KAJIAN TERHADAP AKTA KONTRAK 1950 (AKTA 136)

Download ini melihat sejauhmana aplikasi konsep khiyar menerusi Akta Kontrak 1950 (Akta .... undang-undang kontrak terletak idea tentang persetujuan...

0 downloads 821 Views 337KB Size
APLIKASI PRINSIP KHIYAR DALAM JUALAN BARANGAN: KAJIAN TERHADAP AKTA KONTRAK 1950 (AKTA 136) Hasri Harun1, Shofian Hj Ahmad2 & Ruzian Markom3

Abstrak Khiyar atau pilihan adalah hak yang diberikan oleh hukum syarak terhadap pembeli dan penjual sama ada ingin meneruskan atau membatalkan kontrak yang dilaksanakan. Hak khiyār ini dijelaskan secara mendalam di dalam kitab fiqh muamalah khususnya dalam jual beli. Namun demikian dalam undang-undang transaksi jual beli di Malaysia, tidak terdapat peruntukan khusus yang memberikan hak khiyar kepada pihak-pihak yang berkontrak. Artikel ini bertujuan mengkaji sejauhmanakah prinsip khiyar boleh dilaksanakan dalam undang-undang menerusi Bab 2 bermula Seksyen 3 hingga 9 Akta Kontrak 1950 (Akta 136). Kajian mendapati bahawa terdapat persamaan falsafah dan prinsip khiyar di dalam peruntukan seksyen 3-9 Akta Kontrak 1950 namun peruntukan tersebut tidak digunakan sebagai khiyar. Kajian ini penting bagi memastikan konsep khiyār dalam undang-undang Kontrak di Malaysia dapat dilaksanakan secara menyeluruh serta menambahbaik undang-undang kontrak di Malaysia bagi memelihara hak dan kepentingan pihak pengguna dan penjual. Kata kunci: Khiyār. Kontrak Jualan Barangan, Akta Kontrak 1950 (Akta 136) Abstract Khiyar or options are rights granted by Islamic law against the buyer and the seller as to whether to continue or cancel the contract that has been executed. Khiyar rights are described in detail in the books of fiqh transactions, particularly in the trade. However, the law of the transaction in Malaysia, there is no specific provision entitling khiyar to the contracting parties. This article seeks to examine the extent of the principle khiyar according to Islamic contract law can be implemented in through Chapter 2 section 3 to 9, the Contracts Act 1950 study found that there were similarities khiyar philosophy and principles of Islamic law as the provisions of section 3-9, but the provisions of the Contracts Act 1950 is not used as khiyar. This study is important to ensure that the concept Khiyar in contract law in Malaysia can be implemented as a whole and improve the law of contract in Malaysia to safeguard the rights and interests of the consumer and the seller. Keywords: Khiyar. Contracts of Sale of Goods, Contract Act 1950 (act 136)

1

Penulis adalah calon Phd, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM

2

Prof Madya & Ketua Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM

3

Prof Madya Fakulti Undang-Undang UKM

61 Pendahuluan Transaksi perniagaan dalam undang-undang Islam adalah menitikberatkan persoalan antaranya keredaan kedua belah pihak. Ini bermakna terma kerelaan adalah penting bagi memastikan transaksi menjadi sah dan sempurna menurut peruntukan hukum Islam dan undang-undang. Di Malaysia, terdapat beberapa akta yang mengawalselia aktiviti kontrak penjualan dan perdagangan antaranya ialah Akta Kontrak 1950 (Akta 136), Akta Jualan Barangan 1957 (Akta 382) dan Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599). Undang-undang berhubung dengan penjualan barangan adalah juga satu cabang daripada undang-undang perdagangan. Dilihat dari sudut tarikh diwujudkan Akta Perlindungan Pengguna dan Akta Kontrak maka Akta Perlindungan Pengguna terkemudian daripada Akta Kontrak. Akta Kontrak diwujudkan pada tahun 1974 manakala Akta Perlindungan Pengguna diwujudkan pada tahun 1999.4 Di dalam Islam kontrak bukan sahaja merupakan satu transaksi biasa dalam apa jua aktiviti semata-mata melepaskan hak dan barangan namun ia mengambil matlamat memelihara setiap unsur dalam berkontrak. Unsur kerelaan dan kepuashatian menurut kacamata kontrak Islam adalah antara unsur penting yang dipelihara agar ianya tidak ditolak dan akhirnya menyebabkan kontrak menjadi batal atau rosak. Dalam konteks memelihara kontrak di Malaysia terdapat Akta Kontrak 1950 yang memperuntukan undang-undang yang memelihara setiap aktiviti kontrak terbabit. Menurut Akta Kontrak 1950 (Akta 136) terdapat peruntukan Bab 2 yang bertajuk “Mengenai Komunikasi, Penerimaan dan Pembatalan Cadangan.5 Bab ini mengandungi 7 seksyen yang menghurai tentang kedudukan amalan kontrak, komunikasi dalam berkontrak, aspek penerimaan dan pembatalan dalam sesuatu kontrak yang dijalankan. Kesemua seksyen memperuntukan hak dan unsur penting dalam berkonrak dan dimana hak pilihan dan khiyar dilaksanakan menurut kontrak terbabit. Manakala Akta Perlindungan Pengguna 1999 diwujudkan lebih kepada untuk menjaga hak pengguna daripada diperdayakan oleh penjual dalam urusan jual beli. Menurut bahagian 2 akta ini, ianya memperuntukan salah satu tajuk yang berbunyi: “Perlakuan Mengelirukan dan Memperdaya, Representasi Palsu dan Amalan tak Saksama”, menunjukkan dengan jelas bahawa akta ini sememangnya ingin menjaga hak pengguna daripada diperdayakan oleh penjual dalam urusan jual beli. Menurut Mohaji bin Selamat6 dua perkara yang penting yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia dan para pemerintah iaitu pertama semua pihak termasuk pengguna perlu bekerjasama dalam meningkatkan tahap perlindungan pengguna dalam transaksi di negara ini dan kedua penekanan terhadap pelaksanaan undang-undang yang ada

4

Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) telah dikuatkuasakan pada 15 November 1999, sebagai perlindungan perundangan kepada pengguna di dalam hal kepenggunaan dan lain-lain hal yang berkaitan dengannya. Akta ini terpakai kepada semua urusan jualan barangan atau perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna. Lihat Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) (2010). Selangor: Penerbitan Akta (M) Sdn. Bhd. 5 6

Akta Kontrak 1950 (Akta 136)

http://www.malaysianbar.org.my/consumer_protection/urusan_jual_beli_pengguna_masih_tidak_terli ndung.html

62 juga perlu dipertingkatkan supaya pengguna tidak teraniaya. Pengetahuan tentang hak pengguna yang baik serta perundangan yang kukuh menjadi faktor yang penting dalam mengelak sebarang ketidakpuashatian serta permasalahan yang akan berlaku dalam setiap transaksi jualan dan pembelian. Artikel ini melihat kedudukan khiyar dalam proses jualan barangan yang sedia ada menurut sudut perundangan melalui Akta Kontrak 1950 (Akta 136) yang ada serta menilai keperluan pengemaskinian elemen pilihan yang wujud dan terhadap aplikasi pilihan dalam perundangan sedia ada. Oleh yang demikian artikel ini membincangkan definisi dan konsep khiyar menurut hukum kontrak Islam dengan menjelaskan jenisjenis khiyar utama di dalam fiqh muamalah diikuti dengan latar belakang perundangan dan akta berkaitan jualan barangan termasuk Akta Kontrak 1950, Akta Jualan Barangan 1957 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999. Penulis dalam kertas ini melihat sejauhmana aplikasi konsep khiyar menerusi Akta Kontrak 1950 (Akta 136) berdasarkan peruntukan Bab II bermula seksyen 3 hingga 9 yang menghuraikan aspek tajuk Mengenai Komunikasi, Penerimaan dan Pembatalan Cadangan. Peruntukan ini memperlihatkan beberapa prinsip yang bersamaan dengan elemen khiyar dan menampakan beberapa ruang untuk penambahbaikan dalam pelaksanaan khiyar menurut Undang-Undang Kontrak Islam. Konsep Khiyar Menurut Islam Khiyar menurut bahasa adalah dari kata ikhtiyar yang bererti mencari yang baik dari dua urusan baik meneruskan akad atau membatalkannya.7 Ini bermakna pilihan, umumnya merujuk kepada jenis hak tertentu merangkumi dua pihak iaitu pembeli dan penjual untuk mengesahkan sesuatu kontrak atau membatalkan kontrak tersebut8. Kebiasaannya penentuan khiyar ini berdasarkan harga yang dipersetujui oleh keduadua belah pihak.9 Dalam kitab Kifayah al-Akhyar, Imam Taqiuddin Abu Bakr bin Muhammad al-Husayni menyebut bahawa khiyar bagi dua orang pembeli dan penjual adalah selagi mana mereka tidak berpisah dalam urusan jual beli tersebut10. Beliau menambah lagi bahawa syarat berpisah tersebut adalah selama tiga hari11. Sebenarnya khiyar disyariatkan adalah untuk memenuhi kepentingan transaksi perniagaan menurut hukum Islam. Kepentingan ini bertujuan menjaga kemaslahatan dan kerelaan kedua belah pihak dan melindungi mereka dari kemungkinan bahaya yang merugikan perniagaan mereka kelak. Secara umumnya ulama telah membahagikan khiyar ini kepada beberapa jenis. Imam Hanafi membahagikan kepada tujuh belas jenis, Shafi‘i enam belas, Hanbali lapan jenis dan Maliki dua jenis.12

