International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA DI SELANGOR:SATU TINJAUAN Nurzatil Ismah binti Azizan Nazneen Ismail Sahlawati Abu Bakar Zanariah Dimon Asma’ Wardah Surtahman ABSTRAK Masalah sosial dalam kalangan remaja merupakan isu yang menjadi tanggungjawab bersama untuk diatasi. Ia memberi kesan kepada semua pihak sama ada ibu bapa, guru, kerajaan dan masyarakat. Ini kerana ia memberi banyak kesan negatif dalam pembangunan keluarga, menjejaskan tahap pendidikan, merugikan kerajaan kerana sewajarnya tenaga muda digunakan untuk pembangunan negara. Masalah sosial boleh diertikan sebagai perihal kemasyarakatan yang memerlukan penyelesaian dan ia menimbulkan kesukaran dan kesulitan. Terdapat pelbagai masalah sosial yang rata-rata melibatkan keruntuhan akhlak remaja seperti pembuangan bayi, rogol, zina, dadah dan lain-lain. Antara masalah sosial yang berada pada tahap yang membimbangkan ialah anak luar nikah. Menurut perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara pada tahun 2000 sehingga 2008, terdapat 257,000 sijil kelahiran yang didaftarkan tanpa catatan nama bapa. Ini bermakna secara purata hampir 2500 kes anak luar nikah direkodkan setiap bulan dan hampir 84 kes setiap hari. Selangor mencatatkan bilangan paling tinggi iaitu 12,836 orang bayi dengan jumlah keseluruhan di seluruh negara ialah 70,430 anak luar nikah telah didaftarkan . Ini diikuti Perak 9788, Kuala Lumpur 9439, Sabah 8435, Negeri Sembilan 4108, Sarawak 617 dan Terengganu 574 orang. Pecahan mengikut agama adalah 30,978 Islam, 18,085 Hindu, 17,236 Buddha dan Kristian 3395 orang (Khadijah Alavi, 2012). Kertas kerja ini ditulis menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dengan mengumpulkan data-data dan statistik masalah sosial remaja di Selangor. Rekabentuk kajian adalah kajian kes dengan menggunakan instrumen kajian dokumen, bahan audio visual dan pemerhatian. Hasil dapatan dianalisis dengan pendekatan deduktif. Kajian ini menemui hasil bahawa masalah sosial remaja di Selangor bertambah setiap tahun dan Selangor merupakan negeri yang paling tinggi mencatat angka masalah sosial di Malaysia. Kata Kunci: Permasalahan Sosial, Remaja, Selangor.
1
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
PENGENALAN Kajian awal terhadap bidang sosial telah dicatatkan pada tahun 2005 melalui Laporan Akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005 di mana terdapat 123 kajian mengenai pelbagai aspekgejala sosial yang berlaku di Malaysia dijalankan oleh pengkaji daripelbagai universiti bagi tempoh 2001-2005 yang boleh digolongkandalam bidang pembangunan sosial. Daripada kesemua kajian ini, 62(50.4%) adalah kajian asas/gunaan, dan hanya satu (0.8%) kajianrundingan/kontrak. Manakala kajian tesis Sarjana dan PhD adalahsebanyak 60 (48.78) (Sarjana – 48 buah dan PhD – 12 buah). (Kajian Iventori Penyelidikan: 2005, Bab 10-2). Kajian ini menfokuskan permasalahan remaja yang sering dikaitkan dengan perilaku delinkuen. Mereka ini dilabelkan sebagai golongan yang suka memberontak dan tidak mematuhi undang-undang serta terjerumus dalam kesalahan dan jenayah seperti mencuri, penyalahgunaan dadah, gangsterisma dan vandalisma. Satu kajian yang telah dijalankan ke atas 200 orang remaja untuk mengenalpasti tahap pengetahuan agama dalam kalangan mereka. Hasil kajian tersebut mendapati tahap pengetahuan majoriti (89.5 peratus) remaja berada pada tahap sederhana. Iaturut mengambarkan bahawa semakin tinggi pengetahuan agama, maka semakin rendah kecenderungan remaja untuk terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral dan menyalahi undang-undang negara (Fauziah Ibrahim et.al: 2012, 88). Disamping pengetahuan agama, elemen gejala sosial di kalangan remajakhususnya di sekolah dan di IPT berupaya ditangani menerusi pendekatan Seni Silat Cekak Malaysia. Pendekatan yang diterapkan menerusi pantang larang, sukatan pelajaran yang mantap dan secara tidak langsung menerusi pergaulan yang baik dapat menjinakkan anak-anak dan remaja yang sedang terjebak di dalam kancah gejala negatif yang merugikan anak bangsa kita. Ini kerana, menurut Abdul Majid Ismail dan Roziah Abdullah, anak-anak remaja yang mengamal aktiviti ko-kurikulum sebegini telah berjaya dilatih untuk