Topik 1 7XSistem Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu

X TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU 134 LATAR BELAKANG Salah satu kesan penting kedatangan orang Eropah ke alam Melayu iala...

80 downloads 931 Views 190KB Size
Topikȱ7 X Sistem

Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

X

1.

Memperihalkan perkembangan sistem tulisan Jawi bahasa Melayu; dan

2.

Menghuraikan peraturan ejaan Jawi bahasa Melayu.

PENGENALAN

Perancangan korpus bahasa melibatkan penyediaan sistem tulisan dan ejaan yang standard bagi sesuatu bahasa. Pada masa ini, bahasa Melayu ditulis dalam dua jenis sistem tulisan, iaitu sistem tulisan Rumi dan sistem tulisan Jawi. Anda telah diperkenalkan dengan sistem ejaan Jawi dalam topik 6 dan dalam tajuk ini pula, anda akan diperkenalkan dengan sistem ejaan Rumi. Menurut Amat Juhari Moan (1992:1066), tulisan Rumi mula berada di alam Melayu setelah kedatangan orang Barat. Orang pertama yang menggunakan tulisan Rumi ialah David Barbosa pada tahun 1516 di Melaka, iaitu setelah Melaka ditawan oleh Portugis pada tahun 1511.

134 X

7.1

TOPIK 7

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

LATAR BELAKANG

Salah satu kesan penting kedatangan orang Eropah ke alam Melayu ialah kemunculan tulisan Rumi. Marco Polo dikatakan orang Eropah yang pertama datang ke kepulauan Melayu yang mengembara dari Venice, Itali dan dikatakan tinggal di Sumatera selama lima bulan pada tahun 1292-1293 Masihi. Kejatuhan

Melaka pada tahun 1511 pula merupakan tanggal yang diingati bermulanya kuasa Portugis di kepulauan Melayu. Namun demikian kuasa Portugis juga merosot dengan kedatangan kuasa Belanda, Sepanyol dan Inggeris. Perkataan Melayu yang mula-mula dicatat oleh Pigafetta mengandung lebih kurang 426 perkataan dengan beberapa perkataan tempatan yang lain. Perkataan ini dikatakan dikumpul daripada seorang hamba kepada Magellan yang bernama Hendrick, seorang Melayu Sumatera. Sistem ejaan yang digunakan oleh Pigafetta berdasarkan sistem ejaan bahasa Itali daripada dialek Vicentine, iaitu tempat asal Pigafetta. Beliau menamakan daftar kata tersebut sebagai kosa kata yang digunakan oleh orang Moorish atau Muslim. Ejaan Rumi/Latin Pigafetta juga mengandungi abjad-abjad yang dapat dipadankan dengan abjad Rumi bahasa Melayu moden dari segi grafem dan nilai bunyinya. Antara contoh senarai kata adalah di tunjukkan dalam Jadual 7.1. Jadual 7.1: Ejaan Rumi/ Latin Pigafetta yang sepadan dengan Abjad Rumi Senarai Pigafetta

BI (Terjemahan Bahasa Itali dalam senarai asal)

Ejaan Rumi Kini

Allah

God

Allah

Caphre

heathen

kafir

mischit

mosque

masjid

bapa

father

bapa

mama,ambui

mother

mama,ibu

anach

son

anak

capala

head

kepala

Menurut Hashim Musa (2006:394), terdapat empat naskhah awal catatan pelayaran Pigafetta yang mengandungi daftar kata Melayu, iaitu satu naskhah Itali dan tiga naskhah Perancis, iaitu terjemahan bagi naskhah Itali tersebut. Bausani dikatakan mendasarkan ejaan senarai itu berasaskan naskhah Itali yang tersimpan di Ambrosiana Perpustakaan di Milan yang bertarikh 1525 atau lebih tepat dikatakan daripada naskhah lain. Pigafetta dikatakan mempelajari bahasa Melayu daripada Hendrick dan kemungkinan Pigafetta telah menyemak perkataan-perkataan yang dicatatnya dengan Hendrick. Ulasan Bausani tentang tulisan Rumi ini telah dipetik oleh Hashim Musa (ibid:394) seperti yang berikut:

TOPIK 7

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI W 135 BAHASA MELAYU

(a)

Abjad vokal pepet dalam bahasa Melayu/Indonesia moden kebanyakannya dieja dengan abjad vokal dalam senarai Pigafetta, kecuali dalam beberapa perkara, misalnya gumbili (kembiri) yang dieja dengan abjad .

(b)

Bunyi /h/ yang lemah ucapannya digugurkan sama ada di hadapan atau di belakang perkataan, misalnya Alla± (Allah) dan ±atti (hati).

(c)

Bunyi plosif /k/ dan /t/ pada hujung perkataan tidak digunakan, misalnya tungu (tunjuk), tumi (tumit).

(d)

Alternasi antara bunyi /l/ dan /r/ merupakan pengaruh daripada bahasa Tagalog atau bahasa tempatan yang lain, misalnya dala (darah), alli (hari), kauir (katil).

Cornelius de Houtman, seorang pelayar Belanda pada abad ke-16 pula telah menghasilkan senarai perkataan bahasa Melayu yang ditulis dalam skrip Rumi. Senarai ini terkumpul semasa beliau berada dalam penjara setelah ditangkap oleh Sultan Bantam III, Pangeran Muhamad setelah berkonflik dengan baginda kerana kekasaran rombongan Belanda. Houtman dikatakan ditebus semula oleh pihak Belanda pada 1598. A.W. Hamilton telah membuat ulasan dan menyiarkan senarai kata tersebut dalam JMBRAS (1947,Vol.XX, Part III). Antara contohcontoh senarai kata seperti yang berikut: Jadual 7.2: Senarai Pigafetta yang sepadan dengan Bahasa Inggeris dan Rumi Senarai Pigafetta

Bahasa Inggeris

Ejaan Rumi Kini

kareya

to work

kerja

arijs

the day

hari

sana

there

sana

minta

request

minta

engat

remember

ingat

pegy

go

pergi

mary

let us go (come)

mari

Menurut Hashim Musa (ibid:400), sistem ejaan Rumi dalam senarai Houtman bagi bahasa Melayu tidak begitu stabil sekiranya dibandingkan dengan yang terdapat dalam senarai Pigafetta. Terdapat banyak bunyi bahasa Melayu dilambangkan oleh lebih daripada satu bentuk abjad atau grafem yang berbezabeza. Malah terdapat sepuluh jenis bunyi yang telah dilambangkan dengan tiga grafem yang berbeza-beza atau lebih.

136 X

TOPIK 7

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

Senarai kata bahasa Melayu seterusnya ialah bahasa Inggeris-bahasa Melayu yang telah dihasilkan oleh Thomas Bowrey pada tahun 1701 yang berjudul A Dictionary of English and Malayo, Malayo and English diterbitkan di London. Selain daripada senarai kata, beliau juga telah menurunkan ayat perbualan sehari-hari dan dialog pelbagai tajuk. Contoh senarai kata oleh Thomas Bowrey adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7.3. Jadual 7.3: Senarai Thomas Bowrey kitta poonea tuan poonea dea poonea camee poonea todohan gocho toolah

Bahasa Inggeris

my thy, yours his ours accusation slap punishment

Ejaan Rumi Kini kita punya tuan punya dia punya kami punya tuduhan gocoh tulah

Menurut Hashim Musa (ibid:407), sistem ejaan Thomas Bowrey ternyata mempunyai ciri-ciri antik, iaitu penggunaan gugus konsonan yang sama misalnya gg ,dd, ll, rr, ss dan tt, dan gugus vokal yang sama, iaitu ee dan oo, dan kesemuanya seolah-olah melambangkan kepanjangan konsonan atau pun tasyhdid dan juga kepanjangan vokal untuk lambang vokal tersebut.

7.2

LATAR BELAKANG

Sejarah membuktikan bahawa sistem ejaan Belanda dan Inggeris menguasai tulisan bahasa Melayu kerana akibat Perjanjian Inggeris Belanda 1824, daerah Melayu dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu Indonesia yang diletakkan di bawah Belanda manakala Tanah Melayu atau Malaya diletakkan pula di bawah British atau Inggeris. Kedua-dua penjajah ini menggunakan tulisan dan ejaan mereka untuk menulis dalam bahasa Melayu. Kemudian mereka menyeragamkan sistem ejaan. Belanda telah menggunakan sistem ejaan van Ophuijsen (1901) untuk menulis dalam bahasa Melayu dalam semua penerbitannya dan juga untuk berhubung derngan rakyat. Pihak Inggeris pula menggunakan sistem ejaan Wilkinson bagi semua penerbitannya dan juga surat menyurat dalam bahasa Melayu. Menurut Hashim Musa (2006), pada tahun 1901 Van Ophuijsen ditugaskan oleh pihak berkuasa Belanda untuk menyusun suatu sistem ejaan dalam bahasa Melayu. Beliau telah menerbitkan hasil kerjanya dalam buku yang bernama Kitab Logat Melajoe (1929, Cetakan ke-8) yang berasaskan sistem ejaan bahasa Belanda. Beliau telah menetapkan enam lambang vokal, dua lambang diftong dan 24 lambang konsonan (Jadual 7.4).

TOPIK 7

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI W 137 BAHASA MELAYU

Jadual 7.4: Sistem Ejaan dalam Bahasa Melayu

ȱ VOKALȱ Ejaan dan Contoh Ejaan dalam Bahasa Melayu Moden a fana, bahasa e emas, pernah é elok, teleng i bimbing, wadjib o bohong, onggok œ djatuh, oetus

Bahasa Melayu Moden a e e i o u ȱ

DIFTONGȱ Ejaan dan Contoh Ejaan dalam Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu Moden au

au

poelau, saudagar

ai

ai

pakai, pakaian

ȱ ȱKONSONANȱ Bahasa Melayu Moden

Bahasa Belanda/ Indonesia

Ejaan dan Contoh Ejaan dalam Bahasa Melayu Moden

b

b

baroe, sebab

c

tj

tjari,botjor

d

d

dari, Ahad

j

dj

djari

f

f

fasal

g

g

megah, gaib

h

h

hari, roemah

k

k

kami, takdir

kh

ch

chabar

l

ch

lari

m

m

mari

n

n

nanas

ng

ng

nganga

ny

nj

njawa

p

p

padi

r

r

ramai

138 X

TOPIK 7

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

s

s

sabit

sy

sj

sjech

t

t

tali

w

w

wang

y

j

jakin

z

z

zaman

ȱ Ophuijsen juga telah menubuhkan kaedah ejaan imbuhan, bentuk klitik, dan partikel yang dianjur digandingkan dengan kata dasar misalnya rumahku, ke Padang, di Betawi. Bentuk ka dan sa dieja menjadi ke dan se. Huruf h pada awal kata tidak digugurkan. Kata majmuk pula dieja cantum. Ejaan Wilkinson pula diperkenalkan di tanah Melayu pada tahun 1904. Ejaan ini dihasilkan oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan Melayu Bersekutu (British) yang menerbitkannya dalam buku Romanised Malay Spelling. Hashim Musa (ibid:429) telah menyebarkan enam peraturan utama untuk merumikan ejaan bahasa Melayu, iaitu: (i)

Semua perkataan Inggeris yang dipinjam oleh bahasa Melayu dieja mengikut sebutan bahasa Melayu.

(ii)

Kata pinjaman yang meluas dalam bahasa Melayu seperti akal dieja mengikut sebutan orang Melayu.

(iii) Ejaan bagi perkataan yang boleh menunjukkan dengan lebih terang asal pembentukan katanya dipilih walaupun sebutannya berbeza. Misalnya kemudian bukan kemedian, demikian bukan demekian, arakian bukan arekian. (iv) Kata terbitan yang mengandungi imbuhan, kata dasarnya dieja menyamai bentuk asalnya walaupun terdapat perubahan bunyi. Misalnya keluar (lawan masuk) dieja berbeza dengan kaluar (arah luar). (v)

Perkataan seperti sahaja, bahaya, sahaya dan cahaya dieja dengan abjad h ditengahnya, iaitu menyamai anjuran Ophuijsen.

(vi) Sistem pemilihan vokal antara o dan u, antara e dan i pada akhir suku kata tertutup: Vokal o dipilih bukan u jika pada suku kata akhir yang berpola ong, ok, oh. Misalnya kepong, buloh, merbok. Vokal u dipilih jika suku kata akhir berpula um, ut, un, ul, us, dan ur misalnya minum, tahun, betul, hangus dan labur. Pada penghujung laporan ejaan Rumi ini, jawatankuasa itu telah melampirkan satu senarai panjang sebagai contoh dan panduan ejaan Rumi bahasa Melayu menurut sistem Ejaan Wilkinson. Sistem ejaan inilah yang menjadi panduan

TOPIK 7

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI W 139 BAHASA MELAYU

dalam pengajaran dan penulisan buku-buku teks di sekolah-sekolah, yang terkenal dengan Ejaan Sekolah.

AKTIVITI 7.1 Susur galurkan perkembangan tulisan dalam bahasa Melayu berdasarkan penulisan Amat Juhari Moain dan Hashim Musa.

SEMAK KENDIRI 7.1 (a)

Bincangkan tentang kandungan daftar kata Pigafetta.

(b)

Bandingkan ejaan Wilkinson dan ejaan Ophuijsen .

7.3 7.3.1

PEDOMAN UMUM EJAAN BAHASA MELAYU Ejaan Za’ba

Nama ZaÊba sudah tidak asing lagi kepada pencinta bahasa Melayu. Jasa tokoh ini yang tidak mungkin dilupakan ialah pembakuan sistem ejaan Rumi. Sistem ejaan ZaÊba telah digunakan secara meluas di sekolah-sekolah dan urusan rasmi kerajaan sejak tahun 1940-an lagi. Za'ba, atau nama penuhnya Zainal Abidin bin Ahmad (kemudian diberi gelar Pendeta oleh Kongres Bahasa dan Sastera Melayu Ketiga, dalam tahun 1956, dan dianugerahkan PMN membawa gelar Tan Sri, dalam tahun 1962), bertugas sebagai penterjemah dalam tahun 1923, di Bahagian Terjemahan, Jabatan Pendidikan Tanah Melayu. Pada tahun berikutnya, beliau berpindah ke Biro Penterjemahan, yang nama rasminya ialah Jabatan Karang Mengarang Sultan Idris Training College, (ditubuhkan pada tahun 1924) dan ditempatkan di Sultan Idris Training College, Tanjung Malim. Beliau kekal di sana sehingga tahun 1939. ZaÊba telah membahagikan fonem vokal yang diistilahkan sebagai „huruf saksi‰ (istilah Wilkinson 1903) kepada enam bunyi yang dilambangkan dengan enam huruf vokal yang berikut:

140 X

TOPIK 7

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

Bunyi atas Bunyi bawah Bunyi hadapan

kasar = a kasar = e kasar = o

halus = ʼn halus = i halus = u

(i)

Bunyi atas kasar ialah vokal luas /a/ yang dilambangkan dengan
, misalnya anak, ayer, ajak, padang, jala, mata.

(ii)

Bunyi atas halus ialah vokal tengah atau e pepet yang dilambangkan dengan /ʼn/ misalnya ʼnnam, ʼnmping, ʼnngkau, pʼndang, kʼnras, dan sʼnmbah.

(iii) Bunyi bawah kasar ialah vokal depan separuh sempit /e/ yang dilambangkan dengan . Misalnya esok, elok, ekor, perak, gelek, leher. (iv) Bunyi bawah halus ialah vokal depan sempit /i/ yang dilambangkan dengan yang dilambangkan dengan misalnya ikan, isi, ibu, gigi, kirim, nipis. (v)

Bunyi hadapan kasar ialah vokal belakang separuh sempit /o/ yang dilambangkan dengan misalnya orang, oleh, olok, bodoh, poko, tombong.

(vi) Bunyi hadapan halus ialah vokal belakang sempit /u/ yang dilambangkan dengan misalnya ubah, ukir, ugut, hulu, turun. (Ismail Dahaman: 1991,234) Menurut Ismail Dahaman (1991), perbezaan yang jelas antara ZaÊba dengan penulis-penulis lain ialah pendiriannya tentang panjang-pendek bunyi vokal dalam hubungannya dengan tulisan Jawi klasik. Penggunaan huruf saksi Alif, Ya dan Wau dikatakan sebagai pemanjang bunyi vokal, dan penggunaan tanda fathah, kasrah dan dammah dikatakan sebagai tanda vokal pendek. Pendirian ini jelas menunjukkan bahawa sistem bunyi bahasa melayu yang betul dan benar, tidak terdapat konsep panjang-pendek vokal seperti yang dihujahkan oleh penulis sebelum ini. ZaÊba tidak menggunakan tanda sirkumfleks atau aksen apa-apa sebagai penanda panjang-pendek bunyi bagimana-mana grafem, vokal dalam sistem ejaannya. Ismail Dahaman (ibid:235) telah meringkaskan aturan keserasian huruf vokal dalam ejaan ZaÊba seperti yang berikut: (i)

Grafem digunakan pada suku kata yang ditutupi atau tanpa mengira jenis vokal pada suku kata pra-akhir, misalnya aleh, adek, pileh, puteh.

(ii)

Grafem digunakan juga pada suku kata akhir ditutupi pada suku kata akhir konsonan selain atau sekiranya suku kata pra-akhir mengandung vokal /e/ atau /o/ misalnya seret, lereng, chomel, monyet.

TOPIK 7

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI W 141 BAHASA MELAYU

(iii) Grafem digunakan pada suku kata akhir yang ditutupi konsonan selain atau sekiranya suku kata pra-akhir mengandung /a/, /¿/, /i/ atau /u/ misalnya nasib, chinchin, ghaib, saing. (iv) Grafem /i/ digunakan juga pada suku kata akhir yang ditutupi sekiranya hadir sebagai unsur kedua bagi vokal rangkap dengan /a/, misalnya baik, naik. (v)

Grafem digunakan pada suku kata akhir yang ditutupi , , , atau tanpa mengira jenis vokal pada suku kata pra-akhir., misalnya basoh, hidong, ukor.

(vi) Grafem digunakan juga pada suku kata akhir yang ditutupi konsonan selain , , , sekiranya suku kata pra-akhir mengandung vokal /e/ atau /o/, misalnya belot, bolot, gomol. (vii) Grafem digunakan pada suku kata akhir yang ditutupi konsonan selain , , , sekiranya suku kata pra-akhir mengandung vokal /a/, /¿/, /i/, u/, misalnya bakul, hidup, huruf, kaut, laut. (viii) Grafem digunakan juga pada suku kata akhir yang ditutupi konsonan , , , sekiranya hadir sebagai unsur kedua bagi vokal rangkap dengan /a/ misalnya jauh, sauk. Terdapat tiga bunyi diftong dalam sistem ZaÊba, iaitu /ai/, /au/, dan /oi/ yang dilambangkan dengan , , dan . Diftong wujud dalam suku kata terbuka. Diftong yang hadir selepas vokal dapat dilihat pada perkataan yang berikut : piai, kiai, Riau, buai, muai. Fonem

Grafem

Contoh Kata

/ai/



murai, kedai, tapai

/au/



kachau, surau, pisau

/oi/



kaloi, amboi, tampoi

Huruf konsonan pula, senarai grafem Rumi dibahagikan kepada empat kumpulan berdasarkan pada pemadanan dengan huruf Jawi seperti yang berikut: 1.

Huruf Rumi tunggal yang sepadan dengan dua huruf Jawi

Ρ ̭ ι Ε υ

ϫ ϕ ι ρ ί

142 X

2.

TOPIK 7

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

Digraf Rumi yang sepadan dengan huruf jawi tunggal Ι Ν.. Υ Ι ε ύ ν Ϋ



3.

Tanda koma di atas kiri  yang disepadankan dengan huruf ain dan sebagai tanda bagi bunyi vokal nasal.

4.

Grafem Jawi tunggal yang lain yang sepadan satu lawan-satu dengan huruf Jawi.



Ώ Ω ϑ ̱ Ν ϝ ϡ ϥ ‫׃‬ έ ϭ ϱ

Huruf , , dan tidak digolongkan sebagai grafem Rumi kerana digunakan bagi kata daripada bahasa Inggeris sahaja.

7.3.2

Ejaan Rumi Kongres

Ejaan Kongres dihasilkan berasaskan persetujuan yang dicapai dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang diadakan pada 16 -21 September 1956 yang membincangkan perkembangan bahasa Melayu. Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi bahasa Melayu pada sidang tersebut telah membuat 16 ketetapan tentang ejaan bahasa Melayu, dan dua ketetapan tentang bunyi bahasa dan satu ketetapan tentang tulisan Jawi. Oleh itu kertas kerja Asraf mencadangkan perkara-perkara yang berikut (Abdul Jalil Haji Anuar : 1999):

TOPIK 7

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI W 143 BAHASA MELAYU

(i)

Satu sistem yang lebih baik serta praktis perlu difikirkan dan diwujudkan dalam pelaksanaan.

(ii)

Sistem ejaan baku ini haruslah semudah-mudahnya tetapi tidak harus dipermudah-mudahkan.

(iii) Ejaannya haruslah merupakan ejaan persekutuan yang boleh dijadikan dasar untuk penyatuan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang sebenarnya satu dan sama sahaja, atau sekurang-kurangnya pokok dasar serta asalnya sama, iaitu bahasa Melayu. Sistem Ejaan Kongres menurunkan peraturan mengeja dalam huruf Rumi menggunakan kaedah yang berikut: (a)

Huruf vokal diberi nama yang sama nilai bunyi fonemnya misalnya a diberi a seperti a dalam anak. Vokal dalam sistem ini terdiri daripada a,e,é,i,o dan u. Vokal e terdiri daripada dua bentuk, iaitu e yang tidak bertanda seperti pada emak, lemak, semak. Vokal ini diberi nama e pepet. Satu lagi vokal ialah vokal e yang diberi tanda di atas (é) . Huruf e bertanda ini diberi nama e taling misalnya sémak, lépak, léhér. Penggunaan e tanpa tanda lebih banyak daripada é bertanda.

(b)

Konsonan pula diberi nama setelah mendapat bantuan daripada vokal a. Konsonan asli dalam sistem ejaan ini berjumlah 17. Konsonan yang dimaksudkan ialah /b/, /c/, /d/, /h/, /j/, /k/, /l/, /m/, /n/, /ƾ/, /ŏ/, /p/, /q/, /r/, /s/, /t/, dan /w/. Konsonan /f/, /g/, /v/, /x/ dan /z/ digolongkan ke dalam konsonan pinjaman kerana konsonan tersebut hanya digunakan apabila mengeja kata pinjaman.

Penggunaan vokal dalam bahasa Melayu berlaku apabila: (a)

Sesuatu perkataan terdiri daripada satu suku kata.

(b)

Sesuatu suku kata dapat digambarkan dengan satu vokal sahaja, atau pun huruf vokal bersama satu huruf konsonan, baik konsonan itu berada di hadapan atau di belakang vokal letaknya, atau pun dengan satu vokal di tengah-tengah dua huruf konsonan.

(c)

Apabila dua huruf vokal yang sama atau tidak sama berdekatan letaknya, maka itu bererti dua suku kata.

(d)

Satu suku kata panjang banyak mengandungi dua konsonan, tetapi tidak lebih daripada satu vokal.

(e)

Jika vokal terletak di hadapan konsonan, maka satu suku kata yang terjadi daripada kombinasi itu disebut suku kata mati. Jika vokal itu di belakang, suku kata itu disebut suku kata hidup.

144 X

TOPIK 7

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

Konsonan yang digunakan dalam ejaan ini seperti ejaan lain, iaitu hendaklah diikuti oleh vokal. Dalam sistem ejaan ini, tidak dibenarkan membentuk konsonan kluster kecuali untuk kata pinjaman daripada bahasa Barat. Bagi kata yang berasal daripada bahasa Arab, kata tersebut hendaklah dieja mengikut peraturan ejaan Rumi Bahasa Melayu. Satu ketetapan yang ditetapkan ialah menggunakan sistem fonologi (maksudnya fonemik) bukan fonetik, iaitu melambangkan satu fonem dengan satu grafem atau huruf sahaja. (a)

Fonem /h/ yang terdapat pada awal kata boleh digugurkan jika dengan berbuat demikian tidak menimbulkan keraguan.

(b)

Fonem /h/ pada tengah tidak boleh digugurkan jika diapit oleh vokal yang sama.

(c)

Fonem /h/ boleh dikekalkan atau dihilangkan apabila diapit oleh vokal yang tidak sama.

(d)

Fonem /h/ boleh digugurkan pada tengah kata setelah dipastikan memang tidak ada fonem /h/ pada katanya yang asal.

(e)

Fonem /h/ pada akhir kata tidak boleh digugurkan kecuali memang fonem tersebut todak ada pada katanya yang asal.

Penggunaan sempang (-) dalam sistem ejaan ini adalah untuk: (a)

Memisahkan kata apabila kata itu tidak lengkap ditulis kerana sudah sampai ke hujung baris.

(b)

Menulis kata ulang.

(c)

Menyambung beberapa kata majmuk.

Penulisan huruf besar dalam sistem ejaan ini sama dengan sistem ejaan yang baik, tetapi hanya tidak pernah digunakan secara rasmi. Sistem ejaan ini hanya digunakan oleh anggota ASAS 50 dalam karya mereka.

7.3.3

Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu

Pada 27 Jun 1967, satu keputusan muktamad mengenai satu sistem ejaan baru yang ilmiah, praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia telah dicapai. Rundingan mengenai persetujuan sistem ejaan Bahasa MalaysiaIndonesia itu telah dihadiri oleh Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan Malaysia yang dipengerusikan oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail (Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka) dengan Kumpulan Ahli Bahasa KOTI (Komando Tertinggi Indonesia) yang diketuai oleh Nyonya S. W. Ruddjiati Muljadi.

TOPIK 7

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI W 145 BAHASA MELAYU

Dalam rundingan itu beberapa perkara telah dibahas bersama secara ilmiah dan mendalam dengan memerhatikan sepenuhnya kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam masyarakat kedua-dua negara. Hasil pertukaran fikiran dan pendapat serta penelitian dan pengolahan bersama, kedua-dua pihak telah mencapai kesimpulan dan persefahaman bahawa perkembangan ejaan dalam kedua-dua bahasa adalah hal yang wajar dan sesuai dengan tuntutan kemajuan ilmiah dan keperluan praktikal. Pengertian bersama juga telah dicapai mengenai hubungan antara Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia yang perlu ditingkatkan lagi melalui semua saluran, baik pertuturan mahupun tulisan. Kesemuanya itu adalah dalam rangka usaha mencapai cita-cita bersama antara rakyat Indonesia dan Malaysia. Kempen-kempen memberikan penerangan mengenai Ejaan Bersama itu ke seluruh negara telah dijalankan melalui akhbar-akhbar, radio, televisyen serta melalui majalah-majalah, dan ceramah-ceramah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Dengan tercapainya keputusan muktamad yang ditandatangani oleh kedua belah pihak itu pada hari ini dalam tahun 1967, maka terciptalah Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia, dan pelaksanaannya adalah bergantung kepada penerimaan serta pengesahannya dari kerajaan kedua-dua buah negara. Pada 16 Ogos 1972, Sistem Ejaan Baharu bagi Bahasa Malaysia-Indonesia telah dilancarkan penggunaannya oleh Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein, di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Turut hadir dalam upacara pelancaran ini ialah Menteri Pelajaran, Encik Hussein Onn, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Tuan Haji Sujak b. Rahiman dan Tan Sri Syed Nasir Ismail. Pelancaran penggunaan sistem Ejaan Baharu ini adalah hasil daripada persetujuan antara Malaysia dan Indonesia yang sejak dahulu lagi citacita menyediakan satu sistem ejaan yang sama dengan menggunakan bahasa yang sama dan memberi faedah kepada kedua-dua negara. Di samping itu, ini juga bertujuan memperbaiki sistem ejaan Rumi Bahasa Malaysia dan menyesuaikannya dengan unsur-unsur dan perkembangan-perkembangan yang telah mempengaruhi bahasa Malaysia sejak beratus tahun. Sejarah perkembangan tulisan Rumi ini bermula pada tahun 1902, apabila tulisan Rumi yang pertama telah disusun oleh Jawatankuasa Ejaan R.J. Wilkinson. Sistem ini kemudiannya diperbaiki oleh Pendita Zaaba dan dikenali sebagai Sistem Ejaan Sekolah. Sistem ini dijadikan tulisan rasmi sehingga beberapa tahun. Ketika Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga diadakan di Singapura dan Johor Bahru pada tahun 1956 satu sistem ejaan yang dinamakan Ejaan Kongres telah dibentuk. Malangnya, sistem ini tidak dapat dilaksanakan kerana terdapat beberapa huruf di dalam sistem ini yang agak sukar untuk diikuti.

146 X

TOPIK 7

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

Pada tahun 1959 sistem Ejaan Malindo diperkenalkan setelah beberapa rundingan diadakan antara Malaya dan Indonesia tetapi sistem ini tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Kemudiannya pada tahun 1966, Kerajaan telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Syed Nasir Ismail. Jawatankuasa ini telah mengadakan siri-siri rundingan baru dengan Indonesia sehingga tercapai persetujuannya pada 27 Jun 1967 dan ini dikenali sebagai Sistem Ejaan Bersama Malaysia/Indonesia. Perlaksanaan sistem ini juga terpaksa ditangguh sehingga bulan Jun 1972, satu rombongan Malaysia yang diketuai oleh Tuan Haji Sujak b. Rahiman telah pergi ke Indonesia dan mengadakan rundingan dengan Pendita Ejaan Bahasa Indonesia yang diketuai oleh Ibu Dra. Mulyadi. Kedua-dua pihak akhirnya bersetuju berdasarkan kepada semangat keputusan 1967. Akhirnya pada tahun 1972, Sistem Ejaan Bahasa Malaysia-Indonesia dilancarkan penggunaannya. Ejaan baru ini akan bertugas sebagai alat yang akan mengawal perkembangan serta pertumbuhan bahasa Malaysia selanjutnya di masa depan. Ini adalah satu kejayaan yang amat besar maknanya bagi masa hadapan keduadua bahasa Malaysia-Indonesia. Dengan adanya sistem ejaan baharu ini, tidak akan timbul lagi masalah sistem ejaan yang harus diikuti dan digunakan terutama di sekolah-sekolah dan media massa.

PUEBM (1975) telah menetapkan lima perkara dalam ejaan Rumi bahasa Melayu, iaitu: (i)

(ii)

Pemakaian huruf: (a)

Senarai abjad Rumi yang dipakai;

(b)

Lima huruf vokal a,e,i,o,u dan pola keserasian vokal dalam suku kata pertama dan akhir tertutup, iaitu vokal u dan i digunakan pada suku kata akhir tertutup jika vokal pada suku kata bukan akhir bukan o atau u, dengan satu kekecualian yang tidak mematuhi keserasian itu, iaitu dalam ejaan kata pinjaman, sama ada dari Asia atau Barat (misalnya aneh, lakon, pamer, perabot, tulen, traktor, karbon)

(c)

Tiga diftong yang dilambangkan oleh tiga pasangan huruf vokal, iaitu ai, au, dan oi.

(d)

Huruf konsonan yang berjumlah 26 termasuk q dan x bagi menulis istilah dan huruf k untuk melambangkan huruf Jawi Ain dan Hamzah, iaitu b,c,f,g,gh,h,j,k,l,m,n,ng,ny,p,q,r,s,sy,t,v,x,y,z.

Senarai gugus konsonan untuk mengeja kata/istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa asing yang lain dan juga senarai pola persukuan kata bahasa Melayu.

TOPIK 7

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI W 147 BAHASA MELAYU

(iii) Penulisan nama khas tempat, orang dan sebagainya disesuaikan dengan pedoman ejaan baharu ini, kecuali jika ada pertimbangan khusus untuk mengekalkannya. (iv) Kaedah penulisan huruf, iaitu huruf besar yang mempunyai 12 kaedah dan huruf miring yang mengandungi tiga kaedah ejaan. (v)

Penulisan yang terdiri daripada:

(a)

Kata dasar yang dieja terpisah

(b)

Kata turunan, iaitu dibentuk daripada imbuhan dengan kata dasar yang dieja secara bercantum kecuali jika bentuk imbuhan yang dipinjam diletakkan di hadapan huruf besar, maka dieja dengan sempang (panAfrikan, pan-Asian)

(c)

Kata gandaan yang dieja menggunakan sempang di antara bentuk yang diganda dan angka dua tidak boleh digunakan.

(d)

Kata ganti singkatan ku, kau, mu dan nya ditulis serangkai dengan perkataan yang mendahulu atau mengikutinya.

(e)

Kata depan di, ke dan dari ditulis terpisah daripada perkataan yang mengikutinya.

(f)

Kata panggilan si dan sang dieja terpisah.

(g)

Partikel lah, kah, tah dieja berangkai dengan perkataan yang mendahuluinya, manakala pun dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang pada kelazimannya ditulis bercantum misalnya adapun, walaupun, bagaimanapun.

(h)

Kata gabungan dieja dengan dua cara, iaitu secara terpisah dan secara bercantum. Kata yang dieja terpisah terbahagi kepada tiga bentuk, iaitu bentuk rangkai kata umum termasuk istilah (air hujan, kapal terbang), bentuk parataksis atau rangkai setara (hidup, mati, ibu, bapa), dan bentuk simpulan bahasa (buah hati, anak emas). Kata yang dieja berangkai pula terdiri daripada beberapa bentu. Pertama, semua bentuk gabungan yang dieja terpisah apabila menerima gabungan apabila menerima imbuhan hendaklah ditulis bercantum. Kedua, gabungan kata yang sudah dianggap sebagai satu kata yang tersenarai sepenuhnya dalam daftar ejaan Rumi Bahasa Malaysia tetap dieja sebagai satu perkataan kecuali yang tidak tersenarai, dieja terpisah. Ketiga, gabungan kata yang dieja terpisah apabila digandakan hanya bahagian pertama kata yang diulang.

Bahagian akhir dalam sistem ejaan adalah yang berkaitan dengan tanda baca. Aspek yang diperkatakan ialah penggunaan tanda titik, tanda koma, tanda koma bertindih, tanda sempang, pisah elipsis, tanya, tanda kurung, tanda kurung siku, tanda petik, tanda petik tunggal, tanda ulang, tanda garis miring dan penyingkat.

148 X

TOPIK 7

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

Pada tahun 1981, Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia telah diterbitkan dan sentiasa dikemas kini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia mempunyai beberapa siri cetakan terbaharu dan juga dikemaskinikan oleh DBP melalui persetujuan Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia yang sekretariatnya juga ialah DBP. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa perkembangan tulisan bahasa Melayu kini sentiasa dipantau dan diawasi perkembangannya selari dengan perkembangan ilmu semasa.

AKTIVITI 7.2 (a)

Bezakan antara ejaan kongres dan ejaan ZaÊba.

(b)

Bincangkan tentang kemunculan Ejaan Universiti Malaya yang dilaksanakan di Universiti Malaya pada 1 Januari 1971.

SEMAK KENDIRI 7.2 Bincangkan peranan ZaÊba dalam perkembangan tulisan Rumi bahasa Melayu.

7.4

PEDOMAN EJAAN KATA PINJAMAN BAHASA MELAYU

Dalam proses perkembangan bahasa Melayu, banyak pengaruh daripada dunia Melayu telah menyerap masuk khususnya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Secara kasar kata pinjaman bahasa Inggeris dapat dikelaskan kepada dua golongan, iaitu kata-kata yang telah meresap masuk sejak dahulu lagi. Kata-kata ini tidak dirancang pengambilannya. Oleh itu, kata ini tidak menunjukkan ejaan yang seragam malah ada yang telah disesuaikan dengan sebutan lidah Melayu misalnya preman, joli, buku, sekolah dan lain-lain. Kumpulan kedua ialah katakata yang dirancang pengambilannya khususnya istilah. Ejaan kata-kata ini lebih mirip kepada ejaan asal dalam bahasa Inggeris misalnya asid, aktiviti, diploma, kritik dan lain-lain. Kaedah penulisan kata pinjaman bahasa Inggeris ini mengikut pola yang telah ditentukan. Pemilihannya tidak terbatas kepada umum sahaja tetapi juga meliputi istilah dalam bidang khusus. Pola-pola tersebut ialah: 1. aȱ ȱ tetapȱȱ ȱ aȱ albumȱ ȱ ȱ ȱ albumȱ plasticȱ ȱ ȱ ȱ plastikȱ

TOPIK 7

2.

ȱȱ 3.

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI W 149 BAHASA MELAYU

aȱ ȱ menjadiȱȱ eȱ (bagiȱkataȬkataȱyangȱtelahȱlamaȱterserapȱkeȱdalamȱBM)ȱ acreȱ ȱ ȱ ȱ ekarȱ agentȱ ȱ ȱ ȱ ejenȱ allowanceȱ ȱ ȱ elaunȱ appleȱ ȱ ȱ ȱ epalȱ ȱȱ ȱ ai campaign mail train mosaic

menjadi

e kempen mel tren mosaik

kecuali bagi trailer tetap dieja trailer 4.

au audit auditorium autonomy

5.

c (sebelum vokal a,u,o konsonan) dilafazkan sebagai (k) menjadi (k) classic menjadi klasik coat kot cocoa koko cube kiub

6.

c (sebelum e, i, dan y) yang dilafazkan sebagai (s) menjadi (s) ceiling menjadi siling cent sen circus sirkus

7.

cc menjadi account accordian

8.

ch yang dilafazkan (c) charge chart March

tetap menjadi

au audit auditorium autonomi

k akaun akordian menjadi

(c) caj carta Mac

150 X

TOPIK 7

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

9.

ch yang dilafazkan sebagai (k) menjadi (k) architect menjadi arkitek mechanic mekanik scheme skema

10.

cl classic clinic clause

menjadi

kl klasik klinik klausa

kecuali class dan club menjadi kelas dan kelab 11.

e economy electric emotion

12.

e (yang tidak dibunyikan) pada akhir kata digugurkan arcade menjadi arked brake brek cake kek case kes

13.

e (yang tidak dibunyikan) pada akhir kata menjadi a caste menjadi kasta note nota scale skala

14.

ea tetap ea creative gear ideal

15.

tetap

e ekonomi elektrik emosi

menjadi

kreatif gear ideal

ea yang dilafakan (i) menjadi i beefsteak menjadi bifstik cream krim peas pis kecuali sergeant menjadi sarjan

16.

ee menjadi beer menjadi jeep puree

i bir jip puri

TOPIK 7

17.

ei tetap ei atheist protein

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI W 151 BAHASA MELAYU

menjadi

ateis protein

kecuali receipt menjadi resit 18.

19.

eo tetap eo geometry neon stereo eu tetap eu neutral petroleum

menjadi

geometri neon stereo

menjadi

neutral petroleum

kecuali amateur dan museum menjadi amatur dan muzium 20.

ew menjadi u pewter menjadi screw

piuter skru

kecuali stew tetap stew 21.

f tetap f fact focus formal

menjadi

fakta fokus formal

kecuali fiesta dan freeman menjadi pesta dan preman 22.

g tetap g gas menjadi glass goal

gas gelas gol

kecuali bagi kata yang sudah lama terserap ke dalam BM seperti general, margarine, giraffe menjadi jeneral, majerin, zirafah. 23.

i tetap i individual script unit

menjadi

kecuali pencil menjadi pensel

individu skrip unit

152 X

TOPIK 7

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

24.

i yang dilafazkan sebagai (ai) menjadi ai file menjadi fail pipe paip slide slaid

25.

ia tetap ia dialect piano radiator

26.

ie tetap ie diesel oriental orientation

menjadi

dialek piano radiator

menjadi

diesel oriental orientasi

kecuali bagi kata fiesta, plier dan science menjadi pesta, playar dan sains. 27.

28.

29.

30.

31.

ie pada akhir kata menjadi i calorie menjadi coolie

kalori kuli

io tetap io polio radio studio

polio radio studio

iu tetap iu aquarium premium stadium ng tetap ng congress singlet dubbing o tetap o note editor sector

menjadi

menjadi

akuarium premium stadium

menjadi

kongres singlet dabing

menjadi

nota editor sektor

TOPIK 7

32.

33.

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI W 153 BAHASA MELAYU

oa menjadi o boat menjadi cocoa goal

bot koko gol

oo yang dilafazkan (u) menjadi u monsoon menjadi monsun cartoon kartun taboo tabu kecuali book menjadi buku

34.

ou yang dilafazkan (u) atau (e) menjadi u coupon menjadi kupon journal jurnal soup sup

35.

ou yang dilafakan (au) menjadi au counter menjadi kaunter pound paun accountant akauntan

36.

q menjadi k quiz squash squadron

37.

38.

s tetap s gas stamp salad

menjadi

kuiz skuasy skuadron

menjadi

gas setem salad

sc menjadi sk scale menjadi scope script

skala skop skrip

sc dilafazkan (s) bagi science menjadi sains 39.

sch menjadi sk scheme scolastic

menjadi

kecuali school menjadi sekolah

skema skolastik

154 X

40.

41.

42.

TOPIK 7

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

th menjadi t ethics menjadi marathon theory

etik maraton teori

u menjadi a bus custom truck

menjadi

bas kastam trak

menjadi

kusyen republik universiti

u tetap u cushion republic university

43.

u yang dilafazkan (iu) menjadi iu cube menjadi kiub fuse fius tube tiub

44.

ue di akhir kata menjadi u glue menjadi issue

glu isu

45.

ue di akhir kata (selepas q atau g) digugurkan antique menjadi antik cheque cek catalogue katalog

46.

ui menjadi u biscuit juice recruit

47.

menjadi

biskut jus rekrut

v menjadi b (bagi kata-kata yang telah lama terserap ke dalam BM dan telah mantap ejaannya) governor menjadi gabenor private prebet violin biola

TOPIK 7

48.

49.

v tetap v novel vitamin university

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI W 155 BAHASA MELAYU

menjadi

novel vitamin universiti

x yang tidak terletak pada awal kata menjadi ks express menjadi ekspres maximum maksimum sex seks tetapi x di awal perkataan tetap x seperti x-ray

50

y yang tidak terletak pada awal kata menjadi i harmony menjadi harmoni lorry lori

51.

y yang dilafazkan sebagai (ai) menjadi ai style menjadi stail type taip kecuali nylon menjadi nilon

52.

z tetap z zinc zip

menjadi

zink zip

53.

Konsonan ganda menjadi konsonan tunggal aggresive menjadi agresif battery bateri lorry lori

54.

Kata yang terdiri daripada suku kata ditambah a di hujungnya lens menjadi lensa lymph limpa pulpa palpa kecuali bag (beg), brake (brek), gas (gas), golf (golf) film (filem), plan (pelan)

156 X

TOPIK 7

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

AKTIVITI 7.3 Huraikan bagaimanakah ejaan akhir kata pinjaman bahasa Inggeris dieja.

SEMAK KENDIRI 7.3 Huraikan peraturan yang telah ditetapkan oleh JKTBM dalam pengejaan kata pinjaman dalam bahasa Melayu.

Ć

Orang pertama yang menggunakan tulisan Rumi ialah David Barbosa pada tahun 1516 (Mohd. Naim Daipi, 1990:28) di Melaka, iaitu setelah Melaka ditawan oleh Portugis pada tahun 1511.

Ć

Perkataan Melayu yang mula-mula dicatat oleh Pigafetta mengandung lebih kurang 426 perkataan dengan beberapa perkataan tempatan yang lain. Perkataan ini dikatakan dikumpul daripada seorang hamba kepada Magellan yang bernama Hendrick, seorang Melayu Sumatera.

Ć

Cornelius de Houtman, seorang pelayar Belanda pada abad ke-16 pula telah menghasilkan senarai perkataan bahasa Melayu yang ditulis dalam skrip Rumi. Senarai terkumpul semasa beliau berada dalam penjara setelah ditangkap oleh Sultan Bantam III, pangeran Muhamad setelah berkonflik dengan baginda kerana kekasaran rombongan Belanda.

Ć

ZaÊba telah membahagikan fonem vokal yang diistilahkan sebagai „huruf saksi‰ (istilah Wilkinson 1903) kepada enam bunyi yang dilambangkan dengan enam huruf vokal.

Ć

Ejaan Kongres dihasilkan berasaskan persetujuan yang dicapai dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang diadakan pada 16-21 September 1956 yang membincangkan perkembangan bahasa Melayu. Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi bahasa Melayu pada sidang tersebut telah membuat 16 ketetapan tentang ejaan bahasa melayu, dan dua ketetapan tentang bunyi bahasa dan satu ketetapan tentang tulisan Jawi.

Ć

Penulisan huruf besar dalam sistem ejaan ini sama dengan sistem ejaan yang baik, tetapi hanya tidak pernah digunakan secara rasmi. Sistem ejaan ini hanya digunakan oleh anggota ASAS 50 dalam karya mereka.

TOPIK 7

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI W 157 BAHASA MELAYU

Ć

Pada 27 Jun 1967 satu keputusan muktamad mengenai satu sistem ejaan baru yang ilmiah, praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia telah dicapai. Rundingan mengenai persetujuan sistem ejaan Bahasa Malaysia-Indonesia itu telah dihadiri oleh Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan Malaysia yang dipengerusikan oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail (Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka) dengan Kumpulan Ahli Bahasa KOTI (Komando Tertinggi Indonesia) yang diketuai oleh Nyonya S. W. Ruddjiati Muljadi.

Ć

Pada 16 Ogos 1972, Sistem Ejaan Baharu bagi Bahasa Malaysia-Indonesia telah dilancarkan penggunaannya oleh Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein, di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Cornelius de Houtman Fonem Grafem Huruf saksi Kata pinjaman Konsonan Pedoman umum ejaan rumi

Pigafetta Thomas Bowrey Van Ophuijsen Vokal Wilkinson ZaÊba

x

Amat Juhari Moain. (1992). Perkembangan Penggunaan Tulisan dalam Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa, November 1992 hlm. 1060-1967.

x

Hashim Musa. (2006). Epigrafi Melayu: Sejarah sistem tulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

x

Ismail Dahaman. (2007). Ejaan rumi sepanjang zaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

x

Ismail Dahaman (1991). Ejaan rumi Wilkinson (1904) dlm. Jurnal Bahasa, Februari 1991 hlm. 115- 126.

x

Ismail Dahaman. (1991). Ejaan rumi selepas ejaan ZaÊba. Jurnal Bahasa, Jun 1991 hlm. 507-522.

x

Ismail Dahaman. (1991). Ejaan rumi selepas ejaan rumi baharu. Jurnal Bahasa, September 1991 hlm. 791-810.

158 X

x

TOPIK 7

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu 1975. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

x

Arkib Negara: Hari Ini dalam sejarah

x

http://hids.arkib.gov.my/doc/2003/jun/27_06_1967_2003.htm) pada 1 Julai 2008.

dipetik