7

Abd Aziz Muhammad ‘Azzam, 2010, Fiqh Muamalat : Sistem Transaksi dalam Fiqh Islam, Jakarta Amzah 8

al-Shalabi, Muhammad Mustaffa, 1983, al-Madkhal Fi al-Taarif bi al-Fiqh al-islami wa Qawaid alMilkiyyah wa al-Uqud Fihi, hlm 595 9

ibid

10

Imam Taqiuddin Abu Bakar bin Muhammad al-Husaini, 1994, Kifayatul Akhyar fi Hal Qayah al Ikhtisar.jil.1.Maktab Buhus Wa al-Dirasat : Dar al-Fikr, hlm.203

11

ibid

12

Al-Zuhaily, Wahbah.(t.th) Fiqh al-Islam wa adillatuhu, Dar al-Fikr

63 Namun dalam artikel ini penulis hanya menjelaskan empat khiyar utama sahaja iaitu ialah Khiyar Majlis, Khiyar Shart, Khiyar Aib, dan Khiyār Ru’yah. Khiyar Majlis Khiyar majlis merujuk kepada hak pilihan ketika dalam majlis. Ini dimaksudkan dengan hak bagi kedua belah pihak, antara penjual dan pembeli untuk melangsungkan jual beli atau membatalkannya selama masih berada di tempat (majlis) jual beli itu.13 Apabila keduanya berpisah dari majlis tersebut, maka hilanglah hak khiyar ini sehingga perubahan tidak dapat dilakukan lagi14. Majlis akad ini juga bermaksud waktu yang dimulai ijab dan waktu berterusan selagi belum berlaku qabul. Oleh yang demikian dalam tempoh waktu tersebut penjual dan pembeli mempunyai hak untuk membuat pilihan samada meneruskan atau membatalkannya.15 Khiyar ini menurut Mazhab Shafie dan Hanbali terbatas kepada akad muawadat16 dan ijarah. (sewaan). Manakala Mazhab Malikiyyah dan Hanafiyyah menolak keberadaan khiyar majlis ini. Khiyar Shart Khiyār sharat merupakan suatu pilihan yang telah ditetapkan syarat dalam sesuatu kontrak. Ia memberikan hak kepada salah satu, atau kedua-duanya atau kepada pihak ketiga untuk mengesahkan atau membatalkan sesuatu kontrak dalam sesuatu tempoh masa17. Pada dasarnya khiyar ini memberi tempoh masa tersebut supaya penilaian semula faedah dan kos terlibat dapat dilakukan dalam sesuatu kontrak tersebut. Imam Shafie dan Imam Abu Hanifah menghadkan tempoh khiyar sharat hanya kepada tiga hari, manakala Imam Ahmad Ibn Hanbal tidak menetapkan limitasi tempoh tersebut. Tujuan khiyar ini adalah untuk memberi peluang kepada penjual dan pembeli supaya tidak terburu-buru mengambil keputusan bagi membolehkah mereka berfikir dan membuat keputusan sewajarnya. Di dalam Majalah al-ahkam al-adliyyah menyebutkan bahawa diharuskan mengadakan syarat bagi pilihan (khiyar) untuk membatalkan akad dan pihak yang telah diberi pilihan tersebut samada memilih meneruskan atau memfasakhkannya.18 Khiyar ‘Aib Khiyar ‘Aib ialah hak untuk membatalkan atau meneruskan jual beli barang bagi pihak yang berakad. Hal ini terjadi jika sesuatu barang yang dibeli mengalami

13

Ibid, hlm 250

14

M.Nadratuzzaman Hosen dan AM. Ali Hasan,2007, Kamus Popular Keuangan Ekonomi Syariah. Jakarta : PKES Publishing, hlm.43 15

Abd Sattar Ghuddah ,1985, al-Khiyar wa atharuhu fi al ‘uqud, Matbaah Maghawiy Dallah Barakah, hlm 118 16

Muawadat bermaksud akad yang saling mengganti antara dua pihak seperti segala bentuk jual beli dimana pembeli memberi sejumlah wang kepada penjual dan si penjual memberikan barang yang dibeli 17

Mohammed Obaidullah, 1998, “Financial Engineering with Islamic Options”, Islamic Economic Studies, Vol. 6, No. 1, hlm.77. 18

Al-Ahkam Al-Adliyyah (Undang-Undang Sivil Islam), 1990, Terjemahan: Md Akhir Hj Yaakob. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Perkara 300 dan 301, Fasal pertama Bab keenam, hlm 89

64 kecacatan atau kerosakan, maka penjual berhak mengembalikan wang yang diberi oleh pembeli tersebut.19 Dalam jual beli, Islam mensyaratkan kesempurnaan dalam amalan perniagaan dan melarang berjual beli dengan amalan yang salah yakni batil. Para fuqaha menitikberatkan keharusan khiyar aib ini kerana ia adalah bagi memastikan keselamatan sesuatu barangan yang menjadi subjek kontrak dari sebarang kecacatan. Memastikan keselamatan barangan tersebut sangat penting sehingga pihak yang memiliki barang tersebut mendapat manfaat sepenuhnya sehingga memenuhi hajat dan keperluannya.20 Secara prinsipnya khiyar aib ini bertujuan apabila akad kontrak itu berlaku sekiranya tidak terjamin keelokkan subjek kontrak, maka kerelaan yang merupakan asas kontrak terjejas makan bagi menampung kekurangan ini disyarakkan khiyar aib bagi pihak yang bakal memiliki barang tersebut.21 Khiyar Ru’yah Khiyar ru’yah ialah hak membuat pilihan yang diberi kepada pembeli samada ingin meneruskan kontrak atau membatalkannya apabila telah melihat barang jualan yang tidak dilihatnya semasa melakukan akad22. Mazhab Hanafi menggariskan jual beli barangan yang tidak nampak sah di sisi hukum. Mereka berpendapat risiko pembeli adalah minimum kerana jika barangan sudah sampai, maka pembeli berhak untuk membuat pilihan barangan yang dilihatnya23. Imam Shafi‘i pula tidak bersetuju kerana transaksi sebegitu terdapat gharar yang tidak diketahui risikonya. Walaupun majoriti Fuqaha’ berpandangan khiyar (pilihan) ialah perjanjian membeli atau menjual sesuatu barangan pada harga tertentu dalam tempoh masa yang ditetapkan dan merupakan sesuatu transaksi yang sah di sisi undang-undang tertakluk kepada kebenaran produk tersebut, namun ia masih mempunyai ruang perbahasan yang panjang berkenaan konsep dan amalan khiyar yang dilaksanakan terutamanya di negara ini. Oleh yang demikian melihat kepada sudut kesesuaian dan pengharmoniannya, elemen-elemen pilihan yang dilaksanakan dalam peruntukan undang-undang sedia ada boleh memberi ruang penambahbaikan kearah pelaksanaan prinsip khiyar sejajar menurut hukum syarak Pilihan dalam Konteks Perundangan Di Malaysia Pilihan berdasarkan perundangan Malaysia merujuk kepada hak seseorang pembeli dan pengguna untuk meratifikasikan sesuatu perjanjian atau menarik balik kontrak

19

Nasrul Hisyam NorMuhamad. 2008, “Aplikasi Sains Dan Teknologi Dalam Transaksi Muamalah Islam: Rujukan Kepada Rukun-RukunAkad Mengikut Perspektif Undang-Undang Kontrak Islam”, Jurnal Teknologi, 49(E) Dis, hlm.81-91 Ahmad Yahya al-Murtado.1988, Bahr al Zuhar al Jami’ lil Mazahib ulama al-Amsar, Dar al Hikmah al-yamaniah, Sana’, hlm 354 21

Ibn Humam, Kamal al_din Muhammad ibn Abd al-Wahid al-Suyawasi t.th, cet ke-2 Sharh fath alQadir , Beirul Dar-al-Fikr 22

Suruhanjaya Sekuriti.2006, Buku Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti . Kuala Lumpur: Security Commision, hlm.119 23

