PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

Download Bahasa. Keluarga. Bahasa Pertama. 1 Melayu Melayu Melayu Bahasa Melayu ... memperkatakan tentang pemerolehan bahasa. .... Kajian bahasa kan...

2 downloads 692 Views 1MB Size
PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA TXGB6101/TXGD6105: LINGUISTIK TERAPAN Pensyarah: Dr Azlin Zaiti Bt Zainal Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya

Pemerolehan Bahasa  Apakah itu pemerolehan bahasa? Menurut Mangantar Simanjuntak

(1987), pemerolehan bahasa ialah proses yang berlaku di dalam otak seseorang kanak-kanak (bayi) sewaktu memperoleh bahasa ibunda (pertamanya).  Pemerolehan bahasa bermula pada peringkat bayi melalui perlakuan

dan kecekapan pancaindera pendengaran dan pertuturan.  Proses perlakuan ini melibatkan aktiviti pemahaman dan penerbitan

manakala proses kecekapan pula melibatkan pengetahuan bahasa dan penguasaan tatabahasa secara tidak sedar.  Terdapat 3 bahagian pemerolehan bahasa yng diperoleh kanak-kanak

secara serentak iaitu pemerolehan sintaksis, semantik dan fonologi.

Konsep Pemerolahan Bahasa PERTAMA DI KUASAI

BAHASA KELUARGA

KONSEP BAHASA PERTAMA

TIDAK FORMAL

TANPA SEDAR

Keluarga Dan Bahasa Pertama Anak

Bahasa Keluarga

Bil

Ras Ibu

Ras Bapa

1

Melayu

Melayu

Melayu Bahasa Melayu

Bahasa Melayu

2

Melayu

Melayu

Melayu Bahasa Inggeris

?

3

Melayu

Melayu

*Cina

*anak angkat atau anak belaan

Bahasa Melayu

Bahasa Pertama

?

Teori Pemerolehan Bahasa  Pada dasarnya terdapat 2 aliran pemikiran utama bila kita

memperkatakan tentang pemerolehan bahasa.  Satu dinamakan aliran behaviorisme dan satu lagi dikenali sebagai

mentalisme.  2 lagi teori/pendekatan yang sering dikaitkan dengan pemerolehan

bahasa ialah teori/pendekatan kognitif dan teori/pendekatan interactionist.

Teori Behaviorisme (Skinner)  Bahasa adalah proses perilaku dan mementingkan satu rangkaian turutan sebab

 







dan kesan iaitu hasil operasi rangsangan dan gerak balas. Bahasa adalah perilaku dan individu banyak belajar melalui pengalaman daripada otaknya. Pemerolehan kemahiran bahasa memerlukan latihan dan latih tubi perlu dijalankan secara kerap kerana kemahiran bahasa dipandang sebagai kebiasaan. Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. Kanak-kanak belajar secara tidak formal melalui proses peniruan. Mereka menguasai bunyi-bunyi dan menyebut perkataan-perkataan yang telah mereka dengar berulang kali sehingga mereka dapat menyebutnya menjadi ayat-ayat yang lengkap. Bloomfield menyokong aliran ini dan berpendapat bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia yang sama dengan tingkah laku manusia yang lain. Bahasa dilahirkan akibat gerak balas daripada rangsangan. Aliran ini berpendapat bahawa pengukuhan dalam pengajaran dan pembelajaran sangat penting iaitu dengan memberi ganjaran kepada kanakkanak apabila mereka memberikan gerak balas yang betul. Ganjaran akan dapat membentuk perlakuan berbahasa yang dikehendaki dan berterusan.

Peniruan?  

A: Ini apa? Bunga. C: Munga.

Peniruan •

Pada peringkat awal kanak-kanak (Inggeris) mengendalikan pola nahu yang tidak regular: went, took; plural: mice, sheep dengan menggunakan pola regular: wented, goed, taked, tooked, mices, mouses, sheeps.



