TERHADAP ETIKA PERUBATAN

Download Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari. ISSN 2289 6325 Bil. 14 2017 ... agak baru di Malaysia dan ianya mengkaji mengenai isu-isu yang be...

0 downloads 363 Views 678KB Size
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari ISSN 2289 6325

Bil. 14 2017 (Januari)

Pengetahuan, Sikap dan Kesedaran Pelajar Perubatan Tahun Pertama Universiti Putra Malaysia (UPM) terhadap Etika Perubatan: Satu Deskriptif dan Penemuan Nurdeng Deuraseh Fatin Nur Majdina Nordin Abstrak Kajian ini merupakan satu tinjauan awal pengkaji tentang kesediaan pelajar perubatan tahun pertama UPM dari aspek pengetahuan, sikap dan kesedaran terhadap etika perubatan. Tujuan utama kajian ialah untuk mengkaji dan mengenal pasti tahap pengetahuan, minat dan kesedaran pelajar perubatan UPM terhadap etika perubatan. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menentukan tahap kesediaan pelajar perubatan UPM dalam menerapkan etika perubatan sebagai amalan utama dalam profesion mereka untuk kesejahteraan masyarakat. Data kajian telah diperolehi secara kuantitatif melalui kaedah soal selidik. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 88 responden yang terdiri daripada pelajar tahun pertama kursus perubatan di UPM. Data dianalisis menggunakan simple descriptive statistic. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan pelajar perubatan tahun pertama UPM terhadap etika perubatan adalah sederhana. Tahap kesedaran dalam mengenalpasti tahap kepentingan etika perubatan dalam institusi perubatan juga sederhana. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa kebanyakan responden mempunyai minat yang tinggi terhadap etika perubatan sekaligus memberi kesimpulan bahawa etika perubatan amatlah penting dalam sesebuah institusi perubatan khususnya bagi pengamal perubatan itu sendiri. Kata kunci: etika, perubatan, pengetahuan, minat, kesedaran Abstract This study is a preliminary research about the readiness of first-year medical student of UPM on knowledge, attitude and awareness of medical ethics. The main objective of the study was to assess and identify the level of knowledge, interest and awareness of UPM medical students on medical ethics. In addition, this study also aims to determine the readiness of UPM medical students in medical ethics as applied in the main practice of their profession for the sake of public welfare. The data was obtained quantitatively through distribution of questionnaires to 88 respondents from first-year students in medical courses UPM. Data were analyzed using simple descriptive statistics. The study indicated that the level of knowledge of the first year UPM medical students to medical ethics is moderate. The level of awareness of the importance of medical ethics in medical institutions is also moderate. In a nutshell, the study shows that majority of the respondents have a high interest in medical ethics, at the same time give the conclusion that medical ethics is essential in a medical institution especially for the medical practitioners itself.

1

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari ISSN 2289 6325

Bil. 14 2017 (Januari)

Keywords: ethics, medicine, knowledge, interest, awareness Pengenalan Etika merupakan satu panduan kepada individu dan masyarakat untuk membina, meningkat dan mempertahan integriti, kejujuran dan maruah dalam menjalankan tugasan profesion masing-masing. Setiap kod etika profesional menjelaskan bahawa setiap ahlinya perlu menggunakan segala ilmu pengetahuan yang dimilikinya untuk meningkatkan kesejahteraan manusia seluruhnya, jujur kepada diri sendiri, majikan, masyarakat serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan untuk terus memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang dari semasa ke semasa. Perubatan moden berkembang dengan begitu pesat di Malaysia dengan wujudnya pelbagai kaedah rawatan terkini yang telah diperkenalkan untuk merawat pesakit dan merupakan kaedah yang paling berkesan menurut kaca mata pengamal perubatan moden (Boylan, M., 2000). Di saat keghairahan ini berlaku, kadang-kala perawatan ini tanpa sedar telah melanggar etika perubatan sehingga menimbulkan kekeliruan kepada pesakit dalam memberi panduan rawatan khususnya kepada masyarakat Islam. Perkara ini berlaku kerana tiada panduan yang jelas disampaikan kepada masyarakat mengenai hal tersebut (Sugarman, J., 2000). Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap pengetahuan, sikap dan kesedaran para pelajar perubatan tahun pertama Universiti Putra Malaysia (UPM) terhadap etika perubatan. Antara tahap-tahap yang dikaji dalam kajian ini adalah tahap pengetahuan responden mengenai etika perubatan, tahap kesanggupan responden untuk mengamalkan etika perubatan, tahap kesedaran responden mengenai etika perubatan, serta tahap minat responden terhadap etika perubatan. Etika Perubatan Etika perubatan merupakan bidang ikhtisas yang agak baru di Malaysia dan ianya mengkaji mengenai isu-isu yang berkaitan kesihatan manusia seperti pengguguran bayi, manipulasi genetik, hak pesakit dan tanggungjawab pengamal perubatan (Malaysian Medical Association, 2008). Etika perubatan bukan sahaja perlu diamalkan oleh pengamal perubatan, tetapi juga perlu diamalkan oleh profesion perubatan yang lain seperti jururawat, ahli farmasi dan seangkatan dengannya (Hyder, A. A., 2008).

