KOMITED TANGANI ISU SISA PEPEJAL

Download 24 Feb 2017 ... membebaskan negara daripada cengkaman Umno-BN pada Pili- ... Nasional ( BN) pada Pilihan Raya. Umum ke-14 apabila tindak-tan...

0 downloads 595 Views 5MB Size
www.selangorkini.my Media_Selangor MediaSelangor PERCUMA 17 - 24 Februari 2017, 20 - 27 Jamadilawal 1438

#SmartSelangor Fikir untung nasib rakyat

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

62% PILIH AZMIN

selangortv.my

2018 responden di 56 DUN Responden pelbagai kaum, latar pekerjaan dan pendidikan Petanda positif terus meneraju Selangor Sokongan terhadap gabungan Pakatan terus kukuh

Sebulan masih awal

6

Misi pelaburan aeroangkasa

ED

SOKONGAN MELONJAK

2

BERITA PENUH MUKA �

9

KOMITED TANGANI ISU SISA PEPEJAL

BERITA MUKA �

Utama 2

SelangorKini 17 - 24 Februari 2017

Mahu tenaga pimpinan digembeling menangi PRU-14

Anwar dan Azmin senada OLEH NAZLI IBRAHIM

saya menjadi saksi untuk kes beliau. “Semua perkara dibincangkan tetapi yang penting kena bersatu kerana sudah tentu kita mahukan persediaan menghadapi pilihan raya lebih tersusun,” kata Mohamed Azmin di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, pada 6 Februari lalu. Beliau yang juga Dato’ Menteri

Besar Selangor hadir ke Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur bagi memberikan keterangan berhubung kes saman fitnah yang dikemukakan Anwar terhadap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Mohamed Azmin berkata, Anwar turut menyentuh isu rakyat seperti masalah peneroka felda yang memerlukan pembelaan.

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

KUALA LUMPUR - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih memikirkan untung nasib rakyat tertindas di bawah pentadbiran rejim UmnoBarisan Nasional (BN) walaupun beliau dipenjarakan. Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

(gambar) berkata, hal itu dilihat apabila Anwar sempat membincangkan strategi terbaik bagi membebaskan negara daripada cengkaman Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-14. “Datuk Seri Anwar ada menyampaikan mesej berkenaan strategi. Banyak perkembangan baru dan hal lain yang kita bincangkan selain perkara berkaitan

Bersatu tumbangkan BN

Kita harus merapatkan saf untuk menyedarkan rakyat bahawa ini masanya menyelamatkan Malaysia daripada Najib dan BN

NURUL IZZAH

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

mempertahankan kuasa. Katanya, kegagalan pembangkang bersatu hanya memberi jalan kepada BN terus berkuasa walaupun berada dalam keadaan paling lemah. Sementara itu, Nurul Izzah memberitahu, kepimpinan di semua peringkat seluruh negara ketika ini menunjukkan kerjasama baik antara parti pembangkang.

ED

KUALA LUMPUR - PAKATAN dijangka berhadapan laluan berliku bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 apabila tindak-tanduk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kebelakangan ini semakin jelas menguntungkan BN. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Nurul Izzah Anwar berkata, bagaimanapun Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pakatan pembangkang mampu mengatasi semua cabaran jika bersatu. “Anwar ada menyebut dalam skop cabaran menumbangkan BN, kita harus bergandingan dengan semua pihak untuk memerangi Najib dan konconya terutama dalam keadaan sekarang apabila berhadapan media tidak adil selain SPR yang berlagak seperti komponen BN. “Kita harus merapatkan saf untuk menyedarkan rakyat bahawa ini masanya menyelamatkan Malaysia daripada Najib dan BN,” katanya kepada SelangorKini ketika menghadiri perbicaraan saman Anwar terhadap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, pada 6 Februari lalu. Nurul Izzah berkata, keadaan Najib dan BN yang semakin tertekan ekoran dilanda pelbagai skandal menyebabkan parti itu sanggup berbuat apa sahaja bagi

Pengundi boleh tewaskan penipuan PRU SUNGAI BULOH - Negara berada dalam masalah besar jika Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, bagaimanapun perkara itu hanya boleh dielakkan jika pembangkang berjaya mengalahkan BN dalam PRU nanti.

“Walaupun tahu mereka akan gunakan penipuan dalam pilihan raya nanti tetapi jika kita turun mengundi beramai-ramai pasti akan berjaya mengalahkan mereka. “Hingga kini, terdapat empat juta yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi. Jika separuh mendaftar sudah cukup memberikan kemenangan kepada kita,” katanya pada program Rumah Terbuka Muhibbah

#BebasAnwar di hadapan Penjara Sungai Buloh, di sini, pada 10 Februari lalu. Katanya, pembangkang juga harus bersatu sebelum PRU-14 bagi memastikan mereka hanya menentang BN sebagai satu-satunya musuh yang perlu ditumbangkan. “Kita tak mahu menentang dua musuh tetapi hanya satu musuh sahaja iaitu BN,” katanya.

Pasang pagar keselamatan elak tragedi berulang SHAH ALAM - Kawasan bekas perlombongan bauksit perlu dipasang pagar keselamatan dan tanda amaran dalam usaha menangani insiden kanakkanak lemas. Anggota Majlis Keselamatan Aktiviti Air, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, bekas lombong berdekatan kawasan penempatan penduduk adalah perangkap maut kanak-kanak. Katanya, beberapa langkah keselamatan dan pencegahan harus diambil bagi menghindari kanak-kanak daripada terus

bermain berdekatan kawasan lombong. “Langkah pencegahan seperti pemasangan pagar dan memaparkan tanda amaran perlu diambil jika operator mengambil keputusan menjalankan semula aktiviti perlombongan selepas tamat tempoh moratorium. “Oleh kerana kebanyakan kolam ini terletak atas tanah persendirian, saya harap mereka akan membenarkan pihak berkuasa menimbus semula perangkap maut berkenaan.

“Ibu bapa dan masyarakat setempat perlu berperanan dalam mengelak kejadian seperti ini berulang selain memantau anak mereka sepanjang waktu,” katanya dalam kenyataan, pada 11 Februari lalu. Beliau mengulas tragedi lemas membabitkan tiga kanakkanak di sebuah bekas lombong bauksit di Taman Sungai Karang Jaya, Kuantan, pada 4 Februari lalu, sekali gus menunjukkan kelemahan aspek keselamatan dan penguatkuasaan undangundang di negara ini.

Utama SelangorKini 17 - 24 Februari 2017

3

Nafi tweet palsu dedah nama menteri tanyaan kemungkinan ada anggota kabinet Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan kerana tidak mahu bersubahat dengan syarikat milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad ( 1MDB). Soalan Mohamed Azmin itu mendapat reaksi segera Najib dan beberapa menteri. Terdahulu, pengunduran menteri dalam kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan pertama kali dilaporkan media susulan kecelaruan skandal kewangan syarikat itu. Antara individu itu adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Pada September lalu, Ahmad Husni yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Kewangan kedua berkata, beliau tertekan dengan kemelut melanda 1MDB dan tekanan darahnya naik mendadak selama lima jam, pada awal April lalu.

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

SHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menafikan ‘posting’ Twitter palsu menggunakan nama beliau dan mendedahkan individu menteri yang dikatakan akan melepaskan jawatan dalam kabinet Persekutuan. Beliau mengingatkan masyarakat supaya tidak keliru dengan kenyataan sebenarnya membabitkan pendedahan isu itu. “Sebaran ini palsu. Rujuk tweet sebenar saya semalam. Jangan gelabah. “Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. No smoke without fire (tiada asap tanpa api),” tulisnya di Twitter. Dalam tulisannya, Azmin turut melampirkan paparan palsu berkenaan kononnya menamakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai individu terbabit. Sebelum ini di Twitter, Mohamed Azmin melontarkan per-

Sokongan meningkat menjelang PRU14

��% positif kepimpinan MB OLEH LIZAWATI MADFA

ED

SHAH ALAM - Sokongan rakyat Selangor terhadap Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Dato' Menteri Besar meningkat kepada 62 peratus berbanding 58 peratus sebelum ini, berdasarkan kajian terbaru Institut Darul Ehsan (IDE). Timbalan Pengerusi IDE, Profesor Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, hasil dapatan itu diperoleh daripada Survei Persepsi Rakyat Selangor 2017 yang dijalankan, bermula 8 hingga 13 Februari lalu. Katanya, ia dilaksanakan secara sistematik membabitkan 50 enumerator terlatih secara bersemuka dengan 2,018 responden di 56 DUN. "Peningkatan ini satu petanda positif kepada kepimpinan beliau meneraju Selangor untuk pilihan raya akan datang. "Peningkatan kepercayaan mencerminkan pendekatan mesra rakyat dan tindakan pro aktif beliau bersama kepimpinan ne-

geri dalam menyelesaikan masalah amat berkesan serta efektif. "Survei ini juga mendapati Dato’ Menteri Besar pemimpin mesra rakyat, turun padang dan mampu membawa kemajuan," katanya merujuk hasil dapatan survei. Survei merangkumi penyelidikan dalam pelbagai genre isu semasa seperti jika berlaku pertandingan dua atau tiga penjuru, pengaruh media sosial, persepsi rakyat terhadap parti politik, pandangan terhadap isu semasa, prestasi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan dan pencapaian inisiatif Kerajaan Negeri. Mohammad Redzuan berkata, hasil dapatan survei juga menunjukkan sokongan terhadap gabungan PAKATAN di bawah kepimpinan Menteri Besar terus kukuh dan dijangka tidak menghadapi masalah mengekalkan kerajaan sedia ada. "Namun, sokongan kepada Barisan Nasional di Selangor didapati semakin merosot dan amat

terserlah ketidakpuasan hati rakyat dalam isu berkaitan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kenaikan harga barang, penyelewengan, keyakinan kepimpinan dan rasuah," katanya. Untuk makluman, IDE menggunakan inovasi terkini dalam penyelidikan berkenaan dengan menggunakan tablet dan aplikasi IDE e-survey yang dibangunkan sendiri. Ia membolehkan profil sampel responden, lokasi enumerator dan tugasan mereka dipantau secara ‘real time’ di bilik operasi bagi memastikan ketepatan survei berdasarkan profil responden yang ditetapkan. Responden terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India serta pelbagai latar belakang pekerjaan, tempat tinggal juga taraf pendidikan. Selain daripada survei dijalankan, IDE juga mengadakan temuduga berkelompok dengan pelbagai kumpulan bagi menentukan keabsahan dapatan.

Agih sumbangan kemasyarakatan

HULU KELANG - Penduduk di Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak menerima sumbangan kemasyarakatan bernilai RM300,000 daripada Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali. Sumbangan berbentuk komputer riba, bantuan persekolahan, surau dan masjid itu diserahkan kepada 62 penerima menerusi wakilnya, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. Terdahulu, Mohamed Azmin dalam ucapannya mengajak rak-

yat supaya memanfaatkan bantuan ditawarkan Kerajaan Negeri termasuk buat pelajar dan peniaga. Katanya, Kerajaan Negeri akan terus membantu rakyat sebagai tanggungjawab utama tambahan Selangor mempunyai rizab simpanan kukuh. “Kita akan bantu pelajar dan masyarakat. Pembangunan mesti seimbang, tidak boleh tempang,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kemasyarakatan di DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak, di sini, pada 11 Februari lalu.

ta, beliau mendengar sendiri perkara berkenaan daripada menteri itu bukannya sumber parti. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama menteri terbabit kerana menghor-

mati perbincangan dalaman membabitkan individu berkenaan. “Kalau perdana menteri kelam kabut, ini perdana menteri apa? Sebab itu, saya tweet balik ‘Najib, cool’,” katanya.

Najib jangan cepat panik HULU KELANG - Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali meminta Datuk Seri Najib Razak bertenang dan tidak panik ekoran pertanyaan beliau berkenaan perletakan jawatan seorang menteri ka-

nan menerusi Twitter, pada 10 Februari lalu. Beliau berkata, Najib seharusnya tidak cepat melatah terhadap soalan dilontarkan itu sebagai seorang perdana menteri. “Saya hanya tweet benarkah

menteri kanan akan meletakkan jawatan? Riuh Najib kata Azmin penipu. “Tanya sahaja, takkan itu tidak boleh? Bila dia melatah, betullah tu,” katanya Mohamed Azmin berka-

Utama

4

SelangorKini 17 - 24 Februari 2017

Kes denggi menurun minggu epid ke-� catatkan 817 kes secara keseluruhan iaitu berlaku pengurangan 213 kes berbanding epid sebelumnya iaitu 1,030. “Walaupun ada penurunan, namun setakat ini Selangor masih antara negeri tertinggi kes denggi. “Jumlah kumulatif kes demam denggi sehingga 4 Februari lalu adalah 4,831 apabila menunjukkan penurunan 42 peratus bagi tempoh sama, tahun lalu,” katanya ketika melancarkan Program Semburan Aerosol Selangor (SAS), di Bandar Baru Ba-

ngi, pada 7 Februari lalu. Beliau berkata, bagi jumlah kumulatif kematian bagi tempoh sama pula terdapat lima kes kematian dalam tempoh lima minggu. “Penggunaan ‘insect repellent’ ketika keluar juga digalakkan bagi mengelakkan terkena gigitan nyamuk khusus untuk kanak-kanak bermain di luar pada waktu petang selain pentingnya peng-

gunaan aerosol di dalam rumah. “Dengan kesedaran dan tindakan kendiri dijalankan masyarakat yang menjayakan SAS ini, diharap kes demam denggi dapat dicegah daripada terus meningkat,” katanya. Difahamkan terdapat 45 wabak 'hotspot' dan 405 lokaliti wabak aktif dicatatkan di seluruh Selangor, sehingga 4 Februari lalu.

