PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS DAN

pembangunan perisian pbk matematik tingkatan 4, garis dan satah dalam 3 matra menggunakan pendekatan konstruktivisme sarimah binti sa’ibor laporan pro...

24 downloads 494 Views 545KB Size
PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME

SARIMAH BINTI SA’IBOR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME

SARIMAH BINTI SA’IBOR

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER, 2007

Nama Pelajar

: SARIMAH BINTI SAIBOR

Tarikh

: 15 NOVEMBER 2007

iii

DEDIKASI

Sekalung budi….. Buat penyeliaku Puan Zaleha Binti Abdullah dan Encik Mohd Fadzli Bin Ali, pensyarahpensyarah Jabatan Multimedia yang pernah mendidikku secara langsung dan tidak langsung dan semua pensyarah Universiti Teknologi Malaysia yang pernah mendidikku, bimbingan dan tunjuk ajar kalian amat berharga dan bernilai buatku… Terima kasih atas segala-galanya… Buat Bonda yang tercinta … Aminah Binti Muhammad Terima kasih di atas segala kasih sayang dan pengorbanan yang diberikan Hanya Allah yang dapat membalasnya Untuk abang-abang dan kakak-kakak yang ku sayangi… Terima kasih atas segala bantuan yang telah diberikan Semoga Allah memberkati hidup kalian Buat rakan-rakan seperjuangan… Dorongan dan doa kalian telah membuahkan kejayaan buat diriku Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapaan terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Zaleha Binti Abdullah dan Encik Mohd Fadzli Bin Ali selaku penyelia Projek Sarjana Muda di atas segala bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan buat rakan-rakan seperjuangan serta individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapakan Projek Sarjana Muda ini.

v

ABSTRAK

Tujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan satu perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi mata pelajaran Matematik yang bertajuk Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra. Perisian yang dibangunkan berasaskan teori konstruktivisme menggunakan strategi tutorial. Pembinaan perisian ini adalah berasaskan kepada model reka bentuk Hannafin dan Peck yang melibatkan proses tiga fasa. Dalam fasa pertama, analisis keperluan dan diikuti dengan fasa kedua iaitu fasa reka bentuk dan seterusnya dalam fasa ketiga, fasa pembangunan dan pelaksanaan.

Semua fasa dalam model ini melibatkan proses penilaian dan

pengulangan yang dijalankan dari semasa ke semasa mengikut peringkat fasa-fasa yang dinyatakan. Perisian yang dibangunkan merupakan mesra pengguna di mana pengguna bebas untuk mengawal pembelajaran.

Perisian ini dibina berasaskan

Macromedia Authorware 7.0 dan beberapa perisian sokongan yang lain iaitu Adobe Photoshop CS2, Recorder Sound Fordge 9.0, Ulead Cool 3D dan Macromedia Flash MX 2004. Penyebaran bagi perisian ini adalah menggunakan Compact Disc (CD) bagi memudahkan penyimpanan yang tidak memerlukan ruang yang besar. Diharap perisian ini dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar-pelajar khususnya pelajar tingkatan empat sejajar dengan perkembangan masa kini.

vi

ABSTRACT

The main purpose of this research is to develop a Computer Aided Learning software for the mathematical subject of Lines And Planes In 3 Dimension. The software is developed based on the constructivism theory using tutorial strategy. The development is based on the design model of Hannafin and Peck which involves three phases. In the first phase, analyze process and followed by the second phase which is the design phase and finally the third phase which is the development and execution. All the phases in this model involve evaluation process and repetitions which is executed from time to time according to the levels of phases mentioned. The software developed is user friendly where users are free to control their own learning process. This software is built by using Macromedia Authorware 7.0 as the main development tools, supported by other tools such as Adobe Photoshop CS2, Recorder Sound Forge 9.0, Ulead Cool 3D and Macromedia Flash MX 2004. Distribution of the software is via Compact Disc for easy storage. It is hoped that the software will help student’s performances especially secondary compactable with the needs of new age development.

