PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN MAHASISWA. KAJIAN TERHADAP

Download Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. ... Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tentang pengg...

0 downloads 561 Views 244KB Size
PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN MAHASISWA. KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI, UTM, 2003-2004.

SHUKRIAH BINTI ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ Judul : PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN MAHASISWA. KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI, UTM, 2003-2004. SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya : SHUKRIAH BINTI ISMAIL mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. 2. 3. 4.

Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. ** Sila tandakan ( √ ) SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi meklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD



__________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: 281, KAMPUNG BANGGOL, 22100, SETIU, BANDAR PERMAISURI, TERENGGANU. Tarikh : 15 MAC 2004

Catatan : * ** ♦

__________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) AHMAD MUHYUDDIN BIN HAJI HASSAN Nama Penyelia

Tarikh : 15 MAC 2004

Potong yang tidak berkenaan Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan

:

Nama Penulis

:

Shukriah Binti Ismail

Tarikh

:

15 MAC 2004

PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN MAHASISWA. KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI, UTM, 2003-2004.

SHUKRIAH BINTI ISMAIL

Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan

:

Nama Penulis

:

Shukriah Binti Ismail

Tarikh

:

15 MAC 2004

Dedikasi

Ayah bonda, terima kasih di atas doa dan dorongan serta nasihat yang tidak pernah jemu dihulurkan. Semoga kalian sentiasa diberkati Allah. Adik-adik akak yang sentiasa memberikan sokongan dan keceriaan dalam hidup ini. Datuk nenek, nasihat yang kalian berikan InsyaAllah akan sentiasa tersemat di sanubari. Kerana doa dan dorongan kalian, diriku berada di UTM ini. Sue kesayangan, terima kasih tidak terhingga. Ingatan dan nasihatmu sentiasa menyedarkan siapa diriku di bumi Tuhan ini. Paling utama pembimbing yang tidak pernah jemu menghulurkan tunjuk ajar Ustaz Ahmad Muhyuddin Hj Hassan. Terima kasih yang tidak terhingga. JASAMU dikenang. Tidak lupa juga semua pensyarah UTM, semoga segala jasa dan tunjuk ajar diberkati Allah hendaknya. Buat teman-teman seperjuangan terutamanya Umi, Noi, Mila, Zati, P-nah dan Dihah, suka duka bersama di UTM ini tetap akan menjadi ingatan. Buat semua teman seperjuangan…semoga cita-cita kita menjadi kenyataan.

Akhir sekali, UTM puncak bernaung…..terima kasih. Keranamu aku menjadi insan yang berguna.

PENGHARGAAN

‫ﺑﺴﻢ اﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﻴﻢ‬ Alhamdulillah, segala puji ke hadrat Ilahi di atas limpahan rahmat dan Inayah-Nya, dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat serta salam ke atas rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Di kesempatan yang penuh bermakna ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Ahmad Muhyuddin Haji Hassan selaku penyelia dan pembimbing saya. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam menyiapkan projek ini amat saya hargai dan sanjungi. Semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat-Nya di atas segala jasa baik yang dihulurkan. Di kesempatan ini juga, terima kasih diucapkan kepada kedua ibu bapa serta keluarga yang tidak jemu memberi sokongan moral kepada saya dalam apa sahaja yang saya lakukan. Terima kasih juga ditujukan kepada Perpustakaan Sultanah Zanariah, Kompleks Islam Johor Bahru, Perpustakaan Sultan Ismail, Larkin dan lainlain kerana menyediakan bahan-bahan ilmiah yang berguna buat saya. Buat teman-teman seperjuangan, terima kasih diucapkan kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada saya dan berkongsi idea serta memberi komitmen yang baik kepada saya. Semoga segala usaha dan cita-cita kita diberkati Allah hendaknya. Akhir sekali, saya ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pensyarah dan pihak-pihak yang terbabit sama ada secara langsung atau tidak. Segala budi dan jasa yang kalian hulurkan hanya Allah S.W.T yang dapat membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan daripada Allah S.W.T. Wassalam.

