PENGGUNAAN INTERNET DAN KESANNYA TERHADAP KESEJAHTERAAN

Download kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan internet berterusan kepada ..... perhubungan,emosi yang positif, persepsi diri tentang ...

0 downloads 594 Views 623KB Size
ISBN : 978-967-0582-32-0 Penggunaan Internet Dan Kesannya Terhadap Kesejahteraan Subjektif Dalam Kalangan Remaja: Perbandingan Peranan Tanggungjawap Jenis-Jenis Gaya Keibubapaan Rickless Das, Ferlis Bin Bullare @Hj. Bahari, Habibie Ibrahim Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

ABSTRAK

Pembentang: Rickless Das

Dewasa kini, tranformasi teknologi maklumat atau secara ringkasnya ICT (Information Communication Technology) telah membawa perubahan yang besar dalam negara kita yang sedang berkembang. Akibat peningkatan keupayaan Sesi : internet, kesejahteraan subjektif golongan remaja turut terpengaruh. Oleh itu, 2.30 – 4.30 Ptg kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan internet berterusan kepada BS 2 kesejahteraan subjektif remaja dengan melihat secara menyeluruh dengan mengaitkan peranan ibubapa, gaya ibubapa memainkan peranan penting dalam situasi ini kerana ianya menentukan bagaimana anak-anak itu dikawal. Metodologi kajian ini adalah kuantitatif iaitu tinjauan melalui soal selidik, manakala kaedah persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak dan bertujuan dengan responden seramai 117 orang pelajar dalam sekitar Kota Kinabalu. Hasil analisis penilaian instrumen dan kaedah persampelan akan dibincangkan dalam kajian ini. Hasil kajian regrasi menunjukkan penggunaan internet signifikan sebagai peramal [F (2,114) = 10.680, p < .05] kepada afek positif dan negatif (β=.023, P=.05), tetapi bukan peramal kepada kepuasan hidup dan kebahagiaan pelajar manakala gaya ibu dan bapa seperti autoritatif, permisif dan autoritarian signifikan mempunyai sumbangan berbeza dalam penggunaan internet remaja [F (6,110) = 2.840, p < .05] tetapi hanya gaya keibubapaan ibu autoritatif yang signifikan peramal kepada penggunaan internet remaja (β = .021, p=.05). Kesimpulannya, penggunaan internet sangat mempengaruhi afek positif dan negatif remaja manakala peranan ibu autoritatif sangat penting dalam peramal kepada penggunaan internet remaja. Kata Kunci: Penggunaan Internet, Gaya Keibubapaan, Kesejahteraan Subjektif, Remaja

1

PENDAHULUAN Pelbagai istilah diberikan oleh pengkaji sebelumnya iaitu penggunaan internet kompulsif, penggunaan internet patologi, gangguan penggunaan internet, gangguan penggunaan internet dan penggunaan internet bermasalah untuk menggambarkan fenomena individu melibatkan diri dalam penggunaan internet yang berlebihan dan tidak sihat (Ghina dan Griffiths, 2006; Mike Z. Yao dan Zhi-jin Zhong, 2014). Penggunaan internet telah didefinisikan sebagai masalah kawalan tingkahlaku dan ketidakupayaan pengguna internet untuk mengawal penggunaannya secara sederhana seterusnya menyebabkan susah hati dan kemerosotan fungsi dalam kehidupan seharian (Shek, Sun dan Yu, 2013; Mike Z. Yao dan Zhi-jin Zhong, 2014). Akibat peningkatan keupayaan internet, kesejahteraan subjektif golongan remaja turut terpengaruh kerana ramai golongan remaja yang kelihatan aktif dalam dunia siber tetapi dalam dunia realiti remaja tersebut lebih pendiam, Yong (2011) turut mendapati ketagihan internet di Malaysia sepatutnya dikaji secara terperinci dalam bidang psikologi patologi iaitu kajian yang berkaitan dengan kesihatan mental kerana beliau mendapati terdapat peningkatan dari masa ke semasa pengguna internet secara berlebihan yang turut mengundang gejala kemurungan dan masalah mental yang lain. Compton (2005) menyatakan kesejahteraan subjektif merangkumi kebahagian dan kepuasan hidup yang akan diramal oleh penghargaan kendiri yang positif, personaliti, optimistik dan pemahaman tentang erti dan tujuan hidup. Kesan penggunaan internet berterusan kepada kesejahteraan subjektif remaja haruslah dilihat secara menyeluruh dengan mengaitkan peranan ibubapa, gaya ibubapa memainkan peranan penting dalam situasi ini kerana ianya menentukan bagaimana anak-anak itu dikawal. Teori gaya keibubapaan pada asalnya diperkenalkan oleh Baumrind (1986) dalam Azizi Yahya (2009) yang mengkategorikan gaya keibubapaan kepada tiga kategori iaitu autoritatif, autoritarian dan permisif dengan peranan, tanggungjawap dan jenis ikatan antara ibubapa dengan anak tersebut. Kategori gaya ibubapa seperti autoritatif, permisif dan autoritarian mempunyai sumbangan tertentu dalam mendorong dan mengawal remaja untuk melayari internet. Sesuai dengan tekad integriti yang keempat iaitu memantapkan institusi keluarga dan komuniti serta tekad integriti yang kelima iaitu meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. Tekad integriti ini berkonsepkan institusi kekeluargaan dan masyarakat dalam memerangi isu-isu kekeluargaan dan masyarakat yang kian meningkat merentasi masa. Kerapuhan institusi keluarga dan komuniti saling berkait dalam kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat sehingga mengundang pelbagai gejala sosial umpamanya penyalahgunaan dadah, seks bebas, buli dan gengterisme. Oleh itu, kajian ini dapat dijadikan panduan dalam pemilihan gaya keibubapaan dalam membentuk anak-anak yang mempunyai nilai sivik yang tinggi. Objektif Kajian Objektif kajian ini dapat dilihat dalam tiga bahagian utama iaitu: 1. Mengenalpasti tahap penggunaan internet dan gaya keibubapaan. 2. Menentukan pengaruh penggunaan internet terhadap kesejahteraan subjektif. 2.1 Menentukan pengaruh penggunaan internet terhadap afek positif dan negatif. 2.2 Menentukan pengaruh penggunaan internet terhadap kebahagiaan. 2.3 Menentukan pengaruh penggunaan internet kepuasan hidup. 3. Menentukan pengaruh jenis-jenis gaya keibubapaan terhadap kesejahteraan subjektif.

