TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT

tawjih al-qira’at dan kesannya terhadap pentafsiran ayat-ayat mengenai akidah: ... international conference on aqidah, dakwah and syariah 2016 (irsyad...

23 downloads 393 Views 2MB Size
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

TAWJIH AL-QIRA’AT DAN KESANNYA TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT MENGENAI AKIDAH: SUMBANGAN SHEIKH NAWAWI BANTEN DALAM MARAH LABID 1034

IKMAL ZAIDI BIN HASHIM [email protected] MUHAMMAD SYAFEE SALIHIN BIN HASAN [email protected] SHAHARUDIN BIN SAAD [email protected] ABSTRAK

Akidah merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan umat Islam. Sumber utama dalam penggarapan ilmu Akidah ialah Al-Quran. Terdapat ayat-ayat Al-Quran berkenaan Akidah dibaca dengan qiraat yang pelbagai. Sesuai dengan sifat Al-Quran yang Qat‘iyyah al-Thubūt wa al-Dilalah, perubahan bacaan atau qiraat yang melibatkan ayat-ayat Akidah mengundang persoalan iaitu sejauh mana ia mempengaruhi pentafsiran ayat-ayat tersebut. Bagi menjawab persoalan ini ilmu Tawjih al-Qirā’āt diaplikasikan dalam menerangkan makna-makna yang tersirat di sebalik kepelbagaian qiraat itu. Ilmu ini sangat signifikan dalam mengetahui kesan kepelbagaian wajah qiraat kepada variasi makna Al-Quran. Untuk itu penulis meneliti teks tafsir Marah Labid karya Sheikh Nawawi Banten dan menganalisis secara deskriptif dan analitikal data-data berbentuk huraian pengarang dalam mentafsirkan ayat-ayat berhubung dengan Akidah dengan memfokuskan kepada kesan qiraat kepada makna ayat. Teks ini dipilih kerana ia merupakan satusatunya karya tafsir ulama Nusantara berbahasa Arab yang memuatkan banyak qiraat. Kepelbagaian pentafsiran ayat-ayat berkenaan Akidah akan dapat dikenalpasti dan akan menjadi hasil dan dapatan kajian kualilatif yang ringkas ini. Kata Kunci: Tawjih al-Qirā’āt, Kesan Pentafsiran, Akidah

1.0

PENDAHULUAN

Para ulama telah menjadikan qiraat yang pelbagai sebagai sumber rujukan mereka kerana selain keabsahannya sebagai hujah, kepelbagaian qiraat juga dilihat mampu untuk mempelbagaikan pentafsiran. Namun kepelbagaian tersebut bukan bermaksud negatif seperti pentafsiran yang kontradik antara satu dengan yang lain tetapi tetapi lebih kepada variasi pentafsiran yang mampu difahami secara harmoni. Untuk itu para ulama tafsir telah memuatkan pelbagai qiraat dalam karya tafsir mereka dan ia menjadi satu identiti karya-karya tafsir muktabar. Variasi pentafsiran menatijahkan pengkayaan ilmu dan keluasan ufuk pemikiran umat dalam memahami wahyu Allah s.w.t dan mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka.

452

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

2.0

KEPELBAGAIAN QIRAAT DAN KESANNYA KEPADA PENTAFSIRAN

Kesan kepelbagaian qiraat terhadap pentafsiran sering menjadi perbahasan para ulama khasnya dalam bidang Ulum Al-Quran, Tafsir dan Qiraat. Ia juga menjadi persoalan yang sering mendapat perhatian para pengkaji disebabkan kepentingan membuktikan keutamaan qiraat sebagai salah satu sumber pentafsiran Al-Quran. Antara faktor yang menyebabkan perbezaan dalam pentafsiran Al-Quran ialah kepelbagaian qiraat. Dr. Salah ‘Abd al-Fattah al-Khalidiyy (2000:93) telah menjelaskan dengan panjang lebar mengenai hal ini. Antaranya beliau berkata: “Pendirian mufassir terhadap qiraat yang benar ialah menisbahkan

qiraat

tersebut

kepada

Imam

yang

meriwayatkannya, memperbaiki cara bacaannya, memahami maknanya, menyatakan tawjih baginya, menjadikannya dalil, menyatukan qiraat sesama qiraat yang benar seumpamanya kerana semuanya merupakan kalam Allah dan tidaklah sebahagian kalam Allah itu lebih utama daripada sebahagian yang lain…” Dr. Muhammad Bazamūl (1996: 1/393) pula merumuskan beberapa kaedah penting bagi sesiapa yang mengkaji mengenai kesan-kesan qiraat terhadap pentafsiran Al-Quran iaitu: 

Perbezaan pentafsiran yang terdapat di antara wajah-wajah qiraat termasuk dalam kategori variasi pentafsiran (al-Ikhtilaf al-Tanawwu‘) bukan pentafsiran yang kontradik dan bertentangan (al-Ikhtilaf al-Tanaqud atau al-Tadad).



Menyandarkan sesuatu qiraat kepada individu atau muqri’ tertentu menunjukkan ikhtiyar dan bukan menunjukkan qiraat itu direka dan dicipta oleh individu tersebut.



Tiada perbezaan dari segi tafsir antara mana-mana qiraat yang diterima kerana semuanya merupakan kalam Allah s.w.t dan semuanya merupaka Al-Quran tiada sebarang perbezaan dari segi keutamaan.



Qiraat yang sah sanadnya tetapi berlawanan dengan tulisan atau rasm Mushaf yang digelar sebagai qiraat yang shadhdhah boleh diambil faedah daripadanya dari segi tafsir walau pun ia tidak boleh dibaca dalam solat.



Qiraat yang diriwayatkan secara bersanad dalam sumber-sumber hadis tetapi tidak disandarkan kepada mana-mana Imam Qiraat maka diistilah sebagai Qira ‘at al453

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Nabiyy. Ia dinamakan sedemikian kerana tidak dapat disandarkan kepada mana-mana Imam Qiraat. Qiraat yang seumpama ini boleh mengelirukan terutama mereka yang tiada pengetahuan dalam bidang qiraat kerana qiraat seumpama ini tidak bermaksud ia termasuk dalam qiraat yang mutawatirah dan tidak menunjukkan ia lebih utama daripada qiraat yang lain. Penamaan ini banyak disebutkan dalam beberapa karya tafsir seperti al-Tabariyy , al-Kashshaf dan al-Muharrar al-Wajiz. 

Terkadang-kadang wajah-wajah qiraat berbeza dari sudut makna yang menyebabkan satu-satu qiraat membawa makna masing-masing dan tersendiri yang membezakannya dengan wajah qiraat yang satu lagi.



Tafsir-tafsir yang bersumberkan para ulama Salaf sewajarnya diteliti terlebih dahulu sebelum menghukumnya sebagai berbeza kerana mungkin pentafsiran tersebut berdasarkan wajah qiraat tertentu sahaja tanpa berasaskan qiraat yang lain.

3.0

TAWJIH AL-QIRA’AT DAN KESANNYA TERHADAP PENTAFSIRAN

Disebabkan kepentingan ilmu ini dalam mengetahui kesan kepelbagaian wajah qiraat kepada variasi makna Al-Quran, maka di sinilah letaknya titik pertemuan antara ilmu Tawjih al-Qirā’āt dengan ilmu Tafsir. Apabila pentafsiran yang melibatkan ayat-ayat yang mengandungi perkataan-perkataan yang berbeza wajah qiraatnya maka ilmu tawjih al-Qirā’āt diaplikasikan dalam menerangkan makna-makna yang tersirat di sebalik qiraat yang pelbagai itu. Menurut Musa‘id ibn Sulayman al-Tayyar (1999:126) selepas menyenaraikan karyakarya utama dalam ilmu tawjih al-Qirā’āt beliau menyatakan bahawa karya-karya tafsir yang besar dipenuhi oleh tawjih al-Qirā’āt seperti al-Tabariyy, Ibn ‘Atiyyah, al-Qurtubiyy, Abū Hayyan, al-Raziyy, al-Shanqitiyy, Ibn ‘Ᾱ shūr dan lain-lain. Walau bagaimanapun pendekatan para ulama Tafsir dalam mengaplikasikan tawjih al-Qirā’āt berbeza antara satu sama lain.

