7 Arca- Arca Binaan Meningkatkan pengetahuan mengenai pelbagai teknik dan media dalam membentuk dan membuat binaan melalui tatacara mereka bentuk arca
unsur garisan: i. Garisan lurus ... 2.1 Menghasilkan corak tidak terancang ... 3.1.1 Menghasilkan binaan secara bebas
membuat binaan Tajuk: Arca dari bahan kutipan Aras 1 Memperlihatkan jenis-jenis binaan 3D seperti pasu, kerusi dan lain-lain 2.mempelbagaikan Aras 2 Memilih bahan yang
arca asemblaj binaan 46. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR TAHUN 6 Bil. Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran iii
Garisan dan corak. b. Garisan untuk menimbulkan bentuk. c. Garisan dan ruang Aras 3 i. Mencipta pergerakan ilusi dengan garisan ... Membuat corak bebas 8
• mempunyai sempadan yang bebas • garisan luar tidak terbatas ... atau corak yang sesuai dapat menimbulkan perasaan selesa . 2.kontra
elemen wajah boneka pun semakin lengkap. Ada yang ditambah bulu ... pasti memiliki cerita di balik dunia boneka yang memiliki sejarah yang ... dan sepak bola
Download Kata kunci: multikultural, plural, pendidikan seni. PENDAHULUAN. Sejak awal reformasi (1998) bergulir berbagai bentuk kerusuhan sering terjadi di negeri ...
Download Keywords : Creative Art Education. Abstrak: Konsep pendidikan seni di Sekolah Dasar diarahkan pada pembentukan sikap, ... akan kreativitas bagi anak tidak hanya bagi kehidupan seninya saja tetapi juga dalam kehidupannya sehari-hari, kr
Download Kata kunci: multikultural, plural, pendidikan seni. PENDAHULUAN. Sejak awal reformasi (1998) bergulir berbagai bentuk kerusuhan sering terjadi di negeri ...
Download kreativitasnya maka pendidikan seni merupakan salah satu cara yang tepat untuk digunakan. Pada usia SD anak masih memiliki kejujuran dan kepolosan dalam berekspresi dan mengembangkan kreativitasnya. Oleh karena itu, pendidikan seni bai
Download Abstrak: Konsep pendidikan seni di Sekolah Dasar diarahkan pada pembentukan sikap, ... 2 Jurnal Pendidikan dan Kajian Seni, Vol.1, No.1, April 2016 : 1-15.
Download Abstrak: Konsep pendidikan seni di Sekolah Dasar diarahkan pada ... seni rupa, seni music, seni tari maupun drama seharusnya dapat menjadi wadah atau.
Download Abstrak: Konsep pendidikan seni di Sekolah Dasar diarahkan pada ... seni rupa, seni music, seni tari maupun drama seharusnya dapat menjadi wadah atau.
Download Keywords : Creative Art Education. Abstrak: Konsep pendidikan seni di Sekolah Dasar diarahkan pada pembentukan sikap, ... akan kreativitas bagi anak tidak hanya bagi kehidupan seninya saja tetapi juga dalam kehidupannya sehari-hari, kr
1.3 Konsep Latar Belakang dan Kepentingan Seni Dalam Pendidikan ... menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta
Download kreativitasnya maka pendidikan seni merupakan salah satu cara yang tepat untuk digunakan. Pada usia SD anak masih memiliki kejujuran dan kepolosan dalam berekspresi dan mengembangkan kreativitasnya. Oleh karena itu, pendidikan seni bai
Download seni rupa, seni music, seni tari maupun drama seharusnya dapat menjadi wadah atau ... 2 Jurnal Pendidikan dan Kajian Seni, Vol.1, No.1, April 2016 : 1-15.
Download Abstrak: Konsep pendidikan seni di Sekolah Dasar diarahkan pada ... seni rupa, seni music, seni tari maupun drama seharusnya dapat menjadi wadah atau.
