Perang Badar dan Uhud: Satu Analisis Strategi Peperangan dan

UNlVERSlTl SAlNS ISLAM MALAYSIA. VOL.10 (JUNE) 2013 : pp 31-51. Perang Badar dan Uhud: Satu Analisis Strategi Peperangan dan. Pertahanan Nabi Muhammad...

7 downloads 400 Views 1018KB Size
WLUM ISLAMIYYAH JOURNAL

VOL.10 (JUNE) 2013 : pp 31-51

ISSN 1 6 7 5 - 5 9 3 6 UNlVERSlTl SAlNS ISLAM MALAYSIA

Perang Badar dan Uhud: Satu Analisis Strategi Peperangan dan Pertahanan Nabi Muhammad SAW Ahmad Azan Ridzuan, Mohd Juraimy Hj Kadir', Hasan Al-Banna Moha~ned Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Aman Daima Md Zain Universiti Sultan Zainal Abidin Mohamad Zulkifli Abdul Ghani Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak Kajian ini hertujuun menganalisis strategi peperangan dun pertahanan dalam peperangan Badar dun Uhud yang dipimpin dun dir-ancat~gsendiri oleh Nahi Muhammad SAJt' dalrrtn menegakkan keadilar~ dun hak asasi kemanusiaan serta menyeharkan sj~iarIslam. Perancar~ganBuginda SAW ),trrlg rrliri dun teratur telah mengha.rilkan satu jentera perang walauplrn kecil tetupi seimhang dun herupaya menghadupi mu.s~rh.Strategi herke.sar1 yang digunakan telah metnerangkap pihak niu.ruh dalatn keadaan yang tidak dijangkakan. Setiap perarlcangan dun pelanc~aranopprasi ketenteraan lelah dipimpin oleh Bnginda S.4 W sendiri. Di ha~tsuhkepirnr~inutzBaginda 5 4 K tentel-a-tenlel-a Lslam telall dididik dun dilutih dengan yeraluran nloral, keimanan yang teguh hagi menghidupkan keyakinan daltrni hati serlu mempersiapknn aspek psikologi dun jasnzani. Hasil strutegi pepertrrlgan drrrz pertahanan yang herlandaskurl kcpadtr Al-Quran dun kepimpinan Nahi M7rhummad SAW telah menjaniirl kejuvuarz tentera Islam. Buginda SAW S U I I ~ L J herltrku I adil ferhadap tcv~terapimpinannyu, iuifu setiup tindakan keterzteruan yarzg diamhil adalah hasil perhinc.angan d a t ~rundinguri yung dihuat dengan para suhuhut. Berda.sarkan kehijcrkscrtlc~c~n dun kepintaran Btrginda SAW satu ~rrlrlung-utldangdun peraturanpcj>c~r.arlg(:trt~ relah herjaya dihentuk oleh Nahi Muhuniniad SA W yang hermatlamatkun keadilan dun liada peni~idu.sunterhadap mur1g.w serlu tawuriarz yerang. Apahila Alluh SWT telah memhenar-kan pepcrangan, pelhagai prinsip dun str-ategi telah dituiljukkun oleh Nahi Muhumnzad SAW t)~elaluikon.rep peperarlgurl pada =aman Bagirlda SAW. Konsep tersehut relali mengikut lu~~as-1una.s

' Corresponding aulhor : Mohd Juraimy I l j Kadir-, Ulliversitl Pertallanan Nasional Malaysia, c - ~ n a ~jura~my(iiupnrn.edu.my l:

32 1 'ULUM ISLAMIYYAH JOURNAL

..

VOL. 10 (JUNE) 201 3 >

u-

perundangan, perikemanusirrorl tlull b ~ ~ k o t r t rhers~fkltkun j~~ husad dengki, balas dendam, angkuh don sortlhorlg tlerlgorl kertlorty~~run serta kebolehan 1,ci17g clirniliki. Oleh itu, artikel ini bert~ljurirl tnc~ngrinr11i.si.ssecara am bcrh-ciitci11tk~rlgunstrategi peperangan dun pertahatzurl, rektrik serta taktik t l c i ~ iIciirz-lain ,fuktor yang diguna pakai sehinggu nlembawa kejoyaun yang c.cr17crlungdun menjadi iktltan oleh kebanyakan pemimpin tentera tnasa kini. Kegemilangclti zaman kebangkitr~n tentera Islam akan kembali mer7j.inutsekirunyu umut Islam rnengha-vati dun merzgamhil pengajaratr klrcr.~u.~~!~.rr strategi peperungan Nabi Muhatnmad SA CI! Kritcl Ktlnci: strategi peperangan dun pertahanan, kcpimpinan, kon.rcp pepcrutlgur~,ul-Quran

The purpose qf'this st~ldyivas to atitrly.se sonze aspect qfdefencc und 1rur strategy in the butt1e.v c?f'Badrand Uh~ldthat %,asbeing planned und lead by Prophet Mul~ommadPBUH in ens~lringjilir justice and hlimun rigllfs for Lslamic e~rpun.sior7.His detuils und ~ t ~ eurranged ll plans hudj'brtllcd ~ r p the forrnidable,fbrce to (1pj10.re the ctzerny :s threat. The qff11cri\.c~sri.rirc,g~~ 11). the Prophet MzrhumniuclPBUH hrirl clc.Ji~riteer'the cr7ony in the battlefield. The Prophet had .srrcc.c.s.s/i~l/~~ irnprrrtecl thr grc~citne.s.sqf'morul vul~iesund strong spirit.^ that molded hi.7 .solriirr.s to hc y . ~ ~ ~ c ~ h o l o g iand c u lphj~.cicallv l~ strotrg. The Muslim .soldier.s .sr~c~c~r.s.\lli~ll~~,fi)~~ght it1 the huttl~fieldduc~to their emhrucitlg of'thc teuching of'al-Kot.un untl leurnitzg,from the leudership of' Prophet MuhuniniudPBUH. Thr>Prophet outlincd laws rrtid r~lleof ular to et?s~lrqftiirjustice und to uvoitl tli.sc~i.iniit~cltion clrnong the prisoner:^ of'wnr:For evet-y militur~~ action the Propll~~t !2f~~hummndPBUH applied M~isyuwarah amotig his compunio~ls.LZ'irh rllc. rncJ.y.yugeu f Allah to go,fbr. WUI: the Prophet MuhumnirrdPBC?H lzritl sllorr,r~propc1r c,oncept qf'war . s l l c h us to ,fblloiv the laws utid I.LL/C.S q f . 11'111: 11111111111 ~.igl~t.v, j11.vtice tind not allolving I-evetige, rrgg-re,s.sivetles.r, and hosti1itie.s e>-ccjprc1gtrin.c.t wrongdoers. Tlieryfbre, this article highlights the defgnce tinrl ~\.arst~-czrc~~?: techniques trnd tac.tic.s trnd other I-elevunt,fuc~tors tlzut led to the victor? ~f'lll~lslini .soldiers in the brrttles. Kej. uorr1.s: def2nc.e and war st/-ut~g?: le~ldershi$,c.onc.c>ptsuf'w1ur;the holy Korrrt?

Perang Budur dun Uhud SUTLII n a l ~ Strateg~ r ~ ~ Peperangan dun Pet/ahanan Nah~Muhammad SAW 1 33

.-

.

Pengenalan Strategi dalam istilah ketcntcraan mcrujuk kcpada pcnggunaan sccara praktikal sumber-sumber berharga yang dimiliki olch sesebuah negara untuk mencapai tujuan mereka melalui kekuatan tentera. Jika timbul sebarang pcrtelingkahan dalam keinginan masing-masing, ia dapat diselesaikan dengan cara baik, tctapi jika peluang untuk mendapatkan penyelesaian secara baik tidak diperoleh, maka kemungkinan tindakan hanyalah melalui ketenteraan. Walau bagaimanapun, banyak faktor yang mungkin mempengaruhi keadaan. ruang lingkup dan inasa keputusan sedemikian sama ada secara langsung atau tidak. Menurut Clauswitz (1968:249), terdapat lima unsur yang membcntuk strategi ketenteraan: Pertama : unsur moral dan psikologi. Kedua : saiz komposisi dan organisasi angkatan tcntera. Ketiga : posisi dan pergerakan tentera sccara pcrbandingan dan pcrhubungan geometri niercka dengan tujuan serta rintangan iaitu susunan goemetri. Kccmpat : bcntuk muka bumi kawasan tersebut dan, Kclima : saluran bekalan. Mcnurut Clauswitz (1968: 269-2751 logi bahawa pentingnya soal kejutan (tindakan yang menieranjatkan). sokongan daripada orang ramai scrta moral yang tinggi di kalangan tentero. Beliau juga menekankan pentiilgnya memiliki kawasan tanah yang lebih baik untuk berperang. Seorang strategis perang yang tcrkcnal scjak zaman bemaman dengan ajaran yang dikenali sebagai 'Prinsip Pcperangan' bcrnama Sun Tzu pernah menyatakan bahawa kebijaksanaan yang tinggi untuk memecahkan pertahanan musuh adalah tanpa berperang (Clavell, I99 I : 28-30). Tambahnya lagi, kepimpinan yang tinggi untuk menghalang rancanganrancangan pihak musuh yang setcrusnya adalah menghalang perjalanan mereka. Taktik ketenteraan seperti aliran air turut diambil perhatian kerana kebiasaannya air akan inengalir dari kawasan yang tinggi ke kawasan yang rendah. Olch itu ketika peperangan, cara unt~tkmcngclakkan kckalahan ialah mclalui kaedah menghalang perkara yang Icmah. Sebagai analoginya, air inembentuk alirannya mcngikut kcadaan tanah yang dialirinya manakala tentera bekerja menentang musuh yang dihadapinya. Mcnurut Sun Tru: 'Krtungkusan nzerupcrkun iti/i pati krpuda .se.s~(utu peperutzgun, amhilluh kesempatun daripudu ke~.z~ui(~tz pihtrk musuh; ikutlah julun yung tiduk disurzgku oleh pihuk tnusuh dun srrrrrrgl(~hkrrhlr-klrhlr Jung tiduk dikuwal '(Ong Hcan-Tatt, 1994: 115- 118).

34 1 WLUM ISLAMIYYAH JOURNAL

VOL.10 (JUNE) 201 3 ,--a,

Rentetan ~ t u ,banyak tcrdapat kajian terhadap pendapat pakar-pakar yang mununjukkan bahawa sesetengah prinsip tertcntu telah diakui secara unix~rr-ral sebagai kacdah yang paling berkesan untuk memperoleh kcmcnangan dan kemcgahan (Cronin, 1985: 30-49). Strategi Peperangan Nabi Muhammad SAW! Perbincangan tcntang strategi-strategi pepcrangan Nabi Muhammad SAW dari sudut pandangan pakar dan ahli profesional dalam bidang ini akan dikupas. Nabi M ~ ~ h a m i n SAW a d sebagai ketua angkatan perang akan incngatur strategi terlebih dahulu pada setiap kali pcperangan untuk incinastikan kcinenangan ineinihak kcpada umat lslain deini menegakkan agama Islam di muka buini. Baginda SAMr benar-benar yakin dengan pertolongan Allah bagi pihak yang benar dan menyeru saudara mara, sahabat dan orang lain kcpada keyakinan yang sama. Baginda SAW juga tidak mcndatangkan sebarang k e n ~ g i a nkepada pihak-pihak tertentu. Sebaliknya, Baginda SAW mernbawa kcbaikan dengan mcngajak umat manusia kembali kcpada Allah S W T bagi menikmati kcscjahtcraan dan kemakinuran di bawah hukutn dan pcraturan hidup-Nya scrta ~neninggalkan penyembahan bcrhala, dan juga perbuatan-pcrbuatan Sahiliyali seperti rasuali. akhlak yang tidak benno~.;ildnn tidak adil. Oleh itu. ramai antara mereka yang mcnjadi musuh Baginda SAW yang meinaksa Baginda bersama para sahabat mcninggalkan kampung halamnn untuk ~nencariperlindungan di Madinah. M e s k ~ p u ndemikian, inercka tctap tidak mcmbiarkan Baginda SAW hidup aman dl Madinah lalu incmulakan serangan untuk membinasakannya. Golongan Musyrikin mula mclakukan penccrobohan dan serangan untuk menghapuskan Baginda SAW beraama keyakinannya. Olch itu, Nabi Muhammad SAW pcrlulah meinpertahankan agama Islam daripada ancaman-ancaman tcrscbut. Tujuan utama strategi peperangan Baginda SAW adalah mclindungi keyakinannya scrta menghapuskan rintangan yang timbul supaya manusia berkcyakinan terhadap kebcnaran. Begitu juga tujuannya dapat menerima dan mcngamalkannya dcngan bebas tanpa rasa takut atau tertekan sepcrti Firtnan Allah SWT:

Pcratlg Badar dun Uhud Satu Anall.szs Strategz Pe/~erangandun Pertahanan Nahr hfuhammad SAW 1 35 -"

Maksudnya: "Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu rnencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lernah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kcpada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kcmenangan itu)" (Surah AliImran: 123). Firman Allah SWT lagi:

Maksudnya: "Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang dipcrangi (oleh golongan penccroboh). kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk inenolong mereka (mencapai kemenangan)" (Surah AI-Hal: 39). Firman-Nya lagi: 5

,*I\

, a

,

&-Ij

,

:

A I - ~ ~ c I U; I m JGSIjLu~j

<

gj &A,

,<

,

'

i ,

U J Z l j &i

C

,

,

I

,

$Ij;- 2 j 3 j Y~ '

,

&

*

,

TJUi &;hi1o i i

>G - '

'

~ t);

~ I I ;) A+& ,

(lip.

9

I

&;i& U

Maksudnya: "Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidakmahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum Ielaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kaini! Keluarkanlah karni dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu scorang pemimpin yang mcngawal (keselamatan againa kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh) " (Surah An-Nisa': 75). Daripada ayat-ayat di atas jelas matlamat scluruh strategi peperangan Baginda SAW dirancang scbegitu rupa untuk mempertahankan risalah dakwah dengan pcnglibatan opcrasi ketenteraan yang minima dan kehilangan jiwa yang paling sedikit. Baginda SAW cuba sedaya upaya berusaha untuk melembutkan perasaan orang Quraisy, Yahudi dan para kabilah lain sama ada melalui hujah, alasan dan pujuk rayu agar dapat berdamai dcngan Baginda SAW disebabkan tidak ada keperluan untuk berperang.

36 1 'ULUM ISLAMIYYAH JOURNAL "

- .-----.. --

VOL.10 (JUNE) 20 13

Stratcgi peperangan Baginda SAW berasaskan kepada kajian yang realistik terhadap kekuatan pihak rnusuh dari scgi (i) tenaga tentera, (ii) harta benda, (iii) rancangan dan strategi peperangan, (iv) faktor-faktor geografi, (v) kcadaan tanah di persekitaran rnedan pertempuran dan yang paling penting ialah (vi) moral angkatan tentera itu scndiri (Rahman, 1980: 44-56).

Strategi Geografi Nabi Muhammad SAW menggunakan sepenuhnya strategi geografi dalam mcngatur rancangan tentera Islam. Baginda SAW menggunakannya secara dinamik dalam operasi tentera dengan mcngambil kira kekuatan, mobiliti, strategi serta moral pihak musuh. Strategi geografi boleh dianggap sebagai jambatan kepada rancangan peperangan, rancangan kcmpen dan rancangan operasi. Kajian dan pengetahuan terhadap strategi gcografi membolchkan pembcntukan serta pelaksanaan rancangan-rancangan pepcrangan secara realistik. Sebelum Baginda SAW memasuki pcrtempuran, Baginda SAW akan mengambil pandangan para sahabatnya yang terdiri dari kaum Ansar dan Muhajirin. Kaum Muhajirin contohnya telah mcncadangkan kcpada Baginda SAW untuk terlibat dalam pepcrangan menerusi ucapan mcrcka yang baik. Kemudian Ansar mcnyedari Baginda SAW mahukan pandangan mereka. Lantaran itu, Saad bin Muaz; ketua Ansar berkata kcpada Baginda SAW: "Wahai Rasulullah, kami telah beriman dcngan kamu, Inembenarkan risalahniu. Kami mcnyaksikan apa yang kamu bawa adalah benar dan kami telah bcrikan janji juga ikrar untuk mcndcngar arahan dan taat kepadamu Oleh itu, tcruskan wahai Rasulullah, apa yang kamu mahu. Karni tetap akan bersama kamu. Demi Tuhan yang mengutuskan kamu membawa kcbcnaran, kalau kamu bentangkan kepada kami laut ini, ncscaya kami akan mengharunginya bersama kamu. Tiada seorang pun daripada kami yang tercicir. Kami tidak benci untuk bcrtcmu dengan musuh kami besok. Kami kaum yang sabar kctika perang dan jujur (tidak belot) ketika bertemu musuh. Scmoga Allah mcmbuatkan sesuatu berlaku kcpada kalangan kami yang menggcmbirakan kamu. Bcrangkatlah bersania kami dcngan berkat Allah". Sahabat yang lain turut berucap seumpama itu. Baginda SAW merasa gembira dcngan jawapan tersebut, seraya bersabda: "Berangkatlah kamu dcngan berkat Allah. Bergembiralah. Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadaku untuk berhadapan dengan salah satu kumpulan; sama ada kafilah dagang ataupun angkatan tcntera". Kcmudian Baginda SAW berjalan sehingga sampai ke pcrigi Badar yang paling hampir lalu Baginda SAW berhenti di situ. Lantas al-Hubab bin al-Munzir bertanya: "Wahai Rasulullah! Adakah tcmpat ini ditetapkan oleh Allah Taala kcpada kamu; di mana kamu tidak boleh terkedepan mahupun tcrkebelakang. Atau ia merupakan buah

Perung Budur dun U I I L ISutu ~ A ~ U ~ LSlruteg~ S L S Peperurlgun dun Pertahanan N a h ~Muhanznzud SAW

-. ----.

1 37

fikiran, strategi perang dan tipu helah'?" Baginda SAW menjawab: "Bahkan ia berdasarkan buah fikiran, strategi perang dan tipu helah". Maka al-Hubab bin al-Munzir mencadangkan kepada Baginda SAW agar bcrpindah ke tempat lain yang lebih strategik dan mcmbolehkan orang Islam menyckat air Badar sarnpai kepada orang Musyrik. Ole11 itu, Baginda SAW dan para sahabat bcrangkat sehingga inercka sainpai ke tempat yang dicadangkan ole11 al-Hubab lalu mereka berhenti di situ. Seterusnya Saad bin Muaz mcncadangkan agar dibina sebuah kheinah untuk Baginda SAW di belakang barisan tentera Islam. Sckiranya Allah SWT memuliakan kaum Muslimin dcngan kemenangan, nescaya pcrkara itulah yang mereka sukai. Namun jika tewas, Baginda SAW bole11 mcnaiki tunggangannya dan kembali menycrtai orang Islam di Madinah (Mustafa as-Sibaic: 1985: 80-81). Pcrbincangan secara ringkas tcrhadap lima unsur stratcgi yang dinyatakan olch Clauswitz ( 1 968:288-289) tclah mendedahkan bahawa strategi geografi mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan opcrasi gcometri, operasi alam sekitar, kan~asandan suinber serta cara-cara mcndapatkan bantuan. Justeru, pcmimpin tentera niesti bcrupaya meramalkan kcsan kcgiatan ketenteraan dalain aspek stratcgi gcografi di sebarang kawasan sccara realistik. Nabi Muhammad SAW ainat menycdari tcntang pentingnya faktor-faktor pcrsekitaran terutarnanya kawasan yang bcrbukit-bukau scperti kedudukan Madinah al-Munawn~al-ah itu scndiri serta kawasan-ka~vasan yang bcrhampiran dengannya. .lustem, Baginda SAW sanpat berliati-hati dalam niembuat pcnilaian tentang faktor-faktor firikal dan gcografi tcrscbut dalam hubungannya dengan kecekapan serta kcberkesanan dalam operasi niahupun kcselamatan anggota tcntera. Strategi Meriyerarig dari Kejutari Antara stratcgi Baginda SAW dalam peperangan ialah strategi serangan mcngejut yang inclemahkan pqikologi anggota tentera serta kekuatan musuh. Stratcgi kejutan atau mcincranjatkan bercrti mcncipta keadaan pada satu-satu teinpat atau masa yang mcnyebabkan pihak inusuli tidak berupaya dan tidak bersedia untuk mclancarkan scrangan balas. Hal ini dapat dicapai melalui gerakan-gerakan rahsia, tindakan yang inenggunakan scnjata, serbuan atau serangan secara tiba-tiba dcngan inenggunakan kaedali yang sesuai.

Scgala rahsia pcrgcrakan dun rancangan kctenteraan mcstilah dirahsiakan dan tidak bolcli didedalikan kc pcngetaliuan pihak inusuh sebelum berada dalam suasana opcrasi. Pakar ketcntcraan Clausewitz (1968: 269-274) mcnyatakan stratcgi menyerang d a ~ ikcjutan dalam banyak kes perlu untuk memenangl sesuatu pcperangan.

38 1 CllLllMISLAMIYYAH JOllRNAL "

m

."-

VOL.10 (JUNE) 201 3

Pernimpin boleh membuat rancangannya, memilih sasaran mcngikut pcnilaian, objektif dan kehendaknya sendiri. kemudian mengejutkan n ~ u s u h daripada seniua penjuru. Nabi Muhammad SAW amat menyedari tentang betapa pcntingnya tindakan yang memcranjatkan yang sepatutnya digunakan d a l a ~ noperasi ketentcraan kerana ia bukan sahaja menjamin kemenangan yang mudah terhadap musuh, akan tetapi ia juga membantu niengurangkan kehilangan nyawa manusia. Taktik mcnycrang telah digunakan oleh Baginda SAW dalam banyak pertempuran, selain dari salah satu strategi ketenteraan, ia juga berjaya ~nengckalkanpertahanan yang kuat. Apabila pihak musuh melakukan scbarang kesilapan atau menggunakan taktik pertahanan yang salah, Baginda SAW tidak pcmah mernbiarkan peluang tersebut bcrlalu tanpa menggunakannya secara bcrkcsan bagi facdah kemenangnn tentcra Islam (Rahman, 1980:44-56). Dalani pcperangan Badar, Baginda SAW sengaja mengelakkan daripada bertempi~rdi kawasan sekitar Madinah dcngan bergcrak ke arah musuh disebabkan faktor-faktor kcsclamatan, iaitu untuk meninggalkan kcraguan dan mcnunjukkan bantahan terhadap tindakan musuh serta mcniperkenalkan unsur-unsur yang mcmeranjatkan dalam pertcmpuran dcngan mereka. Mclalui cara ini, pihak musuh tidak akan mcngetahui tujuan dan pcrgcrakan tcntera Islam. Mcreka hanya marnpu meneka apa yang ingin dilakukan oleh Baginda SAW, sedangkan Baginda SAW dan para tentcra Islam telah pun tiba di Lernbah Badar. Sebaliknya Baginda SAW mcngetahui scpcnuhnya bahawa niereka nienaruh harapan untnk rnencapai kcmcnangan kepada pasukan bcrkuda yang dikctuai olcli Khalid bin al-Walid dan pasukan tentcra yang berjalan kaki pimpinan Abu Jahal. Baginda SAW bebas ~rntuk tnenyusun barisan pcrtahanan di sebarang lokasi yang dis~lkainyadi Lembah Badar sehingga menjadikan kekuatan tentera berkudn pihak musuh tidak bcrkesnn dan sia-sia (Rahman, 1980:116-117).

Sistem Rondaan dan Intipan I n t ~ p a nberertr mcndapatkan ~naklumat p ~ h a klnusuh bcrkenaan dcngan aspck harta benda, alat-alat persenjataan, pergerakan. rancangan dan tujuan Ia mel~batkanpcnghantaran kurnpulan yang kecrl sama ada anggota tentcra xtau t ~ d a k , ke tempat ynng dijangka d~datangrmusuh dcngan ~ n c m b c r ~ arahan tentang ob.jekt~fn~ereka. Intrpan hanya dihantar untuk mengumpulkan maklumat-maklumat yang pcrlu tentang p ~ h a kmusuh.

Pcrang Budur drrtz UJzud Strtu Anulrsir Strutegl Peperntigun dutl Pt,rt~rhanutlNuhi Muhummad SAW

--*..-..

-

.

1 39

Oleh itu mercka perlu diberi arahan tegas supaya tidak melibatkan diri dalam scbarang aktiviti dcngan pihak musuh. Apabila maklumat telah dipcroleh, memang menjadi tugas perisik untuk mcngambil keputusan yang praktikal daripadanya untuk tujuan strategi. Analisa data yang diberi akan menyediakan maklumat-maklumat yang perlu, yang mungkin lnempunyai nilai strategi yang tinggi (Rahman, 1980: I 14- 1 16). Delni mc~nantapkanlagi stratcgi peperangan, maka satu sisteln perondaan atau intipan yang kerap pcrlu dibentuk bagi me~~lpcrolehi maklumat tentang rancangan dan kegiatan ~nusuh supaya pihak Islam dapat mclancarkan pepcrangan secara mengcjut atau dalam masa yang singkat (Omar, 1997). Sctclah Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, orang Quraisy Mekah sentiasa berdendam dan memastikan bahawa Baginda SAW dan pcngikutnya tidak diberi kcscmpatan untuk hidup dalom suasana aman. Sekumpulan kecil orang Quraisy sentiasa bergerak di sckitarnya dan kadangkadang tcrlalu hampir dengan Madinah. Rentetan kcgiatan pcnnusuhan orang Quraisy tcrsebut, Nabi Muhammad SAW tidak dapat tidur pada waktu malam, manakaln para pengikut Hnginda SAW pula tidur bersama-salna dengan scnjata. Jadi, untuk kcsclamatan nyawa dun negcri kediamnn mereka. sangat perlu untuk nierangka suatu tindakan bagi mcngliadapi scgala bentuk pcncerobohan daripada pihak musuh melalui kebijaksanaan, kecekapan dan kekuatan (Rahman, 1980: 1 14- 1 16). Oleh yang dc~nikian,Baginda SAW telah menyusun satu sistem peronda bagi n~endapatkanmaklumat tentang kcdudukan pihak musuh, pcrgerakan. rancangan dan t ~ ~ j u amercka. n Sebagai contohnya. Baginda SAW tclah ~nelantikdua orang perisik i a i t ~Bisbis ~ bin Amrrt dan Addi bin Abu al-Za'ba untuk me~i.jejaki pihak musuh sebcluni berlakunya perang Badar (Omar, 1997). Nabi Muhammad SAW juga ~nenghantarperonda perisik dalam kumpulan yang berlainan terdiri daripada 15 hingga 30 orang dan peronda penyerang tcrdiri daripada 50 hingga 500 orang kc sekitar kawasan Mckah, Madinah dan tempat-tcmpat lain di Scmcnanjung Arab. Kcdua-dua Jcnis sistem rondaan terscbut me~nbcntuksatu sistem komunikasi yang dapat mc~nberikan maklumat tcntang peristiwa-pcristiwa yang berlaku di kawasan sempadan dan di sekitar Madinah kepada Baginda SAW Di samping itu, tentera Islam juga dilatih dengan istilah-istilah kctcnteraan, tanda-tanda rahsia dan kod perkataan (Rahman, 1980: 1 I?).

40 1 rULUM ISLAMIYYAH JOURNAL

VOL,i0 (IUNE) 201 3

Ketangkasan dan Kecekapan Ketangkasan dan kecekapan dalam tnelaksanakan rancangan serta kempen ketenteraan sangat pentlng. Sebarang kelewatan bukan sah;lja akan menghrlangkan kebaikan yang akan diperolch, rnalah kadang-kadang rnembawa bencana kepada pasukan tentera. Kecekapan yang niakslma terutamanya diperlukan apabila pihak musuh mengatasi rnereka daripada segi jumlah tcntera dan harta benda. Bagaitnanap~ln, kecekapan incsti sentiasa mznjadi kunci kepada selnua operasi ketentcraan. Kctangkasan dan pergerakan dalarn pclaksanaan sesuatu operasi tentera juga sania pentingnya. Kadang-kadang kctangkasan yang ~nengatasipihak musuh boleh mcndatangkan hasil yang sangat baik, walaupun pihak musuh mempunyai kelebihan daripada aspek yang lain. Kctangkasan membolchkan sescbuali pasukan tentera Inenawan pihak rnusuh pada masa dan tenipat yang tidak diduga oleh lncreka. Nabi Muhammad SAW mcmberi pcrhatian yang berat kepada teknik ini dalam operasi tentera baginda dan sentiasa mengejutkan musuh dcngan mcnangkap pihak yang tidak sempat untuk membuat pcrsediaan (Rali~nan,1980: 197). n yang tinggi salna ada Nabi Muhammad SAW m c n u ~ ~ j u k k aketangkasan dalam gerakan atau ketika melaksanakan rancangan. Pengctahuan Baginda SAW tentang keadaan geografi di kawasan sckitar dan kepintaran Baginda SAW tentang taktik ketentcraan tclah mcnggerakkan ahli-ahli tentera secara tangkas dan sclalu menangkup ~ n u s u hyang tidak incnduga tcntang kcdatangan Baginda SAW seperti dalam pcperangan Badar, Alizab. Khaibar dan Fathu Makkah (AI-'Umari, 2005: 39).

Penggunaan Tentera Secara Ekonomik P e n g g ~ ~ n ; r apas~rkan ~i tentera secara ekonomik merupakan satu lagi faktor yang ~ncmainkan peranan penting untuk kejayaan scseorang pernimpin tentcra merancang strategi pepcrangan dan pertahanan. P e n g g u n a a ~harta ~ bcnda dan tcnaga manusia ini perlu dilakukan scdernikian I-upa demi untuk ~ncncnpaifacdah yang maksima. C'arn penggunaan seperti ini ~ i l g adapat inembantu menjiniatkan tenaga dan nyawa mani~sia. Nabi Muhanimad SAW tclah ~nengaturtujuh p~11uhekspedisi yang pznting untuk Incnentang kauni Quraisy. 'Yaliudi dan para kabilah Arab yang lain serta dua buah ekspcdisi mcnentang kcrajaan Rom. Sccara kescli~~-uliannya. Baginda S A b ' Inenyusun scbanyak 78 kernpen kctenteraan dan dari jurnlah tcrsebut. Baginda SAW sendiri (elah mengetuai 28 ekspedisi termasuk schelas ekspzdisi bcsar incnentar~gkaurn Quraisy. )'ahudi dan bangsa Rom (Rahman. 1980: 3 13-3 14).

42

1

'ULLlM ISLAMIYYAH JOURNAL

.

-

VOL 10 (JUNE) 2013

kafilah pcrdagangan Musyrikin Vlckah, tetapi untuk menlerangkap dan rnenghapuskan nyawa Baginda dan para sahabatnya. Pihak Baginda SAW tidak menjangkakan kaum Musyrikin Mekah akan bertindak scdemikian dengan tcntera yang beg it^^ besar. Oleli scbab itu, Baginda SAW hanya mcnycdiakan pengikutnya seramai 324 orang (kaum Muhajirin: 86 orang dan kaum Ansar: 238 orang). Orang Islam di bawah pimpinan Raginda SAW telah rnengcsan gerakan kafilah Musyrikin Mekah. Olch scbab tujuan kaum Musyrikin Mekah untuk memerangkap dan rtienghapuskan orang Islam, peperangan tidak dapat diclakkan lagi. Scbclum pertempuran secara besar-besaran berlaku, seramai enatn orang iaitu tiga dari pihak Musyrikin dan tiga dari pihak Islam telah berlawan antara satu salna lain. Pihak Islam diwakili olch Saidina Ali bin Abi Talib, Saidina Hamzah bin Abd al-Muttalib dan Ubaidah bin al-Harith; sementara kaum Musyrikin pula diwakili oleh Al-Walid, Utbali dan Syaibah. Setelah itu barulah berlaku pcrtempuran hcbat antara kedua-dua pihak. Menurut su~nber-sumberscjarah tarikh pcpcrangan Badar bcrlaku sama ada pada 17 atau 19 atau 2 1 Ramadan tahun kedua Hijrah (Hj. Yahaya & Halitni, 1993; Al-Mautiri. 2001). Antara perhitungan Baginda SAW d a l a ~ npeperangan Badar (Lidin, 2010) adalah seperti bcrikut: i.

ii.

...

111.

P e p e r a n p n mesti rnenang. Hal ini dcrnikian kerana pasukan negara baharu Madinali tidak boleh menerirna kckalahan kcrana jika kalah, ia akan nienjadi noktah kepada scbuah ncgara baharu yang dircdai Allah SWT. Mcnghidupkan scnlangat juang yang tinggi. Situasi semangat tentera Islam yany s ~ ~ d a menlilih li untuk ber-iman kepada w3rg. of' lifi~ tidak Allah S W T atau mcmilih llzr fir\r,l~i~/ic. boleh pudar kcr;una kepudarannya akan mclcnyapkan A ~ l i ~ l ~ r h Rahhoni~v~ulr yang baliaru diasaskan oleh Ragindn SAW. Pcrpaduan di kalangan tentcra Madinah mcstilah utuh. Apabila gugur syahidnya lapan orang sahabat daripada kalangan Ansar (pcnduduk asal Madinah) tclah mcri.jndi bukti kcsungguhan kcsctiaan pcngikut-pengikut baru yang pcrnah diucapkan tlalalu pcrjanjian Aqabah I dan 11 scbelum ini. sedangkan solongan Ansar belum pemah nic~llpunyai rckod berkonflik dcngan kaiun Quraisy Mckali padn scbarang zaman pun.

Perang Badtrr clan Uhz~d:Sutli A nalisis Strategl Pc>prvclngandun Pertahanan Nabi Muhammad SAW 1 43

Berikut adalah strategi utama Baginda SAW dalatn mengendalikan angkatan pcrang di rnedan Badar (Lidin, 20 lo): 1.

11.

...

111.

iv.

v.

vi.

Turhiyyuh (pcndidikan) kepada scmua anggota tentera bahawa tnusuh Nabi Muha~nrnadSAW adalah musuh Allah SWT. Pangliina-panglima niusuh wajib dihapuskan terlebih dahulu. Selain untuk kcguriaan sendiri, tclaga-tclaga air yang lain mesti dimusnahkan atau d i k a ~ n b u s(Olnar, 1997). Membina scbuah markas sebagai tempat pengendalian perang dan tcmpat mengeluarkan arahan Baginda SAW serta tempat yang sela~natdaripada serbuan musuh. Solat tidak bolch ditiriggalkan walaupun dalam peperangan dan ia bole11 dilakukan sccara solat sambil duduk atau solat ketika berperang. Meningkatkan scmangat para tcritera dengan tawaran Syurga kcpada yang Syahid.

Proses Berlakunya Perang Badar Nabi Muhammad SAW Iclah diizinkan bcrjihad dan berpcrang menentang musuh apabila turunnya ayat-ayat al-Quran dalam Surah al-Baqarah, ayat 19 dan Surah al-Hajj, ayat 39-40. Nabi Muhammad SAW inengetahui tentang kafilah perdagangan Quraisy pimpinan Abu Sufian yang kcmbali dari Syam ke Mekah. Kafilah tersebut akan mclalui kawasan pcrsisiran kota Madinah. Justeru itu, bagi mcnyekat aktic.iti perdagangan k a ~ ~Musyrikin m terscbut; Baginda SAW mengarahkan para sahabatnya mttnyiasat kafilah terscbut. Manakala pihak Abu Sufian pula ~ncndapattahu tcntang rancangan orang Islam itu, lalu beliau tclah menghantar Dhamdham bin 'Amr al-Ghifari untuk nieminta pertolongan daripada pcnduduk-penduduk Mekah (al-Buty. 199 1 : 156). Tcntera Quraisy dari Mekah di bawah pimpinan Abu Jahal scgcra datang membantu Abu Sufian. Orang-orang Islam yang pergi menyiasat kafilah Abu Sufian tidak ~ncngctahuitentcra bantuan daripadu Abu Jahal yang ramai itu. Mcrcka terus mara sehingga bcrteinu dengan pihak musuh di Icmbah Badar. Mcreka berasa tcrke~utapabila melihat tcntcra musuh kcrana t ~ ~ j u ascbenar n bukanlah untuk bcrpcrang. Pada saat itulah, Bagirida SAW mula mcrungka taktik dan strategi pcpcrangan dan seterusnya berdoa kepada Allah S W T bagi mcndapatkan pertolongan dan pcrlindungan. Melalui taktik dan atratcgi peperangan serta kewujudan pcnyatuan dan keyakinan di kalangan tentera-tentera Islam dengan pertolongan Allah S W T mcnyebabkan umat Islam mencapai kcmcnangan dalam peperangan tersebut.

44 1

‘ULLIM ISLAMIYYAH JOURNAL

". - ---

V O i . t o (JUNE) 2013

Kesan Peperangan Badar Tentera Islam rnencapai kemenangan yang besar daripada peperangan yang pertnma iaitu Perang Badar. Tercatat dalam Sirah bahawa seramai tujuh puluh orang kaum Musyrikin telah terbunuh. Mereka adalah terdiri dnripada para pahlawan Musyrikin yang handal ter~nasuklahAbu Jahal dan Umaiyyah bin Khalaf (Hj. Yahaya & Halimi, 1993). Di samping itu, sera~naikira-kira t~l-iuh puluh orang lagi daripada kaum Musyrikin telah ditawan. Sernua tawnnan itu tclah diberikan layanan yang baik olch Bagirlda SAW. Manakala di pihak tentera Islam pula. seramai empat belas orang gugur syahid. Orang tawanan Musyrikin Mekah telah dikenakan bayaran wang tebusan mcngikut kadar kemampuan masing-masing. Sementara harta rampasan perang dibahagikan salna rata kepada peserta peperangan sctclah satu perlima daripadanya diperuntukkan terlebih dahulu kcpada Baginda SAW dan knurn keluarganya, anak-anak yatim, para fakir ~niskindan lainlain yang memerlukan pertolongan terinasuklah pcnuntut ilmu (Mafhum Surah al-Anfid:dl,ayat 4 I). Kesan berikutnya ialah penyingkiran kaum Yahudi Bani Qainuqa' dari Madinah. Kaum Yahudi tersebut cuba memperkecilkan kemenangan dan kcbolehan orang Islam dalam perang Badar. Mereka seterusnya mencabar Baginda SAW untuk menentang mereka. Akhirnya kaum ini tclah disingkirkan dari kota Madinah ke Syarn setelah rundingan dibuat oleh Baginda SAW dengnn para sahabatnyn. N a ~ n u nbcgitu. golongan Yahudi ini telah dibenarkan membawn harta benda bersama-sama ketika berpindah ke Syam. Sclain daripada itu. peperangan Badar ~nerupakanujian kepada ulnat Isl:\m yang ~nengajar mereka el-ti pengorbanan pada jalan Allah S W T d a l a ~ n kcadaan yang serba kekurangan dan kelemahan. Umat Islam tunlt juga diuji dengan harta rampasan pcrang di hadapan mcreka ketika keadaan ~ n e r e k a yang miskin dan berhajat kepada harta. Kemcnangan yang diberikan oleh Allah SLI'T kepada umat Islam ini sebenanlya mempunyai hikmah yang tertentu iailu tarbiyah llahi untuk ~nenguatkanhati dan kcimanan tcrhadap Allah S W T (al-Buty, 199 1 : 155).

Analisa Kesan Peperangan Badar Ke-jayaan diperoleh ~nelalui pclnilihan ketua yang bcrdedikasi serla bcrwibawa untuk ~ n c ~ n i ~ n ptugas in bcsal- amat dipcrlukan. Selain it11 juga. bertikiran terbuka dan bcrpandangan jauh dalam merancallg stratcgi juga memainkan peranan yang amat pcnting. Hal ini tcrutamanya kctika bcrhadapan dengan musuh yang sudah sememangnya mempunyai perancangan yang tersusun rapi. Tetapi harus diingatkan bahawa sebaik

Perang Badar dun Uhud Satu .4nalrs1~Strategl Pepera~rgandun Pertohonan Nab1 Muhammad SAW 1 45 < -

.

mana pun perancangan kita, jangan pernah lupa pada perancangan Yang Esa kerana sesungguhnya Allah SWT adalah sabaik-baik perancang. Di samping itu juga, keimanan serta ketakwaan yang tinggi kepada Allah SWT asas segala kejayaan dunia dan akhirat serta sentiasa yakin dengan bantuan dan janji-janji yang tclah diungkapkan kerana sesungguhnya Allah SWT tidak akan pernah mengingkari janji-Nya. Kemenangan Islam ini tidak disenangi oleh pihak Yahudi di Madinah, khususnya Bani Qainuqa' dan kaum Musyrikin di Mekah. Oleh sebab kaum Yahudi telah cuba memperkecil kejayaan ini, maka mereka pun telah dihalau dari Madinah. Penyingkiran kaum Yahudi dari Madinah berdasarkan wahyu Allah SWT, kerana dikhuatiri mereka akan melakukan pengkhianatan. Malah sikap mereka memperkecil orang Islam Madinah dan memihak kepada kelompok Musyrikin Quraisy mcrupakan suatu pelanggaran perjanjian yang termaktub dalam piagam Madinah. Kekalahan pihak Musyrikin Mekah ini juga menyebabkan mereka tidak lagi mcnjadi kuasa yang teragung di Semenanjung Tanah Arab. Malah, kalangan kaum Quraisy la kcbenaran kepercayaan warisan nenek moyang sendiri mereka r n ~ ~meragui dan mula memikirkan tentang kesahihan ajaran Islam. Bagi pihak Musyrikin Mekah, kemenangan tentcra Islam menyebabkan mereka menaruh dendam terhadap orang Islam. Dendam tcrscbut dimanifestasikan dalam peperangan berikutnya, iaitu Perang Uhud.

Strategi Peprrangan Dalam Perang Uhud Kemenangan orang Islam dalam Perang Badar telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa kaum Musyrikin Mckah. Dengan kekalahan ini, puak Musyrikin Mekah bercita-cita untuk membalas dendam. Tindakan membalas dendain dilakukan secara diam-diam dan terang-terangan oleh mereka dan kuncu-kuncunya seperti lkrimah bin Abu Jahal, Safuan bin Umaiyah, Abu Sufian bin Harb dan Abdullah bin Abi Rabiah (Omar, 1997). Pada akhir tahun kedua Hijrah, k a ~ l mMusyrikin Mekah telah mengumpulkan tentera seramai antara empat puluh hingga dua ratus orang dibawah pimpinan Abu Sufian untuk menyerang kota Madinah. Sebclum sampai di Madinah mereka menarik diri kcrana takut diserang balas olch tentera Islam. Ekspedisi ini dinamakan Ekspedisi 01-Suwiq (Hj. Yahaya & Halimi, 1993). Nabi Muhammad SAW telah memimpin tenteranya bagi menentang sukusuku dari kaum Musyrikin Mekah dalam tiga ekspedisi pertama. Ekspedisiekspcdisi ini boleh dianggap sebagai satu ujian bagi meninjau kekuatan masing-masing. Setelah beberapa ujian dilakukan akhirnya berlakulah pertempuran besar di Uhud.

46 1 'ULUM ISLAMIYYAH JOURNAL "

.

VOL.IO (JUNE) 201 3 ->.

Perang Uhud berpunca daripada rasa keccwa dan ingin membalas dendam di kalangan k a u ~ nMusyrikin Mekah discbabkan kekalahan mereka di Badar dan beberapa ekspedisi sclepasnya. Kekecewaan yang dirasakan itu bukanlah semata-mata kcrana ramainya pejuang-pejuang handalan mereka terbunuh atau ditawan atau kerana kerugian harta benda yang dirampas oleh tentera Islani; akan tetapi yang lebih penting discbabkan nama dan m a r - a h mereka sudah terjejas kcrana selama ini mercka berasa kuat dan gagah. Kauni Musyrikin Mekah tclah mengu~npulkantcntcranya dari kota Mckah dan luar kota Mckah untuk menghadapi tentera Islam schingga mencapai jumlahnya tiga ribu orang. Tcntcra ini dilengkapkan dengan peralatan scnjata bersama tiga ribu ekor unta dan dua ratus ekor kuda serta harta bernilai lima puluh ribu dinar dan juga tujuh ratus baju besi yang semua dikendalikan oleh Abu Sufian scndiri. Mereka bertolak dari kota Mekah pada 25 Ramadan tahun dua Hijrah menuju ke utara dan sanipai di Uhud pada 5 Syawal tahun ketiga Hijrah. Bcrita ini telah disampaikan kepada Baginda SAW dan kcmudiannya mcngadakan mesyuarat di kalangan penduduk Islam Madinah. Dalam mcsyuarat itu, perbincangan terbahagi kcpada dua pendapat; Pertama, kumpulan yang mencadangkan supaya menyerang balas dan pendapat kcdua pula nicncadangkan supaya bertahan sahaja di kota Madinah. Pada rmulanya Baginda SAW sctuju dengan pendapat yang kedua, tctapi oleh sebab majoriti mahukan menyerang balas, maka baginda bersetuju pula dengan pendapat yang pertama. Tentera Islam seramai seribu orang pimpinan Baginda SAW (iaitu seratus orang memakai baju besi dan litna puluh orang tentcra berkuda) telah bcrtolak dari Madinah untuk bertembung tentera Musyrikin Mekah di Llhud (Oinar, 1997). Sebclum peperangan bcrlaku, seran~aisepertiga daripada tentera di bawah pimpinan Abdullah bin Ubai bin Salul (ketua kaum munafik) tclah keluar dari barisan tentera Islam dan kembali ke Madinah. Perbuatan Abdullah bin Ubai terscbut inencerminkan sikap kauni munafik yang tidak jujur dan ingin melihat tcntera Islam bcrpecah dan tcwas di tangan musuh. Mcrcka inilah n~erupakangolongan yang mencadangkan pendapat kedua agar bertahan di kota Madinah. Oleh scbab pandangan mereka ditolak, golongan ini berasa marah dan tawar hati untuk bcrperang bersama-samaBaginda SAW. Kemungkinanjugamereka kurang yakin untuk mencapai kemenangan setelah mengetahui julnlah pihak musuh tiga kali ganda lebih besar daripada jumlah tentera Islam. Namun begitu, Baginda SAW dan tentera-tentera Islam yang setia tctap meneruskan pcrjuangan. Setelah itu, Baginda SAW telah membahagikan tenteranya kepada tiga pasukan iaitu kumpulan pertama diketuai oleh pasukan Muhajirin

Pt>irrtlgBrrdrrr drrtr Uhlrd Surlr 4tlc111rcrStiutegr Peperungun datz Perrrrhrrtlun Nuhl M~rhummudSAW 1 47

--

.*..

(Mus'ab bin Umiar al-Abdari), pasukan kcdua dikctuai Asyad bin Hudair (puak Aus) dan ketiga pasukan puak Khazraj (al-Hubbab bin al-Munzir). Akhirnya, inereka bertemu dan bcrtcmpur dcngan kaurn Musyrikin Mekah di kawasan bukit Uhud pada hari Sabtu 7 Syawal tahun tiga Hijrah. Adapun tentera Islain bcrlindung di lereng bukit Uhud serta dikawal olch 50 orang tcntcra pemanah di puncak bukit tcrsebut yang diketuai oleh Abdullah bin Jabir al-Ansari. Menurut Sirah Nabawiyyah pada peringkat awal peperangan, kemenangan adalah di pihak tentera lslam. Namun pada saat akhir berlaku sebaliknya. Kekalahan tentcra Islain adalah berpunca daripada sikap sesetengah tentera Islam sendiri, khususnya pasukan pemanah yang telah meninggalkan lokasi masing-masing dcmi kerana mengejar harta rampasan perang. Mungkin lnereka terlalu yakin dengan kemenangan yang lnereka alami seperti dalam perang Badar yang lalu. Akibatnya mercka bcrsikap alpa scrta tcrperangkap yang akhimya tcrtcwas di tangan tentera Abu Sufian dan Khalid bin AlWalid. Dalam perang Uhud ini, seramai kira-kira tujuh puluh orang Islam telah gugur syahid tcrniasuklah Saidina I-Iamzah. bapa saudara Nabi. Perang ini telah memberikan banyak pcngajaran kcpada umat Islam sama ada dari segi mcntal mahupun dari scgi psikologi. Allah SWT tidak akan melindungi umatnya yang tidak mcmatuhi ajaran Allah SWT dan Rasul-Nya. Scbaliknya, pihak musuh berhak mencapai kejayaan kerana kelalaian dan kealpaan orang-orang Islam it11 scndiri. Dengan kernenangall ini, kaum Musyrikin rnula mengatur taktik dan strategi ketcnteraan yang lcbih jitu bagi tujuan menghapuskan ~ ~ n iIslam a t dan Baginda SAW pada lnasa hadapan. Hikmah Dan Pengajaran Pcristiwa Uhud Imam Qastalani (2004: 41 1-412) dalam kitabnya Maw~ul~ihml al-Lad~lt~iah mengatakan bahawa kesan pcrang Uhud mengandungi banyak faedah dan hikmat-hikinat ketuhanan. Antaranya yang pcrtama ialah menggambarkan kepada sckalian kaum Muslimin betapa buruknya akibat maksiat atau mcnderhakai sesuatu perintah Baginda SAW dan akibat melakukan perkara yang dilarang ole11 Rasul seumpama perbuatan empat puluh orang barisan pcmanah yang melaiiggar aturan dan kctcntuan-ketentuan Rasul di Uhud. Kedua, tujuan scbenar berperang ialah hcndak mcncgakkan kallmah Allah SWT. Akan tetapi sebahagian sahabat yang terdiri daripada empat puluh orang itu, berperang kerana lnahukan habuan dunia Mcnurut keterangan seorang sahabat Nabi iaitu Ibnu Mas'ud yang niengatakan bcliau belum pernah melihat seorang sahabat Baginda SAW mcngcrjakan sesuatu kerana berkehendakkan dunia sehinggalah dalam pcristlwa Uhud (Abbas, 1988).

48 I CULUMISLAMIYYAH JOURNAL -,". *

VOL.10 (JUNE) 2013

Hikmah yang ketiga menjelaskan bahawa Rasul pada umumnya menerilna percubaan. tetapi kemenangan tcrakhir adalah tetap di pihak mereka. Dengan adanya peristiwa percubaan scperti ini, terpisahlah orang yang baik hatinya, bersih imannya dari golongan yang lain sehingga agama Islam dapat direalisasikan dengan lancar. Demikian juga sekiranya nabi-nabi dan para rasul itu sentiasa kalah dalam pepcrangan, nescaya tiada lagi orang yang ingin mengikutinya. Seterusnya hikmah kcempat; sejak peristiwa Uhud, kaum Muslimin umumnya lebih mengctahui siapa yang sebenarnya kawan dan siapa yang lawan. serta siapa yang ragu-ragu apabila terjadi hal-ha1 atau peristiwa yang besar sehinggakan perkembangan masa depan mudah dihadapi oleh kaum Muslimin. Hal ini demikian kerana besar sckali erti peristiwa Uhud ini untuk memberikan nilai-nilai seseorang kawan ataupun lawan kepada seluruh sahabat yang tidak sama fahamannya terhadap musuh-musuh dalam sclimut (Mustafa As-Sibaie, 1985). Adapun hikmah terakhir, Allah SWT tclah menyrdiakan tempat-tcmpat yang mulia dan kesenangan yang tiada bandingan sama ada sccara lisan ataupun tulisan pada hari akhirat nanti. Sesungguhnya untuk sampai ke akhirat tersebut, Syahid merupakan satu-satunya jalan yang sebrnarnya. Olch kerana itu, Allah SWT telah mengadakan pcristiwa-peristiwa sepcrti ini bagi membukakan jalan-jalan nikmat dan bahagia kepada sahabat-sahabat yang terlibat dalam medan peperangan kerana Allah SWT. Analisa Kesan Peperangan Uhud Antara kesan b u n ~ kyang mungkin timbul di kalangan umat lslam scndiri bcrikutan kekalahan dalam Perang Uhud ialah krisis keyakinan terhadap kepimpinan Baginda SAW. Antara persoalan yang ditimbulkan ialah apakah Baginda SAW benar-benar seorang prsuruh Allah, setelah Allah SWT memberikan kcmcnangan kepada kaum Musyrikin dan tidak kepada orang lslam yang n~cmperjuangkanagarna Islam. Persoalan ini sering ditimbulkan oleh kaum Yahudi dan kaum munafik dengan tujuan memecah bclah dan melemahkan semangat perjuangarl umat Islam. Bagi mereka yang kurang faham dan kurang yakin terhadap Islam sudah tcntu terpengaruh menjadi murtad atau keluar daripada agama lslam. Walaupun tentera Islam tcrtcwas dalam mrdan peperangan Uhud, namun dari aspek per-juangan sebcnar, mereka masih bclum tewas kerana tujuan sebcnar kaum Musyrikin Mekah dalam peperangan ini ialah untuk menamatkan nyawa Baginda SAW dan masyarakat lslam Madinah, akan tetapi tujuan terscbut tidak tercapai. Fcnomena ini sudah tentu memberikan keyakinan dan peluang kepada orang Islam untuk memulihkan kckuatan dan kedudukan mcreka.

50 I 'ULUM ISLAMIYYAH JOURNAL *.

? ,.

. .--

VOL.10 (JUNE) 2013

Clauswitz, C.V. (1968). On Wur: Edited with an Introduction bj. ,lnatol Rcryport. Great Braitain: Penguin Books. Clavell, J. (199 1 ). The Art of' War Sun Tzu. London: Hodder & Stonghton. Cronin, P.M. (1985). Caluscwitz Condensed. Military Re~qiew.August. H.1 Yahaya, Mahayuddin & Halimi, Ahmad Jelani. (1993). Sej~1raiiIslam. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Imam Qastalani, Ahmad bin Muhammad. (2004). Mawahihul ludunicrh. Beirut: Al-Maktab al-Islami. Jabatanarah Kor Agama ATM. (1990). Keyimpinan tenteru menurut yundatigczn I.~luttl.Kuala Lumpur: Pcnerbitan Jabatanarah Kor Agama ATM. Lidin, Daruis. (2010). Menyingkap stratcgi perang yang disusun oleh nabi Muharninad SAW. Zulfayur: .Iurnal Asia Pertahulian dun Kc~.!sse[~zmutr~n. I (I). Mustafa As-Sibaie. (1985). Al-.sircrh an-n~lhcrli~ij?,trI~, durus wu 'ihur. Beirut: Al-maktab al-Islami. Naufal, Abdul Razak. (1997). Nabi Muhamnzad SAW Singapura: Pustaka National. Omar, Muhamad Ramzi. (1 997). Iktihar.,jilzad Rasululluh. Kuala Lumpur: Kor Agama Angkatan Tentern. Ong Hcan-Tatt. ( 1994). Beyond S1r17 Tzzr :s Art of' Wal-; Thcj confucian " W L ~".J , Kuala L u r n p ~ ~S. r : Abdul Majccd & Co. Rahinan, Alialur. (1992). Eri.c.iklo11edia sir,ah. (Jilid 1). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahman. Alfazlur. ( 1980). Mlriiolnmud as a Military Leadel: Thc Muslim Sctlools Trust London: Pustaka Nasional. R a h ~ ~ i aAlfazlur. n, ( 1990). Muhurnmur/ SAW Ptr~zglinzaTc.lzter*u.Shah Alain, Selangor: Penerbitan HlZBI. W. Ahinad, W. Yahaya. (1995). Sisteln kctcnteraan kerajaan Madinah pada zaman nabi Muhammad SAbl. Jl4r17ul Usuludditi. 3. Wahab, Adck Awang. ( 1996). Be1;iihau' menegukkan Isltr?)~. Kuala Lumpur: Preston Press. Zulkifli Mohd Yusuf & Nor Nacmati Abdul Rahinan. (2007). Biogr.aJ M~rhun1r11ad hin Ahdullalz. Kuala Lumpur: PTS Islamika Sdn. Bhd.

Ahmad Azan Rid~uan Mohd Juraimy Hj Kadir Hasan Al-Banna Mohamcd Fakulti Pengajian dan Pcngurusan Pcrtahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia azaniu;upnni.edu.~ny juraimy(~upn~n.edu.ttiy hasanalbanna((7upnm.cdu.my