ED

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

BANGI - Laporan statistik mendedahkan kes wabak denggi di Selangor menunjukkan penurunan 213 kes bagi dua minggu kebelakangan ini. Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam meneruskan aktiviti kawasan dan pencegahan walaupun data menunjukkan penurunan. Bagi minggu epid ke-5/2017, ia men-

Perangi denggi

Satu rumah satu aerosol

OLEH SYAZWANI SUFIAN

BANGI - Kerajaan Negeri melancarkan Program Semburan Aerosol Selangor (SAS) bertemakan ‘satu rumah, satu aerosol’ sebagai langkah proaktif mengawal penularan wabak denggi. Exco Kesihatan , Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, ia adalah program besar-besaran yang dirangka memandangkan kes demam denggi terus meningkat. “Ini adalah fasa pertama dirancang Kerajaan Negeri melihat kepada peningkatan kes yang berterusan sejak sepuluh minggu kebelakangan ini. “Program ini dilaksanakan dengan memberi semburan aerosol kepada masyarakat sebagai inisiatif kesedaran betapa pentingnya pembiakan nyamuk aedes di dalam rumah,” katanya ketika berucap dalam program SAS di Surau Al-Amin, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, pada 7 Februari lalu. Daroyah berkata, SAS dilancarkan di salah satu kawasan lokaliti 'hotspot' denggi di daerah Hulu Langat kerana mencatatkan tempoh wabak melebihi 100 hari dan

Program ini dilaksanakan dengan memberi semburan aerosol kepada masyarakat sebagai inisiatif kesedaran betapa pentingnya pembiakan nyamuk aedes di dalam rumah

DAROYAH ALWI Exco Kesihatan

di seksyen 8 itu juga terdapat 82 kes dalam tempoh 134 hari. “Di peringkat Kerajaan Negeri, kita melaksanakan pelbagai inisiatif di kawasan ini dengan kerjasama pelbagai pihak, namun kes denggi masih tinggi. “Ini bermakna, aedes jenis aegypti yang membiak di dalam rumah menggalakkan wabak denggi. Sebab itu, kita lancarkan program ini supaya masyarakat sedar kebersihan di dalam rumah,” katanya. Daroyah juga menggesa pihak berwajib bersama masyarakat setempat berganding bahu dalam menurunkan wabak denggi di kawasan itu dalam tempoh dua minggu.

Utama SelangorKini 17 - 24 Februari 2017

5

32 penduduk terima notis 5A

Penantian �� tahun berakhir OLEH HAFIZAN TAIB

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

PETALING JAYA - Kerajaan Negeri menyerahkan surat kelulusan Notis 5A kepada penduduk Kampung Chempaka, di sini, atas keprihatinan memastikan penduduk di kawasan itu tidak tercicir daripada menikmati pembangunan negeri. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkampungan itu sewajarnya dibangunkan lebih tersusun memandangkan ia terletak di dalam bandar raya Petaling Jaya. “Dengan perkembangan pesat di Selangor, kampung ini juga terkesan, maka menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri memastikan pembangunan di Petaling Jaya dan negeri turut dinikmati penduduk di sini. “Kita mahu pembangunan kampung ini lebih tersusun dan teratur. Kerajaan Negeri meluluskannya pada Oktober tahun lalu selepas menyedari ramai penduduk belum memiliki hak mi-

likan tanah,” katanya dalam majlis penyerahan surat kelulusan Notis 5A dan sambutan Tahun Baru Cina, di sini, pada 10 Februari lalu. Dalam majlis itu, Dato’ Menteri Besar menyerahkan Notis 5A kepada 32 penduduk kampung yang turut dihadiri Exco Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah. Beliau berkata, penyerahan itu adalah komitmen Kerajaan Negeri bagi mempertahankan hak rakyat di Selangor tanpa mengira kaum dan agama. “Ini milik rakyat dan kita mahu menjamin keadilan sosial daripada segi pemilikan tetapi sedia maklum tanah di Selangor semakin mahal terutama kampung ini di dalam bandar. Kita menyedari ada dalam kalangan penduduk yang kurang berkemampuan untuk pembayaran premium tanah. “Maka sebagai kerajaan peduli rakyat, kita menggubal satu dasar

baru dengan pemberian Notis 5A hanya perlu membayar RM1,000 sahaja. Saya berharap penduduk tidak menjualnya demi kebaikan

masa depan mereka,” katanya. Penyerahan Notis 5A itu mengakhiri penantian hampir 50 tahun sebahagian penduduk kerana

difahamkan kampung terbabit diteroka seawal 1969 ketika aktiviti perladangan dan bijih timah giat dijalankan di negeri itu.

ED

Gembira dapat hadiah tahun baru

PETALING JAYA - Pemilikan surat kelulusan Notis 5A daripada Kerajaan Negeri disambut penuh gembira penduduk Kampung Chempaka, di sini, kerana detik itu ditunggu sekian lama. Malah, pemberian itu juga dianggap sebagai hadiah Tahun Baru Cina ekoran sambutan perayaan berkenaan masih diraikan mereka ketika ini. Penduduk kampung, Teoh Chee Kong, 69, berkata keluarganya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri kerana sudah menunggu kelulusan terbabit dalam tempoh yang panjang. “Permohonan bagi mendapatkan hak milik tanah ini sudah beberapa kali dibuat keluarga saya

Formula kekal PAKATAN SABAK BERNAM - PAKATAN perlu mengekalkan formula satu lawan satu di Selangor bagi mengekalkan pemerintahan Kerajaan Negeri, di samping berpeluang merampas kerusi Barisan Nasional (BN). Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Ng Suee Lim berkata, muafakat antara PAKATAN dan blok ketiga pembangkang menerusi formula itu perlu diputuskan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). “Saya jamin, kemungkinan kita akan menang lebih besar dan menambah lagi kerusi dari-

pada pilihan raya lalu,” katanya memetik Sinar Harian. Suee Lim yang juga Ahli Dewan Negeri Sekinchan berkata, beliau positif perkara itu boleh direalisasikan walaupun wujud perbezaan pendapat di peringkat Persekutuan ketika ini. Katanya, kebijaksanaan pimpinan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali diyakini dapat menyatukan pemimpin PAKATAN dan blok ketiga untuk bermuafakat dalam pentadbiran Kerajaan Negeri. “Saya yakin formula satu lawan satu di Selangor akan ter-

capai kerana kerjasama dan muafakat baik dalam kalangan pimpinan politik di negeri ini. Kita lebih matang di Selangor,” katanya. Beliau berkata, sokongan rakyat juga semakin meningkat terutama prestasi cemerlang ditunjukkan Kerajaan Negeri yang menjaga kebajikan rakyat. “Kemarahan rakyat begitu tinggi terutama terhadap beberapa isu nasional seperti 1Malaysia Development Berhad, kenaikan harga minyak dan tekanan kos sara hidup,” katanya.

dan berlarutan hampir 40 tahun. “Saya gembira, akhirnya hak milik tanah diperoleh. Pastinya melegakan kebanyakan penduduk di sini yang menunggu sekian lama,” katanya kepada SelangorKini. Chee Kong adalah salah seorang dari 32 penduduk kampung itu yang menerima Notis 5A daripada Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam majlis penyerahan dan sambutan Tahun Baru Cina, di sini, pada 10 Februari lalu. Turut hadir, Exco Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kam-

pung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah; Ahli Dewan Negeri Damansara Utama, Yeo Bee Yin dan Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain. Sementara itu, Phang Kok Ho, 55, juga sependapat dengan Chee Kong dan menganggap penyerahan hak milik itu tepat pada masanya. “Penduduk di sini memang menunggu lama, macam keluarga saya yang menanti sejak mendiang bapa ada hingga beliau meninggal dunia.

SIDANG PENGARANG

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSB KETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus PENGARANG : Nurul Farina Nazlan PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected], Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected], Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected], Syazwani Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN: Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848 Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117) JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib Ayob GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

Utama

6

SelangorKini 17 - 24 Februari 2017

Kempen bebas plastik

Sebulan masih terlalu awal OLEH LIZAWATI MADFA

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

SHAH ALAM - Rumusan keberkesanan kempen ‘Selangor Bebas Plastik’ dalam tempoh sebulan masih terlalu awal, kata Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Elizabeth Wong. Elizabeth berkata, Kerajaan Negeri memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan bagi mendapatkan angka keberkesanannya. Katanya, ia adalah tempoh masa ideal untuk melihat sebarang perubahan berhubung penggunaan beg plastik dalam kalangan penduduk Selangor. “Kempen baru berlangsung sebulan, takkan sudah mahu buat rumusan kerana itu tidak menunjukkan sebarang perbezaan jelas. “Tetapi, ia berbeza jika kita memberi

tempoh masa enam bulan yang sekurangkurangnya dapat lihat sama ada bilangan penggunaan plastik menurun atau meningkat,” katanya di sini, baru-baru ini. Beliau ditanya sama ada Kerajaan Negeri melakukan audit dan penilaian sejak kempen itu dilaksanakan, pada awal Januari lalu. Elizabeth turut diajukan tindakan terhadap peniaga kecil yang masih meneruskan penggunaan beg plastik tanpa sebarang caj. “Jika terdapat aduan, orang ramai boleh hubungi pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan untuk tindakan sebab ia adalah di bawah syarat pelesenan. “Sesiapa yang melihat perbuatan itu dan rasa tidak patut, boleh mengadu kepada PBT kerana ia di bawah bidang kuasa mereka bukan pejabat saya,” katanya.

Beg kertas bukan pengganti sesuai plastik “Bukan di Selangor sahaja tetapi di Malaysia juga kita dapat lihat kadar kitar semula kertas masih berada di tahap tidak memuaskan. “Jika kadar ini berubah menjadi lebih baik, mungkin kita boleh pertimbangkan beg kertas sebagai ganti,” katanya di Pusat Konvensyen Setia Alam, di sini, pada 9 Februari lalu. Beliau ditanya mengapa Kerajaan Negeri tidak menggunakan beg ker-

tas sebagai alternatif kepada pengguna memandangkan ia boleh dikitar semula. Katanya, Kerajaan Negeri melalui kempen 'Selangor Bebas Plastik' berhasrat mengurangkan penggunaan barangan sekali guna seperti beg plastik dan kertas. “Sebaliknya, kita mahu rakyat menggunakannya secara berulang kali seperti mereka membeli baju. Mereka tidak memakai baju sekali dan buang sebaliknya berulang kali menggunakannya,” katanya. Ketika diminta mengulas rancangan

Kerajaan Negeri jika caj 20 sen gagal mendidik rakyat, Elizabeth berkata beliau yakin kempen itu tetap akan berjaya walaupun terpaksa mengambil sedikit masa. “Jika Melaka, Pulau Pinang dan negeri lain boleh berjaya, mengapa tidak Selangor yang memiliki rakyat bijak. “Saya yakin, rakyat Selangor senang hati menjayakan misi kali ini, beri mereka masa dan jangan buat sebarang rumusan lagi,” katanya.

Kerajaan Negeri memperkenalkan dasar itu sebagai komitmen memelihara alam sekitar dengan melaksanakan polisi memerangi pembuangan sampah yang berleluasa dan menekankan isu berkenaan membabitkan pemanasan global

ED

SHAH ALAM - Cadangan penggunaan beg kertas sebagai alternatif kepada larangan penggunaan plastik beg tidak sesuai, kata Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Elizabeth Wong. Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan berkata, beg kertas juga berfungsi untuk ‘sekali guna’ sama seperti plastik dan kadar kitar semula beg kertas juga masih rendah dalam kalangan rakyat negara ini.

Exco ambil pendekatan berbeza SHAH ALAM - Ketika wujudnya pertikaian umum berkenaan dasar larangan penggunaan beg plastik dan polisterina yang giat dilaksanakan Kerajaan Negeri, Dato’ Iskandar Abdul Samad menggunakan pendekatan berbeza menarik orang ramai menyokong kempen itu. Beliau yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar mengambil pendekatan membawa bekas makanan sendiri bagi mengurangkan penggunaan plastik di Selangor. “Tadi minta staf (pekerja) beli makanan tengah hari guna mangkuk tingkat untuk kurangkan sisa. Selamat tinggal polisterina,” tulisnya di Facebook. Terdahulu, Kerajaan Negeri mula melak-

sanakan kempen pengharaman beg plastik dan polisterina ke arah mewujudkan kestabilan teknologi hijau di negeri itu. Ekoran pelaksanaan kempen itu, cas 20 sen dikenakan kepada pengguna bagi setiap penggunaan beg plastik di pasaran. Kerajaan Negeri memperkenalkan dasar itu sebagai komitmen memelihara alam sekitar dengan melaksanakan polisi memerangi pembuangan sampah yang berleluasa dan menekankan isu berkenaan membabitkan pemanasan global. Selangor mula melaksanakan kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' dengan sokongan kebanyakan pasar raya besar, pasar mini dan premis perniagaan setiap Sabtu, sejak 2010.

