PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA PERTUMBUHAN LEBIH TINGGI

Download 1 Apr 2012 ... swasta dan awam. Pelaburan swasta menjadi lebih kukuh kepada 24.6% (S1 12: 19.8%) disebabkan oleh pengembangan subsektor per...

0 downloads 383 Views 1MB Size
Buletin Suku Tahunan Suku Kedua 2012

PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA Pertumbuhan lebih tinggi pada suku kedua Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang lebih tinggi sebanyak 5.4% pada suku kedua 2012 (S1 12: 4.9%). Pertumbuhan didorong oleh permintaan dalam negeri yang lebih kukuh dalam keadaan permintaan luar negeri yang lebih sederhana. Perbelanjaan sektor swasta dan awam, khususnya dalam pelaburan modal, mencatat pertumbuhan yang teguh pada suku kedua. Namun demikian, eksport barangan dan perkhidmatan menjadi lebih sederhana disebabkan terutamanya oleh permintaan yang lebih lembab dari ekonomi maju. Sementara import mencatat pertumbuhan lebih tinggi ekoran peningkatan yang berterusan dalam import barangan modal dan import penggunaan sejajar dengan permintaan dalam negeri yang lebih kukuh, eksport bersih menguncup pada suku kedua. Dari segi penawaran, hampir kesemua sektor ekonomi terus mencatat peningkatan. Walau bagaimanapun, sektor pertanian menguncup pada suku tersebut disebabkan oleh pengeluaran minyak sawit mentah yang lebih rendah.

Permintaan dalam negeri teguh Permintaan dalam negeri mencatat pertumbuhan yang lebih kukuh pada 13.8% pada suku kedua 2012 (S1 12: 9.7%), disebabkan oleh prestasi kukuh aktiviti pelaburan dan penggunaan sektor swasta dan awam. Pembentukan modal tetap kasar mencatat pertumbuhan yang lebih tinggi sebanyak 26.1% pada suku kedua (S1 12: 16.1%), disokong oleh perbelanjaan modal sektor swasta dan awam. Pelaburan swasta menjadi lebih kukuh kepada 24.6% (S1 12: 19.8%) disebabkan oleh pengembangan subsektor perkhidmatan berorientasikan dalam negeri seperti harta tanah, telekomunikasi dan utiliti, selain projek huluan minyak dan gas yang sedang berjalan serta pelaburan dalam kelompok perkilangan berorientasikan

8

KDNK Mengikut Komponen Perbelanjaan (pada harga malar tahun 2005) 2011 S2

2012

ST1

S1

S2

ST1

Perubahan tahunan (%) Permintaan Dalam Negeri Agregat (tidak termasuk stok) Penggunaan Sektor swasta Sektor awam

5.4 6.5 6.6 6.0

6.8 7.1 6.8 8.4

9.7 7.4 7.4 7.3

13.8 8.9 8.8 9.4

11.8 8.1 8.1 8.4

Pembentukan Modal Tetap Kasar Sektor swasta Sektor awam

2.7 7.6 -5.4

6.0 15.0 -6.9

16.1 19.8 10.3

26.1 24.6 28.9

21.3 22.4 19.5

Eksport Bersih Eksport Barangan dan Perkhidmatan Import Barangan dan Perkhidmatan

8.7 4.6 4.0

KDNK

4.3

-13.3 -20.9 -36.2 -28.4 2.5 2.1 2.8 3.2 7.5 8.1 6.8 6.5 4.7

4.9

5.4

5.1

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

dalam negeri. Pelaburan awam meningkat dengan teguh sebanyak 28.9% (S1 12: 10.3%), didorong oleh perbelanjaan modal yang berterusan tinggi oleh perusahaan awam bukan kewangan (PABK) dalam sektor pengangkutan, minyak dan gas serta utiliti selain perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan yang terus meningkat. Sebahagian besar daripada perbelanjaan pembangunan disalurkan ke dalam sektor pengangkutan, perdagangan dan perindustrian, serta kemudahan awam dan pendidikan. Peningkatan yang kukuh dalam jumlah pelaburan turut dicerminkan oleh penunjuk pelaburan utama seperti jualan kenderaan perdagangan dan import barangan modal. Selain itu, sentimen perniagaan kekal positif pada suku kedua, seperti yang dicerminkan oleh Indeks Keadaan Perniagaan MIER yang melebihi paras penanda aras 100 mata (111.5 mata; S1 12: 116.5 mata). Penggunaan swasta mencatat pertumbuhan yang kukuh sebanyak 8.8% pada suku kedua (S1 12: 7.4%). Perbelanjaan isi rumah telah disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang kukuh, kenaikan pendapatan yang teguh dan sentimen pengguna yang bertambah baik. Penggunaan juga telah mendapat manfaat daripada inisiatif Kerajaan baru-baru ini seperti kenaikan gaji kakitangan awam,

Buletin Suku Tahunan Suku Kedua 2012

bantuan sekali sahaja kepada isi rumah berpendapatan rendah iaitu Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan kenaikan pencen bagi pesara kerajaan. Di samping itu, pembayaran pertama (daripada tiga pembayaran) sebanyak RM5,000 kepada peneroka FELDA pada bulan Jun terus merangsang peningkatan perbelanjaan pengguna di kawasan luar bandar. Indeks Sentimen Pengguna MIER naik sedikit kepada 114.9 mata (S1 12: 114.3 mata), mencerminkan keyakinan pengguna yang bertambah baik pada suku tersebut. Penggunaan awam meningkat sebanyak 9.4% (S1 12: 7.3%) disebabkan perbelanjaan yang lebih tinggi untuk emolumen dan bekalan serta perkhidmatan. Keyakinan pengguna meningkat dan sentimen perniagaan terus optimistik

awam. Dalam sektor perlombongan, kadar pertumbuhan adalah lebih pantas, mencerminkan pengeluaran minyak mentah yang lebih tinggi, manakala sektor pertanian menguncup disebabkan oleh pengeluaran minyak sawit mentah yang lebih rendah. KDNK Mengikut Aktiviti Ekonomi (pada harga malar tahun 2005) 2011 S2

2012

ST1

S1

S2

ST1

Perubahan tahunan (%) 7.7 -9.3 2.6 1.8 7.1

3.8 -6.6 4.1 3.4 7.1

2.1 0.3 4.4 15.5 5.3

-4.7 2.3 5.6 22.2 6.3

-1.5 1.3 5.0 18.9 5.8

KDNK Benar (Perubahan Tahunan)

4.3

4.7

4.9

5.4

5.1

KDNK Benar (Perubahan Berbanding dengan Tempoh Sebelumnya)

2.5

-0.4

-3.0

3.0

-0.7

Pertanian Perlombongan Perkilangan Pembinaan Perkhidmatan

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Mata 140 120 100 80 60 40 20 0

S1

S2 S3 2009

S4

S1

Indeks Sentimen Pengguna

S2 S3 2010

S4

S1

S2 S3 2011

S4

S1 S2 2012

Indeks Keadaan Perniagaan

Sumber: MIER

Kebanyakan sektorimproved ekonomi terus Consumer confidence while business sentiments remained optimistic berkembang Points

140 segi penawaran, hampir kesemua Dari 120 sektor ekonomi terus berkembang pada 100 suku kedua, dipacu prestasi kukuh sektor 80 perkhidmatan, perkilangan dan pembinaan. 60 Prestasi sektor perkhidmatan adalah lebih 40 baik 20 mencerminkan sokongan kukuh daripada 0 permintaan dalam negeri, manakala sektor 1Q 2Q 3Q 4Q 1Q 2Q 3Q 4Q 1Q 2Q 3Q 4Q 1Q 2Q 2009 mendapat 2010manfaat daripada 2011 2012 perkilangan daya tahan industri berorientasikan dalam Consumer Sentiments Index Business Conditions Index negeri Source: MIER dan pertumbuhan kelompok berkaitan sumber serta elektronik dan keluaran elektrik (E & E) yang lebih baik. Sektor pembinaan meningkat dengan kukuh pada suku kedua, disokong terutamanya oleh subsektor kejuruteraan

Sektor perkhidmatan terus berkembang pada 6.3% pada suku kedua (S1 12: 5.3%), disokong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh. Subsektor perdagangan borong dan runcit terus meningkat, walaupun pada kadar yang lebih perlahan, iaitu 5.9% (S1 12: 6.4%) akibat terjejas oleh aktiviti perdagangan borong komoditi yang lebih perlahan. Namun, pertumbuhan segmen runcit terus teguh hasil sokongan perbelanjaan isi rumah yang berterusan. Permintaan dalam negeri yang kukuh telah menyokong pertumbuhan yang teguh dalam subsektor komunikasi (9.5%; S1 12: 9.4%), yang telah mendapat sokongan daripada penggunaan khidmat komunikasi data yang tinggi. Dalam subsektor kewangan dan insurans, pertumbuhan meningkat kepada 6.6% (S1 12: 2%), disokong oleh pendapatan fi dan premium insurans yang lebih tinggi. Pertumbuhan subsektor harta tanah dan perkhidmatan perniagaan adalah lebih tinggi (7.6%; S1 12: 6.9%), memandangkan pelaburan yang teguh terus menyokong pertumbuhan segmen perkhidmatan perniagaan seperti kejuruteraan dan perkhidmatan profesional lain. Pertumbuhan subsektor pengangkutan dan penyimpanan kekal pada 5.9% (S1 12: 5.8%)