2

penggunaan internet dan

METODOLOGI Subjek Dan Lokasi Kajian Sebanyak 117 pelajar di sekitar Kota Kinabalu terlibat dalam kajian ini. Majoriti responden adalah perempuan (57.3 peratus). Umur responden adalah 13 sebanyak 17.1%, 14 sebanyak 19.7% manakala 16 tahun merupakan golongan paling banyak iaitu 35.9% dan 18 tahun sebanyak 27.4%. Komposisi agama pula mencatatkan agama Islam tertinggi iaitu 74.4 % da agama Kristian sebanyak 25.6%. Bumiputera Sabah merupakan etnik yang tertinggi dalam kajian ini iaitu sebanyak 70.9%, diikuti etnik lain-lain (Bugis,Suluk) sebanyak 16.2% dan Melayu (8.5%) dan yang terakhir adalah Cina (3.4) Ciri-ciri demografi sampel dapat diringkaskan dalam jadual 1.0 di bawah. Jadual 1. Maklumat demografi Pembolehubah Jantina Lelaki Perempuan Usia 13 14 16 18 Agama Islam Kristian Etnik melayu cina bumiputra sabah Lain-lain (Bugis, Suluk, Jawa)

frekuensi (n)

Peratus (%)

50 67

42.7 57.3

20 23 42 32

17.1 19.7 35.9 27.4

87 30

74.4 25.6

10 4 83 19

8.5 3.4 70.9 16.2

Prosedur Kajian Satu kajian soal selidik telah dibangunkan dengan menggabungkan pelbagai sumber dari kajian lepas dan diadaptasi dari pengkaji sebelumnya seperti Internet Addiction Test (IAT) oleh Young (1998), Parenting Authority Questionaire (PAQ) oleh Buri (1991), Student’s Life Satisfaction Scale (SLSS) oleh Huebner (1991), Positive and Negative Affect (PANAS) oleh Watson et al.,(1988) dan Subjective Happiness Scale oleh Lyubomirsky dan Lepper (1999). Satu set soal selidik yang lengkap terdiri daripada tujuh bahagian bertujuan untuk menguji beberapa pembolehubah termasuklah demografi, penggunaan internet, kesejahteraan subjektif dan gaya keibubapaan. Analisis Kajian Dalam kajian ini, selepas semua data-data dikumpul, pengkaji akan mengunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif merangkumi kekerapan, peratusan dan min serta sisihan piawai. Sementara itu, untuk melihat perhubungan antara pemboleh ubah dalam satu set data, pengkaji akan mengunakan statistik inferensi iaitu melibatkan analisis regresi.

3

KEPUTUSAN Kemampuan Memiliki Telefon Pintar Dan Laptop Untuk Mengakses Internet Untuk mendapatkan data kemampuan remaja untuk mengakses internet melalui telefon pintar dan laptop, responden telah ditanya soalan “ adakah anda mempunyai telefon pintar yang boleh mengakses internet” dan “adakah anda mempunyai laptop sendiri di rumah” respon responden yang menjawap “Ya” mewakili tahap mengakses responden adalah tinggi, manakala respon “Tidak” mewakili tahap kemampuan mengakses internet yang rendah. Berikut adalah kemampuan remaja untuk mengakses internet melalui telefon pintar dan laptop, didapati responden yang mempunyai telefon pintar tinggi iaitu 85.5% manakala responden yang mempunyai laptop sebanyak 69.2%. Jadual 2.0 di bawah menunjukkan Jadual 2. Kemampuan Memiliki Telefon Pintar Dan Laptop untuk mengakses internet. Item Telefon Pintar Ya Tidak

Responden (n)

Peratus (%)

100 17

85.5 14.5

Laptop Ya Tidak

81 36

69.2 30.8

Jumlah

117

100%

Tahap Penggunaan Internet Remaja Untuk menentukan tahap penggunaan internet, responden telah diminta untuk menjawap satu set soal selidik Internet Addiction Test oleh Young (1998) untuk membolehkan penggunaan internet remaja dikenalpasti dalam 4 tahap iaitu: I. II. III. IV.