mengelakkan salah tingkah laku sosial, bersifat penyabar, lebih berdaya tahan terhadap cabaran dan kritikan di samping membina keyakinan diri. (Abdul Majid Ismail dan Roziah Abdullah: 2003). Selain itu, pemerkasaan terhadap peranan kaunselor perlu bagi setiap sekolah. Menurut Prof. Madya Datin Dr. Sapora Sipon, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling boleh dipertingkatkan. Ia merangkumi aspek kebajikan terhadap kaunselor dan infrastruktur bilik kaunseling yang menarik. Beliau turut mencadangkan agar hubungan yang lebih erat antara kaunselor dengan ibu bapa pelajar bagi memantau perkembangan dan kemajuan pelajar (Sapora Sipon: 2002, 10). Manakala, tenaga media perlu digembelingkan untuk membentuk satu citra jati diri remaja yang menjadi matlamat negara dengan menggunakan strategi backcasting bagi mewujudkan program dan berita media secara terancang dan bersepadu menangani isu remaja. (Samsudin A Rahim: 12) Kerajaan telah menggubal pelbagai undang-undang untuk melindungi masyarakat terutama ahli muda masyarakat seperti para remaja daripada gejala sosial dan juga jenayah berkaitan dunia siber, seperti Akta Jenayah Komputer 1997, AktaTandatangan Digital 1997, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta undang-undang sedia ada yang memperuntukkan kesalahan jenayah biasa serta hukuman baginya seperti Kanun Kesiksaan, undang-undang yang memperuntukkan perlindungan kepada pengguna, Akta Perlindungan Pengguna 1998, Akta Perlindungan Data Peribadi (masih dalam penggubalan), serta Akta Telekomunikasi dan Akta Hakcipta. Menurut kertas kerja bertajuk Jenayah dan Masalah 2
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Sosial di Kalangan Remaja: Cabaran dan Realiti Dunia Siber, remaja dikaitkan dengan jenayah siber yang melibatkan pelanggaran undang-undang terhadap internet. Di Malaysia, takrifan jenayah siber adalah seperti perjudian, pornografi, dan pengiklanan seks (Mohd Dahlan A. Malek dan Ida Shafinaz Mohamed Kamil: 2010,3).
KAEDAH DAN KAWASAN KAJIAN Kaedah Kertas kerja ini ditulis menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dengan mengumpulkan data-data dan statistik masalah sosial remaja di Malaysia. Rekabentuk kajian adalah kajian kes dengan menggunakan instrumen kajian dokumen, bahan audio visual dan pemerhatian. Hasil dapatan dianalisis dengan pendekatan deduktif. Menyusun data bererti mengumpulkan maklumat dalam pola, tema dan kategori untuk memahami makna sesuatu fenomena. Interpretasi data yang digunakan adalah untuk menggambarkan perspektif atau pandangan pengkaji.
Selangor Negeri Selangor Darul Ehsan terletak di bahagian tengah pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Perak di sebelah utara, Pahang di sebelah timur dan Negeri Sembilan di sebelah selatan. Ia terletak di bahagian barat Banjaran Titiwangsa, Selangor dengan dibahagikan kepada sembilan daerah yang terdiri dari Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Gombak, Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang. (http://www.selangor.gov.my/) Selangor mempunyai bandar yang terbanyak di Malaysia, ini berikutan pembangunan pesat akibat daripada kemodenan di Lembah Klang. Bilangan penduduk di negeri ini juga, merupakan yang terbanyak di Malaysia dengan kualiti hidup yang tinggi dan kadar kemiskinan negeri yang terendah di Malaysia. Jumlah penduduk Negeri Selangor pada tahun 2010 adalah sejumlah 5,411,324 orang daripada 27,565,821 orang (Laporan Kiraan Permulaan: 2010). Peratusan mengikut kaum adalah Bumiputera sebanyak 57.1%, Cina 28.6% , India 13.5% dan lain-lain sebanyak 0.8%. Dari segi anutan pula, Islam merangkumi 57.9%, Kristian 3.8%, Buddha 24.4%, Hindu 11.6% dan lain-lain anutan 2.3%. Menurut perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara pada tahun 2000 sehingga 2008, terdapat 257,000 sijil kelahiran yang didaftarkan tanpa catatan nama bapa. Ini bermakna secara purata hampir 2500 kes anak luar nikah direkodkan setiap bulan dan hampir 84 kes setiap hari. Selangor mencatatkan bilangan paling tinggi iaitu 12,836 orang bayi. Bertitik tolak daripada statistik ini, maka kajian terhadap gejala sosial di Selangor dilakukan untuk mengenalpasti masalah sosial yang dilakukan khususnya dalam kalangan remaja.
