panduan pelaksanaan modul 5 minit benci zina negeri johor - JPNJ

menjauhi gejala seks bebas atau zina (menurut Islam) yang memberi kesan buruk daripada aspek agama .... negatif seperti pergaulan bebas lelaki dan per...

4 downloads 475 Views 1MB Size
1

PANDUAN PELAKSANAAN MODUL 5 MINIT BENCI ZINA SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR

BENCI ZINA

Disediakan oleh : Jabatan Pelajaran Johor

2

PANDUAN PELAKSANAAN MODUL 5 MINIT BENCI ZINA SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR

Disediakan oleh : Jabatan Pelajaran Johor 2010 BENCI ZINA

3

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Kata Alu-aluan -

Pengarah Pelajaran Johor

4

-

Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan

5

-

Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam

6

Matlamat

7

Objektif

7

Panel Penggubal Modul

8

SUBTAJUK Pengenalan

12

Punca

16

Teknik

26

Peranan

56

Kesan

59

Prosedur dan Tatacara

61

Lampiran

68

Penghargaan

73

BENCI ZINA

4

KATA ALU-ALUAN PENGARAH JABATAN PELAJARAN JOHOR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia Dunia pendidikan hari ini mendapat tumpuan semua pihak, khususnya pihak kerajaan. Pelbagai usaha, perancangan, peruntukan dan tindakan telah diatur bagi mencapai tahap pendidikan yang tinggi, seperti yang diharapkan oleh semua pihak. Murid diibaratkan sebagai rebung yang masih boleh dilentur. Namun murid kini berada dalam dunia globalisasi. Globalisasi bergerak seiring dengan modenisasi. Dalam dunia serba moden ini, masyarakat mementingkan prestij dan kemewahan. Oleh sebab itu, mereka menjadi semakin individualistik dan materialistik. Globalisasi tidak saja ditandai dengan dominasi ekonomi tetapi ia merentasi ke arah budaya dan pemikiran. Gejala sosial kini semakin merebak tanpa penghujungnya. Perhubungan seks secara bebas ataupun zina (menurut Islam) dalam kalangan muridmurid sekolah merupakan satu gejala yang membimbangkan. Ia seterusnya menyumbangkan kepada kes pembuangan bayi yang menjadi isu hangat kebelakangan ini. Oleh itu, guru seharusnya memainkan peranan dalam usaha melentur mereka menuju ke arah kejayaan melalui usaha pembangunan modal insan. Modul 5 Minit Benci Zina ini merupakan salah satu alternatif yang boleh digunakan oleh guru-guru bagi menangani masalah ini. Ia bukanlah satu panduan yang mutlak tetapi masih mampu memberikan sumbangan ke arah menerapkan sikap ‘benci zina’ dalam kalangan murid. Saya berasa sukacita dan mengucapkan tahniah kepada Sektor Pembangunan Kemanusiaan dan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, kerana berjaya menerbitkan Modul 5 Minit Benci Zina ini yang selari dengan objektif Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Ia merupakan satu sumbangan yang sangat bermakna kepada perkembangan pendidikan di Malaysia khususnya di Negeri Johor. Sekian, terima kasih.

BENCI ZINA

5

KATA ALU-ALUAN KETUA SEKTOR, SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera..... Syukur Alhamdulillah akhirnya sebuah Modul 5 Minit Benci Zina telah berjaya diterbitkan di Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Matlamat modul ini adalah untuk melahirkan kemenjadian murid yang bersahsiah tinggi bagi mengekalkan jati diri ke arah pembangunan insan kamil yang bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Terbaru, menurut Berita Harian bertarikh 15 Julai 2010, Statistik Jabatan Pendaftaran Negara mendapati seramai 17,303 orang anak tidak sah taraf atau anak luar nikah dilahirkan pada tahun 2009 sahaja. Ia menjadi ancaman dan kebimbangan negara, seterusnya melibatkan maruah dan agama Islam, amat perlu ditangani segera. Justeru, fokus modul ini adalah bagi memberi pendedahan serta pencegahan benci zina dalam kalangan murid sekolah. Program ini mengandungi modul khas 5 minit benci zina yang memainkan peranan bagi melahirkan individu untuk membenci perlakuan zina secara bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sehubungan itu, pelaksanaan Modul 5 Minit Benci Zina ini seharusnya dilaksanakan secara menyeluruh dengan melibatkan seluruh warga sekolah agar semua murid mendapat panduan dan bimbingan sewajarnya. Diharapkan modul ini dapat dijadikan sebagai rujukan utama bagi menjauhi perbuatan zina. Ucapan tahniah dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa khususnya pasukan penggubal yang telah bertungkus lumus sehingga berjaya menerbitkan modul ini. Sekian, terima kasih.

Jabatan Pelajaran Johor BENCI ZINA

6

KATA ALU-ALUAN KETUA SEKTOR, SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.....

BENCI ZINA USAHA BERTERUSAN Dipanjatkan syukur ke hadrat-Nya kerana dengan limpah kurnia-Nya maka terhasillah sebuah Modul 5 Minit Benci Zina hasil penulisan pasukan penggubal di kalangan Guru-Guru Cemerlang Kaunseling serta Guru-guru Pendidikan Islam di Negeri Johor. Sesungguhnya perbuatan zina adalah maksiat dosa besar yang amat buruk dan terkutuk. Allah telah melarang kita dari mendekati sebarang bentuk perbuatan yang boleh membawa kepada zina. Larangan mendekati merupakan pencegahan bukan rawatan. Apabila zina telah banyak berlaku maka usaha menyedarkan perlu dilipatgandakan dengan segala yang terdaya. Bermula dengan memberikan kesedaran, kefahaman dan seterusnya program-program pencegahan dan pemulihan yang terdaya. Modul 5 Minit Benci Zina merupakan satu usaha membina kesedaran untuk muridmurid sekolah memahami dan seterusnya menjauhi sebarang bentuk perbuatan yang boleh menjerumuskan diri ke arah zina. Bagi yang telah terjebak dengan zina amatlah wajar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Semoga modul yang menggabungkan pendekatan kaunseling dan Pendidikan Islam ini akan memberikan manfaat kepada murid-murid sekolah khususnya di negeri Johor.

Sekian, wasallam

Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Johor

BENCI ZINA

7

MODUL 5 MINIT BENCI ZINA Matlamat

Menzahirkan kemenjadian murid bersahsiah tinggi bagi mengekalkan jati diri ke arah pembangunan insan kamil yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Objektif 1. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid-murid sekolah tentang pentingnya menjauhi gejala seks bebas atau zina (menurut Islam) yang memberi kesan buruk daripada aspek agama mahupun saintifik.

2. Melahirkan generasi murid yang mempunyai nilai moral yang tinggi dan etika diri yang ampuh dalam menghadapi cabaran perubahan sosial masyarakat.

3. Mengukuhkan sikap prihatin, penyayang serta bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.

4. Mendorong remaja memilih laluan hidup yang benar dan selamat sekaligus membentuk generasi pewaris masa depan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

BENCI ZINA

8

PANEL PENGGUBAL MODUL 5 MINIT BENCI ZINA SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR 2010 Pengerusi

:

Tuan Haji Sufa’at bin Tumin Pengarah Pelajaran Johor

Timbalan Pengerusi :

Tuan Haji Markom bin Giran Timbalan Pengarah Pelajaran Johor

Setiausaha 1

:

En. Abdul Aziz bin Haji Redwan Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan

Setiausaha 2

:

Tuan Haji Hassan bin Issa Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam

Jawatankuasa: Tn Hj Shahrom b. Sukari Tn Hj Rozman b. Harun Tn Hj Anuar b. Ahmad Ust Omar b. Salleh Ust Muhd Hairozi b. Muhammad Tn. Hj Ahmad Jazree b. Arifin Tn. Hj Khairudin b. Hj Abu Nawas En. Mohamed Zaidi b. Wahaid Pn. Ruhanah bt Mohd Som Pn. Rosmawati bt Salleh Pn. Nor Azfahani bt Jamaludin Pn. Jamilah bt Sabtu Pn. Rukiah bt Bahari En. Junaidy b. Ismail En. Rosli b. Muhammad Junaidi En. Abdul Rahman b. Kasmin Pn. Roslina bt Abu Bakar Pn. Rosmaziah bt Ab. Kadir En. Mohd Yazid b. Mahhadi En. Ezaddin b. Mohamad En. Mohd Rizalman b. Ashari En. Mohammad Shafarizam b. Mohamed Ani

BENCI ZINA

-

Timbalan Ketua Sektor, SPK Penolong Pengarah Kaunseling, SPK Penyelia Kaunseling, SPK Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam Guru Cemerlang (B&K) SMK Kota Kulai , Kulai Guru Cemerlang (B&K) SMK Bandar Tenggara, Kulai Guru Cemerlang (B&K) SMK Impian Emas, J.Bahru Guru Cemerlang (B&K) SMK Taman Universiti, J.Bahru Guru Cemerlang (B&K) SMK Taman Puteri, Kulai Guru Cemerlang (B&K) SMK Permas Jaya 3, P.Gudang Guru (B&K) SMK Bandar Seri Alam, P.Gudang Guru (B&K) SMK Seri Alam 2, P.Gudang Guru ICT SMK Impian Emas, J.Bahru Guru Pendidikan Islam SMK Sri Rahmat, J.Bahru Guru Pendidikan Islam SMK Mohd Khalid, J.Bahru Guru Pendidikan Islam SMK Tmn Desa Skudai, J.Bahru Guru Pendidikan Islam SMK Dato’ Usman Awang, J.B Guru Pendidikan Islam SK Majidi Baru, J.Bahru Guru Pendidikan Islam SK Kempas, J.Bahru Guru Pendidikan Islam SK Taman Pelangi, J.Bahru Guru Pendidikan Islam SK Sri Skudai, J.Bahru

9

Pendahuluan Perhubungan seks secara bebas ataupun zina (menurut Islam) dalam kalangan murid-murid sekolah merupakan satu gejala yang membimbangkan. Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan perlakuan seks di luar perkahwinan dalam kalangan remaja ialah 4.6% - 18%. Ianya melibatkan golongan remaja yang berumur 13 hingga 29 tahun.

Modul 5 Minit Benci Zina ini dirancang khusus bagi memberi panduan kepada golongan murid menghadapi persekitaran luar sekolah yang mencabar. Pepatah Melayu ada mengatakan “Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya” memberi maksud yang amat bermakna kepada golongan murid yang berpotensi terlibat dengan perlakuan seks bebas. Modul ini

memberi panduan kepada guru untuk

membimbing murid-murid ke arah pemupukan nilai. Sikap dan ciri-ciri amalan hidup yang sihat, berketrampilan dan asertif bagi menghadapi cabaran serta perubahan persekitaran yang semakin mencabar. Modul ini turut membantu memberi bimbingan kepada muridmurid untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, bermatlamat dan dinamik. Modul ini memberi tumpuan kepada pendidikan pencegahan agar murid-murid mempunyai daya kesedaran yang tinggi akan pentingnya menjalani gaya hidup yang sihat melalui amalan menjauhi perlakuan seks bebas dan sebarang perlakuan yang mendorong kepada berlakunya seks bebas. Antara aspek yang ditekankan ialah pengetahuan asas kepada gejala seks bebas, statistik semasa, unsur-unsur yang mempengaruhi, kesan-kesan kepada gejala seks bebas dan tatacara yang boleh dijadikan panduan kepada murid-murid yang ingin mendapatkan bantuan daripada guru kaunseling di sekolah.