>20 skor: Bukan pengguna internet 21-49 skor: Pengguna biasa dalam talian,boleh melayari web agak terlalu lama pada masamasa tertentu, tetapi mempunyai kawalan ke atas penggunaannya. 50 -69 skor: Mengalami masalah sekali-sekala atau kerap kerana Internet dan perlu mengambil kira kesan penuh internet dalam kehidupannya. 70 – 100 skor: penggunaan internet menyebabkan masalah yang ketara dalam hidup dan boleh mendatangkan pelbagai masalah.

Hasil kajian mendapati remaja yang dalam pengguna normal tinggi (59%) manakala tahap golongan berisiko (34%) dan tahap kritikal sebanyak (6.8%). Jadual 3 dibawah menerangkan tahap penggunaan internet remaja. Jadual 3. Tahap penggunaan internet remaja

Tahap penggunaan internet remaja Normal users (21-49 skor) Moderate addiction (at-risk group) (50 -69 skor) Severe addiction (addicts’ group) (70100 skor) Not internet user (>20 skor) Jumlah 4

Responden 69 40

Peratus (%) 59.0 34.2

8

6.8

0 117

0 100.0

Tahap gaya keibubapaan ibu dan bapa yang dipersepsikan oleh responden Hasil dapatan set soal selidik Parenting Authority Questionaire (PAQ) oleh Buri, (1991) mendapati gaya keibubapaan ibu dan bapa yang dipersepsikan oleh responden adalah autoritatif ibu (49.6%),autoritatif bapa (44.4%) merupakan yang tertinggi diikuti authoritarian iaitu ibu (36.8%), bapa (34.2%), manakala nilai terkecil adalah gaya keibubapaan adalah gabungan permisif dan autoritatif iaitu ibu dan bapa masing-masing 0.90%. Jadual 4 menunjukkan gaya keibubapaan ibu dan bapa yang dipersepsikan oleh responden. Jadual 4. gaya keibubapaan yang dipersepsikan oleh responden Gaya keibubapaan Ibu Permisif Autoritarian Autoritatif Permisif & Autoritarian Permisif & Autoritatif Autoritarian & Autoritatif Semua Jenis Jumlah Gaya keibubapaan bapa Permisif Autoritarian Autoritatif Permisif & Autoritarian Permisif & Autoritatif Autoritarian & Autoritatif Semua Jenis Jumlah

Responden 7 43 58 2 1 4 2 117

Peratus (%) 6.0 36.8 49.6 1.7 .9 3.4 1.7 100.0

7 40 52 2 1 10 5 117

6.0 34.2 44.4 1.7 .9 8.5 4.3 100.0

Pengaruh Penggunaan internet terhadap kesejahteraan subjektif remaja Hasil analisis regrasi pelbagai menunjukkan bahawa bagi saiz responden ini (N=117) pemboleh ubah peramal iaitu Penggunaan internet hanya mempunyai pengaruh signifikan terhadap afek positif dan negatif (β=.023, P=.05), Secara keseluruhannya, Penggunaan internet menyumbang sebanyak 44% (𝑅 2 = .44) varians terhadap kesejahteraan subjektif (afek positif dan negatif ) [F (2,114) = 10.680, p < .05]. Manakala analisis regrasi penggunaan internet terhadap konstuk kepuasan hidup dan kebahagiaan tidak mencatatkan keputusan yang signifikan sebagai peramal dan penggunaan internet hanya menyumbang peratus yang sedikit terhadap kepuasan hidup dan kebahagiaan. Jadual 5. Pengaruh Penggunaan internet terhadap kesejahteraan subjektif remaja Pembolehubah Penggunaan Internet k < .05

Konstan 2.294

R .210

R2 .44

F 10.680

F sig .023

Β .210

Pengaruh Gaya Keibubapaan Terhadap Penggunaan Internet Dan Kesejahteraan Subjektif. Pengaruh Gaya Keibubapaan Terhadap Penggunaan Internet Bagi sampel kajian ini (N= 117), hasil analisis regrasi pelbagai menggunakan kaedah ‘enter’ menunjukkan bahawa pemboleh ubah peramal iaitu gaya keibubapaan (ibu dan bapa dalam gaya keibubapaan permisif, authoritarian dan autoritatif) mempengaruhi secara signifikan terhadap penggunaan internet pada aras signifikan k < .05. Secara keseluruhannya, gaya keibubapaan menyumbang sebanyak 13.4 % (r = .336) varians terhadap penggunaan internet remaja [F (6,110) = 2.840, p < .05]. Namun, analisis mendapati hanya gaya keibubapaan ibu dalam autoritatif (β = .021, 5

p=.05) yang merupakan peramal signifikan terhadap penggunaan internet remaja manakala ibu dalam gaya keibubapaan permisif dan authoritarian serta bapa dalam gaya keibubapaan permisif, authoritarian dan autoritatif tidak menjadi peramal signifikan dalam model ini. Ini menjelaskan bahawa ibu yang mengamalkan gaya keibubapaan autoritatif dapat meramal penggunaan internet remaja secara signifikan. Jadual 5 di bawah menunjukkan pengaruh gaya keibubapaan terhadap penggunaan internet.

