PENGETAHUAN MAHASISWI TERHADAP KESALAHAN ZINA DALAM UNDANG

Download jenayah Islam khususnya dari perspektif kategori kesalahan zina berada di tahap ... dikemukakan bagi meningkatkan pengetahuan mengenai zina...

0 downloads 176 Views 530KB Size
PENGETAHUAN MAHASISWI TERHADAP KESALAHAN ZINA DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM. KAJIAN DI KOLEJ TUN FATIMAH.

SITI FAIRUZ BINTI MD SAION

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGETAHUAN MAHASISWI TERHADAP KESALAHAN ZINA DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM. KAJIAN DI KOLEJ TUN FATIMAH.

SITI FAIRUZ BINTI MD SAION

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Pengajian Islam )

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

III   

DEDIKASI Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang Teristimewa untuk kedua ibu bapaku yang dikasihi, Ayahanda, Md Saion Bin Bakri Bonda,Marfuah Binti Samikon Kau memberikan banyak cinta untukku sepanjang hidupmu. Memberikan semangat untukku terus berjaya...

Buat kekandaku yang dikasihi, Suhaila binti Md Saion & Rasidi Bin Atan bersama puteri dan puteranya Nur Farah Husna Binti Rasidi dan Ammar Dinie Bin Rasidi , Mohd Saiful Bakhtiar Bin Md Saion & Nur Zaimah Binti Abu Bakar bersama puteranya Mohamad Daniel Aqif Bin Mohd Saiful Bakhtiar, Dorongan dan kasih kalian sentiasa diingati, menjadi pendorong abadi diatas kejayaanku ini..

Buat Penyelia yang dikagumi.. Profesor Madya Aminuddin Ruskam Terima Kasih atas bimbingan dan tunjuk ajarmu

Buat Pensyarah-Pensyarah Fakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang disanjungi Terima Kasih atas bimbingan dan didikan Nasihat dan teguran kalian akan aku jadikan pedoman buat bekalan di masa hadapan.

Buat Sahabat-Sahabat Seperjuangan Terima kasih kerana bersama-sama ku mengharungi hidup sebagai Mahasiswa UTM Skudai Semoga kita meraih kejayaan di dunia dan akhirat

IV   

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, pertamanya dan selamanya syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat lagi kita menjalani kehidupan di muka bumi Allah ini. Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T di atas rahmatNya dapat juga saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan sempurna.

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih buat penyelia yang dihormati, Prof. Madya Aminuddin Ruskam Al-Dawamy di atas segala nasihat, dorongan dan bimbingan serta tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang proses menyiapkan laporan ini. Semoga Allah membalas jasa baik ustaz. Jutaan terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan dan Fakulti Tamadun Islam di atas tunjuk ajar yang diberikan bagi melengkapkan lagi laporan ini.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mak dan Abah kerana sentiasa memberi dorongan dan galakan yang tidak pernah putus. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada sahabat seperjuangan yang bersama-sama memberi pertolongan dan dorongan dalam usaha menyempurnakan tugasan ini.

Akhir kata, saya berbesar hati untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Semoga apa yang dilaksanakan ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Amin.

V   

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan mahasiswi terhadap kesalahan zina dalam undang-undang jenayah Islam. Sebanyak 278 orang responden terdiri daripada pelajar perempuan yang menginap di Kolej Tun Fatimah Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor telah dipilih sebagai sampel secara rawak mudah. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan soalselidik bagi mendapatkan data kajian dan memproses data yang diperolehi dengan menggunakan perisian SPSS version 14.0. Nilai kebolehpercayaan soalselidik ini adalah α = 0.926. Dapatan min sebanyak 3.70 menunjukkan mahasiswi mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap kesalahan zina dalam undang-undang jenayah Islam dari aspek pelaku jenayah. Manakala tahap pengetahuan mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia terhadap kesalahan zina dalam undang-undang jenayah Islam khususnya dari perspektif kategori kesalahan zina berada di tahap sederhana kerana mencatatkan min sebanyak 3.55. Kemudian min dicatatkan sebanyak 3.96 menunjukkan bahawa pengetahuan mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia terhadap kesalahan zina dalam undang-undang jenayah Islam dari sudut hukumannya berada ditahap yang tinggi. Begitu juga dengan pengetahuan mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia terhadap kesalahan zina dalam undangundang jenayah Islam khususnya dari sudut sabitan kesalahan adalah berada di tahap yang tinggi dengan min sebanyak 3.92. Purata Min keseluruhan bagi kajian ini berada ditahap yang tinggi iaitu 3.78 menunjukkan mahasiswi tahu tentang kesalahan zina dalam undang-undang jenayah islam. Beberapa cadangan juga dikemukakan bagi meningkatkan pengetahuan mengenai zina dikalangan mahasiswi ini antaranya ialah ibu bapa hendaklah menekankan pendidikan agama kepada anakanak sejak dari peringkat awal lagi.