3
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
PERMASALAHAN SOSIAL REMAJA DAN STATISTIK Remaja Remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan yang membawa seseorang daripada zaman kanak-kanak kepada zaman dewasa. Remaja mengalami perubahan-perubahan fizikal yang ketara berkaitan akil baligh dan juga perubahan-perubahan kognitif dan sosial yang penting (Azizi Hj. Yahaya: 2005, 55). Penyesuaian remaja terhadap perubahan seperti bentuk badan, kematangan seksual dan status sosial boleh berjalan lancar dan melibatkan tekanan paling minimum sekiranya orang terpenting dalam hidup remaja memberikan sokongan yang diperlukan (Azizi Hj. Yahaya: 2005, 57) . Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), remaja adalah di kalangan yang berumur 10 tahun sehingga 19 tahun. Ia berbeza dengan belia yang berumur 15 tahun sehingga 30 tahun (Kerangka dan Konsep Dasar Belia Malaysia: 2015, 54). Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka, akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut (http://www.islam.gov.my/).Remaja harus juga dilihat sebagai satu proses sosial yang membabitkan institusi keluarga, persekolahan, perkerjaan, dan tidak kurang penting adalah media. Perlakuan remaja bukan sahaja dipengaruhi oleh aspek objektif institusi sosialisasinya, tetapi juga oleh aspek subjektif bagaimana ia mentafsirkan keadaan disekelilingnya. (Samsudin A Rahim: 3). Konsep Permasalahan Sosial Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Eitzen menggariskan beberapa aspek berkenaan permasalahan sosial. Ia berlaku akibat keadaan sosial yang mengakibatkan penderitaan bagi sebilangan populasi. Dalam masa yang sama juga proses pembangunan potensi diri terbantut akibat fenomena ini. (D. Stanley Eitzen: 2014). Masalah sosial boleh diertikan sebagai perihal kemasyarakatan yang memerlukan penyelesaian dan ia menimbulkan kesukaran dan kesulitan. Terdapat pelbagai masalah sosial yang rata-rata melibatkan keruntuhan akhlak remaja seperti pembuangan bayi, rogol, zina, dadah dan lain-lain. Kurangnya pendidikan agama dan moral menyebabkan berlaku jenayah, termasuk jenayah rogol yang mengancam kehormatan dan hak wanita.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan berzina seorang penzina kalau dia dalam keadaan beriman. Tidak akan mencuri seorang pencuri kalau dia dalam keadaan beriman. Tidak akan minum khamar pula jika dia dalam keadaan beriman.” (Riwayat Bukhari). Statistik Statistik adalah satu seni dan sains untuk mengumpul, memproses, menganalisis, menginterpretasi dan mempersembahkan data untuk tujuan membantu di dalam membuat keputusan yang lebih berkesan. Statistik juga adalah kumpulan data yang oleh memberikan gambaran tentang sesuatu keadaan. 4
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Pada kebiasaannya, statistik dikeluarkan oleh organisasi-organisasi tertentu bagi memaparkan data samada pemberitahuan atau bertujuan bagi perbandingan terhadap sesuatu perkara. Oleh yang demikian, statistik bagi kes-kes jenayah mahupun gejala sosial seringkali dikeluarkan oleh pihak berwajib seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM). Berdasarkan kes-kes jenayah sosial yang berlaku di negara, pada tahun 2005 menggambarkan bahawa golongan pelajar dan remaja di Selangor, Pulau Pinang dan Terengganu paling ramai terlibat dalam kes jenayah bagi tempoh enam bulan pertama. Jenis kesalahan paling banyak dilakukan oleh pelajar dan remaja adalah jenayah harta benda terutama pecah rumah iaitu, 1,263 kes dan jenayah kekerasan termasuk membunuh, cubaan membunuh dan mencederakan orang lain (Utusan Malaysia:2010).