Jadual 6. Pengaruh Gaya Keibubapaan Terhadap Penggunaan Internet Pembolehubah Gaya keibubapaan k < .05

Konstan 1.873

R .366

R2 .134

F 2.840

F sig .013

Β .021

Pengaruh Gaya Keibubapaan Terhadap Kesejahteraan Subjektif Remaja Hasil analisis regrasi pelbagai menggunakan kaedah ‘enter’ bagi saiz responden ini (N=117) menunjukkan bahawa pemboleh ubah peramal iaitu gaya keibubapaan (ibu dan bapa dalam gaya keibubapaan permisif, authoritarian dan autoritatif) tidak mempengaruhi secara signifikan dalam Kesejahteraan subjektif remaja iaitu kepuasan hidup (β = .255), afek positif dan negatif (β = .221) dan kebahagiaan (β = .156) dan secara keseluruhannya, gaya keibubapaan hanya menyumbang peratusan yang sedikit dalam menjadi peramal kepada kesejahteraan subjektif remaja. PERBINCANGAN Jadual 3 menunjukkan bahawa penggunaan internet dalam kalangan remaja menunjukkan pengguna normal tinggi (59%) manakala tahap golongan berisiko (34%) dan tahap kritikal sebanyak (6.8%), ini turut dipati dalam kajian Johari Hassan dan Raja Shahrina (2012) yang mendapati tahap penggunaan internet remaja semakin tinggi dari masa ke semasa dengan membandingkan kajian Rafidah (2010) (dlm. Johari Hassan dan Raja Shahrina, 2012) yang menyatakan hanya dua pelajar sahaja yang terlibat dalam ketagihan internet daripada 141 sampel yang terlibat pada tahun 2010 berbanding dapatan kajian mereka yang mendapati terdapat 20 pelajar yang tergolong dalam ketagihan internet pada tahun 2012 dalam sekolah sekitar daerah Johor Bahru. Jika keadaan berterusan, tidak mustahil berlaku peningkatan ketagihan internet dalam kalangan remaja sekali gus, memberi kesan negatif kepada diri pelajar. Kajian-kajian tempatan mendapati gaya keibubapaan yang dimiliki remaja di Malaysia ialah jenis autoritarian (Norlizah Hassan, 2008; Zahyah Hanafi, 2004). Hasil sama turut dijumpai Somayeh dan Rozumah (2009) pada ketiga-tiga etnik iaitu Melayu, Cina dan India. Walau bagaimanapun, kajian ini mendapati gaya keibubapaan yang dipersepsikan oleh remaja adalah autoritatif selaras dengan hasil kajian tempatan yang lain menunjukkan gaya keibubapaan dimiliki remaja ialah jenis autoritatif (Azizi dan Kamaliah, 2006; Habibah dan Tan, 2009). Penemuan ini selaras dengan dapatan beberapa pengkaji awal seperti Azizi (2005), Othman dan Normalina (2010) serta Enggen dan Kauchak (1994) (dlm. Nik Hairi Omar et al., 2012) yang menyimpulkan bahawa gaya keibubapaan autoritatif adalah gaya paling popular diterapkan ibubapa disebabkan keupayaannya dalam membina kecemerlangan sahsiah, akademik dan keyakinan diri anak. Menyentuh kepada dapatan kajian tentang penggunaan internet remaja hanya menjadi peramal kepada afek positif dan negatif sesuai dengan dapatan Morahan-Martin dan Schumacher (2000, 2003) dan Douglas et al., (2008) (dlm. Ang et al., 2012) tentang hubungan kebahagiaan dengan Generalized Problematic Internet Use (GPIU) dan menjadikan pengetahuan dan kesedaran ibubapa dalam aktiviti online di kalangan remaja sebagai moderator turut mendapati hubungan Generalized Problematic Internet Use (GPIU) dengan afek positif dan negatif signifikan, manakala peranan pengetahuan dan kesedaran ibubapa dapat membezakan remaja yang mempunyai tahap Generalized 6