VI   

ABSTRACT

This study is done in order to identify the female student’s level of knowledge offence of adultery in Islamic criminal law. 278 respondents consisted of those girls who stay in Tun Fatimah College, Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor was chosen as a simple random sample. The study was done by using quantitative questionnaires for data research and processing of data obtained by using SPSS software version 14.0. the value of reliability of questionnaires is α = 0926. Mean result of this study is 3.7 shows that the student’s level of knowledge offence of adultery in Islamic criminal law in particular aspects of perpetrators of crime are high. While the female student’s level of knowledge offence of adultery in Islamic criminal law in particular from the perspective of adultery category are average as a simple record of mean 3.55. Then, mean recorded as 3.96 shows that the female student’s level of knowledge offence of adultery in Islamic criminal law from the point of sentence are high. Similarly, the female student’s level of knowledge offence of adultery in Islamic criminal law from the point of enactment offence is at the high level as 3.92 mean recorded. Overall mean average for this study are 3.78 indicates that the female student’s level of knowledge offence of adultery in Islamic criminal law are high. Also submitted are several proposals to increase knowledge about adultery among female students, and the most important one is the parents should emphasize a proper religious education to their children since the early stages.  

VII   

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA

HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL

I

HALAMAN PENGAKUAN

II

HALAMAN DEDIKASI

III

HALAMAN PENGHARGAAN

IV

ABSTRAK ABSTRACT

VI

SENARAI ISI KANDUNGAN

VII

SENARAI JADUAL

1

V

XIII

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

XV

SENARAI LAMPIRAN

VI

PENDAHULUAN 1.1. Pengenalan

1

1.2. Latar Belakang Masalah

2

1.3. Pernyataan Masalah

6

1.4. Objektif Kajian

7

1.5. Persoalan Kajian

8

1.6. Kepentingan Kajian

8

1.7. Batasan Kajian

9

VIII   

2

1.8. Takrifan Istilah

10

1.9. Kesimpulan

12

SOROTAN KAJIAN 2.1. Pengenalan

13

2.2. Definisi Zina

14

2.3. Berzina Dengan Haiwan

14

2.4. Berzina Dengan Orang Sudah Mati

15

2.5. Berzina Dengan Orang Gila

16

2.6. Berzina dengan Kanak-Kanak(Pedophilia)

16

2.7. Liwat (Homoseksual)

17

2.8. Dalil-Dalil 2.8.1. Ayat-ayat Al-Quran Yang Berkaitan

19

Dengan Kesalahan Zina 2.8.2. Hadis-Hadis Yang Berkaitan Dengan

23

Kesalahan Zina 2.9. Hukuman Yang Dikenakan Ke Atas Penzina 2.9.1.

Hukuman Bagi Penzina Ghairu Muhsan

26

2.12.2. Hukuman Bagi Penzina Muhsan

27

2.12.3. Hukuman Bagi Penzina Kanak-Kanak

28

2.12.4. Hukuman Bagi Orang Yang Dipaksa Berzina

28

2.12.5. Hukuman Bagi Pelaku Liwat

29

2.13. Bukti-Bukti yang mensabitkan Kesalahan jenayah Zina 2.13.1. Syahadah (kesaksian)

29

2.13.2. Syarat-Syarat Kesaksian

30

2.13.3. Ikrar (Pengakuan)

31

2.13.4. Pengakuan Zina Yang Boleh Diterima

32

2.13.5. Menarik Balik Pengakuan

34

2.13.6. Kelayakan Saksi-Saksi Dalam Kes Zina

34

IX   

3

2.14. Pelaksanaan Hukuman Hudud Bagi Kesalahan Zina

35

2.15. Kategori Zina

37

2.16. Kajian Lepas

38

2.17. Kesimpulan

39

METODOLOGI KAJIAN 3.1. Pengenalan

40

3.2. Rekabentuk Kajian

40

3.3. Tempat Kajian

41

3.4. Populasi dan Sampel Kajian

41

3.5. Instrumen Kajian

42

3.6. Tatacara Kajian

44

3.6.1.

