Apakah itu keindahan dalam seni visual?

• mempunyai sempadan yang bebas • garisan luar tidak terbatas ... atau corak yang sesuai dapat menimbulkan perasaan selesa . 2.kontra...

56 downloads 633 Views 784KB Size
Apakah itu keindahan dalam seni visual? Aspek keindahan dalam sesebuah karya:1. hal benda-menjadi sumber idea utama penghasilan karya 2. komposisi-merupakan susun atur unsur seni reka dan prinsip rekaan dalam penghasilan sesebuah karya serta penggunaan media dan teknik yang bersesuaian 3. kandungan-punyai tema(subjek dan dasar karya) , makna(erti sesuatu karya di buat , fungsi( kegunaan atau tujuan karya seni dilakukan) Apa itu seni visual?? Visual bermaksud nampak atau tampak dengan menggunakan deria mata Hasil seni visual perlu mempunyai kombinasi unsur seni dan prinsip rekaan Ps: beri lebih penekanan dengan unsur seni dan prinsip rekaan

Unsur seni Unsur seni merupakan elemen-elemen bahasa seni visual. Unsure seni merupakan aspek penting dalam penciptaan dan pemahaman karya seni visual. Pemahaman secara teori dan praktikal yang baik dapat mempengaruhi penghasilan dan pemahaman terhadap karya seni visual.

1. 2. 3. 4. 5.

garisan jalinan rupa bentuk warna

1. garisan • • •

garian merupakan sambungan antara titik- titik dan merentasi satu kawasan ke kawasan yang lain. Dapat dihasilkan daripada pelbagai media Perbezaan bahan akan mewujudkan pelbagai jenis garisan

1.1.Sambungan antara titik-titik menghasilkan garisan • •

garisan terdiri daripada pelbagai sifat, jenis garisan dan pelbagai kuantiti garisan garisan dapat mewujudkan pelbagai kesan ilusi seperti pergerakan dan ekspressi juga emosi.

SIFAT GARISAN

Lembut

kasar

Berserabut

berduri

Tegas

berbulu

Licin Contoh lukisan garisan:-

Arrest(1965). Briget riley

menggerutu

JENIS GARISAN

Garisan melintang

Garisan nipis

garisan menegak

garisan titik

Garisan berputar

garisan melengkung

Garisan berpancar

garisan zigzag

Kualiti garisan • • •

Kualiti garisan ialah mutu merujuk pada garisan yang ditentukan oleh pengkarya dalam menghasilkan imej Garisan yang dihasilkan dapat menghasilkan imej Kualiti garisan juga menghasilkan ilusi dan pergerakan

2. Jalinan • • • •

Merupakan kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan benda semula jadi atau benda buatan manusia Dikesan oleh deria penglihatan dan sentuhan Setiap jalinan mempunyai fungsi tertentu Dalam penghasilan karya ia dapat menyampaikan mesej

Terbahagi kepada 2 bahagian 1. jalinan tampak 2. jalinan sentuh jalinan tampak • • • •

wujud dua dimensi dapat dilihat tak dapat disentuh benda buatan manusia seperti corak semula jadi pula seperti kepak rama-rama jalinan sentuh

• • • •

permukaan yang dapat di kesan menggunakan deria sentuhan contohnya kesan kesar,berbulu, dan berduri contohnya raga rotan ukiran kayu

jenis jalinan pula 1. jalinan sebenar-jalinan ang digunakan dalam karya dengan mengekalkan sifat-sifat daripada jalinan asal pada benda yang ditiru 2. jalinan tiruan-jalinan yang ditiru atau dihasilkan oleh manusia sama ada jalinan sentuh atau tampak. Contohnya lukisan gambar pokok 3. jalinan abstrak-sifat atau rupa jalinan yang diolah dalam karya. Jalinan dipermudahkan tetapi masih bercirikan benda yang ditiru 4. jalinan khayalan- rekaan dan imaginasi pengkarya.