Fokus SelangorKini 17 - 24 Februari 2017

7

Projek perintis guna teknologi hijau

Kurangkan tapak pelupusan OLEH NORHAYATI UMOR

dak menolak jika teknologi lain diguna pakai mengikut kesesuaian dan kemampuan negeri. "Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan teknologi hijau yang efektif, inovatif serta efisien bagi menggantikan tapak ini yang tamat tempoh satu hari nanti. "Kerajaan Negeri juga melihat kebolehan sistem pelupusan sampah organik atau domestik itu dapat menghasilkan baja berkualiti tinggi," katanya. Terdapat tiga tapak pelupusan sisa pepejal di Selangor iaitu Jeram, Tanjung 12 dan Bukit Tagar, manakala tiga lagi tapak pelupusan sisa industri di Dengkil, Kuang serta Sungai Kertas. Beliau berkata, kebanjiran warga asing adalah faktor utama yang menyumbang kepada ma-

Pada masa sama, beliau mahu Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk pihaknya melaksanakan enakmen pengurusan sisa pepejal yang akan memberi kuasa kepada agensi penguatkuasa mengambil tindakan lebih drastik. "Kuasa negeri dan undang-undang kecil PBT tidak cukup untuk mengawal kontraktor bebas terutama pembuangan sisa industri. Kerajaan Negeri juga boleh mengawal pengeluaran industri lesen. "Oleh itu, kita mahu enakmen ini dipersetujui supaya boleh menggubal di Sidang Dewan Negeri. Enakmen ini perlu mendapatkan kebenaran Peguam Negara dan kementerian, setakat ini Kerajaan Negeri sudah menunggu lebih dua tahun," katanya.

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri melalui Worldwide Holdings Berhad sedang mengkaji cadangan awal untuk melaksanakan projek perintis mengurangkan sisa pepejal dengan menggunakan teknologi hijau. Exco Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah (gambar) berkata, kajian awal itu nanti merangkumi teknologi berdasarkan 'microaerobic', 'waste energy' dan 'integrated waste treatment'. Katanya, inisiatif itu bertujuan mengurangkan tapak pelupusan sampah, memastikan sistem pengurusan sampah lebih bersifat mesra alam dan menjamin kesejahteraan atmosfera.

"Rakyat Selangor mencipta dua juta tan sisa pepejal dalam tempoh setahun yang meningkat setiap tahun. Sudah tentu tapak pelupusan sampah ketika ini tidak akan menampung sisa ini saban tahun. "Dengan adanya teknologi itu nanti, tanah yang dijadikan tapak pelupusan juga boleh dibangunkan. Pembaziran yang besar jika kita masih menggunakan tapak ini kerana kos yang tinggi. "Cadangan ini sudah dibawa ke Majlis Tindakan Ekonomi Selangor untuk diperincikan secara mendalam kerana ia membabitkan kos, kesan jangka pendek dan panjang sebelum projek perintis dimulakan," katanya kepada SelangorKini, di sini, pada 14 Februari lalu. Hian Wah bagaimanapun ti-

RM�� juta tingkat operasi KDEBWM

ED

SHAH ALAM - Pemantapan pengurusan sisa pepejal Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management (KDEBWM) terus ditingkatkan dengan meluaskan pelaksanaan di dua pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), bermula Mac ini. Pengurus Besar KDEBWM, Ramli Mohd Tahir berkata, pihaknya dijangka akan membuat pelaburan RM59 juta bagi memantapkan lagi pengurusan berkenaan. "Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) memberi kelulusan KEDBWM untuk mengambil alih dua PBT itu. "Pengambilalihan ini bagi meningkatkan kecekapan operasi kutipan sisa pepejal yang efisien dan kejayaan projek perintis di Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang diambil alih, sejak Julai tahun lalu," katanya ketika dihubungi, di sini, baru-baru ini. Ramli berkata, sebanyak 46 kompaktor baru buatan Jepun diperuntukkan di kawasan MPAJ dan 44 lagi di MPS. "Syarikat perlu membuat pelaburan besar dengan menukar peralatan yang uzur dan rosak. Penukaran ini membolehkan keupayaan operasi ditahap maksimum di setiap zon yang dipertanggungjawabkan. "Dua cawangan baru juga akan dibuka di Ampang dan Selayang dalam memastikan kakitangan bersiap sedia setiap masa di sana," katanya. Pada masa sama, beliau mahu penduduk di dua PBT itu bersabar dalam tempoh pertama pengambilalihan disebabkan penghantaran kompaktor baru akan mengambil masa. "Malah, masalah sampah akan sedikit meningkat ekoran peninggalan daripada kontraktor lama. Kompaktor baru ini dijangka akan tiba, pada Mei ini. "Bagaimanapun, KDEBWM akan mengambil kira keperluan penggunaan kompaktor di MPK untuk dua PBT berkenaan bagi sementara waktu," katanya.

salah pengurusan sisa pepejal. "Contohnya di Klang, kawasan warga asing paling teruk. Justeru, pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terbabit akan mengeluarkan arahan kepada majikan untuk mereka menjaga kawasan kediaman masing-masing," katanya.

Pengurusan sistematik jamin kualiti kesihatan SHAH ALAM - Pengurusan sisa pepejal yang sistematik amat diperlukan bagi memastikan persekitaran kehidupan dan kesihatan terjamin. Seiring dengan status negeri maju, Selangor melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap kawasan bertanggungjawab memantau secara berterusan dalam usaha mengekalkan status itu. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, pihaknya proaktif untuk sentiasa meningkatkan pengurusan kutipan sampah sisa domestik di kawasan pentadbirannya. "Melalui program pengasingan dari rumah, MBSA dengan kerjasama ahli majlis melalui majlis perwakilan penduduk mengenal pasti kawasan perumahan di seksyen yang menyertai program ini. "Premis yang terbabit dalam program ini akan diberikan beg plastik kitar semula untuk memudahakan isi rumah mengasingkan sampah," katanya. Shahrin berkata, MBSA turut meletakkan mesin memproses sisa makanan dan jualan di Pasar Seksyen 6 dan 16 selain di beberapa gerai Seksyen 7, 11 juga 19 bagi memudahkan sisa itu dijadikan baja kompos. Sementara itu, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dato' Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, RM70 juta diperuntukkan tahun ini bagi operasi kutipan dan pembersihan awam. Katanya, RM34 juta untuk kutipan sisa pepejal dan RM50 juta pula bagi kerja pembersihan awam daripada jumlah itu. MPSJ sebelum ini melaksanakan projek perintis dengan menggunakan

kakitangannya untuk melaksanakan kerja kutipan dan pembersihan di empat kawasan termasuk Lestari Perdana, Lestari Putra, Kota Perdana dan Desa Minium. Empat kompaktor, empat roro dan 29 pekerja digerakkan untuk kerja kutipan sampah di seluruh kawasan itu. Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Norhayati Ahmad berkata, pihaknya menyambut baik pelantikan KDEBWM bagi menguruskan sisa pepejal. Katanya, surat tawaran kepada KDEBWM dengan harga RM20 juta setahun juga sudah dikeluarkan.

Melalui program pengasingan dari rumah, MBSA dengan kerjasama ahli majlis melalui majlis perwakilan penduduk mengenal pasti kawasan perumahan di seksyen yang menyertai program ini

SHAHRIN AHMAD

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA

Statistik Aduan (Ogos’16 - Jan ‘17)

103002-H

300 250

ADUAN

244

Power (ADUAN)

200 150

123

100

73

50

50

47 40

0 Ogos

September Oktober

November Disember

Januari

Nasional

8

SelangorKini 17 - 24 Februari 2017

Tagih pemimpin bijak dan adil

Rakyat perlukan Anwar

SHAH ALAM - Rakyat tidak akan terbeban dengan kos sara hidup tinggi jika bernaung di bawah kerajaan yang telus menjaga kebajikan, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, kerajaan pemerintah akan lebih berhatihati dalam menangani kos kenaikan harga minyak jika benar mereka prihatin dengan nasib rakyat. “Saya menerima maklum balas keluhan rakyat ekoran kenaikan harga petrol awal bulan ini ketika kos barang keperluan semakin meningkat. “Perkara ini mampu ditangani jika kerajaan lebih bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat, namun apa yang berlaku adalah mereka tidak telus, pembaziran melampau serta pengurusan kewangan tidak efisien sehingga mengakibatkan ekonomi negara tidak menentu,” katanya dalam kenyataan. Justeru, beliau menyeru rakyat supaya berani bertekad dan bersatu hati melakukan perubahan yang sedang melanda serta merosakkan negara. “Segala kemungkaran pula harus ditentang supaya kehidupan generasi akan datang lebih terjamin,” katanya yang juga mantan

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

OLEH NORHAYATI UMOR

Kerajaan telus ubah kerosakan negara

SHAH ALAM - Rakyat sepatutnya sedar negara ini memerlukan pemimpin berjiwa rakyat, bijak dan adil, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad. Beliau berkata, ia lebih jelas apabila berhadapan dengan kemelut negara yang ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika ini. Katanya, Najib gagal di dalam setiap aspek kepimpinan bermaruah, sekali gus menyebabkan Malaysia terus dibelenggu kesusahan. “Hari ini (10 Februari) genap mangat ditunjukkan Anwar tidak dua tahun Ketua Umum KEADI- pernah padam, kata-katanya maLAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sih penuh bermakna dan pemikidipenjarakan sebagai tahanan rannya terus relevan sehingga politik. kini walaupun berada di tirai besi. “Selepas melalui satu proses “Tidak syak lagi, beliau perbicaraan tidak adil, keluarga adalah calon perdana menteri beliau, masyarakat, malahan ne- terbaik jika PAKATAN menang. gara ini dirompak seorang tokoh Satu-satunya cara untuk meberwibawa. Anwar tokoh yang mastikan pembebasan beliau kita perlukan pada masa ini,” ka- dengan menewaskan Najib tanya dalam kenyataan. dan kerajaan Barisan Nasional 4 col x 16 cm Nik Nazmi menyifatkan se- (BN) di dalam pilihan raya akan

datang,” katanya. Beliau berkata, Anwar mempunyai ketokohan serta pengalaman terbaik untuk memulihkan negara ini. “Peluang terbaik untuk kita bebaskan Anwar dengan memastikan BN tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14. Cukuplah negara ini digadai Najib untuk kesenangan dan kepentingan kroni juga keluarga,” katanya.

PUSAT PERDAGANGAN KLIA Kedai Pejabat 3 & 4 Tingkat

ED

“Potongan Harga Sebanyak 10% bagi Unit / Lot Bumiputera”

ONTIME PRIVILEGE SDN.BHD. (984595-K) Lot 204, Jalan Bukit Belimbing 26/38, Off Persiaran Tengku Ampuan, Lion Industrial Park, Seksyen 26, 40400 Shah Alam, Selangor Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Tel No: 019 - 771 9238 / 019 - 771 8279

Semua ilustrasi adalah gambaran artis sahaja. Segala maklumat yang terkandung di sini tertakluk kepada perubahan yang mungkin diperlukan oleh Pihak Berkuasa / Jurutera / Arkitek dan Pemaju dan / atau Pemilik Tanah (Dimana Berkaitan). Walaupun maklumat ini telah disediakan dengan penuh teliti dan berhati-hati, ia tidak boleh dijadikan sebagai sebahagian tawaran atau kontrak.

Perkara ini mampu ditangani jika kerajaan lebih bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat, namun apa yang berlaku adalah mereka tidak telus

MUHYIDDIN YASSIN Presiden PPBM

Timbalan Perdana Menteri. Harga petrol dan diesel kini berada pada paras tertinggi sejak Januari 2016 ekoran kenaikan terbaru iaitu 20 sen, mulai 1 Februari lalu. RON95 kini dijual pada harga RM2.30 seliter, RON97 (RM2.60), manakala diesel pula berada pada harga RM2.15 seliter.