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tentang penggunaan internet di kalangan mahasiswa. Kajian ini melibatkan sebanyak 127 responden yang terdiri daripada pelajar tahun satu, tiga dan empat Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Kajian ini difokuskan kepada melihat sejauhmana hubungan responden dengan internet, sejauhmana peranan internet dalam membantu proses pembelajaran responden dan melihat bagaimanakah pengaruh internet dari aspek hiburan, sosial dan keagamaan terhadap responden. Satu set soal selidik mengandungi 42 item yang terbahagi kepada empat bahagian diedarkan bagi mendapatkan jawapan kepada kajian. Bahagian A dijawab berdasarkan kesesuaian, manakala bahagian B, C dan D pula dijawab menggunakan Skala Likert. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS 11.0 (Statistical Package For The Social Science) dengan memberi tumpuan kepada kekerapan,

peratusan dan min. Hasil daripada kajian ini mendapati hubungan pelajar dan internet adalah rapat dengan min keseluruhan 3.59. Internet juga memainkan peranan yang besar sebagai sumber maklumat dalam membantu proses pembelajaran pelajar iaitu dengan min keseluruhan sebanyak 3.91. Di samping itu, pengaruh internet dari aspek keagamaan adalah rendah dengan min keseluruhan 3.38, begitu juga dengan aspek hiburan dan sosial, dengan min keseluruhan masing-masing 2.59 dan 2.61. Beberapa cadangan telah dikemukakan ke arah penggunaan internet secara positif di kalangan mahasiswa.

ABSTRACT

The purpose of this research is to examine the use of the internet among students. This research involves 127 respondents consist of first, third and fourth year Bachelor of Science in Education (Islamic Studies) students from the Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. The focused of this study were: the relation between students and the internet; the internet’s role in helping students in their learning process, and how the internet influences students from the entertainment, social and religious aspects. A four-part questionnaire that consisted of 42 items was distributed among the respondents. Part A was answered according to the applicable, and parts B, C and D were answered using the Likert Scale. The collected data was analysed using SPSS 11.0 (Statistical Package for Social Science) software to get the frequency, percentage and mean figures. From the results, the researcher found out that students rely very much on the internet with mean 3.59. It plays a major role as a source of information in helping the students’ learning with mean 3.91. In addition, the internet’s positively influenced students from the religious aspect with mean 3.38, entertainment aspects with mean 2.59 and social aspects with mean 2.61. Several suggestions had been proposed to encourage positive internet use among students.

DAFTAR KANDUNGAN BAB PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

i

PENGESAHAN

ii

PENGAKUAN

iv

DEDIKASI

v

PENGHARGAAN

vi

ABSTRAK

vii

ABSTRACT

viii

DAFTAR KANDUNGAN

ix

SENARAI JADUAL

xiii

SENARAI RAJAH

xv

SENARAI SINGKATAN/ISTILAH

xvi

SENARAI LAMPIRAN

xvii

BAB 1 PENGENALAN

1

1.1

Pendahuluan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

4

1.3

Pernyataan Masalah

6

1.4

Objektif Kajian

7

1.5

Persoalan Kajian

7

1.6

Kepentingan Kajian

8

1.7

Batasan Kajian

9

1.8

Definisi Istilah

9

1.8.1

Penggunaan

9

1.8.2

Internet

9

1.8.3

Mahasiswa

10

1.8.4

Pelajar

10

1.8.5

SPI

10

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

11

2.1

Pendahuluan

11

2.2

Sejarah Internet

12

2.3

Internet Di Malaysia

15

2.4

Aplikasi-Aplikasi Internet 2.4.1

Mel Elektronik (E-Mail)