3. Rupa • • •

rupa ialah garisan luar sesuatu benda. Garisan luar tersebut tersebut akan bertemu pada satu titik dan berakhir pada titik yang sama rata dan bersifat dua dimensi , tidak berjisim, ton warna dan jalinan kebanyakan rupa dalam seni visual diaplikasikan sebagai symbol logo dalam karya perekaan

rupa geometri • •

rupa geometric ialah rupa yang mempunyai sudut dan mempunyai sempadan yang tetap rupa geometric biasanya digunakan sebagai symbol dan logo kapsyen dalam seni komunikasi

1.2 Contoh geometri Rupa organik • • •

mempunyai sempadan yang bebas garisan luar tidak terbatas kebanyakannya daripada semula jadi

5. bentuk • • • •

bentuk merupakan lanjutan daripada pemahaman rupa mempunyai keluasan , ketinggian , jisim dan mempunyai lebih permukaan mempunyai struktur dalaman. Gabungan daripada rupa dapat menghasilkan bentuk terbahagi kepada 2 dimensi, 3 dimensi dan banyak lagi dimensi

ASPEK FORMAL:PRINSIP REKAAN • •

Perinsip rekaan merupakan kaedah dan teknik seusunan karya Melibatkan unsur seni yang disusun dalam olahan yang tertentu dengan menggunakan prinsip rekaan

Terdapat tujuh prinsip dalam prinsip rekaan:1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

harmoni kontra imbangan kadar banding dominant ekonomi kepelbagaian 1. harmoni • • •

ialah persamaan dalam satu kumpulan wujud dalam satu kumpulan yang tiada cirri-ciri yang bercanggah dapat dihasilkan daripada pebagai pengolahan, perulangan motif atau corak yang sesuai dapat menimbulkan perasaan selesa

• • • •

2.kontra terhasil daripada gubahan karya atau keadaan yang mempunyai ciri2 bertentangan timbul perbezaan memberi penegasan dan mengelakkan kebosanan contohnya dalam pengolahan papan tanda jalan raya. 3.imbangan

• • • •

bermaksud imbangan atau timbangan antara 2 bahagian bermaksud padanan antara 2 bahagian dari segi berat , tarikan dan penumpuan pemerhatian terdapat pada benda buatan dan semula jadi

imbangan terdiri daripada:1.imbangan simetri 2.imbangan tak simetri

3.1 . imbangan simetri • • •

Persamaan antara 2 bahagian kiri kanan, atas baeah Dikenali sebagai imbangan formal. Simetri mempunyai sifat cerminan

Contohnya simetri

3.2 imbangan tak simetri • •

olahan komposisi yang tidak seimbang tidak bersifat cerminan

Contoh imbangan tak simetri(1.7) 3.3 kadar banding • • •

merupakan kaitan ukuran pada setiap bahagian dengan bahagian yang lain secara keseluruhan pada sesuatu benda secara bersesuaian dan harmoni kadar banding berlaku pada benda ciptaan manusia atau semula jadi contohnya kadar ukuran anggota badan contohnya kaki lebih panjang dari tangan. 3.4 dominan

• • •

bermaksud berkuasa atau berpengaruh bermaksud aplikasi unsure seni reka, tema , imej media , dan teknik paling banyak diberi penekanan atau digunakan dalam penghasilan karya imej dominan merupakan penegasan dan penumpuan dalam menyampaikan sesuatu dengan menggunakan sesuatu sebagai sumber paling banyak(ape benda aku cakap ni) 3.5 ekonomi

• •

ekonomi dalam prinsip rekaan ialah penggunaan elemen atau imej yang paling asas dalam penghasilan karya. Dengan penggunaan media dan teknik yang tidak berlebihan tetapi menarik karya tersebut ekonomi tetapi produktif dan efesyen

3.6 kepelbagaian • •

ialah gabungan sesuatu unsur seni reka atau prinsip rekaan dalam sesuatu karya yang bersesuaian contohnya arca digabungkan dengan ukiran

4.ASPEK FORMAL: RUANG , KESATUAN , MEDIA DAN TEKNIK • • • •

penggunaan bahasa seni visual digunakan dalam pengolahan pengkaryaan dan perekaan digunakan dalam kombinasi unsur seni reka dan prinsip rekaan yang mana dapat menyelesaikan isu ruang dan mewujudkan kesatuan dikenali sebagai aspek formalistic formalistic bermaksud penghuraian maksud karya tanpa bantuan aspek kandungan seperti tema , makna , dan fungsi.