Download Keywords : Creative Art Education. Abstrak: Konsep pendidikan seni di Sekolah Dasar diarahkan pada pembentukan sikap, ... akan kreativitas bagi anak tidak hanya bagi kehidupan seninya saja tetapi juga dalam kehidupannya sehari-hari, kr
KONSEP SENI KONSEP PENDIDIKAN SENI APRESIASI SENI Seni sebagai keindahan Anak diberi pengalaman tentang keindahan Seni Sebagai Hiburan Anak diberi pengalaman
Download lebih cerah sehingga mempermudah dalam mengkomposisikan foto. Selain kamera, pemilihan lensa menjadi salah satu faktor penting. Dengan menggunakan lensa makro yang tepat, akan memberikan banyak keuntungan dan kemudahan dalam proses pen
Download http://journal.upgris.ac.id/index.php/malihpeddas. PENERAPAN METODE PEMBELAJARAN DEMOSTRASI PADA. PENDIDIKAN SENI RUPA DI SEKOLAH DASAR. Rofian. PGSD, FIP, Universitas PGRI Semarang email: [email protected] .id. Abstrak. Metode demonstra
Download MUDRA Jurnal Seni Budaya. Kontribusi Seni Tari Nusantara dalam Membangun Pendidikan Multikultur. Ni Luh Sustiawati. Jurusan Seni Tari, Fakultas Seni ...
TERHAD
1
2611/3
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012
2611/3
PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari – Julai
1.
Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9.
2.
Calon diwajibkan melaksanakan satu tugasan sahaja.
3.
Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek yang ditetapkan.
Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
2.
Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan Februari hingga bulan Julai.
3.
Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer.
4.
Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.
5.
Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kurang 28 cm × 38 cm.
6.
Calon hendaklah mendapat bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.
7.
Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.
8.
Calon mestilah memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapat gred Cemerlang dan Baik. Gred cemerlang dan baik akan dicatatkan dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat di dalam sijil.
9.
Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga helai sahaja.
10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian. 11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya. 12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon digalakkan menjilid hasil kajian. 13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.
SITUASI Sebuah syarikat kasut memerlukan reka corak kasut kanvas bagi keluarannya untuk pasaran tempatan. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka corak sepasang kasut kanvas yang bertemakan hidupan marin. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi: 1.
Koleksi gambar pelbagai jenis kasut kanvas.
2.
Koleksi gambar hidupan laut sebagai sumber ilham.
3.
Lakaran reka bentuk kasut kanvas.
4.
Lukisan realistik hidupan marin yang dipilih.
5.
Lakaran olahan idea untuk menghasilkan reka corak hidupan marin.
6.
Lakaran reka letak reka corak yang dipilih.
7.
Kajian warna pada reka letak.
8.
Lukisan dari tiga sudut pandangan berbeza.
9.
Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
SITUASI Sebuah syarikat hiasan dalaman akan melancarkan satu pakej promosi untuk ruang bilik bayi. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah model ruang bilik bayi yang dilengkapi dengan peralatan bayi yang sesuai. Ruang tersebut perlu menekankan aspek keselamatan dan keselesaan kepada bayi. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi: 1.
Koleksi gambar pelbagai jenis ruang bilik bayi.
2.
Koleksi gambar pelbagai jenis perabot dan peralatan bayi yang sesuai.
3.
Koleksi gambar pelbagai alat permainan bayi.
4.
Lakaran pelan lantai ruang bilik bayi yang sesuai mengikut skala.
5.
Kajian warna ruang bilik.
6.
Lakaran dan olahan perabot serta kelengkapan peralatan bayi yang dipilih.
7.
Lakaran susun atur reka letak perabot dan kelengkapan bayi yang dipilih.
8.
Lukisan perspektif model dari tiga sudut pandangan yang menarik.
9.
Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
SITUASI Sebuah syarikat pengeluar alatan seni memerlukan reka bentuk bekas alatan melukis yang mudah dibawa. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model bekas alatan melukis yang memudahkan pelajar untuk menggunakannya ketika di dalam atau di luar kelas. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi: 1.
Koleksi gambar pelbagai jenis bekas alatan melukis.
2.
Lakaran dan olahan reka bentuk bekas alatan melukis.
3.
Lakaran susun atur alatan lukisan di dalam bekas cadangan.
4.
Kajian warna pada reka bentuk yang dipilih.
5.
Lukisan dari tiga sudut pandangan berbeza.
6.
Lukisan perspektif dari sudut yang menarik.
7.
Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
8.
Lukisan perincian reka bentuk yang dihasilkan.
9.
Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
10. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
SITUASI Seorang pengusaha kraf tradisional ingin menghasilkan beg membeli belah untuk mengurangkan penggunaan plastik dan menyelamatkan alam sekitar. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu beg membeli belah yang bercorak batik dan menggunakan teknik ikat celup. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi: 1.
Koleksi pelbagai jenis beg membeli belah.
2.
Koleksi pelbagai jenis produk yang menggunakan kaedah ikat dan celup.
3.
