Kurikulum PERMATA Negara Download

individu professional lain yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penggubalan dan penerbitan dokumen Edisi Ketiga Kurikulum PERM...

16 downloads 784 Views 4MB Size
1

SeƟap Anak PERMATA Negara

KURIKULUM PERMATA NEGARA

ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 0 – 4 TAHUN

Kurikulum PERMATA Negara

2

SeƟap Anak PERMATA Negara

Cetakan Pertama, November 2008 Hak Cipta c NCDRC, UPSI ISBN 983-3759-41-5

Cetakan Kedua, Januari 2010 Hak Cipta c Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA), Jabatan Perdana Menteri ISBN 978-983-43953-1-5

Cetakan Ketiga, Januari 2013 Hak Cipta c Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA), Jabatan Perdana Menteri ISBN 978-967-0493-34-3

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA), Jabatan Perdana Menteri

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA) Jabatan Perdana Menteri, W101, Aras 1, Blok 3440, Enterprise Building1, Jalan Teknokrat 3, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Tel : 03-83194000 Faks: 03-83194001/03-83188645 Web : http:/www.permata.jpm.my

Kurikulum PERMATA Negara

3

SeƟap Anak PERMATA Negara

PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Majlis Pelaksanaan Program PERMATA yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di atas sokongan dan kepercayaan berterusan yang diberikan kepada kami untuk menghasilkan dokumen Kurikulum PERMATA Negara ini. Kami amat menghargai keperihatinan dan komitmen kerajaan dalam usaha menambahbaik Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (Early Childhood Education and Care) di Negara ini. Syabas diucapkan kepada Y.A.B. Dato’ Sri kerana telah mengambil langkah positif dan proaktif memastikan pewaris generasi bangsa dan modal insan Negara pada masa hadapan mendapat pendidikan awal yang terbaik. Ini semua telah termaktub dalam Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan yang telahpun diluluskan oleh kerajaan pada tahun 2008. Penggerak utama Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia, sehingga tercetusnya Program PERMATA Negara ini ialah Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor, isteri Perdana Menteri sendiri. Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri telah berterusan terlibat secara langsung demi memastikan Program PERMATA Negara dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dalam masa yang singkat, Program PERMATA Negara telah dilaksanakan secara berperingkat di seluruh Negara, dan telah memberikan peluang kepada kanak-kanak, khususnya dari luar bandar dan dari keluarga berpendapatan rendah untuk mengikuti pembelajaran awal yang berkualiti dalam suasana yang kondusif dan ceria. Kurikulum PERMATA Negara yang mengintegrasikan aspek pengasuhan dan pendidikan adalah satu usaha yang tepat untuk menyediakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak yang menyeluruh khusus untuk kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Penekanan kepada amalan bersesuaian dengan tahap perkembangan, kebolehan dan keunikan individu kanak-kanak adalah suatu pendekatan yang sangat baik dan selaras dengan amalan pendidikan awal yang berkualiti yang dilaksanakan di seluruh dunia. Menggunakan kaedah bermain sebagai asas kepada semua aktiviti pembelajaran adalah cara terbaik dan menyeronokkan kepada kanak-kanak. Fitrahnya, kanak-kanak sentiasa belajar melalui bermain kerana melalui bermain mereka akan: meneroka, ingin tahu, bertanya, mencuba dan mengeksperimen apa-apa sahaja yang terdapat di persekitaran mereka. Kurikulum PERMATA Negara tidak hanya menekankan aspek pembangunan intelek, tetapi memberi penekanan yang besar kepada pembinaan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian kanak-kanak. Di samping itu kurikulum ini juga telah mengambil kira aspek pengasuhan penting daripada Kurikulum Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan telah mendapat input berhubung kesihatan dan pemakanan bagi bayi dan kanak-kanak dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Penggubalan kurikulum ini adalah lengkap dan bersifat holistik. Adalah diharapkan para pendidik akan melaksanakan kurikulum ini dengan sebaiknya, kerana merekalah peneraju utama yang

Kurikulum PERMATA Negara

4

SeƟap Anak PERMATA Negara

akan menentukan kejayaan usaha murni ini. Keberkesanan pelaksanaan kurikulum ini bergantung sepenuhnya kepada pendidik yang akan mengimplementasinya bersama kanak-kanak. Adalah diharapkan segala usaha dan tenaga yang telah dicurahkan dalam menggubal kurikulum ini akan memberikan manfaat kepada kanak-kanak, khususnya, dan Negara, amnya, dengan komitmen dan keprihatinan tinggi pendidik. Sekalung penghargaan juga disampaikan kepada Ahli Majlis Pelaksanaan Program PERMATA, Ahli Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Program PERMATA dan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program PERMATA di atas segala sumbangan idea dan sokongan yang diberikan. Rakaman terima kasih juga kepada Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kurikulum dan Penyelidikan PERMATA Negara, Pusat Penyelidikan Pembangunan Kanak-kanak Kebangsaan (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Malaya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Kesihatan Malaysia, semua agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan individuindividu professional lain yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penggubalan dan penerbitan dokumen Edisi Ketiga Kurikulum PERMATA Negara ini.

Majlis berseri gilang-gemilang Di tambah seri aluan gendang Budi dan jasa dikenang-kenang Sumbangan diberi tidak kan hilang

TERIMA KASIH 1 Oktober 2012

Kurikulum PERMATA Negara

5

SeƟap Anak PERMATA Negara

PRAKATA “Setiap anak perlu diberikan permulaan hidup yang terbaik (the best starts in life), maka dengan itu lahirlah konsep Setiap Anak PERMATA Negara”

Assalamualaikum WBT, dan Salam Sejahtera, Sesungguhnya, dalam membangunkan modal insan Negara, pendidikanlah wadah utamanya. Pada hakikatnya, masa hadapan sesebuah Negara bergantung kepada pembangunan modal insan yang berkebolehan. Dari itu, pembangunan modal insan haruslah dimulakan pada peringkat awal kerana proses perkembangan mental dan emosi serta pemupukan nilai-nilai murni dan kemahiran berkembang dengan begitu cepat dalam tempoh tersebut. Ingatan saya masih segar di mana 5 tahun yang lalu saya bersama-sama beberapa orang profesional, profesor, pendidik, pakar perubatan, pegawai polis, peguam, pegawai-pegawai kerajaan membincangkan permasalahan dan gejala sosial di Negara ini. Kami penuh yakin sekiranya anak-anak kecil telah diasuh dengan nilai-nilai murni, mereka akan mempunyai asas peribadi yang baik serta kukuh untuk membesar menjadi remaja bersifat mulia. Akhirnya kami sepakat bahawa salah satu strategi jangka panjang yang berupaya menangani masalah sosial dan sebagai langkah awal membina modal insan Negara ialah dengan memberikan setiap kanak-kanak yang lahir di bumi bertuah ini permulaan hidup yang terbaik atau “the best starts in life”. Pembentukan nilai diri sebagai insan yang cemerlang seharusnya dimulakan sejak awal dan lebih berkesan jika dilakukan sejak lahir lagi. Mereka seharusnya diberikan persediaan yang secukupnya dari segi perkembangan mental, rohani, sosial dan fizikal. Umpama kata pepatah Melayu, “Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Persediaan yang bersesuaian dengan perkembangan mental, emosi dan fizikal mereka akan memastikan mereka akan berupaya membesar secara positif. Inilah sebenarnya intipati kepada program “Setiap Anak PERMATA Negara” yang menekankan peri pentingnya pendidikan awal diberikan kepada setiap kanak-kanak sejak lahir lagi. Begitulah sejarah bagaimana tercetus idea untuk melaksanakan Program PERMATA Negara. Saya merasa amat berbangga kerana kerajaan telah menerima pandangan kami bahawa salah satu strategi untuk menangani masalah sosial dan membina modal insan Negara ialah memberikan asuhan dan didikan yang terbaik semasa mereka masih kecil lagi. Kita menaruh harapan yang besar kepada mereka sebagai generasi pewaris untuk memakmur dan memajukan Negara kita ini. Alhamdulillah, mengambilkira kepentingan pendidikan awal kanak-kanak, kerajaan telahpun meluluskan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan pada 2008. Kerajaan juga bersetuju Kurikulum PERMATA Negara dijadikan Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal KanakKanak Kebangsaan khusus bagi kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk diguna pakai oleh semua

Kurikulum PERMATA Negara

6

SeƟap Anak PERMATA Negara

pusat asuhan kanak-kanak. Dengan ini, standard dan kualiti asuhan dan didikan serta proses pembelajaran yang diterima oleh kanak-kanak adalah sama dan seragam. Saya amat menekankan kepada aspek pendidikan awal diterapkan kepada anak-anak yang berada di TASKA ini agar mereka dapat berkembang dengan menyeluruh, baik dalam semua aspek, intelek, rohani, jasmani, sosial dan komunikasi. Kanak-kanak pada usia 1 hingga 4 tahun sudah boleh didedahkan kepada proses pembelajaran peringkat awal yang mampu memberi kesan positif kepada pembesarannya. Pada usia ini mereka seperti span yang mampu menyerap apa sahaja dengan cepat di persekitarannya. Adalah diharapkan dengan pemakaian Kurikulum PERMATA Negara ini, TASKA tidak lagi dilihat sekadar sebagai kemudahan untuk jagaan anak sahaja, tetapi turut diseimbangkan dengan memberi perhatian yang rapi terhadap perkembangan kanak-kanak itu sendiri dari segi pertumbuhan atau kesuburan, emosi, pemikiran dan tingkah laku. Ucapan terima kasih dan penghargaan saya kepada semua penulis, edisi baru dan lama, dan semua yang terlibat dalam penggubalan dan penerbitan Kurikulum PERMATA Negara Edisi ketiga ini. Saya berdoa semoga khidmat bakti kita ini diberkati dan bersama membawa perubahan positif berpanjangan kepada kehidupan anak-anak pada masa hadapan.

Indah Sulaman Selendang Sutera Dipakai oleh gadis jelita Anak-anak kita umpama permata Jika digilap pasti tinggi nilainya

Salam hormat

Y.A.BHG. DATIN PADUKA SERI ROSMAH MANSOR Isteri Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Program PERMATA

Kurikulum PERMATA Negara

7

Se ap Anak PERMATA Negara

ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN .............................................................................................................................................................3 PRAKATA...............................................................................................................................................................................3 1. FALSAFAH DAN DIDIKAN AWAL KANAK - KANAK Falsafah Pendidikan Kebangsaan .................................................................................................... 9 Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan...................................................... 9 Falsafah Kurikulum PERMATA Negara ........................................................................................... 9 Matlamat Kurikulum PERMATA Negara ........................................................................................ 12 Ciri-Ciri Anak PERMATA Negara .................................................................................................... 12 2. PENGENALAN KURIKULUM PERMATA NEGARA....................................................................................... 14 2.1 Latar Belakang Program PERMATA Negara ..................................................................... 14 2.2 Pelaksanaan Kurikulum PERMATA Negara ..................................................................... 16 2.3 Prinsip Yang Memandu Kurikulum PERMATA Negara.................................................... 17 2.4 Objektif Kurikulum PERMATA Negara................................................................................ 17 2.5 Indikator Kualiti Kurikulum PERMATA Negara .................................................................. 18 2.6 Reka Bentuk Kurikulum PERMATA Negara ...................................................................... 19 2.7 Siapa Kanak-Kanak ............................................................................................................... 21 2.8 Kepentingan Pembelajaran Awal ......................................................................................... 22 2.9 Teori yang Melandasi Kurikulum PERMATA Negara ....................................................... 23 2.10 Pendapat Ahli Falsafah Berkaitan Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak ............... 28 2.11 Perspektif Agama dan Fahaman Lain Mengenai Pendidikan Awal Kanak-Kanak ...... 29 2.12 Bukti Kajian Neurosains ........................................................................................................ 29 2.13 Nilai-Nilai Murni Dalam Kurikulum PERMATA Negara..................................................... 30 2.17 Keistimewaan Kurikulum PERMATA Negara .................................................................... 32 3. KANDUNGAN KURIKULUM PERMATA NEGARA ...................................................................................33 3.1 Pengisian Kurikulum .............................................................................................................. 33 3.2 Model Konseptual................................................................................................................... 33 3.3 Skop Kurikulum........................................................................................................................... 3.4 Aspek Pengasuhan Kanak-Kanak Di TASKA .................................................................... 36 3.4.1 Pemakanan Seimbang ....................................................................................36 3.4.2 Penjagaan dan Bayi Dan Kanak-Kanak dan Latihan Urus Diri ............................ 40 3.4.3 Keselamatan Kanak-Kanak Dan TASKA .........................................................47 3.4.4 Amalan Pengasuhan Di TASKA ......................................................................49 3.5 Bidang Pembelajaran PERMATA ........................................................................................ 54 3.5.1 Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi Dan Kerohanian ................................... 54 3.5.2 Perkembangan Bahasa, Komunikasi Dan Literasi Awal ..................................61 3.5.3 Perkembangan Awal Matematik Dan Pemikiran Logik ....................................66 3.5.4 Perkembangan Deria Dan Pemahaman Dunia Persekitaran ...........................72 3.5.5 Perkembangan Fizikal Dan Psikomotor...........................................................79 3.5.6 Perkembangan Kreativiti Dan Estetika .................................................................... 84

Kurikulum PERMATA Negara

8

Se ap Anak PERMATA Negara

4. PEDAGOGI PERMATA ............................................................................................................................................... 88 4.1 Belajar Melalui Bermain ........................................................................................................ 88 4.2 Konsep 3E ............................................................................................................................... 93 4.3 Aktiviti-Aktiviti Lain ................................................................................................................. 95 4.4 Peranan Pendidik ................................................................................................................... 96 5. MODUL PEMBELAJARAN KANAK-KANAK PERMATA............................................................................. 98 5.1 Panduan Menggunakan Modul Pembelajaran Kanak-kanak 5.2 MODUL 1 – Peringkat Umur 0 hingga 6 Bulan (0-6 Bulan) ............................................. 99 5.3 MODUL 2 – Peringkat Umur 6 hingga 12 Bulan (6-12 Bulan) ...................................... 100 5.4 MODUL 3 – Peringkat Umur (1-2 Tahun) ......................................................................... 102 5.5 MODUL 4 – Peringkat Umur 2 hingga 3 Tahun (2-3 Tahun)........................................ 104 5.6 MODUL 5 – Peringkat Umur 3 hingga 4 Tahun (3-4 Tahun)......................................... 106 5.7 MODUL 6 - Modul Tambahan untuk Pengayaan ........................................................... 108 6. PERSEKITARAN PEMBELAJARAN PERMATA ............................................................................................. 112 6.1 Keperluan Kemudahan Pembelajaran .............................................................................. 112 6.2 Ciri-Ciri Premis ...................................................................................................................... 112 6.3 Konsep Premis ..................................................................................................................... 113 6.4 Aspek Fizikal TASKA .......................................................................................................... 113 6.5 Aspek Sosial ......................................................................................................................... 117 6.6 Kemudahan Peralatan Pembelajaran ............................................................................... 118 7. PEMERHATIAN DAN PENAKSIRAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK .......................................121 7.1 Tujuan Pemerhatian Dan Penaksiran Kanak-Kanak ..................................................... 121 7.2 Prinsip Pemerhatian Dan Penaksiran Kanak-Kanak ...................................................... 124 7.3 Kaedah Pemerhatian Dan Penaksiran Kanak-Kanak ................................................... 125 7.3.1 Log Harian Kanak-Kanak Dan Lain-Lain Rekod Kanak-Kanak........................125 7.3.2 Pengesanan Awal Kanak-kanak Berkeperluan Khas..........................................128 8. PENJADUALAN DAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN .......................................................................... 130 8.1 Perancangan Tahunan, Bulanan Dan Harian TASKA.................................................... 130 8.2 Aktiviti Rutin di TASKA PERMATA 9. KOLABORASI DENGAN IBU BAPA DAN KOMUNITI................................................................................ 141 9.1 Kolaborasi Dengan Ibu Bapa/Keluarga ............................................................................ 141 9.1.1 Tujuan Kolaborasi Dengan Ibu Bapa.................................................................................... 141 9.1.2 Tanggungjawab Ibu Bapa........................................................................................................... 142 9.1.3 Aktiviti Ibu Bapa di TASKA PERMATA ................................................................................ 142 9.1.4. Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik ........................................................................................ 144 9.2 Kolaborasi Dengan Komuniti .............................................................................................. 144 10. ETIKA DAN PROFESIONALISME PENDIDIK/PENGASUH ..................................................................... 148 10.1 Ciri-Ciri Sahsiah Pendidik/Pengasuh ................................................................................ 148 10.2 Tanggungjawab Pendidik/Pengasuh PERMATA ............................................................ 150 10.3 Etika Pendidik/Pengasuh .................................................................................................... 151

Kurikulum PERMATA Negara

9

SeƟap Anak PERMATA Negara

PENGENALAN KURIKULUM PERMATA NEGARA

1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kurikulum PERMATA Negara dibina berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai teras untuk membina potensi individual kanak-kanak sebagai modal insan berkualiti tinggi melalui pendidikan awal kanak-kanak. Pada 24 Oktober 2008, Jemaah Menteri telah meluluskan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan yang memberi penekanan kepada menyediakan pendidikan dan asuhan berkualiti kepada kanak-kanakkanak dari umur lahir hingga 4 tahun. Pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan 2008 adalah seperti berikut:

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

1.2

Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan 2008

Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ini merupakan asas penting sebagai landasan jangka panjang dari pelaburan awal dalam pembangunan modal insan seperti yang digariskan di dalam Rancangan Malaysia ke-9. Kanak-kanak hari ini merupakan bakal pewaris dan modal insan negara di masa hadapan. Penumpuan kepada peringkat umur ini merupakan salah satu strategi awal bagi mengasaskan pendidikan sepanjang hayat dengan menghasilkan insan berjiwa murni, berakhlak mulia, berdisiplin serta berkemahiran menangani perubahan teknologi dan sosio-ekonomi global.

Kurikulum PERMATA Negara

10

SeƟap Anak PERMATA Negara

DASAR ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KEBANGSAAN 2008 "Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak--kanak dari lahir hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada".

Pelaksanaan Dasar ini penting memandangkan kanak-kanak merupakan kumpulan masyarakat yang perlu diberi perhatian oleh Kerajaan, ibu bapa, badan-badan bukan kerajaan, dan pihak swasta supaya mereka dibesarkan mengikut acuan Malaysia ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi dan berperibadi mulia. Justeru semua pihak yang bertanggungjawab perlu menggembleng tenaga, kepakaran dan sumber, menyediakan program, perkhidmatan, pendidikan dan latihan, perlindungan serta kemudahan-kemudahan yang dapat merangsang perkembangan positif kanak-kanak. Objektif Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan adalah:(i)

menyediakan asas kepada pembangunan potensi insan yang seimbang dan optimum berlandaskan acuan tersendiri dengan mengambil kira nilai-nilai tempatan dan amalan bijak antarabangsa;

(ii)

menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat asuhan dan didikan yang berkualiti bagi merangsang perkembangan awal mereka yang sesuai mengikut kumpulan umur dari segi fizikal, bahasa, kognitif, sosio-emosi dan rohani dalam persekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan;

(iii)

membangunkan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-kanak secara menyeluruh meliputi pendidikan, pengasuhan, nutrisi dan kesihatan;

(iv)

mewujudkan kemudahan infrastruktur dan persekitaran pembelajaran termasuk peralatan pembelajaran yang berkualiti bagi membolehkan pencapaian hasil pembelajaran yang positif;

Kurikulum PERMATA Negara

11

SeƟap Anak PERMATA Negara

(v)

menggalakkan penglibatan dan hubungan yang teguh antara ibu bapa, Kerajaan, pihak swasta dan juga badan bukan kerajaan serta kumpulan masyarakat setempat di dalam pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak;

(vi)

meningkatkan kesedaran awam terhadap keperluan memberikan pendidikan awal kanak-kanak dari lahir hingga ke 4 tahun sebagai asas utama pembangunan holistik mereka sebelum memasuki alam persekolahan formal; dan

(vii) memastikan pewujudan dan pelaksanaan sistem pemantauan keberkesanan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak

dan

penilaian

1.3 Falsafah Kurikulum Permata Negara

Falsafah adalah suatu pegangan yang menjadi teras dalam merekabentuk sesebuah program atau kurikulum. Dalam hal ini, falsafah yang dipegang dalam Kurikulum PERMATA Negara, adalah seperti berikut:

FALSAFAH KURIKULUM PERMATA NEGARA “Sejak lahir kanak-kanak sudah boleh diasuh dan dididik bagi mengembangkan sahsiah, potensi dan kecerdasan mereka agar dapat menguasai kemahiran berkomunikasi, awal literasi, awal matematik, pemikiran logik, dan pengetahuan asas tentang dunia persekitaran, di samping kemahiran mengurus diri dan amalan nilai-nilai murni agar menjadi individu yang bersahsiah mulia, berdikari, berintelek tinggi, patriotik, dan dapat menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi moden dan persekitaran pelbagai budaya dalam negara dan antarabangsa. Usaha ini memerlukan komitmen dan kolaborasi antara pendidik, ibu bapa dan komuniti, kerana setiap kanak-kanak umpama PERMATA yang tidak ternilai harganya".

Dengan berasaskan Falsafah yang jelas, adalah diharapkan bahawa pihak-pihak yang melaksanakan Kurikulum PERMATA Negara akan dapat memahami dan menghayati peri pentingnya memberi perhatian istimewa dalam membantu perkembangan kanak-kanak yang holistik. Setiap kanak-kanak secara fitrahnya mempunyai potensi dan kecerdasan yang boleh dikembangkan. Jika menggunakan cara yang betul dan dibantu, maka dipercayai potensi ini akan lebih cepat berkembang. Oleh itu asuhan dan didikan awal yang berkualiti adalah amat penting dalam membina generasi masa hadapan Negara yang cemerlang.

Kurikulum PERMATA Negara

12

SeƟap Anak PERMATA Negara

1.4

Matlamat Kurikulum Permata Negara

Kurikulum PERMATA Negara bermatlamat mengembangkan kemahiran dan peribadi kanak-kanak yang terbaik agar lebih bersedia untuk memasuki alam persekolahan formal.

MATLAMAT KURIKULUM PERMATA NEGARA Matlamat Kurikulum PERMATA Negara ialah untuk menyediakan program asuhan dan didikan awal yang bersepadu untuk kanak-kanak yang berumur 0-4 tahun. Kurikulum ini juga menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk mendapat pengalaman pembelajaran awal yang berkualiti untuk melahirkan modal insan negara yang mempunyai sahsiah mulia, kerohanian yang mantap, kecerdasan intelek yang tinggi, menghargai kepelbagaian budaya, patriotik, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

1.5 Ciri-Ciri Anak Permata Negara

Sahsiah Mulia dan Patriotik

Mahir Berkomuni kasi

Kompeten Belajar

Yakin, Berdikari dan Jatidiri Kreatif dan Inovatif

Kurikulum PERMATA Negara

13

SeƟap Anak PERMATA Negara

Bersahsiah Mulia dan Patriotik x Baik akhlak dan tingkahlaku, sopan santun dan berperibadi luhur x Dapat mengawal emosi, ceria, mesra, penyayang, berempati x Beriman x Menghormati budaya dan identiti bangsa x Sayangkan Negara Mahir Berkomunikasi x Boleh berkomunikasi dalam pelbagai keadaan x Menguasai ekspresi verbal dan bahasa reseptif x Menunjukkan peningkatan dalam penguasaan literasi awal x Mempunyai kemahiran berbual dan faham adab berbual x Memahami Bahasa Inggeris mudah Kompeten Belajar x Boleh memberi fokus dan perhatian semasa belajar x Inkuisitif dan bermotivasi belajar x Pandai membina jaringan x Resilien Yakin, Berdikari dan Berjati Diri x Mempunyai konsep kendiri positif x Mampu mengurus diri x Berani mencuba dan mengambil risiko Kreatif dan Inovatif x Suka merekacipta dan imaginatif x Kreatif menyelesaikan masalah x Menghayati nilai seni dan keindahan

Kurikulum PERMATA Negara

14

SeƟap Anak PERMATA Negara

PROGRAM PERMATA NEGARA "Anak-anak adalah sumber Negara, penyumbang kelestarian tamadun bangsa, mereka merupakan aset penting bagi pembinaan sesuatu bangsa dan penjana wawasan, pembentuk zaman dan kemajuan" (YAB. Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia)

2.1

Latar Belakang Program Permata Negara

Idea mengenai program pendidikan awal kanak-kanak (kini dinamakan Program PERMATA Negara) telah dikonsepsi pada tahun 2004/2005 oleh sekumpulan pakar yang diketuai oleh isteri YAB Timbalan Perdana Menteri (pada masa itu) sebagai satu pendekatan proaktif untuk menangani masalah sosial di kalangan remaja dan belia. Idea itu seterusnya direalisasikan dengan penubuhan Majlis Penyelarasan Dasar PERMATA Negara dan Jawatankuasa Kerja Dasar PERMATA Negara pada April 2006. Sebagai langkah permulaan, sebuah Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Kebangsaan atau National Child Development Research Centre (NCDRC) telah ditubuhkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk menguruskan pembinaan Kurikulum PERMATA Negara dan pelaksanaan penyelidikan yang berkaitan. NCDRC juga dipertanggungjawabkan untuk menyediakan latihan kepada pendidik dan jurulatih PERMATA. Jemaah Menteri pada 21 Jun 2006 telah meluluskan dasar komprehensif dan holistik berhubung asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang dikenali sebagai "Setiap Anak PERMATA Negara", sebagai landasan asas misi nasional membangunkan modal insan berjiwa murni dan berminda kelas pertama. Sebuah sekretariat ditubuhkan di Jabatan Perdana Menteri bagi membangun, memantap dan seterusnya menyelaras dasar tersebut serta melaksanakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang dikenali sebagai Program PERMATA Negara. Pada Mei 2007 Projek Perintis PERMATA Negara telah dilaksanakan di lima buah Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN), iaitu di Putrajaya, Subang Jaya, Kepala Batas, Chini, dan Mempaga menggunapakai Kurikulum PERMATA Negara. Projek rintis ini telah dijalankan selama 18 bulan dan hasil penemuannya telah dilaporkan dalam beberapa seminar dan seterusnya di bentangkan di Kabinet. Hasil dapatan menunjukkan perkembangan kanak-kanak dari segi sahsiah, emosi, sosial dan intelek amat menyerlah dan lebih baik daripada kanakkanak yang sebaya dengan mereka yang tidak mengikuti Program PERMATA Negara. Lanjutan daripada itu, Kerajaan telah memutuskan untuk memperluaskan Program PERMATA Negara, dan mengarahkan pelaksanaannya ke semua TASKA kelolaan kerajaan

Kurikulum PERMATA Negara

SeƟap Anak PERMATA Negara

15

seperti TASKA Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), TASKA Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), TASKA Tempat Kerja dan TASKA Komuniti di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. dan TASKA Keluarga di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu. Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-9 untuk perluasan Program PERMATA Negara di bawah agensi-agensi berkenaan. Pada 24 Oktober 2008, Jemaah Menteri Malaysia telah meluluskan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan yang memperuntukan penglibatan pihak-pihak lain seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Kebangsaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (NCDRC), Kementerian Kesihatan, dan Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA) di Jabatan Perdana Menteri untuk mengambil langkah-langkah yang telah digariskan bagi memastikan pelaksanaan Kurikulum PERMATA Negara berjalan dengan sempurnanya (Perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan (No. 2) 2008 [P.U.(A) 170/2008]). Pada 2010, satu penyelidikan yang menyeluruh telah dijalankan oleh Jawatankuasa Teknikal Kurikulum dan Penyelidikan untuk menentukan keberkesanan pelaksanaan Kurikulum PERMATA Negara oleh semua agensi yang terlibat. Hasilnya telah dibentangkan dalam sebuah seminar yang dihadiri oleh semua pihak-pihak yang terbabit. Laporan penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa pelaksanaan Kurikulum PERMATA Negara oleh pihak-pihak berkenaan telah dijalankan dengan efisyen dan berkesan. Dapatan yang diperolehi menunjukkan perkembangan kanak-kanak PERMATA melonjak lebih tinggi dengan menggunakan Kurikulum PERMATA Negara. Pandangan dari ibu bapa menunjukkan bahawa mereka amat berpuas hati dengan perkembangan anak-anak mereka dan bersetuju bahawa Kurikulum PERMATA Negara adalah sebuah kurikulum yang berkualiti dan anak-anak mereka telah mendapat faedah yang sangat besar daripadanya. Sebelum wujudnya Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak (2008), di negara Malaysia telah terdapat Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Akta TASKA 1984) - juga dikenali sebagai Akta 308. Akta ini mewajibkan semua TASKA didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk tujuan pemantauan kualiti dan bantuan khidmat perundingan dan latihan. Semua pihak yang ingin membuka TASKA atau yang berminat menjadi pengasuh di TASKA diwajibkan mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK). Selain itu, terdapat pula Akta Kanak-kanak 2001 dan pindaan 2011 (yang dinamakan Akta 611). Akta ini dibentuk sehaluan dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Kanakkanak (CRC) yang ditandatangi oleh negara Malaysia pada tahun 1995. Akta 611 menyatakan dengan jelas hak kanak-kanak untuk mendapat pendidikan yang berkualiti, selain daripada hak untuk mendapat penjagaan dan perlindungan daripada ibu bapa/penjaga atau negara daripada kemiskinan, penderaan, pengabaian dan eksploitasi, dan hak untuk bersuara.

Kurikulum PERMATA Negara

16 2.4

SeƟap Anak PERMATA Negara

Pelaksanaan Kurikulum Permata Negara

Kurikulum PERMATA Negara telah disemak dan diperbaki pada tahun 2008 sebelum ianya dilaksanakan di semua PAPN, Taska KEMAS, JPNIN, Taska di Tempat Kerja, Taska Komuniti dan Taska Keluarga YPKT. Seterusnya, semakan kedua telah dilakukan pada tahun 2012 untuk mengintegrasikan aspek pengasuhan bayi dan kanak-kanak serta kemahiran pengurusan TASKA yang terdapat dalam Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) ke dalam Kurikulum PERMATA Negara. Dengan adanya penekanan dalam aspek pengasuhan dan penjagaan bayi dan kanak-kanak, maka Kurikulum PERMATA Negara edisi ke-3 ini boleh dianggap sebagai lengkap dan menyeluruh. Latihan bagi Pendidik/Pengasuh juga telah dikaji semula dan sebuah modul latihan yang lengkap telah dibina. Kursus Pendidik/Pengasuh PERMATA yang ditawarkan mulai 2013 adalah mengandungi sebahagian besar daripada komponen asas yang diambil daripada Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Setiap Pendidik/Pengasuh adalah diwajibkan mempunyai Sijil Kursus Permata bagi melayakkan mereka berkhidmat di TASKA PERMATA mulai 2013. Kurikulum PERMATA Negara menggunakan pendekatan belajar melalui bermain yang menekankan suasana keseronokan dan keselesaan semasa bermain, kebebasan meneroka dan mengeksperimen, peluang berinteraksi bersama rakan, Pendidik dan ibu bapa yang menggalakkan kemahiran sosial yang sihat, serta penekanan kepada pembentukan sahsiah yang baik dan konsep kendiri yang positif. Fokus utama ialah untuk membantu perkembangan kanak-kanak dalam semua aspek iaitu sahsiah, emosi, sosial, kerohanian, intelek, fizikal dan kreativiti. Aktiviti penjagaan, pengasuhan dan pendidikan PERMATA disediakan untuk semua peringkat umur kanak-kanak, dari umur lahir hingga 4 tahun. Kanak-kanak, seawal usia 3 bulan juga boleh diterima untuk dijaga dan asuh di TASKA PERMATA. Kurikulum PERMATA Negara menyediakan modul-modul pembelajaran khusus mengikut umur kanak-kanak. Terdapat 6 buah modul pembelajaran PERMATA untuk kanak-kanak 0-6 bulan, 6-12 bulan, 1-2 tahun, 2-3 tahun, 3-4 tahun dan modul tambahan bagi kanak-kanak yang berumur 4 tahun tetapi mempunyai kebolehan melebihi umurnya. Modul ini menyediakan aktiviti pembelajaran tambahan untuk pengayaan. Kurikulum PERMATA Negara menekankan latihan mengurus diri semasa berada di TASKA. Kanak-kanak dilatih dan diajar untuk boleh menjaga diri sendiri seperti makan, mandi, pergi ke tandas, memakai pakaian, mengosok gigi, menyikat rambut, mengambil barang mainan sendiri, dengan diselia dan dibantu oleh Pendidik/Penolong Pengasuh. Dengan cara ini, kanakkanak belajar berdikari dan berdisiplin. Aspek kebersihan dan keselamatan diri amat penting diterapkan dalam diri kanak-kanak. Amalan lain yang wajar disebut ialah mengenai penekanan kepada permakanan dan gaya hidup sihat di kalangan kanak-kanak. Dengan itu, diharap kanakkanak yang dilahirkan daripada program PERMATA Negara ini bakal menjadi warga negara Malaysia yang terbaik dari segi peribadi, ceria, bijaksana, dan berakhlak mulia.

Kurikulum PERMATA Negara

17

SeƟap Anak PERMATA Negara

2.5

Prinsip Yang Memandu Kurikulum Permata Negara

Kurikulum PERMATA Negara berpegang kepada prinsip-prinsip berikut: i.

Setiap kanak-kanak mempunyai potensi yang sangat unik yang perlu dihormati, dikembangkan dan disanjungi.

ii.

Tiga tahun pertama dalam kehidupan kanak-kanak adalah sangat kritikal (mengikut kajian neurosains), terutama dalam pembentukan sahsiah, membina kemahirankemahiran sensorimotor dan intelek.

iii.

Kanak-kanak secara semulajadi suka meneroka, mencuba, mengeksperimen, dan mencipta, maka cara terbaik mengasuh dan mendidik kanak-kanak ialah melalui bermain, dalam suasana dan persekitaran yang ceria, selesa dan menggembirakan, mengupayakan, selamat dan penuh kasih sayang.

iv.

Amalan dan sumber pembelajaran adalah bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak, menggunakan bahan-bahan dalam persekitaran mereka, sesuai dengan budaya tempatan, berintegrasi teknologi dan jaringan global.

v.

Persekitaran pembelajaran hendaklah ceria, mesra, mengupayakan merangsangkan, dalaman dan luaran yang selamat kepada kanak-kanak.

vi.

Kolaborasi dengan ibu bapa/keluarga dan komuniti menjadi teras penting dalam menentukan kejayaan kurikulum PERMATA Negara.

vii.

Menghormati hak asasi, agama dan budaya kanak-kanak, normal dan yang berkeperluan khas.

2.6

dan

Objektif Kurikulum Permata Negara

Objektif Kurikulum PERMATA Negara adalah untuk menyediakan garis panduan kepada pendidik melaksanakan aktiviti pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak bagi mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan iaitu:

i.

Membina emosi, akhlak dan spiritual kanak-kanak untuk melahirkan individuindividu yang bersahsiah mulia, tenang, ceria, bersopan santun, penyayang, berempati dan adil.

Kurikulum PERMATA Negara

18

2.7

SeƟap Anak PERMATA Negara

ii.

Membina kemahiran interpersonal dan sosial, yang baik untuk membolehkan kanakkanak bergaul dalam masyarakat pelbagai budaya.

iii.

Membimbing kanak-kanak menguasai kemahiran awal berbahasa, berkomunikasi dan literasi dalam Bahasa Melayu, bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris.

iv.

Mendidik kanak-kanak mengamalkan keselamatan diri dan gaya hidup sihat.

v.

Melatih kanak-kanak mengurus diri sendiri sehingga mereka yakin, mampu berdikari dan boleh membuat keputusan berdasarkan kebolehan diri.

vi.

Membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor kasar dan motor halus serta perkembangan fizikal yang mapan.

vii.

Membina kemahiran awal matematik dan pemikiran logik kanak-kanak serta keupayaan mereka menumpukan perhatian.

viii.

Membimbing kanak-kanak memahami dunia persekitaran melalui aktiviti bermain, meneroka, mencuba idea baru, mengeksperimen dan mencipta, sama ada di dalam atau di luar kelas, menggunakan pelbagai bahan yang terdapat dalam persekitaran mereka.

ix.

Membina hubungan positif dengan ibu bapa, komuniti dan pihak-pihak berkenaan yang boleh menyumbang kepada pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak.

pemakanan

sihat,

kebersihan

dan

INDIKATOR KUALITI KURIKULUM PERMATA NEGARA Indikator yang boleh diambil kira bagi menentukan kualiti Kurikulum PERMATA Negara adalah seperti berikut : i. Kanak-kanak aktif dan terlibat dalam aktiviti pembelajaran. ii. Matlamat yang ingin dicapai jelas dan difahami oleh semua pihak. iii. Kurikulum adalah berasaskan penyelidikan. iv. Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain, meneroka, mengeksperimen, mengalami, membaca, bercerita, menyanyi dan lain-lain, secara bebas atau terancang. v. Kurikulum yang komprehensif dan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.

Kurikulum PERMATA Negara

19

SeƟap Anak PERMATA Negara

vi. Ada standard piawaian (SOP PERMATA) untuk mengawal selia kurikulum. vii. Penaksiran perkembangan kanak-kanak dibuat melalui pelbagai teknik yang menggambarkan prestasi kanak-kanak yang sebenar. viii. Terdapat sistem sokongan yang jelas yang membolehkan ibu bapa, agensi dalam komuniti, masyarakat tempatan dan pihak kerajaan untuk terlibat di TASKA. ix. Membina kehidupan kanak-kanak yang sihat, selamat dan sejahtera.

2.8

Reka Bentuk Kurikulum Permata Negara

Kurikulum ini dibentuk hasil penelitian mendalam ke atas pelbagai penyelidikan yang dijalankan di dalam dan luar negara. Ia juga mengambil kira kajian dan tinjauan yang telah dibuat ke atas beberapa Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang telah dilaksanakan di Negara-Negara maju di dunia. Di samping itu, ia juga direkabentuk berlandaskan teori dan falsafah yang mantap, yang mengintegrasikan kepelbagaian budaya dan agama selaras dengan suasana pelbagai kaum di Malaysia. Matlamatnya adalah bersifat global dan futuristik supaya menghasilkan generasi baru yang akan meletakkan negara di mercu tinggi dan setara dengan negara-negara maju di dunia. Kurikulum PERMATA Negara juga telah dipastikan berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan berteraskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Semasa proses pembinaannya, pihak penggubal telah mengkaji dan melihat beberapa model kurikulum awal kanak-kanak negara maju serta program asuhan dan didikan awal yang telah dilaksanakan dengan berjaya di luar negara. Antara yang menjadi rujukan ialah: Kurikulum Montessori: ƒ

Fokus kepada kemahiran deria dan motor

ƒ

Menggunakan kaedah pembelajaran secara hands-on dan deria; kurikulum berpusatkan kanak-kanak

ƒ

Persekitaran terancang (prepared environment)

ƒ

Ibu bapa digalakkan terlibat bagi memastikan ada kesinambungan pembelajaran di rumah

Kurikulum PERMATA Negara

20

SeƟap Anak PERMATA Negara

Kurikulum Reggio Emilia: ƒ

Fokus dalam memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

ƒ

Menggunakan pendekatan projek berasaskan inisiatif kanak-kanak

ƒ

Menekankan persekitaran semulajadi yang mana pendidik adalah pasangan kepada kanak-kanak

ƒ

Menekankan penglibatan aktif ibu bapa

Kurikulum HighScope (Amerika Syarikat): ƒ

Fokus kepada membina keyakinan diri dan self-esteem kanak-kanak

ƒ

Menggunakan konsep pembelajaran aktif, berpusatkan kanak-kanak

ƒ

Meneroka persekitaran semulajadi

ƒ

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangunkan kurikulum dan pengajaran

Kurikulum Early Years Foundation Stage (EYFS) (United Kingdom): ƒ

Fokus kepada anak sebagai individu unik, hubungan positif, persekitaran mengupayakan, pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak

ƒ

Menggunakan kaedah belajar melalui bermain

ƒ

Persekitaran mengupayakan kanak-kanak (enabling environment)

Kurikulum Te Whariki (New Zealand): ƒ

Fokus kepada perkembangan individu melalui pengupayaan untuk melahirkan kanak-kanak yang yakin dan berdikari

ƒ

Menekankan penggunaan teknologi dan jalinan keluarga/ komuniti untuk membantu kanak-kanak belajar. Fokus pembelajaran ialah membina ‘learning stories’

ƒ

Persekitaran yang mengupayakan dan mengutamakan teknologi

ƒ

Menekankan hubungan ibu bapa dan komuniti untuk membantu pembelajaran kanak-kanak

Kurikulum PERMATA Negara mempunyai beberapa persamaan dengan kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak seperti yang tersebut di atas, terutamanya dalam memberi penekanan kepada kombinasi antara aspek jagaan, asas asuhan dan penggarapan

Kurikulum PERMATA Negara

SeƟap Anak PERMATA Negara

21

elemen pendidikan, merangsang perkembangan holistik kanak-kanak, pendekatan belajar melalui bermain, penyediaan persekitaran yang kondusif dan selamat serta kolaborasi ibu bapa dan komuniti. Secara umumnya, semua kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak adalah berfokus kepada membangunkan dan mengembangkan kualiti diri kanak-kanak serta membentuk keperibadian dan ketinggian jati diri yang akan membantu mereka menjadi modal insan yang berkualiti dan dapat menyumbang kepada negara pada masa hadapan. Namun begitu, setiap negara mempunyai perspektif sendiri dari segi budaya, norma sosial masyarakat dan kualiti modal insan yang mereka inginkan. Begitu juga dengan negara Malaysia. Dari segi kandungan Kurikulum PERMATA Negara mempunyai perspektif tersendiri dan kualiti modal insan yang diinginkan. Kurikulum PERMATA Negara menegaskan supaya aspek pembentukan sahsiah kanak-kanak diberikan perhatian utama, selain membantu kanakkanak berkembang dari segi emosi, rohani, sosial, dan intelek. Harapan negara daripada pelaburan yang disalurkan dalam program ini ialah untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi rohani, emosi, sosial, fizikal, dan intelek, disamping mempunyai jati diri mapan, resilien serta mampu berdaya saing di peringkat tempatan dan global.