Mereka mengandaikan sendiri penggunaan nahu yang regular—melalui proses yang disebut analogi.



Ini bukan peniruan, sebab tiada orang dewasa yang bercakap begitu.

Pada tahap awal ini kanak-kanak gagal meniru binaan/struktur nahu orang dewasa dengan tepat walau diajar berulang kali. Contohnya: A: Nobody don’t like me I: No, say “Nobody likes me” A: Nobody don’t like me (8 kali ulangan) I: No, now listen carefully, say ‘Nobody likes me’ A: Oh! Nobody don’t likes me. (David McNeil)

Pembetulan? (Correction?) A:… you shouldn’t say I buyed a cake. You should say …. C: Bought A: So why did you say buyed? C: I don’t know (Brown, 2000)

Teori Mentalisme (Chomsky)  Teori Mentalis beranggapan bahasa adalah pengetahuan yang dihasilkan oleh  







satu proses dalam otak. Bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan satu kebolehan semula jadi manusia. Manusia dilahirkan dengan alat-alat penguasaan bahasa dan manusia boleh menguasai sesuatu bahasa yang didedahkan kepada mereka (We are born with a Language Acquisition Device (LAD) and access to Universal Grammar (UG). Penyataan ini disokong oleh Lenneberg (1967). Menurut beliau, perkembangan bahasa adalah mengikut jadual secara biologis bukan datang daripada rangsangan dan gerak balas. Kanak-kanak berkeupayaan membuat rumusan dan peraturan bahasanya sendiri tanpa mempelajarinya terlebih dahulu bermula ketika bersuara hingga boleh mencipta ayat yang lengkap. Perkembangan terus berlaku sehingga mereka berumur 4 hingga 5 tahun. Perkembangan bahasa berkait rapat dengan proses mental dan bukan mekanikal semata-mata.

Adakah pembelajaran L1 Tiruan  Walaubagaimanapun kini pandangan pembelajaran L1 sebagai

peniruan adalah terhad.  Kini linguis & psikologis memberi tumpuan pada persamaan di

dalam bahasa & mengatakan kesejagatan di dalam persamaan bahasa sebagai ‘innate structure of the human mind that do not require learning’.  Ini disebut sebagai ‘uniform mental strategies’ & bukan hanya

‘uniform mental structures’.

Adakah Pemerolehan L1: Satu kebolehan yang semula jadi?  Telah diprogramkan secara biologi – manusia dilahirkan dengan

kebolehan semulajadi untuk memperolehi bahasa  Uji pengetahuan nahu (UG) yang diperolehi sebelum ini melalui

input kemudian membuat kaitan antara ‘underlying rules’ bahasa itu  Critical Period Hypothesis – Adakah pemerolehan bahasa pertama

menjadi bertambah susah setelah baligh?

Teori/Pendekatan Kognitif (Piaget)  Teori ini menekankan fungsi otak dan fikiran dalam proses

pembelajaran.  Kanak-kanak sejak dilahirkan dibekalkan dengan satu alat dalam

otak yang membolehkan mereka memahami bahasa yang didengar. Pembelajaran sebagai satu proses pemikiran dan bukan sekadar satu pembentukan kebiasaan (mekanikal).  Perubahan tingkah laku hasil daripada proses kognitif yang berlaku

dalam diri manusia. Proses berfikir manusia melibatkan operasi mental dengan tujuan untuk menghubungkan berbagai-bagai idea, memahami konsep, membuat kesimpulan atau mendapatkan pengertian baru.

Sambungan… • Pemerolehan bahasa dilihat dari perspektif konteks perkembangan intelek kanak-kanak • Struktur linguistik hanya timbul jika kanak-kanak telah ada asas

kognitif—contoh: sebelum boleh faham struktur bahasa perbandingan, mereka perlu ada kebolehan konsep tentang perbezaan saiz. • Menurut Piaget paling jelas wujudnya perhubungan ini ialah

diperingkat awal (0 – 18 bulan) – Intelligence Sensory motor.

