Recommended Titles from University Library, April 2012's issue

Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara. ..... bahasa istana, laras bahasa sains, pembinaan wacana dalam berita, minit mesyuarat,...

11 downloads 495 Views 8MB Size
UNIVERSITY

·

Fulfill your information needs

·

Offer guidance on using library facilities and services

·

Answer

all

queries

timely and accurately

RECOMMENDED LIBRARY TITLES BY We are here to assist you... I S S U E

2

http://library.umtech.edu.my

A P R I L

2 0 1 2

DAULAT TUANKU MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH

KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI DI--PERTUAN AGONG XIV AL AL--SULTAN AL AL--MU’TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU AL AL--HAJ ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH IBNI AL AL--MARHUM SULTAN BADLISHAH

& This newsletter is prepared by Reference and Research Unit.

SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG TUANKU HAJAH HAMINAH BINTI HAMIDUN BERSEMPENA PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI DI--PERTUAN AGONG YANG KE KE--14

PAGE

University Library - Special Edition

2

ISSUE

2

In this month’s edition, the University Library would recommend books related to head of state of Malaysia. This issue is published in conjunction with the installation of the Sultan of Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’azam Shah as the 14th Yang di-Pertuan Agong. Three interesting points to note about Tuanku Abdul Halim: 1. 2. 3.

He is the only Sultan to have the opportunity to be installed as the Yang di-Pertuan Agong for a second time. The Prime Minister during his previous reign was Tun Abdul Razak. Now, in his current reign, Tun Abdul Razak’s son Datuk Seri Najib is the Prime Minister. He is also the first Yang di-Pertuan Agong to take up residence at the majestic new Istana Negara in Jalan Duta.

We hope the articles on this issue along with the recommended books available in the library will enhance our knowledge about our country and the rulers. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku. The Ruler and His Subjects Are Always Together. Happy reading! UMTECH UNIVERSITY LIBRARY

YANG DI DI--PERTUAN AGONG KE KE--14 Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 83, dilantik oleh Raja-Raja Melayu sebagai Yang diPertuan Agong ke-14, pada mesyuarat khas Majlis Raja-Raja, 14 Okt lepas. Pemilihan baginda untuk tempoh lima tahun mulai 13 Dis 2011, menjadikan Tuanku Abdul Halim, Raja yang pertama menjadi Yang di-Pertuan Agong untuk kali kedua. Baginda menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin, Sultan dari Terengganu yang tamat tempoh lima tahun sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-13. Sumber—BERNAMA

AGONG TERIMA PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS KUALA LUMPUR, 20 Feb 2012 Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, hari ini berkenan menerima sijil pengiktirafan dari Malaysia Book of Records sebagai sultan pertama dilantik Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua.

Gambar sewaktu Banginda pertama kali menyandang jawatan Yang di-Pertuan

Baginda menerima buku dan sijil pengiktirafan tersebut daripada Pengarah Urusan The Malaysia Book of Records Datuk Danny Ooi di Istana Negara, di sini. Turut berangkat mengiringi baginda pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Kali pertama, Tuanku Abdul Halim dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong

Agong

RECOMMENDED

TITLES

BY

UNIVERSITY

ialah pada 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975 semasa berusia 43 tahun, sebelum sekali lagi dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14. Sementara itu, dalam majlis berasingan di Istana Negara, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah, berkenan menerima selempang Penaung Diraja Pandu Puteri sebagai tanda menjadi penaung baru persatuan tersebut. Selempang tersebut bersama sepersalinan Pandu Puteri diserahkan oleh lima ahli persatuan itu kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah

LIBRARY

Rosmah Mansor yang juga Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebelum diserahkan kepada Seri Paduka. Turut hadir ialah Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah yang juga Timbalan Yang Dipertua Pandu Puteri dan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri, Datin Seri Zalillah Mohd Taib. BERNAMA

