PENJAGA DALAM PENCAPAIAN

Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di rumah ... pihak sekolah sentiasa bermula pada awal tahun akademik di mana ibu bapa/penjaga akan dij...

109 downloads 681 Views 362KB Size
PENGARUH PENGLIBATAN IBU BAPA/PENJAGA DALAM PENCAPAIAN AKADEMIK SAINS PELAJAR DI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI MELAKA Low Kai Lin, Lilia Halim Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK Kajian mengenai pengaruh penglibatan ibu bapa/penjaga dalam pencapaian akademik sains pelajar dapat mempamerkan peranan keluarga dalam pembelajaran sains. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana penglibatan ibu bapa/penjaga dalam pembelajaran sains pelajar dan perkaitan antara pencapaian akademik sains pelajar berdasarkan status sosioekonomi keluarga. Ibu bapa/penjaga kepada 66 orang pelajar Tahun 5 Sekolah Berprestasi Tinggi telah menjawab soal selidik mengenai penglibatan diri dalam pembelajaran sains anak yang terdiri daripada 26 item multi-dimensi. Dapatan kajian menunjukkan dimensi keibubapaan diberi penekanan yang paling tinggi dengan min 4.01 jika dibandingkan dengan dimensi penglibatan yang lain. Keadaan ini memberi implikasi kepada keperluan kerjasama antara ibu bapa/penjaga dengan guru dan masyarakat sekeliling dalam pembelajaran sains pelajar. Tahap pendidikan ibu bapa/penjaga memberi pengaruh yang kuat terhadap pencapaian sains pelajar dengan X² = 4.958 , sig = 0.026 di mana pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan berstatus pekerjaan rendah masih boleh berjaya dalam pelajaran sekiranya konteks keluarga mereka kondusif dengan penglibatan ibu bapa/penjaga. Kata Kunci: penglibatan ibu bapa/penjaga, pencapaian akademik sains, pembelajaran sains, status sosioekonomi keluarga, Sekolah Berprestasi Tinggi

ABSTRACT Studies on the influence of parents/guardians’ involvement in students’ science achievement can determine the role of families in the learning of science among students. This study aims to examine the involvement of parents/guardians in the learning of science and the relationship between their achievements in the science subject based on the family’s socio-economic status. Parents/guardians of 66 students from Year 5 in High Performance Schools have answered a questionnaire which consists of multi-dimensional items. The findings show that the dimensions of parenting scored the highest mean of 4.01, if compared to the involvement of other dimensions and this show the importance of cooperation between parents/guardians, teachers and the community in learning of science among students. The higher the academic level of the parents/guardians, the better the influence on the students’ science achievement with X ² = 4.958, sig = 0.026 where by students from low-income families and low job status can still succeed in their studies provided the families’ environment are conducive with positive involvement of parents/guardians throughout the family. Keywords: involvement of parents/guardians, academic achievement of science, the learning, of science, family socio-economic status, High Performing Schools

292

PENGENALAN Ibu bapa atau penjaga memainkan peranan penting dalam mencorakkan pendidikan anak-anak mereka. Pencapaian akademik anak-anak di sekolah dipengaruhi oleh tahap sosio ekonomi (SSE) keluarga selaras dengan penglibatan dari ibu bapa/penjaga dan guru yang berusaha untuk menjana kecemerlangan akademik pelajar. Pengenalan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) mulai Januari 2010 merupakan sub bidang National Key Result Area (NKRA) ketiga yang bertujuan melahirkan pelajar yang celik sains. Jalinan kerjasama antara sekolah dengan ibu bapa turut diperluaskan hakikat dari kesedaran bahawa proses pembelajaran bukan sahaja berlaku di sekolah tetapi turut merangkumi aktiviti-aktiviti di luar sekolah yang melibatkan penyertaan ibu bapa seperti yang disarankan dalam Anjakan 9 Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Perbezaan taraf SSE dari segi pendapatan, taraf pendidikan dan jenis pekerjaan ibu bapa sering dikaitkan sebagai faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik anak-anak di sekolah (Huang, 2011). Kajian lepas menunjukkan status SSE keluarga adalah berkait rapat dengan pencapaian akademik pelajar sekolah dari segi keupayaan penyediaan suasana pembelajaran yang kondusif serta pemberian sokongan dan tunjuk ajar dalam proses pembelajaran anak di sekolah mahupun di rumah (Azizi Yahaya, Halimah Ma’alip & Mohamad Hasan Omar, 2011). Penglibatan ibu bapa/penjaga dalam proses pendidikan anak amat penting terhadap pembentukan konsep kendiri yang positif dalam pencapaian akademik anak di sekolah (Ishak, 2004). Sehubungan dengan itu, kolaborasi antara ibu bapa dengan pendidik turut ditekankan dari aspek keibubapaan, komunikasi, sukarelawan, pembelajaran di rumah, membuat keputusan serta kerjasama dengan komuniti dalam menjayakan pelaksanaan program sekolah yang membantu pelajar dalam pembelajaran di sekolah selain daripada pendidikan di rumah (Epstein & Salinas, 2004).

PERNYATAAN MASALAH Pertikaian sering berlaku di mana pihak sekolah sering dipersoalkan atas kegagalan pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam subjek sains pada Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) selaras dengan sistem pendidikan Malaysia yang masih berorientasikan peperiksaan sejak sekolah rendah lagi. Usaha KPM untuk melahirkan anak bangsa sebagai tanda aras dunia dalam sains dan teknologi telah menemui halangan apabila peratusan pelajar aliran sains belum mencapai 29% pada tahun 2012 sedangkan sasaran negara ialah 60% pada tahun 2020 (Ayob, 2012). Pelajar lebih berminat dalam bidang sains sosial dan wujudnya kerisauan di mana pelajar hilang fokus terhadap bidang akademik sains atas kurang maklumat yang tepat tentang kepentingan bidang sains dan teknologi kepada negara. Selain itu, anak-anak dari keluarga yang miskin turut dikaitkan dengan masalah kesihatan dari segi fizikal dan mental serta kes ponteng sekolah yang menyebabkan pencapaian yang lemah dalam akademik sains sekolah (Duncan & Brooks Gunn, 2000; Shonkoff & Phillips, 2000). Peranan dan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran dan pencapaian akademik anak dipengaruhi oleh status SSE keluarga (Zulkifli, Jamilah, Aminah & Ismi, 2011). Keluarga yang berpendapatan rendah lebih bersikap pesimistik terhadap pembelajaran anak-anak kerana kurang keyakinan diri dan kurang melibatkan diri dalam aktiviti anak di sekolah atas sebab segan dengan tahap pendidikan diri yang rendah (Lee & Bowen, 2006).

TUJUAN KAJIAN Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor SSE keluarga terhadap penglibatan ibu bapa/penjaga dalam pencapaian akademik sains pelajar di sekolah SBT Melaka melalui penggunaan Model Epstein & Salinas (2004). Berikut merupakan objektif utama kajian ini dijalankan:

293

1. 2.

Mengenalpasti tahap penglibatan ibu bapa/penjaga dalam pencapaian akademik sains pelajar di sekolah-sekolah SBT Melaka. Mengenalpasti perbezaan pencapaian akademik sains pelajar mengikut latar belakang SSE keluarga, iaitu tahap pendapatan, tahap pendidikan dan jenis pekerjaan.

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN Tahap pencapaian akademik sains pelajar di sekolah SBT dikaji dari aspek faktor SSE yang terdiri daripada tahap pendapatan keluarga, tahap pendidikan dan jenis pekerjaan. Model kajian Epstein & Salinas (2004) telah membahagikan pengaruh ibu bapa kepada enam komponen utama, iaitu keibubapaan, komunikasi, penglibatan secara sukarela, pembelajaran di rumah, membuat keputusan dan kerjasama dalam komuniti. Hubungan antara faktor SSE keluarga dengan penglibatan ibu bapa dalam Model Epstein akan dikaji dalam penentuan pengaruhnya terhadap pencapaian akademik sains pelajar. Keibubapaan adalah sokongan keluarga yang diberikan oleh ibu bapa/penjaga kepada anak dalam setiap perkembangan peringkat umur manakala komponen penglibatan ibu bapa/penjaga dalam pembelajaran anak-anak di rumah merujuk kepada bimbingan yang diberikan kepada anak dalam membuat tugasan sains dan galakan yang diberikan dalam pembacaan yang berkaitan dengan sains. Komponen komunikasi merujuk kepada hubungan dua hala antara pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga dalam aktiviti yang berkait dengan sains dan bersama-sama membuat keputusan demi meningkatkan akademik sains pelajar. Penglibatan ibu bapa/penjaga secara sukarela dalam aktiviti atau program sains bersama anak dan kerjasama antara keluarga, sekolah dan komuniti dalam pelaksanaan pelbagai aktiviti sains turut dikaji untuk mengenalpasti kesannya terhadap pencapaian akademik sains pelajar. Kajian ini dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa/penjaga tentang kepentingan penglibatan diri dalam pendidikan anak-anak sama ada di sekolah mahupun di rumah supaya dapat memberi impak yang positif kepada anak dalam pembelajaran sains dan hasrat kerajaan untuk melahirkan golongan celik sains mengikut nisbah 60% dalam sains/teknikal dan 40% dalam bidang sastera dapat dicapai.

KAJIAN LITERASI Pengaruh Keluarga Epstein dan Salinas (2004) menjelaskan bahawa penglibatan ibu bapa sebagai keluarga mahupun komuniti memainkan peranan penting dalam penyediaan suasana pembelajaran yang selesa untuk anakanaknya. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di rumah adalah penting selain daripada di sekolah kerana penumpuan pembelajaran anak-anak di rumah adalah kurang sekiranya ibu bapa kurang terlibat dalam pendidikan mereka di rumah lalu menyebabkan pencapaian akademik yang kurang cemerlang (Lawson, 2003; Shaverand & Walls, 1988). Penglibatan ibu bapa dapat meningkatkan motivasi dan kesungguhan belajar di kalangan anak bagi memenuhi harapan ibu bapa. Kajian lepas yang dijalankan oleh Jeynes (2002) mendapati terdapatnya hubungan yang positif antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar selain daripada faktor latar belakang keluarga yang tertumpu pada etnik dan SSE keluarga (Hill & Tyson, 2009). Hubungan yang kuat antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian anak-anak di sekolah turut membantu dalam meningkatkan keupayaan kendiri dan tingkahlaku yang baik di sekolah (Forehand, Biggar & Kotchick, 1998). Menurut Fan & Chen (2001), kesanggupan ibu bapa meluangkan masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran anak di rumah dan sentiasa mengambil tahu perkembangan pembelajaran anak-anak telah membawa kepada peningkatan 48% dalam pencapaian akademik anak di sekolah. Selain itu, prestasi pencapaian anak-anak adalah lebih baik bagi ibu bapa yang selalu menyertai

294

dan menghadiri aktiviti yang dilaksanakan di sekolah seperti bengkel dan perjumpaan ibu bapa berbanding dengan ibu bapa yang tidak melibatkan diri (Shaverand & Walls, 1998).

Keibubapaan Keluarga merupakan institusi penting dan menjadi teras kepada remaja untuk membentuk jati diri (Azizi Yahaya et al., 2011). Remaja menjadi lebih sensitif jika terlibat dalam masalah keluarga dan ini boleh mengakibatkan pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar merosot. Model Dunn dan Dunn (1978) menunjukkan motivasi intrinsik merupakan dorongan dalaman pelajar untuk belajar manakala motivasi ekstrinsik memerlukan galakan atau desakan untuk mendapat ganjaran dari segi markah, gred, hadiah atau kedudukan. Motivasi merupakan elemen yang paling dominan dalam gaya pembelajaran pelajar di mana pelajar akan berasa gembira apabila mendapat markah yang baik. Emosi dan motivasi pelajar turut dipengaruhi oleh maklum balas dan teguran daripada ibu bapa/penjaga.

Komunikasi Proses komunikasi yang wujud antara ibu bapa/penjaga dengan pihak sekolah sentiasa bermula pada awal tahun akademik di mana ibu bapa/penjaga akan dijemput ke sekolah untuk memahami polisi sekolah dan program sekolah secara umum bagi mewujudkan hubungan dan interaksi yang positif antara kedua-dua pihak demi kecemerlangan anak-anak dalam pembelajaran (Hafiz Muhammad et al., 2013). Komunikasi antara ibu bapa/penjaga dan guru juga berlaku dalam mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), hari terbuka sekolah untuk pengedaran buku laporan akademik, sarana ibu bapa dan perjanjian antara ibu bapa mengenai harapan akademik anak-anaknya. Interaksi yang positif dalam komunikasi boleh meningkatkan kesedaran anak-anak tentang peranan diri untuk belajar bersungguh-sungguh manakala kedua-dua pihak ibu bapa/penjaga dan sekolah perlu berusaha bersama-sama dalam memantau progress perkembangan anak-anak di sekolah mahupun di rumah.

Penglibatan Secara Sukarela Ibu bapa/penjaga yang melibatkan diri secara sekarela dalam aktiviti atau program sekolah anak-anak akan berasa lebih biasa dan selesa dengan guru-guru serta suasana di sekolah. Ibu bapa/penjaga berpeluang menyumbang tenaga kepada sekolah selaras dengan bakat dan kemahiran yang ada pada mereka seperti melatih pelajar dalam aktiviti menari dan bercerita, memberi taklimat berkait dengan bidang profesionalnya atau menyumbang tenaga dalam program sekolah seperti gotong-royong dan sukan tahunan. Interaksi yang berlaku dapat merapatkan hubungan kedua-dua pihak ibu bapa/penjaga dan sekolah serta memberi impak positif kepada semua pihak terutamanya anak-anak.

Pembelajaran Di Rumah Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di rumah amat penting dalam memberi kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak dalam aktiviti pembelajaran di samping menunjukkan tingkah laku yang baik dan seimbang. Pelajar yang mendapat sokongan pembelajaran di rumah lebih cenderung menunjukkan pencapaian akademik yang baik kerana mereka lebih yakin kepada diri sendiri. Anak-anak selalu menganggap diri sebagai pelajar dan melihat ibu bapa/penjaga sebagai guru. Kehadiran ibu bapa/penjaga dalam pembelajaran di rumah dapat mengukuhkan perasaan dan meningkatkan penumpuan anak-anak dalam pembelajaran.

295

Membuat Keputusan Penglibatan ibu bapa/penjaga dalam membuat keputusan penting dalam memberi sokongan kepada aktiviti atau program yang dijalankan di sekolah di samping meningkatkan keberkesanan pelaksanaan sesuatu program. Keputusan ibu bapa/penjaga membantu pihak sekolah supaya lebih peka terhadap pandangan atau keperluan komuniti dan seterusnya membawa kepada keputusan yang memanfaatkan semua pihak. Ibu bapa/penjaga yang yang mengambil bahagian dalam membuat keputusan untuk sesesuatu polisi sesebuah sekolah akan mempunyai rasa milik yang selesa yang seterusnya boleh mempengaruhi anak-anaknya mempunyai perasaan yang postif terhadap sekolah.

Bekerjasama Dengan Komuniti Kerjasama antara sekolah dengan komuniti dapat meningkatkan peluang pembelajaran dan pengalaman pelajar. Aktiviti, program dan pertandingan yang diadakan di sekolah atau di luar sekolah dapat memperkayakan kemahiran dan bakat pelajar di samping mewujudkan hubungan erat bersama rakanrakan sekolah, keluarga dan masyarakat (Sanders, 2001; Sanders & Harvey, 2002). No Child Left Behind Act 2001 (NCLB) yang dikuatkuasakan di United State telah menggariskan kepentingan kerjasama komuniti yang meliputi sekolah, daerah dan negeri untuk membangunkan program-program akademik yang akan meningkatkan penguasaan pelajar dalam sains, matematik dan kemahiran membaca untuk merangsang pencapaian pelajar dalam akademik dan kerjaya.

Sosio Ekonomi Keluarga (SSE) Golongan masyarakat dari status SSE tinggi sering dikaitkan dengan inisiatif yang tinggi, lebih bermotivasi dan lebih terserlah dalam pelbagai kejayaan berbanding dengan golongan masyarakat dari status SSE rendah yang dikaitkan dengan kemiskinan dan terasing dari arus kemajuan serta sentiasa menemui kegagalan dalam kehidupan mereka (Mohamad Johdi Salleh, Che Noraini Hashim, Ismael Hassanaen & Amir Hasan Dawi, 2009). Ibu bapa/penjaga dari status SSE rendah sering memberi alasan bahawa mereka tidak memiliki kelayakan akademik yang tinggi dan terpaksa bekerja keras menyebabkan mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membimbing anak-anak dalam pelajaran.

Kajian Zainal (1989) menunjukkan tahap kedudukan keluarga dan tahap sokongan akademik keluarga menerangkan 45% varians dalam pencapaian akademik pelajar tahun 5 di 16 buah sekolah luar bandar yang dikaji di Semenanjung Malaysia manakala kajian Chen (2009) yang mengkaji kesan latar belakang keluarga terhadap pencapaian akademik dalam pendidikan asas (gred 1-9) di luar bandar China dengan sampel kanak-kanak berusia 9 tahun hingga 12 tahun pada tahun 2000 di Gansu, China menunjukkan bahawa tahap pendidikan ibu bapa merupakan penentu utama pencapaian pelajar tetapi peranan pendidikan bapa dan pendidikan ibu adalah berbeza antara jantina dan tahap kebolehan kanak-kanak. Faktor SSE keluarga mempengaruhi pencapaian akademik pelajar pada peringkat umur tertentu dan keadaan ini akan berubah atas penjelasan kematangan kognitif dan perubahan kontteks sosial di kalangan pelajar (Huang, 2011).

Pendapatan Ibu Bapa Status SSE keluarga memainkan peranan penting untuk menampung dan menyokong pelaburan dalam pendidikan. Peruntukan yang tinggi telah diberikan oleh kerajaan dalam bidang pendidikan, namun pihak

296

kerajaan tidak mampu untuk menampung semua kos pendidikan daripada tahap sekolah rendah hingga ke peringkat tinggi. Kos sosial yang ditanggung oleh kerajaan juga perlu ditampung oleh kos persendirian dari setiap keluarga. Ibu bapa/penjaga yang lebih kaya boleh menyediakan persekitaran yang lebih baik kepada anak-anak mereka dan ini juga boleh dijadikan penjelasan kepada tingkah laku dan keputusan yang dicapai oleh anak-anak (McLachlan et al., 2013). Pengaruh latar belakang keluarga terhadap keupayaan pelajar dalam pencapaian di luar bandar China menunjukkan bahawa tahap pendapatan isi rumah memberi kesan terhadap keupayaan kanak-kanak di luar bandar (Qihui Chen, 2009).

Pendidikan Ibu Bapa Tahap pendidikan ibu bapa/penjaga turut memberi kesan yang berbeza terhadap jantina dan tahap kebolehan kanak-kanak. Pendidikan bapa mempunyai kesan positif yang ketara kepada pencapaian akademik kedua-dua kanak-kanak lelaki dan perempuan manakala pendidikan ibu hanya memberi kesan yang penting untuk kanak-kanak perempuan. Pandangan ini adalah selaras dengan pernyataan Arnaud Chevalier et al. (2013) di mana tahap pendidikan ibu bapa dan tahap pendapatan bapa dikaitkan secara positif dengan keberhasilan anak. Sabates (2006) telah menerangkan perkaitan antara tempoh pendidikan sepenuh masa ibu dengan sikap dan tingkah laku mereka terhadap pendidikan. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa tambahan setahun persekolahan yang diterima oleh ibu mempunyai peningkatan indeks yang ketara dalam sikap pendidikan dan tingkah laku ibu berbanding dengan ibu-ibu yang berhenti sekolah pada tahap persekolahan yang minimum. Ibu yang menerima tahun pendidikan yang tinggi lebih cenderung menunjukkan sikap dan tingkah laku yang positif dalam aktiviti yang berkait dengan pendidikan seperti membaca kepada anakanak dan meluangkan masa yang lebih dengan melibatkan diri dalam pembelajaran anak-anak. Kajian yang terdiri daripada 150 pelajar dari gred 9 di empat buah sekolah menengah (awam dan swasta) di Allama Iqbal Town, bandar Lahore telah dilakukan oleh Hafiz Muhammad et al. (2013) untuk meneroka kesan penglibatan ibu bapa dalam pencapaian akademik anak-anak. Hasil analisis menunjukkan penglibatan ibu bapa mempunyai kesan signifikan dalam prestasi akademik anak-anak dan kajian ini membuktikan bahawa penglibatan ibu bapa/penjaga dapat meningkatkan pencapaian akademik anakanak.

METODOLOGI KAJIAN Reka Bentuk Kajian Populasi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar tahun lima di sekolah rendah SBT Melaka. Terdapat empat buah sekolah rendah SBT di Melaka dengan jumlah pelajar seramai 387 orang. Kajian deskriptif berbentuk tinjauan telah dilakukan ke atas sampel yang terdiri daripada 66 orang pelajar.

Alat Kajian Maklumat telah dikutip daripada sampel dengan menggunakan soal selidik yang diubahsuai dari soal selidik model Epstein dan Salinas (2004) dalam melihat pengaruh ibubapa/penjaga terhadap pencapaian sains pelajar. Soal selidik ini terdiri daripada maklumat demografi responden dan pengukuran pengaruh ibu bapa/penjaga terhadap pencapaian sains anak dengan menggunakan Skala Likert. Tiga kelebihan penggunaan Skala Likert merangkumi penyediaan yang mudah berasaskan data empirikal dengan maklum balas subjek, skala yang sama jenis dapat dihasilkan dan meningkatkan kemungkinan satu sikap

297

diukur untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaa (Azizi et al., 2007). Analisis kajian dibuat berdasarkan ketetapan berikut:

Tahap Pengaruh Ibu Bapa/Penjaga Min purata keseluruhan tahap pengaruh ibu bapa/penjaga terhadap pencapaian sains responden dalam enam dimensi utama iaitu keibubapaan, komunikasi, membuat keputusan, pembelajaran di rumah, penglibatan secara sukarela dan penglibatan komuniti diukur dengan menggunakan skala Likert 1 hingga 5.

Tahap Pendidikan Ibu Bapa/Penjaga Tahap pendidikan ibu bapa/penjaga adalah peringkat tertinggi pendidikan yang diterima oleh ibu bapa atau penjaga responden. Tahap pendidikan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan berpendidikan tinggi yang terdiri daripada golongan yang menerima pendidikan di kolej atau universiti manakala kumpulan berpendidikan sederhaha adalah golongan yang menerima pendidikan di sekolah menengah atau sekolah rendah.

Tahap Pendapatan Ibu Bapa/Penjaga Tahap pendapatan ibu bapa/penjaga adalah jumlah pendapatan keluarga dalam sebulan. Kumpulan berpendapatan rendah terdiri daripada golongan yang mempunyai jumlah pendapatan bulanan yang kurang daripada RM 4501 manakala kumpulan berpendapatan tinggi terdiri daripada golongan yang mempunyai jumlah pendapatan bulanan RM 4501 dan ke atas.

Jenis Pekerjaan Ibu Bapa/Penjaga Jenis pekerjaan responden dibahagikan kepada dua kategori iaitu kumpulan profesional yang memerlukan tahap pendidikan tinggi dari universiti atau kolej dan kumpulan bukan profesional yang memerlukan tahap pendidikan menengah atau rendah seperti pekerja mahir, separa mahir atau mereka yang tidak bekerja.

Faktor SSE Terhadap Pencapaian Akademik Sains Analisis statistik inferensi Chi Square digunakan untuk melihat perkaitan yang wujud di antara faktor SSE ibu bapa/penjaga yang merangkumi tahap pendapatan, tahap pendidikan dan jenis pekerjaan dengan pencapaian akademik sains pelajar tahun 5 dalam PKSR 1.

298

Kesahan dan Kebolehpercayaan Sebelum kajian sebenar dijalankan ke atas responden sebenar, kajian rintis yang melibatkan 30 orang responden dari SK. Convent Infant Jesus 1 telah dijalankan untuk mengukur kesahan dan kebolehpercayaan item yang terdapat di dalam soal selidik. Data-data yang dikumpul dari kajian rintis telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) Versi 22. Nilai bagi kebolehpercayaan Alpha Cronbach telah digunakan untuk mengukur kebolehpercayaan dalam soal selidik. Kajian rintis yang dijalankan oleh pengkaji menunjukkan nilai alfa 0.911 dan ini menunjukkan instrumen yang digunakan adalah bersesuaian untuk kajian yang sebenar kerana mempunyai nilai alfa yang melebihi 0.7. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Dapatan kajian menunjukkan majoriti daripada responden adalah berbangsa Melayu iaitu seramai 44 orang (66.7%) responden berbanding dengan responden daripada bangsa lain seperti India, Cina dan lainlain. Majoriti daripada responden iaitu 37.9% mendapat gred A diikuti dengan 33.3% responden yang mendapat gred B dan 24.2% responden yang mendapat gred C dalam peperiksaan sains PKSR 1. 4.5% daripada responden mendapat gred D dan tiada responden yang gagal dalam peperikasaan tersebut. Majoriti daripada ibu bapa/penjaga responden bukan pekerja profesional iaitu seramai 38 orang (58%) berbanding dengan ibu bapa/penjaga yang bekerja dalam bidang profesional. 53 orang (80.0%) ibu bapa/penjaga mempunyai taraf pendidikan kolej atau universiti berbanding dengan 13 orang (20.0%) ibu bapa/penjaga yang hanya menerima pendidikan sehingga peringkat sekolah rendah atau menengah. Seramai 16 orang (24.2%) responden mempunyai jumlah pendapatan bulanan RM4501 dan ke atas berbanding dengan 50 orang (75.8%) responden yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM4501. Jadual 1. Taburan demografi responden Frekuensi (n=66)

Peratus (%)

44 14 6 2

66.7 21.2 9.1 3.0

Gred Sains A B C D

25 22 16 3

37.9 33.3 24.2 4.5

Jenis Pekerjaan Profesional Bukan Profesional

28 38

42.0 58.0

53

80.0

13

20.0

16 50

24.2 75.8

Demografi Bangsa Melayu India Cina Lain-lain

Tahap Pendidikan Kolej atau Universiti Sekolah Rendah atau Menengah Jumlah Pendapatan Bulanan Keluarga RM 4 501 dan ke atas RM 4 501 ke bawah

299

Jadual 2. Tahap pengaruh ibu bapa/penjaga dalam pencapaian akademik sains pelajar Tahun 5

Dimensi Keibubapaan Komunikasi Membuat keputusan Pembelajaran di rumah Penglibatan secara Sukarela Penglibatan komuniti Peranan ibu bapa/ penjaga terhadap pencapaian sains pelajar

Min 4.01 3.87

Sisihan Piawai 0.502 0.399

Interpretasi Tinggi Tinggi

3.88

0.582

Tinggi

3.89

0.423

Tinggi

3.73

0.635

Tinggi

3.95

0.576

Tinggi

3.89

0.441

Tinggi

Jadual 2 menunjukkan min purata bagi setiap dimensi peranan ibu bapa/penjaga terhadap pencapaian sains pelajar tahun 5 di sekolah SBT Melaka. Hasil kajian mendapati min keseluruhan bagi peranan ibu bapa/penjaga adalah 3.89 dengan sisihan piawai 0.441. Interpretasi min menunjukkan tahap peranan ibu bapa/penjaga terhadap pencapaian sains pelajar dalam kalangan murid tahun 5 berada pada tahap yang tinggi. Dimensi keibubapaan mencatat min paling tinggi (min = 4.01 dan sp = 0.502) diikuti dengan dimensi penglibatan komuniti (min = 3.95 dan sp = 0.576) dan dimensi pembelajaran di rumah (min = 3.89 dan sp = 0.423). Dimensi penglibatan ibu bapa/penjaga secara sukarela mencatat min yang paling rendah (min = 3.73 dan sp = 0.635) berbanding dengan dimensi yang lain. Analisis kajian ini selaras dengan kajian Zulkifli (2011) yang mendapati terdapatnya hubungan yang tinggi antara penglibatan ibu bapa secara keseluruhan (r = 0.811, sig. = .000 < .01) dengan pencapaian akademik pelajar dalam analisis korelasi Pearson di mana penglibatan ibu bapa/penjaga dari segi perbincangan, komunikasi dan penjagaan membawa kesan positif dalam pencapaian akademik pelajar. Hubungan mesra dengan anak amat penting dalam proses perkembangan remaja walaupun remaja turut menghabiskan banyak masa bersama rakan-rakan. Tambahan, sokongan daripada ibu bapa berupaya membentuk anak yang lebih berdikari dan cekal (Azizi & Nalini, 2006). Di sebaliknya kajian Harris, James dan Barbara (2000) yang meneliti perbezaan proses gaya keibubapaan terhadap kerja rumah anak mendapati skor ujian dan sikap pelajar terhadap kerja rumah adalah tidak berkait dengan gaya keibubapaan di rumah. Justeru, dua per tiga daripada ibu bapa kurang melibatkan diri dalam kerja rumah anak apabila anak-anak menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Prinsip komunikasi yang efektif melalui kefahaman, pengaruh ke atas sikap, tindakan susulan penting dalam perhubungan kekeluargaan di mana anak lebih mudah meluahkan masalah semasa berbual-bual atau berkomunikasi dalam mencari penyelesaian contohnya masalah dalam pembelajaran di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan (Norsaleha, 2012; Saporan Sipon, 2010). Hubungan komunikasi, komitmen dan sokongan sosial yang positif daripada ibu bapa berupaya merangsang pencapaian akademik pelajar (Norhaida, Muhammad Firdaus, Nor Rosmawati, Farah & Haliyana, 2015). Ibu bapa/penjaga yang menunjukkan minat seperti perbincangan dengan anak-anak atau memberi tunjuk ajar dalam pelajaran secara tidak langsungnya dapat memindahkan nilai-nilai kehidupan mereka seperti mementingkan pembelajaran dan ilmu pengetahuan kepada anak-anak mereka. Anak-anak akan merasa pelajarannya sentiasa diberi perhatian oleh ibu bapa dan seterusnya lebih berusaha dalam mengejar pencapaian yang lebih cemerlang (Azizi Yahaya, 2010). Hasil perbincangan di rumah antara pelajar dengan ibu bapa/penjaga amat penting dan perlu dipupuk sepanjang masa mengenai pelajaran di kelas,

300

dapatan dari bahan bacaan, masalah dalam kerja sekolah, masalah yang dihadapi dalam proses penyelesaian masalah dan sebagainya. Pelajar akan berasa lebih yakin dalam menyelesaikan masalah kerja rumah sekiranya mendapat sokongan dari keluarga pada bila-bila masa melalui perbincangan yang merupakan interaksi verbal yang paling efektif terutamanya untuk pelajar sekolah rendah yang masih dalam tahap perkembangan untuk membina keyakinan diri terhadap penyelesaian masalah (Zulkifli et al., 2011). Menurut Wan Sofiah (2000), ibu bapa sanggup melibatkan diri secara sukarela dalam aktivitaktiviti yang dianjurkan oleh sekolah sekiranya pihak sekolah dapat mempermudahkan proses penglibatan seperti penyediaan kemudahan atau peralatan dalam menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan kelapangan masa ibu bapa. Penglibatan ibubapa/penjaga sebagai ahli PIBG memberi kesan positif kepada pembangunan pelajar-pelajar dan sekolah seperti penyelesaian masalah disiplin dan kelakuan pelajar serta membantu meningkatkan pencapaian akademik anak-anak mereka melalui kekuatan persekitaran rumah dengan kepakaran sekolah yang sedia ada (Berger, 2000; Mckeown, 1974). Walau bagaimanapun, kurang ibu bapa/penjaga yang melibatkan diri dalam aktiviti mesyuarat PIBG kerana kurang melihat kepentingan dan peranan yang boleh disumbang dalam aktiviti tersebut. Masalah yang sering dihadapi oleh ibubapa/penjaga dalam aktiviti PIBG sekolah termasuklah kekangan masa kerana sibuk bekerja, suami isteri tidak mahu serta bersama dalam aktiviti PIBG, tidak mahu bersuara atau segan memberi pendapat dalam mesyuarat dan kurang berminat dengan masalah sekolah (Moong Sow Kuan, 2009). Kajian Reduan (2008) menunjukkan kurang daripada 50% ibu bapa yang terlibat dalam aktiviti lain selain mesyuarat PIBG contohnya menjadi ahli jawatankuasa sekolah atau terlibat dalam penyemakan kurikulum sekolah. Malah, kekerapan sekolah melibatkan pihak luar dalam aktiviti sekolah selalunya adalah lebih kepada kerjasama dengan jabatan kerajaan berbanding dengan penglibatan agensiagensi lain seperti agensi swasta yang masih pada tahap rendah bagi aktiviti kolaborasi dan komuniti sekolah. Jadual 3. Taburan pencapaian sains pelajar mengikut taraf pendidikan ibu bapa/penjaga

Kolej/Universiti Menengah/Rendah Pencapaian Sains

(N = 13)

(N = 53)

n (%)

n (%)

Tinggi

6 (9.1)

41 (62.1)

Sederhana

7 (10.6)

12 (18.2)

Jadual 4. Ujian Chi-Kuasa Dua: Pencapaian sains pelajar mengikut status pendidikan ibu bapa/penjaga

Pearson

N



df

Phi

Sig

66

4.958

1

-0.274

0.026

Chi Square

301

Hasil analisis Pearson Chi-Square X² (1) = 4.958, p = 0.026 di mana p < .05 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian sains pelajar dengan tahap pendidikan ibu bapa/penjaga. Dapatan kajian ini selaras dengan kajian Natriiello & McDill (1986) di mana anak-anak dari keluarga berpendidikan tinggi cenderung memberi tumpuan yang tinggi dalam kerja rumah yang diberikan oleh guru malah ibu bapa mereka sanggup meluangkan lebih masa dalam memberi bimbingan kepada anakanak di rumah lalu melahirkan anak-anak yang mempunyai ekspetasi pelajaran yang tinggi dan ini membawa kesan positif dalam pencapaian akademik di sekolah khususnya sains dan matematik (Alvarez, 1989). Ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan tinggi lebih bersikap liberal dan mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak kerana melihat hubungan dengan anak-anak sebagai dua hala (Zarinah Arshat & Rozumah Baharudin, 1999). Penglibatan ibu bapa/penjaga yang berpendidikan tinggi dalam aktiviti anak-anak dan kesanggupan meluang masa bersama anak di rumah di samping mengambil tahu perkembangan pelajaran anak mempengaruhi pencapaian akademik yang cemerlang dalam pembelajaran. Selain itu, ibu bapa/penjaga tersebut juga mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dalam menyediakan keperluan pendidikan yang baik untuk masa depan anak-anak supaya lebih terdedah kepada rangsangan kognitif yang membawa kejayaan dalam akademik di sekolah. Jadual 5 Taburan pencapaian sains pelajar mengikut tahap pendapatan ibu bapa/penjaga

Pencapaian Sains

Tinggi Sederhana

Pendapatan

Pendapatan

Sederhana

Tinggi

(N = 25)

(N = 41)

n (%)

n (%)

15

32

10

9

Jadual 6 Ujian Chi-Kuasa Dua: Pencapaian sains pelajar mengikut tahap pendapatan ibu bapa/penjaga

Pearson Chi Square

N 66

X² 2.468

df 1

Phi -0.193

Sig 0.116

Hasil analisis Pearson Chi-Square X² (1) = 2.468, p = 0.116 di mana p > .05 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian sains pelajar dengan tahap pendapatan ibu bapa/penjaga. Usaha kerajaan untuk meringankan beban keluarga seperti pemberian bantuan pinjaman buku teks, rancangan makanan percuma untuk pelajar miskin, bantuan kewangan dan sebagainya dapat membantu pelajar miskin dan sederhana dari segi kewangan supaya mereka berpeluang menuntut ilmu dalam keadaan yang baik dan seterusnya memupuk semangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Kajian Luster dan McAdoo (1991) yang dibuat ke atas anak-anak di Afrika-Amerika menunjukkan pendapatan keluarga mempunyai perkaitan yang positif dan signifikan dengan pencapaian akademik anak, r = .360. Kekayaan dan sokongan keluarga memberi impak yang positif dalam motivasi dan inspirasi di kalangan kanakkanak sekolah di mana keluarga yang pendapatan tinggi dan sederhana sanggup membeli bahan pendidikan seperti buku, komputer, sekolah swasta, tutor untuk anak-anaknya dalam membantu anaknya mencapai keputusan yang lebih cemerlang (Orr 2003).

302

Jadual 7. Taburan pencapaian sains pelajar mengikut status pekerjaan ibu bapa/penjaga Profesional

Bukan Profesional

(N = 28)

(N = 38)

n (%)

n (%)

Tinggi

22

25

Sederhana

6

13

Pencapaian Sains

Jadual 8. Ujian Chi-Kuasa Dua: Pencapaian sains pelajar mengikut status pekerjaan ibu bapa/penjaga

Pearson

N



df

Phi

Sig

66

1.285

1

0.14

0.257

Chi Square

Hasil analisis Pearson Chi-Square X² (1) = 1.285, p = 0.257 di mana p > .05 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian sains pelajar dengan status pekerjaan ibu bapa/penjaga. Pelajar yang bukan berasal dari keluarga yang bekerja dalam profesional tidak semestinya tidak akan berjaya dalam pelajaran kerana keinginan dalam diri seseorang pelajar untuk mencapai kejayaan hendaklah disusuli dengan usaha yang bersungguh-sungguh serta komitmen yang tinggi daripada pelajar itu sendiri. (Mohamad Johdi Salleh et. al., 2009). Menurut Norazlinda (2007), jenis pekerjaan ibu tidak memberi kesan kepada pencapaian merit pelajar di sebaliknya jenis pekerjaan bapa didapati mempengaruhi merit pelajar pada r = .149, p = .00 (p < .01. Bapa memainkan peranan penting sebagai ketua rumah terutamanya di negara asia dan ini memberi pengaruh yang kuat terhadap anak-anak terutamanya bapa yang bekerja dalam bidang profesional sains di mana mereka lebih cenderung menggalakkan anak-anak memilih opsyen yang berkait dengan sains di institut pengajian tinggi berbanding dengan keluarga SSE rendah yang kurang memberi dorongan kepada anaknya untuk menceburi bidang sains kerana menganggap sains adalah susah dan hanya sesuai untuk pelajar lelaki.

IMPLIKASI KAJIAN Ibu bapa/penjaga memain peranan dalam mengeratkan hubungan dengan anak-anak di mana komunikasi dua hala dapat membantu mengetahui kesulitan yang dihadapi anak di sekolah ataupun di luar sekolah. Keluarga merupakan tempat perlindungan, tempat luahan perasaan dan tempat mendapat nasihat tanpa ambil kira usia ahli keluarga di mana bantuan akan sentiasa diberi oleh ahli keluarga pad bila-bila masa (Mustaffa, 1997). Bimbingan keibubapaan adalah penting terutamanya dalam pembelajaran anak-anak selain daripada pemberian perhatian dalam perkembangan fizikal, mental dan emosi anak-anak.

303

Sikap positif ibu bapa/ penjaga terhadap pendidikan anak-anak amat penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik sains sejak sekolah rendah. Program dan bengkel yang bersesuaian dengan ibu bapa/penjaga dalam membantu meningkatkan kemahiran keibubapaan amat penting terutamanya pada zaman moden yang mana kedua-dua ibu bapa sibuk bekerja di luar dan kurang perhatian diberikan kepada anak-anak. Pusat sukarela yang mengendalikan program peningkatan kemahiran keibubapaan di luar negara sesuai dijadikan contoh kepada masyarakat Malaysia yang kurang kemahiran keibubapaan terutamanya di kalangan ibu bapa yang lebih muda (Neville, King & Beak, 1998). Kerjasama antara Ibu bapa/penjaga dengan pihak sekolah penting dalam mengambil tahu perkembangan pembelajaran anak di sekolah dan seterusnya membantu pelajar dengan memberi sokongan supaya dapat meningkatkan pencapaian pelajaran pelajar. Guru perlu mengambil kira dan memberi perhatian terhadap faktor latar belakang sosial murid terhadap pencapaian akademik di sekolah kerana pengajaran di sekolah sahaja tidak dapat menjamin kejayaan seseorang murid di sekolah. Hubungan positif antara guru berkualiti dengan komitmen pelajar dapat meningkatkan semangat pelajar untuk belajar dan seterusnya membantu meningkatkan pencapaian akademik mereka. Guru berperanan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif di kelas supaya pelajar berasa seronok dan berminat untuk belajar di sekolah. Galakan dan pimpinan guru turut menyumbang kepada pencapaian pelajaran pelajar di sekolah selain daripada bimbingan ibu bapa/penjaga. Kejayaan seseorang pelajar juga berkait dengan keprihatian masyarakat setempat. Sokongan dan bantuan yang diberikan oleh komuniti dalam aktiviti sekolah dapat membantu menyelesaian masalah dari segi tenaga pekerja, kewangan supaya pelbagai aktiviti seperti program motivasi, pertandingan dan aktiviti PIBG dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya memanfaatkan anak-anak di sekolah. Ibu bapa/penjaga dan pihak sekolah memainkan peranan dalam PIBG dalam membantu pelajar untuk belajar dengan lebih baik. Kesedaran ibu bapa/penjaga terhadap peranan dalam PIBG dan tanggungjawab sebagai ahli PIBG amat penting dalam merancang aktiviti yang berfaedah kepada semua warga sekolah di samping menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sekolah. Hubungan baik antara guru dengan ibubapa/penjaga turut terjalin dalam menetapkan matlamat untuk kepentingan pelajar terutamanya dari segi pencapaian akademik dan kebajikan semua warga sekolah. Hubungan rakan sebaya perlu dipupuk supaya terarah kepada kebaikan dan perlakuan positif. Ibu bapa/penjaga bertanggungjawab membimbing anak-anak dalam memilih rakan atas aktiviti sosial seperti berbincang, berbual, melepaskan tekanan, bergembira dan sebagainya manakala remaja yang berasal daripada keluarga yang bermasalah mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya lalu berkelakuan negatif dan mengabaikan diri dalam pelajaran.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN Hasil dari penemuan dan perbincangan, pengkaji harap kajian ini menjadi titik tolak kepada kajian yang lebih mendalam dan perlunya ada kajian lanjutan bagi memperkembangkan lagi skop kajian. Oleh yang demikian, pengkaji mencadangkan beberapa kajian lanjutan seperti yang berikut: 1.

2.

Kajian ini hanya melibatkan ibubapa/penjaga dan adik-beradik pelajar tahun 5. Dicadangkan agar kajian lanjutan yang meliputi pentadbir, kaunselor dan keluarga dapat dilakukan untuk mendapat maklumat yang menyeluruh berkaitan dengan penglibatan ibu bapa/penjaga terhadap pencapaian sains pelajar. Kajian ini hanya melibatkan 2 buah sekolah SBT di bandar Melaka Tengah. Cadangan agar kajian dilakukan dalam skala yang lebih besar dengan melibatkan sekolah rendah dan menengah di bandar dan luar bandar Malaysia supaya dapatan kajian boleh digeneralisasikan kepada semua sekolah di Malaysia.

304

3.

Metodologi kajian ini hanya melalui kaedah kuantitatif dan penggunaan soal selidik. Dicadangkan agar gabungan kaedah kualitatif dan kuantitaf dapat dilakukan supaya setiap konstruk dapat diserap dalam pelbagai dimensi untuk mendapat keputusan yang lebih terperinci.

KESIMPULAN Penglibatan ibubapa/penjaga amat penting dalam membantu anak-anak memperoleh kualiti pendidikan yang tinggi. Kerjasama pihak sekolah dan badan-badan yang berkenaan dalam penganjuran ceramah seperti kaedah berkomunikasi, peningkatan hubungan ibu bapa/penjaga dengan anak, pemahaman perkembangan anak dan sebagainya penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat peranan yang dimainkan oleh keluarga selain pihak sekolah. Selain itu, latihan teori dan praktikal bagaimana melibatkan ibu bapa dalam program pendidikan sekolah juga penting dalam pencapaian matlamat pendidikan. Ramai pelajar dari status SSE rendah masih boleh berjaya dalam pelajaran atas penglibatan ibu bapa/penjaga yang menggalakkan di rumah mahupun di sekolah. Ibu bapa/penjaga tidak seharusnya menjadikan kedudukan status SSE rendah sebagai alasan tidak dapat memberikan komitmen yang maksimum dalam pembelajaran dan pencapaian akademik anak-anak. Di sebaliknya mereka perlu bekerjasama rapat dengan para guru serta masyarakat sekeliling dalam meningkatkan pencapaian akademik anak-anak.

RUJUKAN Alvarez, A. (1989). Correlation of personal, home background and intermediate variables with cognitive achievement in mathematics, English, Malay and general paper of primary six Bruneian students. Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education, Universiti Brunei Darussalam. Aminah Ayob. (2012). Cara meningkatkan minat pelajar terhadap sains dan matematik. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Arnaud Chevalier, Colm Harmon, Vincent O’ Sullivan & Ian Walker. (2013). The impact of parental income and education on the schooling of their children. Journal of Labor Economics 2013, 2:8 Azizi Yahaya, Halimah Ma’alip, and Mohamad Hasan Omar. (2011). “Permasalahan Yang Mempengaruhi Pembelajaran Dan Pencapaian Akademik Pelajar Bumiputra (Tingkatan 4) Di Sekolah Menengah Teknik Di Johor Bahru.” Journal of Educational Psychology and Counseling 2(Tingkatan 4): 1–27. Azizi Hj. Yahaya & Nalini A/P Madavan. (2006). Faktor-Faktor Lepak Dan Hubungan Keibubapaan Di Kalangan Pelajar Remaja Di Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri. Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Azizi Hj. Yahaya. (2010). Sejauh Manakah Faktor Keluarga Dapat Mempegaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata pelajaran Bahasa Inggeris. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Berger, E. H. (2000). Parents as partners in education: Families and schools working together 5th ed.. Columbus, OH: Prentice Hall. Chen, Qihui. (2009). Family Background , Ability and Student Achievement in Rural China – Identifying the Effects of Unobservable Ability Using Famine- Generated Instruments Family Background , Ability and Student Achievement in Rural China.

305

Duncan, G. J., & Brooks-Gunn, J. (2000). Family poverty, welfare reform, and child development. Child Development, 77(1), 188-196. Dunn, R. & Dunn, K. (1978). Teaching Students through Their Individual Learning Styles: A Practical Approach. Reston, Virginia: Reston Publishing. Epstein, J.L. & Salinas, K.C. (2004). Partnering with Families and Communities. Schools as Learning Communities 61(8): 12–18. Fan, X. & Chen, M. (2001). Parental involvement and students' academic achievement: A meta-analysis Educational Psychology Review, 13(1), 1-22. Forehand, R., Biggar, H. & Kotchick, B. A. (1998). Cumulative risk across family stressors: Short and long term effects for adolescents. Journal of Abnormal Child Psychology, 26, 119 – 128. Harris, C., James, J. L., & Barbara, N. (2000). Homework in the Home: How Student, Family and Parenting Style Differences Relate to the Homework Process. Journal of Contemporary Educational Psychology, 25(4), 464-487 Hill, N. E. & Tyson, D. F. (2009). Parental involvement in middle school: A meta-analytic assessment of the strategies that promote achievement. Developmental Psychology, 45(3), 740 – 763. Huang, Xiaorui. (2011). Family SES and Schoolmate Effects on the Development of Young Students’ Academic Achievement. (September): 121. Ishak Mad Shah. (2004). “Konsep Kendiri Dan Pencapaian Akademik Golongan Remaja: Melihat Sejauhmana Gaya Kepimpinan Ibu Bapa Sebagai Moderator.” Jurnal Teknologi 40(E): 33–43. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Lawson, D. M., & Brossart, D. F. (2004). The association between current intergenerational family relationships and sibling structure. Journal of Counseling & Developmen, 82(4), 472-482. Lee, J. & Bowen, N. (2006). Parent involvement, cultural capital, and the achievement gap among elementary school children. American Educational Research Journal, 43, 193-218 Luster, T. dan McAdoo, H.O. (1991). Factors related to the achievement and adjustment of young african-american children. Department of family and child ecology, Michigan State University. McKeown T. (1974). Introduction to Social Medicine. Oxford: Blackwell. McLachlan R., Gilfillan, G. & Gordon J. (2013). Deep and Persistent Disadvantage in Australia. Australian Government Productivity Commission Staff Working Paper. Australian Government Productivity Commission, Canberra, Australia. Mohamad Johdi Salleh, Che Noraini Hashim, Ismael Hassanaen & Amir Hassan Dawi. (2009). Status Sosio-Ekonomi dan Komitmen Ibubapa terhadap Pencapaian Pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah Malaysia. Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah Universiti Brunei Darusslam. Moong Sow Kuan. (2009). Peranan Ibu Bapa Dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Kulai, Johor. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologo Malaysia. Natriello G. & McDill E.L. (1986). Performance standards, student effort on homework, and academic achievement. Sociology of Education, 59 (January):18-31. Neville, D., King, L., & Beak, D. (1998). Promoting Positive Parenting of Teenagers. England: Arena.

306

Norsaleha Mohd Saleh. (2012). Komunikasi Pendekatan Islam. Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Melaka. Norhaida. S., Muhammad Firdaus M. S., Nor Rosmawati A. K., Farah M. S., & Haliyana. T. (2015). Mengkaji Hubungan Sokongan Ibubapa Terhadap Prestasi Akademik Pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Proceeding of the 2nd International Conference on Management and Muamalah 2015 (2nd ICo.MM) Saad, Norazlinda. (2007). Meritokrasi: Faktor sosio ekonomi dan peluang pendidikan tinggi. In: The 5th ASEAN Symposium on Educational Management and Leadership (ASEMAL 5) Sanders, M. G. (2001). A study of the role of “community” in comprehensive school, family, and community partnership programs. The Elementary School Journal, 102, 19–34. Sanders, M. G. & Harvey, A. (2002). Beyond the school walls: A case study of principal leadership for school-community collaboration. Teachers College Record, 104(7), 1345–1368. Sapora Sipon. 2010. Peranan Ibubapa dalam Menangani Masalah Sosial Remaja. Peranan Psikologi dalam Masyarakat Malaysia. Sabah: UMS Shaverand, A. V. & Walls, R. T. (1998). Effect of title 1, parental involvement on student reading and mathematics achievement. Journal of Research and Development in Education, 31(2), 91 – 97. Shonkoff, J. P. & Phillips, D. A. (2000). From neurons to neighborhoods: The science of early childhood development. Committee on Integrating the Science of Early Childhood Development. Washington, DC: National Academy Press. Orr, A.J. (2003). Black-white differences in achievement: the importance of wealth. Sociology of Education, 76:281-304. Reduan, M.N. 2008. Persepsi Guru Terhadap Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidkan Anak-Anak Di Sekolah Menengah, Temerloh, Malaysia. Universiti Putra Malaysia. Wan Sofiah Meor Osman. (2007). Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Anak-Anak Kaum Penan: Kajian Kes Di Hilir Tinjar, Baram, Sarawak. Universiti Malaysia Sarawak. Zarinah Arshat & Rozumah Baharudin. (1999). Perkaitan di antara faktor sosioekonomi dan pencapaian akademik anak. Jurnal Kebajikan. Vol. 21 Disember 1999. Zulkifli Abd. Hamid, Jamilah Othman, Aminah Ahmad & Ismi Arif Ismail. (2011). Hubungan Antara Penglibatan Ibubapa dan Pecapaian Akademik Pelajar Miskin di Negeri Selangor. Journal of Islamic and Arabic Education 3(2) 31-40

307