BENCI ZINA

10

Pengenalan

Remaja ditakrifkan sebagai individu yang berumur di antara 14 – 21 tahun. Mereka merupakan aset penting dalam masyarakat dan negara kerana tanpa remaja, kesinambungan zuriat generasi akan datang akan terjejas. Di Malaysia golongan remaja mengisi lebih 70% daripada jumlah penduduk sedia ada. Oleh itu dari sudut kenegaraan, remaja mempunyai peranan yang amat penting untuk menyumbang kepada pembangunan, kemajuan dan pemodenan sesebuah negara.

Pada usia remaja, mereka dikatakan sangat naif terhadap apa-apa perkara yang menyeronokkan dan selalu ingin mencuba sesuatu perkara tanpa memikirkan kesan dan akibatnya pada masa akan datang. Hakikatnya para remaja di Malaysia pada hari ini sedang melalui satu kemelut sosial dan kecelaruan hidup akibat daripada perkembangan sosial, ekonomi dan politik yang pesat di negara ini.

Isu yang hangat diperkatakan hari ini adalah perlakuan seks bebas ataupun zina (menurut Islam) dalam kalangan remaja. Zina menurut istilah bahasa bermaksud hubungan seks yang dilakukan oleh lelaki dan perempuan tanpa melalui proses perkahwinan yang sah di sisi undang-undang. Zina merupakan gejala seks bebas yang dipandang keji di sisi masyarakat yang memberikan kesan yang amat berbahaya kepada perkembangan remaja masa kini. Zina mempunyai kaitan yang rapat dengan tingkahlaku negatif seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, lepak, tontonan video lucah yang berleluasa, minum arak, lari dari rumah dan penagihan dadah.

BENCI ZINA

11

MODUL 5 MINIT BENCI ZINA

BENCI ZINA

12

TAJUK: PENGENALAN

OBJEKTIF

: Meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid-murid sekolah tentang pentingnya menjauhi gejala seks bebas atau zina (menurut Islam) yang memberi kesan yang amat buruk baik dari aspek agama mahupun saintifik.

SASARAN

: Semua murid

MASA

: 5 minit

HURAIAN

: Definisi pengenalan

AKTIVITI

: 1. Penerangan mengenai definisi Perlakuan seks bebas ataupun zina (menurut Islam). Zina menurut istilah bahasa bermaksud hubungan seks yang dilakukan oleh lelaki dan perempuan tanpa melalui proses perkahwinan yang sah di sisi undang-undang. Zina merupakan gejala seks bebas yang dipandang keji di sisi masyarakat yang memberikan kesan yang amat merbahaya kepada perkembangan remaja masa kini. Zina mempunyai kaitan yang rapat dengan tingkahlaku negatif seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, lepak, tontonan video lucah yang berleluasa, minum arak, lari dari rumah dan penagihan dadah. 2. Bahan sokongan akhbar dan isu semasa

KEBURUKAN ZINA: SAINTIFIK:Penyakit jangkitan kelamin seperti sifilis, gonorea, Hepatitis B dan HIV yang mengakibatkan komplikasi. Bagi lelaki, boleh merebak ke bahagian testis, vesikel semen dan kelenjar prostat lalu menyebabkan kesakitan dan kemandulan. Manakala bagi wanita, ia boleh mengakibatkan kemandulan, mengandung luar rahim atau jangkitan pelvis. Bagi bayi, jangkitan herpes boleh menyebabkan buta atau terencat akal. 'Congenital syphilis' di kalangan bayi menyebabkan kecacatan semasa kelahiran. ISLAM: Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui mulut dan badannya.

BENCI ZINA

13

TAJUK: STATISTIK OBJEKTIF

: Meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid-murid sekolah tentang pentingnya menjauhi gejala seks bebas atau zina (menurut Islam) yang memberi kesan yang amat buruk baik dari aspek agama mahupun saintifik.

SASARAN

: Semua murid

MASA

: 5 minit

HURAIAN

: Statistik kes

AKTIVITI

: 1. Penerangan mengenai statistik yang dikumpulkan Statistik Anak Luar Nikah atau Tidak Sah Taraf daripada Jabatan Pendaftaran Negara mengikut kaum dari tahun 2005 – 2009 (Sumber Berita Harian , 15 Julai 2010) Lain-lain – 91922 kes Melayu – 74723 kes

India – 23696 kes

Tahun 2007 – 16100 kes

Tahun 2008 – 16541 kes

Cina – 23692 kes

Tahun 2009 – 17303 kes Statistik Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2006 – 2010 seramai 21 kes murid mengandung, 20 kes melibatkan suka sama suka dan 1 kes melibatkan kes rogol. Semua kejadian berlaku di tempat kediaman masing-masing atau tempat yang diketahui. ( sumber Harian Metro, 28 Julai 2010) 2. Bahan sokongan akhbar dan isu semasa KEBURUKAN ZINA SAINTIFIK:‘Teenage pregnancy’ (Mengandung usia remaja) mendedahkan remaja perempuan kepada komplikasi semasa mengandung seperti keguguran, pendarahan, risiko tinggi kematian semasa melahirkan. ISLAM: Kesempitan hati dan dada selalu meliputi penzina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah disebalik daripada apa yang diinginkannya. Ini kerana orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Tuhan, maka Tuhan akan memberikan sebaliknya daripada apa yang dia inginkan dan Tuhan tidak menjadikan BENCI maksiat ZINA sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.

14

TAJUK : FAHAMI DOSA BESAR ZINA ZINA ialah salah satu perbuatan dosa yang tergolong di dalam dosa-dosa besar. Zina boleh ditakrifkan sebagai persetubuhan haram yang dilakukan oleh seorang lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan yang sah di sisi agama. Allah SWT telah menjelaskan pengharaman ini di dalam ayat 32, surah Al Israk yang berbunyi;          

Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji dan suatu jalan yang jahat.

Ayat di atas bukan sahaja melarang seseorang muslim itu melakukan perbuatan zina, tetapi menghampirinya pun dilarang. Ini menunjukkan betapa Allah SWT mahu hamba-Nya memikirkan dengan serius sebelum terjebak dengan perbuatan keji tersebut. Kebelakangan ini negara kita telah dikejutkan dengan kes-kes pembuangan bayi yang semakin kerap didedahkan dan ini tidak lain bersangkut paut dengan perbuatan zina yang dilakukan oleh golongan remaja yang masih bersekolah. Hal ini telah mendapat perhatian luas dan banyak pihak mula mencari ‘mangsa’ untuk disalahkan. Perbuatan zina ini berlaku disebabkan oleh banyak faktor dan antaranya ialah kerana lemahnya iman dan rapuhnya pegangan agama anak-anak remaja kita untuk menolak ajakan syaitan ini. Ini ditambah pula dengan penyalahgunaan internet untuk melayari laman-laman web lucah dan pornografi serta pilihan berkawan dengan rakanrakan yang jelek akhlaknya dan jauh daripada praktikal keislamannya. Oleh itu, rakan yang menghayati ajaran agamanya dan baik akhlaknya perlu menggalas tanggungjawab untuk menjadikan dirinya ‘role model’ kepada rakan-rakan di sekelilinginya untuk diteladani. Selain itu ia tidak boleh berdiam diri melihat rakanrakannya yang menyimpang dari jalan yang sebenar berterusan bergelumang dengan noda dan dosa. Dengan menghayati sunnah Rasulullah yang sabar, gigih dan istiqamah BENCI ZINA

15

berdakwah kepada kaum kafir, begitulah juga rakan yang dipancarkan hidayah ke dalam hatinya hendaklah menguatkan semangatnya membimbing rakan-rakan dengan penuh hikmah supaya mereka membenci untuk menghampiri zina apatah lagi melakukannya. Ia juga perlu sentiasa mendampingi mereka dengan memberi informasi tentang keburukan, balasan dan ancaman azab yang berat bagi mereka-mereka yang terjebak dengan nafsu kotor ini. Ini mungkin kerana mereka ketandusan ilmu pengetahuan sebenar tentang kejelekan perbuatan zina dan akibat daripada perbuatan tersebut. Justeru, rakan baik mampu memikul tugas ini seiring dengan peranan masyarakat lain kerana mereka adalah golongan yang paling hampir dengan rakan selepas institusi keluarga. Tiada gunanya kita sahaja yang baik penghayatan agama sedangkan kita tidak boleh memberi kebaikan itu kepada orang lain. Wallahualam.

BENCI ZINA

16

TAJUK: PUNCA-PUNCA ZINA (DIRI SENDIRI)

OBJEKTIF

: Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih mendalam berkaitan punca dan bahaya zina

SASARAN

: Semua murid

MASA

: 5 minit

HURAIAN

: Punca-punca Zina

AKTIVITI

: Penerangan punca-punca zina

A) Diri sendiri 1. Lemah pegangan agama . Tidak mempunyai pengetahuan asas dalam agama yang dianuti. Ia mungkin berpunca daripada diri sendiri yang tidak dapat mengikuti ajaran agama yang diajar secara formal atau pun tidak. 2. Berfikiran dan berkelakuan negatif (perbuatan, kata-kata, tingkah laku). Sering berfikiran negatif kepada perkara-perkara yang dilalui dalam kehidupan. 3. Mudah terpedaya dengan ajakan orang sama ada baru kenal atau tidak dikenali. 4. Mudah percaya dengan ajakan/pujuk rayu/permintaan negatif daripada teman lelaki atau kawan-kawan yang rapat dengannya. 5. Tidak menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan (pergaulan bebas) terutamanya yang bukan muhrim. 6. Tidak menjaga aurat terutama perempuan (berpakaian ketat dan menjolok mata). Berpakaian menutup aurat hanya kerana mematuhi peraturan sekolah bukannya datang dari hati yang ikhlas. 7. Tidak mudah/tidak mahu berkongsi masalah dengan orang lain(memendam masalah). Tidak mempercayai individu lain terutamanya ahli keluarganya sendiri, sebaliknya mempercayai rakan sebaya. KEBURUKAN ZINA SAINTIFIK:Sehingga Disember 2004 sebanyak 64 439 kes HIV dilaporkan di Malaysia dan lebih 40% daripada golongan remaja yang berumur di bawah 29 tahun. ISLAM: Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturahim, derhaka kepada ibu bapa, pekerjaan haram, zalim dan menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. BENCI ZINA

17

TAJUK

: PUNCA-PUNCA ZINA (KELUARGA)

OBJEKTIF

: Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih mendalam berkaitan punca dan bahaya zina

SASARAN

: Semua murid

MASA

: 5 minit

HURAIAN

: Punca-punca Zina

AKTIVITI

: Penerangan punca-punca zina

B) Keluarga 1. Keruntuhan rumahtangga . Perceraian ibu bapa menyebabkan anak-anak menjadi mangsa. Mereka kurang diberi perhatian kerana ibu bapa sibuk menyelesaikan urusan perceraian ( di mahkamah ) dan perebutan hak jagaan anak. Mungkin juga salah seorang daripada ibu atau ayah meninggal dunia terutamanya dalam keadaan yang tragis. 2. Peranan ibu, bapa dan anak-anak tidak jelas .Ibu bapa yang pentingkan kerjaya & pekerjaan sering mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. 3. Pergaulan bersama ahli keluarga tidak teraputik. Tidak wujud kemesraan antara ahli keluarga. 4. Tiada peraturan yang jelas dalam keluarga menyebabkan ahli-ahlinya tidak mempunyai panduan untuk diikuti. 5. Tahap sosio- ekonomi keluarga yang rendah menyebabkan keperluan asas dalam kehidupan tidak dapat dipenuhi. Ia akan mendorong anak-anak menagih kasih sayang daripada orang lain kerana mereka akan rasa diberi penghargaan. KEBURUKAN ZINA SAINTIFIK: Trauma alat kelamin disebabkan system reproduksi belum matang dan belum bersedia untuk hubungan seksual menyebabkan luka yang dialami mengambil masa yang panjang untuk sembuh. ISLAM: Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya disamping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah BENCI kepada seluruh keluarganya. ZINA