Ibid hlm. 113

65 tersebut dalam tempoh waktu yang ditetapkan24. Selain dari itu juga ia menurut peruntukan Akta Perlindungan Pengguna 1999 menjelaskan bahawa terma pilihan yang dimaksudkan ini merujuk kepada hak seseorang pengguna dalam sesuatu transaksi bagi tempoh pembatalan atau penerimaan kontrak25. Menurut Wu Min Aun pilihan adalah merujuk kepada hak bagi seseorang pembeli bagi menentukan samada meneruskan kontrak ataupun tidak26. Secara umumnya istilah pilihan yang dijelaskan menunjukkan ia adalah satu hak yang diberikan oleh syarak dan perundangan kepada pihak yang berkontrak samada penjual dan pembeli dalam memastikan transaksi perniagaan berjalan dengan penuh kerelaan kedua belah pihak. Ini menunjukkan bahawa peruntukan hak pilihan ini selaras dengan konsep hak pengguna yang dinyatakan dalam undang-undang pengguna iaitu lapan Hak Pengguna yang menggariskan objektif agar hak pengguna dipelihara27 Dalam menjelaskan tentang kedudukan prinsip dan elemen pilihan dalam undangundang maka perlu meneliti kembali sejauh mana kontrak perundangan yang diperuntukan memberi hak kepada pihak berkontrak untuk melaksanakan hak mereka semasa berkontrak. Justeru pemahaman tentang kedudukan kontrak dan perundangan serta latarbelakang, apakah elemen kontrak yang diperuntukan dalam Akta Kontrak 1950 (Akta 136) telah memberi hak kepada pihak berkontrak untuk melakukan pilihan tersebut. Latarbelakang Undang-Undang Kontrak Undang-Undang kontrak adalah suatu cabang undang-undang persendirian dalam negara ini. Istilah kontrak menurut adalah suatu tafsiran bahawa ditengah-tengah undang-undang kontrak terletak idea tentang persetujuan, janji dan rundingan yang saling berkaitan”.28 Menurut Halsbury’s Law of England29 ungkapan kontrak walaubagaimana pun mungkn boleh digunakan untuk memerihalkan mana-mana satu daripada berikut: a)

Beberapa siri janji atau perlakuan itu sendiri yang menjadikannya kontrak

b)

Dokumen atau beberapa dokumen yang menjadikan atau menerangkan bahawa siri janji atau perlakuan tersebut atau pelaksanaannya

24

Hafiz Shukri, Ruzian Markom, 2013 Pengharmonian Prinsip Khiyar al-rukyah dalam transaksi perniagaan di Malaysia, Jurnal Kanun, DBP 25

Lihat Bahagian VI, Hak Terhadap Pembekal berkenaan dengan gerenti dalam pembekalan barang : Akta Perlindungan Pengguna 1999 26

Wu Min Aun & Beatrix Viohrah.1996, The commercial Law of Malaysia ; Cornell University Press, Hlm 25 27

http://www.kpdnkk.gov.my/pengguna/hak-pengguna

28

Tillotson, Contract Law in Perspective, Butterworths, 1981. hlm 6

29

Halsbury Laws of England, edisi k-4 Jil 4 hlm 80

66 c)

Hubungan undang-undang yang timbul daripada siri tersebut.30

Amalan transaksi atau kontrak adalah suatu tindakan yang dilakukan setiap hari samada disedari ataupun tidak.. Kontrak membeli barangan di kedai-kedaia adalah satu kontrak yang mana penjual bersetuju menjual sesuatu barangan dan pembeli bersetuju membeli barangan yang ditawarkan dengan balasan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Kontrak juga tidak perlu bertulis dan tidak semestinya juga mempunyai terma-terma atau syarat-syarat yang banyak di dalam nya. Dalam menentukan kewujudan dan keesahan sesuatu kontrak, biasanya kita lihat dulu samada wujudnya perjanjian yang boleh dikuatkuasakan undang-undang (legally enforceable). Ini dihuraikan dengan jelas dalam penghakiman Hakim V. C George dalam kes Sri Kajang Rock Products Sdn Bhd v Mayban Finance Bhd31: Untuk membentuk kontrak yang sah mesti ada pihak yang berasingan dan yang pasti dengannya; pihak ini mestilah dalam perjanjian, iaitu, kata sepakat; -dua pihak mesti berhasrat untuk mewujudkan hubungan undang-undang dalam erti kata bahawa janji-janji setiap sisi adalah enforceably semata-mata kerana mereka adalah janji kontrak dan janji-janji setiap pihak mesti disokong oleh pertimbangan. Dari apa yang dinyatakan di atas, kita boleh simpulkan bahawa: 1.

Sebelum wujudnya satu kontrak, perlu adanya satu perjanjian;

2.

Perjanjian itu hendaklah di antara dua atau lebih pihak;

3.

Perjanjian itu hendaklah mewujudkan obligasi untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu;

4.

Terdapat niat-niat dari pihak-pihak terbabit untuk mewujudkan perhubungan di sisi undang-undang dimana…..

5.

sebarang pemecahan janji atau set janji akan memberikan remedi di sisi undang-undang kepada pihak yang satu lagi

6.

Janji atau set janji itu hendaklah juga diiringi oleh balasan (consideration).

Dalam konteks di Malaysia, aplikasi Jualan Barangan secara umumnya terikat dengan peruntukan Akta Jualan Barangan 1957 (Akta 382) selagi mana tidak bertentangan dengan akta kontrak 1950 (Akta 136). Sudah pasti bahawa keterikatan undang-undang yang mengawal selia aktiviti kontrak bukan sahaja undang-undang jualan barangan semata-mata malah juga harus memahami Akta Kontrak 1950 (Akta 136) dan Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599).

30

Sakina Shaikh Ahmad, Azimon Abd Aziz, 2000 Mengenali Undang-Undang kontrak Malaysia, International Law Book service 31

[1992] 1 CLJ 204

67 Akta Kontrak 1950 (Akta 136) Secara umum berlatarbelakangkan sejarah bahawa Akta kontrak di Malaysia adalah dikanunkan dari Contacts Ordinance 195032. Akta Kontrak 1950 (Semakan 1974) dari enakment Contracts (Malay States) Ordinance 1950 yang terdahulu diaplikasi di sembilan negeri, berasal dari undang-undang kontrak India iaitu Akta Kontrak India 1872 yang diubahsuai dari model English yang juga meminjam sebahagian proviso dari kod deraf New York33. Disebabkan sejarah koloni Inggeris bertapak di tanah Malaya suatu ketika dahulu, maka kesannya terhadap sistem perundangan tempatan adalah berpandukan common law merujuk kepada sistem perundangan di England dan India atas faktor sejarah dan kedudukan Majlis Privy yang dulu merupakan mahkamah rayuan tertinggi Malaysia sebelum digantikan dengan Mahkamah Persekutuan 34. Meskipun Malaysia kini mempunyai perundangan kontraknya sendiri iaitu Akta Kontrak 1950 (Akta 136), namun secara asasnya prinsip undang-undang Inggeris yang digunakan. Akan tetapi telah diubahsuai atau dimodifikasikan agar sesuai dengan keadaan tempatan. Akta Kontrak ini adalah berasaskan Akta Kontrak India 1872 yang juga merupakan satu kodifikasi dari common-law Inggeris. Akta 136 adalah satu perundangan terpenting bagi hal-hal komersial di Malaysia. Sebagaimana di dalam common-law, undang-undang kontrak di Malaysia turut mengariskan keperluan yang perlu wujud dalam sesuatu kontrak. Prinsip asas dalam undangundang kontrak adalah bagi satu kontrak itu wujud, maka perlu wujud perjanjian yang SAH dan boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang terlebih dahulu. Di dalam Akta Kontrak 1950 terdapat terma perundangan yang menggariskan elemen hak pilihan yang diberikan kepada pihak-pihak berkontrak. Dalam terma tersebut dinamakan sebagai Pelepasan Kontrak. Dalam sesuatu kontrak adalah menjadi kewajipan kedua belah pihak untuk melaksanakan obligasi yang dipersetujui. Namun hak obligasi itu boleh dilepaskan sekiranya pihak berkontrak tidak dikehendaki melaksanakan kewajipan tersebut mengikut cara-cara dibawah.35 : a)

Pelepasan menerusi persetujuan

b)

Pelepasan dengan pelaksanaan syarat

c)

Pelepasan melalui kemungkiran kontrak

32

Abdul Majid Nabi Baksh & Krishnan Arjunan, Business Law in Malaysia.2007, Lexis Nexis : Malayan Law Journal, hlm. 50 33

Beatrix Vohrah & Wu Min Aun.2000, The Commercial Law of Malaysia, Edisi kedua, Longman, hlm.3. 34

35

Farhah Abdullah, Sakina Shaikh Ahmad, 2011, Fasal Pengecualian dan kawalan undang-undang di Malaysia, Layanan Perundangan, Prosiding Perkem IV hlm 218-227

Harlina Mohamed On, Ruzian Markom, Rozanah Ab Rahman. 1999, Prinsip Undang-Undang Perniagaan di Malaysia, Shah Alam Selangor, hlm. 54

68 d)