2.4.2

Khidmat Penyebaran Maklumat

16

Secara Meluas

17

2.4.3

Capaian Komputer Jarak Jauh

17

2.4.4

Pemindahan Fail

17

2.4.5

Archieserver

18

2.4.6

Gopher

18

2.4.7

Perkhidmatan Hujung Jari

18

2.4.8

Internet Relay Chat

18

2.4.9

Usenet

19

2.4.10 Gandaan Dimensi Pengguna

19

2.4.11 Sistem Papan Berita

19

2.4.12 Berita Kumpulan

19

2.4.13 Pelayar Web

20

2.5

Mahasiswa Dan Internet

20

2.6

Kajian-Kajian Terdahulu

25

2.6.1

Kajian Mengenai Penggunaan Internet Di Kalangan Guru-Guru

2.6.2

Kajian Mengenai Penggunaan Internet Untuk Tujuan Pembelajaran

2.6.3

25 26

Kajian Mengenai Penggunaan Internet Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (4 STP KDPK)

27

2.6.4

Kajian Mengenai Pengaruh Internet Terhadap Pembelajaran Pelajar

2.7

28

Perbezaan Kajian Penyelidik Dengan Kajian-kajian Lepas 30

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

31

3.1

Pengenalan

31

3.2

Rekabentuk Kajian

31

3.3

Tempat Kajian

32

3.4

Populasi Dan Sampel

33

3.5

Instrumen Kajian

33

3.6

3.5.1

Pengumpulan Data Primer

33

3.5.2

Pengumpulan Data Skunder

35

Analisis Data

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

35

37

37

4.2 Bahagian A Latar Belakang Responden

38

4.3 Bahagian B, C Dan D Keputusan Dan Analisis Soal Selidik 4.3.1

44

Bahagian B Hubungan Responden Dan Internet Yang Digunakan Sebagai Sumber Maklumat

