FIQH ZAKAT TANAM-TANAMAN (BIJI-BIJIAN & BUAH-BUAHAN)

Download Zakat tanam-tanaman (biji-bijian & buah-buahan). Q? Apakah yang dimaksudkan dengan biji-bijian yang wajib dizakat itu? Biji-bijian yang waj...

0 downloads 377 Views 83KB Size
Fiqh Zakat tanam-tanaman (biji-bijian & buah-buahan) Q? Apakah yang dimaksudkan dengan biji-bijian yang wajib dizakat itu? Biji-bijian yang wajib dikeluarkan zakat itu adalah biji-bijian yang menjadi makanan asasi dan mengenyangkan seperti beras, gandum, kacang dan seumpamanya. Syarat-syarat supaya biji-bijian wajib dikeluarkan zakatnya Hendaklah yang empunya biji-bijian itu beragama islam – (perihal pemilik) Hendaklah yang empunya biji-bijian itu sempurna hak miliknya – (perihal pemilik) Hendaklah biji-bijian itu sampai nisabnya – (perihal biji-bijian itu sendiri) Hendaklah biji-bijian itu hasil tanaman manusia – (perihal biji-bijian itu sendiri). Q? Apakah yang dimaksudkan dengan buah-buahan yang wajib dikeluarkan zakat itu? Yang dimaksudkan dengan buah-buahan yang wajib dikeluarkan zakat itu adalah buah kurma & buah anggur (zabib) yang sudah dikeringkan. Syarat-syarat supaya buah-buahan itu wajib dikeluarkan zakatnya. Hendaklah yang empunya buah-buahan itu beragama islam – (perihal pemilik) Hendaklah yang empunya buah-buahan itu sempurna hak miliknya – (perihal pemilik) Hendaklah biji-bijian itu sampai nisabnya – (perihal biji-bijian itu sendiri) * selain daripada buah kurma & buah anggur – tidak wajib dikeluarkan zakat. Nisab biji-bijian & buah- buahan.

Bagi biji-bijian dan buah-buahan

sudah bersih dari kulit, jerami belum bersih dari kulit, jerami

5 ausuq 10 ausuq

NISAB 300 gantang Baghdad 600 gantang Baghdad

200 gantang Brunei 400 gantang Brunei

Kadar zakat yang wajib dikeluarkan bagi biji-bijian & buah-buahan Bagi sawah atau dusun yang disirami dengan hujan atau mendapat air dengan senang & mudah seperti menerusi tali air atau mendapatkannya tanpa bayaran, kadar zakatnya adalah 1/10 (10%) of the total. Bagi sawah atau dusun yang mendapat air dengan menggunakan tenaga manusia atau binatang atau jentera atau tali air yang dikenakan bayaran, kadar zakatnya adalah 1/20 (5%) of the total.

Sawah & dusun

Yang mendapat air dengan senang Yang mendapat air dengan susah

1

Kadar zakat

%

1/10

10

1/20

5

Waktu membayar zakat. Waktu membayar zakat adalah pada setiap menuai atau pada masa mengumpulkan hasil tanaman iaitu ketika buah-buahan itu telah masak dan biji-bijian itu penuh isinya. SOALAN-SOALAN FAHAMAN Q) Adakah wajib dihimpunkan hasil biji-bijian satu tahun dengan hasil tahun yang lain untuk mencukupkan nisab? A) Tidak wajib dikeluarkan zakat kecuali jika hasil tanaman itu dituai 2 kali setahun. Maka wajib dihimpunkan untuk mencukupkan nisab. Q? Bagaimanakah cara mengira tahun dalam perkara hasil tanaman itu? A) Cara mengiranya adalah dari masa menuai atau mengumpulkan hasil tanaman itu bukan dikira dari masa menanam. Q) adakah wajib dihimpunkan satu jenis biji-bijian dengan jenis yang lain untuk mencukupkan nisab seperti beras dihimpunkan dengan gandum? A)Tidak wajib dihimpunkan kerana bukan dari jenis yang sama Q? Adakah wajib dihimpunkan satu jenis biji-bijian tetapi berlainan macamnya untuk mencukupkan nisabnya seperti beras wangi & beras siam? A) wajib dihimpunkan NOTA PELAJAR:

______________________________________________________________________________ Hj Md Sharil

2