18

TAJUK

: PUNCA-PUNCA ZINA (MASYARAKAT/PERSEKITARAN)

OBJEKTIF

: Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih mendalam berkaitan punca dan bahaya zina

SASARAN

: Semua murid

MASA

: 5 minit

HURAIAN

: Punca-punca Zina

AKTIVITI

: Penerangan punca-punca zina

C) Masyarakat / persekitaran 1. Pengaruh media massa. Rangkaian media elektronik yang semakin meluas mendedahkan murid kepada input yang negatif. Kemudahan jalur lebar yang telah diperluaskan ke luar bandar memungkinkan murid-murid gagal menapis maklumat negatif yang diterima. 2. Kawan-kawan merupakan individu paling berpengaruh dalam kehidupan remaja. 3. Jiran tetangga kurang memainkan peranan sebagai ibu bapa kedua yang sering mengambil berat dan menegur segala kesilapan murid. 4. Kemudahan-kemudahan yang disediakan disalahgunakan seperti alat berteknologi moden, pusat hiburan, taman rekreasi dan lain-lain. 5. Perniagaan-perniagaan yang menarik pelanggan seperti kafe siber yang banyak menawarkan perisian yang berunsur negatif dan ganas. 6. Pesta, karnival atau perayaan yang diadakan secara percuma dan besar-besaran menggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. KEBURUKAN ZINA SAINTIFIK: Kanser pangkal rahim disebabkan melakukan hubungan seks awal dan sering bertukar pasangan. ISLAM: Aib yang dicontengkan kepada penzina lebih meninggalkan kesan dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya. Tetapi dosa zina akan benar-benar meninggalkan kesan di dalam jiwa kerana walaupun akhirnya dia bertaubat dan membersihkan diri, dia masih berasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya. BENCI ZINA

19

TAJUK : CEGAH JENAYAH ZINA DALAM KALANGAN REMAJA Objektif : i)

Menyatakan sebab berlakunya gejala Zina.

ii)

Menyatakan langkah-langkah awal mencegah Zina.

Isi Penting : i)

Maksiat berlaku di mana-mana dan dianggap perkara biasa dalam kehidupan moden

ii)

Penerapan ilmu agama yang kukuh bermula di rumah oleh ibu-bapa

iii)

Beramal dengan ilmu yang dipelajari

iv)

Memelihara pandangan dan menutup aurat

“Kami hanya berbual dan berjalan-jalan sahaja, takkan itupun tak boleh?” Persoalan inilah yang selalu didengar tatkala menegur para remaja yang keluar berdua ataupun duduk berdua-duaan di taman-taman atau tepi pantai. Walaupun kelihatan seperti kebiasaan dalam masyarakat moden sekarang tetapi daripada pandangan Islam, ianya tetap ditegah kerana memungkinkan perlakuan yang lebih dahsyat iaitu zina. Maksud firman Allah s.w.t.: ”Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya perbuatan zina itu adalah perbuatan keji dan satu jalan yang buruk( membawa kepada kerosakan)’. Untuk menghentikan jenayah zina dalam kalangan remaja bukanlah suatu kerja yang mudah tetapi bukan suatu perkara yang mustahil. Titik tolaknya adalah keinginan untuk berubah dan mengejar hidayah Allah s.w.t. Asas agama yang kukuh merupakan satu kewajipan dan kemestian dalam diri setiap orang Islam. Ibu bapa merupakan bahagian terpenting dalam didikan agama yang pasti bermula di rumah. Ibu bapa juga yang bertanggungjawab menanamkan kebencian terhadap jenayah dan kemungkaran yang ditegah oleh syarak di dalam jiwa anak-anak remaja mereka.

BENCI ZINA

20

Bagi diri remaja itu sendiri, langkah pencegahan awal yang boleh mereka lakukan ialah dengan mempersiapkan diri dengan ilmu dan beramal dengannya. Kalam pendita mengatakan “ilmu tanpa amal seperti pohon yang tidak berbuah”. Kerap kali kita terlepas pandang dengan perkara yang dianggap kecil tetapi sekiranya dibiarkan, perkara itulah yang menjadi sebab kepada jenayah zina. Suka dikemukakan di sini antara jalan-jalan penyebab jenayah zina yang terkadang tidak diambil berat ialah memandang aurat jantina yang berlawanan. Perkara yang kurang dititik beratkan ini sebenarnya amat ditekankan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya yang bermaksud: ”Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman, jagalah pandangannya dan jagalah kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.{An-Nur: 30}. Perlu diingat dan disematkan dalam benak hati akan janji Allah s.w.t. sepertimana Allah berfirman di dalam al-Qur’an al-Karim: “Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 3) Adakah kita yang ketika ini sebagai seorang remaja, dan pasti satu hari nanti menjadi dewasa sanggup dikurniakan isteri dari kalangan orang yang juga melakukan zina? Tepuk dada, tanya iman. Salam Perubahan

BENCI ZINA

21

TAJUK: PERANAN RAKAN SEBAYA HINDARI ZINA Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Sebenarnya dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan memberikan kesan yang negatif kepada remaja. Remaja hilang ketahanan jiwa. Mereka mudah terpengaruh dan terjebak dengan segala macam kerosakan, maksiat, dan budaya kuning. Mereka mudah hanyut mengikut arus. Mereka tidak ada pegangan dan pendirian. Mereka tidak mampu menangkis pengaruh yang jahat dan merosakkan. Mereka sukar membezakan yang baik dengan yang buruk. Selalunya sahaja mereka terpengaruh dan terjebak dengan kegiatan yang jahat dan buruk. Sebenarnya banyak lagi punca yang menyebabkan remaja bertindak liar, sekali gus mengamalkan hidup yang negatif. Tanpa menyalahkan sesiapa, kita perlu memikirkan secara mendalam untuk mencari formula terbaik bagi mengatasi masalah ini. Hal ini dinyatakan dalam bidalan yang berbunyi, "Buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat". Untuk memastikan gejala negatif yang melanda hidup remaja dapat dibendung, peranan diri remaja itu sendiri amatlah penting. Oleh itu, remaja perlu mempunyai jati diri yang mantap. Apabila mempunyai jati diri yang teguh, unsur negatif, baik dari Barat, mahupun daripada rakan sebaya dapat ditolak dengan baik. Sebagai contoh, rakan mengajar merokok, berpelesiran, apatah lagi berlumba motosikal di jalan raya akan ditolak kerana mengetahui perbuatan tersebut tidak membawa sebarang faedah. Pada waktu yang sama, agama perlu menjadi pegangan hidup. Setiap remaja Islam hendaklah memastikan tidak meninggalkan solat lima waktu sehari. Allah SWT menyebut bahawa, '"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar". Dengan agama juga remaja dapat mengetahui sesuatu perbuatan itu halal ataupun haram. Selain itu setiap remaja perlu pandai memilih rakan sebaya. Pilihlah rakan sebaya yang mempunyai wawasan untuk berjaya dalam hidup. Bagi remaja yang masih belajar, perlulah memilih rakan sebaya yang mempunyai kecenderungan untuk berjaya dalam pelajaran. Hidup ini perlu ada waktu

BENCI ZINA

22

untuk belajar, ada waktu untuk bermain, dan ada waktu untuk berseronok. Waktu untuk berseronok perlulah mempunyai sempadan agar tidak tersasar daripada matlamat hidup. Namun kadangkalanya ada rakan yang membawa kita kepada kebaikan. Dialah rakan baik kita. Dia juga yang membawa kita ke jalan yang lurus dan dia jugalah yang mencegah kita untuk terpengaruh dengan rakan yang lain yang mengajak kita menjadi manusia yang tidak berguna. Selalunya kita akan melakukan pelbagai aktiviti dengan rakan baik kita seperti bersenam, belajar dan bermain bersama. Dengan aktiviti yang dilakukan seperti ini, kita dapat mengelakkan diri kita dan juga rakan baik kita daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah yang hanya akan membuang masa kita seperti berzina. Kita yang telah banyak meluangkan masa bersama rakan baik akan merasa yang kita tidak perlukan orang lain untuk bergembira dengan kita. Contohnya lelaki yang akan mengajak kita berzina dengan mereka dan itu akan menambahkan dosa kita dan menjatuhkan maruah keluarga kita. Konklusinya, untuk memastikan remaja mengamalkan nilai-nilai hidup yang dituntut oleh agama dan budaya, kerjasama semua pihak amatlah diperlukan. Kita mengharapkan remaja kita berjaya menjadi modal insan yang diimpikan oleh pucuk kepimpinan negara. Sesungguhnya aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Modal insan inilah yang merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Pembangunan modal insan adalah penentu bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. Bersesuaian dengan kehendak industri serta pasaran semasa dan masa hadapan, pembangunan modal insan perlu dirancang dengan rapi agar dapat meningkatkan bina upaya generasi muda Malaysia ke arah melahirkan guna tenaga yang cemerlang. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baharu, dan mempunyai ketahanan diri. Rakan baik yang dapat mempengaruhi rakannya menjadi yang terbaik, maka tiadalah lagi perbuatan zina yang berlaku di dunia ini lagi.

BENCI ZINA

23

Pakar psikologi Barat, Carl Rogers (1985), menyatakan, ada beberapa perubahan ketara kepada seseorang remaja. Perubahan itu sedikit sebanyak mampu memperjelaskan bagaimana rakan sebaya begitu penting dan perlu dalam memenuhi tuntutan naluri seseorang remaja. Pada peringkat remaja, manusia mula pandai berfikir, menilai perasaan, mengkaji skrip hidup ibu bapa, mencuba sesuatu yang baru dan berkhayal mengenai kehidupan golongan dewasa. Perubahan ini mendatangkan kegelisahan kepada remaja kerana untuk berdikari mereka tidak mampu, manakala untuk mengikut jejak langkah golongan dewasa, mereka tidak berdaya. Hasilnya, mereka kadang kala gembira, kesunyian dan berkhayal terhadap idola masing-masing. Mereka juga cenderung meniru gaya berpakaian, cara pergaulan dan cara berfikir golongan dewasa. Remaja mudah terasa kekuatan kuasa yang ada pada ibu bapa, guru dan orang dewasa yang boleh menghalang cita-cita mereka. Perbezaan pendapat dan gaya hidup di antara remaja dengan ibu bapa, guru dan orang dewasa, akan mencetuskan rasa permusuhan. Ini kerana golongan remaja menganggap bantahan itu merendahkan harga diri mereka yang memang sedang bergelora. Konflik harga diri ini menyebabkan remaja akan menjadikan rakan sebaya tempat mengadu masalah atau melakukan sesuatu untuk membuktikan mereka boleh berdikari dan berkemampuan seperti orang dewasa. Bukan semua rakan sebaya patut dijadikan sahabat. Sabda Rasulullah saw, yang bermaksud: “Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memperhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan.” Imam Al-Ghazali menyatakan: “Hendaklah sahabat yang dipilih seorang yang waras fikirannya, baik budi pekerti, tidak fasik dan tidak terlampau mementingkan hal keduniaan”.

Sifat waras fikiran itu menjadi pokok dalam kehidupan kerana tiada guna bersahabat dengan orang yang kurang akal disebabkan ia akan membawa kepada perasaan tidak tenteram dan perselisihan.” Setiap orang patut memiliki budi pekerti luhur. Tiada

BENCI ZINA

24

gunanya bersahabat dengan orang yang sering dikuasai oleh perasaan marah dan hawa nafsu yang buruk. Ketika ini, masalah sosial di kalangan remaja amat membimbangkan. Boleh dikatakan keruntuhan akhlak remaja bagaikan seiring dengan pembangunan negara. Ini dapat dilihat melalui pembangunan yang hampir ke kemuncaknya, akhlak remaja juga kian jatuh dan bagaikan tidak dapat dibendung lagi.