2

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari ISSN 2289 6325

Bil. 14 2017 (Januari)

Terdapat hujah yang menyatakan bahawa doktor perubatan kurang terdedah kepada latihan dan kemahiran dalam bidang etika perubatan kerana sukatan pelajaran perubatan yang diajar lebih menekankan kepada isu-isu seperti pengurusan pesakit dan penyakit, akhirnya menyebabkan timbul masalah etika dalam kalangan pengamal perubatan (Abdul Hamid Abdul Kadir, 2008). Disebabkan doktor perubatan kurang pengetahuan dalam etika perubatan, terdapat doktor perubatan yang melakukan kecuaian atau kesalahan sehingga menyalahi etika perubatan. Oleh itu, menurut Abdul Hamid Abdul Kadir (2008), etika perubatan mesti dijadikan sebagai salah satu subjek teras yang diajar dalam sukatan pelajaran perubatan. Hal ini kerana, etika perubatan memberi satu gambaran imej positif setiap profesion kepada semua pihak kerana setiap ahli terikat dengan satu standard etika yang tinggi.

Isu etika dalam kalangan doktor perubatan di Malaysia Pengerusi Persatuan Pengguna Malaysia, Profesor Datuk Hamdan Adnan telah menganggarkan kadar kecuaian di antara para doktor di Malaysia adalah berkemungkinan sebanyak 40 peratus. Lebih membimbangkan apabila beliau menyatakan bahawa sekurang-kurangnya tiga daripada kejadian kecuaian ini membawa kepada ketidakupayaan atau kematian pesakit. Inilah akibat daripada kesilapan diagnosis, rawatan dan ramalan yang dilakukan oleh para doktor. Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh para doktor adalah dari segi diagnosis penyakit serius yang ditafsirkan dengan tidak betul secara keseluruhannya atau memberi rawatan yang salah. Tambahan lagi, kesilapan atau kesalahan yang diakibatkan daripada kegagalan untuk menyampaikan maklumat penting, untuk mengatur temujanji, siasatan atau pemindahan mengikut tahap kecemasan yang sesuai, kegagalan untuk mengulas keputusan pemeriksaan dan kegagalan dalam mengatur tindakan susulan dan pengawasan (New Strait Times, 23 Februari 2013). Tan Sri Dr. Mohamad Taha Arif, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, telah memperakui fakta-fakta tersebut. Beliau turut memberi komen bahawa kebanyakan kemalangan perubatan berlaku disebabkan oleh kesalahan-kesalahan yang mana pada satu tahap hanyalah sekadar kegagalan dari segi jangkaan atau pengharapan. Dr. Eddie Soo Fook Mun, Pengerusi Pertahanan Perubatan Malaysia menyatakan bahawa dalam sesetengah contoh kesalahan perubatan, ianya bukanlah hasil daripada kesilapan doktor sebaliknya sistem sendiri boleh mengalami pincang tugas atau menjadi rosak, dan staff pembantu turut berpotensi melakukan kesilapan-kesilapan tersebut. Namun begitu, sebagai doktor perubatan, mereka tidak boleh beroperasi melebihi kemampuan dan kelayakan mereka dan mereka hendaklah mendapatkan pandangan kedua seandainya berada dalam keadaan ragu-ragu. (New Strait Times, 23 Februari 2003).

Etika Perubatan Dalam Profesion Perubatan

3

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari ISSN 2289 6325

Bil. 14 2017 (Januari)

Michael Boylan (2000) dalam bukunya “Medical Ethics: Basic Ethics in Action” telah memberi pengenalan kepada isu-isu penting berkaitan etika yang melibatkan profesion penjagaan kesihatan. Buku tersebut dimulakan dengan memberi pengenalan kepada para penuntut perubatan tentang pandangan dunia mengenai teori, satu konsep yang menyatukan tema-tema yang berkaitan dengan etika pada asasnya. Sebahagian daripada buku ini adalah tentang kajian kes yang menggambarkan situasi berkaitan dengan topik yang dibentangkan dalam setiap tajuk. Kajian kes ini terbahagi kepada kes-kes macro dan micro. Kes macro menjelaskan tentang seseorang yang terlibat dalam tugasan menyelia yang mengambil etika perubatan dari sudut pandangan sistemik, manakala bagi kes micro, ianya berkaitan dengan para doktor, para jururawat, dan lain-lain profesional yang terlibat secara langsung dalam penjagaan kesihatan pesakit dan yang memerlukannya membuat keputusan yang mempunyai implikasi terhadap etikanya. Tahap Kesedaran Etika Perubatan Peter W. Nolan (1995) dari Bahagian Pembelajaran Kejururawatan, Universiti Birmingham, Birmingham, UK dalam artikel yang bertajuk “Tahap Kesedaran Etika dalam kalangan Penuntut Tahun Pertama Perubatan, Pergigian dan Kejururawatan” telah mencadangkan bahawa setiap pelajar hendaklah membekalkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan tentang isu-isu yang berkaitan dengan etika sebelum memulakan sesi pembelajaran penjagaan kesihatan mereka. Cadangan ini adalah berdasarkan kajiannya yang telah dilakukan dalam kalangan penuntut tahun pertama daripada tiga kursus yang berbeza iaitu perubatan, pergigian dan kejururawatan. Berdasarkan kajiannya itu, penulis mendapati bahawa sesetangah pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan berkaitan etika daripada kursus yang diikuti pada Sekolah Ahad (Sunday Schools) yang telah terikat dalam gereja tempatan mereka, sesetengah yang lain mendapatkan ilmu etika penjagaan kesihatan ketika di awal latihan sebagai doktor gigi sambil menyempurnakan tuntutan bagi pendaftaran sebagai Pharmaceutical Society. Zaman muda dan latar belakang sosial para penuntut turut memberi kesan dalam respon mereka ketika menjawab soalan-soalan dalam borang soal selidik (Chatterjee, B., & Sarkar, J. 2012). Program Etika Perubatan Sekumpulan pengkaji dari Jepun, iaitu Michio Miyasaka, Akira Akabayashi, Ichiro Kai dan Gen Ohi dari Universiti Niigata, Niigata, Universiti Tokyo, Tokyo dan Institut Kebangsaan Pengajian Alam Sekitar, Tsukuba, Jepun telah menghasilkan sebuah buku bertajuk “An International Survey on Medical Ethics Curricula” telah menjadi rujukan penting bagi penuntut Asia berkenaan dengan etika perubatan. Kajian ini dijalankan bagi membuat tinjauan terhadap program etika perubatan di sekolahsekolah perubatan di Timur, Timur-Selatan, Asia-Selatan dan Asia. Ia telah menganalisis sebanyak mana pengajaran etika di ajarkan secara formal dan sebanyak mana ianya disatukan bersama kurikulum perubatan. 4