Problematic Internet Use (GPIU) yang rendah sekaligus menyebabkan peningkatan tahap afek positif dan negatif dikalangan remaja. Dalam kajian Akin (2012) mendapati kebahagiaan subjektif mempunyai hubungan negatif dengan penggunaan internet. Menurut beliau, kebahagiaan subjektif dikaitkan dengan kepuasan dalam perhubungan,emosi yang positif, persepsi diri tentang kesejahteraan dan kepuasan hidup manakala penggunaan internet pula dikaitkan dengan pembolehubah maladaptif seperti kemurungan, neurotik,afek positif dan negatif dan kepuasan kepuasan hidup serta penghargaan kendiri yang rendah dan kesihatan mental yang rendah menjadi punca utama kenapa hubungan antara subjektif kebahagiaan dengan ketagihan negatif. Kajian Kuss et al., (2013) yang melaporkan bahawa penggunaan internet dalam aplikasi twitter menyebabkan kewujudan sistem hedonism yang mengutamakan kenikmatan keseronakan sebagai tujuan hidup manakala ketagihan kepada tingkahlaku gaming mengakibatkan tingkahlaku maladaptif iaitu mengunakan keadah gaming sebagai langkah dalam mencegah sesuatu masalah kemurungan, sebaliknya lebih memudaratkan dirinya. Walaupun kajian ini menyokong terdapatnya pengaruh penggunaan internet kepada keseronokan tetapi bukan pada kebahagiaan dan kepuasan hidup remaja. Shen et al., (2013) kajiannya mendapati keperluan kepuasan melalui online akan meramalkan pengunaan internet yang lebih tinggi dan perasaan positif online sementara kepuasan melalui kehidupan seharian akan meramalkan pengunaan internet yang rendah iaitu ditunjukan dalam masa yang dihabiskan untuk melayari internet rendah, manakala rendah perasaan negatif sebaliknya perasaan positif tinggi. Menyentuh kepada gaya keibubapaan sebagai peramal dalam penggunaan internet remaja, model gaya keibubapaan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu gaya autoritatif, autoritarian dan permisif bagi mengesyorkan gaya keibubapaan yang terbaik (Baumrind, 1986;Azizi Yahaya, 2009). Gaya keibubapaan autoritatif ialah ibubapa adalah high demandingness dan high responsiveness iaitu mengamalkan ketegasan yang diimbangi dengan kesediaan mendengar pandangan anak-anak, bertoleransi, setiakawan, membantu serta mendidik secara langsung manakala gaya keibubapaan autoritarian dicirikan oleh sikap ibubapa yang high demandingness tetapi low responsiveness iaitu ibubapa meletakkan jangkaan tinggi terhadap anak-anak dengan mempraktik pendekatan kawalan, hukuman dan peraturan ketat yang anak-anak tidak boleh persoalkannya. Hal ini membezakan gaya keibubapaan autoritatif ibu untuk menjadi peramal kepada penggunaan internet remaja. Sementara itu, gaya keibubapaan permisif merujuk kepada ibubapa yang mengamalkan sikap high responsiveness tetapi low demandingness iaitu bersikap terlalu berlembut, memenuhi kehendak anak-anak dan menggangap anak-anak sebagai individu yang matang dan boleh menentukan diri sendiri sehingga tidak wujud tekanan, kawalan atau peraturan mengenai tingkah laku yang baik dan dilarang secara tegas (Baumrind, 1991). Perbezaan dalam mempraktikan gaya keibubapaan dapat memberi kesan ke atas pencapaian akademik anak-anak. Gaya keibubapaan autoritatif telah dikenalpasti memberi sumbangan positif ke atas proses pembelajaran dan pembentukan keperibadian tinggi anak-anak sementara gaya autoritarian dan permisif dianggap membawa kesan pasif, kelonggaran dan tekanan (Baumrind, 1971). Keadaan ini menyebabkan secara keseluruhan gaya keibubapaan signifikan peramal kepada penggunaan internet remaja tetapi secara spesifiknya, hanya gaya keibubapaan autoritatif yang menjadi peramal signifikan yang mempunyai sumbangan yang tinggi. Gaya keibubapaan tidak berperanan sebagai peramal terhadap kesejahteraan subjektif berdasarkan Compton (2005) dalam bukunya telah mengunakan teori kesejahteraan subjektif yang diperkenalkan oleh Diener (1984) yang menyatakan bahawa terdapat dua persfektif yang utama untuk mengenali kesejahteraan subjektif iaitu teori bottom-up yang menjelaskan kebahagiaan dan kepuasan hidup bergantung kepada jumlah keseluruhan kebahagiaan dan keseronakan dalam hidup seseorang individu tersebut seterusnya menentukan tahap kesejahteraan subjektifnya. Ini bermaksud individu mencipta tahap kesejahteraan subjektifnya dengan menyatukan sumber kebahagiaan dan kepuasan hidup dari pelbagai keadaan hidupnya, semakin banyak sesuatu keadaan menyeronokan maka semakin 7

