Islam sebenarnya menurut kehendak Penciptanya iaitu Allah

Kesimpulannya, dengan memahami pengertian Islam, iman dan ihsan, anda dapat mengenali Islam dengan lebih jelas dan tepat secara ilmiah. Dengan memaham...

8 downloads 472 Views 55KB Size
34 WAWASAN OPEN UNIVERSITY WLA 104/03 Pengajian Islam

Ihsan dalam ibadat adalah antara martabat yang paling mulia dan tertinggi. Oleh itu, ibadat perlu dibina atas dua dasar yang penting agar memenuhi matlamat ihsan dalam ibadat tersebut. Pertama ialah cinta kepada Allah s.w.t. iaitu merasa tawaduk dan tunduk di hadapan Allah s.w.t. agar timbul perasan meminta dan mengharap hanya kepada Allah s.w.t. sahaja. Kedua pula ialah takwa, takut dan merasa kerdil apabila berhadapan dengan kebesaran dan kasih sayang Allah s.w.t. Ibadat seperti ini menyebabkan seseorang merasa lebih bertanggungjawab terhadap ibadatnya, dan akan melaksanakannya dengan penuh ikhlas. Keikhlasan menjadi asas penting dalam menentukan kesempurnaan amalan dan ibadat seseorang. Uniknya ihsan dalam Islam ialah manfaat ihsan itu akan kembali kepada tuannya. Ini dapat dilihat dalam firman Allah s.w.t. bermaksud: Jika kamu berbuat kebaikan (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan ialah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan maka (kesan yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. (Surah al-Isra’: 7)

Pendek kata, ihsan sangat penting untuk kesedaran dalaman kerana kebaikan yang dilakukan itu disebabkan Allah s.w.t. suka kebaikan, bukan untuk tujuan menunjukmenunjuk kepada orang lain. Ihsan mampu menjana keperibadian yang mulia dalam setiap diri muslim jika dilaksanakan dengan penuh kejujuran iaitu kesedaran bahawa “Allah Maha Melihat”. Kesimpulannya, dengan memahami pengertian Islam, iman dan ihsan, anda dapat mengenali Islam dengan lebih jelas dan tepat secara ilmiah. Dengan memahami Islam, iman dan ihsan juga, anda akan mendapat gambaran yang jelas tentang pengertian Islam sebenarnya menurut kehendak Penciptanya iaitu Allah s.w.t.

Aktiviti 1.8 Daripada penjelasan mengenai Islam, iman dan ihsan, anda pasti yakin bahawa agama Islam lengkap dan sempurna dari segi pengertian dan amalannya. Namun masih terdapat sesetengah orang salah faham terhadap Islam. Senaraikan tiga sebab agama Islam salah difahami mengikut pendapat anda. 1. _________________________________________________ 2. _________________________________________________ 3. _________________________________________________