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari ISSN 2289 6325

Bil. 14 2017 (Januari)

Menurut penulis-penulis tersebut, penyatuan etika ke dalam kurikulum secara formal telah menjadi satu program yang amat digalakkan sebagai pengajian etika perubatan. Berdasarkan tinjauan mereka, dapat disimpulkan bahawa dalam kebanyakan negara, pengajian etika perubatan telah menjadi satu komponen yang penting bagi latihan perubatan siswazah. Walau bagaimanapun, senario yang berbeza dapat dilihat di negara Jepun di mana kebanyakan sekolah tidak mengajar etika perubatan dalam kursus yang berbeza. Di China, etika perubatan diajar di dalam kursus yang berasingan (Mohamed, A. et. al., 2012). Selain daripada Jepun, negara-negara lain menyediakan kursus yang berkaitan dengan etika di dalam kursus yang berbeza. Di samping itu, pengajaran etika di sekolah-sekolah perubatan di Asia mempunyai sifat sekular. Hampir keseluruhan negara-negara Asia memelihara kepelbagaian kepercayaan tradisi dan tabiat sosial. Piawaian pembangunan yang lemah dan kelayakan pengajar etika perubatan yang lemah merupakan salah satu kelemahan yang serius dalam kalangan pengajian etika perubatan orang-orang Asia (Mohamed, A. et. al., 2012). Etika Perubatan dalam buku Adab al-Tabib oleh al-Ruhawi Dalam konteks etika perubatan Islam, orang Islam telah sama-sama terlibat dalam evolusi ini. Mereka berjaya menjelaskan bahawa etika perubatan bukan sahaja berkait rapat antara doktor dan pesakit malah ianya lebih komprehensif. Atas sebab ini, masyarakat Arab sudah terbiasa menggunakan perkataan “adab” berbanding “akhlak” untuk etika. Adab merangkumi kelakuan dan tindakan doktor, pakaiannya, tingkah lakunya dan hubungannya bersama pesakit, rakan sekerja, ahli-ahli farmasi, para jururawat dan juga para pelawat. Ia juga melibatkan aspek-aspek lain seperti aspek sosial dan kewangan bagi peruntukan rawatan kesihatan dan juga aspek pelajaran perubatan dan aspek melanjutkan pelajaran seseorang doktor. Sebagai contoh, Ishaq Ibn Ali al-Ruhawi, seorang doktor yang berjaya pada kurun ke-9 selepas al-Tabari, penulis buku Firdaus al-Hikmah menulis buku yang paling komprehensif dalam bidang etika perubatan yang bertajuk Adab al-Tabib yang telah disiapkan selepas 890 C.E. Al-Ruhawi telah menulis buku ini ketika berlaku banyak penyelewengan dari segi tujuan perubatan terutamanya bagi mereka yang menyamar sebagai doktor dan hanya bertujuan mengaut keuntungan semata-mata. Dalam kes ini, al-Ruhawi telah menasihatkan agar semua doktor bekerja secara jujur dan betul untuk mendapatkan ganjaran daripada Allah melebihi segalanya. Ianya mungkin berfaedah untuk melihat seketika kepada 20 tajuk di dalam buku Adab al-Tabib oleh al-Ruhawi: 1- Kesetiaan dan kejujuran seorang doktor dan etika yang perlu diikuti untuk membaiki jiwa dan moralnya, 2- Penjagaan badan seorang doctor, 3- Apa yang perlu dielakkan dan diwaspada oleh seorang doctor, 4- Hala tuju seorang doktor terhadap pesakit dan jururawat, 5- Kelakuan para pelawat, 6- Penjagaan ubat-ubatan oleh seorang doktor, 7- Apa yang seorang doktor tanyakan 5