4.1 RUANG • •

Ruang merupakan jarak diantara sesuatu objek. Terbahagi kepada 2:1. ruang ilusi- berbentuk dua dimensi. Tidak dapat dirasai , dapat dilihat pada permukaan 180 darjah ( ruang ilusi pada cat air) 2. ruang konkrit-dalam ruang sebenar,dapat disentuh , dapat dilihat, tiga dimensi, dilihat pada permukaan 360 darjah pengolahan ruang dalam karya dua dimensi



terdapat tiga cara pengolahan ruang 1. ruang rata • • •

jarak antara dua objek adalah tidak ketara atau rata diwujudkan dengan menggunakan perbezaan warna warna panas menonjol kehadapan dan warna sejuk tenggelam di belakang

2. ruang cetek



jarak antara dua objek yang digambarkan dekat

3. ruang dalam • • •

jarak antara objek yang digambarkan adalah ketara berjauhan melibatkan ruang perspektif jarak antara objek berubah dari aspek saiz , ketinggian , dan kelebaran

RUANG PESPEKTIF • • •



merupakan teknik gambaran yang bertujuan untuk menunjukan gambaran ruang tiga dimensi dibuat diatas permukaan rata atau dua dimensi, mampu mewujudkan ilusi melibatkan aras mata , titik lenyap dan ruang perspektif bg mewujudkan ilusi terdiri dari 3 jenis:1. perspektif 1 titik lenyap 2. perspektif 2 titik lenyap 3. perspektif 3 titik lenyap 1. PERSPEKTIF 1 TITIK LENYAP

• •

Menggunkan garisan grid yang selari Ketinggian yang sama pada satu titik lenyap

2. PERSPEKTIF 2 TITIK LENYAP • •

Menggunakan garisan grid yang selari dan bertemu pada 2 titik lenyap dari kiri dan kanan pada aras mata (horizontal line) Hanya ketinggian akan diletakkan pada latar gambar

3. PERSPEKTIF 3 TITIK LENYAP • •

Terhasil apabila objek dilihat pada pandangan aras mata bawah atau atas Contohnya anda berada ditengah hadapan sebuah bangunan anda mampu melihat bawah dan atas bangunan tersebut dengan ketinggian , saiz dan kelebaran yang berbeza

4.2 KESATUAN • • •

Pengolahan karya yang mengaplikasikan unsur-unsur seni reka dan prinsip rekaan yang bersesuaian dengan idea/ imej secara keseluruhan karya tersebut Menjadikan karya lengkap dan teratur Dapat menimbulkan suasana yang selesa

BAHASA SENI Gambarajah menunjukkan bahasa seni visual dalam pendekatan formalistic

4.3 MEDIA • • •

Merupakan bahan perantaraan antara pengkarya dan hasil seni Merujuk kepada bahan yang digunakan untuk mencipta karya spt kayu untuk arca Terdiri daripada 1. media konvensional 2. media baru

MEDIA KONVENSIONAL • • •

bermaksud bahantara yang menjadi kebiasaan pada pengkarya tradisi spt rotan, buluh dan mengkuang media konvensional pula seperti catan, cat air, kanvas

MEDIA BARU • merujuk kepada media alternative bagi media yang biasa digunakan oleh pengkarya • bahan baru digunakan • contohnya prisian computer photoshop,acdsee dan sebagainya 4.4 TEKNIK • • •

merupakan cara atau kaedah penghasialan karya merujuk kepada kaedah , gaya , dan cara pengolahan dalam proses penghasilan karya seni visual terdapat dua jenis teknik 1. teknik konvensional 2. teknik baru TEKNIK KONVENSIONAL

Teknik yang telah diguna pakai sekian lama dahulu seperti teknik impasto dan teknik glizing TEKNIK BARU Penggunaan kaedah yang baru dalam mencipta karya Terdapat pembaharuan dalam mencipta benda yang sama contohnya seperti Penghasilan batik dengan menggunakan cetakan skrin Teknik impasto pula kini boleh digunakan melalui photoshop