4.3.2

44

Bahagian C Peranan Internet Sebagai Sumber Maklumat Dalam Pembelajaran Responden

4.3.3

53

Bahagian D Pengaruh Internet Terhadap Pengajian Responden Dari Aspek

57

4.4

BAB 5

4.3.3.1 Hiburan,

57

4.3.3.2 Sosial

59

4.3.3.3 Keagamaan

62

Kesimpulan

65

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

66

5.2

Perbincangan

67

5.2.1

Latar Belakang Responden

5.2.2

Hubungan Responden Dan Internet

67

Yang Digunakan Sebagai Sumber Maklumat Oleh Pelajar 5.2.3

Peranan Internet Sebagai Sumber Maklumat Pelajar

5.2.4

68 70

Pengaruh Internet Terhadap Pengajian Responden Dari Aspek 5.2.4.1 Hiburan

71

5.2.4.2 Sosial

73

5.2.4.3 Keagamaan

74

5.3

Purata Min Berdasarkan Persoalan Kajian

75

5.4

Rumusan

76

5.5

Cadangan

77

5.5.1

Mahasiswa

78

5.5.2

Ibu Bapa

78

5.5.3

Kerajaan

79

5.5.4

Universiti

79

5.6 Cadangan Penyelidikan Lanjutan

80

5.7 Penutup

80

SENARAI RUJUKAN

81

LAMPIRAN

84

SENARAI JADUAL

No Jadual

Tajuk

Muka Surat

1

Skala Penilaian Maklum Balas Bagi Soal Selidik Bahagian B, C Dan D

36

4.1

Taburan Responden Mengikut Jantina

38

4.2

Taburan Umur Responden

39

4.3

Taburan Tahun Kursus Responden

39

4.4

Taburan Pekerjaan Bapa Responden

40

4.5

Taburan Pekerjaan Ibu Responden

40

4.6

Taburan Komputer Di Rumah Responden

41

4.7

Taburan Internet Di Rumah Responden

42

4.8

Taburan Kebiasaan Responden Melayari Internet Di Luar Rumah

4.9

43

Taburan Responden Mencari Maklumat Tambahan Untuk Pelajaran

4.10

Taburan Masa Responden Melayari Internet

4.11

Taburan Masa Responden Mencari Maklumat

45 45

Untuk Tugasan 4.12

46

Taburan Masa Responden Mencari Maklumat Selain Hiburan, Sosial Dan Keagamaan

47

4.13

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 1

47

4.14

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 2

48

4.15

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 3

48

4.16

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 4

49

4.17

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 5

49

4.18

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 6

50

4.19

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 7

50

4.20

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 8

51

4.21

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 9

51

4.22

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 10

52

4.23

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 11

53

4.24

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 12

53

4.25

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 13

54

4.26

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 14

55

4.27

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 15

55

4.28

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 16

56

4.29

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 17

57

4.30

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 18

4.31

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 19

58

4.32

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 20

58

4.33

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 21

59

4.34

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 22

60

4.35

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 23

60

4.36

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 24

61

4.37

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 25

61

4.38

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 26

62

4.39

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 27

62

4.40

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 28

63

4.41

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 29

63

4.42

Jumlah, Peratus Dan Min Bagi Item 30

64

5.3

Purata Min Berdasarkan Persoalan Kajian

76

57

SENARAI RAJAH

No Rajah

Tajuk

4.6

Taburan Responden Memiliki Komputer Di Rumah

41

4.7

Taburan Responden Memiliki Internet Di Rumah

42

4.8

Taburan Kebiasaan Responden Melayari Internet Di Luar Rumah

4.9

Muka Surat

43

Taburan Responden Mencari Maklumat Tambahan Untuk Pelajaran

44

SENARAI SINGKATAN / ISTILAH

Game

Perkataan Bahasa Inggeris yang bermaksud permainan. Permainan yang dimaksudkan ialah permainan yang terdapat di dalam komputer dan internet.

Siber kafe

Berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris: cyber cafe iaitu tempat yang menempatkan komputer yang membekalkan rangkaian internet yang disediakan oleh individu tertentu dengan tujuan perniagaan.

e-group

Ringkasan Bahasa Inggeris email group iaitu satu email khas yang meletakkan ahli-ahli mereka dalam satu kumpulan. Ia hanya boleh digunakan oleh ahli yang berdaftar sahaja.

UTM

Universiti Teknologi Malaysia

SPI

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

IPT

Institusi pengajian tinggi

SENARAI LAMPIRAN

No. Lampiran

Tajuk

Muka Surat

Lampiran A

Soal Selidik

85

Lampiran B

Surat Kebenaran Fakulti

90

BAB I

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Pada masa kini, pelbagai kemudahan telah muncul kesan daripada pembangunan sains dan teknologi. Segala kemudahan ini telah menjadikan kehidupan manusia maju ke hadapan. Segala keperluan dan kehendak dapat dicapai dengan mudah dan dalam tempoh yang singkat. Pada hari ini juga manusia tidak perlu lagi bersusah payah untuk memperolehi maklumat atau mendapatkan sesuatu barangan yang diperlukan.

Demikian juga dalam dunia pendidikan hari ini, ilmu atau maklumat lebih mudah diperolehi. Kaedah ini dapat dilaksanakan dengan perkembangan teknologi maya. Maklumat atau ilmu boleh diperolehi meskipun seseorang pelajar berada di luar bilik darjah atau kuliah. Teknologi maya ini mampu menghubungkan manusia di tempat berlainan meskipun pada waktu yang sama. Ia boleh dilaksanakan dengan penggunaan internet. Internet berfungsi menyampaikan maklumat dalam keadaan yang lebih pantas dan singkat jika dibandingkan dengan alat-alat perhubungan yang sedia ada seperti pos dan telefon.