2.9

Siapa Kanak-Kanak

Pengertian tentang siapa itu kanak-kanak dan bagaimana menyediakan pendidikan awal untuk kanak-kanak diterangkan dengan jelas sekali dalam Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak Bangsa-bangsa Bersatu atau The United Nation Convention on the Rights of the Child, ringkasnya CRC. Menurut CRC, kanak-kanak adalah individu yang berumur di bawah 18 tahun. Mereka dianggap kanak-kanak atau individu ‘minor’ kerana belum cukup matang untuk membuat keputusan sendiri mengikut undang-undang, maka mereka perlu diletakkan dalam penjagaan dan perlindungan orang dewasa dan mereka mempunyai hak untuk mendapat pendidikan, penjagaan, perlindungan dan penglibatan dalam masyarakat serta bersuara dalam negaranya. Di sesetengah negara, janin (fetus) yang belum lahir tetapi telah cukup sifat-sifatnya juga termasuk dalam kategori kanak-kanak dan mereka juga mempunyai hak untuk mendapat penjagaan dan perlindungan dalam negaranya. Kanak-kanak dari perspektif Kurikulum PERMATA Negara adalah individu yang berumur 4 tahun ke bawah, yang memerlukan penjagaan dan pengasuhan yang teliti sertai pendidikan awal yang bersesuian ke arah membentuk keperibadian mereka yang mantap dan akal atau minda yang sihat. Kurikulum PERMATA Negara mempercayai bahawa kanak-kanak adalah insan yang fitrahnya sentiasa ingin belajar. Semenjak di dalam kandungan lagi, ‘insan’ ini telah mulai belajar melalui ‘perasaan’ ibunya dan boleh ‘merasai’ kesan-kesan daripada setiap tindakan ibunya. Selepas dilahirkan, insan ini ‘belajar’ dengan lebih cepat daripada orang lain dan dunia persekitarannya. Pembelajaran atau pengalaman awal ini yang akan membentuk sahsiah dan personalitinya kelak. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, penjaga dan pendidik untuk menyediakan persekitaran dan pengalaman pembelajaran dengan penuh kasih

Kurikulum PERMATA Negara

22

SeƟap Anak PERMATA Negara

sayang bagi mengembangkan potensinya. Kurikulum PERMATA Negara menganggap setiap kanak-kanak sebagai individu yang mempunyai keunikan tersendiri dan sejak lahir sudah boleh dikembangkan kualiti dirinya dari segi fizikal, emosi dan rohani, sosial dan intelek. Berdasarkan pandangan tersebut di atas, dan pandangan pemikir-pemikir dari barat dan timur, ternyatalah kanak-kanak itu adalah insan yang begitu berharga, seumpama butir-butir permata yang harus digilap supaya terserlah dan terpancar kilauan cahayanya.

2.10

Kepentingan Pembelajaran Awal

Penyelidikan telah membuktikan bahawa pembelajaran awal membantu kejayaan kanakkanak di sekolah dan kehidupan masa hadapan mereka. Potensi pembelajaran bermula sejak awal kanak-kanak dilahirkan, malah ketika di dalam kandungan lagi. Pada peringkat awal ini, kanak-kanak lebih mudah dilentur dan dibentuk peribadi dan inteleknya. Pada ketika ini, pembelajaran awal sepatutnya dimulakan untuk membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh dari segi rohani dan jasmani. Kanak-kanak pada usia 1 hingga 4 tahun sudah boleh didedahkan kepada proses pembelajaran peringkat awal yang mampu memberi kesan positif kepada tumbesarannya. Pada usia ini otak kanak-kanak seperti span yang mampu menyerap apa sahaja dengan cepat dari persekitarannya. Selain itu, menurut pakar psikologi, personaliti kanak-kanak sudah terbentuk sebelum usia mereka mencapai 5 tahun. Pengalaman awal dan persekitaran di mana kanak-kanak dibesarkan adalah faktor utama yang mencorakkan personaliti mereka. Personaliti yang terbentuk di peringkat awal telah dibuktikan oleh penyelidik-penyelidik bidang psikologi dan pendidikan awal kanak-kanak boleh berkekalan sehingga dewasa. Oleh itu, jika ibu bapa inginkan anak-anak mereka mempunyai personaliti yang baik dan mulia, positif dalam perhubungan dan pengurusan diri, berdaya maju, bijak berkomunikasi serta pandai menyesuaikan diri dalam apa sahaja keadaan, maka berikanlah kepada mereka pendidikan dan pengalaman awal yang berkualiti.

2.11

Tiga Tahun Pertama

Perkembangan otak kanak-kanak adalah kritikal pada umur tiga tahun pertama. Kebanyakan daripada perkembangan asas kanak-kanak berlaku pada peringkat umur ini dan sebahagian daripadanya dikatakan akan kekal sehingga dewasa. Saintis menganggarkan bahawa menjelang umur tiga tahun kanak-kanak telah membina sebanyak 1,000 trilion jaringan (sinaps) - kira-kira dua kali ganda penjaringan yang ada dalam minda orang dewasa. Minda kanak-kanak dikatakan sebagai “superdense” atau sangat tepu dengan maklumat menjelang usia 10 tahun. Bermula daripada usia 11 tahun, ia akan membuang jaringan-jaringan yang kurang sesuai dan keanak-anakan – proses ini dinamakan pruning atau ‘mencantas’. Jaringan

Kurikulum PERMATA Negara

SeƟap Anak PERMATA Negara

23

yang tinggal adalah jaringan-jaringan yang berkesan untuk membina asas pemikiran yang kukuh dan matang. Oleh itu, adalah amat penting setiap kanak-kanak diberikan peluang mengikuti program pembelajaran awal yang berkualiti. Kanak-kanak yang mendapat asuhan dan didikan awal yang baik dijangka akan membesar menjadi individu yang cerdas minda, kreatif, berkeyakinan diri serta mempunyai personaliti yang ceria dan positif. Malaysia amat memerlukan tenaga manusia yang produktif, kreatif dan berdaya maju untuk menerajui negara ke arah pembangunan yang berlipat ganda menjelang 2020 dan selepasnya.

2.12

Teori Yang Melandasi Kurikulum Permata Negara

Teori adalah idea yang dihasilkan melalui penyelidikan. Idea ini diuji berulang kali melalui penyelidikan dan dibuktikan benar sehingga terdapat teori lain yang boleh menolaknya. Sebelum diterima, idea ini akan diperdebatkan oleh ahli-ahli pemikir dalam bidang tersebut, sehingga dianggap mantap dan diterima sebagai sebuah teori. Pelaksanaan kurikulum PERMATA Negara akan lebih berkesan jika pendidik memahami teori-teori yang berkaitan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Pembinaan Kurikulum PERMATA Negara telah dilandaskan kepada beberapa teori yang relevan dengan keperluan perkembangan kanak-kanak di Malaysia. Ia dinamakan teori eklektik (eclectic) atau teori integratif; di mana ia menggabungkan beberapa teori dan pandangan tokoh-tokoh serta perspektif agama (Islam, Buddha, Hindu dan Fahaman Confucious) - untuk melahirkan satu susunan aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan acuan Malaysia. Kurikulum ini kelak dapat diterima sebagai satu kurikulum kebangsaan oleh semua. Antara teori dan falsafah yang digunapakai dalam Kurikulum PERMATA Negara ialah seperti berikut:

Kurikulum PERMATA Negara

24

Se ap Anak PERMATA Negara

Teori Dan Falsafah Yang Melandasi Kurikulum PERMATA Negara

Pembentukan Sahsiah dan tingkah laku

• Teori Psikologi Sosial -- ERIKSON • Teori Attachment – BOWLBY

Perkembangan Sosial

• Teori Pembelajaran Sosial - BANDURA & VYGOTSKY

Perkembangan Intelek

• Teori Perkembangan Intelek – PIAGET & VYGOTSKY

Kecerdasan dan potensi kanak-kanak Kepentingan kolaborasi ibu bapa dan komuniti dan sistem sokongan

Pengaruh budaya

• Teori Kepelbagaian Kecerdasan -- GARDNER

• Teori Sistem Ekologikal -- BRONFENBRENNER

• Dari pandangan Islam, Confucius, Buddha & Hindu

(i) Teori Psikologi Sosial Erik Erikson (1902-1994). Menurut Erikson, terdapat 8 peringkat perkembangan psikososial sepanjang hidup seseorang individu. Peringkatperingkat perkembangan Erikson membantu kita memahami cara mendidik kanak-kanak untuk melahirkan individu yang berjati diri, yakin, mempunyai harga diri tinggi dan mempunyai kemahiran sosial untuk berfungsi dalam masyarakatnya dengan efektif. Kurikulum PERMATA Negara melandaskan sebahagian kaedah-kaedah pembinaan sahsiah dan identiti diri kanak-kanak PERMATA daripada Teori Erikson.

(ii) Teori Perapatan Bowlby (1969, 1988): Teori ini menyatakan bahawa perapatan (attachment) adalah ‘ikatan emosi yang istimewa’ antara bayi dengan ibu atau pengasuh yang melibatkan saling rasa selesa, kasih sayang dan kepuasan. Bowlby menerangkan perapatan sebagai ‘ikatan’ (bonding) psikologi yang terbentuk di antara manusia, yang memberi kesan sehingga dewasa. Beliau berpendapat bahawa hubungan intim ini dapat membantu survival kanak-kanak apabila dalam keadaan yang terdesak. Bowlby mencadangkan proses perapatan atau ikatan (bonding) berlaku pada umur lahir hingga 6 bulan pertama. Pada masa ini, bayi lumrahnya ‘melekat’ pada ibu, bapa atau pengasuhnya. Daripada umur 6 hingga18 bulan, bayi akan meragam jika dipisahkan dengan orang yang rapat dengannya. Teori ini khususnya dipakai dalam membina hubungan Pendidik dengan bayi dan dalam semua aktiviti bersama bayi PERMATA.

Kurikulum PERMATA Negara

SeƟap Anak PERMATA Negara

25

(iii) Teori Pembelajaran Sosial Bandura (1925-kini) - Bandura menyatakan bahawa kanak-kanak belajar dengan cara meniru gaya atau gelagat orang lain. Beliau menyatakan kanak-kanak belajar berkongsi, bekerjasama, bergaul dan sebagainya selepas memerhati orang lain melakukannya. Beliau membuktikan melalui kajiannya bahawa kanak-kanak belajar menjadi agresif apabila melihat ibu bapa atau orang lain bertindak agresif, dan begitu juga sebaliknya. Ibu bapa dan pendidik adalah ‘model’ utama yang menjadi tiruan tingkah laku kanak-kanak.

(iv) Teori Perkembangan Kognitif (Intelek) Jean Piaget (1896-1980) dan Vygotsky (1896-1934): Mengikut Piaget perkembangan intelek kanak-kanak berlaku melalui proses pembinaan (construction) di mana ilmu pengetahuan atau kemahiran dan nilai baru yang dipelajari ditambah kepada ilmu pengetahuan atau kemahiran dan nilai sedia ada dalam minda kanak-kanak. Lebih banyak pengalaman pembelajaran yang dialami oleh kanakkanak, maka lebih cepat perkembangan inteleknya berlaku. Teori ini dikenali juga sebagai Teori Konstruktivisme. Maklumat, fakta, perbendaharaan kata, bahasa dan konsep daripada pengalaman pembelajaran yang baru, sama ada diserap terus (atau diasimilasikan) atau disesuaikan (atau diakamodasikan) ke dalam minda kanak-kanak untuk membina struktur intelek yang dinamakan skemata. Skemata menyimpan semua maklumat yang dipelajari dan membolehkan minda menggunakan maklumat tersebut untuk berfikir, mena’akul dan menyelesaikan masalah. Menurut Piaget, kanak-kanak sentiasa memperbaharui dan menambah maklumat kepada skematanya yang akan menjadi semakin kompleks, semakin meningkat usianya. Piaget adalah pakar pendidikan awal kanak-kanak pertama yang mengkaji tentang perkembangan intelek kanak-kanak. Beliau mencadangkan intelek kanak-kanak berkembang dalam 4 peringkat, iaitu: 1. 2. 3. 4.

Sensorimotor (lahir-2 tahun) Pra-operasi (2-7 tahun) Operasi konkrit (7-12 tahun) Operasi formal (12 tahun ke atas)

Teori Piaget menjadi landasan utama dalam menyediakan aktiviti-aktiviti pembelajaran PERMATA untuk kanak-kanak mengikut umur dan tahap perkembangan intelek mereka. Bermula dengan peringkat sensorimotor di mana kanak-kanak membina kemahiran deria dan motor kasar, koordinasi mata dan motor kasar serta motor halus (psikomotor), pembentukan konsep ‘object permanence’, keupayaan membuat representasi simbolik, permulaan pemikiran logik, dan kemunculan literasi awal, sehingga ke peringkat pra-operasi di mana, kanak-kanak mula menguasai bahasa, kemahiran berkomunikasi, pembinaan pemahaman awal matematik, awal sains, dan dunia persekitaran serta pembentukan keupayaan menaakul nilai dan moral.

Kurikulum PERMATA Negara

26

SeƟap Anak PERMATA Negara

Untuk memastikan pembentukan intelek kanak-kanak cepat berlaku, pendidik digalakkan sentiasa memberi pengukuhan kepada kanak-kanak. Menurut Skinner (1953, 1978), tingkah laku boleh dibentuk dan diperkasakan melalui pengukuhan positif (melalui pujian atau ganjaran) atau pengukuhan negatif (hukuman). Kurikulum PERMATA Negara menekankan supaya pendidik sentiasa memberi pengukuhan positif kepada kanak-kanak dan tidak sebaliknya. Teori Vygotsky – juga menerangkan perkembangan intelek kanak-kanak tetapi dari segi perspektif sosiobudaya. Beliau menyatakan bahawa perkembangan intelek adalah disebabkan oleh interaksi sosial kanak-kanak di dalam budayanya. Kanak-kanak belajar daripada orang lain dalam persekitaran sosial dan budayanya, termasuklah budaya di rumahnya sendiri. Vygotsky menganggap bahasa adalah alat penting yang menghubungkan dunia sosio-budaya dengan fungsi minda seseorang dan beliau menegaskan bahawa penguasaan bahasa diperolehi melalui interaksi dengan orang lain dan orang dewasa. Seseorang kanak-kanak boleh berkembang secara sendirian dalam satu zon yang kecil, tetapi dengan adanya interaksi atau bantuan (scaffolding) daripada orang dewasa, misalnya pendidik atau guru, maka zon perkembangan proksimal kanakkanak boleh diperbesarkan. Berlandaskan teori Piaget dan Vygotsky, Kurikulum PERMATA Negara penekankan supaya pendidik sentiasa merangsang dan mencabar minda kanak-kanak melalui soalan-soalan dan perbincangan, membantu mereka mempelajari kosa kata baru, dan menguasai bahasa supaya mereka dapat melahirkan perasaan atau pandangan melalui bahasa yang mereka kuasai. Penekanan kepada rangsangan minda melalui interaksi dengan kanak-kanak dengan pendidik, ibu bapa dan komuniti dalam persekitarannya dapat menyumbang secara signifikan kepada perkembangan intelek kanak-kanak. (v) Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner (1943-kini): Horward Gardner percaya bahawa setiap individu mempunyai beberapa jenis kecerdasan dan tidak ada satu kecerdasan yang lebih baik daripada yang lain. Semuanya sama penting. Teorinya mencadangkan bahawa setiap kanak-kanak bukan sahaja belajar dengan cara berbeza tetapi mempunyai kekuatan / kecerdasan yang berlainan yang menjadikan mereka individu yang unik. Terdapat lapan jenis kecerdasan yang dikenal pasti oleh Gardner daripada kajian-kajiannya selama dua abad.

Kurikulum PERMATA Negara

27

Se ap Anak PERMATA Negara

Kepelbagaian Kecerdasan Gardner (1983) 1. Kecerdasan bahasa

kebolehan menggunakan bahasa dalam percakapan dan tulisan.

2. Kecerdasan logik-matematik

kebolehan berfikir secara induktif dan deduktif, mena’akul, logik, menggunakan nombor, dan mengenali corak-corak abstrak.

3. Kecerdasan muzikal

kebolehan memahami muzik dan ritma, nada dan rentak.

4. Kecerdasan visual-spatial

kebolehan minda menggambarkan objek dan dimensi ruang.

5. Kecerdasan kinestetikbadan 6. Kecerdasan interpersonal

kebijaksanaan badan dan kebolehan mengawal pergerakan fizikal.

7. Kecerdasan intrapersonal

kebolehan memahami emosi, jiwa dan perasaan sendiri, motivasi diri, dan membuat refleksi kendiri.

8. Kecerdasan naturalis

kebolehan memahami dan menghargai dunia dan alam sekitar.

9. Kecerdasan Existentialis

Kebolehan mereflek mengenai kewujudan alam,

kebolehan berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain, membina hubungan dan bergaul.

Manusia dan soal hidup dan mati.

Pembinaan Kurikulum PERMATA Negara telah mengambilkira Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner. Setiap kanak-kanak PERMATA adalah unik dan diyakini mempunyai beberapa kecerdasan seperti yang disarankan oleh Gardner. Oleh itu, semua TASKA PERMATA dimestikan mengujudkan ruang-ruang untuk pelbagai aktiviti kanak-kanak dan memberi peluang kanak-kanak memilih permainan yang mereka minati. Pendidik perlu sentiasa sedar tentang kecenderongan kanak-kanak dan membantu mereka mengembangkan bakat/minat mereka dalam sesuatu permainan tertentu. Misalnya, jika kanak-kanak itu didapati sangat berminat bermain alat-alat muzik, maka Pendidik PERMATA wajar memberi dorongan dan peluang kepada kanak-kanak ini untuk terus memilih permainan tersebut setiap kali. Begitu juga dengan minat dalam lainlain bidang, Pendidik mesti sentiasa peka dan membantu kanak-kanak memilih permainan atau aktiviti yang mereka gemari. Pelaksanaan aktiviti Bermain Bebas, boleh

Kurikulum PERMATA Negara

28

SeƟap Anak PERMATA Negara

memberi maklum balas kepada Pendidik dan ibu bapa tentang kecenderongan dan potensi kanak-kanak secara kasar.

(vi) Teori Sistem Ekologikal Bronfenbrenner (1917-2005): Teori ini menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah dipengaruhi secara langsung atau tidak langsung oleh faktor-faktor dalam persekitarannya, terutama orang-orang dalam lingkungan hidup kanak-kanak itu sendiri, seperti ibu bapa, ahli keluarga terdekat, rakanrakan dan guru atau Pendidik. Dalam persekitarannya yang lain, ahli keluarga jauh, jiranjiran, ahli masyarakat dan prasarana yang terdapat di sekeliling tempat tinggal kanakkanak juga mempengaruhi secara tidak langsung terhadap perkembangannya. Demikian juga, dasar, norma, nilai dan sistem politik negara, semua ini dikatakan akan turut mempengaruhi perkembangan kanak-kanak secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu, adalah penting semua pihak terutama ibu bapa, Pendidik, Pengurus TASKA, agensiagensi kerajaan dan bukan kerajaan, serta ahli komuniti memastikan keperluan kanakkanak di TASKA PERMATA disokong dan dibantu supaya menyuburkan lagi perkembangan kanak-kanak ke arah melahirkan modal insan negara yang cemerlang.

2.13

Pendapat Ahli Falsafah Berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Imam Al-Ghazali (1058-1111): menyatakan bahawa kanak-kanak dilahirkan dengan jiwa suci dan bersih. Ibu bapa dan pendidik wajar menjadi contoh teladan yang baik kepada anakanak sejak dari awal usianya, kerana belajar melalui kebiasaan, akhirnya akan menjadi satu amalan dalam kehidupannya. John Amos Comenius (1592-1670): seorang advokator bangsa Czech abad ke-16 menyatakan bahawa pendidikan dan pengasuhan yang baik akan menjadikan kanak-kanak individu yang baik. Beliau menegaskan kanak-kanak belajar dari pangkuan ibunya semua pengalaman berkaitan kehidupan. John Locke (1632-1704): seorang ahli falsafah Inggeris abad ke-17, mengemukakan teori tentang tabula rasa dan percaya bahawa kanak-kanak umpama kain putih yang mendapat pengalaman daripada ibu bapanya, masyarakat dan dunia persekitaran. Jean Jacques Rousseau (1712-1778): ahli falsafah Roman berpendapat kanak-kanak dilahirkan suci bersih dan persekitarannyalah yang menjadikannya baik atau sebaliknya.

Friedrich Froebel (1782-1852): seorang tokoh pendidikan bangsa Jerman memperkenalkan konsep ‘Taman Kanak-Kanak’ di mana kanak-kanak perlu diasuh dalam persekitaran yang menyuburkan jiwa dan minda mereka, umpama biji benih yang disemai di

Kurikulum PERMATA Negara

29

SeƟap Anak PERMATA Negara

taman, akan tumbuh subur jika dijaga dan dibajai selalu. Pendidikan awal yang diterapkan dalam suasana yang sihat dan ceria akan dapat membentuk keperibadian kanak-kanak yang mantap, yakin diri, bersikap positif, berdisiplin, dan bermotivasi tinggi untuk belajar.

2.14

Pandangan Islam Dan Fahaman Agama-Agama Lain

Dari Pandangan Islam, anak adalah amanah Allah kepada ibu bapanya yang bertanggungjawab mendidiknya menjadi insan yang kamil. Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah yang suci, ibu bapa bertanggungjawab membesarkan anak-anak agar menjadi insan yang beriman, berakhlak mulia, dan berilmu. Mereka umpama sehelai kain putih yang bersih, ibu bapalah yang mencorakkan sahsiah mereka. Ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak. Agama Hindu meletakkan tanggungjawab kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak menjadi seorang Hindu yang baik. Kanak-kanak memerlukan perhatian yang lebih kerana mereka sedang membesar; tidak hanya untuk menjadi pandai, tetapi mempunyai sifat kasih sayang dan jujur yang menjadi penunjuk jalan dalam kehidupannya kelak. Mengikut Fahaman Confucius, anak-anak yang baru lahir adalah suci dan bersih, tetapi kesucian ini tercemar selepas terdedah kepada masyarakat. Kanak-kanak yang masih kecil belajar daripada kepercayaan dan tingkah laku ibu bapa atau penjaganya. Jika anak-anak berjaya dengan baik, ibu bapa dianggap telah mencapai status moral tertinggi dalam hidup. Confucius juga menekankan pentingnya memberi perhatian mendidik anak-anak terutama pada tiga tahun pertama umur mereka. Mengikut Agama Buddha, kanak-kanak patut mempunyai tiga kualiti berikut: a) Insan yang lengkap atau yang tidak mendatangkan masalah b) Bijak atau tidak jahil c) Kasih sayang atau tidak bermusuhan dengan orang lain Sekiranya anak-anak dididik dengan baik pada masa kecil, kehidupan mereka pada masa hadapan akan menjadi baik dan kebaikan itu dan akan melimpah kepada ibu bapa mereka juga.

2.15

Bukti Dari Kajian Neurosains

Kajian-kajian dalam bidang neurosains (brains research) mendapati otak kanak-kanak berkembang dengan cara tertentu daripada pengalaman dan rangsangan yang diterima

Kurikulum PERMATA Negara

30

SeƟap Anak PERMATA Negara

melalui deria-derianya. Pengalaman awal ini sangat penting dalam menentukan cara bagaimana sel-sel otak (neuron) dihubungkan antara satu sama lain atau ‘dijaringkan’ (wired). Setiap neuron boleh membina sehingga 15,000 hubungan atau sinaps. Demikianlah banyaknya hubungan dan jaringan yang boleh berlaku dalam otak, dan begitulah banyak sekali maklumat yang boleh disimpan. Proses ini dinamakan ‘penjaringan’ atau ‘wiring’ – dan berlaku dengan pantas dalam otak kanak-kanak terutama pada tiga tahun pertama umurnya. Bayi belajar mengenali ibu, bapa atau pengasuhnya melalui deria hidu (membau), melihat, mendengar atau mengecam suara, dan merasa sentuhan mereka. Pengalaman melalui deria ini disimpan dalam bentuk hubungan ‘sinaps’ dalam otaknya. Sebab itulah pengalaman awal kanak-kanak mempunyai impak yang besar kepada senibina otak kanakkanak sehingga mereka dewasa. “In the first 3 years of life, children learns, or fail to learn, how to get along with others, how to resolve disputes peacefully, how to use language as a tool of learning and persuasion, and how to explore the world without fear. Brain research reveals that most of the connections that will be maintained throughout life are formed during childhood.” (Bredekamp & Copple,1997).

Walaupun pembelajaran berlaku sepanjang hayat, namun masa kemuncak (prime time) atau waktu peluang terbuka (windows of opportunity) ialah apabila otak menjadi sebagai supersponge, menyerap maklumat sebanyak-banyaknya berbanding masa-masa lain dan menghasilkan perkembangan yang sangat cepat. Saintis mendapati masa kemuncak ini ialah pada tiga hingga lima tahun pertama umur kanak-kanak. Misalnya, kanak-kanak mampu belajar bahasa yang baru lebih mudah dan cepat berbanding orang dewasa.

2.16

Nilai-Nilai Murni Kurikulum Permata Negara

Kurikulum PERMATA Negara juga memberi fokus kepada penerapan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan diri, masyarakat, Negara dan alam sekitar, sesuai dengan nilai-nilai murni yang dipegang oleh bangsa dan negara kita. Nilai-nilai tersebut ialah:

Kepercayaan kepada Tuhan

keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya, berlandaskan prinsip Rukun Negara.

Keyakinan Diri

kanak-kanak digalakkan supaya berdisiplin and melakukan sendiri sesuatu tugas tanpa bergantung kepada orang dewasa.

Baik Hati

kanak-kanak digalakkan mengambil berat terhadap perasaan orang lain dan boleh memaafkan orang lain.

Kurikulum PERMATA Negara

31

SeƟap Anak PERMATA Negara

Berani

kanak-kanak sanggup melakukan perkara yang mencabar seperti mencuba aktiviti baru, meneroka persekitaran baru, bertemu dengan orang baru dan menghadapi situasi yang biasanya menakutkan kanak-kanak (seperti tempat gelap, bunyi guruh, masuk ke tandas sendiri, dan sebagainya).

Rajin

kanak-kanak digalakkan tekun menyiapkan kerja yang diberikan dan berusaha melakukan sesuatu perkara secara berterusan.

Hormat

kanak-kanak diajar supaya hormat pada ibu bapa, pendidik, orang dewasa, rakan-rakan, adik-beradik dan sesiapa sahaja; juga rasa hormat pada bendera, lagu kebangsaan, peraturan, dan undang-undang.

Kasih sayang

kanak-kanak diajar supaya sayangkan diri sendiri, Tuhan, ibu bapa, ahli keluarga, kawan-kawan, pendidik, tumbuh-tumbuhan, haiwan, buku, alat permainan, harta awam, dan cintakan Negara.

Berbudi bahasa

kanak-kanak diajar supaya mengucapkan terima kasih, menjawab ucapan salam, meminta izin, bercakap dengan lemah lembut tanpa menjerit atau menyampuk, bercakap ikut giliran dan sebagainya.

Jujur

kanak-kanak diajar supaya bercakap benar, mengaku jika bersalah, dan membuat kerja tanpa mengharapkan upah atau balasan.

Daya tahan diri (resilien)

kanak-kanak digalakkan untuk sentiasa mencuba, cekal dan tidak mudah berputus asa.

Bertanggungjawab

kanak-kanak dipupuk rasa tanggungjawab terhadap diri, keluarga, rakan-rakan, barang kepunyaan dan alat mainan.

Nilai-nilai murni perlu diterapkan melalui aktiviti bermain dan rutin harian kanak-kanak Pendidik digalakkan mempelbagaikan kaedah penerapan yang bersesuaian dengan nilai-nilai tersebut.

Kurikulum PERMATA Negara

32 2.17

SeƟap Anak PERMATA Negara

Keistimewaan Kurikulum Permata Negara

x

Ianya satu kurikulum yang mengintegrasi secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas didikan awal yang holistik.

x

Ia menekankan kepada amalan sentuhan dan belaian, mesra dan kasih sayang yang memapu melahirkan insan yang ceria, positif dan yakin diri.

x

Ia menggalakkan interaksi dengan kanak-kanak yang dapat membina kemahiran sosial dan penguasaan bahasa – bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan bahasa ibunda.

x

Ia mendedahkan kanak-kanak kepada persekitaran semulajadi, tradisi dan budaya pelbagai kaum di Malaysia yang dapat meahirkan warga negara yang toleren dan inklusif.

x

Ia membolehkan pengesanan dan intervensi awal dilakukan melalui kaedah pemerhatian secara berterusan dan perancangan aktiviti yang bersesuaian mengikut peringkat umur dan kebolehan kanak-kanak dan membolehkan intervebnsi awal dilakukan.

x

Ia menitikberatkan kepentingan amalan pemakanan sihat, bersih dan berkhasiat untuk kanak-kanak.

x

Ia mewajibkan kolaborasi ibu bapa dengan TASKA untuk menjadi pemangkin kepada perkembangan kanak-kanak, dan kesinambungan asuhan dan didikan awal di TASKA dan di rumah.

x

Ia memastikan penglibatan komuniti sebagai satu kolaborasi dan tanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan, asuhan dan didikan awal yang terbaik dalam pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak.

x

Ia memberikan perhatian kepada aspek keselamatan, kesihatan dan kecergasan kanak-kanak – yang akhirnya melahirkan insan yang mengamalkan gaya hidup sihat

x

Ia menyokong pembangunan profesionalisme pendidik.

Kurikulum PERMATA Negara

33

SeƟap Anak PERMATA Negara

KANDUNGAN KURIKULUM PERMATA NEGARA

3.1

Pengisian Kurikulum

Kurikulum PERMATA Negara adalah satu garis panduan kepada pengusaha dan pendidik TASKA dalam melaksanakan peranannya untuk membangunkan kecemerlangan potensi kanak-kanak. Kurikulum ini mencakupi aspek penting yang membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Perkara-perkara yang dititikberatkan ialah: a) Kaedah dan cara berinteraksi dengan kanak-kanak b) Memberi pengalaman pembelajaran yang maksimum c) Menyediakan asuhan secara holistik d) Merancang aktiviti yang boleh menaksir perkembangan kanak-kanak e) Mengadakan kerjasama erat dengan ibu bapa, ahli keluarga, dan komuniti. Justeru kurikulum ini berupaya membantu memperkembangkan potensi kanak-kanak secara holistik bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan untuk mencapai wawasan Negara.

3.2

Model Konseptual Kurikulum Permata Negara

Kurikulum PERMATA Negara dibina berasaskan kepada konsep berikut: i.

Pendidikan secara holistik atau whole brain learning.

ii.

Pendekatan kurikulum menekankan pengupayaan kanak-kanak (empowerment) di mana kanak--kanak digalakkan meneroka, mencuba, menjalankan eksperimen, berinteraksi dengan rakan--rakan dan orang dewasa secara bebas dalam persekitaran yang selamat.

iii.

Pembelajaran adalah menyeronokkan (learning is fun), bertujuan membina kemahiran sosial, kemahiran awal matematik dan awal literasi, merangsang minda dan meningkatkan minat ingin tahu (curiosity) yang tinggi, di samping membina sosioemosi yang ceria dan tenang.

Kurikulum PERMATA Negara

34

SeƟap Anak PERMATA Negara

iv.

Kurikulum dan pedagogi melibatkan penyertaan aktif ibubapa dan komuniti, termasuk pakar bidang awal kanak-kanak, pegawai kesihatan/perubatan, psikologi, neurosaintis, sosiologis, jabatan-jabatan kerajaan dan pihak--pihak berkuasa tempatan.

v.

Program asas pengasuhan berkualiti untuk bayi dan kanak--kanak adalah meliputi aspek-aspek membina hubungan emosi (attachment), penjagaan, pemakanan, kebersihan, kesihatan, keselamatan dan keselesaan persekitaran (well-being).

vi.

Proses pendidikan disebatikan dengan proses pengasuhan agar perkembangan pembelajaran kanak-kanak dapat berlaku secara serentak, optimum dan berkesan.

vii.

Penaksiran dan penilaian kanak--kanak adalah berasaskan pemerhatian klinikal menggunakan kaedah 'pedagogi bermain' (play pedagogy) yang direkodkan dengan jelas.

PENDIDIK PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI & KEROHANIAN PERKEMBANGAN KREATIVITI & ESTETIKA PEMAKANAN SEIMBANG

SISTEM

KESELAMATAN KANAK-KANAK

PERKEMBANGAN BAHASA , KOMUNIKASI & AWAL LITERASIA

IBU BAPA

PENDIDKAN PERKEMBANGAN FIZIKAL & PSIKOMOTOR

AMALAN PENGASUHAN

PENJAGAAN DAN LATIHAN URUS DIRI

PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK

PERKEMBANGAN DERIA &PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN

KOMUNITI

Model Konseptual Kurikulum PERMATA Negara Model konseptual Kurikulum PERMATA Negara ditunjukkan seperti rajah di bawah. Model ini menunjukkan penggabungan komponen pengasuhan dan pendidikan yang perlu di upayakan

Kurikulum PERMATA Negara

SeƟap Anak PERMATA Negara

35

melalui usaha pendidik yang terlatih dan profesional, penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan bantuan sistem sokongan yang mantap dari pihak berwajib.

3.3

Skop Kurikulum Permata Negara

Skop Kurikulum PERMATA Negara meliputi 4 Asas Pengasuhan dan 6 Bidang Pembelajaran untuk perkembangan kanak-kanak seperti berikut:

(A) Aspek Asas Pengasuhan: Terdiri daripada empat komponen: 1. Pemakanan Seimbang 2. Keselamatan Kanak-kanak 3. Penjagaan dan Latihan Urus Diri Bayi dan Kanak-Kanak 4. Amalan Pengasuhan

(B) Bidang Pembelajaran untuk Perkembangan Kanak-kanak: Terdiri daripada enam bidang iaitu: 1.

Perkembangan Sahsiah, Sosio-Emosi dan Kerohanian

2.

Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal

3.

Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik

4.

Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran

5.

Perkembangan Fizikal dan Psikomotor

6.

Perkembangan Kreativiti dan Estetika

Kurikulum PERMATA Negara

36

SeƟap Anak PERMATA Negara

3.4

ASAS PENGASUHAN KANAK-KANAK

Setiap pendidik perlu memahami bahawa pengasuhan memberi impak kepada pendidikan yang cemerlang. Pengasuhan yang lengkap dan berkualti memainkan peranan yang penting dalam menentukan keberkesanan perkhidmatan sesebuah TASKA. Pemakanan yang seimbang, keselamatan, kebersihan, dan penjagaan serta amalan pengasuhan yang sempurna merupakan aspek penting dalam pengasuhan kanak-kanak PERMATA.

ASAS PENGASUHAN KANAK-KANAK PERMATA

3.4.1

Pemakanan Seimbang

Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang adalah penting untuk kanak-kanak kerana ianya menyumbang kepada kesihatan, tumbesaran dan perkembangan mereka. Keperluan pemakanan kanak-kanak adalah berbeza mengikut umur kerana kadar tumbesaran dan perkembangan mereka yang berbeza. TASKA perlu menyediakan permakanan yang seimbang, mengikut Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-Kanak Kecil, Kementerian Kesihatan Malaysia 2008, dan sebaik-baiknya mengikut selera dan budaya setempat. Adalah tidak wajar memaksa kanak-kanak makan sesuatu makanan yang tidak disukainya. Pendidik boleh menggantinya dengan jenis makanan lain yang mengandungi zat atau nutrien yang sama, supaya kanak-kanak dapat menikmati makanan berkhasiat.

Kurikulum PERMATA Negara

SeƟap Anak PERMATA Negara

37

(a) Penyusuan Ibu dan Makanan Pelengkap Kurikulum PERMATA Negara memberi penekanan khusus kepada penyusuan ibu, sekurang-kurangnya sehingga bayi berumur 6 hingga 8 bulan. Tetapi ibu-ibu digalakkan meneruskan penyusuan ibu sehingga kanak-kanak berumur 12 bulan. Pendidik hendaklah menggalak dan menyokong penyusuan ibu. Setiap TASKA perlu menyediakan kemudahan dan ruang yang bersesuaian untuk ibu menyusukan bayinya atau menyediakan susu ibu untuk disusukan kemudian oleh pendidik kepada bayi. Pemakanan bayi dan kanak-kanak yang sihat perlu mengikut jenis yang sesuai, dalam kuantiti yang telah ditetapkan seperti dinyatakan dalam Buku Standard Piawaian Operasi Pelaksanaan Kurikulum PERMATA Negara (SOP PERMATA). Pendidik perlulah memahami: x

Tempoh optimum penyusuan susu ibu

x

Umur yang sesuai untuk diperkenalkan dengan makanan pejal

x

Keperluan nutrien bagi bayi yang masih menyusu

x

Keperluan tenaga yang dibekalkan oleh makanan pejal

Jadual 1 dan 2 memberikan anggaran kuantiti susu yang diperlukan oleh bayi dalam sehari dan keperluan tenaga harian daripada makanan pejal atau pelengkap yang dipetik daripada Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-Kanak Kecil, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2008. Kurikulum PERMATA juga menggunapakai Garis Panduan Diet Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2008 dalam cadangan menu dan penyediaan makanan untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun. Pelaksanaan cadangan-cadangan yang diberikan dalam garis panduan tersebut akan meningkatkan standard pemakanan dan kualiti penjagaan kesihatan kanak-kanak, sebagaimana harapan yang digariskan dalam Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia 2006 – 2015 (NPANM 2006-2015).

Kurikulum PERMATA Negara

38

SeƟap Anak PERMATA Negara

(b)

Penyediaan Makanan Seimbang untuk Kanak-kanak

Pemakanan seimbang amat penting bagi tumbesaran dan perkembangan kanakkanak. Semasa umur kanak-kanak meningkat, mereka perlu diberikan makanan yang seimbang yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan. Pendidik hendaklah memastikan makanan yang disediakan adalah segar, berkhasiat dengan amaun yang mencukupi sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia. Beberapa aspek penting perlu diberi perhatian oleh pendidik mengenai pemakanan kanak-kanak, ialah: x x x x x x x

Kepelbagaian jenis makanan untuk kanak-kanak Cara dan teknik penyediaan – sebelum, semasa dan selepas memasak; Amaun makanan Persekitaran makan – ruang, peralatan, perabot, jadual, dan menu harian Cara memberi makanan kepada kanak-kanak Interaksi positif dengan kanak-kanak semasa makan Adab sebelum, semasa dan selepas makan

Kurikulum PERMATA Negara

39

SeƟap Anak PERMATA Negara

Contoh Menu Harian kanak-kanak TASKA PERMATA Waktu makan Sarapan pagi

Minum pagi & snek Makan tengahari

Minum petang

Semua kanak-kanak dari umur 6 bulan–4 tahun x Bijirin, biskut, atau roti. x Minuman: koko/malta, susu, yogurt buah-buahan, air, dan lain-lain. x Buah-buahan tempatan, oren, apel, anggur, dan lainlain. x Jus atau air kosong. x Nasi atau bubur, ayam/daging/ikan, digoreng/ dibakar/dikukus. x Sayur yang dimasak (goreng/kukus atau rebus); x Air kosong. x Kueh, biskut dan susu/koko/air.

Menu yang disediakan perlu mengikut umur dan tahap kesihatan kanak-kanak. Sekiranya terdapat kanak-kanak yang kurang sihat atau mengalami alahan, pendidik perlu menyediakan makanan yang bersesuaian dengan kesihatan mereka. Pendidik juga perlu dari masa ke semasa berbincang dengan ibu bapa tentang keperluan pemakanan anak mereka. Amaun makanan mengikut Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-Kanak Kecil, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2008

Kurikulum PERMATA Negara

40

SeƟap Anak PERMATA Negara

3.4.2

Penjagaan dan Latihan Urus Diri Bayi Dan Kanak-Kanak (a)

Penjagaan Kesihatan Bayi dan Kanak-Kanak di TASKA

Kesihatan yang baik adalah asas kepada perkembangan kanak-kanak yang optimum. Pendidik mestilah sentiasa peka terdapat perubahan kesihatan dan tanda-tanda (symptoms) pada diri kanak-kanak. Jika perlakuan kanak-kanak nampak berbeza daripada biasa, maka pendidik perlu memberi perhatian lebih kepada kanak-kanak tersebut, dan jika terdapat tandatanda kanak-kanak tidak selesa, maka pendidik perlu memberitahu ibu bapa dengan segera supaya kanak-kanak dapat dibawa untuk pemeriksaan perubatan. Pendidik perlu mempunyai kefahaman tentang jenis-jenis penyakit yang mudah berjangkit, alahan, dan epidemik dalam kalangan kanak-kanak, dan langkah-langkah awal mencegah serta mengawal penyakit di TASKA. Pendidik juga hendaklah menjalankan pemeriksaan rambut, badan, kuku, dan gigi kanak-kanak secara kerap dan berkala. Setiap kanak-kanak perlu mempunyai Buku Rekod Kesihatan sendiri yang sentiasa dikemaskini. Buku Rekod Kesihatan Kanak-kanak mestilah mengandungi maklumat maklumat berikut: x

Rekod imunisasi dan vaksinasi (jenis imunisasi/vaksinasi dan tarikh diberikan)

x

Rekod tumbesaran, iaitu tinggi, berat badan, saiz kepala, sebarang kecacatan, dan indeks BMI

x

Rekod pemeriksaan rawatan kanak-kanak oleh pegawai perubatan

x

Maklumat status kesihatan kanak-kanak seperti: alahan, asma, hemofilia, kekurangan zat makanan tertentu, masalah pendengaran/penglihatan, atau sesuatu ketidakupayaan fizikal, dan lain-lain.