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari ISSN 2289 6325

Bil. 14 2017 (Januari)

kepada pesakit dan jururawat, 8- Apa yang seorang pesakit boleh sembunyikan daripada doktornya, 9- Bagaimana seseorang yang sihat dan sakit mengambil arahan daripada seorang doctor, 10Latihan pekerja oleh pesakit sebelum keuzuran, 11- Pesakit dan Pelawat, 12- Maruah seorang doctor, 13- Hormat kepada seorang doctor, 14- Para doktor dan kejadian aneh dalam bantuan perubatan, 15- Seni perubatan bagi mereka yang berakhlak, 16- Peperiksaan bai para doctor, 17Pembuangan doktor-doktor yang korup, 18- Amaran terhadap penyamar doctor, 19- Tabiat yang berbahaya, 20- Penjagaan diri-sendir seoarng doktor. Al-Ruhawi telah menjelaskan dengan lebih terperinci tentang apa dan bagaimana tindakan seorang doktor mengikut urutan untuk memelihara dan mencapai tahap tertinggi dalam taraf kesempurnaan kerjayanya. Selain itu, doktor juga diminta untuk berkelakuan baik terhadap orang lain dan tidak mempunyai niat untuk membahayakan pesakitnya. Dia hendaklah menjawab soalan daripada pesakitnya dengan jujur dan tidak mudah melatah. Sebagai kesimpulan, doktor yang sebenar adalah seseorang yang bukan sahaja bekerja semata-mata untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor malah dia hendaklah tahu dan berkelakuan baik terhadap orang lain dari segi fizikal dan kerohanian (al-Ruhawi, 1992). Metodologi Kajian Kajian ini menggunakan pengedaran soal selidik bagi mendapatkan data yang dikehendaki. Pengkaji telah menyediakan instrumen kajian berdasarkan rujukan dan penelitian terhadap literatur-literatur yang telah dikaji sebelum ini mengikut objektif yang telah ditetapkan. Sampel yang dipilih ialah pelajar perubatan tahun pertama di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM Serdang seramai 88 orang. Pelajar tahun pertama dipilih bagi melihat gambaran awal pelajar perubatan terhadap isu etika perubatan. Selepas data diperolehi, satu analisa deskriptif dilakukan bagi melihat peratusan tertinggi bagi setiap soalan. Untuk tujuan interpretasi data deskriptif, kajian ini menggunakan nilai peratusan tertinggi dan kekerapan responden bagi mengenalpasti tahap pengetahuan, sikap dan kesedaran responden. Skor kemudian dikategorikan dengan tiga kategori iaitu 1=rendah, 2=sederhana, dan 3=tinggi. Dapatan Kajian Demografi Responden Berdasarkan Jadual 1, sejumlah 77.3% responden adalah perempuan dan selebihnya adalah lelaki yang merangkumi 22.7%. Majoriti responden terdiri daripada etnik Melayu (76.1%), diikuti Cina (14.8%), India (8.0%) dan lain-lain pula hanya 1.1% sahaja. Sebahagian besar responden adalah beragama Islam (77.3%), Buddha (13.6%), Hindu (8.0%) dan Kristian (1.1%). Kebanyakan responden (98.8%) berumur 19 tahun.

Jadual 1: Maklumat Latar Belakang Responden 6

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari ISSN 2289 6325

Angkubah

Bil. 14 2017 (Januari)

n (%)

Gender Male

20 (22.7%)

Female

68 (77.3%)

Race Malay

67 (76.1%)

Chinese

13 (14.8%)

Indian

7 (8.0%)

Others

1 (1.1%)

Religion Muslim

68 (77.3%)

Buddhist

12 (13.6%)

Hindu

7 (8.0%)

Christian

1 (1.1%)

Age 18

1 (1.2%)

19

84 (98.8%)

Persoalan 1: Tahap Pengetahuan Pelajar terhadap Etika Perubatan Terdapat sembilan pernyataan mengenai pengetahuan telah dikemukakan dalam menentukan pengetahuan responden, dan diberikan tiga pilihan untuk menerangkan tentang diri mereka berdasarkan kepada pernyataan yang diberikan, iaitu, “1 = rendah”, “2 = sederhana” dan “3 = tinggi”.

Analisis tahap pengetahuan dilakukan dengan mengira (compute) kekerapan responden bagi kesemua sembilan pernyataan dalam bahagian ini. Skor kemudian digunakan untuk memperolehi tahap amalan pemuliharaan dan dikategorikan dengan tiga kategori, iaitu “1 = rendah”, “2 = sederhana” dan “3 = tinggi”. Hasil kajian mendapati tahap amalan pemuliharaan majoriti (49.4%) responden adalah sederhana berdasarkan jumlah skor mereka di antara 20-23. Manakala 28.7% responden mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dengan jumlah skor mereka adalah di antara 24-27 dan hanya 21.8% responden mempunyai tahap amalan pemuliharaan yang rendah. Justeru, dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana tentang etika perubatan. 7

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari ISSN 2289 6325

Bil. 14 2017 (Januari)

Jadual 2: Pengetahuan berkaitan Etika Perubatan Seder Rendah hana n n (%) (%) 72 9 (10.2) (81.8) 61 (69.3) 3 (3.4) 43 1 (1.1) (48.9) 28 (31.8)

Pernyataan

Tinggi n (%)

1. I know how to define medical ethics 2. My knowledge on medical ethics improve my medical profession in caring patients 3. Medical ethics education help me to avoid ethical misconduct 4. Physician should act in best of interest of patients 5. Physicians are obligated not to prescribe medicine that they know to be harmful to the 35 patients 1 (1.1) (39.8) 6. I know that physician should not allowed conflict of interest to influence judgement 1 (1.1) 40 (46) 7. I know that physician who engaged in sexual relationship with patients can create ethical 43 misconduct (48.9) 47 8. I can differentiate between what is right and (53.4) wrong in my medical profession 42 9. I believe that ethical conduct important only to avoid legal action 13 (14.8) (47.7)