4

Kajian Rintis

45

3.7. Analisis Data

46

3.8. Jangkamasa Kajian

46

3.9. Kesimpulan

47

ANALISIS DATA 4.1. Pengenalan

48

4.2. Analisis data bahagian A

49

4.2.1.

Umur

49

4.2.2.

Tahun pengajian

50

4.2.3.

Kelayakan

50

4.2.4.

Sekolah

51

4.2.5.

Negeri

52

4.3. Analisis item 4.3.1.

53

Analisis mengikut komponen item

53

4.3.1.1. Bahagian B : Pengetahuan mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia terhadap kesalahan zina dalam undang-undang jenayah Islam dari aspek pelaku jenayah.

54

X   

4.3.1.1.1. Komponen Kategori Pelaku Jenayah

56

4.3.1.1.2. Komponen syarat pelaku jenayah

56

4.3.1.2. Bahagian C : Pengetahuan mahasiswi terhadap kesalahan zina dalam undang-undang jenayah Islam khususnya dari perspektif kategori kesalahan zina.

57

4.3.1.2.1. Komponen definisi kesalahan zina

58

4.3.1.2.2. Komponen bukan kategori zina

59

4.3.1.2.3. Komponen kesan zina

60

4.3.1.3. Bahagian D : Pengetahuan mahasiswi terhadap kesalahan zina dalam undang-undang jenayah Islam dari sudut hukumannya.

61

4.3.1.3.1. Komponen sumber hukuman

62

4.3.1.3.2. Komponen syarat hukuman

62

4.3.1.3.3. Komponen cara pelaksanaan

63

4.3.1.3.4. Komponen bentuk hukuman

64

4.3.1.4. Bahagian E : Pengetahuan mahasiswi terhadap kesalahan zina dalam undang-undang jenayah

4.3.2.

Islam khususnya dari sudut sabitan kesalahan.

66

4.3.1.4.1. Komponen sabitan pengakuan

66

4.3.1.4.2. Komponen sabitan saksi

68

Analisis keseluruhan item

69

4.3.2.1. Pengetahuan mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia terhadap kesalahan zina dalam undangundang jenayah Islam dari aspek pelaku jenayah. 69 4.3.2.2. Pengetahuan mahasiswi terhadap kesalahan zina dalam undang-undang jenayah Islam khususnya dari perspektif kategori kesalahan zina.

72

XI   

4.3.2.3. Pengetahuan mahasiswi terhadap kesalahan zina dalam undang-undang jenayah Islam dari sudut hukumannya.

74

4.3.2.4. Pengetahuan mahasiswi terhadap kesalahan zina dalam undang-undang jenayah Islam khususnya dari sudut sabitan kesalahan. 4.4.

5

Kesimpulan

77 79

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1. Pengenalan

81

5.2. Perbincangan

82

5.2.1.

Bahagian A

83

5.2.2.

Bahagian B,C,D dan E

84

5.2.2.1. Bahagian B : Pengetahuan Mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia terhadap kesalahan zina dalam undang-undang jenayah Islam dari aspek pelaku jenayah.

85

5.2.2.2. Pengetahuan mahasiswi terhadap kesalahan zina dalam undang-undang jenayah Islam khususnya dari perspektif kategori kesalahan zina.

87

5.2.2.3. Pengetahuan mahasiswi terhadap kesalahan zina dalam undang-undang jenayah Islam dari sudut hukumannya.

88

5.2.2.4. Pengetahuan mahasiswi terhadap kesalahan zina dalam undang-undang jenayah Islam khususnya dari sudut sabitan kesalahan

89

XII   

5.3. Rumusan

90

5.4. Cadangan-Cadangan

91

5.4.1.

Ibu Bapa Mahasiswa

92

5.4.2.

Mahasiswa

93

5.4.3.