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA

BAB 1

HALAMAN JUDUL

i

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI RAJAH

xi

SENARAI LAMPIRAN

xii

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

4

1.3

Pernyataan Masalah

5

1.4

Rasional Kajian

6

1.5

Objektif Kajian

6

1.6

Objektif Reka Bentuk

6

1.7

Persoalan Kajian

7

1.8

Skop Kajian

7

1.9

Kepentingan Kajian

8

1.10

Definisi Operasional

8

viii BAB 2

BAB 3

SOROTAN KAJIAN

2.1

Pengenalan

11

2.2

Apakah Konstuktivisme

11

2.3

Pendekatan Konstruktivisme Dalam Mata Pelajaran Sains Dan Matematik

14

2.4

Aplikasi Konstruktivisme Dalam Perisian

15

2.5

Penggunaan PBK Dalam Matematik

17

2.6

CD-ROM Sebagai Alat Penyebaran

18

REKA BENTUK KAJIAN

3.1

Pengenalan

20

3.2

Model Reka Bentuk Pembangunan Perisian

20

3.2.1 Fasa Analisis Keperluan

21

3.2.2

Fasa Reka Bentuk

22

3.2.3

Fasa Pembangunan Dan Perlaksanaan

22

3.3

Pemilihan Perisian Dan Perkakas Untuk Membangunkan Perisian

22

3.3.1

Bahasa Pengubahan

23

3.3.2

Perkakasan Dalam Proses Pembangunan

23

3.3.3

Perkakasan Main Balik Perisian

24

3.3.4

Perisian-Perisian Lain

24

3.4

Penyebaran Perisian

24

3.5

Strategi Pengajaran

25

3.5.1 Tutorial

25

3.5.1.1 Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Strategi Pengajaran Tutorial

26

3.5.1.2 Peranan Perisian Dalam Pelaksanaan Strategi Pengajaran Tutorial

26

3.5.1.3 Peranan Pelajar Dalam Pelaksanaan Strategi Pengajaran Tutorial 3.5.2

Teori Konstruktivisme

27 27

ix

BAB 4

3.6

Carta Aliran Perisian

28

3.7

Kesimpulan

29

HASIL PEMBANGUNAN

4.1

Pendahuluan

30

4.2

Pakej Untuk Penyebaran

30

4.3

Kandungan Perisian

31

4.3.1

Montaj

31

4.3.2

Menu Utama

33

4.4

BAB 5

4.3.3 Ujian

33

4.3.4 Perbincangan

36

4.3.5

37

Maklumat

4.3.6 Glosari

37

4.3.7

Keluar

38

4.3.8

Kredit

39

4.3.9

Permainan

40

Penutup

41

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

5.1

Pengenalan

42

5.2

Perbincangan

42

5.3

Masalah Yang Dihadapi

44

5.3.1

Kekangan Masa

44

5.3.2

Kurang Mahir

45

5.4

Keistimewaan Perisian

45

5.5

Kelemahan Perisian

46

5.6

Cadangan

47

5.6.1

Memperbaiki Reka Bentuk

47

5.6.2

Perisian Dalam Dwi Bahasa

47

5.6.3

Penghasilan Perisian Secara Kumpulan

48

x 5.6.4 5.7

Pengujian Perlu Dilakukan

Rumusan

48 49

BIBLIOGRAFI

50

LAMPIRAN

57

xi

SENARAI RAJAH

NO RAJAH

3.1

TAJUK

MUKA SURAT

Model reka bentuk instruksi bersisitem Hanaffin & Peck

21

4.1

Paparan Montaj

32

4.2

Paparan Tajuk Isi Pelajaran

32

4.3

Paparan Menu Utama

33

4.4

Paparan Masukkan Nama

34

4.5

Paparan Pilihan Soalan

34

4.6

Paparan Soalan

35

4.7

Paparan Nota Pada Soalan

35

4.8

Paparan Perbincangan

36

4.9

Paparan Jawapan Yang Diberi

36

4.10

Paparan Bantuan

37

4.11

Paparan Glosari

38

4.12

Paparan Keluar

39

4.13

Paparan Kredit

40

4.14

Paparan Permainan

41

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A

Carta Alir Perisian

TAJUK

MUKA SURAT 56

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun.

Ini

bersesuaian dengan hasrat pemimpin negara yang ingin menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020 seperti yang terdapat dalam Wawasan 2020. Untuk menjadi sebuah negara yang maju, negara mestilah mempunyai rakyat yang berkualiti dan hanya melalui pendidikanlah yang dapat menghasilkan rakyat Malaysia yang sedemikian rupa. Keperluan untuk meningkat taraf pendidikan rakyat Malaysia adalah sangat penting supaya lebih ramai penduduk Malaysia mempunyai pencapaian yang tinggi dalam bidang akademik dan cemerlang dalam bidang pendidikan.

Sekolah Bestari ditubuhkan bagi tujuan untuk meningkatkan lagi sistem pendidikan negara dengan memperkenalkan teknologi maklumat sebagai satu dari komponen dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran.

Di mana Sekolah

Bestari dibekalkan dengan pelbagai kemudahan canggih seperti komputer multimedia yang dapat membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik minat pelajar.

