UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL

Menerangkan peranan pluraliti budaya, masyarakat dan kumpulan etnik dalam memupuk perpaduan 2. ... i. Kepelbagaian Makanan Etnik Pemangkin Perpaduan i...

58 downloads 512 Views 165KB Size
UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Bachelor of Medicine & Surgery ,Dental Surgery, Pharmacy, Nursing, Biomedical Sciences, Medical Biotechnology, Pharmaceutical Chemistry, Nutrition, Dietetics with Nutrition, Psychology, Chiropractic, Chinese Medicine

(PELAJAR MALAYSIA SAHAJA)

Hubungan Etnik MPU 3113 (3 kredit) Semester Pendek / 1 2016/2017

Panduan Module

TAJUK: HUBUNGAN ETNIK ARAS: SEMESTER PENDEK/1

KOD: MPU 3113 PROGRAM: SEMUA

SINOPSIS Kursus ini memfokuskan perbincangan tentang hubungan etnik di Malaysia yang mana ianya merupakan proses hubungan sosial yang dinamik. Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar-pelajar tentang konsep kesepaduan sosial, potret hubungan etnik, konsep-konsep asas hubungan etnik, pluraliti dan masyarakat pluralistik di Malaysia, pembangunan politik, pembangunan ekonomi, dan perlembagaan Malaysia dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, integrasi dan menangani cabaran, agama dan masyarakat, sumbangan kerajaan dan masyarakat dan inter-etnik dan intra-etnik. Objektif mata pelajaran ini adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar-pelajar tentang konsep kesepaduan sosial, konsep-konsep asas hubungan etnik, pluraliti dan masyarakat pluralistik. Pelajar juga didedahkan dengan konsep pembangunan politik, ekonomi dan perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. OBJEKTIF/MATLAMAT: Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar terhadap pluraliti budaya, masyarakat dan kumpulan etnik, memberi kefahaman berkenaan permuafakatan sosial di Malaysia dan asasasas keharmonian hubungan etnik, meningkatkan kefahaman pelajar terhadap cabaran pluraliti budaya dan hubungan etnik di Malaysia dan melibatkan pelajar-pelajar dalam pengalaman pembelajaran yang kreatif tentang sosial dan kehidupan budaya masyarakat Malaysia. HASIL PEMBELAJARAN: Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat: 1. Menerangkan peranan pluraliti budaya, masyarakat dan kumpulan etnik dalam memupuk perpaduan 2. Mengenalpasti cabaran pluralisasi budaya dan pelaksanaannya dalam konteks permuafakatan sosial di Malaysia 3. Mengaplikasi kemahiran sosial dalam kalangan pelajar ke arah mewujudkan masyarakat bersatu padu 4. Menganalisis isu-isu dan cabaran dalam konteks hubungan etnik di Malaysia JUMLAH MASA PEMBELAJARAN: MASA BERPANDU: Kuliah Tutorial

21 jam 9 jam

JUMLAH MASA BERPANDU

30 jam

JUMLAH MASA BERPANDU DAN PEMBELAJARAN KENDIRI: Kuliah 21 jam Tutorial 9 jam Elearning 4 jam Pembentangan Individu 1 jam Peperiksaan Akhir 60 ms Pembelajaran kendiri 84 jam JUMLAH MASA 120 jam PEMBELAJARAN

PENILAIAN Penilaian Berterusan 20% Ujian Kelas Setiap pelajar dikehendaki menjawab 40 soalan MCQ secara individu di makmal elektronik. Objektif: Menguji kemampuan dan kefahaman pelajar berdasarkan isi kandungan pembelajaran. 10% Tugasan Pembentangan adalah secara individu. Setiap pelajar diberikan masa 5 minit untuk membentangkan hasil kajian. Pembentangan mestilah dalam bentuk “slides” dan di akhir pembentangan, pelajar hendaklah menghantar hasil pembentangan dalam 500 patah perkataan. Objektif: Memantapkan kemahiran komunikasi dengan lebih berkesan dan berupaya menerangkan hasil penyelidikan dengan lebih terperinci. 30% Projek - Forum Forum dilakukan dalam kumpulan seramai 8 pelajar dalam satu kumpulan. Sila rujuk elearn untuk mengetahui kumpulan anda. Tajuk akan diberikan oleh pensyarah anda dan diskusi anda mestilah menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan tajuk tersebut. Pelajar dikehendaki untuk mematuhi panduan forum yang akan diberikan oleh pensyarah anda. Objektif: Melatih pelajar supaya aktif terlibat dalam perbincangan ilmiah secara kritis dan mematuhi panduan berdiskusi serta berupaya memberikan kritikan membina dan mencari penyelesaian terhadap isu yang dibincangkan. Penilaian Akhir 40% Peperiksaan Objektif (MCQ) Pelajar-pelajar dikehendaki menjawab 40 soalan MCQ secara individual. Masa peperiksaan adalah 60 minit. KETUA MODULE: Ms Siti Dahliah binti Mohd Nasir PENSYARAH:

Ms Siti Dahliah binti Mohd Nasir Mr. Muhamad Atlizan bin Darlis

SILIBUS: 1. Malaysia: Kesepaduan Dalam Kepelbagaian (Kuliah – 3 jam) i. Sebuah Negara, Dua Imaginasi Sosiologikal: Antara “Perpaduan’ atau ‘Kesepaduan’ ii. Hubungan Etnik di Malaysia iii. Masyarakat Pelbagai Etnik di Malaysia iv. Kesepaduan Sosial: Pandangan Alternatif untuk Memahami Hubungan Etnik di Malaysia v. Kesepaduan Sosial Melalui Akomodasi, Akulturasi, Amalgamasi dan Asimilasi

2. Potret Hubungan Etnik (Kuliah – 3 jam) i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x.

Kesultanan Melayu Melaka –Lambang Pertemuan Masyarakat Pelbagai Etnik Pembentukan Masyarakat Majmuk Era Kolonialisme British Fokus Hubungan Etnik Kerangka Teori Kerangka Konseptual Meneliti Konsep Ras dan Etnik di Malaysia Budaya Konsep Prejudis, Stereotaip dan Diskriminasi Kerangka Teoretis Konsep-konsep Tahap Hubungan Etnik

3. Limpahan KemakmuranMerentasi Hubungan Etnik (Kuliah – 3 jam) i. ii. iii. iv. v.

Isu Sosioekonomi Pada Awal Kemerdekaan Ekonomi Menjadi Isu Etnik Dasar Ekonomi Baru Kejayaan Ekonomi Malaysia Isu dan Cabaran

4. Perlembagaan Persekutuan : Tiang Seri Hubungan Etnik (Kuliah – 3jam) i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x.

Definisi dan Konsep Perlembagaan Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malayan Union Persekutuan Tanah Melayu 1948 Kerjasama Antara Etnik dalam Menuju Kemerdekaan Suruhanjaya Reid Jawatankuasa Kerja dan Perisytiharan Perlembagaan Unsur-Unsur Tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan Kesultanan atau Pemerintahan Beraja Isu-Isu Islam dan Orang Melayu dalam Perlembagaan

5. Perlembagaan Persekutuan : Tiang Seri Hubungan Etnik (Kuliah – 1.5 jam dan pembentangan – 1.5jam i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x.

Definisi dan Konsep Perlembagaan Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malayan Union Persekutuan Tanah Melayu 1948 Kerjasama Antara Etnik dalam Menuju Kemerdekaan Suruhanjaya Reid Jawatankuasa Kerja dan Perisytiharan Perlembagaan Unsur-Unsur Tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan Kesultanan atau Pemerintahan Beraja Isu-Isu Islam dan Orang Melayu dalam Perlembagaan

6. Permuafakatan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia (Kuliah – 1.5 jam dan pembentangan – 1.5jam) i. ii. iii. iv. v. vi.

Pembangunan Politik Pemupukan Hubungan Etnik Secara Formal dalam Politik Demografi dan Politik Pakatan Politik di Sabah dan Sarawak Tsunami Politik: Politik Perkauman Semakin Mengendur Perubahan Trend dan Corak Pengundian

7. Kepelbagaian Agama : Mencari Titik Pertemuan (Kuliah – 1.5 jam dan pembentangan – 1.5jam) i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

Takrif Agama Mengapakah Manusia Beragama? Peranan Agama Penggolongan Agama Agama-agama di Malaysia Konflik Agama Mencari Titik Pertemuan

8. Dari Segragasi ke Integrasi (Kuliah – 1.5 jam dan pembentangan – 1.5jam) i. ii. iii. iv. v. 9.

Dari Pengasingan ke Penyatuan Cabaran dalam Memupuk Integrasi di Malaysia Peranan Kerajaan Peranan Masyarakat dalam Konteks Hubungan Etnik Peranan NGO dalam Konteks Hubungan Etnik

Pemerkasaan Pendidikan ke Arah Kesepaduan Sosial (Kuliah – 1.5 jam dan pembentangan – 1.5jam) i. ii. iii. iv. v.

Sejarah Pendidikan di Malaysia dan Hubungan Etnik Latar Belakang Pendidikan Komuniti Etnik di Tanah Melayu Sekolah Vernakular Inggeris Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Vernakular Cabaran dalam Pendidikan dan Bahasa

10. Pengalaman Harian : Menjalin Kesepaduan dan Melahirkan Keharmonian (Kuliah – 1.5 jam dan pembentangan – 1.5jam) i. ii. iii. iv.

Kepelbagaian Makanan Etnik Pemangkin Perpaduan Makanan dan Ruang Sosial dalam Konteks Hubungan Etnik Kesenian Pelbagai Etnik dan Kesepaduan Sosial Media dan Kesepaduan Sosial

KEHADIRAN DALAM KELAS Sesi mengajar dan membelajar module ini berjumlah 10 sesi. Pelajar yang tidak menghadiri lebih dari dua sesi tanpa sebab yang sah dan disertakan dokumentasi yang sah contohnya surat dari doktor kemungkinan akan gagal module ini. RUJUKAN UTAMA 1. Shamsul Amri Baharuddin (ketua editor). 2013. Modul Hubungan Etnik Edisi kedua. Bangi: Institut Kajian Etnik UKM. 2. Zaid Ahmad et.al. 2013. Hubungan Etnik di Malaysia edisi ketiga. Shah Alam: Oxford Fajar. RUJUKAN TAMBAHAN 1. Abdul Aziz Bari. 2001. Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan Masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Abdul Rahman Haji Embong. 2000. Negara Bangsa: Proses dan Perbahasan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 3. Nazri Muslim & Nasruddin Yunos. 2006. Hubungan Etnik. Bangi: Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia. 4. Wan Mohd Nor Wan Daud. 2001. Pembangunan di Malaysia. Kuala Lumpur: ISTA.