Jabatan Agama Negeri

94

5.5. Cadangan kajian lanjutan

95

5.6. Penutup

96

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

97

XIII     

SENARAI JADUAL

NO JADUAL

TAJUK

HALAMAN

3.1

Maklumat Bahagian Soal Selidik

43

3.2

Pengkelasan Skala Likert

43

3.3

Skala Nilai Min

46

4.1

Taburan Responden Mengikut Umur

49

4.2

Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian

50

4.3

Taburan Responden Mengikut Kelayakan

51

4.4

Taburan Responden Mengikut Sekolah

51

4.5

Taburan Responden Mengikut Negeri

52

4.6

Taburan Kekerapan Skor dan Peratus Responden Bagi Komponen Kategori Pelaku Jenayah

4.7

Taburan Kekerapan Skor dan Peratus Responden Bagi Komponen Syarat Pelaku Jenayah

4.8

62

Taburan Kekerapan Skor dan Peratus Responden Bagi Komponen Cara Pelaksanaan

4.14

62

Taburan Kekerapan Skor dan Peratus Responden Bagi Komponen Syarat Hukuman

4.13

61

Taburan Kekerapan Skor dan Peratus Responden Bagi Komponen Sumber Hukuman

4.12

59

Taburan Kekerapan Skor dan Peratus Responden Bagi Komponen Kesan Zina

4.11

58

Taburan Kekerapan Skor dan Peratus Responden Bagi Komponen Bukan Kesalahan Zina

4.10

56

Taburan Kekerapan Skor dan Peratus Responden Bagi Komponen Kesalahan Zina

4.9

55

Taburan Kekerapan Skor dan Peratus Responden

63

XIV   

Bagi Komponen Bentuk Hukuman 4.15

Taburan Kekerapan Skor dan Peratus Responden Bagi Komponen Sabitan Pengakuan

4.16

72

Taburan Peratusan dan Min Bagi Objektif Yang Ketiga

4.20

70

Taburan Peratusan dan Min Bagi Objektif Yang Kedua

4.19

68

Taburan Peratusan dan Min Bagi Objektif Yang Pertama

4.18

66

Taburan Kekerapan Skor dan Peratus Responden Bagi Komponen Sabitan Saksi

4.17

65

75

Taburan Peratusan dan Min Bagi Objektif Yang Keempat

77

XV     

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

%

-

Peratus

N

-

Jumlah Responden

α

-

Alpha

UTM

-

Universiti Teknologi Malaysia

SMK

-

Sekolah Menengah Kebangsaan

SMKA

-

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

SBP

-

Sekolah Berasrama Penuh

SMT

-

Sekolah Menengah Teknik

MRSM

-

Maktab Rendah Sains Mara

S

-

Setuju

SS

-

Sangat Setuju

STS

-

Sangat Tidak Setuju

TS

-

Tidak Setuju

TP

-

Tidak Pasti

XVI     

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

PERKARA

A

Borang Soal Selidik

 

BAB I

PENDAHULUAN

1.1.

Pengenalan

Zina merupakan dosa besar menurut pandangan Islam. Ia merupakan kesalahan yang termasuk di dalam perbuatan yang amat kuat pengharamannya berbanding

dengan

perkara-perkara

yang

diharamkan

selainnya.

Selain

mengharamkan zina, Allah juga mengkategorikan zina ke dalam dosa-dosa besar yang lain seperti syirik dan membunuh Juga dijanjikan azab yang paling dahsyat keatas pelaku zina. (DR 'Afif Abdul Fattah Tobbaroh, 1993, hlm. 138)

Namun kini, masyarakat memandang ringan pengharaman zina, malah kegiatan pelacuran juga amat berleluasa. Akibatnya terlalu ramai wanita yang bergelar ibu tanpa si suami dan berlaku kelahiran bayi tanpa si bapa dan akhirnya sampai ke peringkat bayi dibuang merata-rata seperti sampah. Sifat kemanusiaan telah hilang dan digantikan dengan hawa nafsu yang bermaharajalela. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam perkara ini? Adakah lelaki yang tidak pandai mengawal nafsu yang mewakili satu bahagian dengan menggunakan akal yang mewakili sembilan bahagian ataukah golongan wanita yang sememangnya dikurniakan hanya satu akal dan sembilan nafsu? Oleh itu, kajian ini dilakukan ke atas mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia untuk menguji tahap pengetahuan mereka terhadap kesalahan zina dalam undang-undang jenayah Islam.

2   

1.1.