Berdasarkan statistik kes juvana dari tahun 2006 sehingga 2010, Selangor mencatatkan kes tertinggi bagi dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2006 dan 2007. Walaupun berlaku penurunan kes pada tahun berikutnya, langkah pencegahan perlu sentiasa dilakukan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 7,816 kes dicatatkan pada tahun 2013 berbanding hanya 3,700 kes pada 2012 iaitu melibatkan peningkatan sebanyak 4,116 kes. (Kosmo: 2 Oktober 2014, Berita Harian: 4 Mei 2014). Kadar peningkatan krisis akhlak dan moral golongan remaja di negara ini semakin menggerunkan apabila statistik menunjukkan jumlah kes jenayah membabitkan pesalah juvana meningkat sebanyak 111 peratus dalam tempoh setahun. (Kosmo: 2 Oktober 2014) Lebih memburukkan keadaan, penglibatan pelajar sekolah dalam aktiviti jenayah juga meningkat sebanyak 57 peratus apabila 1,632 kes dicatatkan pada tahun lalu berbanding dengan 1,042 kes pada tahun 2012. (Kosmo: 2 Oktober 2014, Berita Harian: 4 Mei 2014). 5
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Malah, angka kegiatan jenayah berat golongan remaja sudah tamat persekolahan pula mencatatkan peningkatan ketara sehingga 137 peratus kepada 2,011 kes berbanding hanya 849 kes tahun sebelumnya. (Kosmo: 2 Oktober 2014, Berita Harian: 4 Mei 2014). Kegiatan yang sama melibatkan remaja bawah umur yang berumur antara 12 hingga 17 tahun juga meningkat kira-kira 47 peratus di seluruh negara dan ada daripada mereka terlibat dengan kes bunuh dan juga rogol. (Kosmo: 2 Oktober 2014). Kes jenayah berat atau ganas di kalangan mereka yang berada pada usia persekolahan juga meningkat – 542 kes pada 2012 berbanding 368 kes tahun sebelumnya.(Berita Harian: 4 Mei 2014, Harian Metro: 4 Oktober 2014). Bagi remaja yang bukan berada pada usia persekolahan pula angka jenayah berat meningkat 137 peratus menjadi 2,011 kes pada tahun 2013 berbanding 849 kes tahun sebelumnya. Ada di antara mereka yang terbabit dalam kes bunuh dan rogol. (Berita Harian: 4 Mei 2014)
Menurut Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, SAC Hassanuddin Hassan, statistik gejala sosial dalam kalangan remaja di Selangor pada tahun 2012 menyaksikan 795 kes dicatatkan membabitkan jenayah kekerasan dan harta benda seperti bunuh, rompak, samun dan rogol. Manakala, pada tahun 2011, sebanyak 1,811 kes direkodkan dengan tangkapan 2,361 orang. Walaupun berlaku penurunan, isu ini perlu diambil peduli oleh masyarakat. (Kosmo: 19 Jun 2013)
Jenis-jenis Masalah Sosial a) Ponteng dan lepak di kafe siber (Iran Herman dan Saadah Yahya :2004). Ponteng bermaksud tipu atau lari daripada tugas dan tanggungjawab (Kamus Dewan: 2005, 1225). Manakala lepak pula adalah amalan negatif di kalangan masyarakat seperti di kalangan remaja yang menghabiskan masa tanpa melakukan kegiatan yang berfaedah (Kamus Dewan: 2005, 926). Kedua-dua istilah ini sering dikaitkan dengan masalah sosial remaja yang masih bersekolah. Adakalanya mereka tanpa segan silu melakukan perkara ini dengan beruniform sekolah. Kes ponteng sekolah sering didedahkan oleh akhbar termasuklah kes yang berlaku pada bulan April 2012 di Rawang dimana 27 pelajar sekolah menengah ditangkap dalam Ops Ponteng. Mereka ditangkap ketika leka bermain permainan video dan melayari laman sosial di pusat siber (Sinar Harian: 10 April 2012).
b) Lari dari rumah Statistik 2010 yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kes remaja lari dari rumah meningkat dengan angka mencatatkan sebanyak 4,097 remaja yang membabitkan seawal usia 13 hingga 17 tahun. Berdasarkan statistik Jabatan Pengurusan, Cawangan Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, secara kiraan rawak, dua daripada tiga laporan kes orang hilang membabitkan wanita. Selain itu, remaja berumur 14 hingga 17 tahun adalah golongan yang paling banyak dilaporkan hilang di negara ini. Remaja perempuan kaum Melayu pula mencatatkan statistik tertinggi hilang berbanding kaum lain, tetapi kelompok itu juga tersenarai dalam kadar tertinggi mangsa yang mudah dijumpai semula. 6
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Salah satu kes yang dilaporkan adalah remaja berusia 17 tahun lari dari rumah dipercayai mengikut teman lelaki warga Pakistan di Banting, Selangor. Peristiwa yang berlaku pada 14 Febuari 2012 ini adalah dibawah jagaan ibu saudaranya setelah kematian ibunya (Sinar Harian: 22 Februari 2012). Faktor lain yang menyebabkan remaja lari dari rumah menurut Prof. Mohd Fadzil, Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM) berdasarkan kajian yang dijalankan pada 2010 ialah dihalau keluar rumah selepas melakukan kesalahan, rasa ingin bebas daripada kongkongan, perselisihan keluarga dan pengaruh rakan sebaya (http://www.mstar.com.my/: 28 Mac 2012). Berdasarkan statistik Jabatan Pengurusan, Cawangan Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, secara kiraan rawak, dua daripada tiga laporan kes orang hilang membabitkan wanita. (Harian Metro: 11 Mac 2015) Pensyarah Psikologi dan Pembangunan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nazirah Hassan berkata, negara kini berada di dalam perubahan ke arah kemajuan yang membawa arus hedonisme (fahaman bahawa keseronokan adalah matlamat utama dalam hidup), sekali gus memberi impak negatif kepada masyarakat khususnya remaja. Berdasarkan statistik Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam PDRM, daripada 25,243 orang dilaporkan hilang antara 2003 hingga 2008, seramai 3,957 atau hampir 16 peratus membabitkan kes mengikut kekasih. Paling menarik, 99.9 peratus orang hilang demi cinta buta ialah perempuan, namun ada juga lelaki yang lari dari rumah kerana mengikut kekasih. Kesemua kes membabitkan Bumiputera bukan Islam. Menurut jurucakap jabatan tersebut bahawa Tahun 2007 saja, seramai 868 daripada 5,355 kes orang hilang kerana faktor itu, angka tertinggi dalam tempoh lima tahun sebelumnya. Pada 2003, kes lari kerana cinta mencatat peratusan terendah iaitu 14.1 peratus atau 698 daripada keseluruhan 4,939 kes. Faktor kedua yang mendorong kes orang hilang ialah pengaruh kawan sebaya, diikuti perselisihan faham dengan keluarga terutama ibu bapa. Seramai 3,741 kes orang hilang dalam tempoh lima tahun itu akibat pengaruh rakan sebaya dan 69.4 peratus atau 2,598 orang adalah wanita.( Harian Metro: 26 April 2014).
c) Merokok Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), merokok adalah satu aktiviti ketagihan. Ia secara tidak langsung boleh menyebabkan perokok terbabit terlibat dengan dadah (Ahmad Redzuwan Mohd Yunus :2003, 110). Mengikut statistik di Malaysia, seramai 40 hingga 50 perokok baru dicatatkan setiap hari. Dianggarkan, terdapat 4.7 juta orang merokok pada 2011 dan jumlah itu meningkat daripada 3.1 juta orang pada 2007. Sementara itu, kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2010 turut merekodkan tabiat merokok menyebabkan kematian kira-kira 18,000 orang setahun. Lebih 23.7 bilion rokok dihisap dalam tempoh setahun dan jumlah ini meningkat dalam kadar tinggi daripada 18 bilion batang pada 1998. Sebilangan besar perokok juga dikesan mula berjinak dengan tabiat ini sejak remaja. Purata umur mula merokok ialah 19 tahun. Pada 1985, 9.8 peratus remaja didapati merokok dan kadar itu meningkat kepada 18 peratus pada 2000. Hasil kajian mendapati matlamat iklan rokok hampir semuanya ditujukan kepada remaja untuk dapatkan pelapis perokok baru. Setiap remaja yang mula merokok berkemungkinan akan merokok purata selama 30 tahun akan datang.Mengikut statistik yang diperoleh di The Tobacco Atlas, 36.3 peratus remaja lelaki dan 4.2 peratus remaja perempuan Malaysia yang berusia antara 13 hingga 15 tahun merokok. (Harian Metro: 11 Mac 2015) 7
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
d) Mencuri Difahamkan, kes kecurian motosikal disenarai sebagai bilangan kes tertinggi iaitu 858 kes dalam tempoh seminggu. Diikuti mencuri (409) dan kes pecah rumah (405). Samun berkumpulan tanpa bersenjata sebanyak 300 kes dan mencuri kereta direkodkan 257 kes. (Harian Metro: 4 Oktober 2014). Kejadian mencuri melibatkan remaja pernah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia di Masjid Seksyen 7, Shah Alam. Ia berlaku ketika jemaah sedang solat dan remaja lelaki terbabit mengambil tas tangan milik salah seorang jemaah (Utusan Malaysia: 11 Februari 2015).