Umno dulu bukan sekarang KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Umno-Barisan Nasional (BN) pengkhianat kepada bangsa Melayu dan negara. Katanya, Umno yang sekarang jauh berbeza dengan dahulu dan tidak lagi dijadikan contoh kepada negara lain dalam aspek pembangunan serta pentadbiran. “Apabila Muhyiddin mengaku UmnoBN membangun dan memajukan Malaysia, maka pembodek pun gembira dengan pengakuan ini. “Kenyataan ini berkenaan Umno-BN dahulu yang memerdekakan dan membangun Malaysia,” katanya dalam kenyataan, pada 10 Februari lalu. Mahathir berkata, Umno ketika ini lebih dikenali sebagai kleptokrasi pimpinan penyangak dan pencuri yang mem-

beri nama amat buruk kepada Malaysia di seluruh dunia. “Sesungguhnya, nama baik Umno-BN sudah dicemar sehingga beralih kepada nama dibenci rakyat dan dipandang hina seluruh dunia. “Penyokong Najib sama ada dibeli atau tidak, tidak kurang daripada mengkhianati bangsa dan negara,” katanya. Sebelum ini, mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kejayaan kerajaan pimpinan BN dalam memacu Malaysia menjadi negara membangun dan model negara Islam. Katanya, pembangunan itu diusahakan parti itu melalui pucuk pimpinan diwarisi dan tidak boleh dinafikan memandangkan Malaysia bermula sebagai negara yang tidak memiliki apa-apa selepas merdeka.

Ekonomi SelangorKini 17 - 24 Februari 2017

OLEH ERMIZI MUHAMAD

Terokai teknologi dan aeroangkasa India

Acara pertama di Hyderabad ialah perasmian Bio Asia 2017 yang disempurnakan oleh Governor Negeri Telangana, Narasimhan iaitu konvensyen ke-14, sejak 2004.

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

SHAH ALAM - Selepas Jepun, misi pelaburan negeri kini diperluaskan ke India bagi menerokai peluang pelaburan dalam bidang teknologi dan aeroangkasa. Gerak kerja itu diketuai Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS), Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim bersama delegasi Kerajaan Negeri yang tiba Hyderabad dan New Delhi, pada 6 Februari lalu. “Acara pertama di Hyderabad ialah perasmian Bio Asia 2017 yang disempurnakan oleh Governor Negeri Telangana, Narasimhan iaitu konvensyen ke-14, sejak 2004. “Saya diberi penghormatan untuk berucap pada majlis perasmian itu,” kata Chang Khim di Facebook. Terdahulu, Kerajaan Negeri menjangkakan perolehan RM750 juta mampu diraih hasil daripada misi pelaburan dan pelaksanaan Selangor Aeroangkasa. Daripada jumlah itu, 200 pekerja tenaga mahir juga bekerjasama bagi membangunkan industri terbabit. Menyokong kepada pelaksanaan itu, kilang pengeluaran selongsong kipas untuk enjin jet 'Rolls-Royce Trent 1000' dan 'Trent 7000' dijangka bakal siap hujung tahun ini serta dijangka beroperasi, tahun depan. UMW Aerospace yang didirikan di kawasan tanah berke-

Perluas misi pelaburan

TENG CHANG KHIM Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS), Perdagangan dan Pengangkutan

ED

luasan 12 hektar di Serendah itu selaras inisiatif Kerajaan Negeri untuk memfokuskan industri terbabit. Fasiliti terbabit akan bertindak sebagai penyewa utama bagi cadangan Taman Pengeluaran Logam Keras Aeroangkasa oleh UMW.

9

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

SelangorKini 17 - 24 Februari 2017

ED

10

1. 2.

ED

3.

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

SelangorKini 17 - 24 Februari 2017

11

Album SelangorKini 17 - 24 Feb 2017

ADN Ijok, Dr Idris Ahmad mencuba permainan dart ketika merasmikan pertandingan Dart, Karom dan Ping Pong Tertutup Ijok 2017

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

SelangorKini 17 - 24 Feb 2017

ADN Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan turun padang dalam program gotong-royong banteras denggi di Pangsapuri Taman Subang Impian

ADN Sungai Pelek, Lai Nyuk Lan turun padang merasmikan Pertandingan Kaligrafi bertempat di SJK (C) WAH LIAN

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud menyampaikan sumbangan kepada masyarakat setempat di pejabat beliau

ADN Alam Shah, V Ganabatirau menyampaikan sumbangan murid cemerlang sempena Sambutan Thaipongal di Taman Sentosa Klang

13

ADN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri berjumlah RM20,000 kepada SRJK (C) perempuan bagi tujuan pembangunan

ADN Kuang, Datuk Shukor Idrus menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Cina di kawasan beliau

ED

12

Album

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menyampaikan sumbangan di DUN Bukit Antarabangsa dan Hulu Klang

ADN Sabak, Sallehen Mukhyi turun padang mendengar penjelasan penduduk berhubung insiden kebakaran kedai di Pekan Bagan Terap

Rencana

14

SelangorKini 17 - 24 Februari 2017

UNISEL bangun kampus di Dhaka

Universiti asing pertama beroperasi di Bangladesh SUNTINGAN NURUL FARINA NAZLAN

U

niversiti Selangor (UNISEL) terus melakar sejarah dalam industri pendidikan tanah air juga serantau apabila berjaya membangunkan kampus cawangan di Dhaka, Bangladesh dengan kerjasama rakan kongsinya INSIGHT Institute of Learning (III). Terkini, pengurusan tertinggi universiti itu berangkat ke Dhaka selama enam hari bagi melihat perkembangan kampus baharu berkenaan. Ikuti temubual ekslusif oleh Pengarah Pejabat Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan bersama Naib Presiden/Timbalan Naib Canselor (Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri) UNISEL, PROF DR MOKHTAR ABDULLAH.

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

Kita mendapat makluman bahawa prof bersama beberapa lagi kakitangan UNISEL ke Bangladesh, baru-baru ini. Sebagai permulaan bicara, boleh prof ceritakan serba sedikit berkenaan Dhaka, Bangladesh? Seperti yang kita semua ketahui, Bangladesh sebuah negara yang terletak di timur negara India. Ibu negaranya Dhaka mempunyai penduduk berjumlah 30 juta, cukup padat. Pada 15 Januari lalu, saya bersama empat pengurusan tertinggi UNISEL berangkat ke Bangladesh dalam rangka kerja bagi lawatan ke kampus baharu cawangan Dhaka. Saya bersama Timbalan Naib Canselor (Pentadbiran, Perancangan & Jaringan Global), Prof Dr Mohd Nawawi, Muzaiyanah Mustakim dan Dr Abdul Bashar Bhuiyan berada di sana selama enam hari bagi melihat sendiri perkembangan kampus baharu UNISEL, di sana. Lawatan kami ke Dhaka amat memuaskan. Sepanjang keberadaan kami di sana, agenda lawatan disediakan INSIGHT Institute of Learning (III) yang juga rakan kongsi UNISEL di Bangladesh.

ED

UNISEL kampus Dhaka, Bangladesh bakal dibuka tahun ini. Setakat ini, boleh prof ceritakan sedikit perkembangan terkini kampus baharu itu? Sebelum melawat ke bangunan kampus, pihak INSIGHT memberi serba sedikit penerangan berkenaan persediaan bagi membuka kampus cawangan baharu. Ini termasuk cadangan pelan lantai dan reka bentuk ruang setiap tingkat. UNISEL kampus Dhaka, Bangladesh terletak di kawasan Banani iaitu kawasan yang menjadi tempat tumpuan institusi pengajian tinggi (IPT) swasta. Buat masa ini, terdapat tujuh IPT tempatan didirikan di kawasan berkenaan. Kerja menyiapkan ruang dalam bangunan kampus cawangan sedang berjalan dan dijangka siap, pada April ini. UNISEL bakal mengoperasikan 10 tingkat daripada jumlah keseluruhan bangunan iaitu dari tingkat lima hingga 14. Daripada segi persediaan kurikulum, terdapat beberapa maklumat dalam kurikulum akademik UNISEL yang masih perlu dilengkap dan diserahkan kepada pihak INSIGHT. Mereka juga sedang berusaha mendapatkan kelulusan rasmi Kementerian Pendidikan Bangladesh dalam jangkamasa terdekat. Bilakah agaknya UNISEL kampus Dhaka, Bangladesh boleh mula beroperasi? Bila tarikh rasmi operasinya? Majlis pelancaran (soft launching) kampus cawangan dijangka akan diadakan, pada Mei ini. Antara kursus yang bakal ditawarkan pada peringkat awal pembukaannya adalah perniagaan, teknologi maklumat dan komunikasi. Kita mensasarkan 200 pelajar pada peringkat pertama kemasukan.

Setakat hari ini, usai kunjungan prof selama enam hari ke Bangladesh, bagaimanakah penerimaan masyarakat di sana serta kerjasama dengan kerajaan yang meluluskan pembukaan kampus baharu itu? Masyarakat Bangladesh menyokong pembangunan kampus baharu UNISEL di Dhaka. Pihak kedutaan Malaysia di Bangladesh juga turut memberi sokongan penuh dan memberi komitmen membantu dalam memastikan usaha UNISEL ini berjaya. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh, Norashikin Mohd Taib juga bersetuju mewakili UNISEL dalam ‘Board of Trustee’ (BOT) sebagai ‘Independent Director’. Di pihak kerajaan Bangladesh pula, Pengerusi University Grant Commission (UGC) Bangladesh, Prof Dr Abdul Manan akan datang ke Malaysia untuk membuat lawatan ke kampus UNISEL (Shah Alam dan Bestari Jaya), April ini bagi memenuhi keperluan syarat kelulusan penubuhan kampus cawangan. Rombongan dari UNISEL turut berkesempatan berjumpa Presiden Association of Non-Government Universities in Bangladesh, Sheikh Kabir Hossain yang turut menyatakan sokongan penubuhan kampus baharu UNISEL. Kami juga berpeluang mengadakan perbincangan bersama pihak R&D SAMSUNG bagi membangunkan aplikasi dan modul untuk pendaftaran pelajar di kampus cawangan. Selain itu, kita turut mendapat sokongan beberapa Ahli Parlimen antaranya Suranjit Sengupta iaitu

‘Parliamentary Standing Committee member on Minister of Law, Justice & Parlimentary Affairs’. Beliau dijangka turut sama hadir ke Malaysia bagi melawat kampus UNISEL nanti.

Pembukaan kampus baharu ini adalah langkah pengantarabangsaan pertama dan julung kalinya dibuat UNISEL. Sejauh manakah strategi ini mampu melebarkan sayap UNISEL ke negara lain? Langkah yang diambil UNISEL untuk membuka kampus pertama di luar negara adalah satu transformasi serta pengantarabangsaan yang cemerlang selaras dengan seruan Dato’ Menteri Besar Selangor bagi mengembangkan lagi sayap UNISEL di rantau ini. Kita juga bercadang mengembangkan lagi sayap ke negara lain seperti Kemboja, Myanmar dan Pakistan. Ia satu kejayaan bagi kami apabila UNISEL satusatunya universiti luar negara pertama dibenarkan beroperasi di Bangladesh. Hal itu kerana, hubungan erat di antara dua negara melalui hubungan dua hala ‘Government to Government’ (G2G) sebenarnya banyak memberi impak positif kepada dua belah pihak. Menteri Pengajian Tinggi juga menyeru IPT berani mengambil langkah kreatif bagi menjana pendapatan antaranya dengan membuka potensi aset selaras dengan Lonjakan 5 PPPM (PT) Kemampanan Kewangan. Oleh itu, kami yakin bahawa pembukaan cawangan baharu ini bukan sahaja bertindak sebagai sumber kewangan UNISEL, malahan bagi membuktikan UNISEL bercita-cita tinggi meluaskan rangkaian antarabangsa.

Apakah harapan prof? Bagaimanakah UNISEL mampu menarik lebih ramai pelajar apabila kampus baharu mula beroperasi? Besar harapan saya, segala proses pembukaan kampus baharu ini dapat berjalan dengan lancar. Kami berharap dengan pembukaan cawangan kampus UNISEL di Dhaka, Bangladesh dapat mengeratkan lagi hubungan Malaysia dan negara itu khususnya membantu pelajar yang berhajat melanjutkan pengajian tinggi. Teru-

tama, kualiti pendidikan di Malaysia yang dianggap tinggi serta dihormati yang diharap dapat membantu meningkatkan lagi taraf pendidikan generasi muda di Bangladesh. Peluang untuk mendapatkan pelajar juga sangat tinggi ekoran hampir 60 peratus rakyat Bangladesh adalah generasi muda. Oleh itu, diharap pembukaan cawangan baharu ini mampu memberi impak positif kepada UNISEL dan masyarakat di Bangladesh. Ini juga satu langkah transformasi UNISEL dalam menyahut seruan Kementerian Pengajian Tinggi menerusi ‘tagline’ baharunya ‘Soaring Upwards’ yang membawa maksud peningkatan berterusan. Mungkin prof ada sedikit kata-kata buat pelajar di sini atau di Dhaka khususnya yang berminat untuk menyambung pengajian di UNISEL kampus Bangladesh? Apakah yang mampu kita berikan kepada mereka? Apa yang saya boleh katakan di sini, dengan adanya cawangan kampus UNISEL di Dhaka, Bangladesh, maka ia dapat membuka mata masyarakat bahawa UNISEL adalah universiti yang berpotensi kerana berupaya melebarkan sayap ke luar negara dan berdiri seangkatan universiti swasta di luar sana. Oleh kerana daripada segi kurikulumnya kampus kita di sana adalah replika kepada kampus induk, pelajar kita di sini digalakkan berpindah ke sana selama satu hingga dua semester dan begitulah sebaliknya. Ini akan memperluaskan horizon pemikiran dan pengalaman pelajar kita. Di samping itu, saya yakin kolaborasi antara Malaysia dan Bangladesh ini dapat memberikan impak positif daripada segi pendidikan dan pemasaran dalam menaikkan nama UNISEL. Dan saya berharap, pelajar dapat memberi peluang kepada UNISEL untuk terus menjadi institusi pendidikan pilihan ramai kerana kita akan terus berusaha menyediakan kemudahan buat mereka seperti fasiliti dan tenaga pengajar berkaliber. Oleh itu, amatlah di alu-alukan bagi pelajar yang berminat untuk berdaftar bersama kami.