Latar Belakang Masalah

Segelintir kaum wanita kini semakin hanyut oleh arus jahiliyah, dimana mereka nampaknya lebih jauh menyimpang dengan melakukan perbuatan zina yang amat dibenci dan dikutuk oleh Allah. Wanita yang terjebak ke lembah perzinaan ini kebanyakkannya adalah ekoran daripada melakukan khalwat dengan lelaki. Mungkin ada yang mengatakan bahawa tidak sepatutnya menyalahkan perempuan sahaja, sedangkan lelaki tidak. Dalam hal ini harus kita fikirkan bahawa perbuatan zina itu tidak mungkin berlaku jika tidak mendapat dorongan dan persetujuan dari pihak perempuan yang didapati begitu mudah menyerahkan kehormatannya. Dalam pepatah melayu turut mengatakan ‘tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi’, jadi begitu jugalah keadaannya dengan wanita dimana perbuatan ini tidak akan berlaku tanpa sikap saling rela merelai dan menerima pujuk rayu dari lelaki yang berkenaan. Dalam al-Quran sendiri, Allah mulakan dengan perkataan penzina perempan (πu‹ÏΡ#¨“9$#) iaitu menerusi firman-Nya :

;οt$ù#y_ sπs($ÏΒ $yϑåκ÷]ÏiΒ 7‰Ïn≡uρ ¨≅ä. (#ρà$Î#ô_$$sù ’ÎΤ#¨“9$#uρ èπu‹ÏΡ#¨“9$# Maksudnya : Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera (surah An-Nur :2)

Dalam ayat diatas dimulakan dengan kalimah (πu‹ÏΡ#¨“9$#) iaitu penzina perempuan kerana kebiasaannya kaum wanita mempunyai keinginan yang lebih besar dan terlebih dahulu yang mendedahkan kepada lelaki lalu mendorong supaya melakukan zina. (Abi Abdullah Muhd Ahmad al-Qurtubi, 2004,hlm. 107)

3   

Fitnah yang paling berbahaya bagi lelaki adalah wanita. Dengan umpan ini, jarang kaum lelaki yang dapat selamat dan terlepas darinya. Begitu pula halnya dengan wanita, ia akan mudah dikuasai dengan rayuan dan tipu daya, dengan mudah sekali ia akan memberikan kebenaran untuk aksi yang selanjutnya. (Abdul Latif Hajis al-Ghamidi Asyraf, 2009, hlm. 3) . Oleh itu dalam hal ini Nabi Muhammad SAW telahpun memperingatkannya, sebagaimana dalam sabda baginda yang bermaksud : “Tidak aku tinggalkan sebuah fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki, ketimbang kaum wanita” Banyak hadis lain yang memaklumkan berkenaan tentang fitnah wanita dengan dimaksudkan agar dapat memelihara kehendaknya, menjauhi tipu dayanya, dan cepatcepat mencari tali keselamatan jika dirasakan akan tenggelam. (Mukhlas asy-Sharkoni, 1999, hlm. 46)

Di negara kita ini, masalah zina telah menjadi satu gejala yang berleluasa. Walaupun pada zahirnya, perbuatan zina itu tidak diungkapkan dengan perkataan zina dikalangan remaja-remaja, tetapi ianya cukup jelas dengan berlakunya penyebaran video-video lucah, kes pembuangan anak, pelacuran dan sebagainya. Kenyataan yang jelas menunjukkan dihadapan kita bahawa peranan filem-filem telah berubah sepenuhnya menjadi alat perosak masyarakat yang amat dominan dan berpengaruh. Yang paling ketara ialah pendedahan unsur-unsur lucah dengan tekniknya yang bermacam-macam dan

terkadang

menunjukkan fenomena aktiviti seks yang

menyimpang daripada yang lazim. ('Afif Abdul Fattah Tobbaroh, 1993, hlm. 123) Maka pengaruh ini akan membawa kesan yang besar terutamanya kepada golongan remaja yang sememangnya ada naluri ingin mencuba. Kajian ke atas pelajar sekolah menengah yang dilakukan oleh (Azizi Yahya,Asiah Suari, 2004) mendapati pelajar selalu berpegangan tangan dengan kekasihnya dan manyatakan mereka sanggup berkorban apa sahaja asalkan pasangan mereka bahagia. Pendapat sebeginilah yang menyebabkan ramai pelajar terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat seperti menagih, melanggar peraturan sekolah, terlibat dalam seks bebas dan sebagainya.