tinggilah kebahagiaan dan kepuasan hidup individu tersebut. Contohnya, kualiti perkahwinan, kepuasan ditempat kerja, jumlah pendapatan dan lulus dalam ujian dan bukanlah melalui pendekatan gaya keibubapaan. Persfektif yang kedua yang menjelaskan kesejahteraan subjektif dapat dicapai dengan kemampuan seseorang individu dalam menilai dan mentafsir pengalamannya menjadi sesuatu yang positif, teori ini dikenali sebagai teori top-down. Teori ini berkaitrapat dengan tret personaliti dan sikap serta cara individu dalam mentafsir pengalamannya dalam hidup. Dalam kajian Heady et al. (1991) mendapati individu yang mempunyai personaliti extraversion mempunyai hubungan positif yang tinggi dengan friendship satisfaction manakala neurotik berhubungan negatif dengan kepuasan kesihatan. Alizarinah Ali (1993) (dlm. (dlm. Johari Hassan dan Pushavalli Rajoo, 2012) pula meninjau keadaan penghayatan agama dan kesejahteraan subjektif di kalangan remaja Melayu dengan mengambil 211 pelajar dijadikan sebagai subjek kajian menunjukkan penghayatan agama, hubungan dengan keluarga serta hubungan dengan rakan sebaya berhubungan secara positif dengan kesejahteraan subjektif manakala pencapaian akademik memperlihatkan hubungan yang negatif dengan kesejahteraan subjektif. Status sosio ekonomi, peristiwa sedih, sakit teruk dan kehadiran saudara mara di rumah tidak memberi sumbangan terhadap kesejahteraan subjektif. Ringkasnya, remaja yang mempunyai tahap agama yang tinggi akan membawa kesejahteraan subjektif yang positif dan bukanlah bergantung kepada gaya keibubapaan. Kajian Frable (1993) (dlm. McKenna et al., 1999) mendapati individu yang tergolong dalam mencari identiti stigma juga mempunyai simptom mengalami penggunaan internet kerana individu diberi gelaran dalam identiti stigma iaitu perasaan prejudis masyarakat terhadap dirinya ataupun amalan yang tidak diterima oleh masyarakat kerana tidak bersesuaian dengan norma yang sedia ada. Ini menyebabkan individu tersebut ingin mencari rakan sosial yang serupa dengannya dalam kolompok stigma yang sama. Bagi individu yang mempunyai identiti stigma terutamanya identiti yang diasingkan daripada orang lain, ianya adalah sukar untuk mencari orang lain yang serupa dengan siapa untuk berkongsi pengalaman, perasaan dan perapatan. Individu yang mempunyai identiti stigma turut mempunyai kesukaran berkomunikasi dengan orang lain dalam berkongsi identiti yang tepat kerana identiti stigma mereka tidak mudah dilihat dan tidak mudah dikenalpasti dalam masyarakat. Hasilnya mereka mencari kenalan dalam internet untuk memenuhi kehendak stigma mereka. Gaya keibubapaan jenis neglectful atau indulgent biasanya kurang mengawal had untuk melayari internet dikalangan anak-anak, hal ini menyebabkan remaja terdedah kepada pornografi dan buli alam siber sekiranya dibiarkan berterusan begitu Eastin, Greenberg dan Hofschire (2006) (dlm. Rosen et al., 2008). Kajian mereka turut mendapati gaya keibubapaan autoritatif lebih mengunakan mediator teknologi untuk mengawal anak-anak mereka dalam pengunaan internet seperti mengenakan kata kunci keselamatan pada perisian tertentu. Kajian Greenberg, Hofschire, Eastin dan Lachlan (2002) dalam Rosen et al. (2008) mendapati gaya keibubapaan memberi impak kepada peraturan dan pengawalan terhadap pelbagai jenis sumber media seperti aplikasi permainan, internet, muzik dan Youtube. Onder (2012) mendapati remaja dalam keluarga autoritatif mempunyai tahap kepuasan hidup dan persekitaran tempat tinggal yang tinggi berbanding remaja dalam keluarga neglectful manakala remaja yang mempersepsikan ibubapa mereka sebagai permisif mempunyai tahap kepuasan hidup yang tinggi terhadap rakan-rakan, keluarga dan diri sendiri berbanding remaja yang mempersepsikan ibubapa mereka sebagai neglectful sementara kajian mereka tidak mendapati tiada perbezaan signifikan antara gaya keibubapaan autoritatif dengan permisif dalam dimensi kepuasan hidup. CADANGAN KAJIAN I. II.

Menggunakan soal selidik yang dijawap oleh ibubapa sendiri dengan penglibatan bersama remaja. Meluaskan kajian kepada remaja yang mempunyai simptom penggunaan internet yang tinggi.

8

IMPLIKASI KAJIAN I.

II.

III.

Kajian ini mengariskan tingkah laku-tingkah laku kanak-kanak yang seharusnya diketahui oleh pihak ibubapa dan pihak sekolah khususnya mengenai kegiatan melayari internet dan purata jumlah jam yang dihabiskan untuk melayari internet. Pihak ibubapa juga tahu akan gaya keibubapaan manakah yang akan menyumbang kepada peningkatan penggunaan internet dalam kalangan remaja dan gaya keibubapaan yang memberi kesan kepada kesejahteraan subjektif yang merangkumi afek positif dan negatif, kebahagiaan dan kepuasan hidup remaja tersebut. Kajian ini juga kelak menjadi panduan kepada kementerian yang terlibat khususnya kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