Selain itu, kos internet menjimatkan serta mudah dicapai, menjadikan pengguna gemar mengaplikasikanya dalam kehidupan mereka. Pelbagai maklumat terkini boleh didapati kerana sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa untuk keperluan pengguna. Hanya dengan menggunakan kata kunci dan menekan butang kekunci, maklumat yang dicari mampu diperolehi. Oleh yang demikian, pengguna akhir-akhir ini lebih cenderung menggunakan internet. Tambahan pula pelbagai maklumat boleh diperolehi berdasarkan kehendak dan keperluan pengguna pada waktu tersebut.

Walaupun demikian, dengan kemudahan yang tersedia ini, terdapat pihak yang mengambil kesempatan bagi kepentingan diri sendiri. Mereka yang tidak bertanggungjawab ini menyebarkan pelbagai maklumat. Maklumat tersebut pula boleh menimbulkan pelbagai keburukan. Contoh maklumat-maklumat tersebut adalah berita-berita palsu, khabar-khabar angin, gambar-gambar porno, lucah dan sebagainya. Perkara-perkara ini tidak sepatutnya dilihat atau ditonton oleh remaja dan pelajar, apatah lagi mereka terdiri daripada orang Islam. Perkara-perkara ini akan membawa kesan negatif terhadap diri individu yang terlibat. Jika perkara yang berlaku itu adalah negatif, maka semestinya impak yang berlaku adalah negatif. Implikasinya dapat dilihat dalam hubungan sosial antara seseorang pelajar dengan pelajar yang lain.

Sepertimana yang dinyatakan di atas, perkara-perkara tersebut akan memberi pengaruh yang buruk terhadap pengguna, termasuklah pelajar yang masih menuntut. Golongan pelajar ini, kebanyakannya terdiri daripada remaja yang masih mentah dan mempunyai ketahanan mental dan emosi yang lemah. Akibatnya, ia akan melahirkan generasi yang berbudaya negatif seperti vandalisme, seks bebas, black metal dan sebagainya.

Melihat kepada peningkatan jenayah juvana dan dekadensi moral di kalangan remaja, generasi muda khususnya pelajar amat penting dididik dengan pendidikan agama dan moral. Tugas dan tanggungjawab ini perlu dilaksanakan untuk

mengelakkan daripada berlaku pelbagai masalah sosial. Ini kerana masalah sosial akhirnya akan membawa keruntuhan akhlak dalam sesebuah masyarakat. Keharmonian tidak dapat diwujudkan jika generasi pada hari ini sentiasa terdedah dengan unsur-unsur negatif.

Firman Allah S.W.T di dalam al-Quran al-Karim:

‫ﺷﺪَا ٌد ﻟَﺎ‬ ِ ‫ظ‬ ٌ ‫ﻏﻠَﺎ‬ ِ ‫ﻋَﻠ ْﻴﻬَﺎ َﻣﻠَﺎ ِﺋ َﻜ ٌﺔ‬ َ ‫ﺤﺠَﺎ َر ُة‬ ِ ‫س وَا ْﻟ‬ ُ ‫ﺴ ُﻜ ْﻢ َوَأ ْهﻠِﻴ ُﻜ ْﻢ ﻧَﺎرًا َوﻗُﻮ ُدهَﺎ اﻟﻨﱠﺎ‬ َ ‫ﻦ ﺁ َﻣﻨُﻮا ﻗُﻮا أَﻧ ُﻔ‬ َ ‫ﻳَﺎَأ ﱡﻳﻬَﺎ اﱠﻟﺬِﻳ‬ (6 ) ‫ن‬ َ ‫ن ﻣَﺎ ُﻳ ْﺆ َﻣﺮُو‬ َ ‫ن اﻟﱠﻠ َﻪ ﻣَﺎ َأ َﻣ َﺮ ُه ْﻢ َو َﻳ ْﻔ َﻌﻠُﻮ‬ َ ‫َﻳ ْﻌﺼُﻮ‬ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

(Surah at-Tahriim ayat 6) Ayat al-Quran di atas adalah perintah Allah agar umat Islam menjauhkan diri daripada perkara-perkara merosakkan diri sendiri. Lantaran dari itu, pelbagai usaha perlu dilakukan demi membentuk generasi intelek pada masa akan datang lengkap dengan ilmu duniawi dan ukhrawi. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan agar matlamat tersebut mampu terlaksana. Sikap prihatin terhadap perubahan semasa perlu sentiasa dipantau supaya langkah-langkah pencegahan dapat dilakukan. Pepatah Melayu ada mengatakan “ Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati”.

Berbalik kepada pengguna internet, pelbagai golongan yang mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka. Antaranya ialah orang awam, remaja, para pelajar, golongan pendidik, ahli-ahli sains, pekerja awam dan swasta, ahli perniagaan dan sebagainya. Mereka menggunakan internet untuk menguruskan

hal-hal pekerjaan atau peribadi. Walaupun begitu, penulisan ini ditumpukan kepada pelajar IPT yang menggunakan internet untuk membantu proses pengajian mereka.

1.2

Latar Belakang Masalah

Pelajar-pelajar pada hari ini dianggap amat beruntung. Ini kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mereka tidak perlu bersusah payah seperti orang-orang dahulu. Hal ini berlaku dengan munculnya pelbagai kemudahan kesan daripada perkembangan sains dan teknologi. Salah satu daripada perkembangan teknologi pada hari ini adalah komputer dan internet. Internet membolehkan mereka berhubung dengan pensyarah, rakan-rakan, malah ibu bapa dengan lebih mudah dan cepat walaupun berada dalam jarak yang jauh.

Pelajar IPT merupakan antara golongan terbanyak mengaplikasikan internet. Mereka menggunakan internet untuk mencari maklumat, isu-isu semasa, bersosial, mencari hiburan dan sebagainya. Sungguhpun begitu, yang paling utama bagi seseorang pelajar ialah menggunakan kemudahan yang ada ini untuk untuk membantu pembelajaran mereka. Contohnya, mereka menjadikan internet sebagai bahan rujukan, sumber maklumat tambahan dalam membuat kerja-kerja kursus.

Sungguhpun internet merupakan satu alat kemudahan yang besar manfaatnya, dewasa ini, ia juga boleh meninggalkan pengaruh negatif. Ini kerana para pelajar yang menggunakan internet tidak terlepas daripada unsur-unsur atau maklumatmaklumat negatif. Antara unsur-unsur negatif yang terdapat dalam internet ialah laman-laman web yang memaparkan gambar-gambar porno dan lucah, penyebaran maklumat-maklumat palsu, fitnah, skim cepat kaya dan khabar-khabar angin. Unsurunsur negatif tersebut akan mempengaruhi pelajar menyalahgunakan kemudahan

internet ini. Hal yang berlaku ini akan merosakkan pengajian dan masa depan mereka.

Tanggal 2 Ogos 2003, Edisi Siasat yang disiarkan di NTV7 telah memaparkan tentang salah laku pelajar IPT yang bertajuk “Seks Di Tangga Oleh Pelajar IPTA”. Ini membuktikan bahawa pelajar yang bergelar remaja tidak segan silu melakukan sesuatu yang dilarang oleh agama. Perbuatan ini dilakukan seolaholah mereka tidak memikirkan kesan dan akibatnya pada masa akan datang. Apa yang penting bagi mereka adalah keseronokan. Oleh itu, siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini?. Adakah hal ini berlaku kerana pengaruh internet atau terdapatkah faktor-faktor lain yang boleh dikaitkan?.

Menurut Dewan Agama Dan Falsafah (2002:22), satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia “Tingkah Laku Lepak Di Kalangan Remaja” terdapat 38.1 peratus remaja menonton video lucah, 36.2 peratus melihat atau membaca majalah lucah, dan 26.6 peratus lagi pernah melakukan hubungan seks sebelum bernikah. Jika hal ini berlaku, tidak mustahil internet juga turut menjadi alat untuk remaja melihat perkara-perkara yang boleh merosakkan minda mereka.

