new release - MIFC

Syed MuhammadNaquib al-Attas mengenai agama dalam beberapa karya ini : Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak. Selain dari huraian makna agama berdasarkan...

20 downloads 576 Views 321KB Size
NEW RELEASE January 2013

Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak

Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas 9789670149332 (pbk)

2013 ; 104 pp.

RM 38.00 / USD 20.00

Contoh terbaik penjelasan agama yang harmoni dan mengambil kira permasalahan dan cabaran sebenar dalam masyarakat dapat dilihat dalam huraian Prof. Syed MuhammadNaquib al-Attas mengenai agama dalam beberapa karya ini : Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak. Selain dari huraian makna agama berdasarkan kaedah bahasa dan semantik yang tertib, al-Attas juga mempersembahkan makna-makna tersebut di dalam satu rangka tradisi pemikiran yang telah sedia terbina kukuh dalam sejarah keilmuan Islam sejak berzaman. Keharmonian huraian beliau juga jelas apabila al-Attas mengaitkan makna agama dengan fahamfahamasasi yang lain dalam kerangka pandangan alam Islam seperti faham ilmu, insan, keadilan dan kesaksamaan, akhlak, persaudaraan, kebahagiaan, pembangunan dan lain-lain. Keseluruhan huraian beliau kelihatan seperti satu cosmos yang seimbang dan penuh ketertiban tanpa ada pertentangan antara satu unsur dengan unsur yang lain. Penjelasan sebeginilah yang amat diperlukan oleh masyarakat Islam sekarang dalam keadaan mereka dikelirukan dengan pelbagai huraian tentang agama yang saling bertentangan sehingga menyebabkan seluruh makna agama menjadi haru-biru, chaos dan akhirnya menjadi fitnah kepada agama Islam itu sendiri.

IBFIM Bookhoppe - Knowledge Management Centre 5 Floor, Menara Takaful Malaysia, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur. th

Tel: +603-2031 1010 ext. 577/573 Fax: +603-2031 4250

[email protected] / [email protected]