KESIMPULAN Hasil kajian awal menunjukkan terdapat peningkatan penggunaan internet daripada kajian sebelumnya iaitu daripada seramai 117 responden sebanyak 40 remaja dalam kategori berisiko dalam penggunaan internet yang tinggi, manakala 8 remaja dalam kategori penggunaan internet yang kritikal. Hasil kajian juga mendedahkan terdapat pengaruh penggunaan internet kepada kesejahteraan subjektif dalam konstruk afek positif dan negatif, manakala gaya keibubapaan mempunyai sumbangan yang signifikan dalam penggunaan internet remaja, khususnya gaya keibubapaan autoritatif ibu. Peningkatan penggunaan internet yang kian meningkat dalam kalangan remaja membimbangkan pelbagai pihak, tambahan lagi kajian ini mendapati kemampuan remaja untuk mengakses internet amat tinggi dengan ditunjukkan dalam penggunaan telefon pintar dalam mengakses internet (N=100). Gaya keibubapaan seperti autoritatif walaupun dilihat memberi pengaruh dalam penggunaan internet tetapi faktor persekitaran seperti kesibukan kerja dan faktor sosial turut merupakan egen penghalang utama dalam mengawal remaja dalam menggunakan internet. Kesejahteraan subjektif remaja juga tidak dipengaruhi oleh gaya keibubapaan disebabkan salah satunya adalah oleh faktor persekitaran dan pengalaman dalam hidup seperti yang dinyatakan dalam teori Bottom up dan Top Down yang menjelaskan kebahagiaan itu lahir daripada persekitaran dan pengalaman yang baik dan bukanlah daripada gaya keibubapaan, namun ditegaskan disini bahawa persekitaran keluarga yang baik adalah bermula daripada gaya keibubapaan oleh ibu dan bapa. RUJUKAN Ahmat Adam dan Saidatul Norlis Hj.Mahali. 2011. Penyelidikan Dan Penulisan Ilmiah. Cetekan kedua. Universiti Malaysia Sabah. Akin, A. 2012. The relationships between internet addiction, subjective vitality, and subjective happiness. Journal Of Cyberpsychology, Behavior and Social Networking. 15(8): 404-408. Azizi Yahaya dan Badrulzaman Baharom. 2010. Persekitaran Keluarga Dan Kesannya Terhadap Tingkah Laku Devian Remaja. Universiti Teknologi Malaysia.pp. 1-17. (Tidak diterbitkan) Azizi Yahaya, Halimah Ma’alip, Shahrin Hashim, Yusof Boon dan Jamaludin Ramli. 2009. MODAL INSAN: Membentuk Keluarga Berkesan. Edisi pertama. Malaysia: Universiti Teknologi Malaysia. Azizi Yahaya dan Kamaliah, N. 2006. Relationship between self concepts, motivation and parenting styles effected students achievements. University Technology Malaysia

9

Bargh, J.A dan Mckenna K.Y.(2004) The Internet And Social Life. Journal Of Annual Reviews Psychology. Baumeister, R. F., and Leary, M. R. (1995). The need to belong: Desire for interpersonal attachments as a fundamental human motivation. Psychological Bulletin, 11 7, 497-529. Buku Maklumat Statistik (Q4-2013) dlm. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. 2013. Borzekowski, Dina L G. 2006. Adolescents' Use of the Internet: A Controversial, Coming-of-Age Resource. Adolescent Medicine Clinics; Feb 2006; 17, 1; ProQuest Health dan Medical Complete.pg 205. Brooks, S. 2004. The Kutcher Adolescent Depression Scale (KADS). Journal of Child and Adolescent Psychopharmacology News.9(5): 4-6 Brooks,S.J, Krulewicz, S.P and Kutcher, S. (2003). The Kutcher Adolescent Depression Scale: Assessment of Its Evaluative Properties over the Course of an 8-Week Pediatric Pharmacotherapy Trial. Journal of Child and Adolescent Psychopharmacology.13(3): 337– 49. Buri, J.R. 1991. Parental Authority Questionaire. Journal of personality assessment. 57 (1): 110-119. Clemente, F. and Sauer, W. J. 1976. Life Satisfaction In The United States. Journal Of Social Forces. 54 (3): 621- 631. Compton W.C. 2005. An introduction to positive psychology. Middle Tennessee State University. Wadsowrth cengage learning. DeFleur, M. L., and Ball-Rokeach, S. J. 1989. Theories of mass communication. (4th ed.). New York: Longman. Fararouei, M., Brown, I.J., Toori A., Haghighi E., and Jafari, J.2013. Happiness and health behaviour in Iranian adolescent girls. Journal of Adolescence. 36 : 1187–1192. Grant, A. E., Guthrie, K. K., and Ball-Rokeach, S. J. 1991. Television shopping: media system dependency perspective. Journal Of Communication Research.18(6): 773-798. Habibah, E. and Tan, H. Y. 2009. Relationship between perceived paternal and maternal parenting styles and student academic achievement in selected secondary schools. European Journal of Social Sciences. 9 (2): 181-192. Heady, B., Veenhoven, K., and Wearing ,A. 1991. Top-Down Versus Bottom-Up Theories Of Subjective Well-Being. Social Indicators Research. Vol. 24. pp. 81-100. Huebner, E. S. (1991). Initial development of the Students’ Life Satisfaction Scale. Article of School Psychology International. 12: 231-243. Jaegher, H.D, Paolo E.D and Gallagher S. (n.d). Can social interaction constitute socialcognition?. Opinion. Cel press. Jamal Ismuni, Jas Laile Suzana Jaafar dan Yoo Fei. (t.th). Hubungan Antara Perapatan Keibubapaan Dengan Status Identiti Remaja Melayu. Universiti Malaya.