e) Pengambilan dadah Dadah merupakan sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani, rohani serta tingkah laku pengguna yang mengakibatkan ketagihan (Ahmad Redzuwan Mohd Yunus :2003 , 52).Berikut adalah statistik dadah 2010 (Maklumat Dadah 2010: Agensi Antidadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri)
Berdasarkan statistik di atas, Selangor merupakan negeri kedua tertinggi melibatkan penyalahgunaan dadah pada tahun 2010 iaitu sebanyak 3548 kes daripada 23642 kes. Daripada jumlah tersebut, golongan remaja yang dikesan terbabit sebagai penagih bagi seluruh negara adalah sebanyak 2138 orang.
8
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Berdasarkan statistik penagih dadah dari tahun 2006 sehingga 2010, Selangor mencatatkan penurunan kes bermula tahun 2006 sehingga tahun 2008. Walaupun demikian, kes tersebut melonjak ke angka 3548 kes pada tahun 2010. Selangor menduduki tempat ketiga berdasarkan purata bagi lima tahun kes dengan mencatatkan 9833 kes bagi setahun. Manakala bagi tempoh lima tahun tersebut, purata penagih remaja berjumlah 5579 penagih.
9
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Pemaparan dalam akhbar berkenaan kesalahan sosial remaja membabitkan penyalahgunaan dadah di Selangor baru-baru ini melibatkan tiga remaja di Ampang. Ketika di tahan, ketiga-tiga remaja yang berusia 15 tahun tersebut masih khayal (Sinar Harian: 7 Mei 2015) .
f) Zina dan anak luar nikah Masalah lepak juga menjadi pemangkin kepada suburnya pelbagai penyakit sosial yang kita hadapi sekarang di merata tempat dari bandar-bandar besar ke kawasan kampung dan Felda. Statistik memperlihatkan jumlah golongan muda yang terjebak dalam kancah sosial dari tahun ke tahun meningkat seperti kes buang bayi (1.13 peratus), menonton bahan lucah (40 peratus), judi 16 peratus, merokok 70 peratus, penyalahgunaan dadah 14 peratus, minuman keras 25 peratus dan seks bebas peratus (Utusan Malaysia, 23 Julai 2003). Kadar aktiviti seksual dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun di negara ini sepanjang dua dekad lalu meningkat daripada 0.9 pada 1994 kepada 8.3 peratus pada 2012. Statistik itu diperoleh daripada kaji selidik Global Kesihatan Pelajar Sekolah (GSHS) serta Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berkaitan kelakuan sumbang dilakukan remaja sebelum nikah bermula 1994 hingga 2012. Sementara itu, data direkod daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bermula 2005 hingga 2011 juga menunjukkan Malaysia menduduki tempat keempat daripada 10 negara berkaitan kehamilan remaja berusia antara 15 hingga 19 tahun. (Harian Metro: 11 Mac 2015). Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mencatatkan 81,000 anak luar nikah didaftarkan sehingga 2011. Manakala kajian penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) pula mendapati 300 remaja Melayu berusia 13 hingga 25 tahun terbabit dengan salah laku seksual dan seks bebas.Dinyatakan, 85 peratus daripada mereka yang melakukan 10
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
perbuatan itu langsung tidak menyesal, malu atau takut malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan. Statistik Polis Diraja Malaysia pula mencatatkan kes pembuangan bayi yang dilaporkan antara 2000 sehingga 2006 ialah 580 orang, majoriti sebanyak 92 peratus adalah bayi baru dilahirkan, manakala lapan peratus adalah janin. Di Lembah Klang saja hasil laporan Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2007 mendedahkan seorang bayi dibuang setiap 10 hari (Harian Metro: 11 Mac 2015).Jumlah kelahiran anak tidak sah taraf iaitu bayi hasil hubungan luar nikah, menunjukkan pola meningkat antara 2006 hingga 2010 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 234,647 didaftarkan dalam tempoh itu daripada lebih dua juta kelahiran didaftarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). (Berita Harian: 21 Mac 2011). Bilangan anak luar nikah atau anak tidak sah taraf bagi tahun 2008 sehingga 2010 berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ialah seramai 152,182 orang. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie berkata, selain itu statistik turut menunjukkan Sabah merupakan negeri paling tinggi mencatatkan kelahiran anak luar nikah iaitu 41,490 orang diikuti Selangor (18,983 orang), Sarawak (17,570 orang), Johor (16,298 orang) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095 orang). (Utusan Malaysia: 16 November 2011).
