PREPARED BY: MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628 MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078
CTU 101 PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM
TAJUK
: KONSEP DOSA MENURUT ISLAM
DISEDIAKAN OLEH: Nama
No. Kad Pelajar
1. MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI
2011460628
2. MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI
2011299078
KOD PROGRAM : AC 110 SESI
: 07/11
SEKSYEN
: 11
0 KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR [SESI JUN 2011]
PREPARED BY: MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628 MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078
Kandungan
1. Pendahuluan 2. Pengertian Dosa 3. Jenis – jenis Dosa Kecil 4. Jenis – jenis Dosa Besar 5. Konsep Tuntutan Taubat 6. Kesimpulan
1 KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR [SESI JUN 2011]
PREPARED BY: MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628 MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078
1.
Pendahuluan
Allah telah menyeru manusia melakukan amalan-amalan yang baik dan meninggalkan amalan perbuatanperbuatan yang ditegah Allah. Antara amalan-amalan baik yang wajib dilakukan manusia ialah mendirikan solat lima waktu, berpuasa, membayar zakat, berbuat baik kepada ibu bapa, tolong-menolong sesama manusia dan sebagainya, manakala antara perbuatan-perbuatan yang ditegah dan dimurkai Allah ialah berjudi, minum dan makan makanan yang diharamkan Allah S.W.T., membunuh, memfitnah dan sebagainya. Tujuan Allah S.W.T. menyeru manusia membuat kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran ialah untuk memastikan agar manusia dapat hidup aman dan harmoni di muka bumi Allah ini.
Dosa itu bagaikan madu yang beracun yang dapat dirasakan nikmat dan lazatnya ketika pertama menikmatinya. Namun setelah itu kita akan merasakan betapa pahitnya racun yang merupakan balasan dan azab yang pedih dari Allah S.W.T.. Umat Islam yang tidak melaksanakan perintah Allah S.W.T. dianggap berdosa. Manakala umat Islam yang melakukan perkara yang ditegah oleh Allah juga dianggap berdosa. Apabila kita melakukan dosa, timbangan sebelah kiri kita akan bertambah. Terdapat dua jenis dosa iaitu dosa kecil dan dosa besar. Kita akan membincangkan pengertian dosa dan jenis – jenisnya satu persatu, kemudian kita akan sentuh mengenai taubat iaitu sebagai salah satu jalan untuk memohon keampunan daripada Allah S.W.T. apabila kita telah melakukan dosa.
2 KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR [SESI JUN 2011]
PREPARED BY: MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628 MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078
2.
Pengertian Dosa
Menurut nas Al-Quran dan Al-Hadis, dosa terbahagi kepada dua jenis iaitu dosa kecil dan dosa besar. Allah S.W.T. berfirman:
“Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahan (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)”. (An Nisa’ ayat 31) Berpandukan kepada firman di atas, maka jelaslah dalam konteks dosa ini terdapat dosa kecil dan dosa besar yang diukur dalam kehidupan kita seharian. i.i
Pengertian Dosa Besar Dosa besar didefinisikan sebagai segala kesalahan yang ditentukan hukumya di dunia dan amaran azab di akhirat, seperti minum arak dan berzina.
i.ii
Pengertian Dosa Kecil Dosa kecil pula didefinisikan sebagai kesalahan yang tidak diperuntukkan hukuman yang tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat, seperti bercakap perkara yang tidak memberi faedah.
Allah S.W.T. telah menetapkan hukuman – hukuman tertentu terhadap umat manusia yang melakukan perbuatan dosa besar mahupun dosa kecil. Oleh itu, setiap umat manusia hendaklah menjauhi dan meninggalkan perbuatan tersebut. Firman Allah S.W.T. :
3 KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR [SESI JUN 2011]
PREPARED BY: MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628 MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078
“ Dan barang sesiapa Yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke Dalam api neraka, kekalah Dia di dalamnya, dan baginya azab seksa Yang amat menghinakan.”(An Nisa’ ayat 14)
3.
Jenis-jenis Dosa Kecil
Dosa kecil ini biasanya dilakukan oleh manusia secara sengaja mahupun tidak sengaja dalam kehidupan seharian. Umumnya manusia tidak sedar bahawa mereka telah melakukan dosa kecil kerana bagi mereka ia hanya biasa sahaja. Hal ini berlarutan kerana, kebanyakkan manusia pada hari ini tidak memahami akan hukum-hukum dalam Islam. Antara dosa kecil yang dapat dijelaskan ialah membazir dan mengumpat dan lain-lain. i) Membazir Islam menganggap sikap terlalu boros adalah perbuatan yang berdosa kerana ia akan menyebabkan manusia ingkar terhadap nikmat Allah S.W.T.
.
“Sesungguhnya orang-orang Yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya”( Al-Isra ayat 27)
Ayat di atas menjelaskan bahawa orang-orang yang suka menghambur-hamburkan harta adalah saudara syaitan. Hal ini kerana,perbuatan memboroskan harta itu adalah ciri-ciri perbuatan syaitan.
Oieh sebab syaitan juga ingkar terhadap Tuhannya, maka orang- orang yang meniru perbuatan memboros akan tergolong salah satu di antara mereka.Ayat di atas adalah merupakan kencaman terhadap perbuatan menghambur-hamburkan wang. 4 KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR [SESI JUN 2011]
PREPARED BY: MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628 MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078
ii) Mengumpat Mengumpat ialah seseorang menuturkan sesuatu yang kurang disenangi yang berkaitan dengan peribadi temannya. Percakapannya itu boleh secara sindiran, baik yang dicakapnya itu bertalian dengan masalah agamanya atau keperibadiannya, semuanya sama sahaja. Al-Quran memberikan perumpamaan kepada kita mengenai perbuatan mengumpat ini. Perumpamaannya sama sahaja dengan memakan daging saudara yang telah mati. Firman Allah S.W.T.:
“Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”. ( Al Hujurat ayat 12)
Terdapat satu andaian yang menyatakan bahawa dosa kecil tidak ada tetapan hukumnya di dunia dan tidak ada seksaan di akhirat kelak. Tetapi perlu diingatkan bahawa dosa kecil yang kerap dilakukan tanpa insaf seperti istighfar dan solat lima waktu akan menjadikannya sebagai dosa besar.
5 KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR [SESI JUN 2011]
PREPARED BY: MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628 MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078
4.
Jenis-jenis Dosa Besar
Imam Adz-Dzahabi mengatakan bahawa dosa besar itu adalah semua perbuatan yang berat yang dihukum had di dunia seperti membunuh, membuat zina, mencuri, atau yang di ancam azab di akhirat atau mendapat kemurkaaan atau laknat Allah S.W.T.. Semua ini tergolong dalam dosa besar. i) Syirik Syirik bermaksud menyekutukan atau menyamakan Allah S.W.T. dengan makhluk-Nya sama ada dari segi zat-Nya, sifat-Nya, ataupun perbuatan-Nya. Mensyirikkan Allah diharamkan kerana perbuatan tersebut menafikan kekuasaan Allah S.W.T. dan merupakan suatu kezaliman yang besar. Firman Allah S.W.T.:
“dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman Yang besar".” (Luqman ayat 13)
Syirik dibahagikan kepada dua, iaitu syirik jali dan syirik khafi. i.i
Syirik jali Perbuatan syirik yang dilakukan secara terang-terangan. Contohnya, bertenung nasib, menyembah berhala dan menyembah pokok.
i.ii
Syirik khafi Tidak meletakkan Allah S.W.T. sebagai yang mutlak dalam niat. Contohnya, menunjuk-nunjuk kehebatan diri, riak, ujub, takbur, dan mengagungkan kuasa lain lebih daripada Allah S.W.T..
6 KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR [SESI JUN 2011]
PREPARED BY: MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628 MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078
ii) Meninggalkan solat fardhu Meninggalkan solat fardhu sehingga keluar dari waktunya dengan menganggapnya remeh, maka umat manusia seperti ini kelak di kemudian hari kiamat akan diseksa oleh Allah S.W.T. dengan seksaan Neraka Wail iaitu azab yang amat pedih. Sebahagian ulama’ ada yang mengatakan bahawa ancaman bagi orang yang meremehkan solat itu kelak akan dijatuhkan ke dalam Neraka Jahanam yang sangat panas sehingga keadaan tersebut digambarkan: “Jika seandainya sebuah gunung dimasukkan ke dalamnya nescaya ia akan hancur kerana sangat panasnya dan disamping itu tempat tersebut disiapkan bagi orang yang selalu meremehkan dan melalaikan solat sehingga waktunya habis. Kecuali mereka mahu bertaubat kepada Allah S.W.T. atas perbuatan mereka itu, nescaya Allah S.W.T. memberi pengampunan kepada mereka.”
iii) Riba’ Dalam erti bahasa riba’ merujuk kepada tambahan. Maksud riba’ di sini adalah hutang-piutang atau pinjam-meminjam wang atau barang dengan syarat ada tambahan faedah. Riba’ ini pada dasarnya banyak merugikan peminjam atau penghutang. Seperti riba’ nasi’ah yang terjadi di zaman Jahiliah. Larangan riba’ ini ditegaskan oleh Allah S.W.T.. Firman Allah S.W.T.:
“Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu makan atau mengambil riba Dengan berlipatlipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.” (Ali-Imran ayat 130)
7 KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR [SESI JUN 2011]
PREPARED BY: MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628 MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078
iv) Bunuh diri Bunuh diri iaitu seseorang yang mencelakakan dirinya dengan maksud untuk menghabiskan nyawanya sendiri sama ada dengan cara meminum racun, menggantung diri, menjatuhkan diri dari atas bangunan dan lain-lain. Bunuh diri ini termasuk dalam dosa besar dan diancam dengan hukuman neraka. Firman Allah S.W.T.:
“29 ....... dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. 30. dan sesiapa berbuat demikian Dengan menceroboh dan aniaya, maka Kami akan masukkan Dia ke Dalam api neraka, dan balasan Yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah, (tidak ada sesiapapun Yang dapat menghalangnya).” (An Nisa Ayat 29-30)
v) Berzina Zina ialah mengadakan hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan penikahan yang sah. Penzinaan ini merupakan perbuatan yang keji sama ada dalam pandangan Islam mahu pun pandangan masyarakat. Malah perbuatan tersebut menghasilkan keturunan yang tidak jelas dan akhirnya menyebabkan anak yang dilahirkan itu menjadi terbiar. Dengan alas an itu Islam melarang untuk melakukan perbuatan zina kerana zina tergolong dalam perbuatan dosa besar. Perbuatan zina ini sangat dicela oleh Allah S.W.T. dalam firman-Nya:
“dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Al Israa’ ayat 32) 8 KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR [SESI JUN 2011]
PREPARED BY: MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628 MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078
vi) Meninggalkan solat Jumaat Setiap umat Islam diwajibkan untuk solat Jumaat dengan berjemaah. Barang siapa yang meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja tanpa ada uzur yang diizinkan oleh agama adalah termasuk meninggalkan kewajipan, bererti mereka telah berbuat dosa. Orang yang meninggalkan jemaah solat Jumaat dengan sengaja tanpa ada halangan yang diizinkan oleh agama adalah dilarang. Kalau mereka selalu meninggalkannya, nescaya Allah S.W.T. akan mematri hatinya sehingga ia akan sering lupa terhadap perintah Allah S.W.T. dan akan menjadi orang yang munafik.
5.
Tuntutan Taubat
Taubat bermaksud kembali semula taat kpd Allah S.W.T setelah menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan serta memohon keampunan daripada-Nya. Setiap umat manusia disuruh untuk bertaubat bagi menyucikan diri dari sebarang dosa besar ataupun dosa kecil, sama ada dilakukan secara sengaja ataupun tidak. Kita hendaklah memohon keampunan secara langsung kepada Allah S.W.T. kerana taubat tidak boleh dilakukan melalui perantaraan. Firman Allah S.W.T.:
9 KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR [SESI JUN 2011]
PREPARED BY: MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628 MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078
“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudahmudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba Dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiaptiap sesuatu".” (At Tahrim ayat 8)
Hukum taubat adalah wajib terhadap golongan yang melakukan dosa sama ada terhadap Allah S.W.T. sesama manusia. Jika dosa itu berkaitan dengan manusia maka hendaklah meminta maaf daripada mereka. Sekiranya dosa itu berkaitan dengan harta benda, maka hendaklah dikembalikan harta tersebut kepada tuannya. i) Syarat-syarat taubat Taubat tidak hanya diucapkan dengan kata-kata, namun ia harus dibuktikan dengan hati yang tulus dan perbuatan. Taubat itu akan menjadi bererti apabila melalui syarat-syarat tertentu. Menurut Imam Al-Ghazali, syarat taubat itu antaranya apabila penyesalan itu menimbulkan lebih banyak rasa pedih di hati, maka lebih kuatlah harapan bahawa dosa itu akan terampun. Tanda besarnya penyesalan itu ialah lunaknya hati kemudian air mata kesedihan mengalir di pipi. Menurutnya lagi, apabila rasa pilu terhadap dosa-dosa yang dilakukannya itu terus mencengkam di jantung hati orang yang melakukan dosa itu, perasaannya tidak akan senang apabila mengingat dosa yang pernah dilakukannya. Tegasnya kecenderungan yang mula-mula ada dalam perasaannya ketika melakukan dosa itu telah berubah menjadi benci.
10 KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR [SESI JUN 2011]
PREPARED BY: MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628 MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078
ii) Tujuan bertaubat Tujuan bertaubat adalah untuk menyucikan diri daripada segala dosa terutamanya ketika bertemu dengan Allah S.W.T pada hari akhirat kelak. Jika manusia tidak bertaubat, maka ibadat yang dilakukan tidak akan diterima oleh Allah S.W.T kerana dosa-dosa yang dilakukan merupakan penghalang kepada ibadat. Apabila umat manusia melakukan taubat kepada Nya, maka lahirlah perasaan takut akan Allah S.W.T. dan akan menyebabkan mereka untuk patuh dan beribadat dengan sempurna kepada Nya. Orang yang bertaubat akan mendapat balasan baik pada hari akhirat kelak. Hal ini demikian kerana orang yang bersih daripada dosa akan mendapat kedudukan yang istimewa di sisi Allah S.W.T.. Mereka jua akan mendapat petunjuk dan hidayat daripada Allah S.W.T. disamping jiwa dan perasaan yang tenang dan tenteram kerana dosa mereka diampun oleh Allah S.W.T..
iii) Hikmah bertaubat Hikmah taubat dari konsep pembentukan peribadi adalah umat manusia dapat membaiki dan memiliki akhlak yang mulia apabila mereka telah bertaubat dan benar-benar insaf untuk tidak mengulanginya lagi. Ia juga dapat mendorong manusia untuk melakukan perkara kebajikan seperti bersedekah. Tambahan pula ia juga dapat mendorong umat manusia untuk meningkatkan ketaqwaan dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.. Firman Allah S.W.T.:
“dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah: "Darah haid itu satu benda Yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh Dengan isteri kamu) Dalam masa datang 11 KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR [SESI JUN 2011]
PREPARED BY: MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628 MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078
darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan Yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang Yang sentiasa mensucikan diri.” (Al Baqarah ayat 222)
6.
Kesimpulan
Kehidupan dunia dengan segala nikmat yang ada di dalamnya merupakan anugerah yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada umat manusia. Dengan anugerah dan kenikmatan itu juga bagaimanapun terselit ujian dan cubaan dari Ilahi Allah S.W.T. akan mencuba umat manusia terlebih dahulu dengan apa yang dikurniakannya kepadanya. Keimanan dan ketenangan hanya dapat diperoleh setelah kita menang dalam ujian yang sememangnya diselitkan dalam tiap-tiap kurnia yang diberikan kepada kita. Kita lihat ada satu nikmat yang Allah S.W.T. telah berikan kepada kita iaitu ilmu pengetahuan, rezeki, kedudukan dan sebagainya, tapi dalam pada itu terselit juga cubaan dan ujian. Apakah dengan demikian kita masih mahu mengatakan bahawa “ aku” yang tinggi, dan aku yang pandai dan kaya,? Kalau demikian adanya kita telah kalah dengan segala ujian Allah akhirnya kita hidup dalam kegelumangan dosa dan noda. Manusia selalu lupa dengan dirinya sendiri, dan lupa kepada Penciptanya. Manusia diberi amanah tetapi dikianati sebaliknya lebih senang memperuntukan kehendak diri sendiri dan hawa nafsu. Tidak ada jalan lain untuk kembali kepada kebenaran dari jambangan dosa itu melainkan bertaubat dengan menginsafi segala kesalahan masa lalu yang diukir dari setiap langkah kehidupan ini. Memang tiada manusia yang tidak berdosa, dan tidak ada juga seorang manusia yang ingin diseksa. Taubat sesungguhnya akan membimbing kita kepada tali agama Allah S.W.T. yang benar dan suci. Maka kita hendaklah mennyegerakan taubat kita pada Tuhan Yang Esa.
12 KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR [SESI JUN 2011]
PREPARED BY: MUHAMAD HAFIZ BIN ROSLI 2011460628 MOHD AKMAL BIN MOHD GHANI 2011299078
Rujukan Drs. Md. Isa Selamat, 2001. Dosa bagai Madu Yang Beracun, Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publisher Abu Bakar Ali, 2002. Menjauhi Perangkap Dosa, Selangor Darul Ehsan: Ilmiah Publisher Sdn. Bhd. Muahammad Ali Imran, 1996. Pengertian Hukum Dan Pembalasan Dosa Menurut Al-Qur’an Dan AlHadis, Johor Baharu: Perniagaan Jahabersa http://1992hafiz.blogspot.com/2010/07/dosa-menurut-islam_31.html http://imam-islam-com.3402717.n2.nabble.com/Pengertian-Dosa-dalam-Islam-td3428236.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Taubat_menurut_Islam http://www.sabda.org/publikasi/40hari/2003/12/ http://kajiandosa.blogspot.com/2011/03/pembagian-dosa-menurut-pandangan-islam.html http://www.perkahwinan.com/index.php?topic=1091.0
13 KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR [SESI JUN 2011]