4   

Kes perzinaan ini semakin lama semakin menjadi perkara biasa dalam kehidupan masyarakat. Di seluruh dunia, amalan gaya hidup seks bebas dan tidak sihat telah menjadi punca utama pelbagai penyakit jangkitan seks. (Khairul Azhar Idris, 2009) Kita sering terserempak dengan pemandangan keji di mana lelaki dan perempuan berduaduaan, malah terlalu banyak kita melihat sekumpulan remaja lelaki dan perempuan duduk bersama-sama bercampur gaul tanpa batas. Keluar rumah dengan tidak menutup aurat telah dianggap perkara biasa. Kesemua perkara ini akan menyebabkan berlakunya kegiatan zina dengan berleluasa. Sesungguhnya hubungan terlarang tidaklah menjanjikan kemajuan namun ia akan tumbuh menjadi kanser mengerikan yang bahayanya tersebar. (Muhammad Al- Ghazali, 2003, hlm. 68)

Gejala seks bebas di kalangan remaja mengakibatkan banyak kesan buruk terutamanya kehamilan yang tidak diingini lantas membawa kepada gangguan emosi, kemurungan, membunuh diri, pembuangan bayi, kelahiran yang tidak selamat, jangkitan penyakit kelamin dan sebagainya. Gejala seks bebas bukan sahaja membabitkan gadis bawah umur yang cetek pengetahuan, tetapi juga gadis berpendidikan tinggi. Merujuk kepada rekod pusat pemulihan akhlak Raudatus Sakinah, separuh daripada penghuninya adalah pelajar institusi pengajian tinggi yang membuktikan gadis terpelajar turut mudah terjerumus dalam gejala ini. (Berita Harian, 2009)

Kini, bahaya zina itu sendiri sudah jelas dibuktikan dengan wujudnya peningkatan keatas penyakit-penyakit yang menular melalui hubungan seks bebas. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datu’ Dr Hj Mohamad Taha Arif, penagihan dadah dan salahlaku seks merupakan satu ancaman utama kepada keselamatan dan kesihatan negara. Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan lebih daripada 70% penghidap HIV di negara ini adalah dari kalangan penagih dadah dan kirakira 20% lagi mendapat jangkitan HIV melalui hubungan seks termasuk seks di luar nikah. (Sha'ari Ngadiman, 2001). Namun demikian, masyarakat tidak memandang serius ke atas penyakit yang merbahaya ini malahan masyarakat tetap memilih jalan untuk melakukan zina tanpa rasa ragu atau takut.

5   

Masyarakat Malaysia sedang menghadapi dilema dan kebimbangan antara mencapai Wawasan 2020 dan kehilangan identiti generasi muda yang dicemari dengan ketandusan adab dan keruntuhan akhlak, antara membangunkan jati diri dan kerebahan gejala sosial yang dilanda kelemasan potensi dan kehanyutan budaya.(Salema Ahmad,2006, hlm. 4) Beberapa kajian yang dilakukan di negara ini juga menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita hari ini mengadakan hubungan seks luar nikah. (Hasyim Bin Hj Bedu', 2008, hlm. 53) Keseriusan masalah zina yang melanda rakyat Malaysia kini dapat dibuktikan dengan masalah kelahiran anak luar nikah yang terlalu ramai di seluruh Negara, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Berdasarkan jumlah itu, secara puratanya, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.9 kes pada setiap hari.( KOSMO,27 November 2008). Menurut Senator Muntaz Mohd Nawi, Jumlah anak tanpa bapa di Malaysia mencecah 257,411 orang sekarang, sama hebat dengan ancaman penyakit selsema burung atau aedes (Harakah Daily, 16 Febuari 2009).

Untuk memelihara masyarakat daripada malapetaka serta bala tidaklah cukup dengan menguatkuasakan hukuman yang berat ke atas penzina. Tetapi selain itu hendaklah dilakukan usaha pencegahan, sehingga perkara-perkara buruk seperti fitnah dapat dielakkan. ('Afif Abdul Fattah Tobbaroh, 1993, hlm. 148) Ibu Bapa juga harus memantau kegiatan anak-anak mereka serta bersama siapa mereka bersama. Menurut kajian yang dilakukan oleh (Azhar Ahmad, Ab. Halim Tamuri, 2004) , Penghayatan yang rendah terhadap ibadah solat lima waktu juga merupakan punca kepada masalah gejala sosial yang dihadapi oleh masyarakat seperti seks bebas, pengguguran anak luar nikah dan rogol.