Oleh kerana itu dalam memastikan keadaan negatif ini tidak berterusan, semua pihak seperti ibu bapa, pendidik dan sebagainya perlu melakukan kawalan dan pemantauan. Tujuannya agar kemudahan yang sedia ada ini sentiasa menjurus ke arah positif. Unsur-unsur negatif perlu dihindarkan demi melahirkan generasi berwawasan yang memiliki jasmani, emosi, rohani dan intelek yang bersih. Di samping itu, ilmu yang dipelajari mampu menjana pembangunan akademik dan sahsiah pelajar selaras dengan matlamat agama dan negara.

1.3

Pernyataan Masalah

Maklumat-maklumat tambahan dari internet yang dicari dapat membantu pelajar menjalani proses pembelajaran dengan lebih lancar. Persoalannya sejauhmanakah hubungan pelajar dan internet sebagai sumber maklumat dalam proses pengajian mereka. Selain itu, sejauhmanakah internet memainkan peranan dalam membantu pelajar menjalani proses pengajian mereka. Ini kerana, internet merupakan alat baru yang popular di kalangan pelajar. Seterusnya bagaimanakah pengaruh internet dari aspek hiburan, sosial dan keagamaan. Para pelajar menggunakan internet sebagai alat perhubungan sesama rakan dan pensyarah.

Di samping itu, mereka juga menggunakan internet bagi mencari lamanlaman web yang berkaitan dengan pembelajaran. Maklumat-maklumat terkini dari internet boleh menambahkan pengetahuan dan membantu kajian mereka. Faktorfaktor internet seperti mudah dicapai, masa pencarian yang singkat berbanding dengan buku dan bahan di perpustakaan atau pusat sumber menyebabkan ramai berminat menggunakannya. Kos yang digunakan juga amat menjimatkan. Maka jelas bahawa internet memberi kebaikan kepada pelajar. Selain daripada itu juga, pelajar boleh mencari hiburan, game dan sebagainya.

Pengaruh negatif dari internet perlu dihindari. Oleh itu, ibu bapa, pendidik dan anggota masyarakat perlu memainkan peranan supaya remaja yang bergelar pelajar tidak terpengaruh dengan unsur-unsur yang tidak sihat ini. Mereka merupakan generasi pewaris negara untuk menyempurnakan Wawasan 2020. Amanah dan tanggungjawab yang berat perlu dipikul demi mempertahankan kesejahteraan negara ini. Selain itu, mereka juga merupakan bakal pendidik generasi akan datang. Apa sahaja bentuk pendidikan yang diperolehi pada hari ini akan diterapkan dalam pendidikan masa hadapan.

Lantaran itu, pihak-pihak tertentu perlu mencari jalan terbaik bagi membantu pelajar menggunakan internet. Langkah-langkah perlu diambil bagi memandu pelajar menggunakan internet dengan cara yang betul. Ini bertujuan untuk mengelakkan bidang pendidikan daripada dicemari unsur-unsur negatif. Satu kajian menyeluruh perlu dilakukan bagi mencari punca utama pengaruh negatif yang berlaku di IPT

1.4

Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai beberapa objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji. Objektif tersebut adalah seperti di bawah:

1.4.1

Melihat sejauhmanakah hubungan pelajar dan internet yang digunakan sebagai sumber maklumat oleh pelajar.

1.4.2

Melihat sejauhmanakah peranan internet dapat membantu proses pengajian mereka.

1.4.3

Meninjau bagaimanakah pengaruh internet dari aspek hiburan, sosial dan keagamaan terhadap pengajian mereka.

1.5

Persoalan Kajian

Dari segi objektif yang telah dinyatakan di atas, maka persoalan kajian yang ingin dijawab ialah: