pergerakan bahan merentas membran plasma

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN. BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI. TINGKATAN 4. ANGELA BT. JOSEPH. FAKULTI PENDIDIKAN. UN...

3 downloads 589 Views 808KB Size
MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

ANGELA BT. JOSEPH

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Saya / kami* akui bahawa saya telaj membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami*karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi).

Tandatangan

:

Nama Penyelia

: Prof. Madya Dr. Mohd Nor bin Bakar

Tarikh

: 14 hb Oktober 2004

* Potong yang tidak berkenaan

PSZ 19:16 (Pind 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦ JUDUL : MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4.

SESI PENGAJIAN : Saya :

2004/2005

ANGELA BT. JOSEPH (HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut; 1. 2. 3. 4.

Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. ** Sila tandakan ( 9 )

9

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 )

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )

TIDAK TERHAD

Alamat Tetap: PETI SURAT 1224, 89808 BEAUFORT, SABAH. Tarikh : 14 Hb Oktober 2004

PROF. MADYA DR. MOHD NOR BIN BAKAR Nama Penyelia

Tarikh : 14 Hb Oktober 2004

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

MEMBINA DAN MENILAI PERISIAN MENGENAI “PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA” BAGI BIOLOGI TINGKATAN 4

ANGELA BT. JOSEPH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER, 2004

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan

:

Nama Penulis

:

ANGELA BT. JOSEPH

Tarikh

:

14 HB Oktober 2004

iii

Istimewa untuk Suami & Puteri tercinta; Kapt. Robert Edward TUDM & Rosanne Hazel Pemangkin semangat & harapan…

Kepada kedua Ibu & Bapa yang disanjung dan disayangi; En. Joseph Gihod & Pn. Rufina Galantis Terima kasih atas pengorbanan sejati mu…

Kepada Ibu & Bapa Mertua yang dihormati dan dikasihi; En. Edward Ngayong ak Uja & Pn. Mary Noria @ Lidang ak Dana

Juga kepada semua ahli keluarga yang mendoakan kejayaan ini. Tidak dilupakan kepada semua teman-teman dalam perlayanan GIFT, Skudai yang banyak berkongsi suka-duka kehidupan kampus yang mencabar.

iv

PENGHARGAAN

Dalam kesempatan ini, penulis ingin mengabadikan perhargaan yang tidak terhingga buat PM. DR. Mohd Nor bin Bakar selaku penyelia projek yang banyak memberikan panduan, ,bimbingan dan kepercayaan untuk saya menyiapkan projek sarjana muda ini. Penghargaan istimewa untuk PM. DR Aziz bin Nordin iaitu Penasihat akademik yang begitu dedikasi dalam membantu dan membimbing selama pengajian di UTM..Ucapan terima kasih Kepada En. Rosli di unit audio dan video di Jabatan Multimedia Fakulti Pendidikan yang sudi meluangkan masa membantu menyiapkan pengambilan video ; Petugas-petugas di Makmal Kimia Fakulti Pendidikan yang memberikan kerjasama semasa pengambilan video. Seterusnya, penghargaan kepada Pihak sekolah Menengah Taman. Universiti 1; Unit Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas kerjasama yang diberikan untuk menjayakan projek ini. Tidak dilupakan, kepada rakan-rakan seperjuangan , terutama sekali saudara Raizal Dunggi yang banyak membantu semasa proses penilaian perisian ini. Buat keluarga tercinta yang sentiasa memberikan sokongan moral sepanjang tempoh penghasilan projek ini . Akhir sekali, penulis ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam merealisasikan Kertas Projek Sarjana Muda.

v

ABSTRAK

Kajian projek sarjana muda yang dilakukan oleh Leow Siew Hung (2003) dalam tajuk pergerakan bahan merentas membran plasma ke atas pelajar tingkatan 4 menunjukkan terdapat salah konsep yang signifikan .

untuk membantu mengatasi

masalah tersebut khusus dalam tajuk “ Pergerakan bahan merentas membran plasma”, satu perisian dibina untuk kegunaan pelajar. Perisian ini di bina berdasarkan pendekatan multimedia interaktif yang menggabungkan teks, grafik, audio, dan video untuk menyumbangkan kepada suatu persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik.

Matlamat pembinaan PBK untuk membantu pelajar dalam pembelajaran

kendiri khusus untuk menyampaikan konsep-konsep berkaitan dalam topik ini. PBK ini menggunakan kaedah bercabang bagi tutorial dan kaedah rawak bagi soalan-soalan latihan. PBK ini dibina menggunakan perisian utama ialah Marcomedia Authorware 6.5 dan perisian-perisian sokongan Ulead Cool 3D, Ulead Gif Animator 5, Macromedia Flash MX, Sound Forge 6.0 dan Window Movie Maker. PBK ini menjalani dua proses penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Hasil daripada penilaian sumatif mendapati pengguna sasaran dapat menerima perisian ini.

vi

ABSTRACTS

Previous research conducted by Leow Siew Hung (2003) on “the movement of substances through plasma membrane” shows that secondary student had significance misconception. This project purpose is to develop multimedia software for the topic “the movement of substances through plasma membrane” for secondary student.

This

software based on interactive multimedia that integrates texts, graphic, audio, video and animation to create interesting learning environment. The aim of this software is to help student in self learning especially to understand the concepts in this topic. This software built by using branching method for tutorial and random method for exercise questions. The main application software to develop this software is Macromedia Authorware 6.5 and other software Ulead Cool 3D, Ulead Gif animator 5, Macromedia Flash MX and Window Movie Maker. This project had two assessments; formative assessment and sumatif assessment. Findings indicated that this software get positive respond from user.

vii

KANDUNGAN

BAB 1

2

PERKARA

HALAMAN

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

1

1.2 Latar Belakang Masalah

2

1.3 Pernyataan Masalah

3

1.4 Matlamat

4

1.5 Objektif

5

1.6 Skop Projek

5

Kepentingan Projek

6

SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan

7

2.2 Teori Pembelajaran

7

2.3 Pembelajaran kendiri menggunakan PBK

10

2.4 Multimedia Interaktif

11

2.5 Pembelajaran berbantu Komputer (PBK)

12

2.5.1 PBK di luar negara

12

2.5.2 PBK di Malaysia

13

2.6 Aspek Penting Pembinaan Perisian PBK

14

2.6.1 kandungan

14

2.6.2 Jenis perisian

15

2.6.3 Persembahan

16

2.6.4 Kaedah

17

2.6.5 Pedagogi

18

2.7 Kelebihan PBK dalam pembelajaran kendiri 2.7.1 Pelajar mendapat pengetahuan secara individu

19 19

viii BAB

PERKARA

HALAMAN

2.7.2 Mencapai pembelajaran kognitif dari aras

20

rendah ke tinggi 2.7.3 Kawalan terhadap kelajuan pembelajaran

20

2.7.4 Mengekalkan minat dan motivasi pelajar

20

2.7.5 Bebas memilih pelajaran yang diminati

20

2.7.6 Penilaian dibuat oleh pelajar

21

2.7.7 Pelajar terlibat secara aktif

21

2.7.8 Meningkat penguasaan kandungan

21

pembelajaran 2.7.9 keboleh-ulangan pembelajaran

21

2.7.10 Memendekkan masa untuk menguasai

22

kandungan pelajaran 2.8 PBK dalam matapelajaran Biologi 3

22

REKABENTUK PERISIAN 3.1 Pengenalan

24

3.2 Rekabentuk am

24

3.3 Model Pembinaan Perisian

26

3.4 Struktur Perisian

28

3.4.1 Teks

29

3.4.2 Warna

29

3.5 Alat Pengarangan

30

3.6 Perkakasan

31

3.7 Perisian

31

3.8 Proses Penilaian

31

3.8.1 Penilaian Formatif

32

3.8.2 Penilaian Sumatif

32

3.8.3 Prosedur Penilaian Sumatif

32

3.9 Hasil Penilaian Sumatif

33

3.10 Carta Alir Perisian

34

ix BAB 4

PERKARA

HALAMAN

BAHAGIAN SATU : PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA 4.1 Pengenalan

38

4.2 Kaedah penggunaan perisian

38

4.3 Kandungan perisian

39

4.3.1 Bahagian pengenalan perisian

39

4.3.2 Bahagian menu utama

40

4.3.3 Paparan muka subtajuk

41

4.3.4 Struktur membran plasma

42

4.3.5 Resapan ringkas

43

4.3.6 Osmosis

43

4.3.7 Resapan berbantu

45

4.3.8 Pengangkutan aktif

45

4.3.9 Glosari

46

4.3.10 Kuiz

47

4.4 Komponen perisian

48

4.4.1 Teks

48

4.4.2 Grafik

48

4.4.3 Gambar

49

4.4.4 Audio

50

4.4.5 Animasi

50

4.5 Pendekatan perisian

50

BAHAGIAN DUA: PENILAIAN PERISIAN 4.6 Penilaian perisian

5

51

4.6.1 Penilaian formatif

51

4.6.2 Penilaian sumatif

51

4.6.2.1 Analisis penilaian pelajar

52

4.6.2.2 Analisis penilaian pakar

53

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan

56

x BAB

PERKARA

HALAMAN

5.2 Perbincangan

54

5.3 Rumusan

57

5.4 Cadangan kajian lanjutan

58

5.5 Cadangan am

59

RUJUKAN

60

LAMPIRAN A - J

64

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

HALAMAN

1

Aliran kerja model ADDIE

26

2

Carta alir utama

34

3

Carta alir bahagian menu utama

35

4

Carta alir bahagian kuiz

36

5

Carta alir bahagian osmosis

37

6

Carta alir rangka utama perisian

41

7

Paparan muka subtajuk

42

8

Carta alir konsep larutan isotonik

44

9

Carta alir glosari

46

10

Carta alir kuiz

47

11

Carta alir pergerakan molekul merentas membran

50

plasma

xii

SENARAI SINGKATAN

ABM

Alat Bantuan Mengajar

ADAM™

Animated Dissection Anatomy for Medicine

CAI

Computer Assisted Instruction

CD

Compact Disc

CLEs

Constructivism learning environments

dpi

dot per inch

GB

Gigabyte

GUI

Graphic User Interface

MB

Megabyte

MSC

Multimedia Super Coridor

PBK

Pembelajaran Berbantukan Komputer

PKG

Pusat Kegiatan Guru

PSPN

Pusat Sumber Pendidikan Negeri

RAM

Random Access Memory

TICCIT

Time-shared Interactive

VGA

Video Graphic Array

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

HALAMAN

A

Paparan masukan nama

64

B

Paparan panduan pengguna

65

C

Paparan menu utama

66

D

Paparan melabel membran plasma

67

E

Paparan Jawapan yang tepat bagi konsep isotonik

68

F

Paparan sel haiwan di dalam larutan isotonik

69

G

Paparan glosari

70

H

Borang penilaian A: pelajar

71

I

Borang penilaian B : pakar

75

J

Surat kebenaran menjalankan kajian

79

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Perubahan pendidikan tidak pernah berhenti dari zaman silam. Sering berubah cara dan kaedah pengajaran seiring dengan pencapaian teknologi. Daripada kaedah tradisional “chalk and talk” kepada penggunaan media pengajaran seperti radio dan televisyen pendidikan pada zaman 70 an. Kini, dengan kecanggihan teknologi komputer, pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menarik(Iza Sulaiman, 1986) dengan kemampuan alat tersebut mengintegrasikan pelbagai media dalam satu pakej.

Di abab ke 21 ini, seiring dengan kepesatan pembangunan perkakasan dan perisian komputer menjadi cabaran bagi para pendidik untuk maju seiring menghadapi zaman ledakan maklumat. Para guru sebagai golongan yang berpengaruh ke atas pelajar-pelajar di sekolah harus memulakan menggunakan teknologi sebagai satu budaya profesional berasaskan maklumat dapat di semai di sekolah. Raja Maznah Raja Hussain (1993b) menyatakan prasarana untuk kemajuan teknologi sudah disediakan dan akan terus ditambah oleh pihak kerajaan, pembinaan Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) dibina sebagai pusat logistik untuk guru mengadakan sesi perbincangan bagi membudayakan teknologi pendidikan.

2

Menurut Zainudin Abu Bakar, 2000 Perkembangan pesat bidang teknologi akan menjadi pemangkin kemajuan pendidikan di Malaysia. Lantas langkah awal untuk menyokong perkembangan ini dengan pelancaran Perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 1 Hb Ogos 1996. Perdana MSC mengandungi 7 aplikasi dan salah satu ialah mewujudkan sekolah bestari.

Konsep

sekolah

bestari

dibina

untuk

membantu

pelajar

pembangunan yang menyeluruh dan seimbang dalam semua aspek.

mencapai Penggunaan

multimedia menjadi satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk mewujudkan generasi yang celik teknologi komputer dan maklumat untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Menurut Menteri Pendidikan Dato’ Seri Najib Tun Haji Razak (1997) konsep sekolah bestari akan mewujudkan generasi yang berfikiran kreatif dan inovatif selaras dengan falsafah Pendidikan Malaysia.

1.2

Latar Belakang Masalah

Hasrat negara untuk melahirkan masyarakat yang celik komputer agar negara tidak ketinggalan dalam arus perdana dunia. Ia pernah disuarakan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam penulisan Sharifah Alwiwah Alsagof(1996) : “Computer Literacy is a must if we want to progress and develop. No effort must be spared in he creation of an information-rich Malaysian society”

Pelajar-pelajar di era baru sentiasa didedahkan kepada teknologi yang serba canggih. Memandangkan mereka sering didedahkan kepada teknologi komunikasi dan

3 komputer di persekitaran mereka, pelajar lebih cenderung menggunakan alat dan bahan terkini dalam proses pembelajaran mereka (Baharuddin dan Maizah Hura,1995). Pandangan ini turut dinyatakan oleh Park & Hannafin (1993) dalam penulisan Ester Gnanamalar Sorojini Daniel (1999) dan menyatakan pendekatan yang mungkin berkesan adalah sekolah mula menggunakan alat zaman baru akan tetapi penggunaan teknologi baru harus dirancang berasaskan teori pembelajaran.

Menurut kajian tinjauan yang dilakukan oleh Nik Nor Asiah Mahmud (2003) menyatakan matapelajaran biologi dianggap mata pelajaran yang membosankan di kalangan pelajar luar bandar.

Kajian yang dilakukan oleh Komathi A/P Soma

Sundaran, (2003) pula menyimpulkan pembelajaran biologi secara tradisional (menggunakan buku teks) menyebabkan pemahaman konsep kurang tepat dengan idea saintifik, pelajar menjadi cenderung menghafal dengan cara mengambil istilah dan perkataan penting daripada mempelajari dan memahami biologi.

Penyebaran penggunaan perisian pembelajaran di pasaran masih terhad, ini disebabkan kos pembinaan perisian yang tinggi (Hamidah Baba,2000). Syarikat yang berminat membangunkan perisian berkenaan juga amat sedikit dan harga perisian pembelajaran tempatan yang berada di pasaran kini adalah tinggi.

1.3

Pernyataan masalah

Proses pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah amat penting dalam usaha untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Namun, bagi memastikan semua pelajar mendapat semua kandungan pelajaran di sampaikan dalam kelas adalah sukar. Pembelajaran secara individu adalah penting untuk pemahaman individu. Halangan seperti kebolehan pelajar yang berbeza tidak dapat dielakkan.

4 Bagi mengatasi kelemahan ini, kebanyakan pelajar memilih untuk mengulang-kaji sendiri isi pelajaran tersebut dengan bantuan buku-buku rujukan yang dipercayai pelajar dapat membantu mengatasi masalah mereka.

Pembelajaran biologi melibatkan konsep dan istilah, serta rajah yang abstrak. Pembelajaran bagi tajuk yang melibatkan topik-topik berikut menggunakan buku teks adalah tidak memadai kerana ia tidak dapat menunjukkan proses yang kompleks seperti menggambarkan pergerakan sel merentas membran plasma.

Perkembangan teknologi komputer kini banyak membantu dalam proses pembelajaran kendiri. Pelajar boleh menggunakan perisian pembelajaran berasaskan komputer dan internet. Namun kini kebanyakan perisian pembelajaran terdapat di pasaran dan web internet tidak berasaskan sukatan kurikulum kebangsaan.

Ini

menjadikan pelajar harus selektif dan bijak dalam menentukan topik untuk di beri penekanan.

1.4

Matlamat

Matlamat projek ini ialah untuk membina sebuah perisian yang dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran kendiri berasaskan komputer.

Isi

kandungan perisian ini menekankan pengajaran konsep dalam tajuk yang dipilih iaitu “pergerakan bahan merentas membran plasma” mengikut sukatan pelajaran kurikulum biologi tingkatan 4.

Tajuk ini dipilih kerana tajuk ini melibatkan beberapa konsep yang abstrak seperti konsep resapan, osmosis dan konsep larutan isotonik, konsep larutan hipotonik dan konsep hipertonik, konsep pengangkutan aktif. Konsep-konsep dalam tajuk ini

5 melibatkan proses yang dinamik dan melibatkan hubungan pergerakanpergerakan molekul dengan perbezaan kepekatan larutan.

Melalui persembahan

multimedia diharap perisian yang dibina mampu menyampaikan dengan jelas konsepkonsep yang perlu dikuasai oleh pelajar ini.

1.5

Objektif

Projek ini bertujuan untuk: i.

Membina sebuah perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) bagi tajuk “pergerakan bahan merentas membran plasma”.

ii.

Menyampaikan pembelajaran konsep-konsep abstrak yang terdapat dalam topik pergerakan bahan merentas membran plasma dalam bentuk yang mudah dan sesuai bagi tahap pelajar tingkatan 4.

iii.

Menilai penerimaan pelajar dan guru terhadap perisian pergerakan bahan merentas membran plasma yang di bina.