jelas menunjukkan bahawa guru-guru sains lebih mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer dan internet berbanding guru-guru sejarah atau guru-guru sains sosial. Dapatan ini membuktikan bahawa pengajaran secara berbantukan komputer adalah amat sesuai terutamanya bagi subjek sains. Jadi jika dilihat kembali pembinaan laman web berasaskan pembelajaran ini mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran kimia lebih menarik serta mudah difahami.

Menurut Sajap Maswan lagi, dalam penggunaan laman web, bagi menggalakkan pembelajaran secara aktif, guru-guru haruslah menggunakan ciri-ciri hypermedia, hiperteks dan hiperlinks supaya pelajar dapat menerokai maklumat tentang

subjek yang ingin dipelajari untuk dikongsikan di dalam kelas. Ini

menunjukkan bahawa kepentingan laman web ini kepada guru-guru amat banyak sekali dalam memberikan sesuatu yang menarik serta membantu pelajar memahami konsep kimia iaitu konsep garam yang akan dipelajari. Laman web ini juga boleh membantu para guru untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas. Penggunaan ini seterusnya memberikan kepelbagaian kepada guru-guru dan pelajar itu sendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pembangunan laman web ini amat penting sekali kepada golongan pelajar kerana ia sangat membantu pelajar dari segi memperkukuhkan konsep sesuatu topik. Pembelajaran berasaskan web menjadikan pelajar lebih berdikari serta ia membantu pelajar meningkatkan pengetahuan dalam sesuatu topik yang dipelajari. Menurut Baharudin(2001) dalam Sajap Marwan menyatakan bahawa pelajar mempunyai

7 initiatif belajar secara kendiri dalam membentuk kemahiran mereka terhadap sesuatu topik yang dipelajari supaya mereka memperlihatkan ciri-ciri sebagai seorang pelajar yang aktif. Justeru itu, penggunaan laman web ini melalui aktiviti yang

penerapan pelbagai

mencabar minda serta penerokaan pelbagai sumber-sumber

pembelajaran lain dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran berfikir tahap tinggi. Selain itu juga pembangunan laman web ini mampu menarik minat pelajarpelajar dalam usaha mereka mempelajari dan memahami sesuatu konsep kimia itu sendiri dengan mudah melalui pengalaman mereka mencari sendiri sesuatu maklumat dan dikongsikan bersama pelajar-pelajar yang lain di dalam kelas.

Jika dilihat dalam huraian sukatan pelajaran kimia tingkatan 4, pusat perkembangan kokuriulum menekankan teori

konstruktivis dalam pembelajaran

kimia di mana pengetahuan sedia ada pelajar dititik berat, pembelajaran berlaku apabila pelajar berusaha mendapatkannaya, pembelajaran juga berlaku dimana proses asimilasi berlaku antara pengetahuan sedia ada mereka dengan pengetahuan baru yang mereka dapat, dan pengalaman pelajar membantu pelajar dalam proses pembelajaran. Semua elemen-elemen tersebut amat diperlukan oleh pelajar-pelajar supaya wujudnya pembelajaran secara aktif di dalam kelas.

Pembangunan laman web juga memberi manfaat yang besar kepada penyelidik-penyelidik lain. Pembangunan laman web mampu memberikan motivasi kepada penyelidik-penyelidik lain untuk membangunkan lebih banyak laman-laman web berasaskan pembelajaran untuk kegunaan dan kemudahan guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolah. Pembinaan laman-laman web ini juga mampu memberikan maklumat yang berguna kepada penyelidik-penyelidik lain tentang apa yang perlu dihasilkan dan apa yang perlu dielakkan semasa membangunkan sesebuah laman web yang melibatkan pembelajaran di sekolah.

Selain itu huraian sukatan pelajaran juga menekankan penggunaan teknologi dalam pembelajaran kerana teknologi adalah alat bantu mengajar yang mampu menarik perhatian pelajar. Adalah diharapkan pelajar-pelajar dan guru-guru dapat menggunakan laman web ini secara maksimum supaya sesuatu objektif pengajaran dapat dicapai.