Pendekatan Kognitif Jean Piaget : Perkembangan bahasa berkaitan dengan perkembangan kognitif Sensorimotor (0-2 years)

Preoperational (2-7 years)

Concrete (7-11 years)

Motor & reflex action Here and now

Make sense of reality – mental Logic- concrete representation of objects level

Vocalizations One word/holophrastic stage development

2-word stage (pivot grammar) Telegraphic stage Complex language development

Increasingly more complex language

Teori/pendekatan Interaksionalis (Halliday)  Kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik.  Kanak-kanak menguasai bahasa kerana keperluan untuk berinteraksi dalam

situasi sosial dan persekitaran untuk memenuhi keperluan mereka.  Seterusnya kanak-kanak menyedari bahawa fungsi ujaran bukan sematamata untuk berinteraksi bahkan untuk menyampaikan maklumat kepada orang lain.  Pada peringkat ini, mereka mula menyedari bahawa pentingnya pengetahuan tatabahasa supaya apa yang disampaikan dapat difahami oleh orang lain.  Situasi sosial penting dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak dan interaksi sosial pula penting untuk membentu kanak-kanak menguasai peraturan-peraturan bahasa

Pendekatan Interactionist • Pembelajaran bahasa ialah satu proses sosialisasi •

Pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain cthnya: input dari penjaga – eg motherese (pertuturan yang perlahan, (pitch) yang tinggi, kosakata yang terhad, ayat ayat yang lebih pendek, pengulangan)



Vygotsky- interaksi sosial penting untuk perkembangan kognitif – kanak-kanak menggunakan bahasa untuk ‘berfikir’ tentang dunia sekeliling mereka

Pembelajaran L1 memerlukan kepelbagaian expressions/ ungkapan  Sistem yang boleh menghasilkan ayat yang infinit/pelbagai.  Kebolehan untnk memahami pelbagai ayat & memahaminya

mengikut konteks.  Pola fonologi, morfologi, sintaks, semantik & pragmatik; tahu bila

hendak bercakap, mendengar dan lain-lain.  Membuat dirinya difahami & memahami.

Terlalu banyak yang hendak dipelajari dalam L1  Jadi kita boleh hipotesiskan bahawa ‘the human language capacity

provides them at birth’ atau ada juga melalui ‘natural development’  ‘biology’ vs ‘socialization’  Bahasa bukan hanya diperolehi melalui ‘peniruan’ walaupun

pendedahan itu penting.

Ciri-ciri ‘baby talk’          

Higher than usual pitch Frequent questions Frequent repetitions Frequent imperatives Few modifiers Few function words Concrete immediate referents Exaggerated intonation contours Slow & clear Baby talk words personal names instead of pronouns

Apabila kanak-kanak meningkat usia berlaku ‘adult expansion’ terhadap ujaran mereka

Kanak-kanak

Dewasa

 Akak kan

kakak nak makan bagi pada ayah izat duduk kerusi

 Ayah nak  Nak kusi

Peringkat-peringkat L1  Babbling – bermula pada usia kira-kira 6 bulan. Biasanya

bermula dengann silabel yg serupa & mudah & beberapa bulan kemudian terdapat ulangan silabel berlainan & yang lebih sukar.

2. Peringkat satu perkataan  Lebih kurang 1 tahun. Perkataan yang berstruktur mudah

- fokus kepada orang sekeliling yang rapat seperti ibubapa, & adik beradik & benda-benda yang biasa disekitar.  Biasanya perkataan yang sama digunakan utk konsep

yang serupa seperti: ‘kucing’ untuk semua binatang (overextension).