ISSUE

2

PAGE

3

Keunikan Pemerintahan Beraja Dalam Sistem Demokrasi Malaysia KUALA LUMPUR, 12 Dis 2011 - Pemerintahan beraja di Malaysia dikatakan paling unik berbanding negara lain yang mengamalkan pemerintahan beraja. Ini kerana di negara-negara berkenaan takhta pemerintahan terus kekal dikuasai waris tetapi di Malaysia, Raja yang memegang jawatan sebagai ketua negara atau dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong bertukar mengikut giliran dalam kalangan sembilan Sultan atau Raja yang memerintah negeri. Sungguhpun negara ini mengamalkan sistem pemerintahan Raja BerPerlembagaan dan Demokrasi BerParlimen, pemilihan Yang diPertuan Agong yang mula dilaksanakan ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957 adalah cukup bermakna kerana ia melambangkan keyakinan rakyat terhadap sistem pemerintahan demokrasi. Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong, orang yang terutama di Malaysia, tidak dipilih oleh rakyat tetapi oleh sembilan Raja-Raja Melayu berkenaan pada persidangan Majlis Raja-Raja, bagi memegang jawatan itu untuk tempoh lima tahun. Apabila genap tempoh itu, Seri Paduka Baginda hendaklah turun dari takhta dan akan digantikan oleh seorang Raja lain berdasarkan sistem pemilihan yang sama. Dalam sistem penggiliran ini, takhta pemerintahan adalah kekal tetapi Raja akan bersilih ganti. Raja-Raja Melayu yang layak memilih dan menduduki takhta pemerintahan Malaysia ialah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Selangor, Raja Perlis, Sultan Terengganu, Sultan Kedah, Sultan Kelantan, Sultan Pahang, Sultan Johor dan Sultan Perak. NEGERI SEMBILAN YANG PERTAMA

Sejak pemilihan Yang di-Pertuan Agong pertama iaitu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Malaysia sudah mempunyai 14 orang ketua negara termasuk Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, dari Kedah, yang akan diisytiharkan pada 13 Dis ini. Mengikut catatan sejarah, sistem pemilihan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan oleh

para Undang yang memerintah luak atau daerah di negeri itu mengikut adat Minangkabau, memberikan inspirasi kepada Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dalam merangka kaedah pemilihan Yang di-Pertuan Agong. Pada ketika itu, Tunku Abdul Rahman bertanggungjawab memperkemas sistem yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid pada 1957 di mana jawatan Yang di-Pertuan Agong bukanlah diwarisi tetapi berdasarkan kepada sistem giliran - sesuatu yang baru dan tidak pernah diamalkan oleh mana-mana negara di dunia. Sehubungan itu, Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan memaktubkan bahawa Yang diPertuan Agong adalah Kepala Utama Negara. Seri Paduka Baginda mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan. Di bawah Pindaan 1993, Yang di-Pertuan Agong, seperti juga Raja-raja, boleh didakwa atas kapasiti peribadinya dan jika didakwa bagi sebarang kesalahan di bawah manamana undang-undang, Seri Paduka Baginda akan dibicarakan di sebuah Mahkamah Khas yang dibentuk Majlis Raja-Raja. DIPILIH MAJLIS RAJA-RAJA Perlembagaan juga memaktubkan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja secara undi sulit untuk tempoh lima tahun. Namun begitu, Seri Paduka Baginda boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan mengutus surat perletakan jawatan kepada Majlis Raja-Raja atau dipecat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

YANG di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah ketika Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara. Pertabalan kali ini melakar sejarah negara kerana buat pertama kali Sultan yang sama dilantik sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan di kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957. Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 84, pertama kali dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 23 Julai 1970 semasa berusia 42 tahun. - Sumber BERITA HARIAN Foto BERNAMA

AGONG KETUA AGAMA Selain menjadi Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong juga adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja iaitu Melaka, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak dan negeri asal Seri Paduka Baginda. Yang di-Pertuan Agong berkuasa melantik hakimhakim, mengampun dan menangguhkan hukuman mengenai segala kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan segala kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Seri Paduka Baginda mengurniakan bintangbintang kebesaran dan pingat kepada rakyat di semua peringkat. Sumber– BERNAMA

Setakat ini belum ada pemegang jawatan Yang di-Pertuan Agong yang dipecat atau meletak jawatan. Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni AlMarhum Tuanku Muhammad. Yang di-Pertuan Agong Yang Pertama. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.