2 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) telah dapat dikenal pasti sebagai bahan yang dapat membantu guru dan pelajar di dalam kelas untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam mata pelajaran yang diikuti. Menurut Tengku Zawawi (1999), penggunaan komputer dalam pengajaran Matematik dapat memperkembangkan dan memperkaya lagi tajuk yang diajar. Di mana pengunaan teknologi yang bersesuaian dan berkesan dapat membantu meningkatkan pencapaian dan penguasaan hasil pembelajaran yang dikehendaki (PPK, 2000). Di samping itu juga, Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) merupakan salah satu cara untuk mengintegrasikan

teknologi

dalam

pendidikan

yang

berpotensi

untuk

mengoptimakan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Bagi pihak Kementerian Pelajaran pula sedang berusaha menyediakan bahan PBK yang melibatkan empat mata pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang akan digunakan oleh pelajar-pelajar. Seperti mana yang kita tahu bahawa peranan guru-guru adalah untuk memberikan bantuan sebagai fasilitator atau permudah cara di dalam kelas apabila penggunaan PBK digunakan.

Menurut Zoraini Wati Abas (1993) guru-guru seharusnya peka dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat ke arah peningkatan diri dan profesionalisma. Institusi penggajian tinggi yang melahirkan seorang pendidik memainkan peranan penting dalam memberikan latihan kepada guru-guru terlatih melalui kursus dalam perkhidmatan supaya guru-guru sentiasa dapat meningkatkan mutu pendidikan dalam era teknologi maklumat yang globalisasi.

PBK sesuai dijadikan sebagai bahan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya aktiviti pengkayaan. Seperti yang kita tahu bahawa gabungan teks, grafik, audio, animasi dan video dalam persembahan sesuatu perisian dapat memberangsangkan dan tidak menjemukan (Baharuddin et. al., 2002). Hal ini amat ideal dalam memperkayakan minda pelajar secara efektif.

Cirinya yang

interaktif menambahkan lagi keberkesanan dalam mengembangkan intelek individu seseorang pelajar.

3 PBK juga bertindak sebagai alat atau bahan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebagaimana yang kita tahu bahawa ianya akan

memudahkan proses pembelajaran isi kandungan, perkembangan pemikiran aras tinggi dan penyelesaian masalah. Dalam mencapai objektif yang dikehendaki, guru perlu membuat perancangan dari segi isi dan strategi PBK berdasarkan objektif pengajaran dan kumpulan sasaran. Guru akan merancang aktiviti-aktiviti pengayaan berkomputer yang sesuai di mana akitiviti ini melibatkan murid-murid menggunakan komputer dan perisian aplikasi yang sesuai sebagai satu alat untuk membantu mereka menyelesaikan masalah dan memahami konsep pelajaran.

PBK akan dapat membantu meningkatkan keberkesanan pembelajaran jika seseorang pelajar tidak dapat menguasai pembelajarannya, dia hanya perlu mengulangi semula gerak latihan bahagian tersebut ataupun kembali semula ke langkah sebelumnya iaitu bermula daripada peringkat awal agar pembelajaran dapat dijalankan semula. Proses pengulangan ini memerlukan pelajar lebih memberi atau menumpukan perhatian kepada gerak kerja yang diulangi. Perisian bahan pengajaran dan pembelajaran yang dibuat perlu membimbing pelajar untuk mengulang setiap gerak kerja yang dilakukan.

Terdapat pelbagai jenis teori pembelajaran dalam bidang pedagogi yang boleh diaplikasikan dalam reka bentuk dan pembinaan perisian PBK.

Teori-teori

pembelajaran mempengaruhi pembentukkan model-model reka bentuk pengajaran yang digunakan sebagai panduan dalam pembinaan perisian PBK. Aplikasi teori ini perlulah bertepatan dengan keperluan dan kesesuaian penggunaannya.

Teori

pembelajaran konstruktivisme merupakan teori yang akan menjadi tumpuan dalam pembangunan perisian PBK yang akan dibangunkan.

Di mana kita tahu, teori ini merupakan proses pelajar membina pengetahuan atau konsep berdasarkan pengalaman mereka sendiri.

Melalui perisian yang

dibangunkan, pelajar dapat menimba pengalaman dan memperkukuhkan idea atau konsep yang sedia ada. Selain daripada itu, pelajar juga terlibat secara aktif dalam perisian yang dibangunkan dan bukan hanya dapat mengawal pembelajaran mereka.

4 1.2

Latar Belakang Masalah

Matematik merupakan salah satu daripada mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Matlamat Pendidikan

Matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran logik, analitis, kritis dan bersistem, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan pengetahuan Matematik dalam kehidupan harian pelajar-pelajar. Dalam mencapai matlamat ini, kandungan Matematik KBSM diolah kepada tiga bidang iaitu nombor, bentuk dan ruang dan perkaitan (Nik Azis Nik Pa, 1992).