(b)

Pemeriksaan Kesihatan Kanak-Kanak:

Bayi dan kanak-kanak berisiko tinggi dijangkiti penyakit di TASKA kerana pergaulan sesama mereka. Setiap kanak-kanak mengalami keadaan sakit dari masa ke semasa. Kerap kali kanak-kanak sakit tanpa disedari kerana kanak-kanak kurang pengalaman dan tidak memahami bahawa apa yang dirasakan itu adalah petanda dan simptom penyakit. Pendidik perlu memainkan peranan penting mencegah dan mengawal penyebaran penyakit berjangkit di TASKA.

Kurikulum PERMATA Negara

41

SeƟap Anak PERMATA Negara

Pemeriksaan kesihatan kanak-kanak hendaklah dijalankan secara berkala dengan menjemput pegawai kesihatan kanak-kanak ke TASKA. Pegawai kesihatan akan memaklumkan kepada pendidik sekiranya terdapat perubahan dari segi tahap kesihatan kanak-kanak supaya pemeriksaan lanjut boleh dijalankan. (c) Mengapa bayi dan kanak-kanak lebih mudah dijangkiti penyakit

(d)

x

Bayi dan kanak-kanak belum mempunyai imuniti yang mencukupi untuk melawan kuman yang paling biasa, terutama jangkitan berkaitan pernafasan (selesema).

x

Bayi dan kanak-kanak mempunyai banyak ciri-ciri perkembangan yang mudah menyebabkan penyebaran kuman, seperti meletakkan objek ke dalam mulut, mengisap jari/puting, lelehan air liur, merangkak dan menyentuh lantai, memakai lampin, dan belum mahir menggunakan tandas dengan betul.

x

Jumlah kanak-kanak yang ramai di TASKA meningkatkan risiko kanak-kanak dijangkiti kuman/penyakit.

x

Peredaran udara dalam bilik/ruang penjagaan bayi/kanak-kanak yang kurang memuaskan juga boleh menyebabkan penyakit mudah merebak.

Penyakit Berjangkit Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Penyakit berjangkit adalah penyakit yang boleh merebak dari seorang ke seseorang yang lain. Biasanya penyakit-penyakit ini disebabkan oleh kuman seperti virus, bakteria, kulat dan parasit yang boleh berpindah dari pesakit kepada orang lain melalui sentuhan, penafasan dan luka. Jangkitan sangat mudah berlaku, jika: x

bersentuhan dengan kulit seperti jangkitan kurap, kudis, campak, dan lain-lain

x

menyedut udara yang mengandungi kuman daripada batuk, bersin, ludahan orang yang mengidap penyakit seperti selesema dan batuk

x

pemindahan kuman daripada najis kanak-kanak yang dijangkiti penyakit seperti cirit-birit

Bagi memastikan penyebaran penyakit berjangkit tidak berlaku di TASKA, pendidik hendaklah dapat mengenal pasti pembawa penyakit tersebut, mengasingkan pesakit daripada kanak-kanak lain, menghubungi ibu bapa kanak-kanak tersebut untuk membawanya pulang atau untuk mendapatkan rawatan doktor. Setiap pendidik diwajibkan mencuci tangan dengan teliti selepas menukar lampin bayi atau membawa bayi ke tandas, dan menggunakan ubat nyahkuman dan pengudaraan yang mencukupi di TASKA.

Kurikulum PERMATA Negara

42

SeƟap Anak PERMATA Negara

(e) Jenis Penyakit Berjangkit Di TASKA x x x x x x x x x

Demam selsema dan batuk Sakit tekak (sore throat) Sakit telinga Cirit birit Seriawan (thrush) Penyakit Cocksackie [Tangan, Kaki dan Mulut (HFM)] Cacar air ( chicken pox) Sakit mata ( conjunctivitis) Kudis bButa (Scabies)

(f) Panduan Kepada Pendidik Pendidik hendaklah memeriksa keadaan kesihatan kanak-kanak pada setiap pagi dan sebelum kanak-kanak pulang dari TASKA. Pendidik boleh melakukannya secara rambang semasa menyambut ketibaan kanak-kanak seperti berikut. x

Melihat mood kanak-kanak (gembira, sedih, mengantuk, meragam, dan lain-lain)

x

Mengambil suhu badan kanak-kanak menggunakan thermometer

x

Memberi perhatian jika terlihat ada ruam di kulit, bintik luar biasa, bengkak atau lebam, kanak-kanak menggaru kerana gatal, kepala gatal dan sebagainya

x

Kanak-kanak mengadu sakit atau kurang sihat, kerap menangis

x

Wujud tanda-tanda sakit yang lain seperti batuk, bersin, susah bernafas, cirit-birit, muntah dan sebagainya

x

Melihat log harian yang ditulis oleh ibu/bapa sekiranya sememangnya kurang sihat sebelum datang ke TASKA

kanak-kanak

Sekiranya pendidik mempunyai kebimbangan tentang keadaan kesihatan kanak-kanak, berhubunglah dengan ibu bapa untuk berbincang. Kemungkinan ibu bapa perlu membawa anaknya pulang dan mendapatkan pemeriksaan perubatan daripada pengamal perubatan. Sekiranya pendidik merasakan bahawa kanak-kanak boleh meneruskan aktiviti di TASKA, pastikan ibu bapa dimaklumkan tentang keadaan anaknya dan ambil langkah-langkah yang boleh mengurangkan kesakitan anak tersebut. Pendidik perlu memastikan keadaan kanak-

Kurikulum PERMATA Negara

43

SeƟap Anak PERMATA Negara

kanak tersebut sentiasa diperhatikan dan membuat catatan dari masa ke semasa, bagi memudahkan ibu bapa memahami keadaan kesihatan anak mereka.

Bagi kanak-kanak yang kurang sihat di TASKA pendidik hendaklah: x menyediakan bilik kuarantin untuk memastikan kanak-kanak mendapat rehat yang cukup sementara menunggu ibu bapa datang menjemput anak mereka; x

memberi tugas kepada salah seorang pendidik untuk memerhati dan bersama dengan kanak-kanak bagi membantu keperluan kanak-kanak tersebut;

x

berikan ubat mengikut preskripsi yang betul dengan keizinan ibu bapa;

x

elakkan kanak-kanak lain mendekati kanak-kanak yang kurang sihat.

(g) Penjagaan Kesihatan Oral Pendidik perlu memastikan kesihatan oral bayi dan kanak-kanak diberi perhatian. Kanak-kanak perlu dilatih untuk menggosok gigi dan menjaga kebersihan oral mereka. Panduan cara menggosok gigi yang betul hendaklah dipamerkan supaya kanak-kanak memahami cara yang betul melakukannya. Pihak TASKA hendaklah menjemput pakar pergigian untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan oral kanak-kanak sekurang-kurangnya 4 kali setahun. Sebarang maklumat berkaitan dengan kesihatan oral kanak-kanak hendaklah diamklumkan kepada ibu bapa.

(h) Latihan Urus Diri Bayi Dan Kanak-Kanak Kanak-kanak hendaklah digalakkan menjaga kebersihan diri dan peralatan peribadi mereka. latihan urus diri yang dijalankan oleh pendidik kepada kanak-kanak akan membantu mereka memahami cara menguruskan diri mereka terutamanya yang berkaitan dengan kebersihan, kesihatan, adab dan keselamatan diri mereka. Sebahagian besar peruntukan masa kanak-kanak di TASKA digunakan untuk melatih kanak-kanak mengurus diri sendiri. Latihan ini dijadikan sebagai aktiviti rutin yang wajib dilaksanakan oleh pendidik. Melalui aktiviti rutin, kanak-kanak dilatih mengurus diri seperti makan, mandi, gosok gigi, buang air di tandas, memakai pakaian, menyediakan alat permainan, mengemas peralatan selepas aktiviti, dan sebagainya. Semua aktiviti ini merupakan kemahiran asas hidup yang diperlukan oleh seorang kanak-kanak untuk dapat hidup secara berdikari. Ia juga dapat membina daya ketahanan dan jati diri kanak-kanak.

Kurikulum PERMATA Negara

44

SeƟap Anak PERMATA Negara

(i) Kebersihan Diri Sendiri

Jenis Latihan

Latihan Yang Diberikan Kepada Kanak-Kanak

Membasuh tangan

x x x x x

Beratur untuk menggunakan sinki Buka pili dengan perlahan Basuh tangan menggunakan sabun Tutup pili air Lap tangan dengan tuala sendiri

Mandi sendiri : (pendidik hendaklah memastikan kanak-kanak lelaki dan perempuan mandi berasingan)

x x

Mandi pada masa yang ditetapkan Membuka pakaian dan meletakkannya ke dalam bekas/bakul yang disediakan Memakai tuala setiap kali masuk dan keluar bilik mandi Menggunakan sabun dan shampoo dengan betul Mandi sendiri dalam kumpulan kecil (dipantau oleh pendidik mesti memantau) Kanak-kanak lelaki dan perempuan mandi di bilik mandi berasingan atau pada masa yang berlainan Menyimpan semua peralatan mandian selepas digunakan Menyidai tuala mandi di tempat yang disediakan Menyimpan pakaian kotor dalam beg berasingan untuk dibawa pulang Memakai pakaian bersih, menyikat rambut dan memakai bedak

Memakai pakaian dan menghias diri

x x x x x x x

x Mengosok gigi

Latihan ke tandas bagi bayi dan kanak-kanak kecil dan bayi

Kurikulum PERMATA Negara

x x x x

Menggosok gigi setiap kali selepas makan Menggunakan ubat gigi Berkumur menggunakan cawan Simpan berus gigi dan cawan di tempatnya

Kanak-kanak 1-2 tahun: x Lihat tanda-tanda kesediaan kanak-kanak ke tandas, misalnya lampin kanak-kanak kering dalam jangka masa yang lama, maka sudah tiba masanya untuk ke tandas x Latih kanak-kanak ke tandas dengan lebih kerap (contohnya; 2 hari pertama latih kanak-kanak ke tandas setiap 20 minit atau mengikut kadar yang perlu) x Latih kanak-kanak ke tandas pada waktu pagi atau setiap kali selepas makan x Gunakan potty atau tandas yang sesuai x Puji kanak-kanak yang berjaya melatih diri ke tandas x Pujuk dan beri sokongan kepada kanak-kanak yang masih belum berjaya ke tandas sendiri

45

SeƟap Anak PERMATA Negara

Kanak-kanak 2 tahun ke atas: x x x x

Kanak-kanak digalakkan ke tandas pada waktu pagi, selepas Makan dan sebelum memulakan aktiviti Membasuh tangan setiap kali menggunakan tandas Memaklumkan pendidik sebelum dan selepas ke tandas (NOTA: pendidik hendaklah memastikan tempoh kanak-kanak di tandas tidak terlalu lama atas faktor keselamatan)

Waktu tidur

x x

Membantu pendidik menyusun alas tidur Membantu pendidik mengemas tempat tidur (nota: pendidik hendaklah mengawasi kanak-kanak semasa mereka tidur atas faktor keselamatan)

Waktu pulang

x x

Menyusun beg dan barangan sendiri yang akan dibawa pulang Menunggu ibu bapa/penjaga menandatangani buku rekod pulang Bersalam denagn pendidik dan mengucapkan ‘selamat tinggal’ sebelum pulang

x

(j) Latihan Urus Diri – Mengurus Peralatan Peribadi Dan Barang Permainan

Jenis Latihan

Latihan Yang Diberi Kepada Kanak-Kanak

Semasa ketibaan:

x

Kasut dan beg pakaian

x

Semasa bermain: Penjagaan barang mainan

x x x x

Menyusun kasut dan beg di tempat yang disediakan apabila tiba di TASKA Kanak-kanak hendaklah mengambil dan menggunakan peralatan peribadi sendiri sahaja (nota: pendidik hendaklah melatih kanak-kanak mengenal peralatan peribadi mereka) Keluarkan barang mainan yang telah dipilih dari bekasnya Menjaga barang permainan dengan baik Menyimpan semula semua barang permainan yang telah digunakan ke tempat asalnya Membantu pendidik membersihkan barang permainan seminggu sekali

Kurikulum PERMATA Negara

46

SeƟap Anak PERMATA Negara

(k) Latihan Urus Diri – Menjaga Adab dan Kesopanan Jenis Latihan

Bersalam

Berjalan

Bermain Semasa aktiviti bermain dan belajar

Latihan Yang Diberikan Kepada Kanak-Kanak

x x x x

Bersalam dengan pendidik dan kawan-kawan Bersalam dengan ibu bapa, tetamu dan orang dewasa Menggunakan bahasa yang sopan semasa berbual Sentiasa hormat kepada ibu bapa, tetamu dan orang dewasa

x Menundukkan kepala setiap kali melintas di hadapan orang

x Jangan/Tidak makan atau minum sambil berjalan x x x x x x

Beratur dan menunggu giliran dengan sabar semasa mengambil barangan. Berkumpul dengan tertib dalam kumpulan sebelum bermain Bermain bersama rakan-rakan, berkongsi dan bekerjasama Bantu membantu semasa bermain dengan rakan Tidak berebut atau menganggu rakan yang sedang bermain Memohon maaf sekiranya terlanggar rakan, terambil barang rakan-rakan semasa bermain x Sentiasa mendengar nasihat dan tunjuk ajar pendidik semasa bermain x Menunggu giliran untuk bermain dengan sesuatu alat permainan seperti; buaian; jongkang jongkit; gelongsor dan lain-lain

x Menjaga kebersihan kawasan, jika terdapat sampah, dibuang ke dalam tong sampah.

Makan

x x x x x x x x

Basuh tangan sebelum dan selepas makan Duduk dengan sopan Membaca doa sebelum dan selepas makan Menghormati rakan-rakan semasa makan Tidak menumpahkan makanan Mengambil makanan secukupnya Meletakkan pinggan dan cawan di tempat yang disediakan selepas makan Membantu pendidik mengemas dan membersih ruang makan makan

Tidur

x Membaca doa sebelum dan selepas tidur x Tidur dengan tertib x Menghormati rakan-rakan yang sedang tidur

Pulang

x Bersalam dengan ibu bapa/penjaga. x Mengucapkan terima kasih kepada pendidik dan rakan x Bersalam dengan pendidik dan melambaikan ‘goodbye’.

Kurikulum PERMATA Negara

47

SeƟap Anak PERMATA Negara

3.4.3

Keselamatan, Kebersihan dan Kesihatan

(a) Keselamatan Kanak-Kanak Di TASKA Pendidik bertanggungjawab memastikan setiap pergerakan kanak-kanak diawasi dan mereka berada dalam keadaan yang selamat dan jauh dari segala bentuk bahaya. Memandangkan TASKA sebagai sebuah institusi yang mempunyai sejumlah kanak-kanak, maka suasananya amatlah berbeza daripada rumah mereka. Setiap ruang yang disediakan hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sudah ditetapkan sama ada oleh pihak pengurusan TASKA atau agensi yang terlibat dengan pendaftaran sesebuah TASKA. Setiap pendidik perlu memberi perhatian yang serius terhadap aspek keselamatan TASKA, terutamanya keselamatan kanak-kanak semasa mereka berada di TASKA. Pelbagai langkah perlu diambil untuk memastikan kanak-kanak sentiasa berada dalam keadaan selesa dan selamat.

(b)

Keselamatan Fizikal, Peralatan Dan Ruang Pembelajaran Kanak-Kanak

Keadaan premis/bangunan sesebuah TASKA memainkan peranan penting dalam menentukan tahap keselamatan kanak-kanak semasa berada di TASKA. Bangunan yang digunakan untuk sesebuah TASKA perlulah mendapat kelulusan daripada semua agensi yang terlibat dalam proses pendaftaran sesebuah TASKA. Kebenaran yang diperolehi dari semua agensi ini juga akan menentukan keluasan sesebuah TASKA dan jumlah kanak-kanak yang dibenarkan berada di TASKA. Selain daripada itu semua langkah-langkah keselamatan berhubung dengan keperluan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan perlulah dipatuhi dan diperbaharui dari masa ke semasa mengikut keperluan pendaftaran. TASKA yang baik akan menyediakan kelengkapan serta pelbagai program yang dapat merangsang perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Setiap ruang yang digunakan untuk keperluan dan kegunaan kanak-kanak hendaklah dilengkapi dengan peralatan dan perabot yang bersesuaian dan selamat untuk digunakan. Jangan sekali-kali menggunakan perabot atau peralatan yang telah rosak atau tidak boleh digunakan lagi. Setiap perabot atau peralatan yang rosak hendaklah diperbaiki atau disimpan ditempat berasingan sebelum dilupuskan.

Kurikulum PERMATA Negara

48

SeƟap Anak PERMATA Negara

(c) Memastikan Keselamatan Fizikal Kanak-Kanak Di TASKA Ruang Pagar/pintu masuk

Spesifikasi Keselamatan x x

Ruang menunggu

Ruang Pembelajaran

Ruang Tidur

Ruang Makan Tandas

Dapur

Laluan dan tangga

Permainan luar

Persekitaran Luar

Kurikulum PERMATA Negara

x

x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x

Pintu/pagar sentiasa ditutup dan dikunci supaya kanak-kanak dan orang asing tidak mudah keluar dan masuk dari bangunan. Jika mampu boleh guna sistem kad sentuh semasa masuk dan keluar bangunan TASKA Peralatan dan perabot yang digunakan hendaklah tidak dibuat daripada bahan yang membahayakan kanak-kanak seperti meja atau almari yang diperbuat daripada kaca Hiasan bunga hendaklah dari jenis yang tidak beracun Tanda dilarang merokok ditampal di dinding ruang menunggu Semua barang mainan dan pembelajaran kanak-kanak daripada bahan yang selamat, dan tidak beracun Cat yang digunakan hendaklah jenis tanpa bahan kimia pelambam (lead) Bucu meja dan almari yang bulat Rak tidak terlalu tinggi dan tidak menggunakan pintu kaca Sentiasa berada bersama kanak-kanak semasa mereka bermain Tingkap yang rendah Katil tidur disusun kemas Peralatan tidur (tilam, bantal, selimut) disimpan dengan teratur dalam almari Semua peralatan tidur dibasuh seminggu sekali dengan pencuci nyahkuman Peralatan dan perabot dilap dengan pencuci nyahkuman Peralatan makan dibasuh dan dikeringkan setiap kali selepas digunakan Pintu tandas sentiasa ditutup Lantai tandas dilap hingga kering Semua peralatan mandian disimpan dengan baik Meletakkan pagar atau pintu keselamatan Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke ruang dapur Peralatan elektrik ditempatkan jauh dari kanak-kanak Lantai dapur sentiasa kering Gas ditutup setiap kali digunakan Tiada halangan atau perabot Cahaya yang cukup terang Lantai yang tidak licin “Railing” mengikut ketinggian kanak-kanak terutama di tangga Meletakkan pagar keselamatan ditempat yang bersesuaian Peralatan yang digunakan diperbuat dari bahan yang selamat mengikut standard yang ditetapkan Saiz yang sesuai dengan kanak-kanak Tidak menghalang pergerakan kanak-kanak Tiada bucu tajam atau permukaan licin Rumput selalu dipotong, tiada haiwan atau serangga merbahaya, tiada air bertakung yang membiak nyamuk, dan lain-lain.

49

SeƟap Anak PERMATA Negara

(d)

Keselamatan Emosi

Kanak-kanak berada di TASKA dalam tempoh yang agak lama, iaitu hampir separuh/sepanjang hari dan kebanyakan masa mereka adalah bersama pendidik. Dalam konteks ini, sebahagian besar masa aktif kanak-kanak dihabiskan di TASKA oleh itu pendidik mempunyai peranan yang amat penting dalam memastikan kanak-kanak sentiasa berada dalam keadaan selesa dan jauh daripada perasaan takut atau curiga. Kanak-kanak perlu memahami setiap sudut dan ruang di TASKA adalah direkabentuk untuk kegunaan mereka. Pendidik perlu peka tentang setiap keperluan kanak-kanak semasa berada di TASKA, dan memastikan setiap keperluan kanak-kanak dipenuhi mengikut jadual aktiviti yang disediakan. Dalam membina sahsiah dan sosio-emosi yang stabil, kanak-kanak perlu sentiasa merasa dirinya selamat semasa di TASKA. Pendidik hendaklah memastikan sebarang tindakan yang diambil tidak akan menjejaskan emosi kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak melakukan kesalahan, pendidik hendaklah menggunakan pendekatan yang paling berhemah dan berlemah-lembut untuk menegur, dengan cara yang baik, menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh kanak-kanak dan dengan kasih sayang untuk membolehkan mereka menerima teguran dengan lebih berkesan.

3.4.4 Amalan Pengasuhan Di TASKA Pendidik perlu memainkan peranan yang penting dalam memberikan pengasuhan dan pendidikan yang terbaik untuk kanak-kanak di TASKA. Semasa di TASKA, pendidik merupakan individu yang paling hampir dengan kanak-kanak. Mereka seolah-oleh "ibu" kedua kepada kanak-kanak. Pendidik berperanan untuk memberikan sepenuh kasih sayang dan perhatian yang diperlukan oleh kanak-kanak selain daripada memberi sokongan dan tunjuk ajar pelbagai aspek kehidupan kepada kanak-kanak. Antara amalan asuhan yang boleh diamalkan oleh pendidik bagi membantu menggalakkan perkembangan positif kanakkanak ialah: x

Menggalakkan hubungan dan interaksi antara pendidik, kanak-kanak dan ibu bapa

x

Prihatin terhadap keperluan kanak-kanak

x

Empati dengan keadaan fizikal dan emosi kanak-kanak

x

Memberi kasih sayang yang sama rata terhadap kanak-kanak

x

Menggalakkan kanak-kanak melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan

x

Memberi pujian dan sanjungan kepada hasil kerja dan peningkatan pembelajaran kanak-kanak

x

Menerima kanak-kanak mengikut tahap keupayaan dan kebolehan mereka

Kurikulum PERMATA Negara

50

SeƟap Anak PERMATA Negara

x

Mengamalkan sikap adil dan tidak pilih kasih terhadap kanak-kanak

x

Sentiasa peka dengan keperluan kanak-kanak

x

Melayan kanak-kanak dengan senyuman dan suara yang lemah lembut

x

Sentiasa menjaga ketrampilan diri yang kemas dan bersih.

Sehubungan itu, bagi mengalakkan kesinambungan amalan asuhan yang baik dan berkualiti di TASKA dan di rumah, pendidik hendaklah sentiasa berkomunikasi dengan ibu bapa. Ibu bapa perlu dimaklumkan tentang setiap program yang dijalankan di TASKA supaya amalan asuhan tersebut berterusan dan memberi kesan yang baik kepada kanak-kanak. Kerjasama baik antara pendidik dan ibu bapa dalam aspek asuhan akan membuatkan kanakkanak lebih berkeyakinan kerana mereka sememangnya memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa dan pendidik mereka. Alam kanak-kanak merupakan suatu proses perkembangan yang dilalui oleh setiap manusia. Proses ini membawa kepada perubahan dan perkembangan fizikal, mental dan juga sosial diri seseorang dan berkekalan sehingga dewasa. Oleh sebab itu, bagi memastikan proses perkembangan ini berlaku dengan baik, pendidik diingatkan supaya sentiasa komited untuk memberikan sepenuh perhatian dan bimbingan kepada anak-anak/kanak-kanak dalam jagaan mereka. Wujudkanlah perasaan kasih sayang antara pendidik dan anak-anak di bawah jagaan mereka. Berkomunikasilah dengan anak-anak secara positif, contohnya dengan makan bersama-sama akan memberi ruang untuk para pendidik dan anak-anak untuk berinteraksi secara lebih mesra dan santai. Ini membolehkan pendidik memahami kanakkanak dengan lebih baik. Dan yang penting ialah, utamakanlah keselamatan dan kebersihan semasa bersama-sama mereka. (a) Keselesaan Kanak-Kanak Di TASKA TASKA adalah rumah kedua bagi kanak-kanak dengan sebahagian besar masa kanakkanak dihabiskan di TASKA. Pusat-pusat seumpama ini selain daripada menjadi tempat di mana anak-anak kecil ini dapat ditinggal dan dijaga dengan baik akan juga dapat menentukan pertumbuhan yang sihat dari segi fizikal dan mental mereka/kanak-kanak kecil ini. Oleh itu, pembesaran dan perkembangan kanak-kanak sangat bergantung kepada persekitaran fizikal TASKA seperti kebersihan, makanan yang seimbang dan tahap keselamatan TASKA yang terbaik. TASKA mestilah tidak mengabaikan aspek perkembangan minda dan personaliti anakanak di samping aspek jagaan dan keselamatan. Selain mengambil kira aspek-aspek keselamatan fizikal dan emosi semasa kanak-kanak, TASKA juga perlu memberi perhatian kepada keselesaan kanak-kanak. Keselesaan kanak-kanak semasa berada di TASKA akan membolehkan kanak-kanak menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan kepada

Kurikulum PERMATA Negara

51

SeƟap Anak PERMATA Negara

mereka semasa aktiviti pembelajaran dijalankan. Tunjuk ajar dan panduan pendidik juga memainkan peranan penting dalam menentukan keselesaan kanak-kanak. Ruang-ruang yang digunakan oleh kanak-kanak seperti ruang bermain, tidur, makan dan menyalin pakaian hendaklah berada dalam keadaan yang bersih dan selesa digunakan. Ibu bapa juga perlu diberi maklumat berkaitan keadaan anak mereka di TASKA, supaya mereka memahami keadaan diri anak mereka. Sekiranya terdapat kanak-kanak yang masih tidak dapat menyesuaikan diri di TASKA, pendidik hendaklah mengambil tindakan dengan menghubungi ibu bapa, supaya kanak-kanak tidak merasakan diri mereka diabai atau ditinggalkan oleh ibu bapa mereka.

(b) Penjagaan Kebersihan Di TASKA Setiap TASKA mestilah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat. Dua proses penjagaan yang perlu dilakukan di TASKA, iaitu Pembersihan dan Pembasmian. Pembersihan ialah menghapuskan kotoran yang boleh dilihat. Pembersihan rutin menggunakan sabun dan air untuk menghapuskan kuman daripada permukaan di TASKA. Pembasmian atau sanitasi ialah penyingkiran kuman. Proses ini boleh dilakukan menggunakan bahan penyahkuman yang diluluskan untuk membunuh dan menyingkirkan kebanyakan kuman yang tidak boleh dilihat tetapi kekal pada permukaan dan alatan permainan kanak-kanak. Biasanya barang mainan kanak-kanak perlu direndam atau dibasahkan beberapa minit untuk memberi masa kepada bahan cucian membunuh kuman yang tinggal. Jadual menjalankan pembersihan dan pembasmian di TASKA Ruang Meja/counter

Bersih ξ

Basmi ξ

Kekerapan Setiap hari dan bila kotor

Ruang penyedian makanan

ξ

ξ

Sebelum dan selepas penyedian makanan

Lantai

ξ

ξ

Harian dan bila kotor

Pintu dan kabinet

ξ

ξ

Harian dan bila kotor

Hamparan dan tikar

ξ

x

Floor mat

ξ

x

Peralatan dan barang permainan lembut kanakkanak (soft toys) Barang permainan keras

ξ

ξ

x

Mingguan

Cadar, sarung bantal, tuala,

Vakum setiap hari menggunakan pembersih hampa gas Vakum setiap hari dan buang semua habuk ξ

Setiap hari selepas kanak-kanak bermain

ξ

x

Mingguan dan bila kotor

Selimut

ξ

x

Mingguan

Tempat menyimpan beg kanak-kanak

ξ

ξ

Mingguan

Kurikulum PERMATA Negara

52

SeƟap Anak PERMATA Negara

Ruang Katil bayi/stacable cot

Bersih ξ

Basmi x

Kekerapan Mingguan

Tandas dan sinki

ξ

ξ

Harian dan bila kotor

Pemegang tandas, potty, tombol pintu Tempat menyalin lampin

ξ

ξ

ξ

ξ

Setiap hari dan selepas kanak-kanak menggunakannya Harian dan bila kotor

Bekas barang permainan

ξ

ξ

Mingguan

Tingkap/cermin

ξ

ξ

Mingguan

Panduan tambahan: x

Bahan yang digunakan secara harian hendaklah dibasuh

x

Kawasan yang mudah kotor hendaklah dibasuh menggunakan bahan pencuci kuman yang kuat

x

Selepas pembersihan dan pembasmian, keringkan semua peralatan. Bahan pencuci hendaklah disimpan di tempat selamat dan jauh daripada kanak-kanak

x

Penggunaan kertas tisu mengurangkan risiko jangkitan merebak, tetapi hanya boleh digunakan sekali sahaja

x

Penggunaan tuala dan span boleh menyebabkan kekotoran bertambah; alat-alat ini perlu dicuci dengan bersih menggunakan bahan pencuci

x

Buangkan semua air pembersihan ke tempat pembuangan tertutup

x

Basuh dan menyahkuman semua peralatan pembersihan seperti mop dan timba

x

Semua permukaan, peralatan, perabot yang sudah rosak atau dalam keadaan tidak selamat hendaklah dibaiki atau digantikan dengan baru. Peralatan ini bukan sahaja bahaya digunakan oleh kanak-kanak tetapi juga sukar untuk dibersihkan

PERHATIAN: Pendidik, Pembantu Pendidik dan tukang masak di TASKA dikehendaki mendapatkan suntikan “typhim 6" dan membuat pemeriksaan kesihatan diri secara berkala. Setiap TASKA perlu dilengkapkan dengan kotak pertolongan cemas.

Kurikulum PERMATA Negara

53

SeƟap Anak PERMATA Negara

c) Pembuangan Sampah Pembuangan dan pelupusan sampah setiap hari akan menghalang penyebaran penyakit, dan mencegah bau yang tidak menyenangkan serta masalah lain seperti kehadiran lalat, semut, lipas dan tikus. Item kotor, contohnya, lampin pakai buang, sarung tangan, kertas tisu harus dibuang serta-merta ke dalam bekas sampah yang bertutup. Setiap bekas sampah hendaklah: x kalis tikus dengan penutup yang ketat. x menggunakan bekas yang dikendalikan oleh pedal kaki x menggunakan beg plastik x meletakkan bekas atau tong sampah dekat dengan kawasan menyalin lampin, sink membasuh tangan, dan ruang penyediaan makanan x Pastikan bayi dan kanak-kanak tidak boleh mencapai bekas yang mengandungi sampah.

(d) Kebersihan Tempat Menukar Lampin Dan Tandas Setiap TASKA perlu memastikan ruang untuk menukar lampin bayi dan kanak-kanak berada pada tahap kebersihan yang baik. Beri perhatian kepada perkara berikut: x

Ruang tersebut hanya untuk memakai atau menukar lampin, jauh dari kawasan pengendalian makanan

x

Terdapat sinki untuk membasuh tangan serta-merta selepas menukar lampin

x

Permukaan menukar lampin hendaklah rata, selamat dan cukup tinggi supaya pendidik tidak perlu membongkok atau menjengketkan badannya

x

Pastikan permukaannya bersih, kalis air dan bebas retak atau rekahan. Jika tidak, guna pengalas yang baik dan kalis air untuk keselesaan kanak-kanak

x

Jauhkan semua krim, losyen dan bahan pencuci daripada dicapai bayi atau kanak-kanak, tetapi mudah dicapai oleh pendidik. Jangan sekali-kali memberi bayi atau kanak-kanak bahan-bahan tersebut untuk bermain

x

Awasi bayi atau kanak-kanak setiap masa dan pastikan mereka tidak ditinggalkan bersendirian.

Kurikulum PERMATA Negara

54

SeƟap Anak PERMATA Negara

3.5 BIDANG PEMBELAJARAN PERMATA Bidang Pembelajaran PERMATA telah dirancang untuk membantu perkembangan kanakkanak dalam enam aspek, iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran Perkembangan Fizikal dan Psikomotor Perkembangan Kreativiti dan Estetika

Rajah berikut menunjukkan denagn lebih jelas bidang-bidnag perkembangan kanak-kanak yang menjadi fokus utama dalam Kurikulum PERMATA Negara.

BIDANG PEMBELAJARAN UNTUK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SAHSIAH, SOSIOEMOSI & KEROHANIAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN LITERASI AWAL

FIZIKAL DAN PSIKOMOTOR

ANAK PERMATA NEGARA AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK

KREATIVITI DAN ESTETIKA

DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN

Kurikulum PERMATA Negara

SeƟap Anak PERMATA Negara

3.5.1

55

Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi Dan Kerohanian

Selaras dengan hasrat awal pembangunan Kurikulum PERMATA Negara, penumpuan khusus diberikan kepada membina sahsiah kanak-kanak supaya mereka membesar menjadi insan yang akan memilih jalan kehidupan yang sihat dan mulia. Penekanan ini bertujuan membina asas ketahanan emosi dan kemantapan kemahiran sosial kanak-kanak agar mereka mampu menghadapi cabaran-cabaran hidup masa hadapan, dan dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan, bukan sahaja di peringkat lokal tetapi juga global. Kurikulum PERMATA Negara juga menekankan kepada pembinaan aspek kerohanian yang kukuh dalam jiwa kanak-kanak agar mereka hidup sebagai manusia yang beriman, berpandu ke arah kebaikan dan amalan yang bersih, jujur dan amanah. Aspek kerohanian amat penting terutama dalam dunia yang penuh cabaran kemerosotan nilai moral dan akhlak yang baik. Dengan penekanan kepada aspek kerohanian, walau untuk agama apa sekalipun, diharap Kurikulum PERMATA Negara dapat melahirkan modal insan yang bermoral tinggi, produktif, dan sayang kepada bangsa dan negara. Dengan sahsiah yang baik, modal insan ini kelak dapat menolak kehidupan yang sia-sia dan menepis pengaruh gejala sosial dan elemen-elemen tidak sihat yang boleh meruntuhkan akhlak manusia. Sahsiah yang baik ini mestilah dibentuk sejak awal usia, iaitu sejak bayi dilahirkan. Maka, Kurikulum PERMATA Negara meletakkan aspek perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian sebagai aspek pembelajaran yang utama dalam pendidikan kanak-kanak di TASKA. Bidang ini memberi fokus kepada pembentukan sahsiah dan kemahiran-kemahiran sosial, interpersonal, intrapersonal, dan kerohanian kanak-kanak. Setiap kanak-kanak mesti diberi pengalaman dan sokongan untuk membina persepsi positif terhadap diri sendiri dan orang lain; mempunyai kemahiran sosial yang baik; bermotivasi dan serta kompeten belajar. Objektif pembelajaran bidang Sahsiah, Sosio-Emosi dan Kerohanian bagi kanakkanak 0 hingga 4 tahun ialah untuk membina perasaan tenteram, kebolehan mengawal emosi dan perasaan, membina tingkahlaku yang sopan, identiti diri yang positif, self-esteem dan keyakinan diri yang tinggi, kemahiran sosial, kebolehan mematuhi arahan, menghayati nilainilai murni, mensyukuri kebesaran Tuhan. Pendidik PERMATA mestilah prihatin dalam membina kesejahteraan emosi kanakkanak dan sentiasa membantu mereka membina emosi yang terkawal, tenang dan berdisiplin. Berikut ialah panduan kepada pendidik PERMATA bagaimana membantu kanak-kanak berkembang secara optimum dalam aspek sahsiah, sosio-emosi dan kerohanian: x x x

Layan kanak-kanak dengan penuh kasih sayang, perhatian dan lekatan Hormati idea dan perasaan kanak-kanak Sentiasa memberi galakan, dorongan dan pujian untuk membina keyakinan diri, harga diri, rasa selamat, rasa diterima dan dipunyai

Kurikulum PERMATA Negara

56

SeƟap Anak PERMATA Negara

x x x x

x x

Wujudkan suasana pembelajaran yang selesa, ceria, menyeronokkan dan mengupayakan kebolehan kanak-kanak Galakkan kanak-kanak meneroka persekitaran untuk memahami komuniti dan peranannya sebagai anggota komuniti Tunjuk teladan yang baik dan beri peluang kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain untuk membina persepsi positif terhadap dirinya dan orang lain Beri peluang kanak-kanak meluahkan perasaan, mencadangkan idea, membuat pilihan dan keputusan sendiri dalam pelbagai aktiviti atau program yang dijalankan di TASKA supaya mereka berasa dihargai dan ada harga diri Bina hubungan baik dengan ibu bapa/keluarga dan komuniti Hormati budaya dan agama kanak-kanak.

Hasil Pembelajaran bagi kanak-kanak pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan: x x x x x x x x

Bertindak balas positif terhadap kata-kata yang lembut dan mesra Sentiasa gembira dan suka ketawa Takut kepada orang yang tidak dikenali Memahami pelakuan orang lain terutama orang yang rapat dengannya Faham arahan ‘jangan’ dan ‘tidak boleh’ Menunjukkan kemesraan apabila berada bersama orang yang rapat/dikenali Boleh meluahkan/menyatakan emosi melalui memek muka atau gerak anggota Suka mengulangi pelakuan yang menggembirakan.

Hasil Pembelajaran bagi kanak-kanak pada peringkat umur 1 hingga 2 tahun: x x x x x x

Masih kurang mesra dengan orang yang tidak dikenali Mula mengenali diri Menunjukkan keyakinan diri Boleh mengawal emosi Memahami reaksi orang lain Mula mencuba melakukan banyak perkara untuk diri sendiri dan ingin berdikari

Hasil Pembelajaran bagi kanak-kanak pada peringkat umur 2 hingga 3 tahun: x x x x x x x

Menunjukkan emosi yang terkawal, tenang dan sabar Berani mencuba, menawarkan diri, yakin diri, dan berdikari Tidak takut menghadapi situasi baru Boleh buat rutin harian tanpa perlu diarah Bercakan dengan lemah lembut, mengucap terima kasih Membaca doa mudah seperti ‘doa makan’ dan ‘doa tidur’ Boleh sabar menunggu giliran semasa bermain, makan atau ke tandas

Kurikulum PERMATA Negara

57

SeƟap Anak PERMATA Negara

x x x x

Suka dan gembira apabila diberi pujian Boleh bekerjasama semasa bermain dan suka membantu Gembira apabila berkongsi barang mainan dengan kanak-kanak lain Menzahirkan mood melalui ekspresi wajah

Hasil Pembelajaran bagi kanak-kanak pada peringkat umur 3 hingga 4 tahun: x x x x x x x x x x x x

x

Menunjukkan rasa simpati dan rasa belas kasihan Minta maaf jika telah buat kesalahan Perasaan yakin diri semakin meningkat, dan tidak takut menghadapi situasi baru Suka dan gembira apabila diberi pujian Tunjuk sikap bertanggungjawab Berminat untuk menjalinkan persahabatan Boleh bekerjasama dalam permainan dan gembira apabila berkongsi barang mainan dan bersedia menawarkan pertolongan Menjaga dan menyimpan barang selepas bermain (berdisiplin) Bertimbang rasa, tidak membolot sendiri, tidak menguasai rakan-rakan Mengucap Bismilllah, Alhamdulillah dengan lancar (bagi kanak-kanak Islam) Membaca doa mudah contohnya doa makan dan tidur Sabar menunggu orang lain untuk makan bersama-sama Boleh menunggu giliran semasa bermain, ke tandas dan lain-lain aktiviti yang memerlukan giliran Ambil berat tentang orang lain (berempati).

Kurikulum PERMATA Negara

x Boleh mengamati wajah dalam jarak dekat & membuat eye contact. x Berhenti menangis bila melihat atau mendengar suara/ merasa kehadiran orang yang dikenali. x Mencari arah bunyi, orang yang rapat. x Ketawa bila gembira atau diagah. x Membina persepsi mengenai anggota badan sendiri seperti jari, tangan dan kaki.

3-6 Bulan

SeƟap Anak PERMATA Negara

1-2 Tahun

x Boleh memberi x Lebih berani tindakbalas positif berhadapan orang terhadap kata-kata yang baru dikenali. yang lembut. x Suka bila diberi x Pandang kepada perhatian. orang yang bercakap x Suka dipeluk dan dengannya. dibacakan buku. x Boleh bezakan ibu x Pandai memeluk dan dengan orang lain. membalas ciuman. x Takut bila berhadapan x Menunjukkan tantrum orang yang tidak bila kemahuannya dikenali. diabaikan. x Suka aktiviti bermain x Mengenali diri dalam ba-ba-cak cermin. x Suka bila mendapat x Gembira melakukan perhatian. aktiviti untuk diri x Boleh lakukan aksi sendiri dan bermain bila disuruh, seperti bersendirian. melambai tangan atau x Lebih berani bersalam. berhadapan orang x Memahami maksud yang baru dikenali. "jangan". x Suka bila diberi x Faham dan boleh ikut perhatian. arahan mudah. x Suka dipeluk dan dibacakan buku. x Pandai memeluk dan membalas ciuman. x Menunjukkan tantrum bila kemahuan di abaikan. x Mengenali diri dalam cermin.

6-12 Bulan x Menyedari ketakutan atau kebimbangan orang terhadap diri mereka. x Suka dipuji atas usaha mereka. x Menunjukkan kelangsangan fizikal terutama apabila kecewa atau marah. x Menunjukkan tantrum yang agak ketara. x Tidak sabar atau cepat marah (akan berkurangan apabila semakin besar) x Tidak sabar menunggu giliran untuk bermain. x Menyayangi barang kepunyaan sendiri dan belum bersedia berkongsi. x Memerhati dan meniru cara kanak-kanak lain bermain, sesekali turut serta tetapi lebih selesa bermain sendirian. x membantu melakukan kerja-kerja rumah, contoh beri makan kucing atau angkat pinggan ke dapur.