Perlembagaan seterusnya memaktubkan bahawa sebagai Ketua Utama Negara, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa perundangan, pemerintah dan kehakiman. Dalam banyak perkara hampir semua keputusan kerajaan yang dibuat Seri Paduka Baginda adalah atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.

RECOMMENDED

TITLES

BY

UNIVERSITY

LIBRARY

PAGE

BIODATA - YANG DI DI--PERTUAN AGONG KE KE--14

4

LATAR BELAKANG Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 83, dilantik oleh RajaRaja Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, pada mesyuarat khas Majlis Raja-Raja, 14 Okt lepas. Baginda Diputerakan pada 28 Nov 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, Tuanku Abdul Halim adalah anakanda ketiga Almarhum Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Almarhumah Yang Mulia Tunku Sofia Tunku Mahmud. Baginda dilantik menjadi Raja Muda Kedah pada 6 Ogos 1949 pada usia 21 tahun ketika masih berada di United Kingdom untuk melanjutkan pelajaran, dan kemudian ditabalkan sebagai Sultan Kedah ke-27 pada 20 Feb 1959.

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Yang di-Pertuan Agong yang Ke-14

Pada 21 Sept, 1965 Tuanku Abdul Halim dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-4 bagi menggantikan Sultan Terengganu, Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin. Pada mesyuarat Majlis Raja-Raja, Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-5 untuk

tempoh dari 23 Julai 1970 hingga 21 Sept 1975. Pada 13 Dis 2006, baginda sekali lagi dilantik Timbalan Yang diPertuan Agong. Tuanku Abdul Halim juga menjalankan tugas sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong selama sebulan iaitu pada 26 Jan-26 Feb 2010 berikutan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Ab i d i n me n j a l an i r a w at a n fisioterapi di Jerman. PENDIDIKAN Tuanku Abdul Halim memulakan zaman persekolahan rendah di Sekolah Melayu Alor Merah, Sekolah Melayu Titi Gajah dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Lulusan Wadham College Oxford, United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an. Baginda pernah dilantik menjadi Kolonel Yang DiPertua Kor Peninjau Malaysia pada 23 Mac 1966 sehinggalah tarikh baginda dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke

ISSUE

2

-5. Dengan pelantikan sebagai Yang diPertuan Agong, baginda juga menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. HOBI Antara hobi Tuanku Abdul Halim ialah fotografi dan mengumpul burung eksotik di istana baginda, membaca, bersukan dan muzik. SULTANAH KEDAH Sultanah Kedah Tuanku Haminah Hamidun yang diputerikan pada 15 Julai 1953, di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan adalah anak kelima daripada tujuh beradik. Tuanku Haminah menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Matang Jelutong, Bagan Serai, Perak sebelum ke Sekolah Menengah Bagan Serai dan aktif dalam bidang sukan termasuk skuasy, golf, tenis dan badminton serta meminati muzik. Tuanku Haminah bertemu jodoh dengan Tuanku Abdul Halim pada 25 Dis 1975 dan dianugerah gelaran Sultanah Kedah pada 9 Jan, 2004, dalam satu istiadat di Istana Anak Bukit, Alor Setar selepas kemangkatan Sultanah Bahiyah Tuanku Abdul Rahman. Sumber.— BERNAMA

Yang di di--Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan bergambar kenanga kenangann bersama Raja Raja--Raja Melayu dan Permaisuri masing masing--masing, wakil wakil--wakil Raja Raja--Raja Melayu, Gabenor Gabenor--Gabenor, Yang Di Di--Pertuan Pertuan--Yang Di Di--Pe Pertua rtua Negeri, Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri sempena Istiadat Pertabalan Yang di di--Pertuan Agong K Kee-14 di Istana Negara, Jalan Duta, 11 April 2012. - Foto BERNAMA RECOMMENDED