7 (8.0) 24 (27.3) 44 (50) 60 (68.2)

52 (59.1) 46 (52.9)

45 (51.1) 41 (46.6) 33 (37.5)

Responden turut ditanya mengenai apa yang diperolehi dengan mempelajari etika perubatan di UPM, dan dapatan dibentangkan dalam Jadual 3. Majoriti responden (76.1%) menyatakan mereka mempelajari etika perubatan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan (knowledge), diikuti perkembangan diri (self-development) (72.7%), memenuhi keperluan profesion (coping in my profession) (67%), mendengar pendapat orang lain (hearing other people’s view) (64.8%) dan minat (interest) (62.5%). Manakala undang-undang (law) mencatatkan kekerapan sederhana, iaitu 55.7% daripada responden menyatakan mereka mempelajari etika perubatan kerana undang-undang. Jadual 3: Maklumat yang Diperolehi dengan Mempelajari Etika Perubatan Pernyataan Acquiring rules Knowledge Hearing other people's view

Rendah 1 (1.1%) 1 (1.1%)

Sederhana 36 (40.9%) 21 (23.9%) 30 (34.1%)

Tinggi 51 (58%) 67 (76.1%) 57 (64.8%) 8

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari ISSN 2289 6325

Awareness Self-development Law Interest Coping in my profession

3 (3.4%) 1 (1.1%) 1 (1.1%)

Bil. 14 2017 (Januari)

27 (30.7%) 24 (27.3%) 49 (55.7%) 32 (36.4%) 28 (31.8%)

61 (69.3%) 64 (72.7%) 36 (40.9%) 55 (62.5%) 59 (67%)

Seterusnya responden ditanya mengenai sumber pengetahuan berkaitan etika perubatan sebagaimana yang dibentangkan dalam Jadual 4. Jadual 4: Sumber Pengetahuan berkaitan Etika Perubatan Sumber Pengetahuan Lecturers/classes Books Journals Seminars/workshops Newspapers Television Clinical training

Tidak n (%) 6 (6.8%) 54 (61.4%) 82 (93.2%) 68 (77.3%) 57 (64.8%) 53 (60.2%) 78 (88.6%)

Ya n (%) 82 (93.2%) 34 (38.6%) 6 (6.8%) 20 (22.7%) 31 (35.2%) 35 (39.8%) 10 (11.4%)

Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden (93.2%) menyatakan sumber utama maklumat berkaitan etika perubatan ialah dari kuliah (lecturers/classes), diikuti dengan latihan klinikal (clinical training) (39.8%), buku (books) (38.6%) dan surat khabar (newspapers) (35.2%). Hanya 6.8% daripada responden memilih jurnal sebagai sumber maklumat berkaitan etika perubatan kepada mereka. Responden turut ditanya mengenai kekerapan menghadiri seminar mengenai etika perubatan dan majoriti responden (66.3%) pernah (once) menghadirinya. Persoalan 2: Tahap Kesanggupan Mengamalkan Etika Perubatan Terdapat tujuh pernyataan mengenai kesanggupan yang telah dikemukakan di dalam bahagian ini. Setiap pernyataan ini diwakili oleh lima pilihan respon bagi menentukan kekerapan responden melakukan pernyataan tersebut sebagaimana dibentangkan dalam Jadual 5. Jadual 5: Kesanggupan Mengamalkan Etika Perubatan

9

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari ISSN 2289 6325

Pernyataan 1.I am willing to tell the truth to my patient 2.I should treat children with consent from parent/guardian 3.I will treat patients with my professional Skills 4.I will never prescribe poison to anyone even when i requested to do so 5.I will not engage in surgery but will withdraw in favour of others who are more professional in this work 6.Whatever i hear or see during my professional duties regarding my patients is strictly confidential 7.I am willing to wear doctor uniform during my professional practice

Sangat Renda h n (%)

2 (2.3)

Bil. 14 2017 (Januari)

Renda h n (%)

Sederhan a Tinggi n (%) n (%) 50 9 (56.8) (10.2)

Sangat Tinggi n (%) 29 (33)

1 (1.10)

12 (13.6) 6 (6.8)

32 (36.4) 27 (30.7)

43 (48.9) 55 (62.5)

1 (1.1)

11 (12.5)

25 (28.4)

49 (55.7)

8 (9.1)

19 (21.6)

36 (40.9)

25 (28.4)

9 (10.2)

25 (28.4)

54 (61.4)

7 (8.0)

25 (28.4)

55 (62.5)

1 (1.1)

Analisis tahap kesanggupan dilakukan dengan mengira (compute) kekerapan responden ketika melakukan pernyataan bagi kesemua tujuh pernyataan dalam bahagian ini. Skor kemudian digunakan untuk memperolehi tahap kesanggupan dan dikategorikan dengan tiga kategori, iaitu “1 = rendah”, “2 = sederhana” dan “3 = tinggi”. Hasil kajian mendapati majoriti responden (53.8%) mempunyai tahap kesanggupan yang tinggi, iaitu jumlah skor mereka adalah di antara 30.4 sehinga 35. Manakala 37.8% responden mempunyai tahap amalan pemuliharaan yang sederhana dengan jumlah skor mereka adalah di antara 25.7 sehingga 30.3, dan hanya 9.1% responden mempunyai tahap kesanggupan yang rendah. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati bahawa tahap kesanggupan untuk mengikuti etika perubatan dalam kalangan responden adalah tinggi.