ED

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

SelangorKini 17 - 24 Februari 2017

15

ADN

16

SelangorKini 17 - 24 Februari 2017

Kebakaran USJ 4

DUN Subang Jaya bantu waris tunggal tenangan dalam menghadapi waktu sukar ini,” katanya di laman Facebook rasminya, pada 7 Februari lalu. Hannah turut menyertakan maklumat akaun bank Yi Jun untuk rujukan mereka yang mahu menyumbang iaitu akaun CIMB dengan nama Lim Yu Jin nombor akaun 7064183075. Terdahulu, Hannah bersama Jawatankuasa Penduduk 3 berkesempatan melawat dan meluangkan masa bersama Yi Jun. Pada awal pagi 6 Februari lalu, Lim Ah Kok, 58; isterinya, Goh Bee Khim (51) dan dua anak lelakinya Lim Yong Leong (20) serta Lim Yong Wei (17) maut akibat kesukaran bernafas kerana terhidu asap tebal. Mayat mangsa dibawa dari

Hospital Serdang dan tiba di Pulau Pinang kira-kira jam 6.30 pagi, pada 7 Februari dan upacara pembakaran mayat diadakan, pada 9 Februari lalu.

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

OLEH LIZAWATI MADFA SHAH ALAM - Waris tunggal mangsa kebakaran di USJ 4, Lim Yi Jun memerlukan sokongan semua dalam menghadapi masa sukarnya, kata Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, Hannah Yeoh. Beliau yang juga Speaker Dewan Negeri Selangor berkata, kejadian menimpa gadis berusia 21 tahun itu pastinya berat untuk dilalui. “Pejabat saya sudah memperuntukkan RM5,000 sedikit sebanyak untuk membantu perbelanjaan pengebumian dan percaya ramai penduduk USJ juga mempunyai hasrat sama. “Tolong berdoa untuk Yi Jun dan ahli keluarga lain supaya tuhan memberikan mereka ke-

ED

DUN Batu Tiga tawar Mammogram percuma

Makan percuma rai keluarga daif SHAH ALAM - Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim komited membantu golongan kurang berkemampuan dengan mengadakan program makan percuma. Katanya, program santai sambil menikmati hidangan itu akan diadakan secara berkala mengikut kesesuaian.

Beliau berkata, golongan itu berpeluang menikmati makanan percuma di restoran makanan segera sekitar Sekinchan. “Mungkin bagi golongan berkemampuan mereka boleh pergi bila-bila masa saja, tapi bayangkanlah jika ada yang tidak pernah jejak kaki di sini akibat kekangan kewangan.

“Saya akan memilih masa sesuai untuk bawa mana-mana keluarga yang hidup daif untuk diraikan di restoran makanan segera, di sini,” katanya. Sekinchan yang terkenal dengan produk agro pelancongan itu mempunyai beberapa restoran makanan segera.

SHAH ALAM - Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga menawarkan sesi pemeriksaan Mammogram percuma kepada kaum wanita di negeri itu. Ahli Dewan Negerinya, Rodziah Ismail (gambar) berkata, sesi pemeriksaan percuma itu terbuka kepada wanita berumur 35 tahun ke atas. “Tarikh pemeriksaan untuk pendaftaran terkini iaitu di KPJ Selangor, Seksyen 20 bermula jam 6 petang hingga 9 malam, pada 17 Februari ini. “Untuk pendaftaran, orang ramai perlu menyertakan nama penuh dan dua salinan kad pengenalan, alamat serta nombor telefon di talian 019-2676879,” katanya. Terdahulu, Kerajaan Negeri meneruskan program itu sebagai inisiatif bagi menimbulkan kesedaran optimum terhadap bahaya penyakit kanser dalam kalangan wanita.

Program pemeriksaan Mammogram percuma didukung sepenuhnya Pusat Wanita Berdaya di bawah bidang kuasa Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi. Dalam Belanjawan Selangor 2017, Kerajaan Negeri meluluskan RM1 juta untuk pelaksanaannya dengan mensasarkan 5,000 wanita menerima manfaat, sehingga hujung tahun ini. Sehingga kini, 22,505 wanita sudah menerima insentif terbabit, sejak 2008.

Pada masa sama, Shuhaimi berkata, RM284 juta diperuntukkan khusus bagi pembangunan DUN beliau dalam Rancangan Malaysia ke 11. "Peruntukan ini mulai tahun 2006 hingga 2020 yang memperuntukkan khusus kepada semua kaum termasuk menaik taraf lampu isyarat, jalan dan pembinaan masjid serta seko-

lah sekitar," katanya. Lebih 1,000 penduduk daripada pelbagai bangsa hadir memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina itu. Kanak-kanak yang hadir turut menerima 'ang pow' daripada Shuhaimi yang juga Setiausaha Politik kepada Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.

Tahun Baru Cina Sri Muda meriah SHAH ALAM - Suasana riuhrendah dengan paluan gendang tradisional dan okestra mengiringi Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2017, Dun Seri Muda, di sini. Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, perayaan tahun ayam itu masih meriah dan penuh keterujaan walaupun sudah

masuk hari terakhir sambutan. "Walaupun diadakan secara sederhana tetapi pelbagai bangsa hadir memeriahkan sambutan, inilah Selangor. “Diharap, dengan jamuan sempena sambutan perayaan rakyat berketurunan Tionghua ini dapat membuka ruang luas untuk kita memupuk nilai keprihatinan, saling meng-

hormati dan menyayangi serta berkongsi kegembiraan,” katanya di majlis yang diadakan di Tasik Kota Kemuning, Seksyen 31, di sini. Sambutan itu dirasmikan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan turut dihadiri ADN Sri Andalas, Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian.

Pertanian SelangorKini 17 - 24 Februari 2017

17

Alat GPS jimatkan masa

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

TANJUNG SEPAT - Bantuan alat pengesan lokasi (GPS) diberi Kerajaan Negeri kepada nelayan dan usahawan akuakultur di daerah Kuala Langat juga Sepang disambut baik kumpulan berkenaan yang menganggap sumbangan itu amat membantu. Nelayan dari Tanjung Sepat, Chia Siew Hong, 60, berkata kerja penangkapan ikan menjadi mudah dan menjimatkan masa dengan peralatan itu. “Alat GPS ini memang berguna untuk nelayan kerana kita boleh mengesan lokasi tertentu untuk penangkapan ikan. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana membantu dalam usaha ini,” katanya. Siew Hong ialah salah seorang dari 200 nelayan dan usahawan akuakultur yang menerima bantuan disampaikan Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, di sini, pada 6 Februari lalu.

Pendekatan baru Kerajaan Negeri

Nelayan dapat bantuan peralatan OLEH HAFIZAN TAIB

ED

TANJUNG SEPAT - Pendekatan baru Kerajaan Negeri memberi bantuan berbentuk peralatan kepada golongan nelayan dan berkaitan banyak memberi manfaat kepada mereka. Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, kaedah dipraktikkan itu berhasil dengan kebanyakan mereka memperoleh bantuan disalurkan. “Pendekatan baru kita laksanakan ini banyak mendapat pujian daripada penerima kerana ramai di antara mereka

memperoleh kemudahan dan manfaat. "Sama seperti bantuan alat pengesan lokasi (GPS) bernilai RM1,000 ke RM2,000 yang diberikan ini ekoran ramai nelayan memerlukan dan ingin menggunakan tetapi tidak mampu, jadi mereka sangat berterima kasih,” katanya. Zaidy menyerahkan bantuan berkenaan kepada 200 penerima dalam Progran Penyerahan Bantuan Nelayan dan Akuakultur bagi daerah Kuala Langat dan Sepang yang turut dihadiri Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan, di sini, pada 6 September lalu. Beliau berkata, ia adalah seba-

hagian daripada program bantuan diagihkan mengikut daerah di seluruh Selangor yang diserahkan kepada golongan berkaitan seperti petani dan nelayan termasuk usahawan akuakultur. “Program ini berterusan dari tahun lalu dan pemilihan dibuat dengan kita berikan bantuan hingga tahun ini, manakala permohonan diterima bagi tahun ini sedang diproses. “Tahun lalu, kita salurkan bantuan RM1.6 juta yang diagihkan mengikut daerah. Minggu lalu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sendiri menyerahkan bantuan di Morib,” katanya.

Alat GPS ini memang berguna untuk nelayan kerana kita boleh mengesan lokasi tertentu untuk penangkapan ikan. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana membantu dalam usaha ini CHIA SIEW HONG Nelayan

Kaedah baru tingkat kualiti durian belanda

TANJUNG SEPAT - Projek penanaman durian belanda di DUN Tanjung Sepat yang diusahakan sejak 2013 diteruskan dengan kaedah baru bagi penghasilan buah lebih berkualiti dan baik. Sehubungan itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan berkata, projek terbabit mampu memberikan pulangan hasil seperti diingini demi manfaat penduduk tempatan dan pihak berkaitan melalui pendekatan baru itu. “Bagi tujuan itu, kita sudah mendapatkan pandangan dan bantuan pihak tertentu berkenaan kaedah pendebungaan secara manual dan menunjukkan hasil seperti diingini yang akan

diperkenalkan kepada pengusaha tanaman. “Tahun ini, kita merancang melaksanakan di sebelah selatan Kuala Langat dan Sepang iaitu kawasan sekitar dua ekar dikenal pasti di Bukit Bangkong atau Ulu Teris,” katanya, di sini, pada 6 Februari lalu. Beliau berkata, pendekatan baru itu diambil ekoran projek berjalan lebih dua tahun itu berjaya membuahkan hasil, namun tidak mencapai sasaran ditetapkan. Katanya, dengan kaedah sesuai dikenal pasti, maka projek itu digerakkan lebih aktif tahun ini dengana fokus kepada kuantiti, kualiti serta kesihatan pokok.

"Tahun ini, kita juga merancang membuka sebuah lagi ladang dengan kerjasama pemilik tanah individu yang bersedia bagi menjayakan projek seterusnya. Selepas ini apabila berhasil, kita mungkin akan dapat memasarkannya dalam bentuk jus atau yang lain,” katanya. Beliau berkata demikian bagi menjelaskan projek perintis penanaman durian belanda itu yang bermula di Sungai Projek hasil cetusan anak muda tempatan sebagai salah satu usaha membantu golongan berpendapatan rendah bagi peningkatan ekonomi selain memupuk semangat berdikari dalam kalangan mereka khususnya belia.

Chia Siew Hong

Abu Zarin Abu Hashim

Nelayan dari Teluk Penglima Garang, Abu Zarin Abu Hashim 69, berkata penyerahan alat GPS berkenaan memang tepat pada masanya kerana nelayan begitu memerlukan kemudahan seperti itu. “Kita perlu gunakan teknologi baru begini bagi memudahkan kerja dan meningkatkan hasil tangkapan. “Bantuan ini tentu memberi banyak kebaikan kepada nelayan seperti kami yang ada antaranya kurang mampu untuk memilikinya,” katanya. Bantuan peralatan GPS diberikan Kerajaan Negeri demi kemudahan golongan itu dengan permohonan dibuat melalui Jabatan Perikanan Negeri Selangor.

PBT

18

SelangorKini 17 - 24 Februari 2017

Kesesakan lalu lintas

MBPJ perkenal lorong ubah OLEH NORHAYATI UMOR

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

PETALING JAYA - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperkenalkan lorong ubah di dua jalan utama iaitu Jalan Barat dan Jalan Timur dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas. Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain berkata, lorong selebar tiga meter itu dibina khas untuk pengguna menukar arah dari lorong paling kiri ke lorong paling kanan dengan selamat. “Kenderaan dari Jalan Sultan yang ingin melakukan susur keluar ke arah Shah Alam boleh masuk ke lorong ubah di tengah Jalan Barat dan menyilang masuk ke lorong kedua seterusnya ke lorong paling kiri sebelum keluar ke Lebuhraya Persekutuan. “Terdapat tiga lokasi lorong ubah iaitu dua di Jalan Timur berdekatan Amcorp Mall dan sebelum Bulatan Sultan serta Jalan Barat,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Azizi berkata, MBPJ mendapati sikap segelintir pengguna suka memandu dengan laju tanpa mematuhi had ditetapkan iaitu 50 km/jam dan gagal mengikut peraturan jalan raya yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna lain. Katanya, MBPJ melantik perunding audit keselamatan jalan raya bagi meneliti keadaan semasa di laluan jalan sehala untuk memastikan keselamatan pengguna. “Cadangan penutupan laluan ke Persiaran Barat adalah dengan meletakkan pembahagi jalan untuk menyekat kenderaan dari arah Kuala Lumpur masuk ke Persiaran Barat melalui Jalan Timur,” katanya. Beliau berkata, MBPJ melaksanakan percubaan penutupan sebulan bermula 15 Februari sehingga 14 Mac ini bagi menilai kesan penutupan daripada sudut keselamatan.