Pelepasan melalui kekecewaan36

Akta Jualan Barangan (Akta 382) Akta Jualan Barangan (AJB 1957) adalah merupakan sumber utama undang-undang jualan barangan di Malaysia. Akta ini dinamakan sebagai jualan barangan juga dikenali sebagai Akta 382. Akta ini hanya terpakai di Semenanjung Malaysia. Sebelum ini akta ini adalah merupakan semakan kepada Ordinan Jualan barangan (Negeri-Negeri Melayu) 1957 yang dikuatkuasakan hanya dinegeri-negeri melayu pada 23 Mei 1957. Akta ini telah disemak semula pada 1989 dan diterbitkan semula sebagai akta Jualan Barangan 1957. Namun pada tahun 1990 AJB ini telah dipinda dan diperluas lagi penggunaannya di Negeri-negeri selatan akibat daripada kekeliruan dan persoalan yang tentang kedudukan akta tersebut.AJB 1957 mengandung 7 Bab dan 64 seksyen yang memperuntukan perkara-perkara seperti terma tersirat, klausa pengecualian dan remedi.37 Akta ini juga mengawal urusan kontraktual jualan barangan antara pembeli dan penjual. Peruntukan yang terkandung di bawah AJK 1957 memperlihatkan kesamaan dengan Akta Inggeris Sales of Goods 1893. Namun akta ini dimansuhkan dan diganti dengan Sales of Goods Act 197938 Akta Perlindungan Pengguna (Akta 599) Akta Perlindungan Pengguna 1999 adalah merupakan satu peruntukan bagi melindungi pengguna. Penggubalan akta ini amat penting bagi memastikan hak pengguna terpelihara dan mampu mengatasi sebarang masalah khususnya dalam transaksi perniagaan.Selaras dengan aspirasi negara menggalakkan perdagangan sihat serta membanteras penindasan golongan yang lemah, APP 1999 telah diperkenalkan. Dengan berkuatkuasanya APP 1999 pada 15 November 1999, peruntukan-peruntukan APP 1999 yang menyentuh tentang pembekalan barang kini membentuk sebahagian daripada undang-undang jualan barang di Malaysia.39 Justeru bagi menyahut laungan ini, APP 1999 telah digubal bagi memenuhi tiga tujuan utama yakni, (i) mengadakan peruntukan bagi perlindungan pengguna; (ii) penubuhan Majlis Penasihat Pengguna Negara; dan (iii) penubuhan Tribunal Tuntutan Pengguna.40 Penguatkuasaan AJB APP 1999 pada 15 November 1999 bermakna peruntukan-peruntukan APP 1999 yang menyentuh tentang pembekalan barang kini membentuk sebahagian daripada undang-undang jualan barang di Malaysia.41

36

Ibid. hlm 55

37

Afiq Hizami Azmir, 2013, Pembaharuan Undang-Undang Jualan Barangan di Malaysia, Fakulti Undang Undang, UKM ,Tesis Master, UKM 38

Sakina Shaik Ahmad Yusoff. 2007, Susur galur Undang-Undang Jualan barangan di Malaysia, Undang Undang Malaysia : 50 tahun merentas zaman, Fakulti Undang-Undang UKM. hlm 198-200 39

Zeti Zuryani Mohd Zakuan, Sakina Shaikh Ahmad Yusof, 2011 Gerenti tersirat di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999: Penambahbaikan ke atas kepada syarat tersirat di bawah Akta Jualan Barangan 19577, Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat 40

Sakina Shaikh Ahmad Yuspf, Rahmah Ismail, 2011, Perlindungan Pengguna di bawah UndangUndang pembekalan barangan dan perkhidmatan, Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat 41

ibid

69 Namun demikian pada tahun 2007, untuk lebih memantapkan lagi akta ini pindaan telah dilakukan kepada akta APP 1999 dengan meluaskan lagi kepada e-dagang melalui pemansuhan subseksyen 2(2) (g). Dan pada tahun 2010 pula telah berlaku perubahan besar dengan memperkenalkan Bahagian IIIA berkaitan terma tidak adil. Terma ini bertujuan mengukuhkan lagi tahap perlindungan pengguna di Malaysia. Walau bagaimana pun terma ini menyaksikan berlaku kelompongan yang besar dimana ianya sekadar menambah kepada peruntukan AJB 1957 dan Akta Kontrak 1950 yang mengandungi fasal pengecualian.42 Peruntukan Bab 2 Akta Kontrak 1950 (Akta 136) Akta kontrak 1950 (Akta 136) adalah merupakan satu Akta induk yang menguatkuasakan aspek kontrak di Malaysia. Akta ini merupakan akta utama yang menjadi dasar kepada semua jenis kontrak di Malaysia. Selagi mana sesuatu peruntukan itu tidak bercanggah dengan peruntukan khusus undang-undang maka Akta Kontrak 1950 akan menjadi sumber rujukan.43 Sebagai contoh dalam kes Song Bok Yong vs Ho Kim Poui44, dijelaskan terdapat percanggahan peruntukan antara akta kontrak 1950 degan undang-undang Inggeris , maka Akta Kontrak 1950 diutamakan.45 Dalam konteks sebuah akta yang disifatkan sebagai landasan kepada semua jenis kontrak, maka semua aspek dari segi pembentukan kontrak telah digariskan termasuklah dari segi pembentukan, kontrak boleh batal, pelaksanaan dan sebagainya. Kertas ini akan memfokuskan dalam penulisan ini tentang Bab 2 dalam aspek pembentukan dengan peruntukan bertajuk “Mengenai Komunikasi, Penerimaan dan Pembatalan Cadangan. Menurut Akta Kontrak 1950 (Akta 136) ini yang memperuntukan tentang tajuk Mengenai Komunikasi, Penerimaan dan Pembatalan Cadangan. Bahagian ini memperuntukan bermula seksyen 3 hingga 9 yang menghuraikan tentang aspek-aspek berkaitan dengan komunikasi, penerimaan dan pembatalan cadangan dalam berkontrak. Menurut seksyen 3 dalam tajuk Komunikasi, penerimaan dan pembatalan cadangan menyatakan bahawa: Komunikasi cadangan, penerimaan cadangan, pembatalan cadangan dan pembatalan penerimaan masing-masing adalah dianggap dibuat dengan manamana perbuatan atau ketinggalan perbuatan oleh pihak yang mencadang, yang menerima atau yang membatalkan dengan mana pihak itu berniat untuk mengkomunikasikan cadangan, penerimaan atau pembatalan itu atau yang

42

Farhah Abdullah& Sakina Shaikh Ahmad Yusoff, 2013, Fasal pengecualian dalam kontrak pengguna di malaysia dan united kingdom. Analisis Perbandingan Legislatif. Proceeding of International Conference on Consumerism. hlm 356. 43

Ini dijelaskan secara langsung melalui sekseyn 1 (2) “ Tiada apa-aa yang terkandung dalam Akta ini boleh menyentuh peruntukan mana-mana akta bertulis atau mana-mana kelaziman atau adat trend atau sebarang perkara yang berkaitan dengan mana-mana kontrak yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta” 44 45

[1968] 1 MLJ 56

Suzana Mohd Isa, Azimon Abd Aziz, 2011, Undang-undang Kontrak Malaysia: Keterbatasan Pemakaian Dalam Kontrak Pengguna, Jurnal Pengurusan 32 (2011) ms 39-53

70 pembatalan itu atau yang mempunyai akibat untuk mengkomunikasi cadangan itu.46 Dalam konteks maksud kontrak menurut undang-undang sivil bahawa sesuatu kontrak itu haruskan berlaku dengan memenuhi elemen-elemen asas yang perlu termasuklah:47 a)

Wujudnya tawaran atau perjanjian yang dibuat oleh seseorang dan ditujukan kepada individu tertentu atau ditujukan kepada orang ramai

b)

Terdapat penerimaan atas tawaran yang dibuat dan penerima tawaran bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan

c)

Pihak yang berkontrak haruslah berkeupayaan untuk memasuki sebuah kontrak

d)

Ada niat diantara pihak yang terbabit untuk menjadikan sesebuah perjanjian tersebut mengikat disisi undang-undang

e)

Wujud kerelaan untuk memasuki kontrak tanpa sebarang paksaan, pengaruh tak berpatutan dan khilaf

f)

Semua butiran dalam kontrak perlu jelas dan tentu maksudnya.