Persoalan 3: Tahap Kesedaran Mengenai Etika Perubatan Dalam bahagian ini, responden telah dikemukakan dengan 4 pernyataan mengenai kesedaran responden berkaitan etika perubatan. Responden dikehendaki menandakan kekerapan mereka 10

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari ISSN 2289 6325

Bil. 14 2017 (Januari)

yang diukur berdasarkan lima skala, iaitu “1 = sangat rendah”, “2 = rendah”, “3 = sederhana”, “4 = tinggi” dan “5 = sangat tinggi”. Dapatan kajian dibentangkan dalam Jadual 6. Jadual 6: Kesedaran Mengenai Etika Perubatan

Pernyataan 1. I am aware of medical ethics issues in Malaysia 2. I believed that medical ethics course in UPM is essential subject for medical students 3. I agreed the value of medical ethics in medical health care is extremely important 4. I found the effectiveness study of medical ethics in UPM

Sangat Rendah n (%)

Rendah n (%)

0

2 (2.3)

Sederhana n (%) 33 (37.5)

Tinggi n (%) 38 (43.2)

0

2 (2.3)

17 (19.3)

38 (43.2)

0

0

9 (10.2)

0

2 (2.3)

18 (20.5)

31 (35.2) 40 (45.5)

Berdasarkan Jadual 6, secara keseluruhannya dapat dilihat majoriti responden mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai etika perubatan. Seterusnya, analisis tahap kesedaran dilakukan dengan mengira (compute) kekerapan empat pernyataan dalam bahagian ini. Skor kemudiannya telah digunakan untuk memperolehi tahap kesedaran dan telah dikategorikan kepada tiga tahap, iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Majoriti responden (58.0%) mempunyai tahap kesedaran yang sederhana, iaitu jumlah skor mereka adalah di antara 15-18. Manakala 22.7% responden mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dengan jumlah skor mereka adalah di antara 19-22, dan 19.3% responden mempunyai tahap kesedaran yang rendah yang diwakili skor di antara 11-14. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa tahap kesedaran mengenai etika perubatan dalam kalangan responden berada pada tahap sederhana. Persoalan 4: Tahap Minat Terhadap Etika Perubatan Terdapat empat pernyataan mengenai minat yang dikemukakan dan diukur berdasarkan kekerapan responden. Berpandukan Jadual 7, hasil kajian menunjukkan responden mempunyai minat yang sangat tinggi bagi tiga pernyataan dan satu kenyataan mencatatkan kekerapan minat yang tinggi. Jadual 7: Minat Terhadap Etika Perubatan 11

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari ISSN 2289 6325

Pernyataan 1. I must respect my colleagues 2.I am interest to cooperate with my colleagues to maximize patient care 3.I will cooperate with my patients respectfully 4.I will exhibit my photograph together with my name in front of my professional room

Sangat Rendah n (%)

Bil. 14 2017 (Januari)

Tinggi n (%)

Sangat Tinggi n (%)

0

Sederhana n (%) 11.4 1.10 0

26.10

61.40

0

1.10

6.80

27.30

64.80

0

0

8.00

28.40

63.60

0

8.00

26.1 0

37.50

28.40

Rendah n (%)

Analisis data terhadap minat responden telah dilakukan dengan mengira (compute) kekerapan empat pernyataan dalam bahagian ini. Skor kemudiannya telah digunakan untuk memperolehi tahap minat. Tahap ini telah dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Skor di antara 9 hingga 12.6 merujuk kepada tahap minat yang rendah, skor di antara 12.7 hingga 16.3 menunjukkan tahap yang sederhana manakala skor di antara 16.4 hingga 20 menunjukkan tahap minat yang tinggi. Analisis terperinci yang dilakukan mendapati 68.2% responden mempunyai tahap minat yang tinggi terhadap etika perubatan. Perbincangan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan ditubuhkan (FPSK) pada 1hb Ogos 1996 melalui percantuman Jabatan Sains Bioperubatan dari Fakulti Veterinar dan Sains Penternakan dengan Jabatan Pemakanan dan Kesihatan Komuniti dari Fakulti Ekologi Manusia, dan mewujudkan Fakulti Sains Perubatan yang baru. Misi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia ialah untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan melalui pengajaran, penyelidikan, perkhidmatan profesional dan perundingan yang berkesan dan cekap dalam bidang perubatan dan sains kesihatan. FPSK mempunyai 15 jabatan seperti berikut; No. 1 2 3

Name of Departments Biomedical Sciences Community Health Environmental and Occupational Health 12

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari ISSN 2289 6325

4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Bil. 14 2017 (Januari)

Family Medicine Human Anatomy Imaging Medical Microbiology & Parasitology Medicine Nutrition & Dietetics Obstetrics & Gynaecology Orthopaedics Pathology Paediatric Psychiatry Surgery

Kursus etika perubatan telah ditawarkan kepada semua pelajar perubatan FPSK, dan antara tajuk perbincangan berkaitan etika perubatan ialah seperti berikut;

No. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22

Topics Medical negligence Documentation of patient’s Medical notes/ report Access to medical records Refusal of treatment Orders not to resuscitate- DNR Doctor-patient confidentiality and relationship Medical sick certificates Transfer of care and knowing professional limits Medical research Legal concept of ‘mature minor’ Parental consent Parental/ child/ clinical conflict Child abuse Sexual abuse Induced non-therapeutic abortion Assisted reproductive technology Prenatal screening Ethical/ legal status of embryo and fetus Informed consent to treatment or operation Capacity to consent Terminal care/ euthanasia Organ transplantation

Secara umumnya, bidang perubatan UPM mempunyai ciri-ciri kurikulum seperti di bawah: 13

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari ISSN 2289 6325

Bil. 14 2017 (Januari)

“The course consists of a 5 year integrated programme which is based on four themes of Man, the Cell , the Community and Personal and Professional Development. Teaching and learning are based on body systems instead of the traditional separation of disciplines of anatomy, physiology, biochemistry, pathology, microbiology etc. The medical programme is integrated under specific themes such as the cardiovascular system, gastrointestinal system etc. where all relevant basic medical science and clinical disciplines are involved.” (http://www.medic.upm.edu.my) [Terjemahan: Kursus ini mengandungi 5 tahun program integrasi yang berasaskan tema Manusia, Sel, Komuniti dan Personal, dan Profesional dan Pembangunan. Pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan sistem badan yang berbeza dengan pengajaran tradisional yang mengasingkan disiplin anatomi, fisiologi, biokimia, patologi, mikrobiologi dll. Program perubatan ini adalah program integrasi di bawah tema yang spesifik seperti sistem kardiovaskular, sistem gastrointestinal dll, di mana melibatkan kesemua asas-asas dalam sains perubatan dan disiplin klinikal.] “The curriculum emphasizes on student centered learning with early introduction of clinical experience. Community and public health exposure as well as an emphasis on behavioural science, communication skills and professional development are further features of the curriculum. Research methodology and experience remains an integral component of curriculum while the clinical teaching is comprehensive to ensure that students obtain adequate clinical experience making them knowledgeable and skills doctors.” (http://www.medic.upm.edu.my). [Terjemahan: Kurikulum ini menekankan pembelajaran berasaskan pelajar dengan memberi pengenalan awal terhadap pengalaman klinikal. Kurikulum ini juga memberi penekanan dan pendedahan terhadap komuniti dan kesihatan umum, termasuk juga sains tingkahlaku, kemahiran komunikasi dan perkembangan profesional. Metodologi penyelidikan dan pengalaman merupakan satu komponen dalam kurikulum, dan pengajaran klinikal adalah komprehensif bagi memastikan para pelajar mendapat pengalaman klinikal yang mencukupi bagi melahirkan doktor perubatan yang berpengetahuan dan berkemahiran.] Berdasarkan matlamat FPSK UPM bagi melahirkan doktor perubatan yang berpengetahuan dan berkemahiran, kajian ini dilihat penting bagi memastikan kesediaan para pelajar perubatan tahun pertama UPM untuk mengamalkan etika perubatan yang sebenar setelah mempunyai kelayakan sebagai doktor perubatan. Pengkaji juga melihat kepada masalah-masalah yang sering timbul berkaitan kecuaian dan kesalahan dalam tugasan dalam kalangan doktor perubatan menjadikan kajian ini sangat relevan untuk diketengahkan. 14

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari ISSN 2289 6325

Bil. 14 2017 (Januari)

Etika memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan nilai sesuatu profesion. Malah setiap profesion adalah berasaskan nilai-nilai tertentu yang membantu setiap individu menjalankan tugas dengan lebih baik. Etika juga sering dijadikan panduan bagi menilai tingkah laku dan tindakan diri sendiri dan juga masyarakat (Munawar, H. et. al., 2012). Banyak kajian mencadangkan silibus bagi para pelajar perubatan perlu dimasukkan program etika perubatan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka, bagi memastikan para doktor perubatan berkelayakan tinggi dan tidak menyalahi etika semasa bertugas (Abdul Hamid Abdul Kadir, 2008; Nolan, P.W., 1995; Mohamed, A. et. al., 2012). Elemen etika telah lama diperbincangkan oleh tokoh perubatan Islam seperti al-Ruhawi, Ibn Sina dll. Al-Ruhawi telah menulis buku khusus, iaitu Adab Al-Tabib bagi membincangkan persoalan etika perubatan. Oleh itu, seharusnya buku al-Ruhawi dijadikan panduan kepada para doktor perubatan dalam membincangkan isu etika perubatan ini, di samping buku-buku lain dalam isu etika perubatan yang ditulis oleh sarjana barat dan timur. Asas pemerolehan ilmu pengetahuan adalah melalui pembacaan. Oleh itu adalah menjadi kewajiban bagi para pelajar dan doktor perubatan untuk membaca buku-buku rujukan dan bukubuku di pasaran berkaitan etika perubatan. Para pelajar tidak seharusnya hanya bergantung kepada kuliah dan pembelajaran di dalam kelas bagi mendapatkan maklumat dan isu terkini berkaitan etika perubatan. Hal ini kerana, majoriti responden (93.2%) menyatakan kuliah dan kelas adalah sumber utama pengetahuan mereka berkaitan etika perubatan. Selain itu, didapati kekerapan kebanyakan responden dalam menghadiri seminar berkaitan etika perubatan hanyalah sekali bagi setiap orang. Seharusnya para pensyarah memberi galakan dan saranan kepada para pelajar perubatan untuk membaca buku-buku dan jurnal-jurnal berkaitan isu etika perubatan bagi memperluaskan skop dan perspektif pelajar terhadap etika perubatan. Hal ini penting bagi memastikan para pelajar perubatan faham kepentingan pembelajaran etika perubatan. Berdasarkan jawapan responden, majoriti (76.1%) menyatakan mereka belajar etika untuk ilmu pengetahuan, diikuti pembangunan diri (72.7%) dan kesedaran (69.3%). Sejumlah 67% responden mempelajari etika perubatan untuk menghadapi profesion sebagai doktor perubatan. Respon ini menunjukkan kursus etika perubatan kurang dikaitkan dengan profesion doktor perubatan sebaliknya lebih kepada pembangunan peribadi pelajar tersebut. Berkemungkinan juga para pelajar ini masih di tahun pertama, namun kejelasan dalam objektif pembelajaran adalah perlu bagi memastikan para pelajar berjaya mencapai objektif akhir sesuatu kursus. Kesimpulan Tuntasnya keseluruhan responden mempunyai tahap pengetahuan dan kesedaran yang sederhana terhadap etika perubatan, dan mempunyai minat terhadap etika perubatan dan kesanggupan mengamalkan etika perubatan yang tinggi. Kajian ini juga menunjukkan bahawa etika perubatan amatlah penting dalam sesebuah institusi perubatan khususnya bagi pengamal perubatan itu sendiri.

