SOALAN PSI PENGENALAN ILMU USUL FIQH. SOALAN OBJEKTIF A

Hukum syarak terbahagi kepada hukum wadi’e dan hikum taklifi. Terangkan 3 bahagian hukum taklifi 2. Huraikan pengertian hukum syarak 3...

26 downloads 779 Views 99KB Size
SOALAN

PSI

PENGENALAN ILMU USUL FIQH. SOALAN OBJEKTIF 1. Maksud usul fiqh ialah A. Ilmu yang berkaitan sumber,kaedah dan dalil B. Ilmu untuk memahami sesuatu hukum atau perkataan C. Ilmu yang berkaitan hukum syara’ yang difahami daripadaa dalil tafsili D. Ilmu yang berkaitan kaedah mengeluarkan hokum syara’ daripada dalil tafsili Kaedah usul fiqh dibuat berdasarkan hukum –hukum yang telah diputuskan oleh imam – imam mazhab mereka 2. Keterangan di atas merujuk kepada kaedah penulisan ilmu usul fiqh mengikut tariqah : A. Al-Mutakallimin B. Al-Ahnaf C. Al-Mutaakhirin D. As-Syafiah 3. Faedah mempelajari ilmu usul fiqh ialah A. Mengetahui punca perselisihan para ulama’ B.Menghasilkan huum yang lebih tepat C. Mengetahui sebab wurud hadith D.Mentarjihkan huum syara’ 4. Pengasas kepada ilmu usul fiqh ialah A. Al-Mutakallimin B. Al-Ahnaf C. Al-Mutaakhirin D. As-Syafiah 5. Ilmu usul fiqh merupakan salah satu daripada cabang ilmu pengetahuan islam. Bilakah ilmu tersebut muncul? A. Awalkurun pertama hijrah B. Akhir tahun peertama hijrah C. Awal kurun kedua hijrah D. Akhir kurun kedua hijrah 6. Kitab pertama yang disusun dalam ilmu usul fiqh ialah A. Al’am B. Al-Wata’ C. Ar-Risalah D.Feqah Al-Akhbar 7. Faktor-faktor para sahabat berkeupayaan mengistinbat hokum terus daripada Al-Quran dan As-Sunnah ialah I Penguasaan bahasa arab yang baik II Mereka merupakan para perawi hadith III Mengetahui sebab nuzul Quran dan wurud hadith IV Timbul banyak masalah baru yang tiada nas secara jelas

A. I,II dan III B. I,II dan IV C. II,III dan IV D. I,III dan IV 8. Ilmu usul fiqh ditulis menerusi cara I Thariqah Mutakallimin II Thariqah Awwalin III Thariqah Ahnaf IV Thariqah Muta’akhkhirin A. I,II dan III B. I,II dan IV C. II,III dan IV D. I,III dan IV 9. Apakah makna lain bagi perkataan usul? A. Hukum B. Sumber C. Asli D. Faru’ 10. Siapakah pengarang bagi kitab Ar-Risalah? A. Muhammad Idris Ashari As-Syafie B. Muhammad As-Syafie Al- Idris C. Muhammad Idris As-Syafie D. Muhammad Hamka As-Syafie 11.Thariqah As-Syafie juga dikenali sebagai…… A. Thariqah Al-Ahnaf B. Thariqah As-Syaafii’yah C. Thariqah Mutakallimin D. Thariqah Al-Mutaakhirin ‘…..mereka akan merujuk kepada pandangan para sahabat sebelum mereka berijtihad.’ 12. Pernyataan di atas merujuk kepada…… A. Zaman Sahabat B. Zaman kemunculan ilmu usu fiqh C. Zaman Tabii’n D. Zaman Rasulullah s.a.w 13. Sumber hakum di Zaman Tabii’n terdiri daripada…………. A. Al-Quran, hadith, ijma’, qisas B. Al-Quran, hadith, ijma’, qisas, ijtihad, pandangan sahabat C. Al-Quran dan hadith sahaja D. Al-Quran, hadith, ijma’dan masalih mursal

14. Antara berikut,yang manakah merupakan tokoh ilmu usul fiqh ? I Abdul Malik bin Abdullah al- Juwaini II Muhammad bin Idris As-Syafie III Abu Husain Muhammad Ali Basri IV Imam Al- Ghazali A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV 15. Berikut ialah skop perbahasan ilmu usulfiqh KECUALI……….. A. Dilalah B. Hukum-hukum qauli C. Dalil-dalil Syara’ D. Usul Fiqh ‘ Cara penulisan ilmu usul fiqh menggabungkan kedua-dua cara ’ 16. Pernyataan di atas merujuk kepada. A. Thariqah Al-Ahnaf B. Ijtihad dan Mujtahid C. Thariqah Al-Mutaakhirin D. Taa’rud dan Tarjih 17. Antara kitab yang mengikut Thariqah Mutakallimin ialah ……….. A. Al-Usul B. At-Tankih C. Kashful Asrar D. Al-Muktamad 18. Apakah yang dimaksudkan dengan Dilalah? A. Merangkumi hokum Tklifi dan hokum Wadi’e B. Merangkumi kaedah dan istinbat hokum dari nas-nas Al- Quran dan As-Sunnah C. Merangkumi dalil-dalil yang disepakati dan tidak disepakati D. Merangkumipersoalan taklid dan mukallid 19. Tharikat Al-Fuqaha’ juga dikenali sebagai………… A. Thariqah As-Syaafii’yah B. Thariqah Mutakallimin C. Thariqah Al-Ahnaf D. Thariqah As-Syafie 20. Berikut merupakan sumber hokum pada zaman Sahabt kecuali ………. A. Ijma’ B. Ijtihad C. Al-Quran D. As-Sunnah

PENGENALAN ILMU USUL FIQH. SOALAN SUBJEKTIF 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Takrif Usul Fiqh Nyatakan 2 contoh hukum taklifi Jelaskan 3 fungsi As-Sunnah Nyatakan 4 kepentingan mempelajari ilmu usul fiqh Jelaskan 2 faktor yang mendorong Al- Imam As-Syafie menyusun Ilmu Usul Fiqh Para sahabat berkeupayaan mengistinbst hukum daripada Al –Quran dan As- Sunnah kerana beberapa sebab. Terangkan 3 daripadanya 7. Bezakan istilah ilmu Fiqh ilmu usul fiqh 8. Nyatakan 3 skop perbahasan ilmu usul fiqh 9. Terangkan sumber hukum-hukum pada zaman Rasulullah, sahabat, dan tabii’n 10. Siapakah pengasas ilmu usul fiqh dan nyatakan hasil karya beliau 11. Jelaskan perbezaan antara Thariqatul Mutakallimin dengan Thariqatul Ahnaf 12. Berikan 2 faktor tidak wujud ilmu usul fiqh pada zaman para sahabat. 13. Nyatakan cara penulisan ilmu usul fiqh 14. Imam As-Syaafie diiktiraf sebagai pengasas ilmu usul fiqh Berikan 3 tokoh ilmu usul fiqh yang anda ketahui 15. Apakahyang dimaksudkan dengan usul? 16. Ilmu usul fiqh penting kepada umat islam.Apakah kepentingan ilmu usul fiqh ? 17. Ilmu usul fiqh muncul lebih lewat berbanding ilmu fiqh. Bilakah ilmu usul fiqh muncul ? 18. ‘Al-Usul’ merupakan antara kitab yang ditulis menurut Tharikat Ahnaf yang juga dikenali sebagai…. 19. Berikan 3 kitab yang ditulis menurut Tharikat Syafii’yah 20. Nyatakan sejarah perkembangan ilmu usul fiqh

HUKUM SYARAK SOALAN OBJEKTIF 1. Hukum syarak terbahagi kepada A. Taklifi dan wadi’e B. Ijab dan tahrim C. Karahah dan ibahah D. Sebab dan syarat Pembahagian pusaka tidak diberikan jika tidak diberikan jika terdapat perbezaan agama antara orang yang menawarkan harta dengan ahli waris. 2. Bahagian hukum wadi’e bagi pernyataan di atas ialah A. Sebab B. Mani’ C. Syarat D. Fasad 3. Pengertian hukum syarak ialah A. Kitabullah yang menunjukkan sesuatu sebagai sebab,syarat atau perhalangan bagi sesuatu hukum B. Kitabullah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf sama ada berbentuk tuntutan, pilihan ataau wadi’e C. Kitabullah yang memberi pilihan kepada mukallaf sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak D. Tuntutan melaksanakan sesuatu perintah sama ada pasti atau tidak 4. Contoh bagi takhyir ialah A. Perbuatan mencuri wajib dipotong tangan B. Orang yang membunuh tidak boleh mewarisi harta si mati C. Allah tidak menerima solat seseorang apabila dia berhadas sehingga dia berwudhuk. D. Apabila selesaibertahalul dibenarkan berburu 5. Berikut merupakan bahagian kitabullah KECUALI A. Ibahah B. Wadi’e C. Takhyir D. Iqtidak 6. Apakah maksud bagi hukum wadi’e ? A. Menjadikan sesuatu sebagai sebab, syarat atau penghalang sesuatu hukum B. Kitabullah yang menjadikan sesuatu sebagai sebab, syarat atau penghalang kepada sesuatu hukum C. Kitabullah yang menjadiakan penghalang kepada sesuatu hukum D. Tuntutan melaksanakan sesuatu perintah sama ada pasti atau tidak 7. Hukum syarak yang manakah merujuk kepada Iqtido’ A. Haram dan wajib B. Haram dan harus C. Wajib dan sunat D. Sunat dan makruh

8. Apakah 3 perkara yang menghalang seseorang daripada mewarisi harta ? A. Pembunuhan, murtad, perhambaan B. Pembunuhan, perhambaan, perwarisan C. Perhambaan, pembunuhan, perbezaan agama D. Pebezaan agama, pembunuhan, perbezaan darah Tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan tidak pasti. 9. Pernyatan di atas merujuk kepada……… A. Ijab B. Tahrim C. Nadbun D. Karahah

Sahih

X

Batal

Bahagian hukum wadi’e

Sebab

10. Hukum yang bertanda X ialah ………… A. Tahrim B. Mani’ C. Karahah D. Ibahah 11. Firman Allah : ……………. ( surah al- Isra’ : 78 : 17 ) Ayat di atas ialah contoh ………… A. Takhlif B. Wadi’e C. Mani’ D. Sah

Syarat

Jenis-jenis Kitabullah

Takhyir

Iqtido’

12. Dalam rajah di atas X ialah A. Takhlif B. Wadi’e C. Mani’ D. Syarat 13. Firman Allah : ………………

( surah al- Maidah : 38 : 5 )

Dalil di atas ialah contoh …………. A. Mani’ B. Syarat C. Sebab D. Sah 14. Firman Allah S.W.T.

Ayat di atas berkaitan contoh takhsis dengan A. Qias B. Uruf C. Ijmak D. Akal

15. Hadith di atas ialah contoh …………….. A. Ijab B. Karahah C. Tahrim D. Ibahah

X

16.Firman Allah S.W.T. …………………. ( surah al- Israa : 32 ) Kitabullah di dalam ayat di atas menunjukkan hukum A. Tahrim B. Karahah C. Ibahah D. Ijab 17.Firman Allah S.W.T. …………………. ( surah al- Baqarah : 187 : 2 ) Ayat di atas ialah contoh A. Mani’ B. Syarat C. Sebab D. Sah 18.Firman Allah S.W.T. …………………. ( surah al- Baqarah : 188 ) Ayat berikut ialah contoh ……… A. Mani’ B. Syarat C. Sebab D. Sah 19.

Wajib yang dibebankan kepada kumpulan tertentu.

Pernyataan di atas merupakan maksud A. Nadbun B. Wajib Aini C. Ibahah D. Wajib Khafie 20. Hukum wajib terbahagi kepada 2 bahagian iaitu I Aini II Jazmun III Mani’ IV Kifai A. I dan II B. I I dan III C. III dan IV D. I dan IV

HUKUM SYARAK SOALAN SUBJEKTIF 1. Hukum syarak terbahagi kepada hukum wadi’e dan hikum taklifi. Terangkan 3 bahagian hukum taklifi 2. Huraikan pengertian hukum syarak 3. Nyatakan jenis-jenis kitabullah 4. Jelaskan perkara – perkara berikut : sebab, syarat, dan mani,. 5. Apakah yang dimaksudkan dengan hukum taklifi 6. Berika pengertian hukum wadi’e 7. Ijab merupakan salah satu daripada hukum taklifi. Terangkan bahagian ijab 8. Berikan 3 contoh yang menyebabkan penghalang kepada seseorang daripada mewarisi harta 9. Tewrangkan 2 bahagian hukum wadi’e serta contohnya 10. Terangkan hukum syarak yang terdapat dalam ayat Al-Quran di bawah ….................... ( surah al-Baqarah : 183) ……………… ( surah al- Maidah : 2 ) 11. Mengapakah hukum wadi’e diperlukan setelah hukun taklifi ? 12. Berikan satu contoh bagi hukum – hukum taklifi berikut: * Ijab * Tahrim 13. Jelaskan apa yang anda faham tentang kitabullah ? 14. Sahih merupakan bahagian hukum wadi’e. Nyatakan pengertyian sahih 15. Apakah yang dimaksudkan dengan batal ? 16. Nyatakan 3 hikmah suruhan dan larangan Allah 17. Iqtida’ merupakan jenis-jenis kitabullah. Berikan maksud Iqtida’ 18. Jelaskan hukum syarak yang boleh didapati dari nas-nas di bawah ………………. ( surah al-Baqarah : 43 : 2 ) ………………. ( surah al-Baqarah : 282 :2 ) 19. Apakah pengertian Takhyir ? 20. Berikan contoh bagi Takhyir