Justeru keperluan utama sesuatu kontrak terbentuk adalah perjanjian. Oleh kerana itu perlu wujud dua pihak bagi membentuk perjanjian iaitu satu pihak sebagai pembuat tawaran dan satu pihak lagi sebagai penerima tawaran. Ini kerana menurut undangundang kontrak jika berlaku satu pihak sahaja maka tidak memadai.48 Untuk mewujuddkan satu kontak itu sah disisi undang-undang kontrak memerlukan beberapa elemen penting: a)

Cadangan

b)

Penerimaan

c)

Balasan

d)

Niat mewujudkan hubungan disisi undang-undang

e)

Keupayaan

f)

Kerelaan Bebas

46

Seksyen 3 Akta Kontrak 1950 (Akta 136)

47

Salleh Buang, Nordin Torji, 1992 Undang-Undang Kontrak di Malaysia, Kuala lumpur, Central Law Book Company 48

Mohamad Sabri, Shapiai Abd rahman, 1996 Asas-Asas Undang-Undang Perniagaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

71 g)

Keesahan kontrak49

Justeru penulis menggariskan dan menghuraikan definisi Bab 2 Akta Kontrak yang menjelaskan kedudukan kontrak termasuklah mengenai komunikasi, penerimaan dan pembatalan cadangan. Bab 2 ini menjadi asas yang sangat penting terhadap status kontrak khiyar yang menjadi topik utama penulis ini untuk menganalisa bagaimana terma dan peruntukan dalam Bab ini menghuraikan unsur-unsur yang bertepatan dan bersamaan dengan prinsip khiyar menurut hukum kontrak Islam. Pembentukan Sebuah Kontrak Pembentukan sesuatu kontrak adalah merupakan satu persetujuan antara pihak yang berkontrak. Menurut takrifan undang-undang bahawa dalam sekseyn 2 (h) Akta Kontrak 1950 (Akta 136) bahawa kontrak ditakrifkan sebagai satu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang. Takrifan ini juga dapat dikemaskan lagi penghuraiannya dengan merujuk juga kepada seksyen 10 Akta Kontrak 1950 yang memperuntukan bahawa: Satu perjanjian perlu dibuat dengan prinsip kerelaan bebas pihak-pihak yang layak berkontrak, untuk sesuatu balasan yang sah dan dengan suatu tujuan yang sah dan tidak ditetapkan dengan nyata dibawah peruntukan ordinan ini bahawa ianya terbatal. Namun demikian sesuatu kontrak sebelum ianya termeterai, elemen-elemen utama sesuatu kontrak untuk menjadikan ianya sah perlu dipastikan wujud. Sesuatu kontrak perlu mempunyai tawaran atau cadangan, penerimaan, balasan, niat, keupayaan untuk berkontrak, ketentuan, kerelaan bebas dan tujuan yang sah.50 Menurut Islam dan undang-undang syariah menggariskan empat unsur utama dalam pembentukan kontrak dan menjadikan ianya sah dalam sesebuah kontrak. Menurut Wahbah Zuhaily bahawa empat unsur tersebut seperti berikut: a)

Lafaz Kontrak – wujudnya pembuat tawaran dan penerimaan dan perlu suatu yang lahir daripada dua pihak yang berkontrak bagi menunjukkan niat secara lafaz, perbutan, isyarat atau tulisan

b)

Pihak yang berkontrak – Pihak yang berkontrak perlulah berkelayakan menurut pandangan syarak

c)

Tempat kontrak – iaitu keadaan tempat pihak berkontrak membuat kontrak

d)

Perkara kontrak51

49

Sakina Shaik Ahmad, Azimon Abd Aziz, 2000, Mengenali Undang-Undang Kontrak Malaysia, International Law Book Service 50

Shaikh Mohd Noor Alam, 2000 Undang-Undang Komersil di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL 51

Wahbah Zuhaily, 1995, Fiqh Perundangan Islam. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

72 Komunikasi Cadangan (Seksyen 4, Akta Kontrak 1950) Di dalam seksyen 2(a) Akta kontrak 1950 menjelaskan tentang maksud cadangan : Apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada orang lain untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan sesuatu dengan maksud memperoleh persetujuan orang itu untuk berbuat sesuatu atau menahan diri daripada berbuat sesuatu, maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu membuat cadangan.52 Akta Kontrak memperuntukan seksyen 4 (1) berkenaan dengan komunikasi cadangan bila lengkap. Menurut Seksyen ini komunikasi cadangan adalah lengkap, bila cadangan itu sampai kepada pengetahuan pihak kepada siapa cadangan itu dibuat. Menurut seksyen 4 (2): (a)

terhadap pencadang, bila komunikasi penerimaan itu telah masuk ke dalam perjalanan pengiriman kepadanya dimana ianya berada diluar kuasa penerima

(b)

terhadap penerima bila komunikasi tersebut telah sampai ke pengetahuan pencadang.

Ini bermaksud cadangan menurut perspektif kontrak adalah sesuatu cadangan dan penerimaan itu mestilah mengetahui ianya wujud. Pengetahuan ini menggambarkan wujudnya pertemuan minda antara kedua belah pihak yang telah mencapai persetujuan. Oleh itu setiap cadangan adalah berkehendakkan penerimaan dan suatu penerimaan mestilah berdasarkan cadangan.53 Dalam satu kes Preston Corporation Sdn Bhd lwn Edrward Leong dan Lain-Lain54, Hakim Salleh Abas mendefinisikan tawaran dan cadangan sebagai satu kesediaan membuat tawaran untuk menjalin sesuatu kontrak yang sah mengikut undang-undang. Terma-terma seperti secara nyata ataupun termaklum hendaklah menunjukkan bahawa ia akan menjadi mengikat sebaik sahaja diterima oleh pembuat tawaran ia perlulah mengandungi janji dan mengikat. Penerimaan Cadangan (Seksyen 7, Akta Kontrak 1950) Penerimaaan Cadangan bermaksud tanda kesediaan seseorang yang telah menerima cadangan untuk menjalin satu hubungan kontrak dengan pihak yang membuat cadangan. 55 Menurut Seksyen 2(b) Akta Kontrak 1950 menjelaskan bahawa apabila orang kepada sesiapa cadangan itu dibuat menyatakan persetujuan dengan cadangan

52

Seksyen 2, Akta Kontrak 1950

53

Sakina Shaikh Ahmad, Azimon Abd Aziz, 2000. Mengenali Undang-Undang Kontrak Malaysia, International Law Book of Services 54 55

[1982] 2, MLJ 22

Sakina Shaikh Ahmad, Azimon Abd Aziz, 2000, Mengenali Undang-Undang Kontrak di Malaysia, International Law Book Services

73 itu maka bolehlah dikatakan bahawa cadangan itu diterima, maka suatu cadangan diterima itu adalah menjadi janji.56 Menurut Seksyen 7 (a) Akta Kontrak 1950 telah menyatakan denga jelas bahawa: Untuk menjadikan sesuatu cadangan itu sebagai janji maka penerimaan mestilah mutlak dan tidak bersyarat. Cadangan (Ijab)dDan Penerimaan (Qabul) menurut Islam Komunikasi cadangan dan penerimaan atau dengan kata lain syarat utama pelaksanan cadangan dan penerimaan itu terbahagi kepada 3: a)

Jelas perbuatan cadangan dan penerimaan

b)

Cadangan dan penerimaan perlu selari iaitu sesuatu penerimaan perlu mengikut ketentuan cadangan

c)

Cadangan dan penerimaan hendaklah dibuat dalam satu majlis jika kedua-dua pihak berkontrak hadir dalam majlis dimana pihak yang tifdak hadir mengetahui kewujudan penerimaan itu

Pembatalan Penerimaan Dan Cadangan (Seksyen 5 Akta Kontrak) Menurut Akta Kontak 1950 atas tajuk Pembatalan cadangan dan penerimaan berdasarkan peruntukan di bawah seksyen 5 menjelaskan: Seksyen 5: 1)

Sesuatu cadangan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi penerimaan adalah lengkap terhadap pencadang, tetapi tidak selepasnya

2)

Sesuatu penerimaan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi itu adalah lengkap terhadap penerima tetapi tidak selepasnya.

Pembatalan mestilah dikomunikasikan kepada pihak yang terlibat dalam sesuatu perjanjian. Berdasarkan seksyen 4(3) Akta Kontrak 1950 komunikasi pembatalan menjadi lengkap:

56

a)

terhadap orang yang membuat pembatalan , bila komunikasi pembatalan itu telah dimasukkan ke dalam perjalanan pengiriman kepada siapa pembatalan itu dibuat dimana ianya berada diluar kuasa orang yang membuatnya:

b)

terhadap orang kepada siapa yang ianya dibuat, bila pembatalan itu sampai kepada pengetahuan.