Antara masalah sosial yang sering

dilakukan remaja pada hari ini ialah seks bebas, lari dari rumah, pembuangan bayi, penagihan atau pengedaran dadah, ponteng sekolah, mengugut, menubuhkan kumpulan haram dan sebagainya. Sesungguhnya, masalah sosial remaja pada hari ini disebabkan beberapa faktor. Antaranya persekitaran berubah secara mendadak terutama pengaruh media cetak dan elektronik yang saban hari memaparkan mengenai eksploitasi terhadap wanita serta kebebasan remaja yang keterlaluan dan banyak mempengaruhi pemikiran anak-anak terutama yang baru meningkat remaja. Selain itu, faktor kurangnya didikan agama dan kasih sayang daripada ibu bapa, perasaan mahu mencuba serta desakan atau pengaruh daripada rakan sebaya. Sebenarnya, masalah remaja adalah masalah kita bersama. Oleh itu gandingan yang mantap dan kerjasama erat antara ibu bapa, guru, rakan sebaya dan anggota masyarakat amat diperlukan dalam menangani masalah remaja. Dari sudut psikologi, peringkat remaja adalah peringkat paling berpengaruh dalam kehidupan mereka. Pada peringkat inilah, pengaruh rakan sebaya paling kuat dan paling diterima. Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan perasaan kepada rakan berbanding ibu bapa, guru atau orang dewasa lain.Oleh itu, pendekatan logikal ialah menggunakan remaja untuk mempengaruhi remaja lain. Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dapat memenuhi hasrat ini dengan syarat mereka dilatih dan diselia dengan teratur.

BENCI ZINA

25

Oleh itu adalah disarankan supaya pemilihan dan perkembangan latihan ahli PRS hendaklah dipantau bersama kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah dan juga ibu bapa.

BENCI ZINA

26

TAJUK

: TEKNIK-TEKNIK MENJAUHI ZINA (TEKNIK 1)

OBJEKTIF

: Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih mendalam berkaitan teknik-teknik menjauhi zina

SASARAN

: Semua murid

MASA

: 5 minit

HURAIAN

: Teknik-teknik Menjauhi Zina

AKTIVITI

: Penerangan teknik-teknik menjauhi zina

TEKNIK-TEKNIK 1. Membina kemahiran asertif 1.1 Mempertahankan hak peribadi seperti menghalang orang yang bukan muhrim menyentuh aurat murid. 1.2 Menyatakan perasaan secara jelas, telus dan jujur dalam sesuatu situasi tanpa memikirkan apa orang lain akan kata. 1.3 Menghormati hak dan perasaan orang lain dengan menerima keputusan orang lain dan tidak memaksanya. 1.4 Berani menyatakan “Tidak” bila murid tidak mahu melakukan sesuatu yang difikirkannya tidak baik. KEBURUKAN ZINA SAINTIFIK:Penyakit gonorea merupakan salah satu penyakit kelamin – Sex Transmitted Disease (STD). Mengikut statistik yang telah dikeluarkan, sebanyak 62 juta kes telah dilaporkan dalam masa satu tahun di seluruh dunia. Ini menunjukkan penyakit yang disebarkan oleh sejenis bakteria, neisseria gonorrhoeae ini berada dalam peringkat yang membimbangkan. Secara purata, setiap hari lebih 100 ribu kes telah dikesan. ISLAM: Jika wanita yang berzina itu hamil dan untuk menutup aibnya, ia menggugurkannya, maka dia telah berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa.

BENCI ZINA

27

TAJUK

: TEKNIK-TEKNIK MENJAUHI ZINA (TEKNIK 2)

OBJEKTIF

: Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih mendalam berkaitan teknik-teknik menjauhi zina

SASARAN

: Semua murid

MASA

: 5 minit

HURAIAN

: Teknik-teknik Menjauhi Zina

AKTIVITI

: Penerangan teknik-teknik menjauhi zina

2. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi 2.1 Remaja perlu menguasai kemahiran komunikasi lisan dengan baik dengan semua pihak ( ahli keluarga, guru, masyarakat dan kawan-kawan ). 2.2 Mampu dan mahir memberi respon kepada komunikasi lisan dan bukan lisan supaya berlakunya komunikasi dua hala. 2.3 Mendengar nasihat dengan teliti dan mampu menilai mengikut situasi. 2.4 Menyesuaikan komunikasi dengan situasi semasa iaitu memahami dengan siapa kita berinteraksi. 2.5 Komunikasi yang ada matlamat supaya tidak terpesong daripada tajuk yang asal. 2.6 Berfikir dan bertindak dengan tegas dalam semua situasi. 2.7 Menilai dan memperbaiki diri bagi mempertingkatkan harga diri. KEBURUKAN ZINA SAINTIFIK: Hubungan seks bebas yang tiada perlindungan boleh menyebabkan peningkatan kepada risiko pengguguran kandungan oleh remaja perempuan yang masih mentah serta yang paling dibimbangkan adalah jangkitan penyakit kelamin seperti gonorea, sifilis dan yang berbahaya, AIDS. ISLAM: Sekiranya seorang wanita yang bersuami dan melakukan kecurangan sehingga dia hamil dan membiarkan anak itu lahir,maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan tanpa disedari siapa dia sebenarnya

BENCI ZINA

28

TAJUK

: TEKNIK-TEKNIK MENJAUHI ZINA (TEKNIK 3)

OBJEKTIF

: Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih mendalam berkaitan teknik-teknik menjauhi zina

SASARAN

: Semua murid

MASA

: 5 minit

HURAIAN

: Teknik-teknik Menjauhi Zina

AKTIVITI

: Penerangan teknik-teknik menjauhi zina

3. Kemahiran membuat keputusan 3.1 Membuat pertimbangan dari aspek positif dan negatif sebelum membuat sesuatu keputusan. 3.2 Beredar dengan cepat jika perbualan tidak berfaedah dan terpesong daripada perbincangan asal. 3.3 Jangan beri perhatian kepada perkara yang tidak baik sebaliknya tumpukan kepada perkara yang lain. 3.4 Cari dan beri alasan yang boleh diterima sekiranya murid menolak idea atau ajakan orang lain. 3.5 Tukar topik perbualan atau buat cadangan positif supaya murid lain terpengaruh dengan anda. KEBURUKAN ZINA SAINTIFIK: Berdasarkan Kaji Selidik Penyakit dan Kesihatan Negara di bawah Kementerian Kesihatan, penglibatan remaja dalam hubungan seks luar nikah di Malaysia adalah 1.8 peratus pada 1996. Jumlah yang paling tinggi adalah di kalangan remaja perempuan iaitu 2.5 peratus berbanding remaja lelaki sebanyak 1.2 peratus. ISLAM: Antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan mereka, baik lelaki mahupun perempuan sebesar Bukit Uhud. Anda tahu Bukit Uhud? BENCI ZINA

29

TAJUK

: TEKNIK-TEKNIK MENJAUHI ZINA (TEKNIK 4)

OBJEKTIF

: Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih mendalam berkaitan teknik-teknik menjauhi zina

SASARAN

: Semua murid

MASA

: 5 minit

HURAIAN

: Teknik-teknik Menjauhi Zina

AKTIVITI

: Penerangan teknik-teknik menjauhi zina

4. Menambah pengetahuan Agama 4.1 Mengikuti kelas-kelas dan ceramah-ceramah agama. Murid perlu mencari ruang dan peluang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan agama sebagai perisai menghadapi perkara-perkara negatif. 4.2 Bertanya sekiranya ada persoalan yang tidak jelas berkaitan hubungan sosial sesama manusia mengikut pandangan Islam sama ada ianya digalakkan atau dilarang. 4.3 Membina hubungan baik dengan orang yang lebih tahu dan berkongsi maklumat agar ia betul mengikut norma dan pandangan Islam. 4.4 Menghadiri atau menyertai pameran-pameran berkaitan nilai-nilai Islam yang diadakan oleh pihak-pihak tertentu.( Jabatan Agama Islam, Masjid, Sekolah ) KEBURUKAN ZINA SAINTIFIK: Dalam zina terkumpul pelbagai dosa dan keburukan iaitu berkurangnya agama sipenzina, hilang sikap warak(menjaga diri daripada dosa),buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu. ISLAM: Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Tuhan akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.

BENCI ZINA

30

TAJUK

: TEKNIK-TEKNIK MENJAUHI ZINA (TEKNIK 5)

OBJEKTIF

: Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih mendalam berkaitan teknik-teknik menjauhi zina

SASARAN

: Semua murid

MASA

: 5 minit

HURAIAN

: Teknik-teknik Menjauhi Zina

AKTIVITI

: Penerangan teknik-teknik menjauhi zina

5. Mendapat bantuan PRS atau Guru Bimbingan dan Kaunseling 5.1 Membuat temujanji dengan PRS bagi meluahkan permasalahan yang dihadapi 5.2 Berjumpa dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling atas rujukan PRS atau datang secara sukarela. 5.3 Menjalankan sesi kaunseling kelompok atau kaunseling individu 5.4 Menambah pengetahuan berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling KEBURUKAN ZINA SAINTIFIK: Antara kesan seks bebas menurut perubatan moden antaranya ialah penyakit jangkitan seksual atau dikenali sebgai STD. STD bermaksud Sexually Transmitted Disease, dan penyakit ini kerap menjangkiti individu melalui seks bebas. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit daripada kumpulan ini sudah dikenal pasti antaranya ialah, syphilis, gonorhea, genital herpes, genital wart, trichomoniasis, bacterial vaginosis, ifeksi cytomegalovirus, infeksi Chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS. ISLAM: Zina membunuh rasa malu, pada hal dalam Islam malu adalah suatu yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

BENCI ZINA

31

TAJUK: USAHA MENJAUHI DAN MENBENCI ZINA DALAM MEMBANGUN MASYARAKAT YANG SIHAT

ARTIKEL : Di dalam al-Quran larangan zina datang dalam bentuk larangan untuk mendekatinya seperti mana firman Allah SWT dalam : Surah al-Isra’ ayat 32 : dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Menariknya ayat ini datang dengan kalimah la taqrabu yang bermaksud 'jangan mendekati'. Tafsiran Imam Ibn Kathir berkaitan ayat ini; bukan sekadar menegah manusia melakukan zina, bahkan larangan mendekatinya mahupun menganjurkan sesuatu yang mendorong kepada perbuatan zina ini. Justeru, muqaddimah zina juga harus dihindari dan dapat dicegah melalui: 1. MENUNDUKKAN PANDANGAN Jendela penglihatan yang turun ke hati dan kemaluan. Menundukkan pandangan itu bermaksud memelihara penglihatan daripada melihat perkara haram. Firman Allah: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan.” [al-Nur 24: 30] 2. MEMELIHARA AURAT Peliharalah aurat. Wanita atau lelaki sama sahaja. “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka…” [al-Nur 24: 31] Arahan Allah bukan perintah menutup rambut. Perintahnya adalah perintah memelihara aurat termasuk rambut. Menutup aurat itu cara Allah mengajar kita BENCI ZINA

32

membentuk diri. Apabila menutup aurat, kita belajar mengenai sifat malu, belajar mengenal batas-batas diri yang mewujudkan rasa berTuhan dalam kehidupan dengan batasan-batasan itu.

3. BERURUSAN DENGAN BATASAN Bekerja, belajar, bermesyuarat, berjiran dan bermasyarakat, semuanya harus. Namun keharusan itu perlu dipandu oleh batasan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. “Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta daripada mereka maka mintalah kepada mereka dengan perantaraan hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53] Sama ada hijab itu berupa tabir yang fizikal, atau sekurang-kurangnya mengekalkan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Bermesyuaratlah, tetapi biar beradab sopan menjaga batasan. 4. TIDAK MELUNAKKAN SUARA Jangan lunakkan suara semasa berbicara. Bersahaja, sederhana, seperti biasa, jangan dimanja-manja, jangan mengada-ngada. “Andaikata kamu benar-benar beriman, maka janganlah kamu lunak-lunakkan suara semasa berbicara. Nantinya orang-orang yang hatinya berpenyakit menjadi tamak. Justeru berbicaralah dengan perbicaraan yang maaruf” [al-Ahzaab 33: 32] Moga-moga

dengan

usaha-usaha

mencegah

mukadimah

zina

ini

akan

menghindarkan kita daripada dosa berzina. Katakan TIDAK kepada BERDUA-DUAAN, KERANA orang yang ketiga adalah SYAITAN!.

BENCI ZINA

33

TAJUK: CARA PERGAULAN MENGIKUT SYARIAT ISLAM Objektif : 1. Menjelaskan batas-batas pergaulan dalam Islam yang sebenar 2. Mengawal diri dan mengelak dari terjebak ke arah penzinaan. Isi Penting : 1. Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempua 2. Adab khas untuk perempuan.

Artikel Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan perempuan. Perkara-perkara inilah yang akan menjaga sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di bilik darjah, dalam kenderaan awam, ketika membeli belah, bersiar-siar, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang kecelakaan. Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan.

1) Ucapan yang makruf dan sopan Firman Allah: “Dan ucaplah kata-kata yang makruf.” Maksudnya, umat Islam ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.” BENCI ZINA

34

2) Menundukkan pandangan Dalam surah an-Nur, terdapat perintah Allah menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah.      (Surah An-Nur : 31)

Maksudnya : “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)”.

3) Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu, menurut Ibnu Syiahab az-Zuhri. 4) Tidak berkhalwat (berdua-duaan) Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah sekali kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia mahramnya.” 5) Menghindari tempat syubhat Sabda Rasulullah SAW: “Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu…” (Riwayat Bukhari) BENCI ZINA

35

Adab khas untuk wanita 1) Iltizam dengan pakaian Islam Firman Allah yang bermaksud : “Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka.” Dan firmanNya lagi: “Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliyyah bertabrruj.”

2) Serius dalam ucapan Tidak ‘mengada-ngada’ atau bermanja-manja dalam percakapan. Firman Allah : “Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.”

3) Menjaga pergerakan Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah: “Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.”

BENCI ZINA

36

TAJUK: PENJAGAAN SOLAT BENTENG MENJAUHI ZINA Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.” Riwayat at-Tirmidzi Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya Ramai umat Islam pada masa kini telah jauh dari landasan yang telah ditetapkan. Solat dijadikan perkara yang terakhir di dalam hidup sesetengah masyarakat Islam. Oleh sebab itulah diri mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa mengetahui yang mereka telah jauh menyimpang dan meninggalkan solat yang sebenarnya senjata utama untuk mengelakkan perkara- perkara mungkar dan fahsya’ ini berlaku. Kewajipan menunaikan solat itu terlalu penting dalam kehidupan seseorang muslim kerana ia termasuk dalam rukun Islam yang bererti tidak wujud keislaman seseorang itu tanpa mengerjakan solat. Perintah menunaikan solat adalah lebih berat daripada rukun-rukun Islam yang lain. Sebagai contoh puasa di bulan Ramadhan boleh ditangguhkan kepada bulan-bulan lain sekiranya terdapat keuzuran sedangkan solat wajib dilakukan walaupun mengalami sakit atau hilang upaya tetapi masih waras adalah wajib menunaikan solat dengan cara duduk atau baring (mengiring atau menelentang ) atau

BENCI ZINA

37

menggunakan isyarat kelopak mata. Jika masih tidak mampu, ingatkan kelakuan solat dalam hati. Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya. Ibadat solat merupakan suatu ibadat yang mendekatkan hubungan di antara seorang hamba dengan Tuhannya, sebagaimana sabda baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya yang bermaksud: “Sehampir-hampir seseorang hamba itu kepada Tuhannya ialah semasa ia sujud.” Menurut Said Ahmad bin Ata'illah dalam kitab at-Tanwir, solat amat besar kemuliaannya, malah keadaannya di sisi Allah amat berat dan kerana itulah Allah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.” Rasulullah s.a.w ketika ditanya mengenai semulia-mulia amal, baginda menjawab, maksudnya: “(Semulia-mulia amal) ialah solat yang dikerjakan pada waktunya.”

Berdasarkan hadith-hadith di atas jelas menunjukkan bahawa solat itu amat penting di sisi Allah s.w.t. Jika sempurna solat seseorang itu, maka sempurnalah segalanya. Solat ibarat tiang bagi sesebuah rumah, jika tiada tiang tersebut,runtuhlah rumah tersebut. Jika seseorang itu tidak mengerjakan solat, ia seolah-olah telah meruntuhkan Agama. Solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukun-rukunnya boleh mencegah orang yang melakukannya dari melakukan maksiat dan kemungkaran. Firman Allah SWT yang bermaksud:

BENCI ZINA

38

“ Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar ( faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahuai apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Ankabut ayat 45) Jika kita sembahyang dan masih melakukan perkara terkeji, bermakna sembahyang kita masih lagi tidak betul. Maka perbaikilah sembahyang kita melalui pembelajaran secara majlis ilmu dan boleh juga meminta guru-guru “check” sembahyang kita. Semasa zaman pemerintahan Sayyidina Umar, ada seorang lelaki yang ingin sangat untuk melakukan hubungan seks dengan isteri orang lain. Setelah didesak, perempuan itu akhirnya bersetuju dan mengenakan syarat “Kamu hendaklah sembahyang 40 waktu berjemaah di belakang Amirul Mukminin Sayyidina Umar“. Maka setujulah lelaki tersebut dan dia melakukan sembahyang seperti yang disyaratkan. Setelah cukup 40 hari, perempuan itu menemui lelaki tersebut dan ” Aku tahu kamu sudah selesai 40 hari sembahyang, kalau begitu marilah kita….“ Lelaki tadi marah dan berkata “nak ke mana, kamu ini sudah gila agaknya“. (lelaki itu sudah benci kepada perkara mungkar) Perempuan tadi menemui Sayyidina Umar dan menceritakan perkara tersebut, maka kata Sayyidina Umar seperti dalam ayat di atas. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:” Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya. ” Sesungguhnya solat mempunyai banyak rahsia dan kelebihan, antaranya ialah solat dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati Allah. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan-Ku. Oleh itu, sembahlah Aku, dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”

Apabila sesorang itu sentiasa mengingati Allah maka dia takut untuk melakukan fahsya’ dan mungkar. Dia sedar setiap perbuatannya sentiasa diawasi Allah. Seumpama BENCI ZINA

39

seorang murid yang sedang menjalani peperiksaan. Apabila dia sedar dirinya diawasi pengawas, dia akan berasa takut untuk meniru atau sebagainya. Solat juga mengajar kita berdisiplin, menepati waktu dan menunaikan amanah. Apabila masuk waktu sesorang yang berdisiplin akan terus menunaikan amanah yang dipikul iaitu solat. Oleh itu, kita akan sentiasa berdisiplin dan amanah. Kita tidak melakukan perkara-perkara mungkar seperti pecah amanah dan membuang masa kerana kita telah dididik dengan solat supaya amanah dan berdisiplin. Oleh itu, terbuktilah solat dapat mencegah seseorang itu daripada melakukan fahsya’ dan mungkar. Solat juga dapat mententeramkan jiwa. Orang yang melakukan solat secara sempurna dan penuh khusyuk, jiwanya aman damai, malah dapat mengawal segala tekanan sekali gus menjadikan kehidupannya lebih ceria. Seorang yang taat mengerjakan solat sepanjang hidup, lagi mengerti betapa besar kepentingan solat itu kepadanya serta memahami kelebihan dan rahsia bacaannya, sudah tentu akan tenang jiwanya. "Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) loba mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka." (al-Ma'arij:19-23) Rasulullah s.a.w ketika berhadapan masalah akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi baginda adalah amalan penyejuk hati. Kelebihan ini sekurang-kurangnya akan menyuntik diri kita umat Islam untuk lebih tekun mengerjakan solat, malah mereka yang selama ini tidak mengenali ibadat itu tertarik untuk turut sama melakukannya.

BENCI ZINA

40

TAJUK : PANDUAN MEMILIH RAKAN. Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh, para pelajar dan guru-guru yang berbahagia, kepada pelajar seharusnya kita bersyukur kerana pada saat ini dapat kita hadir ke sekolah untuk menuntut ilmu bagi menjalankan kewajipan sebagai seorang insan, guru juga seharusnya berasa bertuah atau beruntung kerana pada hari ini dapat menyampaikan ilmu kepada pelajar kerana ia akan menjadi bekalan atau amal jariah

setelah

meninggalkan dunia yang fana ini sebagai ilmu yang memberi menfaat kepada bangsa agama dan negara. Para pelajar dan guru yang berbahagia, kejayaan yang sebenar ialah apabila manusia itu diselamatkan dari bakaran api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, itulah kejayaan yang hakiki. Firman Allah Taala di dalam al-Quran surah Ali Imran ayat 185.                   

       

Maksudnya : “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya”. Untuk mencapai kejayaan di akhirat bukanlah suatu perkara yang mudah, pelbagai cubaan dan godaan sentiasa menghampiri kita pada setiap saat dan tempat. Ramai manusia yang telah gagal dalam mengharungi ujian yang sangat mencabar ini, namun ia bukanlah alasan kita untuk turut sama menjerumuskan diri untuk melakukan maksiat. Pelajar yang dirahmati Allah Taala, kita sering sahaja mendengar anak-anak muda yang terjebak dengan pelbagai maksiat umpamanya mencuri, ponteng sekolah, ponteng kelas, meminum minuman yang memabukkan malah lebih dari itu ada yang sanggup BENCI ZINA

41

membunuh, berzina, melacur dan pelbagai maksiat lagi. Salah satu penyebabnya ialah kerana gagal memilih rakan yang boleh membimbing mereka kejalan yang diredaai Allah Taala. Kegagalan ini bukan sahaja merugikan diri mereka sendiri tetapi juga akan turut dirasai oleh keluarga, masyarakat dan negara. Oleh itu pada pagi ini, saya ingin berkongsi cara memilih rakan menurut Imam alGhazali di dalam kitabnya Bidayatul Hidayah. Seseorang itu akan mudah mengikut apa yang diperlakukan oleh rakan mereka, jika baik rakan mereka InsyaAllah baiklah perlakuan mereka begitu juga sebaliknya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang telah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Imam Tirmizi, hadith ini dianggap hadith Hasan oleh Imam al-Baihaqi iaitu : “‫ ”اﻟﻤﺮء ﻋﻠﻰ دﯾﻦ ﺧﻠﯿﻠﮫ ﻓﻠﯿﻨﻈﺮ أﺣﺪﻛﻢ ﻣﻦ ﯾﺨﺎﻟﻞ‬maksudnya “Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya, oleh kerana itu hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat”. Oleh kerana itu Imam al-Ghazali telah menetapkan lima ciri didalam memilih rakan yang baik samada semasa menjalankan urusan dunia atau akhirat termasuk juga ketika menuntut ilmu. Apakah lima perkara itu, pertama hendaklah memilih rakan yang berakal (bijak) kerana ia akan membantu kita dan menunjuk ajar ketika kita tersalah atau menegur kita jika kita melakukan perkara yang dimurkai Allah Taala. Rakan yang tidak bijak tidak akan memandang ilmu itu sebagai suatau yang utama, sehinggakan mereka menganggap ponteng sekolah atau ponteng kelas itu suatu perbuatan yang tidak merugikan bagi mereka. Kedua orang yang baik akhlaknya. Oleh itu janganlah kamu memilih sahabat yang jahat atau buruk perangainya kerana ia akan mempengaruhi diri kita dengan kejahatannya perilakunya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Hati menjadi keras kerana banyak melakukan dosa”. Rakan yang buruk akhlaknya akan mengajak kita melakukan kejahatan termasuk melihat video-video lucah, menggunjungi tempat-tempat maksiat yang akhirnya sanggup untuk melakukan pelbagai perkara yang terkutu seperti zina dan pelacuran.

BENCI ZINA

42

Ketiga ialah orang yang soleh. Oleh itu janganlah kamu memilih orang yang fasik iaitu orang yang selalu melakukan dosa besar dan mengekalkan dosa kecil, kerana orang yang takutkan Allah Taala tidak sesekali akan melakukan dosa manakala orang yang fasik itu tidak akan segan silu dan teragak-agak untuk melakukan maksiat ini dijelaskan oleh Allah Taala di dalam surah al-Kahfi ayat 28 yang berbunyi :                 

               

Maksudnya: “ Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah Engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana Engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah Engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di Dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. Oleh itu jauhilah bersahabat dengan orang yang suka melakukan maksiat kerana sering melihat maksiat itu akan mendorong hati kita untuk sama melakukannya dan menanggap maksiat itu suatu perkara yang ringan atau biasa. Yang keempat jangan bersahabat dengan orang yang tamakkan dunia. Kesenangan di dunia adalah sementara akhirat adalah persinggahan kita yang terakhir. Jadikan dunia sebagai tempat kita beramal ibadah dan kesenangannya akan kita rasai di akhirat. Para pelajar yang budiman, seharusnya kita sentiasa ingat apakah matlamat kita dihantar oleh ibubapa kita ke sekolah, tidak lain adalah untuk menuntut ilmu dengan sebaik-baiknya. Ibu bapa anda sentiasa mengharapkan hasil yang terbaik daripada penat lelah mereka mencari bekalan untuk anda bersekolah dan janganlah dihampakan harapan mereka.

BENCI ZINA

43

Yang kelima pilihlah sahabat yang sentiasa berkata benar. Bersahabat dengan rakan yang suka berkata dusta bukan sahaja kita akan sering dipermainkan atau diperbodohkan malah kita juga akan turut sama berani melakukan pembohongan umpamanya terhadap ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Pepatah Melayu ada menyebut “Siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong lama-lama jadi pencuri”. Kesimpulan daripada apa yang telah saya perkatakan sebentar tadi ialah : 1. Jangan mudah terpedaya dengan keseronokan dunia sebaliknya jadikan dunia sebagai tempat beribadah untuk kesenangan di akhirat. 2. Pilihlah rakan yang baik akhlaknya, bijak, berkata benar dan gemar melakukan kebaikan. 3. Jauhi dari bersahabat dengan rakan yang akan menjerumuskan kita ke lembah maksiat. 4. Maksiat yang dilakukan akan menyebabkan kita malas untuk melakukan ibadah sebaliknya akan mendorong kita sentiasa melakukan maksiat. 5. Berubahlah dari sifat yang kurang baik kepada yang lebih baik.

Sekian terima kasih semuga pertemuan kita pada pagi ini memberikan manfaat kepada

kita

bersama,

saya

Assalamualaikumwarahmatullah.

BENCI ZINA

sudahi

dengan

kata

Wabillahitaufiq wal

hidayah

44

TAJUK: MENUTUP AURAT VS MENUTUP URAT

Objektif : 1. Memberi kesedaran tentang pakaian yang betul di sisi Islam. 2. Memilih pakaian yang sesuai mengikut arus pemodenan. 3. Dapat menjaga maruah diri. Isi penting : 1. 2. 3. 4.

Ciri-ciri pakaian yang di bolehkan dan yang dilarang oleh Islam. Larangan berhias untuk wanita Larangan pakaian untuk lelaki Larangan pemakaian untuk lelaki dan wanita.

Artikel Bagaimana pakaian anda? Sudah menutup aurat atau sekadar menutup urat? Kenapa aurat penting? Aurat penting kerana ia adalah salah satu faktor berlakunya maksiat. Ramai yang menganggap pakaiannya telah menutup aurat tetapi tidak sedar baju yang dipakai adalah jarang atau ketat atau membuka mana-mana bahagian badan. Semua itu hanya sekadar menutup urat bukannya menutup aurat. Marilah kita bersama-sama memeriksa kembali pemakaian kita terutamanya bagi golongan wanita kerana pemakaian adalah salah satu yang menyumbang kepada zina. Terdapat banyak ayat perintah menutup aurat dari Al-Quran dan Hadis. Beberapa perkara yang akan dibincangkan ini akan disertakan dengan ayat al-Quran atau hadis yang sahih. 1. Menutup aurat Dari surah Al-Nur ayat 31 memerintahkan kaum lelaki dan wanita Islam menundukkan pandangan dari perkara maksiat, menjaga kehormatan diri dan tidak boleh BENCI ZINA

45

menzahirkan perhiasan badan kecuali yang biasa kelihatan sahaja iaitu muka dan tapak tangan bagi kaum wanita. Aurat lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Wanita Islam juga dilarang dari melakukan perkara-perkara berikut: a. Wanita dilarang mencukur bulu kening. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari: "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." (Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari). b. Larangan menampakkan kaki (tumit kaki) dan menghayunkan atau melenggokkan badan mengikut hentakan kaki. "Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. c. Wanita juga dilarang untuk memakai wangian kerana ia akan menyumbang ke arah perzinaan. Wangian dari wanita itu dapat menarik perhatian si lelaki. "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban). d. Dada wanita walaupun telah ditutup dengan baju, namun Allah mensyariatkan supaya ia ditutupi lagi dengan melabuhkan tudung. "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dadadada mereka." Surah An-Nur : 31 e. Gigi adalah ciptaan Allah SWT, manusia dilarang untuk merubah anugerah yang telah dikurniakan tersebut. Di dalam hadis Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim. BENCI ZINA

46

f. Mulut (suara) wanita adalah aurat yang boleh menggoda hati lelaki. "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah). g. Rambut adalah mahkota wanita, namun bukanlah diciptakan untuk dilihat oleh orangorang yang bukan mahramnya. "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

2. Tidak menampakkan tubuh Pakaian Muslimah yang jarang sehingga menampakkan aurat wanita muslim tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.”

BENCI ZINA

(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

47

Cara pemakaian yang berikut juga merangkumi yang dilarang: a. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya. "Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

b. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).

c. Muslimah

perlu

melabuhkan

pakaian

hingga

menutupi

kaki.

Pakailah

tudung atau mini telekung yang sesuai bagi menutupi kepala atau rambut, tengkuk, leher dan dada. Allah berfirman bermaksud:

"Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman,supaya mereka menghulurkan jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itumereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab, ayat 59)

d. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh. Pakailah

pakaian

yang

tidak

ketat

supaya

tidak

kelihatan

bentuk

tubuh. Pakaian yang ketat juga akan menyusahkan pergerakan si pemakainya. BENCI ZINA

48

3. Tidak menimbulkan riak Memakai pakaian yang tidak menimbulkan rasa sombong di hati pemakainya. Buangkan rasa riak di hati. Memakai baju bukan untuk menunjuk-nunjuk baju yang cantik tetapi pakailah baju untuk memelihara diri dan juga menjaga maruah. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat.” Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti.” (Ahmad, Abu Daud, anNasa’iy dan Ibnu Majah)

Kita dianjurkan untuk memulakan sesuatu pekerjaan dengan membaca doa atau ”Bismillah”. Bagi mengelak segala ganguan hati dan syaitan. Kita juga disunatkan untuk melakukan sesuatu dimulai dengan tangan kanan. Terdapat banyak hadis yang mengajar umat Islam memakai dan melakukan sesuatu dengan doa dan mendahului tangan kanan. Semoga dengan amalan dari Rasulullah ini dapat mengelakkan kita dari riak dalam berpakaian. Ikuti Hadis-hadis berikut: i.

Apabila

memakai

kasut

atau

seumpamanya,

kanan.

Apabila

menanggalkannya,

mulakan

mulakan dengan

dengan

sebelah

sebelah

Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila seseorang memakai kasut, mulakanlah dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya." (Hadis riwayat Imam Muslim)

BENCI ZINA

kiri.

49

ii.

Apabila memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakanlah juga dengan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud:

"Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci."

iii.

Apabila memakai pakaian yang baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi (bermaksud):

"Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakaikannya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya, Demikian itu telah datang daripada Rasulullah."

iv.

Berdoa setiap kali memakai dan menanggalkan pakaian supaya memperoleh keberkatan. Ketika memakai pakaian, lafazkanlah: "Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia."

BENCI ZINA

50

4. Tidak menyerupai pakaian golongan bukan Islam Tidak menyerupai pakaian golongan bukan Islam kerana dibimbangi orang Islam akan meninggalkan keperibadian Muslim sendiri.

Nabi bersabda bermaksud: "Sesiapa meniru atau menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka." (Hadis riwayat Abu Daud)

5. Pakaian Lelaki dan wanita berbeza Pakaian lelaki mesti berbeza daripada pakaian wanita. Maksudnya, pakaian yang khusus untuk kaum lelaki tidak boleh dipakai oleh kaum wanita, begitu juga sebaliknya. Seseorang wanita dan lelaki mestilah menjaga maruah dirinya melalui pemakaian kerana akhlak seseorang akan dinilai dari penampilannya.

Rasulullah mengingatkan hal ini dengan keras menerusi sabdanya bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Nabi juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." (Hadis riwayat Abu Daud dan Al-Hakim).

BENCI ZINA

51

6. Larangan Pakaian Sutera dan Emas untuk Lelaki Pakaian lelaki tidak boleh diperbuat daripada sutera kerana diharamkan kaum lelaki memakai sutera. Nabi bersabda bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Hadis riwayat Muttafaq 'alaih)

Lelaki Islam tidak dibolehkan memakai cincin emas. Nabi bersabda yang bermaksud: "Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita."

7. Memilih warna sesuai Islam juga menganjurkan umatnya memilih warna pakaian yang sesuai. Contohnya warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna pakaian Muslim ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih suci dan lebih baik, dan kafankan mayatmayat kamu dengannya." (Hadis riwayat An-Nasa'iy dan Al-Hakim).

Memilih pakaian berwarna putih kerana ia adalah yang terbaik untuk dipakai. Putih adalah warna yang sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah. Ia juga melambangkan kesucian. Berdasarkan berita yang sahih, baginda memakai baju hijau dan berserban hitam. Warna hijau merupakan warna kesukaan Rasulullah.

BENCI ZINA

52

Marilah kita bersama-sama menghindari dari melakukan semua perkara tersebut. Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya. Sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah imej seorang Muslim. Pemakaian muslim dapat mencegah dari melakukan ZINA..