9

Buletin Suku Tahunan Suku Kedua 2012

Prestasi Sektor Perkhidmatan (nilai ditambah pada harga malar tahun 2005) Bahagian 2011 (%)

2011 S2

2012 ST1

S1

S2

ST1

Perubahan tahunan (%)

Perkhidmatan Pengantara

40.6

6.1

6.2

5.1

7.2

6.2

Kewangan & insurans Harta tanah & perkhidmatan perniagaan Pengangkutan & penyimpanan Komunikasi

17.0 10.0 6.8 6.8

5.7 7.1 5.1 6.5

6.7 6.4 4.6 6.3

2.0 6.9 5.9 9.4

6.6 7.6 5.8 9.5

4.3 7.3 5.9 9.4

Perkhidmatan Akhir

59.4

7.9

7.7

5.4

5.6

5.5

Perdagangan borong & runcit Penginapan & restoran Utiliti Perkhidmatan Kerajaan Perkhidmatan lain

26.6 4.5 4.7 14.3 9.4

6.4 6.4 2.5 13.6 7.4

6.5 5.6 2.1 14.0 6.1

6.4 6.1 5.0 4.2 4.3

5.9 6.8 4.4 6.0 4.2

6.1 6.5 4.7 5.1 4.2

100.0

7.1

7.1

5.3

6.3

5.8

Jumlah Perkhidmatan Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Penunjuk Suku Tahunan Terpilih Sektor Perkhidmatan 2011 S1

S2

2012 S3

S3

S1

S2

Indeks Indeks Sentimen Pengguna MIER Indeks Perdagangan Runcit MIER Indeks Pasaran Pelancongan MIER

108.2 99.1 113.1

107.9 120.8 125.4

-3.7 11.8 9.5 7.2 5.8 7.5 14.4

-4.8 13.4 8.7 6.8 17.5 -9.7 9.6

108.7 150.0 115.2

106.3 92.6 126.0

114.3 85.3 125.2

114.9 119.4 117.3

0.4 6.4 7.8 11.1 20.3 -12.6 7.4

2.41 1.9 7.5 11.1 11.1 17.2 2.11

Perubahan tahunan (%) Ketibaan pelancong Jumlah penumpang di kesemua lapangan terbang Jumlah kredit penggunaan terkumpul Pinjaman terkumpul kepada perdagangan borong & runcit, hotel & restoran Import barangan penggunaan Jumlah jualan kenderaan bermotor Kargo kontena yang dikendali (Pelabuhan Klang dan PTP) 1

4.7 10.8 8.5 9.6 26.5 0.6 9.8

5.4 7.0 9.5 11.5 25.4 -1.5 11.5

April-Mei 2012

Sumber: Pelbagai sumber

ekoran pertumbuhan yang berterusan dalam segmen pengangkutan darat sejajar dengan aktiviti pengeluaran dalam negeri yang kukuh. Nilai tambah sektor perkilangan meningkat kepada 5.6% pada suku kedua (S1 12: 4.4%), disokong pertumbuhan yang lebih tinggi dalam industri berorientasikan eksport dan pengembangan berterusan dalam industri berorientasikan dalam negeri. Prestasi industri berorientasikan eksport yang bertambah baik didorong terutamanya oleh pengeluaran kelompok berkaitan sumber yang lebih tinggi memandangkan

10

permintaan serantau yang teguh telah menyokong prestasi segmen utama seperti kimia dan keluaran kimia, petroleum bertapis dan kayu. Kelompok E & E juga terus berkembang pada suku kedua, susulan pemulihan dalam rantaian bekalan E & E global. Ini turut disokong oleh peningkatan permintaan yang berterusan terhadap peranti mudah alih, khususnya telefon pintar dan komputer tablet. Di dalam negeri, prestasi industri berorientasikan dalam negeri disokong terutamanya oleh daya tahan kelompok berkaitan pengguna dengan segmen kelengkapan pengangkutan serta

Buletin Suku Tahunan Suku Kedua 2012

Prestasi Sektor Perkilangan 2011 S2

2012

ST1

S1

S2

ST1

makanan, minuman dan tembakau mencatat pertumbuhan mampan seiring dengan pertumbuhan yang kukuh dalam penggunaan swasta.

Perubahan Tahunan (%) Nilai Ditambah (RM juta pada harga tahun 2005)

2.6

4.1

Pengeluaran Perkilangan Keseluruhan1

2.1

4.0

4.6

5.7

5.2

1.7 3.3 Industri berorientasikan eksport Kelompok elektronik dan keluaran elektrik -5.5 -5.4 Antaranya: -13.4 -15.8 Elektronik Keluaran elektrik 6.8 12.0 Kelompok keluaran berkaitan sumber 6.0 8.6 Antaranya: 6.2 5.8 Kimia dan keluaran kimia Keluaran petroleum 1.4 13.2 Keluaran getah 18.3 15.4 Pemprosesan di luar estet 17.6 5.3

3.0

5.1

4.1

0.0

2.8

1.5

-3.6 4.6

3.3 2.2

-0.1 3.4

4.5

6.4

5.4

9.1 10.4 3.8 11.6 3.4 4.5 2.2 -15.5

9.7 7.5 4.0 -7.8

Industri berorientasikan pasaran dalam negeri Kelompok berkaitan pembinaan Antaranya: Keluaran berkaitan pembinaan Keluaran logam yang direka Kelompok keluaran berkaitan pengguna Antaranya: Kelengkapan pengangkutan Makanan, minuman & keluaran tembakau 1

4.4

5.6

5.0

3.6 17.4

6.0 10.0 19.6 8.3

7.5 4.4

15.4 20.1

15.4 0.9 25.5 17.4

2.0 1.5 7.4 12.2

-6.6

-3.7 11.4

10.4 10.9

-15.8 -10.4 2.1

8.7 6.3

9.9

12.1 11.0

4.3 11.5

10.0 10.7

Indeks Pengeluaran Perindustrian (2005=100)

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Kadar penggunaan kapasiti dalam sektor perkilangan*

Pertumbuhan sektor pembinaan pada suku kedua adalah kukuh pada 22.2% (S1 12: 15.5%), didorong terutamanya oleh subsektor kejuruteraan awam. Prestasi subsektor kejuruteraan awam yang lebih baik ini adalah hasil daripada kemajuan pelaksanaan yang sangat menggalakkan bagi projek-projek infrastruktur, utiliti serta minyak dan gas seperti Jambatan Kedua Pulau Pinang, Laluan Berkembar Seremban-Gemas, Loji Kuasa Janamanjung, Terminal Minyak dan Gas Sabah dan Terminal Gas Melaka. Subsektor kediaman terus disokong oleh pembinaan harta kediaman berkos tinggi, manakala aktiviti dalam segmen bukan kediaman disokong oleh pembinaan bangunan perindustrian di Kawasan Perindustrian Samalaju di Sarawak. Penunjuk bagi Sektor Pembinaan 2011

Indeks 125

% 90 85

120

80

115

75

110

70

105

65

100

60

95

55

90

50

85

45

Secara keseluruhan, kadar penggunaan kapasiti dalam sektor perkilangan meningkat pada suku kedua (81%; S1 12: 79%). Industri berorientasikan eksport beroperasi pada 82% daripada jumlah kapasiti, manakala kapasiti industri berorientasikan dalam negeri adalah pada 78% (S1 12: masing-masing 80% dan 75%).

S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 2008 2009 2010 2011 2012 Keseluruhan Industri berorientasikan eksport

80

Industri berorientasikan pasaran dalam negeri Indeks Pengeluaran Perindustrian (skala kanan)

* Mulai tahun 2012, penggunaan kapasiti dalam sektor perkilangan telah diasaskan semula daripada nilai tambah tahun 2006 kepada nilai tambah tahun 2009

S2

ST1

2012 S1

ST1

Perubahan tahunan (%) 14.1 Kelulusan perumahan Permit jualan dan pengiklanan 11.6 perumahan baharu Pengeluaran1 bahan berkaitan 17.4 pembinaan 0.2 Besi asas dan keluli Produk tanah liat dan seramik -11.1 berstruktur bukan refraktori 41.0 Konkrit siap dibancuh Pinjaman untuk aktiviti pembinaan Kelulusan 31.9 Pengeluaran -3.6 1

22.1

75.6

126.9

101.7

17.7

12.5

13.9

13.2

19.6 6.1

8.3 -10.9

4.4 1.0

6.3 -4.9

-8.9 36.7

3.3 18.2

9.1 23.7

6.1 21.1

30.8 3.7

38.2 16.0

-9.0 17.9

12.3 16.9

Indeks Pengeluaran Perindustrian (2005=100)

Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia

Sumber: Bank Negara Malaysia & Jabatan Perangkaan Malaysia

Capacity utilisation rate in the manufacturing sector* % 90

S2

Index 125

85

120

80

115

75

110

70

105

65

100

60

95

55

90

11

Buletin Suku Tahunan Suku Kedua 2012

Nilai tambah sektor pertanian menguncup sebanyak 4.7% (S1 12: 2.1%), disebabkan terutamanya oleh pengeluaran minyak sawit mentah yang lebih rendah. Sektor perlombongan berkembang sebanyak 2.3% (S1 12: 0.3%), mencerminkan peningkatan kukuh dalam pengeluaran minyak mentah, berikutan usaha pemulihan pengeluaran telaga minyak yang sedia ada dan kesan asas tahunan yang rendah berikutan pengeluaran yang lembab pada suku kedua 2011.