TITLES

BY

UNIVERSITY

LIBRARY

2

ISTANA NEGARA, JALAN DUTA KUALA LUMPUR

Istana Negara adalah tempat bersemayam rasmi bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Istana Negara ini yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur adalah merupakan mercu tanda bagi sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan di Malaysia yang mana kemudahannya melibatkan aspek keselamatan dan ciri-ciri estetika khusus dengan penekanan ciri-ciri binaan Islam dan tradisional Melayu pada bangunan Istana Negara ini yang terletak di kawasan seluas 241.3 ekar (97.65 hektar). Antara keunikan yang dapat dilihat pada Istana Negara ini adalah bilangan kubahnya iaitu sebanyak 22 buah kesemuanya. Pada 2 kubah terbesar, terdapat reka bentuk seolah sirih bertindih di mana pada waktu malam, cahaya daripada lampu hiasan yang menerangi kubah berkenaan akan memberi kesan ilusi yang sangat cantik. Cahaya yang boleh bertukar warna mengikut acara rasmi diadakan dapat dilihat secara jelas daripada luar kawasan Istana Negara ini. Dalam pada itu, di dalam lobi utama, tetamu akan berada di-

PAGE

5

bawah kubah utama setinggi 40 meter atau 10 tingkat bangunan. Ia juga menempatkan chandelier terbesar buatan tempatan yang dihasilkan di Kuala Selangor. Di sekeliling kubah yang disokong oleh tiang-tiang besar berbentuk bulat, terdapat lapan lukisan besar yang memaparkan sejarah negara sejak zaman Kesultanan Melaka sehingga era sekarang yang menyaksikan Malaysia membangun dengan pesat.

Mihrab surau berkenaan dihasilkan oleh anak tempatan. Manakala Singgahsana yang menjadi tempat Bersemayam Seri Paduka Baginda di Balairong Seri Istana Negara, Jalan Duta ini mempunyai ukiran tradisional Melayu serta tulisan khat 99 Nama Allah dan ayat-ayat suci Al-Quran. Ukiran berkenaan dihasilkan oleh beberapa pengukir terkenal dari Terengganu dan Kelantan yang diakui sejak zaman-berzaman mempunyai hasil kerja bermutu tinggi.

Berbeza dengan Istana Negara, Jalan Istana yang agak sempit dengan keluasan 11.34 hektar. Istana Negara, Jalan Duta yang lebih luas membolehkan setiap Bilik dan Dewan dibina khusus untuk fungsi tertentu sahaja. Semua bilik dan dewan berkenaan memaparkan ukiran, lukisan dan hiasan dalaman tradisional Melayu. Ciri-ciri Islam termasuk corak geometri tiga dimensi, ukiran kalimah Allah, lampu hiasan seperti yang banyak diguna ketika zaman kegemilangan kerajaan Islam juga turut kelihatan terutama pada binaan surau. Tulisan ayat-ayat suci Al-Quran yang terpapar di sekeliling ruang dalaman dan bahagian

Selain keunikan segi ukiran, lukisan dan hiasan dalaman yang dihasilkan dengan tangan sepenuhnya, keistimewaan lain yang terdapat pada Istana Negara ini adalah suasana alam semula jadi di sekelilingnya. Ini berikutan hanya sekitar 65 hektar sahaja yang digunakan bagi pembinaan bangunan manakala kawasan selebihnya dikekalkan sebagai taman dan zon penampan untuk keselamatan. Persekitaran Istana Negara juga diperindahkan dengan sulaman lanskap lembut. Sumber—http://www.istananegara.gov.my

Misa Melayu / Raja Chulan.

[PL5181.2 .C559m 1962]

Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Tuanku Haminah Hamidun bersalaman dengan Tunku Intan Safinaz Sultan Abdul Halim di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Kedah sebelum berangkat ke Istana Negara, Kuala Lumpur bagi upacara mengangkat sumpah sebagai Yang di di--Pertuan Agong ke ke--14, 14,-- UTUSAN

“Buku misa Melayu ini mengisahkan dengan jelas adat istiadat dan bentuk serta kebesaran kerajaan-kerajaan Melayu pada pertengahan abad yang ke-17 hingga abad ke-18. Sebuah buku hikayat dan sejarah yang bermutu. Kejadian-kejadian sejarah menceritakan perihal pemerintahan kerajaan-kerajaan Melayu Perak sejak zaman Sultan Muhammad Syah hingga ke zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah yang mangkat dalam tahun 1756. Kemudian diikuti pada zaman Sultan Iskandar Syah (1756-1770), diikuti pula dengan pemerintahan Sultan Mahmud Syah yang mangkat pada tahun 1778 hingga ke zaman Sultan Alauddin Mansur Syah. Raja Chulan Ibni Raja Hamid Ibni Yang Dipertuan Muda, Sultan Mansur Syah telah dititahkan oleh Sultan Muzaffar Syah mengarang buku misa Melayu ini. Di zamannya, Raja Chulan ialah seorang pengarang yang ulung.”

Undang-undang Kesultanan Melayu dalam perbandingan / Jelani Harun.

Syair Kedah Darul Aman / Abdul Halim "R".

[KPG449.3 .J48u 2007]

[PL5136.2 .A136s 2001]

“Undang-undang adat kesultanan Melayu telah menjadi amalan sejak ratusan tahun dahulu, mengalami perubahan demi perubahan selaras dengan perkembangan masyarakat sehingga kemunculan dan pengenalan undang-undang dari Barat sekitar awal abad ke–19. Pengarang naskhah undang-undang bukan sahaja seorang ahli perundangan adat, tetapi juga seorang pembesar, sejarawan dan pemikir masyarakat zamannya. Ilmu pengetahuan dan pengalaman masyarakat tersebut dikupas dan diwacanakan semula kepada masyarakat di dalam buku ini sebagai mengesani sejarah kewujudan dan perkembangan tamadun Melayu pada zaman silam. Hasrat ini dilaksanakan melalui suatu kajian perbandingan manuskrip undang-undang adat yang terdapat di Malaysia dan Indonesia secara menyeluruh, termasuk koleksi manuskrip yang tersimpan di London dan Leiden.”

University Library Recommended Titles

ISSUE

“Syair Kedah Darul Aman nukilan Saudara Abdul Halim “R” ini bukan sahaja merakamkan detik-detik peristiwa sejarah Kesultanan Kedah sepanjang 864 tahun (semenjak 1136) tetapi juga berjaya menyelitkan puisinya dengan nasihat dan pengajaran, hiburan dan kritik yang menjadi peranan dan fungsi utama penyair dalam kesusteraan Melayu tradisional dan moden. Dalam syair Kedah Darul Aman ini pula, Saudara Halim “R” turut menyindir telatah Inggeris yang membantu sekutunya Siam menentang pahlawan-pahlawan Kedah di zaman pendudukan tentera Siam di Kedah sekitar 18211841.”

RECOMMENDED

TITLES

BY

UNIVERSITY

LIBRARY

University Library Recommended Titles

PAGE

6

ISSUE

The Keris and other Malay weapons / A. H. Hill ... [et al.].

The royal families of South -East Asia / Jeffrey Finestone with Shaharil Talib.

[NK6805 .K39 1998]

[ref DS524.2 .F495r 2004]

“Although many have touched or examined the keris, little is known about it. The keris used today only in either private or official functions, has a sanguinary past. Its recognition as a weapon was recorded in the many foreign historical accounts such as those of the Chinese and Portuguese origin. The keris and other Malay weapons is a collection of the relevant articles which were published in the journal of the Malaysian branch of the royal Asiatic society. This book covers subjects such as the origin of the keris and its measurement together with its magical powers. Its shape is peculiar and its markings were once a mystery. The other weapons described are the spears and cannons used not only in warfare of long ago but today as ornamental items in building and décor.”

“This unique publication is a comprehensive guide to the royal families of South-East Asia, both reigning and formerly reigning royalty, covering Thailand, Laos, Cambodia, Vietnam, Malaysia, Singapore, Indonesia and Brunei. Each chapter contains a comprehensive photographic and genealogical guide to the families covered as well as brief historical sketches of each family. The lavish photography covers a period of one over one hundred years, beginning in the late 19th century and ending in the present day. Rare photographs depicting major ceremonies of state, royal portraiture and other material have been assembled from public and private collections in Asia and Europe as well as from the personal collections of members of the royal families. The result is a breathtaking assembly of image depicting the court life of some thirty royal families. ”

Laras bahasa / Kamaruddin Haji Husin.

Gelaran dan peraturan melakukan tataadab / V. W. Y. Tung.

[PL5109 .K15l 1995]

[CR4250.1 .T926g 1989]

“Laras bahasa diterbitkan untuk memberi pemahaman secara lebih jelas tentang penggunaan bahasa dalam bentuk yang sempurna. Buku ini menjelaskan konsep-konsep berkaitan laras dengan seberapa mudah. Buku ini mengandungi 14 bab yang mencakupi pengenalan kepada laras bahasa; laras dan perlakuan sosial; gaya dan ragam bahasa; laras bahasa istana, laras bahasa sains, pembinaan wacana dalam berita, minit mesyuarat, surat rasmi dan penanda wacana dalam surat tidak rasmi; laras bahas ucapan, ceramah, syarahan dan pidato; laras bahasa ilmiah, bahasa umum, bahasa pasar, bahasa kreatif dan bahasa iklan. Bagi mereka yang ingin berurusan dengan istana inilah buku yang sesuai.”

“Gelaran dan peraturan melakukan tataadab menyogokkan pengetahuan tataadab kepada kerabat diraja, orang-orang besar, alim ulama sehinggalah kepada orang kebanyakan. Buku ini akan dapat menghuraikan masalah persuratan dan pertuturan dalam majlis-majlis formal dan sosial, di samping memelihara pengetahuan warisan nenek moyang orang-orang bergelar sebagai lambang keunggulan dan kedaulatan kesultanan negara kita dalam era moden kini. Buku ini sangat sesuai untuk mengendali majlis-majlis untuk pembesar-pembesar mahupun apabila berhadapan dengan orang-orang besar.”

Hari ini dalam sejarah / Arkib Negara Malaysia.

Malaysia : 50 fakta asas kenegaraan / Chamil Wariya.

[DS592 .H281 1983]

[DS596 .C448m 2007]

“Buku ini menghimpunkan peristiwa-peristiwa menarik yang pernah berlaku di dalam tanahair kita yang turut disertakan dengan artikel-artikel, dokumen-dokumen rasmi, keratan-keratan akhbar dan gambar-gambar yang menarik berkaitan dengan kejadian. Antara peristiwa-peristiwa menarik yang ditonjolkan adalah; Penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Persidangan Raja-Raja Melayu yang pertama selepas merdeka, bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah, Pembentukan kabinet yang pertama selepas merdeka, Pilihanraya Umum Yang Pertama selepas merdeka dan Pingat emas pertama Tanah Melayu di Sukan Asia.” RECOMMENDED

2

TITLES

BY

UNIVERSITY

“Buku ini memuatkan 50 fakta asas kenegaraan yang berguna sebagai panduan bagi sesiapa yang berminat tentang perjalalan yang telah dilalui oleh Malaysia sejak mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Antara topic yang turut dibincangkan adalah maklumat umum yang menjadi paksi pembinaan sebuah Negara, institusi pemerintahan cabang legislative, eksekutif dan judiasciary serta lambing kebangsaan. Pelajari juga keunikan sistem penggiliran Raja-Raja Melayu sebagai Yang diPertuan Agong dan peranan mereka di dalam Parlimen. Buku ini turut menyelami intipati peranan Majlis Raja-Raja dan tugas-tugas Sultan dan Yang Dipertua Negeri.”

LIBRARY

2

PAGE

Protokol dan etiket dalam pengacaraan majlis / Mokhtar Mohd Tohar.

Perlembagaan Malaysia : teori & praktis / Abdul Aziz Bari.

[BJ2007.M43 .M716p 2006]

[KPG1750 .A136p 2008]

Buku ini mengandungi peraturan, panduan dan etika pengara majlis atau juruacara (master of ceremony) dalam mengendalikan sesuatu majlis sama ada majlis berbentuk formal atau tidak formal. Buku ini sangat sesuai bagi mereka yang terlibat sebagai pengacara majlis kerana keberkesanan dan kelancaran sesebuah majlis bergantung kepada peranan juruacara. Prinsip dan amalan protokol ini perlulah difahami bagi mengelak sebarang kecacatan. Antara contoh pengacaran majlis yang diselitkan adalah ‘Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-7, Ke-10 dan Ke-12’, ‘Pelbagai Majlis Universiti’, hingglah ‘Majlis Perkahwinan.”

“Buku ini sesuai dibaca oleh mereka yang tidak terdidik dalam undang-undang kerana buku ini dapat menghuraikan pelbagai persoalan tentang perlembagaan dalam bahasa yang mudah difahami. Umumnya, buku ini sesaui dibaca oleh semua golongan rakyat yang menginginkan sebuah masyarakat yang telus dan beradab. Buku ini juga turut menyentuh peranan Yang di-Pertuan Agong di dalam beberapa isu dan senario politik semasa, sebagai contoh, Perhimpunan BERSIH 2007, Suruhanjaya Di Raja. Pandangan terhadap keputusan PRU12 turut diselitkan.”

Pensejarahan Melayu : kajian tradisi tentang tradisi sejarah Melayu Nusantara / Muhammad Yusoff Hashim.

Malaysian politics & government / Jayum A Jawan.

[DS595.8 .M952p 1992] “Buku mengkaji dan membincangkan tradisi sejarah serta corak pensejarahan masyarakat peribumi dengan merujuk dan berpandukan pada naskah-naskhah tertulis dalam tulisan tangan, berbahasa Melayu dan daripada genre sejarah. Naskhah-naskhah ini terdapat dalam tulisan Jawi. Ada juga naskhah yang terdapat dalam tulisan rumi yang diusahakan oleh perawi peribumi dan penyalin “asing” pada zaman kolonial. Sejarah kawasan masyarakat di alam Melayu seperti kawasan masyarakat tua Pasai, Melaka, Acheh, Bugis (di Makasar), Patani, Kedah dan Perak diambil sebagai contoh dari tradisi agung Melayu. Susur galur kesultanan Melayu di rantau Nusantara turut disentuh. Bab ‘Pensejarahan Tradisional Kedah Sebelum Tahun 1930-an’ adalah sebahagian dari inti buku ini.”

[DS597.2 .J11m 2006] “This book is divided into four sections. The first section on Pre Malaysian History covers early history of the Malaysian states, especially centring on the various Sultanates that ruled over certain territorial enclaves such as the Malay Sultanates among the Malay states of the Peninsular, and the Brunei Sultanate over Sabah and Sarawak;. The second section of the Organisation of government discusses about the post-independent Malaysia. The third section emphasized on Elements of Government and their Functions. Finally, the fourth section on Operations and Goals of Government addresses the postindependent process of nation-building. By reading this book, we may also learned about the function of Yang di-Pertuan Agong and the prime ruler of Malaysia.”

Parlimen Malaysia : perjalanan badan perundangan persekutuan / Chamil Wariya.

Pengalaman Kedah & Perlis : zaman penjajahan British / Mohd Isa Othman.

[JQ717 .C448p 2009]

[DS598.P5 .M697p 2001]

“Kehadiran 82 orang ahli pembangkang di Dewan Rakyat ke-12 selepas PRU 2008 telah menukar landskap Parlimen Malaysia sebagai sebuah institusi penting rakyat. Keghairahan untuk mengetahui peranan, fungsi dan perjalanan sebuah institusi yang kita turut terlibat dalam penubuhannya tiba-tiba memuncak. Penyuburan demokrasi Malaysia mulai terasa apabila ‘check and balance’ dijalankan. Suasana Parlimen yang selama ini tenteram dan sopan, tiba-tiba berubah menjadi hingar bingar. Buku ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin mengkaji peranan Parlimen dan peranan Yang di-Pertuan Agong. Maklumat yang disampaikan dapat membantu memberi gambaran yang menyeluruh tentang Parlimen.”

7

University Library Recommended Titles

ISSUE

“Buku ini menceritakan pengalaman Kedah & Perlis pada zaman penjajahan British dan turut mengkaji tentang kesetiaan, kenegerian dan persahabatan pada zaman penjajahan British. Penyelidikan di buat tentang sejarah negeri Kedah dan Perlis bagi jangkau waktu 1909-1957 dengan penelitian kepada aspek ekonomi dan pentadbiran. Persoalan yang dibincangkan dalam buku ini ialah kependudukan dan perkembangan ekonomi. Majlis Mesyuarat Negeri dan cabaran politik dan pentadbiran dalam konteks kesetiaan dan kenegerian, persabahatan, kesetiaan dan kenegerian dalam pentadbiran negeri Kedah dan Perlis, kesetiaan dan pengukuhan kuasa pusat dalam pentadbiran daerah dan mukim.”

RECOMMENDED

TITLES

BY

UNIVERSITY

LIBRARY

PAGE 8

ISSUE

2

INTRODUCING LAUNCHING OF CONSUMER CORNER UNIVERSITY LIBRARY, 04 Apr 2012 - Gerakan Pengguna Siswa (GPS) under University of Management and Technology (UMTECH) and University Library has collaborated to organise a special event to commemorate the Consumer Corner and this event is supported by Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Students of the Faculty of Education and Social Sciences are encouraged to fully unitize this online database as we subscribed three major journals; · Language in Society — Sociolinguistics · ReCALL ReCALL— —Language, Learning & Teaching · Studies in Second Language Acquisition — Study of second and foreign language acquisition

The launching of Consumer Corner is officiated by KPDNKK representative, En. Mohd Ruhani Bakar, Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah which witnessed by Associate Professor Datuk Dr. Mohamad Nasir Saludin, Dean of Student Affair’s Office together with the President of UNIRAZAK Consumer Club (UCC), Mohd Faizol Mustaffa and Library staff. The purpose of this Consumer Corner is to promote awareness among students about the importance of Consumer Right. University Library is honoured to be part of this monumental event and we hope to collaborate not only with GPS but also with other student activities, organizations and associations .

For further information, please do not hesitate to ask your librarians or email to

Your Education is Our Priority.

[email protected]

Jimpele Ambau

WHAT NEW AT LIBRARY?

Launching of Consumer Corner by KPDNKK representative, En. Mohd Ruhani Bakar and witnessed by Assoc. Prof. Datuk Dr. Mohamad Nasir Saludin, Dean of Student Affair’s Office.

Apart from in in--house and subscribed theses and dissertations, users may also access to the list of Open Access Theses and Dissertations provided at http://library.umtech.edu.my

Library Staff taking group photo with En. Mohd Ruhani Bakar and Assoc. Prof. Dr. Mohamad Nasir Saludin right after the launching ceremony.

Upcoming Events 1.

Training The Trainer Series · Merdeka Video Presentation Series of programme will be con· Malaysia after 55th Years of Independducted by online database vendors ence : The New Challenge (Essay Comwith the objectives of exposing new petition) features introduced, searching techniques, facilities and services offered. 4. I Love My Library Campaign The purpose of this activity is for library 2. Treasure Info Hunt patrons to share the moment on how the The purpose of this activity is to University Library products, services or expose students with various referfacilities benefited their study. ence materials in the library. 3. Merdeka Month and Malaysia Day In conjunction with 55th Malaysia Merdeka Anniversary, University Library will organize the following activities: Programme · Jalur Gemilang Decoration · Merdeka Photography Exhibition · Malaysia In The Making RECOMMENDED

TITLES

And many more...

UNIVERSITY

LIBRARY

Contact us… For Reference / General Enquiry Phone : 603-7809 7499 Fax

: 603-7627 7499

e-mail : [email protected] Lending Service Phone : 603-7627 7498 e-mail : [email protected]

University Library University of Management and Technology Level 10, Block B3, Leisure Commerce Square No.09, Jalan PJS 08/09, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia BY

UNIVERSITY

LIBRARY