Seksyen 2 (b) Akta Kontrak 1950

74 Dalam kes Win Sin Lwn Lembaga Penduduk Pembangunan Keluarga (LPPKN)57, Mahkamah tinggi telah memutuskan bahawa komunikasi pembatalan menjadi lengkap terhadap orang yang membuat pembatalan apabila notis pembatalan tersebut di masukkan ke dalam perjalanan pengiriman kepada siapa pembatalan itu dibuat manakala komunikasi pembatalan menjadi lengkap kepada siapa pembatalan dibuat adalah apabila pembatalan itu sampai ke pengetahuannya.58 Dalam pada itu juga pembatalan ke atas penerimaan hanya boleh dilakukan sekiranya penerima belum sempurna. Berdasarkan seksyen 5 (2) Akta Kontrak 1950 yang menjelaskan bahawa penerima boleh menarik balik penerimaannya walaupun beliau telah mengepos penerimaan asal surat itu belum sampai ke pengetahuan pembuat tawaran. Berdasarkan kepada Akta Kontrak 1950 sesuatu cadangan itu dianggap terbatal adalah diatas sebab-sebab berikut : a)

Apabila pencadang mengkomunikasi notis pembatalan kepada penerima cadangan

Ini bermaksud bahawa apabila pencadang menyampaikan hasratnya kepada penerima bahawa beliau membatalkan cadangan tersebut maka cadangan sebelum itu dianggap tamat dan berakhir bila diketahui oleh penerima. Ini ditetapkan menurut peruntukan seksyen 4 (3) Akta Kontrak 1950: Komunikasi Pembatalan adalah lengkap apabila: a)

terhadap orang yang membuat pembatalan bila komunikasi pembatalan itu dimasukkan dalam perjalanan pengiriman kepada siapa pembatalan itu dibuat, dimana ianya berada diluar kuasa orang yang membuatnya;

b)

terhadap orang kepada siapa yang ianya dibuat, bila pembatalan itu sampai kepada pengetahuannya.59

Oleh itu, secara umumnya pencadang boleh membatalkan cadangannya pada bila-bila masa sebelum sesuatu penerimaa dibuat oleh si penerima cadangan. Dalam kes Routledge v.Grant 60yang berlaku pada 18 Mac 1825 defendan telah membuat cadangan utuk membeli rumah plaintif. Defendan telah memberi tempoh kepada plaintif selama 6 minggu dari tarikh cadangan untuk menerima cadangan yang dibuatnya. Walau bagaimanapun pada 9 April defendan telah membatalkan cadangannya. Pada 29 April plaintiof telah membuat penerimaan kepada cadangan tersebut. Mahkamah memutuskan bahawa defendan boleh membatalkan cadangannya pada bila-bila masa selagi belum ada penerimaan dibuat oleh plaintif.61

57

[2000] 1 MLJ 423

58

Ahmad Samsul Aziz, 2000 Elemen Tawaran dan Penerimaan dalam pembentukan kontrak Jual Beli Perspektif Undang-Undang Sivil dan Syariah 59

Seksyen 4(3) Akta Kontrak 1950

60

[1825] 130 ER 920 Lihat juga kes Dickson v. Dodds [1876] 2 ChD 463

61

Sakina Shaikh Ahmad, Azimon Abd Aziz, 2000 Mengenali Undang_undang Kontrak Malaysia, International Law Book Serrvices

75 b)

Apabila luput waktu yang ditetapkan untuk satu penerimaan

Selain daripada itu sesuatu cadangan itu boleh terbatal atas faktor keluputan waktu dimana pencadang menetapkan satu tempoh tertentu untuk suatu penerimaan dibuat tetapi ianya tidak dibuat dalam tempoh ditetapkan.62 Oleh itu cadangan itu akan tamat secara automatik jika tiada tempoh tertentu oleh pencadang. Dalam keadaan bila tiada batas waktu, maka cadangan itu akan luput mengikut wakut yang munasabah. Waktu munasabah mengikut kebiasaan dan fakta kes secara keseluruhan. c)

Berlaku kemungkiran kontrak oleh penerima mengenai syarat penerimaan

Selain dari itu juga sesuatu cadangan adalah dibatalkan jika berlaku kemungkiran kontrak oleh penerima untuk memenuhi sayarat terdahulu mengenai penerimaan. Sesuatu cadangan itu akan berakhir apabila penerima cadangan menolak sesuatu cadangan yang ditujukan kepadanya. Menurut Seksyen 7 Akta Kontrak 1950 : Untuk menjadikan sesuatu cadangan itu sebagai satu janji maka penerimaan itu mestilah:(a)

Mestilah mutlak dan tak bersyarat

Ini bermakna sebarang penolakan daripada cadangan asal adalah sebagai satu cadangan balas oleh penerima kepada pembuat cadangan. Dalam kes Hyde b. Wrench63 pada 6 Jun , defendan telah membuat cadangan utuk menjual ladangnya dengan harga 1000. Pada 8 Jun , plantif menyatakan bahawa beliau menerima cadangan tersebut dengan harga 950 tetapi ada 27 Jun defendan telah menolak harga tersebut. Akhirnya pada 29 Jun plaintif menyatakan kesanggupannya membeli dengan harga asal 1000. Apabila defendan enggan menjualnya planitif telah membuat tuntutan pelaksanaan spesifik keatasnya. Mahkamah memutuskan bahawa satu kontrak yang mengikat tidak wujud kerana ada nya cadangan balas plaintif telah meluputkan cadangan asal plantif dan cadangan tidak boleh dihidupkan semula semata-mata kesanggupan plaintif membayar mengikut harga asal.64 Namun dalam konteks pembatalan kontrak menurut hukum kontrak Islam pembatalan terhadap cadangan adalah berlaku apabila ada pihak yang menunjukkan keengganan meneruskan kontrak tersebut. Begitu juga jika pencadang meninggalkan majlis sebelum penerima menerima cadangan tersebut maka cadangan itu menjadi batal. Namun jika selepas majlis kontrak tersebut pihak penerima ingin membuat penerimaan atas cadangan sebelum ini pihak pencadang berhak menolak kerana cadangan telah terputus.

62

ibid

63

[1866] LR 1 Ex 109

64

Sakina Shaikh Ahmad, Azimon Abd Aziz, 2000 Mengenali Undang-Undang Kontrak Malaysia, International Law Book Services.

76 d)

Atas kematian atau sakit otak pencadang jika sakit fakta kematian atau sakit otak itu diketahui oleh penerima sebelum penerimaan

Sesuatu cadangan juga boleh berakhir jika pencadang meninggal atau sakit otak dan ianya diketahui oleh penerima. Dalam peruntukan ini jelas menunjukkan bahawa cadangan berakhir jika berlaku kematian dan sakit otak. Namun dilihat kepada seksyen 6(d) Akta Kontrak 1950 memperuntukan bahawa kematian tersebut mesti diketahui sebelum penerimaan dibuat. Aplikasi Elemen Khiyar dalam Kontrak Berkaitan Jualan: Satu Analisa Berdasarkan penjelasan tentang Akta Jualan Barangan 1957 (Akta 382) dan Undangundang perlindungan pengguna 1999 seperti di atas, artikel ini juga akan melihat sejauh mana terma yang terdapat dalam akta tersebut memberi ruang kepada hak khiyar (pilihan) kepada pengguna dan penjual sejajar dengan hukum syarak yang diperuntukan. Bagi undang-undang kontrak Islam hak kedua belah pihak harus diberikan agar kepentingan mereka dipelihara. Ini berdasarkan hak kepentingan bersama yang menuntut kepada kedudukan suka sama suka tanpa sebarang penipuan.65 Merujuk kepada Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa : “sesuatu cadangan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi penerimaannya adalah lengkap terhadap pencadang, tetapi tidak selepasnya.”66 Berdasarkan kenyataan dalam akta ini menunjukkan bahawa ia berlakunya proses tawar menawar iaitu khiyar qabul67 dan khiyar ruju’68 dimana kedudukan khiyar ini sejajar pandangan Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki. Ini bermakna pembatalan akad dalam kontrak tidak boleh berlaku kerana telah sempurna akadnya. Ini berbeza dengan pandangan Mazhab Shafie dan Hanbali dimana masih wujud lagi khiyar Majlis selagi mana pihak yang berkontrak masih berada bersama-sama dalam majlis. Oleh yang demikian ini bermakna kontrak tidak mengikat sehinggalah kedua-dua pihak beredar atau menolak pilihan tersebut.69 Khiyar ini termasuklah dalam konsep mu’awadat (komitmen bersama) seperti kontrak jualan, sewaan dan sulh (penyelesaian).70 Maka secara umumnya dapat dilihat bahawa peruntukan pembatalan kontrak jual beli berdasarkan akta kontrak adalah tidak menepati khiyar majlis di dalamnya berdasarkan hukum Islam.

65

Al-Quran : Nisa: 29

66

Akta Kontrak1950 (Akta 136), bahagian 5, hlm. 14.