DALIL-DALIL HUKUM SYARAK. SOALAN OBJEKTIF 1.Dalil-dalil syarak terbahagi kepada dua bhagian yang terdiri daripada……… A.dalil yang disepakati dan tidak disepakati B. dalil yang disepakati dan tidak diikuti C. dalil yang disepakati dan tidak difahami D. dalil yang disepakati dan tidak dibantah

‘ …………… masalah yang tidak dijelaskan hukumnya dalam nas dengan masalah yang dijelaskan hukumnya dalam nas kerana terdapat persamaan I’llah pada kedua masalah tersebut’. 2. Istilah di atas merujuk kepada ….. A. Ijmak B. Istilah C. Masalih mursalah D. Qias 3. Persepakatan yang berlaku secara jelas dikalangan semua mujtahid sama ada yang melalui kata-kata mahupun perbuatan dikatan sebagai……………… A. Ijmak ahlul bait B. Ijmak sorih C. Ijmak sukuti D. Ijmak Ulamak 4. I II III IV

berlakunya persepakatan dikalangan seluruh mujtahid wujud kurang dari seorang mujtahid pada sesuatu zaman ahli ijmak mestilah bersifat adil tidak ada ahli ijmak yang menarik kembali persepakatan

A. I dan II B. I , III dan IV C. III sahaja D. I dan IV 5. Yang mana satu rukun – rukun ijmak di bawah adalah benar ? A. hokum yang disepakati oleh ahli ijmak B. ahli ijmak iaitupara ulamak mujtahidin C. persepakatan dilarang melalui perkataan atau perbuatan D. dikalangan ahli ijmak boleh menarik kembali persepakatan. 6. Berikut yang manakah contoh sunnah ? A.bersugi sebelum solat B. perniagaan berunsur riba’ C. berburu binatang selepas bertahalul D. melakukan solat fardhu lima waktu

7. Kumpulan ijmak diterima oleh para ulamak Syiah adalah A. Ijmak ulamak B. Iimak ahlul madinah C. Ijmak ahlul bait D. Ijmak Khulafak Ar-Rasyidin 8. Pernyataan berikut menerangkan fungsi As-Sunnah sebagai hokum kecuali….. A. memperincikan ayat Al-Quran yang mujmal B. merupakan pengakuan dan perbuatan nabi C. mentakhsiskan ayat Al-Quran yang umum D. memperkukuhkan hokum yang sedia ada dalam Al-Quran ‘ Rasulullah berdiam diri terhadap perbuatan sahabat memakan daging dhab.’ 9. Perlakuan Rasulullah menunjukkan ……….. A. Sunnah fikliah B. Sunnah kauliah C. Sunnah takriah D. Sunnah sifatiah

Kumpulan Ijmak

Ijmak ulamak

Ijmak Khulafak Ar-Rasyidin

X

Ijmak ahlul bait

10. X dalam rajah di ats ialah . A. Ijmak sorikh B. Iimak sukuti C. Ijmak ahlul kuffah D. Ijmak ahlul madinah

Sumber Perundangan

Hadith

Ijmak Ulamak

11. Sumber perundangan Islam di atas merujuk kepada …… A. Tabi’in B. Sahabat C. Tabi’tabi’in D. Rasulullah

Qias

Al-Quran

12. Rukun qias adalah seperti berikut kecuali ……… A. Al-Aslu B. Al-Far’u C. Al-I’llah D. As-Shaz ‘ Persepakatan yang berlaku secara jelas dikalangan semua mujtahid.’ 13.Pernyataan di atas merupakan maksud ……… A. As-Sukuti B. Qias C. Al-I’llah D. As-Sarikh 14. Maksud As-Sunnh dari segi bahasa ialah . A. Pengukuran atu penyamaan B. Keazaman atau persepakatan C. Jalan, sama ada baik atau buruk D. Tempat pengambil;an dan sumber istinbat 15. Prinsip yang terdapat dalam Al-Quran ialah . I Prinsip keluarga II Prinsip syura’ III Prinsip keadilan IV Prinsip kerjasama A. I dan B. II dan C. III dan D. I dan

II III IV IV

16. Berikut merupakan hokum yang terdapat dalam Al-Quran kecuali ………… A. Hukum Iqtiqad B. Hukum Amali C. Hukum Akhlak D. Hukum Jenayah 17. Ayat dalam Al-Quran terbahagi kepada 2 iaitu : A. Makiyah dan Hijriah B. Madaniah dan Hijriah C. Makiyah dan Madiniah D. Madaniah dan Asliah

‘ Rasulullah melakukan solat dihadapan para sahabat .’ 18. Perlakuan Rasulullah menunjukkan … A. Sunnah fikliah B. Sunnah takriah C. Sunnah kauliah D. Sunnah sifatiah 19. Dalil-dali yang disepakati terdiri daripada A. Al-Quran, Istihsan, ijma’, As-Sunnah B. Al-Quran, hadith, ijmak, qias C. Al-Quran dan hadith sahaja D. Al-Quran, hadith, ijma’dan istihsan 20. Al-Quran merupakan sumber hokum yang A. Kedua B. Pertama C. Keempat D. Ketiga

DALIL-DALIL HUKUM SYARAK SOALAN SUBJEKTIF 1. Jelaskan 3 fungsi As-Sunnah 2. Jelaskan perbezaan antara ijmak dan qias Al-Quran merupakan sumber utama perundangan Islam 3. Menurut pernyataan di atas, adakah terjemahan Al-Quran dianggap sebagai Al-Quran ? 4. Senaraikan 4 kumpulan ijmak 5. Al-Quran adalah sumber rujukan bagi orang Islam . Jelaskan 3 prinsip yang di dalamnya. 6. Antara sumber hukum yang disepakati ialah ijmak. Apakah maksud ijmak 7. Nyatakan 4 rukun qisas 8. Terangkan pengertian dalil-dalil hukum syarak dan sebutkan pembahagiannya ? 9. Berikan takrif Al-Quran dan jelaskan kedudukannya sebagai dalil hukum syarak. 10. Senaraikan jenis-jenis ijmak dan nyatakan pandangan ulamak tentang setiap satu darinya. 11. Ijmak merupakan antara dalil-dalil dan hukum yang disepakati. Berikan rukun-rukun ijmak 12. Nyatakan 4 syarat ijmak 13. Jelaskan pengertian qias 14. Nyatakan hukum-hukum yang terdapat dalam Al-Quran 15. Hukum amali merupakan hukum yang terdapat dalam Al-Quran . Berikan 5 bahagian hukum Amali 16. Bezakan antara ayat Makiyah dan Madaniah 17. Terangkan pengertian As-Sunnah 18. Al-Quran telah menetapkan hukuman haram ke atas arak.Terangkan cara ulama’ menetapkan hukuman Haram terhadap pengambilan dadah. 19. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah-istilah berikut. * Dalil-dalil yang disepakati * Dali-dalil yang tidak disepakati 20. Adakah hukum fari’e ddikira sebagai rukun qias ?

SKEMA JAWAPAN PENGENALAN ILMU USUL FIQH. SOALAN OBJEKTIF 1. D 6. C 11. C 16. C

2. B 7. A 12. C 17. D

3. A 8. C 13. B 18. B

4. C 9. B 14. A 19. C

5. 10. 15. 20.

D C D A

SOALAN SUBJEKTIF 1. Takrif Usul fiqh ialah ilmu tentang kaedah mengistinbat hokum syarak yang berkaitan dengan perbuatan makallafdari dalil-dalil. 2. 2 contoh hokum taklifi : i.masuk waktu merupakan sebab wajib solat ii.berwuduk merupakan syarat saah solat. iii.mencuri menjadi sebab wajib potong tangan. 3. 3 fungsi As-Sunnah : i.memperkuatkan hokum yang ada dalam Al-Quran ii.memperincikan ayat-ayat Al-Quran yang ringkas iii.menasahkan hokum-hukum dalam Al-Quran iv.mengkhususkan maksud ayat Al-Quran yang umum. 4. 4 kepentingan mempelajari ilmu usul fiqh ialah: i.dapat mengetahui selok-belok hokum syarak ii.dapat beramal dengan penuh yakin iii.memahami cara ulamak mangistinbatkan hokum iv.boleh mengetahui punca perselisihsn hokum dikalangan alama’ v.para ulamak dapat mengeluarkan hokum yang lebih tepat. 5. 2 faktor yang mendorong Al- Imam As-Syafie menyusun Ilmu Usul Fiqh ialah : i.umat Islam bertambah ramai dan berlaku percampuran antara orang Arab dan bukan Arab ii.penguasaan bahasa arab di kalangan orang Arab semakin lemah ii.terdapat banyak masalah baru yang tiada ketentuan hukumnya secara jelas dalam Al-Quran dan As- Sunnah 6. Para sahabat berkeupayaan mengistinbat hukum daripada Al –Quran dan As- Sunnah kerana beberapa sebab. Terangkan 3 daripadanya ialah : i. mengetahui tentang sebab penurunan ayat. ii.mereka merupakan perawi hadis. iii.mereka berdamping rapat dengan Rasulullah. 7. Perbezaaan istilah ilmu Fiqh ilmu usul fiqh ialah : Ilmu Fiqh Pengetahuan tentang hokum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukalaf yang difahami melallui dalil tafsili.

Ilmu Usul Fiqh Ilmu tentang kaedah – kaedah mengistinbad hokumhukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf dari dalil-dalil tafsili.

8. 3 skop perbahasan ilmu usul fiqh ialah : i.dalil-dalil syarak : dalil-dalil yang disepakati dan tidak disepakati ii.dilalah : kaedah-kaedah istinbat hokum dari nasa-nas Al-Quran dan As- Sunnah iii.ijtihad dan mujtahid :merangkumi persoalan taklid dan mukallid 9. Sumber hukum-hukum pada zaman Rasulullah, sahabat, dan tabii’n: Rasulullah Sahabat # Al-Quran # Al-Quran # Ijmak # As- Sunnah # As- Sunnah

Tabi’in # Al-Quran # As- Sunnah

# Ijmak # Ijtihad

10. Pengasas ilmu usul fiqh ialah Al-Imam Muhammad bin Idris As-Syafie dan hasil karya beliau ialah kitab Ar-Risalah. 11. Perbezaan antara Thariqatul Mutakallimin dengan Thariqatul Ahnaf ialah : Thariqatul Mutakallimin - dipelopori oleh ulamak mazhab Syafie - dikukuhkan dengan dalil-dalil nakli dan akli

Thariqatul Ahnaf - kaedah-kaedah usul fiqh dibuat berdasarkan hukumhukum yang diputuskan oleh Imam-imam mazhab.

12. 2 faktor tidak wujud ilmu usul fiqh pada zaman para sahabat ialah : i. penguasaan bahasa Arab yang baik membolehkan mereka memahami Al-Quran dan As-Sunnah dengan mudah. ii.banyakmengetahui sebab nuzul Al-Quran dan sebab wurud hadis kerana berdamping rapat dengan Rasulullah. 13. Cara penulisan ilmu usul fiqh ialah Thariqatul Mutakallimin dengan Thariqatul Ahnaf. 14. 3 tokoh ilmu usul fiqh yang saya ketahui ialah i. Muhammad bin Idris As-Syafie ii. Abdul Malik bin Abdullah Al-Juwaini iii.Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali 15. Usul bererti asas, sumber, kaedah atau dalil. 16. Kepentingan ilmu usul fiqh ialah sebagai panduan kepada para ulamak dalam ijtihad dan fatwa. 17. Ilmu usul fiqh muncul pada akhir kurun kedua Hijrah. 18. Tharikat Ahnaf yang juga dikenali sebagai Tharikatul Fukaha’ 19. 3 kitab yang ditulis menurut Tharikat Syafii’yah ialah al-Burhan, al-Muktamad, al- Mahsul. 20. Sejarah perkembangan ilmu usul fiqh ialah : - Zaman Rasulullah s.a.w - Zaman Sahabat - Zaman Tabii’n - Zaman kemunculan ilmu usul fiqh

HUKUM SYARAK SOALAN OBJEKTIF 1. A 6. B 11. A 16. A

2. B 7. A 12. B 17. B

3. B 8. C 13. C 18. A

4. D 9. C 14. C 19. D

5. 10. 15. 20.

A B B D

SOALAN SUBJEKTIF 1. 3 bahagian hukum taklifi ialah Ijab : tuntutan syarak ke atas mukallaf melakukan sesuatu dengan tuntutan pasti. Nadbhu : tuntutan syarak ke atas mukallaf melakukan sesuatu dengan tuntutan tidak pasti. Tahrim : tuntutan syarak ke atas mukallaf meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti. Karahah: tuntutan syarak ke atas mukallaf meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan tidak pasti. Ibahah : tuntutan syarak yang mengandungi pilihan melakukan sesuatu atau meninggalkannya. 2. Pengertian hukum syarak ialah kitabullah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf sama ada berbentuk tuntutan ( iqtida’ ) , pilihan ( takhyir ) atau wadi’e. 3. Jenis-jenis kitabullah ialah Iqtido’ : tuntutan melaksanakan sesuatu perintah sama ada pasti atau tidak. Takhyir : kitabullah yang memberi pilihan kepada mukallaf sama ada hendak melakukan sesuatu atau Tidak Wadi’e : kitabullah yang menunjukkan sesuatu sebagai sebab, syarat atau penghalang kepada sesuatu atau hukum. 4. Sebab : sesuatu yang menjadi asas wujudnya sesuatu hukum Contoh : gelincir matahari menjadi sebab wajib tunaikan solat zuhur. Syarat : sesuatu yang kerana adanya hukum tetapi tidak sermestinya apabila adanya ada hukum. Contoh : wudhuk ialah syarat sah solat. Mani : sesuatu yang kerananya sesuatu hukum tidak dapat dilaksanakan sedangkan tanpanya hukum tersebut dapat dilaksanakan. Contoh : membunuh menjadi penghalang kepada mewarisi harta pusaka si mati. 5. Maksud hukum taklifi ialah kitabullah yang mengandungi tuntutan ke atas mukallaf supaya melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuataan atau mengandungi pilihan sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak. 6. Erti hukum wadi’e ialah kitabullah yang menjadikan sesuatu sebagai sebab, syarat atau pernghalang kepada sesuatu hukum. 7.Bahagian ijab ialah : i. Wajib Aini : wajib yang dibebankan ke atas setiap mukallaf ii.Wajib kifai’e : wajib yang dibebankan ke atas kumpulan tertentu. 8. 3 contoh yang menyebabkan penghalang kepada seseorang daripada mewarisi harta ialah i. Pembunuhan ii. Perbezaan agama iii. Perhambaan 9. 2 bahagian hukum wadi’e serta contohnya ialah i) sebab kepada pelaksanaan sesuatu hukum.

Firman Allah : ………………………………………………( surah al- Maidah ) Ayat ini menyatakan perbuatan mencuri menjadi sebab wajib hukum potong tangan. ii) syarat kepada sesuatu hukum Hadith Nabi : Hadith ini menjelaskan wudhuk sebagai syarat sah solat. 10. Hukum syarak yang terdapat dalam ayat Al-Quran : - ( surah al-Baqarah : 183) ialah wajib berpuasa bagi Islam yang telah cukup syarat-syaratnya di dalam bulan Ramadhan. - ( surah al- Maidah : 2 ) ialah harus kepada orang yang telah bertahalul atau umrah untuk berburu. 11. Hukum wadi’e diperlukan setelah hukun taklifi ialah kerana : i. dapat beramal dengan lebih yakin ii.dapat menghasilkan hukum yang lebih tepat iii.dapat mengetahui cara-cara ulamak mengistinbat hukum. 12. contoh bagi hukum – hukum taklifi berikut: * Ijab : ( surah al-Baqarah:183 :2 ) ………………………… * Tahrim : ( surah al-Baqarah: 188:2 ) ………………………… 13. Kitabullah ialah yang berkaitan dengan iktikad seperti percaya kepada Allah dan percaya kepada para Rasul serta perkara yang berkaitan dengan akhlak tidak termasuk dalam pengertianhukum syarak. Kitabullah dalam pengertian ini juga termasuk Al-Quran dan As-sunnah serta dalil-dalil yang lain. 14. Erti sahih ialah perbuatan yang sempurna syarat dan rukunnya serta terhasil kesan yang dikehendaki darinya sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak. 15. Batal ialah perbuatan yang tidak sempurna syarat dan rukunnya serta tidak terhasil kesan yang dikehendaki darinya sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak. 16. 3 hikmah suruhan dan larangan Allah ialah : i. mendisiplinkan diri manusia. ii.menguji tahap keimanan manusia. iii.membezakan antara manusia dengan haiwan. 17. Maksud Iqtida’ ialah tuntutan melaksanakan sesuatu perintah sama ada tuntutan tersebut pasti atau tidak. 18. Hukum syarak yang boleh didapati dari nas-nas di bawah ialah : - ( surah al-Baqarah : 43 : 2 ) : dirikan solat dengan tuntutan pasti iaitu wajib dilaksanakan. - ( surah al-Baqarah : 282 :2 ) : menunjukkan tuntutan secara tidak pasti iaitu sunat merekodkan hutang dalam setiap muamalat yang dibuat. 19. Erti Takhyir ialah kitabullah yang memberi pilihan kepada mukallaf sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak 20. Contoh Takhyir ialah ……………………… ( surah al-Maidah : 2 :5 )

DALIL – DALIL HUKUM SYARAK SOALAN OBJEKTIF 1. A 6. A 11. C 16. D

2. D 7. B 12. D 17. C

3. B 8. B 13. B 18. A

4. B 9. C 14. C 19. B

5. 10. 15. 20.

B D B B

SOALAN SUBJEKTIF 1. 3 fungsi As-Sunnah ialah : i. mempetkuatkan hukum yang sedia ada dalam Al-Quran ii.memperincikan ayat-ayat Al-Quran yang ringkas. iii.menasakhkan hukum-hukum Al-Quran. 2. Perbezaan antara ijmak dan qias ialah : Ijmak - kesepakatan ulamak mujtahid terhadap sesuatu hukum syarak. - terdapat nas yang boleh disandarkan hukum - ada bahagian atau kumpulan - 3 rukun - sumber ketiga

Qias - menyamakan masalah yang tidak dijelaskan hukumnya dalam nas kerana terdapat persamaan i’llah pada kedua masalah tersebut. - tidak terdapat nas yang bolh disandarkan hukum. - tiada bahagian atau kumpulan - 4 rukun - sumber keempat

3. Terjemahan Al-Quran tidak dianggap sebagai Al-Quran. Oleh itu ia tidak sah dibaca dalam solat dan perlu berwudhuk sebelum menyentuhnya. 4. 4 kumpulan ijmak ialah : - Ijmak ulamak - Iimak ahlul madinah - Ijmak ahlul bait - Ijmak Khulafak Ar-Rasyidin 5. 3 prinsip yang ada di dalamnya ialah : - prinsip syura - prinsip keadilan

-prinsip perbelaan terhadap golongan yang lemah.

6. Maksud ijmak dari segi bahasa ialah kezaman dan persepakatan Maksud ijmak dari segi istilah pula ialah persepakatan ulamak mujtahid umat Nabi Muhammad S.A.W. terhadap sesuatu hukum syarak pada sesuatu masa selepas kewafatan Baginda 7. 4 rukun qisas ialah : - Al-Aslu - Al-Far’u - Al-I’llah - hukum Al-Aslu

8. Erti dalil-dalil hukum syarak ialah tempat penganmbilan dan sumber istinbat hukum syarak Dalil hukum mempunyai dua bahagian iaitu sumber yang disepakati dan tidak disepakati. 9. Takrif Al-Quran ialah ialah kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam bahasa Arab,merupakan mukjizat, membacanya adalah satu ibadah dan diturunkan secara mutawatir Kedudukannya sebagai dalil hukum syarak merangkumi pengajaran,peraturan dan perundangan merangkumi Panduan yang lengkap. 10. Jenis-jenis ijmak ada 2 iaitu : i. As-Sarikh : para jumhur ulamak mengakui ijmakini. ii.As-Sukuti : sebahagian ulamak seperti ulamak mazhab Hanafi dan Imam Ahmad menerimanya manakala para ulamak Mazhab Maliki dan Imam syafie menolaknya. 11. Rukun-rukun ijmak ialah: i. ahli ijmak iaitu para ulamak mujtahid. ii. persepakatan ahli ijmak sama ada melalui perkataan atau perbuatan. iii.hukum yang disepakati oleh ahli ijmak. 12. 4 syarat ijmak ialah : i. ahli ijmak mestilah terdiri daripada kalangan para ulamak mujtahid. ii. berlaku persepakatan dikalangan seluruh mujtahid. iii.wujud lebih dari seorang mujtahid pada sesuatu zaman. iv. tidak ada di kalangan ahli ijmak yang menarik kembali persepakatan. 13. Erti qias ialah menyamakan masalah yang tidak dijelaskan hukumnya di dalam nas kerana terdapat persamaan i’llah pada kedua masalah tersebut. 14. Hukum-hukum yang terdapat dalam Al-Quran ialah : - hukum iqtiqad - hukum akhlak - hukum amali 15. 5 bahagian hukum Amali ialah : - undang–undang jenayah - undang–undang antarabangsa - undang–undang keluarga - undang–undang perlembagaan - kewangan dan harta

16. Perbezaan ayat Makiyah dan Madaniah ialah : Ayat Makiyah - ayat Makiyah menggunakan ‘ ’ dan ayat-ayatnya lebih ringkas.

Ayat Madaniah -ayat Madaniah menggunakan ‘ ’ dan ayat-ayatnya lebih panjang.

17. Erti As-Sunnah ialah percakapan dan perbuatan Rasulullah serta pengakuannya terhadap kenyataan atau tindakan orang lain. 18. Cara ulama’ menetapkan hukuman haram terhadap pengambilan dadah ialah dengan menggunakan kaedah Diharamkan arak kerana memabukkan . Oleh kerana ada persamaan I’llah pada dadah iaitu memabukkan maka hukumnya diharamkan.

19. Maksud istilah-istilah berikut ialah : * Dalil-dalil yang disepakati ialah Al-Quran, As-sunnah,Ijmak,dan Qias * Dali-dalil yang tidak disepakati ialah Al-Istihsan, Al-Musalih Mursalah, Amal Ahli Madinah, Syarak Ma Qablana, Kaul sohabi dan Al-Adat. 20. Hukum fari’e dikira sebagai rukun qias kerana ia adalah natijah yang diperoleh dari qias.