Kajian ini adalah berkaitan dengan tajuk Garis Dalam Satah Tiga Matra yang telah dikenal pasti topik yang sukar untuk pelajar mempelajarinya dan juga bagi guru yang mengajar melalui pengalaman pengkaji semasa membuat latihan mengajar. Pelajar-pelajar sukar untuk menentukan sudut apabila diberi objek dalam bentuk tiga dimensi.

Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra merupakan salah satu tajuk dalam bidang bentuk. Pelajar yang ingin menguasai tajuk ini mesti menguasai beberapa tajuk lain terlebih dahulu iaitu sudut, teorem pithoragas dan trigonometri. Tajuk-tajuk ini juga di bawah bidang bentuk yang merupakan komponen dalam geometri.

Bagi tajuk Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra, kesukaran wujud apabila pelajar sukar melihat objek tiga matra dan hubungan antara objek-objek tersebut (Piaget,1953). Menurut Maznah (2000) dalam Faziyah (2007), kesukaran memahami Matematik adalah disebabkan pemahaman sesuatu konsep adalah bersandar kepada pemahaman konsep-konsep yang lain.

Bagi mengatasi masalah ini, guru mesti

menggunakan model yang konkrit supaya pelajar dapat memanipulasi model-model tersebut.

Seterusnya pelajar dapat membuat hubungan konsep berdasarkan

pengetahuan sedia ada pelajar.

Seperti yang dinyatakan oleh Suydam (1985) dalam Norhayati (2000) bahawa guru-guru pada hari ini dikatakan terlalu bergantung kepada buku teks dan tidak banyak aktiviti dijalankan selain membuat latihan dari buku teks. Hal ini berlaku

5 kerana kesukaran guru untuk menyedia dan mendapatkan model kontrik yang bersesuaian dengan topik yang diajar.

Menggunakan perisian yang terdapat di pasaran merupakan salah satu alternatif yang digunakan untuk mengatasi masalah ini. Guru tidak lagi memerlukan model konkrit kerana dengan menggunakan perisian tersebut pelajar dapat memanipulasi objek-objek di dalam komputer sahaja. Dengan kata lain, pelajar hanya menggunakan perisian itu sepenuhnya.

1.3

Pernyataan Masalah

Berdasarkan

kepada

permasalahan

yang

diutarakan,

pengkaji

ingin

membangunkan sebuah perisian PBK untuk menyelesaikan masalah tersebut. Seperti yang kita tahu bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dipelbagaikan seperti kewujudan perisian yang dibangunkan ini dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Selain itu, ianya juga dapat mengukuhkan lagi konsep yang diperlukan oleh seorang pelajar. Di mana kita tahu bahawa konsep memainkan peranan yang penting dalam mata pelajaran Matematik.

Di samping itu juga, pencapaian mata pelajaran Matematik di SMK St. Thomas, Kuantan juga dijadikan alasan bahawa pengkaji berminat untuk membangunkan perisian bagi topik ini. Analisis prestasi SPM 1997 – 2001 yang dikeluarkan oleh SMK St. Thomas, Kuantan menunjukkan keputusan yang tidak memberangsangkan. Di mana pada tahun 2001 hanya 70.9% sahaja peratusan pelajar yang lulus dalam mata pelajaran matematik. Ini menunjukkan bahawa 29.1% pelajar yang tidak lulus. Di mana ianya berkaitan dengan tajuk garis dalam satah tiga matra yang tidak dapat dijawab oleh pelajar tersebut.

6 1.4

Rasional Kajian

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menghasilkan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) yang dibangunkan

adalah berbentuk multimedia di mana ia memainkan peranan penting di dalam pengajaran kerana ia mempunyai ciri-ciri interaktif (Wan Salihin et. al., 1998). Oleh itu, kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak tertentu seperti berikut: a) Pelajar sekolah menengah yang belajar di tingkatan empat b) Guru yang mengajar mata pelajaran Matematik Tingkatan Empat.

1. 5

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah membangunkan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) menggunakan strategi pengajaran jenis tutorial berasaskan teori konstruktivisme bagi tajuk Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra.

1.6

Objektif Reka Bentuk

7 Objektif reka bentuk yang dibangunkan adalah seperti berikut: i.

Mendedahkan pelajar dengan penggunaan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

ii.

Memberi peluang kepada pelajar belajar dan mengulangkaji mengikut tahap kebolehan masing-masing.

1.7

Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif-objektif yang dinyatakan, terdapat dua persoalan kajian iaitu: i.

Bagaimana Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra.

ii.

Bagaimana teori konstruktivisme dapat diaplikasikan di dalam Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK).