Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN i KSAS KAWASAN TADAHAN AIR DAN SUMBER AIR TANAH Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung...

49 downloads 471 Views 912KB Size
DRAF

Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tadahan Air & Sumber Air Tanah

Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Kawasan tadahan Air & Sumber Air Tanah

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 2014

Cetakan Pertama 2014 © Hakcipta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Hakcipta Terpelihara Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara, sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu

Diterbitkan di Malaysia oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Pemberitahuan

Garis panduan ini mengandungi 12 garis panduan yang perlu dibaca secara bersama iaituGP007-A(1)

:

GP007-A(2)

:

GP007-A(3) GP007-A(4) GP007-A(5)

: : :

GP007-A(6) GP007-A(7) GP007-A(8) GP007-A(9) GP007-A(10) GP007-A(11)

: : : : : :

GP007-A(12)

Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan dan Pembangunan (GPPPP) Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) – Pengenalan GPP Pembangunan Fizikal Pulau-Pulau dan Taman Laut (akan diterbitkan pada 2014); GPPPP KSAS Persisiran Pantai; GPPPP KSAS Tadahan Air dan Sumber Air Tanah; GPPPP KSAS Dataran Banjir, Tanah Lembap, Bekas Lombong, Tasik Dan Sungai; GPPPP KSAS Simpanan Mineral dan Bencana Geologi; GPPPP KSAS Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal; GPPPP KSAS Kawasan Pertanian Makanan; GPPPP KSAS Habitat Hidupan Liar; GPPPP KSAS Hutan Simpan Kekal; GPP Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi (telah diterbitkan pada 2009); dan GPPPP KSAS Warisan Kebudayaan dan Warisan Semulajadi .

Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama undang-undang, dasar Persekutuan dan Negeri, GP Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Ogos 2009 dan MNKT Ke 62 pada 17 September 2009, GP Perancangan Pembangunan Fizikal Pulau-Pulau dan Taman Laut yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 1 November 2013 serta lain-lain keperluan pelbagai agensi teknikal berkaitan. Garis panduan ini juga disediakan untuk menyokong garis panduan sedia ada jabatan-jabatan Kerajaan dan agensi-agensi lain.

2014

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN TADAHAN AIR DAN SUMBER AIR TANAH

i

ISI KANDUNGAN BAHAGIAN I : KAWASAN TADAHAN AIR 1.

SKOP ..................................................................................................1

2.

LATAR BELAKANG KAWASAN TADAHAN AIR .......................................3 2.1

Kawasan Tadahan Air Sebagai KSAS

3

3.

DEFINISI KAWASAN TADAHAN AIR .................................................... 4

4.

PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN ..................................................... 5

5.

6.

4.1

Melaksanakan Pembangunan Yang Seimbang

5

4.2

Pemeliharaan Fungsi Kawasan

5

GARIS PANDUAN UMUM .....................................................................5 5.1

Pematuhan Terhadap Dasar Dan Perundangan Sedia Ada

5

5.2

Perancangan Kawasan Tadahan Empangan

6

5.3

Perancangan Kawasan Tadahan Di Kawasan Takat Pengambilan Air

6

GARIS PANDUAN KHUSUS ..................................................................7 6.1

Perancangan Zon Penampan

7

6.2

Garis Panduan Khusus Perancangan dan Pemuliharaan KSAS Kawasan Tadahan Air 7

7.

LATAR BELAKANG KSAS SUMBER AIR TANAH ................................... 10

8.

DEFINISI SUMBER AIR TANAH ......................................................... 10

9.

PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN ................................................... 12

10.

GARIS PANDUAN UMUM ................................................................... 12

11.

GARIS PANDUAN KHUSUS ................................................................ 14

RUJUKAN LAMPIRAN

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN TADAHAN AIR

ii

SENARAI FOTO Foto 1: Contoh keadaan kawasan tadahan air di Tasik Pedu, Kedah yang mana kawasan hutan simpan kekal diterokai secara berleluasa tanpa pengawalan telah menjejaskan kualiti sumber air brsih bagi kawasan di Utara Semenanjung Malaysia. ............................................................................ 3

SENARAI JADUAL Jadual 1:

Panduan Khusus Perancangan dan Pemuliharaan KSAS Kawasan Tadahan Air... 8

SENARAI RAJAH Rajah 1 (a): Contoh Menunjukkan Ciri-Ciri Kawasan Tadahan Air ................................... 4 Rajah 1 (b): Contoh Menunjukkan Kawasan Di Kawasan Empangan Tadahan Air................ 4 Rajah 2: Kawasan Sumber Air Tanah ..................................................................... 11 Rajah 3: Klasifikasi Jarak Zon Tampan Mengikut Kawasan Abstraksi Air Tanah Dan Kawasan Imbuhan Air Tanah .................................................................... 13

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN TADAHAN AIR DAN SUMBER AIR TANAH

1.

SKOP

Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (GPPP KSAS) Kawasan Tadahan Air Dan Sumber Air Tanah ini terbahagi kepada 2 bahagian, iaituBahagian I : GPPPP KSAS Tadahan Air; dan Bahagian II : GPPPP KSAS Sumber Air Tanah. Tafsiran-tafsiran berkenaan dengan sumber air adalah seperti di Lampiran I.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

1

BAHAGIAN I

KAWASAN TADAHAN AIR

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN TADAHAN AIR

2.

LATAR BELAKANG TADAHAN AIR

KAWASAN

Permintaan bekalan air semakin meningkat sejajar dengan pertambahan penduduk. Namun, sumber air mentah semakin berkurangan akibat pemusnahan kawasan tadahan air, pencemaran sungai, kemarau dan pembalakan haram. Ini menyebabkan kuantiti air mentah berkurangan dan kualitinya tercemar, dan seterusnya mengakibatkan kos rawatan air yang lebih tinggi. Sumber air termasuklah mana-mana sungai, lembangan sungai, air tanah (ground water) atau badan air. Kawasan tadahan air membekalkan sumber air mentah, kawasan rekreasi, habitat tumbuhan dan haiwan serta flora dan fauna, pengairan dan industri perikanan. 2.1

Kawasan tadahan air dan sumber air mentah perlu dilindungi agar manusia dan hidupan dapat menikmati bekalan air yang berterusan pada masa kini dan generasi akan datang.

Foto 1:

Kawasan Tadahan Air Sebagai KSAS

Kawasan tadahan air merupakan kawasan utama untuk menakung air. Kualiti bekalan air mentah amat bergantung kepada kualiti kawasan tadahan air. Justeru, kawasan tadahan air dikategorikan sebagai KSAS di mana ia mempunyai fungsi sokongan hidup yang tinggi. Sekiranya kawasan tadahan air tidak dipulihara atau dilindungi maka kualiti bekalan air mentah negara akan terjejas.

3

Sumber:

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Contoh keadaan kawasan tadahan air di Tasik Pedu, Kedah yang mana kawasan diterokai secara berleluasa tanpa pengawalan telah menjejaskan kualiti sumber air bersih bagi kawasan di Utara Semenanjung Malaysia (reword).

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN TADAHAN AIR

3.

DEFINISI AIR

KAWASAN

4

TADAHAN

Secara umumnya, kawasan tadahan air ialah kawasan air yang ditampung secara semula jadi melalui landskapnya dan kawasan air yang ditampung secara buatan melalui pembinaan empangan (Bahagian Pantai, JPS). Air hujan dan air yang dialirkan keluar dari kawasan ini akan mengalir ke dalam tasik, sungai dan laut. Ciri-ciri kawasan tadahan air adalah– i.

Bahagian tanah yang disaliri oleh sungai dan beberapa anak sungai yang mengalir ke hilir dan bertemu dengan sungai utama dan seterusnya mengalir ke laut;

ii.

Terbentuk oleh kawasan geografi yang ditentukan oleh had garisan tadahan air, air permukaan dan air tanah mengalir ke kuala; dan

iii.

Bersempadankan ciri-ciri topografi seperti puncak bukit, gunung dan banjaran di mana semua air hujan, air larian permukaan lain akan mengalir ke suatu destinasi yang sama seperti sungai atau tasik hinggalah ke kawasan empangan atau takat pengambilan air di sesebuah kawasan.

Rajah 1 (a): Contoh Menunjukkan Ciri-Ciri Kawasan Tadahan Air (JPBD, 2008)

Rajah 1 (b): Contoh Menunjukkan Kawasan Di Kawasan Empangan Tadahan Air (JPBD, 2008)

Rajah 1 (a) dan (b) menunjukkan ciri-ciri kawasan tadahan air dan tadahan air untuk empangan dan takat pengambilan air. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN TADAHAN AIR

4.

PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN

5.

Prinsip-prinsip perancangan perancangan dan pemuliharaan kawasan tadahan air adalah– 4.1

Melaksanakan Yang Seimbang

bagi KSAS

Pembangunan

Pemeliharaan kawasan hijau, alam semula jadi dan sumbernya bagi memastikan keseimbangan di antara pembangunan dan kawasan sensitif seperti kawasan tadahan air dan dataran banjir. 4.2

5

GARIS PANDUAN UMUM

Garis panduan umum bagi perancangan pemuliharaan KSAS kawasan tadahan air meliputi5.1 i.

Pematuhan Terhadap Dasar Dan Perundangan Sedia Ada Perundangan Berkaitan a) Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56]. b) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127]. c) Akta Penyiasatan Kaji Bumi 1974 [Akta 129]. d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133]. e) Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]. f) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]. g) Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313]. h) Akta Pemuliharaan Tanah 1960 [Akta 385]. i) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655]. j) Akta Pembangunan Mineral 1994 [Akta 525]

Pemeliharaan Fungsi Kawasan

Kawasan tadahan air perlu dipelihara dan diurus sebagai satu unit yang tersendiri supaya dapat menghasilkan kuantiti dan kualiti air yang tinggi. Pengurusan yang bersepadu dan pengawalan pembangunan di sekitarnya perlu dijalankan untuk memelihara kawasan tersebut.

ii. Dasar Perancangan a) Agenda 21 (Bab 18) Perlindungan kualiti dan pembekalan sumber air bersih bagi memastikan keperluan air bersih sesuatu negara adalah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN TADAHAN AIR

memuaskan ke arah pembangunan mampan. Antara strategi yang digariskan

Perlindungan kawasan tadahan dan takungan air serta menangani isu pemindahan air.



Pengurusan hutan yang mampan dan berterusan bagi melindungi kawasan tadahan air.

b) National Conservation (NCS), 1993

Resources Management - IWRM) dan Integrated River Basin Management (IRBM) yang perlu dilaksanakan secara berintegrasi dengan pengurusan sumber air dan perancangan guna tanah. 5.2

Perancangan Kawasan Tadahan Empangan

i.

Aktiviti pembangunan, kemudahan infrastruktur, aktiviti pembalakan dan pertanian tidak dibenarkan.

ii.

Kualiti air perlu berada di lingkungan Kelas I hingga II mengikut Piawaian Interim Kualiti Air selaras dengan kehendak Jabatan Alam Sekitar.

iii.

Kemudahan pengolahan kumbahan dan tapak pelupusan sisa tidak dibenarkan dalam kawasan tadahan air empangan. Efluen kumbahan tidak terawat tidak dibenarkan dialirkan ke empangan.

5.3

Perancangan Kawasan Tadahan Di Kawasan Takat Pengambilan Air

i.

Kualiti air tidak melebihi Kelas II mengikut Piawaian Interim Kualiti Air.

ii.

Tapak pelupusan sisa pepejal tidak dibenarkan dalam kawasan tadahan takat pengambilan air.

iii.

Pembangunan dan aktiviti sedia ada perlu dikenal pasti, dikawal selia dan diurus dengan rapi.

Strategy



Majlis Sumber Air Negara (MSAN) perlu mempertimbangkan pengurusan sumber air secara holistik termasuk pengurusan kawasan tadahan tadahan.



Perlu mengenalpasti dan memelihara kawasan tadahan air sebagai kawasan empangan.



Lokasi kritikal kawasan tadahan air bagi pengambilan air dan sungaisungai utama perlu dikenalpasti.



“Permanent Forest Estate” (PFE) perlu diwujudkan di lokasi-lokasi yang strategik diseluruh negara bagi memelihara sumber air dan kawalan hakisan.

c) Rancangan Fizikal Negara 2 (RFN 2) Badan air perlu diurus dan pelihara dari segi biodiversiti dan akuatiknya bagi mencapai matlamat sungai yang mampan. Oleh itu, RFN 2 mencadangkan Pengurusan Sumber Air Bersepadu (Integrated Water

6

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN TADAHAN AIR

iv.

v.

Kawasan rekreasi dan sistem komunikasi dibenarkan dengan syarat penyediaan pelan pengurusan alam sekitar dijalankan terlebih dahulu.

6.

GARIS PANDUAN KHUSUS

6.1

Perancangan Zon Penampan

a)

Aktiviti pembalakan dan pengusahahasilan tidak dibenarkan dalam jarak 1.5km sekiranya bersempadan dengan tanah kerajaan atau 500m sekiranya bersempadan dengan hutan simpan kekal (Majlis Perhutanan Negara).

b)

Bahan kumbahan, buangan kediaman, industri dan sebagainya dilarang dialirkan terus ke dalam sungai. Bahan kumbahan hendaklah dirawat terlebih dahulu sehingga ke Kelas II (River Of Life) sebelum dialirkan keluar ke dalam “outlet” utama terlebih dahulu.

c)

Semua pembangunan di luar zon penampan adalah dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan umum sedia ada.

6.2

Garis Panduan Khusus Perancangan dan Pemuliharaan KSAS Kawasan Tadahan Air

Mematuhi peraturan "Pembangunan yang melibatkan Sungai dan Rizab Sungai" yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

vi. Apa jua aktiviti pembangunan di kawasan tadahan perlu mengambil kira faktor Total Maximum Pollution Loading (TMPL) bagi memastikan kadar isi padu pencemaran efluen sama ada dari loji rawatan kumbahan atau industri yang dirawat yang mengalir kembali ke alur sungai tidak melebihi isi padu air sungai yang menyebabkan kurangnya faktor pencairan terutamanya pada musim kemarau, yang menyebabkan air sungai tidak mampu menguraikan atau menyerap pencemaran secara semula jadi. Contohnya; kejadian larutan amonia yang berlaku di Loji Rawatan Air Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi. (keseluruhan - tajuk baru?)

7

Garis panduan khusus perancangan dan pemuliharaan KSAS kawasan tadahan air adalah seperti Jadual 1.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

8

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS KAWASAN TADAHAN AIR

KSAS/ Kategori

Panduan Khusus Perancangan dan Pemuliharaan KSAS Kawasan Tadahan Air Tahap Kesensitifan

Jadual 1:

Aktiviti dibenarkan dengan syarat Aktiviti

Syarat

Aktiviti tidak dibenarkan

Catatan / Garis panduan

 Penyelidikan bukan untuk tujuan pembalakan termasuk teknik mesra alam bagi mengelak pembalakan di kawasan yang luas. Tadahan Air (yang diwartakan atau untuk empangan)

Tadahan Air untuk takat pengambilan air (Berhutan)

Tadahan Air untuk takat pengambilan air (kawasan membangun)

*1

*2

*3

Penyelidikan (terlalu umumperlu Tiada perincian/ pencerahan)

 Tertakluk kepada undang-undang dan peraturan Semua aktiviti sedia ada. tidak  Zon penampan tadahan air tersebut hendaklah dibenarkan 100m lebar.  Aktiviti pembalakan hendaklah dijalankan 1.5km dari sempadan.  Kualiti air dikekalkan di antara Kelas I dan II mengikut Piawaian Interim Kualiti Air.

Tiada aktiviti lain selain yang dibenarkan.

 Mematuhi peraturan Rizab Sungai seperti yang ditetapkan oleh JPS (2001), "Pembangunan yang melibatkan Sungai dan Rizab Sungai".  Kualiti air dikekalkan di antara Kelas II dan III mengikut Piawaian Interim Kualiti Air.  Zon penampan hijau sekurang-kurangnya 50m perlu dikekalkan sepanjang sungai utama untuk kawasan 5km hulu takat pengambilan air.

 Kawasan rekreasi  Sistem komunikasi

Penyediaan pelan pengurusan alam sekitar

Industri kecil

 Memastikan bahawa tidak ada air sisa yang mengalir terus ke dalam sungai. Melaksanakan  Mematuhi peraturan Rizab Sungai seperti mana program yang ditetapkan oleh JPS (Jabatan Pengairan dan mengitar Saliran Malaysia - JPS (2001), "Pembangunan yang semula efluen Industri besar melibatkan Sungai dan Rizab Sungai". serta menuju perkilangan  Kualiti air dikekalkan di antara Kelas II dan III kepada konsep mengikut Piawaian Interim Kualiti Air. pelepasan  Tangki simpanan minyak (diesel)perlu mempunyai sifar. zon penampan sekurang-kurangnya 500m daripada sungai utama di kawasan hulu takat pengambilan air.

Nota: Tahap kesensitifan: KSAS Tahap 1:

Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan dibenarkan kecuali bagi aktiviti perlancongan alam semula jadi berimpak rendah, penyelidikan dan pendidikan.

KSAS Tahap 2:

Tiada pembangunan atau pertanian . Pembalakan secara mampan dan pelancongan alam semula jadi berimpak rendah dibenarkan bergantung kepada halangan setempat

KSAS Tahap3:

Pembangunan terkawal di mana jenis dan intensiti pembangunan hdikawal bergantung kepada ciri-ciri halangan.

Sumber: JPBD (2010), “Rancangan Fizikal Negara Negara Ke-2“, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

BAHAGIAN II

SUMBER AIR TANAH

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS SUMBER AIR TANAH

7.

LATAR BELAKANG KSAS SUMBER AIR TANAH

Kebanyakan air tawar yang digunakan di Malaysia adalah dari air permukaan seperti air hujan, sungai dan tasik (termasuk bekas lombong). Air tanah merupakan simpanan air tawar tertinggi di sesuatu kawasan dan menjadi pilihan yang sesuai bagi membekalkan air bersih ke kawasan yang pesat pembangunannya. 7.1

8.

Kadar atau takat maksimum penurunan tanah atau amblesan boleh berlaku tertakluk kepada berapa banyak air dipam secara berlebihan dan sifat-sifat geologi kawasan berkenaan, jangka masa pengepaman dilakukan dan kelemahan tanah aluvium di kawasan sekeliling.

DEFINISI SUMBER AIR TANAH

Secara umumnya, air tanah bermaksud air yang wujud di subpermukaan (di bawah permukaan bumi) dalam liang (pore) butiran, rongga atau gegua (JMG) yang terdapat di bawah permukaan tanah dalam rongga lapisan geologi (rujuk Rajah 2). i.

Kawasan air tanah terbahagi kepada dua zon iaitu zon tidak tepu dan zon tepu. a) 1Zon tidak tepu adalah zon yang terdapat di atas aras air tanah.

Sumber Air Tanah Sebagai KSAS

Air merupakan satu sumber yang penting untuk memenuhi keperluan domestik, pertanian dan industri. Walaupun kawasan di mana terdapatnya air tanah adalah dibawah kategori KSAS, Sokongan Hidup, proses mengabstraksi, terutamanya akuifer jenis aluvium boleh mendatangkan bencana kepada kawasan sekeliling di mana air tanah dipam secara berlebihan boleh menyebabkan pemendapan tanah.

10

b) 2Air tanah diklasifikasikan sebagai sejenis sumber mineral kerana ia wujud di dalam tanah atau batuan. (JMG akan semak semula) ii.

Air tanah boleh tersimpan di dalam batuan daripada beberapa meter sehingga beratus atau beribu meter di bawah permukaan bumi. Kebanyakan air tawar yang didapati di bumi sebenarnya wujud sebagai air tanah

Air yang terdapat pada zon tidak tepu biasanya dikenali sebagai lembapan tanah (soil moisture). Manakala, bagi zon tepu adalah semua bahagian di bawah muka air tanah (water table) statik dan air yang didapati di dalamnya merupakan akuifer di bawah zon tepu. (JMGM akan beri write-up) 1

Air tanah bertindak sebagai media yang mengisi liangliang antara butir-butir atau serpihan sedimen dan batuan. Ia juga mengisi ruang retakan dan rekahan batuan keras di merata tempat di bawah permukaan bumi. Semua liangliang di dalam sedimen, tanah-tanih atau batuan yang telah dipenuhi dengan air tanah dirujuk sebagai akuifer. 2

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS SUMBER AIR TANAH

11

yang terletak tidak melebihi 1 km di bawah permukaan bumi. iii. Air tanah bergerak dengan perlahan di dalam batuan dengan kadar yang berlainan. Ia hanya dapat diekstrak daripada sedimen dan batuan yang dianggap sebagai akuifer. Akuifer adalah batuan atau sedimen tak terkonsolidat yang mengandungi air yang dapat diabstraksi. Biasanya air tanah bergerak dengan lebih cepat di dalam akuifer dibandingkan dengan batuan keras. Rajah 2:

Kedudukan Air Tanah Dalam Kitaran Semula Jadi Air

Sumber: JPBD (2008). ”Kajian Garis Panduan Perancangan Kawasan Sensitif Alam Sekitar,” tidak diterbitkan (gantikan dengan rajah Berita Harian 20/4/2014)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

12

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS SUMBER AIR TANAH

9.

PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN

Permintaan untuk menggunakan sumber air tanah di Malaysia biasanya adalah di kawasan pedalaman yang mana bekalan air paip tidak mencukupi atau tidak terdapat bekalan air langsung. Air tanah digunakan pada skala yang besar untuk keperluan bekalan air awam terutamanya Kelantan dan Sarawak manakala dengan skala yang lebih kecil di negeri-negeri lain. Selain skim-skim yang utama, beberapa ratus ribu penduduk pedalaman bergantung kepada air tanah yang mereka perolehi melalui telaga cetek yang digali untuk memenuhi keperluan harian. Air tanah juga diekploitasi oleh pelbagai sektor termasuk perkilangan, ladang dan penternakan, dan juga pengeluaran komersial air mineral. Justeru, kawasan yang dikenal pasti mempunyai sumber bekalan air tanah harus dilindungi dan diurus sumber air berkenaan secara mampan dan optimum.

10.

GARIS PANDUAN UMUM

10.1 Pematuhan Perundangan Sedia Ada

Dan

Terhadap Peraturan

Perkara berkenaan air merupakan bidang kuasa Negeri di bawah Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan itu, dasar dan perundangan berkaitan air dinyatakan dalam Enakmen Negeri berkenaan dan peraturan dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Akta Penyiasatan Kaji Bumi 1974. 10.2 Pemeliharaan Kawasan Sumber Air Tanah i.

Kajian kawasan bermasalah bekalan air perlu dijalankan terlebih dahulu bagi membolehkan keperluan menggunakan sumber air tanah di kawasan berkenaan diadakan.

ii.

Pemeliharaan kawasan sumber air tanah mesti disertai dengan kajian akuifer air tanah untuk mengenal pasti potensi air tanah di dalam batuan keras dan aluvium bagi memenuhi keperluan domestik, pertanian dan industri.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

13

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS SUMBER AIR TANAH

iii.

iv.

v.

Penggerudian telaga tiub pengeluaran air tanah dan telagatelaga kawalan yang mencukupi mesti dibuat untuk tujuan memperolehi maklumat hidrogeologi akuifer tersebut. Ujian luahan mampan mesti dibuat dan data dikutip tentang semua aspek akuifer. Berdasarkan permodelan dengan data yang diperolehi penghasilan air tanah mampan dan kemungkinan kawasan imbuhan (recharge) mesti ditetapkan.

Rajah 3: Klasifikasi Jarak Zon Tampan Mengikut Kawasan Abstraksi Air Tanah Dan Kawasan Imbuhan Air Tanah

Rajah 3 menunjukkan kawasan khas sumber air tanah keseluruhan, kawasan abstraksi air tanah dan kawasan imbuhan air tanah. Badan-badan pengurusan air yang berkenaan mempunyai kuasa untuk menjalankan penyiasatan atau mengarahkan mana-mana pihak menjalankan kajian atau penyiasatan tentang kawasan yang dicadangkan untuk diisytiharkan sebagai kawasan sumber air tanah.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

penampan

telaga empangan (well field)

penampan

14

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS SUMBER AIR TANAH

11.

GARIS PANDUAN KHUSUS

KSAS / Kategori 1.Kawasan Air Tanah Menyeluruh (Bagi akuifer Air Tanah dalam batuan keras dan dalam sedimen tak terkonsolidat atau aluvium)

2.Kawasan Imbuhan Air Tanah (Bagi akuifer Air Tanah dalam batuan keras dan dalam sedimen tak terkonsolidat atau aluvium)

Tahap Kesensitifan *3 (Untuk Mengelakkan pencemaran Air Tanah)

*3 (Untuk mengelakkan pencemaran Air Tanah dalam akuifer)

Aktiviti Dibenarkan dengan syarat Aktiviti Pembangunan intensiti tinggi. Aktiviti melibatkan pemajuan pengorekan air tanah.

Kebanyakan aktiviti pembangunan dan rekreasi dengan intensiti rendah.

Syarat

Kajian EIA perlu dijalankan bila air tanah dipamkan 1 juta gelen (4500m3) atau lebih sehari. (Pekeliling EIA)

Aktiviti tidak dibenarkan  Pelupusan bahan sisa toksik dan sisa pejal.  Kilang kimia racun, toksik atau menggunakan bahan radioaktif.

Catatan / Garis panduan  Tidak perlu zon penampan kecualinya yang dicadangkan menerusi kajian terperinci untuk mengisytiharkan kawasan sebagai KSAS sumber air tanah.  Mengikut syarat-syarat atau cadangan kajian menerusi kajian terperinci untuk mengisytiharkan kawasan sebagai KSAS sumber air tanah.

Kajian hidraulik perlu dijalankan bagi aktiviti yang tidak tertakluk kepada prescribed activities.

 Penternakan khinzir.

 Aktiviti seperti penanaman, perikanan, penternakan (kecuali penternakan khinzir) perhutanan, pembinaan kediaman, perindustrian ringan, pembangunan infrastruktur dan transmisi, kereta api, resort dan rekreasi, tadahan air dan ekopelancongan dibenarkan.

Semua aktiviti ini tidak mendatangkan pencemaran kapada sumber air imbuhan.

 Pembangunan secara besarbesaran.

 Zon penampan 50 meter mengelilinginya.

 Pelupusan bahan sisa toksik dan sisa pepejal.  Kilang kimia racun toksik atau yang menggunakan bahan radioaktif.  Penternakan khinzir.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

 Jika kawasan diterusi oleh saliran kecil, zon penampan 100 meter atas lembangan dari sempadan Kawasan Imbuhan Air Tanah.  Hanya aktiviti intensiti rendah seperti penanaman, resort dan rekreasi, tadahan air, ekopelancongan boleh dibenarkan jika EIA dibuat.  Semua aktiviti yang menghasilkan bahan kimia beracun, toksik atau beradioaktif tidak dibenarkan.  Zon penampan 30 meter bagi Kawasan Abtraksi Air Tanah adalah tertakluk kepada keadaan geologi, geomorfologi dan geologi kejuruteraan.

15

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN KSAS SUMBER AIR TANAH

KSAS / Kategori

Tahap Kesensitifan

3. Tapak Abstraksi Air Tanah (Bagi akuifer air tanah dalam sedimen tak terkonsolidat atau aluvium)

*3 (Untuk mengawal berisiko bencana amblesan atau penurunan tanah)

Aktiviti Dibenarkan dengan syarat Aktiviti

Syarat

Aktiviti seperti rekreasi dan penanaman.

Pembangunan struktur tidak dibenarkan.

Aktiviti tidak dibenarkan  Semua aktiviti yang memerlukan pembinaan.  Pelupusan bahan sisa toksik dan sisa pepejal.  Kilang kimia racun, toksik atau yang menggunakan bahan radioaktif.

Catatan / Garis panduan  Zon tampan 30 meter mengelilingi telaga tiub yang digunakan untuk mengabstraks air tanah.  Semua pembangunan struktur tidak dibenarkan kecuali yang digunakan untuk pengabstraksi Air Tanah tersebut.  Hanya aktiviti penanaman, rekreasi, tadahan air, hutan simpan dibenarkan pada zon tampan ini.

 Penternakan khinzir. 4. Tapak Abstraksi Air Tanah (Bagi akuifer air tanah dalam batuan keras)

*3

 Semua aktiviti yang memerlukan pembinaan.  Pelupusan bahan sisa toksik dan sisa pepejal.  Kilang kimia racun, toksik atau yang menggunakan bahan radioaktif.

 Aktiviti seperti penanaman, perikanan, penternakan (kecuali penternakan khinzir) perhutanan, pembinaan kediaman, perindustrian ringan, pembangunan infrastruktur dan transmisi, kereta api, resort dan rekreasi, tadahan air dan ekopelancongan dibenarkan.

 Penternakan khinzir.

Nota: Tahap kesensitifan: KSAS Tahap 1:

Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan dibenarkan kecuali bagi aktiviti perlancongan alam semula jadi berimpak rendah, penyelidikan dan pendidikan.

KSAS Tahap 2:

Tiada pembangunan atau pertanian . Pembalakan secara mampan dan pelancongan alam semula jadi berimpak rendah dibenarkan bergantung kepada halangan setempat

KSAS Tahap3:

Pembangunan terkawal di mana jenis dan intensiti pembangunan dikawal bergantung kepada ciri-ciri halangan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

RUJUKAN                                

Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56]. Akta Fi 1951 Perintah Fi (Taman Laut Malaysia), 2003. Akta Fi (Taman Laut Malaysia) (Pengesahan) 2004 [Akta 635]. Akta Pemuliharaan Tanah 1960 [Akta 385]. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127]. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]. Akta Perikanan 1985 [Akta 317]. Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313]. Akta Taman Negara 1980 [Akta 226]. Akta Penyiasatan Kajibumi 1974 [Akta 129]. Akta Air 1920 [Akta 418] Peraturan Notification of Well Development and Excavation Dasar Alam Sekitar Negara, 2002. Dasar Kepelbagaian Biodiversiti Kebangsaan (DKBK), 1998. Dasar Bio-Teknologi Negara, 2005. Dasar Perhutanan Negara, 1978 (Pindaan 1992) Dasar Sumber Air Negara, 2012 Garis Panduan Eko Pelancongan Kebangsaan. Garis Panduan JPS 1/97: Kawalan Hakisan Berikutan dari Pembangunan di Kawasan Pantai. IPCC (2007), “IPCC Fourth Assessment Report: Climate Change 2007 (Synthesis Report)”, Intergovernmental Panel on Climate Change. Kajian Garis Panduan Kawasan Sensitif Alam Sekitar, 2008. JPBD. Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Persisiran Pantai 1997. JPBD. Guideline For Preparation Of Coastal Hydraulic Study and Impact Evaluation. JPS. Marine Parks Malaysia Order, 1994. National Integrated Coastal Zone Management Policy, 2005. Unit Perancang Ekonomi. Pelan Pengurusan Persisiran Pantai Bersepadu (ISMP). Perintah Kualiti Alam Sekitar 1987 (Penilaian Kesan Alam Sekitar – Aktiviti yang Ditetapkan). Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (2010-2015). Rancangan Fizikal Negara Ke-2, 2010. Rancangan Fizikal Zon Pesisiran Pantai Negara (RFZPPN), 2010. JPBD. Salm & Clark (2000), “Marine And Coastal Protected Areas: A Guide For Planners And Managers”, IUCN, Gland,Switzerland And Cambridge, UK.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

LAMPIRAN I TAFSIRAN-TAFSIRAN BERKAITAN KAWASAN TADAHAN DAN SUMBER AIR TANAH Sungai ertinya mana-mana anak sungai, alur air semula jadi, atau apa-apa cawing sungai, sama ada semula jadi, diubah suai atau buatan, dan mana-mana kepungan di dalam alur. ("Sungai" ertinya mana-mana sungai, anak sungai, caruk atau lain-lain aliran air semula jadi, dan apa-apa cawangan sungai, alur-delta atau lencongan buatan darinya - KTN) Lembangan sungai ertinya mana-mana sungai dan kawasan tanah ia mengalir. Air tanah ertinya air subpermukaan yang terdapat di bawah permukaan tanih dan formasi geologi. Badan perairan ertinya sungai, tasik, kolam, wetland, air pinggir laut, air tanah dan badan perairan yang lain sama ada semula jadi atau buatan termasuk tebing dan lapisan atau mana-mana bahagian tersebut atau persekitarannya.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Sebarang pertanyaan, sila hubungi: Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Tel: 03-2081 6000 Faks: 03-2094 1170 Laman web: www.townplan.gov.my mytownnet.blogspot.com

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Jalan Cenderasari, 50646 Kuala Lumpur

ISBN 978-983-41729-5-4