3. Peringkat dua perkataan  Waktu kira-kira 20 bulan

 ‘mak balik’, ‘ayah masuk’,  Biasanya mereka ada 50 perkataan (identify some of the

words)

4. Lebih dari 2 perkataan  Biasanya di antara usia 2 – 2 setengah tahun

 Ujaran lebih kompleks

Bagaimana kanak-kanak memperolehi morfologi dan tatabahasa Biasanya anak- melalui fasa yg hampir sama. Contoh Bahasa Inggeris. 1. Present prog. verb –playing, talking 2. Prepositions –in & on 3. Regular nouns plural – cats, toys 4. Irregular past tense verbs – came, fell 5. Possesive nouns – mummy’s, daddy’s 6. Uncontractible copula ; here I am, who is it

7. Articles: a, the 8. Regular past tense verbs: played washed 9. Third person singular present: sees, wants 10. Irregular third person singular: does, has

Walaubagaimanapun kajian yang dilakukan oleh Roger Brown ini menunjukkan tahap pemerolehan mungkin berbeza.

Kajian bahasa kanak-kanak  Prosedur Pengumpulan Data:  Ada 2 metod pengumpulan data:  Pendekatan Naturalistik approach  – berdasarkan pemerhatian dan catatan pengunaan bahasa

secara spontan  -- contohnya: kajian berdasarkan catatan diari atau rakaman yang dilakukan untuk jangkamasa yang panjang – longitudinal  Pendekatan Experimental  – menggunakan tugasan (tasks) untuk menggalakkan

bahasa (to elicit language)  – selalunya perbandingan pengetahuan linguistik antara sekumpulan/ beberapa kumpulan kanak-kanak – cross-sectional

Kajian bahasa kanak-kanak  Persampelan Naturalisitik

Satu sampel penggunaan bahasa kanak-kanak dalam:  Persekitaran selesa – rumah sendiri (ada masalah tersendiri, akustik, alat merakam dan pengkaji mungkin mengganggu)  Setting khas – kanak-kanak bercakap-cakap dengan

permainannya, bercakap dengan ibu (akustik baik tetapi kadang-kadang ibu yang perasan, terhad)

Perbincangan  Apakah tahap – tahap pemerolehan morfologi dan

tatabahasa yang dilalui oleh anak anda ( dlm bahasa/dialek Melayu, Cina, Tamil etc)  Adakah terdapat unsur ‘overgeneralisation’ di dalam

pemerolehan bahasa anak anda.  Apakah tahap pemerolehan leksikal anak anda. Sekiranya

lambat/cepat kenapa?  Apakah tahap pemerolehan fonologi anak anda?

Perkembangan Leksikal Teliti data berikut dari Niki berumur 1 tahun 2 bulan. Adakah anda dapat eviden bagi: • Pola dari segi jenis perkataan yang digunakan? (adjectives, verbs, nouns) •

Perkataan yang terikat kepada konteks (actions, names, personal/social etc.)?



Overextension

                       

star nen nen (milk) mum mum (food) ball (w)ater Pep(r)I(ap)pa Peya(riam)ma mama appa gran(d)ma aran(d)pa amama pati cup money Niki (his name) I wan(t) eye hat hand Uncle key Shoes sit

kirkle (circle) – for all round objects including bangles (r)buberband hair finger toe heart (shape) beat (with action) pen A-apple (to draw) baby boy girl akka cold Hot Aunty Naina(Diana) robot bear car cat dirt bye bye no more

(Pillai, unpublished data)

Perkembangan Sintaktik: Tahap Telegrafik (2-2.5 tahun) Look for evidence of: rules that form phrases modifiers (adjectives and adverbs) Determiners Chair broken. Daddy like book. What her name? Car make noise. Me wanna show Mummy. I good boy. (Sook and O’Grady , 1996)

Lelaki Inggeris 5 tahun Apakah generalisasi yang dibuat oleh kanak-kanak ini? … and then I went to school and then I spent it and they gived me…50p…and they gived me three 10ps…….and then when I spended…I. g……Robin didn’t have enough…..he didn’t.er..he didn’t have enough money t’afford something, so I gived him one of my 10p and then he buyed a cake and then…I gived …..I gived the man 10p.too for a cake and then….that’s the story end. (Brown, 2000)