Beberapa langkah pencegahan bagi masalah ini telah banyak dilakukan diantaranya adalah program Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) di bawah anjuran Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia dan Kelab Remaja JIM Selangor yang telah dilancarkan pada hari Ahad, 27hb Julai 2008 bersamaan dengan 24 Rejab 1429H.

6   

Perbuatan zina yang keji ini telah menyebabkan banyak kerosakan masyarakat antaranya akan menyebabkan rosak dan bercampurnya nasab sehingga mengakibatkan kehancuran dunia kerana para pemuda sudah tidak ingin lagi untuk bernikah dan mempunyai keturunan yang baik dan secara tidak langsung perbuatan zina ini telah mempersamakan kedududukan manusia itu sendiri seperti binatang dalam pelampiasan hawa nafsu secara terang-terangan dan tidak menggunakan akal yang sihat. (Abdul Latif Hajis al-Ghamidi Asyraf, 2009, hlm. 88)

1.2.

Pernyataan Masalah

Masalah zina yang semakin berleluasa ini sewajarnya diberi perhatian serius oleh pelbagai pihak. Namun pertambahan kes zina dan perkara-perkara yang boleh menyebabkan zina sebagaimana yang sudah diterangkan pada bahagian latarbelakang masalah semakin berleluasa. Ini mencerminkan bahawa kesedaran dari pelbagai pihak samada penguatkuasa, ibu bapa malahan individu itu sendiri amatlah kurang. Malahan institusi pengajian tinggi yang yang dikatakan sebagai institusi yang akan melahirkan mahasiswi dan mahasiswa yang mempunyai ilmu dan jati diri yang tinggi dilihat banyak terlibat didalam masalah ini. Sudah banyak berita sensasi di muka akhbar menceritakan kes-kes pembuangan anak dan juga tangkap khalwat di kalangan pelajar IPT.

Meskipun terdapat keluhan-keluhan penderita serta tingginya angka kematian yang diakibatkan oleh penyakit-penyakit yang menular akibat perbuatan zina, tapi anehnya dengan merebaknya budaya sosial yang berleluasa dan penyimpangan seksual masyarakat tidak menjadi semakin takut malah budaya ini diangkat menjadi kebiasaan hidup mereka. (Musthofa, 2005, hlm. 57). Oleh itu, kajian ini dilakukan terhadap mahasiswi bagi menguji tahap pengetahuan mereka terhadap kesalahan zina dan

7   

mengukur sejauh mana kefahaman mereka terhadap kesalahan zina yang banyak mengundang kepada kehancuran umat.

1.1.

Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini adalah seperti berikut :

1.

Untuk mengenalpasti tahap pengetahuan mahasiswi

Universiti Teknologi

Malaysia terhadap kesalahan zina dalam undang-undang jenayah Islam dari aspek pelaku jenayah.

2.

Untuk mengenalpasti tahap pengetahuan mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia terhadap kesalahan zina dalam undang-undang jenayah Islam khususnya dari perspektif kategori kesalahan zina.

3.

Untuk mengenalpasti tahap pengetahuan mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia terhadap kesalahan zina dalam undang-undang jenayah Islam dari sudut hukumannya.

4.

Untuk mengenalpasti tahap pengetahuan mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia terhadap kesalahan zina dalam undang-undang jenayah Islam khususnya dari sudut sabitan kesalahan.

8   

1.2. Persoalan Kajian

Berikut adalah antara persoalan yang timbul daripada objektif kajian yang dijalankan:

1.

Apakah mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia tahu terhdap kesalahan zina dalam undang-undang jenayah Islam dari aspek pelaku jenayah.?

2.

Sejauhmanakah tahap pengetahuan mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia mengenai kesalahan zina dalam undang-undang jenayah Islam khususnya dari perspektif kategori kesalahan zina?

3.

Apakah tahap pengetahuan mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia terhadap kesalahan zina dalam undang-undang jenayah Islam dari sudut hukumannya?

4.

Sejauhmanakah tahap pengetahuan mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia terhadap kesalahan zina dalam undang-undang jenayah Islam khususnya dari sudut sabitan kesalahan?