10

Johari Hassan dan Pushavalli Rajoo. 2012. Hubungan Di Antara Konsep Kendiri Dan Kesejahteraan Hidup Di Kalangan Remaja Akhir. Journal of Educational Psychology & Counseling. Volume 6 :Pages 11-29. Johari Hassan dan Raja Shahrina Raja Abdul Rashid. 2012. Ketagihan Penggunaan Internet Di Kalangan Remaja Sekolah Tingkatan 4 Di Bandaraya Johor Bahru. Journal of Technical, Vocational dan Engineering Education. 6: 23-43. Kazmi, S.F, Sajjid, M. and Pervez, T. 2011. Parental Style And Academic Achievement Among The Students. International Journal Of Academic Research. 3 ( 2): 582-588. Kuss, D.J, Rooij A.J, Shorter G.W,Griffiths M.D, and Mheen D.V. 2013. Internet addiction in adolescents: Prevalence and risk factors. Journal of Computers in Human Behavior 29 : 1987– 1996 Lau, W.W and Yuen H.A.2013. Adolescents’ risky online behaviours: The influence of gender, religion and parenting style. Journal Of Computers in Human Behavior. 29: 2690–2696. Lyubomirsky, S and Lepper, H.S. 1999. A measure of subjective happiness: Preliminary reliability and construct validation. Journal of Social Indicators Research; Feb 1999; 46, 2; ABI/INFORM Global. pg. 137 McKenna, K.Y.A and Bargh J.A.2009. Causes and Consequences of Social Interaction on the Internet: A Conceptual Framework. Journal Of Media Psychology. 1: 249-269. Mohd Majid Konting.1994. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Zaidi Mahmud dan Bahiyah Omar.2013. Motif Dan Kekerapan Penggunaan Facebook Dalam Kalangan Pelajar Universiti. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 29 (1) : 35-54. Mustafa, K.O.C. 2011. Internet Addiction And Psychopatology. Journal Of Educational Technology. Vol 10: Issue 1. Nik Hairi Omar, Azmi Abdul Manaf Dan Ahmad Shazili Ayob. 2012. Pengujian Model Gaya Keibubapaan Baumrind Ke Atas Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah. Journal Of Social Sciences And Humanities. 7 (1): 105-120. Norlizah Che Hassan. (2008). Perkaitan cara gaya keibubapaan dengan konsep kendiri dan tingkah laku delinkuan remaja. Disertasi Doktor Falsafah. University Malaya. Norsayyidatina Che Rozubi, Zuria Mahmud dan Azad Athahiri Anuar. 2011. Peranan Keibubapaan Dan Hubungannya Dengan Kesejahteraan Psikologi dalam Kalangan Remaja Cemerlang Akademik. International Counselling Conference. Universiti Kebangsaan Malaysia. Olivares, J., Garcia, R.S and Pina,J.A. 2009. The Liebowitz Social Anxiety Scale for Children and Adolescents. Journal Of Psicothema.Vol. 21(3): 486-491. Onder, F.C. 2012. Parenting styles and life satisfaction of Turkish adolescents. Journal of educational research & review. 26(7): 577-584. Rebecca, P. Ang, Wan Har Chong, Stefanie Chye and Vivien S. Huan. 2012. Loneliness and generalized problematic Internet use: Parents’ perceived knowledge of adolescents’ online activities as a moderator. Journal of Computers in Human Behavior. 28 :1342–1347 11

Rosen, L.D, Cheever D.N and Carrier M.L. 2008. The association of parenting style and child age with parental limit setting and adolescent MySpace behaviour. Journal of Applied Developmental Psychology. 29 :459–471. Rytwinski, N. K., Fresco, D. M., Heimberg, R. G., Coles, M. E., Liebowitz, M. R., Cissell, S., Stein, M. B. and Hofmann, S. G. (2009). Screening for social anxiety disorder with the self-report version of the Liebowitz Social Anxiety Scale. Journal Of Depression and Anxiety 26 (1): 34– 38. Somayeh K. and Rozumah, B. 2009. Parenting style in a collectivist culture of Malaysia. European Journal of Social Sciences. 10 (1): 66- 73. Vimala Balakrishnan and Ram Gopal Raj. 2012. Exploring the relationship between urbanized Malaysian youth and their mobile phones: A quantitative approach. Journal of temematics and informations. 29: 263-272. Viramontes, M. 2009. Parenting styles and practices and their impact on school behaviour. ProQuest Dissertations and Theses. Callfornia State university. Watson, D., Clark, L. A., and Tellegen, A. (1988). Development and validation of brief measures of positive and negative affect: The PANAS scales. Journal of Personality and Social Psychology. 54(6), 1063-1070. Weiner,I.B. and Freedheim, D.K. 2003. Handbook of Psychology, Health Psychology. John Wiley dan Sons. Vol 9: Page 79. Yong, S.Q. 2011. A Study Of Internet Addiction Among Students Of Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pei Yuan, Kampar. Tesis Sarjana. Universiti Tunku Abdul Rahman. Young, K. S. (2004). Internet addiction: a new clinical phenomenon and its consequences. Journal of American Behavioral Scientist. 48(4), 402–415. Yurkewicz, C. 2009. Happiness In Adolescence: The Contributions Of Self-Control, Hope, And Personal Strivings. A Dissertation of Degree. University New York. Zahyah Hanafi. 2004. Malay adolescents’ perception of maternal and paternal parenting style. Malaysian Journal of Learning & Instruction. 1(1): 131-161. Zainudin Abu Bakar, Mohd Jamil Ahmad, Sazillawati Dolah, Halimah Abd Halim dan Norsyarina Anuar. 2012. Parenting Style and Its Effect on the Malaysian primary school children’s school performance. Journal of Procedia Social and Behavioral Sciences .69 :1579 – 1584.

12