2-3 Tahun x Boleh meluahkan perasaan kasih sayang dengan perkataan x Mula menunjukkan perasaan malu dan kesedaran jantina. x Mula mempelajari cara mengawal diri (disiplin) dengan bantuan dan bimbingan orang dewasa. x Mula memahami adanya kuasa Yang Maha Esa (Tuhan). x Mempercayai orang dewasa. x Mempunyai sifat berani dan yakin diri. x tanduk-nya boleh memberi kesan terhadap perasaan orang lain. x Mula menyedari diri sebagai seorang individu dan sebahagian daripada masyarakat. x Tahu bagaimana menyesuaikan diri dalam keluarga dan ketika bersama kawan. x Sedar akibat tindakan

3-4 Tahun

TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN KEROHANIAN

Kurikulum PERMATA Negara

x Boleh berdikari. x Boleh memberi tumpuan yang agak lama. x Suka dan menyayangi haiwan peliharaan. x Bercakap benar, amanah dan ikhlas. x Boleh memahami peraturan sosial mengikut budaya setempat. x Bijak menggunakan bahan/alatan dengan tujuan tertentu dan cara yang selamat. x Sentiasa tekun dan rajin. x Bersikap adil. x Dapat menyatakan perasaan sedih, gembira, takut, atau marah kepada orang dewasa. x Menyedari keistimewaan, kebolehan, kecenderungan dan hak diri sendiri. x Boleh memahami kesan akibat dari tindakannya terhadap orang lain. x Merasa bangga bila berjaya melakukan sesuatu aktiviti. x Boleh memanggil orang lain dengan gelaran yang sesuai.

4+ Tahun

58

3-6 Bulan

SeƟap Anak PERMATA Negara

x

6-12 Bulan x Gembira melakukan aktiviti untuk diri sendiri dan bermain. x Menunjukkan rasa cemburu apabila lebih perhatian diberikan kepada orang lain x Mempertahankan kehendak seperti tidak mahu pakai baju x Menunjukkan sikap ingin berdikari, contohnya ingin menyuap makanan sendiri walaupun masih belum mampu x Mula belajar bersosial dan faham bahawa komunikasi ialah cara hubungan sosial dijalinkan x Selalu meniru tingkah laku orang dewasa x Mula menyedari perasaan orang di sekelilingnya x Suka ditemani kanakkanak lain semasa bermain tetapi tidak suka bermain bersama.

1-2 Tahun x Mula membina persahabatan dengan rakan sebaya. x Suka membantu mengutip/menyimpan permainan. x Boleh membeza keadaan yang bahaya. x Suka menerokai objek untuk mempelajari sesuatu daripadanya. x Mempunyai kawan istimewa rapat. x Mula mengikut kata, mendengar atau mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh orang dewasa. x Mempunyai minat yang mendalam untuk mendapat pengalaman baru di luar rumah atau tempat baru, contoh melawat zoo. x Boleh menjangka kesan daripada perbuatan sendiri. x Mempunyai perasaan ingin tahu yang amat mendalam.

2-3 Tahun x Mula membina perhubungan positif dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa. x Boleh mengikut peraturan. x Boleh bekerjasama semasa bermain. x Boleh menunggu giliran dan berkongsi mainan. x Mula mempengaruhi rakan sebaya dari segi sikap dan imej diri. x Boleh memahami terdapat pelbagai budaya, perayaan dan agama yang penting dalam masyarakat. x Berupaya membina sikap positif terhadap orang lain yang berlain jantina, bahasa, agama dan budaya. x Memahami adat dan tradisi sendiri, seperti adat perkahwinan dan acara-acara keagamaan.

3-4 Tahun

TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN KEROHANIAN (sambungan)

Kurikulum PERMATA Negara

x Boleh mengambil peranan sebagai ahli kumpulan. x Memberi idea dalam melaksanakan aktiviti. x Mendengar dengan penuh minat. x Memahami arahan semasa perbualan. x Peka terhadap keperluan orang lain. x Mula memahami peranan jantina. x Kemahiran untuk ikut serta dalam sesuatu permainan (play entry) x Boleh bermain permainan yang ada peraturan mudah. x Boleh menyelesaikan masalah sekiranya ada konflik semasa bermain. x Boleh bermain dalam bentuk pertandingan x Mengawal diri daripada melakukan sesuatu yang membahayakan diri. x Melahirkan emosi dengan bebas dan terbuka. x Mematuhi etika sosial dalam perhubungan.

4+ Tahun

59

3-6 Bulan

SeƟap Anak PERMATA Negara

6-12 Bulan x Berminat menerokai apa saja tanpa menghiraukan keselamatan diri.

1-2 Tahun Boleh meneruskan semula aktiviti yang ditinggal sementara.

2-3 Tahun x Menunjukkan hormat dan kasih sayang kepada orang dan harta benda x Memahami perasaan orang lain dan tahu memberi respon yang betul. x Berkongsi dan hormat hak orang lain. x Mempelajari sesuatu kemahiran dengan meniru orang lain. x Mempunyai daya tumpuan yang lebih lama dalam membuat aktiviti yang disukai. Bagi kanak-kanak Islam: x Boleh membaca doa. x Boleh mengikut rakan berzikir x Masih belum jelas adanya Tuhan, tetapi boleh menyebut Allah.

3-4 Tahun

TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN KEROHANIAN (sambungan)

Kurikulum PERMATA Negara

x Memahami adanya kuasa Tuhan (Yang Maha Esa). Bagi kanak-kanak Islam: x Mengetahui Rukun Iman dan Rukun Islam. x Boleh mengambil wuduk dengan betul, mendirikan solat. x Mengetahui sirah Rasulullah s.a.w. dan keluarga baginda. x Mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w. x Melakukan amalan seharian mengikut adab dalam Islam. x Mengetahui bahasa Al – Quran ialah bahasa Arab. x Mengetahui huruf jawi. x Menghafaz beberapa doa dan surah lazim. (Bagi kanak-kanak bukan Islam, mereka dipastikan memahami nilai moral dan kepentingan agama nya sendiri)

4+ Tahun

60

61

SeƟap Anak PERMATA Negara

3.5.2

PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN LITERASI AWAL

Bidang pembelajaran ini bertujuan meningkatkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi kanak-kanak. Bahasa adalah asas penting dalam membina kemahiran sosial dan intelek kanak-kanak. Untuk berkomunikasi dengan baik, maka kanak-kanak perlu menguasai kosa kata dan bahasa seperti disarankan oleh Chomsky dan Vygotsky. Manakala, kedua-dua kemahiran ini perlu dibina berasaskan pembelajaran literasi awal. Kurikulum PERMATA Negara menekankan penggunaan dwibahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam aktivitinya setiap hari. Selain itu, penguasaan bahasa ibunda juga digalakkan sekiranya terdapat peluang untuk membina kemahiran dalam bahasabahasa tersebut di TASKA. Kanak-kanak dipercayai boleh mempelajari pelbagai bahasa sejak kecil tanpa menjadi keliru. Kanak-kanak lebih cepat boleh menguasai bahasa-bahasa yang selalu digunakan dalam berinteraksi dengan mereka. Ini kerana kanak-kanak belajar dengan cara meniru dan minda mereka dapat menyerap maklumat dengan cepat dari persekitarannya. Mereka juga tidak takut atau malu jika membuat kesilapan. Bahasa, menurut Vygotsky lagi, adalah alat untuk berfikir. Penguasaan bahasa akan membolehkan kanak-kanak Malaysia berfikir lebih cepat daripada kanak-kanak lain yang seumur dengan mereka. Bidang pembelajaran ini adalah bidang kedua yang sangat ditekankan dalam Kurikulum PERMATA Negara. Bidang ini bertujuan memastikan kanakkanak boleh menguasai bahasa, khususnya bahasa ibunda dan Bahasa Melayu, serta bahasa Inggeris lebih awal. Secara khususnya, objektif pembelajaran bagi bidang ini ialah: untuk membina kebolehan bertutur, bersoal jawab, awal baca, awal tulis, dan menanam minat suka membaca sebagai langkah awal ke arah pembudayaan ilmu dalam diri kanak-kanak. Sejak dilahirkan otak bayi telah boleh ‘menyerap dan menyimpan’ perkataan dan bahasa yang dituturkan kepadanya. Walaupun masih belum boleh bercakap, bayi dan kanak-kanak boleh memahami bahasa dan boleh berkomunikasi dengan menggunakan bahasa badan. Sekiranya didedahkan seawal usia, kanak-kanak akan dapat menguasai kedua-dua bahasa (Bahasa Melayu dan Inggeris) lebih cepat melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang khas untuk mereka. Kurikulum PERMATA Negara menggalakkan pendidik sentiasa berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak dalam bahasa yang betul dan lengkap iaitu bahasa ‘surat’. Aktivitiaktiviti bagi membina kemahiran berkomunikasi, berbahasa dan awal literasi telah dirancang dengan begitu rapi supaya kanak-kanak dapat menguasai kemahiran berkomunikasi (mengikut tahap masing-masing) semasa berada di TASKA. Di antara aktiviti yang membantu perkembangan ini ialah:

Kurikulum PERMATA Negara

62

SeƟap Anak PERMATA Negara

x Membaca: x Aktiviti awal baca - pendidik menunjuk gambar dan membacakan buku besar kepada bayi dan kanak-kanak kecil x Aktiviti awal tulis – pendidik memberi buku/kertas kepada kanak-kanak untuk menconteng x Bercerita: x kanak-kanak dibacakan cerita atau membaca sendiri x Menceritakan semula cerita yang dibaca atau diceritakan x Bercerita dan berlakon, berdrama dan melakon peranan x Menyanyi: Kanak-kanak diajar menyanyi lagu kanak-kanak, ‘nursery rhymes’, lagu PERMATA, lagu Negaraku, lagu negeri, lagu-lagu patriotik, lagu-lagu sambutan hari-hari perayaan, lagu dari pelbagai budaya, dan lagu-lagu popular semasa. x Berzikir dan berdoa: Kanak-kanak Islam sentiasa diajar berzikir, bertasbih dan tahmid, selain membaca doa sebelum dan selepas aktiviti dijalankan. x Aktiviti Sudut Bacaan: o Kanak-kanak berpeluang meneroka bahan bercetak, perkataan, nyanyian, bahasa berirama o Membantu kanak-kanak menggunakan bahasa ekspresi dan reseptif dalam berkomunikasi x Aktiviti tulisan Kanak-kanak PERMATA digalakkan melakar, menconteng, melukis dan menulis untuk memastikan mereka menguasai awal literasi.

Hasil Pembelajaran untuk Bidang Kemahiran Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal Hasil Pembelajaran kanak-kanak 6 hingga 12 bulan: x Mengeluarkan pelbagai bunyi (babbling, cooing), dan menyebut perkataan mudah seperti “cucu” (susu), “bu” (ibu), “ma” (mama), “pah” (papa/opah) dan lain-lain x Menggabungkan suku kata “da” menjadi “dada” x Mengangguk dan menggeleng untuk menyatakan “ya” atau “tidak” x Suka meniru bunyi-bunyi yang didengar

Kurikulum PERMATA Negara

63

SeƟap Anak PERMATA Negara

Hasil Pembelajaran kanak-kanak 1 hingga 2 tahun: x x x x

Berkomunikasi dengan bilangan perkataan yang lebih banyak (50-100 perkataan) Menggunakan intonasi berlainan untuk sesuatu perkataan/keadaan Menggunakan bahasa ekspresif dan reseptif? Mengenali gambar dalam buku cerita dan suka menconteng

Hasil Pembelajaran kanak-kanak 2 hingga 3 tahun: x x x x x x

Berkomunikasi menggunakan ayat-ayat yang pendek dan telah mempunyai 200300 perbendaharaan kata Menggunakan perkataan ”tak” (tidak), kata kerja dan kata nama Memahami arahan dan peraturan mudah Menguasai kemahiran bertanya dan mengingati pesanan/cerita. Mengenali huruf dan abjad, dan boleh menyebut dengan lancar. Membaca dan bercerita.

Hasil Pembelajaran kanak-kanak 3 hingga 4 tahun: x x x x x

Membentuk ayat menggunakan 3-4 patah perkataan, dan telah mempunyai 5001000 perbendaharaan kata Bercerita apa yang dilihat, memberi cadangan, dan melahirkan perasaan Memahami peraturan mudah Menguasai kemahiran bertanya dan mengingat Menulis nama sendiri.

Kurikulum PERMATA Negara

x Boleh menghasilkan bunyi seperti 'oooh' dan 'aaah' untuk berkomunikasi. x Mengeluarkan bunyi huruf seperti ‘m’, ‘b’. x Menggabung bunyi dan mencantum vowel dan konsonan "ba-ba-ba", "da-da-da".

0-6 Bulan

SeƟap Anak PERMATA Negara

x Mengeluarkan bunyi x suku kata bila rasa gembira. x Faham bila dikata "tak x boleh”. x Menjerit untuk menarik perhatian. x Menggeleng tanda "tidak", dan mengangguk tanda "ya". x x Meniru bunyi yang didengar. x Suka mengulang bunyi x yang didengar berkalikali seperti "ma-mamam", "ne-ne-ne-nen”.

6-12 Bulan Menyebut perkataan pertama walaupun tidak jelas seperti "mama”. Boleh sebut perkataan yang biasa didengar contoh "meow", "cucu" (susu), "acik" (nasi), "bas", "bye-bye", "cat" (cat), “echer” (teacher). Kenal orangnya apabila panggilan/nama orang itu disebut. Meniru bunyi yang dibuat oleh sesiapa sahaja di sekelilingnya.

1-2 Tahun x x Boleh menyebut 5-6 patah perkataan seperti "letak barang mainan x tu", "ambil biskut ini”. x Boleh memahami sehingga 50 patah x perkataan. x Faham dan mampu x mematuhi arahan atau peraturan yang mudah. x Berminat untuk berbual dan tahu mengikuti x giliran bercakap dalam perbualan. x Mula meluahkan keinginan dengan x menggunakan perkataan tertentu x bersama gerakan badan. x x Bila ditanya, ia boleh x menunjuk kepada sesuatu yang ia biasa dengannya. x x Menggunakan bahasa isyarat seperti menunjuk dengan jari, atau menarik x sesuatu dengan tujuan menarik perhatian. x Mencuba untuk turut x serta menyanyi bila mendengar lagu.

2-3 Tahun

4+ Tahun

Kurikulum PERMATA Negara

x Mengendalikan buku Percakapannya lebih dengan berhati-hati. jelas. x Tahu buku mempunyai Boleh mengambil ciri-ciri kulit depan, bahagian dalam belakang, tajuk, penulis perbualan dengan aktif. Boleh menjawab soalan dan pelukis. x Mengaitkan bentuk mudah. huruf dengan objek. Suka membelek buku x Bilangan dan membuat cerita perbendaharaan kata tentang gambar dalam semakin banyak. buku. Faham konsep bahan Awal bacaan bercetak (sight-word recognition) dan simbol x Menamakan huruf abjad. yang selalu dilihat. x Mengaitkan bunyi abjad. Kenal dan tahu beberapa abjad; x Membunyikan abjad dalam huruf-huruf Faham cerita dalam buku. x Suka meneroka perkataan baru. Faham tujuan tulisan. Boleh meniru/menulis x Mengaitkan bunyi huruf dengan perkataan bentuk huruf dan mudah. perkataan. x Membaca suku kata, Boleh mengaitkan perkataan mudah, frasa, tulisan dengan ayat tunggal yang perkataan lisan mudah. (prinsip abjad). x Membaca ayat dengan Faham setiap abjad intonasi yang sesuai. mempunyai bunyi (nilai fonetik. x Mula menyedari jalan Meneroka penggunaan cerita symbol, abjad, huruf dan x Meramal akhir cerita. bunyi.

3-4 Tahun

TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN KEMAHIRAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN LITERASI AWAL

64

SeƟap Anak PERMATA Negara

x Suka mendengar cerita x meluahkan emosi. dan membelek buku x Boleh mempengaruhi seolah membaca. tingkah laku orang x Mencuba untuk menulis atau melukis untuk bercerita atau x dengan kata-katanya. x Boleh membezakan di antara dua atau lebih bahasa yang dipertuturkan.

Kurikulum PERMATA Negara

Kemahiran berfikir x Merekacipta cerita, lagu, irama, muzik dan puisi x Boleh bertanya dan berbincang mengenai cerita yang dibaca x Dapat beza emosi, situasi melalui bahasa verbal dan non-verbal.

Awal Tulisan x Boleh guna/pegang alat tulis dengan cara betul. x Boleh tulis nama sendiri, nama benda atau label. x Guna kemahiran fonik untuk belajar menulis huruf, suku kata, perkataan. x Guna tanda bacaan dalam tulisan.

65

66

SeƟap Anak PERMATA Negara

3.5.3

PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK

Bidang pembelajaran ini adalah untuk memperkembangkan kemahiran awal matematik dan pemikiran logik kanak-kanak. Matlamatnya adalah untuk membina konsep asas matematik melalui proses mengenal, membanding, menganggar, menyusun, mengarang dan membeza bentuk (bentuk, saiz, jarak, ukuran, ruang), membilang dan menggunakan nombor serta menyelesaikan masalah. Kemahiran awal matematik merangkumi konsep-konsep asas yang melandasi pengetahuan dan kemahiran matematik, seperti konsep: bentuk (shapes), ruang dan kedudukan (space and position), saiz, susunan, urutan (seriation), one-to-one correspondence, dan ukuran, kuantiti, awal nombor dan operasi nombor, jarak dan masa. Semua kemahiran ini adalah sangat penting kerana ia adalah asas pembinaan pemikiran abstrak dan kecerdasan kuantitatif. Pada masa hadapan, kecerdasan kuantitatif adalah kebolehan yang sangat diperlukan dalam semua jenis pekerjaan dan kehidupan. Pemikiran logik adalah pemikiran yang berasaskan penaakulan (reasoning). Aspek ini kurang ditekankan dalam kebanyakan program pendidikan awal kanak-kanak. Kemahiran untuk berfikir secara logik, menggunakan maklumat dan memberi sebab dan akibat membolehkan kanak-kanak memahami dunia persekitarannya dan menyelesaikan masalah. Pemikiran logik boleh diajar kepada kanak-kanak melalui peringkat umur mereka, misalnya umur 1-2 tahun - peringkat ‘pra-logik’ (pre-logic), umur 2-3 tahun peringkat ‘awallogik asas’ (basic early logic), dan umur 3-4 tahun pringkat ‘awal-logik’ (early logic). Aktiviti meneka bunyi objek dalam kotak misalnya, adalah contoh aktiviti pra-logik untuk kanakkanak 1-2 atau 3 tahun. Melengkapkan jiksaw puzzles, membuat padanan, menyusun blok mengikut urutan kecil ke besar, atau menyusun warna pudar ke warna lebih gelap adalah contoh-contoh aktiviti untuk membina kemahiran pra-logik kanak-kanak. Pada peringkat ini, kanak-kanak mulai membina struktur penaakulan dalam mindanya. Kemahiran ‘awal-logik asas’ boleh digabungkan dengan kemahiran awal matematik seperti ‘padanan satu-ke-satu’ (one-to-one correspondence), representasi simbolik (symbolic representation) dan sebagainya. Kanak-kanak boleh diajar berfikir secara rasional melalui bercerita atau meneroka, misalnya, ‘semua kereta ada empat roda. Jika satu daripada rodanya hilang, maka dapatkah ia bergerak?’. Bermain ‘video games’ juga dapat mengembangkan pembinaan ‘awal-logik asas’ kanak-kanak, kerana setiap langkah (sebelum menekan butang) memerlukan pemikiran logik dan penaakulan. Bermain ‘Tic-Tac-Toe’ atau menggunakan sesuatu alat permainan juga boleh membina kemahiran ‘awal-logik’ kanakkanak.

Kurikulum PERMATA Negara

67

SeƟap Anak PERMATA Negara

Tic-Tac-Toe

Menyusun warna (sequencing/seriation)

Menambah dan mengira (symbolic representation)

Pendidik hendaklah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang boleh mengembangkan setiap aspek kemahiran awal matematik ini mengikut umur dan tahap perkembangan kanak-kanak. Di peringkat ini kanak-kanak sudah bersedia untuk dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran awal matematik yang terdiri daripada konsep-konsep berikut: x

kuantiti, anggaran

x

persamaan, perbezaan, perbandingan, mengelas dan menyusun (sorting)

x

awal nombor dan perwakilan nombor

x

padanan satu-ke-satu

x

urutan (seriasi)

x

bentuk, corak, ruang, masa, kedudukan

x

sukatan, ukuran

x

nombor, mengira dan operasi nombor

Pendidik juga digalakkan merancang aktiviti sendiri menggunakan bahan-bahan dalam persekitaran kanak-kanak untuk meningkatkan kemahiran awal matematik dan pemikiran logik mereka. Pembelajaran awal matematik boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti bermain, membaca, menyanyi, melakon peranan, penerokaan, nature walk, bermain pasir dan air, dan sebagainya. Semua aspek dalam persekitaran kanak-kanak ada perkaitannya dengan matematik dan pemikiran logik. Sebagai contoh: bermain dengan bongkah, lego, manik, butang, bola, pasir, air, wang syiling atau paket makanan sekiranya dijalankan dengan baik boleh membantu kanak-kanak memahami tentang bentuk, saiz, ukuran dan sebagainya. Kanakkanak hendaklah sentiasa disoal dengan pelbagai soalan untuk menggalakkan mereka berfikir dan mena’akul. Kanak-kanak akan didedahkan dengan bahasa matematik yang dituturkan kepadanya oleh pendidik. Antara bahasa matematik yang boleh didedahkan kepada kanakkanak pada peringkat ini ialah: lebih-kurang, lebih besar-lebih tinggi-lebih pendek, lebih tinggi-lebih rendah, penuh-kosong, lebih berat, lebih ringan, lebih luas, lebih sempit, lebih

Kurikulum PERMATA Negara

68

SeƟap Anak PERMATA Negara

laju, lebih perlahan, sebelum-selepas, seimbang, kedua-dua, kesemua, tambah-buang, dalam, luar, atas, bawah, di belakang, di hadapan, bulat, rata, lurus, melengkong, penjuru, garis lurus, muat-tidak muat dan lain-lain yang bersuaian dengan pemahaman mereka. Pendidik digalakkan sentiasa merangsang kanak-kanak untuk menamakan, menggambarkan, menyatakan perbezaan, membincang perhubungan dan membuat ramalan. Fokus kepada konsep-konsep awal matematik: a) Bentuk, saiz, ruang, kedudukan, dan kuantiti b) Ukuran (panjang, pendek, tinggi, rendah) c) Corak, pola, susunan, kumpulan, pengelasan d) Masa - jadual dan rutin, waktu, hari, kalender, konsep awal nombor konsep nombor e) Perkiraan mudah

dan

Hasil Pembelajaran untuk Bidang Awal Matematik dan Pemikiran Logik Hasil Pembelajaran kanak-kanak 0 hingga 6 bulan: x

Membina kebolehan spatial (posisi objek dalam ruang) bayi, seperti kebolehan mengecam arah bunyi,

x

Mengembangkan kebolehan mengesan arah bunyi, membezakan bunyi berdasarkan jarak dan ruang Mengembangkan kemahiran mengesan pergerakan.

x

Hasil Pembelajaran kanak-kanak 6 hingga 12 bulan: x x

Meningkatkan kebolehan mengecam wajah dan menanggap kedudukan pelbagai objek dalam ruang Meningkatkan kebolehan bayi menghubungkan dirinya dengan orang disekelilingnya dan dirinya dengan objek.

Hasil Pembelajaran kanak-kanak 1 hingga 2 tahun: x x x x x x

Meningkatkan kebolehan kanak-kanak menguasai kemahiran awal matematik Meningkatkan penguasaan kemahiran kuantiti, Mengembangkan kebolehan kanak-kanak menyebut nombor. Mendedahkan kepada kanak-kanak konsep pasangan (one to one correspondence) Membina kesedaran awal matematik dari persekitaran.

Kurikulum PERMATA Negara

69

SeƟap Anak PERMATA Negara

Hasil Pembelajaran kanak-kanak 2 hingga 3 tahun: x x x x x x

Mengetahui susunan nombor secara hafalan Membezakan di antara simbol nombor dari abjad Mengenal konsep nombor 1 hingga 5 Memadankan bilangan objek dengan simbol nombor. Meningkatkan kebolehan kanak-kanak mengira secara menurun seperti dari 5 ke 1 Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah mudah.

Hasil Pembelajaran kanak-kanak 3 hingga 4 tahun: x x x x x x x x x

Mengetahui susunan nombor secara hafalan Memahami konsep nombor 1 hingga 10 Membanding dan membezakan dari segi ketinggian, saiz dan kuantiti memadankan bilangan objek dengan simbol nombor. Perkiraan mudah Mengetahuan kepelbagaian bentuk objek Mengenali corak-corak mudah. Meningkatkan kebolehan berfikir dan memberi alasan yang berasaskan logik Meningkatkan kebolehan menyelesaikan masalah

Kurikulum PERMATA Negara

x Dapat melihat mengikut arah objek yang bergerak. x Menumpukan perhatian kepada objek pelbagai warna dan cuba encapainya. x Menyukai warnawarna terang dan menumpukan perhatian terhadap objek berwarna. x Memegang dan menggigit objek.

0-6 Bulan

SeƟap Anak PERMATA Negara

x Mula memahami konsep ruang contoh boleh mengambarkan ruang yang besar. x Mengenali saiz, warna dan bentuk sesuatu objek dalam persekitaran, contoh mengenali botol susu atau mainan sendiri. x Membelek objek dan menjatuhkan objek ke lantai berulang kali. x Memahami konsep kedalaman dengan menunjukkan rasa takut jatuh dari tempat tinggi. x Boleh memahami konsep pengekalan objek (object permanence) dengan mencari-cari objek yang hilang dari pandangan. x Cuba memadan bentuk dengan acuan semasa bermain dengan peg puzzle.

6-12 Bulan x Boleh memahami rutin harian x Mula memahami hubungan antara dua objek. Contoh: sikat untuk rambut (fungsi), pinggan dan sudu (pasangan) x Boleh mengingat perkara yang telah berlaku seperti pergi pasar raya, naik kereta, kelmarin hujan. x Boleh membezakan kuantiti: banyaksedikit, penuhkosong/separuh, besar-kecil; satu/sedikit- banyak, ada- tiada, ada-habis. x Boleh menyebut konsep seperti besar, kecil, jauh, dekat, tinggi, rendah, dan sebagainya. x Boleh berfikir pada peringkat pra-logik x Boleh menyusun ikut urutan (seriation) x Boleh membuat padanan satu-ke-satu

1-2 Tahun x Selalu bertanya, 'apa tu? mengapa?' kerana ingin tahu; x Selalu meminta dicerita perkaraperkara yang dia ingin tahu; x Bertanya berulang kali. x Lebih mahir membuat representasi nombor: misalnya 3 buah epal dipadankan dengan angka 3. x Lebih cepat dapat membuat aktiviti padanan satu- kesatu. x Boleh menyebut nombor 1 hingga 5 dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. x Boleh faham kuantiti, banyak-sedikit, adatiada, sama banyak, dan sebagainya. x Boleh mengenali bentuk-bentuk lazim: bulat (circle/round), empat segi tepat (square), tiga segi (triangle), empat segi (rectangle). x Baru mula memahami saiz dan perbezaan bentuk. x Boleh memberi sebab-sebab mudah

2-3 Tahun x Mula memahami dan menggunakan idea abstrak atau simbolik. x Rasa ingin tahu semakin mendalam, diikuti dengan minat untuk mencuba perkara baru. x Boleh mengenali persamaan, perbezaan dan corak. x Boleh memahami kuantiti dan membanding bilangan, saiz dan isipadu (contoh lebih besar, lebih banyak). x Boleh buat seriasi (susunan/urutan). x Boleh buat representasi nombor yang lebih besar. x Boleh membilang/ mengira 1 hingga 10 dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. x Boleh mengira jari dan objek, sekurangkurangnya 1 hingga 5 atau 10. x Boleh kenal angka dan menulis angka. x Boleh memahami lebih banyak bentuk dan saiz. x Faham konsep kuantiti – banyak sedikit,

3-4 Tahun

TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK

Kurikulum PERMATA Negara

Awal Nombor x Boleh membilang nombor 1 hingga 20. x Boleh membuat rumusan dari pemerhatian. x Boleh membuat pengecaman dan menyenaraikan ciriciri. x Boleh memahami kuantiti dan membanding

x

x

x

x

x

x

4+ Tahun Pra-nombor Dapat menggabungkan pelbagai strategi, cara dan teknik untuk menyelesaikan masalah. Boleh berfikir dan menggambarkan ciriciri persamaan dan perbezaan objek yang berlainan. Boleh mengenal unsur persamaan, perbezaan, corak dan pola. Boleh memadan dan mengelas objek. Memahami dan menggunakan idea abstrak atau simbolik. Boleh membuat pilihan dan keputusan.

70

SeƟap Anak PERMATA Negara

kepada sesuatu kejadian atau perkara yang berlaku (sebab yang diberi kadangkadang betul dan kadang-kadang tidak betul). x Mula menunjukkan pemikiran asas ‘awallogik’ x Suka bermain dengan blok dan membina pelbagai bentuk.

tinggi-rendah, jauhdekat, lambat-cepat, dan lain-lain. x Boleh berfikir secara logik Misalnya, air jika dituang akan mengalir ke dalam bekas dan memenuhi bekas; pasir basah jika dipadatkan dalam bekas boleh mengambil bentuk bekas tersebut. x Boleh membuat operasi mudah mencampur nombornombor kecil. x Boleh memberi sebab dan akibat, misalnya kuman boleh menyebabkan penyakit; blok polystyrene timbul sebab ia ringan, dan lain-lain.

Kurikulum PERMATA Negara

Kemahiran Berfikir Logik x Boleh memberi sebab dan akibat yang lebih jelas x Boleh menaakul sesuatu kejadian denagn lebih baik x Telah mencapai peringkat awal-logik yang baik. x Boleh membuat keputusan yang mudah dengan alasan.

Membilang x Boleh mengira objek dan faham banyaksedikit x Boleh berfikir secara logik x Boleh faham tambah.

bilangan, saiz, berat ringan dan isipadu.

71

72

SeƟap Anak PERMATA Negara

3.5.4 PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN Untuk perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, pembelajaran menggunakan deria adalah amat penting. Melalui deria kanak-kanak meneroka alam sekelilingnya dengan lebih bermakna. Kurikulum PERMATA menekankan supaya kanak-kanak dari peringkat awal umur lagi didedahkan sepenuhnya kepada pengalaman menerokai dan mengalami alam sekitarnya. Pendidik hendaklah mengetahui cara merangsang perkembangan ke lima-lima deria kanak-kanak, meningkat daya tumpuan, kemahiran menghubungkait dan kemahiran berfikir, supaya kanak-kanak dapat mengenali dan memahami persekitaran mereka melalui pemerhatian, penerokaan, ramalan dan pemahaman sebab-akibat. Di samping itu, kanakkanak juga perlu didedahkan dengan teknologi mudah yang terdapat di TASKA atau di dalam komuniti untuk membantu kanak-kanak menjadi celik sains dan teknologi.

LIMA DERIA MELIHAT MATA MENDENGAR

TELINGA

KULIT

DERIA

MERASA

MULUT/ LIDAH

HIDUNG

MERASA SENTUHAN/ TACTILE

MEGHIDU

Skop bidang pembelajaran ini meliputi penerokaan dalam empat komponen, iaitu: •

Alam hidupan – kanak-kanak menerokai tumbuh-tumbuhan, haiwan, serangga, manusia, dinasour (haiwan purba), benda-benda hidup



Alam bahan – kanak-kanak menerokai bahan-bahan yang terdapat di sekeliling mereka seperti batu, kayu, tanah, air, udara, bahan kimia, susu, tepung, gula, garam, sabun, kertas, kain, warna, bahan makanan



Alam fizikal – terdiri daripada kejadian-kejadian alam seperti hujan, panas, sejuk, angin, selain daripada menerokai bentuk, saiz, corak, mesin, mainan, magnet, pergerakan, tekanan, dan teknologi



Alam Semesta – semua benda yang terdapat dalam alam, seperti bukit, gunung, gunung berapi, lautan, sungai, tasik, paya, langit, awan, hujan, pelangi, matahari, bulan,

Kurikulum PERMATA Negara

73

SeƟap Anak PERMATA Negara

bintang dan planet.

Objektif Pembelajaran Objektif pembelajaran bagi bidang perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran ialah untuk : 1. Membina kemahiran penggunaan deria (penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau, dan rasa) secara menyentuh, yang akan membolehkan kanak-kanak: x Meneliti dan mengamati pelbagai objek dan banda dalam persekitarannya x Mengesan melihat dan mengecam pelbagai warna dan bentuk dalam persekitaran x Melihat dan mendengar pergerakan dari jarak dekat dan jauh x Menghubungkan sesuatu objek dengan aktiviti/fungsi tertentu x Menanam perasaan ingin tahu x Membezakan pelbagai bunyi dan meningkatkan kepekaan deria pendengaran x Membezakan warna dan objek yang berlainan x Membezakan bau yang pelbagai dan meningkatkan kepekaan deria bau x Membezakan tektur permukaan melalui sentuhan x Meningkatkan kemahiran menumpukan perhatian, pengamatan dan kemahiran berbahasa 2. Mengenali dan memahami alam kehidupan: x Kebolehan menamakan anggota badan, dan fungsi-fungsinnya. x Membezakan objek hidup dan bukan hidup, haiwan dan tumbuhan, tampat tinggal haiwan, haiwan purba dan sebagainya. 3. Membina pemahaman mengenai alam fizikal: x Memahami pelbagai bentuk, saiz, corak, warna dan kejadian-kejadian alam seperti hujan, panas, sejuk, berangin, cuaca, banjir, dan lain-lain x Membina pemahaman menegnai mainan, mesin, magnet, pergerakan, tekanan, dan teknologi 4. Membina pemahaman mengenai alam bahan: x Kemahiran mengenali bahan-bahan pepejal, cecair, dan gas, seperti batu, kayu, tanah, air, udara, bahan kimia, susu, tepung, gula, garam, sabun, kertas, kain, warna, bahan makanan dan lain-lain. 5. Membina kepekaan dan kesedaran tentang kewujudan alam semester - bumi, bulan, matahari, bintang dan planet, dan kewujudan bentuk-bentuk di muka bumi seperti bukit, gunung, gunung berapi, lautan, sungai, tasik, paya, awan, langit, hujan, matahari, bulan, 6. Membina kawalan neuorologi jari dan daya fokus koordinasi tangan dan mata 7. Meningkatkan kemahiran berfikir secara awal saintifik, menaakul, deduktif, kreatif, imaginatif, dan kebolehan membuat analogi (perbandingan)

Kurikulum PERMATA Negara

74

SeƟap Anak PERMATA Negara

8. Menyedari dan mula memahami dan menghayati tentang kegunaan teknologi dalam kehidupan sehariandan menjadikan individu celik sains-teknologi.

Hasil Pembelajaran untuk perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran

Hasil Pembelajaran kanak-kanak 0 hingga 6 bulan: x x x x x x

Memupuk kemahiran mengenali sesuatu objek Membina kebolehan melihat persekitaran dalam cahaya yang tidak terlalu terang atau gelap Membina kebolehan melihat objek atau orang yang bergerak Mendedahkan pengalaman dengan warna (warna primer) Mendedahkan pengalaman merasa dan sentuhan melalui objek lembut, licin, kenyal. Meningkatkan deria mendengar

Hasil Pembelajaran kanak-kanak 6 hingga 12 bulan: x Meningkatkan kebolehan melihat dan mengecam pelbagai warna x Meningkatkan kepekaan deria pendengaran – mendengar pelbagai bunyi dan dari jarak berbeza x Meningkatkan kepekaan deria menghidu x Meningkatkan kepekaan deria merasa/sentuhan pelbagai tektur objek dan alat mainan x Mengenali anggota badan atau membezakan sesuatu objek

Hasil Pembelajaran kanak-kanak 1 hingga 2 tahun: x Meningkatkan kemahiran melihat dan mengenali pelbagai warna, bentuk, saiz, objek x Meningkatkan kemahiran mendengar – membezakan dan menghasilkan bunyi x Meningkatkan kemahiran merasa/menyentuh dan menerangkan tekstur pasir, batu, kayu, kain, tepung, dan sebagainya x Meningkatkan kemahiran menghidu dan merasa makanan x Mengenali anggota badan dan fungisnya x Mengenali benda-benda hidup dan bukan hidup, kejadian-kejadian alam seperti panas, sejuk, berangin, hujan dan sebagainya. x Memahami konsep asas tentang air, pasir, bahan makanan, dan lain-lain x Menghayati alam sekitar melalui penerokaan dan nature walk.

Kurikulum PERMATA Negara

SeƟap Anak PERMATA Negara

75

Hasil Pembelajaran kanak-kanak 2 hingga 3 tahun: x Meningkatkan kemahiran meneliti, memerhati, mendengar, menyentuh, merasa, dan menghidu, serta boleh membeza, mengelas, menyusun objek-objek mengikut kumpulan x Mula memahami kejadian-kejadian sehari-hari dalam dunia persekitaran x Meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran proses saintifik x Menyedari dan mula memahami tentang kegunaan teknologi dalam kehidupan seharian x Meningkatkan daya kreativiti, imaginasi dan pemikiran logik x Mebina sifat ingin tahu dan suka meneroka dan menyelesaikan masalah Hasil Pembelajaran kanak-kanak 3 hingga 4 tahun: x x x x x x x x x

Meningkatkan kemahiran memerhati, mendengar, merasa, menghidu, sentuhan, dengan lebih teliti dari pengalaman dengan pelbagai objek yang berbeza. Mempertingkat kemahiran menumpukan perhatian dan pengamatan. Mempertingkatkan konsep-konsep awal sains: Pemahaman tentang kejadian alam seperti cahaya dan bayang-bayang, timbul dan tenggelam, menyerap atau tidak menyerap air, dan sebagainya. Pemahaman tentang keperlbagaian kehidupan – haiwan dan tumbuhan, bentuk dan tempat tinggalnya pemahaman tentang bahan-bahan yang terdapat dalam persekitaran dan kegunaannya. Pemahaman tentang alam angkasa seperti langit, bulan, bintang, matahari dan sebagainya Meningkatkan kemahiran gabungan pelbagai deria – lihat, hidu/bau dan rasa dalam mengenali makanan. Meningkatkan penghayatan terhadap alam sekitar dan kebesaran Yang Maha Esa yang menciptanya.

Untuk mencapai hasil pembelajaran di atas, pendidik dikehendaki menggunakan kaedah 3E, di mana kanak-kanak digalakkan meneroka, mengeksperimen dan mengalami sendiri penomena yang dipelajari. Kanak-kanak mesti juga dibenarkan memjalankan projek atau bermain sambil belajar. Biasakan kanak-kanak dengan aktiviti hands-on, nature walk dan nature study (kaedah projek) supaya pengalaman ini akan membantu mereka membina pemahaman konsep-konsep awal sains dan kemahiran berfikir secara saintifik.

Kurikulum PERMATA Negara

76

SeƟap Anak PERMATA Negara

Contoh-contoh kemahiran berfikir dan kemahiran proses saintifik ialah: x x x x x x x x x x x

Memerhati, meneliti menggunakan semua deria Membanding, membeza dan mengelas pelbagai objek, jenis barangan, hiudpan, bahan dan sebagainya. Kebolehan mengumpul maklumat, mengeksperimen, merekod, mengukur dan merekacipta Kreatif dan mempunyai banyak idea Boleh meramal dan mengimaginasi Kemahiranmengeluarkan idea secara sistematik dan logik Boleh memanipulasi objek. Suka bertanya pelbagai soalan Minat meneroka dan sentiasa ingin tahu Bersedia menyelesaikan masalah Menghargai keindahan alam dan kebesaran PenciptaNya

Kurikulum PERMATA Negara

x Boleh memusing kepala dari arah sumber cahaya (cahaya matahari yang bukan sangat terang) dan memberi reaksi dengan cara memejamkan mata. x Merenung ke arah objek yang terletak lebih kurang 20-25 sm daripadanya. x Boleh fokus pada objek yang dekat. x Mengikuti pergerakan objek yang digerakkan. x Merenung gambar pada buku dan cuba menyentuhnya. x Boleh memindahkan pandangan dari satu objek ke objek yang lain. x Tertarik kepada bunyi, terutama suara orang yang dikenali. x Suka mendengar bunyi muzik yang lembut/zikir. x Mencari arah datangnya sesuatu bunyi. x Boleh membeza antara rasa susu ibu sendiri dengan susu formula;

0-6 Bulan

SeƟap Anak PERMATA Negara

x Boleh bezakan wajah orang yang dikenali dari yang tidak dikenali. x Boleh mengikut dengan mata, objek yang bergerak secara horizontal dan menegak. x Boleh mengesan objek yang halus dan mengutip objek tersebut. x Boleh bezakan warna asas dan warna terang seperti hitam, putih, merah, biru, kuning. x Boleh bezakan objek besar-kecil, gelapterang. x Suka meneroka objek di sekitar, contoh menekan butang televisyen, menarik tombol almari. x Suka memasukkan objek ke dalam mulut; x Menunjukkan tindak balas pada bunyi/ muzik/lagu yang didengar. x Boleh membezakan pelbagai bunyi; x Boleh menghubung objek dengan aktiviti, contoh ketuk berbunyi, bola bergolek bila ditolak

6-12 Bulan x Boleh mengikut dengan mata pergerakan objek dalam bentuk bulatan besar. x Boleh membezakan jarak dekat dan jauh. x Boleh kenali perubahan pada objek, timbultenggelam, basahkering. x Boleh bezakan warna sekunder, seperti coklat, kuning, merah jambu. x Suka meneliti objek seperti pergerakan roda kereta mainan. x Boleh meneliti meneroka dan peka dengan persekitaran, contohnya: dapat membezakan bunyi binatang, kenderaan, cuaca, dan Iain-Iain. x Boleh membezakan tekstur seperti kasar dan halus x Suka meneroka. pelbagai jenis mainan. x Suka memunggah, menyelongkar dan membongkar, contohnya: menyelongkar almari (meneroka).

1-2 Tahun x Boleh meneliti, meneroka, peka dan membuat pilihan dari persekitaran. x Boleh membezakan jarak dan ruang. x Boleh mengenali perubahan yang berlaku pada satusatu objek. x Boleh bezakan berbagai rasa: masam-manis, tekstur: kasar-lembut, panas-sejuk, bunyi: kuat-perlahan, bau: busuk-wangi dan lainlain. x Boleh bertindak balas terhadap rangsangan deria secara lisan. x Boleh mengesan perbezaan di antara bentuk dan menyiapkan jigsaw puzzle yang mudah. x Boleh membina bangunan menggunakan blokblok. x Sangat kuat azam untuk meneroka/ mencuba sehingga boleh mengatasi masalah atau boleh mencapai hasil yang memuaskan hati. x Suka bertanya dan

2-3 Tahun x Menguasai kemahiran memerhati mengguna semua deria: mata, telinga, hidung, sentuhan dan merasa dengan lidah. x Boleh mengenal dan menggunakan gabungan pelbagai pengalaman dengan warna, bentuk, tekstur dan rasa dalam penyelesaian masalah. x Suka bertanya ‘mengapa’ dan ‘bagaimana’. x Boleh guna teknologi/ICT. x Boleh berfikir secara logik dan menaakul sebab-akibat. x Boleh menggambarkan ciriciri persamaan dan perbezaan objek. x Boleh membuat pengecaman dan menyenaraikan ciriciri. x Mula membuat rumusan dari pemerhatian. x Boleh mengaitkan pengalaman pembelajaran lepas untuk menyelesaikan masalah baru.

3-4 Tahun

TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN

Kurikulum PERMATA Negara

x Boleh guna deria untuk memproses maklumat. x Boleh membuat: o Pemerhatian o Klasifikasi o Penerokaan o Eksperimen o Penaakulan o Ramalan o Anggaran o Perbandingan o Penyelesaian masalah x Boleh meneroka sebab dan akibat sesuatu kejadian. x Boleh mengguna alat teknologi mudah. x Boleh jelaskan ramalan dan penyiasatan yang dibuat. x Boleh guna alat dalam membuat pemerhatian dan eksperimen. x Boleh mengaitkan maklumat yang diperolehi untuk membuat rumusan. x Mengumpul dan merekod maklumat menggunakan berbagai cara. x Mengetahui bahawa benda hidup, tinggal dalam persekitaran

4+ Tahun

77

x Suka memasukkan x Boleh membeza rasa objek ke dalam mulut. manis, pahit dan masin. x Boleh merasa perubahan suhu dan x Boleh mengesan menunjuk rasa tidak pelbagai jenis bau selesa. seperti bau wangi, bau busuk, bau ibu, dan x Boleh merasa sakit, lain-lain. contoh bila diberi suntikan.

SeƟap Anak PERMATA Negara

x Boleh menumpukan perhatian semasa membuat pemerhatian x Boleh memahami benda hidup perlu makan, minum, tidur x Memahami alam semesta yang terdiri daripada bulan, bintang dan matahari x Mula memahami tentang kejadian objek dan pergerakan, membezakan batu, besi, kayu, plastik dan sebaginya.

ingin tahu x Boleh membezakan dan mengumpul objek dalam kumpulan x Boleh meramal kejadian sehari-hari seperti hujan, panas, bunyi guruh, dan lainlain x Kemahiran manipulasi semakin meningkat x Dapat menghubungjan kejadian alam denagn kehidupan x Mula membina pemikiran logik x Boleh mengaitkan sesuatu objek dengan situasi x Pemahaman dan kesedaran penjagaan alam sekitar semakin meningkat x Pemahaman tentang angkasa lepas semakin meningkat x Pamahaman tentang sains dan saintis, cara mengeksperimen dan berkomunikasi mengenai pengalaman sains semakin berkembang x Lebih baik dari segi penghayatan alam sekeliling.

Kurikulum PERMATA Negara

yang berbeza. x Mengetahui wujudnya bumi, bulan, matahari. x Mengetahui konsep siang dan malam. x Mengetahui keadaan cuaca harian x Menggunakan jam untuk mengetahui masa. x Merasa dan mengecam panas dan sejuk x Mengetahui pelbagai jenis benda-benda yang terdapat di atas mukabumi x Mengetahui benda boleh bergerak apabila ditolak atau ditarik x Mengetahui matahari memberikan cahaya dan panas x Mengetahui bunyi boleh dihasilkan melalui ketukan, tepuk tangan, bunyi telefon, bunyi loceng, getaran, dsb x Memerhati jangka suhu untuk mengetahui suhu x Menghayati dan menyayangi kalam sekitar, kepelbagaiannya dan kebesaran Penciptanya.

78

SeƟap Anak PERMATA Negara

3.5.5

79

Perkembangan Fizikal Dan Psikomotor

Bidang pembelajaran ini adalah bertujuan mengembangkan kemahiran fizikal dan psikomotor kanak-kanak 0-4 tahun untuk membolehkan mereka mengawal anggota tuhub badan dengan lebih berkesan. Kemahiran fizikal merangkumi pertumbuhan dan pembesaran tubuh badan kanak-kanak, kekuatan dan kecergasan dalam menjalankan aktiviti pembelajaran PERMATA. Kemahiran psikomotor melibatkan pengukuhan dan kemahiran menggunakan motor kasar dan motor halus, koordinasi deria penglihatan dan tangan untuk mengawal anggota badan dan mengurus diri. Sebahagian besar daripada aspek perkembangan fizikal yang berkaitan dengan tumbesaran fizikal kanak-kanak telah dicakupi di dalam Bidang Pengasuhan Kanak-Kanak yang menerangkan mengenai permakanan sihat, latihan mengurus diri, senaman dan kecergasan, kesihatan dan kebersihan. Bahagian ini akan menekankan bidang fizikal yang ditumpukan kepada perkembangan psikomotor, iaitu kemahiran motor kasar dan motor halus, dan koordinasi mata, tangan dan kaki. Perkembangan Kemahiran Motor Kasar Perkembangan motor kasar bermaksud kebolehan kanak-kanak menggunakan otototot besar pada anggota badannya, misalnya otot pada kaki, untuk berlari, menaiki tangga, menyepak bola dan sebagainya. Contohnya, bayi berusia 6 bulan, biasanya belajar merangkak menggunakan otot-otot besar pada kaki dan tangan - untuk mengangkat badan dari atas lantai dan mengimbangnya dalam pergerakan. Manakala bagi kanak-kanak berumur 2 tahun menggunakan ‘railing’ sebagai sokongan untuk naik tangga dengan satu kaki setiap anak tangga dan sebagainya. Perkembangan Motor Halus Motor halus atau otot-otot halus membolehkan kanak-kanak memanipulasi objek yang kecil, contohnya memegang pensil untuk menulis atau melukis, menggunting, memungut benda kecil dan membutang baju. Kebiasaannya, kebolehan motor halus untuk berfungsi dengan baik bergantung kepada penglihatan kanak-kanak yang tepat. Kebolehan ini dinamakan koordinasi mata dan tangan. Kanak-kanak perlu melihat dengan tepat ke arah objek atau garisan yang hendak digunting dan otot-otot pada jari dan tangan kanak-kanak mengawal guntingan supaya tidak terkeluar daripada garisan yang hendak digunting. Latihan motor kasar, motor halus dan koordinasi mata dan tangan ditekankan dalam semua aktiviti pembelajaran di TASKA.

Kurikulum PERMATA Negara

80

SeƟap Anak PERMATA Negara

Latihan motor kasar: x x x x x x

Berlari Melompat Memanjat Menyepak Melontar Melambung

Apabila kanak-kanak berlari sambil menyepak bola, dia sedang menggunakan koordinasi mata dan kaki bagi membolehkan dia melakukan aktiviti itu. Begitu juga apabila kanak-kanak menjaring bola, bermain badminton dan lain-lain permainan yang memerlukan dia menggunakan mata dan kaki atau tangan. Latihan motor halus: x x x x x x

Melukis dan mewarna: mengunakan berus besar dan berus kecil – untuk membantu perkembangan ‘pincer grip’ untuk kemahiran menulis kelak Peg puzzle untuk bayi: memberi peluang bayi belajar menggunakan jari dan ibu jari untuk memegang tombol pada kepingan puzzle Menguli tanah liat: latihan motor halus yang sangat baik, terutama jika beri bersama kayu uli dan acuan kuih Menggunting gambar atau bentuk: latihan yang cukup baik untuk koordinasi matatangan Menguntai manik Blok berbagai saiz, besar hingga yang paling kecil

Hasil Pembelajaran Bidang Perkembangan Fizikal dan Psikomotor Kanak-kanak yang berkembang baik dalam aspek fizikal, akan membesar menjadi individu yang peka, fleksibel, sentiasa bersedia, tangkas dan mahir memanipulasikan peralatan. Mereka lebih cepat menguasai kemahiran memungut benda kecil, membutang baju, menguntai manik, menulis, dan menggunakan peralatan seperti pensil, gunting, berus lukisan dan Kurikulum PERMATA Negara

SeƟap Anak PERMATA Negara

81

sebagainya, kerana telah menguasai kemahiran koordinasi mata-tangan dengan baik. Koordinasi mata-tangan atau mata-kaki membolehkan kanak-kanak lebih mantap melakukan aktiviti atau operasi seperti menangkap bola, bermain badminton, mengikat tali kasut, mengikat reben, melempar bola, bermain skipping, teng-teng, atau meletakkan sesuatu objek tepat pada sasaran. Daripada kemahiran-kemahiran ini, kanak-kanak akan menjadi lebih berminat belajar dan akhirnya mereka akan menjadi kanak-kanak yang kompeten, yakin dan mempunyai selfesteem yang tinggi. Hasil Pembelajaran fizikal dan psikomotor kanak-kanak 0 hingga 6 bulan: Bayi/kanak-kanak boleh: x mencapai objek di depan mata x mengangkat dagu dan dada apabila meniarap. x menggerakkan kepala ke kiri dan kanan. x memusing kepala menghala datangnya bunyi atau rangsangan x bergerak ke arah objek/mainan x menggenggam objek dengan tangan dan jari x menggunakan tangan dan jari untuk bermain. Hasil Pembelajaran fizikal dan psikomotor kanak-kanak 6 hingga 12 bulan: Kanak-kanak boleh: x duduk bersendirian tanpa bantuan, kemudian boleh mengangkat badan untuk merangkak, kemudian berdiri dengan bantuan, dan akhirnya berjalan tanpa bantuan. x Memanjat dan mencapai objek-objek yang berdekatan x memegang objek besar (botol susu) menggunakan ibu jari dan jari telunjuk genggaman pincer (cubitan). x menconteng secara bebas. Hasil Pembelajaran fizikal dan psikomotor kanak-kanak 1 hingga 2 tahun: Kanak-kanak boleh/dapat: x mengawal keseimbangan badan dan berjalan mengikut garisan lurus x berjalan perlahan, laju dan berhenti, berlari, menaiki dan menuruni tangga (dengan pengawasan), melompat dengan dua kaki, menyepak dan menendang. x meningkatkan lebih banyak kemahiran motor halus seperti memungut objek yang terjatuh, memegang sudu, cawan, krayon, mencakar dan menconteng, membalikkan muka surat pada buku, menggunting dan melekatkan gambar, mewarna dan melukis. x Meningkatkan kebolehan menggunakan motor halus dan koordinasi mata-tangan untuk menolak dan menarik, memanjat, mengayuh basikal roda tiga, membaling bola dan menuang air, memasukkan objek-objek ke dalam bekas pada jarak yang ditentukan, menyusun blok dan sebagainya.

Kurikulum PERMATA Negara

82

SeƟap Anak PERMATA Negara

Hasil Pembelajaran fizikal dan psikomotor kanak-kanak 2 hingga 3 tahun: . Kanak-kanak boleh/dapat: x Meningkatkan kemahiran keseimbangan badan, memanjat naik dan turun tangga dengan yakin, mengayuh basikal roda tiga dengan lebih cekap, boleh berlari perlahan, laju dan berhenti, boleh melompat halangan yang kecil, menendang bola dan berenang. x Meningkatkan koordinasi mata-tangan dan motor halus seperti kemahiran: x Membasuh dan mengeringkan tangan x Memegang permainan dan memungutnya apabila terjatuh x Makan dan minum, memakai baju sendiri, memberus gigi, mengurus diri di tandas x Meramas dan membentuk doh/tanah liat x Membaling dan menangkap bola x Memegang pensel, krayon atau berus lukisan, melukis garis menegak dan melintang, melukis bulatan, mewarna, menyambung titik (dot-to-dot), menguntai manik/straw x Menyusun blok dan menggunting. Hasil Pembelajaran fizikal dan psikomotor kanak-kanak 3 hingga 4 tahun: Kanak-kanak dapat/boleh: x Meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus serta koordinasi mata tangan, merangsangkan kanak-kanak menjalankan aktiviti seperti: x Berjalan secara berundur, melompat dengan satu kaki dan berjengket x Mengayuh basikal roda tiga x Memanjat dan bergayut, bermain gelongsor, mengayun buaian x Membaling, menyambut, melambung dan melantun bola, menendang bola ke dalam gol x Membaling dan menyambut pundi kacang dengan menggunakan dua belah tangan dan sebelah tangan x Membuka muka surat buku dari satu muka ke muka yang lain x Makan dan minum sendiri, menggunakan sudu dengan yakin x Memakai pakaian sendiri, memasang dan membuka butang pakaian sendiri x Memegang krayon dan melukis, menggunting kertas, melukis orang dengan kepala, badan dan kaki x Mencantum puzzle x Berenang. Nota : Ketidakupayaan fizikal kanak-kanak perlu dikesan awal supaya intervensi boleh dilakukan. Bimbingan dan pengawasan yang berterusan adalah penting bagi memastikan perkembangan fizikal kanak-kanak berlaku dengan lancar dan sempurna.

Kurikulum PERMATA Negara

x

x

x

x x

x

x

x

masih melentok. Menggerakkan dan memusing kepala ke kiri dan kanan. Mengangkat dagu dan dada apabila meniarap. Menggerakkan badannya dengan menggunakan kedua-dua lengan. Memusing badan. Bergerak dengan cara menjulur ke arah objek. Menggenggam objek dengan tangan dan jari. Mencapai objek di depan mata. Mengguna tangan dan jari untuk bermain

x Mengawal kepala tetapi

0-6 Bulan

SeƟap Anak PERMATA Negara

1-2 Tahun

x

x

x

x

x x x

x

x

x

x x x x

bantuan. Mengesot. Merangkak. Berdiri denganbimbingan. Berdiri dengan bantuan perabot. Berdiri dengan sedikit bantuan. Berdiri dan berjalan apabila dipapah. Berjalan dengan dibimbing. Bertatih. Memegang objek besar Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk (genggaman "pincer"/ cubitan). Memegang krayon besar dan menconteng kirikanan. Mencapai objek seperti sudu untuk makan sendiri. Memindahkan objek dari tangan kanan ke tangan kiri dan sebaliknya. Memasukkan objek ke dalam mulut untuk meneroka.

x x

x

x

x

x

x

dan keseimbangan badan seperti: duduk untuk masa yang lama dan boleh berpusing. Merangkak dengan laju menggunakan tangan dan lutut atau seperti beruang menggunakan tangan dan kaki. Berjalan sendiri tetapi tidak stabil. Menaiki tangga mengguna pemegang dan meletakk kedua-dua kaki pada setiap anak tangga. Menggunakan motor halus dan koordinasi mata tangan seperti: menghulur tangan untuk mengambil mainan; Memegang permainan dan memungutnya apabila terjatuh. Menunjuk ke arah objek. Memegang cawan dengan bantuan orang lain.

x Duduk bersendirian tanpa x Mengawal motor kasar

6-12 Bulan

x

x

x

x

x

x

x x

dan keseimbanganbadan seperti: menendang bola "stationary ball". Memanjat perabot; Berjalan naik dan turun tangga dengan yakin. Duduk dan mengayuh basikal roda tiga dengan dibantu. Berlari tetapi kadangkadang terjatuh. Berjalan menaiki tangga dengan memegang palang. Melompat halangan yang kecil. Meningkatkan motor halus contohnya menggunakan jari untuk memegang objek. Menggunakan motor halus dan koordinasi mata tangan.

x Mengawal motor kasar

2-3 Tahun

x

x

x

x

x

x

x

x

x x

x

x

x

motor kasar untuk meneroka persekitaran: Membasuh dan mengeringkan tangan dengan bantuan. Memakai dan membuka baju. Membaling dan menangkap bola. Bermain bowling. Mengguna kemahiran motor halus untuk: Membuka muka surat buku dari satu muka ke muka yang lain. Menggunakan sudu tanpa menumpahkan benda. Memasang dan membuang butang baju sendiri. Menggunting bentukbentuk yang mudah. Mencantum puzzle yang terdiri dari 12 keping. Menggunakan otot kaki/ tangan dan koordinasi mata kaki/tangan untuk mengayuh basikal atau menyambut bola. Memegang krayon dan melukis muka. Melukis orang dengan kepala badan dan kaki.

x Menggunakan kemahiran

Tahun

TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PSIKOMOTOR KANAK-KANAK

Kurikulum PERMATA Negara

Motor Kasar Berlari semasa naik tangga x Berlari dengan pantas x Melompat dengan dua kaki x Mengayuh basikal roda dua x Memukul bola dengan menggunakan alat pemukul x Boleh bergayut dengan bimbingan x Melompat halangan Keseimbangan x Boleh berdiri di atas satu kaki x Mengayun sendiri atas buaian x Boleh mengimbang badan dan berjalan pada garis lurus. Motor Halus x Menguntai manik pelbagai jenis dan bentuk. x Boleh menggunakan sudu dan garfu. x Menggunting pelbagai bentuk x Mencantum puzzle 1225 kepingan/blok x Mempunyai kemahiran mengurus diri dalam pelbagai situasi x

4+ Tahun

83

84

SeƟap Anak PERMATA Negara

3.5.6 Perkembangan Kreativiti Dan Estetika Bidang pembelajaran Kreativiti dan Estetika bagi kanak-kanak 0-4 tahun bermatlamat mengembangkan keupayaan mereka mengimaginasi dan memproses maklumat, bahan dan sumber untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Di antara fokus utama dalam bidang pembelajaran kreativiti ialah seni lukis, mengecap, kraf, membuat kolaj, persembahan, lakunan, drama, bermain boneka, bermain muzik, menyanyi, bercerita, membuat pergerakan kreatif, menari, dan sebagainya. Dalam bidang pembelajaran ini, kanak-kanak juga belajar kemahiran berbahasa dan berkomunikasi, awal matematik dan awal sains juga nilai-nilai murni dan moral yang baik. Semasa menjalankan aktiviti kreatif, kanak-kanak belajar bersosial, menghormati idea orang lain, dan memberi penghargaan terhadap seni-budaya serta berkebolehan orang lain dalam pelbagai peranan. Bidang pembelajaran ini amat luas dan patut digunakan oleh pendidik untuk mencapai objektif pembelajaran yang menyeluruh. Adalah sangat penting, kanak-kanak dilatih berfikiran terbuka dan menghayati seni serta hasil ciptaan orang lain sebagai keindahan yang harus dihargai. Kanak-kanak perlu dirangsang untuk menghayati keindahan, menghargai keunikan hasil rekacipta. Mereka akan berupaya untuk mempunyai rasa kagum terhadap hasil seni yang cantik. Bidang kreativiti dan estetika merangkumi: x x x x x

seni lukis, capan, kraftangan, kolaj seni muzik, nyanyian, sajak, cerita berirama tarian dan pergerakan kreatif lakonan, drama, main peranan, boneka permainan imaginatif dan penghayatan keindahan

Untuk menggalakkan menyediakan: x x x x x x x x

perkembangan

kreativiti

kanak-kanak,

pendidik

hendaklah

Persekitaran yang meransangkan kreativiti, keaslian dan keterbukaan dalam menilai hasil kerja kanak-kanak Melaksanakan pelbagai aktiviti yang menggalakkan kanak-kanak mengeluarkan idea sendiri Masa yang mencukupi untuk membolehkan kanak-kanak meneroka Mengembangkan idea, dan melaksanakan aktiviti berdasarkan idea tersebut Peluang untuk kanak-kanak melahirkan idea melalui pelbagai saluran Sumber daripada pelbagai budaya untuk merangsang pemikiran bercambah Mencari peluang supaya kanak-kanak boleh berdamping dengan pelukis dan orang dewasa yang kreatif Memberi peluang kanak-kanak bermain dengan pelbagai alat dan bahan

Kurikulum PERMATA Negara

SeƟap Anak PERMATA Negara

85

Hasil Pembelajaran Bidang Perkembangan Kreativiti dan Estetika Secara umum, kanak-kanak menjadi lebih kreatif, berani mengekspresikan kualiti dan bakat diri sendiri dan mempunyai kelainan daripada orang lain. Mereka diharapkan dapat membina minat yang tinggi terhadap seni dan budaya bangsa Malaysia, serta bersifat lemah lembut dan budiman, disamping menghargai dan merasa bangga dengan adat istiadat tradisi, keindahan kesenian bangsa dan tata susila masyarakat timur. Mereka juga perlu mengaitkan segala keindahan alam ini dengan kebesaran Pendiptanya. Hasil Pembelajaran kanak-kanak 0 hingga 6 bulan: x Merasa selesa apabila dimainkan muzik yang lembut, atau dinyanyikan lagu-lagu nursery rhymes atau zikir (jika bayi lebih cepat tidur kemungkinan bayi dapat menghayati muzik dan bunyi-bunyian yang lembut). x Ketawa dan gembira apabila bermain dengan mainan berwarna warni dan yang mengeluarkan bunyi (ini boleh dianggap sebagai initiatif awal ke arah kanak-kanak meminati warna dan muzik) Hasil Pembelajaran kanak-kanak 6 hingga 12 bulan: x Boleh membuat bunyi-bunyian dengan mulutnya, atau memukul alat-alat untuk menghasilkan bunyi, misalnya kerincing, gendang, marakas, atau sudu dan pinggan atau menekan hon kereta mainan, dan sebagainya. x Boleh membezakan bunyi-bunyi dalam persekitaran x Suka melihat gambar-gambar dalam buku besar (big book) atau buku cerita. x Suka menggerakkan kaki atau badan mengikut irama muzik dan menepuk tangan x Suka menconteng dan melukis bila diberi pensil warna/krayon atau cat x Suka bermain dengan doh untuk memnghasilkan sesuatu x Suka bermain dengan anak patung atau mainan-mainan lain. Hasil Pembelajaran kanak-kanak 1 hingga 2 tahun: x Meningkatkan kebolehan meneroka dan mencuba pelbagai contengan menggunakan krayon besar, cap jari/tapak tangan, kolaj, permainan blok besar berwarna-warni x meningkatkan minat meneroka dan bermain dengan air dan pasir dan menghasilkan pelbagai bentuk imaginatif x Sangat suka bermain dengan doh untuk membuat bentuk-bentuk kreatif x Suka mencampur warna x Dapat melahirkan idea melalui lukisan pelbagai bentuk, haiwan, rumah, kereta, ibu ayah, dan menceritakan apa yang dilukis x Kebolehan meniru gaya dan melakun watak seseorang/sesuatu benda meningkat, misalnya membuat gaya dan bunyi menjadi haiwan/kucing, melakunkan watak doktor, cikgu, polis, dan sebagainya x Boleh membuat boneka dan bermain olok-olok dengan boneka

Kurikulum PERMATA Negara

86

SeƟap Anak PERMATA Negara

x x x

Mengukuh kemahiran mendengar dan bertindakbalas terhadap pelbagai rentak muzik yang sesuai. Mengayakan pergerakan kreatif, contohnya alunan zikir, lagu/irama/puisi kanakkanak (nursery rhymes) Meningkat kebolehan menghasilkan pelbagai bunyi hasil dari alat-alat dan melakukan aktiviti menepuk tangan, menggoncang tin yang dimasukkan dengan pelbagai bahan, dan memukul gendang

Hasil Pembelajaran kanak-kanak 2 hingga 3 tahun: x Meningkatkan kebolehan menerokai warna, mencampur warna dan menghasilkan pelbagai warna baru pada lukisan atau capan. x Kebolehan merekacipta cerita fantasi/imaginatif dan kreatif meningkat dengan cepat x Semakin kreatif menggunakan bahasa dalam berkomunikasi dan bijak mengeluarkan pelbagai ekspresi wajah dan gerak badan x Lebih berminat bermain muzik, nyayian, nursery rhymes, zikir, dan pergerakan kreatif x Kebolehan meniru gaya atai aksi dengan lebih tepat, terutama dalam berlakun, berdrama, menyanyi dan menari x Kemahiran rekacipta semakin meningkat dan dapat menghasilkan pelbagai ciptaan mengikut fantasi sendiri x Menghayati hasil ciptaan kawan-kawan, x Mengukuh kemahiran mendengar dan menghasil bunyi muzik x Membina kemahiran melahir perasaan melalui muzik. Hasil Pembelajaran kanak-kanak 3 hingga 4 tahun: x kemahiran kreatif meningkat, misalnya kemahiran melukis bentuk-bentuk dan ruang dalam dua dan tiga dimensi. x Kemahiran merekacipta semakin meningkatkan dan lebih baik dari segi memilih alat, bahan, dan teknik yang sesuai untuk menghasilkan sesuatu ciptaan x Dapat menggunakan bahan semula jadi dan kitar semula untuk digubah kraf tangan, contohnya kulit kerang, daun getah, tempurung, buluh, dan lain-lain x Mengukuhkan kebolehan melahirkan idea dalam bentuk gambar dan meningkatkan keyakinan dan keseronokan dalam mencipta model dan gambar. x Melukis atau menghasilkan imej /model yang baru seperti melukis gambar dan membentuk model binatang, orang menari, dan sebagainya x Bercerita mengenai gambar yang dilukis x Mempertingkatkan kemahiran menghasil rentak muzik, dan melakukan gerakan mengikut rentak. x Berkemahiran menggunakan bahasa yang sesuai untuk menceritakan tentang muzik. x Menghayati muzik dan keindahan yang terdapat dalam alam sekeliling. x Memahami segala keindahan yang terdapat dalam alam adalah dicipta oleh Penciptanya.

Kurikulum PERMATA Negara









Boleh mengeluar dan menghasilkan bunyi yang pelbagai; Suka mendengar muzik, nursery rhymes, zikir; Minat kepada buku dan gambar; Tertarikh kepada mainan yang berwarna warni.

0-6 Bulan

SeƟap Anak PERMATA Negara

x

x

x









• Suka melihat wajah dan gambar-gambar yang berwarna- warni; Suka kepelbagaian bunyian muzik dan nada suara; Boleh mengenal lagu ringkas dan liriknya jika mendengar berulangulang kali; Boleh menghasilkan bunyi yang pelbagai; Boleh mengecam pelbagai rentak bunyi; Boleh melakukan gerak badan mengikut rentak bunyi; Boleh mengecam nada, rentak muzik Boleh membuat pergerakkan kreatif

6-12 Bulan

x

x

x









• Suka permainan atau aktiviti kreatif; Boleh menconteng atau melakar di atas kertas atau tanah; Boleh menghasil pelbagai bentuk dengan tanah liat atau playdoh; Suka menyanyi pelbagai lagu walaupun sekadar meniru gerak mulut atau membisikkan perkataan; Suka bersolek dan bermain olok-olok. Suka jika dibawa bersiarsiar (mula meminati aktiviti menerokai alam persekitaran). Respon kepada pelbagai bentuk dan warna; Meminati buku dan gambar dalam buku;

1-2 Tahun Suka main olok-olok seperti main masakmasak, menyuap patung; Boleh mengimaginasi objek/blok sebagai kereta atau keretapi; Boleh menghasilkan rekaan sendiri daripada alat mainan; Suka cerita fantasi; Mendengar dengan teliti bunyi atau percakapan yang menarik minat; Boleh menghasilkan muzik daripada objek; Boleh menghasilkan kad rekaan sendiri dengan bimbingan; Boleh membentuk pupet jari dengan bimbingan pendidik dan bercerita secara kreatif; Suka mengecap tangan dan jari.

x x

x

tanpa memikirkan terlebih dahulu apa yang mahu dilukisnya; Suka mengeksperimen dengan alat-alat muzik dan suka bunyi yang di cipta sendiri; Suka menyanyi. Menghayati kecantikan dan keindahan alam.

x Boleh melukis sesuatu

x

x

x

x

x









2-3 Tahun

AHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ESTETIKA

Menunjukkan kreativiti melalui lukisan, catan, kraftangan, muzik, lakonan,pergerakan badan Merekacipta/ menghasil sesuatu rekaan baru; Menunjukkan daya imaginasi dan estetika yang tinggi; Mengumpul, memilih dan menyusun bahan yang berlainan bentuk, warna dan tekstur mengikut kreativiti sendiri; Boleh turut serta apabila mendengar cerita; Boleh bercerita semula secara kreativiti; Boleh melahirkan idea dalam bentuk gambar; Boleh memilih prop yang sesuai untuk main peranan;

x Menunjukan kreativiti melalui lukisan yang bermakna; x Meneroka warna, tekstur, bentuk, dan ruang dalam dua atau tiga dimensi; x Bertindakbalas dalam pelbagai cara kepada apa yang dilihat, dengar, hidu, sentuh dan rasa; x Menggunakan imaginasi dalam lukisan, rekabentuk, muzik,tarian, main peranan dan bercerita. x Berkongsi idea dan perasaan melalui aktiviti imaginatif; x Suka meneroka untuk mngenalpasti nada bunyi x Menyanyi lagu mudah dari ingatan; x Mengenal pasti bunyi yang berulang dan bunyi berpola

4+ Tahun

x

x x

warna untuk hasilkan warna baru; Tahu menghayati lukisan Menghayati keindahan alam; Berminat kepada alam semulajadi.

Kurikulum PERMATA Negara

objek, simbol dan garisan yang dillukis x Menghargai hasil kerja sendiri dan rakan x Membina model 3 dimensi x Mengkagumi citaan Tuhan

x Boleh melakon peranan; x Membentuk simbol untuk menunjukkan konsep x Boleh bermain alat muzik. x Mempunyai kebolehan x Boleh mencampurkan untuk mengaitkan antara

x

x

x

x

x

x





3-4 Tahun

87

88

SeƟap Anak PERMATA Negara

PEDAGOGI PERMATA Kurikulum PERMATA Negara menggunapakai pedagogi yang bersesuaian dengan kanak-kanak 0-4 tahun iaitu Pedagogi Bermain. Amalan pedagogi ini telah diterima pakai di seluruh dunia kerana didapati kanak-kanak bukan sahaja ‘bermain’ tetapi ‘belajar’ semasa mereka bermain. Pendekatan ini dinamakan “BELAJAR MELALUI BERMAIN’. Pakar perkembangan kanak-kanak menerangkan, bermain adalah 'kerja' kanak-kanak, kerana secara fitrahnya kanak-kanak suka bermain dan ia melibatkan pengalaman langsung mengendali dan memanipulasi alat-alat mainan dan bahan-bahan dalam persekitarannya.

4.1 Belajar Melalui Bermain

MENGAPA BERMAIN SANGAT PENTING Bermain merangsang Imaginasi merangsang Kreativiti merangsang Penerokaan merangsang Penemuan merangsang Penyelesaian merangsang masalah kemahiran baru merangsang Keyakinan diri merangsang Rasa selamat merangsang

Imaginasi Kreativiti Penerokaan Penemuan Penyelesaian masalah Kemahiran baru Keyakinan diri Rasa selamat Pencapaian diri

Bermain merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menggalakkan pembelajaran kanak-kanak. Melalui pendekatan ini, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan, berinteraksi dan bersosial, melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti, belajar menyelesaikan masalah, membina sahsiah diri yang positif dan keyakinan diri serta keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu. Melalui bermain juga kanakkanak dapat meningkatkan kemahiran psikomotor, di samping meningkatkan kecergasan badan dan kemahiran koordinasi mata tangan. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif, pemikiran inovatif, kritis dan kreatif kanak-kanak.

Kurikulum PERMATA Negara

89

Se ap Anak PERMATA Negara

Aktiviti Bermain yang digalakkan di TASKA PERMATA Jenis Permainan Permainan Bebas Permainan Manipulatif Permainan Kognitif Permainan Fizikal Permainan Bahasa dan Literasi Awal Permainan Sensori Permainan Kreatif Permainan Tradisional

1.

PERMAINAN BEBAS PERMAINAN MANIPULATIF

PERMAINAN TRADISIONAL

PERMAINAN KREATIF

PERMAINAN SENSORI

AKTIVITI BERMAIN DI TASKA PERMATA

PERMAINAN BAHASA DAN LITERASI AWAL

PERMAINAN KOGNITIF

PERMAINAN FIZIKAL

Permainan bebas

Semasa permainan bebas kanak-kanak diberi peluang memilih barang permainan dan sudut bermain yang mereka sukai. Mereka boleh bertukar-tukar alat mainan apabila merasa jemu atau telah selesai bermain dan ingin bermain alat mainan yang lain. Pendidik hendaklah menggalakkan kanak-kanak berfikir mengapa mereka pilih permainan atau alat mainan tersebut dan membantunya membina pemahaman dan perbendaharaan kata yang berkaitan. Pendidik sentiasa peka apa yang dilakukan oleh kanak-kanak kerana ini mungkin mencerminkan minat dan bakat yang ada padanya.

2.

Permainan Manipulatif

Main manipulatif ialah apabila kanak-kanak bermain dengan barang permainan dengan berbagai cara dengan menggunakan idea dan kreativiti sendiri. Ini akan memberikan keseronokan dan meningkatkan daya tumpuan dan perhatian kanak-kanak. Jenis main manipulatif yang disediakan perlulah mengikut umur kanak-kanak. Contoh permainan manipulatif yang dirancang untuk kanak-kanak PERMATA ialah:

Main puzzle

Kurikulum PERMATA Negara

90

SeƟap Anak PERMATA Negara

x

Menguntai manik

x

Main blok dan binaan

Untuk menjadikan aktiviti ini lebih bermakna, pendidik bolehlah membantu kanak-kanak semasa mereka bermain dengan menyediakan pelbagai bahan dan peralatan manipulatif dan berbual-bual tentang apa yang mereka lakukan serta memberi galakkan untuk mewujudkan perbincangan.

3.

Permainan Fizikal

Main fizikal merupakan aktiviti harian yang dijalankan di TASKA sama ada di luar atau di dalam bangunan TASKA. Ianya melibatkan pergerakan fizikal yang membolehkan kanakkanak menggunakan tenaga dan berpeluang untuk meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus, kordinasi deria dan menyumbang kepada kesihatan dan kecergasan tubuh badan kanak-kanak. Contoh main fizikal ialah merangkak ke dalam terowong, melompat tali, berlari dan mengejar, main gelongsor, main buaian, memanjat pokok, meniti jambatan, menendang bola dan mengayuh basikal. Contoh permainan motor halus ialah menguntai manik. . Pendidik perlu memastikan peralatan dan bahan mencukupi, sesuai dan selamat. Untuk membolehkan kanak-kanak bermain dan menggunakan alatan mainan dengan betul, pendidik perlu membimbing cara bermain dan memerhati keselamatan kanak-kanak.

4.

Permainan Bahasa dan Literasi Awal

Aktiviti permainan bahasa menggalakkan kanak-kanak berkomunikasi melalui perbualan, bercerita, tunjuk dan cerita (show and tell), mainan teka teki, berpantun, rhyming, berdrama setelah mendengar cerita yang diceritakan oleh pendidik atau meniru tingkah laku yang diperhatikan. Pendidik membantu menyediakan props dan ruang yang bersesuaian untuk merangsang kanak-kanak bercerita dan melakonkan semula kisah yang didengar. Main peranan membantu kanak-kanak memahami antara fantasi dan realiti. Kanakkanak memilih sendiri peranan yang disukai dan melakonkan watak tersebut. Contohnya: apabila kanak-kanak berada di sudut main masak-masak, mereka akan melakonkan watakwatak seperti ibu, anak atau lain-lain watak yang bersesuaian dalam suasana sebuah restoran atau rumah. Kanak-kanak berbual sesama sendiri menggunakan perbendaharaan kata baru. Contoh aktiviti main peranan yang boleh dijalankan: x

Main peranan watak-watak dalam keluarga

Kurikulum PERMATA Negara

91

SeƟap Anak PERMATA Negara

x

Membeli belah di kedai atau pasaraya

x

Pemandu dengan penumpang dalam kenderaan

x

Main ‘kawin-kawin’

x

Main ‘cikgu-cikgu’

x

Doktor dan pesakit, ibu dan anak

Untuk menjadikan drama dan main peranan lebih bermakna dan interaktif, pendidik boleh turut serta beraksi dalam situasi yang dimainkan oleh kanak-kanak dan mencabar minda mereka dengan bertanyakan soalan-soalan terbuka. Lakonan dan main peranan dapat memberikan keseronokan dan meningkatkan konsep kendiri serta keyakinan diri kanak-kanak, di samping dapat menyuburkan sahsiah dan kemahiran sosial kanak-kanak. Permainan untuk literasi awal adalah seperti padanan kad perkataan dengan gambar, dan permainan a,e,i,o,u.

5.

Permainan sensori

Permainan sensori memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan sepenuhnya deria sentuhan di mana kanak-kanak akan mengoyak, meramas, mengguli, menggentel, membentuk dan lain-lain permainan menggunakan tangan yang dapat merangsang saraf ke otak. Contoh permainan sensori ialah : (a) Main Pasir Kanak-kanak suka bermain dengan pasir dan air. Aktiviti main pasir dan main air juga mendekatkan diri kanak-kanak dengan alam semulajadi kerana pasir dan air adalah unsur semulajadi yang terdapat dalam persekitaran kanak-kanak. Kurikulum PERMATA Negara, memberi fokus terhadap kepentingan bermain air dan pasir, kerana ianya bukan sahaja memberi kesoronokan kepada kanak-kanak tetapi juga bersifat terapeutik dan boleh menstabilkan emosi mereka. Main pasir boleh dijalankan dalam dua keadaan sama ada menggunakan pasir basah atau pasir kering. Pasir basah boleh dipadatkan dan dibentukkan mengikut acuan, manakala pasir kering membolehkan kanak-kanak merasai tekstur pasir tersebut. Aktiviti penerokaan dan eksperimen semasa main pasir: x

menggali, mencurah, menapis dan menceduk pasir

x

membina istana pasir, menggali terowong, atau membina zoo, dan sebagainya

x

mengisi pasir ke dalam bekas, corong atau botol

x

menulis dan melukis atas permukaan pasir

x

membuat pelbagai bentuk, dengan tangan atau acuan seperti cawan, mangkuk, sudu dan penutup botol Kurikulum PERMATA Negara

92

SeƟap Anak PERMATA Negara

6.

Main Air

Main air boleh dijalankan semasa kanak-kanak berada di dalam atau di luar bangunan. Permainan air yang boleh dijalankan ialah main buih sabun, mencuci anak patung, menuang air dari bekas besar ke bekas kecil. Semua aktiviti ini secara tidak langsung akan membantu kanak-kanak mempelajari pelbagai konsep sains seperti kosong, penuh, sebelum, selepas, cetek, dalam, berat dan ringan. Kanak-kanak juga mempelajari perkataan-perkataan baru seperti corong, permukaan, apungan, tenggelam dan timbul semasa akvtiviti main air. Aktiviti penerokaan dan eksperimen semasa bermain air x

Menuang, menceduk, memerah air ke dalam pelbagai bekas

x

Menebuk beberapa lubang keliling botol dan masukkan air

x

Membasuh buah-buahan, pakaian, sayur-sayuran dan peralatan permainan yang mereka gunakan selepas aktiviti bermain

x

Eksperimen bahan tenggelam, timbul dan terapung

x

Eksperimen bahan larut dan tidak larut – gula; garam; tepung; pasir

x

Capan warna menggunakan bahan serap air dan yang tidak serap air

x

Menyediakan air minuman seperti sirap, susu, teh dan kopi

x

Konsep mengenai air: berpusar, mengalir, berkocak, memercik, melimpah, memenuhi bekas, bertukar warna

Pendidik sentiasa berbual, bersoal jawab dan mendengar secara aktif semasa aktiviti dijalankan. Kanak-kanak digalakan untuk memerhati, meramal, membuat keputusan, merumus hasil dan bercerita tentang aktiviti yang mereka lakukan. Aktiviti main air dan main pasir adalah aktiviti yang berkecah dan kotor. Dalam hal ini, pendidik hendaklah dapat bertolak ansur dan menerima ka=eadaan tersebut. Kanak-kanak boleh dilibatkan untuk mengemas dan membersihkan kawasan bermain air dan pasir apabila selesai bermain. Bagi aktiviti main air, pendidik hendaklah memastikan kanak-kanak dikawal dan diawasi pada setiap masa untuk keselamatan mereka. Ini kerana kanak-kanak boleh lemas walaupun dalam air yang sedikit.

7. Permainan Kreatif Permainan kreatif adalah merujuk kepada permainan yang menggunakan imaginasi kanak-kanak semasa bermain. Kanak-kanak digalakkan menggunakan pelbagai bahan dan membuat pergerakan mengikut idea dan minat masing-masing. Pendidik menyediakan Kurikulum PERMATA Negara

93

SeƟap Anak PERMATA Negara

permainan yang mencabar minda dan memerlukan kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif semasa bermain. Melalui cabaran-cabaran dalam permainan kanak-kanak akan berusaha untuk menghasilkan sesuatu reka cipta atau menyelesaikan masalah. Antara permainan kreatif yang boleh dijalankan oleh kanak-kanak: x x x x

mencari harta karun permainan - Siapa ketua? permainan teka-teki menyambung cerita

8. Permainan Kognitif Permainan kognitif melibatkan pemikiran logik, penyelesaian masalah dan pembelajaran awal matematik. Permainan ini akan menggalakkan perkembangan intelek kanak-kanak. Contoh permainan kognitif ialah permainan blok dan permainan binaan di mana kanak-kanak akan belajar membuat perbandingan, pengelasan dan membina perbendaharaan kata seperti kecil dan besar. Permainan kognitif lain yang melibatkan kuantiti seperti permainan congkak kanak-kanak akan belajar berkaitan dengan padanan satu dengan satu dan membilang. Dalam permainan jual beli kanak-kanak akan mempelajari konsep wang dan membilang nilai wang.

9.

Permainan Tradisional

Kurikulum PERMATA Negara menggalakkan permainan-permainan tradisional seperti bermain congkak, teng-teng, bermain pukul berapa datuk harimau, kejar-kejar dan soroksorok, pukul lalat, jan-jan jala itik ayam dan bermain layang-layang. Permainan sebegini menggalakkan kanak-kanak terlibat dalam aktiviti kumpulan dan belajar untuk mematuhi dan mengikuti peraturan permainan. Kanak-kanak akan belajar nilai murni yang terdapat dalam permainan ini yang membantu perkembangan sahsiah, nilai dan kerohanian mereka, contohnya, melindungi rakan, mengambil giliran, bekerjasama, ekspresi diri, tolak ansur dan bersabar. Permainan tradisional juga berupaya menyokong kesemua enam bidang perkembangan pembelajaran PERMATA.

4.2 Konsep 3E 3E bermaksud ‘Meneroka (Exploring), Mengeksperimen (Experimenting) dan Mengalami (Experiencing). Pembelajaran beradaskan konsep 3E melibatkan pembelajaran secara hands-on and aktif. Kanak-kanak diberi peluang meneroka masalah atau perkaraperkara yang terdapat dalam persekitaran mereka. Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menyiasat perkara yang mereka ingin tahu dan memanipulasikan bahan-bahan yang mereka ingin terokai seperti tumbuh-tumbuhan, batu-batan, serangga, haiwan, air, angin, magnet dan Kurikulum PERMATA Negara

94

SeƟap Anak PERMATA Negara

lain-lain. Melalui eksperimentasi, kanak-kanak belajar mengendali dan mengguna alat-alat seperti kanta pembesar, perangkap serangga, jangkasuhu, penimbang, dan alat-alat lain-lain. Kanak-kanak diberi peluang menguji idea-idea mereka sendiri, meneliti perhubungan dan memanipulasi bahan-bahan. Penerokaan tidak semestinya berlaku di luar TASKA sahaja. Pelbagai eksperimen boleh dijalankan di dalam TASKA, misalnya kanak-kanak diberi peluang menguji campuran minyak dan air, membuat buih dari sabun, mengukur jarak atau panjang objek dan membina carta, mengukur berat dan tinggi rakan-rakan mereka dan membuat graf dan sebagainya. Pendidik berperanan untuk menyediakan bahan yang menarik dan sesuai untuk kanakkanak membuat pemerhatian, memanipulasi dan meneroka alam bahan, alam hidupan, alam fizikal dan alam semesta. Konsep 3E membina ciri-ciri penyelesaian masalah secara saintifik dan dapat meningkatkan kefahaman kanak-kanak terutama tentang dunia persekitaran mereka. Pendidik hendaklah sentiasa memerhati, menghargai dan berbual dengan kanakkanak tentang apa yang mereka lakukan. Minat dan semangat yang ditunjukkan oleh pendidik akan mengukuhkan lagi keyakinan dan keupayaan kanak-kanak untuk terus meneroka, mengeksperimen seperti seorang saintis. (a) Nature Walk (Meneroka Alam Semulajadi) Nature walk merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang berkesan kerana ianya memberikan kanak-kanak pengalaman secara langsung (first hand experience) yang melibatkan penggunaan kelima-lima deria iaitu penglihatan, sentuhan, rasa, bau dan pendengaran. Penglibatan kanak-kanak semasa nature walk dapat memupuk daya imaginasi dan kreativiti mereka serta pemerhatian yang baik. Aktiviti ini juga dapat menanamkan rasa cinta kanak-kanak kepada alam sekitar dan melatih mereka sebagai pencinta alam sekitar. Ianya boleh dilakukan dengan berjalan di taman, di sekitar TASKA atau di kawasan berdekatan. Semasa aktiviti nature walk, kanak-kanak dapat meneroka, mengalami sendiri dan membuat eksperimen dengan objek-objek yang terdapat di persekitaran. Aktiviti ini dapat menimbulkan keseronokkan di mana kanak-kanak dapat membuat penemuan baru, membuat inferen dan menggumpul koleksi bahan-bahan yang dijumpai di persekitaran.

Contoh aktiviti yang boleh dijalankan semasa nature walk ialah: x

Meneroka tumbuh-tumbuhan seperti memerhati bentuk-bentuk daun, warna, saiz; merasai tekstur daun, batang, buah; memeriksa bau dan sebagainya

x

Meneroka dan memeriksa haiwan dan serangga: menggunakan kanta pembesar untuk melihat pelbagai jenis, bentuk, anggota badan serangga dan membuat perbandingan

Kurikulum PERMATA Negara

SeƟap Anak PERMATA Negara

x

95

Meneroka batu-batan: kanak-kanak mengutip batu, memeriksa batu, saiz dan sebagainya

Bahan-bahan yang perlu dibawa semasa nature walk ialah kanta pembesar, pita pengukur, kamera, gunting atau pisau, beg plastik, botol, bekas, tali, sudip tanah, kertas dan pensil. Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian semasa melakukan aktiviti nature walk ialah menerangkan peraturan dan keselamatan seperti kanak-kanak tidak boleh keluar dari kumpulan dan hanya mengutip objek-objek yang tidak merbahaya. Objek-objek yang telah dikutip hendaklah diletakkan dalam bekas yang disediakan. Pada akhir aktiviti kanak-kanak perlu mencuci tangan dan kaki atau menukar pakaian mereka.

(b) Eksperimen Sains. Kanak-kanak secara semulajadi mempunyai sifat ingin mengetahui, oleh itu sifat ingin tahu ini perlu disusuli dengan pelbagai aktiviti penerokaan dan penyelidikan. Kanak-kanak sangat gemar jika mereka diberi peluang untuk membuat eksperimen sains yang mudah. Pendidik sentiasa membawa kanak-kanak ke luar TASKA untuk menerokai alam sekitar dan kawasan berhampiran bagi membolehkan mereka bereksperimen dengan pelbagai bahan atau objek yang ada di sekeliling mereka. Aktiviti eksperimen juga boleh dilakukan dalam bentuk ‘nature walk’ atau kerja projek. Eksperimen sains yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak di TASKA PERMATA ialah: x x x x x x x x

Meneroka bayang-bayang di waktu pagi atau petang Membuat doh Memeriksa batu batan, tanah dan pasir Meneroka ciri-ciri tumbuh-tumbuhan, biji benih dan bentuk-bentuk dan tektur daun, membuat pengelasan, mengumpul dan melukis daun/bunga/buah-buahan Meneroka bunyi Meneroka suhu, panas dan sejuk, angin dan udara segar Meneroka serangga dan haiwan dalam persekitaran Meneroka pergerakan dan lantunan bola

Kanak-kanak boleh membuat banyak aktiviti awal sains sekiranya diberikan peluang meneroka sepenuhnya keadaan sekitaran mereka. Dalam melaksanakan aktiviti ini, pendidik hendaklah memahami bahawa adalah penting bagi kanak-kanak menggunakan deria mereka untuk membuat pemerhatian dan bertanya soalan untuk mencari jawapan, ianya bukan aktiviti fakta sains.

4.3 Teknik-Teknik Lain (a) Membaca dan Bercerita Kurikulum PERMATA Negara

96

SeƟap Anak PERMATA Negara

Membaca dan bercerita sangat ditekankan dalam Kurikulum PERMATA Negara. Kedua-dua aktiviti ini penting untuk membina kecekapan berbahasa, awal literasi dan pengetahuan tentang dunia persekitaran. Melalui aktiviti membaca dan bercerita, kanakkanak boleh meningkatkan pemahaman tentang: x x x x x x x x

konsep memperluaskan perbendaharaan kata meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi meningkatkan kemahiran mendengar bertutur awal membaca awal tulisan dalam kalangan kanak-kanak menerapkan nilai-nilai murni daripada cerita yang dibaca.

(a) Menyanyi, Berzikir dan Bermain Muzik Menyanyi sambil membuat pergerakan kreatif adalah aktiviti yang sangat diminati oleh kanak-kanak. Pilihan lagu-lagu atau nursery rhymes untuk nyanyian hendaklah sesuai dengan kanak-kanak. Nyanyian kanak-kanak boleh diiringi dengan permainan alat muzik atau muzik latar, untuk lebih menarik. Berzikir hanya sesuai untuk kanak-kanak Islam sahaja. Pendidik boleh menggunakan pelbagai alat-alat muzik untuk membolehkan kanakkanak menghasilkan muzik atau bunyi-bunyi dalam aktiviti pembelajaran yang senggang. Pendidik sepatutnya sentiasa menggalakkan kanak-kanak bermain dengan alat-alat muzik yang ada di TASKA agar mereka sentiasa ceria, gembira dan terhibur. Ini akan membina personaliti tenang, aman, mesra dan positif dalam kalangan kanak-kanak.

4.4

PERANAN PENDIDIK

Peranan pendidik ialah mencabar minda kanak-kanak, membina perbendaharaan kata mereka dan membantu kanak-kanak memahami konsep dalam permainannya. Pendidik menunjuk cara sesuatu aktiviti yang kanak-kanak masih belum menguasainya, tetapi bukan membuatkannya untuk kanak-kanak. Pendidik hanya menyediakan kerangka (scaffolding) aktiviti dan menggalakkan kanak-kanak melakukan sendiri aktiviti tersebut sehingga mereka mahir. Pendidik hendaklah selalu memberi dorongan, pengukuhan, pujian dan galakan kepada kanak-kanak semasa mereka melakukan aktiviti tersebut. Semasa kanak-kanak bermain, pendidik perlu sentiasa menunjukkan minat kepada kanak-kanak, memberi respon, menyoal dan merangsang pemikiran mereka. Interaksi yang berlaku di antara pendidik dengan kanak-kanak semasa bermain itulah sebenarnya yang dikatakan ‘Belajar Melalui Bermain’.

Kurikulum PERMATA Negara

97

SeƟap Anak PERMATA Negara

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian berhubung pedagogi PERMATA: x Kanak-kanak pada peringkat umur 1 hingga 2 tahun suka bermain secara bersendirian dengan barang mainannya sendiri. Ini adalah sifat semulajadi kanak-kanak yang dikatakan sebagai sifat egosentrik. Mereka akan meneroka objek secara aktif dan melalui kebolehan sendiri, mereka bermain secara bebas dan berulang-ulang. Kurikulum PERMATA Negara memberikan keluwesan (fleksibiliti) kepada kanak-kanak seluas-luasnya untuk bermain secara sendiri jika itu adalah pilihannya. x Kanak-kanak pada peringkat umur 3 hingga 4 tahun telah mula menggemari permainan sosial, berkongsi alat mainan dengan rakan-rakan, dan telah tahu beberapa peraturan bermain misalnya main congkak, main ‘datuk harimau’, main masak-masak, main ‘enjitenjit semut’, membina menara dengan blok dan sebagainya. Kurikulum PERMATA Negara sangat menggalakkan kanak-kanak bermain secara koperatif kerana ini akan meningkatkan sifat tolerensi dan bersatu padu dalam kalangan kanak-kanak sehaluan dengan semangat 1 Malaysia dan masyarakat inklusif.

Kurikulum PERMATA Negara

98

SeƟap Anak PERMATA Negara

AKTIVITI PEMBELAJARAN PERMATA

Kurikulum PERMATA Negara dibina bersama dengan cadangan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang berstruktur untuk dilaksanakan oleh pendidik/pengasuh bersama kanakkanak. Aktiviti-aktiviti pembelajaran ini disusun dalam bentuk modul mengikut umur kanakkanak. Terdapat enam (6) modul kesemuanya, termasuk sebuah modul tambahan bagi kanakkanak 4 tahun yang telah mencapai perkembangan melebihi umurnya. Modul ini dinamakan Modul Pengayaan. (modul ini dibangunkan berasaskan dapatan kajian rintis yang menunjukkan bahawa kanak-kanak meningkat dengan cepat perkembangannya selepas mengikuti Kurikulum PERMATA Negara, 2008).

5.1

MODUL PEMBELAJARAN PERMATA

MODUL 1:

Peringkat Umur 0 hingga 6 bulan

MODUL 2:

Peringkat Umur 6 hingga 12 bulan

MODUL 3:

Peringkat Umur 1 hingga 2 tahun

MODUL 4:

Peringkat Umur 2 hingga 3 tahun

MODUL 5:

Peringkat Umur 3 hingga 4 tahun

MODUL 6:

Pengayaan untuk Kanak-Kanak 4+ tahun

Setiap modul pembelajaran kanak-kanak PERMATA mengandungi Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) yang lengkap untuk membantu pendidik melaksanakan aktivitiaktiviti yang dicadangkan. Pendidik juga digalakkan membina RPA sendiri mengikut keperluan kanak-kanak dan kesesuaian persekitaran, latar belakang, kesediaan bahanbahan dan budaya tempatan. Setiap RPA mengandungi perkara berikut: a) Pernyataan objektif pembelajaran b) Kaedah pelaksanaan (apa pendidik perlu buat dan apa kanak-kanak akan buat) c) Bahan dan alatan d) perbendaharaan kata dalam aktiviti pembelajaran tersebut.

Kurikulum PERMATA Negara

99

SeƟap Anak PERMATA Negara

Berikut ialah senarai aktiviti pembelajaran mengikut enam bidang pembelajaran yang terdapat dalam Modul PERMATA dan Objektif Pembelajaran.

MODUL 1 – Peringkat Umur 0 hingga 6 Bulan (0-6 Bulan)

Bidang Pembelajaran

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti

1. Sahsiah, Sosioemosi Dan Kerohanian

1. Bayi rasa selamat, tenteram dan yakin 2. Bayi belajar berinteraksi dengan orang lain 3. Bayi menyedari badannya 4. Bayi rasa percaya kepada diri sendiri

2. Bahasa, Komunikasi, dan Literasi Awal

1. Kemahiran mendengar meningkat 2. Boleh membezakan bunyi yang didengari 3. Kemahiran berkomunikasi meningkat

x Berbual Dengan Saya x Jom Kita Baca Buku x Mana Bunyi

3. Awal Matematik dan Pemikiran Logik

1. Boleh cam posisi objek dalam ruang 2. Meningkatkan fungsi kelima-lima deria 3. Berminat dan suka mendengar bunyi dan muzik 4. Dapat mengesan arah bunyi dan membezakan bunyi berdasarkan jarak dan ruang 5. Boleh mengesan pergerakan 6. Boleh mengecam wajah, bentuk, rupa, corak

x x x x x x

Tangan Polkadot Sentuh Dan Rasa Hembusan Segar Belakang Saya Lampu Cantik Nada Suara

4. Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran

1. Kemahiran memerhati semakin meningkat dari perspektif yang berbeza 2. Boleh mengamati warna/objek dari jarak dekat. 3. Mengenal objek 4. Perasaan ingin tahu semakin meningkat 5. Boleh menghasilkan pelbagai bunyi 6. Boleh mengenali sumber bunyi di persekitaran

x x x x x

Lihat Apa Itu? Saya Boleh Dengar Oh Gusiku Ayuh Bersiar-Siar Bunyi Apa Itu?

x x x x x

Urutlah Saya Lihatlah Saya Mari Bergolek Peluklah Saya Dengarlah.. Hayatilah.

Kurikulum PERMATA Negara

100

SeƟap Anak PERMATA Negara

Bidang Pembelajaran

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti

5. Fizikal dan Psikomotor

1. Boleh mencapai objek di depan mata 2. Boleh mengangkat dagu dan dada apabila meniarap 3. Boleh menggerakkan kepala ke kiri ke kanan 4. Boleh memusing kepala ke arah rangsangan 5. Boleh bergerak ke arah objek/mainan 6. Boleh menggenggam objek dengan tangan dan jari 7. Boleh memegang sesuatu dengan lebih kuat

x Angguk-Angguk, Geleng- Geleng x Ba-Ba-Cak x Saya Boleh Ambil x Hebatnya Saya x Mari Duduk Bersama x Pandainya x Mari Sini Sayang x Lihat! Saya Boleh Pegang x “Kudaku Lari...”

6. Kreativiti Dan Estetika

1. Berminat meneroka dan mencuba. 2. Boleh gerakkan badan dengan kreatif

x Ayuh, Bersiar-Siar x Irama Kakiku x Getaran Di Bibir

MODUL 2 – Peringkat Umur 6 hingga 12 Bulan (6-12 Bulan)

Bidang Pembelajaran

Objektif Pembelajaran

1. Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian

1. Rasa selamat, yakin dan berani mencuba 2. Boleh berkomunikasi secara non-verbal 3. Faham apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan 4. Menyebut nama Tuhan

x Sayang Mahu Dibelaikah (Masa Untuk Mengurut) x Saya Boleh Buat x Susun SetinggiTingginya x Mari Dengar Syahadah

2. Bahasa, Komunikasi, dan Literasi Awal

1. Boleh beri respon terhadap perkataan. 2. Kemahiran bahasa lisan dan perbendaharaan kata semakin meningkat 3. meningkatkan kemahiran menyebut perbendaharaan kanak-kanak 4. Boleh bezakan rentak dan bunyi. 5. Minat membaca

x Jom Menyanyi Bersama Saya x Mari Berbual x Dengarlah Sayang x Suara Bintang Kecil

Kurikulum PERMATA Negara

Cadangan Aktiviti

101

SeƟap Anak PERMATA Negara

Bidang Pembelajaran

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti

3. Awal Matematik dan Pemikiran Logik

1. Boleh cam wajah dan menanggap kedudukan pelbagai objek dalam ruang 2. Boleh menghubungkan diri dengan orang lain dan dengan objek 3. Boleh beri tindakbalas kepada rangsangan 4. Mula memahami saiz 5. Mula peka kepada arah bunyi yang didengari

x Boleh Ku Tahu x Gerakkan Bola Dalam Beg x Di Mana Hilang? x Cawan Besar, Cawan Kecil x Mana Jam Loceng

4. Deria Dan Pemahaman Dunia Persekitaran

1. Mula mengenali bentuk dan warna 2. Boleh kenali warna dan objek 3. Boleh merasa pelbagai tekstur (licin, lembut, keras, basah) 4. Deria menghidu semakin tajam dan boleh bezakan pelbagi jenis bau 5. Boleh kenal dan namakan anggota badan 6. Boleh membezakan objek

x Skaf Warna Warni x Lembutnya...Kasar nya x Bakul Harta Karun x Saya Pilih Yang Itu x Bermain Belon x Makan Buah x Bermain Dengan Warna x Apa Ini?

5. Fizikal dan Psikomotor

1. 2. 3. 4. 5.

x Berdirilah Sayang x Jom Jalan-Jalan x Lihat, Saya Boleh Panjat x Mari Mencuba x Tendangan Pertama x Mari Baling Pundi Kacang x Bukalah Hadiah x Mana Satu Botol Saya? x Sambutlah Skaf Terapong x Golekkan Tin

Boleh duduk sendiri tanpa bantuan. Boleh merangkak. Boleh berdiri tanpa bantuan. Boleh memanjat. Boleh pegang objek besar menggunakan ibu jari dan jari telunjuk 6. Suka menconteng secara bebas. 7. Mula mencuba untuk buat sendiri/urus diri. 8. Boleh menggunakan motor halus untuk buka hadiah.

Kurikulum PERMATA Negara

102

SeƟap Anak PERMATA Negara

Bidang Pembelajaran

Objektif Pembelajaran

6. Kreativiti Dan Estetika

1. Kanak-kanak sangat berminat meneroka 2. Boleh mengecam dan mengenal bentuk, warna, tekstur, bau, rasa, dan ruang 3. Boleh membezakan bunyi yang dihasilakn oleh alat-alat dan objek 4. Bijak menggaya/meniru pelbagai bunyi dalam persekitaran 5. Boleh membeza pelbagai rentak 6. Boleh menggerakkan badan mengikut pelbagai bunyi

Cadangan Aktiviti x x x x x

Lihatlah Gayaku Irama Dan Rentak Alat Muzikku Bunyi Kunci Retak Pantas Dan Perlahan x Ulang Sekali Lagi

MODUL 3 – Peringkat Umur (1 hingga 2 Tahun)

Bidang Pembelajaran

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti

1. Sahsiah, Sosioemosi Dan Kerohanian

1. Kanak-kanak mengenali diri dan berdikari 2. Mahir berinteraksi dengan orang lain 3. Mempunyai kesedaran terhadap perasaan orang lain 4. Menghargai keindahan alam semulajadi 5. Bersyukur dan mengagumi kebesaran Tuhan

x Diri Saya x Cuci Tangan Wangi Baunya x Gambarku x Gembira Dan Sedih x Saya Boleh x Cantiknya Tamanku x Syahadah x Cinta Allah

2. Bahasa, Komunikasi, Dan Literasi Awal

1. Kemahiran bertutur, bersoal jawab meningkat 2. Sebutan perkataan bertambah baik dan lancar 3. Minat suka membaca meningkatkan 4. Boleh memadankan objek dengan perkataan 5. Berminat melahirkan idea dan berkomunikasi melalui contengan

x x x x x x

Kurikulum PERMATA Negara

Sebutlah Saya Nak Ulang Dan Ulang Apa Namanya? Suka Buku Mari Melakar

103

SeƟap Anak PERMATA Negara

Bidang Pembelajaran

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti

3. Awal Matematik Dan Pemikiran Logik

1. Boleh menguasai kemahiran awal matematik 2. Penguasaan kemahiran kuantiti meningkat 3. Boleh kanak-kanak berkomunikasi menggunakan ‘bahasa matematik’ seperti menyebut saiz, bentuk, warna, bilangan, banyak/isipadu, jarak, tinggirendah 4. Boleh menyebut nombor 1-5 dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris 5. Boleh memahami konsep pasangan (one to one correspondence) 6. Sedar kewujudan konsep-konsep ‘awal matematik’ dalam persekitaran

x Di Mana Saya? x Banyak Dan Sedikit x Mari Buat Bukit Pasir x Beratnya Buku Ini! x Puppet Itik x Main Blok x Kenali Saya

4. Deria Dan Pemahaman Dunia Persekitaran

1. Kemahiran deria hidu, rasa, pendengaran, penglihatan dan sentuhan x Cuba sentuh meningkat x Salad buah 2. Lebih peka dan tahu menggunakan x Mari main doh kelima-lima deria dalam pemerhatian x Beg misteri 3. Kebolehan menumpukan perhatian 4. Boleh menghubungkait sesuatu kejadian x Oh, Duniaku! dengan persekitarannya secara x Mana ais tadi? semulajadi atau melalui penerokaan 7. Kenal persamaan dan perbezaan pada objek dan haiwan

5. Fizikal dan Psikomotor 1. Boleh mengawal motor kasar 2. Boleh mengimbangi badan. 3. Kemahiran motor halus dan koordinasi mata – tangan semakin meningkat.

x x x x x

6. Kreativiti Dan Estetika

x Tampal Apa? x Mari Menghias Kotak x Sembur Warna x Pekerjaanku x Kayu Berirama x Mari Menari x Bunyi Apa Tu?

1. Minat meneroka dan mencuba meningkat 2. Boleh mengenal warna, tekstur, bentuk dan ruang secara kreatif 3. Boleh melahirkan idea dalam bentuk lakaran 4. Boleh memilih peralatan/prop yang sesuai untuk main peranan 5. Boleh melakonkan peranan-peranan

Ayuh, Tolak! Pegun Dan Gerak Jom Main Pasir Menaraku Tinggi Mari Meniti Jambatan x Air Sudah Penuh

Kurikulum PERMATA Negara

104

Bidang Pembelajaran

SeƟap Anak PERMATA Negara

Objektif Pembelajaran tertentu seperti ahli keluarga 6. Kemahiran mendengar dan bertindak balas terhadap pelbagai rentak muzik semakin kukuh 7. Suka dan menghayati mendengar pelbagai bunyi dari objek di persekitaran

Cadangan Aktiviti

MODUL 4 – Peringkat Umur 2 hingga 3 Tahun (2-3 Tahun)

Bidang Pembelajaran

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti

1. Sahsiah, Sosioemosi Dan Kerohanian

1. Yakin kebolehan diri sendiri, boleh mengawal perasaan dan patut arahan 2. Mempunyai nilai diri dan nilai sosial yang baik seperti suka menolong, mengambil giliran, ramah mesra, kasih sayang 3. Seronok/suka jika dapat mencipta sesuatu 4. Boleh mengenali emosi takut, kecewa, marah, cemburu dan lain-lain 5. Mahir bergaul dengan rakan sebaya dan dapat memahami perasaan orang lain 6. Cintakan alam semulajadi 7. Bersyukur dan mengagumi kebesaran Tuhan

x Sayang Diri Saya x Perasaan Saya x Keluarga Saya x Rumah Saya x Jom Main SamaSama x Sayangi Alam Sekitar

2. Bahasa, Komunikasi, Dan Literasi Awal

1. Lebih mahir mendengar, bercakap dan berbual 2. Boleh membuat ayat-ayat mudah 3. Minat dan suka membaca 4. Sangat berminat menconteng, melakar dan melukis serta ’menulis’/awal tulisan. 5. Mempunyai bilangan perbendaharaan kata melebihi 150 perkataan

x Pesanan Untuk Mama x Nak Dengar Lagikah? x Oh, Ini Wajahku x Ini Buah Apa? x Bilik Air Saya x Jom Ke Tandas

3. Awal Matematik Dan Pemikiran Logik

1. Boleh mengumpul objek megikut jenis 2. Mengetahui kedudukan dan ruang dalam, luar, atas, bawah, turun, naik 3. Boleh membandingkan saiz, ketinggian dan bentuk, termasuk bentuk tiga dimensi

x x x x x x

Kurikulum PERMATA Negara

Wajahku wajahmu Siapa Lebih Tinggi Cepatnya Tumbuh Seronoknya Mandi Sama Banyak 1…2…3…

105

SeƟap Anak PERMATA Negara

Bidang Pembelajaran 4. 5. 6. 7.

Objektif Pembelajaran Boleh menyebut nombor 1 hingga 10 Boleh membezakan simbol nombor dari abjad Mengenali konsep nombor 1, sifar, ada, tiada Sudah boleh menyelesaikan masalah mudah

Cadangan Aktiviti x Ular Bernombor

4. Deria Dan Pemahaman Dunia Persekitaran

1. Kemahiran meneliti sesuatu benda menggunakan deria semakin meningkat 2. Perbendaharaan kata berkaitan dunia persekitaran bertaambah 3. Sudah mahir berfikir, bertanyaa dan menaakul 4. Keinginan yang tinggi untuk mengguna dan melakukan sendiri alat-alat teknologi dan ICT 5. Boleh membeza warna, tekstur, bentuk dan ruang dengaan lebih baik

x Oooh, Sejuknya, Ouuch, Panasnya’ x Hey, Di Mana Ia Hilangnya x Tenggelam Dan Timbul x Bakul Harta Karun x Masam-Masin-Manis x Sentus Dan Ramas x Cok-Cak, Bunyi Air Dikocak

5. Fizikal dan Psikomotor

1. Kemahiran motor kasar dan keseimbangan badan semakin meningkat 2. Kemahiran motor halus dan koordinasi mata – tangan juga bertambah baik 3. Sudah pandai mengurus diri seperti menukar pakaian, mengguna tandas, makan, minum 4. Mengamalkan makanan sihat, kebersihan diri dan penjagaan kesihatan;

x Mari Buat Sandwich Wajah x Lompat Si Katak Lompat x Saya Lapar x Tanganku Bersih x Senyumku Menawan x Dam Dam Dum! x Saya Tak Jatuh

6. Kreativiti Dan Estetika

1. Membina kebolehan kanak-kanak mencampurkan warna asas untuk menghasilkan warna baru 2. Membina kemahiran memilih alat dan bahan untuk menghasilkan sesuatu 3. Memupuk kebolehan melahirkan idea dalam bentuk mengambar 4. Membina kebolehan menghargai alam sekitar/hasil seni 5. Membina kebolehan memilih peralatan (prop) yang sesuai untuk main peranan 6. Mengukuh kemahiran mendengar dan menghasil pelbagai rentak bunyi 7. Membina kemahiran mengekspresikan perasaan melalui muzik

x Wow, Cantiknya. x Corak Warna Warni x Cantum Cantum x Ee, Ulat Bulu x Bayang-Bayangku x Rama-Rama Terbang Tinggi

Kurikulum PERMATA Negara

106

SeƟap Anak PERMATA Negara

MODUL 5 – Peringkat Umur 3 hingga 4 Tahun (3-4 Tahun)

Bidang Pembelajaran 1. Sahsiah, Sosioemosi Dan Kerohanian

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti

1. Membina keyakinan diri 2. Boleh mengawal diri, patuhi arahan 3. Telah ada nilai-nilai murni dalam diri, dan boleh berkongsi, bekerjasama, mengambil giliran, dan membantu orang lain 4. Menunjukkan perasaan kasih sayang dan persahabatan 5. Menghormati orang lain 6. Cintakan alam semula jadi 7. Sentiasa rasa bersyukur 8. Mengagumi kebesaran Tuhan

x Wajah Saya x Jaga Kebersihan Diri x Datuk Dan Nenek Saya x Pohon Keluarga x Bentuk Apa? Aktiviti Tambahan (Kerohanian) Untuk Kanak-Kanak Islam

2. Bahasa, Komunikasi, Dan Literasi Awal

1. Boleh menyatakan idea dan perasaan 2. Boleh mengaitkan perkataan dengan objek dan peristiwa; 3. Boleh membina ayat yang lengkap. 4. Mengambil giliran dalam perbualan. 5. Boleh menuturkan ayat yang mesra dan sopan, dan tahu bertatasusila dalam percakapan (cth: mengucapkan terima kasih, selamat pagi, dsb). 6. Memahami cerita dan boleh menceritakan semula cerita yang mudah; 7. Minat membaca dan menulis

x Rumahku Syurgaku x Saya Sayang Keluarga Saya x Bentuk Apa Yang Ada Di Luar Sana? x Warna Ada Di ManaMana x Kereta Saya x Bercerita: Ikan Dalam Air x Keluargaku x Anggota Badan Saya x Mari Membaca Bersama

3. Awal Matematik Dan Pemikiran Logik

1. Boleh membanding, membeza, mengumpul, mengelas, mengenali corak dan pola serta rentak muzik. 2. Faham konsep kedudukan dalam ruang, jarak, masa dan kelajuan. 3. Mengecam bentuk-bentuk geometri di persekitaran

x x x x x x

Kurikulum PERMATA Negara

x Mengingati Allah x Allah Rahmati Ibubapa Kita x Allah Pencipta Alam Semesta x Alam Semulajadi Sangat Indah x Nasyid Bismillah

Mengenali Diri Saya Saya Sudah Besar! Apa Yang Dua? Susun Bongkah! Atas Dan Bawah Cuba Ingat Objek Apa?

107

SeƟap Anak PERMATA Negara

Bidang Pembelajaran

4. Deria Dan Pemahaman Dunia Persekitaran

Objektif Pembelajaran 4. Boleh menyebut nombor mengikut urutan, faham konsep nombor dan boleh memadan bilangan objek dengan simbol nombor; 5. Mengetahui sebab-akibat sesuatu kejadian; 6. Boleh menyelesaikan masalah mudah.

x x x x x x x x x x x

Cadangan Aktiviti Kotak Kecil Kotak Besar Mari Naik Turun Tenggelam Timbul Mari Membilang Bermain Congkak Memadan Nombor Berapa Banyak? Tulis Nombor Jom Susun Warna Mana Barang Saya? Menuang Air Dalam Bekas

1. Menguatkan penggunaan deria 2. Boleh menggabungkan deria dengar, lihat, sentuh bau dan rasa dalam pemerhatian 3. Faham bagaimana menyiasat secara saintifik, seperti membuat pemerhatian, meramal, mengeksperimen, merekod, membuat perkaitan, merumus 4. Faham konsep asas tentang ciri-ciri benda hidup/bukan hidup, alam bahan, alam semesta, dan alam fizikal 5. Membina kemahiran asas penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian

x x x x

5. Fizikal dan Psikomotor

1. Boleh mengawal pergerakan motor halus 2. Mahir melakukan pergerakan motor kasar seperti mengayuh basikal 3. Boleh mengimbang badan, memanjat, menaiki tangga dan bergayut 4. Boleh menjaga keselamatan diri ketika aktiviti 5. Boleh mengurus diri: mengguna tandas, memakai kasut, kemas diri, simpan barang dan makan 6. Mahir menggunakan alat muzik dan teknologi

x Tunjukkan Saya x Jom Nyanyi SamaSama x Mari Bermain Doh. x Merangkak Dalam Terowong x Mari Kenal Warna x Jom Tarik

6. Kreativiti Dan Estetika

1. Kreatif mencampur warna untuk menghasilkan warna baru. 2. Mahir memilih alat dan bahan untuk

x Membuat Capan Tangan

x x x x x

Bunyi Di Sana Sini Tiru Bunyi Haiwan Rasai Gerakan Angin Memerhati Haiwan Bergerak Lihat Bola Bergolek Bayang-Bayang Memerhati Ikan Jom Main Buih Sabun! Mari Hasilkan Bunyi

Kurikulum PERMATA Negara

108

Bidang Pembelajaran

SeƟap Anak PERMATA Negara

Objektif Pembelajaran menghasilkan sesuatu yang kreatif. 3. Boleh melahirkan idea kreatif dalam pelbagai cara dan kaedah seperti dalam lakaran, lukisan, model, muzik, pergerakan, lagu, penggunaan alat, dan penyelesaian masalah. 4. Menghargai dan memelihara alam sekitar atau hasil seni dengan bimbingan.

x x x x

Cadangan Aktiviti Mewarna Batu Warna Di Alam Semulajadi Bunyi Dari Anggota Badan Mari Hasilkan Bunyi

MODUL 6 - Untuk Kanak-Kanak 4+ Tahun (Tambahan)

Bidang pembelajaran 1. Sahsiah, Sosioemosi Dan Kerohanian

2. Komunikasi, Bahasa Dan Literasi Awal

Objektif Pembelajaran 1. Boleh berjimat cermat dalam penggunaan barang keperluan di TASKA 2. Boleh menerima perubahan tempat/ suasana/ arahan dengan hati terbuka dan positif 3. Menunjukkan sifat tekun dan rajin dalam menyiapkan tugasan 4. Boleh mencuba suatu yang baru dengan bimbingan 5. Bertanggungjawab, adil dan saksama 6. Boleh melakukan tugas yang diberikan dalam aktiviti kumpulan 7. Boleh menyumbang dan menyatakan idea sendiri dalam aktiviti kumpulan 8. Meluahkan rasa syukur dan menunjukkan penghargaan

x Mari Menabung x Kami Cakna (We Care) x Bersyukur Dengan Apa Yang Ada

Kemahiran mendengar:

x Mari Berteduh x My Magic Box x Looking Out Of The Window

1. Boleh memberi reaksi terhadap isi cerita, lagu, puisi dalam Bahasa Malaysia 2. Mampu melakonkan watak-watak dalam cerita, lagu, puisi secara verbal dan non-verbal 3. Menumpukan perhatian terhadap arahan 4. Menumpukan perhatian terhadap bunyibunyi yang didengar Kurikulum PERMATA Negara

Cadangan Aktiviti

*Menjalankan Projek Yang Bersesuaian

* Pendidik boleh menyesuaikan aktiviti dengan projek yang dilaksanakan

109

SeƟap Anak PERMATA Negara

Bidang pembelajaran

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti

Kemahiran bertutur: 1. Berinteraksi secara sopan 2. Bertutur dengan jelas dan yakin 3. Boleh bersoal jawab berkaitan rangsangan yang dikemukakan 4. Mampu meluahkan imaginasi melalui bahasa yang sesuai 5. Menceritakan semula cerita yang didengar 6. 10.Bercerita mengikut urutan peristiwa Kemahiran membaca-Literasi awal: 1.Menyatakan perkaitan gambar dengan cerita yang telah dibacakan Bacaan awal: 1. Dapat membaca frasa yang mengaitkan objek konkrit atau bahan maujud (contohmeja biru) 2. Dapat membaca ayat tunggal , mengenali tanda bacaan 3. Dapat mengulas dan menjawab soalan berkaitan isi cerita Awal Tulisan: 1. Dapat meniru tulisan nama sendiri, perkataan lain atau label di persekitaran 2. Boleh meletakkan tanda bacaan mudah seperti noktah, tanda soal dalam ayat yang ditulis. Kemahiran berfikir: Dapat mereka cipta cerita, lagu, irama, muzik dan puisi berdasarkan tahap kemahiran

3. Awal Matematik Dan Pemikiran Logik

Awal Nombor: 1. Boleh mengasing, mengumpul, mengelas, memadan menyusun/mengatur, membuat

x Jom Memancing x Mari Menyusun Corak x Jom Beli Belah

Kurikulum PERMATA Negara

110

Bidang pembelajaran

SeƟap Anak PERMATA Negara

Objektif Pembelajaran perbandingan, mencari persamaan dan perbezaan dan menyatakan arah 2. Boleh mengecam pelbagai bentuk dan pola 3. Boleh mengukur menggunakan alat ukuran

Cadangan Aktiviti

*Membuat Projek Yang Bersesuaian

Membilang: 1. Membilang nombor sehingga 50 2. Menunjukkan pemikiran logik 3. Kemahiran asas dalam pengendalian komputer 4. Deria Dan Pemahaman 1. Boleh membuat pemerhatian dan Dunia Persekitaran mengelaskan 2. Suka meneroka persekitaran dan menjalankan eksperimen mudah 3. Membuat penaakulan, ramalan, anggaran, banding-beza dan menyelesaikan masalah 4. Menggunakan alat-alat teknologi mudah 5. Mengetahui benda hidup, tinggal dalam persekitaran yang berbeza 6. Memahami bumi adalah tempat manusia dan semua makhluk tinggal 7. Mengecam kedudukan bulan matahari, bintang dan planet di angkasa lepas 8. Mengetahui matahari memberikan cahaya dan haba 9. Menyatakan jenis-jenis perubahan cuaca 10. Menamakan pelbagai bahan semulajadi yang terdapat di muka bumi 11. Menyatakan objek boleh bergerak apabila ditolak atau ditarik 12. Menamakan sumber bunyi dihasilkan oleh pelbagai objek

x Tempat Tinggal Haiwan x Tolak Dan Tarik x Sistem Solar

5. Fizikal dan Psikomotor

x Bermain Teng-Teng x Bermain Hoki x Gunting Dan Tampal

Kemahiran Motor Kasar: 1. Mengimbangi badan semasa mendarat dengan sebelah kaki dan semasa mengayuh basikal 2. Meningkatkan koordinasi mata- tangan

Kurikulum PERMATA Negara

*Membuat Projek Yang Bersesuaian

111

SeƟap Anak PERMATA Negara

Bidang pembelajaran

Objektif Pembelajaran kanak-kanak semasa membaling/menyambut bola 3. Meningkatkan kemahiran pergerakan badan untuk menghayun buaian 4. Meningkatkan keupayaan mengimbangi badan di atas titian

Cadangan Aktiviti *Membuat Projek Yang Bersesuaian

Kemahiran Motor Halus: 1. Mengkoordinasikan pergerakan otototot jari semasa menekap, melakar, mengguna peralatan kutleri, menggunting, menyusun dan mencantum puzzle

6. Kreativiti Dan Estetika

1. Bersyukur dan menghargai kewujudan pelbagai makhluk dan menyayangi ciptaan Tuhan 2. Mengekspresikan apa yang didengar melalui pergerakan kreatif 3. Menggunakan pelbagai bahan untuk melahirkan idea dalam membina model 4. Melakonkan watak mengikut kreativiti 5. Mereka cerita mengikut daya imaginasi sendiri dalam bentuk gambaran, kolaj, buku skrap

x Haiwan Peliharaan x Hari Jadi x Katak Yang Berlagak *Membuat Projek Yang Bersesuaian

Kurikulum PERMATA Negara

112

SeƟap Anak PERMATA Negara

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

6.1

Keperluan Kemudahan Pembelajaran di Taska

Hasil berbagai kajian mengenai amalan asuhan dan didikan awal kanak-kanak menunjukkan bahawa kemudahan fizikal dan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek: x keselesaan dan kesesuaian premis atau bangunan; x

kawasan luaran serta sekitaran yang boleh merangsang minda, fizikal dan emosi kanak-kanak; dan

x

kemudahan peralatan pembelajaran luaran yang berkualiti dan memenohi keperluan kanak-kanak.

Kemudahan pembelajaran yang baik adalah sangatlah penting bagi memastikan pencapaian hasil pembelajaran yang positif dan berpanjangan. Malahan kemudahan fizikal dan sekitaran luaran boleh berperanan sebagai guru ketiga kepada kanak-kanak selepas ibu-bapa dan tenaga pendidik di pusat didikan awal. Oleh itu kemudahan fizikal dan pembelajaran pusat didikan awal perlulah menyumbang kepada pembinaan keyakinan, keselamatan dan kesejahteraan anak-anak yang berada di pusat-pusat tersebut.

(a) Ciri-Ciri Premis Ciri-ciri premis bagi TASKA hendaklah dipastikan mempunyai kemudahan dan sekitaran pembelajaran yang memenuhi kriteria berikut: x

memenuhi keperluan saiz fizikal kanak-kanak bawah 4 tahun;

x

memenuhi keperluan dan selaras dengan aktiviti dan teknik pembelajaran Kurikulum Kebangsaan ;

x

berupaya untuk merangsang pertumbuhan dan menyokong perkembangan pembelajaran kanak-kanak;

x

mempunyai ciri-ciri mesra kanak-kanak; dan

x

seboleh mungkin memilih bahan yang dibuat dari bahan tempatan untuk menimbulkan rasa hormat kepada alam semulajadi.

Kurikulum PERMATA Negara

SeƟap Anak PERMATA Negara

113

(b) Konsep Premis Bangunan secara keseluruhannya hendaklah mengikut konsep mesra kanak-kanak (child-friendly) bersesuaian dengan fungsi utamanya sebagai pusat asuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak yang berumur di antara 1 hingga 4 tahun.

6.2

Aspek Fizikal Taska

Persekitaran pembelajaran kanak-kanak yang disediakan di TASKA perlu merangkumi dua aspek utama iaitu aspek fizikal dan aspek sosial. Aspek fizikal melibatkan ruang dalam dan luar TASKA seperti alatan, susun atur bilik, ruang-ruang pembelajaran, taman permainan dan kemudahan fizikal yang lain. Aspek sosial pula merangkumi emosi, hubungan interpersonal, interaksi dan masa yang diberi untuk sesuatu aktiviti dijalankan. Pihak yang bertanggungjawab hendaklah memastikan pelan atau reka bentuk premis sama ada yang diubahsuai, dinaiktaraf atau dibina baru memenuhi keperluan fizikal kanakkanak. Contohnya, ketinggian sinki, tandas atau kemudahan lain mestilah sesuai dengan ketinggian kanak-kanak. Premis juga mestilah memenuhi ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Bomba. Premis juga mestilah menampakkan ciri-ciri keceriaan yang boleh menarik minat kanakkanak untuk berada dalam TASKA. Secara keseluruhannya, premis TASKA perlu mewujudkan keyakinan dalam diri kanak-kanak dan keluarga mereka bahawa kanak-kanak tersebut akan selamat dan gembira secara fizikal dan psikologikal semasa di TASKA. Dengan adanya rasa selamat dan dilindungi, kanak-kanak akan lebih bebas meneroka, berkeyakinan, berani mencuba dan menikmati pelbagai pengalaman kehidupan yang menyeronokkan. Kanak-kanak juga harus berpeluang menikmati pembelajaran dan pengalaman dalam ruang yang selesa untuk pergerakan dan penerokaan mereka, sesuai dengan Peraturan 24(1), (2) dalam Peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak (di Institusi) 1985 yang menggariskan bahawa seorang kanak-kanak perlu mempunyai ruang seluas sekurang-kurangnya 3.5 meter persegi di TASKA. Perincian tentang saiz, keperluan, ciri-ciri dan maklumat lanjut bagi kesemua persekitaran dalam dan luar TASKA boleh dirujuk daripada buku-buku Piawaian Pelaksanaan Prosedur Pusat Anak PERMATA Negara, Garis Panduan Penyediaan Kemudahan Fizikal dan Garis Panduan Penyediaan Peralatan.

a) Ruang Persekitaran Fizikal dalam TASKA Program pembelajaran adalah berasaskan konsep terbuka atau open concept di mana aktiviti pembelajaran kanak-kanak dijalankan secara aliran bebas atau free flow. Ruang persekitaran fizikal di TASKA terdiri daripada ruang aktiviti, ruang-ruang pembelajaran kendiri, bilik-bilik yang dikhususkan untuk kanak-kanak mengikut peringkat umur, ruang pelbagai guna

Kurikulum PERMATA Negara

114

Se ap Anak PERMATA Negara

dan ruang-ruang lain seperti dapur, ruang makan, ruang rehat/tidur, bilik air kanak-kanak, bilik air dewasa, ruang menunggu, ruang pejabat dan stor. TASKA juga menyediakan ruang atau bilik rundingan bagi tujuan perbincangan bersama ibu bapa, pakar psikologi, pakar perubatan dan sebagainya. a) Penyedian Bilik-Bilik Khas Mengikut Peringkat Umur Kanak-Kanak di TASKA Terdapat (3) tiga bilik yang disediakan berdasarkan peringkat umur kanak-kanak iaitu: Bilik Bayi – bilik khas untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 12 bulan. Bilik ini perlu mempunyai ruang untuk kanak-kanak belajar bergerak dan merangkak. Bilik kanak-kanak 1 hingga 3 tahun – bilik untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun. Ruang bergerak dan bermain perlu selesa untuk kanak-kanak pada umur berkenaan. Bilik kanak-kanak 3 hingga 4 tahun – bilik untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun juga perlu ruang yang cukup untuk bergerak, bermain dan melaksanakan aktiviti pada peringkat umur mereka. Ruang Pelbagai Guna. Ruang pelbagai guna merupakan ruang atau bilik untuk persalinan, hias diri atau aktiviti lain mengikut kesesuaian saiznya. Ruang ini dilengkapi dengan peralatan yang sesuai untuk tujuan tersebut seperti cermin untuk hias diri atau aktiviti mengenal diri dengan saiz yang bersesuaian dengan kanak-kanak. b)

Ruang Aktiviti dan Pembelajaran TASKA

Ruang aktiviti di TASKA merupakan ruang terbuka di mana aktiviti pembelajaran kanakkanak dijalankan secara aliran bebas. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam ruang ini termasuklah circle time, perhimpunan, nyanyian dan pergerakan kreatif. Sekiranya aktiviti pembelajaran melibatkan penulisan atau lukisan, kanak-kanak dibimbing bagi menjalankan aktiviti tersebut di meja tulis yang sesuai. Ruang-ruang pembelajaran di TASKA merupakan sebahagian daripada ruang aktiviti, berada dalam bilik-bilik yang dikhususkan mengikut tahap umur kanak-kanak. Ruang-ruang pembelajaran merangkumi keenam-enam bidang perkembangan kanak-kanak yang disebutkan dalam kurikulum ini.

Kurikulum PERMATA Negara

115

SeƟap Anak PERMATA Negara

Ruang-Ruang Pembelajaran dalam TASKA PERMATA Ruang

Cadangan aktiviti

Contoh Bahan dan Alatan

Ruang manipulatif

x Kanak-kanak berpeluang bermain dan meningkatkan kemahiran motor dan berfikir. x Kanak-kanak boleh menggunakan kreativiti mereka untuk mencipta

x Blok, manik, doh, puzzle

Ruang bacaan

x Kanak-kanak berpeluang membaca buku-buku bergambar x Kanak-kanak boleh mendengar cerita dari peralatan audio x Kanak-kanak boleh menonton video untuk meningkatkan kemahiran literasi dan komunikasi mereka

x Buku-buku cerita bergambar x Poster, kad imbasan, ensiklopedia bergambar untuk kanak-kanak x Peralatan audio-visual

Ruang main peranan

x Kanak-kanak menggunakan daya imaginasi mereka bermain dengan peralatan yang disediakan x Melakonkan pelbagai watak dan peranan mengikut kegemaran mereka

x Peralatan memasak asas x Peralatan hias diri (sikat, cermin, bedak) x Uniform untuk pekerjaan tertentu

Ruang seni dan kreativiti

x Menggunakan kreativiti mereka dalam lukisan dan rekacipta x Menggunakan pelbagai props untuk menghasilkan pergerakan kreatif dan ekpresif diri. x Bermain alat muzik mengikut rentak dan lagu

x Peralatan dan bahan untuk melukis dan mewarna x Bahan untuk pergerakan kreatif x Pentas persembahan dan kostum x Alat-alat muzik

Ruang Teknologi

x Menggunakan peralatan teknologi untuk mendapatkan maklumat sebagai bahan pembelajaran

x Komputer, kamera, kamera video. x Cakera padat untuk pembelajaran yang bersesuaian mengikut bidang pembelajaran dan peringkat umur kanakkanak

Kurikulum PERMATA Negara

116 c)

SeƟap Anak PERMATA Negara

Ruang Persekitaran Fizikal Luar TASKA PERMATA

Ruang persekitaran luar TASKA diberi perhatian yang serius memandangkan kanakkanak melalui proses pembelajaran dan memperoleh pengalaman daripada persekitaran di luar TASKA yang pelbagai.

Ruang

Fungsi

Taman Permainan

Taman permainan biasanya dikelilingi pagar atau pokok-pokok bagi mewujudkan ruang di mana kanak-kanak dapat bermain dalam satu kawasan yang selamat. Alat-alat permainan yang boleh disediakan termasuk buaian, jongkang-jongket, gelongsor, terowong, monkey bar dan pondok. Alas getah (bounce back rubber mat) untuk taman permainan perlu mencukupi dan mampu menyerap hentakan.

Ruang Main Air

Ruang ini diwujudkan supaya kanak-kanak meneroka fenomena alam yang berlaku berkaitan air seperti objek timbul atau tenggelam, bagaimana objek yang sama boleh timbul dan tenggelam, menikmati aliran air dan perasaan apabila air terkena pada kulit dan pengekalan isi padu air dalam bekas yang berbeza.

Ruang Main Pasir.

Ruang main pasir yang memberi peluang kanak-kanak meneroka dan belajar tentang alam daripada aktiviti bermain di mana kanak-kanak dapat menyentuh butir pasir dan membezakan tekstur butir pasir yang berbeza saiz. Kanak-kanak berpeluang melihat bahawa pasir juga akan mengikut bentuk bekas semasa membuat istana pasir.

Persekitaran untuk Kanak-Kanak Meneroka

Kanak-kanak boleh membuat penerokaan di semua bahagian TASKA, namun demikian persekitaran ini disediakan untuk memberi peluang kanak-kanak meneroka alam semula jadi dalam konteks yang lebih luas di luar bangunan TASKA. Kawasan ini boleh ditanam dengan pelbagai pokok yang sesuai, yang dapat membantu pembelajaran kanak-kanak dan tidak berbahaya.

Ruang untuk Aktiviti Menanam TumbuhTumbuhan.

Kanak-kanak belajar melalui membuat dan meneroka. Pengalaman menanam sendiri tumbuh-tumbuhan yang sesuai akan merangsang pembelajaran dan pengetahuan mereka tentang keperluan untuk tumbuhtumbuhan hidup dan membesar, perubahan yang berlaku semasa tumbuh-tumbuhan membesar.

Kurikulum PERMATA Negara

117

SeƟap Anak PERMATA Negara

6.3

Aspek Pembelajaran Sosial Persekitaran Pembelajaran yang Menggalakkan Interaksi Sosial di TASKA

Bagi memastikan semua aspek fizikal digunakan secara berkesan persekitaran interaksi memainkan peranan penting dalam memastikan kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan pembelajaran mereka secara berkesan dan menyeluruh. TASKA perlu mengambil kira beberapa aspek interaksi sosial yang penting iaitu: x x x x x x

Penglibatan pendidik sebagai fasilitator untuk membantu kanak-kanak memahami aktiviti yang dijalankan Aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan merangsang perkembangan minda kanak-kanak, Aktiviti yang meningkatkan perasaan ingin tahu, Kanak-kanak diberi peluang untuk bermain secara bebas untuk merangsang minat untuk meneroka dan mencari maklumat Kanak-kanak bebas mencuba perkara baharu dan berfikir secara kreatif. Aktiviti secara berkumpulan digalakkan supaya kanak-kanak dapat bergaul dengan rakan sebaya

Persekitaran interaksi sosial TASKA yang diwujudkan dengan prinsip amalan bersesuaian perkembangan (ABP) kanak-kanak di mana susun atur, peralatan, hiasan, alat perabot dan semua kemudahan pembelajaran mengambil kira tahap perkembangan kanakkanak, minat, budaya, latar belakang dan perbezaan individu. Aspek psikologi juga diberi perhatian dengan mengambil kira supaya kanak-kanak berasa selamat berada di TASKA dan berasa seronok serta teruja melakukan aktiviti yang pelbagai, mencabar dan memantapkan konsep kendiri mereka. Perhubungan dan interaksi yang penuh dengan kemesraan antara kanak-kanak dengan rakan, kanak-kanak dengan pendidik dan antara pendidik dengan ibu bapa amat digalakkan. Ruang-ruang lain. Ruang-ruang lain yang ada di bahagian dalam TASKA merangkumi Dapur :

Ruang dapur digunakan untuk penyediaan makanan, minuman dan susu untuk bayi dan kanak-kanak. Ruang dapur perlu dilengkapi dengan kabinet untuk menyimpan bahan makanan kering, pinggan-mangkuk dan kain lap secara berasingan. Ruang dapur juga perlu mempunyai pengudaraan yang mencukupi dan digalakkan mempunyai penyedut asap (hood).

Ruang Makan:

Ruang makan disediakan bersebelahan dengan dapur dan dilengkapi dengan meja yang sesuai serta sinki untuk kanak-kanak membasuh tangan sebelum dan selepas makan.

Kurikulum PERMATA Negara

118

6.4

SeƟap Anak PERMATA Negara

Ruang Rehat/Tidur:

Ruang rehat/tidur disediakan untuk kanak-kanak berehat dilengkapi peralatan yang sesuai dan selamat untuk kanak-kanak berehat/tidur.

Bilik Air/Tandas Kanak-Kanak:

Bilik air kanak-kanak terdiri daripada tandas, sinki dan tempat mandi yang dilengkapi pancur air mandi dan mengikut saiz kanak-kanak. Bilik air perlu disediakan secara berasingan antara kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan.

Ruang Menunggu:

Ruang menunggu disediakan berhampiran pintu masuk hadapan sebagai kawasan penerimaan kanak-kanak dan daftar keluar masuk kanak-kanak setiap hari.

Ruang Pejabat:

Ruang pejabat perlu untuk menjalankan urusan pentadbiran dan pengurusan TASKA. Selain daripada itu, ruang pejabat juga perlu dilengkapi kabinet yang sesuai untuk menyimpan rekod dan dokumen berkaitan kanak-kanak.

Stor:

Stor disediakan untuk menyimpan peralatan untuk pembelajaran dan alat cucian secara berasingan. Jika ruang di TASKA tidak mencukupi, kabinet khusus perlu disediakan untuk tujuan berkenaan.

Ruang Atau Bilik Rundingan

Ruang untuk tujuan rundingan,digunakan untuk perbincangan dan konsultansi antara pendidik dengan ibu bapa atau dengan pakar-pakar yang terlibat dalam perkembangan, pengesanan awal dan intervensi awal kanak-kanak.

KEMUDAHAN PERALATAN PEMBELAJARAN

Bagi membolehkan pendidik melaksanakan Kurikulum PERMATA Negara dengan lebih berkesan dan bagi mencapai hasil pembelajaran yang disasarkan, penyediaan kemudahan dan peralatan pembelajaran yang sesuai memainkan peranan penting. Peralatan pembelajaran yang disediakan di TASKA tidak perlu diseragamkan jenis, kuantiti atau rupa tetapi mestilah diselaraskan fungsinya dengan keperluan aktiviti pembelajaran yang dirangkumi dalam kurikulum agar dapat merangsang perkembangan menyeluruh kanakkanak. Peralatan pembelajaran yang digunapakai adalah selaras dengan aktiviti dan teknik pembelajaran berdasarkan kepada 6 bidang pembelajaran PERMATA.

Kurikulum PERMATA Negara

119

SeƟap Anak PERMATA Negara

Jenis peralatan dan perabot

Jenis

Peralatan

Peralatan Pembelajaran

x x x x x x x

Peralatan muzik Peralatan manipulatif Peralatan kognitif (Awal Matematik dan Awal Sains) Peralatan main peranan (Role Play) Peralatan fizikal dan sukan Bahan bahasa dan literasi Peralatan seni

Peralatan Pejabat: Perabot dan peralatan untuk menguruskan pentadbiran TASKA

x x x x

Meja Kerusi, Kabinet fail, Alat tulis

Perabot ruang pembelajaran dan tidur kanak-kanak

x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x x

Rak menyimpan barang permainan Rak buku Easel Meja dan kerusi kanak-kanak: Katil kanak-kanak Peralatan untuk memasak Peralatan kulinari Tuala-tuala Bekas menyimpan makanan Pinggang/mangkuk Peralatan penyedian susu bayi dan kanak-kanak Televisyen Radio Pemain cakera padat Pembersih hampagas Telefon Mesin faks Komputer Printer Periuk nasi Pengisar makanan Cerek/ Pemanas air Peti Sejuk Mesin basuh Sabun Shampoo Ubat/berus gigi Tuala (tangan dan mandi) v. Sikat/bedak

Peralatan Dapur: Penyedian susu dan makanan kanak-kanak

Peralatan Elektrik dan Elektronik: - Pejabat - Pembelajaran - Dapur - Kebersihan

Peralatan Kebersihan kanakkanak Peralatan Mandian bayi dan kanak-kanak

Kurikulum PERMATA Negara

120

SeƟap Anak PERMATA Negara

Jenis Peralatan Kebersihan TASKA - Peralatan cucian

Peralatan x x x x

Penyapu/mop Bahan cucian lantai Alas kaki iv. Tuala

NOTA: Semua keperluan peralatan dan perabot di atas adalah sebagai panduan bagi membolehkan sesebuah TASKA beroperasi dengan lebih baik. Pihak TASKA boleh menyediakan peralatan tambahan sekiranya perlu mengikut keperluan dan kemampuan.

Selain daripada ruang-ruang khusus yang telah dinyatakan, kelengkapan lain seperti pondok, bangku, meja, sinki dan stor untuk penyimpanan pelbagai alatan luar disediakan di persekitaran luar TASKA. Selain tempat berehat, pondok, bangku dan meja digunakan untuk aktiviti lain yang mahu dijalankan di luar bangunan seperti main buih sabun, membuat pelangi sendiri atau melukis objek di persekitaran luar TASKA. Sinki yang mencukupi perlu disediakan untuk kanak-kanak mencuci tangan selepas aktiviti. Stor di bahagian luar TASKA digunakan untuk menyimpan peralatan luar seperti alat berkebun, hos paip yang panjang, bahan cucian dan peralatan untuk menjaga kebersihan luar TASKA.

Kurikulum PERMATA Negara

121

SeƟap Anak PERMATA Negara

PEMERHATIAN DAN PENAKSIRAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 7.1

Konsep Penaksiran Dalam Kurikulum Permata Negara

Penaksiran ialah proses mengumpul dan menganalisis maklumat untuk tujuan menilai. Penaksiran yang ditekankan dalam Kurikulum PERMATA Negara adalah untuk tujuan mengetahui kemajuan perkembangan kanak-kanak supaya pendidik dan ibu bapa dapat merancang intervensi yang sesuai untuk membantu atau memperkayakan lagi pengalaman pembelajaran kanak-kanak. Penaksiran dilakukan bersesuaian dengan persekitaran pembelajaran kanak-kanak. Daripada penaksiran ini, pendidik dapat memahami potensi dan keperluan setiap kanak-kanak, mengesan perkembangan mereka secara menyeluruh, mengenal pasti keperluan khas kanakkanak, merancang aktiviti dan strategi pendekatan pendidikan yang sesuai serta memaklumkan kepada ibu bapa mengenai perkembangan anak mereka. Secara tidak langsung ia dapat membantu menilai keberkesanan dan kualiti Kurikulum PERMATA Negara. Penaksiran kanak-kanak dilakukan melalui pemerhatian, dan bukan secara ujian atau peperiksaan. Pendidik melakukan pemerhatian kanak-kanak setiap masa sepanjang mereka berada di TASKA, dan semasa mereka terlibat dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran dan rutin. Penaksiran ini dinamakan penaksiran autentik dan dilakukan berterusan. Ia juga disebut sebagai penaksiran formatif.

7.2

Tujuan Pemerhati Dan Penaksiran Kanak-Kanak Tujuan Pemerhatian dan Penaksiran kanak-kanak adalah untuk: x

Memahami keperluan setiap individu

x

Mengesan perkembangan dan pertumbuhan secara menyeluruh dan mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang keluarbiasaan

x

Mengenal pasti kelemahan atau kekuatan kanak-kanak

x

Merancang aktiviti/intervensi atau mengubahsuai strategi pembelajaran untuk menyesuaikan dengan keperluan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak

x

Menilai keberkesanan dan kualiti Kurikulum PERMATA Negara

x

Membolehkan ibu bapa menjalankan aktiviti lanjutan dengan kanak-kanak di rumah

Kurikulum PERMATA Negara

122

SeƟap Anak PERMATA Negara

7.3

Prinsip Pemerhatian Dan Penaksiran Kanak-Kanak

Pemerhatian dan penaksiran yang berlandaskan kepada prinsip-prinsip berikut:

7.4

diamalkan

di

TASKA

PERMATA

adalah

x

Maklumat mengenai sesuatu penaksiran mestilah sah (valid), boleh dipercayai (reliable) dan telus.

x

Hasil dapatan penaksiran boleh dipercayai dan konsisten.

x

Pemerhatian dilakukan secara berterusan semasa kanak-kanak terlibat dengan aktiviti seharian secara tidak formal untuk mendapat gambaran yang betul, bermakna dan tepat dengan pengalaman harian kanak-kanak.

x

Penaksiran mestilah berfokus kepada tingkah laku kanak-kanak dalam enam bidang pembelajaran Kurikulum PERMATA Negara.

x

Penaksiran harus mempunyai perancangan, strategi dan instrumen penilaian yang berbeza, selaras dengan tujuan penilaian dan objektif pembelajaran.

x

Penaksiran yang tepat mengambil kira sumbangan daripada pelbagai perspektif.

x

Penaksiran mesti melibatkan ibu bapa secara aktif dalam membentuk gambaran yang tepat mengenai perkembangan anak mereka.

x

Hasil penaksiran adalah sulit dan digunakan untuk membantu pembelajaran kanakkanak, bukan untuk dipaparkan atau dihebahkan.

Kaedah Pemerhatian Dan Penaksiran Kanak-Kanak Teknik Laporan Pemerhatian (Naratif)

Kurikulum PERMATA Negara

Cara Pelaksanaan 1. Rekod Anekdot: Pendidik PERMATA diwajibkan menulis rekod anekdot setiap kanak-kanak sekurang-kurangnya sekali seminggu. Ia boleh dilakukan dalam bentuk penulisan ringkas, tetapi tepat dan padat mengenai peristiwa atau perubahan perkembangan yang signifikan berlaku pada seseorang kanak-kanak. Rekod ini akan membolehkan pendidik melaporkan kepada ibubapa bila masanya perkembangan sesuatu kemahiran berlaku dalam diri kanka-kanak. Pendidik juga mestilah mendapatkan bantuan ibubapa untuk mengesahkan kemunculan sesuatu tingkahlaku pada kanak-kanak.

123

SeƟap Anak PERMATA Negara

2. Rekod Berterusan: Pendidik sangat digalakkan menulis catatan dalam bentuk cerita naratif perkara-perkara yang berlaku, atau yang dilakukan oleh individu atau kumpulan kanak-kanak semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang dituturkan oleh kanak-kanak dicatat sepanjang pemerhatian dalam Rekod Berterusan.

Log Anak PERMATA

x Log Anak PERMATA adalah diwajibkan x Log ini terdiri daripada sebuah buku catatan yang perlu diisi oleh ibu bapa dan pendidik setiap hari. x Ibu bapa perlu mengisi maklumat berkaitan keadaan anak di rumah dan menyerahkan kepada pendidik di waktu pagi semasa datang ke TASKA x Pendidik PERMATA perlu mencatat dan menuliskan apa yang berlaku sepanjang hari kepada kanak-kanak semasa berada di TASKA dalam buku log ini dan diserah kepada ibubapa/ penjaga semasa mengambil kanak-kanak pulang.

Senarai Semak PERMATA

Senarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak: x Senarai semak ini merupakan satu instrumen untuk memberi petunjuk mengenai perkembangan dan pertumbuhan kanakkanak yang normal. x Pendidik menggunakan senarai semak ini untuk memerhati dan merekod perkembangan kanak-kanak secara berkala tetapi berterusan. x Pendidik perlu memastikan penggunaan senarai semak yang bersesuaian mengikut tahap umur kanak-kanak dari umur 0-4 tahun yang diberikan semasa mengikuti Kursus PERMATA.

Portfolio Anak PERMATA

x Portfolio Anak PERMATA mengandungi semua koleksi maklumat tentang aspek pembelajaran dan pencapaian kanakkanak, yang menjadi bukti yang jelas tentang apa yang telah dilakukan oleh kanak-kanak di TASKA. Portfolio bukanlah hanya terdiri daripada hasil terbaik, tetapi kesemua hasil kerja kanak-kanak sepanjang berada di TASKA. Hasil kerja ini boleh disimpan dalam folder, fail, kotak atau dalam bentuk CD.

Kurikulum PERMATA Negara

124

SeƟap Anak PERMATA Negara

Pendidik yang efektif akan sentiasa melakukan penaksiran untuk meningkatkan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Penaksiran dan penilaian kanak-kanak di peringkat umur 0 hingga 4 tahun adalah berbeza. Pada umur ini kadar pertumbuhan dan perkembangan adalah lebih pantas berbanding pada peringkat umur yang lain. Cabaran perkembangan yang berbeza mempengaruhi pilihan kaedah penaksiran. Kaedah penaksiran mesti bersesuaian dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan fizikal, bahasa, intelek dan sosio-emosi. Perkembangan kanak-kanak peringkat ini adalah pesat dan memerlukan penaksiran untuk mengenal pasti sama ada peningkatan perkembangan adalah normal. Sekiranya perkembangan tidak normal, prosedur penaksiran yang digunakan adalah penting dalam membuat keputusan mengenai kaedah intervensi yang bersesuaian

7.5 Pelaporan Pemerhatian Dan Penaksiran Kanak-Kanak Pelaporan wajib dilakukan secara berkala di TASKA. Ia merupakan proses penyampaian maklumat hasil daripada pemerhatian dan penaksiran yang dilakukan. Dengan ini, ibu bapa atau pihak-pihak tertentu yang menjadi pemegang taruh akan mendapat maklumbalas yang sepatutnya mengenai pencapaian kanak-kanak dan keberkesanan pemakaian Kurikulum PERMATA Negara. Pelaporan hasil pentaksiran kanak-kanak boleh dibuat dalam beberapa bentuk: a)

Laporan Kemajuan Perkembangan Kanak-kanak (dalam enam bidang) dan kebolehan mengurus diri, serta isu berkaitan tingkah laku kanak-kanak jika ada (untuk dirujuk kepada pakar)

b)

Laporan Kesihatan (mengandungi maklumat pertumbuhan fizikal seperti ketinggian, berat, pemakanan, penyakit, alahan, tarikh vaksinasi/imunisasi dan BMI) dan keperluan khas kanak-kanak

c)

Laporan/Maklumat biodata dan demografik kanak-kanak

Kurikulum PERMATA Negara

125

SeƟap Anak PERMATA Negara

Contoh Dokumen Pemerhatian dan Penaksiran di TASKA PERMATA

LOG HARIAN ANAK PERMATA 1-2 TAHUN NAMA ANAK PERMATA: ....................................................................................................................... TARIKH : __________________

HARI : ISNIN/SELASA/RABU/KHAMIS/JUMAAT

DIISI OLEH IBU BAPA/PENJAGA 1.

Tiba jam _______________ yang menghantar____________________.

2.

Anak tidur nyenyak semalam? YA/TIDAK. Jika tidak mengapa?____________________________________________.

3.

Anak sudah mandi/dibersihkan. YA/TIDAK.

4.

5.

6.

Alatan/bahan yang dibawa. Perkara Kuantiti

Perkara

Botol susu/sip cup

Botol Air

Pakaian

Lampin pakai buang

Tuala

Plastik (baju kotor)

Kuantiti

Perkara

Kuantiti

Anak anda sihat? Ya/Tidak. Jika tidak: (item 5 dan 6 diisi oleh ibu bapa dan pendidik) Jika tidak, kenapa? ______________. Suhu __________. Ubat______________ Keadaan fizikal (tanda dan catat di bahagian berkaitan).

Depan

Belakang

Catatan:________________________________________ _______________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________

Kurikulum PERMATA Negara

126

SeƟap Anak PERMATA Negara

DIISI OLEH PENDIDIK PERMATA PERKARA

MASA

- 10.00 pg. - 12.15 tgh. - 4.30 ptg.

KUANTITI/ KEKERAPAN Beri 8oz, Minum habis 6oz

CATATAN (PENDIDIK) Anis tidak habis minum susu

SUSU

SARAPAN: 8.30 pg.

Anis makan dengan seronok dan Berjaya menghabiskan makanan yang di sediakan untuknya

SNEK/BUAH: 10.00 pg. MAKAN TENGAHARI : 11.30 pg.

MINUM PETANG MAKAN

: 3.15 ptg.

Nasi 1 senduk Ayam seketul kecil, sayur bayam 1 sudu teh Setengah keping karipap daging 1 cawan air kosong

(Nanti cepat besar ye Anis -) Anis tidak habis makan karipap kenyang agaknya

Hari ni teacher baca buku tentang ‘Kucing saya.’ Anis bertepuk tangan dan tersenyum sambil menyebut “Cat”. CIRCLE TIME

Nature walk –Hari ini Anis sangat tertarik dengan melihat pergerakan semut hampir 10 minit Anis memerhati pergerakan semut tersebut Main Pasir Main Air -

AKTIVITI LUAR

AKTIVITI PERMATA

PAGI: 10.15 pg. PETANG: 4.00 ptg.

- 12.45 tgh. MENGGOSOK GIGI

Kurikulum PERMATA Negara

CATATAN (IBU BAPA)

Setiap SeƟapAnak AnakPERMATA PERMATANegara Negara

127 127

TUKAR LAMPIN/ TANDAS

- 12.00 tgh. - 3.30 ptg. MANDI

- 12.30 tgh.

TIDUR

AKTIVITI BEBAS

TINGKAH LAKU KESIHATAN/SAKIT/UBAT KEMALANGAN/ KECEDERAAN

PULANG/PESANAN

TANDATANGAN : ___________________

TANDATANGAN: .--------------------------------------------------

NAMA PENDIDIK -------------------------------

NAMA IBU BAPA --------------------------------------------------

Kurikulum PERMATA Negara

128 7.6

SeƟap Anak PERMATA Negara

Pengesanan Awal Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Kurikulum PERMATA Negara prihatin bahawa kadar perkembangan setiap kanak-kanak adalah tidak sama, walaupun secara umum perkembangan kanak-kanak biasanya akan mengikuti tren atau milestones yang sama. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar dan berkembang, adalah sangat penting kemajuan dan tren perkembangan mereka dikesan awal supaya dapat mengenalpasti sekiranya terdapat kelewatan (delay) atau sesuatu ketidakupayaan – maka boleh ditangani sejak awal lagi. Pengesanan awal bertujuan mengenal pasti sekiranya kanak-kanak mempunyai berkeperluan tertentu bagi membolehkan mereka mendapat perkhidmatan yang sewajarnya seawal usia mereka. Pengesanan awal biasanya dilakukan selepas bayi dilahirkan dan dilakukan oleh doktor menerusi Ujian APGAR. Ujian ini adalah untuk menentukan deria-deria bayi, terutama deria penglihatan, sentuhan dan pendengaran berfungsi dengan baik. Pengesanan awal juga digunakan untuk menentukan keperluan kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan yang berbagai. Terdapat kaedah penilaian tertentu untuk mengesan kekuatan dan keperluan kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan. Pengesanan awal akan membolehkan pendidik dan ibubapa mengambil tindakan awal menyediakan program intervensi kepada kanak-kanak. Bagi kanak-kanak di TASKA PERMATA, pengesanan awal adalah untuk menentukan perkembangan fizikal dan sosioemosional kanak-kanak sentiasa di dalam keadaan yang baik. Melalui pemerhatian yang berterusan, Pendidik akan dapat mengesan sekiranya kanak-kanak mengalami sesuatu masalah, fizikal atau sosioemosi - yang boleh kelak jika tidak diperbaiki akan menjejaskan pekermbangan normal kanak-kanak. Pendidik PERMATA dihendaki sentiasa memerhati kanak-kanak dan mencatatkan perkembangan mereka secara berterusan. Daripada rekod/catatan inilah pendidik boleh mengetahui sekiranya terdapat keadaan yang tidak normal atau meragukan. Sekiranya terdapat keraguan ini, maka pendidik hendaklah berbincang dengan ibubapa terlebih dahulu, tanpa membuat sebarang andaian atau kesimpulan, sebelum kanak-kanak dirujuk kepada pakar.

Kurikulum PERMATA Negara

SeƟap Anak PERMATA Negara

129

7.7 Intervensi Awal Intervensi awal boleh dilakukan melalui aktiviti harian dan aktiviti pembelajaran PERMATA untuk meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Perkhidmatan intervensi awal dilaksanakan supaya dapat: i. Membantu kanak-kanak membesar secara normal ii. Mempertingkatkan perkembangan serta kemahiran urus diri kanak-kanak iii. Merujuk kanak-kanak kepada pakar/pengamal perubatan kerajaan.

Cara menentukan kesan intervensi awal: i. Pemerhatian tingkah laku dan perkembangan kanak-kanak ii. Pemerhatian motor halus serta tahap emosi kanak-kanak iii. Pemerhatian perlu direkod sebagai makluman kepada ibubapa iv. Pengubahsuaian strategi pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan

7.8 Tanggungjawab Pendidik Pendidik bertanggungjawab membantu sewa kanak-kanak mencapai perkembangan yang normal walau bagaimanapun ada kanak-kanak yang lambat atau cepat perkembangannya. Apabila mendapati (dari pengesanan awal) terdapat kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri berkeperluan khas, maka pendidik hendaklah berbincang dengan ibubapa dan penjaga untuk membawa anak mereka berjumpa dengan pakar. Perkara ini perlu dilakukan dengan berhemah kerana bukan semua ibubapa boleh menerima hakikat bahawa anak mereka berkemungkinan tergolong dalam kategori kanak-kanak berkeperluan khas.

Kurikulum PERMATA Negara

130

SeƟap Anak PERMATA Negara

PERANCANGAN, PENJADUALAN DAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK Pendidik perlu membuat perancangan tahunan pada setiap awal tahun dengan mengambil kira aspek asuhan dan enam (6) bidang perkembangan kanak-kanak. Selain itu, pendidik juga perlu mempertimbangkan bilangan minggu pembelajaran dan cuti umum dalam membuat perancangan tahunan. Manakala, bagi kanak-kanak 3-4 tahun, penekanan diberikan kepada pengajaran dan pembelajaran berasaskan tema. Pembelajaran bagi kanak-kanak yang lebih muda boleh juga dilaksanakan mengikut tema, tetapi tidak diwajibkan. Tema yang dipilih bermula dengan perkara yang konkrit kepada yang abstrak serta mengambilkira budaya tempatan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang tahun. Pemilihan tema dibuat berdasarkan kepada tajuk-tajuk yang berkaitan dengan kehidupan seharian kanak-kanak bagi memudahkan mereka memahami persekitaran tentang diri dan keluarga; peristiwa yang berlaku; sambutan atau perayaan; bunyi dan objek; warna dan bentuk dan sebagainya.

8.1 Perancangan Tahunan, Bulanan Dan Harian Di Taska Perancangan tahunan disediakan bagi memudahkan pendidik merancang aktiviti dan program yang ingin dialksanakan sepanjang tahun mengikut tema ataupun peristiwa semasa yang berlaku pada tahun tersebut. Perancangan yang teliti perlu dibuat supaya pelaksanaannya akan berjalan dengan lancar. Semua pihak-pihak yang terlibat hendaklah dimaklumkan bagi memudahkan semua urusan semasa aktiviti/program dijalankan. Format Perancangan Tahunan TASKA Rancangan Tahunan bagi tahun: ............. TASKA PERMATA: .......................................... Bulan

Tema/Projek

Januari

Contoh: “Diri saya”

Februari Mac April ....dan seterusnya

Kurikulum PERMATA Negara

Rancangan Aktiviti

Kaedah Pelaksanaan

Persediaan Keperluan/ Bahan

131

SeƟap Anak PERMATA Negara

Format Perancangan Bulanan TASKA

Minggu

Rancangan Bulanan bagi bulan: ....................... Tema/Projek: ........................................................ Sub Tema/ Hasil Aktiviti Fasa Projek Pembelajaran

Bahan

1 2 3 4

I.

Jadual Harian TASKA Jadual aktiviti Harian di TASKA disediakan bertujuan untuk memudahkan pendidik dan ibu bapa mengetahui dan memahami proses pembelajaran kanak-kanak sepanjang tempoh mereka berada di TASKA. Ianya juga memudahkan pendidik menyediakan semua keperluan bagi aktiviti yang akan dijalankan. Persedian awal pendidik amatlah penting supaya setiap aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan membantu mencapai hasil pembelajaran yang dijangka.

II.

Komponen-komponen Jadual Harian TASKA : Bagi melancarkan perjalanan program harian beberapa perkara perlu diambil kira dalam penyediaan jadual dan rutin harian seperti berikut: x x x x

Umur dan tahap perkembangan kanak-kanak; Peruntukan masa aktiviti; Urutan aktiviti; dan Keperluan asas kanak-kanak.

Jadual harian kanak-kanak bukan hanya memberi tumpuan kepada aktiviti, tetapi juga mengambil kira keperluan rutin kanak-kanak. Oleh yang demikian, beberapa perkara diambil kira dalam penyediaan jadual harian seperti contoh berikut. AKTIVITI

PENERANGAN

Ketibaan

Apabila kanak-kanak tiba di TASKA, mereka disambut oleh pendidik dengan mesra dan kasih sayang sambil bersalaman dan bertanya khabar. Tubuh badan kanak-kanak diperiksa untuk memastikan mereka sihat dan tiada kecederaan. Ibu Kurikulum PERMATA Negara

132

SeƟap Anak PERMATA Negara

bapa/penjaga menandatangani Buku Rekod Kehadiran waktu datang, dan menyerahkan Log Anak PERMATA. Kanak-kanak masuk ke dalam TASKA dan bersedia untuk minum pagi dan mandi (jika belum mandi). Circle Time

Circle time dijalankan pada waktu pagi di mana semua kanakkanak dan pendidik berkumpul bersama. Kanak-kanak duduk dalam kumpulan atau bulatan dan pendidik mengambil kedatangan dan kemudian menyanyi lagu Negaraku, lagu Negeri, lagu PERMATA dan lagu-lagu patriotik yang mudah dan diiringi dengan muziknya. Selepas itu pendidik menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang seperti ‘show and tell’, membaca, bercerita, melakukan pergerakan kreatif, dan sebagainya.

Senaman Pagi

Senaman pagi diadakan setiap pagi, sama ada di dalam atau luar TASKA. Pendidik menunjukkan gerakan-gerakan mudah untuk kanak-kanak lakukan. Muzik yang sesuai dipasang supaya dapat menceriakan keadaan.

Aktiviti PERMATA

Kanak-kanak melaksanakan aktiviti pembelajaran yang telah dirancang seperti yang terdapat dalam Modul PERMATA 1 hingga 6, mengikut umur kanak-kanak. Pendidik boleh juga merancang aktiviti pembelajaran yang lain, tetapi hendaklah bersesuaian dengan umur kanak-kanak serta tema yang ditetapkan.

Permainan Luar, Nature Walk, Main Air, Main Pasir Permainan Bebas

Aktiviti-aktiviti ini dijalankan di luar bangunan TASKA, pada waktuwaktu yang bersesuaian setiap hari. Walau bagaimanapun, aktiviti ini boleh diganti dengan aktiviti lain apabila keadaan tidak mengizinkan. Permainan bebas merupakan masa di mana kanak-kanak bebas memilih alat permainan atau aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pendidik. Kebiasaannya aktiviti ini dijalankan di ruang tertentu seperti di bilik kanak-kanak, sudut/ruang yang tertentu, di mana kanak-kanak memilih permainan yang diminatinya. Pendidik membantu dan membimbing kanak-kanak ‘belajar’ semasa mereka bermain.

Bercerita

Aktiviti bercerita dijalankan untuk memberi peluang kanak-kanak meningkatkan kemahiran mendengar, memahami dan awal literasi. Kanak-kanak digalakkan mencerita semula atau mereka cerita sendiri dan berkongsi cerita dengan rakan-rakan. Pendidikan menyediakan pelbagai bahan bacaan dan sudut untuk bercerita.

Rutin

Rutin ialah aktiviti asas harian yang berlaku setiap hari. Tujuan rutin diambil kira dalam jadual harian supaya dapat memenuhi keperluan asas pengasuhan kanak-kanak. Komponen asas rutin merangkumi sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, bersih diri,

Kurikulum PERMATA Negara

133

SeƟap Anak PERMATA Negara

mandi, penggunaan tandas, masa rehat dan tidur. Selain itu, amalan rutin lain yang ditekankan di TASKA PERMATA ialah: menyusun kasut di rak, menyimpan beg, mengemas dan menyimpan mainan selepas bermain dan membaca doa. Sekiranya kanak-kanak memerlukan masa yang lebih untuk rutin hariannya atau menyiapkan sesuatu tugasan, pendidik perlu membenarkannya. Rutin yang konsisten akan membantu kanakkanak berdisiplin dan mahir mengurus diri. Rehat dan Tidur

Bayi dan kanak-kanak perlu diberi masa untuk rehat dan tidur yang cukup. Rehat dan tidur yang cukup dapat membolehkannya membesar dengan sihat, ceria dan selesa. Kanak-kanak di TASKA diperuntukkan masa rehat dan tidur selama satu setengah hingga dua setengah jam, manakala bayi memerlukan di antara tiga hingga tujuh jam sehari. Walau bagaimanapun, pendidik tidak boleh memaksa sekiranya kanak-kanak enggan tidur, sebaliknya berikan mereka aktiviti senyap dan diasingkan daripada kanak-kanak yang sedang tidur.

Refleksi dan Pulang

Kanak-kanak duduk dalam kumpulan dan mengimbas kembali apa yang telah dilakukan sepanjang hari di TASKA. Pendidik juga memberi pesanan kepada kanak-kanak untuk disampaikan kepada ibu bapa. Apabila ibu bapa mereka tiba, kanak-kanak bersalam dengan pendidik dan mengambil beg mereka sementara ibu bapa mereka membaca buku Log Anak PERMATA dan sekali lagi menandatangani Buku Rekod Kehadiran – Waktu Pulang.

Transisi

Transisi ialah waktu pertukaran antara satu aktiviti dengan aktiviti yang lain. Pendidik perlu memberi masa yang mencukupi supaya kanak-kanak dapat menyiapkan tugas yang diberikan serta mengemas peralatan dan bahan yang digunakan sebelum bertukar ke aktiviti yang lain. Jika ada kanak-kanak yang masih ingin meneruskan permainan dan belum bersedia untuk mengemas peralatan, pendidik perlu bijak memujuk dan menarik perhatian kanak-kanak.

Kurikulum PERMATA Negara

134

SeƟap Anak PERMATA Negara

Contoh Jadual Harian Kanak-kanak: 6-12 bulan MASA Ketibaan/Ber main Bebas

Pagi Rutin Jagaan Asas Aktiviti Pembelajaran PERMATA

Minum Susu dan Menidurkan Bayi Aktiviti: x Kemahiran Motor (kasar dan halus) x Pemikiran logik Makan Tengahari Rutin Jagaan x Bersihkan diri Asas x Tukar Lampin/Pakaian x Tidur/Rehat Bersihkan diri/tukar lampin Menyanyi bersama Aktiviti x Awal Literasi – berbual; membacakan Pembelajaran buku/cerita PERMATA x Perkembangan Deria- meneroka dan meneliti objek x Sosioemosi - berinteraksi x Bersihkan diri/Mandi x Tukar lampin/pakaian x Minum Susu Bersiap untuk pulang – beg dan peralatan peribadi Bercerita dan Menyanyi Bermain di luar Aktiviti Pembelajaran PERMATA

Tengah hari

Petang

Kurikulum PERMATA Negara

RUTIN-AKTIVITI Selamat Datang ke TASKA PERMATA Negara x Menyambut ketibaan bayi x Menerima buku Log Anak PERMATA x Bertanya khabar x Menanda/menulis kedatangan x Bermain mengikut pilihan sendiri Sarapan Pagi Senaman pagi/Pergerakan Kreatif/Meneroka Alam Sekitar Aktiviti bersama bayi x Muzik dan Nyanyian x Pergerakan Kreatif x Penerokaan Persekitaran Bersihkan Diri x Mandi x Tukar Pakaian/Tukar lampin Mengurut Bayi

135

SeƟap Anak PERMATA Negara

Contoh Jadual Harian Kanak-kanak: 2-3 tahun MASA 7.30 pagi

PAGI

Aktiviti Pembelajaran PERMATA

Aktiviti pembelajaran PERMATA Tengah hari

RUTIN/AKTIVITI Selamat Datang ke TASKA PERMATA Negara x Menyambut ketibaan kanak-kanak x Bertanya khabar x Menerima buku Log Anak PERMATA x Menanda/menulis kedatangan x Permainan Bebas - bermain di ruang pembelajaran - membaca buku bergambar Circle Time/ Senaman pagi Nyanyian - Negaraku - Lagu Negeri - Lagu Anak PERMATA Negara - Senaman pagi - Nyanyian - Pergerakan Kreatif Sarapan Pagi Gosok gigi dan Bersih Diri/ mandi Bermain di Luar - Nature Walk - Berkebun/Siram Bunga - Main Pasir - Main Air - Aktiviti Fizikal – peralatan luar Snek Aktiviti Bidang Perkembangan: - Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian - Perkembangan bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal - Perkembangan Deria & Pemahaman Dunia Persekitaran - Perkembangan Fizikal - Perkembangan Kreativiti dan Estetika - Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik Bercerita Permainan Bebas di bimbing - Memilih permainan dari ruang-ruang pembelajaran mengikut minat sendiri Makan Tengahari - Membaca Doa makan (sebelum dan selepas) - Minum susu

Kurikulum PERMATA Negara

136

SeƟap Anak PERMATA Negara

Petang

Aktiviti Pembelajaran PERMATA

Bersihkan diri/ Gosok gigi Menukar pakaian Rehat dan Tidur Mandi/ Bersihkan diri Bercerita Minum Petang Aktiviti Pembelajaran PERMATA Negara - Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian - Perkembangan bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal - Perkembangan Deria & Pemahaman Dunia Persekitaran - Perkembangan Fizikal - Perkembangan Kreativiti dan Estetika - Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik Refleksi Waktu Pulang - membawa pulang Log Anak PERMATA Negara

( *Kanak-kanak Islam diasuh amalan berdoa, bersyukur dan adab-adab Islam pada waktu yang sesuai seperti pada permulaan aktiviti, sebelum dan selepas makan serta sebagainya)

III.

Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) yang disediakan oleh pendidik mestilah mengikut perancangan tahunan dan bulanan yang telah dibina. Tujuan menyediakan RPA adalah untuk dijadikan sebagai panduan bagi: x melaksanakan aktiviti secara fleksibel bersesuaian dengan kebolehan dan tahap kesediaan kanak-kanak x membantu pendidik merancang mempelbagaikan aktiviti pembelajaran yang bermakna untuk kanak-kanak x menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai dan pelbagai x menentukan objektif pembelajaran mengikut tahap usia kanak-kanak x memilih teknik melaksanakan aktiviti yang berkesan x menyepadu bidang perkembangan kanak-kanak mengikut kesesuaian aktiviti.

Kurikulum PERMATA Negara

137

SeƟap Anak PERMATA Negara

Format RPA adalah seperti berikut: Tajuk Aktiviti Objektif Pembelajaran: Bidang Pembelajaran: Cara pelaksanaan Apa yang pendidik dan kanak-kanak lakukan.

Bahan/ Perbendaharaan Kata

Pendidik: Kanak-kanak: Refleksi:

Contoh Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) Kumpulan : Nama Pendidik:

Tarikh: TEMA TEMPAT TINGGAL HAIWAN

Objektif Pembelajaran: x Membuat pemerhatian terhadap pelbagai jenis haiwan dan tempat tinggalnya x Mengelaskan haiwan berdasarkan jenis tempat tinggalnya x Meneroka persekitaran menggunakan deria x Menyatakan bahawa haiwan tinggal dalam persekitaran yang berbeza x Menjaga dan tidak merosakkan alam sekitar yang menjadi tempat tinggal haiwan dan makhluk lain. Bahan/ Cara pelaksanaan Perbendahraan kata Pendidik: Bahan: Video : x Tayang video tentang kehidupan haiwan http://video.nationalgeogr x Bincang dengan kanak-kanak tentang nama-nama aphic.com/video/kids/ haiwan yang mereka lihat di dalam video; Model haiwan x Kemukakan soalan-soalan seperti: Kotak - Apakah nama haiwan yang adik lihat? Kertas lukisan - Di manakah haiwan itu tinggal? Daun-daun - Apakah makanan haiwan? Batang kayu - Berapakah kaki haiwan yang adik lihat itu? Kurikulum PERMATA Negara

138

SeƟap Anak PERMATA Negara

x x x x

- Adakah haiwan minum air? - Apa yang sedang dibuat oleh haiwan dalam video? Beri galakan kepada kanak-kanak untuk mencuba mencipta habitat haiwan mengikut kreaviti mereka. Beri tunjuk ajar kepada kanak-kanak semasa aktiviti dijalankan Berkongsi maklumat dengan kanak-kanak tentang habitat haiwan Beri pujian setiap kali kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti.

Batu kecil Perbendaharaan kata: Haiwan Habitat – rumah atau tempat tinggal haiwan Sarang Hutan Air

Kanak-kanak: x Menyusun model-model haiwan dan bahan-bahan lain untuk mencipta habitat haiwan x Melukis gambar haiwan dan habitanya berdasarkan model yang dibina. x Menunjukkan hasil kerja mereka x Mempamerkan semua hasil kerja di sudut yang disediakan Refleksi:

Pendidik perlu menyediakan RPA sebelum proses aktiviti pembelajaran berlaku kecuali item refleksi yang perlu dilengkapkan selepas aktiviti selesai dijalankan. Semasa aktiviti dijalankan pendidik perlu memerhati tindak balas kanak-kanak. Kanak-kanak juga digalakkan untuk bercerita tentang pengalaman mereka semasa menjalankan aktiviti untuk mendapatkan maklum balas sama ada mereka gembira atau sebaliknya.

Kurikulum PERMATA Negara

Perhimpunan Pagi/ circle time/ senaman pagi

PENDIDIK: AKTIVITI Ketibaan Pemainan Bebas

SeƟap Anak PERMATA Negara

- Negaraku - Lagu Negeri - Lagu Anak PERMATA Negara - Senaman pagi - Nyanyian - Pergerakan Kreatif

x

x x

x

x

ISNIN Selamat Datang ke TASKA PERMATA Negara Menyambut ketibaan bayi Menerima buku Log Anak PERMATA Bertanya khabar Menanda/menulis kedatangan Bermain mengikut pilihan sendiri

TARIKH: SELASA Selamat Datang ke TASKA PERMATA Negara x Menyambut ketibaan bayi x Menerima buku Log Anak PERMATA x Bertanya khabar x Menanda/menulis kedatangan x Bermain mengikut pilihan sendiri - Negaraku - Lagu Negeri - Lagu Anak PERMATA Negara - Senaman pagi - Nyanyian - Pergerakan Kreatif - Negaraku - Lagu Negeri - Lagu Anak PERMATA Negara - Senaman pagi - Nyanyian - Pergerakan Kreatif

x

x x

x

x

RABU Selamat Datang ke TASKA PERMATA Negara Menyambut ketibaan bayi Menerima buku Log Anak PERMATA Bertanya khabar Menanda/menulis kedatangan Bermain mengikut pilihan sendiri

TEMA: KHAMIS Selamat Datang ke TASKA PERMATA Negara x Menyambut ketibaan bayi x Menerima buku Log Anak PERMATA x Bertanya khabar x Menanda/menulis kedatangan x Bermain mengikut pilihan sendiri - Negaraku - Lagu Negeri - Lagu Anak PERMATA Negara - Senaman pagi - Nyanyian - Pergerakan Kreatif

CONTOH RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI MINGGUAN (2-3 Tahun)

Kurikulum PERMATA Negara

JUMAAT Selamat Datang ke TASKA PERMATA Negara x Menyambut ketibaan bayi x Menerima buku Log Anak PERMATA x Bertanya khabar x Menanda/menulis kedatangan x Bermain mengikut pilihan sendiri - Negaraku - Lagu Negeri - Lagu Anak PERMATA Negara - Senaman pagi - Nyanyian - Pergerakan Kreatif

139

Refleksi Pesanan

Bercerita Aktiviti PERMATA

Bercerita Permainan Bebas

Aktiviti PERMATA

Main luar/ nature walk/

- Perkembangan bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal - Perkembangan Fizikal

- Nature Walk - Berkebun/Siram Bunga - Main Pasir - Main Air - Aktiviti Fizikal – peralatan luar - Perkembangan bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal - Perkembangan Fizikal Boneka Memilih permainan dari ruang-ruang pembelajaran mengikut minat sendiri

SeƟap Anak PERMATA Negara

Buku Cerita Memilih permainan dari ruang-ruang pembelajaran mengikut minat sendiri

- Nature Walk - Berkebun/Siram Bunga - Main Pasir - Main Air - Aktiviti Fizikal – peralatan luar - Perkembangan Deria & Pemahaman Dunia Persekitaran

-Perkembangan - Perkembangan Deria Sahsiah, & Pemahaman Sosioemosi dan Dunia Persekitaran Kerohanian Perkembanga n bahasa, - Perkembangan Komunikasi dan Awal Matematik Literasi Awal dan Pemikiran Logik

Buku Besar Memilih permainan dari ruang-ruang pembelajaran mengikut minat sendiri

- Nature Walk - Berkebun/Siram Bunga - Main Pasir - Main Air - Aktiviti Fizikal – peralatan luar -Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian

Perkembangan Fizikal Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik

- Nature Walk - Berkebun/Siram Bunga - Main Pasir - Main Air - Aktiviti Fizikal – peralatan luar Perkembangan Fizikal Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik Kad bergambar Memilih permainan dari ruang-ruang pembelajaran mengikut minat sendiri

Kurikulum PERMATA Negara

- Perkembangan Kreativiti dan Estetika - Perkembangan Fizikal

Bahan maujud Memilih permainan dari ruang-ruang pembelajaran mengikut minat sendiri

- Nature Walk - Berkebun/Siram Bunga - Main Pasir - Main Air - Aktiviti Fizikal – peralatan luar - Perkembangan Kreativiti dan Estetika

140

141

SeƟap Anak PERMATA Negara

KOLABORASI DENGAN IBU BAPA DAN KOMUNITI Kurikulum PERMATA Negara, memberi penekanan kepada kolaborasi dengan ibu bapa dan komuniti. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam aktiviti pengasuhan dan pendidikan anak-anak mereka sama ada di rumah mahupun di TASKA. Penglibatan ibu bapa yang berterusan akan membantu pembelajaran di TASKA kerana ibu bapa datang daripada berbagai pengalaman dan kepakaran yang boleh dikongsi bersama kanak-kanak. Penglibatan ibu bapa akan menyemai rasa kepunyaan, menghormati dan menghargai sumbangan yang diberikan oleh pendidik kepada anak-anak mereka. Kerajaan Malaysia menganggap ibu bapa dan masyarakat sebagai rakan kongsi dan pemegang taruh (stakeholders) kepada Kurikulum PERMATA Negara, dan sama-sama mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap kualiti pendidikan yang disediakan kepada kanak-kanak. Bukan sahaja setakat penglibatan dalam aktiviti-aktiviti, ibu bapa juga dikehendaki membantu pendidik dalam aspek pengurusan dan pembelajaran kanak-kanak. Sebab itulah, dalam dokumen Kurikulum ini, istilah kolaborasi digunakan.

9.1 Kolaborasi Dengan Ibu Bapa 9.1.1

Tujuan Kolaborasi Dengan Ibu Bapa

x

Ibu bapa dan pendidik hendaklah saling mengenali dan sentiasa berhubung untuk memastikan kesejahteraan kanak-kanak semasa berada di TASKA

x

Hubungan baik ini akan mengurangkan salah faham atau pertelingkahan di antara ibu bapa dan pendidik; menimbulkan rasa sayang dan hormat pada pendidik dan TASKA

x

Pendidikan kanak-kanak di TASKA perlu ada kesinambungannya di rumah, oleh itu apa yang diajar di TASKA harus diketahui oleh ibu bapa supaya dapat diamalkan juga di rumah

x

Pendidik pula perlu mengambil tahu apa yang berlaku kepada kanak-kanak semasa di rumah supaya dapat disesuaikan dengan keperluannya semasa di TASKA. Pengetahuan tentang sesuatu keperluan khusus kanak-kanak adalah sangat penting untuk membantu pendidik memahami kanak-kanak dan mempertingkatkan mutu pengasuhan dan pendidikan di TASKA

x

Ibu bapa dan pendidik perlu bekerjasama memantau kemajuan perkembangan kanak-kanak - ibu bapa melakukannya semasa kanak-kanak berada di rumah, manakala, pendidik memantau semasa kanak-kanak berada di TASKA. Dengan itu, perkongsian maklumat dan kerjasama untuk mencari sesuatu kaedah intervensi, jika diperlukan dapat dilakukan bersama

Kurikulum PERMATA Negara

142

SeƟap Anak PERMATA Negara

x

Oleh kerana kanak-kanak berkemungkinan datang daripada pelbagai latar belakang, nilai dan sosiobudaya, maka interaksi dan hubungan baik ibu bapa dengan pendidik akan merapatkan jurang perbezaan pelbagai kaum di Malaysia

x

Sokongan ibu bapa sudah pasti akan memberi semangat kepada pendidik di TASKA untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka, justeru akan meningkatnya pencapaian kanak-kanak dalam perkembangan menyeluruh mereka

x

Menubuhkan Persatuan Ibu Bapa Pendidik (PIBP) yang dianggotai oleh ibu bapa yang menghantar anak ke TASKA serta dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga boleh merancang aktiviti-aktiviti kebajikan untuk kebaikan semua pihak di TASKA

9.1.2

Tanggungjawab Ibu Bapa

x

Ibu bapa perlu menyediakan semua keperluan asas anak-anak untuk kemudahan mereka semasa berada di TASKA. Perkara-perkara yang perlu disediakan ialah:

x

Mengisi Laporan Kesihatan Anak

x

Pakaian yang secukupnya untuk kegunaan harian anak, termasuk peralatan mandian dan lampin

x

Menyusu sendiri anak di TASKA atau menyediakan bekalan susu yang mencukupi untuk kegunaan anak sepanjang berada di TASKA. Jika anak diberi susu formula, peralatan persediaan susu seperti botol susu, puting, dan alat untuk membasuh botol susu hendaklah disediakan

x

Menyediakan beg yang bersesuaian untuk mengisi pakaian kotor anak

x

Menghadiri perjumpaan/mesyuarat atau kursus pendidikan keibubapaan di TASKA sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan 9.1.3

Aktiviti Ibu Bapa di TASKA

Penglibatan ibu bapa di bawah Program PERMATA Negara adalah diwajibkan iaitu sekurang-kurangnya 1 jam seminggu atau 4 jam sebulan mengikut kesesuaian masa dan aktiviti yang mereka selesa jalankan. Jadual untuk ibu bapa hadir ke TASKA akan disediakan oleh pihak TASKA dengan persetujuan ibu bapa mengikut giliran tertentu. Antara penglibatan ibu bapa di TASKA yang dicadangkan adalah:

Kurikulum PERMATA Negara

143

SeƟap Anak PERMATA Negara

Bil.

Aktiviti

Penerangan

1

Bermain dengan kanak-kanak

Ibu/bapa boleh terlibat dalam semua jenis permainan kanak-kanak untuk membantu menyediakan ‘scaffolding’ supaya pembelajaran kanak-kanak menjadi lebih berkesan. Contohnya: x x x x x

2

Memantau kanakkanak bermain di luar TASKA

Aktiviti bersenam, bersukan atau bermain bebas Main manipulatif Membaca dan bercerita Menyanyi, menari, dan bermain alat muzik Melukis, membuat capan, kolaj, projek rekacipta dan sebagainya Berlakon, main peranan, main boneka, dsb; Bermain permainan tradisional Bermain pasir atau ai Nature walk dan lain-lain Ibu/bapa memberi tunjuk ajar cara bermain dengan betul dan memastikan kanak-kanak selamat dari sebarang bahaya.

3

Mengurus aktiviti rutin kanak-kanak

Ibu/bapa membantu dalam aktiviti rutin di TASKA, seperti:

x x x x

6

7

x Melayan kanak-kanak semasa makan sambil berbual dan bercerita tentang khasiat makanan. x Menggalakkan kanak-kanak membasuh tangan sebelum dan selepas makan. x Menunjuk ajar kanak-kanak menggunakan tandas; x Membimbing kanak-kanak berdoa atau membaca Al-Quran dan cara-cara beradab sopan; x Membantu memandikan bayi atau memantau kanakkanak mandi atau tidur. Menjalankan Ibu/bapa boleh mengadakan aktiviti khas untuk sesuatu aktiviti kanak-kanak dan pendidik dalam bidang kepakaran khas berasaskan mereka seperti memasak; fotografi; kraftangan; ICT; kepakaran drama; computer games; berkebun; dan lain-lain. Menyediakan bahan pembelajaran untuk digunakan di TASKA

Ibu/bapa membantu menyediakan alat bantu mengajar atau barang permainan untuk digunakan oleh kanak-kanak di TASKA, contohnya: bingkai gambar; album gambar; koleksi gambar mengikut tema; buku cerita; props untuk persembahan, dan lain-lain

Kurikulum PERMATA Negara

144

SeƟap Anak PERMATA Negara

Bil.

Aktiviti

Penerangan

8

Aktiviti “Go Green”

Ibu/bapa membawa tanaman untuk ditanam di kawasan TASKA.

9

Menyediakan alat permainan daripada bahan kos rendah dan kitar semula.

Ibu/bapa membawa bahan-bahan yang kitar semula yang bersesuaian untuk digunakan bagi menceriakan ruang pembelajaran kanak-kanak di TASKA dan membuat alat permainan bersamasama kanak-kanak.

10

Sebagai rujuk

Ibu/bapa boleh dijemput memberi penerangan tentang bidang kepakarannya, contohnya; cara menangkap ikan atau mengeringkan ikan jika bapa seorang nelayan; cara menanam pokok jika bapa yang bekerja sebagai pekebun; cara membuat beg dari ayaman surat khabar lama. Cara-cara menjaga gigi bagi ibu bapa yang bekerja sebagai jururawat.

pakar

9.1.4. Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik

Setiap TASKA PERMATA diwajibkan menubuhkan Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik (PIBP) yang dianggotai oleh pendidik dan ibu bapa. PIBP perlu mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan dan Mesyuarat Bulanan untuk merancang dan melaksanakan program yang menyokong program-program sedia ada di TASKA dan juga program lain yang dirasakan sesuai dilaksanakan sepanjang tahun. PIBP boleh memberi cadangancadangan penambahbaikan agar ianya memberi faedah kepada kanak-kanak.

9.2

Kolaborasi Dengan Komuniti

Komuniti setempat juga meruapakan pemegang taruh dalam Program PERMATA Negara. Penglibatan komuniti bukan sahaja akan mewujudkan kerjasama yang sihat tetapi juga memberi pendedahan kepada semua ahli komuniti untuk memahami pentingnya perkembangan awal kanak-kanak dan apakah itu Program PERMATA Negara. Ahli komuniti boleh terlibat dalam berbagai aktiviti pembelajaran kanak-kanak di TASKA PERMATA , secara langsung atau tidak langsung, melalui sokongan kepakaran, peralatan, kewangan atau kesukarelawanan. Terdapat beberapa kategori komuniti/agensi yang perlu terlibat dalam Program PERMATA Negara seperti: x

Pihak bomba, polis, pejabat pos, klinik/poliklinik, hospital atau pusat perubatan

Kurikulum PERMATA Negara

145

SeƟap Anak PERMATA Negara

x

Majlis Daerah/Perbandaran, Ketua Kampung/Penghulu, JKKK, - mana-mana agensi kerajaan yang berkenaan

x

Sekolah, institusi pendidikan dan institusi pengajian tinggi yang terdapat di lokasi TASKA

x

Kilang, industri, supermarket, syarikat perniagaan, kedai, pasar, muzium, zoo, taman bunga/rekreasi dan sebagainya

x

Individu-individu tertentu seperti ADUN, wakil rakyat dan ahli masyarakat biasa

x

Pertubuhan Bukan Kerajaan

x

Badan-Badan Berkanun yang berkaitan

Mengikut Bronfenbrenner (1999), semua pihak dalam sesuatu sistem ekologi manusia, secara langsung atau tidak langsung akan memberi impak kepada pendidikan dan perkembangan kanak-kanak. Secara khusus, komuniti setempat paling besar impaknya terhadap perkembangan kanak-kanak, dan mereka mempunyai peranan untuk menentukan kejayaan kanak-kanak di TASKA. Penglibatan mereka yang aktif perlu dirancang dan dibincangkan supaya mendapat sokongan dan bantuan yang boleh dan memastikan kejayaan pelaksanaannya. Antara aktiviti yang memerlukan penglibatan komuniti ialah: x

Program pemeriksaan kesihatan, keselamatan dan pembelajaran kanak-kanak

x

Semua program sambutan/keraian yang dianjurkan oleh TASKA seperti; hari sukan; sambutan kemerdekaan; perayaan agama (Hari Raya; Tahun Baru Cina; Deepavalli; Krismas, dan sebagainya); hari kanak-kanak; hari pahlawan dan lainlain

x

Menjemput komuniti berkongsi pelbagai maklumat berkaitan; kesihatan; keselamatan; pemakanan; permainan, perniagaan dan ekonomi, pembangunan, sejarah dan kebudayaan, keagamaan, dan sebagainya

x

Menerima lawatan sambil belajar kanak-kanak untuk tujuan pembelajaran bertema dan pendekatan berasakan projek

9.2.1 x

Penglibatan Komuniti Membantu membersih dan mengindahkan persekitaran TASKA, memastikan selamat, menanam pokok, mengecat, membersih, membina taman, pondok atau kebun

x

Membekalkan peralatan siaraya, kerusi meja, dan lain-lain untuk sesuatu majlis yang diadakan oleh TASKA

x

Memberi tunjuk ajar penggunaan peralatan pencegahan keselamatan

x

Memberi sumbangan barang permainan, alat tulis, dan peralatan seperti komputer, printer, mesin xerox, kamera, dapur masak, atau dalam bentuk kewangan kepada TASKA

Kurikulum PERMATA Negara

146

SeƟap Anak PERMATA Negara

x

Menjalankan pemeriksaan perubatan dan kesihatan kanak-kanak

x

Membekalkan buku-buku cerita, cekera padat dan lain-lain Agensi dan Organisasi dalam Program di TASKA

JKKK

Bekerjasama menganjurkan program yang melibatkan kanak-kanak;

Pertubuhan Wanita/ Belia

Membantu TASKA dalam aktivtiti harian bersama kanakkanak – bermain; bercerita dan lain-lain;

Pihak Berkuasa Tempatan

Menyediakan peralatan untuk sesuatu majlis di TASKA;

Perpustakaan Awam

Menjemput kanak-kanak TASKA mendaftar sebagai ahli; Memberi maklumat tentang buku yang sesuai digunakan di TASKA untuk kanak-kanak;

Jabatan Bomba dan Penyelamat

Menjemput kanak-kanak menyertai program yang dianjurkan oleh pihak jabatan; Memberi taklimat dan demonstrasi tentang langkah keselamatan di TASKA serta menjalankan latihan pengongsian bangunan;

Jabatan Kesihatan

Memberi khidmat nasihat berkaitan kebersihan premis, TASKA serta menganjurkan ceramah berkaitan kesihatan dan penyakit berjangkit;

Klinik Kesihatan

Menjalankan program pemeriksaan kesihatan dan immunisasi serta pemakanan kanak-kanak; Pemeriksaan dan kebersihan gigi kanak-kanak; Menjemput TASKA menyertai program yang dianjurkan; Membekalkan berbagai jenis tanaman dan tumbuhan, melawat ladang; Mendapatkan kerjasama untuk bantuan penambahbaikan dan kemudahan peralatan untuk sesuatu majlis anjuran TASKA.

Klinik Pergigian Sekolah/IPT/Kolej Pejabat Pertanian Ketua Kampung/ Wakil Rakyat

Kurikulum PERMATA Negara secara khusus meletakkan komuniti sebagai sebahagian daripada kerangka konseptualnya. Ini menunjukkan betapa pentingnya peranan komuniti dalam membangunkan generasi bangsa Malaysia masa hadapan. Kolaborasi antara TASKA dengan komuniti sangat diharapkan untuk menghasilkan suatu program pengasuhan dan pendidikan Kurikulum PERMATA Negara

147

SeƟap Anak PERMATA Negara

awal kanak-kanak Negara yang berkualiti tinggi setaraf dengan program-program lain yang terkenal di dunia. Kolaborasi daripada masyarakat setempat dan ahli komuniti adalah sangat besar dan berkesan. Kata pepatah Afrika: “it takes a community to raise a child”, maka diharapkan penglibatan komuniti dan sumber-sumber yang terdapat dalam komuniti akan membawa hasil yang positif kepada kanak-kanak.

Aktiviti PERMATA dengan Ibu Bapa dan Komuniti

Kurikulum PERMATA Negara

148

SeƟap Anak PERMATA Negara

ETIKA DAN PROFESIONALISME PENDIDIK PERMATA Kurikulum PERMATA Negara menitikberatkan nilai perkhidmatan yang berkualti, bagi menjamin perkembangan kanak-kanak dalam aspek pengasuhan dan enam bidang pembelajaran yang telah ditetapkan. Kurikulum ini sewajarnya dilaksanakan dengan falsafah dan efikasi yang tinggi, dengan penuh tanggungjawab dan akauntabiliti, agar tercapai objektif dan matlamat yang dikehendaki. Pendidik dan pihak yang menguruskan TASKA sebagai pelaksana utama hendaklah memastikan perincian mengenai Kurikulum PERMATA Negara, dasar dan garis panduan serta Piawaian Pelaksanaan Prosedur (SOP) dihayati dan dipatuhi sepenuhnya.

10.1

Ciri-Ciri Sahsiah Pendidik

Pendidik telah dilatih supaya mereka dapat membentuk diri dengan ciri-ciri pendidik yang berakhlak mulia dan berkualiti semasa menjalankan tugas mereka. Ciri-ciri penting yang ada dalam diri setiap Pendidik adalah seperti berikut.

MENJADI TELADAN BERDISIPLIN

BERSEDIA

MENGHARGAI DIRI

MENEPATI MASA

BERTANGGUNG JAWAB

BERINTEGRITI ITI

JUJUR

PENDIDIK/ PENGASUH PERMATA

BERKETRAMPILAN DIRI

Pendidik yang jujur tidak akan bertindak mengikut emosi atau keputusan sendiri. Pendidik hendaklah sentiasa merujuk kepada pihak pengurusan sebelum mengambil apa-apa tindakan. Setiap keputusan atau

Jujur dan Amanah

Kurikulum PERMATA Negara

SeƟap Anak PERMATA Negara

149

tindakan adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan kanakkanak di bawah asuhan mereka. Pendidik mesti menjaga keperibadian diri dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan tidak memandang rendah terhadap keupayaan diri dalam menjalankan tugas.

Berintegriti

Pengurusan masa amat penting dalam menjalankan tugas sebagai Pendidik. Setiap tanggungjawab dan tugas dilaksanakan mengikut jadual dan masa yang telah dirancangkan. Sentiasa menjalankan tugas dalam masa yang ditetapkan tanpa melengah-lengahkan masa.

Menepati masa

Pendidik perlu memastikan mereka sentiasa berdisiplin dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab tugas seharian. Pendidik hendaklah mendisiplinkan diri untuk tidak mengambil kesempatan terhadap tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan kepadanya. Berdisiplin

Pendidik yang profesional akan menjadi teladan (role model) kepada pihak TASKA, ibu bapa dan anak-anak. Tabiat seperti menengking, berbohong, tingkah laku kurang sopan, bergaduh, merokok, dan minum arak adalah tidak bersesuaian sama sekali semasa bertugas atau luar waktu bertugas. Pendidik tidak boleh menggunakan kemudahan dan peralatan TASKA untuk urusan peribadi sebelum meminta kebenaran dari pihak yang bertanggungjawab/majikan. Teladan Baik

Pendidik sentiasa bersedia untuk menjalankan setiap tugas yang diarahkan. Selain itu, adalah amat penting pendidik bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku semasa bertugas seperti kemalangan, kecemasan, kehadiran tetamu, menganjurkan majlis dan sebagainya. Bersedia

Pendidik perlu merasa bangga dan menghargai diri dengan profesyennya. Mereka hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan yakin dan berwibawa. Menghargai diri

Setiap keputusan dan tindakan yang diambil hendaklah secara rasional dan dibincangkan bersama pihak pihak yang bertanggungjawab/majikan bagi menggelakkan salah faham. Pendidik juga hendaklah

Bertanggungjawab

Kurikulum PERMATA Negara

150

SeƟap Anak PERMATA Negara

bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang diambil dan tidak menyalahkan orang lain.

Pendidik perlu menunjukkan ciri-ciri keperibadian yang tinggi dengan menjaga tata susila tentang cara menyesuaikan diri mengikut tempat dan keadaan. Pendidik harus sentiasa kelihatan bersih, kemas dan bersedia melakukan segala tanggungjawab yang telah dipersetujui. Pakaian merupakan faktor penting yang perlu diberi perhatian. Pendidik hendaklah sentiasa tampil dalam keadaan yang bersopanan, tidak keterlaluan dan tidak menjolok mata dalam berpakaian.

Berketrampilan diri

10.2

TANGGUNGJAWAB PENDIDIK PERMATA

x

Menghormati hak kanak-kanak seperti yang termaktub dalam Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak.

x

Melaporkan sebarang penganiayaan dan pengabaian kepada pegawai pelindung dengan serta merta.

x

Mengelakkan diri dari melakukan penganiayaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak.

x

Mempunyai sifat sabar dan penyayang semasa mendampingi kanak-kanak.

x

Mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugasan.

x

Segala tindakan dan keputusan yang diambil hendaklah demi kepentingan kanak-kanak.

x

Mewujudkan persekitaran yang merangsangkan, mesra, selamat dan bersih bagi meningkatkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

x

Setiap kanak-kanak adalah unik dan mempunyai potensi diri sendiri. Pendidik PERMATA hendaklah menggalakkan mereka berkembang tanpa tekanan/paksaan.

x

Tiada mendiskriminasi kanak-kanak kerana agama, bangsa, kebudayaan, gender, umur, kebolehan, dan status ekonomi mereka.

x

Sebarang gambar kanak-kanak tidak boleh digunakan untuk apa-apa jua tujuan tanpa kebenaran ibu bapa mereka.

Kurikulum PERMATA Negara

bahasa,

151

SeƟap Anak PERMATA Negara

10.3

Kod Etika Pendidik PERMATA Setiap Pendidik PERMATA hendaklah:

x

Menjalankan tugas dengan amanah dan penuh komitmen

x

Menggalakkan perhubungan yang sihat di taska

x

Proaktif dan bermotivasi tinggi untuk memajukan diri bagi meningkatkan pengetahuan dan profesionalisme dalam bidang asuhan dan pendidikan awak kanak-kanak

x

Menyokong dasar, standard dan amalan di taska dengan adil, tiada diskriminasi, bias dan prejudis, dan berdasarkan kepentingan kanak-kanak, keluarga dan komuniti

x

Bekerjasama dengan semua pihak semasa menjalankan tugas

x

Memberi maklumat yang tepat kepada ibu bapa dan pihak pengurusan

x

Merujuk kepada pihak pengurusan sebelum membuat sebarang keputusan terutamanya yang menyentuh dasar berkaitan kanak-kanak dan ibu bapa

Adalah penting bagi pendidik mempunyai tahap kompetensi yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik kepada anak-anak yang bakal menjadi generasi pewaris. Kod Etika ini hanyalah sebagai garis panduan bagi pendidik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka di TASKA. Keberkesanan dan kejayaan pelaksanaan pemakaian Kurikulum PERMATA Negara ini terletak sepenuhnya di tangan pendidik. Ini kerana pendidiklah yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengimplementasi segala yang telahpun dimaktubkan dalam kurikulum ini. Hanya dengan implementasi yang betul dan efektik oleh pendidik sahajalah yang dapat memastikan semua kanak-kanak yang telah diasuh dan dididik ini akan berkembang minda, fizikal dan emosi mereka bagi memulakan persekolahan formal setelah tamat program di TASKA. Penekanan kepada aspek-aspek akhlak mulia dan amanah seseorang Pendidik adalah faktor kejayaan Program PERMATA Negara.

“SETIAP ANAK PERMATA NEGARA” Kurikulum PERMATA Negara

152

SeƟap Anak PERMATA Negara

LAMPIRAN 1 (1)

CONTOH CARA MENULIS JURNAL/CATATAN ANEKDOT

TARIKH BERMULA: 21 April 2012 NAMA: Akmal Hakim (AK) UMUR: 3 tahun 9 bulan FOKUS PEMERHATIAN: Perkembangan sosial (boleh juga lebih dari satu fokus) MASA: 09.15 pagi NAMA PENDIDIK: Asma Husna Abd Rahim ****************************************************************** TARIKH: 21/4/12 Semasa AK datang dengan ayahnya pada pukul 8.25 pagi, dia kelihatan sangat seperti biasa bersalam dengan saya dan mencium ayahnya sebelum masuk ke dalam TASKA. AK anak yang periang dan sangat mudah mesra dengan rakan-rakan. Selepas meletak begnya di rak, dia terus berlari ke dalam dan memeluk Juita yang sedang menghisap jari. Juita juga baru sampai ke TASKA dihantar oleh ibunya. AK suka bermain dengan mainan kereta traktor dan kereta bomba. Setiap pagi dia akan ambil mainan tersebut dan bermain bersendirian, membuat bunyi traktor dan siren kereta bomba. Hari ini saya terdengar dia berkata kepada Mohd Firdaus bahawa dekat rumahnya ada kereta traktor korek tanah, dan traktor itu telah terjatuh ke dalam lubang sambil menunjukkan bagaimana traktor itu terbalik ke dalam lubang, ”dia tak boleh kontol”. (traktor itu hilang control). ”Bomba tu pergi angkat orang tu.. bunyi dia kuat, eee oo, ee oo ada lampu biru...”. ”Kami tengok orang tu.. dia berdarah” kata AK. Baru saya faham, mengapa AK sangat suka bermain dengan kedua-dua kereta mainan tersebut. AK telah mempelajari fungsi traktor (mengorek tanah) dan traktor boleh terbalik jika berada di tempat yang tidak stabil). Dia telah menggunakan perkataan ”tidak boleh kontrol” yang menunjukkan kefahamannya mengapa traktor itu jatuh ke bawah.

Kurikulum PERMATA Negara

153

SeƟap Anak PERMATA Negara

LAMPIRAN II: SENARAI SEMAK PERKEMBANGAN (DEVELOPMENTAL CHECK LIST) Senarai Semak Perkembangan Motor Kasar Kemahiran Motor Kasar Nama: Akmal Hakim (AK) Program: PERMATA Negara (3-4 thn)

Pemerhati: Nama Pendidik Tarikh: 18/6, 18/7 .....

Arahan: Guna [ ] bila tingkah-laku diperhatikan. Tulis pemerhatian dan tarikh. Biarkan item kosong sehingga dapat melihat tingkah-laku tersebut.

Item

Pemerhatian/bukti

Tarikh

______ berjalan turun tangga dengan kaki yang berlainan

Ada tapi AK masih teragakagak.

18/6/12

______ membaling bola ke arah yang dituju

Boleh tinggi.

membaling

dengan

kaki

Masih tidak boleh mengikut rentak muzik

______ mengayuh basikal beroda tiga

Boleh tapi menghadapi masalah semasa mula nak menggerakkan basikal.

_____ menggerakkan mengikut rentak muzik

Dan seterusnya...

18/6/12

18/6/12

Dan seterusnya...

Dan seterusnya...

Kurikulum PERMATA Negara

154

SeƟap Anak PERMATA Negara

PANEL PENYEMAKAN SEMULA KURIKULUM PERMATA NEGARA EDISI KE TIGA:

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Projek Perintis PERMATA Datuk Siti Azizah Sheikh Abod Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kurikulum PERMATA Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob Penyunting Puan Jameyah Sheriff Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof. Madya Dr. Sopia Md Yassin Prof. Madya Dr. Mohd Hassan Abdullah Dr. Noor Aini Ahmad Universiti Putra Malaysia Dr. Rohani Abdullah Puan Nani Menon Puan Rosazizi Abdul Rahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof. Madya Dr. Mastura Badzis Universiti Malaya Dr. Azizah Lebai Nordin Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM Puan Harlina Mohamad Institut Pendidikan Guru, KPM Encik Muhammad Hj Sulaiman (Kampus Raja Melewar, Seremban) Puan Normasura Hj Jani (Kampus Perempuan Melayu, Melaka) Puan Norzaini Yang (Kampus Bahasa Melayu, W.P. Kuala Lumpur) Puan Rashidah Elias (Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu) Puan Siti Saleha Samuri (Kampus Pendidikan Islam, Bangi) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Jabatan Kemajuan Masyarakat Malaysia (KEMAS) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Institut Sosial Malaysia Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu Kurikulum PERMATA Negara

SeƟap Anak PERMATA Negara

155

Majlis Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Majlis ECCE) Puan Amy Bala SEGI College National Association of Early Childhood & Care Education Malaysia (Pengerusi: Datin Radziah M. Daud) Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (Pengerusi: Puan Shamsinah Che Shariff) Persatuan Pengasuh Berdaftar Negeri Sembilan/Melaka (Pengerusi: Puan Rozita Kamil) Persatuan Pengusaha TASKA Berdaftar WPKL (Pengerusi: Puan Hjh Norhayati Shamsuddin) Persatuan TASKA Melayu Malaysia (Pengerusi: Puan Zainol Sulaiman) Persatuan TASKA Negeri Selangor (Pengerusi: Puan Hjh Mahanom Basri) Persatuan TASKA Negeri Perak (Pengerusi: Puan Ding Moi King) Persatuan TASKA Negeri Johor (Pengerusi: Puan Norhayati Daud) Persatuan Pengasuh Negeri Pahang (Pengerusi: Puan Rosnah Ahmad) Persatuan Pengasuh Negeri Terengganu (Pengerusi: Puan Ruhana Salleh) Persatuan Pengasuh dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sarawak (Pengerusi: Puan Hjh Juiter Abang) Jurulatih PERMATA Puan Audrey Lee Yoke Wah Puan Argayah @ Rogayah Saad Puan Nor Aeshah Hamzah Puan Sakae Sasamori Puan Nor Faizah Abdullah Community Learning Curve (Puan Norsheila Abdullah)

Kurikulum PERMATA Negara

156 Idaman Learning Network (Puan Norma Wahab) Pusat Latihan & Konsultasi Iltizam (Puan Nik Rosminah Nik Taib) Dandara Murni Training and Consultancy (Puan Musalmah Muhamad) Urusetia: Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri Unit Latihan PERMATA, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia

Kurikulum PERMATA Negara

SeƟap Anak PERMATA Negara

SeƟap Anak PERMATA Negara

157

Kurikulum PERMATA Negara

158

Kurikulum PERMATA Negara

SeƟap Anak PERMATA Negara

SeƟap Anak PERMATA Negara

159

Kurikulum PERMATA Negara

160

Kurikulum PERMATA Negara

SeƟap Anak PERMATA Negara