ANALISIS DAN PERBINCANGAN HASIL KAJIAN Kajian ini menemui hasil bahawa masalah sosial remaja di Selangor bertambah setiap tahun dan Selangor merupakan antara negeri yang paling tinggi mencatat angka masalah sosial di Malaysia. Melalui analisis statistik yang diperolehi melalui laporan-laporan akhbar tempatan dan data-data yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang berkenaan, kadar jenayah (sosial) yang melibatkan remaja dirumuskan dari tahun 2005 sehingga 2013. Bermula pada tahun 2005, Selangor merupakan antara tiga negeri yang berada di kedudukan teratas kes sosial remaja. Ini diikuti pada tahun 2006 yang meletakkan Selangor di kedudukan pertama dengan mencatatkan kes juvana sebanyak 911 kes daripada sejumlah 5955 kes dan terus meningkat untuk tahun berikutnya iaitu 2007 dengan kedudukan teratas iaitu sebanyak 1114 kes daripada 6763 kes. Manakala pada tahun 2008 dan 2009, walaupun kes jenayah yang dilaporkan menurun, tetapi negeri Selangor tetap berada di kedudukan kedua tertinggi. Hanya pada tahun 2010, kes yang dicatatkan berkurangan secara mendadak iaitu sebanyak 138 kes berbanding jumlah keseluruhan kes iaitu 3484 kes. Peningkatan masalah sosial remaja berlaku pada tahun 2013 sebanyak 111 peratus.
11
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Jadual di bawah menunjukkan bilangan kes sosial remaja yang dicatatkan bagi tahun 2006 sehingga 2013. TAHUN
KES Juvana Juvana Juvana Juvana Juvana
BILANGAN KES DI SELANGOR (Remaja) 911 1 114 736 562 138
JUMLAH SELURUH NEGARA 5 955 6 763 5 562 3 862 3 484
2006 2007 2008 2009 2010
Dadah Juvana Juvana Juvana
(tiada maklumat) 1 811 795 (tiada maklumat)
2 138 (tiada maklumat) 3 700 7186
2011 2012 2013
Permasalahan sosial dikalangan remaja berlaku disebabkan beberapa faktor iaitu kemiskinan, kongkongan dan perselisihan keluarga, kurang pendidikan agama dan moral, masalah psikologi (Psychological suffering), media massa dan internet serta pengaruh rakan sebaya. Kesan terhadap permasalahan sosial remaja mengakibatkan kes pembuangan bayi, keciciran dalam pembelajaran, kerencatan dalam hubungan kemasyarakatan, keruntuhan institusi kekeluargaan, pembangunan negara terencat/ terbantut dan keruntuhan akhlak pada masyarakat.
CADANGAN Untuk menangani fenomena dan tingkahlaku yang negatif yang berkait dengan golongan remaja, beberapa cadangan berikut perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak tertentu. 1. Penekanan utama di institusi pengajian sama ada pengajian rendah, menengah atau institusi pengajian tinggi adalah pembentukan akhlak. 2. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting mengawal tingkah laku anak. 3. Pihak sekolah perlu menyediakan program dan aktiviti ko kurikulum yang boleh menarik pelajar untuk datang ke sekolah seperti program motivasi, lawatan sambil belajar, kelas komputer dan tuisyen, kembara dan sebagainya. 4. Masyarakat setempat perlu peka dan prihatin terhadap kegiatan yang dijalankan oleh golongan remaja dan berusaha sama-sama mencegah tingkah laku yang kurang sihat.
KESIMPULAN Paparan terhadap permasalahan remaja yang dibentangkan ini mengingatkan kita akan rasa tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan oleh semua anggota masyarakat dalam membantu mengatasi masalah masyarakat yang semakin tenat. Banyak kajian yang dibentangkan dan jelas membuktikan bahawa persekitaran banyak mencorakkan tingkah laku dan manusia khususnya golongan muda. Walaupun demikian, kesalahan jenayah di Selangor tidak boleh 12
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
ditunding jari kepada pihak-pihak tertentu sahaja, semua pihak harus mengambil tanggungjawab bagi mengatasi masalah ini.