Ilmu ini merupakan ilmu yang sangat dominan dalam pengajian qiraat yang berorentasikan al-Dirāyah. Menurut al-Zarkashiyy: “...Ianya (ilmu Tawjih al-Qirā’āt) bukanlan suatu yang bersifat riwāyah dan bercirikan talqin (diambil dan disampaikan secara lisan) yang tiada unsur ‘aqliyy maka ia adalah dirāyah bukan riwāyah.” Ia juga dinamakan sebagai ilmu alIhtijāj, ilmu Ma‘āni al-Qirā’āt dan ilmu ‘Ilal-al-Qirā’āt. Ia membincangkan tentang penjelasan terhadap pelbagai bentuk bacaan qiraat dari sudut hujah, sebab, ‘llah dan lain-lain

454

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

yang bertujuan menonjolkan justifikasi terhadap kepelbagaian bacaan tersebut di samping memberikan faedah yang sangat banyak khususnya dalam bidang Tafsir.

Dr. Muhammad Salamah (1999:13) menjelaskan bahawa suatu yang perlu difahami ialah ilmu ini tidak bermaksud untuk menjadikan sesuatu bacaan itu mutawātir atau shādhdh tetapi ia lebih kepada menjelaskan kepelbagaian makna (al-Dalālāt) yang tersurat dan tersirat di sebalik kepelbagaian bacaan tersebut. Ilmu ini bermula dengan menjadi sebahagian daripada penerangan dalam karya-karya ilmu nahu dan tafsir.

Maka seseorang pentafsir Al-Quran dalam berhujah dengan qiraat sepatutnya bukan sahaja merujuk kepada sumber-sumber tafsir dalam karya-karya muktabar tetapi turut merujuk kepada karya-karya tawjih al-Qirā’āt yang mengumpulkan kesemua bentuk tawjih di dalamnya sama ada yang berkaitan dengan Nahu (al-Tawjih al-Nahwiyy), Sarf (al-Tawjih alSarfiyy), Balaghah (al-Tawjih al-Balaghiyy), Semantik (al-Tawjih al-Dalaliyy) dan sebagainya. Karya terawal yang memuatkan tawjih al-Qirā’āt secara khusus ialah karangan Hārūn ibn Mūsā al-A‘war (m.170 H) berjudul Wujūh al-Qirā’āt. Selain karya tersebut terdapat sekurang-kurangnya 69 buah karya lain. Di samping qiraat mutawātirah, ilmu ini turut melibatkan qiraat shādhdhah. Salah satu karya terkenal dalam memberikan tawjih kepada qiraat shādhdhah bertajuk al-Muhtasab fi Tabyin Wujūh Syawādh al-Qirā’āt wa al-‘Idāh ‘anhā tulisan Abū al-Fath ‘Uthmān ibn Jinniyy (m.392 H).

4.0

KESAN TAWJIH AL-QIRA’AT TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT MENGENAI AL-ILAHIYYAT

Perbahasan mengenai akidah tidak terlepas daripada tiga bahagian iaitu Ketuhanan (alIlahiyyat), Kenabian (al-Nubuwwat) dan Perkara-perkara Ghaib (al-Ghaybiyyat/ alSam‘iyyat). Penulis membawakan tiga contoh bagi setiap bahagian dengan memetik teks Marah Labid yang berkaitan. Contoh 1: Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 148:

ِۚ‫وَلِكُلّٖ وِجۡهَةٌ هُوَ مُوَلِيهَاۖ فَٱسۡ َتبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٰت‬

455

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Pada perkataan yang bergaris terdapat dua qiraat iaitu

ۖ‫مُوَلِيهَا‬

dan

ۖ‫مُوَلَٰىهَا‬

. Dalam

memberikan tawjih kepada kedua-dua qiraat tersebut, Sheikh Nawawi Banten (1997 :51) menyatakan:

Tawjih bagi qiraat pertama ialah Allah s.w.t

yang memerintahkan agar semua kaum

mengadap ke arah kiblat iaitu Kaabah sedangkan qiraat yang satu lagi membawa maksud setiap kaum tertakluk bagi setiap arah yang menghadap ke kiblat. Perbezaan maksud bagi kedua-dua qiraat tersebut mempunyai hubungan dengan persoalan aqidah berkaitan ketuhanan. Muhammad al-Habash (1999:144) menyatakan bahawa mana-mana kiblat yang menjadi arah bagi hamba Allah itu walau pun pada zahirnya merupakan pilihannya sendiri namun pada hakikatnya merupakan dengan arahan dan kehendak Allah s.w.t jua. Persoalan ini dinyatakan dalam Al-Quran dengan jelas tentang wujudnya ‘kehendak dan pilihan’ bagi hamba Allah tanpa menafikan hakikat bahawa yang mencipta perbuatan manusia itu ialah Allah s.w.t seperti yang dinyatakan dalam surah al-Saffat ayat 96:

٦٩ َ‫َوٱلّلَهُ خَّلَقَكُمۡ وَمَا تَعۡمَّلُون‬ Maksudnya: Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu! Maka kedua-dua qiraat tersebut telah menghimpunkan kedua-duanya iaitu kehendak hamba dan kehendak Allah s.w.t. Hakikat ketuhanan ini tidak akan difahami dengan salah satu qiraat sahaja. Contoh 2: Firman Allah s.w.t dalam surah Ᾱ li ‘Imran ayat 18 dan 19:

٨١ ُ‫شَهِدَ ٱلّلَهُ أَّنَهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَا هُوَ وَٱلۡمَّلَٰٓئِكَةُ وَأُوْلُواْ ٱلۡعِّلۡمِ قَآئِمَۢا بِٱلۡقِسۡطِۚ لَآ إِلَٰهَ إِلَا هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيم‬ ٨٦… ُۗ‫إِنَ ٱلدِينَ عِن َد ٱلّلَهِ ٱلۡإِسّۡلَٰم‬ Terdapat dua qiraat pada perkataan yang bergaris iaitu

َ‫ إِنَ ٱلدِين‬dan َ‫ن ٱلدِين‬ َ ‫َأ‬

. Tawjih bagi

qiraat pertama iaitu dengan hamzah berbaris kasrah ialah ia merupakan permulaan kata-kata yang baru (kalam musta’naf) dan tiada hubungan dengan ayat sebelumnya. Manakala qiraat yang kedua membawa pelbagai maksud kerana mempunyai hubungan dengan ayat sebelumnya. Sheikh Nawawi (1997 :117) membawakan pelbagai i‘rab bagi kalimah tersebut:

456

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Sheikh Nawawi menjelaskan bahawa qiraat dengan fathah pada huruf hamzah membawa beberapa makna yang memberi kesan kepada pentafsiran yang pelbagai. Antaranya kalimah yang boleh difahami dengan makna

dan

. Beliau juga membawa

beberapa ‘taqdir’ bagi memahami pelbagai i‘rab. Kesimpulannya Muhammad al-Habash (1999:146) menyatakan bahawa qiraat dengan fathah membawa maksud penjelasan tentang persaksian Allah s.w.t, para malaikatNya dan orang yang berilmu iaitu sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah ialah Islam. Beliau juga menyatakan bahawa kedua-dua qiraat ini tidak bertentangan kerana kedua-duanya menyatakan tentang suatu hakikat yang sama iaitu Islam merupakan satu-satunya agama yang diredai Allah s.w.t. Hanya yang membezakan kedua-duanya ialah al-Tawkid iaitu bentuk penegasan yang pelbagai. Dalam qiraat dengan kasrah penegasan tersebut dinyatakan dalam bentuk ayat yang baru dan dimulakan dengan kalimah

manakala dalam qiraat dengan fathah penegasan itu ditambah dengan persaksian

daripada Allah s.w.t, para malaikat dan golongan yang berilmu. Contoh 3: Firman Allah dalam surah al-Kahf ayat 44:

٤٤ ‫هُنَالِكَ ٱلۡوَلَٰيَةُ لِّلَ ِه ٱلۡحَّقِۚ هُ َو خَيۡرٖ ثَوَابٖا وَخَيۡرٌ عُقۡبٖا‬ Terdapat dua qiraat pada kedua-dua perkataan yang bergaris iaitu

ُ‫ٱلۡوَلَٰيَة‬

ُ‫ٱلۡوِلَٰيَة‬

(qaf marfū‘ah). Sheikh

(kasrah waw) di samping

ِۚ‫ٱلۡحَّق‬

(qaf makhfūdah)

Nawawi (1997:250) menyatakan: 457

ُ‫ٱلۡحَّق‬

(fathah waw) dan

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Kesimpulan daripada penyataan di atas Sheikh Nawawi telah memberikan tawjih bagi keduadua perkataan yang terlibat. Beliau menjelaskan bahawa pertolongan sedangkan

bermaksud

kepada

menjadi sifat kepada

sedangkan

membawa maksud

iaitu kerajaan. Manakala

iaitu

menjadi sifat

. Kedua-dua perkataan dengan qiraat

masing-masing memberi makna tambahan iaitu mengenai dua daripada nama-nama Allah s.w.t yang mulia iaitu

5.0

dan

di samping menegaskan sifat al-Haqq bagi Allah s.w.t.

KESAN TAWJIH AL-QIRA’AT TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT MENGENAI AL-NUBUWWAT

Antara ayat-ayat mengenai akidah yang mengandungi pelbagai qiraat berkaitan persoalan kenabian ialah firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 106:

٨٠٩ …ٓ‫۞مَا ّنَنسَخۡ ِمنۡ ءَايَ ٍة أَوۡ ّنُنسِهَا ّنَأۡتِ بِخَيۡرٖ مِنۡهَٓا أَوۡ مِثّۡلِهَا‬ Sheikh Nawawi Banten (1997:38) telah menjelaskan qiraat yang terdapat pada perkataan yang bergaris:

458

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Dalam penyataan di atas Sheikh Nawawi menyatakan bahawa qiraat

membawa maksud

pemansuhan yang pelbagai. Sama ada ia membawa maksud penukaran (al-Tabdil) atau penangguhan (al-Ta’khir). Walau bagaimanapun beliau tidak menyatakan satu lagi qiraat iaitu

yang membawa maksud kelupaan (al-Nisyan). Kepelbagaian makna yang terhasil

daripada kepelbagaian qiraat pada kalimah tersebut membuktikan bahawa penurunan AlQuran telah ditakdirkan Allah s.w.t terjadi padanya dua perkara iaitu kelupaan dan penangguhan. Kelupaan yang dimaksudkan ialah apabila Allah s.w.t mahu agar Rasulullah s.a.w melupakan mana-mana ayat daripada Al-Quran makan baginda tidak akan mengingatinya. Ini dibuktikan dengan firman Allah dalam surah al-A‘la ayat 6 dan 7:

٧ ٰ‫ إِلَا مَا شَآ َء ٱلّلَهُۚ إِّنَهُۥ يَعّۡلَ ُم ٱلۡجَهۡرَ وَمَا يَخۡفَى‬٩ ٰٓ‫سى‬ َ ‫سَنُقۡرِئُكَ فَّلَا تَن‬ Maksudnya: 7. Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa. 8. Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan. Sesungguhnya Dia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), yang nyata dan yang tersembunyi. Penangguhan yang dimaksudkan ialah Allah s.w.t menangguhkan penurunan ayat-ayat tertentu sebaliknya digantikan dengan ayat-ayat yang lain yang membawa kebaikan yang sama atau lebih baik kepada hamba-hambaNya. Demikian yang dinyatakan oleh al-Jaṣ ṣ aṣ manakala Abū Zar‘ah pula menyatakan bahawa penangguhan yang dimaksudkan ialah penangguhan dalam memansuhkan (Ta’khir al-Naskh) (al-Habash, 1999:162-163). Apa yang lebih penting ialah al-Naskh merupakan suatu perkara yang benar-benar terjadi dan qiraat yang pelbagai telah membuktikannya. Contoh kedua dalam bahagian ini ialah firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 119:

٨٨٦ ِ‫ب ٱلۡجَحِيم‬ ِ َٰ‫عنۡ أَصۡح‬ َ ُ‫ك بِٱلۡحَّقِ بَشِيرٖا وَّنَذِيرٖاۖ وَلَا تُسَۡٔل‬ َ َٰ‫إِّنَآ َأرۡسَّلۡن‬

459

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Terdapat dua qiraat pada kalimah

ُ‫وَلَا تُسَۡٔل‬

iaitu

ُ‫سۡل‬ َٔ ُ‫وَلَا ت‬

dan

ُ‫سۡل‬ َٔ َ‫وَلَا ت‬.

Qiraat pertama

membawa maksud penafian dan qiraat kedua membawa maksud larangan. Sheikh Nawawi (1997:42) mengungkapkan:

Larangan yang dimaksudkan ialah Allah s.w.t melarang baginda s.a.w daripada bertanya tentang golongan kafir pada hari Kiamat. Ini disebabkan baginda sering merasa bersalah atas sikap golongan musyrikin yang menolak dakwah baginda. Firman Allah dalam surah al-Kahf ayat 6:

٩ ‫ك عَّلَىٰٓ ءَاثَٰرِ ِهمۡ إِن لَمۡ يُؤۡمِنُو ْا بِهَٰذَا ٱلۡحَدِيثِ أَسَفًا‬ َ َ‫فَّلَعَّلَكَ بَٰخِعٖ ّنَفۡس‬ Maksudnya: Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. Larangan ini dibenarkan dengan makna qiraat yang satu lagi iaitu penafian berlakunya pertanggungjawaban ke atas baginda s.a.w di akhirat kerana dakwah telah disampaikan kepada mereka dan setiap orang akan dipertanggungjawabkan di atas tindak tanduknya sendiri. (al-Habash, 1999: 166) Contoh ketiga pula ialah firman Allah dalam surah Ᾱ li ‘Imran ayat 115:

٨٨١ َ‫وَمَا يَفۡعَّلُواْ مِنۡ خَيۡرٖ فَّلَن ُيكۡفَرُوهُۗ َوٱلّلَهُ عَّلِي ُۢم بِٱلۡمُتَقِين‬ Terdapat dua qiraat pada

ْ‫ وَمَا يَفۡعَّلُوا‬iaitu ْ‫ وَمَا يَفۡعَّلُوا‬dan ْ‫ وَمَا َتفۡعَّلُوا‬di samping pada ُ‫ُيكۡفَرُوه‬

iaitu ُ‫ ُيكۡفَرُوه‬dan ُ‫ ُتكۡفَرُوه‬. Sheikh Nawawi (1997:147) berkata:

460

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Qiraat yang bermaksud ‘kamu’ ditujukan kepada semua orang beriman sedangkan qiraat yang bermaksud ‘mereka’ ditujukan kepada ahli Kitab. Ahli Kitab yang dimaksudkan ialah mereka yang telah menyatakan keislaman dan mengakui kerasulan baginda s.a.w. seperti ‘Abd Allah ibn Salam, Tha‘labah ibn Sa‘id, Usayd ibn Sa‘id dan lain-lain. Kedua-dua makna di sebalik dua qiraat yang berbeza ini menunjukkan bahawa semua amalan yang baik tidak akan disia-siakan oleh Allah s.w.t dan tetap akan diberikan ganjaran olehNya selagi masih ada iman atau setelah ada iman di hati.

6.0

KESAN TAWJIH AL-QIRA’AT TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT MENGENAI AL-GHAYBIYYAT/ AL-SAM‘IYYAT

Antara ayat-ayat yang mengandungi pelbagai qiraat berkaitan dengan perkara-perkara ghaib ialah ayat 30 surah Yūnus:

٠٠ …ۚۡ‫هُنَالِكَ تَبّۡلُواْ ُكلُ ّنَفۡسٖ مَٓا أَسّۡلَفَت‬ Sheikh Nawawi (1997:485) berkata:

Sheikh Nawawi telah memberikan tawjih bagi dua qiraat yang mutawatirah dan satu qiraat yang shadhdhah. Qiraat

membawa maksud setiap diri akan merasai kebahagiaan atau

penderitaan berdasarkan amalan yang telah dilakukan. Qiraat

461

pula setiap diri akan

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

membaca sendiri amalan masing-masing seperti yang tercatat kitab amalan. Kedua-dua qiraat ini merupakan qiraat yang mutawatirah. Selain itu Sheikh Nawawi turut membawakan qiraat yang shadhdhah

bermaksud Kami (Allah) menguji setiap diri disebabkan ujian terhadap

apa yang telah dilakukan iaitu Kami perlakukan kepada setiap diri seperti perlakuan si penguji dan pemeriksa. Ia juga bermaksud Kami (Allah) timpakan bala’ atau azab kepada setiap diri yang engkar disebabkan kejahatan yang pernah dilakukan. Kepelbagaian makna dan pentafsiran yang terhasil daripada qiraat yang pelbagai pada ayat di atas telah menjelaskan persoalan nasib insan di akhirat iaitu setiap insan pasti akan membaca kitab amalan masing-masing yang hakikatnya merupakan ujian yang sedang diterima keputusannya seterusnya akan menerima balasan berdasarkan keputusan itu sama ada ke syurga mahu pun ke neraka.

Selain itu firman Allah dalam surah al-Naml ayat 82:

َ‫ن ٱلَۡأرۡضِ تُكَّلِمُ ُهمۡ أَنَ ٱلنَاسَ كَاّنُو ْا بَِٔايَٰتِنَا لَا يُوقِنُون‬ َ ِ‫وَإِذَا وَقَ َع ٱلۡقَوۡلُ عَّلَيۡهِمۡ أَخۡرَجۡنَا لَهُمۡ دَآبَةٖ م‬ Pada perkataan yang bergaris terdapat dua qiraat iaitu

َ‫أَن‬

dan

‫ن‬ َ ‫ِإ‬.

Sheikh Nawawi (1997

:184) menyatakannya dalam Marah Labid:

Sheikh Nawawi telah memberikan tawjih bagi kedua-dua qiraat tersebut. Qiraat pertama dengan fathah pada huruf hamzah membawa maksud Dabbah al-Ard yang merupakan tanda besar bagi hari Kiamat akan keluar dan berkata-kata kepada manusia tentang mereka yang tidak yakin dengan ayat-ayat Allah. Qiraat ini disokong oleh qiraat yang dinisbahkan kepada

462

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Ubayy ibn Kaab yang membawa maksud yang sama. Qiraat dengan kasrah pada huruf hamzah pula membawa makna bagi ayat yang baru maka hukum berhenti pada kalimah adalah waqf tamm. Kesimpulannya wajib bagi kita beriman tentang kewujudan makhluk tersebut dan wajib kita beriman bahawa ia akan berkata-kata dan memberi nasihat kepada manusia. Contoh ketiga pula ialah firman Allah dalam surah al-Zukhruf ayat 19:

٨٦ ‫ن‬ َ ‫وَجَعَّلُواْ ٱلۡمَّلَٰٓئِكَةَ ٱلَذِينَ هُمۡ عِبَٰ ُد ٱلرَحۡمَٰنِ إِّنَٰثًاۚ أَشَهِدُواْ خَّلۡقَ ُهمۡۚ سَتُكۡتَبُ شَهَٰدَتُهُمۡ وَيُسَّۡٔلُو‬ Terdapat dua qiraat pada kalimah yang bergaris iaitu

ُ‫عِبَٰد‬

dan

َ‫عند‬ ِ

. Sheikh Nawawi

menjelaskan tentang qiraat dan kesannya kepada makna ayat ini. Beliau (1997:381) menyatakan:

Muhammad al-Habash (1999:222) merumuskan bahawa ayat yang mempunyai dua qiraat yang berbeza ini mengandungi ancaman ke atas golongan yang menyifatkan para malaikat dengan sifat-sifat yang berlawanan dengan kehendak Allah seperi mengatakan para malaikat berjantina wanita (seperti yang dinyatakan dalam qiraat pertama). Ini berlawanan sama sekali dengan kemuliaan malaikat yang berada hampir dengan Allah s.w.t seperti yang dimaksudkan dalam qiraat yang kedua.

7.0

KESIMPULAN

Penulis dapati Sheikh Nawawi Banten sering menjadikan qiraat mutawatirah sebagai hujah dalam menghuraikan ayat-ayat berkenaan akidah. Walau bagaimanapun beliau juga merujuk dan menjadikan qiraat shadhdhah yang bersumberkan sahabat dan tabiin sebagai hujah sokongan. Tidak ketinggalan hujah-hujah lughawiyy juga disertakan apabila perlu. Semua ini membuktikan kredibiliti dan kewibawaan Sheikh Nawawi sebagai ulama Tafsir. Banyak lagi ayat-ayat berkenaan akidah yang mengandungi kepelbagaian qiraat disebutkan dalam Marah Labid. Ayat-ayat ini perlu dikaji dan diselidiki dalam beberapa aspek selain tawjih seperti pemikiran dan pendekatan Sheikh Nawawi dalam membahaskan isu-isu akidah, 463

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

kecenderungan beliau dalam membicarakan ayat-ayat mutashabihat, sikapnya terhadap kumpulan-kumpulan seperti Muktazilah, Syiah dan lain-lain.

8.0

RUJUKAN

Bazamūl, Muhammad ‘Umar ibn Sālim, Dr. (1996), al-Qirā’āt wa Atharuhā fi al-Tāfsir waal-Ahkām, 2 j. Riyadh: Dār al-Hijrah. Khalidiyy, Salah ‘Abd al-Fattah al-, Dr. (2000), Ta‘rif al-Darisin bi Manahij al-Mufassirin, Damsyik: Dar al-Qalam.

Muhammad al-Habash (1999), al-Qira’at al-Mutawatirah wa Atharuha fi al-Rasm alQur’aniyy wa al-Ahkam al-Shar‘iyyah. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu‘aṣ ir. Muhammad ibn cUmar Nawawi al-Jāwi (1417H/1997M), Marāh Labid li Kashf Macna alQur’ān al-Majid. Beirut: Dār al-Kutub al-cIlmiyyah. Muhammad Salāmah Yusuf Sulaymān Rabi‘ Prof. Dr. (1999), al-Futūhat al-Ilāhiyyah fi Tawjih al-Qirā’āt al-Qur’āniyyah. Tanta: Fakulti al-Qur’ān al-Karim li al-Qirā’āt wa ‘Ulūmihā, Universiti al-Azhar.

464