PENGENALAN: SIMPOSIUM KEBANGSAAN TEKNOLOGI

Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) Kertas kerja 7 Reka Bentuk Inovatif Dari Perspektif Harta ... Majlis Makan Malam Khas dan Persembahan Kebudayaan Nege...

22 downloads 488 Views 897KB Size
PENGENALAN: SIMPOSIUM KEBANGSAAN TEKNOLOGI REKA BENTUK INOVATIF 2014 Program ini merupakan program tahunan FRIM yang diadakan secara bersepadu dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, kementerian, IPTA termasuk syarikat swasta/korporat terpilih dan merupakan tahun ketiga dianjurkan. Pemilihan negeri Melaka adalah menepati kerana mempunyai kepelbagaian sejarah serta budaya termasuk kaya dengan sejarah, kebudayaan, seni ukiran/seni bina/seni kraf tangan tradisional dan makanan tradisionalnya yang unik juga mencerminkan kesejahteraan dan keharmonian sebagai khazanah warisan negara yang sangat berharga. FRIM mempunyai kepakaran dalam bidang penyelidikan perhutanan tropika yang telah diiktiraf di peringkat global. Pemilihan semua pihak bekerjasama di sini menepati memandangkan setiap pihak terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam usaha memperkasa budaya kreativiti dan inovasi. Reka bentuk tidak hanya merujuk kepada penghasilan sesuatu produk di peringkat akhir, tetapi juga merangkumi semua proses-proses yang terlibat dari awal hingga dihasilkan dan berkaitan pelbagai bidang/ilmu kepakaran lain yang digabungkan.

OBJEKTIF Menggabungkan kepakaran saintis FRIM dalam bidang penyelidikan hutan tropika dan lain-lain jabatan dan agensi kerajaan, kementerian dan IPTA termasuk pihak korporat/swasta terpilih dalam memberi pendedahan tentang kepelbagaian teknologi penyelidikan/saintifik oleh para saintis FRIM termasuk kepakaran dari lain-lain pihak bekerjasama dalam membantu memberi kesedaran tindakan bersangkutan daya kreativiti dan inovasi khususnya dalam penghasilan kerja-kerja penyelidikan, pengurusan/pentadbiran, pendidikan, seni bina dan hiasan dalaman (bangunan, rumah, muzium dan galeri), landskap, periklanan, penjenamaan, penerbitan, percetakan, IT (sistem/aplikasi/’website’/multimedia/animasi), ‘packaging’, reka bentuk industri/produk/kraf tangan/grafik/imej korporat dan lain-lain bersangkutannya secara bersepadu dengan kepelbagaian kaedah atau teknik yang betul/sesuai di peringkat awal perancangan akan dapat membantu sesuatu ‘output’ agar nilai yang sedia ada tidak susut untuk satu jangka masa panjang. Keperluan penyelidikan sebelum penghasilannya sehingga pengurusan rekod/ pendokumentasian data/maklumat juga membantu mencegah berlaku penambahan kos yang tinggi.

KUMPULAN SASARAN Program ini ditawarkan khusus kepada penjawat awam dari pelbagai agensi dan jabatan kerajaan termasuk kementerian, IPTA/IPTS dan pihak korporat/swasta yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penyelidikan, pengurusan/pentadbiran, pendidikan, seni bina dan hiasan dalaman (bangunan, rumah, muzium dan galeri), landskap, periklanan, penjenamaan, penerbitan, percetakan, IT (sistem/aplikasi/‘website’/multimedia/animasi), ‘packaging’, rekabentuk industri/ produk/kraf tangan/grafik/imej korporat dan lain-lain bersangkutannya.

KAEDAH PENYAMPAIAN Program ini dilaksanakan dalam bentuk teori dan praktikal termasuk lawatan rasmi jabatan dan lawatan tapak ke beberapa lokasi terpilih. Penyampaian adalah dalam Bahasa Inggeris / Bahasa Malaysia.

JANGKA MASA 4 hari (8.00 pagi hingga 5.00 / 5.30 petang)

PENCERAMAH / FASILITATOR Penceramah terdiri daripada kalangan profesional, mempunyai kelulusan serta kepakaran yang telah diiktiraf sehingga di peringkat antarabangsa dan berpengalaman luas sebagai pentadbir, pengurus, penyelidik, penceramah/fasilitator dan pensyarah di IPTA/IPTS.

ATUR CARA 3/11//2014 (Isnin) Ucapan Alu-Aluan dan Pengenalan Simposium Teknologi Reka Bentuk Inovatif 2014 Oleh Y.Brs.Dr. Mohamed Nor Mohd Yusoff Pengerusi Bersama Simposium Teknologi Reka Bentuk Inovatif 2014 Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Ucapan Alu-Aluan YB Datuk Wira Hj. Md Yunos Husin Pengerusi Bersama Simposium Teknologi Reka Bentuk Inovatif 2014 Jabatan Ketua Menteri Melaka Kertas kerja 1 Melakar Strategi Penyelidikan Y.Bhg. Dato’ Dr. Marzalina Mansor Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Kertas kerja 2 Meterai Hijau (Melaka Green Seal) Reka Bentuk Pembangunan Bandar Hijau Negeri Melaka Kamaruddin Mohd Shah Perbadanan Teknologi Hijau Melaka Kertas kerja 3 Sungai Melaka - Dari Kekotoran Kepada Keindahan (Melaka River From Dirt to Gold) Satu Transformasi Reka Bentuk Sungai Y.Bhg. Datuk Baharom Majid Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka Majlis Perasmian Simposium Teknologi Reka Bentuk Inovatif Sesi bergambar Lawatan ke tapak pameran khas Sidang akhbar Kertas kerja 4 Cabaran dan Harapan Pendekatan Inovatif Dalam Dunia Pendidikan Y.Bhg. Prof. Datuk Dr.Baharuddin Haji Puteh Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) Kertas kerja 5 Animation Industry: Unleash the Potential of the Industry Yang Mee Eng Multimedia Development Corporation Sdn.Bhd.(MDeC) Kertas kerja 6 Transformasi Perniagaan Kampung ke Peringkat Antarabangsa melalui Pembungkusan Omar Osman Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) Kertas kerja 7 Reka Bentuk Inovatif Dari Perspektif Harta Intelek Norhayati Hassan SIRIM Bhd.

Majlis Makan Malam Khas dan Persembahan Kebudayaan Negeri Melaka Anjuran Jabatan Ketua Menteri Melaka 4/11/2014 (Selasa) Kertas kerja 8 Pembikinan Senireka Bentuk Songket ke Persada Dunia Drs. Mohd Nasruddin Abd. Rahman Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) Kertas kerja 9 Prinsip Perletakan Motif dan Ragam Hias Pada Rumah Tradisional Melaka Prof. Dr. Mohd Sabrizaa Abd Rashid Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak Kertas kerja 10 Ilmu Reka Bentuk dan Teras Penciptaan dalam Organisasi Prof. Dr. Khairul Aidil Azlin Abd. Rahman Universiti Putra Malaysia (UPM) Kertas kerja 11 The Advancement of Rapid Prototype for Ornamental Design Nuzairi Yasin MIMOS Berhad Kertas kerja 12 Transformasi Lanskap: Ciptaan Keunggulan Mohd Taib Hj. Zin Jabatan Lanskap Negara Kertas kerja 13 Drs. Shamsuddin Ahmad Lembaga Muzium Negeri Sembilan Kertas kerja 14 Reka Bentuk Warisan Dalam Reka Bentuk Dalaman Mohd Amin Mohd Yussoff EA Alam Reka Bentuk Sdn.Bhd. Kertas kerja 15 Inovasi Senibina Kabin Buluh Modular Abd. Rahim M. Ismail Design Principles Sdn. Bhd. 5/11/2014 (Rabu) Lawatan tapak & riadah (siang): Lawatan ke Kampung Warisan Mortem, Melaka disertai aktiviti pembuatan kraf tangan dan makanan tradisional dodol Melaka, seni permainan tradisional Melaka, seni pantun Melaka dan seni tarian dan silat tradisional Melaka Oleh Tourism Malaysia Melaka dan Jabatan Ketua Menteri Melaka Lawatan / Riadah (malam): Menaiki bot meyusuri Sg. Melaka Oleh Tourism Malaysia Melaka dan Jabatan Ketua Menteri Melaka 6/11/2014 (Khamis) Lawatan riadah (siang): Pusat jualan produk kraf tangan Melaka