Prestasi Sektor Pertanian 2011 S2

2012

ST1

S1

S2

ST1

Perubahan tahunan (%) Nilai Ditambah (pada harga malar tahun 2005) Tanaman Industri Antaranya: Kelapa Sawit Getah Tanaman Makanan Antaranya: Perikanan Ternakan

7.7 10.7

3.8 1.9

2.1 1.4

-4.7 -12.3

-1.5 -6.0

19.4 16.3

6.5 8.8

3.5 -9.4

-17.5 -2.1

-8.6 -6.1

3.7

6.3

2.8

5.8

4.3

-3.9 9.4

1.5 9.6

-4.5 11.0

-0.2 7.7

-2.3 9.2

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Prestasi Sektor Perlombongan 2011 S2

2012

ST1

S1

S2

ST1

Perubahan tahunan (%) Nilai Ditambah (pada harga malar tahun 2005)

-9.3

-6.6

0.3

2.3

1.3

Pengeluaran Antaranya: Minyak mentah dan kondensat -18.3 Gas asli 2.1

-13.2 0.7

0.1 -0.2

5.7 -4.4

2.7 -2.2

Sumber: PETRONAS Jabatan Perangkaan Malaysia

12

Buletin Suku Tahunan Suku Kedua 2012

Inflasi terus menjadi sederhana Kadar inflasi keseluruhan, seperti yang diukur oleh perubahan tahunan Indeks Harga Pengguna (IHP), menjadi sederhana kepada 1.7% pada suku kedua (S1 12: 2.3%), mencerminkan inflasi yang lebih rendah dalam kategori makanan dan minuman tanpa alkohol serta kategori pengangkutan. Inflasi dalam kategori makanan dan minuman tanpa alkohol menjadi sederhana kepada 2.7% pada suku kedua (S1 12: 3.5%). Harga dalam subkategori daging dan sayur-sayuran masing-masing menurun sebanyak 1.9% dan 3.9% (S1 12: masing-masing +1.1% dan -3.7%) disebabkan oleh lebihan bekalan bahan makanan ini. Walau bagaimanapun, lebihan bekalan makanan ini berkurang sejak bulan Mei. Harga makanan yang amat tinggi pada suku kedua tahun 2011 juga menyumbang kepada peningkatan inflasi makanan yang lebih sederhana. Inflasi dalam kategori pengangkutan menjadi sederhana kepada 0.5% (S1 12: 1.4%) pada suku kedua apabila impak daripada pelarasan harga petrol RON97 pada bulan April dan Mei 2011 berkurang. Indeks Harga Pengeluar (IHPR) meningkat pada kadar tahunan yang lebih perlahan kepada 0.8% pada suku kedua (S1 12: Sumbangan kepada Inflasi Komunikasi

Keadaan pasaran pekerja terus menggalakkan pada suku kedua Keadaan pasaran pekerja secara keseluruhan kekal positif pada suku kedua, dengan kadar pengangguran tidak berubah pada 3.0% bagi dua bulan pertama suku pertama (S1 12: 3.0%). Jumlah guna tenaga pada bulan April dan Mei adalah pada purata 12.5 juta, iaitu mewujudkan peluang pekerjaan bersih sebanyak 105,600 orang berbanding dengan suku pertama. Pemberhentian pekerja menurun lebih daripada separuh kepada 1,516 orang daripada 3,388 orang pada suku sebelumnya. Permintaan terhadap pekerja kekal kukuh pada suku kedua, dengan bilangan kekosongan jawatan yang lebih tinggi seperti yang diiklankan melalui JobsMalaysia Portal (419,636 jawatan; S1 12: 316,016 jawatan), mencerminkan Keadaan Pasaran Pekerja

S2 ‘12

700 600 500 400 300 200 100 0

Minuman alkohol dan tembakau Pendidikan Kesihatan Perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan Pengangkutan Hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah Restoran dan hotel Pelbagai barangan dan perkhidmatan Perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain Makanan dan minuman bukan alkohol

3,000 2,000 1,000 S1

S2

S3

2010

S4

Kekosongan Jawatan (skala kiri)

IHP keseluruhan

0.0

0.5

1.0 1.5 2.0 mata peratusan

2.5

Pemberhentian Pekerja (bil. org) 4,000

Kekosongan Jawatan ('000 jawatan)

S1 ‘12

Pakaian dan kasut

-0.5

3.8%). Dari segi komposisi, harga komponen berkaitan komoditi serta komponen tidak berkaitan komoditi masing-masing meningkat pada kadar yang lebih perlahan sebanyak 1.7% dan 0.2% (S1 12: masing masing 9.2% dan 0.8%). Di samping itu, harga kedua-dua komponen IHPR tempatan dan yang diimport meningkat pada kadar yang sama sebanyak 0.8%, lebih rendah berbanding dengan suku pertama 2012 (masing-masing sebanyak 4.8% dan 1.4%).

3.0

S1

S2

S3

2011

S4

S1

S2

0

2012

Pemberhentian Pekerja (skala kanan)

Nota: Mulai tahun 2012, data kekosongan jawatan mencerminkan kajian semula teknikal Sumber: Kementerian Sumber Manusia

Sumber: Bank Negara Malaysia

Labour Market Conditions

Contribution to Consumer Price Inflation Communication Clothing and footwear Alcoholic beverages and tobacco Education

2Q ‘12

1Q ‘12

Vacancies ('000 positions) 700 600 500 400 300 200 100

Retrenchments (persons) 4,000 3,000

13

2,000 1,000

Buletin Suku Tahunan Suku Kedua 2012

peluang pekerjaan yang lebih tinggi merentas semua sektor utama. Walau bagaimanapun, upah benar dalam sektor perkilangan mencatat kenaikan yang lebih rendah sebanyak 5.2% berbanding dengan suku sebelumnya (S1 12: 6.5%).

Sektor luar negeri kekal kukuh Imbangan pembayaran keseluruhan mencatat semula lebihan sebanyak RM12.7 bilion pada S2 12 (S1 12: -RM7.2 bilion), berikutan aliran masuk bersih dalam akaun kewangan dalam keadaan lebihan akaun semasa yang lebih rendah. Lebihan akaun semasa mengecil kepada RM9.6 billion pada S2 12, bersamaan dengan 4.4% daripada PNK. Lebihan yang lebih kecil ini disebabkan oleh lebihan barangan yang lebih rendah sebanyak RM29.4 bilion (S1 12: RM35.8 bilion) dan defisit yang lebih besar dalam akaun pendapatan. Eksport kasar menjadi sederhana kepada 3.9% (S1 12: 4.4%), disebabkan terutamanya oleh pertumbuhan eksport komoditi yang lebih rendah. Sementara itu, import kasar berkembang sebanyak 8.9% (S1 12: 6.9%) disebabkan oleh pertumbuhan import modal yang kukuh dan import barangan pengantara yang meningkat semula. Imbangan Pembayaran 2011

2012

S2

ST1

Akaun Semasa (% daripada PNK) Barangan Perkhidmatan Pendapatan Pindahan semasa

23.0 10.9 36.0 -1.0 -6.7 -5.3

47.3 11.4 73.5 -3.2 -12.7 -10.4

Akaun Kewangan Pelaburan langsung di luar negeri Pelaburan langsung asing Pelaburan portfolio Derivatif kewangan Pelaburan lain - Sektor awam - Sektor swasta

51.5

S1

S2

ST1

18.1 8.4 35.8 -3.8 -8.6 -5.3

9.6 4.4 29.4 -3.6 -11.7 -4.6

27.7 6.3 65.3 -7.4 -20.3 -9.9

45.0

-10.3

5.4

-4.8

-7.8

-19.0

-16.9

-2.5

-19.5

9.8 48.0 0.4 1.2 -0.2 1.3

21.0 56.5 0.6 -14.1 -0.7 -13.4

7.5 25.3 0.0 -26.1 -0.5 -25.6

6.1 -5.0 1.0 5.9 -0.3 6.1

13.6 20.3 1.0 -20.2 -0.7 -19.5

-12.7

-14.6

-14.9

-2.2

-17.1

61.7

77.6

-7.2

12.7

5.5

RM bilion

Kesilapan dan ketinggalan Imbangan Keseluruhan

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

14

Akaun Perdagangan 2011 S2

2012 ST1

S1

S2

ST1

Perubahan tahunan (%) Eksport Kasar Perkilangan E&E Bukan E&E Komoditi Pertanian Mineral Import Kasar Barangan modal Barangan pengantara Barangan penggunaan Imbangan perdagangan (RM bilion)

8.8 1.6

6.8 0.5

4.4 0.9

3.9 2.9

4.2 1.9

-5.0 9.4 28.9 43.3 19.3

-6.2 8.5 24.1 34.7 17.0

-1.7 3.4 11.7 -8.0 26.0

-1.2 7.2 5.6 -12.3 20.0

-1.4 5.4 8.6 -10.2 23.0

7.4 10.2 3.8 17.5

9.8 13.2 7.9 11.8

6.9 21.0 -1.3 20.3

8.9 27.3 0.1 11.1

8.0 24.3 -0.6 15.3

27.4

59.1

29.8

21.3

51.1

Sumber: MATRADE dan Jabatan Perangkaan Malaysia

Pada suku kedua, eksport kasar menjadi sederhana disebabkan oleh pertumbuhan eksport komoditi yang lebih rendah, yang telah mengimbangi peningkatan dalam eksport perkilangan. Eksport komoditi meningkat pada kadar yang lebih sederhana disebabkan terutamanya oleh harga dan permintaan yang lebih rendah terhadap komoditi pertanian. Eksport mineral kekal tinggi ekoran permintaan serantau yang kukuh dalam keadaan harga gas asli yang lebih tinggi. Peningkatan eksport perkilangan mencerminkan terutamanya eksport produk bukan E&E yang lebih tinggi, manakala eksport E&E terus lemah. Peningkatan eksport bukan E&E disebabkan terutamanya oleh permintaan serantau yang lebih tinggi terhadap keluaran logam dan jentera, peralatan dan alat ganti. Eksport E&E terus mencatat penguncupan dalam keadaan permintaan yang lembab dari ekonomi maju. Peningkatan dalam import kasar didorong terutamanya oleh pertumbuhan yang kukuh dalam import modal dan import barangan pengantara yang pulih. Import barangan modal terus meningkat berikutan peningkatan import kapal terbang dan jentera, selaras dengan keadaan permintaan dalam negeri yang teguh. Import barangan pengantara meningkat semula untuk mencatat pertumbuhan yang kecil sebanyak 0.1% (S1 12: -1.3%), sejajar dengan peningkatan eksport perkilangan. Walau bagaimanapun, pertumbuhan import barangan penggunaan menjadi sederhana tetapi kekal

Buletin Suku Tahunan Suku Kedua 2012

Malaysia: Destinasi Eksport 2011 S1

2012 S4

S1

S2

2011 ST1

S2

Perubahan tahunan (%) Amerika Syarikat Kesatuan Eropah (EU) Negara ASEAN terpilih1 Timur Laut Asia Republik Rakyat China Hong Kong SAR China Taipei Korea Asia Barat India Jumlah eksport 1

-7.1 3.4 6.3 9.0 9.7 -4.6 14.7 22.1 13.1 45.6 8.8

-7.5 4.4 3.1 5.7 6.7 -2.4 15.8 5.3 15.2 34.4 6.8

5.5 -10.4 9.3 -2.0 -3.2 -8.1 -2.0 9.4 -4.8 -5.1 4.4

4.4 -8.7 10.6 2.2 10.2 -3.1 -2.6 -13.0 -0.9 7.2 3.9

2012 ST1

S1

S2

ST1

Bahagian daripada jumlah eksport (%) 4.9 -9.6 10.0 0.1 3.5 -5.5 -2.3 -2.2 -2.8 1.3 4.2

8.5 10.2 24.6 24.5 12.5 4.7 3.3 4.0 3.7 4.1 100.0

8.4 10.4 24.6 24.5 12.7 4.6 3.2 3.9 3.7 4.0 100.0

8.3 9.1 25.8 22.9 11.9 4.0 3.0 4.0 3.4 3.6 100.0

8.6 9.0 26.2 24.1 13.2 4.4 3.1 3.4 3.6 4.2 100.0

8.5 9.1 26.0 23.5 12.6 4.2 3.0 3.7 3.5 3.9 100.0

Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam dan Vietnam

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

kukuh disebabkan terutamanya oleh import yang lebih rendah terhadap makanan yang diproses dan minuman. Akaun perkhidmatan mencatat defisit yang lebih rendah sebanyak RM3.6 bilion. Pendapatan yang lebih tinggi daripada penyediaan perkhidmatan lain, terutama perkhidmatan komputer dan maklumat serta perkhidmatan profesional dan teknikal, lebih daripada mengimbangi pembayaran yang lebih besar untuk perkhidmatan import. Defisit dalam akaun pendapatan menjadi lebih besar kepada RM11.7 bilion disebabkan terutamanya oleh pendapatan pelaburan terakru yang lebih tinggi kepada syarikat milik bukan pemastautin yang melabur di Malaysia dan pendapatan pelaburan terakru yang lebih rendah kepada syarikat Malaysia yang melabur di luar negeri. Pada suku itu, keuntungan yang lebih tinggi dilaporkan dan dividen telah dibayar terutamanya oleh syarikat milik bukan pemastautin yang melabur dalam sektor kewangan, minyak dan gas dan perkilangan. Akaun kewangan mencatat pemulihan dengan aliran masuk bersih sebanyak RM5.4 bilion pada S2 12 ( S1 12: -RM10.3 bilion) disebabkan oleh aliran masuk bersih pelaburan langsung asing (foreign direct investment, FDI) dan pelaburan lain, yang mengimbangi aliran keluar dana portfolio bukan pemastautin. Pelaburan portfolio berubah arah daripada aliran masuk bersih untuk mencatat aliran

keluar bersih yang kecil sebanyak RM5 bilion pada suku kedua (S1 12: +RM25.3 bilion). Aliran keluar ini mencerminkan pelaburan portfolio luar negeri yang berterusan oleh pemastautin dan penjualan sekuriti hutang oleh bukan pemastautin, disebabkan terutamanya oleh penghindaran risiko yang meningkat dalam pasaran kewangan dalam keadaan krisis hutang yang bertambah buruk di Eropah. Aliran keluar ini mengimbangi pembelian bersih sekuriti ekuiti oleh bukan pemastautin. Perkembangan ini juga dilalui oleh beberapa negara lain di rantau ini. Aliran masuk FDI kekal pada RM6.1 bilion (S1 12: +RM7.5 bilion), disokong oleh aliran masuk modal ekuiti yang berterusan dan pemberian pinjaman yang lebih tinggi antara syarikat kepada syarikat multinasional yang beroperasi di Malaysia. Aliran masuk FDI terus menyeluruh pada suku kedua, yang sebahagian besarnya dilaksanakan oleh syarikat dalam sektor minyak dan gas dan sektor perkhidmatan, yang dipacu oleh aktiviti dalam subsektor kewangan dan insurans serta profesional dan teknikal. Sektor perkilangan juga menerima pelaburan dalam jumlah yang besar pada suku kedua, terutama subsektor E&E dan petrokimia. Pelaburan langsung di luar negeri (direct investment abroad, DIA) oleh syarikat Malaysia menjadi sederhana kepada RM2.5 bilion pada suku kedua (S1 12: -RM16.9 bilion). Aliran keluar DIA bersih yang lebih kecil ini mencerminkan aliran keluar modal ekuiti dan pinjaman antara syarikat serta penghantaran 15

Buletin Suku Tahunan Suku Kedua 2012

balik pendapatan bersih oleh syarikat Malaysia yang beroperasi di luar negeri yang lebih rendah. DIA disalurkan terutamanya ke dalam sektor minyak dan gas dan perkhidmatan, khususnya subsektor kewangan dan insurans, serta harta tanah. Pelaburan yang agak besar di luar negeri oleh syarikat Malaysia juga terdapat dalam sektor pembinaan. Pelaburan lain berubah arah untuk mencatat aliran masuk bersih sebanyak RM5.9 bilion (S1 12: -RM26.1 bilion) pada suku kedua. Ini sebahagian besarnya mencerminkan aliran masuk deposit bukan pemastautin yang agak besar dan pelupusan aset di luar negeri oleh sektor perbankan. Aliran masuk ini sebahagiannya diimbangi oleh pemberian kredit perdagangan bersih yang lebih tinggi. Sektor awam mencatat aliran keluar bersih yang kecil disebabkan oleh pembayaran balik pinjaman luar yang berterusan. Kesilapan dan ketinggalan berjumlah -RM2.2 bilion pada suku kedua 2012 dan sebahagiannya mencerminkan peningkatan nilai rizab yang disebabkan oleh penilaian semula pertukaran asing pada suku itu berikutan penambahan nilai mata wang utama berbanding dengan ringgit.

Hutang luar negeri kekal terurus Jumlah hutang luar negeri Malaysia berjumlah RM269.5 bilion pada akhir bulan Jun (akhir bulan Mac: RM249.5 bilion). Jumlah ini bersamaan dengan 30% daripada PNK dan masih merupakan bahagian yang kecil kepada jumlah hutang2 (12.8%).

Hutang Luar Negeri Terkumpul 2011

2012

akhir Jun

akhir Mac akhir Juna RM bilion

Hutang jangka sederhana dan panjang Sektor awam Sektor swasta Hutang jangka pendek1 Jumlah hutang luar negeri bersamaan USD bilion Hutang luar negeri/PNK (%) Rizab antarabangsa/Hutang luar negeri jangka pendek (kali)

149.2 80.0 69.2

148.3 84.2 64.1

159.3 87.3 72.0

92.3

101.2

110.2

241.5 79.1

249.5 80.5

269.5 83.5

28.1

27.8

30.0

4.4

4.1

3.92

Tidak termasuk mata wang dan deposit yang dimiliki oleh bukan pemastautin dalam institusi perbankan pemastautin 2 Berdasarkan rizab antarabangsa pada 31 Julai 2012 a Awalan 1

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Negara Malaysia

menyebabkan hutang luar negeri sektor awam menjadi lebih tinggi meskipun terdapat pembayaran balik bersih pinjaman luar negeri, terutamanya oleh perusahaan awam bukan kewangan (PABK). Pada akhir bulan Jun, hutang luar negeri jangka pendek adalah lebih tinggi pada RM110.2 bilion disebabkan terutamanya oleh pinjaman antara bank yang lebih tinggi.

Rizab antarabangsa lebih tinggi Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat kepada RM428.8 bilion (bersamaan dengan USD134.2 bilion) pada 29 Jun 2012. Paras rizab ini telah mengambil kira peningkatan nilai rizab kerana pelarasan suku tahunan penilaian semula pertukaran asing Rizab Antarabangsa Bersih (pada akhir tempoh) USD bilion

Hutang luar negeri jangka sederhana dan panjang meningkat kepada RM159.3 bilion (akhir bulan Mac: RM148.3 bilion), mencerminkan ambilan bersih pinjaman luar negeri oleh sektor swasta serta pengukuhan mata wang utama dan serantau berbanding dengan ringgit pada suku kedua. Pengukuhan mata wang utama dan serantau ini juga Jumlah hutang merangkumi hutang dalam dan luar negeri. Hutang dalam negeri terdiri daripada pinjaman oleh sistem perbankan, sekuriti hutang swasta dan hutang Kerajaan Persekutuan

2

Bulan/Kali 12

150

31 Julai '12: USD134.5 billion

140 130

9.5 bulan

120 110

8 6

100

3.9 kali

90 80

4 2

70 60

10

J FMAM J J OSOND J FMAM J J OSOND J FMAM J J 2010 2011 2012 Rizab

Tampungan import tertangguh (skala kanan)

Rizab berbanding dengan hutang luar negeri jangka pendek (skala kanan) Sumber: Bank Negara Malaysia

16 Net International Reserves (as at end period)

0

Buletin Suku Tahunan Suku Kedua 2012

berikutan pengukuhan mata wang utama dan serantau berbanding dengan ringgit pada suku kedua. Pada 31 Julai 2012, rizab berjumlah RM429.6 bilion (bersamaan dengan USD134.5 bilion), yang memadai untuk membiayai 9.5 bulan import tertangguh dan ialah 3.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Hasil Kerajaan yang lebih tinggi terus menyokong perbelanjaan Hasil Kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM50.7 bilion pada suku kedua (S1 12: RM47.9 bilion). Ini disebabkan terutamanya oleh pungutan cukai pendapatan yang lebih tinggi. Hasil yang lebih tinggi ini menyokong peningkatan perbelanjaan mengurus yang disalurkan terutamanya kepada emolumen dan bayaran subsidi. Perbelanjaan pembangunan meningkat kepada RM10.3 bilion (S1 12: RM8.5 bilion), disalurkan terutamanya kepada pelbagai sektor ekonomi. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan mencatat defisit fiskal sebanyak 3.4% daripada KDNK pada suku kedua (S1 12: -2.6% daripada KDNK). Defisit ini terus dibiayai melalui pinjaman dalam negeri. Pada akhir bulan Jun, hutang terkumpul Kerajaan Persekutuan berjumlah sebanyak RM476.7 bilion atau 51.9% daripada anggaran KDNK 2012.

Kewangan Kerajaan Persekutuana 2011 S2

2012

ST1

S1

S2

ST1

50.7 2.2 48.2 18.8 2.5 1.1 10.3 24.0 -7.8 -3.4

98.6 10.3 93.8 18.4 4.8 1.1 18.8 27.6 -13.6 -3.0

RM bilion Hasil % pertumbuhan Perbelanjaan mengurus % pertumbuhan Akaun semasa % daripada KDNK Perbelanjaan pembangunan kasar % pertumbuhan Imbangan keseluruhan % daripada KDNK

49.6 18.3 40.6 9.5 9.1 4.2 8.3 -31.3 0.8 0.4

89.4 26.4 79.2 14.9 10.2 2.4 14.8 -24.0 -4.4 -1.0

47.9 20.4 45.6 18.0 2.3 1.0 8.5 32.3 -5.8 -2.6

Memo: Jumlah perbelanjaan kasar 48.9 94.0 54.1 58.6 112.7 % pertumbuhan -0.5 6.4 20.0 19.7 19.9 Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan (pada akhir tempoh) 437.2 437.2 470.8 476.7 476.7 % daripada KDNK 49.6 49.6 51.3 51.9 51.9 Hutang dalam negeri 421.0 421.0 453.9 458.8 458.8 % daripada KDNK 47.8 47.8 49.4 50.0 50.0 Hutang luar negeri 16.2 16.2 16.9 17.9 17.9 % daripada KDNK 1.8 1.8 1.8 1.9 1.9 a

Awalan

Sumber: Kementerian Kewangan

Kewangan Kerajaan Persekutuan RM bilion 60 50

Hasil

Perbelanjaan mengurus

40 30

Perbelanjaan pembangunan

20 10 0 -10 -20 -30

Imbangan keseluruhan

S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 2008 2009 2010 2011a 2012a a

Awalan

Sumber: Kementerian Kewangan

Federal Government Finance RM billion 60 50

Operating expenditure

Revenue

40 30

Development expenditure

20 10 0 -10 -20 -30

Overall balance

1Q 2Q 3Q 4Q 1Q 2Q 3Q 4Q 1Q 2Q 3Q 4Q 1Q 2Q 3Q 4Q 1Q 2Q 2008 2009 2010 2011p 2012p p

Preliminary

Source: Ministry of Finance

17

Buletin Suku Tahunan Suku Kedua 2012

Keluaran Potensi dan Jurang Keluaran di Malaysia 1. PENGENALAN “Matlamat utama Bank (Bank Pusat) adalah untuk menggalakkan kestabilan monetari dan kestabilan kewangan yang kondusif kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan”.



Akta Bank Negara Malaysia 2009

Ekonomi pada amnya dikatakan beroperasi pada kadar pertumbuhan yang mampan apabila berkembang pada kapasiti penuh dalam keadaan harga kekal rendah dan stabil. Tahap keluaran ini dikenali sebagai keluaran potensi dan merupakan salah satu faktor penting yang diambil kira oleh bank-bank pusat untuk merumuskan dasar monetari bagi mencapai mandat mereka. Terdapat sekurang-kurangnya dua faktor keluaran potensi yang perlu diberikan perhatian. Pertama, dalam jangka pendek, jurang keluaran iaitu perbezaan antara keluaran sebenar dengan keluaran potensi - mencerminkan kedudukan ekonomi dalam kitaran perniagaan, dan pada masa yang sama, kemungkinan wujudnya tekanan inflasi yang berpunca daripada tahap penggunaan faktor pengeluaran dan kemungkinan adanya kekangan kapasiti. Oleh sebab dasar monetari beroperasi dengan sela masa (with lags), adalah perlu untuk menganggar keluaran potensi masa akan datang untuk menilai sama ada pendirian dasar monetari semasa adalah sejajar dengan trajektori inflasi yang diingini. Kedua, keluaran potensi mencerminkan tahap maksimum keluaran yang boleh dijana secara berterusan oleh sesebuah ekonomi bagi tempoh yang lebih panjang. Pertumbuhan yang lebih pantas dalam keluaran potensi juga akan membolehkan pertumbuhan keluaran sebenar menjadi lebih pantas tanpa mengakibatkan tekanan harga yang keterlaluan. Oleh itu, pengetahuan tentang penentu keluaran potensi dapat membantu merumuskan dasar struktur yang menumpukan pada usaha meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi yang mampan dengan meningkatkan potensi pertumbuhannya. Sebagai contoh, beberapa inisiatif kerajaan dalam Model Ekonomi Baharu (MEB) dan Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme, ETP) berusaha untuk mencapai matlamat ini dengan merangsang pelaburan swasta dalam modal berintensif teknologi dan meningkatkan bekalan tenaga mahir bagi tenaga kerja. Meskipun keluaran potensi merupakan konsep yang agak intuitif serta berguna, ia tidak tercerap (unobservable) dan dengan itu perlu dianggar. Ia tidak mudah untuk dimasukkan ke dalam fungsi dasar dengan pasti kerana telah diketahui umum bahawa anggarannya adalah berbeza dengan pendekatan anggaran yang berlainan. Dalam mengimbangi antara ketidaktentuan sekitar anggaran keluaran potensi dengan kebergunaannya yang tersirat, pembuat dasar pada amnya mengambil kira keluaran potensi hanya sebagai salah satu daripada pelbagai penunjuk untuk menilai keadaan ekonomi. Rencana ini menggariskan salah satu kaedah yang digunakan Bank Negara Malaysia untuk menganggar keluaran potensi ekonomi Malaysia. Pendekatan fungsi pengeluaran digunakan untuk menganggar keluaran potensi dan penentunya. Dengan berbuat demikian, hubungan antara inflasi, keadaan pasaran pekerja dan jurang keluaran juga dapat diwujudkan.

18

Buletin Suku Tahunan Suku Kedua 2012

Bahagian-bahagian lain rencana ini disusun seperti berikut. Bahagian II memperincikan kaedah untuk menganggar keluaran potensi. Bahagian III menunjukkan keputusannya. Bahagian akhir mengandungi rumusan kepada rencana ini.

2. KAEDAH Keluaran potensi dan jurang keluaran memberikan maklumat penting mengenai keadaan ekonomi. Apabila keluaran melebihi paras potensi (dikenali sebagai jurang keluaran positif), ekonomi sedang melalui tempoh penggunaan sumbernya yang tinggi. Dalam tempoh ini, pasaran pekerja cenderung menjadi lebih ketat dan tekanan upah meningkat, yang boleh mengakibatkan kenaikan inflasi. Sebaliknya, ekonomi beroperasi dengan kapasiti lebihan apabila keluaran sebenar berada di bawah paras potensinya (jurang keluaran negatif). Keadaan ini seterusnya dikaitkan dengan pengangguran yang lebih tinggi, serta tekanan upah dan inflasi yang lebih rendah. Oleh itu, anggaran keluaran potensi yang wajar boleh membantu Bank Pusat melaksanakan dasar monetari bagi melaraskan turun naik kitaran perniagaan dan mengurus tekanan inflasi. Secara umum, terdapat dua pendekatan konseptual untuk menganggar keluaran potensi, dengan setiap pendekatan mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Yang pertama didasarkan kepada pendekatan statistik pengubah searah (univariate), yang melibatkan pertimbangan terhadap komponen keluaran yang kekal dan sementara. Komponen keluaran kekal dianggap sebagai ukuran keluaran potensi, manakala komponen keluaran sementara mencerminkan kitaran turun naik dan perubahan dalam keluaran. Antara contoh kaedah statistik sebegini ialah penuras Hodrick-Prescott (HP), penuras Baxter-King dan penuras pengubah searah Kalman. Kaedah-kaedah ini menarik kerana memerlukan data yang sedikit dan mudah digunakan. Walau bagaimanapun, satu kelemahan kaedah-kaedah tersebut ialah ia merupakan teknik yang tidak didorong data berbentuk teori dan dengan itu tidak memberikan panduan kepada pembuat dasar mengenai penentu keluaran potensi dan kaitannya dengan inflasi. Pendekatan kedua bergantung pada spesifikasi pengubah berbilang (multivariate) yang dicadangkan oleh teori ekonomi seperti keluk Phillips, Hukum Okun dan unsur-unsur lain ekonomi yang lebih kompleks. Model-model ini dianggarkan atau diubahsuaikan dengan menggunakan pelbagai teknik, termasuk pendekatan fungsi pengeluaran (Hong Kong Monetary Authority, 2001 & 2011 dan Congressional Budget Office, 2001), model Struktur Autoregressi Vektor (Structural Vector Autoregression, SVAR) (Arora dan Bhundia, 2003), penuras pengubah berbilang Kalman (Benes, Clinton, GarciaSaltos, Johnson, Laxton, Manchev dan Matheson, 2010) dan lebih terkini, model stokastik keseimbangan am dinamik (dynamic stochastic general equilibrium, DSGE) (Edge, Kiley dan Laforte, 2007 dan Coenen, Smets dan Vetlov, 2009). Apa yang menarik mengenai pendekatan ini ialah kandungan ekonominya. Walau bagaimanapun, kesukaran untuk menganggar sebahagian daripada model ini sering menyebabkan anggaran keluaran potensi sangat sensitif kepada andaian asas yang digunakan oleh para penyelidik1.

Perbincangan mengenai pelbagai kaedah dan kelebihan/kekurangannya adalah di luar skop rencana ini. Rujuk Cotis, Elmeskov dan Mourougane (2003) untuk perbincangan terperinci mengenai isu-isu dan kaedah yang relevan, dan Mishkin (2007) untuk perbincangan isu-isu bukan teknikal dalam menganggar keluaran potensi.

1

19

Buletin Suku Tahunan Suku Kedua 2012

2.1 Pendekatan Fungsi Pengeluaran Salah satu kaedah yang digunakan Bank Negara Malaysia untuk menganggar keluaran potensi dan jurang keluaran ialah pendekatan fungsi pengeluaran, atau perakaunan pertumbuhan. Kelebihan terbesar kaedah ini ialah ia mengaitkan potensi keluaran kepada input faktor ekonomi - modal, pekerja dan tahap kemajuan teknologi. Oleh itu, perubahan struktur yang mempengaruhi mana-mana tiga penentu ini dimasukkan dalam pengiraan keluaran potensi. Kemantapan kaedah ini terhadap perubahan struktur berbanding dengan kaedah lain dan keupayaan untuk memberikan penjelasan kepada penentu keluaran potensi telah menyebabkan penggunaannya yang meluas oleh bankbank pusat lain, agensi kerajaan dan ahli akademik. Sejajar dengan kerangka teori, fungsi pengeluaran diandaikan mengambil bentuk fungsi Cobb-Douglas seperti berikut: (1)

Yt ialah keluaran terlaras secara bermusim, At ialah Produktiviti Faktor Keseluruhan (Total Factor Productivity, TFP), Lt ialah guna tenaga dan Kt ialah stok modal2. Fungsi pengeluaran diandaikan sebagai pulangan tetap mengikut skala, dengan dan (1- )

masing-masing sebagai bahagian pekerja dan modal. Kami menggunakan kaedah akaun pendapatan3 untuk memperoleh bahagian faktor. Ini menghasilkan yang kini ditetapkan pada 0.44, mencerminkan bahagian semasa pendapatan pekerja kepada KDNK. Nilai ini diselaraskan dari semasa ke semasa mengikut perubahan struktur ekonomi Malaysia. A tidak tercerap dan dikira sebagai “lebihan Solow” dengan menolak sumbangan modal dan pekerja daripada keluaran sebenar dalam transformasi fungsi pengeluaran loglinear berikut: (2) Keluaran potensi kemudian dikira dengan: (3) dengan sebagai keluaran potensi, tahap trend TFP dan guna tenaga potensi. Trend asas TFP diperoleh daripada penuras Hodrick-Prescott. Jurang keluaran (Gap) dikira seperti berikut: (4)

Stok modal suku tahunan diperoleh daripada data stok modal tahunan yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

2

Akaun Pendapatan merujuk kepada Pengagihan dan Penggunaan Akaun Pendapatan dan Akaun Modal (2006-2008) yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

3

Nilai ini terdiri daripada dua komponen dalam Akaun Pendapatan. Pertama, ia terdiri daripada ganjaran kepada pekerja. Kedua, ia terdiri daripada pendapatan diperoleh orang yang bekerja sendiri atau orang yang bekerja dalam perusahaan kecil dan sederhana, yang perbezaan antara pendapatan pekerja dengan keuntungan syarikat adalah tidak jelas. Aspek pendapatan ini diambil kira dengan menambah klasifikasi dalam Akaun Pendapatan yang dikenali sebagai “pendapatan campuran”.

4

20

Buletin Suku Tahunan Suku Kedua 2012

2.2 Guna Tenaga Potensi dan Kadar Pengangguran Bukan Pemacu Inflasi (Non-Accelerating Inflation Rate of Unemployment, NAIRU) Guna tenaga potensi, input dalam (3), mewakili tahap guna tenaga yang konsisten dengan kadar inflasi yang rendah dan stabil. Ia dinyatakan sebagai: (5) ialah tenaga kerja. NAIRU merujuk kepada tahap kadar pengangguran yang tekanan upah, dan seterusnya, tekanan inflasi tidak didapati dalam mana-mana arah. Tekanan upah cenderung untuk meningkat apabila pengangguran berada di bawah NAIRU (iaitu jurang pengangguran negatif), dan sebaliknya. NAIRU dianggar melalui prosedur dua langkah. Dalam langkah pertama, kadar pengangguran diuraikan kepada trend dan komponen kitaran5 . Komponen kitaran ini kemudiannya digunakan sebagai rujukan untuk menganggar jurang pengangguran dalam langkah berikutnya. Dalam langkah kedua, penuras Kalman digunakan untuk menganggar jurang pengangguran dan seterusnya NAIRU. Jurang pengangguran dimodelkan sebagai komponen tidak tercerap dalam rangka kerja keluk Philips. Pendekatan ini diperoleh daripada Turner et al.(2001), Greenslade et al.(2003) dan Epstein dan Macchiarelli (2010). Penerangan lanjut mengenai langkah-langkah ini adalah seperti yang berikut: Langkah 1: Penguraian pengangguran kepada trend dan komponen kitaran Kadar pengangguran, Ut, diandaikan terdiri daripada trend, Tt, dan komponen kitaran, C t: (6) Langkah 2: Anggaran penuras Kalman bagi keluk Philips Jurang pengangguran, Gt, dimodelkan sebagai komponen tidak tercerap dan dianggar daripada hubung kait keluk Philips, iaitu antara inflasi dengan penentunya. Model keluk Philips dinyatakan dalam bentuk fungsi berikut: (7) πt ialah perubahan peratusan secara tahunan (year-on-year) dalam inflasi teras. Siri ini mengecualikan barangan harga ditadbir dan barangan harga tidak menentu daripada kumpulan penggunaan, dan digunakan untuk mengawal pengaruh penawaran (supply side) dan merupakan satu siri yang mencerminkan keadaan permintaan asas dalam ekonomi. Gt ialah jurang pengangguran, yang tidak tercerap dan diandaikan mengikut proses AR (1). Akhirnya, Zt ialah perubahan secara tahunan dalam inflasi harga import dan dimasukkan untuk mengawal pengaruh penawaran dan pengaruh kadar pertukaran. Untuk meningkatkan kejituan dalam menganggar persamaan (7), pekali dimulakan Penguraian trend kitaran dilakukan dengan menggunakan penuras Hodrick-Prescott.

5

21

Buletin Suku Tahunan Suku Kedua 2012

dengan nilai-nilai daripada regresi OLS bentuk fungsi yang serupa, tetapi dengan jurang pengangguran (Gt) yang dianggar oleh komponen kitaran daripada Langkah 1. Gt seterusnya dikira sebagai komponen tidak tercerap dan dianggar menggunakan penuras Kalman. Akhirnya, NAIRU dikira sebagai perbezaan antara kadar pengangguran dengan anggaran jurang pengangguran, Gt, dan dilaraskan dengan penuras HP.

3. KEPUTUSAN 3.1 Keluaran Potensi dan Jurang Keluaran Anggaran Figure 1: keluaran potensi dan jurang keluaran ditunjukkan dalam Rajah 1. Jurang Actual and Potential GDP in Malaysia keluaran pada amnya positif atau hampir sifar bagi hampir sepanjang tempoh kajian, 2: yang Narrowing of keluaran Output Gap during iaitu dari tahun 1995 hingga 2011. tigaFigure episod jurang negatif % ofTerdapat potential RM billion Three Episodes of Economic Slowdown 200 25 Global yang besarAsian dapat dilihat: Krisis Financial Kewangan Asia (Asian Financial Crisis, AFC), letusan Tech Bubble Financial Burst 180 Crisis 20 (Tech Bust) Crisis gelembung teknologi di Amerika Syarikat dan Output Gap (% ofkrisis Potential)kewangan dalam 160 6 15 140 ekonomi maju ini. Dalam ketiga-tiga kes ini, jurangAsian iniFinancial dirapatkan dalam Potential Output baru-baru (LHS) Crisis (T = 1997 Q4) 120 4 10dalam permintaan Tech Bubble Burst (T = 2000 Q4) pulih (Rajah tempoh dua tahun dengan peningkatan apabila ekonomi 100 Actual Output (LHS) 2 Global Financial Crisis (T = 2008 Q3) 5 2).80Tidak menghairankan, jurang keluaran menjadi negatif bagi tempoh yang paling lama 0 60 0 (lapan suku tahun) dan mengalami penurunan paling teruk iaitu -8% daripada KDNK 40 Output gap (RHS) -2 -5 pada 20 suku keempat 1998 semasa AFC, memandangkan KDNK sebenar menguncup -4 0 -10 sebanyak 7.2% pada tahun itu, yakni kemerosotan terburuk sepanjang tempoh kajian 1Q 1Q 1Q 1Q 1Q 1Q 1Q 1Q 1Q -6 1995 1997 1999 2001 2003 2005 2007 2009 2011 ini. Sebaliknya, pengalaman Malaysia semasa Tech Bust dan krisis baru-baru ini tidak -8 Source: Authors’ dari calculations and Department of Statistics Malaysia begitu teruk segi kedalaman dan tempoh masanya kerana keluaran sebenar pulih T T+1 T+2 T+3 T+4 T+5 T+6 T+7 T+8 T+9 ke tahap potensinya dalam tempoh enam suku tahun. Source: Authors’ calculations Note: T denotes the quarter before the output gap turned negative

Rajah 1: KDNK Sebenar dan KDNK Potensi di Malaysia % daripada potensi

RM bilion 200 180 160 140 120 100 80 60 40 20 0

Krisis Letusan Kewangan Gelembung Asia Teknologi

Krisis Kewangan Global

Keluaran Potensi (kiri) Keluaran Sebenar (skala kiri) Jurang Keluaran (skala kanan)

S1

S1

S1

S1

S1

S1

S1

S1

S1

1995 1997 1999 2001 2003 2005 2007 2009 2011 Sumber: Pengiraan penulis dan Jabatan Perangkaan Malaysia

22

Rajah 2: Pengecilan Jurang Keluaran semasa Tiga Episod Kelembapan Ekonomi Jurang Keluaran (% daripada Potensi)

25

6

20

4

15

2

10

0

5

-2

0

-4

-5

-6

-10

-8

Krisis Kewangan Asia (T = S4 1997) Letusan Gelembung Teknologi (T = S4 2000) Krisis Kewangan Global (T = S3 2008)

T

T+1

T+2

T+3

T+4

T+5

T+6

T+7

T+8

Sumber: Pengiraan penulis Nota: T menandakan suku sebelum jurang keluaran menjadi negatif

T+9

Buletin Suku Tahunan Suku Kedua 2012

Figure 3: Factors Contributing to Potential

Rajah 3 menunjukkan pertumbuhan KDNK, keluaran potensi serta sumbangan Output Growth modal, pekerja dan produktiviti faktor keseluruhan (total factor productivity,TFP). % yoy Pertumbuhan keluaran potensi lazimnya menjadi sederhana semasa ekonomi merosot 12 ekoran pelaburan yang rendah dan keadaan guna tenaga yang lemah. Di Malaysia, 8 keluaran potensi hanya merosot dengan ketara semasa AFC tetapi tidak menyimpang 4 jauh daripada trend sebelum krisis semasa Tech Bust dan krisis baru-baru ini. Hal 0 ini disebabkan terutamanya oleh kadar pengumpulan modal yang lebih perlahan -4 Capital Labour memandangkan jumlah pelaburan yang menurun sebanyak 42% pada tahun 1998 TFP Potential Output -8 ketika AFC, iaituGDP lebih besar jika dibandingkan dengan kadar pelaburan -1.8% pada -12 tahun 2001 semasa Tech Bust dan -0.5% pada tahun 2009 semasa krisis baru-baru 1996 1998 2000 2002 2004 2006 2008 2010 ini. Walau bagaimanapun, jurang keluaran menjadi negatif dalam ketiga-tiga episod Source: Authors’ calculations and Department of Statistics Malaysia tersebut memandangkan penguncupan permintaan dalam negeri dan luar negeri telah menyebabkan keluaran sebenar jatuh di bawah kapasiti produktif ekonomi negara. Rajah 3: Faktor yang Menyumbang kepada Pertumbuhan Keluaran Potensi

Pemboleh ubah bersandar ialah πt

% tahun ke tahun 12

Pemboleh ubah

8 4 0 -4 -8 -12

Jadual 1: Anggaran Keluk Philips Menggunakan Penuras Kalman

Modal

Pekerja

TFP

Keluaran Potensi

KDNK

1996

1998

2000

2002

2004

2006

2008

Sumber: Pengiraan penulis dan Jabatan Perangkaan Malaysia

2010

Penuras Kalman

Gt

-0.9169

πt-1

0.7299

Zt

0.2258

Gt-1

0.5692

Nota: Semua anggaran adalah signifikan pada paras 1%

3.2 Hubungan antara Inflasi, Pengangguran dan Jurang Keluaran Anggaran dalam persamaan 7 ditunjukkan dalam Jadual 1. Semua anggaran pekali mempunyai tanda-tanda yang dijangka dan menunjukkan bukti hubungan statistik yang ketara antara inflasi dengan jurang pengangguran. Khususnya, jurang pengangguran yang lebih tinggi menyebabkan inflasi yang lebih rendah, manakala harga import yang lebih tinggi6 menjadikan inflasi lebih tinggi. Rajah 4 memaparkan kadar pengangguran bersama-sama NAIRU dari suku pertama 1995 hingga suku keempat 2011. Rajah ini menunjukkan bahawa kadar pengangguran adalah di bawah NAIRU (jurang pengangguran negatif) pada suku-suku sejurus sebelum AFC, Tech Bust dan krisis baru-baru ini, yang berbetulan dengan tempoh ketika jurang keluaran sentiasa positif. Rajah 5 menyokong pemerhatian ini, dengan menunjukkan bukti hubungan negatif antara jurang pengangguran dengan jurang keluaran. Pasaran pekerja yang lebih kukuh, yang dicerminkan oleh jurang pengangguran yang lebih rendah, adalah sejajar dengan jurang keluaran yang lebih tinggi. Sebaliknya, jurang pengangguran ketara lebih tinggi dalam tempoh tiga episod yang dinyatakan di atas apabila keadaan ekonomi adalah lemah dan jurang keluaran negatif. Ini boleh berlaku melalui susut nilai dalam kadar pertukaran atau kos input barangan diimport yang lebih tinggi.

6

23

0 -1

2

-1

Buletin Suku Tahunan

1

-2

Suku Kedua 2012

-8

0 1Q 1995

1Q 1997

1Q 1999

1Q 2001

1Q 2003

Unemployment rate

1Q 2005

1Q 2007

1Q 2009

1Q 2011

4

6

Global Financial Crisis

NAIRU

Source: Authors’ calculations and Department of Statistics Malaysia Note: Observations from 1995 Q1 to 2011 Q4

Rajah 4: Pengangguran Sebenar dan NAIRU %

-4 -2 0 2 Output Gap (% of Potential)

Asian Financial Crisis Tech Bubble Burst

Source: Authors’ calculations and Department of Statistics Malaysia

5

-6

Krisis Letusan Kewangan Gelembung Asia Teknologi

Krisis Kewangan Global

Rajah 5: Jurang Keluaran dan Jurang Pengangguran Jurang Pengangguran (ppt) 1.5

4

y = -0.08x + 0.01

1.0 0.5

3

0

2

-0.5

1

-1.0

0

-1.5 -8

S1

S1

S1

S1

S1

S1

S1

S1

S1

1995

1997

1999

2001

2003

2005

2007

2009

2011

Kadar Pengangguran

-4 -2 0 2 Jurang keluaran (% daripada Potensi)

Krisis Kewangan Asia

NAIRU

Letusan Gelembung Teknologi

4

6

Krisis Kewangan Global

Sumber: Pengiraan penulis dan Jabatan Perangkaan Malaysia Nota: Pemerhatian dari S1 1995 hingga S4 2011

Sumber: Pengiraan penulis dan Jabatan Perangkaan Malaysia

Figure 7: Output Gap and Core Inflation

Figure 6: Output Gap and Inflation % yoy 10

-6

% of potential 8 Global Financial

Core Inf lation (yoy %)

Walaupun inflasi yang lebih rendah biasanya dilihat bersama-sama jurang keluaran 5 Crisis 4 negatif, perkara ini hanya kelihatan dalam salah satu daripada tiga episod yang 6 Asian Financial 8 Crisis 3 4 dipaparkan, iaitu semasa Tech Bust. Malah, dengan jurang keluaran negatif yang Output Gap 6 2 2 besar, ekonomi mengalami inflasi yang0 lebih tinggi semasa AFC dan krisis baru-baru ini 4 1 Inflation (LHS) 7 -2 (Rajah 6). Satu penjelasannya ialah penyusutan 2 0kadar pertukaran yang besar semasa y = 0.34x + 1.91 Core inflation (LHS) -4 -1 mendadak semasa krisis baru-baru AFC 0 dan peningkatan harga komoditi global yang -6 Tech Bubble -2 Burst ini.-2Rajah 7 menyokong hipotesis ini. Rajah tersebut menunjukkan hubungan positif 4 -8 -4 -2 0 2 -4 -10 Output Gap (% of Potential) antara inflasi teras dengan jurang keluaran lantas menandakan bahawa apabila kejutan 1Q 1Q 1Q 1Q 1Q 1Q 1Q 1Q 1Q Source: Authors’diambil calculations and kira Department of Statistics siri Malaysia 1995 1997dengan 1999 2001penawaran 2003 2005 2007dan 2009 kadar 2011 berkaitan pertukaran tidak dalam masa Note: Observations from 1995 Q1 to 2011 Q4, excluding periods Source: Authors’ calculations and Department of Statistics Malaysia inflasi, hubungan antara jurang keluaran dengan inflasi sememangnya positif. with supply shocks

Rajah 7: Jurang Keluaran dan Inflasi Teras

Rajah 6: Jurang Keluaran dan Inflasi % tahun ke tahun

% daripada potensi

10 8

Krisis Kewangan Global

Krisis Kewangan Asia

6

Jurang Keluaran

4 Inflasi (skala kiri)

2

Inflasi Teras (skala kiri)

0

Letusan Gelembung Teknologi

-2 -4

8

5

6

4

4

3

2 0 -2 -4 -6 -8 -10

S1 S1 S1 S1 S1 S1 S1 S1 S1 1995 1997 1999 2001 2003 2005 2007 2009 2011 Sumber: Pengiraan penulis dan Jabatan Perangkaan Malaysia

Inflasi Teras (% tahun ke tahun)

2 1 0

y = 0.34x + 1.91

-1 -2

-4

-2 0 2 Jurang Keluaran (% daripada Potensi)

Sumber: Pengiraan penulis dan Jabatan Perangkaan Malaysia Nota: Pemerhatian dari S1 1995 hingga S4 2011, tidak termasuk tempoh dengan kejutan penawaran

Penyusutan nilai dalam kadar pertukaran lazimnya mengakibatkan harga import yang lebih tinggi yang boleh menyebabkan meningkatnya tekanan inflasi.

7

24

4

Buletin Suku Tahunan Suku Kedua 2012

4.

RUMUSAN

Rencana ini menggariskan salah satu kaedah yang digunakan Bank Negara Malaysia untuk menganggar keluaran potensi dan jurang keluaran bagi Malaysia. Dengan menggunakan pendekatan fungsi pengeluaran, anggaran yang dibuat membuktikan hubungan antara inflasi, pengangguran dan jurang keluaran yang selaras dengan jangkaan, iaitu jurang keluaran yang lebih tinggi adalah sejajar dengan inflasi yang lebih tinggi (tidak termasuk kejutan penawaran) dan pengangguran yang lebih rendah, dan sebaliknya. Keputusan kajian yang didapati menunjukkan jurang keluaran pada amnya positif atau hampir sifar bagi hampir sepanjang tempoh kajian (1995-2011) kecuali pada tiga episod yang jurang keluaran negatif yang besar dapat diperhatikan: Krisis Kewangan Asia (Asian Financial Crisis, AFC), letusan gelembung teknologi di Amerika Syarikat (Tech Bust) dan krisis kewangan dalam ekonomi maju baru-baru ini. Jurang keluaran negatif adalah paling besar dan paling lama semasa AFC, diikuti krisis kewangan baru-baru ini dan Tech Bust. Hal ini tidak mengejutkan memandangkan kemerosotan ekonomi ketika AFC adalah disebabkan oleh krisis kewangan serantau. Ini telah mengganggu pengantaraan kewangan dan pemberian kredit kepada syarikat perniagaan dan isi rumah dalam tempoh ini lantas menyebabkan penurunan besar dalam perbelanjaan sektor swasta. Sebaliknya, dua episod yang terkemudian merupakan kejutan permintaan luar negeri yang bersifat sementara. Meskipun negara terjejas akibat eksport yang lebih rendah semasa kedua-dua episod ini, kestabilan kewangan terus terpelihara dan permintaan dalam negeri secara relatif kekal berdaya tahan. Secara keseluruhan, hasil kukuh dan intuitif yang diperoleh ini menyokong penggunaan jurang keluaran sebagai salah satu daripada penunjuk penting yang dipantau Bank Negara Malaysia untuk menilai keadaan ekonomi.

Bibliografi Arora, V. and Bhundia, A. (2003), “Potential Output and Total Factor Productivity Growth in Post-Apartheid South Africa”, IMF Working Paper WP/03/178 Benes, J., Clinton, K., Garcia-Saltos, R., Johnson, M., Laxton, D., Manchev, P. and Matheson, T. (2010), “Estimating Potential Output with a Multivariate Filter”, IMF Working Paper WP/10/285 Cheng, M., Chung, L. and Yu, I. (2011), “On the Estimation of the Output Gap of Hong Kong”, Hong Kong Monetary Authority Occasional Paper 03/2011 Coenen, G., Smets, F., Vetlov, I. (2009), “Estimation of the Euro Area Output Gap using the NAWM”, Bank of Lithuania Working Paper Series no. 5 Congressional Budget Office (2001), “CBO’s Method for Estimating Potential Output: An Update” Cotis, J.P., Elmeskov, J., Mourougane, A. (2003), “Estimates of Potential Output: Benefits and Pitfalls from a Policy Perspective”, OECD Economics Department Edge, R.M., Kiley, T.K. and Laforte, J.P. (2007), “Natural Rate Measures in an Estimated DSGE Model of the U.S. Economy”, Finance and Economics Discussion Series, Washington: Board of Governors of the Federal Reserve System Epstein, N. and Macchiarelli, C. (2010), “Estimating Poland’s Potential Output: A Production Function Approach”, IMF Working Paper WP10/15 Greenslade, J. V., Pierse, R. G., Saleheen, J. (2003), “A Kalman filter approach to estimating the UK NAIRU”, Bank of England Working Paper no. 179 Ha, J. and Leung, C. (2001), “Estimating Hong Kong’s Output Gap and Its Impact on Inflation,” Hong Kong Monetary Authority Research Memoranda Mishkin, F.S., (2007), “Estimating Potential Output”, Conference on Price Measurement for Monetary Policy, Federal Reserve Bank of Dallas Turner, D., Boone, L., Giorno, C., Meacci, M., Rae, D., Richardson, P. (2001), “Estimating the Structural Rate of Unemployment for the OECD Countries”, OECD Economic Studies No. 33, 2001/11

25