67

Khiyar qabul bermaksud hak memilih bagi penerimaan tawaran kerana penerimaan tidak boleh dipaksa 68

Khiyar ruju’ bermaksud pembuat tawaran memiliki khiyar al-ruju’ kerana jika penerimaan tidak mesti maka begitu juga dengan tawaran 69

Ala-Eddin Kharofa, 2007. Transaksi Dalam Perundangan Islam :Terjemahan: Hailani Muji Tahir.ITBM.hlm73 70

ibid

77 Begitu juga penulis meneliti pula aspek syarat yang digunakan dalam Akta Kontrak 1950 yang merujuk kepada perkara 6 (b) yang mana ia menyatakan: “sesuatu cadangan adalah dibatalkan dengan luputnya waktu yang telah ditetapkan dalam cadangan itu mengenai penerimaannya, atau, bila waktu tidak ditetapkan sedemikian, dengan luputnya waktu yang munasabah, tanpa komunikasi penerimaan itu.71 Dalam aspek hukum syarak, Islam telah memberikan ruang khiyar shart yang memperuntukan tempoh dalam berkontrak samada mahu meneruskan atau membatalkannya. Di dalam khiyar shart, penjual dan pembeli diberikan tempoh tertentu seperti tiga hari untuk membatalkan transaksi jual beli.72 Sekiranya tempoh yang diberikan itu sudah berlalu, lalu tiadanya pembatalan jual beli, maka dengan sendirinya jual beli itu menjadi sah dan sempurna. Penjual dan pembeli pula tiada ruang selepas itu untuk membatalkan jual beli tanpa persetujuan antara kedua-dua pihak. Namun, berdasarkan kepada akta kontrak, lain pula yang berlaku iaitu apabila tempoh masa yang telah ditetapkan telah tamat, manakala pembatalan terhadap jual beli masih tidak dilakukan, maka dengan sendirinya jual beli itu terbatal. 73 Dalam pada itu juga jika diteliti menurut khiyar ‘aib, sememangnya terdapat ruang yang luas untuk diaplikasi dalam undang-undang jualan barangan di Malaysia. Sememangnya terdapat banyak perkara yang membolehkan khiyar ini dapat dilaksanakan. Misalnya pada bahagian kedua di bawah tajuk: “Perlakuan Mengelirukan Dan Memperdaya, Represantasi Palsu Dan Amalan Tidak Saksama”, menurut seksyen ke-10 (1) :(a) “Tiada seorang pun boleh membuat representasi palsu atau mengelirukanbahawa barang itu adalah daripada jenis, standard, kualiti, gred, kuantiti, komposisi, gaya atau model tertentu.74 Undang-undang Malaysia secara khusus tidak menyenaraikan syarat-syarat terperinci seperti dalam undang-undang Islam. Walau bagaimanapun pihak yang berkontrak boleh melaksanakan khiyar aib bila hak dan jaminan sepatutnya dimiliki telah dicabuli. Di dalam undang-undang Malaysia telah menyenaraikan hak dan jaminan yang menjurus kepada hak pengguna dan pembeli75. Terdapat beberapa ciri utama yang wajar di berikan perhatian antaranya jaminan tersirat barangan, kecacatan

71

Akta Kontrak1950 (Akta 136), bahagian 6, hlm. 14

72

Ala-Eddin Kharofa, 2007. Transaksi Dalam Perundangan Islam : Terjemahan: Hailani Muji Tahir.ITBM, hlm. 76 73

74 75

Mohd Murshidi Mohd Noor, Ishak Suliaman, Khadher Ahmad, Fauzi Deraman, Mustaffa Abdullah, Faisal Ahmad Shah, Mohd Yakub Zulkifli Mohd Yusoff, Monika Munirah Abd Razzak, Jilani Touhami Meftah, Sedek Ariffin, Ahmad K. Kasar and Mohd Roslan Mohd Nor.2013, The Rights of Khiyar (Option) in the Issue of Consumerism in Malaysia ,Middle-East Journal of Scientific Research 13 (2): 154-161 Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599), Seksyen 10(1)(a), hlm. 13

Seksyen 31-38 Akta Pelindungan Pengguna 1999 (akta 599) Peraturan-peraturan dan seksyen 14-16 Akta Jualan barangan 1957 (akta 382)

78 tersembunyi, penipuan, kecacatan kekal dan pembeli tidak rela serta tidak bersetuju dengan kecacatan tersebut. Jaminan Kualiti Barangan dan Kepentingan Khiyar (Pilihan) Transaksi jual beli di pusat membeli belah samada melibatkan premis yang melibatkan jual beli dalam urusniaga yang berskala besar dan kecil adalah merupakan salah satu transaksi yang paling besar dan paling kerap dilaksanakan kini, yang melibatkan semua peringkat. Walaupun pada asasnya kepelbagaian transaksi jual beli khasnya dalam pusat membeli belah telah memenuhi hak kepenggunaan antaranya ialah hak untuk mendapatkan keperluan asas76, namun telah menimbulkan pelbagai masalah dan polemik yang menuntut pihak berwajib melestarikan hak pengguna dalam pelbagai matra demi untuk menjamin hak-hak sebagai pengguna dipelihara.Sebagai contoh, aduan yang telah diterima oleh. Menurut Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menerima 34,381 aduan daripada pengguna mengenai pembelian barangan dan perkhidmatan yang membabitkan kerugian sebanyak RM250 juta pada tahun 201077. Antara contoh jaminan kualiti yang boleh digambarkan berdasarkan aduan berikut menggambarkan situasi sebenar yang berlaku; I have purchased some clothes from the shop. As I was rushing to catch a plane, I told the shop attendant that I don't have the time to try all the clothes. However, the shop attendant told me that the clothes can be changed. After my trip, I tried the clothes but some of them could not fit. I went to the shop again for an exchange for other sizes but they don't have the size for the items specified. The shop attendant now told me that it is the company's policy that goods sold are not returnable, refundable or exchangeable. There was no clear sign indicating that earlier on, however, there are indications of the receipt of that, which consumers can only see after the purchase. I feel that I have been cheated into purchasing the clothes as I could have just walked away from the purchase or come back another time. Now I have 7 items that could not be worn.78 (Terjemahan: “Saya telah membeli beberapa pakaian dari kedai. Saya telah bergegas untuk menaiki kapal terbang, saya memberitahu atendan kedai yang saya tidak mempunyai masa untuk mencuba semua pakaian. Walau bagaimanapun, atendan kedai memberitahu saya bahawa pakaian boleh

76

Berdasarkan Akta Kepenggunaan, terdapat sebanyak 8 asas hak pengguna dalam transaksi jual beli, iaitu ; Hak untuk mendapatkan keperluan asas, hak untuk mendapatkan keselamatan, hak untuk mendapatkan maklumat, hak untuk membuat pilihan, hak untuk bersuara, hak untuk mendapatkan ganti rugi, hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna, hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat. Sumber daripada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC). http://www.nccc.org.my/v2/index.php/portal-pengguna/hak-hak-pengguna. 1 November 2011. 77

http://www.nccc.org.my/v2/index.php/nccc-di-pentas-media/pentas-media-2011/1695-nccc-terima34381-aduan-babitkan-kerugian-rm250-juta-tahun-lepas 78

http://www.nccc.org.my/v2/index.php/aduan-pengguna/arkib-2010/163-others/1528-complaints-thegoods-sold-are-not-returnable-refundable-or-exchangeable

79 dipulangkan. Selepas perjalanan saya, saya mencuba pakaian tetapi sesetengah daripadanya tidak muat. Saya pergi ke kedai lagi untuk pertukaran untuk saiz lain tetapi mereka tidak mempunyai saiz untuk item tertentu. Atendan kedai kini memberitahu saya bahawa dasar syarikat bahawa barang yang dijual tidak boleh dipulangkan, dikembalikan atau ditukar. Tiada tanda-tanda jelas yang menunjukkan bahawa sebelum ini, tetapi, terdapat tanda-tanda penerimaan itu, dimana pengguna hanya boleh melihat selepas pembelian. Saya rasa saya telah ditipu semasa membeli pakaian kerana saya boleh hanya berjalan jauh dari pembelian atau kembali masa yang lain. Sekarang saya mempunyai 7 perkara yang tidak boleh dipakai) Dalam hal ini, pengguna berhak untuk menuntut ganti rugi berdasarkan kelemahan mahupun kecacatan yang terdapat pada barangan yang telah dibeli. Namun situasi yang membelenggu dalam transaksi jual beli di pasar raya pada hari ini bukan sahaja menyusahkan pengguna malah tidak mengendahkan tuntutan terhadap hak pengguna sebaliknya meletakkan kesilapan dan kekurangan terhadap pengguna secara mutlak. Justeru jika dilihat dalam konteks muamalat Islam, konsep khiyar adalah merupakan indikasi terbaik sebagai solusi dalam masalah yang timbul dalam transaksi jual beli. Elemen Khiyar Aib Dalam Isu Barangan Rosak Manakala dalam situasi di atas, konsep khiyar ‘aib79 pula adalah sebagai jalan penyelesaian yang menjamin hak pengguna dalam bermuamalah. Sekiranya barang yang terikat dalam transaksi tidak memenuhi kegunaan asalnya dan mengurangkan nilai pasarannya atau tidak memenuhi syarat kegunaan yang sepatutnya, maka ketika itu pengguna yang ‘berkontrak’ mempunyai hak khiyar ‘aib. Manakala dalam mazhab Maliki, pilihan ini juga dinamakan Khiyar Naqisah80’. Ini kerana kekurangan yang terdapat dalam situasi telah jelas mengurangkan nilai barang tersebut. Sudah menjadi kaedah umum bahawa pengkhianatan atau penipuan tidak boleh wujud dalam urusan jual beli. Ini menjamin keselamatan dalam aspek jual beli. Keselamatan tidak wujud sekiranya terdapat kecacatan mahupun kekurangan dalam penjualan sesuatu barang. Dalam situasi ini, peruntukan Akta Perlindungan Pengguna 1999 di bawah seksyen 32 (1), (2), (3), (4) dan sekseyn 68 (1), (2) juga menjadi batu asas melindungi hak pengguna yang mana dikatakan: “Jika barang dibekalkan kepada pengguna, maka hendaklah tersirat suatu gerenti bahawa barang itu adalah daripada kualiti boleh diterima, 81; Jika apa-

79

Khiyar ‘Aib dari segi literalnya ialah jika seseorang membeli barang yang mengandung aib atau cacat dan ia tidak mengetahuinya hingga si penjual dan si pembeli berpisah, maka pihak pembeli berhak mengembalikan barang dagangan tersebut kepada si penjualnya. Dan syarat penetapan khiyar al-‘Aib ialah i. Memastikan kecacatan terhadap sesuatu barang telah lama (telah berlaku tanpa diseadari), ii. Kecacatan barang menyebabkan kerugian terhadap pembeli, dan iii. Kualiti barang tidak selaras dengan nilai yang diperuntukkan. Lihat Mustafa al-Khin et. all. (2008), 80

Khiyar Naqisah bermaksud ialah khiyar yang disebabkan adanya perbezaan dalam lafaz atau adanya kesalahan dalam perbuatan atau adanya pengantian. 81

Akta 599, Akta Perlindungan Pengguna 1999, Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang, Malaysia Di Bawah Kuasa Akta Penyemakan Undang-Undang 1968, Kuala Lumpur, Percetakan Nasional Malaysia Berhad, hlm. 39-40.

80 apa kerosakan disebabkan keseluruhannya atau sebahagiannya oleh kecacatan pada sesuatu keluaran, orang yang berikut hendaklah menanggung liabiliti bagi kecacatan itu82” Justeru, khiyar aib telah menginterpretasikan kesempurnaan muamalat Islam. Ini kerana kesempurnaan sesuatu barang adalah penting dalam kontrak jual beli demi untuk menjamin kepuasan dan kepentingan kedua-dua pihak (penjual dan pembeli) dan juga mengimbangi kecacatan sesuatu barangan. Perlu diingat bahawa tegahan Allah s.w.t yang dirakamkan melalui Surah al-Nisa’ ayat 29 jelas menunjukkan larangan pengambilan wang secara haram dan memerintahkan supaya manusia melakukan perniagaan secara reda meredai. Kesimpulan Secara umumnya artikel ini menunjukkan bahawa aplikasi konsep khiyar di dalam akta sedia ada khususnya Akta Kontrak 1950 (Akta 136) adalah tidak menyeluruh dengan tidak memperuntukkan tentang peraturan khiyar dalam penghuraiannya. Penulis mendapati bahawa beberapa peruntukan dah seksyen menepati unsur dan konsep khiyar ‘aib walaupun begitu dikenalpasti terdapat banyak isu yang timbul kepada pengguna di berbagai peringkat yang perlu untuk diberikan penyelesaian mengenainya. Sesungguhnya pemerkasaan undang-undang di dalam kontrak jual beli khususnya dalam pemakaian Akta Kontrak 1950 (Akta 136) perlu untuk diperkemaskan dan merujuk kepada undang-undang kontrak sebagaimana yang diperuntukkan di dalam hukum Islam bagi menjamin kebajikan kedua belah pihak yang melakukan transaksi jual beli. Namun demikian, realiti semasa perlu diambilkira di dalam mengimplementasikan hukum Islam untuk diamalkan. Aplikasi khiyar dalam undang-undang kontrak boleh diperluas dan diperkemas bagi menjamin hak mereka yang berkontrak agar selaras dengan prinsip muamalat Islam. Pengharmonian undangundang Islam dengan undang-undang kontrak di Malaysia mampu untuk memberi garis keluar kepada sebarang masalah samada berkaitan transaksi dan mengembalikan hak dan tanggungjawab penjual dan pembeli selari dengan tuntutan syarak. Rujukan ‘Abd Aziz Muhammad ‘Azzam.2010, Fiqh al-Muāmalat : Sistem Transaksi dalam Fiqh Islam Jakarta Amzah ‘Abd Sattar Abu Ghuddah. 1985, al-Khiyār wa athāruhu fi al-‘Uqūd, Matba’ah Maghawiy Dallah Barakah. hlm, 118 Al-Ahkām Al-‘Adliyyah (Undang-Undang Sivil Islam) Terjemahan: Md Akhir Hj Yaakob. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (1990) Perkara 300 dan 301, Fasal pertama Bab keenam, hlm 89 Ala-Eddīn Kharofa, 2007. Transaksi Dalam Perundangan Islam: Terjemahan: Hailani Muji Tahir. ITBM, hlm. 76.

82

Ibid hlm 63-64

81 Al-Shalabi, Muhammad Mustaffa, 1983, al-Madkhal Fi al-Ta’ārif bi al-Fiqh al-Islāmi wa Qawāid al-Milkiyyah wa al-Uqūd Fihi, hlm 595 Ahmad Yahya al-Murtadho.1988, Bahr al-Zuhar al Jamī’ lil Mazāhib ulama alAmsar, Dār al Hikmah al- Yamāniah, Sana’, hlm 354 Afiq Hizami Azmir, 2013, Pembaharuan Undang-Undang Jualan Barangan di Malaysia, Fakulti Undang-Undang, Unpublised Tesis Master, UKM Beatrix Vohrah & Wu Min Aun, The Commercial Law of Malaysia, Edisi kedua, Longman, 2000, hlm.3. Farhah Abdullah, Sakina Shaikh Ahmad, 2011, Fasal Pengecualian dan kawalan undang-undang di Malaysia, Layanan Perundangan, Prosiding Perkem IV hlm 218-227 Hafiz Shukri, Ruzian Markom.2013, Pengharmonian Prinsip Khiyar al-ru’yah dalam Transaksi Perniagaan di Malaysia, Jurnal Kanun, DBP Harlina Mohamed On, Ruzian Markom, Rozanah Ab Rahman. 1999, Prinsip Undangundang Perniagaan di Malaysia, Shah Alam Selangor, hlm. 54 Imam Taqiuddin Abu Bakar bin Muhammad al-Husaini.1994, Kifāyatul Akhyār fi alHal Qayah al-Ikhtiṣar. jil.1. Maktab Buhuṣ Wa al-Dirāsat : Darul Fikr, h.203 Ibn Humam, Kamāl al-Din Muhammad ibn Abd al-Wāhid al-Suyāwasi t.th, cet ke-2, Sharh Fath al-Qādir, Beirul Dar-al-Fikr. Mohd Murshidi Mohd Noor, Ishak Suliaman, Khadher Ahmad, Fauzi Deraman, Mustaffa Abdullah, Faisal Ahmad Shah, Mohd Yakub Zulkifli Mohd Yusoff, Monika Munirah Abd Razzak, Jilani Touhami Meftah, Sedek Ariffin, Ahmad K. Kasar and Mohd Roslan Mohd Nor .2013, The Rights of Khiyar (Option) in the Issue of Consumerism in Malaysia Middle-East Journal of Scientific Research 13 (2): 154-161 Mohammed Obaidullah.2002, “Islamic Risk Management: Towards Greater Ethics and Efficiency”, International Journal of Islamic Financial Services, Vol.3, No.4, h.1-18 http://www.iiibf.org/journals/journal12/obaidvol3no4.pdf 21 Disember 2011. M.Nadratuzzaman Hosen dan AM. Ali Hasan.2007, Kamus Popular Keuangan Ekonomi Syariah. Jakarta: PKES Publishing, h.43 Mohammed Obaidullah. 1998, “Financial Engineering with Islamic Options”, Islamic Economic Studies, Vol. 6, No. 1, h.77. Nasrul Hisyam Nur Muhamad.2008, “Aplikasi Sains Dan Teknologi Dalam Transaksi Muamalah Islam: Rujukan Kepada Rukun-RukunAkad Mengikut Perspektif Undang Undang Kontrak Islam”, Jurnal Teknologi, 49(E) Dis, h.81-91 Suruhanjaya Sekuriti. 2006, Buku Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Kuala Lumpur: Security Commision, h.119

82 Sakina Shaik Ahmad Yusoff, Susur Galur Undang-Undang Jualan Barangan di Malaysia, Undang-Undang Malaysia: 50 tahun merentas zaman, Fakulti Undang-Undang UKM, 2007 hlm 198-200 Wu Min Aun & Beatrix Viohrah. 1996,The commercial Law of Malaysia; Cornell University Press, hlm 25 Zeti Zuryani Mohd Zakuan, Sakina Shaikh Ahmad Yusof. 2011, Gerenti tersirat di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999: Penambahbaikan ke atas kepada syarat tersirat di bawah Akta Jualan Barangan 1957, Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat