SAHABAT Karya: Anwar Ridwan - bayumadah.tripod.com

Persoalan cerpen ini ialah berkisar tentang persoalan persahabatn di mana kita telah dikemukakan dengan masalah dan pengertian persahabatan itu...

91 downloads 442 Views 36KB Size
SAHABAT Karya: Anwar Ridwan Watak 1.

Pengarang

2.

Ismail (kawan pengaranq yang sama-sama belajar)

3.

Nuriah (isteri Ismail, datang-mengikut Ismail belajar, sedang mengandung)

4.

Yaakob (teman lama sekampung pengarang, sudah lama tinggal di Amerika dan sudah kaya)

5.

Nordin (sedang melanjutkan pelajaran atas bantuan MARA)

Isi Cerita Pengarang yang berada di bilik kecil, di rumah Nordin, berasa gelisah kerana menunggu berita kelahiran anak sahabatnya, Ismail. Dalam masa menunggu itu kita di bawa secara imbas kembali tentang kisah pengarang dengan sahabatnya Ismail yang sedang menuntut di Amerika. Pengarang dan sahabatnya Ismail dan Nahidah (isteri Ismail), datang ke Amerika untuk belajar di universiti. Ketiga mereka baru pertama kali datang ke sana, menghadapi masalah mencari rumah sewa. -Kebetulan terdapat ada bilik sewa di 104 Street Broadway kepunyaan Yaakob (kenalan dan orang kampung pengarang). Yaakob telah lama tinggal di Amerika dan sekarang telah menjadi jutawan. Pengarang telah menyewa bilik sewa kepunyaan Yaakob itu. Pada mulanya

pengarang

telah

pergi

menemui

Yaakob

dengan

harapan

untuk

dapat

bantuan/keistimewaan menyewa tetapi hampa kerana Yaakob melayan mereka sebagai seorang pelanggan biasa sahaja. Setelah dua bulan tinggal, pengarang dan shabatnya menghadapi masalah uhtuk membayar sewa kerana wang biasiswa belum mereka terima. Yaakob tidak mahu menerima alasan itu tetapi telah mengajak pengarang dan Ismail menolongnya mengecat dan membersihkan rumah lama, kemudian memberinya upah.

Dengan upah itulah mereka membeyar sewa dan

menampung belanja. Tidak lama lepas itu Pengarang dan Ismail mahu menyewa rumah lain yang agak lebih besar dan selesa kerana isteri Ismail akan bersalin. Mereka menemui Yaakob dan memberi notis sebulan untuk keluar. Malang bagi mereka rumah yang mereka hendak sewa itu tidak dapat

dimasuki pada tarikh yang dijanjikan kerana tuanpunyanya meminta tempoh sebulan lagi. Pangarang dan Ismail sekali lagi menemui Yaakob untuk meminta supaya dia dibenarkan tinggal lagi sebulan. Yaakob tidak dapat menerimanya kerana dia telah menyewakan bilik itu kepada orang lain. Mereka terpaksa keluar, lalu menumpang pula di rumah Nordin. Rumah itu agak kecil, jadi terpaksalah mereka duduk bersempitsempitan. Ada kira-kira 7 hari mereka menumpang di situ, Nuriah, isteri Ismail sakit hendak bersalin, Ismail membawa Nuriah ke hospital. Tidak lama kemudian pengarang mendapat panggilan telefon daripada Ismail mengatakan Nuriah telah bersalin. Tema Persoalan cerpen ini ialah berkisar tentang persoalan persahabatn di mana kita telah dikemukakan dengan masalah dan pengertian persahabatan itu. Ada sahabat yang sanggup membantu dan hidup susah sama susah sementara ada pula sahabat yang lebih mementingkan wang ringgit. Pengarang dan sahabatnya yang telah beristeri, sama-sama dari Malaysia pergi ke Amerika untuk melanjutkan pelajaran. Pengarang sanggup tinggal dan berkongsi rumah sewa kerana mahu -menjimatkan belanja, maklumlah di negeri orang.

Dia cuba mendapatkan bantuan

daripada orang kampungnya (Yaakob yang telah lama tinggal di Amerika dan telah menjadi kaya), tetapi Yaakob enggan membantu mereka, apa sahaja yang mereka perlukan mestilah berdasarkan perinsip perniagaan.

Dengan itu terpaksalah pengarang dan Ismail mengikut

sahaja kehendak Yaakob. Bila mereka terpaksa keluar dari rumah sewa itu kerana tersilap membuat perjanjian, Yaakob masih tidak mahu menolongnya walaupun pada masa itu isteri Ismail sedang sarat mengandung. Mujurlah seorang sahabat lain, iaitu Nordin, yang samasama merantau (belajar) di sana membenarkan mereka menumpang di rumahnya, walaupun rumahnya ada dua bilik sahaja. Dalam kesempitan mereka terpaksa tinggal di situ.

Persoalan sampingan (a)

Kesetiaan dalam persahabatan.

(b)

Mas.alah belajar di negara aging.

(c)

Pandangan hidup

(d)

Rajin dan usaha.

Perutusan (a)

Sahabat yang baik sanggup membantu dan berkorban apa sahaja.

(b)

Wang ringgit merupakan alat utama dalam menyelesaikan masalah.

(c)

Dalam perniagaan tidak ada erti persahabatan.

(d)

Sahabat yang datangnya daripada kelompok yang sama sahaja yang tahu apa ertinya kesusalian.

(e)

Jangan terlalu mengharapkan bantuan orang lain, kita harus berikhtiar dan

mengatasinya sendiri.