RUJUKAN
Johan Jaafar (2014). Peningkatan Kes Jenayah Juvana Membimbangkan. Berita Harian, 4 Mei 2014.
Maklumat Dadah 2010: Agensi Antidadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri.
Johari Ibrahim (2011). Anak Tak Sah Taraf Cecah 234,647. Berita Harian: 21 Mac 2011.
Anggota Kor Kadet Polis di Sekolah Dicadang Sertai Kelab Pencegahan Jenayah. Kosmo, 19 Jun 2013.
152182 orang anak luar nikah 2008-2010. Utusan Malaysia: 16 November 2011.
Rosmah Dain (2003). Usia muda cabaran paling hebat. Utusan Malaysia, 23 Julai 2003.
Shuhada Mansor (2014). Bodoh Kerana Cinta. Harian Metro, 26 April 2014.
Shuhada Mansor (2015). Statistik Moral Remaja Kita. Harian Metro, 11 Mac 2015.
Shuhada Mansor (2014). Kes Jenayah Budak Sekolah. Harian Metro, 4 Oktober 2014.
Tiga Remaja Diberkas Hisap Syabu, Gam. Sinar Harian, 7 Mei 2015.
Remaja Lari Ikut Kekasih. Sinar Harian, 22 Februari 2012.
Pelajar Ponteng Sekolah, Lepak di Pusat Siber. Sinar Harian, 10 April 2012.
Remaja Mencuri Ketika Jemaah Solat Subuh. Utusan Malaysia, 11 Februari 2015. 13
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
http://www.mstar.com.my/ (28 Mac 2012) Tekanan Keluarga dan Pernah Dihalau Faktor Remaja Lari Dari Rumah-Kajian.
Iran Herman dan Saadah Yahya(2004) Lepak Di Kafe Siber. Dlm. Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi.
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (2003) Gejala Sosial Dalam Masyarakat Islam: Punca dan Penyelesaian. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.
Ikhwan Hazwan Hamidun dan Mahfuz Mohamad (2014). Jenayah Remaja Membimbangkan. Kosmo, 2 Oktober 2014.
http://www.selangor.gov.my/
Eitzen, D. Stanley, et.al (2014). Social Problems, ed. 13. Pearson.
Dasar Belia Malaysia (2015). Kementerian Belia dan Sukan.
Dr Fatimah Yusuf. Gejala Sosial Remaja. http://www.islam.gov.my/
Azizi Hj. Yahaya, et. Al (2005). Psikologi Sosial Alam Remaja. PTS Professional Publishing.
Azyyati Mohd Nizam et.al (2013). Ciri-ciri Remaja Berisiko: Kajian Literatur dlm. Islamiyyat 35(1), h. 111-119.
Fauziah Ibrahim et.al (2012). Memperkasakan Pengetahuan Agama Dalam Kalangan Remaja Bermasalah Tingkah Laku: Ke Arah Pembentukan Akhlak Remaja Sejahtera dalam Journal of Social Sciences and Humanities, vol. 7 (1), April 2012.
Sapora Sipon (2002). Gejala Sosial DiKalangan Pelajar dan Keperluan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dlm. Seminar Halatuju Kaunseling di Malaysia, 17-18 Jun 2002, Anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
14
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Abdul Majid Ismail dan Roziah Abdullah (2003), Gejala Sosial di Sekolah Sebagai Kesan Sampingan Pembangunan dan Cara Mengatasi: Pengalaman Pengamal Ilmu Bela Diri dlm. Prosiding Persidangan Kebangsaan, Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, U.K.M, 12-13 September 2003. Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005”, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Laporan Kiraan Permulaan. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010. Jabatan Perangkaan Malaysia.
Mohd Dahlan A. Malek dan Ida Shafinaz Mohamed Kamil (2010), Jenayah dan Masalah Sosial di Kalangan Remaja: Cabaran dan Realiti Dunia Siber dlm. Program Jenayah Cyber dan Isu Pemerdagangan manusia di Malaysia, 26 Aug 2010, Resital Hall, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.
Samsudin A Rahim. Media dan Konstruk Sosial: Implikasi Terhadap Isu Sosial Remaja dlm. http://www.ippbm.gov.my/jdownloads/kertaskerja/
15