Kaunter cukai taksiran buka sepanjang Februari

ED

Sita premis jual barang tamat tempoh KLANG - Beberapa kedai runcit didapati menjual barangan tamat tarikh luput dan melanggar Akta Makanan 1983 ketika operasi khas Majlis Perbandaran Klang (MPK), pada 6 Februari lalu. Yang DiPertua MPK, Dato’ Mohammad Yasid Bidin berkata, pihaknya turut mengesan kesalahan berkenaan label, tin kemek dan beberapa kesalahan lain selain menjual barangan tamat tarikh luput. “Dalam serbuan itu, beberapa produk makanan turut disita,” katanya dalam kenyataan, pada 7 Februari lalu. Yasid berkata, operasi dijalankan Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan Jabatan Kesihatan MPK itu bertujuan melindungi pengguna daripada bahaya kesihatan serta penipuan dalam penyediaan juga penjualan makanan. Katanya, operasi berkenaan

bertujuan memastikan makanan dijual dalam kawasan pentadbiran MPK sentiasa berkualiti, bersih dan bermutu. Pada masa sama, Yasid mengingatkan pengguna supaya sentiasa berwaspada terutama menjelang musim perayaan membabitkan mutu makanan dan label bungkusan. “Orang ramai juga perlu memastikan barangan dibeli di dalam tin tidak berkarat, menggelembung atau kemek serta mempunyai tarikh luput bagi mengelakkan masalah berkaitan kesihatan,” katanya. Yasid berkata, premis menjual makanan sudah tamat tarikh luput, rosak, tercemar, tidak berlabel dan tidak mempunyai maklumat lengkap akan berdepan tindakan tegas termasuk sitaan, bahkan operasi khas itu akan diteruskan dari semasa ke semasa.

SHAH ALAM - Kaunter bayaran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dibuka setiap Sabtu dan Ahad sepanjang Februari bagi memudahkan pemegang harta menjelaskan cukai taksiran. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, kaunter turut dibuka pada 9 Februari ini iaitu ketika cuti umum

Thaipusam. Katanya, pembayaran boleh dibuat di kaunter utama, Wisma MBSA, pejabat cawangan Sungai Buloh, Kota Kemuning dan Setia Alam. "Semua kaunter akan dibuka bermula jam 9 pagi hingga 1 petang. Orang ramai perlu mengambil peluang ini. “Ia turut membantu pemilik harta di kawasan pentadbiran

INFO

MBSA

Hubungi

03-55222724 atau 03-55222897

MBSA membuat pembayaran cukai taksiran serta berurusan dengan MBSA, pada cuti hujung minggu juga cuti am,” katanya.

MPSJ tawar permit bazar Ramadan ���� SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) membuka peluang kepada orang ramai untuk mengisi permohonan permit bazar Ramadan bagi sesi 2017. MPSJ dalam kenyataannya di Facebook memaklumkan, permohonan dibuka untuk tempoh 13 Februari hingga 28 Februari ini. “Pemohon boleh membuat permohohan secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi www. mpsj.gov.my. Hanya warganegara Malaysia berumur atas 18 tahun sahaja dibenarkan berniaga di bazar Ramadan MPSJ 2017,” katanya. Bagaimanapun, permohonan bergantung kepada bilangan petak ditetapkan mengikut keperluan lokasi dan tapak bazar. Bagi kawasan Serdang dan Seri Kembangan, 520 tapak bazar

dicadangkan meliputi kawasan Taman Seri Serdang, Taman Pinggiran Utama, Taman Equine, Puncak Jalil, Taman Lestari Putra dan Taman Lestari Perdana seksyen 7. Sementara di kawasan Puchong, 455 cadangan petak dibuka di Taman Puchong Perdana, Taman Puchong Permai, Tamai Puchong Prima, Taman Wawasan, Puchong Utama dan Puchong Indah. Kawasan Kinrara pula menyediakan 240 tapak niaga bagi kawasan Bandar Kinrara, Taman Tenaga dan Taman Perindustrian Kinrara. Seterusnya, 410 tapak di kawasan Subang Jaya meliputi kawasan USJ 7, USJ 4, USJ 1, Pinggiran USJ, Batu Tiga, Putra Heights dan SS 13.

Pemohon boleh membuat permohohan secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi www.mpsj. gov.my. Hanya warganegara Malaysia berumur atas 18 tahun sahaja dibenarkan berniaga di bazar Ramadan MPSJ 2017 MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA

PBT SelangorKini 17 - 24 Februari 2017

19

Mohon permit sebelum gantung iklan kan kebenaran terlebih dahulu sebelum membuat pemasangan iklan. “Kami juga memohon kerjasama seluruh lapisan masyarakat untuk memastikan bandar raya Shah Alam sentiasa bersih, indah dan sejahtera,” katanya. Shahrin berkata, sebanyak 252,698 iklan tanpa kebenaran ditanggalkan MBSA sepanjang tahun lalu antaranya pinjaman wang, sewa lori, pusat tuisyen, lelong rumah dan perubatan tradisional. “Pemasangan iklan tanpa kebenaran satu kesalahan di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Iklan (MBSA) 2007. Pada masa sama, MBSA sentiasa mengadakan operasi menurunkan iklan tanpa kebenaran sebelah pagi dan petang untuk menangani masalah ini,” katanya.

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

SHAH ALAM - Orang ramai yang ingin mengiklankan produk, barangan dan perkhidmatan perlu mendapatkan permit sementara daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebelum menggantung atau memasang sepanduk. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, ingatan sama turut diberikan kepada mereka yang berhasrat menguaruarkan penganjuran aktiviti dan program. Katanya, sepanduk dan 'bunting' tanpa kebenaran mencacatkan pemandangan selain mengelirukan pengguna jalan raya kerana iklan ditampal atau dipasang menutup papan tanda arah jalan. “MBSA ingin mengingatkan orang ramai khususnya syarikat dan individu supaya mendapat-

MPAJ beri peluang pemilik selesai tunggakan

Diskaun kompaun 'parking' hingga �� Mei OLEH ERMIZI MUHAMAD

ED

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melaksanakan kempen pengurangan bayaran kompaun tempat letak kereta, bermula 1 Februari hingga 31 Mei ini. Pegawai Komunikasi Korporatnya, Norhayati Ahmad berkata, kempen dilaksanakan bagi memberi peluang pemilik kenderaan yang mempunyai kompaun tertunggak menjelaskan-

nya pada kadar segera. “Pengurangan RM30 diberikan untuk kompaun tertunggak, manakala RM10 membabitkan tempoh kurang 14 hari daripada tarikh dikeluarkan. “Sehubungan itu, MPAJ melaksanakan operasi tunda dan kunci tayar ke atas kenderaan mempunyai kompaun tertunggak jika masih melakukan kesalahan sama selepas tamat tempoh kempen,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, orang awam boleh membayar kompaun itu di kaunter bayaran Menara MPAJ, bazar Melawati, kaunter bergerak atau laman sesawang ICOMM di http://icomm.mpaj.gov.my. Pada masa sama, MPAJ memaklumkan, jumlah kompaun masih belum dijelaskan untuk tempoh 2003 sehingga 2016 adalah RM41,427,410 membabitkan 738,449 saman kesalahan tempat letak kenderaan.

MBPJ bersih taska elak wabak penyakit SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) giat menjalankan operasi pembersihan kuman di Pusat Perkembangan Minda Kanak-Kanak bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit di kawasan berkenaan. Kerja pembersihan dan semburan dijalankan Unit Kawalan Vektor, Jabatan Kesihatan Persekitaran MBPJ, sejak 1 Februari lalu. Terdahulu, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling mengarahkan penutupan operasi pusat itu susulan penularan penyakit berjangkit, ‘Chicken Pox’, HFMD dan sakit mata membabitkan bebera-

pa kanak-kanak. Penutupan berkenaan dibuat bermula 1 hingga 12 Februari ini. Pusat Perkembangan Minda Kanak-Kanak Cergas Pintar adalah pusat penjagaan dan pendidikan awal yang dikawal selia sepenuhnya MBPJ. Dalam perkembangan lain, skuad PANTAS MBPJ dengan kekuatan lima anggota bergegas ke lokasi Jalan Lapangan Terbang selepas menerima aduan pokok tumbang membabitkan kerosakan enam jenis kenderaan. Dilaporkan, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku membabitkan orang awam dan pengguna jalan raya.

Tanda amaran buaya di Sungai Klang SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan memasang tanda amaran di sekitar Sungai Klang ekoran seekor buaya sepanjang dua meter muncul di sungai terbabit. Yang DiPertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, tanda amaran ‘awas’ diletakkan dalam masa terdekat sebagai memberi amaran kepada orang ramai. Pada 6 Februari lalu, seekor buaya timbul di permukaan Sungai Klang mengejutkan penduduk di bandar Klang. Aksi reptilia itu kemudiannya dirakam pengguna jalan raya di sebuah jambatan dan dimuat turun di laman sosial Facebook dan You Tube. Sementara itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Selangor, Abd Rahim Oth-

man berkata, pihaknya menerima aduan kemunculan buaya di sungai itu dan melihat reptilia berkenaan di laman sosial. Beliau berkta, pihaknya melakukan pemantauan berkala, namun buaya terbabit tidak lagi timbul. “Kami syak buaya itu hanya melalui kawasan terbabit untuk kembali ke habitat asal kerana kelibatnya hanya muncul sekali sahaja,” katanya. Abd Rahim berkata, reptilia itu tidak memberi ancaman kepada penduduk setempat ketika ini bagaimanapun penduduk dinasihatkan menghubungi segera pihaknya jika terlihat kemunculan buaya itu lagi. “Langkah ini bagi memastikan penangkapan buaya berkenaan dapat dilakukan dengan segera,” katanya.

Pendidikan

20

SelangorKini 17 - 24 Februari 2017

Tawar bidang berimpak tinggi

INPENS perkasa TVET OLEH AFIX REDZUAN

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

KUALA SELANGOR - Kolej Antarabangsa INPENS (INPENS) bakal memperkenalkan lebih banyak bidang berimpak tinggi dan mendapat pasaran industri seperti kimpalan selewat-lewatnya pertengahan 2018. Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, langkah itu bagi memperkasakan Pendidikan Kemahiran Teknikal dan Vokasional (TVET) di Selangor. Katanya, ia adalah seperti dihasratkan Kerajaan Negeri dalam Belanjawan 2017 dengan peruntukan dana RM5 juta bagi membangunkan prasarana INPENS. Selain itu, dana tambahan RM1 juta pula disalurkan setiap tahun bagi menaik taraf kursus kemahiran sedia ada serta memperkenalkan kursus kemahiran baharu yang berpotensi dikembangkan. “Peruntukan ini disalurkan bagi memastikan INPENS terus berdaya saing dalam memberikan latihan kemahiran kepada pelajar yang menuntut di sini.

cangan hala tuju INPENS yang memfokuskan kepada beberapa perkara termasuk memperkasa kualiti tenaga pengajar, menaik taraf fasiliti dan menjalinkan hubungan erat dengan pihak industri terutama syarikat bereputasi tinggi. Selain daripada peruntukan ditetapkan dalam Belanjawan 2017, RM4 juta lagi disalurkan setiap tahun bagi membiayai yuran pengajian pelajar di INPENS yang mempunyai pendapatan keluarga bawah RM3,000 sebulan dan menjadikan peruntukan keseluruhan berjumlah RM10 juta. INPENS terletak di Kuala Selangor secara keseluruhannya menawarkan pengajian kemahiran di dalam sepuluh bidang berimpak tinggi iaitu automotif, motosikal, penyamanan udara, teknologi maklumat, jahitan, kecantikan, dandanan rambut, kulinari dan pastri, elektrik dan elektronik. Setiap tahun, INPENS mampu melahirkan seramai 900 tenaga mahir yang kompeten dalam bidang kemahiran masing-masing bagi menampung peningkatan permintaan industri.

ED

“Ini membuktikan Kerajaan Selangor sememangnya komited dalam usaha menjadikan bidang TVET sebagai pilihan ramai memandangkan pasaran kerja amat meluas.