BENCI ZINA

53

TAJUK: JAGALAH SOLAT ANDA Hadirin yang dirahmati Allah, Solat merupakan syariat Allah yang diturunkan kepada umat manusia. Ia digelar sebagai tiang agama. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. : ( maksudnya ) Pangkal semua urusan adalah Islam, tiangnya ialah solat dan puncak tertingginya ialah jihad ( Riwayat Tarmizi ) Solat adalah ibadah yang amat penting dalam Islam, ia diletakkan sebagai Rukun Islam yang kedua, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. : ( maksudnya ) Islam itu dibina atas lima perkara, persaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad Rasullullah, menunaikan solat….. ( Riwayat Bukhari dan Muslim ). Ia merupakan amalan pertama yang akan dihisab di akhirat : ( maksudnya ) Amalan yang mula-mula dihisab dari seorang hamba pada hari kiamat ialah solat, Jika solatnya baik, baiklah keseluruhannya. Tetapi jika solatnya buruk, buruk semua umatnya. ( Riwayat Tarmizi dan Abu Daud ) Solat merupakan ibadah yang sempurna dan mempunyai berbagai hikmah, baik dari sudut kerohanian, emosi dan fizikal. Antara yang disebut oleh Allah di dalam Al-quran ialah solat sebagai pembentuk akhlak yang baik. Firman Allah s.w.t. : ۗ ِ ‫ﺻ ﱠﻠﺗ َﻧَو ۡ ٰ ﮭة َ َۖﻰ ٰ ﻋ َن ِ ٱﻟ ۡ ﻔ َﺣ ۡ ﺷ َ ﺎ ٓء ِ و َ ٱﻟ ۡ ﻣ ُﻧﻛ َر‬ َ ‫ﺻ ِﱠﻠ َوٱﻟ ٰ ة‬ ‫إ ِن ﱠو َ أٱﻟ َ ﻗِم‬ “ Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. “ ( Surah al-Ankabut, 29 : 45 ) Solat merupakan ibadah didikan Allah s.w.t. dalam membentuk akhlak seseorang muslim. Setiap orang Islam yang menghayati ibadah solat akan mempunyai keperibadian yang tinggi. Ini adalah kerana didikan sempurna melalui solat itu datangnya dari perintah Allah s.w.t.. BENCI ZINA

54

Solat sangat menekankan akidah, solat perlu dilakukan semata-mata kerana Allah, barulah diterima olehNya. Ianya merupakan lambang pengabdian kita kepada Allah s.w.t.. Ketika solat, kita disunatkan membaca doa iftitah, dalam doa iftitah kita sering mengucapkan bahawa solat kita adalah kerana Allah s.w.t.. Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud : “ Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku kerana Allah tuhan sekalian alam, ( Surah al-An’am, 6 : 162 ) Didikan akidah merupakan asas terpenting dalam membina akhlak manusia. Seorang yang bersolat dengan penuh keyakinan bahawa dia sedang berhadapan dengan Allah s.w.t. akan membawa sifat itu dalam kehidupan, iaitu menyedari bahawa setiap saat Allat memerhatikannya. Oleh itu mereka mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk menjaga akhlak mereka daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah seperti zina. Ibadah solat mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Oleh sebab itu Allah telah memerintah agar seorang muslim yang mukallaf menunaikan solat. Terdapat beberapa kaedah didikan akhlak di dalam solat jika diaplikasikan dalam kehidupan, seseorang itu akan dapat mencegah dirinya daripada melakukan maksiat seperti zina. Antaranya, sifat sabar dalam melaksanakan solat. Keadaan manusia yang bermacam-macam seperti susah untuk bangun pagi, sibuk dengan urusan, keletihan dalam urusan dan sebagainya merupakan cabaran yang besar untuk melakukan ibadah solat. Justeru, hanya mereka yang mempunyai kesabaran yang tinggi sahaja mampu melaksanakannya. Sebagaimana Firman Allah s.w.t.:          

“ Dan mintalah pertolongan Allah dengan solat dan sabar, sesungguhnya solat itu sangat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. “ (Surah al-Baqarah 2: 45) BENCI ZINA

55

Dalam solat juga perlu ada kesabaran, dalam masa lima hingga lapan minit kebiasaannya kita mengerjakan solat, pelbagai cubaan dan gangguan samada zahir dan batin hadir. Justeru, seseorang Muslim itu perlulah sabar untuk menolak semua cobaan dan ganguan tersebut. Sabar sangat perlu dalam kehidupan manusia, kerana dengan sifat sabarlah seseorang muslim mempunyai kekuatan untuk melakukan ibadah dan meninggalkan amalan yang dimurkai Allah s.w.t.. Sifat sabar melahirkan individu yang istiqamah, gigih, teliti dan berhati-hati dalam kehidupan. Sifat sabar dalam melaksanakan solat perlulah diaplikasikan di luar solat, kerana dalam menghadapi kehidupan manusia berdepan dengan pelbagai cabaran yang menggugat iman seperti kesibukan, tekanan, musibah, nikmat dan godaan, maka kesabaran yang dididik oleh Allah s.w.t. adalah memainkan peranan utama bagi menjaga iman dan diri pengamalnya Jika kita sanggup bersabar untuk mengerjakan solat, kerana ia merupakan kewajipan dari Allah s.w.t., maka pasti kita akan sanggup bersabar daripada melakukan maksiat. Sekian, Wassalam.

BENCI ZINA

56

TAJUK:

PERANAN DIRI SENDIRI DALAM MENJAUHI ZINA

OBJEKTIF

: Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih mendalam berkaitan peranan dalam menjauhi zina

SASARAN

: Semua Murid

MASA

: 5 minit

HURAIAN

: Peranan Dalam Menjauhi Zina

AKTIVITI

: Penerangan peranan dalam menjauhi zina

A. Diri sendiri

1. Carilah diri kita yang sebenarnya. Muhasabah diri sebelum tidur ; adakah kita dijadikan untuk mentadbir muka bumi ini atau menjadi pemusnahnya ? 2. Carilah guru atau seseorang yang boleh membimbing ke jalan yang benar bagi mengisi kekurangan yang ada. 3. Carilah sahabat atau kawan yang positif dan cemerlang supaya dapat membimbing kita. 4. Cari penyelesaian yang betul bagi setiap masalah yang timbul. 5. Ubahlah cara pemikiran dan corak kehidupan dari yang negatif kepada yang positif. 6. Berubah daripada seorang yang berharap kepada seorang yang berusaha. 7. Berubah daripada seorang yang menerima kepada seorang yang memberi. 8. Berubah daripada seorang yang hangat-hangat tahi ayam kepada seorang yang melakukan sesuatu dengan konsisten dan bersungguh-sungguh. 9. Semai sikap malu untuk melakukan perbuatan sumbang. KESAN BURUK SAINTIFIK: Di Amerika sahaja ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah kaum wanita(sumber perubatan islam dan bukti sains moden). Kos yang diperlukan bagi merawat dan mencegahnya menjangkau $ 10 Billian. BENCI

AGAMA: Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap. ZINA

57

TAJUK:

PERANAN KELUARGA DALAM MENJAUHI ZINA

OBJEKTIF

: Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih mendalam berkaitan peranan dalam menjauhi zina

SASARAN

: Semua Murid

MASA

: 5 minit

HURAIAN

: Peranan Dalam Menjauhi Zina

AKTIVITI

: Penerangan peranan dalam menjauhi zina

B. Keluarga 1. Berbincang dengan ahli keluarga ketika menghadapi masalah. Jadikan ahli keluarga orang yang paling rapat dan paling dipercayai. 2. Tidak membelakangkan ibu bapa dalam apa juga tindakan. Ibu bapa perlu tahu pergerakan murid supaya pemantauan dapat dilakukan. Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini, ibu bapa merupakan orang pertama yang perlu tahu. Segala permasalahan yang timbul, murid perlu kembali semula kepada ibu bapa dan keluarga. 3. Ibu bapa perlu tahu dengan siapa anaknya berkawan. Ini dapat memberi peluang kepada ibu bapa untuk mendampingi kawan-kawan anak-anak mereka. 4. Cari keredhaan ibu bapa dengan mendapatkan restu mereka dalam apa juga yang dilakukan. Ini akan menambahkan keberkatan dan hidup lebih berjaya. KESAN BURUK AGAMA: Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

BENCI ZINA

58

TAJUK:

PERANAN MASYARAKAT DALAM MENJAUHI ZINA

OBJEKTIF

: Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih mendalam berkaitan peranan dalam menjauhi zina

SASARAN

: Semua Murid

MASA

: 5 minit

HURAIAN

: Peranan Dalam Menjauhi Zina

AKTIVITI

: Penerangan peranan dalam menjauhi zina

C. Masyarakat 1. Sentiasa bersikap terbuka semasa menerima teguran daripada masyarakat sekeliling. Murid hidup dalam kelompok masyarakat yang sentiasa memerhati dan membuat penilaian. Jangan berkecil hati dengan teguran atau pandangan daripada masyarakat sekeliling, sebaliknya fikirkan ianya secara positif. 2. Menerima nilai-nilai baik daripada masyarakat dan menjauhi nilai-nilai negatif. Nilai yang positif daripada apa juga agama atau kelompok masyarakat perlu dihormati. 3. Kemudahan yang disediakan oleh dan untuk masyarakat harus digunakan seoptimum yang mungkin bagi tujuan yang baik sahaja. Ia tidak boleh disalah gunakan. KESAN BURUK SAINTIFIK: Kajian yang dilakukan oleh Universiti Pensylvania menunjukkan terdapat lebih kurang 400,000 remaja dibawah umur di Amerika yang berkerja sebagai pelacur,dan menurut The Washington Post yang bertarikh 11 Februari 2000 melaporkan 80% daripada bahan-bahan lucah yang melibatkan kanak-kanak atau dikenali dengan istilah Child Pornography adalah datangnya dari asia iaitu Negara Jepun. AGAMA: Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak BENCI pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya. ZINA

59

TAJUK

: KESAN-KESAN DALAM DIRI REMAJA YANG TERLIBAT DALAM KES ZINA

OBJEKTIF

: Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih mendalam berkaitan kesan zina kepada murid

SASARAN

: Semua Murid

MASA

: 5 minit

HURAIAN

: Kesan-kesan Zina

AKTIVITI

: Penerangan kesan-kesan zina kepada pelaku

A. EMOSI - Fikiran keliru - Krisis Identiti - Mengalami bimbang dan resah B. PSIKOLOGI - Kemurungan - Hilang keyakinan diri - Rasa Bersalah C. SOSIAL - Malu untuk bercampur dengan masyarakat (jika masyarakat telah tahu) - Rasa rendah diri untuk bergaul dengan masyarakat - Tidak ada keyakinan diri - Ketidakharmonian dalam keluarga (ibu bapa & keluarga berasa malu dengan aib yang dilakukan yang boleh menimbulkan konflik dalam keluarga). D. SAINTIFIK/KESIHATAN - Trauma alat kelamin disebabkan sistem reproduksi belum matang dan belum bersedia untuk hubungan seksual menyebabkan luka yang dialami mengambil masa yang panjang untuk sembuh. - Kanser pangkal rahim disebabkan melakukan hubungan seks pada usia awal dan sering bertukar pasangan. - Penyakit jangkitan kelamin seperti sifilis, gonorea, Hepatitis B dan HIV yang mengakibatkan komplikasi. Bagi lelaki, boleh merebak ke bahagian testis, vesikel BENCI ZINA

60

semen dan kelenjar prostat lalu menyebabkan kesakitan dan kemandulan. Manakala bagi wanita, ia boleh mengakibatkan kemandulan, mengandung luar rahim atau jangkitan pelvis. Bagi bayi, jangkitan herpes boleh menyebabkan buta atau terencat akal. 'Congenital syphilis' di kalangan bayi menyebabkan kecacatan semasa kelahiran. -

-

‘Teenage pregnancy’ (Mengandung usia remaja) mendedahkan remaja perempuan kepada komplikasi semasa mengandung seperti keguguran, pendarahan, risiko tinggi kematian semasa melahirkan. Sehingga Disember 2004 sebanyak 64 439 kes HIV dilaporkan di Malaysia dan lebih 40% daripada golongan remaja yang berumur di bawah 29 tahun (Sumber : www.proster.gov.my : Tarikh : 15.7.2010 ; Program Sihat Tanpa Aids : Remaja, 2005).