15

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari ISSN 2289 6325

Bil. 14 2017 (Januari)

Rujukan Abdul Hamid Abdul Kadir (2008). Medical Ethics, Etiquette and Law. Kuala Lumpur: University Malaya Press. Boylan, M. (2000). Medical Ethics: Basic Ethics in Action. New Jersey: Prentice Hall. Chatterjee, B., & Sarkar, J. (2012). Awareness of medical ethics among undergraduates in a West Bengal medical college. Indian Journal of Medical Ethocs. 93-100. Fallat, M. E., Caniano, D. A., & Fecteau, A. H. (2007). Ethics and pediatric surgeon. Journal of Pediatric Surgery. 129-136. Hayes, P. R., Stoudemire, A., Kinlaw, K., Dell, M. L., & Loomis, A. (1999). Qualitative Outcome Assessment of a Medical Ethics Program for Clinical Clerkship: A Pilot Study. General Hospital Psychiatry 21. 284-295. Hyder, A. A. (2008). Integrating ethics health policy and health system in low- and middle-income countries: case study from Malaysia and Pakistan. Bulletin of the World Health Organization. 606-611. Jane Runzheirner, Linda Johnson Larsen, Hoboken. (2011). Medical Ethics for Dummies. New Jersey, Wiley Pub. Malaysian Medical Association. (2008), n.p. Case Studies in Medical Ethics. Mohamed, A., Ghanem, M., & Kassem, A. (2012). Knowledge, perceptions and practices towards medical ethics among physician residents of University of Alexandria hospitals, Egypt. EMHJ . 935-944. Munawar Haque, Naamane Djeghim, Fatmir M.Shehu, dan Kabuye U.S. (2012). Ethics and Fiqh for Everyday Life an Islamic Perspective. Kuala Lumpur: IIUM. New Straits Times, 23 February 2003. Nolan, P. W. (1995). Ethical awareness among fisrt year medical, dental & nursing students. Int. J. Nurs. Stud. 506-517. Ogundiran, T. O., & Adebamowo, C. A. (2010). Medical Ethics Education: A Survey of Opinian of Medical Students in a Nigerian University. J Acad Ethics. 85-93. Ozdemir, M. H. (2008). Midwives and nurses awareness of patietns' rigths. Elsevier Ltd. 756-765. Ray Noble. (2007). Medical Ethics in ‘Global Village’. Centre for Reproductive Ethics and Rights, UCL Institute in Women’s Health London. al-Ruhawi. (1992). Adab al-Tabib, edited by Marizan ‘Asiri (editor with useful introduction and annotations). Riyad: Markaz al-Malik Faysal li al Buhuth wa al-Dirasat al-Islamiyah. Runzheimer, J., & Larsen, J. L. (2011). Medical Ethics for Dummies. Indianapolis, Indiana: Wiley Publishing, Inc. Sugarman, J. (2000). 20 Common Problems Ethics in Primary Care. USA: McGraw-HIll Companies, Inc. Sulmasy, D. P., & Marx, E. S. (1997). Ethics education for medical house officers: long term improvements in knowledge and confidence. Journal of Medical Ethics , 88-92. Young, E. W. (1989). Alpha & Omega: Ethics at the Frontiers of Life and Death. Canada: AddisonWesley Publishing Company, Inc. World Medical Association. (2005). Medical Ethics Manual. Ferney-Voltaire Cedex, France: The World Medical Association, Inc.

16

Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari ISSN 2289 6325

Bil. 14 2017 (Januari)

Prof. Madya Dr. Nurdeng Deuraseh Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia & Ketua Laboratori LPPH Institut Penyelidikan Produk Halal Universiti Putra Malaysia [email protected] Fatin Nur Majdina Nordin Pegawai Penyelidik Laboratori Polisi dan Pengurusan Halal Institut Penyelidikan Produk Halal Universiti Putra Malaysia

17