“Selangor juga berhasrat menjadi model kepada negeri lain dalam membangunkan serta memperkasakan TVET,” katanya selepas melawat perkembangan semasa bengkel kursus

kulinari dan pastri sambil diiringi Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Zabri Mohd Yaman. Dalam lawatan itu, Ahmad Zabri menerangkan peran-

Tukar buku semarak aktiviti membaca

SHAH ALAM - Perpustakaan Anggerik Vanilla (PAV) diuruskan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan aktiviti pertukaran buku kali kedua 2017, pada 26 Februari ini. Ketua Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, aktiviti itu bertujuan mempromosi budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak serta dewasa. Katanya, aktiviti dijadualkan berlangsung di Dewan Rukun Tetangga, Seksyen U13, Setia Alam, di sini, bermula jam 11 pagi hingga 2 petang. “Konsepnya adalah ‘Letak 1 Ambil 1, Baca Bersama’ dan pengunjung disaran menyumbang buku baru atau terpakai

Aktiviti itu bertujuan mempromosi budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak serta dewasa

SHAHRIN AHMAD

Ketua Korporat dan Perhubungan Awam MBSA selain boleh mengambil buku sedia ada. “Buku disumbangkan akan dikongsikan orang ramai. Aktiviti itu akan dikelola kakitangan PAV MBSA dan sukarelawan,” katanya dalam kenyataan.

Agama SelangorKini 17 - 24 Februari 2017

OLEH AFIX REDZUAN

JAKESS perkenal dasar baru

‘Polisi Tiada Hadiah’ elak rasuah WAKTU SOLAT SELANGOR

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

SHAH ALAM - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) melancarkan ‘Polisi Tiada Hadiah’ sebagai usaha mengelakkan gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam dan jabatan. Majlis perasmian disempurnakan Exco Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi di Auditorium Daeng Chelak, Muzium Shah Alam, pada 10 Februari lalu. Ahmad Yunus berkata, polisi itu bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri melahirkan pentadbiran dan kepimpinan baik berasaskan konsep amar ma’aruf nahi mungkar. “Kita bimbang sebarang bentuk pemberian ini menjadi bibit integrasi yang boleh dipertikaikan dan rasuah akan mula bertunas. “Walaupun kebiasaannya masyarakat memberikan hadiah terhadap sesuatu permohonan, kita khuatir bibit ini akhirnya akan menjadi permintaan juga barah rasuah,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas himpunan penjawat awam Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor. Melalui polisi itu, warga kerja JAKESS tidak boleh menerima atau memberi hadiah berbentuk peribadi daripada atau kepada mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan atau berkaitan tugas rasmi jabatan terbabit.

17 - 24 Februari 2017 20 - 27 Jamadilawal 1438H

Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak

Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

17 Jumaat 6:00 6:10 7:26 1:30 4:48 7:29 8:39 18 Sabtu 6:00 6:10 7:26 1:30 4:48 7:29 8:39 19 Ahad 6:00 6:10 7:25 1:30 4:48 7:29 8:39 20 Isnin 6:00 6:10 7:25 1:30 4:47 7:29 8:39 21 Selasa 6:00 6:10 7:25 1:30 4:47 7:29 8:39 22 Rabu 6:00 6:10 7:25 1:29 4:47 7:29 8:39 23 Khamis 6:00 6:10 7:25 1:29 4:46 7:29 8:39 24 Jumaat 5:59 6:09 7:24 1:29 4:46 7:29 8:39 Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Dasar itu selaras Peraturan 8(1)(a) dan (b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Para 12, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 1998.

Ia turut membabitkan peraturan Seksyen 165, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 3, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

ED

�� kuil terima RM���,���

BATU CAVES - Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyampaikan sumbangan kepada rumah ibadat bukan Islam berjumlah RM380,000 kepada 28 kuil sempena sambutan Thaipusam Peringkat Selangor. Beliau berkata, kehadiran orang Melayu dan Cina sempena sambutan Thaipusam sebagai tanda hormat juga muafakat masyarakat berbilang kaum di Malaysia. “Saya mahu masyarakat dan komuniti termasuk rakyat dari negeri lain yang datang ke Selangor bukan kerana ekonomi pesat tetapi disebabkan ada masyarakat bertoleransi serta hormatmenghormati,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Cek Bagi Rumah Ibadat Bu-

21

kan Islam Negeri Selangor di perkarangan luar Kuil Batu Malai Sri Subramaniar, pada 8 Februari lalu. Katanya, komuniti India di Selangor mendapat hak sama seperti kaum lain dalam menikmati kemudahan dan bantuan disalurkan Kerajaan Negeri. “Generasi muda India berpotensi untuk berjaya dalam bidang keusahawanan. Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1 juta bagi merealisasikan ‘Selangor Indian Entrepreneurship and CapacityBuilding Program: Towards Economic Resilience, Empowerment and Upward Mobility”, katanya. Selain itu, Kerajaan Negeri turut memberikan jaminan akses pendidikan lebih kondusif dengan meluluskan pembinaan asrama anak pekerja ladang.







17 Jumaat 6:03 6:13 7:28 1:32 4:51 7:31 8:42 18 Sabtu 6:02 6:12 7:28 1:32 4:50 7:31 8:41 19 Ahad 6:02 6:12 7:27 1:32 4:50 7:31 8:41 20 Isnin 6:02 6:12 7:27 1:32 4:50 7:31 8:41 21 Selasa 6:02 6:12 7:27 1:32 4:49 7:31 8:41 22 Rabu 6:02 6:12 7:27 1:32 4:49 7:31 8:41 23 Khamis 6:02 6:12 7:26 1:32 4:48 7:31 8:41 24 Jumaat 6:02 6:12 7:26 1:31 4:48 7:31 8:41

Wanita & Kesihatan

22

SelangorKini 17 - 24 Februari 2017

PWB DUN Hulu Klang

OLEH SYAZWANI SUFIAN

Projek laman herba buah hasil dang sebagai ulam. “Dengan pertumbuhannya yang subur, mereka juga boleh menjual untuk dijadikan sumber dan dana bagi menghidupkan program PWB lain,” katanya dalam kenyataan. Daroyah berkata, ketika sesi lawatan beliau bersama penyelia PWB dari DUN lain, pelbagai ilmu dikongsikan berkenaan jenis,

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

SHAH ALAM - Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Hulu Klang terus melangkah maju dengan kejayaan laman herba PWB yang kini membuahkan hasil. Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, terdapat lebih 60 jenis tanaman herba boleh didapati di dua laman herba di AU2 dan Kampung Kemensah. “Laman herba yang mereka bangunkan bukan sahaja tumbuh subur, malahan boleh dijadikan ubat penawar serta dihi-

KENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor Negeri Selangor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) bagi kerja-kerja berikut : BIL.

NO. TENDER

TAJUK KERJA

BIDANG, HARGA SUB BIDANG & DOKUMEN PECAHAN BIDANG

MP Sepang 40010/12-09/2017 KEJ

Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Jalan PP 5/13, 5/14, 5/16, 5/17, 5/18, 5/19, 5/20, 5/21, 5/22, 5/23, 5/24, 5/25, 5/26 Dan 5/27 Taman Putra Prima Puchong Untuk Majlis Perbandaran Sepang.

RM150.00

2.

MP Sepang 40010/12-10/2017 KEJ

Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Jalan PC3/2, PC3/3, PC3/3A, PC3/4, PC3/5, PC3/6, PC3/7 Dan Termasuk Lorong Belakang / Tepi Taman Pinggiran Cyber, Cyberjaya Untuk Majlis Perbandaran Sepang.

RM150.00

3.

MP Sepang 40010/12-11/2017 KEJ

Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Jalan Gemilang 1, 2, 3, 4, 5, 5B, 6, 7, 8, Taman Gemilang Dengkil Untuk Majlis Perbandaran Sepang

RM150.00

4.

MP Sepang 40010/12-12/2017 KEJ

Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Jelatik, Lelayang, Bangau, Puyuh, Enggang, Tanau, Merpati, Balam, Serindit, Kelicap, Merbok, Mderak, Taman Desa Jenderam Untuk Majlis Perbandaran Sepang

RM150.00

5.

MP Sepang 40010/12-13/2017 KEJ

Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Jalan Pinggiran Putra Utama, Jalan Pinggiran Putra 3/1, 3/2, 3/3, 3/4 Taman Desa Pinggiran Putra Untuk Majlis Perbandaran Sepang.

6.

MP Sepang 40010/12-14/2017 KEJ

Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Sebahagian Jalan Persiaran Warisan Permai, Jalan Airport City 1 Dan Jalan Airport City 2, Kota Warisan Untuk Majlis Perbandaran Sepang

RM150.00

7.

MP Sepang 40010/12-15/2017 KEJ

Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Jalan 1, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11 Dan Taman Bunga Raya Salak Tinggi Untuk Majlis Perbandaran Sepang

RM150.00

8.

MP Sepang 40010/12-16/2017 KEJ

Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Jalan Bestari 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 13, 15 Dan 16, Taman Desa Bestari Salak Tinggi Untuk Majlis Perbandaran Sepang

RM150.00

9.

MP Sepang 40010/12-17/2017 KEJ

Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Sebahagian Jalan 1 dan 8, 9, 10, 11, 12 Kompleks, Bandar Baru Salak Tinggi Untuk Majlis Perbandaran Sepang

RM150.00

10.

MP Sepang 40010/12-18/2017 KEJ

Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Pangsapuri Kos Rendah Fasa 2, Taman Desa Sentosa, Sungai Merab, Mukim Dengkil Untuk Majlis Perbandaran Sepang bagi Program Pembaikan Jalan Dalam Pangsapuri Kos Rendah Negeri Selangor Fasa 1 -2016.

RM150.00

11.

MP Sepang 40010/12-19/2017 KEJ

Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Jalan Arked Perdana, Jalan Arked 1, 1/ 2, 1/3, 2, 2/1, 2/2, 2/3, 3, 3/1, 3/2, 3/3, 3/4, 3/5, 4, 4/1, 5, 5/1, 5/2, 5/3, 5/4 Dan 5/5, Taman Arked Mukim Dengkil Untuk Majlis Perbandaran Sepang.

RM150.00

12.

MP Sepang 40010/12-20/2017 KEJ

Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Jalan Pinggiran Putra 4A, 4A5, 4A7, 4A8, 4A9, 4A10, 4A11, 4A12, 4A13, 4A14, 4A15, 4A16, 4A17, 4A18 Termasuk Lorong Belakang / Tepi Taman Desa Pinggiran Putra Untuk Majlis Perbandaran Sepang

13.

MP Sepang 40010/12-21/2017 KEJ

Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Jalan Saujana 1/2, 1/3, 1/4, 1/5, 1/6, 1/7, 1/8, 1/9, 1/10, 1/11, 1/12, 1/13 Dan 2/3, 2/4, 2/5, 2/6, 2/7, 2/8, 2/9, 2/10, 2/11, 2/12 Termasuk Lorong Tepi Taman Desa Saujana Untuk Majlis Perbandaran Sepang

RM150.00

14.

MP Sepang 40010/12-22/2017 KEJ

Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Jalan Dahlia 1/3, 1/5, 1/6, 2/2, 2/4, 4/1, 4/2, 4/3, 4/4, 4/5, 4/6, 4/7 Dan Jalan Dahlia Perwira, Bandar Salak Untuk Majlis Perbandaran Sepang

RM150.00

ED

1.

CIDB, SPKK, G3 CE21 & (UPEN)

CIDB, SPKK, G4 CE21 & (UPEN)

RM150.00

RM150.00

Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor Negeri Selangor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) bagi kerja-kerja berikut : BIL.

NO. TENDER

TAJUK KERJA

15.

MP Sepang 40010/12-23/2017 LAND

Perkhidmatan Pemangkasan Pokok Teduhan Di Jalan Persiaran Ceria, Sebahagian Persiaran Rimba Permai, Sebahagian Persiaran Apec, Persiaran Cyberpoint Selatan, Lingkaran Cyberpoint Timur Dan Barat, Jalan Cyberpoint 1-6 Cyberjaya, Mukim Dengkil Untuk Majlis Perbandaran Sepang

16.

MP Sepang 40010/12-24/2017 LAND

Perkhidmatan Pemangkasan Pokok Teduhan Di Jalan Sebahagian Persiaran Apec (Persimpangan Pulau MerantiBalai Bomba Dan Penyelamat) Cyberjaya, Mukim Dengkil Untuk Majlis Perbandaran Sepang.

BIDANG, HARGA SUB BIDANG & DOKUMEN PECAHAN BIDANG 221002 @ 220402 (Membersih Kawasan) dan 221402 @ 220803 (Hiasan Jalan / Kawasan)

RM100.00

RM100.00

Dokumen tender boleh dibeli pada waktu pejabat di Tingkat 3, Unit Tender Dan Kontrak. Dokumen tender akan dikeluarkan mulai dari tarikh 15 hb Februari 2017 hingga 09 hb Mac 2017 dengan harga yang ditetapkan bagi senaskah (tidak dikembalikan). Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera atau wakil yang mengemukakan Surat Lantikan Wakil, Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) (bagi tender Bil. 1-14) dan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) (bagi tender bil. 15-16) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) yang asal. Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai, Wang Pos Atau Bank Draf yang berpalang atas nama ‘Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang’. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat bermeteri dengan menulis No. Tender disebelah sudut kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender di Ruang Lobi Utama, Aras Dua, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada jam 12.00 tengahari pada 09 hb Mac 2017. Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tender atau memberi apa-apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.

cara penggunaan dan fungsi setiap herba dengan kebanyakan tumbuhan itu ada di persekitaran. Selain itu, beliau turut menerima penjelasan berkenaan penggunaan bahan terbuang sebagai baja organik yang

baik untuk kesihatan dan pembesaran tanaman selain kraftangan serta masakan. Katanya, kini PWB Hulu Klang dalam proses membukukan laman herba bagi memberi pendidikan kepada generasi akan datang tentang kelebihan herba.

Keluarkan daftar pesalah jenayah seks SHAH ALAM - Ahli Dewan Negeri (ADN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin mempersoalkan tindakan Kerajaan Persekutan bertindak lambat terhadap pendedahan senarai daftar pesalah jenayah seks ekoran kebimbangan wanita dan kanakkanak di negara ini. Beliau berkata demikian susulan kepulangan perogol bersiri, Selva Kumar Subbiah dari Kanada selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun. "Kami mahu mengingatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bahawa hak wanita dan kanakkanak perempuan di negara ini lebih penting selain memerlukan persekitaran selamat berbanding mengutamakan hak pesalah seks. Apa yang paling penting bagi kami ialah pendaftaran pesalah seks. "Enam bulan sudah berlalu sejak Akta

Kanak-kanak Pindaan 2016 diwartakan. Putrajaya masih belum mempunyai pendaftaran pesalah seks dan mereka lebih mementingkan hak asasi pesalah itu yang tidak boleh diterima," katanya. Menurut laporan media, kementerian itu masih menunda menyediakan satu daftar pesalah seks yang dihukum di luar negara kerana bimbang ia boleh mengganggu hak privasi individu. FMT melaporkan, kementerian itu menegaskan daftar kanak-kanak berbeza dengan pesalah jenayah seksual di bawah Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969 yang berada di bawah kuasa Kementerian Dalam Negeri. Semakan dengan kementerian itu mendapati setiap permintaan untuk maklumat berkenaan akan dinilai, sebelum data sulit dikeluarkan.

KKM tak terima amaran pencemaran paracetamol

SHAH ALAM - Tiada sebarang laporan amaran berjaga-jaga diterima akibat pencemaran paracetamol daripada pihak berkuasa negara pengilang atau negara lain. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk P/500 (Aeknil) berwarna putih itu tidak berdaftar dengan kementerian dan ia berbeza dengan ‘Aeknil Tablets’ yang didaftarkan. Ia berikutan penularan mesej di media sosial bahawa produk P/500 (Aeknil) berwarna putih berkilat itu mengandungi virus ‘Machupo’. Katanya, ‘Aeknil Tablets’ berdaftar mengandungi bahan aktif paracetamol 500mg dengan nombor pendaftaran ‘MAL19911249XZ’ dengan indikasi ‘for the relief of mild to moderate pain and reduce fever’.

“Tablet yang didaftarkan itu berwarna biru dan berbentuk bulat dengan diameter setengah inci serta mempunyai perkataan aeknil atau ‘therapeutic’ pada permukaannya,” katanya dalam kenyataan, di sini, pada 8 Februari lalu. Katanya, virus ‘Machupo’ yang tersebar melalui air kencing atau najis tikus yang dijangkiti dikelaskan dalam kumpulan virus ‘Arenavirus’ dan boleh menyebabkan demam berdarah. Beliau berkata, virus itu tidak boleh hidup dalam persekitaran kering seperti tablet paracetamol dan setakat ini hanya ditemui di Amerika Selatan. Justeru, orang ramai diminta memastikan produk digunakan berdaftar, mempunyai pelekat hologram dan dilabel dengan nombor pendaftaran MAL.

Sukan SelangorKini 17 - 24 Februari 2017

Red Giants ikat JDT �-� menangkap bola rembatan deras Guerra pada minit ke-31 selepas menerima bola sepakan lintang Azammudin. Tindakan Azammudin yang merembat bola menyaksikan bola terkena tangan kapten Mohd Razman Roslan dan pengadil perlawanan, Mohd Zohri Tajuddin tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-38, namun Khairul Azhan berjaya menafikan bola sepakan Fereirra. Bersambung babak kedua, tuan rumah menggandakan asakan untuk memburu gol pertama, namun masih gagal untuk menghasilkan jaringan walaupun melancarkan gerakan berbahaya di posisi sayap kiri dan kanan. Namun, hajat JDT untuk meraih tiga mata tidak kesampaian dan sekadar berpuas hati dengan satu mata selepas pelawat berjaya menidakkan usaha skuad Harimau Selatan daripada mencipta kemenangan di laman sendiri.

SHAH ALAM - Pengurusan PKNS FC berjanji lebih peka berkenaan urusan serta kemudahan orang kelainan upaya (OKU), di Stadium Shah Alam. Ia berikutan insiden kawalan keselamatan dan kemudahan OKU yang menjadi tular di media sosial, baru-baru ini. Menerusi facebook, pengurusan PKNS FC juga berjanji akan menjalinkan kerjasama lebih erat dengan pihak keselamatan dalam memastikan insiden sama tidak berulang. “Ekoran kawalan keselamatan dan kemudahan OKU yang menjadi tular di sosial media barubaru ini, pengurusan PKNS FC menjemput penyokong tegar Selangor, Razali Sahran dan anak beliau, Aina ke sesi latihan pasukan Liga Super PKNS FC, di Kelana Jaya. “Semoga hubungan baik ini akan berkekalan,” tulisnya di Facebook. Di majlis ringkas itu, PKNS FC turut menghadiahkan Aina mafla pasukan dan jemputan VIP PKNS FC sepanjang tahun, di Stadium Shah Alam. Pada masa sama, beberapa netizen turut berkongsi pandangan dan memuji kepedulian PKNS FC terhadap peminat

Janji tingkat kemudahan keselamatan stadium

PKNS FC rai peminat OKU dalam kalangan OKU.  Jadikan apa yang PKNS FC buat sebagai contoh pasukan lain. Golongan OKU pun sama macam kita juga yang

minat bola. “Tapi disebabkan kemudahan untuk golongan ini kurang disediakan di stadium, keinginan mereka pergi ke stadium terpaksa dilupakan,” tulis Khai Achik II.

ED

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

JOHOR BAHRU - Johor Darul Ta zim (JDT) terpaksa akur apabila sekadar seri 0-0 dengan Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, pada 11 Februari lalu. Aksi pada 15 minit babak pertama tampak begitu sukar buat tuan rumah untuk menyusup masuk ke dalam kotak penalti pelawat tatkala anak didik P Maniam mengamalkan corak taktikal bertahan. Gerakan menarik tuan rumah Gabriel Guerra pada minit ke-19 apabila hampir memerangkap penjaga gol, Mohd Khairul Azhan Khalid, namun Azammudin Akil tidak sempat untuk menyambar bola yang sekadar melintang di depan gol. Malah, selang seminit kemudian bola rembatan Brian Fereirra dari jarak 20 meter menyaksikan Khairul Azhan terpaksa melayangkan badan untuk menepis bola yang menuju tepat ke gawang gol. Khairul Azhan masih kebal menjaga gawang gol apabila

OLEH NAEEM RAFFI

23

Foto oleh Nizam Rahman www.asiana.my

Red Giants ikat JDT �-� 23

Perak beri PKNS FC kelebihan The Red Ants mengatasi The Bos Gaurus 3-0 melalui dua jaringan Lucas Sebastian Espindola (m45 dan m47) dan Mohd Safee Sali (m84). Elavarasan berkata, keberkesanan Lucas membanggakan dan dua gol jaringannya membawa perbezaan dalam perlawanan berkenaan. Katanya, penyerang seperti Lucas amat penting untuk pasukan dan gandingannya bersama Safee serta Patrick Ronaldinho Wleh diharap terus bertindak cemerlang dalam perlawanan seterusnya. “Saya kira PKNS FC bermain petang juga bukan kelebihan dan yakin pasukan akan bermain baik, pada sebelah malam. “Perlawanan terdekat dalam Piala FA (14 Februari), PKNS FC akan bermain malam dan kita akan melihatnya,” katanya. Dalam empat perlawanan setakat ini, PKNS FC mencatat dua kemenangan mengalahkan Selangor (5-3) dan Perak (3-0), manakala ditundukkan Felda United (0-1) dan Kelantan (1-3) dalam dua perlawanan awal.

A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I

SHAH ALAM - Kegagalan Perak menjaringkan gol penalti memberi kelebihan kepada PKNS FC menguasai perlawanan seterusnya mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas pasukan berkenaan. Kemenangan kedua diraih pasukan kendalian E Elavarasan itu meneruskan rentak kecemerlangan The Red Ants dalam penyertaan sulung Liga Super, musim ini. “Bila penjaga gol (Mohd Zamri Selamat) selamatkan sepakan penalti, itu yang memberi kelebihan kepada kita. “Jika gol penalti (terhasil), keputusan perlawanan mungkin berbeza dan sebelum kita mendapat dua gol, perlawanan adalah seimbang dengan Perak cuba mendapatkan gol. “Maka, titik perubahannya di situ,” kata ketua jurulatih itu dalam sidang media selepas perlawanan di Stadium Shah Alam, di sini, pada 11 Februari lalu. Penyerang import Perak, Vladislav Mitkov Mirchev gagal menjaringkan gol melalui sepakan penalti ketika PKNS FC mendahului 2-0.

Liga Super 2017

PKNS FC benam Perak �-�

OLEH HAFIZAN TAIB

ED

SHAH ALAM - PKNS FC meneruskan kecemerlangan dengan kemenangan kedua mengatasi Perak 3-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, pada 11 Februari lalu. Gol The Red Ants dijaringkan penyerang import dari Argentina, Lucas Sebastian Espindola pada minit ke-45 dan 47, manakala Mohd Safee Sali menambah satu lagi gol, enam minit sebelum perlawanan berakhir. Kelincahan Lucas memberi kelebihan kepada PKNS FC setiap kali melancarkan serangan disertai Safee dan Patrick Ronaldinho Wleh. Bagaimanpun, sebelum gol pertama tuan rumah terhasil, permainan antara kedua-dua pasukan seimbang dengan taktik serangan pantas serta bertahan yang berkesan. PKNS FC hampir mendahului pada minit ke-26 menerusi Muhammad Alif Haikal yang mencuba di luar kotak penalti tetapi sepakannya terkena tiang sebelah kiri pintu gol Perak. Penyerang import Perak, Vladislav Mitkov Mirchev juga mendapat peluang di depan gol pada minit ke-29 tetapi tandukannya sipi melepasi pintu gol PKNS FC. Tindakan D Kenny Pallraj menjatuhkan Safee (m44) di luar kotak penalti Perak mengundang padah apabila dikenakan kad kuning dan PKNS FC beroleh tendangan percuma. Lucas tidal melakukan kesilapan dan menceriakan The Red Ants dengan jaringan pertamanya untuk mendahului

lawan, pada akhir separuh masa pertama. Bermula separuh masa kedua, pasukan bimbingan E Elavarasan terus melancarkan serangan bagi memberi tekanan kepada Perak. Percaturan itu nyata berhasil dengan Lucas (m47) melepasi halangan pertahanan The Bos Gaurus lalu menyepak kencang untuk gol kedua menewaskan penjaga gol lawan, Muhammad Hafizul Hakim. Skuad kendalian Karl Heinz Weigang mampu merapatkan jurang pada minit ke-60 ketika beroleh sepakan penalti, namun penjaga gol PKNS FC, Mohd Zamri Selamat berjaya menghalang sepakan Vladislav melepasi jangkauannya. Kebangkitan dirancang Perak terus melalui detik sukar dan PKNS FC menggunakan ruang secukupnya dalam mengatasinya. Safee (m84) melakukan jaringan dengan satu sepakan leret untuk gol ketiga PKNS FC apabila melepasi pertahanan lawan dengan kawalan bola kemas dan perlawanan berakhir dengan keputusan sama. Dengan dua menang dan dua kalah, PKNS FC kini mengumpul enam mata serta menduduki tangga ketiga liga di belakang Pahang dan Perak yang berkongsi tujuh mata.

LIGA SUPER 2017

Kedudukan Terkini 14 Februari

P M S K G Mt

1 Kedah

4

2

2

0

9:5

8

2 Pahang

4

2

1

1

8:5

7

3 Perak

4

2

1

1

5:6

7

4 T-Team

4

2

1

1

4:7

7

5 Kelantan

2

2

0

0

5:2

6

6 PKNS

4

2

0

2

9:7

6

7 JDT

3

1

2

0

4:2

5

8 Selangor

4

1

2

1

6:6

5

9 Sarawak

4

1

1

2

4:5

4

10 FELDA

4

1

1

2

4:6

4

11 Malacca United 3

0

1

2

4:6

1

4

0

0

4

0:5

0

12 Pulau Pinang

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Dicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985