KAJIAN –KAJIAN LEPAS KESAN HUBUNGAN RAMBANG Sumber : Dr .Mariani Md.Nor Jabatan Psikologi & Kaunseling Universiti Malaya (2008) (http://nyongattesky.blogspot.com/2008) Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan anggaran, seorang daripada 20 remaja di dunia dijangkiti penyakit kelamin setiap tahun dengan sejumlah 333 juta kes baru penyakit kelamin, 111 juta kes berlaku dalam kalangan mereka yang berumur di bawah 25 tahun. Hubungan seks bebas yang tiada perlindungan boleh menyebabkan peningkatan kepada risiko pengguguran kandungan oleh remaja perempuan yang masih mentah serta yang paling dibimbangkan adalah jangkitan penyakit kelamin seperti gonorea, sifilis dan yang berbahaya, AIDS. Berdasarkan Kaji Selidik Penyakit dan Kesihatan Negara di bawah Kementerian Kesihatan, penglibatan remaja dalam hubungan seks luar nikah di Malaysia adalah 1.8 peratus pada 1996. Jumlah yang paling tinggi adalah di kalangan remaja perempuan iaitu 2.5 peratus berbanding remaja lelaki sebanyak 1.2 peratus. Penyakit gonorea merupakan salah satu penyakit kelamin – Sex Transmitted Disease (STD). Mengikut statistik yang telah dikeluarkan, sebanyak 62 juta kes telah dilaporkan dalam masa satu tahun di seluruh dunia. Ini menunjukkan penyakit yang disebarkan oleh sejenis bakteria, neisseria gonorrhoeae ini berada dalam peringkat yang membimbangkan. Secara purata, setiap hari lebih 100 ribu kes telah dikesan.

BENCI ZINA

61

TAJUK : PROSEDUR DAN TATACARA MENGHADAPI KES ZINA OBJEKTIF

: Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih mendalam berkaitan kesan zina kepada murid

SASARAN

: Semua murid

MASA

: 5 minit

HURAIAN

: Kesan-kesan Zina

AKTIVITI

: Penerangan kesan-kesan zina kepada pelaku

KESAN KEPADA PELAKU 1. Apabila berlaku kes hubungan rambang dan pelajar terjebak dengan zina, pelajar boleh berjumpa dengan guru kaunseling bagi membincangkan isu/keadaan tersebut. 2. Ini kerana guru kaunseling bersedia menerima dan mendengar pelajar tanpa syarat demi membantu para pelajar. 3. Perkongsian pelajar bersama guru kaunseling adalah terikat di bawah etika kerahsiaan sesi kaunseling. 4. Walaubagaimanapun sekiranya keadaan pelajar memudaratkan (mengandung dll), maka guru kaunseling perlu meminta izin pelajar untuk maklumkan perkara tersebut kepada pihak berwajib (ibu bapa/pengetua) demi membantu pelajar. Di sini akan dibincangkan tindakan dan keputusan yang perlu dibuat. 5. Jika perlu laporan akan dibuat untuk makluman pihak PPD. 6. Di sini dinyatakan ringkasan tatacara tersebut:

KESAN BURUK SAINTIFIK: Antara komplikasi atau kesan seks bebas menurut perubatan moden antarnya ialah penyakit jangkitan seksual atau dikenali sebgai STD.STD bermaksud sexually transmitted disease,dan penyakit ini kerap menjangkiti inidividu melalui seks bebas.Lebih kurang dua puluh jenis penyakit daripada kumpulan ini sudah dikednal pasti antarnya ialah,syphilis,gonorrhea,genital herpes,genital wart,trichomoniasis,bacterial vaginosis,ifeksi cytomegalovirus,infeksi Chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS. AGAMA:Tuhan akan mencampakkan sifat liar di hati penzina sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal. BENCI ZINA

62

RINGKASAN TATACARA PELAPORAN KES

BERLAKU KES HUBUNGAN RAMBANG

KLIEN YANG TERLIBAT MELAPORKAN KEPADA GURU BIMBINGAN & KAUNSELING

PELAPORAN KEPADA PENGETUA (DENGAN PERSETUJUAN KLIEN)

PERTEMUAN & PERBINCANGAN BERSAMA IBU BAPA (IBU BAPA MENGAMBIL KEPUTUSAN BERSAMA

LAPORAN KEPADA PPD

LAPORAN & SUSULAN KEPADA PIHAK/AGENSI

LUAR TINDAKAN IBU BAPA

TINDAKAN SUSULAN GURU BIMBINGAN & KAUNSELING BERSAMA IBU BAPA BENCI ZINA

63

7. Oleh itu, diharapkan para pelajar dapat berfikir dan bertindak dengan lebih bijak dan rasional dalam menghadapi keadaan ini dengan berjumpa individu yang boleh dipercayai dan memberi pertolongan.

BENCI ZINA

64

PROSES KERJA GURU BIMBINGAN & KAUNSELING

MEMBERI KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING KRISIS KEPADA PELAJAR DAN INDIVIDU YANG BERKAITAN DENGAN KES

Proses Kerja

Pegawai Yang Meluluskan / Dirujuk

1. Menerima klien yang dirujuk

Pengetua / PK HEM/ Guru Disiplin/ GKSM

2. Membuat analisis keperluan sesi bimbingan / kaunseling krisis seperti kos ,tempatdan kandungan sesi.

Klien / GKSM

3. Penetapan /pengesahan tarikh dan tempat sesi diadakan.

GKSM / Klien

4. Menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling krisis dengan klien yang berkaitan dengan kes

Klien /GKSM

5. Membuat analisa dan tindakan susulan yang perlu hasil daripada sesi bimbingan / kaunseling krisis seterusnya (jika perlu)

GKSM

6.Konsultasi

Pakar Rujuk

7.Menetapkan tarikh sesi bimbingan / kaunseling krisis seterusnya(jika perlu)

GKSM

8. Merekod hasil bimbingan dan kaunseling krisis dengan klien dan laporan difailkan.

GKSM

BENCI ZINA

Undang-undang / Peraturan

Sulit

65

CARTA ALIRAN KERJA MEMBERI KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING KRISIS KEPADA PELAJAR DAN INDIVIDU YANG BERKAITAN DENGAN KES

Menerima klien yang dirujuk

Membuat analisa kaunseling

keperluan

Menetapkan/mengesahkan disediakan

sesi

tarikh

bimbingan

dan

tempat

dan

sesi

Menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling krisis dengan klien yang berkaitan dengan kes

Membuat analisa dan tindakan susulan yang perlu hasil daripada sesi bimbingan dan kaunseling krisis yang dijalankan Konsultasi Menetapkan tarikh sesi bimbingan dan kaunseling krisis seterusnya (jika perlu) Merekod hasil bimbingan/kaunseling krisis dan laporan krisis BENCI ZINA

66

SENARAI SEMAK MEMBERI KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING KRISIS KEPADA MURID-MURID DAN INDIVIDU YANG BERKAITAN DENGAN KES

Bil

Proses Kerja

1

Menerima klien yang dirujuk.

2

Membuat analisa keperluan sesi bimbingan / kaunseling seperti kos, tempat dan kandungan sesi.

3

4

5

Penepatan / pengesahan tarikh dan tempat sesi kaunseling dijalankan. Sesi Bimbingan/Kaunseling Krisis dijalankan kepada klien yang berkaitan dengan kes.

Membuat analisa dan tindakan susulan yang perlu hasil daripada sesi bimbingan/ Kaunseling Krisis.

Tandakan (/)

Catatan

Norma Masa (Minit)/ MINGGU

60

20

15

90

40

6

Konsultansi

30

7

Menetapkan tarikh sesi bimbingan/Kaunseling Krisis seterusnya (jika perlu).

15

BENCI ZINA

67

8

Merekod hasil sesi bimbingan/ Kaunseling Krisis dengan klien dan laporan difailkan.

JUMLAH

30

300

Zina adalah salah satu daripada perbuatan yang sangat dikutuk oleh Allah SWT dan dibenci oleh semua agama di langit. Perbuatan tersebut adalah salah satu daripada perkara tandatanda akan berlakunya hari Kiamat.

Oleh itu setiap individu dan masyarakat hendaklah sama-sama membanteras perbuatan zina, sumbang mahram, membuang atau membunuh bayi demi mencapai keharmonian dan kesejahteraan hidup supaya terhindar daripada bala bencana.

BENCI ZINA

68

LAMPIRAN

BENCI ZINA

69

JAWATANKUASA INDUK PENCEGAHAN ZINA DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR

PENGERUSI

: Pengarah Pelajaran Johor

TIMBALAN PENGERUSI

: Timbalan Pengarah Pelajaran Johor

SETIAUSAHA l

: Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan

SETIAUSAHA ll

: Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam

JAWATANKUASA

: Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah Ketua Sektor, Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan Ketua Sektor, Sektor Penilaian Dan Peperiksaan Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Swasta Dan Pendidikan Khas Ketua Sektor, Sektor Jaminan Kualiti Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Makumat Ketua Sektor, Sektor Psikologi dan Kaunseling Ketua Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pegawai Pelajaran Daerah, Daerah-Daerah Negeri Johor

BENCI ZINA

70

JAWATANKUASA BERTINDAK PENCEGAHAN ZINA DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR PERINGKAT JABATAN PELAJARAN JOHOR

PENAUNG

: Pengarah Pelajaran Johor

PENASIHAT

: Timbalan Pengarah Pelajaran Johor

PENGERUSI

: Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan

TIMBALAN PENGERUSI

: Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam

SETIAUSAHA I

: Timbalan Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan

SETIAUSAHA II

: Timbalan Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam

JAWATANKUASA

: Ketua Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Kemanusiaan Ketua Unit Dakwah, Sektor Pendidikan Islam Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Sektor Pengurusan Kemanusiaan Penolong Pengarah, Sub Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Hal Ehwal Murid Sektor Pembangunan Kemanusiaan Penolong Pengarah, Unit Dakwah, Sektor Pendidikan Islam Penyelia Disiplin, Hal Ehwal Murid Sektor Pembangunan Kemanusiaan Penyelia Dakwah, Unit Dakwah, Sektor Pendidikan Islam Penyelia Bimbingan Dan Kaunseling, Hal Ehwal Murid Sektor Pembangunan Kemanusiaan Ketua Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pegawai Pelajaran Daerah, Daerah-Daerah Negeri Johor

BENCI ZINA

71

JAWATANKUASA BERTINDAK PENCEGAHAN ZINA DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR PERINGKAT DAERAH

PENGERUSI

: Pegawai Pelajaran Daerah

TIMBALAN PENGERUSI

: Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah

SETIAUSAHA l

: Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Bimbingan & Kaunseling Kerjaya Murid

SETIAUSAHA ll

: Penolong Pegawai Pelajaran Daerah,Ketua Sektor, Pendidikan Islam

JAWATANKUASA

: Penolong-Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, PPD Pengerusi, Persatuan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Pengerusi Majlis Guru Besar Penyelia Hal Ehwal Murid, PPD Penyelia Pendidikan Islam, PPD

BENCI ZINA

72

JAWATANKUASA BERTINDAK PENCEGAHAN ZINA DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR PERINGKAT SEKOLAH

PENGERUSI

: Pengetua / Guru Besar

TIMBALAN PENGERUSI

: Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

SETIAUSAHA l

: Guru Bimbingan & Kaunseling

SETIAUSAHA ll

: Ketua Panitia Pendidikan Islam

JAWATANKUASA

: Guru-guru Penolong Kanan Guru Disiplin Sekolah Ketua Panitia Mata Pelajaran Guru-guru Pendidikan Islam Guru-guru Pendidikan Moral Yang Dipertua PIBG Pengerusi, J/Kuasa Pewaris Asrama

BENCI ZINA

73

SEKALUNG PENGHARGAAN

Kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak

langsung

dalam

memberikan

khususnya kepada Jawatankuasa

sumbangan

Penggubal Modul

dan Jabatan Pelajaran Johor yang banyak membantu sehingga terhasilnya Modul 5 Minit Benci Zina ini. Semoga segala apa yang dirancang akan berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

BENCI ZINA

74

BENCI ZINA