Lakaran reka bentuk beg membeli belah.
4.
Kajian teknik ikat dan celup.
5.
Kajian warna ikat dan celup.
6.
Lakaran reka letak ikat celup yang bersesuaian dengan reka bentuk.
7.
Lukisan tiga dimensi reka bentuk yang dipilih dalam dua sudut pandangan yang berbeza.
8.
Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
9.
Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
10. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
SITUASI Persatuan Alam Sekitar mengadakan satu pertandingan membuat arca bagi diletakkan di taman arca persatuan tersebut. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan arca binaan yang bertemakan pertumbuhan. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi: 1.
Koleksi gambar pelbagai arca binaan.
2.
Koleksi gambar pelbagai alam semula jadi sebagai sumber ilham.
3.
Lukisan realistik beberapa motif yang dipilih.
4.
Lakaran dan olahan motif yang dipilih.
5.
Lakaran reka bentuk binaan.
6.
Kajian warna pada reka bentuk arca yang dipilih.
7.
Lukisan tiga dimensi arca yang dipilih.
8.
Lukisan perspektif hasil arca sebenar dari tiga sudut pandangan berbeza.
9.
Lukisan persembahan dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
SITUASI Sebuah syarikat pengeluar perabot moden bercadang untuk menghasilkan kerusi rekaan terbaru untuk kanak-kanak. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model kerusi kanak-kanak yang bertemakan fauna. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi: 1.
Koleksi gambar pelbagai jenis kerusi kanak-kanak.
2.
Koleksi gambar pelbagai jenis fauna sebagai sumber ilham.
3.
Lukisan realistik fauna yang dipilih.
4.
Lakaran olahan motif berdasarkan sumber ilham.
5.
Lakaran reka bentuk kerusi kanak-kanak.
6.
Lakaran gabungan reka bentuk kerusi kanak-kanak dan olahan motif yang dipilih.
7.
Kajian warna pada reka bentuk yang dipilih.
8.
Lukisan tiga dimensi dari dua sudut pandangan yang berbeza.
9.
Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
SITUASI Syarikat Seri Rawa Kraf adalah sebuah syarikat yang mengusahakan kraf batik. Syarikat ini ingin mempromosikan produk batik keluarannya. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan iklan transit bagi mempromosikan kraf batik keluaran syarikat tersebut. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi: 1.
Koleksi pelbagai iklan transit sebagai sumber ilham.
2.
Koleksi pelbagai jenis barangan kraf batik sebagai sumber ilham.
3.
Koleksi muka taip sebagai sumber ilham.
4.
Lakaran olahan idea muka taip.
5.
Lakaran olahan idea kraf batik.
6.
Reka letak muka taip dan kraf batik pada badan kenderaan.
7.
Kajian warna pada reka letak pilihan.
8.
Lukisan perspektif iklan transit pada badan kenderaan yang dipilih.
9.
Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
SITUASI Sebuah resort baru di Taman Negara Pahang ingin menghias dinding setiap biliknya dengan karya cetakan yang bersesuaian. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan cetakan timbulan yang bertemakan flora dan fauna di Malaysia yang hampir pupus. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi: 1.
Koleksi gambar pelbagai cetakan timbulan.
2.
Koleksi gambar flora dan fauna Malaysia yang hampir pupus.
3.
Lukisan realistik flora dan fauna yang dipilih.
4.
Lakaran olahan berdasarkan sumber ilham.
5.
Lakaran reka letak motif atau ilustrasi.
6.
Kajian warna.
7.
Lukisan sebenar cetakan.
8.
Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.
9.
Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
10. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan. 11. Lampiran minimum tiga edisi cetakan mengikut urutan.
SITUASI Nenek anda seorang pengumpul barang perhiasan antik. Beliau memerlukan sebuah bekas untuk menyimpan barang perhiasan tersebut supaya tidak rosak. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah kotak serba guna yang mempunyai hiasan ukiran yang bertemakan flora yang menjalar. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi: 1.
Koleksi gambar pelbagai jenis ukiran kayu.
2.
Koleksi gambar pelbagai reka bentuk kotak serba guna.
3.
Lakaran reka bentuk kotak serba guna.
4.
Koleksi gambar flora menjalar sebagai sumber ilham.
5.
Lukisan realistik flora menjalar yang dipilih.
6.
Lakaran olahan idea motif flora.
7.
Reka letak motif pada kotak serba guna.
8.
Lukisan tiga dimensi kotak serba guna dalam dua sudut pandangan berbeza.
9.
Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.